SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Download to read offline
22
TEORI
KECERDASAN
PELBAGAI
OBJEKTIF
Pengenalan
Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah diperkenalkan oleh How ard
Gardner (1983). Dalam kajiannya How ard Gardner mendapati
`seven ways of know ing, preceiving and understanding life’. Beliau
telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat
termasuklah kanak-kanak biasa dan istimew a, juga kelompok
penduduk yang mempunyai kriteria yang istimew a (special
population). Gardner juga mengatakan bahaw a kecerdasan
bukanlah semata-mata diwarisi. Jika kedua-dua ibubapa
dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya
anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian
terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada di antara murid-
murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa
yang kedua-duanya adalah profesional.
Dr. Roger Sperry turut menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi
otak manusia yang berbeza-beza mengikut perkembangan usia
dan jantina individu. Otak kanan dan kiri mempunyai fungsi yang
berbeza namun menurutnya manusia tidak boleh dianggap
menggunakan sebelah otak sahaja. TKP berkembang mengikut
konteks penggunaannya.
Di akhir modul ini guru boleh:-
i. memahami kepentingan TKP dalam meningkatkan potensi
murid; dan
ii. mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan TKP.
TKP berperanan sebagai penjana kecerdasan serta mendefinisi
konsep kecerdasan yang releven dalam pendidikan hari ini. Linda
Campbell, Bruce Campbell dan Dee Dickinson merumuskan
definisi How ard Gardner sebagai:-
(a) kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam
kehidupan sebenar;
(b) kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan; dan
(c) kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan
yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.
OTAK KIRI
∗ BAHASA
∗ FORMULA
MATEMATIK
∗ LOGIK
∗ NOMBOR
∗ URUTAN
∗ LINEAR
∗ ANALISIS
OTAK KANAN
∗ BENTUKDAN
CORAK
∗ RUANG
∗ IRAMA DAN
APRESIASI
MUZIK
∗ IMEJ/GAMBAR
∗ IMAGINASI
∗ BERKHAYAL
∗ DIMENSI
Modul Pengajaran & Pembelaj aran
PENDIDIKAN SENI VISUAL
23
CIRI-CIRI TEORI
KECERDASAN
PELBAGAI
JENIS-JENIS
TEORI
KECERDASAN
PELBAGAI
CIRI-CIRI
Boleh dipelajari,
dididik dan
ditingkatkan
Boleh
dipindahkan –
contoh
kecerdasan
interpersonal
ke linguistik
Tidak
berkembang
seiring
Individu
mempunyai 8
kecerdasan
Boleh
dirangsang
Satu atau dua
kecerdasan
berkembang
sepenuhnya
Tidak boleh
dinilai
berasingan
Verbal-Linguistik
Logik-MatematikNaturalis
Visual-Ruang
Kinestetik
Muzik
Interpersonal
Intrapersonal
24
KECERDASAN
VERBAL-
LINGUISTIK
KECERDASAN
LOGIK-
MATEMATIK
KECERDASAN
VISUAL-RUANG
KECERDASAN
KINESTETIK
KECERDASAN
MUZIK
KECERDASAN
INTRAPERSONAL
KECERDASAN
INTERPERSONAL
Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini berfikir
menggunakan perkataan untuk menyampaikan sesuatu secara
berkesan samada dalam bentuk lisan atau penulisan. Mudah
berbahasa bagi melahirkan perasaan dan pendapat serta suka
kepada makna yang kompleks. Mudah mengingati maklumat dan
boleh meyakini orang lain.
Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan
seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir
secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam
kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang
berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat
perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan
menggunakan komputer dengan cekap.
Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang
membuat persepsi tentang alam sekitar secara tepat. Dapat
mengenali objek, bentuk, w arna dan corak dalam persekitaran.
