SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
1
KPP 6014
PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL
TUGASAN 1:
NO. 4 : KONTEKS PERKEMBANGAN RAKAN SEBAYA
DISEDIAKAN OLEH :
NAMA NO. ID NO. TEL
NAZIRAH BT NAWANG M20132001956 012-9834995
NORAZLINA BT ABDUL HAMID M20132001725 017-5281398
ROSLIN BT FRANCIS M20132001727 016-8315204
PENSYARAH: PROF. MADYA DR. SUPPIAH NACHIAPPAN
2
ISI KANDUNGAN
Perkara Muka surat
1.0 PENGENALAN 3
2.0 DEFINSI RAKAN SEBAYA 4
3.0 PERANAN RAKAN SEBAYA 6
4.0 PENGARUH RAKAN SEBAYA MEMPENGARUHI
TINGKAH LAKU POSITIF 10
5.0 PENGARUH RAKAN SEBAYA MEMPENGARUHI
TINGKAH LAKU NEGATIF 13
6.0 RUMUSAN 16
7.0 BIBLIOGRAFI 17
3
1.0 PENGENALAN
Setiap manusia akan melalui fasa tertentu dari peringkat bayi, kanak-kanak, remaja
dewasa dan orang tua. Alam remaja merupakan zaman transisi dari zaman kanak-kanak
hingga dewasa. Fasa remaja merupakan zaman kritikal yang patut diambil serius bagi semua
pihak. Pada peringkat ini, remaja terpaksa berhadapan dengan pelbagai perubahan iaitu dari
segi fizikal, emosi, sosial dan juga intelektual. Apa yang dipilih pada waktu ini akan
mencerminkan masa hadapan mereka. Jadi pemilihan arah tuju yang betul akan membantu
membentuk peribadi remaja tersebut. Pada peringkat ini, mereka akan tercari-cari arah tuju
bagi menjawab segala kemushkilan yang berlaku. Oleh itu, sumber utama yang akan menjadi
bahan rujukan mereka ialah orang yang terdekat iaitu rakan sebaya yang selalu bersama
dengan mereka.
Rakan sebaya ialah pelajar-pelajar atau remaja yang mempunyai umur yang hampir-
hampir sama di antara satu sama lain. Remaja ini cenderung untuk menuruti tingkah laku
kumpulan yang mana ia berada di dalamnya. Pada peringkat awalnya, remaja ini akan
bersungguh-sungguh cuba bertingkah laku seperti tingkah laku kumpulannya. Mereka akan
mencuba atau melakukan apa yang akan dilakukan oleh kumpulannya. Jika kumpulan yang
diikutinya itu suka membuat perkara negatif seperti merokok maka kemungkinan besar
mereka juga akan turut merokok juga. Bagi remaja, dengan mencontohi rakan sebaya,
mereka akan belajar satu tingkah laku yang baru dan cuba di sesuaikan dengan
personalitinya. Antara program yang telah dilaksanakan di Malaysia ialah Pembimbing
Rakan Sebaya (PRS) yang di tubuhkan untuk membantu rakan yang mempunyai masalah
disiplin.
Pengaruh rakan sebaya dominan dalam kehidupan seseorang pelajar itu. Seorang pelajar
menganggap peraturan sekolah yang diadakan itu menyusahkan dan tidak perlu unuk diikuti
serta suatu perkara yang remeh. Mereka akan membentuk kumpulan dan membuat suatu
peraturan yang baru yang perlu di ikuti oleh ahli kumpulan yang lain. Hal ini yang akan
menimbulkan masalah disiplin seperti peras ugut, ponteng sekolah dan sebagainya. Oleh itu,
rakan sebaya ini memainkan peranan yang besar dlam kehidupan seseorang remaja
terutamanya.
4
2.0 DEFINISI RAKAN SEBAYA
Secara umumnya, rakan sebaya ialah sahabat yang mempunyai sama umur. Rakan sebaya
ialah sahabat daripada lingkungan latar belakang yang sama dan suka dalam pelbagai aktiviti
atau dengan kata lain mempunyai minat yang sama. Mereka ini diibaratkan mempunyai satu
identiti yang tersendiri dan mempunyai kumpulan tersendiri.
Menurut Quek Miow Leng (2006), menyatakan bahawa rakan sebaya ini memainkan
peranan yang penting dalam kehidupan seseorang pelajar. Secara umumnya pelajar ini akan
menjadikan rakan sebaya ini sebagai panduan untuk menilai kebolehan dirinnya dari segi
tingkah laku, personaliti, kemahiran dan kebolehan mereka. Pada zaman kanak-kanak dan
remaja, rakan sebaya banyak memberi pengaruh yang besar terhadap kehidupan mereka.
Mereke dianggap sebagai penganti kepada ahli keluarga mereka. Apa yang dlakukan oleh
rakan sebaya mereka akan dijadikan contoh, panduan untuk mereka. Oleh itu, pemilihan
rakan sebaya yang postitif dan baik akan membentuk mereka ke arah kebaikan.
Mengikut Sharifah Alwiah Alsagof (1987), rakan sebaya ini juga dikenali sebagai sahabat
yang dari lingkungan umur, latar belakang dan minat yang lebih kurang sama. Sahabat ini
adalah apabila terdapat seseorang yang melakukan aktiviti-aktiviti sosial bersama-
sama.Mengikut Berk (1997) pula menyatakan, rakan sebaya merupakan satu unit sosial yang
diwujudkan untuk berkongsi nilai dan perlakuan yang sama serta struktur sosial di antara
pemimpin dengan pengikutnya.
Mengikut Mohd Sharani Ahmad (2006), pada peringkat akhir kanak-kanak, rakan
sebaya memberi kesan pengaruh yang sangat kuat. Perhubungan ini yang membentuk
kemahiran kognitif, tingkah laku, sosial dan mereka semakin mahir dengan kemahiran
berkomunikasi dengan rakan sebaya. Pada peringkat ini, kanak-kanak yang kekurangan rakan
sebaya terbahagi kepada dua jenis iaitu kanak-kanak yang ditolak kehadirannya dan kanak-
kanak yang terasing. Ini adalah disebabkan tingkah laku mereka ataupun disebabkan
kurangnya kemahiran sosial.
5
Mengikut Rahil dan Habibah (2002), rakan sebaya ini terbahagi kepada dua kumpulan
iaitu kumpulan “click” dan “crowd”. Click ialah satu kumpulan yang rapat, yang
mengandungi sekurang-kurangnya enam rakan. Hubungan mereka ini sangat akrab kerana
dasar persahabatan yang dipilih atas dasar berkongsi minat, sukan cerita dan rupa fizikal
yang lebih kurang sama. Mereka juga akan berkongsi cerita yang sama, perihal diri sendiri,
berjalan bersama-sama serta berbual-bual bersama-sama tanpa mempedulikan orang lain.
Manakala maksud crowd pula ialah bilangan ahli yang lebih ramai iaitu antara 15 hinga 30
orang yang terdiri daripada beberapa kumpulan kecil, iaitu 4 hingga 6 kumpulan. Contohnya
ialah ahli sebah kelab atau organisasi yang terdiri daripada jantina yang berbeza.
Terdapat beberapa peringkat hubungan rakan sebaya iaitu bermula dari umur 5 hingga 12
tahun yang mereka hanya berkawan sesama jantina. Pada peringkat 12 hingga 14 tahun,
mereka mula berkawan dengan berlainan jantina bagi membentuk “click” atau kelompok
tertentu mengikut kesesuaian mereka. Bagi peringkat umur 14 hingga 16 tahun, mereka mula
berkawan dengan berlainan jantina secara berasingan tetapi msih mengekalkan kelompok
tapi apabila menginjak ke umur 16 hingga 18 tahun, mereka mula mulakan hubungan rapat
antara jantina dan mengasingkan diri dari kelompok tersebut. Manakala umur 18 hingga 25
tahun, mereka mula mengekalkan hubungan tidak formal, berjanji setia dan tukar menukar
tanda persahabatan. Pada peringkat ini juga ada yang mewujudkan perhubungan yang formal
yang berjanji, bertunang dan seterusnya berkeluarga.
Bagi Santrock (2002), rakan sebaya merupakan sumber informasi dan orang yang boleh
dipercayai. Persahabatan ini dibina berdasarkan satu kefahaman dan satu kepercayaan yang
mendalam yang mengambil masa yang agak lama. Remaja mula berkawan dan mula
mempunyai rakan sebaya bila memasuki alam persekolahan. Tempoh bersahabat ini ada yang
lama, ada yang sekejap dan ada yang sampai tamat persekolahan dan berterusan hingga alam
peekerjaan. Inilah yang dinamakan rakan baik. Mereka inilah yang dikatakan rakan sebaya
yang akan sama-sama meneroka dan memahami diri masing-masing.
6
Mengikut sumber wikipedia, rakan sebaya ialah “peer group” iaitu sekumpulan remaja
yang sama dari segi umur, pendidikan atau kelas sosial dan minat. Remaja biasanya kebih
gemar menghabiskan masa bersama dengan rakan sebaya. Rakan sebaya selalunya
disinonimkan pada zaman remaja. Ini kerana pada waktu ini, rakan sebaya memberikan
impak yang sangat besar samaada positif ataupun negatif. Untuk remaja, rakan sebaya ini
terdiri daripada sekumpulan besar rakan-rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau
rakan sekerja. Mengikut Malecki & Elliott (1999), kanak-kanak merasakan rakan mereka
adalah penting kepada mereka.
Secara kesimpulannya, rakan sebaya adalah merupakan agen pembentukan tingkah laku
yang berkesan kepada remaja. Oleh yang demikian, pemilihan rakan sebaya yag memiliki
kehidupan yang positif, berdisiplin, kasih sayang, hormat menghormati akan membantu diri
rakan sebaya yang lain ke arah kebaikan.
3.0 PERANAN RAKAN SEBAYA
Menurut Albert Bandura, proses pembelajaran adalah melalui peniruan dengan cara
pemerhatian atau mengamati sesuatu perkara yang berlaku. Bandura menyatakan bahawa
untuk belajar melalui pemerhatian, seseorang individu itu harus menumpukan perhatian, dan
biasanya orang yang diperhatikan adalah orang yang menarik, terkenal dalam kalangan guru-
guru atau rakan-rakan yang lain dalam satu-satu organisasi, cekap atau disanjungi. Biasanya
dalam hal ini selalunya akan dikaitkan dengan rakan sebaya di mana dalam konteks rakan
sebaya adalah mereka yang sama peringkat umur.
Rakan sebaya memainkan peranan yang sangat besar dalam membentuk peribadi dan
akhlak seseorang itu. Ia dapat menjadi agen sosial yang mempunyai pengaruh yang kuat
dalam membentuk peribadi dan akhlak seseorang. Secara tidak langsung, rakan sebaya
mengambil alih tanggungjawab ibu bapa mereka ketika di luar rumah. Kumpulan rakan
sebaya dapat membentuk perwatakan dan keperibadian seseorang. Jika seseorang itu
7
menyertai satu kumpulan rakan sebaya yang baik, maka baik lah individu tersebut dan
sebaliknya, oleh itu memilih rakan sebaya adalah sangat penting kepada seseorang individu.
Beberapa peranan rakan sebaya dapat dibincangkan seperti berikut;
1. Peranan rakan sebaya dalam pembentukan disiplin seseorang individu.
Disiplin dapat didefiniskan sebagai satu latihan pemikiran dan kelakuan yang ada pada setiap
individu. Disiplin adalah peraturan-peraturan yang ditetapkan bagi mengwujudkan insan
yang mulia.
Di sekolah, disiplin menjadi satu kawalan sosial bagi mengwujudkan suasana tenteram
seterusnya bertujuan menghasilkan individu yang sihat dari segi intelek, emosi dan sosial
selain proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
Oleh yang demikian, sekolah-sekolah telah menyediakan Pembimbing Rakan sebaya atau
PRS bagi memberikan nasihat kepada rakan-rakan mereka yang memerlukan pertolongan
mereka. PRS memainkan peranan penting dalam mengawal disiplin pelajar. Tujuan PRS
ditubuhkan adalah kerana ada pelajar yang menghadapi masalah akan segan memberitahu
kepada guru mereka namun sangat cenderung meluahkan perasaan kepada rakan sebaya
mereka.
Proses pembentukan disiplin lebih mudah berlaku dalam kumpulan rakan sebaya kerana
faktor masa. Masa bersama-sama rakan sebaya bagi seseorang individu lebih panjang
berbanding dengan ibu bapa atau guru di sekolah. Hal ini berlaku kerana pergaulan mereka
meliputi masa mereka di dalam dan di luar waktu persekolahan. Mereka saling bertukar-tukar
pendapat dalam menghadapi banyak situasi. Mereka sama-sama terlibat dalam proses
membuat keputusan tentang sesuatu perkara yang dilakukan oleh mereka. Dalam situasi
inilah akan membentuk disiplin dan perwatakan mereka.
8
2. Peranan rakan sebaya dalam pembentukan moral seseorang individu.
