DISEDIAKAN OLEH :
    Anonymous
   Perkembangan fzikal merujuk kepada
    perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan
    bahagian-bahagian badan, fungsi anggota-
    anggota badan dan perawakan manusia
    (Woolfolk & Margetts, 2007)

   Semasa pembesaran, kanak-kanak akan
    mengalami perubahan dalam ketinggian, berat
    badan, menjadi lebih kuat dan dapat
    melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang
    lebih kompleks.
1)   Perkembangan bermula daripada kepala dan
     beransur ke kaki
2)   Arah perkembangan berlaku daripada tengah
     badan dan berterusan ke luar
3)   Kebolehan bayi bertambah jelas dan spesifik
4)   Aspek berbeza berkembang pada tahap
     berbeza
Fasa
              pembenihan




             Prenatal
Fasa fetal                 Fasa embrio
   Perkembangan organism bermula pada masa
    persenyawaan, iaitu apabila sperma bapa bersatu
    dengan ovum atau telur ibu.
   Seorang wanita dilahirkan dengan simpanan telur
    di dalam kedua-dua ovarinya.
   Selepas seorang wanita mencapai aki baligh, satu
    ovum akan mencapai tahapkematangan setiap 28
    hari di dalam ovari.
   Ovum tersebut kemudiannya akan memasuki tiub
    falopia.
   Proses ini dipanggil ovulasi.
   Selepas ovulasi, ovum tersebut akan bergerak
    ke tiub falopia.
   Persenyawaan berlaku berlaku apabila ovum
    ibu bergabung dengan sperma bapa di bahagia
    atas tiub falopia bersebelahan dengan ovari.
   Sekiranya ovum tersebut tidak disenyawakan
    dalam masa 48 jam selepas ovulasi, ia akan
    dikeluarkan sebagai haid.
   Manakala ovum yang disenyawakan oleh
    sperma dinamakan zigot.
   Peringkat prenatal ialah selama sembilan bulan
    dan terbahagi kepada tiga fasa, iaitu
    pembenihan (germinal stage), embrio dan fetal.
   Fasa ini bermula daripada proses
    persenyawaan sehingga zigot melekat pada
    dinding rahim.
   Tempoh fasa ini biasanya selama dua minggu.
   Selepas persenyawaan, zigot akan bergerak ke
    rahim.
   Zigot seterusnya akan mengalami proses
    pembahagian sel atau mitosis.
   Sel-sel baru yang terbentuk akan menjadi
    bahagian-bahagian sistem saraf, otk, organ dan
    bahagian lain badan.
   Sel-sel baru ini akan menerima salinan gen-gen
    yang diperturunkan daripada ibubapa.
   Gen-gen ini mengandungi DNA
    (Deoxyribonucleic acid) .
   Aturan-aturan struktur DNA yang banyak
    akan menyebabkan trait dan baka berbeza.
   Tidak ada dua individu yang mempunyai baka
    yang sama kecuali kembar serupa yang berasal
    daripada zigot yang sama.
   Selepas pembenihan pada dinding rahim, fasa
    kedua perkembangan prenatal akan bermula.
   Fasa ini bermula daripada minggu ketiga sehingga
    minggu kelapan selepas persenyawaan.
   Pada fasa ini, organisma yang terbentuk dipanggil
    embrio.
   Pada minggu keempat perkembangan otak
    bermula, mata, telinga dan mulut mula terbentuk.
   Pada minggu kelapan, embrio mempunyai sistem
    organ yang asas, rupa muka, jari tangan dan kaki.
   Embrio menerima makanan, khasiat dan
    oksigen melalui tali pusat.
   Tali pusat ini juga membawa karbon dioksida
    dan bahan kumuh daripada embrio kepada ibu
    untuk dikumuhkan.
   Perkembangan yang agak pesat berlaku pada
    fasa ini.
   Struktur-struktur dan sistem-sistem asas badan
    dibentuk pada fasa ini.
   Fasa ini bermula pada bulan ketiga selepas
    persenyawaan sehingga kelahiran bayi.
   Pada fasa ini, ia dipanggil fetus dan pada
    peringkat ini organ utama bertambah saiz, otot
    dan sistem saraf sudah mula terbentuk dan isyarat
    daripada otak serta beberapa pergerakan sudah
    boleh dikesan.
   Perkembangan antara bulan ketiga sehingga bulan
    keenam agak pesat.
   Pergerakan bayi dapat dirasai oleh ibu dan deria-
    deria penglihatan dan pendengaran bayi sudah
    mula berfungsi.
   Pada bulan ketujuh, sekiranya bayi lahir, ia
    mempunyai peluang untuk hidup tetapi akan
    mengalami masalah pernafasan.
   Dengan teknologi hari ini, peluang hidup bayi
    ini agak tinggi.
   Pada peringkat ini juga, berat badan dan
    panjang bayi bertambah.
   Fetus mengubah arah kedudukan sebelum
    lahir dengan kepalanya pada dasar rahim.
   Secara purata, berat bayi semasa kelahiran
    lebih kurang 3.5kg.
   Pada dua tahun yang pertama, pertumbuhan
    dan perkembangan bayi berlaku pada kadar
    yang pesat.
   Berat badan bertambah lebih kurang 10kg dan
    ketinggian sebanyak 40cm.
   Saiz dan kompleksiti otak bertambah.
   Sel-sel neuron dalam otak berkembang namun
    organisasinya memerlukan pengalaman
    selepas lahir.
   Gigi susu pada gusi bawah mula kelihatan (6 – 8
    bulan)
   Pertumbuhan gigi bermula pada gusi bawah
    dahulu kemudian diikuti dengan pertumbuhan
    gigi pada gusi atas.
   Bayi mula menunjukkan autonomi dan kekuatan
    melalui pergerakan seperti memusingkan
    badan, merangkak dan berjalan.
   Dalam masa yang sama, perkembangan otot-otot
    halus (jari tangan) yang membolehkan bayi
    mencapai, menggenggam dan koordinasi antara
    mata dan tangan mula kelihatan.
   Diakhiri tahun kedua, bayi sudah boleh
    melakukan aktiviti yang kompleks seperti
    memegang pensil krayon dan melukis.
   Pada peringkat ini, kadar pertumbuhan fizikal
    perlahan jika dibanding dengan pertumbuhan
    pada tahun pertama kanak-kanak tersebut.
   Ketinggian kanak-kanak pada peringkat ini dua
    kali ketinggiannya semasa lahir dan berat
    badannya mungkin empat kali ganda.
   Kajian menunjukkan kadar perkembangan kanak-
    kanak perempuan pada peringkat ini lebih cepat
    berbanding kanak-kanak lelaki.
   Perubahan dalam kebolehan psikomotor ini
    mengikut aturan, misalnya seorang kanak-kanak
    boleh belari terlebih dahulu sebelum belajar
    bergerak menggunakan kasut roda.
Umur (tahun)               Perkembangan psikomotor


