Dokumen tersebut membahas tentang proses sosialisasi dan agen-agen sosialisasi yang berperan dalam pembentukan moral seseorang, khususnya anak-anak. Keluarga, teman sebaya, guru, sekolah, dan masyarakat semuanya berperan dalam menanamkan nilai-nilai moral melalui interaksi dan pengaruh lingkungan.
Makalah BK Peran OrangTua Terhadap Perilaku Menyimpang Anak dan Solusinya
Mendidik Moral
1. PENGENALAN
Sosialisasi merupakan proses seseorang individu mempelajari dan menerima nilai,
sikap, kemahiran yang dipunyai oleh keluarga/ masyarakat bagi membentuk personalitinya
yang tersendiri untuk menjadi ahli masyarakat tersebut. Sosialisasi dapat membantu
seseorang memainkan peranan sosialnya dengan sempurna.
Sosialisasi dapat membantu mengekalkan idea-idea,nilai-nilai dan pola-pola tingkah
laku yang menyatukan masyarakat supaya terus kekal walaupun ahli-ahli masyarakatnya silih
berganti. Melalui sosialisasi kebudayaan manusia dapat dipindahkan daripada satu generasi
kepada generasi yang lain. Tanpa sosialisasi seseorang tidak dapat berinteraksi,bekerja dalam
satu kumpulan atau melakukan kawalan diri.
Sosialisasi berlaku secara sedar dan tidak sedar. Walaupun kanak-kanak diajar cara
bertingkah laku mengikut budayanya namun nilai-nilai yang baik dan buruk di
rumah,sekolah atau masyarakat turut mempengaruhi mereka.
Proses sosialisasi berlaku dalam tiga jenis. Pertama ,sosialisasi primer (permulaan)
iaitu proses ini berlaku pada peringkat awal kanak-kanak. Kanak-kanak mempelajari konsep
diri,psikomotor,penaakulan dan kemahiran bahasa daripada keluarganya. Kedua,sosialisasi
sekunder (penyertaan) iaitu berlaku pada peringkat kanak-kanak,remaja dan dewasa.pada
peringkat ini akan berlaku proses pengembangan konsep diri,menerima konsep baru,berlaku
perubahan dan penyesuaiaan akibat daripada interaksi dengan rakan sebayasekolah,media
massa dan masyarakat. Ketiga sosialisasi semula(resosialisasi).Proses ini mungkin berlaku
atau tidak berlaku pada seseorang.Sosialisasi semula ini berlaku akibat daripada perubahan
secara drastik,mendadak,radikal atau terpaksa yang dialami oleh seseorang.Misalnya berlaku
akibat kemalangan,revolusi, peperangan, perubahan kepercayaan, bencana ,ketagihan dadah
dan perubahan politik.Konsep kendiri sikap dan taakulan seseorang itu akan berubah dengan
cepat akibat daripada situasi diatas.
Antara agen yang membentuk dan mempengaruhi sosialisasi ialah guru, keluarga ,
sekolah, rakan sebaya, media massa , dan komuniti atau masyarakat.
1
2. Peranan dan tanggungjawab agen sosialisasi dalam Pendidikan Moral :
1. KELUARGA
Keluarga merupakan agen sosial yang banyak mempengaruhi perkembangan kanak-
kanak.Ibu bapa akan mengajar anak-anak berhubung dengan apa yang harus dilakukan dan
apa yang tidak boleh dilakukan.Daripada ibu bapa anakanak akan mempelajari
kemahiran,sikap,norma dan nilai-nilai. Keperibadian anak-anak banyak bergantung kepada
didikan ibu bapa.Ibu bapa yang tegas melahirkan anak-anak yang kuat disiplin.Didikan ibu
bapa yang yang longgar banyak menghadapi masalah.Keluarga yang porak peranda latar
belakangnya tidak akan berjaya melahirkan anak-anak yang optimis sudut pandangannya
dalam kehidupan.Terdapat dua jenis keluarga dalam sesebuah masyarakat iaitu keluarga asas
dan keluarga kembangan.