Moral ialah tingkah laku manusia yang telah ditentukan oleh etika, iaitu sama ada baik atau
buruk. Moral adalah yang berkait rapat dengan peraturan-peraturan masyarakat. Di sinilah
betapa pentingnya peranan rakan sebaya. Rakan sebaya adalah merupakan individu yang
memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah diri seseorang. Hal ini dapat dilihat
apabila seseorang itu berada di dalam kumpulan, pastinya tindakan majoriti ahli kumpulan
akan mempengaruhi tindakan yang lainnya, dan sekiranya tindakan tersebut baik maka
baiklah sahsiah diri mereka dan sebaliknya. Jika pelajar tersebut tidak mengikut kehendak
ahli kumpulannya maka dia akan dipulaukan. Kadang-kadang perasaan ingin mencuba atau
tercabar dengan sesuatu tindakan menyebabkan pelajar mudah terpengaruh dengan anjakan
tersebut. Jesteru itu rakan sebaya seharusnya menunjukkan sahsiah diri yang baik.
Penghayatan nilai-nilai moral akan membolehkan seseorang individu tersebut membuat
keputusan yang bertanggungjawab mengenai isu moral serta bertindak berasaskan prinsip-
prinsip moral dalam semua situasi.
3. Rakan sebaya berkongsi masalah dan melepaskan tekanan.
Rakan juga tempat mereka mencurahkan segala masalah terutama masalah remaja, mereka
lebih mempercayai rakan daripada keluarga masing-masing. Rakan sebaya membantu semasa
tertekan dalam kalangan remaja kerana mereka dapat memahami hati masing-masing.
4. Rakan sebaya boleh membimbing ke jalan yang baik
Rakan sebaya yang baik dapat membantu seseorang individu dalam membentuk sikap
yang baik. Jika dia adalah seorang yang taat kepada agama dan sentiasa mengamalkan hidup
sihat maka tidak mustahil ia boleh mempengaruhi rakannya supaya taat kepada agama juga.
Rakan sebaya juga boleh menasihati rakan-rakannya yang lain agar bersikap baik, hormat
kepada orang tua dan hidup dalam keadaan yang sihat dari segi kognitif, afektif dan sosial.
9
5. Rakan sebaya boleh memberi tunjuk ajar dalam pelajaran.
Rakan sebaya juga dapat membantu meningkatkan prestasi pelajaran. Apabila ada
kawan-kawannya yang bermasalah dalam pelajaran dan biasanya mereka suka membentuk
kumpulan untuk belajar bersama-sama, dan sudah tentulah kelebihan belajar berkumpulan
mampu meningkatkan minat dan motivasi terhadap proses pembelajaran, boleh
mengurangkan rasa malas belajar dan berupaya menimbulkan rasa bertanggungjawab dan
saling tolong menolong. Menurut Sharifah (1983) rakan sebaya memainkan peranan penting
dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Mereka akan sentiasa meniru dan
mengikuti setiap gerak geri rakan sebaya. Rakan sebaya juga mempunyai hubungan yang
positif dengan pencapaian pelajar dalam setiap mata pelajaran. Sekiranya mereka tidak
dibimbing memilih rakan sebaya yang sesuai maka kesannya adalah kepada pencapaian
mereka dalam pelajaran.
6. Rakan sebaya mengurangkan masalah gejala sosial.
Masalah sosial kurang dibincangkan dalam masyarakat kita hari ini. Walau bagaimana
pun masalah ini akan bertambah rumit jika ia tidak dibendung sejak awal lagi. Antara
masalah sosial yang biasa menjadi paparan di dada akhbar ialah gengsterisme, vandalisme,
melepak, ponteng sekolah, seks bebas dan penyalah gunaan dadah. Maka peranan rakan
sebaya untuk mengurangkan masalah sosial ini sangatlah diperlukan. Rakan sebaya perlu
menasihati rakan mereka sama ada yang baru mahu terlibat atau telah terlibat dalam kancah
sosial ini. Hanya rakan sebaya sahaja yang dapat mempengaruhi rakannya sendiri apatah lagi
jika rakan sebaya ini adalah individu yang berjaya dalam bidang akademik dan bukan
akademik serta menjadi bualan para guru di sekolah atau di dalam masyarakat.
10
4.0 PENGARUH RAKAN SEBAYA MEMPENGARUHI TINGKAHLAKU POSITIF
Persahabatan dibina dengan kefahaman dan kepercayaan yang mendalam dan
mengambil masa yang lama. Remaja mempunyai ramai kawan, terutama di sekolah. Ada
yang bertahan hanya seketika, tetapi terdapat segelintir yang rapat sehingga tamat
persekolahan dan berterusan. Inilah yang dinamakan kawan baik atau kawan karib.
Walaupun kawan karib biasanya sebaya,terdapat juga kawan karib di kalangan mereka dari
luar alam persekolahan. Kawan karib boleh juga terdiri dari ahli keluarga seperti adik beradik
dan datuk atau nenek. Ibu bapa anda juga boleh dijadikan kawan karib.
Antara kebaikan pengaruh rakan sebaya yang positif ialah seseorang individu berpeluang
menerokai dan memahami diri sendiri. Rakan karib dapat berbincang secara terbuka dan
jujur. Ini menjadikan remaja berupaya menjadi peka terhadap kekuatan dan kelemahan,
keperluan dan keinginan satu sama lain. Apa yang penting ditekankan dalam konsep rakan
ialah pembentukan konsep kendiri, mengambil perspektif, identiti dan ikatan yang intim
melebihi keluarga. Ikatan emosi ini menyediakan remaja untuk perhubungan cinta. (Savin-
William & Berndt, 1990,Sullivan, 1953).
Selain itu, rakan sebaya membantu semasa menghadapi tekanan di kalangan remaja.
Kerapatan persahabatan yang terbina di kalangan kawan-kawan menyebabkan kepekaan
yang meningkatkan empati dan tingkahlaku pro-sosial. Terdapat laporan yang menyatakan
bahawa kawan-kawan yang menyokong dapat mengurangkan masalah seharian dan
meningkatkan harga diri. Keadaan ini memberi faedah kepada individu dengan memupuk
harga diri dan kesejahteraan serta mengurangkan kerisauan dan kesunyian. Seterusnya, rakan
sebaya yang baik dapat membantu seseorang individu dalam membentuk sikap yang baik.
Adalah amat penting memilih kawan yang betul.
Ini adalah kerana dalam pemilihan rakan sebaya pula, terdapat beberapa faktor yang
diambil kira oleh seseorang remaja, iaitu pendidikan, tarikan, minat, kelas sosial dan umur.
Rakan sebaya juga merupakan insan yang amat penting kepada seseorang remaja kerana
rakan sebayalah agen peneguhan dan model sosial kepada mereka.
Tidak dapat dinafikan juga, rakan sebaya memainkan peranan yang amat penting dalam
kehidupan setiap individu terutamanya remaja. Mereka berperanan sebagai pengganti
11
keluarga, sebagai tempat rujukan dan sebagai kumpulan rujukan dalam kehidupan seseorang
remaja. Selain itu rakan sebaya juga turut berperanan sebagai pemberi sokongan sosial dan
ekonomi. Jadi, oleh sebab rakan sebaya begitu penting dalam kehidupan seseorang remaja,
maka tidak hairanlah pengaruh seseorang rakan sebaya sangat kuat kepada seseorang remaja.
Pengaruh positif rakan sebaya dapat membentuk satu perlakuan serta keperibadian mulia
seseorang individu. Membentuk nilai moral dan pertimbangan sosial peringkat ke 3 dalam
Teori Perkembangan Kohlberg, Orientasi kanak-kanak baik (Good Boy Nice Girl
Orientation) ini adalah berdasarkan apa yang baik melalui persetujuan serta bantuan orang
lain. Mendorong kepada pencapaian yang cemerlang dalam mata pelajaran kerana sikap,
keperibadian serta personaliti pelajar akan berubah mengikut rentak personaliti rakan sebaya.
Selain itu remaja yang mempunyai rakan sebaya berpeluang menerokai dan memahami
diri sendiri. (Savin-William & Berndt, 1990, Sullivan, 1953), seseorang yang memiliki rakan
karib cenderung mempunyai sifat yang terbuka dan jujur. Kejujuran bercerita antara satu
sama lain menyebabkan rakan sebaya boleh menerapkan nasihat-nasihat yang baik antara
mereka.
Oleh itu pemilihan rakan sebaya adalah sangat penting. Dalam hal ini, siapa yang patut
menentukan jenis rakan sebaya yang menjadi pilihan. Dalam Islam, ibu bapa sendiri
mengenalpasti rakan-rakan yang berakhlak mulia (Osman Ayub, 1990). Melalui rakan-
rakanya yang positif ini akan wujudlah model-model positif yang boleh dikembangkan di
semua peringkat. Di Malaysia, program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah dijalankan
supaya rakan sebaya dimanfaatkan untuk membaiki disiplin di kalangan pelajar.
Rakan sebaya boleh memberi pengaruh yang positif atau kebaikan antara satu sama lain.
Rakan sebaya yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang baik akan terlibat dalam aktiviti-
aktiviti yang lebih memberi kesan positif kepada rakan-rakan yang lain seperti terlibat dalam
aktiviti kokurikulum & aktiviti meningkatkan kemahiran diri. Selain itu, rakan sebaya juga
dapat mempengaruhi seseorang individu secara positif dengan memberi khidmat, sokongan
dan peluang untuk membincangkan pandangan-pandangan yang bertentangan. Pengaruh kuat
rakan sebaya boleh digunakan seacara konstruktif untuk membentuk tingkah laku yang
positif di kalangan mereka.
12
Untuk pengetahuan kita semua, rakan sebaya juga adalah orang-orang yang paling hebat
dalam membantu kita mencapai kejayaan akademik. Satu sebab utamanya ialah mereka ini
mempunyai tahap pemikiran yang sama dengan kita. Jadi, jika mereka faham sesuatu,
mereka boleh terangkan kepada kita dengan lebih mudah. Rakan Sebaya juga boleh menjadi
sumber rujukan dan sistem sokongan kepada kita.
Remaja akan mengubahsuai dan mengadaptasikan nilai-nilai rakan sebayanya untuk
mendapat penerimaan dan pengukuran daripada kumpulan rakan sebaya yang mereka ikuti
kerana rakan sebaya dapat mencorak personaliti individu tertentu. Pakar Psikologi Barat,
Carl Rogers menyatakan ada beberapa perubahan ketara kepada seorang remaja antaranya
perubahan fizikal, emosi dan pemikiran. Perubahan emosi dan fikiran akan mendorong
remaja memperluas dan memperbesarkan kuantiti dan jaringan rakan sosialnya. Mereka lebih
rela menceritakan dan mencurahkan segala masalah dan perasaan mereka kepada rakan
sebaya berbanding ibu bapa, guru atau orang dewasa yang lain. Ia berlaku kerana rakan
sebaya dianggap lebih memahami sikap, perasaan mereka dan dalam masa yang sama
mereka ingin membuktikan mereka boleh berdikari dan berkemampuan seperti orang
dewasa.
Oleh itu pendekatan logikal ialah menggunakan remaja utk mempengaruhi remaja lain.
Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dapat memenuhi hasrat ini dengan syarat mereka
dilatih dan diselia dengan teratur. Oleh itu, disarankan supaya pemilihan dan perkembangan
latihan ahli-ahli PRS hendaklah dipantau bersama kedua-dua pihak iaitu pihak sekolah dan
juga ibu bapa.
Rakan sebaya memainkan peranan yang penting di dalam menentukan arah kehidupan
kita. Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati ketika memilih rakan sebaya. Bukan semua rakan
sebaya patut dijadikan kawan kerana akan ada yang mempengaruhi ke arah kebaikan dan
akan ada yang mempengaruhi ke arah kejahatan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah seseorang kamu
memperhatikan siapa yang harus dipilih menjadi rakan.” Samada berperanan sebagai seorang
kawan atau pun berperanan sebagai seorang lawan, pilihlah rakan dengan bijak. Kesilapan
memilih rakan sebaya pasti akan mengakibatkan keruntuhan akhlak, gejala sosial yang
berleluasa dan kemerosotan disiplin.
13
5.0 PENGARUH RAKAN SEBAYA MEMPENGARUHI TINGKAHLAKU NEGATIF