     2         Menaiki tangga dengan bantuan
               Memegang objek-objek besar seperti bola
               Memanipulasi objek-objek kecil seperti krayon


     3         Melambung bola
               Menunggang basikal tiga roda
               Membutangkan bajunya dengan sendiri


     4         Melompat dan berlari
               Menaiki dan menurun tangga tanpa bantuan

     5         Menggunakan kasut roda
               Menulis huruf-huruf dan perkataan-perkataan yang
               mudah.
   Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada
    peringkat ini stabil dan tidak begitu pesat jika
    dibandingkan dengan peringkat-peringkat
    sebelum ini.
   Pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat
    ini lebih bercorak penambahbaikan kemahiran-
    kemahiran psikomotor yang sedia ada.
   Pada peringkat ini, pertumbuhan gigi kekal
    bermula dan gigi susu akan diganti.
   Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah
    pada umur 8 sehingga 10 tahun dan mencapai
    tahap kemuncak pada 12 tahun.
   Ketinggian kanak-kanak lelaki mula
    bertambah apabila mereka berumur antara 10
    hingga 12 tahun dan mencapai tahap
    kemuncak semasa mereka berumur 15 tahun.
   Pada umumnya kanak-kanak menjadi lebih
    kurus.
   Pada umur sebelas tahun apabila kanak-kanak
    menghampiri akil baligh, kanak-kanak
    kelihatan lebih kuat dan mempunyai
    keupayaan untuk fokus kepada aktiviti atau
    tugas yang diberi kepada mereka.
   Perkembangan oto-otot halus, koordinasi mata
    dan tangan sudah mencukupi untuk kanak-
    kanak menulis dengan lebih kemas, belajar
    bermain alat-alat muzik seperti piano dan
    biola, menjahit, mengait, membina
    model, belajar gimnastik, berenang, tenis dan
    olahraga.
   Kanak-kanak lelaki lebih cenderung kepada
    permainan lasak.
   Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada
    peringkat ini adalah cepat dan pesat, sama
    seperti kadar perkembangan semasa bayi.
   Perubahan fizikal seperti ketinggian, saiz dan
    bentuk badan mula ke arah dewasa.
   Perubahan saiz bagi remaja perempuan
    berlaku dengan cepat bermula satu atau dua
    tahun sebelum mencapai akil baligh.
   Apabila mencapai akil baligh, bentuk badan
    remaja perempuan mula menunjukkan sifat
    kewanitaannya.
   Remaja lelaki yang mencapai akil baligh akan
    melalui perubahan suara atau ‘suara pecah’.
   Tubuh badannya bertambah tegap.
   Perubahan ketinggian dan akil baligh berlaku
    pada remaja perempuan terlebih dahulu sebelum
    remaja lelaki, namum tempoh pertumbuhan lelaki
    semasa mencapai akil baligh lebih lama.
   Pertumbuhan otot lebih ketara pada remaja lelaki
    dan akibatnya mereka pada umumnya lebih kuat
    secara fizikal berbanding dengan remaja
    perempuan.
Perkembangan fizikal

