SlideShare a Scribd company logo
1 of 27
1
1.0 PENGENALAN
Sosialisasi merupakan proses belajar yang berkaitan dengan nilai, sikap serta kemahiran
daripada masyarakat yang berada di sekeliling dan seterusnya membentuk sikap, perilaku serta
personaliti dirinya sendiri yang sesuai dengan ahli masyarakatnya. Ini bermakna proses
sosialisasi berkaitan dengan proses perubahan mempelajari sesuatu daripada tidak tahu kepada
tahu serta mempraktikkannya ke dalam diri. Ia berlaku berterusan seumur hidup secara sedar dan
tidak sedar.
Menurut Horton dan Hunt, sosialisasi merupakan suatu proses yang terjadi ketika seorang
individu menghayati nilai-nilai dan norma-norma kelompok di mana dia hidup sehingga
terbentuklah keperibadiannya. Manakala Robert M.Z. Lawang memberi maksud sosialisasi
adalah proses mempelajari nilai dan norma yang diperlukan untuk memungkinkan seseorang
dapat berperanan secara efektif dalam kehidupan sosial. Oleh itu, sosialisasi boleh disimpulkan
sebagai proses individu bermasyarakat dalam menjalani kehidupan sehariannya.
Dengan adanya proses sosialisasi ini manusia dapat berinteraksi, berhubung dan bekerja
dalam kumpulan dan masyarakat. Proses sosialisasi menjadi bukti manusia saling memerlukan
dan ingin hidup bermasyarakat dengan manusia lain. Dalam proses sosialisasi ini manusia akan
menghayati nilai dan norma masyarakat serta melakukan penyesuaian diri agar dapat menjadi
sebahagian daripada masyarakat tersebut. Oleh itu boleh dikatakan proses sosialisasi mempunyai
hubung kait dengan proses pergaulan individu dalam masyarakat kerana melalui pergaulan
inilah manusia mempelajari berbagai-bagai nilai, norma dan perilaku individu mahupun
kelompok.
1.1 JENIS PERINGKAT PROSES SOSIALISASI
Peringkat sosialisasi berlaku dalam 3 jenis iaitu sosialisasi primer ( permulaan ),
sosialisasi sekunder ( penyertaan ) dan yang terakhir sosialisasi semula( resosialisasi ).
1. Sosialisasi Primer
Proses sosialisasi primer berlaku pada peringkat awal kanak-kanak. Proses ini amat bergantung
kepada belaian ibu yang berterusan di mana ibu memenuhi keperluan emosi dan fisiologinya.
Hubungan ibu dan anak dalam peringkat ini perlulah dijaga dan perkukuhkan sehingga kanak-
2
kanak mempunyai keyakinan kepada lingkungan dan alam sekitarnya. Pada tahap ini kanak –
kanak mula membezakan dirinya dengan orang lain yang berada di sekitarnya. Orang – orang
yang berada di sekelilingnya menjadi sangat penting kerana ketika ini mereka mempelajari pola
interaksi dan mula mencorak keperibadian. Tahap ini kanak-kanak mempelajari konsep diri,
psikomotor, penaakulan dan kemahiran bahasa daripada orang yang berada hampir dengannya
iaitu keluarga.
2. Sosialisasi Sekunder
Proses sosialisasi Sekunder dikenali juga sebagai sosialisasi penyertaan iaitu lanjutan kepada
sosialisasi primer. Peringkat ini memperkenalkan individu ke dalam kelompok tertentu dalam
masyarakat, di mana ianya berlaku pada peringkat kanak-kanak, remaja dan dewasa. Pada
peringkat ini akan berlaku proses pengembangan konsep diri, menerima konsep baru, berlaku
perubahan dan penyesuaian akibat daripada interaksi dengan rakan sebaya sekolah, media massa
dan masyarakat. Seseorang individu berusaha memenuhi kehendak-kehendak masyarakat.
Untuk bertingkah laku sebagai mana yang dikehendaki, individu boleh mempelajari kemahiran-
kemahiran intelektual, sosial dan fizikal daripada ibu bapa, sekolah dan sumber-sumber lain
daripada persekitaran. Seseorang individu itu juga mesti akur dan rela mengikut peraturan-
peraturan masyarakat.
3. Resosialisasi.
Proses ini mungkin berlaku atau tidak berlaku pada seseorang. Pada peringkat ini seseorang
diberi suatu identiti diri yang baru. Sosialisasi semula ini berlaku akibat daripada perubahan
secara drastik, mendadak, radikal atau terpaksa yang dialami oleh seseorang. Misalnya berlaku
akibat kemalangan, revolusi, peperangan, perubahan kepercayaan, bencana, ketagihan dadah dan
perubahan politik. Konsep kendiri sikap dan taakulan seseorang itu akan berubah dengan cepat
akibat daripada situasi di atas.
1.2 PROSES SOSIALISASI DALAM PEMBENTUKAN MORAL INDIVIDU BAGI
MENANGANI MASALAH SOSIAL
3
Pembentukan moral individu sangat dipengaruhi oleh proses sosialisasi yang dihadapi
oleh seseorang individu. Ini adalah kerana ketika dilahirkan bayi dalam keadaan bersih ibarat
kain putih. Dalam proses membesar daripada bayi kepada kanak – kanak individu belajar
bersosial dan bergaul daripada manusia di sekelilingnya. Pada peringkat inilah yang dikenali
sebagai sosialisasi primer iaitu permulaan di mana mereka mempelajari konsep diri, psikomotor,
penaakulan dan kemahiran bahasa daripada keluarganya. Menurut George Herbert Mead, pada
tahap meniru ( Play Stage ) kanak – kanak akan meniru apa yang dilakukan oleh orang dewasa
dan apa yang dia lihat. Ibu bapa biasanya mengajar anak-anaknya tentang kelakuan yang baik
seperti apa yang baik dan apa yang tidak baik. Tutur kata ibu bapa yang lemah lembut dan
bersopan melayan kerenah anak akan menjadi ikutan dan turut dipraktikkan oleh anak.
Contohnya, pada peringkat ini anak – anak di ajar budaya salam dan mencium tangan orang tua
sebagai tanda menghormati orang yang lebih tua.
Sosialisasi yang diterima oleh seseorang pada peringkat kanak-kanak tidak mencukupi
untuk menghadapi tugas-tugas yang akan dihadapi pada peringkat dewasa kelak. Seterusnya
melangkau ke alam persekolahan menambahkan lagi proses sosialisasi kanak – kanak melalui
pergaulan dengan rakan sebaya. Sekiranya individu tersebut membesar dalam kalangan keluarga
yang baik didikan agama dan asuhannya, maka individu tersebut akan menjadi manusia yang
baik dan sekiranya individu membesar dalam kalangan keluarga yang kurang didikan agama
maka begitu jugalah pembentukan dan keperibadiannya. Contohnya daripada kecil umat Islam
didik bahawa perbuatan berzina adalah haram di sisi agama. Maka individu yang dibesarkan
dalam kalangan kuat berpegang kepada ajaran Islam tidak akan melakukan perbuatan tersebut.
Maka tidak akan berlakulah perbuatan zina, seks bebas dan pembuangan bayi.
Individu yang melalui proses sosialisasi yang mempunyai nilai serta norma yang baik
juga akan membentuk moral dan personaliti individu terpuji, tetapi sekiranya proses sosialisasi
individu tersebut dikelilingi oleh masyarakat yang tidak baik nilai serta normanya maka
begitulah pembentukan moral dan personalitinya. Ini adalah kerana personaliti dan keperibadian
individu sangat dipengaruhi oleh lingkungan dan corak budaya yang ada dalam masyarakat di
sekelilingnya. Contohnya individu yang hidup dengan masyarakat kampung yang rajin bekerja
maka sedikit sebanyak akan mempengaruhi sikap rajin dan tidak suka membuang masa di
kalangan anak – anak muda. Dengan ini akan menghindarkan daripada sikap membuang masa
dan budaya lepak yang akan membendung masalah sosial yang lebih berat seperti menagih
4
dadah dan merempit. Individu yang hidup dalam kelompok masyarakat yang saling hormat
menghormati dan mengambil berat antara satu sama lain juga akan mendidik golongan remaja
yang mempunyai sikap menghormati orang – orang yang lebih tua.
Proses sosialisasi yang banyak mempengaruhi individu adalah daripada rakan
terutamanya golongan remaja. Ini disebabkan pengaruh keluarga semakin merosot apabila
kanak-kanak meningkat remaja berbanding sosialisasi rakan sebaya yang berlaku secara tidak
formal dan tidak sengaja. Apabila mereka menjadi semakin dewasa, rakan sebaya menjadi
pengaruh yang lebih berkesan dalam proses pembentukan budi pekerti mereka. Kumpulan rakan
sebaya boleh jadi kumpulan bermain, aktiviti kumpulan rakan sebaya adalah berbentuk sukarela,
ahlinya terdiri daripada yang sama taraf dan dipilih berdasarkan suka sama suka. Mereka belajar
berdikari dan membentuk peraturan, nilai dan norma kumpulan tersendiri. Kumpulan rakan
sebaya, terutama peringkat remaja, mempunyai pengaruh kuat ke atas tingkah laku individu.
Oleh kerana keperluan untuk diterima oleh rakan sebaya amat penting kepadanya, seseorang
remaja akan menepati norma dan nilai yang ditonjolkan oleh kumpulan tertentu. Ini boleh
membawa sama ada kesan positif ataupun negatif bergantung pada nilai dan norma yang ingin
ditonjolkan oleh kumpulan rakan mereka.
Adalah didapati kumpulan rakan sebaya hari ini memainkan peranan penting dalam
proses sosialisasi individu berbanding dengan masa dahulu. Pada peringkat remaja ahli
kumpulan rakan sebaya biasanya mempunyai sub-budaya tertentu, mereka mempunyai cara
bercakap, cara berpakaian, muzik, nilai dan norma kumpulan rakan sebayanya yang mungkin
mempunyai nilai yang positif dan negatif. Contohnya cara berpakaian yang seksi dan menjolok
mata mungkin akan membawa kepada masalah sosial yang lebih berat seperti rogol dan sek
bebas. Walau bagaimanapun, tidak semua kumpulan rakan sebaya membelakangkan nilai dan
norma yang dipegang oleh keluarga dan masyarakat, terdapat juga kumpulan rakan sebaya yang
masih menitik beratkan nilai dan norma yang positif. Individu itu sendiri perlulah bijak dalam
memilih rakan yang baik dan menghindarkan diri daripada rakan yang boleh membawa kesan
yang negatif. Ibu bapa dan masyarakat perlu mengambil sikap ambil tahu dengan perkembangan
anak –anak remaja agar tidak terpesong daripada landasan agama.
5
1.3 KEPENTINGAN DAN PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBENTUK MORAL DAN
PERIBADI REMAJA
Keluarga memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan moral dan peribadi
remaja terutamanya ibu dan bapa. Keluarga merupakan tempat sosialisasi pertama bagi anak -
anak, oleh yang demikian keperibadian anak sangat dipengaruhi oleh bagaimana cara dan corak
ibu bapa memberikan pendidikan dan bimbingan kepada anak. Dengan kata lain, apa yang terjadi
dalam lingkungan keluarga akan dipaparkan oleh individu yang menjadi anggotanya. Menurut
George Herbert Mead, perkembangan kanak-kanak bermula pada tahap persiapan ( Preparatory
Stage ) yang mana anak-anak mula melakukan kegiatan meniru perilaku orang terdekat
meskipun perbuatan itu tidak sempurna. Oleh itu ibu bapa perlulah peka terhadap perkembangan
moral anak – anak sejak di peringkat kanak-kanak. Kanak-kanak perlu diasuh menerusi proses
apa yang ibu bapa praktikkan di hadapan anak dan menerusi tingkahlaku yang akan diteladani.
Ibu bapa patut mengamalkan amalan murni supaya dapat mempengaruhi anak untuk turut
berbuat demikian. Ini kerana daripada ibu bapa, kanak-kanak itu akan mempelajari kemahiran,
sikap, norma dan nilai-nilai seperti kejujuran, amanah, rajin, bersih dan hormat menghormati.
Pendek kata ibu bapa adalah idola kepada anak –anak semasa kecil.
Asuhan memainkan peranan yang penting dalam proses sosialisasi individu. Ibu bapa
lazimnya, akan mengajar anak-anaknya mengenai apa yang harus dilakukan dan apa yang harus
dilarang. Tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa merupakan orang yang dipercayai anak-anak.
Segala tindak-tanduk serta amalan ibu bapa akan dicontohi anak sejak anak masih kecil lagi. Di
samping itu, ibu bapa perlu menjadi teladan yang baik kepada anak-anak. Ibu bapa yang
mendidik anak secara autokratik akan mendapati anak-anaknya begitu taat pada arahan tetapi
menjadi pasif dalam tingkah laku mereka dan akan menghasilkan anak yang mudah
memberontak. Sebaliknya, Ibu bapa yang mengamalkan cara demokrasi dan sering berbincang
masalah-masalah dengan anak-anak mereka serta mempertimbangkan pendapat-pendapat anak-
anak, apabila membuat keputusan penting akan mendapati anak-anak mereka mempunyai
keyakinan diri yang tinggi. Kanak-kanak juga menjadi lebih aktif, cerdas dan lebih bersopan-
santun. Walau bagaimanapun ini tidak bermakna ibu bapa membiarkan anak bebas membuat
keputusan sendiri tanpa di pantau kerana ini akan menyebabkan anak-anaknya tidak bersopan -
santun, tidak bertanggungjawab dan tidak boleh berdikari.
6
Di samping itu ibu bapa juga perlulah berperanan sebagai teman kepada anak – anak. Ini
adalah kerana anak – anak cenderung menceritakan segala masalah kepada rakan – rakan sebaya.
Remaja terutamanya sering mengatakan mereka tidak suka berkongsi masalah dengan ibu bapa
terutamanya yang bersifat peribadi. Masalah ini disebabkan mereka merasakan komunikasi
dengan ibu bapa bersifat formal, rigid serta agak ketinggalan zaman. Remaja juga tidak suka di
kawal dan dikongkong oleh ibu bapa. Oleh itu ibu bapa perlulah bijak berkomunikasi dengan
anak – anak agar anak – anak tidak merasakan nasihat yang disampaikan oleh ibu bapa adalah
suatu perintah dan hukuman. Selain itu ibu bapa sepatutnya sering meluangkan masa serta
mengingati tarikh – tarikh yang agak istimewa kepada anak – anak seperti hari lahir dan
memberikan penganugerahan di atas kejayaan yang telah mereka kecapi. Ibu bapa juga perlu
mengambil tahu perihal yang disukai oleh anak dan remaja serta trend masa kini asalkan tidak
melanggar batas agama. Dengan ini ibu bapa mudah untuk berkomunikasi dengan anak – anak
dan mereka turut merasakan ibu bapa adalah tempat yang sesuai untuk dibawa berbicara.
Hubungan yang akrab dengan anak seperti ini akan memudahkan ibu bapa untuk membentuk
moral dan peribadi anak – anak.
Seterusnya ialah seseorang individu perlulah membersihkan segala dosanya kepada Allah
jika ingin ketenangan jiwa dan rohani. Jika kita dapat mendekatkan diri kepada Allah insyallah
keimanan kita akan bertambah dan ini dapat membersihkan diri kita daripada segala kejahatan
yang di larang oleh Islam. Oleh itu, ibu bapa khususnya bapa sebagai ketua keluarga perlu
memimpin ahli keluarganya ke jalan yang benar ( Islam ). Cara ini dapat meningkat akhlak yang
mulia. Hadis Rasulullah pernah bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya
adalah yang paling baik akhlaknya.” Selain itu juga, keimanan yang dimiliki oleh pasangan
institusi ahli keluarga dapat memutikkan akhlak anak – anak yang baik. Kehidupan dalam
rumah tangga baik dan sempurna adalah hasil daripada akhlak yang mulia dan terpuji. Selain itu
juga, ibu bapa perlulah bertakwa kepada yang maha Esa iaitu Allah s.w.t. Pembinaan institusi
kekeluargaan Islam perlulah berasaskan rasa takwa kepada Allah untuk mencari keredhaan.
Tanpa takwa dan keredhaan Nya institusi kekeluargaan tidak dapat berjalan di atas landasan
yang benar. Kewujudan institusi kekeluargaan adalah ibadah disisi Allah. Oleh itu ibu bapa yang
perlulah memainkan peranan untuk menjalankan tanggung jawab memelihara dan menjaga
keluarganya agar berada d landasan yang betul.
7
Selain itu, ibu bapa patut memberikan didikan agama kepada anak-anak. Dalam sebuah
hadis riwayat al - Bukhari “Orang lelaki adalah penjaga ke atas ahli keluarganya dan dia
bertanggungjawab terhadap mereka dan perempuan penjaga ke atas rumahtangga dan anak-
anaknya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka.” Ini jelas menunjukkan ibu bapa adalah
penjaga dan seharusnya menerapkan sifat menghayati ajaran agama kepada anak – anak.
Contohnya agama Islam sangat menitik beratkan sifat – sifat dan akhlak yang terpuji
berlandaskan al-quran dan sunah. Sekiranya kanak-kanak ini diberi didikan agama yang kuat dan
berpegang kepada keimanan nescaya mereka tidak melakukan sesuatu yang bercanggah dengan
moral manusia malahan agama itulah yang akan membentuk jiwa, moral dan akhlaknya kerana
di dalam agama itu ada cara dan kaedah untuk membentuk akhlak-akhlak yang baik dan berjiwa
luhur kepada tuhan seperti yang terkandung di dalam agama Islam. Mereka akan dapat
membezakan perkara baik dan buruk serta mempunyai disiplin diri untuk melakukan perkara
yang betul. Walaupun anak-anak juga sentiasa berhadapan dengan godaan dan cabaran
globalisasi, tetapi mereka dapat mengawal diri dan tidak mudah terpengaruh dengan gejala
negatif seperti memeras ugut, merokok, dan mencuri.
1.4 IMPLIKASI KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN TERHADAP
PEMBENTUKAN MORAL INDIVIDU DAN MASYARAKAT.
Keluarga merupakan sebuah institusi yang amat penting kerana keluarga merupakan
masyarakat kecil yang menjadi asas dalam pembentukan masyarakat. Selain itu, kepentingan
institusi ini jelas apabila Allah SWT mengadakan undang-undang dalam urusan kekeluargaan
yang disebut sebagai munakahat. Keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk
peribadi individu yang baik kerana dari peribadi yang baik akan terbina keluarga yang baik dan
seterusnya terbentuklah masyarakat yang berdisiplin dan mantap untuk memimpin negara.
Dalam institusi keluarga, suami dan isteri memikul tanggungjawab membesar dan mendidik anak
– anak menjadi individu yang berguna dan berakhlak mulia. Seandainya sesebuah keluarga itu
goyah, maka masyarakat terbentuk juga akan turut goyah dan terkena tempiasnya. Sebaliknya
jika sesebuah keluarga itu sempurna dan kukuh, maka masyarakat yang akan lahir juga akan
lebih teguh, seterusnya membentuk masyarakat yang sejahtera.
8
Institusi kekeluargaan yang bermasalah dan lemah boleh menimbulkan masalah dan
gejala sosial di kalangan anak - anak. Pasangan suami isteri yang satu masa dahulu berjanji untuk
membangunkan keluarga bahagia boleh hilang hala tuju sekiranya ibu bapa terpaksa bekerja
lebih masa untuk menampung kos perbelanjaan keluarga yang semakin tinggi sehingga
mengabaikan keperluan asasi anak-anak, iaitu kasih sayang dan perhatian. Dengan ini masa
diluangkan untuk keluarga adalah terhad sehingga kadang –kadang hilang sifat kemesraan di
kalangan ahli keluarga. Hal sebegini sering berlaku di bandar – bandar besar yang semestinya
memerlukan kos sara hidup yang agak tinggi. Terdapat juga ibu bapa yang sibuk dibuai
kebendaan dan mementingkan kerjaya serta wang hingga mengabaikan perhatian dan
tanggungjawab mereka terhadap anak – anak di rumah. Masalah seperti ini juga akhirnya akan
membawa kepada keruntuhan rumah tangga. Akibatnya anak – anak akan terbiar tanpa
pengawasan ibu bapa dan bebas bergaul dengan sesiapa sahaja sehingga terlibat dengan aktiviti
yang tidak sihat. Mereka mudah menyimpang daripada lunas murni dan tidak berakhlak.
Implikasi keruntuhan institusi kekeluargaan seperti penceraian ini, sudah semestinya akan
membawa kesan buruk di kalangan masyarakat. Rasulullah bersabda “Sesuatu yang halal tetapi
paling dibenci Allah adalah perceraian”. Ini menunjukkan di satu sisi bahawa perceraian itu
dibolehkan dalam Islam, tetapi diingatkan bahawa perceraian itu adalah perkara yang sangat
dimurkai oleh Allah. Hal ini akan menyebabkan jiwa anak terganggu dan akan menjadi trauma
apabila dewasa, lagi – lagi apabila ingin mendirikan rumahtangga. Selain itu juga, anak – anak
akan kehilangan kasih sayang dari ibu atau bapa mereka. Di samping itu juga mereka akan hilang
tumpuan untuk belajar dan sedikit sebanyak menghancurkan masa depan mereka. Mereka turut
mencari alternatif lain seperti kasih sayang di kalangan rakan sebaya serta terjebak di alam
percintaan yang akan menyumbang kepada masalah sosial yang lain seperti melakukan
hubungan seks sehingga melahirkan anak luar nikah. Dengan ini akan melahirkan individu dan
masyarakat yang rosak akhlaknya.
Keruntuhan institusi kekeluargaan di kalangan masyarakat masa kini semakin meruncing.
Kita sering kali mendengar berita tentang penceraian antara suami dan isteri yang kini semakin
menjadi -jadi. Kemelut rumahtangga yang melanda masyarakat kini amat menyedihkan. Namun
terdapat ibu bapa hanya mementingkan diri mereka sendiri tanpa dapat memahami perasaan anak
- anak yang melihat konflik rumahtangga ibu bapa mereka yang tidak berkesudahan. Statistik
9
perceraian yang meningkat dan pergaduhan suami isteri sering terpapar di dada akhbar yang
menyumbang kepada masalah gejala sosial dan masalah keruntuhan akhlak yang semakin serius.
Malah kelunturan sifat kemanusiaan sejak kebelakangan ini amat ketara dengan keganasan yang
berlaku hampir setiap hari yang dilaporkan di akhbar. Keruntuhan institusi keluarga juga boleh
membawa kepada kes penderaan anak –anak. Ini disebabkan ibu bapa tertekan dengan konflik
rumah tangga hingga ada yang sanggup mendera anak sendiri. Maka anak – anak ini akan
membesar dengan situasi yang tidak sihat dan sentiasa dalam ketakutan akibat didera oleh
manusia yang dianggap oleh mereka sebagai pelindung. Dengan ini akan melahirkan generasi
yang lemah dan tidak mampu untuk memimpin negara.
Akibat daripada keruntuhan rumah tangga ini juga akan menyebabkan terbentuknya
individu rosak pemikiran dan sentiasa memberontak. Ini adalah kerana remaja yang menghadapi
masalah penceraian ibu bapa merasakan kehidupan mereka tidak sempurna seperti keluarga lain
yang boleh hidup sebumbung. Remaja ini biasanya melalui saat yang amat getir apabila terpaksa
memilih kehidupan bersama salah seorang ibu ataupun bapa sedangkan mereka memerlukan
kasih sayang daripada kedua –dua ibu bapa. Dari segi keselamatan juga agak tidak terjamin bagi
gadis remaja yang tinggal dengan bapa kerana terdapat bapa yang sanggup memperkosa dan
merogol anak sendiri apabila tidak dapat menahan nafsu dan belaian daripada seorang isteri.
Begitu juga bagi gadis remaja yang memilih untuk tinggal dengan ibu tetapi diperkosa dan
dirogol pula oleh teman lelaki ibu mahupun bapa tiri. Oleh itu remaja tersebut berasa hilang
kepercayaan dan menyimpan perasaan dendam yang akan melahirkan individu yang tidak
bermoral apabila dewasa kelak. Terdapat pula remaja yang merasakan diri mereka sudah tidak
berharga hingga terus melakukan perbuatan terkutuk bersama teman lelaki.
Keruntuhan Institusi kekeluargaan masa kini amat jelas memberi kesan kepada negara.
Ini kerana masyarakat yang kucar kacir akan melahirkan generasi yang rendah nilai moral dan