Berkawan adalah penting bagi kita. Walau bagaimanapun, berkawan boleh menjadi
sesuatu yang memudaratkan. Kesan tekanan rakan sebaya boleh mempengaruhi perubahan
cara seseorang sama ada cara bercakap, bertingkah laku mahupun berfikir.
Pengaruh rakan sebaya adalah salah satu perkara yang menjadi punca berlakunya gejala
sosial. Perkara ini sering berlaku di kalangan remaja-remaja sekarang yang hidup di dalam
alam penuh dengan kemajuan. Ini adalah kerana remaja pada masa sekarang lebih mesra
dengan rakan mereka kerana ibubapa sibuk dengan urusan kerja dan lain-lain. Ada
sesetengah remaja meluangkan masa hampir penuh bersama rakan-rakannya. Di sebabkan
itu, remaja sekarang lebih mengenali rakan mereka berbanding dengan ibubapa sendiri dan
lebih mempercayai rakan mereka daripada keluarga atau ibubapa. Kejadian seperti ini adalah
amat bahaya dan boleh mengakibatkan remaja tersebut terjerumus dalam gejala sosial yang
tidak sihat.
Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi seseorang remaja dan kanak-kanak
terlibat dalam tingkah laku yang bermasalah. Faktor-faktor ini termasuklah faktor rakan
sebaya, pengaruh keluarga, pengaruh media massa dan individu itu sendiri untuk
menentukan etiologi gengsterisme. Pengaruh yang negatif ini pula akan menyebabkan
seseorang remaja terjerumus ke kancah gejala sosial seterusnya meranapkan masa hadapan
remaja tersebut.
Ini kerana rakan sebaya yang negatif mempengaruhi rakan sebaya yang lain untuk
bertingkah laku bertentangan dengan tuntutan agama dan norma-norma masyarakat. Nilai-
nilai murni yang ditanam di kalangan pelajar sejak kanak-kanak lagi mungkin tidak
mempunyai kesan yang banyak terhadap pengaruh tingkah laku sekiranya pelajar berkenaan
tidak berupaya menolak pengaruh rakan sebaya. Keupayaan untuk menolak pengaruh rakan
sebaya adalah satu kemahiran penting yang perlu diperolehi oleh remaja agar remaja
berkenaan boleh berperilaku sejajar dengan nilai yang dianutinya.
14
Namun kita perlu berhati-hati, tidak semua rakan sebaya boleh membantu kita kerana ada
yang akan cuba menarik kita ke arah kegagalan walaupun bukan itu niat mereka. Mereka
juga turut menyumbang kepada berlakunya masalah gejala sosial terutamanya kepada
pelajar-pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan mengalami masalah keluarga. Ini adalah
fakta. Pengaruh rakan sebaya memang antara sebab utama yang boleh membuatkan pelajar
bukan saja bersikap kurang ajar, nakal dan jahat tetapi juga berpotensi untuk ponteng sekolah
yang mana pelajar akan mengalami masalah kemerosotan disiplin. Kemahiran dalam bidang
bimbingan dan kaunseling sangat penting bagi mengatasi pengaruh negatif rakan sebaya agar
tidak terlibat dalam aktiviti anti-sosial.
Menurut kajian, di dalam hal-hal seperti tanggungjawab moral, keberanian, kejujuran,
kemesraan dan lain-lain, para remaja dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan rakan sebaya
yang lebih tinggi daripada pengaruh ibubapa. Faktor ini banyak menimbulkan pergeseran di
antara para remaja dan ibubapa. Para remaja merasakan ibubapa sebagai pengongkong
kebebasan diri. Ibubapa pula berasa keliru dengan tingkahlaku dan tindak-tanduk remaja dan
sebarang usaha untuk menegakkan identiti diri dianggap sebagai menentang.
Kekeliruan ini memburukkan lagi pergeseran dan akhirnya menimbulkan masalah.
Apabila remaja menemui masalah seperti ini, ia memerlukan seorang sebagai tempat
mengadu hal, mendapat panduan dan pertolongan. Kadangkala mereka merasa lebih selesa
berbincang atau bercerita masalah mereka dengan rakan sebaya.
Kajian juga mendapati bahawa remaja cenderung menuruti tingkahlaku kumpulan yang
mana ia berada di dalamnya. Remaja di peringkat ini akan bersungguh-sungguh mencuba
bertingkahlaku seperti tingkahlaku kumpulannya. Remaja ini juga akan melakukan apa yang
dilakukan oleh kumpulannya.
Ramai remaja mengalah kepada tekanan rakan sebaya kerana tidak tahu cara berkata
‘tidak’ kepada rakan mereka. Mereka tidak dapat berlatih menyuarakan sebarang
percanggahan pendapat. Remaja perlu tunjukkan bahawa mereka mempunyai keberanian
moral untuk tidak bersetuju dan katakan ‘tidak’ apabila rakan-rakan sebaya cuba mendesak
untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan budaya murni dan undang-undang. Ini
15
akan menguatkan naluri untuk melakukan apa yang dirasakan betul dan bukannya mengikut
mata orang lain serta mempunyai keberanian untuk mempertahankan pandangan sendiri.
Remaja yang sentiasa berasa tidak yakin kepada diri sendiri lebih mudah mengalah
kepada tekanan rakan sebaya. Dalam aspek pengaruh rakan sebaya, kajian menunjukkan
bahawa pelajar akan menghisap rokok secara berkumpulan atau bersama rakan. Pelajar juga
menganggap peraturan atau undang-undang sekolah sebagai sesuatu yang remeh dan tidak
perlu dipatuhi. Mereka akan membentuk kumpulan tersendiri dan mengadakan peraturan
tertentu dan ahli kumpulan hendaklah mematuhinya. Hal ini mula menimbulkan masalah
disiplin seperti peras ugut dan pergaduhan. Biasanya, apabila ahli kumpulan dipukul, mereka
akan membalas secara berkumpulan.
Dapatan kajian yang disebutkan di atas sejajar dengan dapatan kajian peringkat nasional
yang dijalankan oleh Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1993
yang menunjukkan punca salah laku di kalangan pelajar adalah disebabkan oleh faktor diri,
keluarga, persekitaran rakan sebaya dan juga sekolah.
Kajian yang sedia ada, menunjukkan bahawa penglibatan rakan sebaya devian
merupakan faktor kepada tingkahlaku delikuen. Oleh itu sangat penting kita mengkaji faktor
utama remaja ini terlibat dengan remaja yang bertingkahlaku negatif. Kajian terbaru pula
menunjukan bahawa penolakan daripada rakan sebaya merupakan faktor remaja terlibat
dengan rakan yang bertingkahlaku devian. Data yang diperolehi daripada Oregon Youth
Study menunjukkan bahawa penolakan daripada rakan sebaya, sebab utamanya remaja
terlibat dengan rakan sebaya yang bertingkah laku negatif. Dalam kajian ini, kanak-kanak
yang berumur 10 tahun yang mengalami keadaan penolakan daripada rakan sebaya
mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk terlibat dengan rakan sebaya yang devian pada
umur 12 tahun.
Tingkahlaku agresif mempunyai hubungan yang signifikan dengan faktor penolakan
rakan sebaya di dalam masalah tingkah laku negatif remaja. Terdapat beberapa cara
penolakan rakan sebaya mempengaruhi perkembangan remaja untuk terlibat dengan rakan
sebaya yang devian dan delikuen. Salah satu cara ialah, remaja yang tidak diterima oleh
16
rakan sebaya akan mengalami masalah kekurangan kemahiran sosial dan agresif selain
tingkah laku anti-sosial yang menyebabkan mereka terlibat dengan remaja yang devian.
Kesimpulannya, tekanan rakan sebaya merupakan sesuatu yang lazim di kalangan rakan-
rakan. Kebanyakkannya menjurus ke arah negatif jika tidak ditangani dengan rasional dan
ianya juga boleh memberi kesan kepada perubahan cara seseorang sama ada cara bercakap,
bertingkahlaku mahupun berfikir.
6.0 RUMUSAN
Rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri. Rakan sebaya juga mempunyai pengaruh
yang ketara. Rakan sebaya di sekolah dapat mempengaruhi rakan-rakan yang lain terutama
sekali dalam membentuk disiplin seseorang pelajar. Sekiranya nilai-nilai rakan sebaya tidak
mementingkan ketekunan, tanggungjawab, kerjasama, menepati masa, menghormati guru
dan mematuhi peraturan, begitulah juga sikap rakan-rakannya.
Sebaliknya sifat-sifat sosial positif rakan sebaya juga menghasilkan seseorang individu
yang amat menekankan nilai moral dalam satu-satu masyarakat seperti sifat kepimpinan,
bertimbang rasa dan bekerjasama.
Rakan sebaya juga memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsep diri, sikap
dan pandangan seseorang pada dirinya sendiri. Contohnya cara berpakaian, hobi, aktiviti-
aktiviti sosial, jenis permainan, kumpulan belajar dan sebagainya. Sekiranya rakan sebaya
yang di pilih cenderung berbuat baik maka pelajar terpengaruh hendak menjalankan kebaikan
dan akan berlaku sebaliknya jika rakan sebaya cenderung melakukan aktiviti yang kurang
sihat maka mereka akan sama-sama melakukan kejahatan.
Secara kesimpulannya, rakan sebaya memainkan peranan yang signfikan dalam
menentukan arah kehidupan seseorang. Kesilapan dalam memilih rakan sebaya menyebabkan
masalah sosial bermahajarela dan kemerosotan disiplin pasti akan berlaku.Demikianlah,
betapa besar peranan dan pentingnya memilih rakan sebaya, jesteru itu, ibubapa haruslah
peka dalam hal ini.
17
RUJUKAN
Abdullah Sani Yahaya, 2005. Mengurus disiplin Pelajar: Pahang: PTS Professional
Publishing Sdh Bhd.
Artwater, D. (1981)Learning and earning. The value of working for urban
student.(On Line). Available
Azizah Lebai Nordin (2002), Masalah Disiplin di Kalangan Remaja (Tesis Ph.D,Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur) h. 36.
Cindy Tursman & Moore J. (1930). The politics of education and recent immigrants
as gang members.Washington, D.C:Author
Dewan Masyarakat (1995). Tingkah Laku Delinkuen. 9 –12.
Ee Ah Meng, 1994. Pendidikan Moral (Elektif): Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Environment: Engineering Students’ Perspective.” : Conference On Engineering
Education (CEE2004), 14-15 December 2004, Kuala Lumpur.
Fotana, M.(1981). Contributions of delinquency and substance use to school droupout
Youth Soc.,21:306-354
Freud, S.F. (1953). Circle of friends:The role of gender and networks in delinquent
group dynamic.Paper presented at annual meeting of the American Society
of Criminology, Chicago,IL
Haslina, H. (2000). Gejala Gengsterisme di kalangan Pelajar.Fenomena yang semakin
meresahkan. Dewan Masyarakat (Jun). 14 -27
18
Hasliza Hassan, (2002). “Ciri-ciri Kualiti Pelajar Untuk Keperluan Pekerjaan Pada Masa
Kini”. Seminar Antara Industri dan Institusi Pendidikan Awam, Universiti
Teknologi Malaysia: Bangi.
Md Izuddin Hj. Ali, 2006. Jalan Pantas ke arah Pelajar Cemerlang: Kuala Lumpur:
Telaga Biru Sdn Bhd.
Mohd Majid Konting. (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: DBP.
Mohd Rodzik Abd Razak. (1998). Hubungan Gaya Didikan Ibubapa Dengan
Tingkah Laku
Mohd. Sharani Ahmad. (2006). Psikologi Kanak-kanak. Kuala Lumpur : PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.
Mohd Zaki Kamsah (2004). “Developing Generic Skills in Classroom
Quek Miow Leng. (2006). Hubungan Antara Sikap, Minat, Pengajaran Guru dan
Pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian Matematik di kalangan pelajar
tigkatan empat di daerah Batu Pahat, Johor. Tesis PhD. Universiti Teknologi
Malaysia, Johor.
Rahil Hj Mahyuddin dan Habibah Elias, 2002. Psikologi pendidikan Untuk Perguruan:
Shah Alam: Karisma Publications sdn Bhd.
Sharifah Alwiah Alsagoff.(1986). Psikologi pembelajaran dan kognitif, bimbingan dan
kaunseling. Petaling Jaya : Heinemann Malaysia Sdn. Bhd.

