SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
1
YUVARANI A/P SUBRAMANIAM
Teori Perkembangan Manusia : Teori Kecerdasan Pelbagai
Howard Gardner
1.0Pengenalan
Pada tahun 1983, seorang ahli psikologi barat iaitu Howard Gardner telah
mengasaskan satu teori yang berkaitan dengan kecerdasan iaitu teori kecerdasan
pelbagai melalui bukunya “Gardner, Frames of Mind”. Teori ini hasil daripada kajian
beliau yang dijalankan terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai
pelbagai kriteria tersendiri dalam kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak
istimewa. Menurut Howard Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata
tetapi kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan,
makanan dan suasana pembelajaran.
Teori kecerdasan pelbagai ini lebih kepaa aspek kognitif dan perkembangan
psikologi, antropologi dan sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia. Beliau
telah menyenaraikan lapan kecerdasan yang terdapat pada seseorang. Menurut
Gardner, setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza dan kecerdasan
tersebut boleh ditingkatkan lagi dengan pendidikan ataupun melalui aktiviti yang
bersesuaian.
Kecerdasan yang dinyatakan dalam teori kecerdasan pelbagai mempunyai
perkaitan antara kecerdasan tersebut. Hampir semua orang boleh diperkembangkan
dalam kelapan-lapan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi, jika keadaan-
2
keadaan seperti penggalakan, pengkayaan dan pengajaran adalah sesuai (Armstrong,
1994).
2.0Jenis Kecerdasan Pelbagai
Rajah 1 : Jenis Kecerdasan Pelbagai
2.1Kecerdasan Kinestetik
Kebolehan yang dimiliki oleh seseorang dalam menggunakan sebahagian atau
keseluruhan anggota badan untuk berkomunikasi atau mneyelesaikan masalah.
Menurut Howard Gardner, kecerdasan kinestetik merujuk kepada sensori badan
terhadap pergerakan. Badan manusia bukan sejenis mesin, ia adalah saluran deria
rasa seseorang individu, perasaan peribadi dan cita-cita, serta tidak ketinggalan
entiti di mana orang lain bertindak balas secara unik berdasarkan kualiti
kemanusiaan mereka yang tersendiri. Selalunya kita dapat melihat perkembangan
Kinestetik
Muzik-
irama
Naturalis
Visual-
Ruang
Verbal-
Linguistik
Logik-
Matematik
Intra-
personal
Inter-
personal
3
utama dan potensi kecerdasan ini dalam kegiatan vokasional seperti pelakon, buruh
binaan, atlit, penari, guru tari dan ahli terapi fizikal (Gardner, 1983).
2.2Kecerdasan Interpersonal
Kecerdasan interpersonal adalah berkait rapat dengan emosi. Kecerdasan ini
adalah berkaitan dengan kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta
hasrat orang lain. Menurut Howard Gardner (1993), kecerdasan interpersonal
membantu kita bersosial dengan orang lain. Kecerdasan interpersonal amat penting
kerana kemahiran ini melambangkan keperibadian seseorang itu. Seseorang yang
mempunyai kecerdasan interpersonal yang kuat akan menjadi seorang pemimpin.
Mereka mempunyai keyakinan apabila bersuara, mampu berdikari dan bijak dalam
menyampaikan idea dan pendapat. Menurut Gardner (1983), kebiasaannya kita
hanya akan melihat perkembangan potensi kecerdasan ini di dalam situasi
vokasional. Antara kerjaya yang melibatkan kecerdasan interpersonal ini adalah
seperti guru, pakar terapi, ahli politik dan pemimpin organisasi.
2.3Kecerdasan Intrapersonal
Kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang individu iaitu kebolehan seseorang
mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan terhadap diri
sendiri, mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi,
kemarahan, dorongan serta kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri.
Kebolehan mengenali diri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat, kehendak
termasuklah kemahiran yang menyebabkan seseorang itu mempunyai persamaan
dan perbezaan dengan orang lain. Kecerdasan intrapersonal yang dimiliki oleh
seseorang individu dapat membantu individu tersebut menangani perasaan beradab
sopan serta mengawal kemarahan dan kesedihan yang dihadapi dengan sebaiknya.
Walau bagaimanapun, individu yang memiliki kecerdasan ini lebih suka
bersendirian, suka kepada kesunyian dan suka bermonolog. Individu seperti ini juga
4
sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu. Antara
kerjayanya seperti kaunselor kerohanian, ahli falsafah, juru meditasi dan ahli
psikologi.
2.4Kecerdasan Logik-Matematik
Kecerdasan matematik melibatkan individu yang pintar dalam penguasaan ilmu
berkaitan dengan matematik. Individu yang memiliki kecerdasan ini adalah
seseorang individu yang boleh bermain dengan angka dan tidak mudah keliru
dengan masalah yang timbul dalam pengiraan matematik. Mereka sering memberi
nilai, menghitung dan mencari penyelesaian secara tepat mengenai sesuatu
perkara. Individu ini mempunyai ingatan yang tinggi dan sering dikatakan
mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu
mengingati semula dengan cepat. Kemahiran yang dominan di bahagian kiri otak
membolehkan individu tersebut dapat berfikir secara konseptual dan abstrak.
Individu yang mempunyai berkeupayaan menyelesaikan masalah matematik kerana
mereka mampu atau berkeupayaan untuk menaakul secara deduktif. Kebanyakan
individu yang memiliki kecerdasan matematik ini cemerlang dalam bidang sains, ahli
fizik, kejuruteraan dan menjadi ahli matematik.
2.5Kecerdasan Verbal-Linguistik
Kecerdasan verbal-linguistik merujuk kepada keupayaan dan kebolehan yang
berkait dengan penguasaan bahasa, kesusasteraan, pertuturan dan kemahiran
menggunakan bahasa yang kompleks. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini
mampu memberi makna, mentafsir, mendalami sesuatu perkara yang tersirat di
dalam bahasa. Menurut Howard Gardner (1983), seseorang yang mempunyai
kecerdasan verbal-linguistik mampu memahami, bertutur, menulis pelbagai jenis
bahasa dan mampu menguasai bahasa asing dengan baik dan fasih. Selain itu,
seseorang yang memiliki kecerdasan ini terdiri daripada golongan yang cemerlang
pada peringkat persekolahan dalam bidang bahasa seperti individu yang sering
5
melibatkan diri dalam pertandingan berkaitan bahasa dan menonjolkan diri apabila
bersuara. Individu dengan kecerdasan ini sering menjadi peguam, ahli bahasa, ahli
puisi, penulis atau ahli pidato yang sangat cemerlang.
2.6Kecerdasan Visual-Ruang
Visual atau ruang adalah kecerdasan yang membolehkan seseorang individu
melihat sesuatu secara jauh dan mendalam. Individu yang mempunyai kecerdasan
ini memiliki keupayaan imaginasi yang tinggi dan mampu mencipta sesuatu yang
kreatif atau baru serta sukar untuk difikirkan oleh orang lain. Mereka juga mampu
membuat andaian atau hipotesis mengenai pelbagai perkara seperti tafsiran
mengenai alam. Individu ini sering memberi pandangan mengenai dunia, alam
semesta dan persekitaran. Golongan ini sering memberi persepsi yang unik dan
berbeza terhadap sesuatu perkara. Kerjaya yang sesuai kepada individu yang
memiliki kecerdasan ruang visual adalah seperti pembuat peta, pereka hiasan
dalaman, arkitek, pereka landskap, juruseni dan sebagainya. Menurut Gardner
(1983), selalunya kita dapat melihat perkembangan utama dan potensi kecerdasan
ini dalam kegiatan vokasional.
2.7Kecerdasan Naturalis
Kecerdasan naturalis melibatkan alam dan kepintaran yang berkaitan tentang
keseluruhan alam. Individu yang mempunyai kecerdasan ini adalah seorang yang
sangat prihatin terhadap alam, mempunyai sikap penyayang yang sangat tinggi.
Mereka mempunyai kebolehan dalam mengaitkan sesuatu perkara mengikut urutan,
membina klasifikasi atau kelas, menjelaskan dan menggabungkan konsep yang
diketahui. Individu yang memiliki kecerdasan ini sangat selesa apabila berada
bersama alam yang terbuka seperti pantai dan hutan atau mereka juga dikenali
sebagai pencipta alam. Mereka mudah terasa, sensitif atau peka apabila sesuatu isu
yang berkaitan dengan alam sekitar wujud. Antara kerjaya yang memerlukan
6