Seseorang individu juga dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan
bayangan serta secara tiga dimensi. Berkebolehan menceritakan
dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui. Bijak
menghubungkaitkan antara objek dalam ruang. Kecerdasan
visual-ruang ini membolehkan seseorang mempersembahkan idea
visual dan ruang secara grafik.
Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota
tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.
Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Lebih
cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan
badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain.
Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan
dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental.
Kecerdasan muzik pada seseorang membolehkannya mengesan
bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitaran.
Individu dapat menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik
serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik. Selain
daripada itu seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini
boleh menggubah rentak dan tempo dengan mudah.
Individu dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta
mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri
sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi terhadap
kebolehan diri sendiri. Pandai menentukan hala tuju kehidupan
serta mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan
boleh berdikari. Secara keseluruahnnya seseorang itu kelihatan
murung dan mengelamun tetapi sentiasa berwaspada dan
bew awasan.
Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami
perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini
25
KECERDASAN
NATURALIS
KEPENTINGAN
KECERDASAN TKP
DALAM
PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARAN
BAGAIMANA
MELAKSANAKAN
TKP DALAM
PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARAN
dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan
orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang
berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain.
Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan
mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah. Lebih
menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian
yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam
sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan
fauna.
1. Petunjuk kepada potensi murid.
2. Menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang
pengajarannya.
3. Membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut lapan
kecerdasan.
4. Membangun bidang akademik dan ko-kurikulum pelajar.
5. Membangun bidang bakat dan kebolehan pelajar.
6. Mempelbagaikan cara penilaian.
7. Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras
dengan FPK dan keperluan murid.
8. Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah
9. Menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat lima model yang dicadangkan dan guru boleh memilih
kesesuaian murid, bilik darjah, mata pelajaran dan topik yang
diajar, iaitu:
SISIPAN Guru boleh memilih satu atau dua kecerdasan
dan digunakan dalam pengajaran secara tidak
langsung.
JARINGAN Setiap kecerdasan digunakan dalam pengajaran
matematik.
JALINAN Satu kecerdasan digunakan dalambeberapa
mata pelajaran.
PERKONGSIAN Beberapa kecerdasan dipilih untuk digunakan
dalam dua mata pelajaran.
KESEPADUAN Beberapa kecerdasan digunakan secara
bersepadu merentasi mata pelajaran yang
berlainan.
26
CONTOH
PENGAJARAN
DAN
PEMBELAJARAN
DALAM
PENDIDIKAN SENI
VISUAL
MODEL SISIPAN
Tahun 1
Bidang : Mengenal kraf tradisional
Tajuk : Membuat model tembikar
Guru mengajar murid menghasilkan model tembikar menggunakan
