Study case sem_3

2,630 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
2,630
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
47
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Study case sem_3

  1. 1. Perkembangan fizikal, emosi dan sosial kanak-kanak cerdas (KBC 3023)__________________________________________________ TUGASAN INDIVIDU (KAJIAN KES)NAMA : NUR HASFIZAH BT HUSSINNO. MATRIK : D20091034729PROGRAM : PENDIDIKAN KHAS (AT10)SEMESTER : SEMESTER 3SESI : 2010/2011KUMPULAN : ANAMA PENSYARAH : DR. MD. NASIR BIN MASRAN 1
  2. 2. KANDUNGANPerkara Halaman1.0 Pengenalan2.0 Definisi 2.1 Perkembangan Fizikal 2.2 Perkembangan Emosi 2.3 Perkembangan Sosial3.0 Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan4.0 Latar Belakang Responden 4.1 Profil Diri 4.2 Tahap Perkembangan Fizikal, Emosi Dan Sosial5.0 Intervensi6.0 PenutupRUJUKANLAMPIRAN 2
  3. 3. 1.0 PengenalanMenurut United States Office of Education, pintar cerdas adalah „Gifted and talented childrenare those identified by professionally qualified persons who by virtue of outstanding abilitiesare capable of high performance. These are children who require differentiated educationalprograms and services beyond those normally provided by regular school programs in orderto realize their contribution to self and society’. (Marland dIm Davis & Rimm, 1998).Definisi di atas menekankan dua perkara iaitu kebolehan pencapaian kanak-kanak pintarcerdas yang tinggi dan mereka memerlukan program pendidikan khas untuk mengembangkanpotensi yang ada pada mereka. Kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan yang manakebolehan mental mereka jauh lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka. Oleh kerana itu mereka tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya sistem pendidikansedia ada. Keadaan ini berlaku kerana keperluan dan rnotivasi mereka berbeza disebabkanperkembangan kebolehan mental mereka jauh lebih maju. Perbezaan ini menimbulkanbeberapa konflik dalam hidup mereka. Oleh kerana itu, artikel ini memberi fokus terhadapmasalah sosio-emosi mereka. Perbincangan ini diharap akan dapat memberi kefahaman yangjelas kepada ibu bapa, para pendidik dan pihak-pihak yang terlibat di Kementerian PelajaranMalaysia mengenai keistimewaan mereka. Perbezaan setiap individu adalah anugerah Tuhan,lebih-lebih lagi bagi kanak - kanak pintar cerdas. Kanak-kanak pintar cerdas sememangnyarnemperlihatkan kelebihan intelek yang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka. Padamasa yang sarna, kelebihan ini menimbulkan pula beberapa masalah lain dalam hidupmereka. Sebagai golongan minoriti, masalah mereka mungkin tidak difahami dan tidakdipedulikan oleh orang ramai. Masalah berkenaan sebenarnya berpunca daripada sifat unikyang ada pada diri rnereka. Antaranya, konsep kendiri; fobia; perkernbangan nilai/moral;keupayaan yang tidak seimbang; masalah kemahiran bersosial; dan masalah mengembangkanpotensi. Pada rnasa yang sarna, faktor persekitaran seperti rnasalah komunikasi; diskriminasiterhadap golongan ini; masalah keluarga; rnasalah tidak dapat menyesuaikan diri dengansistern persekitaran dan pandangan orang lain terhadap rnereka rnenyebabkan rnasalahmereka yang sedia ada semakin bertambah. 3
  4. 4. 2.0 Definisi2.1 Fizikal Individu akan mengalami perkembangan sepanjang hayat mereka iaitu perkembanganfizikal (pertumbuhan fizikal akan terhenti apabila seseorang mencapai kematangan).Perkembangan adalah aspek perubahan yang dialami individu dan bersifat kualitatif tetapijelas berubah melalui peredaran masa. Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saizfizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-anggota badan danperawakan manusia.1 Semasa pembesaran kanak-kanak akan mengalami perubahan dalamketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikalyang lebih kompleks. Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanaksecara langsung dan tidak langsung (Hurlock, 1978). Perkembangan fizikal menurut Woolfook dan Margetts (2007), menentukan kebolehankanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebayadalam sukan atau permainan. Walaupun bentuk dan saiz tubuh manusia adalah lebih banyakdisebabkan oleh pengaruh-pengaruh bukan kebakaan seperti pemakanan, iklim, senaman danjuga pekerjaan, baka merupakan satu faktor yang mempengaruhi perkembangan aspek fizikalseseorang itu. Biasanya anak-anak daripada ibu bapa yang besar badan adalah lebih tinggi danlebih berat daripada anak-anak ibu bapa yang kecil. Warna kulit, warna mata dan warnarambut juga dipengaruhi oleh trait fenotaip. Umur panjang atau pendeknya juga dipengaruhioleh faktor persekitaran, tetapi pengaruh baka juga memainkan peranan penting.2.2 EmosiEmosi adalah di dalam bentuk pengukuran kecerdasan emosi,iaitu dari aspek mempunyaiperasaan yang tenang dan berfikiran waras. Emosi dan perasaan seperti tangisan, gelakketawa, kesedihan dan ketakutan mencorakkan warna kehidupan, membentuk sikap danpersonaliti serta menggerakkan arah hidup manusia. Perkataan emosi berasal dari perkataanGreek “emovere” yang membawa maksud „untuk keluar‟. Emosi akan ditonjolkan keluarsebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang. Emosi boleh ditakrifkan sebagai satukeadaan yang dialami oleh manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diridan psikologi. (Mohmood Nazar Mohamad, 1992). 4
  5. 5. 2.3 SosialMenurut Syamsu Yusuf (2007) perkembangan sosial merupakan pencapaian kematangandalam hubungan sosial. Perkembangan sosial pula diertikan sebagai proses belajar untukmenyesuaikan diri dengan norma kehidupan dalam masyarakat khasnya dalam pergaulanantara satu sama lain tanpa mengira umur, pangkat dan budaya. Sunarto dan Hartono (1999)pula menyatakan bahawa hubungan sosial merupakan hubungan diantara manusia yang salingmemerlukan. Mereka berpendapat, semakin bertambah usia anak, hubungan sosial inisemakin diperlukan.3.0 Faktor yang Mempengaruhi PerkembanganPerkembangan seseorang kanak-kanak amat dipengaruhi oleh baka atau keturunan dan faktorpersekitaran. Baka atau keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapakepada anak-anak. Ciri-ciri seperti warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain. Bakadiperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak. Baka ini boleh menguasaipenyuburan fizikal dan mental. Baka juga menetapkan had keupayaan, kemampuan mentalkita sama ada pandai atau tidak pandai. Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam teoriperkembangan manusia, bahawa setiap individu menunjukkan ciri-ciri perkembangan yangserupa dalam peringkat-peringkat pertumbuhan yang tertentu. Akan tetapi, kadar perkembangan setiap individu, walaupun dalam peringkatpertumbuhan yang sama, tetap berbeza dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial. Kajianahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadarperkembangan yang sama. Mereka berpendapat baka dan persekitaran adalah faktor-faktoryang menyebabkan kadar perkembangan manusia dan wujudnya perbezaan individu di antarasatu sama lain. Pengaruh genetik atau faktor baka kini dikenali sebagai gen yang terdiridaripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ia terletak di lokus tertentupada kromosom, iaitu sejenis benda seni berbentuk panjang yang didapati dalam nukleus selsperma (jantan) dan juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masingmembawa gen-gen yang mengandungi sifat-sifat baka. Individu yang normal biasanyamempunyai 23 pasangan kromosom. Semasa proses persenyawaan, iaitu percantuman selsperma (gamet jantan) dengan sel ovum (gamet betina) dengan membentuk zigot yang mulamendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing. Seterusnya, proses pertukaran di 5
  6. 6. antara kromosom daripada ibu dan bapanya berlaku dan menjadi ciri-ciri baka tersendiri,kemudian diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan pada masa kelak. Setiap individu, kecuali sesetengah kanak-kanak berkembar, mempunyai ciri fizikal,seperti saiz badan, tinggi-rendah, berat-ringan, bentuk dan warna organ deria serta kemahiranfizikal yang unik. Kajian telah menunjukkan bahawa ciri-ciri fizikal luaran, khasnya warnarambut dan organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen ibu bapa. Kajian ahli-ahli psikologiGalton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) telah membuktikanbahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza denganrakan sebayanya. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh diperhatikan daripadaprestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaankecerdasan individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka. Biasanya, ibu bapa yang cerdaspintar akan melahirkan anak yang juga cerdas pintar. Mengikut kajian ahli-ahli psikologi,emosi seseorang individu juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarahakan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. Di samping faktor-faktor seperti keluarga,rakan sebaya, status sosio-ekonomi, kebudayaan dan kepercayaan masyarakat, sumberteknologi, guru dan sekolah pula mempengaruhi perkembangan individu dalam setiapperingkat pertumbuhannya. Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadapperkembangan manusia. Unsur-unsur institusi keluarga yang pengaruhi perkembanganindividu ialah suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Adalahtelah diketahui umum, perbezaan suasana rumah, makanan, asuhan dan sosio-ekonomikeluarga melahirkan perbezaan individu mengikut perbezaan kadar perkembangannya.Sebagai contoh, kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh dengankasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat. Makanan berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak memperkembangkanjasmaninya dengan sempurna. Kanak-kanak diasuh dan dididik dengan cara yang baik akanmengalami perkembangan potensi, tingkah laku dan emosi dengan sempurna. Status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu perkembangan intelek dan fizikalkanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi makanan yang cukupberzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka.Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dariperkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan 6
  7. 7. rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ketahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santunakan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.4.0 Latar Belakang Responden4.1 Profil DiriNama : Az- Zikri (bukan nama sebenar)Umur : 20 tahunTarikh lahir : 13 Januari 1990Tempat lahir : Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang.Hobi :  Menghasilkan karya kreatif (puisi) dan membaca pelbagai bahan berunsur ilmiah  Suka mendengar muzik ( tumpuan : irama nasyid )Kerjaya : Sem 2, Sarjana Muda Pengurusan Sukan, UITM Arau, Perlis.Sumber pembiayaan yang diperoleh : Biasiswa JPACita – cita : Pakar PsikologiMotto hidup : Hidup menang, mati syurgaBidang sukan tumpuan : futsal ( bahagian tengah )Email : arjunatenggara@yahoo.com.my 7
  8. 8. 4.2 Tahap perkembangan fizikal, emosi dan sosial responden 1) Fizikal (a) Draf 1Aspek positif  sihat tubuh badan ( tidak mengalami sebarang komplikasi sebelum, semasa mahupun selepas kelahiran ).  Berbadan tegap dan tinggi  Mempunyai antibodi yang kuat – sukakan aktiviti mencabar dan lasak  BMI yang stabil : berat – 63 kg : tinggi – 168 cmAspek negatif  Kalenjar peluh terlalu aktif  Lemah dalam menceburi aktiviti sukan yang memerlukan fokus yang tinggi seperti menembak kerana terlalu gopoh.  Mengalami kecederaan kekal di pergelanggan kaki sebelah kiri – membantutkan pergerakannya. Cara mengatasi Memanjangkan waktu memanaskan badan Mengurangkan tekanan pada tempat kecederaan Rawatan di fakulti – teknik ultra sound untuk mengurangkan kesakitan dan tahap kecederaan yang dialami. 8
  9. 9. (b) Rumusan Individu pintar cerdas merupakan seorang yang bermotivasi tinggi, bertenaga danbertindak mengikut gerak hati. Tumpuan yang tinggi menjadikan mereka senang tersinggungsekiranya mereka diganggu semasa kerja, mereka cenderung untuk bertindak secara impulsif(sifat sensitif dan intensiti). Hal ini mendatangkan keburukan dalam aspek fizikal mereka.Mereka merasakan bahawa mereka seolah-olah tidak perlu tidur semasa melakukan sesuatuyang diminati.masalah tidur ini juga berlaku apabila mereka seolah-olah tidak dapatmengawal otak mereka. Mereka seolah-olah dipaksa oleh daya luaran untuk terus berfikir danini memberikan masalah tidur atau insomnia. Keadaan ini adalah kerana sifat intensiti yangmenjadikan mereka mempertimbangkan sesuatu secara mendalam. Kebanyakkan individupintar cerdas adalah jenis yang aktif dan banyak bertenaga dan ini juga bermakna keperluantenaga mereka juga lebih tinggi daripada orang lain. Bagi sesetengah orang, mereka tidakdapat berfikir sekiranya sekiranya tidak makan dengan banyak. Tabiat pemakanan yang tidaksihat juga mendatangkan masalah kesihatan. Terdapat juga mereka yang highly strung atausenang teransang menjadi gementar dan kecewa. Sebagai contoh, mereka cenderungmengekspresikan emosi mereka dalam perlakuan fizikal seperti tabiat menggigit kuku. Bagi tahap perkembangan fizikal responden, responden menunjukkan perkembangan yangstabil seperti perkembangan individu normal. Ibu responden juga tidak mengalami sebarangkomplikasi sebelum, semasa dan selepas kelahiran responden, dan tahap perkembanganfizikalnya pada awal kanak-kanak juga adalah normal. Responden mampu berjalan pada usia10 bulan dan bercakap pada usia 2 tahun. Saiz badan responden juga menunjukkan statistiknormal seperti individu normal yang memiliki tahap kesihatan yang baik di usia remajanya.