kecerdasan jenis ini adalah seperti ahli geologi, ahli biologi, pendaki gunung, petani,
ahli botani dan kerjaya lain yang melibatkan sains.
2.8Kecerdasan Muzik-Irama
Menurut Howard Gardner, kecerdasan muzikal berjalan di struktur yang hampir
sejajar dengan kecerdasan linguistik. Individu yang mempunyai kecerdasan ini
mampu mendengar bunyi yang dihasilkan dan membezakan setiap note muzik yang
didengari. Selain itu, mereka juga prihatin dan mempunyai suatu perasaan yang
sukar digambarkan apabila mendengar bunyi-bunyi alam seperti jatuhan air terjun,
aliran sungai, deruan ombak laut, kicauan burung, deruan angin dan titisan hujan.
Setiap bunyi yang dihasilkan adalah berbeza dan memberi perasaan yang berbeza
apabila didengari. Individu yang mempunyai kecerdasan dalam bidang muzik
sensitif kepaa irama, pitch, melodi, dan nada suara. Seseorang individu yang
mempunyai kecerdasan dalam bidang muzik sering berjaya menjadi selebriti yang
terkenal sebagai penyanyi, penggubal lagu, komposer, penulis lirik dan pengarah
teater yang cemerlang. Terdapat juga koreografer dan penari yang memiliki
kecerdasan dalam bidang muzik.
7
3.0Implikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
Pengetahuan guru pendidikan khas tentang teori kecerdasan pelbagai yang
diperkenalkan oleh Howard Gardner membolehkan guru tersebut mengaplikasikannya
dalam psikologi pendidikan dan seterusnya membolehkan guru tersebut untuk
merancang proses dan pembelajaran secara berkesan dan baik di dalam atau luar bilik
darjah. Hal ini demikian kerana, kecerdasan yang terdapat pada kanak-kanak
berkeperluan khas boleh dijadikan sebagai petunjuk potensi yang terdapat pada pelajar
tersebut.
Dalam konteks pendidikan, guru pendidikan khas memainkan peranan penting
untuk merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dan luar
kelas supaya dapat memenuhi lapan keperluan kecerdasan yang diperkenalkan oleh
Gardner. Guru pendidikan khas boleh menjadikan teori kecerdasan pelbagai sebagai
panduan untuk mereka merancang teknik, kaedah dan strategi pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai mengikut jenis kecerdasan, bakat dan potensi yang terdapat
pada kanak-kanak. Kaedah ini membolehkan guru pendidikan khas mempelbagaikan
cara pengajarannya supaya proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
menjadi menarik dan tidak membosankan pelajar.
Guru pendidikan khas boleh memberi aktiviti sentuhan dan pergerakan kepada
kanak-kanak berkeperluan khas bagi mempraktikkan kecerdasan kinestetik mereka.
Aktiviti dapat dijalankan semasa waktu pendidikan jasmani. Bersukan merupakan satu
kaedah pengajaran yang dapat mengkoordinasikan pergerakan tubuh badan.
Contohnya, guru pendidikan khas dapat menyusun beberapa gelung hula (hula hoop)
dan meletakkan satu bangku di atas lantai. Seterusnya, guru menyuruh kanak-kanak
lompat ke dalam gelung hula satu demi satu dan berjalan di atas bangku dengan
meletakkan satu beg kacang di atas kepala. Dengan itu, kanak-kanak seperti palsi
serebrum dan sindrom down dapat mempelajari untuk mengkoordinasikan pergerakan
dan mengimbangkan tubuh badan mereka. Secara langsung, meningkatkan keyakinan
dalam diri mereka.
8
Aktiviti yang melibatkan kecekapan menggunakan motor kasar dan motor halus
dalam teknik pengajaran dan pembelajaran juga membolehkan kanak-kanak
berkeperluan khas untuk mengaplikasikan kecerdasan kinestetik. Aktiviti seperti
membuat kraf tangan sesuai untuk digunakan. Kanak-kanak mudah berasa bosan
sekiranya mengambil masa yang panjang dalam membaca dan menulis. Jadi, guru
pendidikan khas boleh mengajar kanak-kanak mengenai kemahiran membuat kraf
seperti origami untuk meningkatkan kecekapan motor kasar dan motor halus mereka.
Kanak-kanak autism dan terencat akal biasanya suka dengan aktiviti tersebut. Bagi
kanak-kanak yang kecacatan penglihatan yang tidak serius, mereka juga harus
digalakkan oleh guru untuk membuat kraf tangan untuk mrningkatkan kecerdasan
kinestetik.
Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, mereka tidak suka akan pengajaran dan
pembelajaran yang bercorak guru mengajar, murid mendengar. Minda mereka tidak
dapat berfungsi dengan cerdas dan pintar seperti kanak-kanak biasa. Oleh yang
demikian, guru pendidikan khas seharusnya memberi atau menyediakan aktiviti secara
“hands on” dari semasa ke semasa. Aktiviti yang hendak dijalankan juga mementingkan
kebolehan dan kemampuan kanak-kanak dan dapat mengajar mereka dari kemahiran
dan memupuk minat terhadap aktiviti “hands on” tersebut. Secara langsung, memberi
pengetahuan kepada kanak-kanak dan kepentingan untuk berdikari.
Kecerdasan naturalis berkaitan dengan alam semula jadi. Aktiviti “hands on”
yang paling sesuai untuk dijalankan oleh guru pendidikan khas semasa pengajaran dan
pembelajaran di luar bilik darjah adalah membawa kanak-kanak berkeperluan khas
untuk menanam bunga di taman sekeliling sekolah. Guru boleh mengajar kanak-kanak
untuk mengenali flora dan fauna yang terdapat di sekolah. Selepas itu, guru mengajar
cara untuk membaja dan menanam bunga. Menerusi kaedah ini, kanak-kanak juga
dapat mempelajari prihatin dan kesabaran. Mereka juga lebih peka dan menyayangi
alam semula jadi dan persekitaran di sekeliling mereka. Semasa menanam bunga, guru
pula boleh mengambil kesempatan untuk memberi kanak-kanak seperti sindrom down
dan palsi serebrum untuk menggerakkan motor kasar dan motor halus mereka. Kanak-
kanak yang mempunyai gangguan emosi dan tingkah laku dapat menenangkan hati
9
mereka dengan mendekatkan diri bersama alam semula jadi. Kecerdasan naturalis
secara langsungnya memantapkan di dalam diri kanak-kanak berkeperluan khas.
Selain daripada implikasi-implikasi teori terhadap pengajaran dan pembelajaran
kanak-kanak berkeperluan khas yang disebutkan di atas, guru pendidikan khas boleh
meningkatkan kecekapan kanak-kanak dalam teori kecerdasan pelbagai dengan
penggunaan alat bantu mengajar yang bersesuaian dan bersifat konkrit. Alat bantu
mengajar konkrit ini bermaksud kanak-kanak dapat menyentuh dan belajar melalui
sentuhan dan permainan. Ini adalah kerana kanak-kanak biasanya lebih gemar untuk
menyentuh benda-benda yang nyata daripada hanya mendengar dan menggunakan
imaginasi untuk memahami apa yang diajarkan oleh guru.
Kanak-kanak berkeperluan khas terutamanya masalah pertuturan dan sindrom
down berasa malu untuk bercakap tidak kira di sekolah ataupun di rumah disebabkan
oleh suara mereka tersekat atau kasar. Jadi, guru dapat menjalankan aktiviti untuk
meningkatkan kecerdasan verbal-linguistik mereka berani untuk bersuara. Antara
aktiviti yang sesuai adalah dengan permainan “Talking Tom”. Permainan ini melibatkan
alat bantu mengajar yang boleh didapati dalam aplikasi smartphone. Permainan ini
senang dimainkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kanak-
kanak menggunakan smartphone tersebut untuk bercakap dengan kucing Tom. Setelah
percakapan, kucing Tom tersebut pula akan mengulang balik apa yang dicakapkan oleh
kanak-kanak tadi. Dengan cara ini, kanak-kanak mudah untuk menarik perhatian dan
berminat untuk berkomunikasi. Impaknya, keadaan verbal-linguistik kanak-kanak
berkeperluan khas dapat ditingkatkan.
Kelas pendidikan khas seharusnya dihiaskan dengan perkataan dan gambar
yang berwarna-warni dan bercorak cantik serta comel. Ini dapat menambahkan sensori
deria kanak-kanak berkeperluan khas. Guru pendidikan khas patut menigkatkan
kecerdasan visual-ruang pada kanak-kanak tersebut. Kecerdasan ini dapat ditingkatkan
dengan aktiviti melukis dan bermain puzzle. Melukis adalah suatu aktiviti yang sering
digemari oleh kanak-kanak autisme. Mereka suka mengekspresikan sesuatu melalui
lukisan dan lukisan mereka merangkumi maksud-maksud tersirat. Kanak-kanak
hiperaktif juga boleh diajar supaya menumpukan perhatian yang lebih lama dengan
10
permainan puzzle. Sebaik sahaja mereka menumpukan perhatiaan dalam puzzle, maka
