SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
Kepimpinan Berkesan

                            ILYANA KAMAL BASHAH

Pengenalan


      Secara amnya pemimpin lebih dikenali apabila mempunyai pengikut mahupun

penyokong kepada usaha ataupun apa-apa sahaja rancangan dan gerakannya.

Terdapat beberapa definisi kepimpinan menurut beberapa pakar yang mengkaji bidang

ini. Abdul Halim Othman (1993) mengemukakan definisi kepimpinan sebagai “suatu

percubaan untuk pengaruh mempengaruhi antara peribadi, yang diarahkan melalui

proses komunikasi, menuju pencapaian satu matlamat atau beberapa matlamat”.

Proses ini akan memperlihatkan adakah seseorang mempunyai        keupayaan untuk

mempengaruhi orang lain yang disalurkan melalui perkataan (komunikasi) untuk

mencapai matlamat sebenar yang ingin dicapai.



      Aminuddin Mohd Yusof (1990) pula dalam hal yang sama mengemukakan

kepimpinan sebagai “pengaruh antara perseorangan yang dilaksanakan dalam sesuatu

situasi dan diarahkan melalui proses komunikasi ke arah pencapaian matlamat atau

matlamat khusus”. Aminuddin dalam hal ini lebih memperincikan kepada wujudnya

situasi tertentu yang memungkinkan pengaruh seseorang untuk mencapai matlamat

yang digariskan. Ini berbeza dengan Abdul Halim yang mengutamakan ‘kuasa’ individu

untuk mempengaruhi pengikut dalam pencapaian matlamat.




                                         1
Sarjana Barat pula seperti Dubrin Andrew J (2001) menyebutkan kepimpinan

seperti berikut “leadership is the ability to inspire confidence and support among the

people who are needed to achieve organizational goals”. Robiah Sidin (1998),

mendefinisikan kepimpinan sebagai “usaha untuk menggerakkan tenaga di dalam

sesuatu kumpulan untuk mencapai matlamat”. Robiah Sidin dalam hal ini lebih

menumpukan perhatian kepada usaha-usaha yang dilaksanakan bagi menggerakkan

tenaga yang dilakukan dalam satu kumpulan dan bukan secara perseorangan dalam

pencapaian matlamat. Ia berfungsi sebagai asas tindakan di kalangan anggota,

membimbing kegiatan mereka dan mengarahkannya bagi memenuhi matlamat tertentu.

Ia merupakan proses yang menekankan dinamika kumpulan dan perhubungan

interpersonal antara anggota.



        Kepimpinan adalah pengisian ruang di antara keperluan dan kebolehan pihak-

pihak di peringkat bawah (subordinates) serta matlamat dan kehendak organisasi

(James G. Hunt and Richard N. Osborn, 1980). Cribbin (1981) pula menyatakan bahawa

kepimpinan yang berjaya ialah kepimpinan yang boleh memobilisasikan atau

menggerakkan tingkahlaku pihak lain seperti yang dikehendaki oleh pengurus.

Kepimpinan yang berkesan ialah kepimpinan yang merealisasikan hasrat (intentions)

pengurus dan memenuhi keperluan pekerja.



        Ralf Stogdill (1974) memetik intipati konsep kepimpinan dari beberapa definisi

seperti yang terkandung dalam kategori-kategori berikut :

   i.      kepimpinan sebagai satu focus kepada proses-proses kumpulan



                                           2
ii.       kepimpinan sebagai satu seni mendorong kesetiaan (compliance)

   iii.      kepimpinan sebagai penggunaan kuasa untuk pengaruh

   iv.       kepimpinan sebagai satu tindakan(act) atau kelakuan (behavior)

          Definisi-definisi di atas hanya sebahagian daripada beribu definisi yang pernah

diberikan kepada konsep kepimpinan. Ini dibuktikan oleh Dubrin Andrew J (2001) yang

menyatakan dengan jelas bahawa “about 35,000 research articles, magazine articles

and books have been written about leadership”. Ini menggambarkan bahawa definisi-

definisi kepimpinan adalah pelbagai, tertakluk kepada pendapat pengkaji terhadap

bagaimana sesuatu kepimpinan itu dilaksanakan.