tidak mampu meneraju negara ke arah kesejahteraan dan pembangunan rohani dan jasmani. Apa
akan terjadi jika masalah keruntuhan institusi dan moral masyarakat kita tidak dibendung dengan
segera. Mungkin kita akan menjadi seperti negara membangun sekarang yang kurang
mengamalkan adab sopan dan menganggap sikap kurang ajar dan moral yang rendah sebagai
satu norma hidup yang diterima pakai dalam masyarakat kita. Walau bagaimanapun sekiranya
nilai yang baik wujud dalam keluarga, ia juga akan wujud dalam masyarakat kemudiannya. Ini
10
kerana apa yang berlaku dalam masyarakat menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku dalam
keluarga yang ada dalam masyarakat tersebut. Oleh itu, usaha membentuk masyarakat bermoral
dan penyayang perlu bermula dengan membentuk keluarga bermoral dan penyayang terlebih
dahulu supaya keruntuhan institusi kekeluargaan tidak akan berlaku.
1.5 PERANAN DAN TINDAKAN PIHAK BERWAJIB MENCARI PENYELESAIAN KE
ATAS PERMASALAHAN MORAL YANG BERLAKU.
Dalam zaman teknologi moden kini kita dibanjiri dengan kemudahan teknologi dan
bangunan – bangunan pencakar langit yang melambangkan kemajuan sesebuah negara. Namun
semua itu bukanlah suatu kebanggaan sekiranya masalah moral yang melanda masyarakat tidak
dapat diatasi. Negara yang maju seharusnya seiring dengan nilai dan norma yang baik oleh
masyarakatnya. Untuk itu semua pihak perlu memainkan peranan dalam mencari penyelesaian
ke atas permasalahan moral yang berlaku kini. Jika sebelum ini kita sudah membicarakan
peranan ibu bapa untuk membentuk moral anak –anak, namun permasalahan ini turut perlu
digendong bersama oleh pihak – pihak berwajib agar berganding tenaga untuk menyelesaikan
masalah moral masyarakat kita. Di antara pihak berwajib yang dimaksudkan adalah institusi -
institusi pendidikan, Kementerian Pelajaran, jabatan agama Islam, pihak kerajaan seperti
Kementerian Belia dan sukan dan sebagainya.
1. Institusi Pendidikan
Sekolah sebagai institusi pendidikan perlu memainkan peranan yang amat besar selepas
keluarga bagi membentuk moral anak – anak remaja. Secara formalnya anak – anak
menghabiskan masa 11 tahun berada di bangku sekolah iaitu 6 tahun di sekolah rendah dan 5
tahun di sekolah menengah. Oleh itu tidak keterlaluan jika di katakan sekolah adalah tempat
kedua anak –anak membesar selain daripada rumah. Guru – guru juga boleh dikatakan sebagai
ibu dan bapa kedua kepada pelajar – pelajar dalam membentuk perkembangan moral mereka.
Dengan itu, proses sosialisasi pelajar-pelajar juga banyak berlaku di sekolah dan dikendalikan
oleh pihak sekolah. Di sekolah terdapat peraturan – peraturan yang telah tetapkan dan pelajar –
pelajar diwajibkan untuk mengikut dan mematuhi peraturan – peraturan tersebut seperti memakai
11
pakaian seragam sekolah dan datang ke sekolah sebelum jam 7.30 pagi. Dengan ini ia akan sedar
bahawa alam persekolahan juga mempunyai peraturan - peraturan yang ketat yang
memerlukannya berkelakuan baik. Pelajar – pelajar akan mempunyai kesedaran berkenaan
perkara yang boleh dilakukan dan perkara yang tidak boleh dilakukan kerana dalam kehidupan
mempunyai peraturan – peraturan yang harus di patuhi. Di harapkan dengan adanya pendidikan
seperti itu dapat mengelakkan gangsterisme dan vandalisme yang melanda anak – anak muda
kini.
Di sekolah kanak-kanak bukan sahaja belajar kurikulum yang telah ditentukan oleh pihak
kementerian pendidikan tetapi ia juga melalui kurikulum tersembunyi iaitu belajar menyesuaikan
diri dalam suasana baru di sekolah seperti beratur mengikut giliran, mematuhi peraturan,
bekerjasama dengan orang lain dan bersaing dalam aktiviti-aktiviti sekolah. Di sekolah guru-
guru dan rakan sebaya menjadi orang-orang yang penting kepadanya anak – anak. Cara
pentadbiran sekolah, persekitaran sekolah, personaliti dan pergaulan guru besar dan guru lain,
termasuk kaki tangan sekolah, mempunyai pengaruh terhadap perkembangan moral kanak-kanak
di sekolah. Sehubungan dengan itu, pendidikan di sekolah bukan hanya menyampaikan ilmu
pengetahuan semata-mata, tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna dan
mematuhi peraturan masyarakat. Misalnya, perkara-perkara yang berkaitan dengan moral seperti
budi bahasa, sopan santun dan sifat hormat menghormati biasanya dipelajari disekolah. Dengan
ini dapat membentuk masyarakat yang bermoral seperti menghormati hak orang lain seterusnya
mengelakkan masalah moral yang berlaku kini seperti mencuri dan meragut.
2. Kementerian Pelajaran Malaysia
Selain itu berdasarkan pendidikan formal pula, pelajar diajar kebudayaan kebangsaan
seperti mempelajari lagu Negaraku, rupa bentuk bendera negara dan bahasa kebangsaan melalui
matapelajaran muzik dan kajian tempatan. Bagi membentuk akhlak pelajar – pelajar Islam pula,
matapelajaran Agama Islam diajar manakala bagi pelajar – pelajar bukan Islam akan diajar
matapelajaran Pendidikan Moral. Pengenalan mata pelajaran Pendidikan Moral dan pemantapan
Pendidikan Islam di sekolah diharapkan mampu membentuk akhlak yang mulia dan
menanamkan kesedaran awal dalam kalangan generasi muda hari ini. Ini membuktikan
Kementerian Pelajaran sangat menitik beratkan pembentukkan moral yang baik dikalangan
pelajar – pelajar. Selain itu, Kementerian Pelajaran juga mementingkan perkembangan dan
12
perubahan tingkah laku pelajar-pelajar mengikut nilai, norma dan kehendak masyarakat masa
kini. Oleh itu, pengenalan pendidikan seks di sekolah antara langkah penting yang dikira mampu
mengatasi masalah seks rambang yang semakin menular di kalangan pelajar sekolah. Pendidikan
ini bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar – pelajar bahaya dan akibat melakukan seks di
kalangan mereka. Dengan ini diharapkan sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah seks bebas
serta mengatasi masalah mengandung luar nikah seterusnya pembuangan bayi.
3. Kementerian Belia Dan Sukan
Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan yang penting dalam menangani
permasalahan remaja. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai autoriti dalam negara kerana
mempunyai kuasa sumber kewangan dan boleh menjalankan pelbagai program kepada golongan
remaja agar dapat mengisi masa dengan perkara yang berfaedah. Oleh itu, beberapa program
untuk remaja perlu dirangka dan dilaksanakan secara berterusan agar nilai-nilai murni dapat
diamalkan oleh golongan remaja. Kementerian Belia Dan Sukan melalui pelbagai program yang
telah dan akan dijalankan berjaya memastikan golongan remaja atau dikenali sebagai belia terus
maju selaras dengan keperluan semasa. Program Rakan Muda akan terus diperkukuh untuk
memberi penekanan kepada kumpulan sasaran khususnya golongan belia yang berada di luar
sistem pendidikan dan belia yang menganggur kerana mereka merupakan golongan yang mudah
terpengaruh dalam gejala sosial. Selain daripada itu, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
adalah satu program yang baik kepada remaja di Malaysia. Program ini telah dilaksanakan sejak
2003 di 76 buah kem latihan di seluruh negara. Program ini memakan masa selama 3 bulan
merangkumi modul pembangunan fizikal dan mental, pembinaan sahsiah di samping menyemai
semangat cintakan tanah air. Diharapkan dengan menyertai program seperti ini sedikit sebanyak
dapat mengelakkan remaja daripada terus terjebak ke dalam permasalahan moral.
4. Pihak Polis
Seterusnya pula kerajaan juga perlulah memperketatkan lagi undang – undang dalam
menangani masalah sosial. Bagi remaja yang melanggar undang-undang negara, tindakan tegas
hendaklah diambil oleh pihak kerajaan bagi membendung perlakuan negatif tersebut. Pihak
berkuasa seperti polis perlulah selalu membuat rondaan di kawasan – kawasan yang sering
menjadi tempat berlakunya gejala yang tidak sihat seperti sarang penagihan dadah, kawasan –
13
kawasan yang sering menjadi kes ragut serta merempit dan sebagainya. Begitu juga dengan
pengedar dadah dan penagih dadah mereka ini sepatutnya dikenakan hukuman yang amat berat
seperti gantung sampai mati. Kerajaan juga perlu mengenakan bayaran kompaun yang setimpal
kepada sesiapa yang didapati melakukan sebarang aktiviti tidak bermoral seperti merosakkan
harta benda awam dan melanggar undang - undang. Individu yang didapati bersalah melakukan
perbuatan seperti ini bukan sahaja di kenakan bayaran kompaun tetapi perlulah dikenakan
tindakan melakukan kerja-kerja kebajikan kepada masyarakat seperti menyapu sampah,
membersihkan tandas awam dan taman-taman permainan. Ini adalah bertujuan memberi
kesedaran di atas kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka serta sebagai pengajaran agar
tidak mengulangi kesalahan yang sama.
5. Kementerian Komunikasi Dan Multimedia
Pihak kerajaan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia juga perlu
memainkan peranan membanteras penjualan VCD dan DVD lucah dan tidak bermoral. Antara
faktor yang sering di gembar - gemburkan berlakunya lambakan VCD lucah di pasaran ialah
kerana wujudnya permintaan daripada orang ramai. Oleh yang demikian kerajaan haruslah
berusaha membanteras penjualan VCD dan DVD lucah ini dapat membendung masalah sosial
yang lebih berat lagi. Untuk itu kerajaan sepatutnya mengenakan tindakan undang – undang yang
amat berat kepada penjual VCD dan DVD lucah ini. Pemilik VCD dan DVD lucah ini juga
sepatutnya turut dikenakan tindakan undang – undang untuk memberi pengajaran kepada
mereka yang suka menonton VCD dan DVD lucah ini. Diharapkan masalah gejala sosial ini akan
dapat diatasi dengan penguatkuasaan undang-undang yang tegas oleh pihak berwajib. Pihak
berkuasa perlu menegakkan undang-undang tanpa memilih bulu dan mengenakan hukuman yang
berat terhadap pesalah, dengan cara kerap menjalankan operasi di kawasan yang menjadi sarang
kegiatan tidak bermoral ini. Selain itu program dan rancangan yang disiarkan di televisyen juga
perlulah dikawal agar tidak memaparkan siaran yang boleh mengundang masalah sosial.
6. Jabatan Agama Islam
Selain daripada itu, Jabatan agama Islam mempunyai tanggung jawab yang amat berat
bagi membendung masalah sosial ini. Tambahan pula sebahagian besar gejala sosial ini timbul
14
dari kalangan remaja yang beragama Islam. Di bawah Jabatan Agama Islam ini pelbagai program
seperti ceramah, motivasi, pertandingan dan sebagainya perlu dilaksanakan dengan terancang
dan menyeluruh agar dapat menarik minat golongan remaja untuk turut serta seterusnya dapat
mengatasi masalah gejala sosial ini. Pengisian kempen yang relevan amat perlu dititikberatkan
demi meningkatkan kesedaran semua pihak yang terlibat terutama ibu bapa dan golongan remaja
tentang kesan-kesan negatif gejala sosial. Perancangan yang teliti perlu dibuat supaya kempen
yang dijalankan berjaya mengatasi masalah ini dan bukannya sekadar melepaskan batuk di
tangga sahaja. Pihak kerajaan boleh menyebarkan idea tersebut melalui program – program
stesen televisyen dan radio tempatan untuk menangani gejala ini. Contohnya program seperti
imam muda, pertandingan musabaqah al – Quran, ceramah dan motivasi yang memberi
keinsafan serta mengajak perlakuan yang positif dan sebagainya. Jabatan Agama Islam juga
perlulah kerap melakukan rondaan di tempat – tempat yang sering berlakunya maksiat seperti
kelab – kelab malam dan rumah – rumah tumpangan. Di harapkan dengan ini sedikit sebanyak
dapat mengatasi masalah pelacuran dan penzinaan yang boleh mengundang kepada masalah
yang lebih berat lagi seperti mengandung luar nikah dan pembuangan bayi.
1.6 RUMUSAN
Kesimpulannya dapatlah kita fahami bahawa sosialisasi ialah proses belajar seseorang
anggota masyarakat untuk mengenal dan menghayati norma-norma serta nilai-nilai masyarakat
tempat ia menjadi anggota sehingga terjadi pembentukan sikap untuk membentuk keperibadian
yang sesuai dengan masyarakatnya. Peranan atau tujuan sosialisasi boleh dirumuskan sebagai
satu proses penyempurnaan hidup manusia mengikut norma masyarakatnya. Individu dalam
masyarakat dengan budaya yang berbeza akan mengalami proses sosialisasi yang berbeza,
kerana proses sosialisasi itu banyak ditentukan oleh susunan kebudayaan dan lingkungan sosial
yang bersangkutan. Struktur budaya yang ada memang tidak semuanya akan diserap dan
diterima oleh individu, tetapi setidaknya ada nilai -nilai tertentu yang menjadi pedoman dan
dijadikan dasar untuk menentukan sikap atau perilaku dalam bertindak sehari – hari. Ini adalah
kerana bagaimana personaliti seseorang itu terbentuk adalah bergantung kepada keluarganya,
rakan sebayanya, sekolahnya dan unsur-unsur lain yang terdapat dalam alam sekitarnya.
15
Sosialisasi seseorang individu dipengaruhi oleh banyak faktor – faktor di sekelilingnya,
namun faktor yang paling utama membentuk keperibadian seseorang individu adalah keluarga,
kerana setiap sosialisasi individu bermula dari rumah. Sekiranya baik didikan agama dan asuhan
ibu bapa maka baiklah keperibadian anak yang akan terbentuk. Walau bagaimanapun terdapat
juga individu yang telah didik dan diasuh dengan baik oleh ibu dan bapa namun berkelakuan
negatif kerana dipengaruhi oleh faktor lain yang membawanya bersikap demikian terutamanya
faktor rakan sebaya yang menjadi punca masalah gejala sosial. Oleh yang demikian seseorang
individu itu haruslah bijak menggunakan akal dan fikiran dalam memilih rakan. Ibu bapa juga
perlulah sering memantau keadaan anak seperti dengan siapa anak berkawan, apa yang sering
dilakukan oleh anak dan ke mana tempat yang sering anak lawati, seperti Sabda Rasulullah s.a.w.
yang bermaksud, “Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka kedua ibu
bapanyalah (yang akan membentuk anak-anak itu) menjadi Yahudi, Nasrani atau pun Majusi”. -
Riwayat Al-Bahari.
16
alisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit. Pelbagai
kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana. Dalam tahun 1995 ,1,895 kes melibatkan
Juvana. Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21.42 peratus), lain-lain kecurian 451
kes (23.80%), pecah rumah malam hari 324 kes (17.10%), curi dalam bangunan/orang gaji 277
kes (14.62%), mendatangkan kecederaan 154 kes (8.13%), pecah rumah siang hari 148 kes
(7.81%), rogol 70 kes (3.70%) dan samun 58 kes (3.06%). Perangkaan-perangkaan yang
menggerunkan ini menyerlahkan kepada kita betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda
remaja di negara kita ketika ini. Ternyata bahawa pendidikan moral kita dengan enam belas nilai
teras, pendidikan sivik, pendidikan Islam, pendidikan jarak jauh dan sebagainya; masih jauh
untuk dapat menangani kemerosotan dalam bidang ini. Faktor-faktor tertentu seperti mencari
kepuasan nafsu, ingin membebaskan diri dari kemiskinan,kongsi gelap, dadah, bertelingkah
dengan ibu bapa , gagal dalam peperiksaan , bosan duduk di rumah, trauma akibat perbuatan seks
dan sebagainya lebih berpengaruh dari asuhan institusi pendidikan yang sedia ada.
Pertumbuhan emosi atau tekanan jiwa memainkan peranan yang penting untuk lebih terpengaruh
dari pemikiran kerana perubahan fizikal memberi keperluan kekuatan diri.Perkembangan akhlak
seseorang boleh di bahagi kepada tiga tahap. Peringkat pertama ialah, Anak-anak yang tidak
memperolehi perhatian serta kasih sayang ibu dalam tahap ini perkembangan emosional dan
fizikalnya mungkin akan terbantut. Anak tersebut kelihatan lebih kecil dari umurnya yang
17
sebenar. Dalam peringkat 18 bulan hingga 3 tahun kanak-kanak mula beralih daripada
bersandarkan kepada ibu semata-mata. Kanak-kanak mula membentuk keperibadiannya
tersendiri, di mana ia bertarung untuk memastikan pilihannya sendiri. Dalam peringkat ini ibu
wajar memberikan penuh perhatian. Kegagalan kanak-kanak tersebut dalam merealisasikan
kemandiriannya menyebabkannya ia akan berkurangnya keyakinan kepada orang lain. Anak-
anak akan bersifat malu dan merasa serba kekurangan.terhadap dirinya dan kurang yakin dengan
kemampuannya.
Keupayaan anak-anak untuk mandiri serta merasakan kewujudan dirinya yang tersendiri cukup
penting dalam peringkat ini. Dalam tahap inilah berkembangnya sifat-sifat personal seperti
sayang, benci, ego serta kebebasan untuk mengungkap perasaan. Dalam peringkat umur 3 hingga
6 tahun kanak-kanak tersebut terus mengembangkan kemandirian dengan kegiatan yang lebih
meluas; di mana mereka lebih aktif bergerak, mempunyai tahap prihatin yang lebih tinggi,
banyak bertanya dan bercakap. Ibu bapa dan pengasuh wajar mengarahkan kanak-kanak dengan
bijak agar mereka memperoleh kemahiran-kemahiran mengatur dan menyusun sesuatu sehingga
kanak-kanak berjaya melaksanakannya. Layanan yang kasar serta kekerasan yang berlebihan
boleh menjejaskan jiwa, mental dan fizikal kanak-kanak. Ibu bapa tidak wajar menganggap
kanak-kanak pada peringkat ini seperti orang tua dalam erti kata meletakkan tanggungjawab
moral dan akhlak terhadap perbuatan dan reaksinya kerana kanak-kanak masih belum mampu
membezakan dengan tepat dan memahami sesuatu. Mereka hendaklah dikasihi, diperlakukan
secara lemah lembut dan sikap toleransi. Rasulullah S.A.W. sendiri pernah menunjukkan sifat-
sifat yang demikian. Abu Qatabah meriwayatkan pada suatu hari Nabi keluar menemui kami.
Beliau mendokong Umamah Abu ‘Asr. Beliau bersembahyang sambil mendokong Umamah,
apabila Baginda ruku’, beliau meletakkan dan apabila ia bangun ia dukung semula Umamah.
Hadis ini membayangkan betapa kasihnya Rasulullah kepada cucunya.Beliau tidak
memperlakukannya sebagai manusia yang mengerti segala-galanya.Beliau membenarkan anak
tersebut bersamanya ketika sembahyang walhal sembahyang itu adalah ibadah yang s
Antara punca lain ialah buli. Kes buli di sekolah telah meningkat kerana terdapat banyak faktor
yang memberi perangsang buli. Buli terbahagi kepada dua, iaitu buli pada emosi serta mental
seseorang individu. Ia memberi kesan yang buruk terhadap mangsa buli dan pembuli itu sendiri.
Terjadinya kes ini kerana pelajar kurang mendapat kasih sayang yang sempurna oleh ibubapa
18
kerana suasana persekitarannya yang tidak selesa, kehidupan yang teralu bebas, terpengaruh
rakan sebaya, ketidak sempurnaan ibu bapa menjaga mereka. Oleh itu,tindaka mereka diluar
kawalan ini cuma ingin menunjukan perhatian yang lebih oleh kedua ibubapanya. ibubapa
perlulah membimbing anaknya supaya berkelakuan baik terhadap orang lain. cara lain adalah
ibubapa sepatutnya tidak terlalu manjakan anaknya kerana ia mungkin memijaknya kita balik.
Islam adalah agama yang benar dan sempurna. Agama ini sangat suci dan memberi ketenangan
jiwa dan rohani seseorang. Selain itu juga, ia banyak memberi jalan penyelesaian atau langkah
seperti isu sebegini. Jika kita belajar lebih mendalam tentangnya kehidupan kita lebih bermakna,
jiwa dan rohani kita insyallah akan bebas dan terhindar daripada melakukan perkara yang
dilarang oleh islam. Oleh itu, kita wajib mengenal islam lebih mendalam jika kita inginkan
kesempuranaan hidup dan diredhai allah s.w.t. di sini terdapat banyak langkah dan cara untuk
mengelakkan kita melakukan kes seperti ini. Antara langkah penyelesaiannya ialah perbentukan
keluarga MADANI. Keluarga madani adalah satu istilah yang mengajak ahli keluarga supaya
menghayati kehidupan cara hidup islam dengan contoh perjuangan rasulullah dan para
sahabatnya dalam menegakan islam. Konsep ini sangat tepat dan menyusun keluarga dan
membina tamadun menurut islam. Selain itu, membangun keluarga madani bermaksud
membangunkan aqidah,akhlak dan berdisplin tinggi, ukhuwah dan kasih sayang yang sempurna
dan sebagainya sebagaimana dituntuti oleh agama islam.
Selain itu juga, ikatan institusi kekeluargaan adalah melalui perkahwinan yang sah dimana kasih
sayang akan terjalin diantara satu sama lain. Kasih sayang harus wujud pada setiap manusia
untuk melahirkan zuriat manusia yang bahagia, .hormat – menghormati, tolong – menolong dan
lain – lain.konsep ini penting pada setiap ahli keluarga demi mengeratkan hubungan ahli
keluarga yang bahagia dari segi akhlak dan kasih sayang sebagainya. Sifat yang mulia seperti
bertolak ansur, lemah lembut dan sebagainya adalah kunci untuk kebahagian rumah tangga, dan
adalah bayang dari iradah allah yang mengkehendaki kebaikan kepada seseorang hambanya.
Hadis rasulullah bersabda Orang yang mempunyai keberkatan hidup akan sentiasa sayang
menyayangi sesama insan. Jika dia orang kaya dia adalah orang kaya disayangi jiran tetangga
19
sekalipun si jiran orang miskin kerana dia sering bersedekah dan membantu mereka, malah tidak
sombong pula.
Walaubagaimana pun, pergaulan dan kehidupan bersama secara baik yang diredhai allah adalah
amat penting bagi setiap umat islam. Kelakuan seperti maksiat, kezaliman dapat dihindari kerana
mengikut perkara yang diredhai allah s.w.t. pergaulan dalam rumah tangga perlulah tidak
bertentangan dengan perkara yang dilarang oleh Nya, batas – batas pergaulan adalah amat
penting bagi mengelakkan daripada berlaku perkara yang dilarang oleh islam. Zaman
permodenan ini kita telah banyak mendengar berita buruk tentang kes pembuangan bayi dan
sebagai nya. Ini adalah contoh bahawa konsep ini kurang digunakan dikalangan umat islam kini.
Sehubungan itu allah ada menyebut bahawa pergaulan perlulah diredhainya kerana kesan buruk
banyak berlaku sekiranya kita tidak patuh pada perintahnya.
Seterusnya bapa khususnya perlulah membimbing ahli keluarganya pergi ke majlis ilmu seperti,
ceramah, membaca al- quran dan sebaginya. Cara ini memberi banyak kesan yang baik kepada
kita. Jika kita sering mendekatkan diri kepada allah insyallah kehidupan dan amalan kita akan