(RUJUK DRAF 1).Intervensi Kecederaan yang telah dialami oleh responden semasa beliau berusia 14 tahunmenyebabkan beliau mendapat kecederaan kekal di bahagian pergelangan kakinya.Akibatnya, beliau sering mengalami kesakitan dan kekejangan di bahagian tersebut sekiranyamelakukan aktiviti sukan terlalu lama. Hal itu telah dapat diatasi dengan menjalani rawatanultra sound yang disediakan oleh pihak fakulti untuk mengurangkan tahap kecederaan yangdialami dan memastikan kecederaan tersebut tidak menjadi lebih teruk lagi. Beliau juga perlumelakukan aktiviti memanaskan badan lebih panjang untuk mengatasi masalah ini. Selain itu, 9
  10. 10. beliau juga menghadapi masalah kerana kalenjar peluh yang terlalu aktif daripada individu lain.2) Emosi(a) Draf 2 Aspek positif  Bijak mengawal emosi  Mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru  Kelebihan untuk mengawal emosi orang lain  Strategi untuk berhadapan dengan sesuatu masalah : i) Sebelum : sentiasa berfikiran positif dan mengambil nasihat daripada orang lain yang lebih berpengalaman ii) Semasa : menerima pandangan orang lain di samping tawakal (berdoa) iii) Selepas : cuba tidak ulangi kesilapan itu lagi dan menasihati orang lain agar tidak melakukan kesalahan tersebut. Aspek negatif  Mempunyai kadar kebimbangan yang sangat tinggi  Cepat marah dan sensitif (mudah menangis)  Emosi tidak stabil Bagi responden : kelebihan yang ada pada dirinya adalah datang daripada kelemahan yang dialami. 10
  11. 11. (b) RumusanSebagaimana yang telah kita ketahui, individu pintar cerdas sering berhadapan denganmasalah emosi yang agak kritikal kerana tekanan emosi yang dialami lebih kuat daripadaindividu normal.Berikut merupakan antara ciri-ciri individu pintar cerdas yang turutterpamer dalam diri responden saya. Pertama, didapati pelajar-pelajar pintar cerdas dan berbakat ini mempunyai perasaansensitif yang amat tinggi dalam diri mereka terhadap sesuatu perkara atau sesetengahperkara yang melampaui tahap pemikirannya yang masih muda. Contohnya isu-isu yangberkaitan dengan peperangan, kebuluran, pencemaran, ketidakadilan dan keganasan yangsering berlaku dalam kehidupan masyarakat. Mereka juga mudah terasa hati terhadapsesuatu hal walaupun melibatkan hal-hal yang kecil sahaja bagi pandangan orang lain.Sikap sensitif ini sebenarnya bagus, tetapi jika terlampau memikirkan isu-isu ini secaralebih mendalam, mereka akan menjadi seorang yang introvert dan mungkin menjuruskearah kemurungan yang teruk pada masa akan datang. Bagi diri responden, saya menyifatkan tahap sensitiviti yang dialami tidak begitu terukdan mampu dikawal oleh dirinya sendiri. Hal ini kerana beliau mempunyai tahap motivasiyang tinggi dalam dirinya. Beliau bijak untuk menyalurkan rasa kesedihan yang dialamikepada bentuk luahan perasaan seperti menangis dan menterjemahkan perasaan beliaudalam bentuk penulisan seperti penghasilan sajak yang dicipta sendiri. Beliau juga pandaibermain gitar dan menyanyi, hal ini juga mampu membantunya untuk menangani masalahdengan lebih bijak tanpa tekanan yang membelenggu dirinya. Terdapat beberapa peristiwayang diceritakan kepada saya telah menyakinkan saya bahawa responden sememangnyamemiliki tahap sentiviti dan keprihatinan yang tinggi. Sebagai contoh, beliau pernahmenyelamatkan seekor semut yang hampir kelemasan semasa beliau mengambil wudukuntuk solat. Hal ini kerana bagi beliau, beliau tidak sampai hati melihat semut itu matikelemasan. Selain itu, beliau juga tidak memiliki akaun facebook, namun pernahmemilikinya untuk menarik lebih ramai orang untuk menutup laman itu. Contoh strategiyang dilakukan ialah, di dalam satu pertelagahan melibatkan dua pihak misalannya, beliautelah menerangkan kepada rakan-rakannya akan keburukan facebook yang telah membawakepada pertelagahan, dan secara tidak lansung menarik lebih ramai pengikut yang menutupakaun masing-masing menyertai beliau. 11