(a) Keluarga Asas
Terdiri daripada bapa, ibu yang ada ikatan perkahwinan yang sah dan mempunyai
anak-anak sendiri atau anak angkat dan tinggal bersama.Tanggungjawab membentuk
tingkah laku anak-anak dijalankan sepenuhnya oleh ibu dan bapa. Anak-anak waktu
lahirnya adalah ibarat kain putih,tidak ada noda dan dosa.Terpulang kepada ibu bapa
mencorakkannya.Ibu bapa senang membentuk perwatakan anak-anak mereka
semenjak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.Kebanyakkan proses
interaksi anak-anak berlaku di rumah . Ibu bapa menjadi model utama yang boleh
dicontohi anakanak.
(b) Keluarga kembangan
Keluarga kembangan ialah keluarga yang terdiri daripada sebuah atau beberapa
keluarga asas dan ahli-ahli keluarganya dan tinggal bersama.Tanggungjawab
mendidik anak-anak dan menjaga ahli keluarga yang sakit dijalankan bersama
disamping membantu ekonomi keluarga.Oleh itu pemupukan nilai dilakukan bukan
sahaja oleh ibu bapa tetapi juga oleh anggota keluarga yang lain seperti
datuk,nenek,bapa dan ibu saudara serta sepupu.
Kesimpulannya, ibu bapa adalah orang yang paling peka terhadap
perkembangan moral seseorang kanak-kanak pada peringkat awal. Kanak-kanak
2
3. akan diasuh menerusi proses praktis pemeliharaan dan menerusi tingkah laku
yang akan diteladani. Asuhan memainkan peranan yang penting dalam proses
s o s i a l i s a s i i n d i v i d u . I b u b a p a ya n g bersikap penguasaan serta autokratik akan
mendapati anak-anaknya begitu taat pada arahan tetapi menjadi pasif dalam
tingkah laku mereka. Sebaliknya, ibubapa yang mengamalkan sikap bebas akan
mendapati sikap anak-anaknya tidak bersopan-santun, tidak bertanggungjawab
dan tidak boleh berdikari.Ibubapa yang mengamalkan cara demokrasi dan membincangkan
masalah-masalah dengan anak-anak mereka serta mempertimbangkan pendapat anak-anak,
apabila membuat keputusan-keputusan penting, akan mendapati anak-anak mereka
menpunyai keyakinan diri yang tinggi. Kanak-kanak ini juga akan menjadi lebih aktif, cerdas
dan lebih bersopan santun.Selain itu, saiz keluarga juga akan mempengaruhi
proses sosialisasi individu,iaitu dengan interaksi secara lisan dan fizikal antara individu,
contohnya di antara adik beradik.
2. RAKAN SEBAYA
Rakan sebaya seseorang kanak-kanak terdiri daripada mereka yang sebaya dengannya
serta berkongsi minat dan aktiviti yang sama.Kumpulan rakan sebaya kebanyakkannya dari
status sosial yang sama .Apabila mencapai peringkat remaja pengaruh rakan sebaya
bertambah penting kerana mereka menghabiskan masa bersama lebih banyak daripada
bersama ibu bapa.Individu ini cenderung untuk mengikuti pandangan,nilai dan sikap rakan-
rakan sebaya mereka. Rakan sebaya yang tinggi sahsiahnya akan dapat membentuk
kumpulannya kearah peribadi yang mulia dan begitulah sebaliknya jika tersalah memilih
kawan.
(a) Rakan sekolah
Rakan sekolah boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang. Rakan sekolah ialah
kumpulan individu yang mempunyai umur dan taraf sosial yang hampir sama. Mereka
mempunyai minat dan matlamat yang sama dalam alam persekolahan .Contohnya
bermain,belajar,hobi dan lain-lain aktiviti secara bersama selaras dengan kehendak
budaya dan iklim sekolah.