diredhai allah. Mendalami ilmu agama ini penting untuk diri kita malah dapat menjauhkan kita
daripada melakukan perkara yang bercanggah oleh islam. Jika kita sering mengamalkan perkara
ini insyallah keluarga kita akan diberkati oleh allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. bersabda yang
bermaksud: “Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu orang yang memerintah yang bersifat adil
dan dikurniakan taufiq, orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap
kaum karabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak
daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluarga yang ramai
Mempertangkaskan reformasi pendidikan hendaklah berteraskan sistem pendidikan yang
bersepadu. Pendidikan perlu menerapkan banyak ilmuan islam di dalam pelajaran kerana dapat
memberikan banyak pendidikan yang berguna kepada diri sendiri, bangsa dan tanah air.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberi respon yang positif unutk mengadun sistem
pendidikan islam dalam aliran pendidikan kebangsaan yang sedia ada dengan lebih mendalam.
Cara ini juga dapat menyedarkan pelajar bahawa pentingnya pembelajaran agama islam. Ia
20
bukan sahaja meberi pendidikan kepada kita bahkan menghindarkan kita melakukan perkara
yang dilarang oleh islam. Perkara negetif seperti maksiat, lumba haram, buli dan sebagainya
dapat dikurangkan apabila anak – anak menghayati dan mematuhi segala peraturan di dalam
islam.
Bagi anak- anak yang bermasalah dan sukar didik perluhlah menghantar ke pusat kebajikan yang
kini banyak terdapat di Malaysia ini. Cara ini membolehkan anak – anak kembali ke pangkal
jalan daripada terbiar di merata tempat. Cara ini dapat menyedarkan bahawa kehidupan di dunia
adalah sementara sahaja.
Menyegarkan fungsi kepimpinan juga adalah salah satu faktor dimana kredibiliti kepimpinan dan
peranan pemimpinan dalam membenteras gejala sosial dan keruntuhan akhlak. Kepimpinan tidak
boleh dipisahkan daripada aspek moral. Tanpa kepimpinan moral akan hilang kewibawaannya.
Dan ini mengakibatkan banyak kes keruntuhan akhlak berlaku. Oleh demikian pemimpin
keluarga wajib meminpin ahli keluarganya berteraskan unsur – unsur agama islam. Para
pemimpin ahli keluarga perlu memimpin ahlinya supaya kes – kes yang tidak diingini insyallah
tidak berlaku.
Seterusnya ibubapa perlulah menjadi model contoh kepada anak – anak supaya mereka tidak
dipengaruhi oleh rakan sebaya. Perkara yang wajib ibubapa perlu lakukan ialah mengenali rakan
– rakan anaknya dengan lebih rapat supaya ibubapa dapat mengawal anzk mereka dengan lebih
mudah. Contohnya seperti sering mengajak kawan anaknya datang ke rumah dan sebagainya.
Selain itu juga, media massa baik pun media cetak perlulah bertanggungjawab ke arah
pembinaan masyarakat berakhlak. Mereka juga telah banyak menyiarkan keburukan
mempengaruh rakan sebaya yang negetif. Penglibatan sektor swasta dan sektor Kerajaan juga
kini telah banyak menyediakan program – program pembinaan keluarga bahagia. Dengan
tindakan ini keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat dapat di kurangkan di Negara ini.
Selain itu, langkah lain bagi mengatasi masalah kerunuthan masyarakat adalah amanah dan
tanggungjawab ahli keluarga. Pembinaan institusi kekeluargaan merupakan amanah dan
tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin, ikhlas dan jujur. Keluarga
21
adalah amanat dari allah ke atas mereka dan hendaklah diperlihara amanah itu dengan sebaik
mungkin. "Daripada Abdullah bin Umar berkata ia, aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam bersabda : Seorang lelaki adalah pemimpin dalam urusan keluarganya dan dia
akan diminta bertanggungjawab dalam kepimpinannya. Dan seorang isteri adalah pemimpin
dalam mengurus rumahtangga suaminya dan dia akan diminta bertanggungjawab dalam
kepimpinannya". (Riwayat Al-Imam Al-Bukhar
Ibubapa haruslah sentiasa berada di sisi anak kerana anak memerlukan kasih sayang yang
secukupnya. Bagi mereka ibubapalah segala –galanya. Anak – anak akan memberontak dan akan
berasa kurang kasih sayang sekiranya ibubapa sering sibuk dengan kerjanya. Kita sedia maklum
bahawa kes seperti ini telah banyak berlaku di media massa mahupun media cetak. mereka akan
kekurangan kasih sayang, tiada tempat mengadu dan sebagainya serta mereka terlalu bebas
melakukan apa sahaja yang mereka inginkan. Ini akan menyebabkan banyak perkara negetif
berlaku seperti buli, merempit, terlibat dalam pergaduhan dan lain – lain lagi. Pemantauan
ibubapa adalah sangat penting untuk memastikkan anak mereka selamat dan terhindar daripada
melakukan aktiviti seperti ini. Menurut Imam al-Ghazali, anak-anak adalah seperti sebutir batu
permata yang belum digilap. Ibu bapalah yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga
menjadi berlian yang indah dan berkilauan. Jelasnya, ibu bapalah yang akan menentukan sama
ada anak-anaknya `menjadi' atau tidak. Dalam proses mendidik anak-anak, Islam menekankan
konsep kasih sayang, penghormatan dan ketegasan. Ini penting agar keperluan fitrah, potensi diri
dan nilai-nilai mulia dapat dibangunkan dalam jiwa anak-anak.
Kesimpulannya, setiap ahli keluarga perlu memainkan peranan yang penting untuk menjamin
kebahagiaan di dunia dan akhirat. Secara keseluruhannya tugas ketua keluarga khususnya ibu
dan bapa sangat berat jika mereka tahu ianya merupakan amanah untuk melahirkan insane dan
seterusnya melansungkan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini. Secara tidak langsung segala
ancaman yang boleh merosakkan aqidah, keruntuhan akhlak, pergaulan bebas di kalangan
remaja, pernyalahgunaan dadah, perlakuan zina dan sebagainya dapat dielakkan.
22
Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang
serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-
geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui
dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup
meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya
mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka
berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang
baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa
seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian,
mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu
tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi,
melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan,
menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri
serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.
Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius
terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri
atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan
masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui
rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan
bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu
bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-
anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif
terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-
anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-
prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang
mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu
bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.
Apabila anak-anak mendalami ajaran kitab berdasarkan agama masing-masing, mereka
mendapat panduan hidup yang baik serta berusaha mengamalkan nilai-nilai murni kerana sedar
bahawa kesudahan yang baik menanti diri mereka. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu menerapkan
didikan agama dalam hati anak-anak sejak mereka kecil lagi kerana melentur buluh biarlah
23
dari rebungnya. Tambahan pula pendidikan agama akan menjadi garis pandu kepada mereka
agar membesar sebagai insan bijaksana dan beretika.
Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu memantau aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak
terutamanya golongan remaja. Hal ini demikian kerana anak-anak pada usia ini mudah
terpedaya sehingga terpengaruh untuk terlibat dalam gejala negatif seperti
penyalahgunaan dadah dan kumpulan mat rempit dan kaki lepak. Ibu bapa perlu
memberikan perhatian terhadap pergaulan anak-anak. Anak-anak tidak harus bergaul
rapat dengan pelajar bermasalah kerana dikhuatiri akan terpegaruh dengan sikap mereka.
Sebaliknya, apabila pelajar berkawan dengan pelajar atau rakan yang beradab sopan,
mereka akan menjadi orang yang bersahsiah mulia. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu
memantau aktiviti harian serta pergaulan sosial anak-anak kerana sebagai insan yang
kurang matang, kadang kala mereka mungkin tersalah langkah. Jadi, sebagai ibu bapa,
kitalah yang paling wajar mendorong mereka kepada jalan kebaikan.
Bagaimana personalitinya dibentuk adalah bergantung kepada keluarganya, rakan sebayanya,
sekolahnya dan unsur-unsur lain yang terdapat dalam alam sekitarnya. Pada peringkat awal, kanak-kanak
menghabiskan sebahagian besar masanya dengan keluarganya.
Cara ibu bapa mengasuh anaknya adalah berbeza. Bagi ibu bapa yang garang dan autokratik, anak-anak
membesar menjadi individu yang patuh, pasif, takut memberi pandangan dan kurang berinisiatif.
Sebaliknya, ibu bapa yang bersifat laissez-faire atau terlalu berlembut dengan anak serta cepat melayani
segala permintaan mereka akan mendapati bahawa anak-anak itu akan membesar menjadi individu yang
kurang bertanggung jawab, terlalu bergantung kepada orang lain, kurang berikhtiar dan kurang
menghormati orang-orang tua.
Situasi di atas jelas menunjukkan amalan menipu. Kalaulah situasi seperti ini berlaku berulang kali, Nasir
akan berpendapat bahawa dalam kehidupan sehari-hari kita, amalan menipu tidaklah salah.
Saiz keluarga juga mempengaruhi sosialisasi seseorang individu. Pertuturan dan interaksi adik
beradik akan menggalakkan individu itu bertutur dengan lebih cepat dan lebih luas perbendaharaan
katanya. Anak-anak dalam keluarganya yang besar mempunyai tugasan masing-masing manakala anak
tunggal atau anak keluarga kecil lebih dimanjakan. Nilai- nilai serta sikap yang dihargai oleh adik beradik
juga akan mempengaruhi seseorang individu itu
Contohnya kanak – kanak yang dibesarkan dengan mengamalkan budaya seperti tunduk
apabila jalan melintasi hadapan orang tua akan membentuk keperibadian kanak – kanak tersebut
akan menghormati orang yang lebih tua. Maka tidak timbullah masalah anak melawan cakap ibu
bapa malah ada yang sampai sanggup membunuh ibu bapa sendiri.
Walaupun kanak-kanak diajar secara langsung (delibrate) cara-cara tingkah laku, sikap-sikap dan
nilai-nilai yang baik di rumah dan di sekolah, tingkah laku, sikap dan nilai kumpulan dalam masyarakat
yang lain secara tidak langsung juga akan dipelajari oleh kanak-kanak hasil daripada tingkah laku-tingkah
laku atau perbuatan-perbuatan orang-orang dewasa di sekitarnya. Ramai ahli sosiologi berpendapat
24
bahawa kita tidak dilahirkan sebagai manusia, tetapi kita menjadi manusia melalui proses interaksi sosial
atau sosialisasi. Sosialisasi mengubah organisme bilogikal kepada insan sosial. Melalui sosialisasilah
seseorang belajar isi kandung kebudayaannya. Melalui sosialisasilah kebudayaan manusia dapat
dipindahkan daripada satu generasikepada generasi yang lain.
Antara caranya ialah mencurahkan kasih sayang kepada anak sejak mereka kecil lagi. Ibu
bapa perlu mengambil berat dan mencurahkan kasih sayang terhadap anak-anak. Sebagai
contoh, ibu bapa patut meluangkan masa bersama-sama anak-anak untuk memahami serta
mengambil berat tentang kehidupan mereka khususnya pelajaran mereka, hobi serta
pergaulan mereka dengan rakan-rakan. Selain itu, ibu bapa patut menjaga anak masing-
masing bagai menatang minyak yang penuh. Misalnya, bercerita kepada anak-anak yang
masih kecil sebelum mereka tidur serta bergembira sesama anak-anak semasa sambutan
hari jadi mereka atau semasa mereka memperoleh kejayaan. Lantaran itu, anak-anak akan
membesar dan menjadi manusia yang beradab sopan, ceria serta berkeyakinan diri.
Mereka tidak akan melibatkan diri dengan masalah sosial kerana sedar bahawa perbuatan
tersebut akan menyakiti hati ibu bapa. Sebaliknya, mereka menjadi orang yang mempunyai
sahsiah yang baik, yakni, menghormati ibu bapa, bersopan santun, dan mendengar nasihat
ibu bapa.
Jadi, ibu bapa yang mengamalkan pelbagai tabiat buruk seperti merokok, berjudi,
berbohong, mencuri dan mengutuk rakan sekerja patut menghentikan tabiat buruk
tersebut. Hal ini demikian kerana ke mana tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi. Anak-
anak akan meniru perbuatan ibu bapa mereka. Sememangnya, ibu bapa tidak berhak
mendisiplinkan anak yang merokok dan mewarnakan rambut sedangkan diri sendiri juga
berbuat demikian. Anak-anak juga tidak akan mempercayai serta menghormati ibu bapa
seperti yang dinyatakan di atas. Justeru, ibu bapa harus menjadi contoh yang baik kepada
anak-anak supaya mereka dapat membesar menjadi manusia berguna dan mengamalkan
nilai-nilai murni yang ditunjukkan oleh ibu bapa.
Kesimpulannya, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membesarkan anak menjadi
seorang yang bermoral dan bersahsiah mulia. Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah
yang mencorakkannya. Jadikan sabda Iman Al-Ghazali sebagai iktibar , iaitu mendidik
anak-anak umpama menanam biji benih. Ianya mesti dibajai, disirami dan dimanja
dengan penuh kasih sayang, agar membesar dengan subur dan mengeluarkan hasil.
Begitu juga dengan pendidikan anak-anak. Mereka perlu dibelai dengan penuh kasih
sayang tetapi akan ditegur jika membuat kesilapan. Peribahasa Melayu menjelaskan,
sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Semoga
didikan ibu bapa yang mantap akan melahirkan anak-anak yang keperibadian terpuji,
25
bersahsiah dan dapat membantu negara untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan
Gagasan Satu Malaysia.
Professor Madya Dr. Ammar Fadzil – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Islam menerusi al-Qur’an dan Sunnah merupakan agama yang bersifat universal dan
komprehensif. Ia bukan sahaja meliputi aqidah, shariah dan akhlak tetapi juga meliputi
pendidikan keluarga dan anak-anak. Ibubapa mempunyai kedudukan yang tinggi pada
pandangan masyarakat dan agama. Fungsi ibubapa dalam membentuk anak-anak sukar dicari
ganti. Melalui mereka anak-anak mengenal kasih sayang, nilai-nilai kehidupan dan erti kasih
sayang. Islam sendiri menuntut supaya ibubapa diberikan kedudukan yang tinggi dalam institusi
keluarga dan masyarakat. Arahan berterimakasih diletakkan pada tempat yang pertama selepas
ibadah kepada Tuhan kerana perngorbanan insaniah yang tidak berbelah bagi begitu juga
keutamaan memberikan bantuan didahulukan ibubapa di atas yang lain. Ibubapa merupakan
salah satu elemen tanpanya tidak wujud apa yang dipanggil masyarakat atau komuniti manusia.
Ia berterusan membekalkan generasi baru kepada masyarakat. Mereka memainkan peranan yang
amat penting dalam pembentukan masyarakat dan tamadun manusia masa hadapan. Baik dan
buruk tamadun yang dilahirkan adalah ditentukan oleh ibubapa selain dari faktor-faktor utama
seperti suasana dan sistem pemerintahan. Perubahan dan permasalahan yang sentiasa berlaku
dewasa ini menghasilkan cabaran yang getir kepada ibubapa dalam memastikan peranan mereka
sebagai pembentuk tamadun manusia dapat ditunaikan dengan sempurna. Kertas ini tidak dapat
mengupas dan menjawab segala persoalan yang terbuku namun diharapkan dapat memberikan
input yang berguna kepada konvensyen yang diadakan pada hari ini.
Mengikut Islam peranan ibubapa amat besar. Merekalah yang bertanggungjawab ke atas masa
hadapan anak-anak. Peranan mereka sebagai pembina utama dan pertama anak-anak sukar dicari
penggalang ganti. Mereka bertanggungjawab memperkenalkan kepada anak-anak nilai kasih
sayang, erti kehidupan dan keperluan kepada pengorbanan dalam menunaikan tanggungjawab.
Dalam sebuah hadis disebut “Setiap anak dilahirkan di atas fitrah, maka kedua ibubapanya yang
menjadikannya Yahudi, atau Nasrani atau Majusi” Fitrah di sni bermaksud Islam oleh itu setiap
anak-anak dilahirkan sebagai seorang Muslim maka ibubapanya yang bertanggungjawab
memberikan ajaran agama yang sempurna supaya anak tersebut kekal di atas fitrah Islamnya dan
memastikan anak tersebut tidak dipengaruhi oleh suasana persekitaran yang akan merosak dan
menjejaskan fitrah kejadiannya.
“Sesungguhnya bagi jasad kamu ke atas kamu ada hak dan sesungguhnya bagi anak kamu ke
atas kamu ada hak” (Riwayat Muslim)
Ibubapa bukan sahaja berfungsi sebagai ejen penambah zuriat manusia dan memperbanyakkan
umat Islam dalam konteks agama Islam, mereka bukan sahaja menginginkan zuriat yang
mewarisi perjalanan hidup mereka dan melahirkan anak soleh malah lebih daripada itu mereka
berfungsi sebagai center pusat yang melahirkan generasi atau jil yang meneruskan
kecemerlangan umat Islam sebagai ummattan wasatan ummat terbaik ummat contoh kepada
26
seluruh manusia surah al-Baqarah ayat 143 “dan demikianlah Kami jadikan kamu ummat
pertengahan…”
Tujuan pertama dan kedua lebih bersifat kepentingan individu tetapi tujuan ketiga bersifat
universal dan lebih berkemasyarakatan.
Kesemua ibubapa secara naturalnya menginginkan anak-anak yang soleh “..Jika sekiranya
engkau memberi kami anak yang soleh tentulah kami akan selalu bersyukur” (al-A`raf ayat 189)
dan di dalam hadis riwayat Muslim “apabila mati anak Adam terputus darinya melainkan tiga
perkara anak soleh, ilmu bermanfaat dan sadaqah jariah”
Di dalam surah al-Furqan ayat 74 “Ya Tuhan kami anugerahkan keapda kami pasangan kami dan
keturunan kami sebagai penyenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang
bertakwa” manakala surah Maryam ayat 6 “yang akan mewarisi aku…” Al-Qur’an seterusnya
dengan tegas mengingatkan ibubapa akan tugas mereka yang amat penting seperti yang disebut
dalam surah al-Tahrim ayat 6 “Wahai orang-orang yang beriman perliharalah diri-diri kamu dan
keluarga kamu dari api neraka” dan di dalam surah al-Anfal ayat 28 ibubapa juga diingatkan
supaya berwaspada dengan keluarga dengan firmannya “Sesungguhnya harta-harta kamu dan
anak-anak kamu adalah ujian” ujian yang menguji ibubapa adakah mereka menunaikan
tanggungjawab dan memberikan kepada anak-anak hak mereka yang sepatutnya.
Oleh itu ibubapa mestilah menyedari dan memahami kepentingan tiga perkara ini; penyambung
zuriat, anak soleh dan generasi ummatan wasatan dan menganggapnya sebagai satu tugas dan
amanah yang dipikulkan ke atas mereka oleh agama mereka. Mereka mesti menganggap ianya
sebagai satu amanah besar yang mesti dipikul dan ditunaikan serta tidak boleh
dipertanggunggjawabkan kepada pihak lain. Jikalau kita hendak menjangkau kepada peranan
yang lebih luas iaitulah memastikan bahawa anak-anak tersebut mampu menyambung
kesinambungan tamadun ummat manusia. Tetapi apakah syarat-syarat kesinambungan tersebut?
Malik Bennabi seorang pemikir Islam terkenal berbangsa Algeria menyatakan dalam bukunya
Mushkilat al-Hadarah Shurut al-Nahdah (Permasalahan Tamadun Asas-asas Kebangkitan)[1]
bahawa tamadun mempunyai tiga unsur utama: manusia, tanah[2] yang diduduki dan masa yang
dimiliki oleh manusia.[3] Manusia menurutnya berhadapan dengan berbagai masalah yang
berbeza antara satu dengan lain. Ia berkait rapat dengan individu dan organisasi masyarakat.
Individu mempunyai tiga peranan utama yang bakal mencipta tamadun dan sejarah masa
hadapan: halatuju, budaya dan harta.[4] Halatuju mestilah jelas dan menampakkan kesatuan
fikiran dan tujuan, budaya mestilah mampu menggabungkan elemen masa lampau dan masa
hadapan meninggalkan yang negatif dan mengambil yang positif yang semestinya berpaksi dan
bersumberkan wahyu. Budaya dalam erti yang luas ialah himpunan sifat-sifat akhlak dan nilai
kemasyarakatan yang diterima oleh individu seawal kelahirannya di alam nyata.[5] Teori Malik
Bennabi ini memperlihatkan kepada kita betapa besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul oleh
setiap individu masyarakat dan tidak terkecuali mereka yang dipanggil ibu bapa.
Kepentingan menitik beratkan pembangunan anak-anak merupakan amalan yang dipelopori oleh
ulama-ulama Islam sejak zaman silam berasaskan ajaran Islam bersumberkan Qur’an dan
Sunnah. `Uqbah bin Abi Sufyan ketika menghantar anaknya kepada seorang guru berpesan
27
beliau kepada guru tersebut dengan kata-katanya : “Hendaklah perkara pertama ketika engkau
memperbaiki anakku ialah memperbaiki dirimu, sebab matanya akan menurut matamu, yang
baik pada mereka ialah apa yang engkau pandang baik, yang buruk di sisi mereka ialah apa yang
engkau pandang buruk, ajarkan mereka jalan kehidupan orang bijak pandai, tunjukkan akhlaq
orang-orang mulia, engkau boleh mengancam dia dengan diriku, pereloklah perilakunya tanpaku,
jadilah seperti seorang doktor yang tidak memberikan ubat sebelum mengetahui penyakitnya,
janganh engkau sampai cuai kerana kekurangan yang ada padaku sebab aku telah menyerahkan
dia atas kesempurnaan yang ada padamu.” Pada zaman khalifah Abbasiah al-Mansur, beliau
telah menghantar seorang utusan ke penjara bertanyakan banduan-banduan penjara apakah yang
kamu rasa berat dari apa yang kamu rasakan sekarang. Jawapan yang diterima ialah : tiada apa
pun yang kami rasakan amat pedih selain daripada kami terhalang untuk mendidik anak-anak
kami.”
Bagaimana personalitinya dibentuk adalah bergantung kepada keluarganya, rakan sebayanya,
sekolahnya dan unsur-unsur lain yang terdapat dalam alam sekitarnya. Pada peringkat awal, kanak-kanak
menghabiskan sebahagian besar masanya dengan keluarganya.

