SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
CONTOH-CONTOH SOALAN 
1. Encik Azmi telah idlnatik sebagai Penolong Pegawai Tadbir Gred N27. Semasa 
dilantik, beliau dikenakan syarat tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun. 
Setelah genap 3 tahun berkhidmat, beliaui masih belum disahkan dalam 
perkhidmatan kerana masih gagal peperiksaan perkhidmatan yang 
disyaratkan. 
(a) Nyatakan tindakan awal yang perlu diambil oleh ketua Jabatan Encik Azmi 
sekiranya bealiu hendak memperakukan En.Azmi dilanjutkan tempoh 
percubaanya. (8m) 
(b) Pihak manakah yang boleh meluluskan permohonan melanjutkan tempoh 
percubaan tersebut? (2m) 
(c) Apakah implikasi kepada perkhidmatan En.Azmi sekiranya tempoh 
percubaan beliau dilanjutkan dengan berdenda? (5m) 
Jawapan: 
(a) Ketua Jabatan hendaklah dengan segera memperakukan permohonan pelanjutan 
tempoh percubaan En.Azmi yang dibuat megikut subperaturan (2) kepada 
Suruhanjaya. Bagi maksud subperaturan (3), Ketua Jabatan hendaklah 
mengemukan permohonan itu dalam boring yang dinyatakan dalam Jadual Keepamt 
menyatakan butir-butir seperti berikut: 
- Sebab pegawai itutidak disahkan 
- Syor Ketua Jabatan sama ada pelanjutan tempoh percubaan patut diberi 
atau tidak,dan jika patut diberi sama ada dengan denda atau tanpa 
denda. 
- Maklumat perkhidmatan pegawai yang dikenaskinikan dan 
- Senarai pepriksaan,jika ada, yang telah diduduki oleh pegawai itu, tarikh 
dan keputudsan peperiksaan itu. (8m) 
(b) Pihak yang meluluskan permohonan pelanjutan tempoh percubaan ini ialah 
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) (2m) 
(c) Implikasi kepada perkhidmatan Encik Azmi ialah: 
- Hilang kekanannya bagi suatu tempoh yang sama dengan tempoh 
pelanjutan itu 
- Tidak layak mendapat apa-apa pergerakan gaji tahunan semasa tempoh 
pelanjutan pecubaannya dengan denda 
- Diubah tarikh pergerkan gajinya megikut tarikh pengesahan 
berkuatkuasa. (5m)
2. Antara langkah yang boleh diambil oleh Jabatan dalam usaha memelihara rekod-reod 
krajaan semasa dalam jagaan mereka dari sebarang kerosakan ialah dengan 
mendapatkan nasihat tentang pemeliharaan rekod Arkib Negara. 
(a) Nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan ‘rekod kerajaan’? (5m) 
(b) Selain daripada mendapatkan nasihat Jabatan Arkib Negara, nyatakan lima (5) 
usaha lain yang boleh dilakukan oleh jabatan untuk memelihara di dalam jagaan 
mereka? (10m) 
Jawapan: 
(a) Rekod kerajaan ialah segala jenis surat, dikumen,rekod,daftar, bahan 
bercetak,buku,peta,pelan,lukisan,gambar,mikrofon,filem,wayang,gambar dan 
rakaman suara yang diterima atau dikeluarkan oleh mana-mana jabatan kerajaan 
dalam apa-bentuk jua sekalipun untuk tujuan menjalankan dan menunaikan urusan 
rasmi mereka. (5m) 
(b) Usaha-usaha memelihara rekod jabatan 
(i) Bilik simpanan sesuai 
- Jabatan-jabatan hendaklah menentukan bahawa rekod-rekod hendaklah 
disimpan dalam bilik sesuai yang tidak lembab,bocor atapnya atau 
berlubang dindingnya. Bilik simpanan rekod mestilah terhindar dari tikus 
dan serangga termasuk anai-anai. Untuk menjaga dari kelembapan, bilik 
simpanan memerlukan pusingan udara seperti pemasangan kipas angin. 
Di mana bangunan-bangunan di hawa dinginkan, maka bilik-bilik rekod 
hendaklah juga dihawadinginkan. 
(ii) Rekod patut disimpan atas rak-rak 
-jangan letak di atasa lantai. Sebaiknya guna rak-rak besi yang beri ruang 
sebanyak 6 inci di antara lantai dan rak pertama. Mudahkan pusingan udara 
dan pembersihan. Sekiranya rak-rak kayu digunakan, perlu diawasi dari anai-anai 
atau bubuk dengan menyembur diedrin terlebih dahulu kepada rak-rak 
kayu. 
(iii) Mengeringkan rekod. 
-jika rekod basah, anginkan supaya kering. Jangan dijemur 
-yang lapuk hendaklah dibersihkan 
-beranai atau semut dikeluarkan serannga tersebut.
(iv) Rekod koyak perlu dibaiki 
-yang koyak ditampal dengan kertas lain (guna pelekat tepung ubi kayu) 
-gam cair atau tape cellulose tidak elok digunkan (rosakkan/ cacatkan) 
-yg tanggal dari fail disemat semula dgn segera. 
(v) Bilik rekod dijaga / dibersihkan 
-jgn guna tempat makan minum / merokok / simpan bahan2 lain spt asid,cat, 
Dakwat,minyak 
-dibersihkan selalu/guna pencuci hampagas digunakan elak habuk terkumpul. 
3. (a) Nyatakan dua prinsip asas dalam Sistem Belanjawan diubahsuai (5m) 
(b) Apakah matlamat yang hendak dicapai dengan terlaksananya system ini. 
(10m) 
Jawapan: 
(a) Dua prinsip asas yang digunakan dalam Belanjawan Diubahsuai 
i) Kuasa membuat keputusan diberi seberapa praktikal yang boleh 
kepada peringkat bawahan. 
ii) Kuasa yang diberi mesti bersesuain dengan prinsip akauntabiliti 
(15m) 
Matlamat dapat dicapai melalui system ini 
i) Agensi tidak perlu lagi mengawas secara terperinci perbelanjaan 
agensi pelaksana dengan ketat. Sebaliknya mereka boleh memberi tumpuan 
kepada perancangan dan pengukuran agensi pelaksana. 
ii) Agensi pelaksan diberikuasa yang lebih luas untuk mengurus program dan 
aktiviti mereka. Agensi pelaksana yang mengenal leibh awal masalah 
pelaksanaan yang mungkin timbul dan tindakn sewajarnya untuk diambil. 
Oleh itu, kelewatan melaksanakn sesuatu program / aktiviti dapat dielakkan. 
iii) Agensi pelaksana mempunyai kebebasan unutk mengambil tindakan sesuai 
dan segera bagi melaksanakan program / aktiviti mereka. Ini adalah 
berasaskan kepada konsep ‘let manager manage’ yang member kuasa yang 
lebih luas kepada pengurusan peringkat bawahan yang melaksanakan 
program/projek untuk membuat keputusan berkaitan dengan program/projek 
mereka. 
iv) Kelonggaran kawalan terperinci ke atas perbelanjaan yang diberikan oleh 
agensi pusat kepada agensi pelaksana diturunkan sejauh mana yang boleh 
kepada pengurusan peringkat bawahan. Ini membolehkan pengurusan 
peringkat bawahan mempunyai lebih fleksibiliti untuk melaksanakan tugasa 
mereka. (10m) 
4. (a) Dalam peraturan kewangan kerajaan, setiap wang yang diterima oleh kerajaan 
hendaklah dikeluarkan resit. Resit itu pula hendaklah disediakan oleh pegawai yang 
menerima wang. Dalam keadaan manakah peraturan ini boleh dikecualikan. (10m)
(b) Encik Shah adalah seorang pemungut hasil. Pada suatu hari salah seorang 
Pembantu Tadbir (P/O) di jabatannya telah melaporkan kepada bahawa beliau 
telah tersalah tulis tiga helai borang resit dan akibatnya ketiga-tiga borang resit 
berkenaan telah menjadi rosak. Apakah nasihat yang perlu diberikan oleh Encik 
Shah kepada Pembantu Tadbirnya mengenai perkara ini. (5m) 
Jawapan 
a) i) Satu skim bermesin yang diluluskan bagi mengeluarkan resit adalah 
digunakan. 
jj) Satu bayaran tetap ada tercatat pada resit dan jumlah terimaan 
iii) Pungutan seorang diri terpaksa dibuat ketika pungutan di luar 
Ibu Pejabat dan segala catatan pungutan di dalam Buku Tunai 
hendaklah dibuat sebaik sahaja tiba di pejabat. 
iv) Bagi perkara-perkara lain yang dibenarkan oleh Akauntan Negara / 
Akauntan Negeri. 
. 
b) Resit baru mestilah dikeluarkan dan resit yang tersalah tulis itu perlulah 
dibatalkan dan disimpan berserta salinannya untuk tujuan diaudit. 
6. Pendekatan-pendekatan berikut boleh meningkatkan keberkesanan kepimpinan 
dalam sesebuah organisasi. Huraikan tiga (3) daripada pendekatan di bawah. 
a) Latihan kepimpinan. 
b) Penerapan nilai-nilai murni kepimpinan. 
c) Perubahan sikap dan nilai. 
d) Pengalaman dan pusingan kerja. 
(15 mrkh ) 
Jawapan 
a) Latihan Kepimpinan. 
Setiap individu yang baru menganggotai sesebuah jabatan perlu diberi kursus orientasi 
supaya mereka memahami akan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Latihan 
kerohanian perlu diberi penekanan dan diadakan dari semasa ke semasa. 
b) Penerapan nilai-nilai murni kepimpinan 
Ini boleh dilaksanakan dengan menerapkan nilai-nilai islam di dalam pentadbiran. 
Memberi kesedaran kepada individu tentang pandangan islam terhadap kepimpinan 
akan member kesan kepada diri individu itu sendiri. 
c) Perubahan sikap dan nilai 
Ini boleh dilakukan melalui latihan kederiaan (sensitivity training) dimana seseorang itu 
diberi peluang untuk mengenal diri sendiri dan member peluang kepada orang lain 
untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dirinya sebagai pimimpim.
d) Pengalaman dan pusingan kerja 
Tiap-tiap individu dalam jabatan hendaklah diberi peluang yang meluas untuk menjawat 
jawatan yang tanggungjawabnya mencabar. Ini boleh dilakukan dengan system 
pusingan kerja dan penglibatan mereka dalam Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja 
(KMK). (15 mrkh) 
7. Huraikan lima (5) nilai-nilai- peribadi asas dalam perkhidmatan awam dalam 
menjalankan tugas sehariannya. (15m) 
Jawapan: 
(i) Amanah – Amanah bermaksud sesuatu yang diberi kepercayaan kepada orang lain 
untuk melaksanakannya. Orang yang tidak amanah dianggap telah melakukan satu 
pengkhianatan dan juga penipuan. Nilai amanah perlu ada pada setiap anggota awam 
kerana tugas mereka adalah mengurus dan menjaga kepentingan serta harta benda awam. 
(ii) Bertanggungjawab – Tanggungjawab bermaksud sesuatu kerja,tugas,janji, dan lain-lain 