          Namun kebanyakan definisi kepimpinan oleh beribu pengkaji menggambarkan

bahawa kepimpinan melibatkan proses mempengaruhi antara pemimpin dengan

pengikut. Ini bermakna pemimpin berusaha mempengaruhi pengikutnya untuk

mencapai matlamat yang dikehendaki. Maka kepimpinan bukanlah kerja seorang

individu tetapi memerlukan juga kerjasama individu-individu yang lain. Secara

keseluruhannya, kepimpinan akan melibatkan penggunaan pengaruh, komunikasi dan

matlamat. Salah satu teori kepimpinan yang amat terkenal ialah teori kepimpinan

situasi. Untuk melihat dengan lebih mendalam, adalah lebih baik melihat apakah yang

terkandung dalam teori kepimpinan situasi.



Apakah Teori Situasi ?




                                             3
Pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang dapat menyesuaikan sesuatu

gaya dalam kepimpinan dengan situasi yang berlaku. Teori ini memberi keutamaan

kepada kewujudan situasi tertentu, manakala gaya kepimpinan pula akan lebih kepada

mengikuti situasi yang berlaku. Menurut Abdul Halim Othman (1993) setakat ini hanya

ada empat golongan teori kepimpinan jenis situasi yang diakui oleh ramai pengkaji dan

diterima dalam bidang pengurusan. Antaranya adalah seperti yang disenaraikan di

bawah :



             Teori kepimpinan edaran hayat

             Model kepimpinan situasi Fiedler

             Model kepimpinan laluan matlamat

             Model kepimpinan keputusan oleh Vroom dan Yenon



      Abdul Halim Othman (1993) menyatakan juga bahawa Fiedler mengemukakan

teori sebagai responnya kepada keputusan kajian yang saling berkonflik tentang

hubungan terus antara kepimpinan dengan kriteria. Model ini menetapkan jenis situasi

tempat seseorang pemimpin dianggap lebih berkesan sementara yang lain tidak.

Menurutnya juga asas teori Fiedler ialah bahawa keberkesanan seseorang pemimpin

untuk mendapatkan prestasi yang tinggi daripada kumpulannya tertakluk kepada

struktur keperluan pemimpin itu dan sejauh manakah ia memperolehi kuasa mengawal

dan mempengaruhi satu-satu situasi tertentu. Dapatan beliau dalam buku yang sama

juga telah mendapati kepimpinan dapat ditinjau dari segi perhubungan yang




                                          4
berasaskan kuasa dan pengaruh. Kesimpulannya, terdapat dua fokus utama dalam teori

situasi :

         i.       sejauh mana situasi membenarkan atau menyediakan pemimpin dengan

                  kuasa dan pengaruh yang diperlukan untuk menjadi berkesan dan

                  bagaimana ‘selesa’ faktor-faktor situasi itu.

         ii.      Sejauh mana pemimpin dapat meramal kesan stailnya ke atas kelakuan

                  dan prestasi pengikutnya.



   Dua pemboleh ubah penting menjadi inti kerangka model Fiedler iaitu penilaian stail

kepimpinan dan situasi. Ibrahim Mamat (1993) dalam bukunya Kepemimpinan sekolah

Teori Untuk Praktis berpendapat bahawa tidak ada stail yang terbaik bagi menghadapi

sesuatu situasi. Pemimpin boleh memikirkan tindakan paling sesuai untuk sesuatu

keadaan Misalnya :



   i.          Situasi krisis : Dalam keadaan krisis, stail autokratik biasanya sesuai.

               Keputusan yang tepat dan tegas diperlukan. Situasi ini memerlukan

               kepakaran kepemimpinan autokratik.

   ii.         Situasi kerja harian : Dalam situasi ini stail demokratik adalah sesuai.



   Dalam apa pun keadaan, paling penting ialah kebijaksanaan pemimpin untuk menilai

keadaan dan membuat keputusan. Kebijaksanaan ini adalah berdasarkan ilmu yang

diperolehi secara formal atau tidak formal. Kalau ini diamalkan, kesilapan dapat

dikurangkan.




                                                 5
Bagaimanakah Teori Situasi Mewujudkan Kepimpinan Yang Efektif Di

Sekolah ?



