SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Apakah yang anda akan peroleh dari Teori Kecerdasan Pelbagai?

                         Latar Belakang Teori Kecergasan Pelbagai

       Latar belakang Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) yang diasaskan
oleh Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-kurangnya
lapan kecerdasan (intelligences): merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau
kemahiran yang wujud secara semulajadi. Jenis kecerdasan yang dikenal pasti adalah
visual-linguistik, logik-matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal
dan naturalis.Gardner menjelaskan bahawa setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak
saling bergantung - seseorang mungkin lemah dalam sesuatu bidang kemahiran tetapi
cemerlang dalam domain (bidang kecerdasan) yang lain. Menurut beliau lagi, setiap individu
mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang berbeza-beza dari
segi kekuatan dan kemahiran. Kecerdasan tersebut boleh dikembangkan menerusi
pendidikan, pengalaman dan persekitaran.
       Teori IQ (berasaskan kepada kecerdasan logik-matematik dan verbal-linguistik) pula
mengandaikan bahawa potensi intelek seorang individu itu adalah tetap, ditentukan secara
genetik dan boleh diukur pada peringkat usia muda serta akan menentukan potensi individu
manusia. Gardner pula melihat fungsi kognitif dalam pandangan yang lebih luas,
bertentangan dengan definisi kecerdasan mengikut Teori IQ.
       Gardner telah mendefinisikan kecerdasan sebagai satu set kemahiran yang
membolehkan seseorang itu menyelesaikan masalah atau menghasilkan keluaran atau
perkhidmatan yang bernilai kepada budayanya. Oleh yang demikian, teori Gardner telah
menyediakan rangka kerja untuk satu perubahan (metamophosis) pendidikan dalam semua
peringkat pembelajaran.
Definisi Teori Kecerdasan Pelbagai
Howard Gardner mendefinisikan
Teori Kecerdasan Pelbagai seperti berikut:

"An intelligences entails the ability to solve problems or fashion product that
are of consequence in a particular cultural setting. The problem-solving skill
allows one approach a situation in which a goal is to be obtained and to
locate the appropriate route to that goal. The creation of a cultural project is
crucial to capturing transmitting knowledge or expressing one's view or
feelings. The
problems to be solved range from creating and end to a story to anticipating a mating move
in chess to repairing a quilt. Products range from scientific theories to musical composition to
successful political campaigns."
(Dalam David G. Lazear, 1991 : xi)

                          Rumusan Definisi Teori Kecerdasan Pelbagai

1. Satu set kemahiran yang membolehkan individu menyelesaikan masalah sebenar yang
dihadapi dalam kehidupannya.
2. Kebolehan mencipta barangan atau perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan
budayanya.
3. Potensi mencari atau mencipta masalah yang membolehkan individu memperolehi
pengetahuan baru.
                           Tanggapan salah berkenaan kecerdasan

1. Kecerdasan adalah tetap.
2. Setiap individu mempunyai hanya satu jenis kecerdasan sahaja.
                            Fakta sebenar mengenai kecerdasan

1. Kecerdasan boleh dipelajari dan sentiasa berubah sepanjang hayat.
2. Setiap individu mempunyai sekurang-kurangya lapan jenis kecerdasan kerana otak
   manusia adalah unik sebagaimana uniknya garis-garis urat pada ibu jari manusia.

                         Prinsip-Prinsip Teori Kecerdasan Pelbagai

1. Terdapat pelbagai kecerdasan dalam diri setiap individu
2. Setiap individu mempunyai adunan kecerdasan yang unik dan sentiasa berubah
3. Kecerdasan dalam diri setiap individu dan juga di antara individu itu adalah berbeza dari
   segi perkembangannya
4. Semua kecerdasan adalah bersifat dinamik
5. Kecerdasan Pelbagai boleh dikenal pasti dan dinyatakan
6. Setiap individu berhak mendapat peluang untuk mengenal dan membangunkan
   kepelbagaian kecerdasannya
7. Penggunaan satu daripada kecerdasan boleh digunakan untuk meningkatkan kecerdasan
   yang lain
8. Latar belakang peribadi adalah faktor penting dalam membentuk pengetahuan,
   kepercayaan dan kemahiran dalam semua kecerdasan
Penerangan Teori
1. Setiap manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan
Dalam diri setiap individu, kelapan-lapan kecerdasan berfungsi bersama dalam cara yang
unik. Ada yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi dalam hampir kesemua lapan
kecerdasan dan sebaliknya bagi sesetengah orang. Kebanyakan daripada kita terletak di
tengah-tengah dengan kekuatan dalam beberapa jenis kecerdasan, dan kurang terbentuk
dalam satu atau dua jenis kecerdasan.

2. Kecerdasan boleh dibangunkan.
Gardner menyatakan bahawa setiap individu mempunyai kebolehan membangunkan
kesemua kecerdasannya dengan adanya galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai.

3. Kecerdasan berfungsi bersama dengan cara yang kompleks.
Tidak ada kecerdasan yang berfungsi secara bersendirian. Kecerdasan berinteraksi dan
berkait dengan satu sama lain.

4. Terdapat pelbagai cara untuk menjadi cerdas.
Tidak terdapat satu set kelebihan seseorang mesti perolehi untuk dianggap sebagai cerdas.
Ada orang yang tidak pandai menari tetapi sungguh cekap dalam membina model. Kedua-
dua kecerdasan ini memerlukan kecerdasan kinestetik.

                                                                   Menu
Verbal-Linguistik   Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan
                    penulisan. Seseorang dengan kecerdasan ini sensitif kepada makna
                    perkataan dan mahir memanipulasinya. Mereka juga boleh berkomunikasi
                    secara berkesan melalui aktiviti mendengar, bertutur, membaca, menulis
                    dan menghubungkait. Mereka juga peka terhadap pelbagai fungsi bahasa
                    terutama dari segi kebolehannya untuk merangsang emosi.Cara belajar
                    yang paling berkesan bagi kumpulan ini adalah dengan menggunakan
                    stesen pembelajaran dan melalui pengajaran serta penerangan
                    lisan.Penyair, penulis, pemberita, penceramah, peguam, pengacara dan
                    ahli politik mempunyai kecerdasan verbal-linguistik.

                    Kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks, membuat
                    perkaitan seperti suka menyoal, kritis, cekap membuat pengiraan, boleh
Logik-Matematik     membuat perbandingan, cekap menyelesaikan masalah berkaitan nombor
                    dan menggunakan komputer. Kecerdasan ini menggabungkan kedua-dua
                    kebolehan matematik dan saintifik. Ahli matematik, contohnya gemar
                    menyelesaikan masalah yang abstrak dan banyak menggunakan
                    penaakulan. Ahli sains, walau bagaimana pun, didorong dengan keinginan
                    menerangkan alam fizikal yang nyata.Kumpulan ini belajar dengan lebih
                    berkesan melalui kaedah penyelesaian masalah, inkuiri penemuan dan
                    pembelajaran koperatif. Ahli matematik, jurutera, ahli fizik, penyelidik dan
                    pengaturcara komputer menunjukkan darjah kecerdasan logikal-matematik
                    yang tinggi.