Perkembangan fizikal

  • 1.
  • 2.
    Perkembangan fzikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota- anggota badan dan perawakan manusia (Woolfolk & Margetts, 2007)  Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks.
  • 3.
    1) Perkembangan bermula daripada kepala dan beransur ke kaki 2) Arah perkembangan berlaku daripada tengah badan dan berterusan ke luar 3) Kebolehan bayi bertambah jelas dan spesifik 4) Aspek berbeza berkembang pada tahap berbeza
  • 4.
    Fasa pembenihan Prenatal Fasa fetal Fasa embrio
  • 5.
    Perkembangan organism bermula pada masa persenyawaan, iaitu apabila sperma bapa bersatu dengan ovum atau telur ibu.  Seorang wanita dilahirkan dengan simpanan telur di dalam kedua-dua ovarinya.  Selepas seorang wanita mencapai aki baligh, satu ovum akan mencapai tahapkematangan setiap 28 hari di dalam ovari.  Ovum tersebut kemudiannya akan memasuki tiub falopia.  Proses ini dipanggil ovulasi.
  • 6.
    Selepas ovulasi, ovum tersebut akan bergerak ke tiub falopia.  Persenyawaan berlaku berlaku apabila ovum ibu bergabung dengan sperma bapa di bahagia atas tiub falopia bersebelahan dengan ovari.  Sekiranya ovum tersebut tidak disenyawakan dalam masa 48 jam selepas ovulasi, ia akan dikeluarkan sebagai haid.  Manakala ovum yang disenyawakan oleh sperma dinamakan zigot.
  • 7.
    Peringkat prenatal ialah selama sembilan bulan dan terbahagi kepada tiga fasa, iaitu pembenihan (germinal stage), embrio dan fetal.
  • 8.
    Fasa ini bermula daripada proses persenyawaan sehingga zigot melekat pada dinding rahim.  Tempoh fasa ini biasanya selama dua minggu.  Selepas persenyawaan, zigot akan bergerak ke rahim.  Zigot seterusnya akan mengalami proses pembahagian sel atau mitosis.  Sel-sel baru yang terbentuk akan menjadi bahagian-bahagian sistem saraf, otk, organ dan bahagian lain badan.
  • 9.
    Sel-sel baru ini akan menerima salinan gen-gen yang diperturunkan daripada ibubapa.  Gen-gen ini mengandungi DNA (Deoxyribonucleic acid) .  Aturan-aturan struktur DNA yang banyak akan menyebabkan trait dan baka berbeza.  Tidak ada dua individu yang mempunyai baka yang sama kecuali kembar serupa yang berasal daripada zigot yang sama.
  • 10.
    Selepas pembenihan pada dinding rahim, fasa kedua perkembangan prenatal akan bermula.  Fasa ini bermula daripada minggu ketiga sehingga minggu kelapan selepas persenyawaan.  Pada fasa ini, organisma yang terbentuk dipanggil embrio.  Pada minggu keempat perkembangan otak bermula, mata, telinga dan mulut mula terbentuk.  Pada minggu kelapan, embrio mempunyai sistem organ yang asas, rupa muka, jari tangan dan kaki.
  • 11.
    Embrio menerima makanan, khasiat dan oksigen melalui tali pusat.  Tali pusat ini juga membawa karbon dioksida dan bahan kumuh daripada embrio kepada ibu untuk dikumuhkan.  Perkembangan yang agak pesat berlaku pada fasa ini.  Struktur-struktur dan sistem-sistem asas badan dibentuk pada fasa ini.
  • 12.
    Fasa ini bermula pada bulan ketiga selepas persenyawaan sehingga kelahiran bayi.  Pada fasa ini, ia dipanggil fetus dan pada peringkat ini organ utama bertambah saiz, otot dan sistem saraf sudah mula terbentuk dan isyarat daripada otak serta beberapa pergerakan sudah boleh dikesan.  Perkembangan antara bulan ketiga sehingga bulan keenam agak pesat.  Pergerakan bayi dapat dirasai oleh ibu dan deria- deria penglihatan dan pendengaran bayi sudah mula berfungsi.
  • 13.
    Pada bulan ketujuh, sekiranya bayi lahir, ia mempunyai peluang untuk hidup tetapi akan mengalami masalah pernafasan.  Dengan teknologi hari ini, peluang hidup bayi ini agak tinggi.  Pada peringkat ini juga, berat badan dan panjang bayi bertambah.  Fetus mengubah arah kedudukan sebelum lahir dengan kepalanya pada dasar rahim.
  • 14.
