Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak

7,265 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
7,265
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
251
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak

  1. 1. Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah. Penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak prasekolah penting kerana membantu mengesan perkembangan seseorang murid itu dan mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. Selain itu ia juga sebagai alat untuk mengesan kelebihan dan kelemahan murid dalam pembelajaran dari semasa ke semasa. Ia juga dapat membantu guru dalam mengenal pasti keberkesanan seseuatu pengajaran. Selain itu, guru juga dapat menggunakan penaksiran dan penilaian sebagai medium untuk merangsang aktiviti mengikut keperluan dan pertumbuhan murid serta mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Pentaksiran dan penilaian juga penting bagi menyediakan program atau aktiviti yang selanjutnya yang sesuai diberikan kepada murid prasekolah. Aktiviti tersebut adalah sama ada aktiviti pemulihan untuk murid yang lemah, aktiviti pengukuhan untuk yang menguasai dan aktiviti pengayaan bagi mereka yang sudah mahir. Ketiga-tiga tahap ini mempunyai tahap kesukaran yang berbeza-beza mengikut tahap murid.Penilaian dan pentaksiran juga berperanan untuk menjadi asas membuat laporan kepada ibu bapa.Melalui pentaksiran dan penilaian ini juga murid dapat menilai diri mereka sendiri. Dengan ini mereka akan berusaha memajukan diri melalui aktiviti yang disediakan. Idea-idea mengukuhkan kefahaman tentang konsep, objektif dan prinsip penaksiran dan penilaian. Secara umumnya penaksiran adalah proses membuat keputusan berdasarkan peraturan atau piawaian manakala penilaian pula melibatkan pengumpulan maklumat,merekodkan ,menganalisis dan melaporkan berdasarkan data yang diperoleh . Penaksiran dan penilaian adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Secara keseluruhannya penaksiran dan penilaian bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka.Hasil penaksiran dan penialain membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.
  2. 2. Menurut Rohaty dan Abu Bakar (1989), penilaian adalah suatu proses yang melibatkan beberapa langkah utama atau proses yang berterusan untuk mencapai satu tujuan iaitu bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan mencukupi untuk membolehkan guru membuat sesuatu keputusan yang dirasakan perlu. Langkah-langkah utama atau proses yang dinyatakan sebelum ini dapatlah dirumuskan kepada tiga proses utama iaitu proses yang pertama adalah merancang, proses kedua melaksanakan penaksiran dan proses yang ketiga adalah merekod maklumat. Dodge et. Al (1994), pentaksiran merupakan satu proses pengumpulan maklumat tentang kanak-kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran dan perkembangan mereka yang dinilai melalui pemerhatian, dokumentasi dan tugasan yang dilakukan kanak-kanak. Dalam proses pertama iaitu merancang, beberapa perkara penting haruslah diambil kira agar penilaian dan penaksiran yang hendak dibuat berjalan dengan lancar dan sistematik. Perkara-perkara berikut adalah yang pertamanya mengenal pasti murid yang hendak dinilai, yang kedua menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, yang ketiga menentukan instrumen yang hendak digunakan, dan yang seterusnya adalah menentukan aspek yang hendak diperhatikan, menentukan tempoh masa pemerhatian dan yang terakhir menentukan waktu sesuatu penaksiran dan penilaian hendak dijalankan. Selain itu, dalam proses merancang juga pembinaan instrumen perlu dititikberatkan. Instrumen yang dibina seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti tujuan yang jelas, menepati apa yang hendak dinilai, item yang boleh diukur dan perlu diingatkan bahawa setiap item hanya boleh mengukur setiap satu kemahiran sahaja. Dalam proses kedua iaitu proses melaksanakan penaksiran dan penilaian pula, perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana penaksiran dan penilaian dilaksanakan. Penaksiran dan penilaian dalam pendidikan prasekolah hanya dapat dilakukan melalui pemerhatian. Pemerhatian merupakan proses pengamatan terhadap segala pelakuan murid yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Dalam konteks penilaian dan penaksiran, pemerhatian merupakan satu kaedah yang sistematik untuk mengumpul data atau maklumat agar dapat merekodnya dengan tepat kelak.Antara contoh-contoh rekod yang boleh digunakan adalah Senarai Semak, Skala Kadar, Rekod Anekdot dan Rekod Berterusan.