yang mesti dilaksanakan. Seseorang penjwat awam yang telah diberi tanggungjawab 
untuk menjalankan sesuatu tugas bermakna beliau telah diamanahkan melaksanakan tugas 
tersebut. Oleh itu, ia memepunyai rasa tanggungjawab terhadap dirinya dan kepada Tuhan. 
Ia dikehendaki melaksanakan tugasnnya sebagai pemegang amanah Negara dan rakyat 
tugasnnya dengan cemerlang dan memberikan hasil yang maksimum. Semua anggota 
perkhidmatan awam daripada peringkat bawahan hingga peringkat tertinggi mestilah sikap 
mempunyai sikap tanggungjawab. Kejayaan mereka memikul tanggungjawab akan 
membawa kejayaan kepada perkhidmatan awam. Sebaliknya, mereka yang gagal 
melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti 
ayng ternaktub dalam Peraturan-peraturan Pegawai Awam (K&TT) 1993. 
(iii) Ikhlas – Ikhlas bermaksud hati yang bersih,jujur dan suci. Jika seseorang itu ikhlas 
dalam kerjanya akan melaksanakan tugas tersebut dengan sempurna dan menghasilkan 
output yang memuaskan secara berterusan. Tanpa sifat ikhlas,seseorang itu akan sentiasa 
merungut,menyalahkan orang lain, menunjuk-nunjuk dan gagal melaksanakan tugasnya 
dengan baik. Seseorang yang tidak ikhlas tidak dapt melaksanakan tugas yang cemerlang 
secara berterusan. 
(iv) Berdedikasi - Berdedikasi bermaksud pembaktian seseorang bagi melaksanakan 
tugas dengan sempurna. Sikap berdedikasi sangat perlu dimiliki oleh semua anggota 
perkhidmatan awam. Seseorang yang mempunyai sifat berdedikasi akan melaksanakan 
kerja tanpa mengharapkan sebarang tambahan upahan,ganjaran dan juga pujian. Setiap 
tugas akan dilaksanakn denagan cepat,berkesan dan berkualiti. Seseorang yang 
mempunyai sifat berdedikasi juga akan sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri dan 
bersedia menerima nasihat.teguran dan tunjuk ajar. 
(v) Berdisiplin – Berdisiplin bermaksud patuh kepada peraturan-peraturan dan undang-undang. 
Pekerja yang berdisiplin adalah mereka yang mematuhi peraturan, arahan dan 
undang-undang. Mereka juga sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama dan sentiasa 
menjaga imej dan maruah diri dan jabatannya. 
(vi) Bersih – Bersih bermaksud kebersihan dari aspek fizikal dan kebersihan moral. 
Kebersihan dari segi tempat tinggal akan mewujudkan kesihatan yang baik dan terhindar 
daripada penyakit. Kebersihan daripada aspek rohani akan menghindarkan seseorang itu 
daripda perasaan dengki,khianat,tamak haloba, dan sifat-sifat lain yang buruk.
(vii) Tekun – Tekun bermaksud bersungguh-sungguh melaksanakan sesuatu tugas. 
Seseorang yang tekun akan dapat menyiapkan tugasnya mengikut jadual yang telah 
ditetapkan. Pekerja yang tekun akan mengutamakan kepentingan tugas daripada 
kepentingan peribadi, sanggup berkorban masa dan tenaga untuk perkhidmatan dan 
sentiasa meningkatkan mutu kecekapan dan produktiviti. 
(viii) Sederhana - Kesederhanaan adalh sikap yang menentang akan sikap keterlalauan 
sama ada keterlaluan dalam menetapkan sesuatu peraturan perbelanjaan atau dari segi 
kelakuan seperti percakapan, pakaian, tindakan dan tingkah laku. 
8. Dasar Pembangunan Nasional bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan di 
Negara ini. Jelaskan lima (5) aktiviti yang telah dijalankan oleh kerajaan ke arah 
mencapai matlamat di atas. (15m) 
Jawapan: 
i) Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat menganggur. 
ii) Menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan 
iii) Memberi peluang kepada orang yang bekerja di sector rendah daya 
pengeluarannya berpindah kepada sector yang lebih lumayan. 
iv) Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum, antara yang di 
kawasan Bandar dan luar Bandar dan antara wilayah. 
v) Memodenkan kehidupan di luar bandar. 
vi) Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputra. 
vii) Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di 
Malaysia. 
viii) Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, 
kemudahan infrastruktur dan lain-lain. 
9. Proses kerja yang terdapat di dalam Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja ialah rangkaian 
tindakan yang perlu diambil secara berturutan mengikut peraturan yang ditetapkan bagi 
melaksanakan sesuatu aktiviti. Jelaskan kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi 
daripadanya. 
Jawapan: 
Kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi daripada proses kerja yang terdapat di dalam 
MPK dan FM ialah; 
i) Mengelakkan kesilapan operasi dan perundangan ketika menjalankan tugas. 
ii) Memperlihatkan tindakan-tindakan lengkap yang perlu diambil semasa 
menjalankan tugas. 
iii) Membantu kerja penyiliaan. 
iv) Memudahkan semakan dan pindahan ke atas proses kerja apabila 
mengemaskini diperlukan.
v) Mengurangkan arahan biasa yang berulang-ulang. 
vi) Memendekkan masa latihan kepada pekerja-pekerja baru. 
vii) Mengekalkan tahap kecekapan dan keberkesanan kerja seseorang pegawai. 
viii) Memudah dan melicinkan urusan harian pejabat. 
ix) Menjamin pencapaian kualiti kerja melalui standard kerja yang telah ditetapkan. 
11. Encik Alif seorang Pembantu Tadbir (P/O) yang bertanggungjawab terhadap surat 
menyurat di jabatannya. Setiap hari beliau menerima beberapa pucuk surat rasmi yang 
dihantar oleh jabatan-jabatan lain. 
(a) Nyatakan peraturan bagi merekodkan surat rasmi di atas kertas minit. 
(b) Apakah tindakan perlu terhadap surat yang fail tidak dapat dikesan? 
(c) Apakah tindakan diambil jika surat yang diterima untuk perhatian salah seorang 
pegawai? 
Jawapan: 
(a) Surat yang diterima hendaklah direkodkan di atas kertas minit dengan tulisan merah 
dengan menuliskan nombor rujukan surat dan tarikhnya beserta tarikh surat itu 
dikandungkan. 
(b) Bagi surat yang failnya tidak dapat dikesan, Encik Alif hendaklah meminta Bahagian 
Pendaftaran Fail supaya membuka sampul kecil sebagai langkah sementara. Ia 
hendaklah memasukkan surat rasmi itu ke dalam sampul kecil untuk tindakan 
setelah surat rasmi itu dibuka dan dicop tarikh penerimaan. 
(c) Surat untuk perhatian pegawai di jabatannya, surat tersebut hendaklah dihantar 
terus kepada pegawai berkenaan tanpa dibuka. 
12. Nyatakan amalan-amalan yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah Agensi kerajaan bagi 
melaksanakan Etika Perkhidmatan Awam. 
Amalan- amalan yang boleh dilaksanakan: 
i) Pemberian pengharapan. 
ii) Mengadakan dialog serta perbincangan untuk menerangkan cara pelaksana 
Etika Perkhidmatan Awam. 
iii) Menubuhkan jawatankuasa kelab sukan kebajikan dan social. 
iv) Mengeluarkan berita jabatan. 
v) Mengadakan majlis jamuan minum teh dan sebagainya. 
vi) Menganjurkan majlis syarahan / ceramah agama. 
vii) Memberi kakitangan kursus /latihan.
viii) Mengadakan pertandingan pejabat terbersih. 
ix) Mengadakan lawatan mengejut untuk menaksir perjalanan kerja-kerja pejabat. 
x) Menyediakan manual kerja. 
xi) Penyadiakan buku panduan. 
xii) Mewujudkan prerpustakaan jabatan. 
13.(a) Encik Ezwan seorang Penolong Pengarah telah diperuntukan sebuah bilik khas. 
Beliau sedang mengambil tindakan terhadap sepucuk surat “Sulit”. Semasa beliau 
meninggalkan biliknya kerana berbincang dengan pegawai atasannya, beliau mendapati 
surat “Sulit” tersebut telah hilang. Beliau telah mencari ke merata tempat namun masih tidak 
dapat dikesan. Jelaskan tindakan yang perlu diambil oleh Encik Ezwan mengenai 
kehilangan surat tersebut. 
(b) Cik Arisah seorang Pegawai Tadbir di Jabatan Y telah diarahkan untukl menyiasat 
dakwaan yang mengatakan terrdapat dokumen terperingkat yang telah dimusnahkan tanpa 
mengikut peraturan. Hasil siasatan mendapati kenyataan berkenaan ada kebenaranya. 
Beliau telah memanggil pegawai-pegawai yang terlibat dan menasihati mereka tentang 
cara-cara pemusnahan dokumen-dokumen terperingkat yang betul. Nyatakan nasihat yang 
perlu disampaikan oleh Cik Arisah. 
Jawapan 
(a) Surat yang hilang itu hendaklah dicari dengan segera dan kehilangan itu dilaporkan 
kepada Pegawai Keselamatan atau Ketua Jabatan yang akan menyiasat dan 
mengemukakan laporannya yang mengandungi pandangan dan taksiran bahaya terhadap 
keselamatan kepada Pegawai Keselamatan Kerajaan dalam masa 24 jam. Sekiranya 
kehilangan disahkan, pemula dokumen tersebut hendaklah dimaklumkan supaya tafsiran 
risiko terhadap keselamatan dapat dibuat dan tindakan menyelamat dan pembetulan 
keadaan dapat diambil. 
(c) Jika surat tersebut terbukti hilang, Ketua Jabatan hendaklah menimbangkan sama 
ada atau tidak tindakan tatatertib diambil atau penyiasatan di bawah Akta Rahsia RAsmi 
1972 patut dijalankan. Laporan sekiranya difikirkan sesuatu kesalahan jenayah telah 
berlaku. 
(d) Dokumen terperingkat termasuk buangan terperingkat yang hendaklah dimusnahkan 
hendaklah terlebih dahulu dikoyak kecil-kecilkan atau dirincih dengan penggunaan mesin 
perincih dan dibakar mengikut peraturan-peraturan yang terselamat di bawah penyeliaan 
penjawat awam yang dibenar mengendalikan dokumen tersebut. Abunya hendaklah 
terperingkat hendaklah diberi perlindungan keselamatan yang sepatutnya sehingga 
dimusnahkan. Rujukan kepada Pegawai Keselamatan Kerajaan hendaklah dibuat unutk lain-lain 