More Related Content

What's hot

Maksud internet dan perkhidmatan internet [kb1]
Maksud internet dan perkhidmatan internet [kb1]Maksud internet dan perkhidmatan internet [kb1]
Maksud internet dan perkhidmatan internet [kb1]eza aziz
 
8.0 malaysia dan cabaran gobalisasi
8.0 malaysia dan cabaran gobalisasi8.0 malaysia dan cabaran gobalisasi
8.0 malaysia dan cabaran gobalisasisejarahkkb
 
Perkembangan fizikal
Perkembangan fizikalPerkembangan fizikal
Perkembangan fizikalPieja Hanhae
 
Cabaran penggunaan internet dan media sosial
Cabaran penggunaan internet dan media sosialCabaran penggunaan internet dan media sosial
Cabaran penggunaan internet dan media sosialShaiffulnizam Mohamad
 
Dasar asuhan dan didikan awal kanak kanak kebangsaan
Dasar asuhan dan didikan awal kanak kanak kebangsaanDasar asuhan dan didikan awal kanak kanak kebangsaan
Dasar asuhan dan didikan awal kanak kanak kebangsaanHemah Naidu
 
MEMERHATI DAN MENGESAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH
MEMERHATI DAN MENGESAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAHMEMERHATI DAN MENGESAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH
MEMERHATI DAN MENGESAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAHnelson fredoline
 
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakKakchik Aina
 
Faktor Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan
Faktor Faktor Yang Mempengaruhi PertumbuhanFaktor Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan
Faktor Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhanasyikin hashim
 
GISC1082 Kesan penularan budaya asing
GISC1082 Kesan penularan budaya asingGISC1082 Kesan penularan budaya asing
GISC1082 Kesan penularan budaya asingSapphireRachell
 
Contoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PAContoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PAAthirah Amalina
 
Bahasa melayu komunikatif (wacana)
Bahasa melayu komunikatif (wacana)Bahasa melayu komunikatif (wacana)
Bahasa melayu komunikatif (wacana)Tiv Sam
 
PSV 3107 - Teori Psikoanalitik
PSV 3107 - Teori PsikoanalitikPSV 3107 - Teori Psikoanalitik
PSV 3107 - Teori Psikoanalitikartventure ipkt
 
Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)
Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)
Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)Alecis Alex
 
Masalah Pembuangan Anak Damit
Masalah Pembuangan Anak DamitMasalah Pembuangan Anak Damit
Masalah Pembuangan Anak DamitNanaAsyi
 
Penculikan kanak-kanak
Penculikan kanak-kanakPenculikan kanak-kanak
Penculikan kanak-kanakYfook Ng
 

What's hot (20)

Maksud internet dan perkhidmatan internet [kb1]
Maksud internet dan perkhidmatan internet [kb1]Maksud internet dan perkhidmatan internet [kb1]
Maksud internet dan perkhidmatan internet [kb1]
 
8.0 malaysia dan cabaran gobalisasi
8.0 malaysia dan cabaran gobalisasi8.0 malaysia dan cabaran gobalisasi
8.0 malaysia dan cabaran gobalisasi
 
Perkembangan fizikal
Perkembangan fizikalPerkembangan fizikal
Perkembangan fizikal
 
Cabaran penggunaan internet dan media sosial
Cabaran penggunaan internet dan media sosialCabaran penggunaan internet dan media sosial
Cabaran penggunaan internet dan media sosial
 
Dasar asuhan dan didikan awal kanak kanak kebangsaan
Dasar asuhan dan didikan awal kanak kanak kebangsaanDasar asuhan dan didikan awal kanak kanak kebangsaan
Dasar asuhan dan didikan awal kanak kanak kebangsaan
 
MEMERHATI DAN MENGESAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH
MEMERHATI DAN MENGESAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAHMEMERHATI DAN MENGESAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH
MEMERHATI DAN MENGESAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH
 
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanak
 
Faktor Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan
Faktor Faktor Yang Mempengaruhi PertumbuhanFaktor Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan
Faktor Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan
 
GISC1082 Kesan penularan budaya asing
GISC1082 Kesan penularan budaya asingGISC1082 Kesan penularan budaya asing
GISC1082 Kesan penularan budaya asing
 
Isu perundangan
Isu perundanganIsu perundangan
Isu perundangan
 
HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1
HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1
HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 1
 
Pergaulan bebas
Pergaulan bebasPergaulan bebas
Pergaulan bebas
 
Contoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PAContoh Dapatan Kajian PBS PA
Contoh Dapatan Kajian PBS PA
 
Contoh refleksi
Contoh refleksiContoh refleksi
Contoh refleksi
 
Bahasa melayu komunikatif (wacana)
Bahasa melayu komunikatif (wacana)Bahasa melayu komunikatif (wacana)
Bahasa melayu komunikatif (wacana)
 
PSV 3107 - Teori Psikoanalitik
PSV 3107 - Teori PsikoanalitikPSV 3107 - Teori Psikoanalitik
PSV 3107 - Teori Psikoanalitik
 
Pembentangan headstart
Pembentangan headstartPembentangan headstart
Pembentangan headstart
 
Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)
Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)
Konflik persempadanan ( pulau ligitan dan pulau sipadan)
 
Masalah Pembuangan Anak Damit
Masalah Pembuangan Anak DamitMasalah Pembuangan Anak Damit
Masalah Pembuangan Anak Damit
 
Penculikan kanak-kanak
Penculikan kanak-kanakPenculikan kanak-kanak
Penculikan kanak-kanak
 

Viewers also liked

Peranan keluarga dalam menangani gejala (pidato)
Peranan keluarga dalam menangani gejala (pidato)Peranan keluarga dalam menangani gejala (pidato)
Peranan keluarga dalam menangani gejala (pidato)Marzura Abu Bakar
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agendaAbdullah Lah
 
Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak
Tanggungjawab ibu bapa terhadap anakTanggungjawab ibu bapa terhadap anak
Tanggungjawab ibu bapa terhadap anakSalina Ahmad
 
Kesan Gangguan Seksual
Kesan Gangguan SeksualKesan Gangguan Seksual
Kesan Gangguan SeksualUNie ONie
 
Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...
Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...
Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...Amar Arif
 
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat yhan law
 
Penderaan seksual
Penderaan seksualPenderaan seksual
Penderaan seksualArra Asri
 
Langkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatan
Langkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatanLangkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatan
Langkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatanAzli Aziz
 
Isu isu pengurusan sumber manusia dalam pendidikan
Isu isu pengurusan sumber manusia dalam pendidikanIsu isu pengurusan sumber manusia dalam pendidikan
Isu isu pengurusan sumber manusia dalam pendidikanA Ghani Awang
 
Penderaan kanak kanak
Penderaan kanak kanakPenderaan kanak kanak
Penderaan kanak kanakArra Asri
 
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARAPEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARAUNie ONie
 
CONTOH KARANGAN BAHASA TAMIL
CONTOH KARANGAN BAHASA TAMILCONTOH KARANGAN BAHASA TAMIL
CONTOH KARANGAN BAHASA TAMILlogaraja
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karanganNur Afifa
 

Viewers also liked (15)

Peranan keluarga dalam menangani gejala (pidato)
Peranan keluarga dalam menangani gejala (pidato)Peranan keluarga dalam menangani gejala (pidato)
Peranan keluarga dalam menangani gejala (pidato)
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda
 
Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak
Tanggungjawab ibu bapa terhadap anakTanggungjawab ibu bapa terhadap anak
Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak
 
Kesan Gangguan Seksual
Kesan Gangguan SeksualKesan Gangguan Seksual
Kesan Gangguan Seksual
 
Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...
Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...
Penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak anak kajian perbandingan korea d...
 