  3. 3. Objektif Penilaian dan pentaksiran mempunyai objektif mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid.Ia juga menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian. Ia juga sebagai satu alat untuk memberikan aktiviti yang sesuai pada tahap murid. Menurut Katz (1997) berpendapat penaksiran dan penilaian di prasekolah betujuan untuk menentukan kemajuan dalam pencapaian perkembangan yang utama, membuat keputusan penempatan, membuat diagnosis masalah pengajaran dan pembelajaran, membantu dalam membuat keputusan berkaitan pengajaran dan kurikulum, menjadi asas dalam membuat laporan kepada ibubapa dan menolong kanak-kanak tertentu dalam menilai kemajuan dirinya sendiri. Antara objektif penaksiran dan penilaian yang penting adalah untuk mengesan perkembangan seseorang murid itu serta mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh. Selain itu ia digunakan untuk mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pembelajaran dari masa ke semasa. Guru juga dapat mengesan keberkesanan sesuatu pengajarannya melalui proses penaksiran dan penilaian. Selain itu, guru juga dapat menggunakan penaksiran dan penilaian sebagai medium untuk merangsang aktiviti mengikut keperluan dan pertumbuhan murid serta mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Menurut Lihanna Borhan, dari tujuan penaksiran dan penilaian berdasarkan garis panduan Amalan Bersesuaian Perkembangan dalam pendidikan prasekolah, dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan penilaian berbentuk ujian atau peperiksaan bertulis bukanlah satu kaedah yang sesuai di tahap ini. Sebaliknya, guru prasekolah seharusnya mengubah perhatian mereka ke arah penggunaan sistem penilaian yang lebih autentik.
  4. 4. Prinsip James H. McMillan (2000) telah menyatakan terdapat tiga utama prinsip penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak. Prinsip yang pertama adalah maklumat tentang sesuatu penaksiran dan penilaian itu haruslah jelas, boleh dipercayai dan boleh dicapai dengan telus. Prinsip yang kedua pula adalah penaksiran dan penilaian seharusnya boleh dipercayai dan konsisten.Prinsip yang terakhir pula adalah penilaian haruslah inklusif dan adil. Surayah dan Haslinda (2009) pula menyatakan terdapatnya enam prinsip penaksiran dan penilaian.Prinsip yang pertama adalah penaksiran dan penilaian seharusnya dijalankan secara berterusan, sesuai dan dapat membantu perkembangan kanak-kanak. Hal ini adalah selari dengan sifat perkembangan kanak-kanak itu sendiri iaitu perkembangan adalah satu proses yang berterusan. Oleh itu, guru tidak seharusnya menjalankan proses penaksiran dan penilaian hanya sekali atau dua sahaja. Ini adalah supaya maklumat tentang sesuatu penaksiran dan penilaian perkembangan kanak-kanak itu jelas, boleh dipercayai dan telus (James H. McMillan). Prinsip yang kedua adalah penaksiran dan penilaian haruslah mempunyai perancangan, strategi dan instrumen penilaian yang berbeza-beza sesuai dengan setiap tujuan penilaian dan hasil pembelajaran. Prinsip ini adalah menepati langkah melaksanakan penaksiran dan penilaian yang iaitu langkah yang pertama adalah proses merancang, langkah kedua melaksanakan penaksiran dan langkah yang ketiga adalah merekod maklumat ke dalam instrumen penaksiran dan penilaian yang bersesuaian dengan aspek perkembangan yang ingin dikaji. Sebagai contoh, Rekod Berterusan dapat digunakan untuk merekod perkembangan fizikal kanak-kanak.Senarai Semak pula merupakan instrumen yang terbaik digunakan kerana ianya mudah dan praktikal untuk dikendalikan di samping banyak kemahiran- kemahiran lain yang boleh dimasukkan secara serentak. Prinsip penaksiran dan penilaian yang ketiga adalah ia perlulah mempunyai kriteria-kriteria penilaian perkembangan yang sesuai dengan objektif pembelajaran. Prinsip yang seterusnya adalah ianya harus memberikan manfaat dan bermakna dalam pengalaman harian kanak-kanak.seterusnya, penaksiran dan penilaian juga hendaklah dilaksanakan secara tidak formal, iaitu semasa kanka-kanak mengalami proses pembelajaran. Ini adalah untuk mendapatkan hasil yang autentik dan tidak hanya seperti sebuah lakonan.Jadi penilaian ini dilakukan secara telus. Prinsip yang terakhir pula adalah proses penaksiran dan penilaian perlu dilaksanakan melalui pemerhatian dan dokumentasi untuk membuktikan kesasihannya.