 Visual-Ruang       Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan
                    garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang
                    secara grafik. Seorang yang mempuyai kecerdasan ini boleh membentuk
                    gambaran dalam minda mereka dan melukisnya. Mereka juga berkebolehan
                    dalam bidang seni dan kreatif menggunakan warna, membaca peta dan
                    mempunyai daya imaginasi yang kuat. Mereka belajar dengan berkesan
                    melalui tunjuk cara, video dan gambar rajah serta boleh memberi
                    sumbangan kepada projek kumpulan melalui carta dan gambarajah.
                    Pelukis, pelayar, jurutera, pakar bedah, arkitek, pengukir dan pereka grafik
                    mempunyai kecerdasan visual-ruang yang tinggi.

                    Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan
   Kinestetik       untuk menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal seperti
                    koordinasi, fleksibiliti, kepantasan dan keseimbangan. Seseorang yang
                    mempunyai kecerdasan ini mahir dalam memanupulasi objek dan aktiviti
                    yang melibatkan kemahiran motor halus dan kasar. Mereka gemar aktiviti
                    fizikal seperti menari, bermain dan bersukan serta cekap dalam aktiviti
                    menggunakan kemahiran motor. Mereka berkebolehan untuk belajar
                    melalui perbuatan seperti simulasi, permainan, main peranan dan membina
                    model. Pelakon, pereka/pencipta, penari, mekanik, atlit dan pelumba kereta
                    mempunyai kecerdasan kinestetik.
Kebolehan mengesan ritma, nada dan melodi, termasuklah kemahiran
   Muzik         mengenal lagu dan mengubah tempo dan irama dalam melodi yang mudah.
                 Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini juga sensitif kepada bunyi
                 seperti suara manusia dan alat muzik. Semua orang mempunyai
                 kecerdasan muzik tetapi pada darjah yang berbeza. Ada yang lebih
                 berkemahiran daripada yang lain. Walau apa pun tahap bakat, kita semua
                 mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman
                 muzik. Murid yang mempunyai kecerdasan muzik yang tinggi lebih gemar
                 belajar melalui pengajaran lisan dan suka melakukan aktiviti jenis tarian,
                 gimnastik serta berlatarkan muzik.Penyanyi, penggubah lagu, pemain alat
                 muzik, konduktor muzik dan komposer lagu mempunyai kecerdasan muzik
                 yang tinggi.

                Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain.
                Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal boleh bekerjasama
                dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau tanpa lisan dengan
Interpersonal   orang lain. Pada tahap yang mudah kecerdasan ini termasuklah kebolehan
                seorang kanak-kanak mengenal dan sensitif kepada 'mood' orang dewasa
                sekelilingnya. Kemahiran interpersonal yang lebih kompleks adalah
                kebolehan orang dewasa membaca hasrat orang lain walaupun secara
                tersirat. Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan
                lebih berkesan melalui pembelajaran kooperatif dan pengajaran rakan
                sebaya serta penglibatan dalam perbincangan kelas. Mereka yang
                mempunyai kecerdasan interpersonal yang tinggi termasuklah pemimpin
                agama dan politik, guru, pensyarah, jurujual, kaunselor, doktor, jururawat
                dan pekerja sosial.

                 Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat
Intrapersonal    dan keinginan termasuklah kemahiran membandingkan diri sendiri dengan
                 orang lain dan mengetahui bagaimana mengawal perasaan. Mereka yang
                 mempunyai kecerdasan ini mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap
                 kebolehan diri sendiri, mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang
                 kuat dan boleh berdikari. Mereka juga boleh memahami perasaan orang
                 lain dan mempunyai daya tumpuan dan refleksi yang tinggi. Mereka lebih
                 suka belajar bersendirian di perpustakaan atau di stesen-stesen
                 pembelajaran dan berkebolehan membuat laporan jurnal yang baik.
                 Contoh-contoh kecerdasan intrapersonal yang tinggi termasuklah penulis
                 novel, ahli psikologi, tok guru dan ahli falsafah.

                    Kebolehan mengenal , mengklasifikasi dan menghargai tumbuh-
                 tumbuhan, bahan galian dan haiwan termasuk batu-batan dan rumput
  Naturalis
                 rampai serta semua jenis flora dan fauna. Mereka yang mempunyai
                 kecerdasan ini juga berkebolehan melihat perhubungan dan polar yang
                 rapat antara alam tumbuhan dan antara kehidupan haiwan.. Murid yang
                 mempunyai kecerdasan naturalis belajar dengan lebih berkesan melalui
                 aktiviti luar kelas. Ahli biologi, zoologi, petani,doktor haiwan, nelayan,
                 pengkaji bintang, pendaki gunung, ahli ekologi dan aktivis persekitaran
                 mempunyai kecerdasan naturalis yang tinggi.
Apakah pentingnya teori ini dalam pendidikan?

             Guru boleh membawa perubahan dalam pembelajaran murid
     Ramai murid yang pergi ke sekolah tetapi hakikat sebenarnya mereka tidak belajar.
Murid-murid ini telah dilabelkan sebagai murid yang bermasalah, berpencapaian rendah dan
tidak bermotivasi. Guru telah meletakkan harapan yang rendah terhadap mereka maka ini
menyebabkan harga diri mereka menurun dan masalah disiplin meningkat. Ramai murid
yang berbakat dan 'gifted' juga kurang bermotivasi untuk ke sekolah. Senario ini wujud
kerana fokus sistem persekolahan kita lebih tertumpu kepada dua kecerdasan sahaja; iaitu
verbal-linguistik dan logik-matematik. Kebanyakan guru tidak menghargai kepelbagaian
pelajar dan tidak merancang pengajaran mereka mengikut kesemua kecerdasan atau mana-
mana bidang kecerdasan khusus yang ada pada murid mereka. Maka dengan itu, laman web
ini dibentuk untuk membantu para guru memperbetulkan senario tersebut dan membawa
bersama perubahan yang menggabungkan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran
dan pembelajaran.
Apakah pentingnya teori ini dalam pendidikan.....teruskan untuk mencari jawapannya.