  12. 12. Ciri-ciri individu pintar cerdas dan berbakat ini juga mempunyai sikap yang amatmementingkan kesempurnaan. Sikap mementingkan kesempurnaan yang tinggi ini sebenarnyaboleh mendorong mereka kearah takut terhadap kegagalan. Ini akan menjadikan merekaseorang yang cepat berputus asa kerana tidak mampu melaksanakan tugasan dalam tempohyang ditetapkan. Dalam konteks mencari kesempurnaan ini, mereka sentiasa mengkritik dirisendiri dan orang lain sehinggakan mungkin mereka melakukan tugasan dengan penuhberhati-hati sehingga lambat menyempurnakannya atau menangguhkan tugasan tersebut.Mereka tidak suka melakukan kesilapan dan mudah kecewa apabila sesuatu itu tidak dapatdilakukan dengan sempurna. Ini bermaksud mereka amat sukar untuk berpuas hati terhadapsesuatu kerja yang dilakukan sehingga memastikan kerja-kerja tersebut betul-betul sempurnapada pandangan mereka sendiri. Responden saya turut memiliki sikap mementingkan kesempurnaan dalam setiapperkara yang dilakukan, namun tidak begitu menonjol. Bagi diri beliau, beliau akanmelakukan setiap perkara dan amanah yang telah diberikan kepadanya sehabis mampu dansehabis baik. Hal ini akan menjadikan beliau mendapat kepuasan dalam melakukan sesuatuwalaupun mungkin tidak mendapatkan hasil sebagaimana yang diharapkan. Pencapaian yangdicapai setelah berusaha dengan gigih adalah lebih baik bagi dirinya supaya tidakmendatangkan penyesalan sekiranya tidak melakukannya sehabis baik.Ciri-ciri emosi yang seterusnya ialah sifat kompleksiti. Sifat kompleksiti dan tidak konsistenini adalah saling berkait. Ia menjadikan golongan ini seolah-olah misteri dan susah difahami.Contohnya kecerdasan intrapersonal yang tinggi tetapi senang terjejas konsep kendirinya.Konsep kendiri yang tinggi tetapi banyak beremosi. Keyakinan yang tinggi tetapi selalumenganggap hasil kerjanya tidak memuaskan. Pelbagai percanggahan ini berlaku pada masayang sama. Tingkah laku atau sifat yang bercanggahan ini selalu menjadikan mereka iniseolah-olah pelik dan mengelirukan Begitu juga hasil kerja mereka. Biasanya sesbuah hasilkerja yang klasik selalunya disalahtafsirkan dan ini menimbulkan pelbagai kontroversi. Iniadalah satu petanda sifat petanada sifat kompleksi, penulisan mereka juga susah difahamisebab aliran idea yang terlalu cepat membuatkan pembaca tidak dapat berfikir secepatmereka. Aliran idea ini boleh dilihat pada ayat-ayat mereka, dimana mereka seolah-olahberfikir secara mendesak dan banyak idea yang berlaku secara serentak. 12
  13. 13. Antara contoh sifat kompleksiti dan tidak konsisten ini adalah minat dan kebolehanyang pelbagai. Kadang-kadang minat ini nampak bercanggahan. Leornado Da Vinci, selainmenjadi pelukis beliau juga seorang ahli anatomi, pereka, arkitek, biologis, pengukir,penyajak, jurutera, geologis, ahli muzik, ahli astronomi, fizik dan sebagainya. Contohnya lainyang berkaitan dengan sifat intensiti ini adalah reaksi emosi yang kuat dan mereka juga selalumenimbulkan perasaan yang sama pada orang lain, melakukan sesuatu secara berlebih-lebihanatau tidak melakukannya sekali. Selain itu mereka menjadi sangat pakar dan tidak fahamlangsung dalam bidang ini, memuatkan terlalu banyak isi semasa berkomunikasi denganorang lain dan mempunyai masalah diri yang tinggi, senang dilukai atau tidak mengendahkanorang lain dengan melukai hati mereka. Bagi diri responden, beliau juga memiliki kecerdasan yang pelbagai melibatkankecerdasan kinestetik (sukan), bahasa (melalui penghasilan karya kreatif seperti sajak,kebolehan dalam pengucapan awam seperti berpidato) dan juga aspek kepimpinan (menjadiketua yang berkaliber). Ianya membuktikan bahawa tidak semestinya individu pintar cerdasitu memiliki kecerdasan dalam satu bidang sahaja iaitu dalam bidang akademik sahaja sepertiyang diketahui kebanyakkan masyarakat secara umumnya. Mungkin terdapat kebolehan yangdimiliki selain kebolehan dalam bidang akademik yang belum dicungkil bakatnya. 13
