Tutorial 1

1,311 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,311
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
488
Actions
Shares
0
Downloads
38
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tutorial 1

  1. 1. http://notappismpsejarah.blogspot.com/ 1 PENSEJARAHAN MALAYSIA Pensejarahan atau disebut dengan nama historiogrifi iaitu merujuk kepada hasil-hasil kajian dan penulisan oleh sejarawan.    Menurut kamus dewan edisi ke empat,pensejarahan membawa maksud karya atau penulisan berkaitan dengan sejarah,sumber sejarah adalah dokumen atau rekod sama ada dalam bentuk bertulis mahupun bercetak. Manakala oxford English dictionary pula telah manyatakan sumber atau “source” bermaksud sebuah karya yang memberi maklumat atau bukti (yang tulen atau asli) berkenaan sesuatu fakta, kejadian atau siri hal-hal tersebut. Manakala menurut Mohd Yusof Ibrahim sumber sejarah boleh dimaksudkan sebagai kumpulan bahan rujukan untuk kegunaan penyelidikan dalam semua bidang ilmu. Catatan atau tulisan yang dihasilkan menjadi rujukan penting bagi generasi yang seterusnya untuk mengetahui peritiwa lampau dan juga sebagai saksi utama kepada sesuatu peristiwa yang telah berlaku. Permulaan pensejarahan bermula apabila wujudnya sistem tulisan.Perkembangan pensejarahan Malaysia pada peringkat awal tidaklah begitu menggalakkan.Hal ini kerana pada zaman tersebut masyarakat di Malaysia tidak sedar akan kepentingan sejarah dan mereka juga tidak mempunyai ilmu yang berkaitan sejarah.Malah masyarakat pada zaman tersebut juga kebanyakkannya buta huruf.Pensejarahan Malaysia berkembang dalam dua tahap perkembangan iaitu pesejarahan zaman feudalisme iaitu tradisi melayu lama dan pensejarahan moden iaitu penulisan sejarah yang dicatat oleh sejarawan british yang bersifat Euro-Centric. PENSEJARAHAN ZAMAN FEUDAL DI MALAYSIA Feudalisme ialah satu istilah yang dipinjam dari sejarah eropah.Istilah feudalisme sangat digemari pada kurun ke-10 selapas berlakunya revolusi perancis.Terdapat banyak takrif tentang maksud feudalisme,tetapi secara kasarnya terdapat dua maksud umum yang merangkumi segala ciri persamaan dan perbezaan. Takrif pertama menekankan bahawa feudalisme ialah satu bentuk organisasi politik dan social yang mempunyai kelas atau susun lapis tertentu iaitu mengikut susun lapis hierarki.Manakala mengikut takrif umum yang kedua, feudalisme membawa maksud satu system hubungan bertimbal balas yang yang berdasarkan ketaatsetiaan antara dua kumpulan manusia bebas. Di Malaysia zaman feudalisme dapat dilihat pada zaman perintahan raja atau sultan iaitu zaman sebelum campur tangan penjajah di Tanah Melayu khususnya kuasa british. Perkembangan pensejarahan Malaysia pada zaman feudal adalah berdasarkan kesusasteraan iaitu melalui puisi,sajak,gurindam,syair,hikayat dan penulisan tentang urusan pentadbiran seperti undang-undang,perkembangan politik dan peranan para pemerintah.Perkembangan pensejarahan pada peringkat awal kebanyakkannya adalah ditulis berdasarkan cerita rakyat.Cerita rakyat merupakan salah satu cabang kesusasteraan melayu lama yang paling tua.Cerita rakyat disampaikan melalui peraturan(lisan)serta lahir dalam masyarakat melayu yang bercorak tradisinal yang masih tidak mengenal huruf serta tinggal di kawasan