More Related Content

What's hot

Psikologi perkembangan
Psikologi perkembanganPsikologi perkembangan
Psikologi perkembanganpramithasari27
 
Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...
Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...
Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...Muhammad Najamuddin Jeneponto
 
Perkembangan hubungan sosial
Perkembangan hubungan sosialPerkembangan hubungan sosial
Perkembangan hubungan sosialmizwarsaputra69
 
Masalah moral dalam kalangan pelajar
Masalah moral dalam kalangan pelajarMasalah moral dalam kalangan pelajar
Masalah moral dalam kalangan pelajarShila Melisha
 
Perkembangan sosial, moral. agama dan kepribadian masa akhir kanak kanak
Perkembangan sosial, moral. agama dan kepribadian masa akhir kanak kanakPerkembangan sosial, moral. agama dan kepribadian masa akhir kanak kanak
Perkembangan sosial, moral. agama dan kepribadian masa akhir kanak kanakM N Habibah
 
Perkembangan dengan teman sebaya
Perkembangan dengan teman sebayaPerkembangan dengan teman sebaya
Perkembangan dengan teman sebayaAhmad Arif
 
Pengaruh pendidikan keluarga terhadap kepribadian anak
Pengaruh pendidikan keluarga terhadap kepribadian anakPengaruh pendidikan keluarga terhadap kepribadian anak
Pengaruh pendidikan keluarga terhadap kepribadian anakDiana Tandjung
 
Tugas ina diskusi
Tugas ina diskusiTugas ina diskusi
Tugas ina diskusirhysari
 
Langkah-langkah mengatasi ponteng sekolah
Langkah-langkah mengatasi ponteng sekolahLangkah-langkah mengatasi ponteng sekolah
Langkah-langkah mengatasi ponteng sekolahTangan-tangan Putih
 
Perkembangan Nilai dan Moral Akhir Masa Kanak-Kanak
Perkembangan Nilai dan Moral Akhir Masa Kanak-KanakPerkembangan Nilai dan Moral Akhir Masa Kanak-Kanak
Perkembangan Nilai dan Moral Akhir Masa Kanak-KanakRista Nurizki Putri
 
Elm3104 edisi-kemaskini
Elm3104 edisi-kemaskiniElm3104 edisi-kemaskini
Elm3104 edisi-kemaskiniRizal Abdullah
 
Makalah BK Peran OrangTua Terhadap Perilaku Menyimpang Anak dan Solusinya
Makalah BK Peran OrangTua Terhadap Perilaku Menyimpang Anak dan SolusinyaMakalah BK Peran OrangTua Terhadap Perilaku Menyimpang Anak dan Solusinya
Makalah BK Peran OrangTua Terhadap Perilaku Menyimpang Anak dan SolusinyaBlog Malaikat Iblis di Bulan Maret
 
Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...
Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...
Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...syahidolly
 
Sosialisasi dan Penyesuaian Diri di Sekolah
Sosialisasi dan Penyesuaian Diri di SekolahSosialisasi dan Penyesuaian Diri di Sekolah
Sosialisasi dan Penyesuaian Diri di SekolahNon Formal Education
 

What's hot (20)

Manajemen pergaulan
Manajemen pergaulanManajemen pergaulan
Manajemen pergaulan
 
Psikologi perkembangan
Psikologi perkembanganPsikologi perkembangan
Psikologi perkembangan
 
ISU MORAL
ISU MORALISU MORAL
ISU MORAL
 
Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...
Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...
Presentation1KARYA TULIS ILMIAH PERAN ORANG TUA DALAM MEMBANGUN PRIBADI ANAK ...
 
Bab[8]
Bab[8]Bab[8]
Bab[8]
 
Perkembangan hubungan sosial
Perkembangan hubungan sosialPerkembangan hubungan sosial
Perkembangan hubungan sosial
 
Masalah moral dalam kalangan pelajar
Masalah moral dalam kalangan pelajarMasalah moral dalam kalangan pelajar
Masalah moral dalam kalangan pelajar
 
Perkembangan sosial, moral. agama dan kepribadian masa akhir kanak kanak
Perkembangan sosial, moral. agama dan kepribadian masa akhir kanak kanakPerkembangan sosial, moral. agama dan kepribadian masa akhir kanak kanak
Perkembangan sosial, moral. agama dan kepribadian masa akhir kanak kanak
 
Perkembangan dengan teman sebaya
Perkembangan dengan teman sebayaPerkembangan dengan teman sebaya
Perkembangan dengan teman sebaya
 
Ppt ppd
Ppt ppdPpt ppd
Ppt ppd
 
Pengaruh pendidikan keluarga terhadap kepribadian anak
Pengaruh pendidikan keluarga terhadap kepribadian anakPengaruh pendidikan keluarga terhadap kepribadian anak
Pengaruh pendidikan keluarga terhadap kepribadian anak
 
Tugas ina diskusi
Tugas ina diskusiTugas ina diskusi
Tugas ina diskusi
 
Langkah-langkah mengatasi ponteng sekolah
Langkah-langkah mengatasi ponteng sekolahLangkah-langkah mengatasi ponteng sekolah
Langkah-langkah mengatasi ponteng sekolah
 
Perkembangan Nilai dan Moral Akhir Masa Kanak-Kanak
Perkembangan Nilai dan Moral Akhir Masa Kanak-KanakPerkembangan Nilai dan Moral Akhir Masa Kanak-Kanak
Perkembangan Nilai dan Moral Akhir Masa Kanak-Kanak
 
Buli
BuliBuli
Buli
 
Elm3104 edisi-kemaskini
Elm3104 edisi-kemaskiniElm3104 edisi-kemaskini
Elm3104 edisi-kemaskini
 
Makalah BK Peran OrangTua Terhadap Perilaku Menyimpang Anak dan Solusinya
Makalah BK Peran OrangTua Terhadap Perilaku Menyimpang Anak dan SolusinyaMakalah BK Peran OrangTua Terhadap Perilaku Menyimpang Anak dan Solusinya
Makalah BK Peran OrangTua Terhadap Perilaku Menyimpang Anak dan Solusinya
 
Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...
Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...
Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...
 