  14. 14. 3) Sosial (a) DrafAspek positif  Suka dibimbing untuk membimbing  Mempunyai kebolehan untuk memimpin  Suka berjenaka dengan orang-orang yang rapat dengannya, bagi yang tidak mengenalinya responden merupakan seorang yang pendiamAspek negatif  Kurang pandai bergaul – tidak suka bergaul dengan orang yang tidak sama pemikirannya. - Suka berkawan dengan orang yang lebih berumur  Tidak mempunyai ramai kawan rapat : Dalam berkawan – terlalu telus : berpegang kepada prinsip betul adalah betul. - tidak suka hipokrit – mahu dirinya diterima seadanya.(b)Rumusan Dalam aspek sosial pula, individu pintar cerdas dilihat turut memiliki sikapketerbukaan atau relovolutionary. Pengalaman kejayaan yang berterusan akan membentukkeyakinan diri dan menjadikannya percaya kepada superioriti kepada orang lain. Sikap iniakan diperlihatkan dalam dalam tingkah lakunya, contohnya kalau dia merasakan jawapanguru adalah salah, dia akan menyatakan dengan terus terang. Ini akan menjadikan guru berasatidak tenang. Dia juga berasakan kegagalan hanya bersifat sementara kerana dia memangseorang yang berjaya dalam hidup dan tidak segan untuk mengakui kelemahannya. Bagidirinya setiap kegagalan yang berlaku dalam hidupnya adalah disebabkan faktor luaran sepertikurang bersedia, ujian tidak adil atau nasib yang malang bukan kerana faktor dalaman sepertikebolehannya. Namun demikian, konsep kendiri yang dimiliki ini tidak bersifat kekal.Keyakinan mereka seringkali tergugat sekiranya mereka menghadapi persaingan yang hebatdengan pelajar pintar cerdas yang lain. Mereka akan berasa rendah diri dan meragui tahapkebolehan diri mereka terutama bagi mereka yang bersifat sensitif dan beremosi. Konsepkendiri yang positif ini adalah satu faktor pelindung dan penyokong yang kuat untuk kejayaanmereka dalam kehidupan. 14
  15. 15. Dalam hal ini, responden turut memiliki sikap keterbukaan yang tinggi. Hal inidimana, dalam pergaulan, beliau terlalu telus untuk meluahkan sesuatu yang tidak diinginisecara berterus-terang kerana beliau tidak suka untuk bersikap hipokrit. Beliau mahu dirinyaditerima seadanya bukan berlandaskan kepura-puraan yang sengaja ditonjolkan untukditerima dalam sesuatu kumpulan tersebut. Bagi dirinya, beliau akan menzahirkan danmembenarkan apa yang betul, namun apa yang salah akan dikatakan sebagai salah. Sikap inimenjadikan dirinya tidak mempunyai kawan rapat yang ramai. Satu aspek yang amat saya kagumi ialah, beliau dapat mempamerkan imej dantauladan yang baik sebagai seorang pemimpin yang berkaliber. Beliau seringkali menjadirujukan bagi rakan-rakan untuk mendapatkan nasihat dalam pembelajaran mahupun masalahperibadi. Beliau juga tidak lokek untuk berkongsi setiap ilmu yang dimiliki dengan orang laindan murah dengan senyuman. Hal ini menjadikan dirinya amat disenangi dalam kalanganrakan-rakan. Sikap ketrampilan beliau sebagai ketua yang baik terzahir dengan pelantikanketua pengawas sekolah selama beberapa tahun, menjadi ketua dan pengerusi dalam badanpersatuan dan pelbagai lagi. Beliau juga pernah menceritakan kepada saya bahawa, beliaubercita-cita untuk menjadi seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, menggunakan pendekatanmuzik sebagai altenatif berbeza untuk menyampaikan sumber tauladan kepada orang lain.Ciri-cri keperibadian sebagai seorang pemimpin jelas terpamer dalam dirinya dan diakuisendiri oleh guru-guru yang mengenalinya. Individu pintar cerdas juga sukar mendapat kawan yang ramai kerana tidak ramai yangmemahami perasaan dan berkongsi minat yang sama dengan dirinya. Mereka juga cenderunguntuk memilih kawan yang lebih tua daripadanya atas faktor tahap pemikiran yang samadengan mereka. Bagi diri responden, ciri-ciri ini jelas tergambar dalam dirinya. Hal inikerana, beliau tidak memiliki kawan rapat yang benar-benar mengenali dirinya. Hal inimenjadikan beliau lebih tertumpu kepada ibunya dalam merujuk penyelesaian terhadapsesuatu masalah yang dihadapi. Beliau juga lebih selesa berkawan dengan orang yang lebihtua daripada usianya. Beliau seorang yang peramah dan suka berjenaka bagi orang-orang yangrapat dengannya, namun cenderung untuk menjadi pendiam bagi orang-orang yang barudikenali. 15