    Secara purata, berat bayi semasa kelahiran lebih kurang 3.5kg.  Pada dua tahun yang pertama, pertumbuhan dan perkembangan bayi berlaku pada kadar yang pesat.  Berat badan bertambah lebih kurang 10kg dan ketinggian sebanyak 40cm.  Saiz dan kompleksiti otak bertambah.  Sel-sel neuron dalam otak berkembang namun organisasinya memerlukan pengalaman selepas lahir.
  • 15.
    Gigi susu pada gusi bawah mula kelihatan (6 – 8 bulan)  Pertumbuhan gigi bermula pada gusi bawah dahulu kemudian diikuti dengan pertumbuhan gigi pada gusi atas.  Bayi mula menunjukkan autonomi dan kekuatan melalui pergerakan seperti memusingkan badan, merangkak dan berjalan.  Dalam masa yang sama, perkembangan otot-otot halus (jari tangan) yang membolehkan bayi mencapai, menggenggam dan koordinasi antara mata dan tangan mula kelihatan.  Diakhiri tahun kedua, bayi sudah boleh melakukan aktiviti yang kompleks seperti memegang pensil krayon dan melukis.
  • 16.
    Pada peringkat ini, kadar pertumbuhan fizikal perlahan jika dibanding dengan pertumbuhan pada tahun pertama kanak-kanak tersebut.  Ketinggian kanak-kanak pada peringkat ini dua kali ketinggiannya semasa lahir dan berat badannya mungkin empat kali ganda.  Kajian menunjukkan kadar perkembangan kanak- kanak perempuan pada peringkat ini lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki.  Perubahan dalam kebolehan psikomotor ini mengikut aturan, misalnya seorang kanak-kanak boleh belari terlebih dahulu sebelum belajar bergerak menggunakan kasut roda.
  • 17.
    Umur (tahun) Perkembangan psikomotor 2 Menaiki tangga dengan bantuan Memegang objek-objek besar seperti bola Memanipulasi objek-objek kecil seperti krayon 3 Melambung bola Menunggang basikal tiga roda Membutangkan bajunya dengan sendiri 4 Melompat dan berlari Menaiki dan menurun tangga tanpa bantuan 5 Menggunakan kasut roda Menulis huruf-huruf dan perkataan-perkataan yang mudah.
  • 18.
    Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini stabil dan tidak begitu pesat jika dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini.  Pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini lebih bercorak penambahbaikan kemahiran- kemahiran psikomotor yang sedia ada.  Pada peringkat ini, pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi susu akan diganti.  Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah pada umur 8 sehingga 10 tahun dan mencapai tahap kemuncak pada 12 tahun.
  • 19.
    Ketinggian kanak-kanak lelaki mula bertambah apabila mereka berumur antara 10 hingga 12 tahun dan mencapai tahap kemuncak semasa mereka berumur 15 tahun.  Pada umumnya kanak-kanak menjadi lebih kurus.  Pada umur sebelas tahun apabila kanak-kanak menghampiri akil baligh, kanak-kanak kelihatan lebih kuat dan mempunyai keupayaan untuk fokus kepada aktiviti atau tugas yang diberi kepada mereka.
  • 20.
    Perkembangan oto-otot halus, koordinasi mata dan tangan sudah mencukupi untuk kanak- kanak menulis dengan lebih kemas, belajar bermain alat-alat muzik seperti piano dan biola, menjahit, mengait, membina model, belajar gimnastik, berenang, tenis dan olahraga.  Kanak-kanak lelaki lebih cenderung kepada permainan lasak.
  • 21.
    Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat ini adalah cepat dan pesat, sama seperti kadar perkembangan semasa bayi.  Perubahan fizikal seperti ketinggian, saiz dan bentuk badan mula ke arah dewasa.  Perubahan saiz bagi remaja perempuan berlaku dengan cepat bermula satu atau dua tahun sebelum mencapai akil baligh.
  • 22.
    Apabila mencapai akil baligh, bentuk badan remaja perempuan mula menunjukkan sifat kewanitaannya.  Remaja lelaki yang mencapai akil baligh akan melalui perubahan suara atau ‘suara pecah’.  Tubuh badannya bertambah tegap.  Perubahan ketinggian dan akil baligh berlaku pada remaja perempuan terlebih dahulu sebelum remaja lelaki, namum tempoh pertumbuhan lelaki semasa mencapai akil baligh lebih lama.  Pertumbuhan otot lebih ketara pada remaja lelaki dan akibatnya mereka pada umumnya lebih kuat secara fizikal berbanding dengan remaja perempuan.