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat
 
Penderaan seksual
Penderaan seksualPenderaan seksual
Penderaan seksual
 
Langkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatan
Langkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatanLangkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatan
Langkah mencegah dan kesan jerebu terhadap kesihatan
 
Pendidikan moral
Pendidikan moralPendidikan moral
Pendidikan moral
 
Isu isu pengurusan sumber manusia dalam pendidikan
Isu isu pengurusan sumber manusia dalam pendidikanIsu isu pengurusan sumber manusia dalam pendidikan
Isu isu pengurusan sumber manusia dalam pendidikan
 
Penderaan kanak kanak
Penderaan kanak kanakPenderaan kanak kanak
Penderaan kanak kanak
 
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARAPEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
 
CONTOH KARANGAN BAHASA TAMIL
CONTOH KARANGAN BAHASA TAMILCONTOH KARANGAN BAHASA TAMIL
CONTOH KARANGAN BAHASA TAMIL
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Nota moral spm
Nota moral spmNota moral spm
Nota moral spm
 

Similar to Asigment

Modal asiment
Modal asimentModal asiment
Modal asimentYing Yin
 
Proses sosialisasi dan pembentukan kepribadian
Proses sosialisasi dan pembentukan kepribadianProses sosialisasi dan pembentukan kepribadian
Proses sosialisasi dan pembentukan kepribadianCNVIP
 
Pergaulan positif bagi remaja
Pergaulan positif bagi remajaPergaulan positif bagi remaja
Pergaulan positif bagi remajaNurfaisyalAnas
 
pengaruh kelompok sebaya dalam perkembangan remaja
pengaruh kelompok sebaya dalam perkembangan remajapengaruh kelompok sebaya dalam perkembangan remaja
pengaruh kelompok sebaya dalam perkembangan remajaSalma Van Licht
 
Proses sosialisasi sebagai proses pembentuk kepribadian
Proses  sosialisasi sebagai proses pembentuk kepribadianProses  sosialisasi sebagai proses pembentuk kepribadian
Proses sosialisasi sebagai proses pembentuk kepribadianUndercover Helpers
 
Definisi dan agen sosiologi PPT
Definisi dan agen sosiologi PPTDefinisi dan agen sosiologi PPT
Definisi dan agen sosiologi PPTDheea Resta
 
Perkembangan hubungan sosial
Perkembangan hubungan sosialPerkembangan hubungan sosial
Perkembangan hubungan sosialmizwarsaputra69
 
Sosialisasi dan pembentukan kepribadian
Sosialisasi dan pembentukan kepribadianSosialisasi dan pembentukan kepribadian
Sosialisasi dan pembentukan kepribadianCornelia Riasdita
 
Bahasa Indonesia 2
Bahasa Indonesia 2Bahasa Indonesia 2
Bahasa Indonesia 2animax2000
 
Bab 4 Pemuda dan Sosialisasi
Bab 4 Pemuda dan SosialisasiBab 4 Pemuda dan Sosialisasi
Bab 4 Pemuda dan SosialisasiMondo Icon
 
BAB 7 SOSIALISASI.pptx
BAB 7 SOSIALISASI.pptxBAB 7 SOSIALISASI.pptx
BAB 7 SOSIALISASI.pptxlindamas1
 
Sosioantropologi
SosioantropologiSosioantropologi
Sosioantropologifikry_
 
Lembar kerja mandiri siswa
Lembar kerja mandiri siswaLembar kerja mandiri siswa
Lembar kerja mandiri siswaFathur Marah
 

Similar to Asigment (20)

Modal asiment
Modal asimentModal asiment
Modal asiment
 
Tugas sosiologi sosialisasi
Tugas sosiologi sosialisasiTugas sosiologi sosialisasi
Tugas sosiologi sosialisasi
 
Tugas sosiologi
Tugas sosiologiTugas sosiologi
Tugas sosiologi
 
Tugas sosiologi sosialisasi
Tugas sosiologi sosialisasiTugas sosiologi sosialisasi
Tugas sosiologi sosialisasi
 
Tugas sosiologi
Tugas sosiologiTugas sosiologi
Tugas sosiologi
 
Proses sosialisasi dan pembentukan kepribadian
Proses sosialisasi dan pembentukan kepribadianProses sosialisasi dan pembentukan kepribadian
Proses sosialisasi dan pembentukan kepribadian
 
Pergaulan positif bagi remaja
Pergaulan positif bagi remajaPergaulan positif bagi remaja
Pergaulan positif bagi remaja
 
Presentasi kelompok 11
Presentasi kelompok 11Presentasi kelompok 11
Presentasi kelompok 11
 
pengaruh kelompok sebaya dalam perkembangan remaja
pengaruh kelompok sebaya dalam perkembangan remajapengaruh kelompok sebaya dalam perkembangan remaja
pengaruh kelompok sebaya dalam perkembangan remaja
 
Manajemen pergaulan
Manajemen pergaulanManajemen pergaulan
Manajemen pergaulan
 
Proses sosialisasi sebagai proses pembentuk kepribadian
Proses  sosialisasi sebagai proses pembentuk kepribadianProses  sosialisasi sebagai proses pembentuk kepribadian
Proses sosialisasi sebagai proses pembentuk kepribadian
 
Definisi dan agen sosiologi PPT
Definisi dan agen sosiologi PPTDefinisi dan agen sosiologi PPT
Definisi dan agen sosiologi PPT
 
Perkembangan hubungan sosial
Perkembangan hubungan sosialPerkembangan hubungan sosial
Perkembangan hubungan sosial
 
Sosialisasi dan pembentukan kepribadian
Sosialisasi dan pembentukan kepribadianSosialisasi dan pembentukan kepribadian
Sosialisasi dan pembentukan kepribadian
 
Bahasa Indonesia 2
Bahasa Indonesia 2Bahasa Indonesia 2
Bahasa Indonesia 2
 
Guru dan-cabaran-semasa
Guru dan-cabaran-semasaGuru dan-cabaran-semasa
Guru dan-cabaran-semasa
 
Bab 4 Pemuda dan Sosialisasi
Bab 4 Pemuda dan SosialisasiBab 4 Pemuda dan Sosialisasi
Bab 4 Pemuda dan Sosialisasi
 
BAB 7 SOSIALISASI.pptx
BAB 7 SOSIALISASI.pptxBAB 7 SOSIALISASI.pptx
BAB 7 SOSIALISASI.pptx
 
Sosioantropologi
SosioantropologiSosioantropologi
Sosioantropologi
 
Lembar kerja mandiri siswa
Lembar kerja mandiri siswaLembar kerja mandiri siswa
Lembar kerja mandiri siswa
 