3
4. (b) Rakan luar sekolah
Adalah kumpulan rakan sebaya dalam kumpulan bermain,satu geng atau satu clique.
Aktiviti-aktiviti kumpulan lebih berbentuk acara sukarela.Mereka belajar berdikari
dan membentuk peraturan, nilai dan norma-norma kumpulan tersendiri.Ahli
kumpulan remaja biasanya mempunyai subbudaya tertentu,cara bercakap,jenis-jenis
pakaian,muzik,nilai dan norma kumpulan rakan sebayanya.Mereka cuba menghayati
subbudaya ini supaya mereka diterima dan disanjung oleh kumpulannya.Kadang-
kadang nilai dan norma ini bertentangan dengan nilai dan norma keluarga atau
tradisi.Ini akan menimbulkan bibit-bibit konflik antara golongan tua dan golongan
muda.
3. GURU
Seseorang guru mempunyai gaya kepimpinan yang tersendiri kerana ada guru yang bersifat
autokratik,demokratik dan laissez-faire.Guru yang autokratik tidak bersedia mendengar
pandangan dan pendapat murid.Murid akan menjadi pasif serta tidak terdorong untuk
memberi pendapat.
Suasaan sosio emosinya yang dipenuhi ketegangan tidak menggalakkan interaksi guru
dan murid.Guru yang demokratik memberi kesan yang positif kerana pelajar-pelajar diberi
ruang untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara terbuka.Suasana sosio emosi yang
demokratik akan menggalakkan perkembangan yang positif dan meningkatkan kemahiran
sosial.
Guru Pendidikan Moral mempunyai tanggungjawab yang penting. Selain daripada
perlu menyampaikan pelajarannya dengan berkesan. Beliau perlu menjadi contoh kepada
pelajarnya. Guru pendidikan moral bukan sahaja mengajarkan nilai-nilai moral kepada
murid-murid tetapi harus menghayatu serta mengamalkannya. Mereka ialah „Role Model‟
yang merupakan kayuukur kepada perkembangan moral pada pandangan pelbagai pihak,
khususnya pelajar-pelajat di sekolah tersebut. Sehubungan itu, tugas menyemai dan
memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar kita adalah tanggungjawab guru Pendidikan
Moral.
Peranan utama guru ialah sebagai seorang pendidik. Dalam merealisasikan matlamat
pendidikan negara, seorang guru bertanggungjawab untuk mendidik murid-murid iaitu
4
5. dengan memberi ilmu, memberi pendedahan dan pengalaman serta mendidik murid-muridnya
berakhlak mulia. Guru berperanan dalam mengajar, menyampai maklumat, berbincang,
mengendalikan bengkel dan sebagainya. Hal ini kerana guru merupakan insan yang
dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid dengan segala ilmu pengetahuan
supaya mereka dapat mengembangkan segala aspek yang ada dalam diri mereka iaitu dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Guru juga perlu mendedahkan murid-muridnya dengan pengalaman-pengalaman
tertentu. Antaranya pengalaman mengembara, ikhtiat hidup di hutan, dan menyertai
pertandingan. Hal ini adalah berkaitan dengan kegiatan kokurikulum di sekolah. Seterusnya,
guru juga berperanan dalam mendidik murid-muridnya berakhlak mulia supaya mereka
menjadi insan yang mulia. Dalam hal ini, pendidikan moral dan agama adalah penting. Guru
hendaklah mendidik pelajarnya cara berhubung, berkomunikasi, adab makan, adab
berpakaian, adab bergaul dan sebagainya supaya mereka menjadi insan yang berilmu dan
bersahsiah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Di samping itu, guru juga berperanan sebagai penasihat kepada ibu bapa. Guru
haruslah menjalinkan hubungan yang baik dengan ibu bapa supaya perkembangan murid di
sekolah dan di rumah dapat diikuti. Sehubungan itu, guru haruslah mengetahui latar belakang
keluarga muridnya. Guru juga bertanggungjawab dalam menyimpan semua maklumat yang
diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka dan
tidak membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
Hal ini kerana guru merupakan insan yang paling dipercayai oleh ibu bapa dalam menjaga
dan mendidik anak mereka di rumah dengan cara yang terbaik dan berkesan.