Kenakalan remaja masa kini
Kenakalan remaja masa kiniKenakalan remaja masa kini
Kenakalan remaja masa kini
 
Sosialisasi dan Penyesuaian Diri di Sekolah
Sosialisasi dan Penyesuaian Diri di SekolahSosialisasi dan Penyesuaian Diri di Sekolah
Sosialisasi dan Penyesuaian Diri di Sekolah
 

Viewers also liked

Kesejahteraan sosial dan pekerjaan sosial
Kesejahteraan sosial dan pekerjaan sosialKesejahteraan sosial dan pekerjaan sosial
Kesejahteraan sosial dan pekerjaan sosialHIMA KS FISIP UNPAD
 
Teks ucapan sempena majlis penutup kursus memartabatkan bahasa malaysia dan ...
Teks ucapan sempena majlis penutup kursus memartabatkan bahasa malaysia  dan ...Teks ucapan sempena majlis penutup kursus memartabatkan bahasa malaysia  dan ...
Teks ucapan sempena majlis penutup kursus memartabatkan bahasa malaysia dan ...Norazliah Ani
 
Tabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kita
Tabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kitaTabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kita
Tabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kitaOng Fang
 
Assignment OUM HBSC 2203 Tools Of Learning Science
Assignment OUM HBSC 2203 Tools Of Learning ScienceAssignment OUM HBSC 2203 Tools Of Learning Science
Assignment OUM HBSC 2203 Tools Of Learning ScienceMohd Nuruzzaman
 
Report of assignment OUMH 2203
Report of assignment OUMH 2203Report of assignment OUMH 2203
Report of assignment OUMH 2203Tina Lim
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Suhaiza Shuib
 
Pernyataan masalah
Pernyataan masalahPernyataan masalah
Pernyataan masalahwmkfirdaus
 
Assignment 1
Assignment 1Assignment 1
Assignment 1iezaku
 
Contoh assignment pai jad
Contoh assignment pai jadContoh assignment pai jad
Contoh assignment pai jadSilent Artist
 
Teks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlisTeks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlisHazrin Imam Kardi
 
Oumh1103 learning skills for open distance learners
Oumh1103 learning skills for open distance learnersOumh1103 learning skills for open distance learners
Oumh1103 learning skills for open distance learnersRomzi Bin Zainal
 
Panduan kritik jurnal gru6014
Panduan kritik jurnal gru6014Panduan kritik jurnal gru6014
Panduan kritik jurnal gru6014azlinaali80
 

Viewers also liked (19)

Assignment lari pecut
Assignment lari pecutAssignment lari pecut
Assignment lari pecut
 
Kesejahteraan sosial dan pekerjaan sosial
Kesejahteraan sosial dan pekerjaan sosialKesejahteraan sosial dan pekerjaan sosial
Kesejahteraan sosial dan pekerjaan sosial
 
Teks ucapan sempena majlis penutup kursus memartabatkan bahasa malaysia dan ...
Teks ucapan sempena majlis penutup kursus memartabatkan bahasa malaysia  dan ...Teks ucapan sempena majlis penutup kursus memartabatkan bahasa malaysia  dan ...
Teks ucapan sempena majlis penutup kursus memartabatkan bahasa malaysia dan ...
 
Tabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kita
Tabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kitaTabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kita
Tabiat merokok menjadi panorama biasa dalam masyarakat kita
 
Assignment OUM HBSC 2203 Tools Of Learning Science
Assignment OUM HBSC 2203 Tools Of Learning ScienceAssignment OUM HBSC 2203 Tools Of Learning Science
Assignment OUM HBSC 2203 Tools Of Learning Science
 
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial
Amalan terbaik dalam pembangunan sosialAmalan terbaik dalam pembangunan sosial
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial
 
Assigmen oum ayu
Assigmen oum ayuAssigmen oum ayu
Assigmen oum ayu
 
Report of assignment OUMH 2203
Report of assignment OUMH 2203Report of assignment OUMH 2203
Report of assignment OUMH 2203
 
Kesejahteraan sosial
Kesejahteraan sosialKesejahteraan sosial
Kesejahteraan sosial
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi
 
Efikasi kendiri
Efikasi kendiriEfikasi kendiri
Efikasi kendiri
 
Pernyataan masalah
Pernyataan masalahPernyataan masalah
Pernyataan masalah
 
Assignment 1
Assignment 1Assignment 1
Assignment 1
 
Tugasan kaedah penyelidikan oum
Tugasan kaedah penyelidikan oumTugasan kaedah penyelidikan oum
Tugasan kaedah penyelidikan oum
 
Contoh assignment pai jad
Contoh assignment pai jadContoh assignment pai jad
Contoh assignment pai jad
 
Teks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlisTeks ucapan pengacara majlis
Teks ucapan pengacara majlis
 
Oumh1103 learning skills for open distance learners
Oumh1103 learning skills for open distance learnersOumh1103 learning skills for open distance learners
Oumh1103 learning skills for open distance learners
 
Panduan kritik jurnal gru6014
Panduan kritik jurnal gru6014Panduan kritik jurnal gru6014
Panduan kritik jurnal gru6014
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 

Similar to Peranan Rakan Sebaya (20)

Asigment
AsigmentAsigment
Asigment
 
Presentasi kelompok 11
Presentasi kelompok 11Presentasi kelompok 11
Presentasi kelompok 11
 
Seksualiti k.kursus
Seksualiti k.kursusSeksualiti k.kursus
Seksualiti k.kursus
 
bergaul-yang-efektif.docx
bergaul-yang-efektif.docxbergaul-yang-efektif.docx
bergaul-yang-efektif.docx
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Ppt ppd
Ppt ppdPpt ppd
Ppt ppd
 
Ppt ppd
Ppt ppdPpt ppd
Ppt ppd
 
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yemPerkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
Perkembangan kanak kanak.assgmen hj yem
 
Sosioantropologi
SosioantropologiSosioantropologi
Sosioantropologi
 
Pergaulan positif bagi remaja
Pergaulan positif bagi remajaPergaulan positif bagi remaja
Pergaulan positif bagi remaja
 
Bab 4 adab pergaulan dalam islam
Bab 4 adab pergaulan dalam islamBab 4 adab pergaulan dalam islam
Bab 4 adab pergaulan dalam islam
 
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)Tabiat merokok dikalangan remaja (1)
Tabiat merokok dikalangan remaja (1)
 
Tugas sosiologi sosialisasi
Tugas sosiologi sosialisasiTugas sosiologi sosialisasi
Tugas sosiologi sosialisasi
 
Tugas sosiologi
Tugas sosiologiTugas sosiologi
Tugas sosiologi
 
Tugas sosiologi
Tugas sosiologiTugas sosiologi
Tugas sosiologi
 
Tugas sosiologi sosialisasi
Tugas sosiologi sosialisasiTugas sosiologi sosialisasi
Tugas sosiologi sosialisasi
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Kepentingan pj (sosial)
Kepentingan pj (sosial)Kepentingan pj (sosial)
Kepentingan pj (sosial)
 