Pemimpin memberikan motivasi dan galakan



       Situasi boleh mewujudkan kepimpinan yang efektif di sekolah. Cara pertama

ialah melalui kuasa pemimpin memberikan motivasi. Wujudnya kuasa pemimpin

(pengetua) memberikan semangat ataupun dorongan kepada guru dapat mewujudkan

sokongan guru-guru kepada pengetua dalam pentadbirannya. Contohnya dua pemboleh

ubah penting menjadi inti kerangka model Fiedler iaitu penilaian stail kepimpinan dan

situasi.



       Maka faktor penilaian tentang stail kepimpinan mengenal pasti aspek motivasi

atau dorongan pemimpin dan ketiga-tiga faktor yang berikutnya, struktur tugas,

suasana kumpulan dan kuasa kedudukan pemimpin, menghuraikan keselesaan situasi

pemimpin. Faktor ini cuba memberi penekanan kepada stail kepimpinan yang

seharusnya digunakan atau dipilih oleh pemimpin untuk menjadi pemimpinyang

berkesan dan berkarisma. Jelaslah dari segi keupayaan pengetua dalam memberikan

semangat ataupun dorongan kepada pengikutnya akan memberikan keselesaan untuk

terus berkhidmat di sekolah. Ini wujud apabila guru-guru mempunyai keyakinan diri

setelah mendapat bantuan daripada pengetua. Keadaan ini meningkatkan keyakinan

yang tinggi. Maka guru-guru di sekolah akan bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh



                                         6
yang akan meningkatkan prestasi kerja. Alwater and Bass (1994) menyatakan bahawa

motivasi perangsang (Inspirational motivation) sebenarnya datang dari kelakuan

pemimpin yang memberi cabaran dan mampu menukar persepsi staf bawahan bahawa

masalah-masalah organisasi boleh diselesaikan. Ditambah pula dengan dorongan

supaya staf lebih kreatif dan inovatif, menilai semula pendekatan yang dibuat dan

mendekati situasi lama dengan cara-cara baru.



Arahan yang difahami dengan jelas



       Kepimpinan di sekolah dapat meyakinkan guru-guru tentang peranan mereka

sebagai pendidik. Pengetua dalam hal ini akan memberikan arahan yang difahami

dengan jelas oleh guru-guru. Mereka akan melakukan kerja tanpa ragu-ragu dalam

melaksanakan arahan yang diberikan oleh pengetua. Abdul Halim Othman (1993)

menyebutkan Fiedler terhadap pengukuran stail kepimpinan individu. Bagi mengukur

stail kepimpinan beliau telah memajukan satu jenis ukuran yang dikenali sebagai “skala

rakan sekerja yang amat tak digemari” [Least preferred co-worker scale (LPC)]. Dua

stail kepimpinan yang ekstrem telah dipilih oleh Fiedler iaitu stail orientasi tugas dan

stail orientasi pekerja.



Orientasi tugas yang khusus



       Kesan dari orientasi tugas guru ini akan membuahkan hasil apabila pekerja akan

cuba mendapatkan yang terbaik dalam pekerjaan mereka dan sementara keadaan




                                           7
tertentu akan dapat diatasi oleh kaedah yang tertentu apabila wujud beberapa

ketidakstabilan dalam pengurusan. Oleh kerana konsep kepimpinan di sekolah juga

adalah sama dengan asas kajian ini, tentulah ia dapat mewujudkan kestabilan dalam

pengurusan di peringkat sekolah.


      Menurut Mohd Salleh Lebar (2000) Pengetua dianggap orang yang mengetuai

kepimpinan pengajaran. Kegagalan pelajar dalam akademik ada hubungan dengan

kualiti pengajaran guru. Jadi pengetua yang mengambil berat aspek pengajaran guru

biasanya selalu membuat penyeliaan serta penilaian ke atas guru-guru atau meminta

guru-guru menyatakan masalah yang dihadapi semasa mengajar di dalam bilik darjah.