  2. 2. http://notappismpsejarah.blogspot.com/ 2 pedalaman.menurut Professor Mohd Taib Osman, sastera rakyat atau cerita rakyat mempunyai berbagai-bagai jenis,antaranya ialah cerita rakyat yang mengandungi unsur-unsur seperti mitos, legenda,lipur lara, ungapan, nyanyian rakyat dan teka-teki. Cerita rakyat yang di tulis semula boleh digunakan sebagai sumber sejarah masyarakat bawahan tetapi ia harus diberi kepercayaan yang terhad dengan batasan tertentu. Penulisan sejarah pada zaman feudal adalah berdasarkan kesusasteraan yang mengandungi unsur mitos.Menurut Bascom.mitos sejenis prasa naratif yang bercorak tradisional yang dianggap oleh masyarakat bahawa ceritanya melalui pertuturan yang dianggap benar-benar berlaku pada masa lampau.Mitos diterima oleh masyarakat pada zaman tersebut dengan penuh keprcayaan dan keyakinan,malah hal ini diajarkan supaya masyarakat mempercayainya tanpa mempersoalkan kebenarannya.Mitos dianggap suatu cerita yang suci dan lahir daripada kepercayaan agama yang mengisahkan tentang dewa dewi,asal usul kejadian alam,manusia dan kematian.Contohnya penulisan tentang asul usul raja yang dikatakan berasal dari keturunan yang mulia dan tinggi darjadnya.Mitos juga digunakan untuk menerangkan tentang asal usul satu adad ritual atau pantang larang. Bagi pedapat sarjana-sarjana barat,mitos merupakan gambaran yang bercorak simbolik terhadap sesuatu fenomena alam. menurut Profesor Mohd Taib Osman pula,mitos sebagai satu genre tidak lagi wujud dalam sastera rakyat melayu.Hal ini disebabkan orang-orang melayu sudah meninggalkan kepercayaan atau agama yang dianuti pada zaman purba. Perkembangan pensejarahan zaman feudal tidaklah berfokuskan kepada penulisan sejarah,malah ianya lebih berfokus kepada kesusasteraan. Selain memasukkan unsur-unsur mitos dalam penulisan sejarah pada zaman tersebut ,unsurunsur lagenda juga dimasukkan di dalam penceritaan yang berkaitan sejarah.Lagenda dianggap benar,mereka menganggap cerita itu benar-benar berlaku. Lagenda merupakan cerita yang ditokok tambah jalan penceritaannya supaya cerita tersebut lebih menarik.Lagenda akan lari daripada realiti cerita asalnya.Contohnya ia akan menambah cerita untuk menaikkan nama sultan. Pensejarahan Malaysia sebenarnya telah bermula pada zaman peradaban hindu di Alam Melayu lagi iaitu dengan menggunakan bahasa Jawa Kuno dalam penulisannya.Selepas kedatangan islam di Tanah Melayu, maka media tulisan telah diperkenalkan dengan menggunakan huruf-huruf Arab sebagai skrip penulisan dalam bahasa melayu. Sejak daripada itu kegiatan menulis mula berkembang dengan pesat, malah pada masa yang sama terdapat juga usaha-usaha yang dilakukan untuk menyalin semula karya-karya sastera melayu pengaruh hindu yang ditulis dalam bahasa jawa kedalam tulisan jawi..Ekoran daripada kedatangan islam ke tanah melayu juga telah menyebabkan pensejarahan Malaysia telah mengalami sedikit perubahan dengan memasukkan unsur yang berkaitan dengan agama islam.Contohnya penggunaan gelaran terhadap raja telah di tukar kepada sultan .Malah dalam penulisan hikayathikayat telah dimasukkan dengan nama-nama nabi dan kekuasaan Allah.Hal ini dapat dilihat dalam penulisan Hikayat Merong Mahawangsa dengan ungkapan : Maka sabda nabi Allah Sulaiman,baik perbuat-lah oleh hamba barang kuasa engkau . Selain itu,penulisan sejarah atau hikayat jaga telah dimasukkan dengan cerita-cerita tentang raja yang memeluk islam.Hal ini dapat dibuktikan dengan membaca Hikayat Raja-raja Pasai yang tertulis: Telah berapa lamanya raja kecil besar di atas kerajaan, maka baginda bermimpi pada suatu
  3. 3. http://notappismpsejarah.blogspot.com/ 3 malam, berpandangan dengan keelokan Rasululluh sallallahu alaihi wasallam.Maka sabda rasulullah pada raja kecik besar,”ucap oleh mu kalaimah syahadat”.maka sembah raja kecil besar,”baiklah tuanku, yang mana sabda junjungan itu tiada hamba lalui. Pensejarahan yang ditulis pada zaman feudal tidak mementingkan bidang pengkajian.Penulis sejarah hanya menulis berdasarkan cerita tanpa menyalidik terlebih dahulu adakah peristiwa tersebut benar-benar berlaku ataupun rekaan untuk menyedapkan cerita semata-mata.Contohnya Hikayat Merong Mahawangsa,ia tidak dapat menemukan bukti sahih tentang penceritaannya.Hal ini dinyatakan oleh Winstendt yang menolak Hikayat Merong Mahawangsa sebagai sebuah penulisan sejarah dengan menyatakan: Were it not for the colophon giving a list of kedah rulers…the Hikayat Merong Mahawangsa would never have been styled the “kedah annals”or accepted as serious history.