  16. 16. Responden tidak mengalami masalah yang serius dalam ketiga-tiga aspek fizikal, sosial danemosinya.Selain itu, beliau seorang remaja yang telah mencapai kematangan seiring denganusianya 20 tahun. Beliau mampu untuk mempamerkan dirinya dengan baik dengan kawalandirinya sendiri. Intervensi yang boleh dijalankan adalah lebih kepada memperkembangkankebolehan dirinya dalam mencapai suatu tahap yang lebih tinggi dan dinamik.5.0 Intervensi5.1 Kaunseling – terapi seni melukisKaunseling merupakan satu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsippsikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan,perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarelasepanjanh hayat berlandaskan etika kaunseling. Menerusi teknik terapi seni, ianyamenggunakan dua pendekatan berasaskan teknik kaunseling dan juga psikoterapi. Teknik inidilihat amat berkesan bagi mendekati dan memahami dunia kanak-kanak istimewa (Samuel &Debbie dalam Handbook of Art Therapy, 2003). Perkhidmatan kaunseling diperlukan untukmemenuhi keperluan golongan pintar cerdas dalam menangani masalah yang dihadapi. Antaracontoh terapi seni yang dilaksanakan adalah bagi membantu individu pintar cerdas dalamrefleksi kendiri, interaksi dengan rakan sebaya dan orang dewasa, pengurusan tekanan,pengawalan kendiri dan strategi daya tindak, perancangan kerjaya dan latihan pelbagaibudaya (Moon, Kelly & Feldhusen, 1999, Johnsen, 2001). Pendekatan seni dilihat sebagai suatu medium yang bersifat sejagat, dihargai dandifahami oleh setiap manusia. Bagi responden, teknik terapi seni ini dilihat relevan untukdigunapakai kerana responden seorang yang „berjiwa seni‟. Beliau gemar bermain alat muzikdan menghasilkan karya kreatif sebagai menggambarkan situasi yang dihadapinya.Pendekatan berasaskan lukisan dilihat pendekatan baru yang boleh digunakan terhadapnya.Masalah yang dihadapi serta pewatakan dirinya boleh digambarkan dalam bentuk lukisan, dandengan itu analisa mengenai keperluan dan sesi kaunseling yang berkesan terhadapnya.Keberkesanan penggunaan seni dalam kaunseling berlau apabila kaunselor memamahamimatlamat dalam setiap tahap proses tersebut, diikuti dengan pemilihan seni sebagai mediumberinteraksi dan sesuai dengan keperluan klien, (Kahn, 1999). Hal ini menjadikan kaunselormemahami dunia klien dan permasalahannya dengan lebih kreatif dan selesa. 16
  17. 17. Selain itu, teknik kaunseling yang biasa turut boleh dijalankan sebagai intervensi bagimenangani permasalahan yang dihadapi oleh responden. Berikut merupakan teknikkaunseling yang boleh digunakan diterjemahkan dalam bentuk berperingkat.Peringkat permulaan i. Membuat klien menerima kaunselor dengan hati yang terbuka dan sebagai seorang yang boleh dipercayai. ii. Membuat klien sedar bahawa ada sesuatu masalah yang perlu diselesaikan dan dia perlu memainkan peranan dalam proses penyelesaian. Di peringkat ini juga, kaunselor menentukan sama ada masalah wujud dan perlu diselesaikan dan bersedia untuk meneruskan proses kaunseling itu juga.Peringkat pertengahan i. Peringkat penentuan masalah dan penyelesaian: - kaunselor dank lien bersama mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh klien. - kaunselor dank lien bersama mengenalpasti tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh klien untuk menangani masalah yang dihadapinya.Peringkat akhir i. Peringkat apabila klien telah selesai melakukan tindakan yang dipersetujui dengan jayanya. Di peringkat ini, kaunselor berkenaan akan : - membincangkan tentang tindakan yang telah diambil oleh klien dan penilaian terhadap tindakan yang diambil itu. - mengenalpasti tindakan seterusnya yang diperlukan tanpa penyeliaan dari pihak kaunselor. Mengakhiri kauseling dengan teratur dan membuat rumusan tentang kejayaan proses kaunseling tersebut. 17
  18. 18. 5.2 Program pertukaran pelajarProgram pertukaran pelajar dilihat amat relevan untuk memperkembangkan lagi potensi yangdimiliki oleh responden saya. Hal ini kerana melalui program pertukaran pelajar antarauniversiti luar negara misalnya, responden akan mendedahkan responden dengan pelbagaibudaya dan aspek-aspek kehidupan di seluruh dunia bagi membantu respondenmemperluaskan lagi pengetahuan beliau dalam pelbagai aspek yang berkaitan denganmasyarakat dan persekitaran. Selain daripada itu, program ini juga membantu respondenuntuk memperolehi pelbagai kepakaran dan kemahiran melalui pertukaran idea-idea bernasdan pendedahan secara global. Program ini hanya dapat direalisasikan dengan kerjasamadaripada semua pihak untuk menjayakannya, iaitu antara kedua-dua universiti yang terlibat,sumbangan dana daripada pihak berkaitan untuk menampung perbelanjaan responden dankursus yang ditawarkan perlulah sesuai dengan minat dan berupa suatu kesinambungan untukmempertingkatkan lagi pontensi yang ada dalam diri responden.5.3 Rawatan bagi hyperhidrosisPenyakit peluh berlebihan atau hyperhidrosis iaitu masalah perpeluhan yang berlebihan padaanggota