Asigment

  • 1. 1 1.0 PENGENALAN Sosialisasi merupakan proses belajar yang berkaitan dengan nilai, sikap serta kemahiran daripada masyarakat yang berada di sekeliling dan seterusnya membentuk sikap, perilaku serta personaliti dirinya sendiri yang sesuai dengan ahli masyarakatnya. Ini bermakna proses sosialisasi berkaitan dengan proses perubahan mempelajari sesuatu daripada tidak tahu kepada tahu serta mempraktikkannya ke dalam diri. Ia berlaku berterusan seumur hidup secara sedar dan tidak sedar. Menurut Horton dan Hunt, sosialisasi merupakan suatu proses yang terjadi ketika seorang individu menghayati nilai-nilai dan norma-norma kelompok di mana dia hidup sehingga terbentuklah keperibadiannya. Manakala Robert M.Z. Lawang memberi maksud sosialisasi adalah proses mempelajari nilai dan norma yang diperlukan untuk memungkinkan seseorang dapat berperanan secara efektif dalam kehidupan sosial. Oleh itu, sosialisasi boleh disimpulkan sebagai proses individu bermasyarakat dalam menjalani kehidupan sehariannya. Dengan adanya proses sosialisasi ini manusia dapat berinteraksi, berhubung dan bekerja dalam kumpulan dan masyarakat. Proses sosialisasi menjadi bukti manusia saling memerlukan dan ingin hidup bermasyarakat dengan manusia lain. Dalam proses sosialisasi ini manusia akan menghayati nilai dan norma masyarakat serta melakukan penyesuaian diri agar dapat menjadi sebahagian daripada masyarakat tersebut. Oleh itu boleh dikatakan proses sosialisasi mempunyai hubung kait dengan proses pergaulan individu dalam masyarakat kerana melalui pergaulan inilah manusia mempelajari berbagai-bagai nilai, norma dan perilaku individu mahupun kelompok. 1.1 JENIS PERINGKAT PROSES SOSIALISASI Peringkat sosialisasi berlaku dalam 3 jenis iaitu sosialisasi primer ( permulaan ), sosialisasi sekunder ( penyertaan ) dan yang terakhir sosialisasi semula( resosialisasi ). 1. Sosialisasi Primer Proses sosialisasi primer berlaku pada peringkat awal kanak-kanak. Proses ini amat bergantung kepada belaian ibu yang berterusan di mana ibu memenuhi keperluan emosi dan fisiologinya. Hubungan ibu dan anak dalam peringkat ini perlulah dijaga dan perkukuhkan sehingga kanak-
  • 2. 2 kanak mempunyai keyakinan kepada lingkungan dan alam sekitarnya. Pada tahap ini kanak – kanak mula membezakan dirinya dengan orang lain yang berada di sekitarnya. Orang – orang yang berada di sekelilingnya menjadi sangat penting kerana ketika ini mereka mempelajari pola interaksi dan mula mencorak keperibadian. Tahap ini kanak-kanak mempelajari konsep diri, psikomotor, penaakulan dan kemahiran bahasa daripada orang yang berada hampir dengannya iaitu keluarga. 2. Sosialisasi Sekunder Proses sosialisasi Sekunder dikenali juga sebagai sosialisasi penyertaan iaitu lanjutan kepada sosialisasi primer. Peringkat ini memperkenalkan individu ke dalam kelompok tertentu dalam masyarakat, di mana ianya berlaku pada peringkat kanak-kanak, remaja dan dewasa. Pada peringkat ini akan berlaku proses pengembangan konsep diri, menerima konsep baru, berlaku perubahan dan penyesuaian akibat daripada interaksi dengan rakan sebaya sekolah, media massa dan masyarakat. Seseorang individu berusaha memenuhi kehendak-kehendak masyarakat. Untuk bertingkah laku sebagai mana yang dikehendaki, individu boleh mempelajari kemahiran- kemahiran intelektual, sosial dan fizikal daripada ibu bapa, sekolah dan sumber-sumber lain daripada persekitaran. Seseorang individu itu juga mesti akur dan rela mengikut peraturan- peraturan masyarakat. 3. Resosialisasi. Proses ini mungkin berlaku atau tidak berlaku pada seseorang. Pada peringkat ini seseorang diberi suatu identiti diri yang baru. Sosialisasi semula ini berlaku akibat daripada perubahan secara drastik, mendadak, radikal atau terpaksa yang dialami oleh seseorang. Misalnya berlaku akibat kemalangan, revolusi, peperangan, perubahan kepercayaan, bencana, ketagihan dadah dan perubahan politik. Konsep kendiri sikap dan taakulan seseorang itu akan berubah dengan cepat akibat daripada situasi di atas. 1.2 PROSES SOSIALISASI DALAM PEMBENTUKAN MORAL INDIVIDU BAGI MENANGANI MASALAH SOSIAL
  • 3. 3 Pembentukan moral individu sangat dipengaruhi oleh proses sosialisasi yang dihadapi oleh seseorang individu. Ini adalah kerana ketika dilahirkan bayi dalam keadaan bersih ibarat kain putih. Dalam proses membesar daripada bayi kepada kanak – kanak individu belajar bersosial dan bergaul daripada manusia di sekelilingnya. Pada peringkat inilah yang dikenali sebagai sosialisasi primer iaitu permulaan di mana mereka mempelajari konsep diri, psikomotor, penaakulan dan kemahiran bahasa daripada keluarganya. Menurut George Herbert Mead, pada tahap meniru ( Play Stage ) kanak – kanak akan meniru apa yang dilakukan oleh orang dewasa dan apa yang dia lihat. Ibu bapa biasanya mengajar anak-anaknya tentang kelakuan yang baik seperti apa yang baik dan apa yang tidak baik. Tutur kata ibu bapa yang lemah lembut dan bersopan melayan kerenah anak akan menjadi ikutan dan turut dipraktikkan oleh anak. Contohnya, pada peringkat ini anak – anak di ajar budaya salam dan mencium tangan orang tua sebagai tanda menghormati orang yang lebih tua. Sosialisasi yang diterima oleh seseorang pada peringkat kanak-kanak tidak mencukupi untuk menghadapi tugas-tugas yang akan dihadapi pada peringkat dewasa kelak. Seterusnya melangkau ke alam persekolahan menambahkan lagi proses sosialisasi kanak – kanak melalui pergaulan dengan rakan sebaya. Sekiranya individu tersebut membesar dalam kalangan keluarga yang baik didikan agama dan asuhannya, maka individu tersebut akan menjadi manusia yang baik dan sekiranya individu membesar dalam kalangan keluarga yang kurang didikan agama maka begitu jugalah pembentukan dan keperibadiannya. Contohnya daripada kecil umat Islam didik bahawa perbuatan berzina adalah haram di sisi agama. Maka individu yang dibesarkan dalam kalangan kuat berpegang kepada ajaran Islam tidak akan melakukan perbuatan tersebut. Maka tidak akan berlakulah perbuatan zina, seks bebas dan pembuangan bayi. Individu yang melalui proses sosialisasi yang mempunyai nilai serta norma yang baik juga akan membentuk moral dan personaliti individu terpuji, tetapi sekiranya proses sosialisasi individu tersebut dikelilingi oleh masyarakat yang tidak baik nilai serta normanya maka begitulah pembentukan moral dan personalitinya. Ini adalah kerana personaliti dan keperibadian individu sangat dipengaruhi oleh lingkungan dan corak budaya yang ada dalam masyarakat di sekelilingnya. Contohnya individu yang hidup dengan masyarakat kampung yang rajin bekerja maka sedikit sebanyak akan mempengaruhi sikap rajin dan tidak suka membuang masa di kalangan anak – anak muda. Dengan ini akan menghindarkan daripada sikap membuang masa dan budaya lepak yang akan membendung masalah sosial yang lebih berat seperti menagih
  • 4. 4 dadah dan merempit. Individu yang hidup dalam kelompok masyarakat yang saling hormat menghormati dan mengambil berat antara satu sama lain juga akan mendidik golongan remaja yang mempunyai sikap menghormati orang – orang yang lebih tua. Proses sosialisasi yang banyak mempengaruhi individu adalah daripada rakan terutamanya golongan remaja. Ini disebabkan pengaruh keluarga semakin merosot apabila kanak-kanak meningkat remaja berbanding sosialisasi rakan sebaya yang berlaku secara tidak formal dan tidak sengaja. Apabila mereka menjadi semakin dewasa, rakan sebaya menjadi pengaruh yang lebih berkesan dalam proses pembentukan budi pekerti mereka. Kumpulan rakan sebaya boleh jadi kumpulan bermain, aktiviti kumpulan rakan sebaya adalah berbentuk sukarela, ahlinya terdiri daripada yang sama taraf dan dipilih berdasarkan suka sama suka. Mereka belajar berdikari dan membentuk peraturan, nilai dan norma kumpulan tersendiri. Kumpulan rakan sebaya, terutama peringkat remaja, mempunyai pengaruh kuat ke atas tingkah laku individu. Oleh kerana keperluan untuk diterima oleh rakan sebaya amat penting kepadanya, seseorang remaja akan menepati norma dan nilai yang ditonjolkan oleh kumpulan tertentu. Ini boleh membawa sama ada kesan positif ataupun negatif bergantung pada nilai dan norma yang ingin ditonjolkan oleh kumpulan rakan mereka. Adalah didapati kumpulan rakan sebaya hari ini memainkan peranan penting dalam proses sosialisasi individu berbanding dengan masa dahulu. Pada peringkat remaja ahli kumpulan rakan sebaya biasanya mempunyai sub-budaya tertentu, mereka mempunyai cara bercakap, cara berpakaian, muzik, nilai dan norma kumpulan rakan sebayanya yang mungkin mempunyai nilai yang positif dan negatif. Contohnya cara berpakaian yang seksi dan menjolok mata mungkin akan membawa kepada masalah sosial yang lebih berat seperti rogol dan sek bebas. Walau bagaimanapun, tidak semua kumpulan rakan sebaya membelakangkan nilai dan norma yang dipegang oleh keluarga dan masyarakat, terdapat juga kumpulan rakan sebaya yang masih menitik beratkan nilai dan norma yang positif. Individu itu sendiri perlulah bijak dalam memilih rakan yang baik dan menghindarkan diri daripada rakan yang boleh membawa kesan yang negatif. Ibu bapa dan masyarakat perlu mengambil sikap ambil tahu dengan perkembangan anak –anak remaja agar tidak terpesong daripada landasan agama.
  • 5. 5 1.3 KEPENTINGAN DAN PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBENTUK MORAL DAN PERIBADI REMAJA Keluarga memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan moral dan peribadi remaja terutamanya ibu dan bapa. Keluarga merupakan tempat sosialisasi pertama bagi anak - anak, oleh yang demikian keperibadian anak sangat dipengaruhi oleh bagaimana cara dan corak ibu bapa memberikan pendidikan dan bimbingan kepada anak. Dengan kata lain, apa yang terjadi dalam lingkungan keluarga akan dipaparkan oleh individu yang menjadi anggotanya. Menurut George Herbert Mead, perkembangan kanak-kanak bermula pada tahap persiapan ( Preparatory Stage ) yang mana anak-anak mula melakukan kegiatan meniru perilaku orang terdekat meskipun perbuatan itu tidak sempurna. Oleh itu ibu bapa perlulah peka terhadap perkembangan moral anak – anak sejak di peringkat kanak-kanak. Kanak-kanak perlu diasuh menerusi proses apa yang ibu bapa praktikkan di hadapan anak dan menerusi tingkahlaku yang akan diteladani. Ibu bapa patut mengamalkan amalan murni supaya dapat mempengaruhi anak untuk turut berbuat demikian. Ini kerana daripada ibu bapa, kanak-kanak itu akan mempelajari kemahiran, sikap, norma dan nilai-nilai seperti kejujuran, amanah, rajin, bersih dan hormat menghormati. Pendek kata ibu bapa adalah idola kepada anak –anak semasa kecil. Asuhan memainkan peranan yang penting dalam proses sosialisasi individu. Ibu bapa lazimnya, akan mengajar anak-anaknya mengenai apa yang harus dilakukan dan apa yang harus dilarang. Tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa merupakan orang yang dipercayai anak-anak. Segala tindak-tanduk serta amalan ibu bapa akan dicontohi anak sejak anak masih kecil lagi. Di samping itu, ibu bapa perlu menjadi teladan yang baik kepada anak-anak. Ibu bapa yang mendidik anak secara autokratik akan mendapati anak-anaknya begitu taat pada arahan tetapi menjadi pasif dalam tingkah laku mereka dan akan menghasilkan anak yang mudah memberontak. Sebaliknya, Ibu bapa yang mengamalkan cara demokrasi dan sering berbincang masalah-masalah dengan anak-anak mereka serta mempertimbangkan pendapat-pendapat anak- anak, apabila membuat keputusan penting akan mendapati anak-anak mereka mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Kanak-kanak juga menjadi lebih aktif, cerdas dan lebih bersopan- santun. Walau bagaimanapun ini tidak bermakna ibu bapa membiarkan anak bebas membuat keputusan sendiri tanpa di pantau kerana ini akan menyebabkan anak-anaknya tidak bersopan - santun, tidak bertanggungjawab dan tidak boleh berdikari.
  • 6. 6 Di samping itu ibu bapa juga perlulah berperanan sebagai teman kepada anak – anak. Ini adalah kerana anak – anak cenderung menceritakan segala masalah kepada rakan – rakan sebaya. Remaja terutamanya sering mengatakan mereka tidak suka berkongsi masalah dengan ibu bapa terutamanya yang bersifat peribadi. Masalah ini disebabkan mereka merasakan komunikasi dengan ibu bapa bersifat formal, rigid serta agak ketinggalan zaman. Remaja juga tidak suka di kawal dan dikongkong oleh ibu bapa. Oleh itu ibu bapa perlulah bijak berkomunikasi dengan anak – anak agar anak – anak tidak merasakan nasihat yang disampaikan oleh ibu bapa adalah suatu perintah dan hukuman. Selain itu ibu bapa sepatutnya sering meluangkan masa serta mengingati tarikh – tarikh yang agak istimewa kepada anak – anak seperti hari lahir dan memberikan penganugerahan di atas kejayaan yang telah mereka kecapi. Ibu bapa juga perlu mengambil tahu perihal yang disukai oleh anak dan remaja serta trend masa kini asalkan tidak melanggar batas agama. Dengan ini ibu bapa mudah untuk berkomunikasi dengan anak – anak dan mereka turut merasakan ibu bapa adalah tempat yang sesuai untuk dibawa berbicara. Hubungan yang akrab dengan anak seperti ini akan memudahkan ibu bapa untuk membentuk moral dan peribadi anak – anak. Seterusnya ialah seseorang individu perlulah membersihkan segala dosanya kepada Allah jika ingin ketenangan jiwa dan rohani. Jika kita dapat mendekatkan diri kepada Allah insyallah keimanan kita akan bertambah dan ini dapat membersihkan diri kita daripada segala kejahatan yang di larang oleh Islam. Oleh itu, ibu bapa khususnya bapa sebagai ketua keluarga perlu memimpin ahli keluarganya ke jalan yang benar ( Islam ). Cara ini dapat meningkat akhlak yang mulia. Hadis Rasulullah pernah bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.” Selain itu juga, keimanan yang dimiliki oleh pasangan institusi ahli keluarga dapat memutikkan akhlak anak – anak yang baik. Kehidupan dalam rumah tangga baik dan sempurna adalah hasil daripada akhlak yang mulia dan terpuji. Selain itu juga, ibu bapa perlulah bertakwa kepada yang maha Esa iaitu Allah s.w.t. Pembinaan institusi kekeluargaan Islam perlulah berasaskan rasa takwa kepada Allah untuk mencari keredhaan. Tanpa takwa dan keredhaan Nya institusi kekeluargaan tidak dapat berjalan di atas landasan yang benar. Kewujudan institusi kekeluargaan adalah ibadah disisi Allah. Oleh itu ibu bapa yang perlulah memainkan peranan untuk menjalankan tanggung jawab memelihara dan menjaga keluarganya agar berada d landasan yang betul.
  • 7. 7 Selain itu, ibu bapa patut memberikan didikan agama kepada anak-anak. Dalam sebuah hadis riwayat al - Bukhari “Orang lelaki adalah penjaga ke atas ahli keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka dan perempuan penjaga ke atas rumahtangga dan anak- anaknya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka.” Ini jelas menunjukkan ibu bapa adalah penjaga dan seharusnya menerapkan sifat menghayati ajaran agama kepada anak – anak. Contohnya agama Islam sangat menitik beratkan sifat – sifat dan akhlak yang terpuji berlandaskan al-quran dan sunah. Sekiranya kanak-kanak ini diberi didikan agama yang kuat dan berpegang kepada keimanan nescaya mereka tidak melakukan sesuatu yang bercanggah dengan moral manusia malahan agama itulah yang akan membentuk jiwa, moral dan akhlaknya kerana di dalam agama itu ada cara dan kaedah untuk membentuk akhlak-akhlak yang baik dan berjiwa luhur kepada tuhan seperti yang terkandung di dalam agama Islam. Mereka akan dapat membezakan perkara baik dan buruk serta mempunyai disiplin diri untuk melakukan perkara yang betul. Walaupun anak-anak juga sentiasa berhadapan dengan godaan dan cabaran globalisasi, tetapi mereka dapat mengawal diri dan tidak mudah terpengaruh dengan gejala negatif seperti memeras ugut, merokok, dan mencuri. 1.4 IMPLIKASI KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN TERHADAP PEMBENTUKAN MORAL INDIVIDU DAN MASYARAKAT. Keluarga merupakan sebuah institusi yang amat penting kerana keluarga merupakan masyarakat kecil yang menjadi asas dalam pembentukan masyarakat. Selain itu, kepentingan institusi ini jelas apabila Allah SWT mengadakan undang-undang dalam urusan kekeluargaan yang disebut sebagai munakahat. Keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi individu yang baik kerana dari peribadi yang baik akan terbina keluarga yang baik dan seterusnya terbentuklah masyarakat yang berdisiplin dan mantap untuk memimpin negara. Dalam institusi keluarga, suami dan isteri memikul tanggungjawab membesar dan mendidik anak – anak menjadi individu yang berguna dan berakhlak mulia. Seandainya sesebuah keluarga itu goyah, maka masyarakat terbentuk juga akan turut goyah dan terkena tempiasnya. Sebaliknya jika sesebuah keluarga itu sempurna dan kukuh, maka masyarakat yang akan lahir juga akan lebih teguh, seterusnya membentuk masyarakat yang sejahtera.
  • 8. 8 Institusi kekeluargaan yang bermasalah dan lemah boleh menimbulkan masalah dan gejala sosial di kalangan anak - anak. Pasangan suami isteri yang satu masa dahulu berjanji untuk membangunkan keluarga bahagia boleh hilang hala tuju sekiranya ibu bapa terpaksa bekerja lebih masa untuk menampung kos perbelanjaan keluarga yang semakin tinggi sehingga mengabaikan keperluan asasi anak-anak, iaitu kasih sayang dan perhatian. Dengan ini masa diluangkan untuk keluarga adalah terhad sehingga kadang –kadang hilang sifat kemesraan di kalangan ahli keluarga. Hal sebegini sering berlaku di bandar – bandar besar yang semestinya memerlukan kos sara hidup yang agak tinggi. Terdapat juga ibu bapa yang sibuk dibuai kebendaan dan mementingkan kerjaya serta wang hingga mengabaikan perhatian dan tanggungjawab mereka terhadap anak – anak di rumah. Masalah seperti ini juga akhirnya akan membawa kepada keruntuhan rumah tangga. Akibatnya anak – anak akan terbiar tanpa pengawasan ibu bapa dan bebas bergaul dengan sesiapa sahaja sehingga terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat. Mereka mudah menyimpang daripada lunas murni dan tidak berakhlak. Implikasi keruntuhan institusi kekeluargaan seperti penceraian ini, sudah semestinya akan membawa kesan buruk di kalangan masyarakat. Rasulullah bersabda “Sesuatu yang halal tetapi paling dibenci Allah adalah perceraian”. Ini menunjukkan di satu sisi bahawa perceraian itu dibolehkan dalam Islam, tetapi diingatkan bahawa perceraian itu adalah perkara yang sangat dimurkai oleh Allah. Hal ini akan menyebabkan jiwa anak terganggu dan akan menjadi trauma apabila dewasa, lagi – lagi apabila ingin mendirikan rumahtangga. Selain itu juga, anak – anak akan kehilangan kasih sayang dari ibu atau bapa mereka. Di samping itu juga mereka akan hilang tumpuan untuk belajar dan sedikit sebanyak menghancurkan masa depan mereka. Mereka turut mencari alternatif lain seperti kasih sayang di kalangan rakan sebaya serta terjebak di alam percintaan yang akan menyumbang kepada masalah sosial yang lain seperti melakukan hubungan seks sehingga melahirkan anak luar nikah. Dengan ini akan melahirkan individu dan masyarakat yang rosak akhlaknya. Keruntuhan institusi kekeluargaan di kalangan masyarakat masa kini semakin meruncing. Kita sering kali mendengar berita tentang penceraian antara suami dan isteri yang kini semakin menjadi -jadi. Kemelut rumahtangga yang melanda masyarakat kini amat menyedihkan. Namun terdapat ibu bapa hanya mementingkan diri mereka sendiri tanpa dapat memahami perasaan anak - anak yang melihat konflik rumahtangga ibu bapa mereka yang tidak berkesudahan. Statistik
  • 9. 9 perceraian yang meningkat dan pergaduhan suami isteri sering terpapar di dada akhbar yang menyumbang kepada masalah gejala sosial dan masalah keruntuhan akhlak yang semakin serius. Malah kelunturan sifat kemanusiaan sejak kebelakangan ini amat ketara dengan keganasan yang berlaku hampir setiap hari yang dilaporkan di akhbar. Keruntuhan institusi keluarga juga boleh membawa kepada kes penderaan anak –anak. Ini disebabkan ibu bapa tertekan dengan konflik rumah tangga hingga ada yang sanggup mendera anak sendiri. Maka anak – anak ini akan membesar dengan situasi yang tidak sihat dan sentiasa dalam ketakutan akibat didera oleh manusia yang dianggap oleh mereka sebagai pelindung. Dengan ini akan melahirkan generasi yang lemah dan tidak mampu untuk memimpin negara. Akibat daripada keruntuhan rumah tangga ini juga akan menyebabkan terbentuknya individu rosak pemikiran dan sentiasa memberontak. Ini adalah kerana remaja yang menghadapi masalah penceraian ibu bapa merasakan kehidupan mereka tidak sempurna seperti keluarga lain yang boleh hidup sebumbung. Remaja ini biasanya melalui saat yang amat getir apabila terpaksa memilih kehidupan bersama salah seorang ibu ataupun bapa sedangkan mereka memerlukan kasih sayang daripada kedua –dua ibu bapa. Dari segi keselamatan juga agak tidak terjamin bagi gadis remaja yang tinggal dengan bapa kerana terdapat bapa yang sanggup memperkosa dan merogol anak sendiri apabila tidak dapat menahan nafsu dan belaian daripada seorang isteri. Begitu juga bagi gadis remaja yang memilih untuk tinggal dengan ibu tetapi diperkosa dan dirogol pula oleh teman lelaki ibu mahupun bapa tiri. Oleh itu remaja tersebut berasa hilang kepercayaan dan menyimpan perasaan dendam yang akan melahirkan individu yang tidak bermoral apabila dewasa kelak. Terdapat pula remaja yang merasakan diri mereka sudah tidak berharga hingga terus melakukan perbuatan terkutuk bersama teman lelaki. Keruntuhan Institusi kekeluargaan masa kini amat jelas memberi kesan kepada negara. Ini kerana masyarakat yang kucar kacir akan melahirkan generasi yang rendah nilai moral dan tidak mampu meneraju negara ke arah kesejahteraan dan pembangunan rohani dan jasmani. Apa akan terjadi jika masalah keruntuhan institusi dan moral masyarakat kita tidak dibendung dengan segera. Mungkin kita akan menjadi seperti negara membangun sekarang yang kurang mengamalkan adab sopan dan menganggap sikap kurang ajar dan moral yang rendah sebagai satu norma hidup yang diterima pakai dalam masyarakat kita. Walau bagaimanapun sekiranya nilai yang baik wujud dalam keluarga, ia juga akan wujud dalam masyarakat kemudiannya. Ini