(winstedt,1958:133) Penulisan sejarah pada masa tersebut hanyalah menitik beratkan penceritaan sahaja dan tidak mempedulikan kebenarannya, jadi pensejarahan pada zaman tersebut tidak boleh dipercayai supenuhnya. Penulis sejarah atau penulis hikayat-hikayat pada zaman feudalisme, menulis cerita berdasarkan kehendak raja atau pemerintah pada zamannya.Dengan adanya beberapa hasil penulisan dalam perbendaharaan kesusasteraan melayu tradisional dapatlah disimpulkan bahawa masyarakat melayu feudal mempunyai sutu konsep tertentu tentang sejarah.Penulisan sejarah yang ditulis atas perintah raja adalah bertujuan untuk menceritakan tentang asalusulnya dan memberitahu orang yang terkemudian tentang rajanya. Hal ini dapat kita baca didalam Hikayat Merong Mahawangsa yang bertulis: …maka fakir pun hidirlah menghadap baginda, penuh sesak di penghadapan itu membicarakan negeri dan mengkaji kitab.Setelah itu maka titah bagainda yang maha mulia,”bahawa hamba pinta perbuatkan hikayat pada tuan,peri peruturan segala raja-raja melayu dengan istiadatnya sekali, supaya boleh diketahui segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita ini, serta dikurniai dengan sejarahnya,” Dalam penulisan tentang hikayat-hikayat tersebut, biasanya penulis akan mengagung-agungkan nama raja serta segala keturunannya.Contohnya penulisan Bustan`us-salatin adalah bertujuan untuk mengagung-agungkan Sultan Iskandar Thani. Dalam pengarangan hikayat tentang raja, watak raja biasanya diletakkan sebagai watak yang baik.Malah jika raja itu kejam penulis tidak akan menulis tentang kekejaman raja tersebut secara terang-terangan,tetapi penulis akan menyindir raja tersebut mulalui penulisannya. Selain itu, terdapat banyak lagi hikayat-hikayat yanag dikarang untuk menaikkan nama raja dan para pembesar istana.Perkembangan pensejarahan Malaysia pada zaman feudalisme juga banyak menceritakan tentang pelaksanaan undang-undang dalam pentadbiran kerajaan tradisional dalam penulisannya.Undang-undang yang ditulis dalam naskah akan menggabungkan dengan perlambagaan negeri.Penulisan tersebut akan menyentuh kedudukan raja dan para pembesarnya yang jagu akan mengaitkan tentang undang-undang yang berkaitan dengan jenayah..Contohnya penemuan naskah undang-undang yang berjadul,undang-undang Minangkabau dari Perak. Hal ini jelaslah menunjukkan bahawa perkembangan pensejarahan juga telah berkembang ekoran daripada pencatatan undang-undang. Ekoran daripada kepesatan aktiviti perdagangan dan dasar peluasan kuasa oleh kuasa-kuasa besar eropah di Tanah Melayu pada abad ke-15 masihi telah menyebabkan pensejarahan
  4. 4. http://notappismpsejarah.blogspot.com/ 4 Malaysia sekali lagi mengalami perubahan.Kedatangan pedagang-pedangan dan sarjana-sarjana barat ke Tanah Melayu telah banyak mengubah penulisan sejarah Malaysia.Seperti yang kita ketahui orang-orang barat sememangnya suka menulis tentang sejarah.Mereka telah memgamalkan apa yang diamalkan semasa mereka di India iaitu meraka suka menyalin hasil penulisan karyawan tempatan.Kedatangan mereka telah menyababkan banyak sejarah melayu telah disalin kedalam bahasa inggeris, malah dalam penulisan tersebut mereka banyak munulis dan mengagung-agungkan kaum mereka yang dikatakan bertamadun tinggi dan bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang-orang timur.Mereka juga terlalu memandang rendah terhadap orang melayu apabila menyatakan melayu itu malas. Walaubagaimanapun