Bahaya pergaulan
Bahaya pergaulanBahaya pergaulan
Bahaya pergaulan
 
Bahaya pergaulan
Bahaya pergaulanBahaya pergaulan
Bahaya pergaulan
 

Peranan Rakan Sebaya

  • 1. 1 KPP 6014 PERKEMBANGAN SOSIAL EMOSI DAN MORAL TUGASAN 1: NO. 4 : KONTEKS PERKEMBANGAN RAKAN SEBAYA DISEDIAKAN OLEH : NAMA NO. ID NO. TEL NAZIRAH BT NAWANG M20132001956 012-9834995 NORAZLINA BT ABDUL HAMID M20132001725 017-5281398 ROSLIN BT FRANCIS M20132001727 016-8315204 PENSYARAH: PROF. MADYA DR. SUPPIAH NACHIAPPAN
  • 2. 2 ISI KANDUNGAN Perkara Muka surat 1.0 PENGENALAN 3 2.0 DEFINSI RAKAN SEBAYA 4 3.0 PERANAN RAKAN SEBAYA 6 4.0 PENGARUH RAKAN SEBAYA MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU POSITIF 10 5.0 PENGARUH RAKAN SEBAYA MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU NEGATIF 13 6.0 RUMUSAN 16 7.0 BIBLIOGRAFI 17
  • 3. 3 1.0 PENGENALAN Setiap manusia akan melalui fasa tertentu dari peringkat bayi, kanak-kanak, remaja dewasa dan orang tua. Alam remaja merupakan zaman transisi dari zaman kanak-kanak hingga dewasa. Fasa remaja merupakan zaman kritikal yang patut diambil serius bagi semua pihak. Pada peringkat ini, remaja terpaksa berhadapan dengan pelbagai perubahan iaitu dari segi fizikal, emosi, sosial dan juga intelektual. Apa yang dipilih pada waktu ini akan mencerminkan masa hadapan mereka. Jadi pemilihan arah tuju yang betul akan membantu membentuk peribadi remaja tersebut. Pada peringkat ini, mereka akan tercari-cari arah tuju bagi menjawab segala kemushkilan yang berlaku. Oleh itu, sumber utama yang akan menjadi bahan rujukan mereka ialah orang yang terdekat iaitu rakan sebaya yang selalu bersama dengan mereka. Rakan sebaya ialah pelajar-pelajar atau remaja yang mempunyai umur yang hampir- hampir sama di antara satu sama lain. Remaja ini cenderung untuk menuruti tingkah laku kumpulan yang mana ia berada di dalamnya. Pada peringkat awalnya, remaja ini akan bersungguh-sungguh cuba bertingkah laku seperti tingkah laku kumpulannya. Mereka akan mencuba atau melakukan apa yang akan dilakukan oleh kumpulannya. Jika kumpulan yang diikutinya itu suka membuat perkara negatif seperti merokok maka kemungkinan besar mereka juga akan turut merokok juga. Bagi remaja, dengan mencontohi rakan sebaya, mereka akan belajar satu tingkah laku yang baru dan cuba di sesuaikan dengan personalitinya. Antara program yang telah dilaksanakan di Malaysia ialah Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang di tubuhkan untuk membantu rakan yang mempunyai masalah disiplin. Pengaruh rakan sebaya dominan dalam kehidupan seseorang pelajar itu. Seorang pelajar menganggap peraturan sekolah yang diadakan itu menyusahkan dan tidak perlu unuk diikuti serta suatu perkara yang remeh. Mereka akan membentuk kumpulan dan membuat suatu peraturan yang baru yang perlu di ikuti oleh ahli kumpulan yang lain. Hal ini yang akan menimbulkan masalah disiplin seperti peras ugut, ponteng sekolah dan sebagainya. Oleh itu, rakan sebaya ini memainkan peranan yang besar dlam kehidupan seseorang remaja terutamanya.
  • 4. 4 2.0 DEFINISI RAKAN SEBAYA Secara umumnya, rakan sebaya ialah sahabat yang mempunyai sama umur. Rakan sebaya ialah sahabat daripada lingkungan latar belakang yang sama dan suka dalam pelbagai aktiviti atau dengan kata lain mempunyai minat yang sama. Mereka ini diibaratkan mempunyai satu identiti yang tersendiri dan mempunyai kumpulan tersendiri. Menurut Quek Miow Leng (2006), menyatakan bahawa rakan sebaya ini memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang pelajar. Secara umumnya pelajar ini akan menjadikan rakan sebaya ini sebagai panduan untuk menilai kebolehan dirinnya dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran dan kebolehan mereka. Pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya banyak memberi pengaruh yang besar terhadap kehidupan mereka. Mereke dianggap sebagai penganti kepada ahli keluarga mereka. Apa yang dlakukan oleh rakan sebaya mereka akan dijadikan contoh, panduan untuk mereka. Oleh itu, pemilihan rakan sebaya yang postitif dan baik akan membentuk mereka ke arah kebaikan. Mengikut Sharifah Alwiah Alsagof (1987), rakan sebaya ini juga dikenali sebagai sahabat yang dari lingkungan umur, latar belakang dan minat yang lebih kurang sama. Sahabat ini adalah apabila terdapat seseorang yang melakukan aktiviti-aktiviti sosial bersama- sama.Mengikut Berk (1997) pula menyatakan, rakan sebaya merupakan satu unit sosial yang diwujudkan untuk berkongsi nilai dan perlakuan yang sama serta struktur sosial di antara pemimpin dengan pengikutnya. Mengikut Mohd Sharani Ahmad (2006), pada peringkat akhir kanak-kanak, rakan sebaya memberi kesan pengaruh yang sangat kuat. Perhubungan ini yang membentuk kemahiran kognitif, tingkah laku, sosial dan mereka semakin mahir dengan kemahiran berkomunikasi dengan rakan sebaya. Pada peringkat ini, kanak-kanak yang kekurangan rakan sebaya terbahagi kepada dua jenis iaitu kanak-kanak yang ditolak kehadirannya dan kanak- kanak yang terasing. Ini adalah disebabkan tingkah laku mereka ataupun disebabkan kurangnya kemahiran sosial.
  • 5. 5 Mengikut Rahil dan Habibah (2002), rakan sebaya ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan “click” dan “crowd”. Click ialah satu kumpulan yang rapat, yang mengandungi sekurang-kurangnya enam rakan. Hubungan mereka ini sangat akrab kerana dasar persahabatan yang dipilih atas dasar berkongsi minat, sukan cerita dan rupa fizikal yang lebih kurang sama. Mereka juga akan berkongsi cerita yang sama, perihal diri sendiri, berjalan bersama-sama serta berbual-bual bersama-sama tanpa mempedulikan orang lain. Manakala maksud crowd pula ialah bilangan ahli yang lebih ramai iaitu antara 15 hinga 30 orang yang terdiri daripada beberapa kumpulan kecil, iaitu 4 hingga 6 kumpulan. Contohnya ialah ahli sebah kelab atau organisasi yang terdiri daripada jantina yang berbeza. Terdapat beberapa peringkat hubungan rakan sebaya iaitu bermula dari umur 5 hingga 12 tahun yang mereka hanya berkawan sesama jantina. Pada peringkat 12 hingga 14 tahun, mereka mula berkawan dengan berlainan jantina bagi membentuk “click” atau kelompok tertentu mengikut kesesuaian mereka. Bagi peringkat umur 14 hingga 16 tahun, mereka mula berkawan dengan berlainan jantina secara berasingan tetapi msih mengekalkan kelompok tapi apabila menginjak ke umur 16 hingga 18 tahun, mereka mula mulakan hubungan rapat antara jantina dan mengasingkan diri dari kelompok tersebut. Manakala umur 18 hingga 25 tahun, mereka mula mengekalkan hubungan tidak formal, berjanji setia dan tukar menukar tanda persahabatan. Pada peringkat ini juga ada yang mewujudkan perhubungan yang formal yang berjanji, bertunang dan seterusnya berkeluarga. Bagi Santrock (2002), rakan sebaya merupakan sumber informasi dan orang yang boleh dipercayai. Persahabatan ini dibina berdasarkan satu kefahaman dan satu kepercayaan yang mendalam yang mengambil masa yang agak lama. Remaja mula berkawan dan mula mempunyai rakan sebaya bila memasuki alam persekolahan. Tempoh bersahabat ini ada yang lama, ada yang sekejap dan ada yang sampai tamat persekolahan dan berterusan hingga alam peekerjaan. Inilah yang dinamakan rakan baik. Mereka inilah yang dikatakan rakan sebaya yang akan sama-sama meneroka dan memahami diri masing-masing.
  • 6. 6 Mengikut sumber wikipedia, rakan sebaya ialah “peer group” iaitu sekumpulan remaja yang sama dari segi umur, pendidikan atau kelas sosial dan minat. Remaja biasanya kebih gemar menghabiskan masa bersama dengan rakan sebaya. Rakan sebaya selalunya disinonimkan pada zaman remaja. Ini kerana pada waktu ini, rakan sebaya memberikan impak yang sangat besar samaada positif ataupun negatif. Untuk remaja, rakan sebaya ini terdiri daripada sekumpulan besar rakan-rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja. Mengikut Malecki & Elliott (1999), kanak-kanak merasakan rakan mereka adalah penting kepada mereka. Secara kesimpulannya, rakan sebaya adalah merupakan agen pembentukan tingkah laku yang berkesan kepada remaja. Oleh yang demikian, pemilihan rakan sebaya yag memiliki kehidupan yang positif, berdisiplin, kasih sayang, hormat menghormati akan membantu diri rakan sebaya yang lain ke arah kebaikan. 3.0 PERANAN RAKAN SEBAYA Menurut Albert Bandura, proses pembelajaran adalah melalui peniruan dengan cara pemerhatian atau mengamati sesuatu perkara yang berlaku. Bandura menyatakan bahawa untuk belajar melalui pemerhatian, seseorang individu itu harus menumpukan perhatian, dan biasanya orang yang diperhatikan adalah orang yang menarik, terkenal dalam kalangan guru- guru atau rakan-rakan yang lain dalam satu-satu organisasi, cekap atau disanjungi. Biasanya dalam hal ini selalunya akan dikaitkan dengan rakan sebaya di mana dalam konteks rakan sebaya adalah mereka yang sama peringkat umur. Rakan sebaya memainkan peranan yang sangat besar dalam membentuk peribadi dan akhlak seseorang itu. Ia dapat menjadi agen sosial yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam membentuk peribadi dan akhlak seseorang. Secara tidak langsung, rakan sebaya mengambil alih tanggungjawab ibu bapa mereka ketika di luar rumah. Kumpulan rakan sebaya dapat membentuk perwatakan dan keperibadian seseorang. Jika seseorang itu
  • 7. 7 menyertai satu kumpulan rakan sebaya yang baik, maka baik lah individu tersebut dan sebaliknya, oleh itu memilih rakan sebaya adalah sangat penting kepada seseorang individu. Beberapa peranan rakan sebaya dapat dibincangkan seperti berikut; 1. Peranan rakan sebaya dalam pembentukan disiplin seseorang individu. Disiplin dapat didefiniskan sebagai satu latihan pemikiran dan kelakuan yang ada pada setiap individu. Disiplin adalah peraturan-peraturan yang ditetapkan bagi mengwujudkan insan yang mulia. Di sekolah, disiplin menjadi satu kawalan sosial bagi mengwujudkan suasana tenteram seterusnya bertujuan menghasilkan individu yang sihat dari segi intelek, emosi dan sosial selain proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Oleh yang demikian, sekolah-sekolah telah menyediakan Pembimbing Rakan sebaya atau PRS bagi memberikan nasihat kepada rakan-rakan mereka yang memerlukan pertolongan mereka. PRS memainkan peranan penting dalam mengawal disiplin pelajar. Tujuan PRS ditubuhkan adalah kerana ada pelajar yang menghadapi masalah akan segan memberitahu kepada guru mereka namun sangat cenderung meluahkan perasaan kepada rakan sebaya mereka. Proses pembentukan disiplin lebih mudah berlaku dalam kumpulan rakan sebaya kerana faktor masa. Masa bersama-sama rakan sebaya bagi seseorang individu lebih panjang berbanding dengan ibu bapa atau guru di sekolah. Hal ini berlaku kerana pergaulan mereka meliputi masa mereka di dalam dan di luar waktu persekolahan. Mereka saling bertukar-tukar pendapat dalam menghadapi banyak situasi. Mereka sama-sama terlibat dalam proses membuat keputusan tentang sesuatu perkara yang dilakukan oleh mereka. Dalam situasi inilah akan membentuk disiplin dan perwatakan mereka.