plastisin. Secara tidak langsung murid menggunakan kecerdasan
kinestetik yang menekankan aspek koordinasi dan keseimbangan.
Kecerdasan Visual-Ruang juga dipupuk melalui aktiviti ini.
Tingkatan 1
Bidang : Penghasilan Seni Visual
Tajuk : Garisan
Guru membaw a murid-murid keluar bilik darjah untuk mengenali
tumbuhan serta alam persekitarannya. Secara tidak langsung
menggunakan kecerdasan naturalis murid-murid. Melalui aktiviti
ini, murid dapat mengenali pelbagai jenis garisan yang w ujud
dalam ciptaan Tuhan. Apabila berinteraksi dengan guru dan rakan
sebaya dalam sesi perbincangan murid-murid menggunakan
kecerdasan verbal-linguistik serta interpersonal. Apabila idea
tersebut digunakan untuk mengubah sesuatu, murid-murid
menggunakan kecerdasan visual-ruang masing-masing.
MODEL JARINGAN
Tingkatan 4 dan 5
Bidang : Komunikasi Visual
Tajuk : Multimedia
Dalam penghasilan cerita beranimasi yang bertemakan fauna,
sekumpulan murid yang terdiri daripada lima orang harus
menggunakan kesemua kecerdasan untuk menghasilkan cerita
tersebut.
27
Tahun 4
Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan
Tajuk : Boneka
Guru yang membimbing murid membuat boneka dapat mencungkil
kecerdasan visual-ruang, verbal-linguistik ketika interaksi antara
guru dan murid berlaku, kecerdasan logik-matematik diperlukan
untuk mengukur boneka dengan tepat dan kecerdasan kinestetik
digunakan secara tidak langsung ketika memanipulasi bahan.
Semasa sesi apresiasi, iaitu bercerita atau persembaan drama,
kecerdasan muzik, intrapersonal dan interpersonal digunakan
untuk menghasilkan persembahan yang menarik. Kesedaran
naturalis pula digunakan ketika penghasilan boneka yang
berasaskan motif dari alam semulajadi.
MODEL JALINAN
Tingkatan : 1
Bidang : Prinsip Rekaan
Tajuk : Garisan Grid
Guru menerangkan konsep garisan grid. Perbincangan dibuat
tentang garisan grid yang terdapat pada pelbagai objek buatan
manusia dan pada alam semulajadi. Murid menggunakan
kecerdasan visual-ruang untuk melukis garisan grid dan corak.
Murid boleh mengaplikasikan kecerdasan visual ruang ini dalam
mata pelajaran lain seperti geografi dan sains.
MODEL PERKONGSIAN
Tingkatan : 4
Bidang : Komunikasi Visual
Tajuk : Risalah
Tema : Alam Sekitar
Guru berbincang dengan murid mengenai keindahan alam
semulajadi ciptaan Tuhan. Murid-murid diminta memberi pendapat
tentang aktivit manusia yang memberi kesan negatif terhadap
sistem ekologi alam semulajadi yang seterusnya turut menjejaskan
keharmonian kehidupan manusia. Guru memperjelaskan
bagaimana kefahaman tentang perkara ini boleh disampaikan
dalam bentuk risalah yang boleh memberi kesedaran pada
28
RUMUSAN
masyarakat. Murid akan menggunakan kecerdasan verbal-
linguistik, visual-ruang dan naturalis. Murid mengaitkan
pemahaman mereka dalam bidang sains dengan Pendidikan Seni
Visual.
MODEL KESEPADUAN
Tingkatan : 4
Bidang : Rekabentuk persekitaran
Tajuk : Lanskap
Guru dan murid membincangkan penggunaan ruang lanskap dan
fungsi tumbuh-tumbuhan pada lanskap. Guru mengajar
perancangan ruang lanskap dengan menggabungkan elemen alam
semulajadi dan objek buatan manusia. Murid-murid menggunakan
kecerdasan naturalis dan visual-ruang dengan pemahaman
berkaitan sains (fungsi tumbuhan) dan penggunaan ruang
berkenaan.
Perkembangan di atas menunjukkan bahaw a dimensi TKP
sentiasa berkembang mengikut konteks penggunaannya yang
merentas pelbagai disiplin pendidikan atau mata pelajaran sama
ada kecerdasan ini dilihat sebagai cara atau gaya berkaitan.
Kesemua lapan kecerdasan dimiliki oleh semua individu tetapi
tahapnya adalah berbeza. Oleh sebab itu, guru boleh memupuk
kecerdasan tersebut dalam dirinya sendiri dan juga dalam murid-
muridnya.