    PENGARUH POSITIF TEORI KECERDASAN PELBAGAI TERHADAP PENDIDIKAN

    Membantu pelajar memperolehi apa            Membantu guru untuk memahami
    yang perlu untuk hidup di abad akan       pengaruh terhadap kecerdasan murid:
                  datang:
                                                •   Kecerdasan boleh dipupuk dan
     •   Kemahiran berfikir -                       dipengaruhi oleh pengalaman,
         Teori Kecerdasan Pelbagai                  budaya dan faktor motivasi
         dipadukan dengan tahap berfikir
         Bloom                                  •   Pelajar mengetahui bagaimana
     •   Kemahiran reflektif -                      mengenal pasti minat mereka
         murid sepanjang hayat                      dan bagaimana mereka boleh belajar
                                                    dengan lebih berkesan.
     •   Kemahiran komunikasi dan
         kolaboratif
X
     Membentuk pemahaman tentang             Mewujudkan sekolah yang menerima dan
           motivasi murid:                    menghargai perbezaan kecerdasan di
                                                   kalangan guru dan murid:
     •   Murid lebih bermotivasi untuk
         belajar dengan gaya pembelajaran       •   Merancang dan memikul
         yang sesuai dengan mereka.                 tanggungjawab secara kolaboratif

     •   Guru perlu mempelbagaikan              •   Menghargai sumbangan yang
         strategi pengajaran dan                    berbeza dari setiap guru.
         pembelajaran supaya:
         Ø Lebih ramai murid akan dapat
           menerima apa yang diajar.
         Ø Harga diri murid meningkat.
         Ø Kreativiti murid dapat
         ditingkatkan
         Ø Masalah disiplin dapat
         dikurangkan
HASIL KUALITATIF DAN KUANTITATIF DARI KELAS YANG
         MENGAMALKAN TEORI KECERDASAN PELABAGAI DALAM KELAS
     Pembelajaran menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan jika guru
menyepadukan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran mereka .
Pengajaran melibatkan penggunaan kelapan-lapan kecerdasan. Dari tinjauan yang dibuat ke
beberapa buah sekolah di Amerika Syarikat yang mengamalkan kecerdasan pelbagai dalam
pengajaran dan pembelajaran beberapa hasil kualitatif dan kuantitatif yang menakjubkan
dapat dicapai.

1. Pembelajaran menyeronokkan. Murid dan guru berminat untuk ke sekolah dan masalah
ponteng kelas berkurangan.

2. Terdapat pencepatan pembelajaran (accelerated learning) berbanding dengan pendekatan
pengajaran tradisional. Masa mengajar di dalam kelas dapat dikurangkan dan semua pelajar
menunjukkan prestasi yang baik dalam semua mata pelajaran.

3. Skor pencapaian meningkat walau pun dalam ujian setara seperti dalam kes sebuah
sekolah di Chicago di mana skor dalam ujian membaca meningkat sebanyak 103 % dalam
setahun.

4. Harga diri murid dan morale sekolah menunjukkan perubahan positif. Kes salah laku
pelajar banyak dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali.

5. Pelajar pendidikan khas dan pelajar lembam menunjukkan peningkatan dalam pencapaian
mereka dan dapat mengembangkan strategi pembelajaran yang unik untuk kejayaan dalam
kelas

                     ANJAKAN PARADIGMA DALAM PENDIDIKAN

   PARADIGMA PLATONIK
       CONFUCIAN
                                 Sila klik panah
> Keupayaan manusia terbatas
> Hanya segelintir cendikiawan
> Hairaki dalam masyarakat

                                    REVOLUSI
                                    MAKLUMAT

 Diperkukuhkan dengan Model
         Perindustrian
  > Sistem pemilihan, ujian dan
           penolakan
      (Screening hipothesis)

Bahan Bacaab tambahan tentang Teori Kecerdasan Pelbagai.

http://www.harding.edu/~cbr/midemo/mifirst.html
Menerusi laman-web ini anda akan diberi maklumat tentang definisi kecerdasan pelbagai,
kriteria dan prinsip kecerdasan pelbagai. Selain itu, laman-web ini turut menjelaskan tentang
8 kecerdasan yang dikenal pasti.
http://www.rspublishing.com/Multiple%20Intelligences.html
Laman ini menjelaskan tentang teori yang diperkenalkan oleh Howard Gardner berserta
projek yang dijalankan oleh beliau. Penjelasan tentang kelapan-lapan kecerdasan turut
dimuatkan. Sekolah yang menggunakan teori ini turut disertakan
http://www.dropoutprevention.org/Mi/MainIdea.htm
Laman ini menjelaskan tentang idea utama yang terkandung dalam teori kecerdasan
pelbagai.
http://www.angelfire.com/oh/themidas/eachmi.html
Laman ini bukan sekadar menerangkan tentang ke lapan-lapan kecerdasan tetapi juga
mencadangkan aktiviti-aktiviti yang sesuai dan boleh dijalankan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.
http://www.thirteen.org/wnetschool/concept2class/month1/#2
Laman ini memberi penjelasan tentang Teori Kecerdasan Pelbagai secara umum dan
bagaimana teori ini dapat membantu guru dalam merancang pengajaran
KECERDASAN EMOSI MENSTABILKAN DIRI INDIVIDU
Oleh: DR. ISMAIL ZAIN
[Jendela Minda, Titian Mesra: Berita Perak]

MASALAH kegawatan ekonomi, masalah alam sekitar serta masalah peribadi merupakan di
antara beberapa faktor yang dapat mempengaruhi "mood" seseorang dalam menjalani tugas
harian.

"Mood" ini boleh mengubah peribadi seseorang yang akhirnya dapat menjejas kedudukan dan
hubungan mesra antara individu. Mengikut Daniel Goleman (1995) pengarang buku "The
Emotional Intelligence", penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada
kecerdasan yang ada pada keintelektualannya (IQ) sahaja tetapi yang lebih penting adalah
kecerdasan emosi (EQ) yang ada pada dirinya.

Mengikutnya lagi keceredasan intelek (IQ) tidak dapat menjamin kesejahteraan dan keharmonian
diri serta hubungannya dengan masyarakat. Kecerdasan Emosi (EQ) mengikut kajian
meninggalkan kesan yang mendalam dalam keseluruhan aspek dalam kehidupan termasuk
aspek kesihatan dan sosial.

Dalam bidang pekerjaan mengikut Goleman "... people of high IQ flounder and those of moderate
IQ do surprisingly well... Lack of emotional intelligence can sabotage the intellect and ruin
careers..." Ini membawa maksud kejayaan diri dalam pekerjaan perlulah juga diimbangi dengan
aspek emosi.

Mengikut Daniel, kecerdasan emosi adalah situasi di mana aspek rohaniah perlu diberi
keutamaan dalam kehidupan kita terutamanya dalam situasi bekerja. Kecerdasan emosi
melibatkan proses:-

Kesedaran kendiri (self-awareness)

Disiplin kendiri

Memahami perasaan dan isi hati orang lain .

Mempunyai kemahiran intra dan inter personal yang baik untuk berkomunikasi.
Dapat mengawal perasaan

Proses yang disebutkan diatas adalah penting ke arah mewujudkan suasana kerja yang
menyeronakkan serta melahirkan masyarakat penyayang.

Ketenangan dan keseronokan adalah merupakan salah satu daripada keperluan asas manusia.
Perasaan tenang dan seronok bukan sahaja ingin dikecapi di rumah tetapi juga di tempat kerja.
Ini boleh dikecapi melalui suasana mesra yang dapat dijalinkan dalam satu pasukan yang
mempunyai semangat kekitaan.

Ungkapan "masyarakat penyayang" serta "masyarakat perihatin" bukan hanya sekadar
menanam tebu dibibir mulut atau sekadar memenuhi ruang hiasan di pejabat-pejabat tetapi harus
direalisasikan melalui amalan dan tindakan dalam pekerjaan. Kelembutan, ketegasan dan
kemesraan dalam menjalankan tugas akan lebih dihormati daripada kekerasan dan paksaan.