mereka tidak akan mengacau rakan-rakan semasa pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah. Kedua-dua aktiviti melukis dan bermain puzzle membolehkan kanak-
kanak berfikir secara kritis dan kreatif untuk meningkatkan kecerdasan visual-ruang.
Kelas yang berwarna-warni juga dapat membuka minda kanak-kanak agar mencungkil
lagi kecerdasan tersebut.
Di samping itu, guru pendidikan khas dapat melibatkan kanak-kanak
berkeperluan khas dalam aktiviti tambahan di dalam atau di luar bilik darjah. Menerusi
aktiviti tambahan, guru secara langsung mengajar kanak-kanak dalam pengurusan
kendiri dan berdekatkan dengan masyarakat. Kanak-kanak berkeperluan khas ini
mudah dilupai dan dipinggirkan oleh masyarakat. Ini menyebabkan kanak-kanak tidak
dapat mengintegrasikan diri dalam kalangan masyarakat. Dengan melaksanakan aktiviti
tambahan oleh guru pendidikan khas, maka kanak-kanak dapat menjalinkan hubungan
harmoni dan mesra dengan kalangan masyarakat dan tidak dipandang rendah.
Kecerdasan interpersonal adalah kemahiran berntindak secara berkesan
terhadap kanak-kanak secara praktikal seperti menggalakkan mereka terlibat dalam
program-program motivasi yang pengisiannya mempunyai slot yang memerlukan
kerjasama berkumpulan. Guru pendidikan khas boleh menjalankan program seperti
bergotong-royong dalam kelas. Ini bukan sahaja dapat memotivasikan kanak-kanak
seperti kecacatan fizikal, palsi serebrum dan sindrom down untuk melakukan sesuatu
kerja, malah kegiatan ini juga membantu mereka dalam menjalinkan hubungan yang
lebih mesra di antara rakan-rakan sebaya atau sekelas. Bagi sekolah yang mempunyai
program pendidikan khas integrasi, kegiatan bergotong-royong ini juga digalakkan
untuk melibatkan kanak-kanak berkeperluan khas dan kanak-kanak aliran perdana.
Tujuannya adalah untuk meningkatkan rasa empati dan mengintegrasikan kedua-dua
kumpulan kanak-kanak supaya dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain.
Langkah ini amat penting agar kanak-kanak berkeperluan khas memiliki kecerdasan
interpersonal justeru tidak dipinggirkan oleh masyarakat.
Tambahan pula, untuk kecerdasan logik-matematik, antara aktiviti tambahan
yang bersesuaian untuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah membawa mereka ke
11
pasar raya untuk mengenali dan membeli barangan harian. Kaedah ini selalunya
berkesan untuk dilakukan oleh para guru pendidikan khas dan kaedah ini amat praktikal
dan dekat dengan alam dunia yang nyata. Yang paling penting sekali, selepas sesi
tersebut, kanak-kanak berkeperluan khas dapat belajar untuk berdikari dan berfikiran
logik serta tidak mudah ditipu oleh orang lain semasa membeli barang. Mereka juga
dapat mengenali barang-barangan harian dan ini dapat menambah pengetahuan
tentang kehidupan seharian. Selain itu, kanak-kanak tersebut dapat mengenali wang
dan syling serta mengira dengan tepat dan betul. Guru yang menggunakan teknik ini
mempercepatkan proses kanak-kanak untuk memperkasakan kecerdasan logik-
matematik.
Kanak-kanak berkeperluan khas kebanyakannya tidak mempunyai keupayaan
untuk meluahkan perasaan mereka dengan cara yang betul dan positif. Bagi
mengelakkan mereka berkelakuan pasif dan negatif, guru pendidikan khas memainkan
peranan untuk meneroka alternatif penyelesaian masalah untuk mengurangkan
pemikiran kanak-kanak yang tidak baik. Apabila mereka berfikiran sebegitu, mereka
akan melakukan sesuatu yang dapat mencederakan diri seperti menghantuk kepala
sampai berdarah. Oleh itu, penerokaan alternatif penyelesaian masalah tersebut boleh
membantu kanak-kanak untuk belajar dalam melepaskan perasaan dalaman mereka.
Bagi kanak-kanak seperti hiperaktif dan autisme, mereka tidak dapat memehami
diri sendiri dari segi kekuatan dan kelemahan. Guru pendidikan khas dapat
meningkatkan kecerdasan intrapersonal mereka dengan mengadakan aktiviti sesi
refleksi selama 5 minit sebelum lepas sekolah setiap hari. Kumpulan ini biasanya tidak
dapat meluahkan perasaan sendiri. Guru haruslah membantu mereka untuk
menetapkan matlamat dan memberi peluang kepada mereka untuk mendapat maklum
balas antara satu sama lain dalam sesi refleksi tersebut. Guru boleh menanya kepada
mereka tentang mata pelajaran atau kemahiran yang telah dipelajari dalam hari
tersebut untuk melihat bahawa sejauh mana mereka dapat memahami dan
menerapkan ke minda. Lama-kelamaannya, mereka dapat mengetahui kehendak dan
kemahuan mereka dan mengawal tingkah laku serta disiplin mereka. Oleh itu,
kecerdasan intrapersonal turut dipertingkatkan.
12
Untuk kecerdasan yang terakhir, iaitu kecerdasan muzik-irama, adalah antara
kecerdasan yang senang dan selalu digunakan oleh guru pendidikan khas. Muzik
adalah gabungan atau kombinasi bunyi yang boleh menenangkan fikiran dan
mengurangkan tekanan. Peranan muzik adalah luas kerana selain menghiburkan,
muzik juga digunakan sebagai terapi kepada golongan bermasalah seperti terencat
akal, hiperaktif dan autisme melalui melodi dan irama yang didendangkan. Kanak-kanak
berkeperluan khas ini biasanya gemar dengan aktiviti menyanyi dan menari. Oleh itu,
lagu “senaman si Tommy”, “Clap your hand” dan “Old MacDonald has a farm”
merupakan lagu-lagu yang dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah. Kanak-kanak dapat menyanyi sambil menari dengan irama muzik. Teknik
ini selalunya menggembirakan hati kanak-kanak dan mengurangkan tekanan terhadap
pembelajaran di sekolah. Hubungan antara guru dengan kanak-kanak secara langsung
dirapatkan.
Secara kesimpulannya, implikasi-implikasi teori kecerdasan pelbagai yang
diperkenalkan oleh Howard Gardner terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam
atau di luar bilik darjah adalah berbagai-bagai untuk guru pendidikan khas
mengaplikasikannya. Setiap kecerdasan mempunyai aktiviti atau kaedah yang boleh
dilakukan oleh guru untuk membolehkan kanak-kanak berkeperluan khas berkemahiran
dalam menguasainya. Kanak-kanak kumpulan ini tidak dapat belajar dengan baik dan
cergas, tetapi mereka seharusnya diajar untuk menguruskan diri dan berdikari dengan
memiliki kecerdasan pelbagai yang disebutkan. Peranan guru dalam mendidik mereka
adalah diuatamakan. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran harus dirancang
dengan strategik dan martabat.
13
4.0RUMUSAN
Pemahaman tentang teori kecerdasan pelbagai oleh Howard Gardner adalah
penting untuk membolehkan guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran mereka
mengikut minat kanak-kanak berkeperluan khas. Ia akan memberi peluang kepada guru
untuk melaksanakan sesi pengajaran mengikut atau berpandukan lapan jenis
kecerdasan ini. Selain itu, pemahaman tentang teori kecerdasan pelbagai dapat
menggabungkan bidang akademik dan kokurikulum pelajar. Kedua-dua bidang dapat
dibangunkan oleh guru dalam kalangan kanak-kanak sekiranya guru memahami ilmu
tentang teori kecerdasan pelbagai. Guru juga dapat mengasah bakat pelajar dengan
kefahaman yang kukuh terhadap teori kecerdasan pelbagai ini. Guru boleh mengenal
pasti cita rasa kanak-kanak dengan tepat untuk membantu membangunkan daya
kreativiti kanak-kanak tersebut.
Di samping itu, ia memberi peluang kepada guru untuk mendalami aspek penilaian
yang lebih berkesan. Kecerdasan yang berbeza-beza akan menghasilkan penilaian
yang mantap tarhadap kemampuan kanak-kanak berkeperluan khas dalam sesuatu
bidang. Teori kecerdasan pelbagai juga secara tidak langsung menyokong
pembelajaran bersepadu dan menyeluruh yang selari dengan falsafah pendidikan
kebangsaan. Dalam pada itu, ia dapat mewujudkan suasana kolaboratif dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dengan ini dapat mengeratkan hubungan
antara guru dengan kanank-kanak, mahupun di antara kanak-kanak sendiri. Kesemua
kecerdasan adalah dimiliki oleh setiap individu, tetapi tahapnya adalah berbeza-beza.
Keadaan ini akan menggalakkan inovasi dan penyelidikan-penyelidikan yang baru
dalam pengajaran dan pembelajaran.