Sekiranya ibu bapa mempunyai masalah berkaitan dengan anak mereka, guru
merupakan insan yang terbaik untuk mereka meluahkan perasan dan masalah serta meminta
nasihat dan dorongan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh yang demikian,
peranan guru ketika ini amatlah penting dalam memberi nasihat, dorongan dan bimbingan
kepada ibu bapa supaya mereka dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan anak
mereka dan membantu anak mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta
pengembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial anak mereka.
Kesimpulannya, guru merupakan insan terpenting dalam merealisasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Hal ini kerana guru berperanan
sebagai seorang pendidik, pembimbing, jurulatih, kaunselor, penasihat dan role model kepada
5
6. murid-murid dan masyarakat. Oleh yang demikian, guru perlu mempunyai kemahiran
profesional seperti kemahiran belajar, berfikir, merancang, menyediakan bahan pengajaran
pembelajaran, mengajar, mengurus, menilai, berkomunikasi, menangani masalah dan
berusaha ke arah perkembangan kendiri. Hal ini supaya mereka dapat mendidik dan
melahirkan anak bangsa yang berkualiti, berpengetahuan, bersahsiah dan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
4. SEKOLAH DAN INSTITUSI PENGAJIAN
Sekolah adalah agen mempersiapkan diri pelajar dengan persekitarannya. Institusi
pendidikan merupakan satu pertubuhan yang ditubuhkan untuk mencapai objektif pendidikan
secara berterusan. Faktor-faktor persekitaran akan mempengaruhi input organisasi
pendidikan dan output organisasi pendidikan tersebut akan digunakan oleh alam sekitarnya.
.Semua ini dipengaruhi oleh perubahan dalam bidang ekonomi, politik, sosiologi masyarakat
dan perubahan dasar kerajaan. Sesuatu perubahan tidak sahaja berasaskan suatu himpunan
keadaan : perubahan di dalam dan di luar sistem sekolah atau sebuah sekolah juga perlu
difikirkan.Citarasa dan kehendak manusia berbeza-beza. Manusia memberikan nilai-nilai
tertentu kepada sesuatu perkara. Kegiatan ko kurikulum pula berubah daripada permainan
bola sepak dan sepak takraw kepada permainan skuasy, golf, bowling dan renang. Semua ini
menjadi agenda utama dalam perubahan pendidikan kerana mutu sukan negara dalam sukan-
sukan ini semakin meningkat.
Kanak-kanak menghabiskan masa enam hingga lapan jam setiap hari di sekolah.Ini
bermakna individu-individu,kemudahan-kemudahan dan budaya sekolah akan
mempengaruhi sosialisasi seseorang kanak-kanak. Guru juga sangat berpengaruh
disekolah.Gaya penampilan,sikap kepimpinannya memainkan peranan dalam proses
sosialisasi individu.Cara pentadbiran sekolah,persekitaran serta budaya sekolah juga
berperanan mempengaruhi sosialisasi kanak-kanak atau pelajar.
(a) Pentadbir
Pentadbir yang efektif adalah penting untuk mewujudkan suasana mendorong
pengajaran yang bermakna dan menyeronokkan.Pentadbir hendaklah berupaya
membentuk satu struktur dan amalan yang mengintegrasikan maklum balas,membuat
6
7. refleksi dan amalan-amalan dan tindak balas yang diterima berlandaskan aspek-aspek
berikut:
mengesan kecekapan pentadbiran sekolah.
menilai budaya moral sekolah.
menilai secara moral guru-guru dibawah pentadbirannya.