perkara tersebut telah menyebabkan orang-orang melayu mula sedar akan kepentinggan pensejarah.Hal ini telah sekali gus telah menyebabkan lahirnya penulispenulis tempatan yang menulis sejarah Malaysia dengan lebih terperinci dan jelas. PENUTUP Justeru, melalui penerangan di atas tadi dapatlah disimpulkan bahawa pensejarahan Malaysia pada zaman feudal tidaklah berkembang secara bersendiri atau khusus,malah ianya berkembang dalam bidang kesusasteraan.Penulisan sejarah pada peringkat ini hanyalah berfokuskan kepada cerita rakyat semata-mata. Bidang pensejarahan Malaysia pada zaman feudalisme merupakan suatu perkara yang amat menarik untuk dibincangkan dan dikaji, hal ini menyebabkan terdapat pelbagai pihak cuba menghuraikan pensejarah mengikut pandangan mereka sendiri.Pentafsiran golongan ini tidak dapat disangkal walaupun terdapat percanggahan idea di antara mereka. Walaupun begitu, bidang pensejarahan amat penting kepada Negara kita.Jika tanpa sejarah , manusia secara keseluruhannya akan kehilangan arah, malah tidak mempunyai identiti diri, bangsa dan budaya yang sebenar. Historiography is the study of how history itself is written or handed down throughout the ages. It takes into consideration the various means by which a historical source is formed, such as the credibility of the sources used, the motives of the author composing the history, and its authenticity. Historiography can be regarded as a form of meta-history. The word history comes from the Ancient Greek "historia," which means "inquiry, knowledge acquired by investigation." The existence of historical sources provides valuable information concerning the past. Historiographers tend to differentiate these sources in terms of written and oral histories. Oral history is a more dynamic because it is spread by word of mouth, while written history is fixed and emphasizes the recording of facts. Historiography tries to place these various sources into a specific context. This means that the historiographer does not merely accept the content of a source at face value, but traces the source looking for various motifs in its formation. One can understand a historical source as conceived from within a certain perspective and with a precise objective tied to its very production. Historical events can be seen as biased by the particularities of their recording and presentation. The historiographer acts like a history detective, seeking to unravel the logic of the production of history. One of the questions the historiographer must ask is how some facts remain included or excluded from a history. Inclusions or exclusions can be found by comparing different
  5. 5. http://notappismpsejarah.blogspot.com/ 5 accounts of a single event. In contrasting these sources, one can understand not only the event from a less biased perspective, but identify the precise perspective of the composer of the source. According to this perspectivism, historiography delineates the influence of cultural or ideological tropes within any given source. Historiographers can thereby classify history in terms of categories such as a Christian historiography or an Ancient Greek historiography. This allows the historiographer to look for trends in historical writing within a certain framework that illuminates a particular way of writing history. For example, Christian history tends to suggest that there is some great plan to historical events in its emphasis on the existence of God, while Marxist history suggests an appropriation of history as a history of class struggle. Historiography therefore does not conceive history as the objective recording of events, but as a medium which elucidates the way of life of the producer of the historical source

×