More Related Content

What's hot

Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...
Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...
Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...cikgutika
 
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetTeori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetLittle Butterfly
 
Teori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulumTeori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulumchenta miamor
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifMokhzani Fadir
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaranTien Yu Yu
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranNoorezayu Mohd Said
 
Compiled tajuk 3 perbezaan individu dan pembelajaran
Compiled tajuk 3 perbezaan individu dan pembelajaranCompiled tajuk 3 perbezaan individu dan pembelajaran
Compiled tajuk 3 perbezaan individu dan pembelajaranHashimah68
 
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)Aina Azrina
 
Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)
Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)
Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)Norizan Hassan
 
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)cikgutika
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIAiisy Afifah
 
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piagetperkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean PiagetCHIANG JIE CHYNG
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaaminnafek
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyIzzat Najmi
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Kalai Shan
 
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiTopik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiWany Hardy
 
Perkembangan bahasa n kognitif
Perkembangan bahasa n kognitifPerkembangan bahasa n kognitif
Perkembangan bahasa n kognitifAinismaira Smile
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran Opie Mohamad
 

What's hot (20)

Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...
Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...
Penilaian bagi pembangunan bahan multimedia berasaskan laman web dalam pendid...
 
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean PiagetTeori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
Teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget
 
Teori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulumTeori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulum
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatif
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaran
 
jenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogijenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogi
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
 
Compiled tajuk 3 perbezaan individu dan pembelajaran
Compiled tajuk 3 perbezaan individu dan pembelajaranCompiled tajuk 3 perbezaan individu dan pembelajaran
Compiled tajuk 3 perbezaan individu dan pembelajaran
 
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
 
Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)
Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)
Teori Kecerdasan Pelbagai (Gardner)
 
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
 
Metakognitif
MetakognitifMetakognitif
Metakognitif
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
 
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piagetperkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysia
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotsky
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresiTopik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
Topik 7 penerokaan, memperoleh pengalaman dan ekspresi
 
Perkembangan bahasa n kognitif
Perkembangan bahasa n kognitifPerkembangan bahasa n kognitif
Perkembangan bahasa n kognitif
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 

Viewers also liked

Teori kecerdasan pelbagai gardner
Teori kecerdasan pelbagai gardnerTeori kecerdasan pelbagai gardner
Teori kecerdasan pelbagai gardnersehafbi
 
Teori kecerdasan pelbagai
Teori kecerdasan pelbagaiTeori kecerdasan pelbagai
Teori kecerdasan pelbagaibibahfayyadh
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiSiTi Nurhidayah
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...Cho Shirley
 
teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar
 teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar
teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajarmat Ki
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotskyartyschatz
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHIzny Atikah
 
kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)
kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)
kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)cik noorlyda
 
2.2 kecerdasan pelbagai & eq
2.2 kecerdasan pelbagai & eq2.2 kecerdasan pelbagai & eq
2.2 kecerdasan pelbagai & eqMohamad Fauzi
 
Kecerdasan Naturalis
Kecerdasan NaturalisKecerdasan Naturalis
Kecerdasan Naturalisboim007
 
Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh gardner
Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh gardnerDefinisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh gardner
Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh gardnerHamzah Salleh
 
Mengapakah Teori Pembelajaran Pelbagai Perlu Diaplikasikan Dalam PdP
Mengapakah Teori Pembelajaran Pelbagai Perlu Diaplikasikan Dalam PdPMengapakah Teori Pembelajaran Pelbagai Perlu Diaplikasikan Dalam PdP
Mengapakah Teori Pembelajaran Pelbagai Perlu Diaplikasikan Dalam PdPcik noorlyda
 
Tugasankrb3023 d20112052476
Tugasankrb3023 d20112052476Tugasankrb3023 d20112052476
Tugasankrb3023 d20112052476awalludinmiskam
 
Pendidikan tamadun awal
Pendidikan tamadun awalPendidikan tamadun awal
Pendidikan tamadun awalpienasapina
 

Viewers also liked (20)

Teori kecerdasan pelbagai gardner
Teori kecerdasan pelbagai gardnerTeori kecerdasan pelbagai gardner
Teori kecerdasan pelbagai gardner
 
Teori kecerdasan pelbagai
Teori kecerdasan pelbagaiTeori kecerdasan pelbagai
Teori kecerdasan pelbagai
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
Teori Kecerdasan Pelbagai
Teori Kecerdasan PelbagaiTeori Kecerdasan Pelbagai
Teori Kecerdasan Pelbagai
 
teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar
 teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar
teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar
 
Teori Pelbagai Kecerdasan Multiple Intelligences
Teori Pelbagai Kecerdasan Multiple IntelligencesTeori Pelbagai Kecerdasan Multiple Intelligences
Teori Pelbagai Kecerdasan Multiple Intelligences
 
Teori kecerdasan pelbagai
Teori kecerdasan pelbagaiTeori kecerdasan pelbagai
Teori kecerdasan pelbagai
 
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh VygotskyTeori Konstruktivisme oleh Vygotsky
Teori Konstruktivisme oleh Vygotsky
 
Seni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikanSeni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikan
 
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAHMASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
MASALAH PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM BILIK DARJAH
 
kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)
kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)
kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)
 
2.2 kecerdasan pelbagai & eq
2.2 kecerdasan pelbagai & eq2.2 kecerdasan pelbagai & eq
2.2 kecerdasan pelbagai & eq
 
Kecerdasan Naturalis
Kecerdasan NaturalisKecerdasan Naturalis
Kecerdasan Naturalis
 
Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh gardner
Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh gardnerDefinisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh gardner
Definisi kecerdasan pelbagai yang diberikan oleh gardner
 
Kepelbagaian kecerdasan
Kepelbagaian kecerdasanKepelbagaian kecerdasan
Kepelbagaian kecerdasan
 
Mengapakah Teori Pembelajaran Pelbagai Perlu Diaplikasikan Dalam PdP
Mengapakah Teori Pembelajaran Pelbagai Perlu Diaplikasikan Dalam PdPMengapakah Teori Pembelajaran Pelbagai Perlu Diaplikasikan Dalam PdP
Mengapakah Teori Pembelajaran Pelbagai Perlu Diaplikasikan Dalam PdP
 
Motivasi
MotivasiMotivasi
Motivasi
 
Tugasankrb3023 d20112052476
Tugasankrb3023 d20112052476Tugasankrb3023 d20112052476
Tugasankrb3023 d20112052476
 
Pendidikan tamadun awal
Pendidikan tamadun awalPendidikan tamadun awal
Pendidikan tamadun awal
 

Similar to teori perkembangan manusia (kecerdasan pelbagai)

Multiple Intelligences: The Theory in Practice Intelligence
Multiple Intelligences: The Theory in Practice IntelligenceMultiple Intelligences: The Theory in Practice Intelligence
Multiple Intelligences: The Theory in Practice Intelligenceabdulkadirsiompu
 
Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasan
Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasanKbk 3073 kepelbagaian kecerdasan
Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasanLee Cyee
 
KECERDASAN HOWARD GARDNER.pptx
KECERDASAN HOWARD GARDNER.pptxKECERDASAN HOWARD GARDNER.pptx
KECERDASAN HOWARD GARDNER.pptxYunitaEfendi1
 
Pengembangan potensi peserta didik
Pengembangan potensi peserta didikPengembangan potensi peserta didik
Pengembangan potensi peserta didikTohir Haliwaza
 
KECERDASAN PELBAGAI DAN KEPENTINGANNYA
KECERDASAN PELBAGAI DAN KEPENTINGANNYAKECERDASAN PELBAGAI DAN KEPENTINGANNYA
KECERDASAN PELBAGAI DAN KEPENTINGANNYARean Leh
 