(b) Budaya, Iklim dan Fizikal
Budaya sekolah merangkumi aspek-aspek seperti ilmu,insan,moral budaya
kerja,budaya komunikasi,budaya bilik darjah dan budaya kepimpinan. Dua faktor
utama membentuk budaya sekolah ialah input sekolah yang berunsurkan sumber iaitu
saiz bilik darjah,nisbah guru-pelajar,pembelajaran setiap pelajar,keadaan bangunan
sekolah,bentuk kurikulum,bahan kurikulum,bahan pengajaran dan pembelajaran dan
kemudahan fizikal yang lainFaktor kedua ialah faktor-faktor proses pengurusan
sekolah iaitu kepimpinan pentadbiran, kepimpinan guru,tahap penyeliaan,misi dan
visi sekolah, perasaan kekitaan dan iklim pengajaran dan pembelajaran.
Kerjasama yang erat antara pihak sekolah,ibu bapa dan masyarakat setempat
membantu keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah pada tahap maksimum.
Iklim sekolah ialah sifat dan suasana yang terdapat dalam sesebuah sekolah.Iklim
sekolah sangat penting untuk melahirkan insan yang baik dan dapat membantu
perkembangan pelajar selaras dengan FPN iaitu melahirkan insan yang seimbang dari
segi jasmani,emosi, rohani dan intelek.(JERI).
Aspek yang mempengaruhi iklim sekolah ialah aspek fizikal sekolah,aspek sosial
sekolah dan aspek budaya sekolah.Aspek fizikal sekolah meliputi semua
insfrastruktur yang terdapat di kawasan sekolah seperti bangunan,padang,tandas
bengkel,makmal,pusat sumber,kantin dan lain-lain.ada beberapa ciri keberkesanan
pengurusan aspek fizikal sekolah iaitu kebersihan,keselamatan,keselesaan dan
keindahan persekitaran.
Pengurusan fizikal yang berkesan mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran
pelajar dan guru dalam suasana yang tenteram,selesa,harmoni dan
menyeronokkan.Keadaan fizikal sesebuah sekolah memainkan peranan penting dalam
mencorakkan tingkah laku pelajar-pelajarnya.
7
8. 5. MASYARAKAT
Masyarakat ditakrifkan sebagai satu kumpulan manusia yang hidup bersosial bersama
di sesuatu tempat dengan adanya peraturan,aturan serta menjalankan amalan hidup untuk
kepentingan bersama. ,Kelompok ini mempunyai pemimpin ,peraturan dan norma-norma
tertentu untuk mewujudkan satu keadaana yang harmonis.Jika pemimpin menekankan nilai
kerajinan dan peningkatan produktiviti akan menghasilkan ahli-ahli yang bersikap tekun,rajin
membut sesuatu dengan bersungguh tanpa cepat putus asa.Slogan seperti ” 1 Malaysia:rakyat
didahulukan,pencapaian diutamakan” ,”Malaysia Boleh”dan ”Cemerlang,Gemilang dan
Terbilang ”sering dilaungkan oleh pemimpin kita bertujuan untuk membentuk masyarakat
yang dinamik dan progresif serta mengamalkan nilai-nilai murni ,cekap bersih dan amanah.
Masyarakat di mana seseorang itu dibesarkan mempunyai peranan yang tidak kurang
pentingnyadalam membentuk personaliti anggotanya. Ahli psikologi Margaret
Mead telah menjalankankajian keatas beberapa masyarakat primitif. Mead mendapati
dalam masyarakat Samoa terdapat zaman perantaraan yang harmoni antara zaman
kanakkanak dan dewasa. Mereka dibimbing oleh masyarakat sekeliling dan hidup ditentukan
dengan jelas melalui p e m u a f a k a t a n d a n t i d a k t e r d a p a t p u n c a - p u n c a ya n g
n ya t a b a g i m e n i m b u l k a n s e b a r a n g k e r u n s i n g a n .
J a r a n g t e r d a p a t p r b u a t a n kurang bermoral di dalam masyarakat tersebut
kerana setiap anggotanya dianggap sebagai ahli keluarga terdekat yang perlu
dijagai dengan sempurna. Kajian beliau di AmerikaSyarikat adalah sebaliknya.