  • 10. 10 kerana apa yang berlaku dalam masyarakat menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku dalam keluarga yang ada dalam masyarakat tersebut. Oleh itu, usaha membentuk masyarakat bermoral dan penyayang perlu bermula dengan membentuk keluarga bermoral dan penyayang terlebih dahulu supaya keruntuhan institusi kekeluargaan tidak akan berlaku. 1.5 PERANAN DAN TINDAKAN PIHAK BERWAJIB MENCARI PENYELESAIAN KE ATAS PERMASALAHAN MORAL YANG BERLAKU. Dalam zaman teknologi moden kini kita dibanjiri dengan kemudahan teknologi dan bangunan – bangunan pencakar langit yang melambangkan kemajuan sesebuah negara. Namun semua itu bukanlah suatu kebanggaan sekiranya masalah moral yang melanda masyarakat tidak dapat diatasi. Negara yang maju seharusnya seiring dengan nilai dan norma yang baik oleh masyarakatnya. Untuk itu semua pihak perlu memainkan peranan dalam mencari penyelesaian ke atas permasalahan moral yang berlaku kini. Jika sebelum ini kita sudah membicarakan peranan ibu bapa untuk membentuk moral anak –anak, namun permasalahan ini turut perlu digendong bersama oleh pihak – pihak berwajib agar berganding tenaga untuk menyelesaikan masalah moral masyarakat kita. Di antara pihak berwajib yang dimaksudkan adalah institusi - institusi pendidikan, Kementerian Pelajaran, jabatan agama Islam, pihak kerajaan seperti Kementerian Belia dan sukan dan sebagainya. 1. Institusi Pendidikan Sekolah sebagai institusi pendidikan perlu memainkan peranan yang amat besar selepas keluarga bagi membentuk moral anak – anak remaja. Secara formalnya anak – anak menghabiskan masa 11 tahun berada di bangku sekolah iaitu 6 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun di sekolah menengah. Oleh itu tidak keterlaluan jika di katakan sekolah adalah tempat kedua anak –anak membesar selain daripada rumah. Guru – guru juga boleh dikatakan sebagai ibu dan bapa kedua kepada pelajar – pelajar dalam membentuk perkembangan moral mereka. Dengan itu, proses sosialisasi pelajar-pelajar juga banyak berlaku di sekolah dan dikendalikan oleh pihak sekolah. Di sekolah terdapat peraturan – peraturan yang telah tetapkan dan pelajar – pelajar diwajibkan untuk mengikut dan mematuhi peraturan – peraturan tersebut seperti memakai
  • 11. 11 pakaian seragam sekolah dan datang ke sekolah sebelum jam 7.30 pagi. Dengan ini ia akan sedar bahawa alam persekolahan juga mempunyai peraturan - peraturan yang ketat yang memerlukannya berkelakuan baik. Pelajar – pelajar akan mempunyai kesedaran berkenaan perkara yang boleh dilakukan dan perkara yang tidak boleh dilakukan kerana dalam kehidupan mempunyai peraturan – peraturan yang harus di patuhi. Di harapkan dengan adanya pendidikan seperti itu dapat mengelakkan gangsterisme dan vandalisme yang melanda anak – anak muda kini. Di sekolah kanak-kanak bukan sahaja belajar kurikulum yang telah ditentukan oleh pihak kementerian pendidikan tetapi ia juga melalui kurikulum tersembunyi iaitu belajar menyesuaikan diri dalam suasana baru di sekolah seperti beratur mengikut giliran, mematuhi peraturan, bekerjasama dengan orang lain dan bersaing dalam aktiviti-aktiviti sekolah. Di sekolah guru- guru dan rakan sebaya menjadi orang-orang yang penting kepadanya anak – anak. Cara pentadbiran sekolah, persekitaran sekolah, personaliti dan pergaulan guru besar dan guru lain, termasuk kaki tangan sekolah, mempunyai pengaruh terhadap perkembangan moral kanak-kanak di sekolah. Sehubungan dengan itu, pendidikan di sekolah bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata, tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat. Misalnya, perkara-perkara yang berkaitan dengan moral seperti budi bahasa, sopan santun dan sifat hormat menghormati biasanya dipelajari disekolah. Dengan ini dapat membentuk masyarakat yang bermoral seperti menghormati hak orang lain seterusnya mengelakkan masalah moral yang berlaku kini seperti mencuri dan meragut. 2. Kementerian Pelajaran Malaysia Selain itu berdasarkan pendidikan formal pula, pelajar diajar kebudayaan kebangsaan seperti mempelajari lagu Negaraku, rupa bentuk bendera negara dan bahasa kebangsaan melalui matapelajaran muzik dan kajian tempatan. Bagi membentuk akhlak pelajar – pelajar Islam pula, matapelajaran Agama Islam diajar manakala bagi pelajar – pelajar bukan Islam akan diajar matapelajaran Pendidikan Moral. Pengenalan mata pelajaran Pendidikan Moral dan pemantapan Pendidikan Islam di sekolah diharapkan mampu membentuk akhlak yang mulia dan menanamkan kesedaran awal dalam kalangan generasi muda hari ini. Ini membuktikan Kementerian Pelajaran sangat menitik beratkan pembentukkan moral yang baik dikalangan pelajar – pelajar. Selain itu, Kementerian Pelajaran juga mementingkan perkembangan dan
  • 12. 12 perubahan tingkah laku pelajar-pelajar mengikut nilai, norma dan kehendak masyarakat masa kini. Oleh itu, pengenalan pendidikan seks di sekolah antara langkah penting yang dikira mampu mengatasi masalah seks rambang yang semakin menular di kalangan pelajar sekolah. Pendidikan ini bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar – pelajar bahaya dan akibat melakukan seks di kalangan mereka. Dengan ini diharapkan sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah seks bebas serta mengatasi masalah mengandung luar nikah seterusnya pembuangan bayi. 3. Kementerian Belia Dan Sukan Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan yang penting dalam menangani permasalahan remaja. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai autoriti dalam negara kerana mempunyai kuasa sumber kewangan dan boleh menjalankan pelbagai program kepada golongan remaja agar dapat mengisi masa dengan perkara yang berfaedah. Oleh itu, beberapa program untuk remaja perlu dirangka dan dilaksanakan secara berterusan agar nilai-nilai murni dapat diamalkan oleh golongan remaja. Kementerian Belia Dan Sukan melalui pelbagai program yang telah dan akan dijalankan berjaya memastikan golongan remaja atau dikenali sebagai belia terus maju selaras dengan keperluan semasa. Program Rakan Muda akan terus diperkukuh untuk memberi penekanan kepada kumpulan sasaran khususnya golongan belia yang berada di luar sistem pendidikan dan belia yang menganggur kerana mereka merupakan golongan yang mudah terpengaruh dalam gejala sosial. Selain daripada itu, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah satu program yang baik kepada remaja di Malaysia. Program ini telah dilaksanakan sejak 2003 di 76 buah kem latihan di seluruh negara. Program ini memakan masa selama 3 bulan merangkumi modul pembangunan fizikal dan mental, pembinaan sahsiah di samping menyemai semangat cintakan tanah air. Diharapkan dengan menyertai program seperti ini sedikit sebanyak dapat mengelakkan remaja daripada terus terjebak ke dalam permasalahan moral. 4. Pihak Polis Seterusnya pula kerajaan juga perlulah memperketatkan lagi undang – undang dalam menangani masalah sosial. Bagi remaja yang melanggar undang-undang negara, tindakan tegas hendaklah diambil oleh pihak kerajaan bagi membendung perlakuan negatif tersebut. Pihak berkuasa seperti polis perlulah selalu membuat rondaan di kawasan – kawasan yang sering menjadi tempat berlakunya gejala yang tidak sihat seperti sarang penagihan dadah, kawasan –
  • 13. 13 kawasan yang sering menjadi kes ragut serta merempit dan sebagainya. Begitu juga dengan pengedar dadah dan penagih dadah mereka ini sepatutnya dikenakan hukuman yang amat berat seperti gantung sampai mati. Kerajaan juga perlu mengenakan bayaran kompaun yang setimpal kepada sesiapa yang didapati melakukan sebarang aktiviti tidak bermoral seperti merosakkan harta benda awam dan melanggar undang - undang. Individu yang didapati bersalah melakukan perbuatan seperti ini bukan sahaja di kenakan bayaran kompaun tetapi perlulah dikenakan tindakan melakukan kerja-kerja kebajikan kepada masyarakat seperti menyapu sampah, membersihkan tandas awam dan taman-taman permainan. Ini adalah bertujuan memberi kesedaran di atas kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka serta sebagai pengajaran agar tidak mengulangi kesalahan yang sama. 5. Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Pihak kerajaan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia juga perlu memainkan peranan membanteras penjualan VCD dan DVD lucah dan tidak bermoral. Antara faktor yang sering di gembar - gemburkan berlakunya lambakan VCD lucah di pasaran ialah kerana wujudnya permintaan daripada orang ramai. Oleh yang demikian kerajaan haruslah berusaha membanteras penjualan VCD dan DVD lucah ini dapat membendung masalah sosial yang lebih berat lagi. Untuk itu kerajaan sepatutnya mengenakan tindakan undang – undang yang amat berat kepada penjual VCD dan DVD lucah ini. Pemilik VCD dan DVD lucah ini juga sepatutnya turut dikenakan tindakan undang – undang untuk memberi pengajaran kepada mereka yang suka menonton VCD dan DVD lucah ini. Diharapkan masalah gejala sosial ini akan dapat diatasi dengan penguatkuasaan undang-undang yang tegas oleh pihak berwajib. Pihak berkuasa perlu menegakkan undang-undang tanpa memilih bulu dan mengenakan hukuman yang berat terhadap pesalah, dengan cara kerap menjalankan operasi di kawasan yang menjadi sarang kegiatan tidak bermoral ini. Selain itu program dan rancangan yang disiarkan di televisyen juga perlulah dikawal agar tidak memaparkan siaran yang boleh mengundang masalah sosial. 6. Jabatan Agama Islam Selain daripada itu, Jabatan agama Islam mempunyai tanggung jawab yang amat berat bagi membendung masalah sosial ini. Tambahan pula sebahagian besar gejala sosial ini timbul
  • 14. 14 dari kalangan remaja yang beragama Islam. Di bawah Jabatan Agama Islam ini pelbagai program seperti ceramah, motivasi, pertandingan dan sebagainya perlu dilaksanakan dengan terancang dan menyeluruh agar dapat menarik minat golongan remaja untuk turut serta seterusnya dapat mengatasi masalah gejala sosial ini. Pengisian kempen yang relevan amat perlu dititikberatkan demi meningkatkan kesedaran semua pihak yang terlibat terutama ibu bapa dan golongan remaja tentang kesan-kesan negatif gejala sosial. Perancangan yang teliti perlu dibuat supaya kempen yang dijalankan berjaya mengatasi masalah ini dan bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Pihak kerajaan boleh menyebarkan idea tersebut melalui program – program stesen televisyen dan radio tempatan untuk menangani gejala ini. Contohnya program seperti imam muda, pertandingan musabaqah al – Quran, ceramah dan motivasi yang memberi keinsafan serta mengajak perlakuan yang positif dan sebagainya. Jabatan Agama Islam juga perlulah kerap melakukan rondaan di tempat – tempat yang sering berlakunya maksiat seperti kelab – kelab malam dan rumah – rumah tumpangan. Di harapkan dengan ini sedikit sebanyak dapat mengatasi masalah pelacuran dan penzinaan yang boleh mengundang kepada masalah yang lebih berat lagi seperti mengandung luar nikah dan pembuangan bayi. 1.6 RUMUSAN Kesimpulannya dapatlah kita fahami bahawa sosialisasi ialah proses belajar seseorang anggota masyarakat untuk mengenal dan menghayati norma-norma serta nilai-nilai masyarakat tempat ia menjadi anggota sehingga terjadi pembentukan sikap untuk membentuk keperibadian yang sesuai dengan masyarakatnya. Peranan atau tujuan sosialisasi boleh dirumuskan sebagai satu proses penyempurnaan hidup manusia mengikut norma masyarakatnya. Individu dalam masyarakat dengan budaya yang berbeza akan mengalami proses sosialisasi yang berbeza, kerana proses sosialisasi itu banyak ditentukan oleh susunan kebudayaan dan lingkungan sosial yang bersangkutan. Struktur budaya yang ada memang tidak semuanya akan diserap dan diterima oleh individu, tetapi setidaknya ada nilai -nilai tertentu yang menjadi pedoman dan dijadikan dasar untuk menentukan sikap atau perilaku dalam bertindak sehari – hari. Ini adalah kerana bagaimana personaliti seseorang itu terbentuk adalah bergantung kepada keluarganya, rakan sebayanya, sekolahnya dan unsur-unsur lain yang terdapat dalam alam sekitarnya.
  • 15. 15 Sosialisasi seseorang individu dipengaruhi oleh banyak faktor – faktor di sekelilingnya, namun faktor yang paling utama membentuk keperibadian seseorang individu adalah keluarga, kerana setiap sosialisasi individu bermula dari rumah. Sekiranya baik didikan agama dan asuhan ibu bapa maka baiklah keperibadian anak yang akan terbentuk. Walau bagaimanapun terdapat juga individu yang telah didik dan diasuh dengan baik oleh ibu dan bapa namun berkelakuan negatif kerana dipengaruhi oleh faktor lain yang membawanya bersikap demikian terutamanya faktor rakan sebaya yang menjadi punca masalah gejala sosial. Oleh yang demikian seseorang individu itu haruslah bijak menggunakan akal dan fikiran dalam memilih rakan. Ibu bapa juga perlulah sering memantau keadaan anak seperti dengan siapa anak berkawan, apa yang sering dilakukan oleh anak dan ke mana tempat yang sering anak lawati, seperti Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, “Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka kedua ibu bapanyalah (yang akan membentuk anak-anak itu) menjadi Yahudi, Nasrani atau pun Majusi”. - Riwayat Al-Bahari.
  • 16. 16 alisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit. Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana. Dalam tahun 1995 ,1,895 kes melibatkan Juvana. Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21.42 peratus), lain-lain kecurian 451 kes (23.80%), pecah rumah malam hari 324 kes (17.10%), curi dalam bangunan/orang gaji 277 kes (14.62%), mendatangkan kecederaan 154 kes (8.13%), pecah rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70 kes (3.70%) dan samun 58 kes (3.06%). Perangkaan-perangkaan yang menggerunkan ini menyerlahkan kepada kita betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda remaja di negara kita ketika ini. Ternyata bahawa pendidikan moral kita dengan enam belas nilai teras, pendidikan sivik, pendidikan Islam, pendidikan jarak jauh dan sebagainya; masih jauh untuk dapat menangani kemerosotan dalam bidang ini. Faktor-faktor tertentu seperti mencari kepuasan nafsu, ingin membebaskan diri dari kemiskinan,kongsi gelap, dadah, bertelingkah dengan ibu bapa , gagal dalam peperiksaan , bosan duduk di rumah, trauma akibat perbuatan seks dan sebagainya lebih berpengaruh dari asuhan institusi pendidikan yang sedia ada. Pertumbuhan emosi atau tekanan jiwa memainkan peranan yang penting untuk lebih terpengaruh dari pemikiran kerana perubahan fizikal memberi keperluan kekuatan diri.Perkembangan akhlak seseorang boleh di bahagi kepada tiga tahap. Peringkat pertama ialah, Anak-anak yang tidak memperolehi perhatian serta kasih sayang ibu dalam tahap ini perkembangan emosional dan fizikalnya mungkin akan terbantut. Anak tersebut kelihatan lebih kecil dari umurnya yang
  • 17. 17 sebenar. Dalam peringkat 18 bulan hingga 3 tahun kanak-kanak mula beralih daripada bersandarkan kepada ibu semata-mata. Kanak-kanak mula membentuk keperibadiannya tersendiri, di mana ia bertarung untuk memastikan pilihannya sendiri. Dalam peringkat ini ibu wajar memberikan penuh perhatian. Kegagalan kanak-kanak tersebut dalam merealisasikan kemandiriannya menyebabkannya ia akan berkurangnya keyakinan kepada orang lain. Anak- anak akan bersifat malu dan merasa serba kekurangan.terhadap dirinya dan kurang yakin dengan kemampuannya. Keupayaan anak-anak untuk mandiri serta merasakan kewujudan dirinya yang tersendiri cukup penting dalam peringkat ini. Dalam tahap inilah berkembangnya sifat-sifat personal seperti sayang, benci, ego serta kebebasan untuk mengungkap perasaan. Dalam peringkat umur 3 hingga 6 tahun kanak-kanak tersebut terus mengembangkan kemandirian dengan kegiatan yang lebih meluas; di mana mereka lebih aktif bergerak, mempunyai tahap prihatin yang lebih tinggi, banyak bertanya dan bercakap. Ibu bapa dan pengasuh wajar mengarahkan kanak-kanak dengan bijak agar mereka memperoleh kemahiran-kemahiran mengatur dan menyusun sesuatu sehingga kanak-kanak berjaya melaksanakannya. Layanan yang kasar serta kekerasan yang berlebihan boleh menjejaskan jiwa, mental dan fizikal kanak-kanak. Ibu bapa tidak wajar menganggap kanak-kanak pada peringkat ini seperti orang tua dalam erti kata meletakkan tanggungjawab moral dan akhlak terhadap perbuatan dan reaksinya kerana kanak-kanak masih belum mampu membezakan dengan tepat dan memahami sesuatu. Mereka hendaklah dikasihi, diperlakukan secara lemah lembut dan sikap toleransi. Rasulullah S.A.W. sendiri pernah menunjukkan sifat- sifat yang demikian. Abu Qatabah meriwayatkan pada suatu hari Nabi keluar menemui kami. Beliau mendokong Umamah Abu ‘Asr. Beliau bersembahyang sambil mendokong Umamah, apabila Baginda ruku’, beliau meletakkan dan apabila ia bangun ia dukung semula Umamah. Hadis ini membayangkan betapa kasihnya Rasulullah kepada cucunya.Beliau tidak memperlakukannya sebagai manusia yang mengerti segala-galanya.Beliau membenarkan anak tersebut bersamanya ketika sembahyang walhal sembahyang itu adalah ibadah yang s Antara punca lain ialah buli. Kes buli di sekolah telah meningkat kerana terdapat banyak faktor yang memberi perangsang buli. Buli terbahagi kepada dua, iaitu buli pada emosi serta mental seseorang individu. Ia memberi kesan yang buruk terhadap mangsa buli dan pembuli itu sendiri. Terjadinya kes ini kerana pelajar kurang mendapat kasih sayang yang sempurna oleh ibubapa
  • 18. 18 kerana suasana persekitarannya yang tidak selesa, kehidupan yang teralu bebas, terpengaruh rakan sebaya, ketidak sempurnaan ibu bapa menjaga mereka. Oleh itu,tindaka mereka diluar kawalan ini cuma ingin menunjukan perhatian yang lebih oleh kedua ibubapanya. ibubapa perlulah membimbing anaknya supaya berkelakuan baik terhadap orang lain. cara lain adalah ibubapa sepatutnya tidak terlalu manjakan anaknya kerana ia mungkin memijaknya kita balik. Islam adalah agama yang benar dan sempurna. Agama ini sangat suci dan memberi ketenangan jiwa dan rohani seseorang. Selain itu juga, ia banyak memberi jalan penyelesaian atau langkah seperti isu sebegini. Jika kita belajar lebih mendalam tentangnya kehidupan kita lebih bermakna, jiwa dan rohani kita insyallah akan bebas dan terhindar daripada melakukan perkara yang dilarang oleh islam. Oleh itu, kita wajib mengenal islam lebih mendalam jika kita inginkan kesempuranaan hidup dan diredhai allah s.w.t. di sini terdapat banyak langkah dan cara untuk mengelakkan kita melakukan kes seperti ini. Antara langkah penyelesaiannya ialah perbentukan keluarga MADANI. Keluarga madani adalah satu istilah yang mengajak ahli keluarga supaya menghayati kehidupan cara hidup islam dengan contoh perjuangan rasulullah dan para sahabatnya dalam menegakan islam. Konsep ini sangat tepat dan menyusun keluarga dan membina tamadun menurut islam. Selain itu, membangun keluarga madani bermaksud membangunkan aqidah,akhlak dan berdisplin tinggi, ukhuwah dan kasih sayang yang sempurna dan sebagainya sebagaimana dituntuti oleh agama islam. Selain itu juga, ikatan institusi kekeluargaan adalah melalui perkahwinan yang sah dimana kasih sayang akan terjalin diantara satu sama lain. Kasih sayang harus wujud pada setiap manusia untuk melahirkan zuriat manusia yang bahagia, .hormat – menghormati, tolong – menolong dan lain – lain.konsep ini penting pada setiap ahli keluarga demi mengeratkan hubungan ahli keluarga yang bahagia dari segi akhlak dan kasih sayang sebagainya. Sifat yang mulia seperti bertolak ansur, lemah lembut dan sebagainya adalah kunci untuk kebahagian rumah tangga, dan adalah bayang dari iradah allah yang mengkehendaki kebaikan kepada seseorang hambanya. Hadis rasulullah bersabda Orang yang mempunyai keberkatan hidup akan sentiasa sayang menyayangi sesama insan. Jika dia orang kaya dia adalah orang kaya disayangi jiran tetangga