AHS_PSIKOLOGI PENDIDIKAN_INTELEGENSI DAN BAKAT FIX.ppsx
AHS_PSIKOLOGI PENDIDIKAN_INTELEGENSI DAN BAKAT FIX.ppsxAHS_PSIKOLOGI PENDIDIKAN_INTELEGENSI DAN BAKAT FIX.ppsx
AHS_PSIKOLOGI PENDIDIKAN_INTELEGENSI DAN BAKAT FIX.ppsxAnastasiaSinaga1
 
Belajar dengan multiple intelligences howard gardner
Belajar dengan multiple intelligences howard gardnerBelajar dengan multiple intelligences howard gardner
Belajar dengan multiple intelligences howard gardnersanjayajo
 
Teori kecerdasan pelbagai gardner (tkp)
Teori kecerdasan pelbagai gardner (tkp)Teori kecerdasan pelbagai gardner (tkp)
Teori kecerdasan pelbagai gardner (tkp)Durani Hanis
 
K01947 20180528092607 k12 pengurusan murid pelbagai upaya
K01947 20180528092607 k12 pengurusan murid pelbagai upayaK01947 20180528092607 k12 pengurusan murid pelbagai upaya
K01947 20180528092607 k12 pengurusan murid pelbagai upayaJANGAN TENGOK
 
Kit apa itu_pintar_cerdas
Kit apa itu_pintar_cerdasKit apa itu_pintar_cerdas
Kit apa itu_pintar_cerdasgreenfrog88
 
Belajar dengan multiple intelligences howard gardner (1)
Belajar dengan multiple intelligences howard gardner (1)Belajar dengan multiple intelligences howard gardner (1)
Belajar dengan multiple intelligences howard gardner (1)Rahmat Hidayat
 
Belajar dengan multiple intelligences howard gardner (1)
Belajar dengan multiple intelligences howard gardner (1)Belajar dengan multiple intelligences howard gardner (1)
Belajar dengan multiple intelligences howard gardner (1)Rahmat Hidayat
 
Kecerdasan majemuk ppt
Kecerdasan majemuk pptKecerdasan majemuk ppt
Kecerdasan majemuk pptsofiailma
 
Kecerdasan majemuk ppt
Kecerdasan majemuk pptKecerdasan majemuk ppt
Kecerdasan majemuk pptsofiailma
 
Kecerdasan Majemuk
Kecerdasan MajemukKecerdasan Majemuk
Kecerdasan MajemukCipooel Jong
 

Similar to teori perkembangan manusia (kecerdasan pelbagai) (20)

Multiple Intelligences: The Theory in Practice Intelligence
Multiple Intelligences: The Theory in Practice IntelligenceMultiple Intelligences: The Theory in Practice Intelligence
Multiple Intelligences: The Theory in Practice Intelligence
 
Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasan
Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasanKbk 3073 kepelbagaian kecerdasan
Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasan
 
KECERDASAN HOWARD GARDNER.pptx
KECERDASAN HOWARD GARDNER.pptxKECERDASAN HOWARD GARDNER.pptx
KECERDASAN HOWARD GARDNER.pptx
 
Sains
SainsSains
Sains
 
Pengembangan potensi peserta didik
Pengembangan potensi peserta didikPengembangan potensi peserta didik
Pengembangan potensi peserta didik
 
KECERDASAN PELBAGAI DAN KEPENTINGANNYA
KECERDASAN PELBAGAI DAN KEPENTINGANNYAKECERDASAN PELBAGAI DAN KEPENTINGANNYA
KECERDASAN PELBAGAI DAN KEPENTINGANNYA
 
Kecerdasan Pelbagai
Kecerdasan PelbagaiKecerdasan Pelbagai
Kecerdasan Pelbagai
 
AHS_PSIKOLOGI PENDIDIKAN_INTELEGENSI DAN BAKAT FIX.ppsx
AHS_PSIKOLOGI PENDIDIKAN_INTELEGENSI DAN BAKAT FIX.ppsxAHS_PSIKOLOGI PENDIDIKAN_INTELEGENSI DAN BAKAT FIX.ppsx
AHS_PSIKOLOGI PENDIDIKAN_INTELEGENSI DAN BAKAT FIX.ppsx
 
Kecerdasan majemuk
Kecerdasan majemukKecerdasan majemuk
Kecerdasan majemuk
 
Untuk seseorang individu belajar
Untuk seseorang individu belajarUntuk seseorang individu belajar
Untuk seseorang individu belajar
 
Belajar dengan multiple intelligences howard gardner
Belajar dengan multiple intelligences howard gardnerBelajar dengan multiple intelligences howard gardner
Belajar dengan multiple intelligences howard gardner
 
Teori kecerdasan pelbagai gardner (tkp)
Teori kecerdasan pelbagai gardner (tkp)Teori kecerdasan pelbagai gardner (tkp)
Teori kecerdasan pelbagai gardner (tkp)
 
K01947 20180528092607 k12 pengurusan murid pelbagai upaya
K01947 20180528092607 k12 pengurusan murid pelbagai upayaK01947 20180528092607 k12 pengurusan murid pelbagai upaya
K01947 20180528092607 k12 pengurusan murid pelbagai upaya
 
Kit apa itu_pintar_cerdas
Kit apa itu_pintar_cerdasKit apa itu_pintar_cerdas
Kit apa itu_pintar_cerdas
 
Belajar dengan multiple intelligences howard gardner (1)
Belajar dengan multiple intelligences howard gardner (1)Belajar dengan multiple intelligences howard gardner (1)
Belajar dengan multiple intelligences howard gardner (1)
 
Belajar dengan multiple intelligences howard gardner (1)
Belajar dengan multiple intelligences howard gardner (1)Belajar dengan multiple intelligences howard gardner (1)
Belajar dengan multiple intelligences howard gardner (1)
 
Kecerdasan majemuk ppt
Kecerdasan majemuk pptKecerdasan majemuk ppt
Kecerdasan majemuk ppt
 
Kecerdasan majemuk ppt
Kecerdasan majemuk pptKecerdasan majemuk ppt
Kecerdasan majemuk ppt
 
Kecerdasan Majemuk
Kecerdasan MajemukKecerdasan Majemuk
Kecerdasan Majemuk
 
Triana Savitri
Triana SavitriTriana Savitri
Triana Savitri
 

More from Yuvarani Subramaniam

More from Yuvarani Subramaniam (17)

BUKU PROGRAM CERAMAH ANTI BULI DAN DISIPLIN.pptx
BUKU PROGRAM CERAMAH ANTI BULI DAN DISIPLIN.pptxBUKU PROGRAM CERAMAH ANTI BULI DAN DISIPLIN.pptx
BUKU PROGRAM CERAMAH ANTI BULI DAN DISIPLIN.pptx
 
BUKU PROGRAM SUKAN 2022 pdf.pdf
BUKU PROGRAM SUKAN 2022 pdf.pdfBUKU PROGRAM SUKAN 2022 pdf.pdf
BUKU PROGRAM SUKAN 2022 pdf.pdf
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
 
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
 
nota Teknik bmm3117
nota Teknik bmm3117nota Teknik bmm3117
nota Teknik bmm3117
 
nota Strategi bmm3117
nota Strategi bmm3117nota Strategi bmm3117
nota Strategi bmm3117
 
nota Kaedah BMM3117
nota Kaedah BMM3117nota Kaedah BMM3117
nota Kaedah BMM3117
 
Penyerapan bmm3101
Penyerapan bmm3101Penyerapan bmm3101
Penyerapan bmm3101
 
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
 
kesedaran untuk merdeka
kesedaran untuk merdekakesedaran untuk merdeka
kesedaran untuk merdeka
 
perjuangan mencapai kemerdekaan
perjuangan mencapai kemerdekaanperjuangan mencapai kemerdekaan
perjuangan mencapai kemerdekaan
 
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
pembentukan malaysia dan cabaran sebuah kerajaan merdeka(1)
 
sukan dan rekreasi
sukan dan rekreasisukan dan rekreasi
sukan dan rekreasi
 
teknik dan strategi dalam perlawanan tenis
teknik dan strategi dalam perlawanan tenisteknik dan strategi dalam perlawanan tenis
teknik dan strategi dalam perlawanan tenis
 
Basic math
Basic mathBasic math
Basic math
 
Tamadun mesir (sejarah tamadun)
Tamadun mesir (sejarah tamadun)Tamadun mesir (sejarah tamadun)
Tamadun mesir (sejarah tamadun)
 