cara pemusnahan. (7m) 
14. Semua wang hasil yang diterima oleh sesebuah jabatan Kerajaan sama ada dalam 
bentuk wang tunai,cek,kiriman pos dan lain-lain hendaklah dikeluarkan resit rasmi 
bagi mengakuterima wang yang diterima. Daftar dan senarai pungutan mestilah 
dibukukan oleh seorang anggota yang lain daripada kasyer. 
(a) Terangkan peraturan-peraturan viasa dalam memgeluarkan resit. (7m)
(b) Nyatakan keadaan di mana penyediaan resit rasmi boleh dilakukan oleh seorang 
anggota sahaja. (8m) 
Jawapan: 
(a) Resit rasmi mestilah dikeluarkan bagi mengaku terima wang yang diterima oleh 
sesebuah jabatan kerajaan. 
(i) Resit mestilah dikeluarkan pada masa urusan dibuat dan jika pembayar hadir 
sendiri,resit itu diserahkan kepadanya. Jika diterima melalui pos atau 
penghantar, resit dihantar pada hari itu juga. 
(ii) Resit mestilah ditandatangani dengan berkarbon oleh pegawai yang 
menerima wang itu tetapi mestilah ditulis oleh pegawai lain. (7m) 
(b) Resit rasmi boleh dikeluarkan oleh seorang pegawai sahaja dalam keadaan-keadaan 
berikut: 
(i) Resit dari skim bermesin ada digunkan. 
(ii) Bayaran tetap tercetak pada resit. 
(iii) Pungutan luar di mana seorang pegawai terpaksa bekerja seorang diri. 
(iv) Seorang pegawai lain tidak ada, dengan kebenaran khusus dari Akauntan 
Negara / Bendahari Negeri. (8m) 
15. Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) merupakan mekanisma bagi 
membolehkan pekerja secara berkumpulan menyertai proses penyelesaian masalah 
bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti jabatan. Jelaskan lima (5) factor-faktor 
yang menyokong kejayaan pelaksanaannya. (15M) 
Jawapan: 
Faktor-faktor yang menyokong kejayaan pelaksanaan KMK 
(i) Sikap yang positif, kesungguhan dan komitmen daripada pihak pengurusan atasan. 
Ini termasuklah kesediaan pihak pengurusan unutk meluangkan masa dan tenaga 
dalam melaksanakan program ini. 
(ii) Sistem latihan yang berkesan. 
(iii) Sokongan daripada semua peringkat. 
(iv) Pengwujudan system pengiktirafan kepada ahli-ahli KMK. 
(v) Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan seperti alat-alat 
tulis, projector overhead, transparensi, bilik perbincangan dan sebagainya. 
(vi) KMK dianggap sebagai usaha jangka panjang. KMK haruslah dimulakan secara 
kecil-kecilan dahulu supaya ianya dapat dikekalkan secara berpanjangan. (15m) 
16. Kerajaan telah mengadakan pelbagai usaha unutk meningkatkan lagi penyampaian 
perkhidmatan kepada para pelanggannya. Antara langkah tersebut termasuklah 
memastikan setiap jabatan menyediakan dan mamatuhi Piagam Pelanggan. Sila jelaskan :
(a) (i) Definisi Piagam Pelanggan 
(ii) Ciri-ciri Piagam Pelanggan yang dikatakan jelas dan senang disebar. (9m) 
(b) Bagaimanakah Sistem Maklumbalas Pelanggan boleh dilaksanakan? (6m) 
Jawapan: 
a) i. Piagam Pelanggan adalah satu pernyataan komitmen secara bertulis oleh agensi-agensi 
kerajaan terhadap penyampaian keluaran atau perkhidmatan yang diberikan 
kepada pelanggan. Ia merupakan satu jaminan agensi kerajaan untuk 
menyampaikan keluaran atau perkhidmatan mengikut kualiti yang ditetapkan. 
ii. Piagam Pelanggan hendaklah jelas, ringkas dan mudah difahami. Maklumat-maklumat 
di dalamnya hendaklah menyatakan hany perkara utama dengan tepat. Ia 
juga senang disebarkan untuk pengetahuan orang ramai. Penyebaran boleh dibuat 
sama ada melalui risalah-risalah, ‘handbills’, atau poster yang boleh dipamerkan di 
tempat-tempat strategic di agensi atau di tempat-tempat orang awam (9m) 
(b)Sistem maklumbalas pelanggan boleh dilaksanakan di sesebuah agensi adalah seperti 
berikut: 
(i) Borang maklumbalas pelanggan 
(ii) Peti cadangan 
(iii)Pengesahan berita 
(iv)Kajian Pakar Perundingan 
(v)Penyediaan Perkhidmatan Hotline 
(vi) client survey 
17. Huraikan bagaimanakah Dasar Pendidikan Negara dapat membantu mewujudkan 
perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. (15m) 
Jawapan: 
Dasar Pendidikan Negara sebagaimana dalam Akta Pelajaran 1961 menjadikan perpaduan 
sebagai matlamat akhirnya. Ini dapat dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut: 
(a) Kurikulum yang sama 
i.Kurikulum sekolah diubah supaya berorientasikan Malaysia tanpa mengira bahasa 
penghantarnya. 
ii.Semua sekolah rendah menggunkan KBSR dna sekolah menengah menggunakan KBSM.
iii. Pendidikan berunsurkan ketatanegaraan dan cintakan Malaysia telah diserapkan ke 
dalam semua mata pelajaran. Dengan cara ini, semangat kebangsaan dan sifat taat setia 
kepada Negara dapat dipujuk. 
iv.Sifat-sifat toleranmsi,persefahaman dan tolak ansur boleh dibentuk bagi melahirkan 
sebuah masyarakat yang bersepadu. (5m) 
b)Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama 
i.Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa penghantar utama di semua sekolah dan 
pusat pengajian tinggi di Malaysia mulai 1970. 
ii. Mata pelajaran Bahasa Melayu telah juga diwajibkan di semua sekolah rendah aliran 
bahasa Cina dan Tamil. Penggunaan satu bahasa dapat mengeratkan lagi perhubungan 
dan persefahaman antara kaum di Negara ini. (4m) 
c)Kegiatan Kokurikulum 
Aktiviti kokurikulum dan sukan telah digalakkan oleh kerajaan di sekolah-sekolah dan 
institusi pengajian tinggi. Kegiatan ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu aktiviti 
persatuan,unit beruniform dan sukan/olahraga. Dengan cara ini, usaha melahirkan generasi 
muda yang berdisiplin, bersemangat kebangsaan dan bersatu padu akan mudah dicapai. 
(3m) 
d)Satu sistem peperiksaan yang sama 
Peperiksaan yang sama dan seragam telah dimulakan oleh kerajaan sperti Sijil Rendah 
(SRP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). 
Dengan adanya peperiksaan ayng seragam dan sama ini, maka perasaan rendah diri dapat 
dihindarkan dan satu imej dan identity yang sama dan sepadu dapat dibentuk. (3m) 
18.Faktor dorongan adalah merupakan factor yang mempengaruhi kecekapan dan 
mutu perkhidmatan awam. Huraikan tiga (3) faktor GALAKAN dan tiga (3) faktor 
Penyelenggaraan sebagaimana yang dimaksudkan di bawah faktor dorongan tersebut 
(15m) 
Jawapan: 
(a) Faktor Galakan 
(i)Keperluan / keinginan – seseorang itu untuk mencapai sesuatu tujuan di mana ia akan 
berusaha bersungguh-sungguh dan sanggup menempuh berbagai dugaan bagi mencapai 
sesuatu. 
(ii)Penghargaan- Penghargaan daripada pihak atasan seperti pemberian pingat, penurunan 
kuasa kepada pegawai bawahan, penghargaan bagi perkhidmatan yang cemerlang.
(iii)Sifat yang baik – Menerima maklumbalas mengenai kerja-kerja yang telah 
dilaksanakan,ia perlu merasa bahawa ia mempunyai sedikit sebanyak hak dalam 
menentukan matlamatnya, ia perlu merasa bahawa sumbangannya terhadap pencapaian 
objektif adalah penting. 
(iv)Peluang untuk memajukan diri sendiri seperti latihan dan kenaikan pangkat. 
(b)Faktor Penyelenggaraan 
i.Polisi dan prosedur pentabdiran yang sempurna – ianya mestilah difahami dan diamalkan 
dengan adil dan saksama oleh penjawat-penjawat awam. 
ii.Penyeliaan - penyeliaan yang berkesan ‘situational’ agar daya kreativiti tidak terjejas dan 
akan meningkatkan mutu kerja. 
iii. Suasan kerja - dari segi susun atur pejabat, peralatannya dan sebagainya. 
iv.Gaji – diberi berasaskan keperluan asas hidup dan ianya hendaklah setimpal dengan 
tugas dan tanggungjawab serta mencukupi. 
v.Kemudahan sesuai dengan kedudukan – Kemudahan diberi hendaklah bersesuain 
dengan jawatan. 
vi. Kerja yang terjamin – mengelakkan lereka daripada mencari kerja lain. (7.5m) 
19.Nyatakan aspek-aspek penting yang perlu diberi perhatian di dalam pengurusan tenaga 
manusia untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan staf kaunter. (15m) 
Jawapan: 
i.Program latihan terancang – tenaga manusia berkualiti sebelum penempatan dilakukan. 
ii.Program motivasi – dorong tingkat keupayaan. Sebagai contoh,mewujudkan system 
komunikasi antara staf kaunter-pihak pengurusan bincang masalah dan fikir cara-cara 
mengatasinya. 
iii.Wujudkan system pengiktirafan – hargai yang beri perkhidmatan cemerlang. 
iv.Pastikan bilangan staf cukup berbanding beban kerja. 
v.Sistem giliran kerja – dapat pendedahan ayng cukup mengenai semua bidang tugas / 
tingkatkan keupayaan mereka. (20m)
20. Kewujudan sesebuah organisasi turut dipengaruhi oleh persekitaran. Di antara yang 
wujud ialah persekitaran kerja, persekitaran masyarakat dan persekitaran dalaman. 
Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan persekitaran kerja,persekitaran masyarakat 
dan persekitaran dalaman. 
a) Persekitaran kerja 
Persekitaran yang paling dekat dgn organisasi terdiri daripada tuan pnuya 
organisasi,kerajaan,pelanggan,masyarakat,pesaing dan pembekal. 
b)persekitaran masyarakat 
-Dipengaruhi 4 faktor besar : 
i.sosial,budaya masyarakat (pemikiran, nilai system kepercayaan dan perilaku masyarakat) 
ii.Tekanan politik,system perundangan terhadap organisasi 
iii.Tahap teknologi yang telah dicapai 
iv.Prestasi ekonomi yang wujud dalam masyarakat. 
c)Persekitaran dalaman 
i.Proses pengumpulan maklumat dan cara berkomuniksai 
ii.Proses mendapatkan maklumat dan cara membuat keputusan.