More Related Content

What's hot

rph matematik tahun 1
rph matematik tahun 1 rph matematik tahun 1
rph matematik tahun 1 miebal
 
Rancangan pengajaran harian membentuk dan membuat binaan
Rancangan pengajaran harian membentuk dan membuat binaanRancangan pengajaran harian membentuk dan membuat binaan
Rancangan pengajaran harian membentuk dan membuat binaanSalihin Leen
 
Guru berkesan di sekolah
Guru berkesan di sekolahGuru berkesan di sekolah
Guru berkesan di sekolahkirutping71
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...Yuvarani Subramaniam
 
07 aspek tatabahasa
07   aspek tatabahasa07   aspek tatabahasa
07 aspek tatabahasaNsha Shari
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananFaFai S.
 
Rph unit 11 kata pemeri
Rph unit 11 kata pemeriRph unit 11 kata pemeri
Rph unit 11 kata pemericheqdijah
 
Pelan lantai bilik pendidikan seni visual 01
Pelan lantai bilik pendidikan seni visual 01Pelan lantai bilik pendidikan seni visual 01
Pelan lantai bilik pendidikan seni visual 01Norizan Abdul Rahman
 
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.Ning Fan
 
5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssr5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssrSharieda Md Dam
 
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanakPra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanakHon Shan Shan
 

What's hot (20)

rph matematik tahun 1
rph matematik tahun 1 rph matematik tahun 1
rph matematik tahun 1
 
Rancangan pengajaran harian membentuk dan membuat binaan
Rancangan pengajaran harian membentuk dan membuat binaanRancangan pengajaran harian membentuk dan membuat binaan
Rancangan pengajaran harian membentuk dan membuat binaan
 
Refleksi BIG
Refleksi BIGRefleksi BIG
Refleksi BIG
 
Guru berkesan di sekolah
Guru berkesan di sekolahGuru berkesan di sekolah
Guru berkesan di sekolah
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
 
07 aspek tatabahasa
07   aspek tatabahasa07   aspek tatabahasa
07 aspek tatabahasa
 
RPH BM Tahun 6
RPH BM Tahun 6RPH BM Tahun 6
RPH BM Tahun 6
 
Kenderaan air
Kenderaan airKenderaan air
Kenderaan air
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen Keusahawanan
 
Rph unit 11 kata pemeri
Rph unit 11 kata pemeriRph unit 11 kata pemeri
Rph unit 11 kata pemeri
 
MODEL-MODEL PENGAJARAN
MODEL-MODEL PENGAJARANMODEL-MODEL PENGAJARAN
MODEL-MODEL PENGAJARAN
 
Habits of Mind (tabiat minda)
Habits of Mind (tabiat minda)Habits of Mind (tabiat minda)
Habits of Mind (tabiat minda)
 
Pelan lantai bilik pendidikan seni visual 01
Pelan lantai bilik pendidikan seni visual 01Pelan lantai bilik pendidikan seni visual 01
Pelan lantai bilik pendidikan seni visual 01
 
Rph pendidikan islam tahun 3
Rph pendidikan islam tahun 3Rph pendidikan islam tahun 3
Rph pendidikan islam tahun 3
 
Rph english special education
Rph english special educationRph english special education
Rph english special education
 
Rph puisi pantun
Rph puisi pantunRph puisi pantun
Rph puisi pantun
 
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
 
5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssr5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssr
 
Jurnal 7
Jurnal 7Jurnal 7
Jurnal 7
 
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanakPra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
 

Similar to TEORI KECERDASAN PELBAGAI

K01947 20180528092607 k12 pengurusan murid pelbagai upaya
K01947 20180528092607 k12 pengurusan murid pelbagai upayaK01947 20180528092607 k12 pengurusan murid pelbagai upaya
K01947 20180528092607 k12 pengurusan murid pelbagai upayaJANGAN TENGOK
 
uas the strategi1.docx
uas the strategi1.docxuas the strategi1.docx
uas the strategi1.docxridafarida14
 
uas the strategi.docx
uas the strategi.docxuas the strategi.docx
uas the strategi.docxridafarida14
 
uas the strategi1.pdf
uas the strategi1.pdfuas the strategi1.pdf
uas the strategi1.pdfridafarida14
 
teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar
 teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar
teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajarmat Ki
 
Tugasan 1 pengajaran matematik sekolah rendah
Tugasan 1 pengajaran matematik sekolah rendahTugasan 1 pengajaran matematik sekolah rendah
Tugasan 1 pengajaran matematik sekolah rendahMohamed Firdaus
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANAmran Aris
 