Masyarakatnya tidak mempedulikan hal orang lain menyebabkan pelbagai
perbuatan kurang bermoral dari peringkat kanak-kanak lagi. Menurut Kohlberg (1981)
pula kanak-kanak perlu berinteraksi dngan masyarakat tidak kira tahap umur kerana ini
membolehkan m e r e k a pertingkahlaku sesuai dengan norma-norma masyarakat
seperti orang dewasa. Masyarakat yang sensitive melahirkan kanak-kanak yang
peka t e r h a d a p k e a d a a n sekeliling.
8
9. 6. MEDIA MASSA
Adibah Amin (1990) menghujahkan bahawa keruntuhan dan pembinaan mora boleh
berlaku melalui pengaruh media massa. Media massa merupakan satu mekanisme yang
mempunyai pengaruh yang amat besar dan berkesan di dalam pembentukan keperibadian
manusia. Ia merupakan agen sosialisasi dan memainkan peranan penting di dalam menanam
dan menggalakkan amalan-amalan berakhlak di dalam masyarakat. Media massa mampu
mencorakkan hati budi, mentaliti dan sahsiah umat khasnya yang beroperasi 24 jam. Media
massa tersebut perlu bebas dari cengkaman faham sekularisme, budaya komersial yang
melampau, faham kebendaan dan dorongan untuk hidup secara mewah dan berpoya-poya.
Media massa hendaklah mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang
selaras dengan nilai-nilai akhlak Islam. Para petugas media massa hendaklah meningkatkan
rasa akauntabiliti, tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk memihak dan menegakkan
nilai-nilai luhur seperti kebenaran dan kejujuran. Melalui buku, majalah, akhbar, radio, dn
televisyen,harus kita popularkan tooh-tokoh benar atau rekaan yang boleh member inspirasi
kepada generasi muda untuk mengikut jejak langkahnya. Cerita-cerita di radio dan televisyen
harus dipertingkatkan lagi hingga tercipta deretan “hero” dan “heroin” yang wajar dijadikan
teladan dan dapat mengilhamkan kanak-kanak serta remaja untuk membina sifat-sifat yang
terpuji.
Sebelum ini kita telah pun berbicara mengenai keruntuhan akhlak anggota masyarakat,
khususnya generasi muda hari ini yang wajar dicari jalan solusinya. Faktor-faktor yang
mendorong kepada kemelut ini juga telah kita kongsi bersama. Selain faktor dalaman
manusia itu sendiri, faktor-faktor luaran juga dikenal pasti menjadi barah penyakit sosial
yang harus dihapuskan segera. Antara faktor luaran tersebut ialah peranan media massa yang
menjadi topik utama dalam artikel kali ini.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa sejak beberapa abad lampau hinggalah pada zaman
milenium ini, teknologi media telah diterima dan diperkasa oleh manusia sebagai suatu
"kuasa baru" dalam kehidupan seharian mereka. Bermula dengan perkembangan mendadak
media cetak pada sekitar abad ke-16, dituruti media elektronik pada abad ke-19 dan kini
ledakan media internet, media massa terus mengukuhkan posisinya sebagai sarana penting
manusia untuk pelbagai perkara, seiring dengan peredaran zaman dan kemajuan peradaban
dunia.
9
10. Kehadiran pelbagai media jaringan sosial pada alaf ini seperti Facebook, Twitter,
MySpace, Friendster dan Blog pula sememangnya telah memeriahkan lagi kehidupan
manusia untuk berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain, hinggakan kebanyakan
daripada kita kini sudah tidak dapat lari daripada memanfaatkannya untuk pelbagai aktiviti
yang dilakukan. Kajian terkini juga telah menunjukkan aktiviti melalui media-media jaringan
sosial tersebut telah menjadikan generasi muda sebagai para pengguna dan pengunjung
utamanya.