Tok janggut (presentation)
Tok  janggut (presentation)Tok  janggut (presentation)
Tok janggut (presentation)
 

teori perkembangan manusia (kecerdasan pelbagai)

  • 1. 1 YUVARANI A/P SUBRAMANIAM Teori Perkembangan Manusia : Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner 1.0Pengenalan Pada tahun 1983, seorang ahli psikologi barat iaitu Howard Gardner telah mengasaskan satu teori yang berkaitan dengan kecerdasan iaitu teori kecerdasan pelbagai melalui bukunya “Gardner, Frames of Mind”. Teori ini hasil daripada kajian beliau yang dijalankan terhadap pelbagai lapisan masyarakat yang mempunyai pelbagai kriteria tersendiri dalam kalangan kanak-kanak biasa dan kanak-kanak istimewa. Menurut Howard Gardner, kecerdasan tidak boleh diwarisi semata-mata tetapi kecerdasan boleh dipengaruhi oleh budaya, persekitaran, peluang pendidikan, makanan dan suasana pembelajaran. Teori kecerdasan pelbagai ini lebih kepaa aspek kognitif dan perkembangan psikologi, antropologi dan sosiologi dalam menjelaskan kecerdasan manusia. Beliau telah menyenaraikan lapan kecerdasan yang terdapat pada seseorang. Menurut Gardner, setiap individu mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza dan kecerdasan tersebut boleh ditingkatkan lagi dengan pendidikan ataupun melalui aktiviti yang bersesuaian. Kecerdasan yang dinyatakan dalam teori kecerdasan pelbagai mempunyai perkaitan antara kecerdasan tersebut. Hampir semua orang boleh diperkembangkan dalam kelapan-lapan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi, jika keadaan-
  • 2. 2 keadaan seperti penggalakan, pengkayaan dan pengajaran adalah sesuai (Armstrong, 1994). 2.0Jenis Kecerdasan Pelbagai Rajah 1 : Jenis Kecerdasan Pelbagai 2.1Kecerdasan Kinestetik Kebolehan yang dimiliki oleh seseorang dalam menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota badan untuk berkomunikasi atau mneyelesaikan masalah. Menurut Howard Gardner, kecerdasan kinestetik merujuk kepada sensori badan terhadap pergerakan. Badan manusia bukan sejenis mesin, ia adalah saluran deria rasa seseorang individu, perasaan peribadi dan cita-cita, serta tidak ketinggalan entiti di mana orang lain bertindak balas secara unik berdasarkan kualiti kemanusiaan mereka yang tersendiri. Selalunya kita dapat melihat perkembangan Kinestetik Muzik- irama Naturalis Visual- Ruang Verbal- Linguistik Logik- Matematik Intra- personal Inter- personal
  • 3. 3 utama dan potensi kecerdasan ini dalam kegiatan vokasional seperti pelakon, buruh binaan, atlit, penari, guru tari dan ahli terapi fizikal (Gardner, 1983). 2.2Kecerdasan Interpersonal Kecerdasan interpersonal adalah berkait rapat dengan emosi. Kecerdasan ini adalah berkaitan dengan kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Menurut Howard Gardner (1993), kecerdasan interpersonal membantu kita bersosial dengan orang lain. Kecerdasan interpersonal amat penting kerana kemahiran ini melambangkan keperibadian seseorang itu. Seseorang yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang kuat akan menjadi seorang pemimpin. Mereka mempunyai keyakinan apabila bersuara, mampu berdikari dan bijak dalam menyampaikan idea dan pendapat. Menurut Gardner (1983), kebiasaannya kita hanya akan melihat perkembangan potensi kecerdasan ini di dalam situasi vokasional. Antara kerjaya yang melibatkan kecerdasan interpersonal ini adalah seperti guru, pakar terapi, ahli politik dan pemimpin organisasi. 2.3Kecerdasan Intrapersonal Kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang individu iaitu kebolehan seseorang mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan terhadap diri sendiri, mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan serta kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri. Kebolehan mengenali diri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat, kehendak termasuklah kemahiran yang menyebabkan seseorang itu mempunyai persamaan dan perbezaan dengan orang lain. Kecerdasan intrapersonal yang dimiliki oleh seseorang individu dapat membantu individu tersebut menangani perasaan beradab sopan serta mengawal kemarahan dan kesedihan yang dihadapi dengan sebaiknya. Walau bagaimanapun, individu yang memiliki kecerdasan ini lebih suka bersendirian, suka kepada kesunyian dan suka bermonolog. Individu seperti ini juga
  • 4. 4 sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu. Antara kerjayanya seperti kaunselor kerohanian, ahli falsafah, juru meditasi dan ahli psikologi. 2.4Kecerdasan Logik-Matematik Kecerdasan matematik melibatkan individu yang pintar dalam penguasaan ilmu berkaitan dengan matematik. Individu yang memiliki kecerdasan ini adalah seseorang individu yang boleh bermain dengan angka dan tidak mudah keliru dengan masalah yang timbul dalam pengiraan matematik. Mereka sering memberi nilai, menghitung dan mencari penyelesaian secara tepat mengenai sesuatu perkara. Individu ini mempunyai ingatan yang tinggi dan sering dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat. Kemahiran yang dominan di bahagian kiri otak membolehkan individu tersebut dapat berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang mempunyai berkeupayaan menyelesaikan masalah matematik kerana mereka mampu atau berkeupayaan untuk menaakul secara deduktif. Kebanyakan individu yang memiliki kecerdasan matematik ini cemerlang dalam bidang sains, ahli fizik, kejuruteraan dan menjadi ahli matematik. 2.5Kecerdasan Verbal-Linguistik Kecerdasan verbal-linguistik merujuk kepada keupayaan dan kebolehan yang berkait dengan penguasaan bahasa, kesusasteraan, pertuturan dan kemahiran menggunakan bahasa yang kompleks. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini mampu memberi makna, mentafsir, mendalami sesuatu perkara yang tersirat di dalam bahasa. Menurut Howard Gardner (1983), seseorang yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mampu memahami, bertutur, menulis pelbagai jenis bahasa dan mampu menguasai bahasa asing dengan baik dan fasih. Selain itu, seseorang yang memiliki kecerdasan ini terdiri daripada golongan yang cemerlang pada peringkat persekolahan dalam bidang bahasa seperti individu yang sering
  • 5. 5 melibatkan diri dalam pertandingan berkaitan bahasa dan menonjolkan diri apabila bersuara. Individu dengan kecerdasan ini sering menjadi peguam, ahli bahasa, ahli puisi, penulis atau ahli pidato yang sangat cemerlang. 2.6Kecerdasan Visual-Ruang Visual atau ruang adalah kecerdasan yang membolehkan seseorang individu melihat sesuatu secara jauh dan mendalam. Individu yang mempunyai kecerdasan ini memiliki keupayaan imaginasi yang tinggi dan mampu mencipta sesuatu yang kreatif atau baru serta sukar untuk difikirkan oleh orang lain. Mereka juga mampu membuat andaian atau hipotesis mengenai pelbagai perkara seperti tafsiran mengenai alam. Individu ini sering memberi pandangan mengenai dunia, alam semesta dan persekitaran. Golongan ini sering memberi persepsi yang unik dan berbeza terhadap sesuatu perkara. Kerjaya yang sesuai kepada individu yang memiliki kecerdasan ruang visual adalah seperti pembuat peta, pereka hiasan dalaman, arkitek, pereka landskap, juruseni dan sebagainya. Menurut Gardner (1983), selalunya kita dapat melihat perkembangan utama dan potensi kecerdasan ini dalam kegiatan vokasional. 2.7Kecerdasan Naturalis Kecerdasan naturalis melibatkan alam dan kepintaran yang berkaitan tentang keseluruhan alam. Individu yang mempunyai kecerdasan ini adalah seorang yang sangat prihatin terhadap alam, mempunyai sikap penyayang yang sangat tinggi. Mereka mempunyai kebolehan dalam mengaitkan sesuatu perkara mengikut urutan, membina klasifikasi atau kelas, menjelaskan dan menggabungkan konsep yang diketahui. Individu yang memiliki kecerdasan ini sangat selesa apabila berada bersama alam yang terbuka seperti pantai dan hutan atau mereka juga dikenali sebagai pencipta alam. Mereka mudah terasa, sensitif atau peka apabila sesuatu isu yang berkaitan dengan alam sekitar wujud. Antara kerjaya yang memerlukan