More Related Content

What's hot

PENGURUSAN PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS
PENGURUSAN PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGASPENGURUSAN PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS
PENGURUSAN PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGASfazrul
 
PERINTAH AM BAB D : Peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatat
PERINTAH AM BAB D : Peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatPERINTAH AM BAB D : Peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatat
PERINTAH AM BAB D : Peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatNorain Binti Jaafar
 
KURSUS BUKU REKOD PERKHIDMATAN BRP [edited Dis 2015]
KURSUS BUKU REKOD PERKHIDMATAN BRP [edited Dis 2015]KURSUS BUKU REKOD PERKHIDMATAN BRP [edited Dis 2015]
KURSUS BUKU REKOD PERKHIDMATAN BRP [edited Dis 2015]fazrul
 
Pengurusan Terimaan Hasil Kerajaan
Pengurusan Terimaan Hasil KerajaanPengurusan Terimaan Hasil Kerajaan
Pengurusan Terimaan Hasil KerajaanIszwan Shah
 
PERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaan
PERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaanPERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaan
PERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaanNorain Binti Jaafar
 
Perintah Am Bab A_B_C_E_F_G .pdf
Perintah Am Bab A_B_C_E_F_G .pdfPerintah Am Bab A_B_C_E_F_G .pdf
Perintah Am Bab A_B_C_E_F_G .pdfSirEyeh
 
Panduan pengurusan pejabat
Panduan pengurusan pejabatPanduan pengurusan pejabat
Panduan pengurusan pejabatAlice Chin
 
Pentadbiran Kontrak
Pentadbiran KontrakPentadbiran Kontrak
Pentadbiran KontrakIszwan Shah
 
Pengurusan Perolehan Kerajaan Tatacara Kaedah
Pengurusan Perolehan Kerajaan  Tatacara KaedahPengurusan Perolehan Kerajaan  Tatacara Kaedah
Pengurusan Perolehan Kerajaan Tatacara KaedahIszwan Shah
 
Perintah am bab c (cuti)
Perintah am bab c  (cuti)Perintah am bab c  (cuti)
Perintah am bab c (cuti)mazlanmn
 
Kemudahan dan elaun dalam perkhidmatan awam
Kemudahan dan elaun dalam perkhidmatan awamKemudahan dan elaun dalam perkhidmatan awam
Kemudahan dan elaun dalam perkhidmatan awamMohd Asri Abdullah
 
Bab e rumah dan bangunan pejabat kerajaan
Bab e   rumah dan bangunan pejabat kerajaanBab e   rumah dan bangunan pejabat kerajaan
Bab e rumah dan bangunan pejabat kerajaanuhisyam sriib
 

What's hot (20)

Pengurusan gaji
Pengurusan gajiPengurusan gaji
Pengurusan gaji
 
PENGURUSAN PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS
PENGURUSAN PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGASPENGURUSAN PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS
PENGURUSAN PEGAWAI TIDAK HADIR BERTUGAS
 
PERINTAH AM BAB D : Peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatat
PERINTAH AM BAB D : Peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatPERINTAH AM BAB D : Peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatat
PERINTAH AM BAB D : Peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatat
 
KURSUS BUKU REKOD PERKHIDMATAN BRP [edited Dis 2015]
KURSUS BUKU REKOD PERKHIDMATAN BRP [edited Dis 2015]KURSUS BUKU REKOD PERKHIDMATAN BRP [edited Dis 2015]
KURSUS BUKU REKOD PERKHIDMATAN BRP [edited Dis 2015]
 
PERINTAH AM BAB F : Perubatan
PERINTAH AM BAB F : PerubatanPERINTAH AM BAB F : Perubatan
PERINTAH AM BAB F : Perubatan
 
Pengurusan Terimaan Hasil Kerajaan
Pengurusan Terimaan Hasil KerajaanPengurusan Terimaan Hasil Kerajaan
Pengurusan Terimaan Hasil Kerajaan
 
PERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaan
PERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaanPERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaan
PERINTAH AM BAB E : Rumah & bangunan pejabat kerajaan
 
Perintah Am Bab A_B_C_E_F_G .pdf
Perintah Am Bab A_B_C_E_F_G .pdfPerintah Am Bab A_B_C_E_F_G .pdf
Perintah Am Bab A_B_C_E_F_G .pdf
 
Panduan pengurusan pejabat
Panduan pengurusan pejabatPanduan pengurusan pejabat
Panduan pengurusan pejabat
 
Pentadbiran Kontrak
Pentadbiran KontrakPentadbiran Kontrak
Pentadbiran Kontrak
 
Cuti gantian
Cuti gantianCuti gantian
Cuti gantian
 
Aset & inventori
Aset & inventoriAset & inventori
Aset & inventori
 
Pengurusan Perolehan Kerajaan Tatacara Kaedah
Pengurusan Perolehan Kerajaan  Tatacara KaedahPengurusan Perolehan Kerajaan  Tatacara Kaedah
Pengurusan Perolehan Kerajaan Tatacara Kaedah
 
Perintah am bab c (cuti)
Perintah am bab c  (cuti)Perintah am bab c  (cuti)
Perintah am bab c (cuti)
 
Kemudahan dan elaun dalam perkhidmatan awam
Kemudahan dan elaun dalam perkhidmatan awamKemudahan dan elaun dalam perkhidmatan awam
Kemudahan dan elaun dalam perkhidmatan awam
 
Ceramah Audit Prestasi
Ceramah Audit PrestasiCeramah Audit Prestasi
Ceramah Audit Prestasi
 
Panduan Pengurusan Pejabat
Panduan Pengurusan PejabatPanduan Pengurusan Pejabat
Panduan Pengurusan Pejabat
 
Bab e rumah dan bangunan pejabat kerajaan
Bab e   rumah dan bangunan pejabat kerajaanBab e   rumah dan bangunan pejabat kerajaan
Bab e rumah dan bangunan pejabat kerajaan
 
Borang rmr1 m
Borang rmr1 mBorang rmr1 m
Borang rmr1 m
 
Kad Perakam Waktu
Kad Perakam WaktuKad Perakam Waktu
Kad Perakam Waktu
 

Viewers also liked

Bahagian b soalan esei ringkas
Bahagian b soalan esei ringkasBahagian b soalan esei ringkas
Bahagian b soalan esei ringkasmastura71
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangansairee
 
Moral wajib notes
Moral wajib notesMoral wajib notes
Moral wajib notesElayne Khaw
 
Nilai 1.1 kepercayaan kepada tuhan
Nilai 1.1 kepercayaan kepada tuhanNilai 1.1 kepercayaan kepada tuhan
Nilai 1.1 kepercayaan kepada tuhanSuhaila Panut
 
Borang maklumbalas
Borang maklumbalas Borang maklumbalas
Borang maklumbalas cheng gong
 
Bahagian c soalan esei panjang
Bahagian c soalan esei panjangBahagian c soalan esei panjang
Bahagian c soalan esei panjangmastura71
 
Penulisan ilmiah web 2.0
Penulisan ilmiah web 2.0Penulisan ilmiah web 2.0
Penulisan ilmiah web 2.0Shima Mashi
 
Polisi hospitalchangkat melintang
Polisi hospitalchangkat melintangPolisi hospitalchangkat melintang
Polisi hospitalchangkat melintangLee Oi Wah
 
Presentation untuk esei tahap pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi d...
Presentation untuk esei tahap pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi d...Presentation untuk esei tahap pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi d...
Presentation untuk esei tahap pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi d...Siti Sara Kuseri
 
Laporan perkhemahan pandu puteri kadet
Laporan perkhemahan pandu puteri kadetLaporan perkhemahan pandu puteri kadet
Laporan perkhemahan pandu puteri kadetChilline Qah
 
Bitk gaji
Bitk gajiBitk gaji
Bitk gajiamoi81
 
90138216 perancangan-program-latihan
90138216 perancangan-program-latihan90138216 perancangan-program-latihan
90138216 perancangan-program-latihanutohbill
 
Latihan HRM (human resource management)
Latihan HRM (human resource management)Latihan HRM (human resource management)
Latihan HRM (human resource management)NUR FARHIYAH BASIR
 
Domestic enquiry
Domestic enquiryDomestic enquiry
Domestic enquiryAnjum Nabi
 
Komunikasi berkesan
Komunikasi berkesanKomunikasi berkesan
Komunikasi berkesanLee Oi Wah
 
KB 1 Langkah-langkah Menulis Akademik
KB 1 Langkah-langkah Menulis AkademikKB 1 Langkah-langkah Menulis Akademik
KB 1 Langkah-langkah Menulis Akademikpjj_kemenkes
 
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhirPanduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhirpeningla
 

Viewers also liked (20)

Bahagian b soalan esei ringkas
Bahagian b soalan esei ringkasBahagian b soalan esei ringkas
Bahagian b soalan esei ringkas
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
Moral wajib notes
Moral wajib notesMoral wajib notes
Moral wajib notes
 
Nilai 1.1 kepercayaan kepada tuhan
Nilai 1.1 kepercayaan kepada tuhanNilai 1.1 kepercayaan kepada tuhan
Nilai 1.1 kepercayaan kepada tuhan
 
Borang maklumbalas
Borang maklumbalas Borang maklumbalas
Borang maklumbalas
 
Bahagian c soalan esei panjang
Bahagian c soalan esei panjangBahagian c soalan esei panjang
Bahagian c soalan esei panjang
 
Penulisan ilmiah web 2.0
Penulisan ilmiah web 2.0Penulisan ilmiah web 2.0
Penulisan ilmiah web 2.0
 
Definisi nilai
Definisi nilaiDefinisi nilai
Definisi nilai
 
Polisi hospitalchangkat melintang
Polisi hospitalchangkat melintangPolisi hospitalchangkat melintang
Polisi hospitalchangkat melintang
 
Presentation untuk esei tahap pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi d...
Presentation untuk esei tahap pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi d...Presentation untuk esei tahap pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi d...
Presentation untuk esei tahap pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi d...
 