  • 19. 19 sekalipun si jiran orang miskin kerana dia sering bersedekah dan membantu mereka, malah tidak sombong pula. Walaubagaimana pun, pergaulan dan kehidupan bersama secara baik yang diredhai allah adalah amat penting bagi setiap umat islam. Kelakuan seperti maksiat, kezaliman dapat dihindari kerana mengikut perkara yang diredhai allah s.w.t. pergaulan dalam rumah tangga perlulah tidak bertentangan dengan perkara yang dilarang oleh Nya, batas – batas pergaulan adalah amat penting bagi mengelakkan daripada berlaku perkara yang dilarang oleh islam. Zaman permodenan ini kita telah banyak mendengar berita buruk tentang kes pembuangan bayi dan sebagai nya. Ini adalah contoh bahawa konsep ini kurang digunakan dikalangan umat islam kini. Sehubungan itu allah ada menyebut bahawa pergaulan perlulah diredhainya kerana kesan buruk banyak berlaku sekiranya kita tidak patuh pada perintahnya. Seterusnya bapa khususnya perlulah membimbing ahli keluarganya pergi ke majlis ilmu seperti, ceramah, membaca al- quran dan sebaginya. Cara ini memberi banyak kesan yang baik kepada kita. Jika kita sering mendekatkan diri kepada allah insyallah kehidupan dan amalan kita akan diredhai allah. Mendalami ilmu agama ini penting untuk diri kita malah dapat menjauhkan kita daripada melakukan perkara yang bercanggah oleh islam. Jika kita sering mengamalkan perkara ini insyallah keluarga kita akan diberkati oleh allah s.w.t. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Ahli syurga itu ada tiga golongan iaitu orang yang memerintah yang bersifat adil dan dikurniakan taufiq, orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati lembut kepada setiap kaum karabat dan sesama Islam, orang yang tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada meminta-minta sedangkan ia mempunyai keluarga yang ramai Mempertangkaskan reformasi pendidikan hendaklah berteraskan sistem pendidikan yang bersepadu. Pendidikan perlu menerapkan banyak ilmuan islam di dalam pelajaran kerana dapat memberikan banyak pendidikan yang berguna kepada diri sendiri, bangsa dan tanah air. Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberi respon yang positif unutk mengadun sistem pendidikan islam dalam aliran pendidikan kebangsaan yang sedia ada dengan lebih mendalam. Cara ini juga dapat menyedarkan pelajar bahawa pentingnya pembelajaran agama islam. Ia
  • 20. 20 bukan sahaja meberi pendidikan kepada kita bahkan menghindarkan kita melakukan perkara yang dilarang oleh islam. Perkara negetif seperti maksiat, lumba haram, buli dan sebagainya dapat dikurangkan apabila anak – anak menghayati dan mematuhi segala peraturan di dalam islam. Bagi anak- anak yang bermasalah dan sukar didik perluhlah menghantar ke pusat kebajikan yang kini banyak terdapat di Malaysia ini. Cara ini membolehkan anak – anak kembali ke pangkal jalan daripada terbiar di merata tempat. Cara ini dapat menyedarkan bahawa kehidupan di dunia adalah sementara sahaja. Menyegarkan fungsi kepimpinan juga adalah salah satu faktor dimana kredibiliti kepimpinan dan peranan pemimpinan dalam membenteras gejala sosial dan keruntuhan akhlak. Kepimpinan tidak boleh dipisahkan daripada aspek moral. Tanpa kepimpinan moral akan hilang kewibawaannya. Dan ini mengakibatkan banyak kes keruntuhan akhlak berlaku. Oleh demikian pemimpin keluarga wajib meminpin ahli keluarganya berteraskan unsur – unsur agama islam. Para pemimpin ahli keluarga perlu memimpin ahlinya supaya kes – kes yang tidak diingini insyallah tidak berlaku. Seterusnya ibubapa perlulah menjadi model contoh kepada anak – anak supaya mereka tidak dipengaruhi oleh rakan sebaya. Perkara yang wajib ibubapa perlu lakukan ialah mengenali rakan – rakan anaknya dengan lebih rapat supaya ibubapa dapat mengawal anzk mereka dengan lebih mudah. Contohnya seperti sering mengajak kawan anaknya datang ke rumah dan sebagainya. Selain itu juga, media massa baik pun media cetak perlulah bertanggungjawab ke arah pembinaan masyarakat berakhlak. Mereka juga telah banyak menyiarkan keburukan mempengaruh rakan sebaya yang negetif. Penglibatan sektor swasta dan sektor Kerajaan juga kini telah banyak menyediakan program – program pembinaan keluarga bahagia. Dengan tindakan ini keruntuhan akhlak di kalangan masyarakat dapat di kurangkan di Negara ini. Selain itu, langkah lain bagi mengatasi masalah kerunuthan masyarakat adalah amanah dan tanggungjawab ahli keluarga. Pembinaan institusi kekeluargaan merupakan amanah dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin, ikhlas dan jujur. Keluarga
  • 21. 21 adalah amanat dari allah ke atas mereka dan hendaklah diperlihara amanah itu dengan sebaik mungkin. "Daripada Abdullah bin Umar berkata ia, aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Seorang lelaki adalah pemimpin dalam urusan keluarganya dan dia akan diminta bertanggungjawab dalam kepimpinannya. Dan seorang isteri adalah pemimpin dalam mengurus rumahtangga suaminya dan dia akan diminta bertanggungjawab dalam kepimpinannya". (Riwayat Al-Imam Al-Bukhar Ibubapa haruslah sentiasa berada di sisi anak kerana anak memerlukan kasih sayang yang secukupnya. Bagi mereka ibubapalah segala –galanya. Anak – anak akan memberontak dan akan berasa kurang kasih sayang sekiranya ibubapa sering sibuk dengan kerjanya. Kita sedia maklum bahawa kes seperti ini telah banyak berlaku di media massa mahupun media cetak. mereka akan kekurangan kasih sayang, tiada tempat mengadu dan sebagainya serta mereka terlalu bebas melakukan apa sahaja yang mereka inginkan. Ini akan menyebabkan banyak perkara negetif berlaku seperti buli, merempit, terlibat dalam pergaduhan dan lain – lain lagi. Pemantauan ibubapa adalah sangat penting untuk memastikkan anak mereka selamat dan terhindar daripada melakukan aktiviti seperti ini. Menurut Imam al-Ghazali, anak-anak adalah seperti sebutir batu permata yang belum digilap. Ibu bapalah yang akan mencanai dan menggilapnya sehingga menjadi berlian yang indah dan berkilauan. Jelasnya, ibu bapalah yang akan menentukan sama ada anak-anaknya `menjadi' atau tidak. Dalam proses mendidik anak-anak, Islam menekankan konsep kasih sayang, penghormatan dan ketegasan. Ini penting agar keperluan fitrah, potensi diri dan nilai-nilai mulia dapat dibangunkan dalam jiwa anak-anak. Kesimpulannya, setiap ahli keluarga perlu memainkan peranan yang penting untuk menjamin kebahagiaan di dunia dan akhirat. Secara keseluruhannya tugas ketua keluarga khususnya ibu dan bapa sangat berat jika mereka tahu ianya merupakan amanah untuk melahirkan insane dan seterusnya melansungkan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini. Secara tidak langsung segala ancaman yang boleh merosakkan aqidah, keruntuhan akhlak, pergaulan bebas di kalangan remaja, pernyalahgunaan dadah, perlakuan zina dan sebagainya dapat dielakkan.
  • 22. 22 Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak- geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak- anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak- anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip- prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak. Apabila anak-anak mendalami ajaran kitab berdasarkan agama masing-masing, mereka mendapat panduan hidup yang baik serta berusaha mengamalkan nilai-nilai murni kerana sedar bahawa kesudahan yang baik menanti diri mereka. Oleh sebab itu, ibu bapa perlu menerapkan didikan agama dalam hati anak-anak sejak mereka kecil lagi kerana melentur buluh biarlah
  • 23. 23 dari rebungnya. Tambahan pula pendidikan agama akan menjadi garis pandu kepada mereka agar membesar sebagai insan bijaksana dan beretika. Sehubungan dengan itu, ibu bapa perlu memantau aktiviti yang dijalankan oleh anak-anak terutamanya golongan remaja. Hal ini demikian kerana anak-anak pada usia ini mudah terpedaya sehingga terpengaruh untuk terlibat dalam gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah dan kumpulan mat rempit dan kaki lepak. Ibu bapa perlu memberikan perhatian terhadap pergaulan anak-anak. Anak-anak tidak harus bergaul rapat dengan pelajar bermasalah kerana dikhuatiri akan terpegaruh dengan sikap mereka. Sebaliknya, apabila pelajar berkawan dengan pelajar atau rakan yang beradab sopan, mereka akan menjadi orang yang bersahsiah mulia. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu memantau aktiviti harian serta pergaulan sosial anak-anak kerana sebagai insan yang kurang matang, kadang kala mereka mungkin tersalah langkah. Jadi, sebagai ibu bapa, kitalah yang paling wajar mendorong mereka kepada jalan kebaikan. Bagaimana personalitinya dibentuk adalah bergantung kepada keluarganya, rakan sebayanya, sekolahnya dan unsur-unsur lain yang terdapat dalam alam sekitarnya. Pada peringkat awal, kanak-kanak menghabiskan sebahagian besar masanya dengan keluarganya. Cara ibu bapa mengasuh anaknya adalah berbeza. Bagi ibu bapa yang garang dan autokratik, anak-anak membesar menjadi individu yang patuh, pasif, takut memberi pandangan dan kurang berinisiatif. Sebaliknya, ibu bapa yang bersifat laissez-faire atau terlalu berlembut dengan anak serta cepat melayani segala permintaan mereka akan mendapati bahawa anak-anak itu akan membesar menjadi individu yang kurang bertanggung jawab, terlalu bergantung kepada orang lain, kurang berikhtiar dan kurang menghormati orang-orang tua. Situasi di atas jelas menunjukkan amalan menipu. Kalaulah situasi seperti ini berlaku berulang kali, Nasir akan berpendapat bahawa dalam kehidupan sehari-hari kita, amalan menipu tidaklah salah. Saiz keluarga juga mempengaruhi sosialisasi seseorang individu. Pertuturan dan interaksi adik beradik akan menggalakkan individu itu bertutur dengan lebih cepat dan lebih luas perbendaharaan katanya. Anak-anak dalam keluarganya yang besar mempunyai tugasan masing-masing manakala anak tunggal atau anak keluarga kecil lebih dimanjakan. Nilai- nilai serta sikap yang dihargai oleh adik beradik juga akan mempengaruhi seseorang individu itu Contohnya kanak – kanak yang dibesarkan dengan mengamalkan budaya seperti tunduk apabila jalan melintasi hadapan orang tua akan membentuk keperibadian kanak – kanak tersebut akan menghormati orang yang lebih tua. Maka tidak timbullah masalah anak melawan cakap ibu bapa malah ada yang sampai sanggup membunuh ibu bapa sendiri. Walaupun kanak-kanak diajar secara langsung (delibrate) cara-cara tingkah laku, sikap-sikap dan nilai-nilai yang baik di rumah dan di sekolah, tingkah laku, sikap dan nilai kumpulan dalam masyarakat yang lain secara tidak langsung juga akan dipelajari oleh kanak-kanak hasil daripada tingkah laku-tingkah laku atau perbuatan-perbuatan orang-orang dewasa di sekitarnya. Ramai ahli sosiologi berpendapat
  • 24. 24 bahawa kita tidak dilahirkan sebagai manusia, tetapi kita menjadi manusia melalui proses interaksi sosial atau sosialisasi. Sosialisasi mengubah organisme bilogikal kepada insan sosial. Melalui sosialisasilah seseorang belajar isi kandung kebudayaannya. Melalui sosialisasilah kebudayaan manusia dapat dipindahkan daripada satu generasikepada generasi yang lain. Antara caranya ialah mencurahkan kasih sayang kepada anak sejak mereka kecil lagi. Ibu bapa perlu mengambil berat dan mencurahkan kasih sayang terhadap anak-anak. Sebagai contoh, ibu bapa patut meluangkan masa bersama-sama anak-anak untuk memahami serta mengambil berat tentang kehidupan mereka khususnya pelajaran mereka, hobi serta pergaulan mereka dengan rakan-rakan. Selain itu, ibu bapa patut menjaga anak masing- masing bagai menatang minyak yang penuh. Misalnya, bercerita kepada anak-anak yang masih kecil sebelum mereka tidur serta bergembira sesama anak-anak semasa sambutan hari jadi mereka atau semasa mereka memperoleh kejayaan. Lantaran itu, anak-anak akan membesar dan menjadi manusia yang beradab sopan, ceria serta berkeyakinan diri. Mereka tidak akan melibatkan diri dengan masalah sosial kerana sedar bahawa perbuatan tersebut akan menyakiti hati ibu bapa. Sebaliknya, mereka menjadi orang yang mempunyai sahsiah yang baik, yakni, menghormati ibu bapa, bersopan santun, dan mendengar nasihat ibu bapa. Jadi, ibu bapa yang mengamalkan pelbagai tabiat buruk seperti merokok, berjudi, berbohong, mencuri dan mengutuk rakan sekerja patut menghentikan tabiat buruk tersebut. Hal ini demikian kerana ke mana tumpahnya kuah, jika tidak ke nasi. Anak- anak akan meniru perbuatan ibu bapa mereka. Sememangnya, ibu bapa tidak berhak mendisiplinkan anak yang merokok dan mewarnakan rambut sedangkan diri sendiri juga berbuat demikian. Anak-anak juga tidak akan mempercayai serta menghormati ibu bapa seperti yang dinyatakan di atas. Justeru, ibu bapa harus menjadi contoh yang baik kepada anak-anak supaya mereka dapat membesar menjadi manusia berguna dan mengamalkan nilai-nilai murni yang ditunjukkan oleh ibu bapa. Kesimpulannya, ibu bapa perlu memainkan peranan dalam membesarkan anak menjadi seorang yang bermoral dan bersahsiah mulia. Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya. Jadikan sabda Iman Al-Ghazali sebagai iktibar , iaitu mendidik anak-anak umpama menanam biji benih. Ianya mesti dibajai, disirami dan dimanja dengan penuh kasih sayang, agar membesar dengan subur dan mengeluarkan hasil. Begitu juga dengan pendidikan anak-anak. Mereka perlu dibelai dengan penuh kasih sayang tetapi akan ditegur jika membuat kesilapan. Peribahasa Melayu menjelaskan, sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Semoga didikan ibu bapa yang mantap akan melahirkan anak-anak yang keperibadian terpuji,
  • 25. 25 bersahsiah dan dapat membantu negara untuk merealisasikan Wawasan 2020 dan Gagasan Satu Malaysia. Professor Madya Dr. Ammar Fadzil – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Islam menerusi al-Qur’an dan Sunnah merupakan agama yang bersifat universal dan komprehensif. Ia bukan sahaja meliputi aqidah, shariah dan akhlak tetapi juga meliputi pendidikan keluarga dan anak-anak. Ibubapa mempunyai kedudukan yang tinggi pada pandangan masyarakat dan agama. Fungsi ibubapa dalam membentuk anak-anak sukar dicari ganti. Melalui mereka anak-anak mengenal kasih sayang, nilai-nilai kehidupan dan erti kasih sayang. Islam sendiri menuntut supaya ibubapa diberikan kedudukan yang tinggi dalam institusi keluarga dan masyarakat. Arahan berterimakasih diletakkan pada tempat yang pertama selepas ibadah kepada Tuhan kerana perngorbanan insaniah yang tidak berbelah bagi begitu juga keutamaan memberikan bantuan didahulukan ibubapa di atas yang lain. Ibubapa merupakan salah satu elemen tanpanya tidak wujud apa yang dipanggil masyarakat atau komuniti manusia. Ia berterusan membekalkan generasi baru kepada masyarakat. Mereka memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan masyarakat dan tamadun manusia masa hadapan. Baik dan buruk tamadun yang dilahirkan adalah ditentukan oleh ibubapa selain dari faktor-faktor utama seperti suasana dan sistem pemerintahan. Perubahan dan permasalahan yang sentiasa berlaku dewasa ini menghasilkan cabaran yang getir kepada ibubapa dalam memastikan peranan mereka sebagai pembentuk tamadun manusia dapat ditunaikan dengan sempurna. Kertas ini tidak dapat mengupas dan menjawab segala persoalan yang terbuku namun diharapkan dapat memberikan input yang berguna kepada konvensyen yang diadakan pada hari ini. Mengikut Islam peranan ibubapa amat besar. Merekalah yang bertanggungjawab ke atas masa hadapan anak-anak. Peranan mereka sebagai pembina utama dan pertama anak-anak sukar dicari penggalang ganti. Mereka bertanggungjawab memperkenalkan kepada anak-anak nilai kasih sayang, erti kehidupan dan keperluan kepada pengorbanan dalam menunaikan tanggungjawab. Dalam sebuah hadis disebut “Setiap anak dilahirkan di atas fitrah, maka kedua ibubapanya yang menjadikannya Yahudi, atau Nasrani atau Majusi” Fitrah di sni bermaksud Islam oleh itu setiap anak-anak dilahirkan sebagai seorang Muslim maka ibubapanya yang bertanggungjawab memberikan ajaran agama yang sempurna supaya anak tersebut kekal di atas fitrah Islamnya dan memastikan anak tersebut tidak dipengaruhi oleh suasana persekitaran yang akan merosak dan menjejaskan fitrah kejadiannya. “Sesungguhnya bagi jasad kamu ke atas kamu ada hak dan sesungguhnya bagi anak kamu ke atas kamu ada hak” (Riwayat Muslim) Ibubapa bukan sahaja berfungsi sebagai ejen penambah zuriat manusia dan memperbanyakkan umat Islam dalam konteks agama Islam, mereka bukan sahaja menginginkan zuriat yang mewarisi perjalanan hidup mereka dan melahirkan anak soleh malah lebih daripada itu mereka berfungsi sebagai center pusat yang melahirkan generasi atau jil yang meneruskan kecemerlangan umat Islam sebagai ummattan wasatan ummat terbaik ummat contoh kepada
  • 26. 26 seluruh manusia surah al-Baqarah ayat 143 “dan demikianlah Kami jadikan kamu ummat pertengahan…” Tujuan pertama dan kedua lebih bersifat kepentingan individu tetapi tujuan ketiga bersifat universal dan lebih berkemasyarakatan. Kesemua ibubapa secara naturalnya menginginkan anak-anak yang soleh “..Jika sekiranya engkau memberi kami anak yang soleh tentulah kami akan selalu bersyukur” (al-A`raf ayat 189) dan di dalam hadis riwayat Muslim “apabila mati anak Adam terputus darinya melainkan tiga perkara anak soleh, ilmu bermanfaat dan sadaqah jariah” Di dalam surah al-Furqan ayat 74 “Ya Tuhan kami anugerahkan keapda kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa” manakala surah Maryam ayat 6 “yang akan mewarisi aku…” Al-Qur’an seterusnya dengan tegas mengingatkan ibubapa akan tugas mereka yang amat penting seperti yang disebut dalam surah al-Tahrim ayat 6 “Wahai orang-orang yang beriman perliharalah diri-diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka” dan di dalam surah al-Anfal ayat 28 ibubapa juga diingatkan supaya berwaspada dengan keluarga dengan firmannya “Sesungguhnya harta-harta kamu dan anak-anak kamu adalah ujian” ujian yang menguji ibubapa adakah mereka menunaikan tanggungjawab dan memberikan kepada anak-anak hak mereka yang sepatutnya. Oleh itu ibubapa mestilah menyedari dan memahami kepentingan tiga perkara ini; penyambung zuriat, anak soleh dan generasi ummatan wasatan dan menganggapnya sebagai satu tugas dan amanah yang dipikulkan ke atas mereka oleh agama mereka. Mereka mesti menganggap ianya sebagai satu amanah besar yang mesti dipikul dan ditunaikan serta tidak boleh dipertanggunggjawabkan kepada pihak lain. Jikalau kita hendak menjangkau kepada peranan yang lebih luas iaitulah memastikan bahawa anak-anak tersebut mampu menyambung kesinambungan tamadun ummat manusia. Tetapi apakah syarat-syarat kesinambungan tersebut? Malik Bennabi seorang pemikir Islam terkenal berbangsa Algeria menyatakan dalam bukunya Mushkilat al-Hadarah Shurut al-Nahdah (Permasalahan Tamadun Asas-asas Kebangkitan)[1] bahawa tamadun mempunyai tiga unsur utama: manusia, tanah[2] yang diduduki dan masa yang dimiliki oleh manusia.[3] Manusia menurutnya berhadapan dengan berbagai masalah yang berbeza antara satu dengan lain. Ia berkait rapat dengan individu dan organisasi masyarakat. Individu mempunyai tiga peranan utama yang bakal mencipta tamadun dan sejarah masa hadapan: halatuju, budaya dan harta.[4] Halatuju mestilah jelas dan menampakkan kesatuan fikiran dan tujuan, budaya mestilah mampu menggabungkan elemen masa lampau dan masa hadapan meninggalkan yang negatif dan mengambil yang positif yang semestinya berpaksi dan bersumberkan wahyu. Budaya dalam erti yang luas ialah himpunan sifat-sifat akhlak dan nilai kemasyarakatan yang diterima oleh individu seawal kelahirannya di alam nyata.[5] Teori Malik Bennabi ini memperlihatkan kepada kita betapa besarnya tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap individu masyarakat dan tidak terkecuali mereka yang dipanggil ibu bapa. Kepentingan menitik beratkan pembangunan anak-anak merupakan amalan yang dipelopori oleh ulama-ulama Islam sejak zaman silam berasaskan ajaran Islam bersumberkan Qur’an dan Sunnah. `Uqbah bin Abi Sufyan ketika menghantar anaknya kepada seorang guru berpesan
  • 27. 27 beliau kepada guru tersebut dengan kata-katanya : “Hendaklah perkara pertama ketika engkau memperbaiki anakku ialah memperbaiki dirimu, sebab matanya akan menurut matamu, yang baik pada mereka ialah apa yang engkau pandang baik, yang buruk di sisi mereka ialah apa yang engkau pandang buruk, ajarkan mereka jalan kehidupan orang bijak pandai, tunjukkan akhlaq orang-orang mulia, engkau boleh mengancam dia dengan diriku, pereloklah perilakunya tanpaku, jadilah seperti seorang doktor yang tidak memberikan ubat sebelum mengetahui penyakitnya, janganh engkau sampai cuai kerana kekurangan yang ada padaku sebab aku telah menyerahkan dia atas kesempurnaan yang ada padamu.” Pada zaman khalifah Abbasiah al-Mansur, beliau telah menghantar seorang utusan ke penjara bertanyakan banduan-banduan penjara apakah yang kamu rasa berat dari apa yang kamu rasakan sekarang. Jawapan yang diterima ialah : tiada apa pun yang kami rasakan amat pedih selain daripada kami terhalang untuk mendidik anak-anak kami.” Bagaimana personalitinya dibentuk adalah bergantung kepada keluarganya, rakan sebayanya, sekolahnya dan unsur-unsur lain yang terdapat dalam alam sekitarnya. Pada peringkat awal, kanak-kanak menghabiskan sebahagian besar masanya dengan keluarganya.