  • 6. 6 kecerdasan jenis ini adalah seperti ahli geologi, ahli biologi, pendaki gunung, petani, ahli botani dan kerjaya lain yang melibatkan sains. 2.8Kecerdasan Muzik-Irama Menurut Howard Gardner, kecerdasan muzikal berjalan di struktur yang hampir sejajar dengan kecerdasan linguistik. Individu yang mempunyai kecerdasan ini mampu mendengar bunyi yang dihasilkan dan membezakan setiap note muzik yang didengari. Selain itu, mereka juga prihatin dan mempunyai suatu perasaan yang sukar digambarkan apabila mendengar bunyi-bunyi alam seperti jatuhan air terjun, aliran sungai, deruan ombak laut, kicauan burung, deruan angin dan titisan hujan. Setiap bunyi yang dihasilkan adalah berbeza dan memberi perasaan yang berbeza apabila didengari. Individu yang mempunyai kecerdasan dalam bidang muzik sensitif kepaa irama, pitch, melodi, dan nada suara. Seseorang individu yang mempunyai kecerdasan dalam bidang muzik sering berjaya menjadi selebriti yang terkenal sebagai penyanyi, penggubal lagu, komposer, penulis lirik dan pengarah teater yang cemerlang. Terdapat juga koreografer dan penari yang memiliki kecerdasan dalam bidang muzik.
  • 7. 7 3.0Implikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Kanak-Kanak Berkeperluan Khas Pengetahuan guru pendidikan khas tentang teori kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner membolehkan guru tersebut mengaplikasikannya dalam psikologi pendidikan dan seterusnya membolehkan guru tersebut untuk merancang proses dan pembelajaran secara berkesan dan baik di dalam atau luar bilik darjah. Hal ini demikian kerana, kecerdasan yang terdapat pada kanak-kanak berkeperluan khas boleh dijadikan sebagai petunjuk potensi yang terdapat pada pelajar tersebut. Dalam konteks pendidikan, guru pendidikan khas memainkan peranan penting untuk merancang aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas dan luar kelas supaya dapat memenuhi lapan keperluan kecerdasan yang diperkenalkan oleh Gardner. Guru pendidikan khas boleh menjadikan teori kecerdasan pelbagai sebagai panduan untuk mereka merancang teknik, kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut jenis kecerdasan, bakat dan potensi yang terdapat pada kanak-kanak. Kaedah ini membolehkan guru pendidikan khas mempelbagaikan cara pengajarannya supaya proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan menjadi menarik dan tidak membosankan pelajar. Guru pendidikan khas boleh memberi aktiviti sentuhan dan pergerakan kepada kanak-kanak berkeperluan khas bagi mempraktikkan kecerdasan kinestetik mereka. Aktiviti dapat dijalankan semasa waktu pendidikan jasmani. Bersukan merupakan satu kaedah pengajaran yang dapat mengkoordinasikan pergerakan tubuh badan. Contohnya, guru pendidikan khas dapat menyusun beberapa gelung hula (hula hoop) dan meletakkan satu bangku di atas lantai. Seterusnya, guru menyuruh kanak-kanak lompat ke dalam gelung hula satu demi satu dan berjalan di atas bangku dengan meletakkan satu beg kacang di atas kepala. Dengan itu, kanak-kanak seperti palsi serebrum dan sindrom down dapat mempelajari untuk mengkoordinasikan pergerakan dan mengimbangkan tubuh badan mereka. Secara langsung, meningkatkan keyakinan dalam diri mereka.
  • 8. 8 Aktiviti yang melibatkan kecekapan menggunakan motor kasar dan motor halus dalam teknik pengajaran dan pembelajaran juga membolehkan kanak-kanak berkeperluan khas untuk mengaplikasikan kecerdasan kinestetik. Aktiviti seperti membuat kraf tangan sesuai untuk digunakan. Kanak-kanak mudah berasa bosan sekiranya mengambil masa yang panjang dalam membaca dan menulis. Jadi, guru pendidikan khas boleh mengajar kanak-kanak mengenai kemahiran membuat kraf seperti origami untuk meningkatkan kecekapan motor kasar dan motor halus mereka. Kanak-kanak autism dan terencat akal biasanya suka dengan aktiviti tersebut. Bagi kanak-kanak yang kecacatan penglihatan yang tidak serius, mereka juga harus digalakkan oleh guru untuk membuat kraf tangan untuk mrningkatkan kecerdasan kinestetik. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, mereka tidak suka akan pengajaran dan pembelajaran yang bercorak guru mengajar, murid mendengar. Minda mereka tidak dapat berfungsi dengan cerdas dan pintar seperti kanak-kanak biasa. Oleh yang demikian, guru pendidikan khas seharusnya memberi atau menyediakan aktiviti secara “hands on” dari semasa ke semasa. Aktiviti yang hendak dijalankan juga mementingkan kebolehan dan kemampuan kanak-kanak dan dapat mengajar mereka dari kemahiran dan memupuk minat terhadap aktiviti “hands on” tersebut. Secara langsung, memberi pengetahuan kepada kanak-kanak dan kepentingan untuk berdikari. Kecerdasan naturalis berkaitan dengan alam semula jadi. Aktiviti “hands on” yang paling sesuai untuk dijalankan oleh guru pendidikan khas semasa pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah adalah membawa kanak-kanak berkeperluan khas untuk menanam bunga di taman sekeliling sekolah. Guru boleh mengajar kanak-kanak untuk mengenali flora dan fauna yang terdapat di sekolah. Selepas itu, guru mengajar cara untuk membaja dan menanam bunga. Menerusi kaedah ini, kanak-kanak juga dapat mempelajari prihatin dan kesabaran. Mereka juga lebih peka dan menyayangi alam semula jadi dan persekitaran di sekeliling mereka. Semasa menanam bunga, guru pula boleh mengambil kesempatan untuk memberi kanak-kanak seperti sindrom down dan palsi serebrum untuk menggerakkan motor kasar dan motor halus mereka. Kanak- kanak yang mempunyai gangguan emosi dan tingkah laku dapat menenangkan hati
  • 9. 9 mereka dengan mendekatkan diri bersama alam semula jadi. Kecerdasan naturalis secara langsungnya memantapkan di dalam diri kanak-kanak berkeperluan khas. Selain daripada implikasi-implikasi teori terhadap pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak berkeperluan khas yang disebutkan di atas, guru pendidikan khas boleh meningkatkan kecekapan kanak-kanak dalam teori kecerdasan pelbagai dengan penggunaan alat bantu mengajar yang bersesuaian dan bersifat konkrit. Alat bantu mengajar konkrit ini bermaksud kanak-kanak dapat menyentuh dan belajar melalui sentuhan dan permainan. Ini adalah kerana kanak-kanak biasanya lebih gemar untuk menyentuh benda-benda yang nyata daripada hanya mendengar dan menggunakan imaginasi untuk memahami apa yang diajarkan oleh guru. Kanak-kanak berkeperluan khas terutamanya masalah pertuturan dan sindrom down berasa malu untuk bercakap tidak kira di sekolah ataupun di rumah disebabkan oleh suara mereka tersekat atau kasar. Jadi, guru dapat menjalankan aktiviti untuk meningkatkan kecerdasan verbal-linguistik mereka berani untuk bersuara. Antara aktiviti yang sesuai adalah dengan permainan “Talking Tom”. Permainan ini melibatkan alat bantu mengajar yang boleh didapati dalam aplikasi smartphone. Permainan ini senang dimainkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kanak- kanak menggunakan smartphone tersebut untuk bercakap dengan kucing Tom. Setelah percakapan, kucing Tom tersebut pula akan mengulang balik apa yang dicakapkan oleh kanak-kanak tadi. Dengan cara ini, kanak-kanak mudah untuk menarik perhatian dan berminat untuk berkomunikasi. Impaknya, keadaan verbal-linguistik kanak-kanak berkeperluan khas dapat ditingkatkan. Kelas pendidikan khas seharusnya dihiaskan dengan perkataan dan gambar yang berwarna-warni dan bercorak cantik serta comel. Ini dapat menambahkan sensori deria kanak-kanak berkeperluan khas. Guru pendidikan khas patut menigkatkan kecerdasan visual-ruang pada kanak-kanak tersebut. Kecerdasan ini dapat ditingkatkan dengan aktiviti melukis dan bermain puzzle. Melukis adalah suatu aktiviti yang sering digemari oleh kanak-kanak autisme. Mereka suka mengekspresikan sesuatu melalui lukisan dan lukisan mereka merangkumi maksud-maksud tersirat. Kanak-kanak hiperaktif juga boleh diajar supaya menumpukan perhatian yang lebih lama dengan