Laporan perkhemahan pandu puteri kadet
Laporan perkhemahan pandu puteri kadetLaporan perkhemahan pandu puteri kadet
Laporan perkhemahan pandu puteri kadet
 
Bitk gaji
Bitk gajiBitk gaji
Bitk gaji
 
90138216 perancangan-program-latihan
90138216 perancangan-program-latihan90138216 perancangan-program-latihan
90138216 perancangan-program-latihan
 
Latihan HRM (human resource management)
Latihan HRM (human resource management)Latihan HRM (human resource management)
Latihan HRM (human resource management)
 
Esei titas
Esei titasEsei titas
Esei titas
 
Tajuk 9 pembangunan pekerja
Tajuk 9 pembangunan pekerjaTajuk 9 pembangunan pekerja
Tajuk 9 pembangunan pekerja
 
Domestic enquiry
Domestic enquiryDomestic enquiry
Domestic enquiry
 
Komunikasi berkesan
Komunikasi berkesanKomunikasi berkesan
Komunikasi berkesan
 
KB 1 Langkah-langkah Menulis Akademik
KB 1 Langkah-langkah Menulis AkademikKB 1 Langkah-langkah Menulis Akademik
KB 1 Langkah-langkah Menulis Akademik
 
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhirPanduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
 

Similar to Contoh soalan esei induksi

Spp062011 program transformasi minda
Spp062011   program transformasi mindaSpp062011   program transformasi minda
Spp062011 program transformasi mindaAdura Azlin Ishak
 
Intro perolehan
Intro perolehanIntro perolehan
Intro perolehanaimm reka
 

Similar to Contoh soalan esei induksi (20)

Spp062011
Spp062011Spp062011
Spp062011
 
Spp062011 program transformasi minda
Spp062011   program transformasi mindaSpp062011   program transformasi minda
Spp062011 program transformasi minda
 
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - Pahang
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - PahangLaporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - Pahang
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - Pahang
 
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - Kedah
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - KedahLaporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - Kedah
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - Kedah
 
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri Perlis
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri PerlisLaporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri Perlis
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri Perlis
 
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - JOHOR
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - JOHORLAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - JOHOR
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - JOHOR
 
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - PERLIS
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - PERLISLAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - PERLIS
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - PERLIS
 
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - MELAKA
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - MELAKALAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - MELAKA
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - MELAKA
 
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri Kelantan
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri KelantanLaporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri Kelantan
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri Kelantan
 
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - Perak
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - PerakLaporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - Perak
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 1 - Perak
 
Laporan Ketua Audit Negara Siri 3
Laporan Ketua Audit Negara Siri 3Laporan Ketua Audit Negara Siri 3
Laporan Ketua Audit Negara Siri 3
 
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri Sabah
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri SabahLaporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri Sabah
Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 - Negeri Sabah
 
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - PULAU PINANG
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - PULAU PINANGLAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - PULAU PINANG
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - PULAU PINANG
 
Intro perolehan
Intro perolehanIntro perolehan
Intro perolehan
 
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - Melaka
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - MelakaLaporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - Melaka
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 3 - Melaka
 
Arahan perkhidmatan
Arahan perkhidmatanArahan perkhidmatan
Arahan perkhidmatan
 
Laporan Ketua Audit Negara Siri 1 - Persekutuan
Laporan Ketua Audit Negara Siri 1 - PersekutuanLaporan Ketua Audit Negara Siri 1 - Persekutuan
Laporan Ketua Audit Negara Siri 1 - Persekutuan
 
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - NEGERI SEMBILAN
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - NEGERI SEMBILANLAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - NEGERI SEMBILAN
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - NEGERI SEMBILAN
 
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - TERENGGANU
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - TERENGGANULAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - TERENGGANU
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 2 - TERENGGANU
 
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - KELANTAN
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - KELANTANLAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - KELANTAN
LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIRI 1 - KELANTAN
 

More from Afshan Mbo

Paparan tugasan LK
Paparan tugasan LKPaparan tugasan LK
Paparan tugasan LKAfshan Mbo
 
Soalan pm bulanan
Soalan pm bulananSoalan pm bulanan
Soalan pm bulananAfshan Mbo
 
Khb latih tubi tingkatan1
Khb latih tubi tingkatan1Khb latih tubi tingkatan1
Khb latih tubi tingkatan1Afshan Mbo
 
Soalan khb tingkatan 3
Soalan khb tingkatan 3Soalan khb tingkatan 3
Soalan khb tingkatan 3Afshan Mbo
 
Nota pendidikan islam
Nota pendidikan islamNota pendidikan islam
Nota pendidikan islamAfshan Mbo
 
Makalah aqidah iman kepada allah
Makalah aqidah iman kepada allah Makalah aqidah iman kepada allah
Makalah aqidah iman kepada allah Afshan Mbo
 
Jawatankuasa kem 2011
Jawatankuasa kem 2011Jawatankuasa kem 2011
Jawatankuasa kem 2011Afshan Mbo
 
Ithink Terkini
Ithink TerkiniIthink Terkini
Ithink TerkiniAfshan Mbo
 
Gabung semua-bab-tesis
Gabung semua-bab-tesisGabung semua-bab-tesis
Gabung semua-bab-tesisAfshan Mbo
 
Borang deklarasi
Borang deklarasiBorang deklarasi
Borang deklarasiAfshan Mbo
 
Alatan tangan dan pendawaian plag
Alatan tangan dan pendawaian plagAlatan tangan dan pendawaian plag
Alatan tangan dan pendawaian plagAfshan Mbo
 
Nota edaran-6 (titik permulaan)
Nota edaran-6 (titik permulaan)Nota edaran-6 (titik permulaan)
Nota edaran-6 (titik permulaan)Afshan Mbo
 
Surat kebenaran ibu bapa jirim 2014
Surat kebenaran ibu bapa jirim 2014Surat kebenaran ibu bapa jirim 2014
Surat kebenaran ibu bapa jirim 2014Afshan Mbo
 
Latihan rekabentuk dan teknologi pt2
Latihan rekabentuk dan teknologi pt2Latihan rekabentuk dan teknologi pt2
Latihan rekabentuk dan teknologi pt2Afshan Mbo
 
Takwim penggal persekolahan tahun 2015 final
Takwim penggal persekolahan tahun 2015 finalTakwim penggal persekolahan tahun 2015 final
Takwim penggal persekolahan tahun 2015 finalAfshan Mbo
 

More from Afshan Mbo (20)

Paparan tugasan LK
Paparan tugasan LKPaparan tugasan LK
Paparan tugasan LK
 
Soalan pm bulanan
Soalan pm bulananSoalan pm bulanan
Soalan pm bulanan
 
Khb latih tubi tingkatan1
Khb latih tubi tingkatan1Khb latih tubi tingkatan1
Khb latih tubi tingkatan1
 
Soalan khb tingkatan 3
Soalan khb tingkatan 3Soalan khb tingkatan 3
Soalan khb tingkatan 3
 
Panduan doa
Panduan doaPanduan doa
Panduan doa
 
smkpg
smkpgsmkpg
smkpg
 
Nota pendidikan islam
Nota pendidikan islamNota pendidikan islam
Nota pendidikan islam
 
Makalah aqidah iman kepada allah
Makalah aqidah iman kepada allah Makalah aqidah iman kepada allah
Makalah aqidah iman kepada allah
 
Jawatankuasa kem 2011
Jawatankuasa kem 2011Jawatankuasa kem 2011
Jawatankuasa kem 2011
 
Ithink Terkini
Ithink TerkiniIthink Terkini
Ithink Terkini
 
Gabung semua-bab-tesis
Gabung semua-bab-tesisGabung semua-bab-tesis
Gabung semua-bab-tesis
 
KBAT
KBATKBAT
KBAT
 
Jenis litar 2
Jenis litar 2Jenis litar 2
Jenis litar 2
 
Borang deklarasi
Borang deklarasiBorang deklarasi
Borang deklarasi
 
Alatan tangan dan pendawaian plag
Alatan tangan dan pendawaian plagAlatan tangan dan pendawaian plag
Alatan tangan dan pendawaian plag
 
Nota edaran-6 (titik permulaan)
Nota edaran-6 (titik permulaan)Nota edaran-6 (titik permulaan)
Nota edaran-6 (titik permulaan)
 
Surat kebenaran ibu bapa jirim 2014
Surat kebenaran ibu bapa jirim 2014Surat kebenaran ibu bapa jirim 2014
Surat kebenaran ibu bapa jirim 2014
 
Latihan rekabentuk dan teknologi pt2
Latihan rekabentuk dan teknologi pt2Latihan rekabentuk dan teknologi pt2
Latihan rekabentuk dan teknologi pt2
 
Takwim penggal persekolahan tahun 2015 final
Takwim penggal persekolahan tahun 2015 finalTakwim penggal persekolahan tahun 2015 final
Takwim penggal persekolahan tahun 2015 final
 