Penulisan jurnal
Penulisan jurnalPenulisan jurnal
Penulisan jurnalMohd Hilmi
 
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4shockgadof
 
Karakteristik Peserta Didik
Karakteristik Peserta DidikKarakteristik Peserta Didik
Karakteristik Peserta DidikErni Susanti
 
kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)
kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)
kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)cik noorlyda
 
Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikanPsikologi pendidikan
Psikologi pendidikanIndah Sari
 
Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasan
Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasanKbk 3073 kepelbagaian kecerdasan
Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasanLee Cyee
 
kajian kualitatif adalah Metodologi pengumpulan data
kajian kualitatif adalah Metodologi pengumpulan datakajian kualitatif adalah Metodologi pengumpulan data
kajian kualitatif adalah Metodologi pengumpulan dataNALENEIAPJAYARAMANMo
 
Multiple Intelligences: The Theory in Practice Intelligence
Multiple Intelligences: The Theory in Practice IntelligenceMultiple Intelligences: The Theory in Practice Intelligence
Multiple Intelligences: The Theory in Practice Intelligenceabdulkadirsiompu
 
Contoh ptk-untuk-pelajaran-agama
Contoh ptk-untuk-pelajaran-agamaContoh ptk-untuk-pelajaran-agama
Contoh ptk-untuk-pelajaran-agamaEdwien Senaen
 

Similar to TEORI KECERDASAN PELBAGAI (20)

K01947 20180528092607 k12 pengurusan murid pelbagai upaya
K01947 20180528092607 k12 pengurusan murid pelbagai upayaK01947 20180528092607 k12 pengurusan murid pelbagai upaya
K01947 20180528092607 k12 pengurusan murid pelbagai upaya
 
uas the strategi1.docx
uas the strategi1.docxuas the strategi1.docx
uas the strategi1.docx
 
uas the strategi.docx
uas the strategi.docxuas the strategi.docx
uas the strategi.docx
 
Untuk seseorang individu belajar
Untuk seseorang individu belajarUntuk seseorang individu belajar
Untuk seseorang individu belajar
 
uas the strategi1.pdf
uas the strategi1.pdfuas the strategi1.pdf
uas the strategi1.pdf
 
teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar
 teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar
teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar
 
Tugasan 1 pengajaran matematik sekolah rendah
Tugasan 1 pengajaran matematik sekolah rendahTugasan 1 pengajaran matematik sekolah rendah
Tugasan 1 pengajaran matematik sekolah rendah
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Penulisan jurnal
Penulisan jurnalPenulisan jurnal
Penulisan jurnal
 
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
 
Kecerdasan pelbagai & pmbeljrn masteri
Kecerdasan pelbagai & pmbeljrn masteriKecerdasan pelbagai & pmbeljrn masteri
Kecerdasan pelbagai & pmbeljrn masteri
 
Teori kepelbagaian kecerdasan
Teori kepelbagaian kecerdasanTeori kepelbagaian kecerdasan
Teori kepelbagaian kecerdasan
 
Karakteristik Peserta Didik
Karakteristik Peserta DidikKarakteristik Peserta Didik
Karakteristik Peserta Didik
 
kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)
kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)
kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)
 
Teori kepelbagaian kecerdasan
Teori kepelbagaian kecerdasanTeori kepelbagaian kecerdasan
Teori kepelbagaian kecerdasan
 
Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikanPsikologi pendidikan
Psikologi pendidikan
 
Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasan
Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasanKbk 3073 kepelbagaian kecerdasan
Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasan
 
kajian kualitatif adalah Metodologi pengumpulan data
kajian kualitatif adalah Metodologi pengumpulan datakajian kualitatif adalah Metodologi pengumpulan data
kajian kualitatif adalah Metodologi pengumpulan data
 