Aspek emosi ini tidak memerlukan seseorang itu berpangkat tinggi atau berpelajaran tinggi untuk
mencapainya. Ianya dapat dicapai melalui perhubungan yang mesra, bertindak tidak mengikut
perasaan, menghormati orang lain, serta menyedari bahawa setiap insan mempunyai kekuatan
dan kelemahan masing-masing.

Setiap kekuatan yang ada pada diri seseorang itu perlulah diperkembangkan dan dihormati
manakala setiap kelemahan itu perlulah dibimbing, didorong dan diperbaiki agar dapat memenuhi
satu hala tuju yang diingini. Kesemuanya ini perlulah dilakukan dalam suasana yang mesra serta
tidak mempunyai tujuan yang negatif disebaliknya.

Sama ada anda seorang boss atau seorang pekerja bawahan sejauhmanakah emosi anda dapat
dicerdaskan? Bersama-samalah kita membuat refleksi diri agar keselesaan dan keharmonian di
tempat kerja dapat dikekalkan ke arah mencapai masyarakat penyayang.

Ehsan : Utusan Malaysia

More Related Content

What's hot

Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projekaflah jamaluddin
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahLittle Butterfly
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Strategi pengajaran edu3103
Strategi pengajaran edu3103Strategi pengajaran edu3103
Strategi pengajaran edu3103Zue Layhar
 
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaranamalinajohari94
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaEmiey Mieysagie
 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulumumiefatiya
 
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANNadirah Husna
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan IslamStrategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islamjamatineh78
 
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanTopik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanWany Hardy
 
Pentaksiran dan penilaian
Pentaksiran dan penilaianPentaksiran dan penilaian
Pentaksiran dan penilaianHon Shan Shan
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifAwatif Atif
 
Apakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranApakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranDidie Patient
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Emma Subpei Shafie
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikanNancyKuak
 
What's hot (20)

Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projek
 
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolahAplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
Aplikasi pendekatan konstruktivisme dalam kalangan murid prasekolah
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
 
Strategi pengajaran edu3103
Strategi pengajaran edu3103Strategi pengajaran edu3103
Strategi pengajaran edu3103
 
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaranImplikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
Implikasi perbezaan individu terhadap pengajaran dan pembelajaran
 
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjayaperbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
perbezaan individu dalam pembelajaran dan sifat pelajar yang berjaya
 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulum
 
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Falsafah Pendidikan
Falsafah PendidikanFalsafah Pendidikan
Falsafah Pendidikan
 
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan IslamStrategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
Strategi & Prinsip Pengajaran Pendidikan Islam
 
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikanTopik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
Topik 1 konsep dan latar belakang seni dalam pendidikan
 
Pentaksiran dan penilaian
Pentaksiran dan penilaianPentaksiran dan penilaian
Pentaksiran dan penilaian
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar Hiperaktif
 
Apakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranApakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaran
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 
Keselamatan, kesihatan, pemakanan
Keselamatan, kesihatan, pemakananKeselamatan, kesihatan, pemakanan
Keselamatan, kesihatan, pemakanan
 
Viewers also liked

Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)
Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)
Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)Norizan Hassan
 
teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar
 teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar
teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajarmat Ki
 
Teori kecerdasan pelbagai gardner
Teori kecerdasan pelbagai gardnerTeori kecerdasan pelbagai gardner
Teori kecerdasan pelbagai gardnersehafbi
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiSiTi Nurhidayah
 
teori perkembangan manusia (kecerdasan pelbagai)
teori perkembangan manusia (kecerdasan pelbagai)teori perkembangan manusia (kecerdasan pelbagai)
teori perkembangan manusia (kecerdasan pelbagai)Yuvarani Subramaniam
 
Teori kecerdasan pelbagai gardner (tkp)
Teori kecerdasan pelbagai gardner (tkp)Teori kecerdasan pelbagai gardner (tkp)
Teori kecerdasan pelbagai gardner (tkp)Durani Hanis
 
Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh gardner
Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh gardnerDefinisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh gardner
Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh gardnerHamzah Salleh
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...Cho Shirley
 
Kecergasan pelbagai
Kecergasan pelbagaiKecergasan pelbagai
Kecergasan pelbagaiZahari Zabri
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranNoorezayu Mohd Said
 
kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)
kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)
kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)cik noorlyda
 
2.2 kecerdasan pelbagai & eq
2.2 kecerdasan pelbagai & eq2.2 kecerdasan pelbagai & eq
2.2 kecerdasan pelbagai & eqMohamad Fauzi
 
Mengapakah Teori Pembelajaran Pelbagai Perlu Diaplikasikan Dalam PdP
Mengapakah Teori Pembelajaran Pelbagai Perlu Diaplikasikan Dalam PdPMengapakah Teori Pembelajaran Pelbagai Perlu Diaplikasikan Dalam PdP
Mengapakah Teori Pembelajaran Pelbagai Perlu Diaplikasikan Dalam PdPcik noorlyda
 
Viewers also liked (20)

TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNERTEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
 
Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)
Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)
Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)
 
teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar
 teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar
teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar
 
Teori kecerdasan pelbagai gardner
Teori kecerdasan pelbagai gardnerTeori kecerdasan pelbagai gardner
Teori kecerdasan pelbagai gardner
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
 
teori perkembangan manusia (kecerdasan pelbagai)
teori perkembangan manusia (kecerdasan pelbagai)teori perkembangan manusia (kecerdasan pelbagai)
teori perkembangan manusia (kecerdasan pelbagai)
 
Teori kecerdasan pelbagai gardner (tkp)
Teori kecerdasan pelbagai gardner (tkp)Teori kecerdasan pelbagai gardner (tkp)
Teori kecerdasan pelbagai gardner (tkp)
 
Teori kecerdasan pelbagai
Teori kecerdasan pelbagaiTeori kecerdasan pelbagai
Teori kecerdasan pelbagai
 
Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh gardner
Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh gardnerDefinisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh gardner
Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh gardner
 
Teori Kecerdasan Pelbagai
Teori Kecerdasan PelbagaiTeori Kecerdasan Pelbagai
Teori Kecerdasan Pelbagai
 
Kepelbagaian kecerdasan
Kepelbagaian kecerdasanKepelbagaian kecerdasan
Kepelbagaian kecerdasan
 
Teori Pelbagai Kecerdasan Multiple Intelligences
Teori Pelbagai Kecerdasan Multiple IntelligencesTeori Pelbagai Kecerdasan Multiple Intelligences
Teori Pelbagai Kecerdasan Multiple Intelligences
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
Kecergasan pelbagai
Kecergasan pelbagaiKecergasan pelbagai
Kecergasan pelbagai
 
Pelbagai Kecerdasan ppt
Pelbagai Kecerdasan pptPelbagai Kecerdasan ppt
Pelbagai Kecerdasan ppt
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
 
kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)
kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)
kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)
 