Akidah islam
Akidah islam Akidah islam
Akidah islam
 

Recently uploaded

KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfSandyItab
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdfNURULAFIFIBINTIROSLA
 

Recently uploaded (12)

KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdfKIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
KIMIA T5 KSSM BAB 1 Keseimbangan Redoks zila khalid =).pdf
 
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
064 DSKP KSSM Tingkatan 2 Geografi v2.pdf
 

Contoh soalan esei induksi

  • 1. CONTOH-CONTOH SOALAN 1. Encik Azmi telah idlnatik sebagai Penolong Pegawai Tadbir Gred N27. Semasa dilantik, beliau dikenakan syarat tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun. Setelah genap 3 tahun berkhidmat, beliaui masih belum disahkan dalam perkhidmatan kerana masih gagal peperiksaan perkhidmatan yang disyaratkan. (a) Nyatakan tindakan awal yang perlu diambil oleh ketua Jabatan Encik Azmi sekiranya bealiu hendak memperakukan En.Azmi dilanjutkan tempoh percubaanya. (8m) (b) Pihak manakah yang boleh meluluskan permohonan melanjutkan tempoh percubaan tersebut? (2m) (c) Apakah implikasi kepada perkhidmatan En.Azmi sekiranya tempoh percubaan beliau dilanjutkan dengan berdenda? (5m) Jawapan: (a) Ketua Jabatan hendaklah dengan segera memperakukan permohonan pelanjutan tempoh percubaan En.Azmi yang dibuat megikut subperaturan (2) kepada Suruhanjaya. Bagi maksud subperaturan (3), Ketua Jabatan hendaklah mengemukan permohonan itu dalam boring yang dinyatakan dalam Jadual Keepamt menyatakan butir-butir seperti berikut: - Sebab pegawai itutidak disahkan - Syor Ketua Jabatan sama ada pelanjutan tempoh percubaan patut diberi atau tidak,dan jika patut diberi sama ada dengan denda atau tanpa denda. - Maklumat perkhidmatan pegawai yang dikenaskinikan dan - Senarai pepriksaan,jika ada, yang telah diduduki oleh pegawai itu, tarikh dan keputudsan peperiksaan itu. (8m) (b) Pihak yang meluluskan permohonan pelanjutan tempoh percubaan ini ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) (2m) (c) Implikasi kepada perkhidmatan Encik Azmi ialah: - Hilang kekanannya bagi suatu tempoh yang sama dengan tempoh pelanjutan itu - Tidak layak mendapat apa-apa pergerakan gaji tahunan semasa tempoh pelanjutan pecubaannya dengan denda - Diubah tarikh pergerkan gajinya megikut tarikh pengesahan berkuatkuasa. (5m)
  • 2. 2. Antara langkah yang boleh diambil oleh Jabatan dalam usaha memelihara rekod-reod krajaan semasa dalam jagaan mereka dari sebarang kerosakan ialah dengan mendapatkan nasihat tentang pemeliharaan rekod Arkib Negara. (a) Nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan ‘rekod kerajaan’? (5m) (b) Selain daripada mendapatkan nasihat Jabatan Arkib Negara, nyatakan lima (5) usaha lain yang boleh dilakukan oleh jabatan untuk memelihara di dalam jagaan mereka? (10m) Jawapan: (a) Rekod kerajaan ialah segala jenis surat, dikumen,rekod,daftar, bahan bercetak,buku,peta,pelan,lukisan,gambar,mikrofon,filem,wayang,gambar dan rakaman suara yang diterima atau dikeluarkan oleh mana-mana jabatan kerajaan dalam apa-bentuk jua sekalipun untuk tujuan menjalankan dan menunaikan urusan rasmi mereka. (5m) (b) Usaha-usaha memelihara rekod jabatan (i) Bilik simpanan sesuai - Jabatan-jabatan hendaklah menentukan bahawa rekod-rekod hendaklah disimpan dalam bilik sesuai yang tidak lembab,bocor atapnya atau berlubang dindingnya. Bilik simpanan rekod mestilah terhindar dari tikus dan serangga termasuk anai-anai. Untuk menjaga dari kelembapan, bilik simpanan memerlukan pusingan udara seperti pemasangan kipas angin. Di mana bangunan-bangunan di hawa dinginkan, maka bilik-bilik rekod hendaklah juga dihawadinginkan. (ii) Rekod patut disimpan atas rak-rak -jangan letak di atasa lantai. Sebaiknya guna rak-rak besi yang beri ruang sebanyak 6 inci di antara lantai dan rak pertama. Mudahkan pusingan udara dan pembersihan. Sekiranya rak-rak kayu digunakan, perlu diawasi dari anai-anai atau bubuk dengan menyembur diedrin terlebih dahulu kepada rak-rak kayu. (iii) Mengeringkan rekod. -jika rekod basah, anginkan supaya kering. Jangan dijemur -yang lapuk hendaklah dibersihkan -beranai atau semut dikeluarkan serannga tersebut.
  • 3. (iv) Rekod koyak perlu dibaiki -yang koyak ditampal dengan kertas lain (guna pelekat tepung ubi kayu) -gam cair atau tape cellulose tidak elok digunkan (rosakkan/ cacatkan) -yg tanggal dari fail disemat semula dgn segera. (v) Bilik rekod dijaga / dibersihkan -jgn guna tempat makan minum / merokok / simpan bahan2 lain spt asid,cat, Dakwat,minyak -dibersihkan selalu/guna pencuci hampagas digunakan elak habuk terkumpul. 3. (a) Nyatakan dua prinsip asas dalam Sistem Belanjawan diubahsuai (5m) (b) Apakah matlamat yang hendak dicapai dengan terlaksananya system ini. (10m) Jawapan: (a) Dua prinsip asas yang digunakan dalam Belanjawan Diubahsuai i) Kuasa membuat keputusan diberi seberapa praktikal yang boleh kepada peringkat bawahan. ii) Kuasa yang diberi mesti bersesuain dengan prinsip akauntabiliti (15m) Matlamat dapat dicapai melalui system ini i) Agensi tidak perlu lagi mengawas secara terperinci perbelanjaan agensi pelaksana dengan ketat. Sebaliknya mereka boleh memberi tumpuan kepada perancangan dan pengukuran agensi pelaksana. ii) Agensi pelaksan diberikuasa yang lebih luas untuk mengurus program dan aktiviti mereka. Agensi pelaksana yang mengenal leibh awal masalah pelaksanaan yang mungkin timbul dan tindakn sewajarnya untuk diambil. Oleh itu, kelewatan melaksanakn sesuatu program / aktiviti dapat dielakkan. iii) Agensi pelaksana mempunyai kebebasan unutk mengambil tindakan sesuai dan segera bagi melaksanakan program / aktiviti mereka. Ini adalah berasaskan kepada konsep ‘let manager manage’ yang member kuasa yang lebih luas kepada pengurusan peringkat bawahan yang melaksanakan program/projek untuk membuat keputusan berkaitan dengan program/projek mereka. iv) Kelonggaran kawalan terperinci ke atas perbelanjaan yang diberikan oleh agensi pusat kepada agensi pelaksana diturunkan sejauh mana yang boleh kepada pengurusan peringkat bawahan. Ini membolehkan pengurusan peringkat bawahan mempunyai lebih fleksibiliti untuk melaksanakan tugasa mereka. (10m) 4. (a) Dalam peraturan kewangan kerajaan, setiap wang yang diterima oleh kerajaan hendaklah dikeluarkan resit. Resit itu pula hendaklah disediakan oleh pegawai yang menerima wang. Dalam keadaan manakah peraturan ini boleh dikecualikan. (10m)
  • 4. (b) Encik Shah adalah seorang pemungut hasil. Pada suatu hari salah seorang Pembantu Tadbir (P/O) di jabatannya telah melaporkan kepada bahawa beliau telah tersalah tulis tiga helai borang resit dan akibatnya ketiga-tiga borang resit berkenaan telah menjadi rosak. Apakah nasihat yang perlu diberikan oleh Encik Shah kepada Pembantu Tadbirnya mengenai perkara ini. (5m) Jawapan a) i) Satu skim bermesin yang diluluskan bagi mengeluarkan resit adalah digunakan. jj) Satu bayaran tetap ada tercatat pada resit dan jumlah terimaan iii) Pungutan seorang diri terpaksa dibuat ketika pungutan di luar Ibu Pejabat dan segala catatan pungutan di dalam Buku Tunai hendaklah dibuat sebaik sahaja tiba di pejabat. iv) Bagi perkara-perkara lain yang dibenarkan oleh Akauntan Negara / Akauntan Negeri. . b) Resit baru mestilah dikeluarkan dan resit yang tersalah tulis itu perlulah dibatalkan dan disimpan berserta salinannya untuk tujuan diaudit. 6. Pendekatan-pendekatan berikut boleh meningkatkan keberkesanan kepimpinan dalam sesebuah organisasi. Huraikan tiga (3) daripada pendekatan di bawah. a) Latihan kepimpinan. b) Penerapan nilai-nilai murni kepimpinan. c) Perubahan sikap dan nilai. d) Pengalaman dan pusingan kerja. (15 mrkh ) Jawapan a) Latihan Kepimpinan. Setiap individu yang baru menganggotai sesebuah jabatan perlu diberi kursus orientasi supaya mereka memahami akan peranan dan tanggungjawab masing-masing. Latihan kerohanian perlu diberi penekanan dan diadakan dari semasa ke semasa. b) Penerapan nilai-nilai murni kepimpinan Ini boleh dilaksanakan dengan menerapkan nilai-nilai islam di dalam pentadbiran. Memberi kesedaran kepada individu tentang pandangan islam terhadap kepimpinan akan member kesan kepada diri individu itu sendiri. c) Perubahan sikap dan nilai Ini boleh dilakukan melalui latihan kederiaan (sensitivity training) dimana seseorang itu diberi peluang untuk mengenal diri sendiri dan member peluang kepada orang lain untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dirinya sebagai pimimpim.