  5. 5. Bagaimana saya dapat mengukuhkan kefahaman tentang penilaian dan penaksiran? · Melalui pembacaan. Pembacaan bahan rujukan seperti buku terbitan PTS banyak mengeluarkan buku-buku Pendidikan Awal Kanak-kanak.Buku terbitan luar Negara juga sangat banyak didapati serta mempunyai isi yang padat dan berguna.Saya berusaha membaca banyak jurnal dan laman web dalam laman sesawang melalui internet.Sebagai contoh laman web yang baik adalah www.scribd yang banyak menghimpunkan bahan-bahan daripada pelbagai Negara. · Perbincangan dengan Guru Prasekolah amat penting bagi memberi peluang kepada saya mendalami ilmu penaksiran dan penilaian. Daripada konsep, objektif dan prinsip ini, saya akan bertanya dan berbincang pelbagai soalan mengenai penilaian. Saya juga akan berbincang tentang keberkesanan penilaian berterusan terhadap kanak-kanak prasekolah. Saya juga berbincang dengan rakan-rakan untuk mencambahkan lagi pemikiran. · Melalui praktikal atau amali. Setelah melakukan pembacaan dan perbincangan dengan pelbagai pihak terutama sekali Guru Prasekolah dan Pensyarah, saya melakukan amali(tugasan). Saya lebih memahami konsep,objektif dan prinsip kerana banyak masalah yang timbul hasil proses penilaian ini. Implikasi serta cara penyelesaian masalah dapat dilakukan melalui proses amali. · Melalui sesi kuliah saya juga dapat banyak input daripada pensyarah. Ilmu pengetahuan yang diberikan pasti tepat dan sukar diperolehi daripada orang lain. · Melalui pemerhatian saya juga dapat berfikir secara mendalam. Melalui tingkahlaku kanak-kanak saya dapat menilai kelemahan dan kekuatan pengajaran yang dilakukan. Sebagai contoh,saya perlu memberikan pengajaran yang mengikut tahap murid supaya semua murid dapat merasai pembelajaran yang berkesan.
  6. 6. Konsep penilaian berterusan. Penilaian berterusan berlaku sepanjang masa dan tidak menunggu akhir proses untuk menilai. Konsep membuat penilaian berterusan ialah penilaian yang dilakukan sepanjang masa tidak kira masa tertentu.Ia bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke peringkat. Ianya dilakukan pada setiap masa iaitu tidak kira pada masa murid menjalankan pembelajaran, bermain, berbual dan apa sahaja aktiviti murid akan dinilai. Penilaian bukanlah dilakukan pada masa tertentu seperti di akhir bulan atau semester.Sebaliknya penilaian berlaku sepanjang masa.Guru juga hendaklah membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan murid dari semsa ke semasa.Penilaian berterusan juga penilaian yang dibuat untuk memberi peluang kepada guru memperbaiki kelemahan serta-merta supaya kelemahan tidak terkumpul banyak. Di prasekolah,penilaian dijalankan secara berterusan dan tidak formal bagi memudahkan guru mengambil tindakan susulan.