2.2 kecerdasan pelbagai & eq
2.2 kecerdasan pelbagai & eq2.2 kecerdasan pelbagai & eq
2.2 kecerdasan pelbagai & eq
 
Kkbiteknik tulis assgmnt
Kkbiteknik tulis assgmntKkbiteknik tulis assgmnt
Kkbiteknik tulis assgmnt
 
Mengapakah Teori Pembelajaran Pelbagai Perlu Diaplikasikan Dalam PdP
Mengapakah Teori Pembelajaran Pelbagai Perlu Diaplikasikan Dalam PdPMengapakah Teori Pembelajaran Pelbagai Perlu Diaplikasikan Dalam PdP
Mengapakah Teori Pembelajaran Pelbagai Perlu Diaplikasikan Dalam PdP
 
Similar to Teori kecerdasan pelbagai

Multiple Intelligences: The Theory in Practice Intelligence
Multiple Intelligences: The Theory in Practice IntelligenceMultiple Intelligences: The Theory in Practice Intelligence
Multiple Intelligences: The Theory in Practice Intelligenceabdulkadirsiompu
 
Jenis-jenis intelegensi
Jenis-jenis intelegensiJenis-jenis intelegensi
Jenis-jenis intelegensiLisa Sasmita
 
Pengembangan potensi peserta didik
Pengembangan potensi peserta didikPengembangan potensi peserta didik
Pengembangan potensi peserta didikTohir Haliwaza
 
Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasan
Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasanKbk 3073 kepelbagaian kecerdasan
Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasanLee Cyee
 
Multiple intelg
Multiple intelgMultiple intelg
Multiple intelgmayangfeby
 
Kecerdasan majemuk ppt
Kecerdasan majemuk pptKecerdasan majemuk ppt
Kecerdasan majemuk pptsofiailma
 
Kecerdasan Majemuk
Kecerdasan MajemukKecerdasan Majemuk
Kecerdasan MajemukCipooel Jong
 
Kecerdasan majemuk ppt
Kecerdasan majemuk pptKecerdasan majemuk ppt
Kecerdasan majemuk pptsofiailma
 
MATERI KECERDASAN JAMAK.pdf
MATERI KECERDASAN JAMAK.pdfMATERI KECERDASAN JAMAK.pdf
MATERI KECERDASAN JAMAK.pdfRussyRanggayonie
 
Learner differences
Learner differencesLearner differences
Learner differencesSwi Yunarti
 
Kecerdasan Majemuk (9).pptx
Kecerdasan Majemuk (9).pptxKecerdasan Majemuk (9).pptx
Kecerdasan Majemuk (9).pptxYogaBustaman
 
Filsafat isu isu tematik Ilmu dan Teori kecerdasan
Filsafat isu isu tematik Ilmu dan Teori kecerdasanFilsafat isu isu tematik Ilmu dan Teori kecerdasan
Filsafat isu isu tematik Ilmu dan Teori kecerdasanEkoArdiansyah5
 
Similar to Teori kecerdasan pelbagai (20)

Multiple Intelligences: The Theory in Practice Intelligence
Multiple Intelligences: The Theory in Practice IntelligenceMultiple Intelligences: The Theory in Practice Intelligence
Multiple Intelligences: The Theory in Practice Intelligence
 
Jenis-jenis intelegensi
Jenis-jenis intelegensiJenis-jenis intelegensi
Jenis-jenis intelegensi
 
Pengembangan potensi peserta didik
Pengembangan potensi peserta didikPengembangan potensi peserta didik
Pengembangan potensi peserta didik
 
Untuk seseorang individu belajar
Untuk seseorang individu belajarUntuk seseorang individu belajar
Untuk seseorang individu belajar
 
Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasan
Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasanKbk 3073 kepelbagaian kecerdasan
Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasan
 
Multiple intelg
Multiple intelgMultiple intelg
Multiple intelg
 
Kecerdasan majemuk ppt
Kecerdasan majemuk pptKecerdasan majemuk ppt
Kecerdasan majemuk ppt
 
Kecerdasan Majemuk
Kecerdasan MajemukKecerdasan Majemuk
Kecerdasan Majemuk
 
Kecerdasan majemuk ppt
Kecerdasan majemuk pptKecerdasan majemuk ppt
Kecerdasan majemuk ppt
 
Kecerdasan majemuk
Kecerdasan majemukKecerdasan majemuk
Kecerdasan majemuk
 
04kecerdasan pelbagai
04kecerdasan pelbagai04kecerdasan pelbagai
04kecerdasan pelbagai
 
MATERI KECERDASAN JAMAK.pdf
MATERI KECERDASAN JAMAK.pdfMATERI KECERDASAN JAMAK.pdf
MATERI KECERDASAN JAMAK.pdf
 
04kecerdasan pelbagai
04kecerdasan pelbagai04kecerdasan pelbagai
04kecerdasan pelbagai
 
Learner differences
Learner differencesLearner differences
Learner differences
 
Kecerdasan Pelbagai
Kecerdasan PelbagaiKecerdasan Pelbagai
Kecerdasan Pelbagai
 
Ppt individual differences
Ppt individual differencesPpt individual differences
Ppt individual differences
 
Kecerdasan Majemuk (9).pptx
Kecerdasan Majemuk (9).pptxKecerdasan Majemuk (9).pptx
Kecerdasan Majemuk (9).pptx
 
Filsafat isu isu tematik Ilmu dan Teori kecerdasan
Filsafat isu isu tematik Ilmu dan Teori kecerdasanFilsafat isu isu tematik Ilmu dan Teori kecerdasan
Filsafat isu isu tematik Ilmu dan Teori kecerdasan
 
Chapter 7
Chapter 7Chapter 7
Chapter 7
 
Chapter 7
Chapter 7Chapter 7
Chapter 7
 
More from bibahfayyadh

More from bibahfayyadh (9)

Spi bil 4 1986
Spi bil 4 1986Spi bil 4 1986
Spi bil 4 1986
 
Pembelajaran abad 21
Pembelajaran abad 21Pembelajaran abad 21
Pembelajaran abad 21
 
Kemahiran abad 21
Kemahiran abad 21Kemahiran abad 21
Kemahiran abad 21
 
Ama (pengenalan)
Ama (pengenalan)Ama (pengenalan)
Ama (pengenalan)
 
Ama (tambah)
Ama (tambah)Ama (tambah)
Ama (tambah)
 
Ama (tolak)
Ama (tolak)Ama (tolak)
Ama (tolak)
 
Ama (darab)
Ama (darab)Ama (darab)
Ama (darab)
 
Ama (bahagi)
Ama (bahagi)Ama (bahagi)
Ama (bahagi)
 
Pembelajaran abad 21
Pembelajaran abad 21Pembelajaran abad 21
Pembelajaran abad 21
 
Recently uploaded

PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Recently uploaded (20)

PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Teori kecerdasan pelbagai

  • 1. Apakah yang anda akan peroleh dari Teori Kecerdasan Pelbagai? Latar Belakang Teori Kecergasan Pelbagai Latar belakang Teori Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) yang diasaskan oleh Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan (intelligences): merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud secara semulajadi. Jenis kecerdasan yang dikenal pasti adalah visual-linguistik, logik-matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis.Gardner menjelaskan bahawa setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling bergantung - seseorang mungkin lemah dalam sesuatu bidang kemahiran tetapi cemerlang dalam domain (bidang kecerdasan) yang lain. Menurut beliau lagi, setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan kemahiran. Kecerdasan tersebut boleh dikembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran. Teori IQ (berasaskan kepada kecerdasan logik-matematik dan verbal-linguistik) pula mengandaikan bahawa potensi intelek seorang individu itu adalah tetap, ditentukan secara genetik dan boleh diukur pada peringkat usia muda serta akan menentukan potensi individu manusia. Gardner pula melihat fungsi kognitif dalam pandangan yang lebih luas, bertentangan dengan definisi kecerdasan mengikut Teori IQ. Gardner telah mendefinisikan kecerdasan sebagai satu set kemahiran yang membolehkan seseorang itu menyelesaikan masalah atau menghasilkan keluaran atau perkhidmatan yang bernilai kepada budayanya. Oleh yang demikian, teori Gardner telah menyediakan rangka kerja untuk satu perubahan (metamophosis) pendidikan dalam semua peringkat pembelajaran.
  • 2. Definisi Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner mendefinisikan Teori Kecerdasan Pelbagai seperti berikut: "An intelligences entails the ability to solve problems or fashion product that are of consequence in a particular cultural setting. The problem-solving skill allows one approach a situation in which a goal is to be obtained and to locate the appropriate route to that goal. The creation of a cultural project is crucial to capturing transmitting knowledge or expressing one's view or feelings. The problems to be solved range from creating and end to a story to anticipating a mating move in chess to repairing a quilt. Products range from scientific theories to musical composition to successful political campaigns." (Dalam David G. Lazear, 1991 : xi) Rumusan Definisi Teori Kecerdasan Pelbagai 1. Satu set kemahiran yang membolehkan individu menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi dalam kehidupannya. 2. Kebolehan mencipta barangan atau perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan budayanya. 3. Potensi mencari atau mencipta masalah yang membolehkan individu memperolehi pengetahuan baru. Tanggapan salah berkenaan kecerdasan 1. Kecerdasan adalah tetap. 2. Setiap individu mempunyai hanya satu jenis kecerdasan sahaja. Fakta sebenar mengenai kecerdasan 1. Kecerdasan boleh dipelajari dan sentiasa berubah sepanjang hayat. 2. Setiap individu mempunyai sekurang-kurangya lapan jenis kecerdasan kerana otak manusia adalah unik sebagaimana uniknya garis-garis urat pada ibu jari manusia. Prinsip-Prinsip Teori Kecerdasan Pelbagai 1. Terdapat pelbagai kecerdasan dalam diri setiap individu 2. Setiap individu mempunyai adunan kecerdasan yang unik dan sentiasa berubah 3. Kecerdasan dalam diri setiap individu dan juga di antara individu itu adalah berbeza dari segi perkembangannya 4. Semua kecerdasan adalah bersifat dinamik 5. Kecerdasan Pelbagai boleh dikenal pasti dan dinyatakan 6. Setiap individu berhak mendapat peluang untuk mengenal dan membangunkan kepelbagaian kecerdasannya 7. Penggunaan satu daripada kecerdasan boleh digunakan untuk meningkatkan kecerdasan yang lain 8. Latar belakang peribadi adalah faktor penting dalam membentuk pengetahuan, kepercayaan dan kemahiran dalam semua kecerdasan
  • 3. Penerangan Teori 1. Setiap manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan Dalam diri setiap individu, kelapan-lapan kecerdasan berfungsi bersama dalam cara yang unik. Ada yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi dalam hampir kesemua lapan kecerdasan dan sebaliknya bagi sesetengah orang. Kebanyakan daripada kita terletak di tengah-tengah dengan kekuatan dalam beberapa jenis kecerdasan, dan kurang terbentuk dalam satu atau dua jenis kecerdasan. 2. Kecerdasan boleh dibangunkan. Gardner menyatakan bahawa setiap individu mempunyai kebolehan membangunkan kesemua kecerdasannya dengan adanya galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai. 3. Kecerdasan berfungsi bersama dengan cara yang kompleks. Tidak ada kecerdasan yang berfungsi secara bersendirian. Kecerdasan berinteraksi dan berkait dengan satu sama lain. 4. Terdapat pelbagai cara untuk menjadi cerdas. Tidak terdapat satu set kelebihan seseorang mesti perolehi untuk dianggap sebagai cerdas. Ada orang yang tidak pandai menari tetapi sungguh cekap dalam membina model. Kedua- dua kecerdasan ini memerlukan kecerdasan kinestetik. Menu
  • 4. Verbal-Linguistik Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan. Seseorang dengan kecerdasan ini sensitif kepada makna perkataan dan mahir memanipulasinya. Mereka juga boleh berkomunikasi secara berkesan melalui aktiviti mendengar, bertutur, membaca, menulis dan menghubungkait. Mereka juga peka terhadap pelbagai fungsi bahasa terutama dari segi kebolehannya untuk merangsang emosi.Cara belajar yang paling berkesan bagi kumpulan ini adalah dengan menggunakan stesen pembelajaran dan melalui pengajaran serta penerangan lisan.Penyair, penulis, pemberita, penceramah, peguam, pengacara dan ahli politik mempunyai kecerdasan verbal-linguistik. Kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks, membuat perkaitan seperti suka menyoal, kritis, cekap membuat pengiraan, boleh Logik-Matematik membuat perbandingan, cekap menyelesaikan masalah berkaitan nombor dan menggunakan komputer. Kecerdasan ini menggabungkan kedua-dua kebolehan matematik dan saintifik. Ahli matematik, contohnya gemar menyelesaikan masalah yang abstrak dan banyak menggunakan penaakulan. Ahli sains, walau bagaimana pun, didorong dengan keinginan menerangkan alam fizikal yang nyata.Kumpulan ini belajar dengan lebih berkesan melalui kaedah penyelesaian masalah, inkuiri penemuan dan pembelajaran koperatif. Ahli matematik, jurutera, ahli fizik, penyelidik dan pengaturcara komputer menunjukkan darjah kecerdasan logikal-matematik yang tinggi. Visual-Ruang Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik. Seorang yang mempuyai kecerdasan ini boleh membentuk gambaran dalam minda mereka dan melukisnya. Mereka juga berkebolehan dalam bidang seni dan kreatif menggunakan warna, membaca peta dan mempunyai daya imaginasi yang kuat. Mereka belajar dengan berkesan melalui tunjuk cara, video dan gambar rajah serta boleh memberi sumbangan kepada projek kumpulan melalui carta dan gambarajah. Pelukis, pelayar, jurutera, pakar bedah, arkitek, pengukir dan pereka grafik mempunyai kecerdasan visual-ruang yang tinggi. Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan Kinestetik untuk menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, fleksibiliti, kepantasan dan keseimbangan. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini mahir dalam memanupulasi objek dan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus dan kasar. Mereka gemar aktiviti fizikal seperti menari, bermain dan bersukan serta cekap dalam aktiviti menggunakan kemahiran motor. Mereka berkebolehan untuk belajar melalui perbuatan seperti simulasi, permainan, main peranan dan membina model. Pelakon, pereka/pencipta, penari, mekanik, atlit dan pelumba kereta mempunyai kecerdasan kinestetik.
  • 5. Kebolehan mengesan ritma, nada dan melodi, termasuklah kemahiran Muzik mengenal lagu dan mengubah tempo dan irama dalam melodi yang mudah. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini juga sensitif kepada bunyi seperti suara manusia dan alat muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan muzik tetapi pada darjah yang berbeza. Ada yang lebih berkemahiran daripada yang lain. Walau apa pun tahap bakat, kita semua mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik. Murid yang mempunyai kecerdasan muzik yang tinggi lebih gemar belajar melalui pengajaran lisan dan suka melakukan aktiviti jenis tarian, gimnastik serta berlatarkan muzik.Penyanyi, penggubah lagu, pemain alat muzik, konduktor muzik dan komposer lagu mempunyai kecerdasan muzik yang tinggi. Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal boleh bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau tanpa lisan dengan Interpersonal orang lain. Pada tahap yang mudah kecerdasan ini termasuklah kebolehan seorang kanak-kanak mengenal dan sensitif kepada 'mood' orang dewasa sekelilingnya. Kemahiran interpersonal yang lebih kompleks adalah kebolehan orang dewasa membaca hasrat orang lain walaupun secara tersirat. Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan lebih berkesan melalui pembelajaran kooperatif dan pengajaran rakan sebaya serta penglibatan dalam perbincangan kelas. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang tinggi termasuklah pemimpin agama dan politik, guru, pensyarah, jurujual, kaunselor, doktor, jururawat dan pekerja sosial. Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat Intrapersonal dan keinginan termasuklah kemahiran membandingkan diri sendiri dengan orang lain dan mengetahui bagaimana mengawal perasaan. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri, mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari. Mereka juga boleh memahami perasaan orang lain dan mempunyai daya tumpuan dan refleksi yang tinggi. Mereka lebih suka belajar bersendirian di perpustakaan atau di stesen-stesen pembelajaran dan berkebolehan membuat laporan jurnal yang baik. Contoh-contoh kecerdasan intrapersonal yang tinggi termasuklah penulis novel, ahli psikologi, tok guru dan ahli falsafah. Kebolehan mengenal , mengklasifikasi dan menghargai tumbuh- tumbuhan, bahan galian dan haiwan termasuk batu-batan dan rumput Naturalis rampai serta semua jenis flora dan fauna. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini juga berkebolehan melihat perhubungan dan polar yang rapat antara alam tumbuhan dan antara kehidupan haiwan.. Murid yang mempunyai kecerdasan naturalis belajar dengan lebih berkesan melalui aktiviti luar kelas. Ahli biologi, zoologi, petani,doktor haiwan, nelayan, pengkaji bintang, pendaki gunung, ahli ekologi dan aktivis persekitaran mempunyai kecerdasan naturalis yang tinggi.
  • 6. Apakah pentingnya teori ini dalam pendidikan? Guru boleh membawa perubahan dalam pembelajaran murid Ramai murid yang pergi ke sekolah tetapi hakikat sebenarnya mereka tidak belajar. Murid-murid ini telah dilabelkan sebagai murid yang bermasalah, berpencapaian rendah dan tidak bermotivasi. Guru telah meletakkan harapan yang rendah terhadap mereka maka ini menyebabkan harga diri mereka menurun dan masalah disiplin meningkat. Ramai murid yang berbakat dan 'gifted' juga kurang bermotivasi untuk ke sekolah. Senario ini wujud kerana fokus sistem persekolahan kita lebih tertumpu kepada dua kecerdasan sahaja; iaitu verbal-linguistik dan logik-matematik. Kebanyakan guru tidak menghargai kepelbagaian pelajar dan tidak merancang pengajaran mereka mengikut kesemua kecerdasan atau mana- mana bidang kecerdasan khusus yang ada pada murid mereka. Maka dengan itu, laman web ini dibentuk untuk membantu para guru memperbetulkan senario tersebut dan membawa bersama perubahan yang menggabungkan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran. Apakah pentingnya teori ini dalam pendidikan.....teruskan untuk mencari jawapannya.
  • 7. Guru boleh membawa perubahan dalam pembelajaran murid Ramai murid yang pergi ke sekolah tetapi hakikat sebenarnya mereka tidak belajar. Murid-murid ini telah dilabelkan sebagai murid yang bermasalah, berpencapaian rendah dan tidak bermotivasi. Guru telah meletakkan harapan yang rendah terhadap mereka maka ini menyebabkan harga diri mereka menurun dan masalah disiplin meningkat. Ramai murid yang berbakat dan 'gifted' juga kurang bermotivasi untuk ke sekolah. Senario ini wujud kerana fokus sistem persekolahan kita lebih tertumpu kepada dua kecerdasan sahaja; iaitu verbal-linguistik dan logik-matematik. Kebanyakan guru tidak menghargai kepelbagaian pelajar dan tidak merancang pengajaran mereka mengikut kesemua kecerdasan atau mana- mana bidang kecerdasan khusus yang ada pada murid mereka. Maka dengan itu, laman web ini dibentuk untuk membantu para guru memperbetulkan senario tersebut dan membawa bersama perubahan yang menggabungkan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran. PENGARUH POSITIF TEORI KECERDASAN PELBAGAI TERHADAP PENDIDIKAN Membantu pelajar memperolehi apa Membantu guru untuk memahami yang perlu untuk hidup di abad akan pengaruh terhadap kecerdasan murid: datang: • Kecerdasan boleh dipupuk dan • Kemahiran berfikir - dipengaruhi oleh pengalaman, Teori Kecerdasan Pelbagai budaya dan faktor motivasi dipadukan dengan tahap berfikir Bloom • Pelajar mengetahui bagaimana • Kemahiran reflektif - mengenal pasti minat mereka murid sepanjang hayat dan bagaimana mereka boleh belajar dengan lebih berkesan. • Kemahiran komunikasi dan kolaboratif X Membentuk pemahaman tentang Mewujudkan sekolah yang menerima dan motivasi murid: menghargai perbezaan kecerdasan di kalangan guru dan murid: • Murid lebih bermotivasi untuk belajar dengan gaya pembelajaran • Merancang dan memikul yang sesuai dengan mereka. tanggungjawab secara kolaboratif • Guru perlu mempelbagaikan • Menghargai sumbangan yang strategi pengajaran dan berbeza dari setiap guru. pembelajaran supaya: Ø Lebih ramai murid akan dapat menerima apa yang diajar. Ø Harga diri murid meningkat. Ø Kreativiti murid dapat ditingkatkan Ø Masalah disiplin dapat dikurangkan