Multiple Intelligences: The Theory in Practice Intelligence
Multiple Intelligences: The Theory in Practice IntelligenceMultiple Intelligences: The Theory in Practice Intelligence
Multiple Intelligences: The Theory in Practice Intelligence
 
Contoh ptk-untuk-pelajaran-agama
Contoh ptk-untuk-pelajaran-agamaContoh ptk-untuk-pelajaran-agama
Contoh ptk-untuk-pelajaran-agama
 

More from Rashidin Bujang (15)

Kertas konsep karnival stem 2021 ppd kuching sekolah rendah
Kertas konsep karnival stem 2021 ppd kuching sekolah rendah Kertas konsep karnival stem 2021 ppd kuching sekolah rendah
Kertas konsep karnival stem 2021 ppd kuching sekolah rendah
 
Gambar buah
Gambar buahGambar buah
Gambar buah
 
Doa nabi
Doa nabiDoa nabi
Doa nabi
 
Daging salai masak lemak cili padi
Daging salai masak lemak cili padiDaging salai masak lemak cili padi
Daging salai masak lemak cili padi
 
Daging rebus
Daging rebusDaging rebus
Daging rebus
 
Adab menghormati guru
Adab menghormati guruAdab menghormati guru
Adab menghormati guru
 
06pak
06pak06pak
06pak
 
05ict pnp
05ict pnp05ict pnp
05ict pnp
 
03konstruk4
03konstruk403konstruk4
03konstruk4
 
03konstruk3
03konstruk303konstruk3
03konstruk3
 
03konstruk2
03konstruk203konstruk2
03konstruk2
 
03konstruk1
03konstruk103konstruk1
03konstruk1
 
Matematik kspk full
Matematik kspk fullMatematik kspk full
Matematik kspk full
 
Petua menyembuhkan ketuat
Petua menyembuhkan ketuatPetua menyembuhkan ketuat
Petua menyembuhkan ketuat
 