badan dan kebiasaannya berlaku pada tapak tangan, kaki dan juga bawah ketiak.Menurut kajian hiperhidrosis berlaku seawal zaman kanak-kanak dan remaja. Penyakit initidak memudaratkan sehingga membawa maut, namun akan menyebabkan kualiti hidupsseseorang terganggu akibat tekanan emosi, malu untuk bersosial dan menganggu pekerjaanseperti kesukaran untuk menulis. Penyakit ini amat sukar untuk dirawat dengan berkesantetapi pada masa kini, terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan dan memberikanprognosis yang baik. Terdapat tiga jenis hiperhidrosis iaitu, hiperhidrosis yang berpuncadaripada emosi yang selalu membabitkan telapak tangan, kaki dan bawah ketiak, hiperhidrosissetempat dan hiperhidrosis menyeluruh iaitu di seluruh badan. Punca masalah ini kurang jelasdan ia berkaitan dengan saraf autonomik dalam badan dan sebahagian kecil keranapembawaan genetik. Masalah ini boleh melibatkan lelaki dan perempuan dan tidak mengirafaktor usia. Bagi responden, masalah hiperhidrosis yang dialami tidaklah terlalu serius, namunsebagai langkah pertama, responden perlu merujuk masalah yang dihadapi kepada pakarkulit. Terdapat pelbagai rawatan yang boleh dicuba oleh responden untuk mengatasimasalahnya, iaitu dari segi ubat-ubatan dan juga pembedahan. Sebagai contoh, menggunakansuntikan toksin Botulinum atau Botox amat berkesan untuk rawatan hiperhidrosis bagi tapaktangan dan juga bawah ketiak. Terdapat juga kaedah pembedahan yang digunakan sekiranya 18
  19. 19. rawatan secara perubatan gagal. Rawatan ini memerlukan prosedur yang mana sarafsimpatetik dimusnahkan secara endoskopi. Pembedahan lain adalah dengan membuangkelenjar peluh dengan menggunakan laser dan pembedahan. Responden tidak memerlukanrawatan menggunakan pembedahan kerana masalah yang dihadapi tidaklah begitumembimbangkan.6.0 PenutupDi negara kita Malaysia, statistik (SENADA 2009), menunjukkan bilangan pelajar pintarcerdas dan berbakat dianggarkan berjumlah 445,000 orang pada tahun 2008. Hal inimenunjukkan bahawa Malaysia memiliki sejumlah pelajar pintar cerdas dan berbakat yangbegitu ramai dan sekiranya diteliti pelajar ini merupakan antara asset yang tidak ternilai baginegara kita. Hal ini dapat menyumbang kepada modal intelektual, seterusnya membolehkannegara kita mencapai status negara maju dalam masa yang singkat. Menurut Ng & Sandiyao,2005, kelebihan intelek yang luar biasa berbanding rakan sebaya ini dapat dijadikan sumbertenaga profesional yang amat diperlukan sebagai satu suntikan modal insan dalam bidangpendidikan khas ke arah memartabatkan negara di mata dunia. Namun, bagi merealisasikanhasrat itu, peranan semua pihak untuk memberi kesedaran dan sumber pengetahuan kepadamasyarakat tentang individu pintar cerdas dan ciri-ciri mereka adalah penting untukmemastikan mereka mendapatkan hak yang sewajarnya sebagai individu mahupun sebagaipelajar sesuai dengan keperluan diri mereka. Hal ini kerana, masih ramai yang tidakmengetahui secara lansung dan tidak lansung mengenai pintar cerdas ini, kerana negara kitamasih ketandusan sumber rujukan yang benar-benar berpaksikan negara kita. Hal inimerupakan satu kerugian yang amat besar bagi masyarakat dan juga negara kerana kita jelasmenunjukkan ketidakmampuan bersaing dengan negara maju yang lain yang mana memilikicabang yang luas dalam dunia pintar cerdas. 19
  20. 20. RujukanClark.B. (1983). Growing up gifted: Developing the potential of children at home and at school (2ndEd.). Columbus:Charles E. Merrill.Davidson.J & Callow. R. (2002). Educating the gifted and talented: Resource issues and processes for teachers. (2ndEd.). Landon: David Fulton Publishers.Davis.G.A. & Rimm.S.A. (1998). Education of the gifted and talented (4 th.Ed.).MA: Allyn and Bacon.Freeman. J. (1979). Gifted children. Lancaster: MTP Press Ltd.Rafidah Kastawi dan Noriah Mohd Ishak (2009). Terapi seni sebagai intervensi kaunseling dalam menangani masalah sosioemosi dalam kalangan remaja pintar cerdas dan berbakat. Kuala Lumpur : Prosiding seminar penyelidikan siswazah.Reed. M.A. (2000). Composing dialogues to express self-differentiatin and Burke‟s rhetoric: A way to comprehend multilevel Inner growth. Roeper Review.Vol.23 (No.1).Woitaszewki. S.A. (2003). The contribution of emotional intelligence to the social and academic success of gifted adolescents. Roeper Review. Fall 2003. Vol.2(No1). 20

×