  7. 7. Teknik penaksiran dan penilaian secara berterusan. Semua maklumat dalam proses 9i8m.Terdapat beberapa teknik merekod maklumat yang diperoleh secara sistematik berkaitan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid iaitu dengan menggunakan Senarai Semak, Skala Kadar, Rekod Anekdot dan juga Rekod Berterusan. Senarai semak adalah senarai item yang disediakan untuk mengenal pastijbbj perkembangan murid dari segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk menentukan sama ada sesuatu tingkah laku atau ciri ada atau dapat diperhatikan, sesuatu perlakuan telah dilakukan dan juga kekerapan sesuatu tingkah laku itu berlaku. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian. Antara perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam penyediaan dan penggunaan senarai semak adalah yang pertamanya ia perlu disediakan lebih awal sebelum permerhatian dibuat. Tingkah laku yang diperhatikan hanya perlu dinyatakan dengan ringkas dan jelas.Senarai semak juga digunakan menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi.Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak. Item disusun mengikut peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku yang akan diperlihatkan. Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapatkan maklumat atau amalan yang lebih tepat dan kekal.Terdapat beberapa kebaikan yang dapat dikenal pasti dengan menggunakan Senarai Semak iaitu penggunaannya mudah dan praktikal.Selain itu, orang yang tidak mahir dan menilai juga dapat menggunakannya dengan mudah.Ianya dapat digunakan di hadapan kanak-kanak ataupun semasa ketiadaannya dengan membuat “flashback”.Selain itu, dengan menggunakan Senarai Semak guru dapat memberi fokus pemerhatian pada beberapa tingkah laku pada satu masa.Penggunaan Senarai Semak adalah penting dalam merancang kurikulum untuk kanak-kanak. Kelemahan penggunaan Senarai adalah ianya mengandungi kurang informasi dan deskripsi berkenaan kualiti dan masa semasa merekodkan tingkah laku atau kemahiran yang dipamerkan kanak-kanak. Pemerhatian menggunakan instrumen Senarai Semak juga hanya melihat pada tingkah laku tertentu sahaja dan bukan kesemuanya. Oleh itu, ada kalanya guru akan terlepas pandang daripada melihat dan memehatikan tingkah laku yang lebih signifikan. Selain itu juga, data atau maklumat yang direkodkan hanyalah pada tingkah laku yang dipamerkan oleh kanak-kanak sahaja.
  8. 8. Rekod Skala kadar boleh digunakan untuk menunjukkan darjah kemajuan dan pencapaian sesuatu tingkah laku murid. Guru menilai kemahiran atau amalan murid berdasarkan skala. Skala yang gunakan boleh dinyatakan secara angka atau gred. Tahap pencapaian dapat ditentukan untuk sesuatu kemahiran dengan penggunaan Skala Kadar. Penggunaan instrumen ini adalah spesifik untuk semua tunjang. Rekod Anekdot satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan signifikan untuk direkod. Rekod Anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila dan di mana sesuatu peristiwa itu berlaku. Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan untuk membuat rekod anekdot ialah membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku, mengenal pasti peristiwa itu penting dan signifikan kepada aspek perkembangan murid, merangkumi kelebihan dan kekurangan, menulis maklumat selepas sesuatu peristiwa berlaku dan menulis apa yang dilihat secara objektif. Dalam Rekod Anekdot,maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan peristiwa yang menggambarkantentang perkembangan bahasa dan literasi, pola interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah murid. Rekod Berterusan pula merupakan catatan dalam bentuk cerita atau naratif yang dibuat ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatat sepanjang pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya dijalankan dalam tempoh tiga hingga lapan minit dan ianya juga boleh berlangsung dalam tempoh lebih lama iaitu sekitar dua puluh lima minit sehingga tiga puluh minit. Prosedur –prosedur untuk menyediakan Rekod Berterusan adalah pertamanya guru perlu memfokus kepada murid yang ingin diperhatikan. Seterusnya, item yang akan difokuskan semasa pemerhatian perlu dipastikan. Langkah ketiga adalah dengan merekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara terperinci. Rekod yang dicatat hendaklah tepat dan padat.Prosedur terakhir perlu diambil perhatian adalah mencatatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan. Antara kelebihan menggunakan Rekod Berterusan adalah ianya dapat memberi gambaran sebenar dan terperinci mengenai situasi sebenar dalam tempoh yang ditetapkan (Surayah dan Haslinda, 2009). Yang
  9. 9. keduanya, Rekod Berterusan yang turut dikenali sebagai Running Record dapat memperlihatkan pelbagai aspek perkembangan seseorang kanak-kanak itu dalam satu rekod. Selain itu juga, kebaikan menggunakan Rekod Berterusan adalah instrumen ini dapat digunakan dalam apa jua situasi dan tujuan. Rekod Berterusan ini juga membolehkan guru membuat tindakan serta-merta kepada murid tanpa menunggu akhir proses tertentu seperti peperiksaan. Kelemahan menggunakan Rekod Berterusan ini pula antaranya adalah ia dapat menyebabkan kanak-kanak sedar mereka sedang diperhatikan. Selain itu juga,penggunaan Rekod Berterusan adalah memenatkan kerana seseorang guru itu perlu memberi lebih tumpuan pada proses perekodan. Agak sukar dilakukan untuk semua murid secara spesifik untuk 25 orang murid. Selain itu guru haruslah teliti dan peka dengan perubahan dan perkembangan murid agar rekod berterusan dapat dilakukan dengan berkesan.

×