Tip anak pintar
Tip anak pintarTip anak pintar
Tip anak pintar
 

TEORI KECERDASAN PELBAGAI

  • 1. 22 TEORI KECERDASAN PELBAGAI OBJEKTIF Pengenalan Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah diperkenalkan oleh How ard Gardner (1983). Dalam kajiannya How ard Gardner mendapati `seven ways of know ing, preceiving and understanding life’. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimew a, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimew a (special population). Gardner juga mengatakan bahaw a kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi. Jika kedua-dua ibubapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada di antara murid- murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah profesional. Dr. Roger Sperry turut menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi otak manusia yang berbeza-beza mengikut perkembangan usia dan jantina individu. Otak kanan dan kiri mempunyai fungsi yang berbeza namun menurutnya manusia tidak boleh dianggap menggunakan sebelah otak sahaja. TKP berkembang mengikut konteks penggunaannya. Di akhir modul ini guru boleh:- i. memahami kepentingan TKP dalam meningkatkan potensi murid; dan ii. mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan TKP. TKP berperanan sebagai penjana kecerdasan serta mendefinisi konsep kecerdasan yang releven dalam pendidikan hari ini. Linda Campbell, Bruce Campbell dan Dee Dickinson merumuskan definisi How ard Gardner sebagai:- (a) kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar; (b) kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan; dan (c) kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. OTAK KIRI ∗ BAHASA ∗ FORMULA MATEMATIK ∗ LOGIK ∗ NOMBOR ∗ URUTAN ∗ LINEAR ∗ ANALISIS OTAK KANAN ∗ BENTUKDAN CORAK ∗ RUANG ∗ IRAMA DAN APRESIASI MUZIK ∗ IMEJ/GAMBAR ∗ IMAGINASI ∗ BERKHAYAL ∗ DIMENSI Modul Pengajaran & Pembelaj aran PENDIDIKAN SENI VISUAL
  • 2. 23 CIRI-CIRI TEORI KECERDASAN PELBAGAI JENIS-JENIS TEORI KECERDASAN PELBAGAI CIRI-CIRI Boleh dipelajari, dididik dan ditingkatkan Boleh dipindahkan – contoh kecerdasan interpersonal ke linguistik Tidak berkembang seiring Individu mempunyai 8 kecerdasan Boleh dirangsang Satu atau dua kecerdasan berkembang sepenuhnya Tidak boleh dinilai berasingan Verbal-Linguistik Logik-MatematikNaturalis Visual-Ruang Kinestetik Muzik Interpersonal Intrapersonal
  • 3. 24 KECERDASAN VERBAL- LINGUISTIK KECERDASAN LOGIK- MATEMATIK KECERDASAN VISUAL-RUANG KECERDASAN KINESTETIK KECERDASAN MUZIK KECERDASAN INTRAPERSONAL KECERDASAN INTERPERSONAL Seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini berfikir menggunakan perkataan untuk menyampaikan sesuatu secara berkesan samada dalam bentuk lisan atau penulisan. Mudah berbahasa bagi melahirkan perasaan dan pendapat serta suka kepada makna yang kompleks. Mudah mengingati maklumat dan boleh meyakini orang lain. Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap. Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang membuat persepsi tentang alam sekitar secara tepat. Dapat mengenali objek, bentuk, w arna dan corak dalam persekitaran. Seseorang individu juga dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan serta secara tiga dimensi. Berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui. Bijak menghubungkaitkan antara objek dalam ruang. Kecerdasan visual-ruang ini membolehkan seseorang mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik. Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental. Kecerdasan muzik pada seseorang membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang terdapat di persekitaran. Individu dapat menggunakan set asas atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik. Selain daripada itu seseorang yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan tempo dengan mudah. Individu dapat mengenali diri sendiri secara mendalam serta mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri. Pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari. Secara keseluruahnnya seseorang itu kelihatan murung dan mengelamun tetapi sentiasa berwaspada dan bew awasan. Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini
  • 4. 25 KECERDASAN NATURALIS KEPENTINGAN KECERDASAN TKP DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGAIMANA MELAKSANAKAN TKP DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain. Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna. 1. Petunjuk kepada potensi murid. 2. Menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang pengajarannya. 3. Membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut lapan kecerdasan. 4. Membangun bidang akademik dan ko-kurikulum pelajar. 5. Membangun bidang bakat dan kebolehan pelajar. 6. Mempelbagaikan cara penilaian. 7. Menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan FPK dan keperluan murid. 8. Mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah 9. Menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat lima model yang dicadangkan dan guru boleh memilih kesesuaian murid, bilik darjah, mata pelajaran dan topik yang diajar, iaitu: SISIPAN Guru boleh memilih satu atau dua kecerdasan dan digunakan dalam pengajaran secara tidak langsung. JARINGAN Setiap kecerdasan digunakan dalam pengajaran matematik. JALINAN Satu kecerdasan digunakan dalambeberapa mata pelajaran. PERKONGSIAN Beberapa kecerdasan dipilih untuk digunakan dalam dua mata pelajaran. KESEPADUAN Beberapa kecerdasan digunakan secara bersepadu merentasi mata pelajaran yang berlainan.
  • 5. 26 CONTOH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL MODEL SISIPAN Tahun 1 Bidang : Mengenal kraf tradisional Tajuk : Membuat model tembikar Guru mengajar murid menghasilkan model tembikar menggunakan plastisin. Secara tidak langsung murid menggunakan kecerdasan kinestetik yang menekankan aspek koordinasi dan keseimbangan. Kecerdasan Visual-Ruang juga dipupuk melalui aktiviti ini. Tingkatan 1 Bidang : Penghasilan Seni Visual Tajuk : Garisan Guru membaw a murid-murid keluar bilik darjah untuk mengenali tumbuhan serta alam persekitarannya. Secara tidak langsung menggunakan kecerdasan naturalis murid-murid. Melalui aktiviti ini, murid dapat mengenali pelbagai jenis garisan yang w ujud dalam ciptaan Tuhan. Apabila berinteraksi dengan guru dan rakan sebaya dalam sesi perbincangan murid-murid menggunakan kecerdasan verbal-linguistik serta interpersonal. Apabila idea tersebut digunakan untuk mengubah sesuatu, murid-murid menggunakan kecerdasan visual-ruang masing-masing. MODEL JARINGAN Tingkatan 4 dan 5 Bidang : Komunikasi Visual Tajuk : Multimedia Dalam penghasilan cerita beranimasi yang bertemakan fauna, sekumpulan murid yang terdiri daripada lima orang harus menggunakan kesemua kecerdasan untuk menghasilkan cerita tersebut.
  • 6. 27 Tahun 4 Bidang : Membentuk dan Membuat Binaan Tajuk : Boneka Guru yang membimbing murid membuat boneka dapat mencungkil kecerdasan visual-ruang, verbal-linguistik ketika interaksi antara guru dan murid berlaku, kecerdasan logik-matematik diperlukan untuk mengukur boneka dengan tepat dan kecerdasan kinestetik digunakan secara tidak langsung ketika memanipulasi bahan. Semasa sesi apresiasi, iaitu bercerita atau persembaan drama, kecerdasan muzik, intrapersonal dan interpersonal digunakan untuk menghasilkan persembahan yang menarik. Kesedaran naturalis pula digunakan ketika penghasilan boneka yang berasaskan motif dari alam semulajadi. MODEL JALINAN Tingkatan : 1 Bidang : Prinsip Rekaan Tajuk : Garisan Grid Guru menerangkan konsep garisan grid. Perbincangan dibuat tentang garisan grid yang terdapat pada pelbagai objek buatan manusia dan pada alam semulajadi. Murid menggunakan kecerdasan visual-ruang untuk melukis garisan grid dan corak. Murid boleh mengaplikasikan kecerdasan visual ruang ini dalam mata pelajaran lain seperti geografi dan sains. MODEL PERKONGSIAN Tingkatan : 4 Bidang : Komunikasi Visual Tajuk : Risalah Tema : Alam Sekitar Guru berbincang dengan murid mengenai keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Murid-murid diminta memberi pendapat tentang aktivit manusia yang memberi kesan negatif terhadap sistem ekologi alam semulajadi yang seterusnya turut menjejaskan keharmonian kehidupan manusia. Guru memperjelaskan bagaimana kefahaman tentang perkara ini boleh disampaikan dalam bentuk risalah yang boleh memberi kesedaran pada
  • 7. 28 RUMUSAN masyarakat. Murid akan menggunakan kecerdasan verbal- linguistik, visual-ruang dan naturalis. Murid mengaitkan pemahaman mereka dalam bidang sains dengan Pendidikan Seni Visual. MODEL KESEPADUAN Tingkatan : 4 Bidang : Rekabentuk persekitaran Tajuk : Lanskap Guru dan murid membincangkan penggunaan ruang lanskap dan fungsi tumbuh-tumbuhan pada lanskap. Guru mengajar perancangan ruang lanskap dengan menggabungkan elemen alam semulajadi dan objek buatan manusia. Murid-murid menggunakan kecerdasan naturalis dan visual-ruang dengan pemahaman berkaitan sains (fungsi tumbuhan) dan penggunaan ruang berkenaan. Perkembangan di atas menunjukkan bahaw a dimensi TKP sentiasa berkembang mengikut konteks penggunaannya yang merentas pelbagai disiplin pendidikan atau mata pelajaran sama ada kecerdasan ini dilihat sebagai cara atau gaya berkaitan. Kesemua lapan kecerdasan dimiliki oleh semua individu tetapi tahapnya adalah berbeza. Oleh sebab itu, guru boleh memupuk kecerdasan tersebut dalam dirinya sendiri dan juga dalam murid- muridnya.