Cabaran tugas ditingkatkan



      Meningkatkan cabaran dalam tugas setiap guru boleh meningkatkan kepimpinan

efektif di sekolah. Ini dibuat apabila melihat situasi di mana guru-guru mula susut minat

berkhidmat kerana kurang cabaran dalam profesionalisme keguruan. Pengetua dalam

hal ini akan memberikan petunjuk bagi mencapai apa yang disasarkan seperti

pencapaian pelajar-pelajar dalam peperiksaan. Justeru semua guru akan memastikan

sasaran atau visi sekolah akan dapat dicapai. Kepimpinan ini mampu mewujudkan stail

kepimpinan yang relevan yang dapat diamalkan oleh guru.



      Yukl (1989) berpendapat bahawa ekspektasi yang tinggi untuk berjaya bagi

pentadbir sekolah akan meningkatkan keyakinan mereka dalam mendapatkan hasil

yang bernilai (valued outcomes).



                                           8
Kepimpinan yang wajar diamalkan



          Kamarudin Kachar (1989) menyatakan ada empat kepimpinan yang wajar

diamalkan oleh guru iaitu kepimpinan yang berfungsi, kepimpinan yang berpengaruh,

kepimpinan positif dan juga kepimpinan berkuasa. Oleh kerana pengetua mempunyai

kuasa dalam memberikan arahan maka setiap guru akan mendengar arahan tersebut

terutama dalam meningkatkan profesionalisme keguruan untuk berbakti mendidik

pelajar.

          Di sekolah setiap individu mempunyai tugas masing-masing. Setiap tugas yang

diberikan oleh pengurusan sekolah mahupun Jabatan Pendidikan akan disempurnakan

tanpa adanya campur aduk antara tugas-tugas guru-guru berkenaan. Orientasi ini akan

memudahkan setiap ahli dalam sekolah untuk meneruskan setiap perancangan yang

dibuat.

          Hussein Mahmood (1997) yang memetik Kajian Sweeney menggariskan ciri-ciri

utama kepemimpinan pengetua :

   i.        memberikan penekanan terhadap pencapaian para pelajar dalam bidang

             akademik

   ii.       menyusun dan menetapkan strategi pengajaran

   iii.      menyedia mengekalkan suasana yang kondusif di sekolah

   iv.       kerap menilai pencapaian pelajaran para pelajar

   v.        menyelaras program pengajaran

   vi.       membantu dan memberi semangat kepada para guru.



                                             9
Ini menunjukkan bahawa kepemimpinan pengetua tertumpu kepada bidang

utama dalam tugasnya iaitu pengajaran yang dikaitkan dengan pencapaian para pelajar

dalam bidang akademik.



Kecemerlangan pendidikan



      Setiap   perancangan   kerja   yang    dibuat   di   sekolah   boleh   mewujudkan

kecemerlangan. Aminah Ayob (2001) dalam dapatannya daripada Van Doren (1964)

menggariskan perkara yang harus dilakukan untuk menjadi pendidik cemerlang :



                   “ The medioere teacher tells.

                    The good teacher explains.

                    The superior teacher demonstrates.

                    And the great teacher inspires “.

                                                        (Aminah Ayob, 2001, m.s. 4)



      Apa yang ingin dijelaskan di sini ialah bagaimana sesuatu situasi guru itu dapat

mengubah perlakuan dan menghasilkan sesuatu yang bermakna terhadap pelajar-

pelajarnya. Keadaan ini boleh diwujudkan apabila guru dihormati dan diberikan

kebebasan dalam menentukan kaedah, teknik, strategi, pendekatan dan segala yang

berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.




                                            10
Kuasa ketua



          Seperti yang dijelaskan, pemimpin mempunyai kuasa ke atas orang bawahannya

sesuai dengan struktur tugas yang harus diselesaikan oleh kakitangannya. Salah satu

syarat penting untuk paradigma tersebut ialah adanya serangkaian ketentuan yang

harus ditaati oleh bawahan dalam menentukan bentuk dan tingkat peranan dalam

pengambilan keputusan. Maka hubungan yang wujud adalah hubungan yang baik.

Justeru kepimpinan ini boleh menghasilkan kepimpinan yang efektif di sekolah.