  • 8. 8 2. Peranan rakan sebaya dalam pembentukan moral seseorang individu. Moral ialah tingkah laku manusia yang telah ditentukan oleh etika, iaitu sama ada baik atau buruk. Moral adalah yang berkait rapat dengan peraturan-peraturan masyarakat. Di sinilah betapa pentingnya peranan rakan sebaya. Rakan sebaya adalah merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah diri seseorang. Hal ini dapat dilihat apabila seseorang itu berada di dalam kumpulan, pastinya tindakan majoriti ahli kumpulan akan mempengaruhi tindakan yang lainnya, dan sekiranya tindakan tersebut baik maka baiklah sahsiah diri mereka dan sebaliknya. Jika pelajar tersebut tidak mengikut kehendak ahli kumpulannya maka dia akan dipulaukan. Kadang-kadang perasaan ingin mencuba atau tercabar dengan sesuatu tindakan menyebabkan pelajar mudah terpengaruh dengan anjakan tersebut. Jesteru itu rakan sebaya seharusnya menunjukkan sahsiah diri yang baik. Penghayatan nilai-nilai moral akan membolehkan seseorang individu tersebut membuat keputusan yang bertanggungjawab mengenai isu moral serta bertindak berasaskan prinsip- prinsip moral dalam semua situasi. 3. Rakan sebaya berkongsi masalah dan melepaskan tekanan. Rakan juga tempat mereka mencurahkan segala masalah terutama masalah remaja, mereka lebih mempercayai rakan daripada keluarga masing-masing. Rakan sebaya membantu semasa tertekan dalam kalangan remaja kerana mereka dapat memahami hati masing-masing. 4. Rakan sebaya boleh membimbing ke jalan yang baik Rakan sebaya yang baik dapat membantu seseorang individu dalam membentuk sikap yang baik. Jika dia adalah seorang yang taat kepada agama dan sentiasa mengamalkan hidup sihat maka tidak mustahil ia boleh mempengaruhi rakannya supaya taat kepada agama juga. Rakan sebaya juga boleh menasihati rakan-rakannya yang lain agar bersikap baik, hormat kepada orang tua dan hidup dalam keadaan yang sihat dari segi kognitif, afektif dan sosial.
  • 9. 9 5. Rakan sebaya boleh memberi tunjuk ajar dalam pelajaran. Rakan sebaya juga dapat membantu meningkatkan prestasi pelajaran. Apabila ada kawan-kawannya yang bermasalah dalam pelajaran dan biasanya mereka suka membentuk kumpulan untuk belajar bersama-sama, dan sudah tentulah kelebihan belajar berkumpulan mampu meningkatkan minat dan motivasi terhadap proses pembelajaran, boleh mengurangkan rasa malas belajar dan berupaya menimbulkan rasa bertanggungjawab dan saling tolong menolong. Menurut Sharifah (1983) rakan sebaya memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Mereka akan sentiasa meniru dan mengikuti setiap gerak geri rakan sebaya. Rakan sebaya juga mempunyai hubungan yang positif dengan pencapaian pelajar dalam setiap mata pelajaran. Sekiranya mereka tidak dibimbing memilih rakan sebaya yang sesuai maka kesannya adalah kepada pencapaian mereka dalam pelajaran. 6. Rakan sebaya mengurangkan masalah gejala sosial. Masalah sosial kurang dibincangkan dalam masyarakat kita hari ini. Walau bagaimana pun masalah ini akan bertambah rumit jika ia tidak dibendung sejak awal lagi. Antara masalah sosial yang biasa menjadi paparan di dada akhbar ialah gengsterisme, vandalisme, melepak, ponteng sekolah, seks bebas dan penyalah gunaan dadah. Maka peranan rakan sebaya untuk mengurangkan masalah sosial ini sangatlah diperlukan. Rakan sebaya perlu menasihati rakan mereka sama ada yang baru mahu terlibat atau telah terlibat dalam kancah sosial ini. Hanya rakan sebaya sahaja yang dapat mempengaruhi rakannya sendiri apatah lagi jika rakan sebaya ini adalah individu yang berjaya dalam bidang akademik dan bukan akademik serta menjadi bualan para guru di sekolah atau di dalam masyarakat.
  • 10. 10 4.0 PENGARUH RAKAN SEBAYA MEMPENGARUHI TINGKAHLAKU POSITIF Persahabatan dibina dengan kefahaman dan kepercayaan yang mendalam dan mengambil masa yang lama. Remaja mempunyai ramai kawan, terutama di sekolah. Ada yang bertahan hanya seketika, tetapi terdapat segelintir yang rapat sehingga tamat persekolahan dan berterusan. Inilah yang dinamakan kawan baik atau kawan karib. Walaupun kawan karib biasanya sebaya,terdapat juga kawan karib di kalangan mereka dari luar alam persekolahan. Kawan karib boleh juga terdiri dari ahli keluarga seperti adik beradik dan datuk atau nenek. Ibu bapa anda juga boleh dijadikan kawan karib. Antara kebaikan pengaruh rakan sebaya yang positif ialah seseorang individu berpeluang menerokai dan memahami diri sendiri. Rakan karib dapat berbincang secara terbuka dan jujur. Ini menjadikan remaja berupaya menjadi peka terhadap kekuatan dan kelemahan, keperluan dan keinginan satu sama lain. Apa yang penting ditekankan dalam konsep rakan ialah pembentukan konsep kendiri, mengambil perspektif, identiti dan ikatan yang intim melebihi keluarga. Ikatan emosi ini menyediakan remaja untuk perhubungan cinta. (Savin- William & Berndt, 1990,Sullivan, 1953). Selain itu, rakan sebaya membantu semasa menghadapi tekanan di kalangan remaja. Kerapatan persahabatan yang terbina di kalangan kawan-kawan menyebabkan kepekaan yang meningkatkan empati dan tingkahlaku pro-sosial. Terdapat laporan yang menyatakan bahawa kawan-kawan yang menyokong dapat mengurangkan masalah seharian dan meningkatkan harga diri. Keadaan ini memberi faedah kepada individu dengan memupuk harga diri dan kesejahteraan serta mengurangkan kerisauan dan kesunyian. Seterusnya, rakan sebaya yang baik dapat membantu seseorang individu dalam membentuk sikap yang baik. Adalah amat penting memilih kawan yang betul. Ini adalah kerana dalam pemilihan rakan sebaya pula, terdapat beberapa faktor yang diambil kira oleh seseorang remaja, iaitu pendidikan, tarikan, minat, kelas sosial dan umur. Rakan sebaya juga merupakan insan yang amat penting kepada seseorang remaja kerana rakan sebayalah agen peneguhan dan model sosial kepada mereka. Tidak dapat dinafikan juga, rakan sebaya memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan setiap individu terutamanya remaja. Mereka berperanan sebagai pengganti
  • 11. 11 keluarga, sebagai tempat rujukan dan sebagai kumpulan rujukan dalam kehidupan seseorang remaja. Selain itu rakan sebaya juga turut berperanan sebagai pemberi sokongan sosial dan ekonomi. Jadi, oleh sebab rakan sebaya begitu penting dalam kehidupan seseorang remaja, maka tidak hairanlah pengaruh seseorang rakan sebaya sangat kuat kepada seseorang remaja. Pengaruh positif rakan sebaya dapat membentuk satu perlakuan serta keperibadian mulia seseorang individu. Membentuk nilai moral dan pertimbangan sosial peringkat ke 3 dalam Teori Perkembangan Kohlberg, Orientasi kanak-kanak baik (Good Boy Nice Girl Orientation) ini adalah berdasarkan apa yang baik melalui persetujuan serta bantuan orang lain. Mendorong kepada pencapaian yang cemerlang dalam mata pelajaran kerana sikap, keperibadian serta personaliti pelajar akan berubah mengikut rentak personaliti rakan sebaya. Selain itu remaja yang mempunyai rakan sebaya berpeluang menerokai dan memahami diri sendiri. (Savin-William & Berndt, 1990, Sullivan, 1953), seseorang yang memiliki rakan karib cenderung mempunyai sifat yang terbuka dan jujur. Kejujuran bercerita antara satu sama lain menyebabkan rakan sebaya boleh menerapkan nasihat-nasihat yang baik antara mereka. Oleh itu pemilihan rakan sebaya adalah sangat penting. Dalam hal ini, siapa yang patut menentukan jenis rakan sebaya yang menjadi pilihan. Dalam Islam, ibu bapa sendiri mengenalpasti rakan-rakan yang berakhlak mulia (Osman Ayub, 1990). Melalui rakan- rakanya yang positif ini akan wujudlah model-model positif yang boleh dikembangkan di semua peringkat. Di Malaysia, program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) telah dijalankan supaya rakan sebaya dimanfaatkan untuk membaiki disiplin di kalangan pelajar. Rakan sebaya boleh memberi pengaruh yang positif atau kebaikan antara satu sama lain. Rakan sebaya yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang baik akan terlibat dalam aktiviti- aktiviti yang lebih memberi kesan positif kepada rakan-rakan yang lain seperti terlibat dalam aktiviti kokurikulum & aktiviti meningkatkan kemahiran diri. Selain itu, rakan sebaya juga dapat mempengaruhi seseorang individu secara positif dengan memberi khidmat, sokongan dan peluang untuk membincangkan pandangan-pandangan yang bertentangan. Pengaruh kuat rakan sebaya boleh digunakan seacara konstruktif untuk membentuk tingkah laku yang positif di kalangan mereka.
  • 12. 12 Untuk pengetahuan kita semua, rakan sebaya juga adalah orang-orang yang paling hebat dalam membantu kita mencapai kejayaan akademik. Satu sebab utamanya ialah mereka ini mempunyai tahap pemikiran yang sama dengan kita. Jadi, jika mereka faham sesuatu, mereka boleh terangkan kepada kita dengan lebih mudah. Rakan Sebaya juga boleh menjadi sumber rujukan dan sistem sokongan kepada kita. Remaja akan mengubahsuai dan mengadaptasikan nilai-nilai rakan sebayanya untuk mendapat penerimaan dan pengukuran daripada kumpulan rakan sebaya yang mereka ikuti kerana rakan sebaya dapat mencorak personaliti individu tertentu. Pakar Psikologi Barat, Carl Rogers menyatakan ada beberapa perubahan ketara kepada seorang remaja antaranya perubahan fizikal, emosi dan pemikiran. Perubahan emosi dan fikiran akan mendorong remaja memperluas dan memperbesarkan kuantiti dan jaringan rakan sosialnya. Mereka lebih rela menceritakan dan mencurahkan segala masalah dan perasaan mereka kepada rakan sebaya berbanding ibu bapa, guru atau orang dewasa yang lain. Ia berlaku kerana rakan sebaya dianggap lebih memahami sikap, perasaan mereka dan dalam masa yang sama mereka ingin membuktikan mereka boleh berdikari dan berkemampuan seperti orang dewasa. Oleh itu pendekatan logikal ialah menggunakan remaja utk mempengaruhi remaja lain. Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dapat memenuhi hasrat ini dengan syarat mereka dilatih dan diselia dengan teratur. Oleh itu, disarankan supaya pemilihan dan perkembangan latihan ahli-ahli PRS hendaklah dipantau bersama kedua-dua pihak iaitu pihak sekolah dan juga ibu bapa. Rakan sebaya memainkan peranan yang penting di dalam menentukan arah kehidupan kita. Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati ketika memilih rakan sebaya. Bukan semua rakan sebaya patut dijadikan kawan kerana akan ada yang mempengaruhi ke arah kebaikan dan akan ada yang mempengaruhi ke arah kejahatan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Seseorang itu atas agama (perjalanan) rakannya, maka hendaklah seseorang kamu memperhatikan siapa yang harus dipilih menjadi rakan.” Samada berperanan sebagai seorang kawan atau pun berperanan sebagai seorang lawan, pilihlah rakan dengan bijak. Kesilapan memilih rakan sebaya pasti akan mengakibatkan keruntuhan akhlak, gejala sosial yang berleluasa dan kemerosotan disiplin.