  • 8. HASIL KUALITATIF DAN KUANTITATIF DARI KELAS YANG MENGAMALKAN TEORI KECERDASAN PELABAGAI DALAM KELAS Pembelajaran menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan jika guru menyepadukan Teori Kecerdasan Pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran mereka . Pengajaran melibatkan penggunaan kelapan-lapan kecerdasan. Dari tinjauan yang dibuat ke beberapa buah sekolah di Amerika Syarikat yang mengamalkan kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran beberapa hasil kualitatif dan kuantitatif yang menakjubkan dapat dicapai. 1. Pembelajaran menyeronokkan. Murid dan guru berminat untuk ke sekolah dan masalah ponteng kelas berkurangan. 2. Terdapat pencepatan pembelajaran (accelerated learning) berbanding dengan pendekatan pengajaran tradisional. Masa mengajar di dalam kelas dapat dikurangkan dan semua pelajar menunjukkan prestasi yang baik dalam semua mata pelajaran. 3. Skor pencapaian meningkat walau pun dalam ujian setara seperti dalam kes sebuah sekolah di Chicago di mana skor dalam ujian membaca meningkat sebanyak 103 % dalam setahun. 4. Harga diri murid dan morale sekolah menunjukkan perubahan positif. Kes salah laku pelajar banyak dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali. 5. Pelajar pendidikan khas dan pelajar lembam menunjukkan peningkatan dalam pencapaian mereka dan dapat mengembangkan strategi pembelajaran yang unik untuk kejayaan dalam kelas ANJAKAN PARADIGMA DALAM PENDIDIKAN PARADIGMA PLATONIK CONFUCIAN Sila klik panah
  • 9. > Keupayaan manusia terbatas > Hanya segelintir cendikiawan > Hairaki dalam masyarakat REVOLUSI MAKLUMAT Diperkukuhkan dengan Model Perindustrian > Sistem pemilihan, ujian dan penolakan (Screening hipothesis) Bahan Bacaab tambahan tentang Teori Kecerdasan Pelbagai. http://www.harding.edu/~cbr/midemo/mifirst.html Menerusi laman-web ini anda akan diberi maklumat tentang definisi kecerdasan pelbagai, kriteria dan prinsip kecerdasan pelbagai. Selain itu, laman-web ini turut menjelaskan tentang 8 kecerdasan yang dikenal pasti. http://www.rspublishing.com/Multiple%20Intelligences.html Laman ini menjelaskan tentang teori yang diperkenalkan oleh Howard Gardner berserta projek yang dijalankan oleh beliau. Penjelasan tentang kelapan-lapan kecerdasan turut dimuatkan. Sekolah yang menggunakan teori ini turut disertakan http://www.dropoutprevention.org/Mi/MainIdea.htm Laman ini menjelaskan tentang idea utama yang terkandung dalam teori kecerdasan pelbagai. http://www.angelfire.com/oh/themidas/eachmi.html Laman ini bukan sekadar menerangkan tentang ke lapan-lapan kecerdasan tetapi juga mencadangkan aktiviti-aktiviti yang sesuai dan boleh dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. http://www.thirteen.org/wnetschool/concept2class/month1/#2 Laman ini memberi penjelasan tentang Teori Kecerdasan Pelbagai secara umum dan bagaimana teori ini dapat membantu guru dalam merancang pengajaran
  • 10. KECERDASAN EMOSI MENSTABILKAN DIRI INDIVIDU Oleh: DR. ISMAIL ZAIN [Jendela Minda, Titian Mesra: Berita Perak] MASALAH kegawatan ekonomi, masalah alam sekitar serta masalah peribadi merupakan di antara beberapa faktor yang dapat mempengaruhi "mood" seseorang dalam menjalani tugas harian. "Mood" ini boleh mengubah peribadi seseorang yang akhirnya dapat menjejas kedudukan dan hubungan mesra antara individu. Mengikut Daniel Goleman (1995) pengarang buku "The Emotional Intelligence", penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada kecerdasan yang ada pada keintelektualannya (IQ) sahaja tetapi yang lebih penting adalah kecerdasan emosi (EQ) yang ada pada dirinya. Mengikutnya lagi keceredasan intelek (IQ) tidak dapat menjamin kesejahteraan dan keharmonian diri serta hubungannya dengan masyarakat. Kecerdasan Emosi (EQ) mengikut kajian meninggalkan kesan yang mendalam dalam keseluruhan aspek dalam kehidupan termasuk aspek kesihatan dan sosial. Dalam bidang pekerjaan mengikut Goleman "... people of high IQ flounder and those of moderate IQ do surprisingly well... Lack of emotional intelligence can sabotage the intellect and ruin careers..." Ini membawa maksud kejayaan diri dalam pekerjaan perlulah juga diimbangi dengan aspek emosi. Mengikut Daniel, kecerdasan emosi adalah situasi di mana aspek rohaniah perlu diberi keutamaan dalam kehidupan kita terutamanya dalam situasi bekerja. Kecerdasan emosi melibatkan proses:- Kesedaran kendiri (self-awareness) Disiplin kendiri Memahami perasaan dan isi hati orang lain . Mempunyai kemahiran intra dan inter personal yang baik untuk berkomunikasi.
  • 11. Dapat mengawal perasaan Proses yang disebutkan diatas adalah penting ke arah mewujudkan suasana kerja yang menyeronakkan serta melahirkan masyarakat penyayang. Ketenangan dan keseronokan adalah merupakan salah satu daripada keperluan asas manusia. Perasaan tenang dan seronok bukan sahaja ingin dikecapi di rumah tetapi juga di tempat kerja. Ini boleh dikecapi melalui suasana mesra yang dapat dijalinkan dalam satu pasukan yang mempunyai semangat kekitaan. Ungkapan "masyarakat penyayang" serta "masyarakat perihatin" bukan hanya sekadar menanam tebu dibibir mulut atau sekadar memenuhi ruang hiasan di pejabat-pejabat tetapi harus direalisasikan melalui amalan dan tindakan dalam pekerjaan. Kelembutan, ketegasan dan kemesraan dalam menjalankan tugas akan lebih dihormati daripada kekerasan dan paksaan. Aspek emosi ini tidak memerlukan seseorang itu berpangkat tinggi atau berpelajaran tinggi untuk mencapainya. Ianya dapat dicapai melalui perhubungan yang mesra, bertindak tidak mengikut perasaan, menghormati orang lain, serta menyedari bahawa setiap insan mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Setiap kekuatan yang ada pada diri seseorang itu perlulah diperkembangkan dan dihormati manakala setiap kelemahan itu perlulah dibimbing, didorong dan diperbaiki agar dapat memenuhi satu hala tuju yang diingini. Kesemuanya ini perlulah dilakukan dalam suasana yang mesra serta tidak mempunyai tujuan yang negatif disebaliknya. Sama ada anda seorang boss atau seorang pekerja bawahan sejauhmanakah emosi anda dapat dicerdaskan? Bersama-samalah kita membuat refleksi diri agar keselesaan dan keharmonian di tempat kerja dapat dikekalkan ke arah mencapai masyarakat penyayang. Ehsan : Utusan Malaysia