  • 10. 10 permainan puzzle. Sebaik sahaja mereka menumpukan perhatiaan dalam puzzle, maka mereka tidak akan mengacau rakan-rakan semasa pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kedua-dua aktiviti melukis dan bermain puzzle membolehkan kanak- kanak berfikir secara kritis dan kreatif untuk meningkatkan kecerdasan visual-ruang. Kelas yang berwarna-warni juga dapat membuka minda kanak-kanak agar mencungkil lagi kecerdasan tersebut. Di samping itu, guru pendidikan khas dapat melibatkan kanak-kanak berkeperluan khas dalam aktiviti tambahan di dalam atau di luar bilik darjah. Menerusi aktiviti tambahan, guru secara langsung mengajar kanak-kanak dalam pengurusan kendiri dan berdekatkan dengan masyarakat. Kanak-kanak berkeperluan khas ini mudah dilupai dan dipinggirkan oleh masyarakat. Ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat mengintegrasikan diri dalam kalangan masyarakat. Dengan melaksanakan aktiviti tambahan oleh guru pendidikan khas, maka kanak-kanak dapat menjalinkan hubungan harmoni dan mesra dengan kalangan masyarakat dan tidak dipandang rendah. Kecerdasan interpersonal adalah kemahiran berntindak secara berkesan terhadap kanak-kanak secara praktikal seperti menggalakkan mereka terlibat dalam program-program motivasi yang pengisiannya mempunyai slot yang memerlukan kerjasama berkumpulan. Guru pendidikan khas boleh menjalankan program seperti bergotong-royong dalam kelas. Ini bukan sahaja dapat memotivasikan kanak-kanak seperti kecacatan fizikal, palsi serebrum dan sindrom down untuk melakukan sesuatu kerja, malah kegiatan ini juga membantu mereka dalam menjalinkan hubungan yang lebih mesra di antara rakan-rakan sebaya atau sekelas. Bagi sekolah yang mempunyai program pendidikan khas integrasi, kegiatan bergotong-royong ini juga digalakkan untuk melibatkan kanak-kanak berkeperluan khas dan kanak-kanak aliran perdana. Tujuannya adalah untuk meningkatkan rasa empati dan mengintegrasikan kedua-dua kumpulan kanak-kanak supaya dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain. Langkah ini amat penting agar kanak-kanak berkeperluan khas memiliki kecerdasan interpersonal justeru tidak dipinggirkan oleh masyarakat. Tambahan pula, untuk kecerdasan logik-matematik, antara aktiviti tambahan yang bersesuaian untuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah membawa mereka ke
  • 11. 11 pasar raya untuk mengenali dan membeli barangan harian. Kaedah ini selalunya berkesan untuk dilakukan oleh para guru pendidikan khas dan kaedah ini amat praktikal dan dekat dengan alam dunia yang nyata. Yang paling penting sekali, selepas sesi tersebut, kanak-kanak berkeperluan khas dapat belajar untuk berdikari dan berfikiran logik serta tidak mudah ditipu oleh orang lain semasa membeli barang. Mereka juga dapat mengenali barang-barangan harian dan ini dapat menambah pengetahuan tentang kehidupan seharian. Selain itu, kanak-kanak tersebut dapat mengenali wang dan syling serta mengira dengan tepat dan betul. Guru yang menggunakan teknik ini mempercepatkan proses kanak-kanak untuk memperkasakan kecerdasan logik- matematik. Kanak-kanak berkeperluan khas kebanyakannya tidak mempunyai keupayaan untuk meluahkan perasaan mereka dengan cara yang betul dan positif. Bagi mengelakkan mereka berkelakuan pasif dan negatif, guru pendidikan khas memainkan peranan untuk meneroka alternatif penyelesaian masalah untuk mengurangkan pemikiran kanak-kanak yang tidak baik. Apabila mereka berfikiran sebegitu, mereka akan melakukan sesuatu yang dapat mencederakan diri seperti menghantuk kepala sampai berdarah. Oleh itu, penerokaan alternatif penyelesaian masalah tersebut boleh membantu kanak-kanak untuk belajar dalam melepaskan perasaan dalaman mereka. Bagi kanak-kanak seperti hiperaktif dan autisme, mereka tidak dapat memehami diri sendiri dari segi kekuatan dan kelemahan. Guru pendidikan khas dapat meningkatkan kecerdasan intrapersonal mereka dengan mengadakan aktiviti sesi refleksi selama 5 minit sebelum lepas sekolah setiap hari. Kumpulan ini biasanya tidak dapat meluahkan perasaan sendiri. Guru haruslah membantu mereka untuk menetapkan matlamat dan memberi peluang kepada mereka untuk mendapat maklum balas antara satu sama lain dalam sesi refleksi tersebut. Guru boleh menanya kepada mereka tentang mata pelajaran atau kemahiran yang telah dipelajari dalam hari tersebut untuk melihat bahawa sejauh mana mereka dapat memahami dan menerapkan ke minda. Lama-kelamaannya, mereka dapat mengetahui kehendak dan kemahuan mereka dan mengawal tingkah laku serta disiplin mereka. Oleh itu, kecerdasan intrapersonal turut dipertingkatkan.
  • 12. 12 Untuk kecerdasan yang terakhir, iaitu kecerdasan muzik-irama, adalah antara kecerdasan yang senang dan selalu digunakan oleh guru pendidikan khas. Muzik adalah gabungan atau kombinasi bunyi yang boleh menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan. Peranan muzik adalah luas kerana selain menghiburkan, muzik juga digunakan sebagai terapi kepada golongan bermasalah seperti terencat akal, hiperaktif dan autisme melalui melodi dan irama yang didendangkan. Kanak-kanak berkeperluan khas ini biasanya gemar dengan aktiviti menyanyi dan menari. Oleh itu, lagu “senaman si Tommy”, “Clap your hand” dan “Old MacDonald has a farm” merupakan lagu-lagu yang dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kanak-kanak dapat menyanyi sambil menari dengan irama muzik. Teknik ini selalunya menggembirakan hati kanak-kanak dan mengurangkan tekanan terhadap pembelajaran di sekolah. Hubungan antara guru dengan kanak-kanak secara langsung dirapatkan. Secara kesimpulannya, implikasi-implikasi teori kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah adalah berbagai-bagai untuk guru pendidikan khas mengaplikasikannya. Setiap kecerdasan mempunyai aktiviti atau kaedah yang boleh dilakukan oleh guru untuk membolehkan kanak-kanak berkeperluan khas berkemahiran dalam menguasainya. Kanak-kanak kumpulan ini tidak dapat belajar dengan baik dan cergas, tetapi mereka seharusnya diajar untuk menguruskan diri dan berdikari dengan memiliki kecerdasan pelbagai yang disebutkan. Peranan guru dalam mendidik mereka adalah diuatamakan. Oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran harus dirancang dengan strategik dan martabat.
  • 13. 13 4.0RUMUSAN Pemahaman tentang teori kecerdasan pelbagai oleh Howard Gardner adalah penting untuk membolehkan guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran mereka mengikut minat kanak-kanak berkeperluan khas. Ia akan memberi peluang kepada guru untuk melaksanakan sesi pengajaran mengikut atau berpandukan lapan jenis kecerdasan ini. Selain itu, pemahaman tentang teori kecerdasan pelbagai dapat menggabungkan bidang akademik dan kokurikulum pelajar. Kedua-dua bidang dapat dibangunkan oleh guru dalam kalangan kanak-kanak sekiranya guru memahami ilmu tentang teori kecerdasan pelbagai. Guru juga dapat mengasah bakat pelajar dengan kefahaman yang kukuh terhadap teori kecerdasan pelbagai ini. Guru boleh mengenal pasti cita rasa kanak-kanak dengan tepat untuk membantu membangunkan daya kreativiti kanak-kanak tersebut. Di samping itu, ia memberi peluang kepada guru untuk mendalami aspek penilaian yang lebih berkesan. Kecerdasan yang berbeza-beza akan menghasilkan penilaian yang mantap tarhadap kemampuan kanak-kanak berkeperluan khas dalam sesuatu bidang. Teori kecerdasan pelbagai juga secara tidak langsung menyokong pembelajaran bersepadu dan menyeluruh yang selari dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Dalam pada itu, ia dapat mewujudkan suasana kolaboratif dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dengan ini dapat mengeratkan hubungan antara guru dengan kanank-kanak, mahupun di antara kanak-kanak sendiri. Kesemua kecerdasan adalah dimiliki oleh setiap individu, tetapi tahapnya adalah berbeza-beza. Keadaan ini akan menggalakkan inovasi dan penyelidikan-penyelidikan yang baru dalam pengajaran dan pembelajaran.