Bukan itu sahaja, malah para pengkaji peranan media dalam dan luar negara juga
telah bersetuju bahawa media sosial telah menjadi salah satu faktor utama kemenangan
Barrack Obama dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2008, selain turut
menyumbang dalam tsunami politik yang melanda Malaysia berikutan kejayaan parti-parti
komponen Pakatan Rakyat menawan beberapa negeri dan menafikan majoriti dua pertiga
Barisan Nasional di Parlimen dalam pilihan raya umum pada tahun yang sama.
Kepentingan media massa, sama ada dalam bentuk bercetak, elektronik mahupun
berinternet pada zaman pascamoden ini diakui bukan sahaja mampu bertindak sebagai
penyebar maklumat, berita dan sebagainya, malah turut berupaya mencetus minda rakyat,
hatta menjadi penentu agenda sesuatu negara dan masyarakat. Hal ini terzahir melalui
kenyataan Cohen, seorang tokoh komunikasi terkemuka yang pernah menyatakan, "Dalam
banyak keadaan, media tidak berupaya mempengaruhi orang ramai menentukan bagaimana
untuk berfikir tetapi yang mengajaibkan ialah media berjaya mempengaruhi pembacanya
untuk menentukan apa yang perlu difikirkan".
Malah, media massa yang pelbagai bentuk ini sebenarnya boleh dimanfaatkan dalam
usaha dakwah. Bagi para pendakwah, media massa telah menyediakan ruang dan peluang
yang seluas-luasnya untuk mereka menyebarkan Islam, menyeru manusia kepada kebaikan
dan mencegah daripada kemungkaran. Melalui teknologi media baru yang serba canggih,
usaha dakwah kini dapat diperkayakan dengan pendekatan yang lebih kreatif menerusi
gabungan multimedia, bunyi, video, foto, grafik dan capaian internet, yang mana sudah
tentulah kerahmatan Islam dan syariah dapat diserlahkan dengan lebih menarik kepada
pelbagai bangsa dan kelompok manusia di atas muka bumi ini. Namun, pada setiap manfaat
ada saja mudarat yang menjadi temannya. Dalam hal ini, melalui beberapa kajian yang
10
11. dijalankan, media massa turut telah dibuktikan menjadi penyumbang utama kepada
keruntuhan moral dalam kalangan generasi muda.
Program-program televisyen contohnya, lebih mengutamakan unsur hiburan daripada
ilmu dan maklumat. Filem-filem Barat dan Hindustan yang dihidangkan kepada masyarakat
khalayak bukan saja telah menghakis nilai ketimuran, malah terselit secara nyata atau tersirat
adegan-adegan lucah, yang mana sudah tentu akhirnya menjadi ikutan mereka yang
menontonnya. Kebanjiran video lucah yang mudah didapati di pasaran gelap, kandungan
majalah hiburan yang memaparkan foto-foto figura yang mendedahkan aurat yang
keterlaluan serta menjolok mata serta penganjuran konsert-konsert penyanyi dari negara
Barat pula menambah lagi krisis nilai yang telah sedia ada. Natijahnya bukanlah sukar untuk
kita jangkakan. Gejala zina dan budaya hedonisme adalah antara hasilnya.
Justeru, selain kekuatan dalaman individu itu sendiri dalam mendepani cabaran media
massa, ibu bapa juga perlu proaktif mengawal dan memberikan perhatian yang serius kepada
jenis rancangan yang ditonton di televisyen atau laman-laman yang dilayari di internet oleh
anak-anak mereka di rumah supaya mereka tidak terdedah dengan anasir-anasir yang boleh
meruntuhkan pertahanan rohani mereka.
Sedarlah kita, anak-anak ini lazimnya bersifat kurang matang apabila berhadapan
dengan sesuatu cabaran. Mereka amat mudah terpedaya dengan apa juga cabaran yang ada di
sekeliling mereka. Oleh hal yang demikian, kita selaku ibu bapalah yang bertanggungjawab
memastikan anak-anak kita sentiasa dibimbing agar berjaya mengelak daripada terpedaya
dengan sebarang bentuk anasir buruk yang datang dari persekitaran yang akan merosakkan
masa depan mereka.