  • 13. 13 5.0 PENGARUH RAKAN SEBAYA MEMPENGARUHI TINGKAHLAKU NEGATIF Berkawan adalah penting bagi kita. Walau bagaimanapun, berkawan boleh menjadi sesuatu yang memudaratkan. Kesan tekanan rakan sebaya boleh mempengaruhi perubahan cara seseorang sama ada cara bercakap, bertingkah laku mahupun berfikir. Pengaruh rakan sebaya adalah salah satu perkara yang menjadi punca berlakunya gejala sosial. Perkara ini sering berlaku di kalangan remaja-remaja sekarang yang hidup di dalam alam penuh dengan kemajuan. Ini adalah kerana remaja pada masa sekarang lebih mesra dengan rakan mereka kerana ibubapa sibuk dengan urusan kerja dan lain-lain. Ada sesetengah remaja meluangkan masa hampir penuh bersama rakan-rakannya. Di sebabkan itu, remaja sekarang lebih mengenali rakan mereka berbanding dengan ibubapa sendiri dan lebih mempercayai rakan mereka daripada keluarga atau ibubapa. Kejadian seperti ini adalah amat bahaya dan boleh mengakibatkan remaja tersebut terjerumus dalam gejala sosial yang tidak sihat. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi seseorang remaja dan kanak-kanak terlibat dalam tingkah laku yang bermasalah. Faktor-faktor ini termasuklah faktor rakan sebaya, pengaruh keluarga, pengaruh media massa dan individu itu sendiri untuk menentukan etiologi gengsterisme. Pengaruh yang negatif ini pula akan menyebabkan seseorang remaja terjerumus ke kancah gejala sosial seterusnya meranapkan masa hadapan remaja tersebut. Ini kerana rakan sebaya yang negatif mempengaruhi rakan sebaya yang lain untuk bertingkah laku bertentangan dengan tuntutan agama dan norma-norma masyarakat. Nilai- nilai murni yang ditanam di kalangan pelajar sejak kanak-kanak lagi mungkin tidak mempunyai kesan yang banyak terhadap pengaruh tingkah laku sekiranya pelajar berkenaan tidak berupaya menolak pengaruh rakan sebaya. Keupayaan untuk menolak pengaruh rakan sebaya adalah satu kemahiran penting yang perlu diperolehi oleh remaja agar remaja berkenaan boleh berperilaku sejajar dengan nilai yang dianutinya.
  • 14. 14 Namun kita perlu berhati-hati, tidak semua rakan sebaya boleh membantu kita kerana ada yang akan cuba menarik kita ke arah kegagalan walaupun bukan itu niat mereka. Mereka juga turut menyumbang kepada berlakunya masalah gejala sosial terutamanya kepada pelajar-pelajar yang tercicir dalam pelajaran dan mengalami masalah keluarga. Ini adalah fakta. Pengaruh rakan sebaya memang antara sebab utama yang boleh membuatkan pelajar bukan saja bersikap kurang ajar, nakal dan jahat tetapi juga berpotensi untuk ponteng sekolah yang mana pelajar akan mengalami masalah kemerosotan disiplin. Kemahiran dalam bidang bimbingan dan kaunseling sangat penting bagi mengatasi pengaruh negatif rakan sebaya agar tidak terlibat dalam aktiviti anti-sosial. Menurut kajian, di dalam hal-hal seperti tanggungjawab moral, keberanian, kejujuran, kemesraan dan lain-lain, para remaja dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan rakan sebaya yang lebih tinggi daripada pengaruh ibubapa. Faktor ini banyak menimbulkan pergeseran di antara para remaja dan ibubapa. Para remaja merasakan ibubapa sebagai pengongkong kebebasan diri. Ibubapa pula berasa keliru dengan tingkahlaku dan tindak-tanduk remaja dan sebarang usaha untuk menegakkan identiti diri dianggap sebagai menentang. Kekeliruan ini memburukkan lagi pergeseran dan akhirnya menimbulkan masalah. Apabila remaja menemui masalah seperti ini, ia memerlukan seorang sebagai tempat mengadu hal, mendapat panduan dan pertolongan. Kadangkala mereka merasa lebih selesa berbincang atau bercerita masalah mereka dengan rakan sebaya. Kajian juga mendapati bahawa remaja cenderung menuruti tingkahlaku kumpulan yang mana ia berada di dalamnya. Remaja di peringkat ini akan bersungguh-sungguh mencuba bertingkahlaku seperti tingkahlaku kumpulannya. Remaja ini juga akan melakukan apa yang dilakukan oleh kumpulannya. Ramai remaja mengalah kepada tekanan rakan sebaya kerana tidak tahu cara berkata ‘tidak’ kepada rakan mereka. Mereka tidak dapat berlatih menyuarakan sebarang percanggahan pendapat. Remaja perlu tunjukkan bahawa mereka mempunyai keberanian moral untuk tidak bersetuju dan katakan ‘tidak’ apabila rakan-rakan sebaya cuba mendesak untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan budaya murni dan undang-undang. Ini
  • 15. 15 akan menguatkan naluri untuk melakukan apa yang dirasakan betul dan bukannya mengikut mata orang lain serta mempunyai keberanian untuk mempertahankan pandangan sendiri. Remaja yang sentiasa berasa tidak yakin kepada diri sendiri lebih mudah mengalah kepada tekanan rakan sebaya. Dalam aspek pengaruh rakan sebaya, kajian menunjukkan bahawa pelajar akan menghisap rokok secara berkumpulan atau bersama rakan. Pelajar juga menganggap peraturan atau undang-undang sekolah sebagai sesuatu yang remeh dan tidak perlu dipatuhi. Mereka akan membentuk kumpulan tersendiri dan mengadakan peraturan tertentu dan ahli kumpulan hendaklah mematuhinya. Hal ini mula menimbulkan masalah disiplin seperti peras ugut dan pergaduhan. Biasanya, apabila ahli kumpulan dipukul, mereka akan membalas secara berkumpulan. Dapatan kajian yang disebutkan di atas sejajar dengan dapatan kajian peringkat nasional yang dijalankan oleh Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1993 yang menunjukkan punca salah laku di kalangan pelajar adalah disebabkan oleh faktor diri, keluarga, persekitaran rakan sebaya dan juga sekolah. Kajian yang sedia ada, menunjukkan bahawa penglibatan rakan sebaya devian merupakan faktor kepada tingkahlaku delikuen. Oleh itu sangat penting kita mengkaji faktor utama remaja ini terlibat dengan remaja yang bertingkahlaku negatif. Kajian terbaru pula menunjukan bahawa penolakan daripada rakan sebaya merupakan faktor remaja terlibat dengan rakan yang bertingkahlaku devian. Data yang diperolehi daripada Oregon Youth Study menunjukkan bahawa penolakan daripada rakan sebaya, sebab utamanya remaja terlibat dengan rakan sebaya yang bertingkah laku negatif. Dalam kajian ini, kanak-kanak yang berumur 10 tahun yang mengalami keadaan penolakan daripada rakan sebaya mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk terlibat dengan rakan sebaya yang devian pada umur 12 tahun. Tingkahlaku agresif mempunyai hubungan yang signifikan dengan faktor penolakan rakan sebaya di dalam masalah tingkah laku negatif remaja. Terdapat beberapa cara penolakan rakan sebaya mempengaruhi perkembangan remaja untuk terlibat dengan rakan sebaya yang devian dan delikuen. Salah satu cara ialah, remaja yang tidak diterima oleh
  • 16. 16 rakan sebaya akan mengalami masalah kekurangan kemahiran sosial dan agresif selain tingkah laku anti-sosial yang menyebabkan mereka terlibat dengan remaja yang devian. Kesimpulannya, tekanan rakan sebaya merupakan sesuatu yang lazim di kalangan rakan- rakan. Kebanyakkannya menjurus ke arah negatif jika tidak ditangani dengan rasional dan ianya juga boleh memberi kesan kepada perubahan cara seseorang sama ada cara bercakap, bertingkahlaku mahupun berfikir. 6.0 RUMUSAN Rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri. Rakan sebaya juga mempunyai pengaruh yang ketara. Rakan sebaya di sekolah dapat mempengaruhi rakan-rakan yang lain terutama sekali dalam membentuk disiplin seseorang pelajar. Sekiranya nilai-nilai rakan sebaya tidak mementingkan ketekunan, tanggungjawab, kerjasama, menepati masa, menghormati guru dan mematuhi peraturan, begitulah juga sikap rakan-rakannya. Sebaliknya sifat-sifat sosial positif rakan sebaya juga menghasilkan seseorang individu yang amat menekankan nilai moral dalam satu-satu masyarakat seperti sifat kepimpinan, bertimbang rasa dan bekerjasama. Rakan sebaya juga memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsep diri, sikap dan pandangan seseorang pada dirinya sendiri. Contohnya cara berpakaian, hobi, aktiviti- aktiviti sosial, jenis permainan, kumpulan belajar dan sebagainya. Sekiranya rakan sebaya yang di pilih cenderung berbuat baik maka pelajar terpengaruh hendak menjalankan kebaikan dan akan berlaku sebaliknya jika rakan sebaya cenderung melakukan aktiviti yang kurang sihat maka mereka akan sama-sama melakukan kejahatan. Secara kesimpulannya, rakan sebaya memainkan peranan yang signfikan dalam menentukan arah kehidupan seseorang. Kesilapan dalam memilih rakan sebaya menyebabkan masalah sosial bermahajarela dan kemerosotan disiplin pasti akan berlaku.Demikianlah, betapa besar peranan dan pentingnya memilih rakan sebaya, jesteru itu, ibubapa haruslah peka dalam hal ini.
  • 17. 17 RUJUKAN Abdullah Sani Yahaya, 2005. Mengurus disiplin Pelajar: Pahang: PTS Professional Publishing Sdh Bhd. Artwater, D. (1981)Learning and earning. The value of working for urban student.(On Line). Available Azizah Lebai Nordin (2002), Masalah Disiplin di Kalangan Remaja (Tesis Ph.D,Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur) h. 36. Cindy Tursman & Moore J. (1930). The politics of education and recent immigrants as gang members.Washington, D.C:Author Dewan Masyarakat (1995). Tingkah Laku Delinkuen. 9 –12. Ee Ah Meng, 1994. Pendidikan Moral (Elektif): Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd. Environment: Engineering Students’ Perspective.” : Conference On Engineering Education (CEE2004), 14-15 December 2004, Kuala Lumpur. Fotana, M.(1981). Contributions of delinquency and substance use to school droupout Youth Soc.,21:306-354 Freud, S.F. (1953). Circle of friends:The role of gender and networks in delinquent group dynamic.Paper presented at annual meeting of the American Society of Criminology, Chicago,IL Haslina, H. (2000). Gejala Gengsterisme di kalangan Pelajar.Fenomena yang semakin meresahkan. Dewan Masyarakat (Jun). 14 -27
  • 18. 18 Hasliza Hassan, (2002). “Ciri-ciri Kualiti Pelajar Untuk Keperluan Pekerjaan Pada Masa Kini”. Seminar Antara Industri dan Institusi Pendidikan Awam, Universiti Teknologi Malaysia: Bangi. Md Izuddin Hj. Ali, 2006. Jalan Pantas ke arah Pelajar Cemerlang: Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd. Mohd Majid Konting. (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: DBP. Mohd Rodzik Abd Razak. (1998). Hubungan Gaya Didikan Ibubapa Dengan Tingkah Laku Mohd. Sharani Ahmad. (2006). Psikologi Kanak-kanak. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Mohd Zaki Kamsah (2004). “Developing Generic Skills in Classroom Quek Miow Leng. (2006). Hubungan Antara Sikap, Minat, Pengajaran Guru dan Pengaruh rakan sebaya dengan pencapaian Matematik di kalangan pelajar tigkatan empat di daerah Batu Pahat, Johor. Tesis PhD. Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Rahil Hj Mahyuddin dan Habibah Elias, 2002. Psikologi pendidikan Untuk Perguruan: Shah Alam: Karisma Publications sdn Bhd. Sharifah Alwiah Alsagoff.(1986). Psikologi pembelajaran dan kognitif, bimbingan dan kaunseling. Petaling Jaya : Heinemann Malaysia Sdn. Bhd.