  • 5. d) Pengalaman dan pusingan kerja Tiap-tiap individu dalam jabatan hendaklah diberi peluang yang meluas untuk menjawat jawatan yang tanggungjawabnya mencabar. Ini boleh dilakukan dengan system pusingan kerja dan penglibatan mereka dalam Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK). (15 mrkh) 7. Huraikan lima (5) nilai-nilai- peribadi asas dalam perkhidmatan awam dalam menjalankan tugas sehariannya. (15m) Jawapan: (i) Amanah – Amanah bermaksud sesuatu yang diberi kepercayaan kepada orang lain untuk melaksanakannya. Orang yang tidak amanah dianggap telah melakukan satu pengkhianatan dan juga penipuan. Nilai amanah perlu ada pada setiap anggota awam kerana tugas mereka adalah mengurus dan menjaga kepentingan serta harta benda awam. (ii) Bertanggungjawab – Tanggungjawab bermaksud sesuatu kerja,tugas,janji, dan lain-lain yang mesti dilaksanakan. Seseorang penjwat awam yang telah diberi tanggungjawab untuk menjalankan sesuatu tugas bermakna beliau telah diamanahkan melaksanakan tugas tersebut. Oleh itu, ia memepunyai rasa tanggungjawab terhadap dirinya dan kepada Tuhan. Ia dikehendaki melaksanakan tugasnnya sebagai pemegang amanah Negara dan rakyat tugasnnya dengan cemerlang dan memberikan hasil yang maksimum. Semua anggota perkhidmatan awam daripada peringkat bawahan hingga peringkat tertinggi mestilah sikap mempunyai sikap tanggungjawab. Kejayaan mereka memikul tanggungjawab akan membawa kejayaan kepada perkhidmatan awam. Sebaliknya, mereka yang gagal melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti ayng ternaktub dalam Peraturan-peraturan Pegawai Awam (K&TT) 1993. (iii) Ikhlas – Ikhlas bermaksud hati yang bersih,jujur dan suci. Jika seseorang itu ikhlas dalam kerjanya akan melaksanakan tugas tersebut dengan sempurna dan menghasilkan output yang memuaskan secara berterusan. Tanpa sifat ikhlas,seseorang itu akan sentiasa merungut,menyalahkan orang lain, menunjuk-nunjuk dan gagal melaksanakan tugasnya dengan baik. Seseorang yang tidak ikhlas tidak dapt melaksanakan tugas yang cemerlang secara berterusan. (iv) Berdedikasi - Berdedikasi bermaksud pembaktian seseorang bagi melaksanakan tugas dengan sempurna. Sikap berdedikasi sangat perlu dimiliki oleh semua anggota perkhidmatan awam. Seseorang yang mempunyai sifat berdedikasi akan melaksanakan kerja tanpa mengharapkan sebarang tambahan upahan,ganjaran dan juga pujian. Setiap tugas akan dilaksanakn denagan cepat,berkesan dan berkualiti. Seseorang yang mempunyai sifat berdedikasi juga akan sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri dan bersedia menerima nasihat.teguran dan tunjuk ajar. (v) Berdisiplin – Berdisiplin bermaksud patuh kepada peraturan-peraturan dan undang-undang. Pekerja yang berdisiplin adalah mereka yang mematuhi peraturan, arahan dan undang-undang. Mereka juga sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama dan sentiasa menjaga imej dan maruah diri dan jabatannya. (vi) Bersih – Bersih bermaksud kebersihan dari aspek fizikal dan kebersihan moral. Kebersihan dari segi tempat tinggal akan mewujudkan kesihatan yang baik dan terhindar daripada penyakit. Kebersihan daripada aspek rohani akan menghindarkan seseorang itu daripda perasaan dengki,khianat,tamak haloba, dan sifat-sifat lain yang buruk.
  • 6. (vii) Tekun – Tekun bermaksud bersungguh-sungguh melaksanakan sesuatu tugas. Seseorang yang tekun akan dapat menyiapkan tugasnya mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pekerja yang tekun akan mengutamakan kepentingan tugas daripada kepentingan peribadi, sanggup berkorban masa dan tenaga untuk perkhidmatan dan sentiasa meningkatkan mutu kecekapan dan produktiviti. (viii) Sederhana - Kesederhanaan adalh sikap yang menentang akan sikap keterlalauan sama ada keterlaluan dalam menetapkan sesuatu peraturan perbelanjaan atau dari segi kelakuan seperti percakapan, pakaian, tindakan dan tingkah laku. 8. Dasar Pembangunan Nasional bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan di Negara ini. Jelaskan lima (5) aktiviti yang telah dijalankan oleh kerajaan ke arah mencapai matlamat di atas. (15m) Jawapan: i) Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat menganggur. ii) Menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan iii) Memberi peluang kepada orang yang bekerja di sector rendah daya pengeluarannya berpindah kepada sector yang lebih lumayan. iv) Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum, antara yang di kawasan Bandar dan luar Bandar dan antara wilayah. v) Memodenkan kehidupan di luar bandar. vi) Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputra. vii) Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia. viii) Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain. 9. Proses kerja yang terdapat di dalam Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja ialah rangkaian tindakan yang perlu diambil secara berturutan mengikut peraturan yang ditetapkan bagi melaksanakan sesuatu aktiviti. Jelaskan kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi daripadanya. Jawapan: Kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi daripada proses kerja yang terdapat di dalam MPK dan FM ialah; i) Mengelakkan kesilapan operasi dan perundangan ketika menjalankan tugas. ii) Memperlihatkan tindakan-tindakan lengkap yang perlu diambil semasa menjalankan tugas. iii) Membantu kerja penyiliaan. iv) Memudahkan semakan dan pindahan ke atas proses kerja apabila mengemaskini diperlukan.
  • 7. v) Mengurangkan arahan biasa yang berulang-ulang. vi) Memendekkan masa latihan kepada pekerja-pekerja baru. vii) Mengekalkan tahap kecekapan dan keberkesanan kerja seseorang pegawai. viii) Memudah dan melicinkan urusan harian pejabat. ix) Menjamin pencapaian kualiti kerja melalui standard kerja yang telah ditetapkan. 11. Encik Alif seorang Pembantu Tadbir (P/O) yang bertanggungjawab terhadap surat menyurat di jabatannya. Setiap hari beliau menerima beberapa pucuk surat rasmi yang dihantar oleh jabatan-jabatan lain. (a) Nyatakan peraturan bagi merekodkan surat rasmi di atas kertas minit. (b) Apakah tindakan perlu terhadap surat yang fail tidak dapat dikesan? (c) Apakah tindakan diambil jika surat yang diterima untuk perhatian salah seorang pegawai? Jawapan: (a) Surat yang diterima hendaklah direkodkan di atas kertas minit dengan tulisan merah dengan menuliskan nombor rujukan surat dan tarikhnya beserta tarikh surat itu dikandungkan. (b) Bagi surat yang failnya tidak dapat dikesan, Encik Alif hendaklah meminta Bahagian Pendaftaran Fail supaya membuka sampul kecil sebagai langkah sementara. Ia hendaklah memasukkan surat rasmi itu ke dalam sampul kecil untuk tindakan setelah surat rasmi itu dibuka dan dicop tarikh penerimaan. (c) Surat untuk perhatian pegawai di jabatannya, surat tersebut hendaklah dihantar terus kepada pegawai berkenaan tanpa dibuka. 12. Nyatakan amalan-amalan yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah Agensi kerajaan bagi melaksanakan Etika Perkhidmatan Awam. Amalan- amalan yang boleh dilaksanakan: i) Pemberian pengharapan. ii) Mengadakan dialog serta perbincangan untuk menerangkan cara pelaksana Etika Perkhidmatan Awam. iii) Menubuhkan jawatankuasa kelab sukan kebajikan dan social. iv) Mengeluarkan berita jabatan. v) Mengadakan majlis jamuan minum teh dan sebagainya. vi) Menganjurkan majlis syarahan / ceramah agama. vii) Memberi kakitangan kursus /latihan.
  • 8. viii) Mengadakan pertandingan pejabat terbersih. ix) Mengadakan lawatan mengejut untuk menaksir perjalanan kerja-kerja pejabat. x) Menyediakan manual kerja. xi) Penyadiakan buku panduan. xii) Mewujudkan prerpustakaan jabatan. 13.(a) Encik Ezwan seorang Penolong Pengarah telah diperuntukan sebuah bilik khas. Beliau sedang mengambil tindakan terhadap sepucuk surat “Sulit”. Semasa beliau meninggalkan biliknya kerana berbincang dengan pegawai atasannya, beliau mendapati surat “Sulit” tersebut telah hilang. Beliau telah mencari ke merata tempat namun masih tidak dapat dikesan. Jelaskan tindakan yang perlu diambil oleh Encik Ezwan mengenai kehilangan surat tersebut. (b) Cik Arisah seorang Pegawai Tadbir di Jabatan Y telah diarahkan untukl menyiasat dakwaan yang mengatakan terrdapat dokumen terperingkat yang telah dimusnahkan tanpa mengikut peraturan. Hasil siasatan mendapati kenyataan berkenaan ada kebenaranya. Beliau telah memanggil pegawai-pegawai yang terlibat dan menasihati mereka tentang cara-cara pemusnahan dokumen-dokumen terperingkat yang betul. Nyatakan nasihat yang perlu disampaikan oleh Cik Arisah. Jawapan (a) Surat yang hilang itu hendaklah dicari dengan segera dan kehilangan itu dilaporkan kepada Pegawai Keselamatan atau Ketua Jabatan yang akan menyiasat dan mengemukakan laporannya yang mengandungi pandangan dan taksiran bahaya terhadap keselamatan kepada Pegawai Keselamatan Kerajaan dalam masa 24 jam. Sekiranya kehilangan disahkan, pemula dokumen tersebut hendaklah dimaklumkan supaya tafsiran risiko terhadap keselamatan dapat dibuat dan tindakan menyelamat dan pembetulan keadaan dapat diambil. (c) Jika surat tersebut terbukti hilang, Ketua Jabatan hendaklah menimbangkan sama ada atau tidak tindakan tatatertib diambil atau penyiasatan di bawah Akta Rahsia RAsmi 1972 patut dijalankan. Laporan sekiranya difikirkan sesuatu kesalahan jenayah telah berlaku. (d) Dokumen terperingkat termasuk buangan terperingkat yang hendaklah dimusnahkan hendaklah terlebih dahulu dikoyak kecil-kecilkan atau dirincih dengan penggunaan mesin perincih dan dibakar mengikut peraturan-peraturan yang terselamat di bawah penyeliaan penjawat awam yang dibenar mengendalikan dokumen tersebut. Abunya hendaklah terperingkat hendaklah diberi perlindungan keselamatan yang sepatutnya sehingga dimusnahkan. Rujukan kepada Pegawai Keselamatan Kerajaan hendaklah dibuat unutk lain-lain cara pemusnahan. (7m) 14. Semua wang hasil yang diterima oleh sesebuah jabatan Kerajaan sama ada dalam bentuk wang tunai,cek,kiriman pos dan lain-lain hendaklah dikeluarkan resit rasmi bagi mengakuterima wang yang diterima. Daftar dan senarai pungutan mestilah dibukukan oleh seorang anggota yang lain daripada kasyer. (a) Terangkan peraturan-peraturan viasa dalam memgeluarkan resit. (7m)