11
12. Kesimpulan
Secara kesimpulannya, pembentukan sahsiah diri seseorang itu dipengaruhioleh
pelbagai faktor dalaman dan luaran. Baik dan buruknya bergantung kepada seseorang itu
d i m a n a s e s e o r a n g p e r l u t e l i t i s e b e l u m m e m b u a t a p a - a p a keputusan kerana
ia melibatkan sahsiah diri masing-masing . Secara keseluruhannya , secara sedar atau tidak, kebanyakan
masalah yang melanda pelajar pada masa kini adalah disebabkan konflik atau tekanan yang wujud di
dalam alam persekitaran . Proses modenisasi atau pembangunanyang pesat telah
mengubah cara hidup masyarakat kita khasnya golongan remaja. Begitu juga dengan
institusi kekeluargaan yang sudah tidak dianggap penting lagi justeru meningkatnya kadar
perceraian. Sebagai contoh, Berita Harian bertarikh 20 Oktober 1998 melaporkan Jabatan Kebajikan
M as ya r a k a t N e g er i Te r en gga n u m e nd ap at i k e run t uh a n i n st i t us i k el u a r ga
adalah punca utama kepada peningkatan masalah moral di kalanganr em aj a b aw ah
um u r d i n e ge ri t e r s eb u t . R at a- r at a m a s ya r a k at ki t a m ul a bersikap individualistik
dan materialistik.Penghayatan nilai-nilai murni oleh masyarakat majmuk perlu diteruskan dan
dipupuk agar diamalkan bagi membendung serta mengatasi gejala sosial dalammasyarakat
hari ini.
Kesemua agama dan budaya masyarakat yang merupakanentiti terbesar dalam
negara kita iaitu Melayu, Cina dan India menyeru sertamengajak penganutnya agar
berakhlak mulia. Ketiadaan penghayatan nilai-nilai murni dalam masyarakat menyebabkan
pe ri l a k u m e r ek a m e nj u ru s k e a r ah negatif. Kerajaan telah berusaha dalam menangani
permasalahan tersebut dansentiasa menyuburkan serta membuka ruang perbincangan dan
percambahanminda agar masyarakat sedar tentang tanggungjawab masing-masing.
Oleh sebab itu setiap warganegara Malaysia perlu menghayati nilai-nilai positif yang ada
dalam ajaran agama masing-masing.
Pada pandangan saya, nilai boleh mempengaruhi sikap seseorang terhadap sesuatu
ada kalanya mencerminkan sikap seseorang. Nilai moral sesuatu masyarakat boleh disorotkan
daripada sumber agama, tradisi atau kebudayaan, kelompok pendatang, dan system
perundangan. Kemerosotan nilai dan kehancuran system nilai masyarakat berpunca daripada
fahaman baharu, masyarakat majority tidak mempertahankan nilai-nilai murni yang penting,
dan perubahan nilai dalam masyarakat yang meruntuhkan nilai-nilai hidup yang baik.
12
13. RUJUKAN
Buku
1. Abd.Rahim Abd. Rashid. (1993). Pendidikan Nilai Merentasi Kurikulum KBSM .
Selangor. Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka
2. Abdul Rahman MD. Aroff, Lee Hoon,Chong. (1994) ,Pendidikan Moral. Kuala
Lumpur.Longman Malaysia Sdn. Bhd
Website/ Internet
1. http://www.ipislam.edu.my/uploaded/ModulKPLI/PenMoralKPLISR.pdf
2. http://asnahhamid.blogspot.com/
3. http://www.scribd.com/doc/18763750/Media-Massa
4. http://id.wikipedia.org/wiki/Sosialisasi
5. http://alfinnitihardjo.ohlog.com/sosialisasi.oh112677.html
6. http://www.scribd.com/doc/57272186/Agen-Agen-Moral
7. http://treebuilder.blogspot.com/2011/01/peranan-sekolah-dalam-merealisasikan.html
13