          Kuasa   kedudukan   menggambarkan       sejauh    mana   pemimpin   mempunyai

keupayaan mempengaruhi kelakuan pengikutnya atau mempunyai wibawa melalui

kuasa sah, kuasa ganjaran atau kuasa kepakaran. Selain daripada itu menurut Mohd

Salleh Lebar (2001) kuasa ketua di sekolah mesti digambarkan melalui kebijaksanaan

pengetua pada aspek berikut :

   i.        menyelaras dan mengelola disiplin kakitangan

   ii.       mampu membuat keputusan.

   iii.      Agen perubahan sosial sekolah

   iv.       Pengurus pelbagai program

   v.        Ketua penilai segala aspek termasuk akademik dan bukan akademik

   vi.       Iklim sekolah yang sihat dan suasana persekitaran yang memberangsangkan

             proses pembelajaran murid

   vii.      Merancang keperluan staf/kakitangan.




                                             11
Ini menunjukkan bahawa tugas pengetua bukan setakat mengurus sekolah tetapi

sebagai pembentuk budaya sekolah, budaya murid, budaya kakitangan dan budaya

profesion keguruan.


Penyelesaian masalah dalam situasi berbeza



      Situasi yang berbeza memerlukan jenis sikap yang berbeza di pihak pemimpin.

Maka adalah tidak tepat untuk bercakap tentang pemimpin yang baik atau buruk

kerana keadaan yang biasa berlaku ialah pemimpin berprestasi baik dalam situasi

tertentu tidak baik dalam situasi lain. Begitu juga sebaliknya pemimpin tidak berprestasi

baik tetapi baik dalam situasi lain. Kekuatan model ini terletak pada usahanya

menggabungkan stail pemimpin dengan faktor-faktor situasi sebagai penentu-penentu

keberkesanan kepemimpinan.



      Contoh seterusnya untuk lebih jelas adalah teori laluan matlamat yang

terkandung dalam teori situasi. Teori ini diasaskan oleh Robert J. House (1992).

Menurut House (1992) pemimpin boleh mendapat prestasi kerja kumpulan yang

memuaskan jika pekerja diberitahu apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan

ganjaran selaras dengan prestasi cemerlang dan mengurangkan batasan ke arah

pencapaian   prestasi    yang   cekap.   Pemimpin   hendaklah   membantu      kakitangan

meningkatkan prestasi.




                                           12
Kepimpinan partisipatif



       Stail yang seterusnya ialah kepimpinan partisipatif (Zaidatol Akmaliah Lope Pihie,

2001). Ketua meminta cadangan daripada kakitangan dan menggunakan pandangan

mereka untuk membuat keputusan akhir. Keadaan ini menunjukkan pengetua

mempunyai komitmen yang tinggi terhadap guru-gurunya. Balasannya, guru-guru akan

memberikan sokongan yang menyeluruh terhadap pengetua dalam situasi-situasi yang

tertantu.

       Dalam hal ini, situasi akan menjadikan pengetua dihormati dan disanjungi di

kalangan guru-guru. Kerana menghargai peranan mereka. Penghormatan ini akan

meletakkan    pengetua   di   kalangan   pengetua    yang   berkesan    kerana   berjaya

menunjukkan peranannya dalam mengurus staf supaya menunjukkan komitmen yang

tinggi terhadap kerjaya dan juga kerjasama dengan pihak sekolah. Dalam hal ini Howell

(1989) menegaskan bahawa pemimpin berkarisma mempunyai kesan yang mendalam

kepada pengikut-pengikutnya.



Kepimpinan kerjaya


       Stail yang seterusnya ialah kepimpinan berorientasikan kerjaya. Pengetua akan

membentuk matlamat yang mencabar untuk kakitangan dan menunjukkan rasa penuh

yakin kepada kebolehan mereka untuk menyempurnakannya. Guru-guru akan

menunjukkan kebolehan mereka dengan lebih pro aktif kerana mempunyai motivasi

yang juga lebih kepada orientasi kerjaya. Mereka akan menjalankan tugas dengan lebih

tekun dalam perkhidmatan. Teori ini menekankan tingkahlaku ketua akan diterima oleh


                                           13
kakitangan lain jika mereka melihat tingkahlaku itu sebagai sumber terdekat untuk

mendapat kepuasan. Tingkahlaku ketua yang boleh mendorong kakitangan ialah

pemimpin yang dapat memberikan kepuasan kerjaya kepada kakitangan dengan

menyediakan sokongan, ganjaran, bimbingan dan penyeliaan untuk mencapai prestasi

yang memuaskan.