  • 9. (b) Nyatakan keadaan di mana penyediaan resit rasmi boleh dilakukan oleh seorang anggota sahaja. (8m) Jawapan: (a) Resit rasmi mestilah dikeluarkan bagi mengaku terima wang yang diterima oleh sesebuah jabatan kerajaan. (i) Resit mestilah dikeluarkan pada masa urusan dibuat dan jika pembayar hadir sendiri,resit itu diserahkan kepadanya. Jika diterima melalui pos atau penghantar, resit dihantar pada hari itu juga. (ii) Resit mestilah ditandatangani dengan berkarbon oleh pegawai yang menerima wang itu tetapi mestilah ditulis oleh pegawai lain. (7m) (b) Resit rasmi boleh dikeluarkan oleh seorang pegawai sahaja dalam keadaan-keadaan berikut: (i) Resit dari skim bermesin ada digunkan. (ii) Bayaran tetap tercetak pada resit. (iii) Pungutan luar di mana seorang pegawai terpaksa bekerja seorang diri. (iv) Seorang pegawai lain tidak ada, dengan kebenaran khusus dari Akauntan Negara / Bendahari Negeri. (8m) 15. Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) merupakan mekanisma bagi membolehkan pekerja secara berkumpulan menyertai proses penyelesaian masalah bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti jabatan. Jelaskan lima (5) factor-faktor yang menyokong kejayaan pelaksanaannya. (15M) Jawapan: Faktor-faktor yang menyokong kejayaan pelaksanaan KMK (i) Sikap yang positif, kesungguhan dan komitmen daripada pihak pengurusan atasan. Ini termasuklah kesediaan pihak pengurusan unutk meluangkan masa dan tenaga dalam melaksanakan program ini. (ii) Sistem latihan yang berkesan. (iii) Sokongan daripada semua peringkat. (iv) Pengwujudan system pengiktirafan kepada ahli-ahli KMK. (v) Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan seperti alat-alat tulis, projector overhead, transparensi, bilik perbincangan dan sebagainya. (vi) KMK dianggap sebagai usaha jangka panjang. KMK haruslah dimulakan secara kecil-kecilan dahulu supaya ianya dapat dikekalkan secara berpanjangan. (15m) 16. Kerajaan telah mengadakan pelbagai usaha unutk meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada para pelanggannya. Antara langkah tersebut termasuklah memastikan setiap jabatan menyediakan dan mamatuhi Piagam Pelanggan. Sila jelaskan :
  • 10. (a) (i) Definisi Piagam Pelanggan (ii) Ciri-ciri Piagam Pelanggan yang dikatakan jelas dan senang disebar. (9m) (b) Bagaimanakah Sistem Maklumbalas Pelanggan boleh dilaksanakan? (6m) Jawapan: a) i. Piagam Pelanggan adalah satu pernyataan komitmen secara bertulis oleh agensi-agensi kerajaan terhadap penyampaian keluaran atau perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Ia merupakan satu jaminan agensi kerajaan untuk menyampaikan keluaran atau perkhidmatan mengikut kualiti yang ditetapkan. ii. Piagam Pelanggan hendaklah jelas, ringkas dan mudah difahami. Maklumat-maklumat di dalamnya hendaklah menyatakan hany perkara utama dengan tepat. Ia juga senang disebarkan untuk pengetahuan orang ramai. Penyebaran boleh dibuat sama ada melalui risalah-risalah, ‘handbills’, atau poster yang boleh dipamerkan di tempat-tempat strategic di agensi atau di tempat-tempat orang awam (9m) (b)Sistem maklumbalas pelanggan boleh dilaksanakan di sesebuah agensi adalah seperti berikut: (i) Borang maklumbalas pelanggan (ii) Peti cadangan (iii)Pengesahan berita (iv)Kajian Pakar Perundingan (v)Penyediaan Perkhidmatan Hotline (vi) client survey 17. Huraikan bagaimanakah Dasar Pendidikan Negara dapat membantu mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. (15m) Jawapan: Dasar Pendidikan Negara sebagaimana dalam Akta Pelajaran 1961 menjadikan perpaduan sebagai matlamat akhirnya. Ini dapat dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut: (a) Kurikulum yang sama i.Kurikulum sekolah diubah supaya berorientasikan Malaysia tanpa mengira bahasa penghantarnya. ii.Semua sekolah rendah menggunkan KBSR dna sekolah menengah menggunakan KBSM.
  • 11. iii. Pendidikan berunsurkan ketatanegaraan dan cintakan Malaysia telah diserapkan ke dalam semua mata pelajaran. Dengan cara ini, semangat kebangsaan dan sifat taat setia kepada Negara dapat dipujuk. iv.Sifat-sifat toleranmsi,persefahaman dan tolak ansur boleh dibentuk bagi melahirkan sebuah masyarakat yang bersepadu. (5m) b)Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama i.Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa penghantar utama di semua sekolah dan pusat pengajian tinggi di Malaysia mulai 1970. ii. Mata pelajaran Bahasa Melayu telah juga diwajibkan di semua sekolah rendah aliran bahasa Cina dan Tamil. Penggunaan satu bahasa dapat mengeratkan lagi perhubungan dan persefahaman antara kaum di Negara ini. (4m) c)Kegiatan Kokurikulum Aktiviti kokurikulum dan sukan telah digalakkan oleh kerajaan di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Kegiatan ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu aktiviti persatuan,unit beruniform dan sukan/olahraga. Dengan cara ini, usaha melahirkan generasi muda yang berdisiplin, bersemangat kebangsaan dan bersatu padu akan mudah dicapai. (3m) d)Satu sistem peperiksaan yang sama Peperiksaan yang sama dan seragam telah dimulakan oleh kerajaan sperti Sijil Rendah (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Dengan adanya peperiksaan ayng seragam dan sama ini, maka perasaan rendah diri dapat dihindarkan dan satu imej dan identity yang sama dan sepadu dapat dibentuk. (3m) 18.Faktor dorongan adalah merupakan factor yang mempengaruhi kecekapan dan mutu perkhidmatan awam. Huraikan tiga (3) faktor GALAKAN dan tiga (3) faktor Penyelenggaraan sebagaimana yang dimaksudkan di bawah faktor dorongan tersebut (15m) Jawapan: (a) Faktor Galakan (i)Keperluan / keinginan – seseorang itu untuk mencapai sesuatu tujuan di mana ia akan berusaha bersungguh-sungguh dan sanggup menempuh berbagai dugaan bagi mencapai sesuatu. (ii)Penghargaan- Penghargaan daripada pihak atasan seperti pemberian pingat, penurunan kuasa kepada pegawai bawahan, penghargaan bagi perkhidmatan yang cemerlang.
  • 12. (iii)Sifat yang baik – Menerima maklumbalas mengenai kerja-kerja yang telah dilaksanakan,ia perlu merasa bahawa ia mempunyai sedikit sebanyak hak dalam menentukan matlamatnya, ia perlu merasa bahawa sumbangannya terhadap pencapaian objektif adalah penting. (iv)Peluang untuk memajukan diri sendiri seperti latihan dan kenaikan pangkat. (b)Faktor Penyelenggaraan i.Polisi dan prosedur pentabdiran yang sempurna – ianya mestilah difahami dan diamalkan dengan adil dan saksama oleh penjawat-penjawat awam. ii.Penyeliaan - penyeliaan yang berkesan ‘situational’ agar daya kreativiti tidak terjejas dan akan meningkatkan mutu kerja. iii. Suasan kerja - dari segi susun atur pejabat, peralatannya dan sebagainya. iv.Gaji – diberi berasaskan keperluan asas hidup dan ianya hendaklah setimpal dengan tugas dan tanggungjawab serta mencukupi. v.Kemudahan sesuai dengan kedudukan – Kemudahan diberi hendaklah bersesuain dengan jawatan. vi. Kerja yang terjamin – mengelakkan lereka daripada mencari kerja lain. (7.5m) 19.Nyatakan aspek-aspek penting yang perlu diberi perhatian di dalam pengurusan tenaga manusia untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan staf kaunter. (15m) Jawapan: i.Program latihan terancang – tenaga manusia berkualiti sebelum penempatan dilakukan. ii.Program motivasi – dorong tingkat keupayaan. Sebagai contoh,mewujudkan system komunikasi antara staf kaunter-pihak pengurusan bincang masalah dan fikir cara-cara mengatasinya. iii.Wujudkan system pengiktirafan – hargai yang beri perkhidmatan cemerlang. iv.Pastikan bilangan staf cukup berbanding beban kerja. v.Sistem giliran kerja – dapat pendedahan ayng cukup mengenai semua bidang tugas / tingkatkan keupayaan mereka. (20m)
  • 13. 20. Kewujudan sesebuah organisasi turut dipengaruhi oleh persekitaran. Di antara yang wujud ialah persekitaran kerja, persekitaran masyarakat dan persekitaran dalaman. Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan persekitaran kerja,persekitaran masyarakat dan persekitaran dalaman. a) Persekitaran kerja Persekitaran yang paling dekat dgn organisasi terdiri daripada tuan pnuya organisasi,kerajaan,pelanggan,masyarakat,pesaing dan pembekal. b)persekitaran masyarakat -Dipengaruhi 4 faktor besar : i.sosial,budaya masyarakat (pemikiran, nilai system kepercayaan dan perilaku masyarakat) ii.Tekanan politik,system perundangan terhadap organisasi iii.Tahap teknologi yang telah dicapai iv.Prestasi ekonomi yang wujud dalam masyarakat. c)Persekitaran dalaman i.Proses pengumpulan maklumat dan cara berkomuniksai ii.Proses mendapatkan maklumat dan cara membuat keputusan.