Persefahaman dengan staf



      Teori situasi mengutamakan orientasi pekerja. Penguasaan terhadap pekerja

tidaklah hanya memberikan penjelasan bahawa pekerja hanya mendapat arahan

daripada majikan tetapi juga bagaimana pekerja atau guru berkenaan mengemukakan

sesuatu untuk diselesaikan dengan bantuan pengetua jika perlu. Oleh itu dalam

keadaan atau situasi tertentu amat jelas bahawa teori ini boleh mewujudkan

kepimpinan yang efektif di sekolah.



      John Andair (1984) menyatakan pandangannya mengenai kepemimpinan :

“ Kepimpinan terletak pada fungsi-fungsi bukan pada pemimpin-pemimpin. Kerana itu,
kelompok dapat berpatisipasi dalam kepimpinan di antara mereka sendiri. Jika seorang
anggota menyediakan suatu fungsi misalnya membuat ringkasan dan kelompok
menerimanya maka pada saat itu fungsi itu menjadi fungsi kepimpinan “



      Keadaan yang kurang menentu menyebabkan individu-individu mencari seorang

“figure head” atau ketua yang boleh membetulkan keadaan. Mengikut Shamir dan




                                         14
Howell (1999) pemimpin berkarisma besar kemungkinan lebih berkesan dalam situasi

lemah daripada situasi kuat.



Rumusan Dan Kesimpulan



        Pengetua sekolah mempunyai asas untuk bertindak melalui teori situasi dalam

berhubung dengan guru-guru, pelajar dan lain-lain kakitangan di sekolah. Pengetua

boleh    mengetahui   keperluan   guru   untuk   pengiktirafan   tingkahlaku   mahupun

sumbangan ke arah menjadikannya sebagai pencapaian matlamat.

        Pengetua juga boleh menyediakan ganjaran peribadi seperti bilik yang dingin,

masa rehat atau peluang untuk berkongsi membuat keputusan yang tertentu. Pengetua

sepatutnya berperanan dalam membimbing guru dengan cara menyokong mereka dan

menolong memilih tindakan apabila mereka merasa kurang yakin atau menghadapi

situasi yang mengelirukan.

        Selain itu, pengetua boleh membantu guru dan orang lain menjelaskan harapan

dan visi supaya mudah dicapai. Peluang untuk pengetua menghapuskan halangan dan

kekangan adalah luas. Ini termasuklah mendapatkan kelulusan dari Jabatan Pendidikan

untuk cadangan guru, menyediakan pengangkutan untuk lawatan sambil belajar dan

melayan permintaan dan aduan ibu bapa.

        Di samping itu pengetua boleh juga menambah peluang-peluang untuk kepuasan

kerja peribadi dengan menstrukturkan tugas-tugas guru supaya mereka menerima

ganjaran intrinsik apabila bekerja. Walau bagaimanapun, pencapaian matlamat




                                          15
selalunya membawa kepada kepuasan yang dapat menggalakkan individu mengikuti

matlamat-matlamat tambahan. Adalah penting untuk pengetua sekolah memastikan

bahawa matlamat dapat dicapai dengan jayanya.




                                       16

More Related Content

What's hot

Asas pengurusan
Asas pengurusanAsas pengurusan
Asas pengurusanEmy Amiera
 
Kemahiran komunikasi berkesan
Kemahiran komunikasi berkesanKemahiran komunikasi berkesan
Kemahiran komunikasi berkesanmunnianwar
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanCkg Nizam
 
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Ila Ali
 
Bab 2 pemikiran kritis, penyelesaian masalah, dan pemikiran saintifik
Bab 2  pemikiran kritis, penyelesaian masalah, dan pemikiran saintifikBab 2  pemikiran kritis, penyelesaian masalah, dan pemikiran saintifik
Bab 2 pemikiran kritis, penyelesaian masalah, dan pemikiran saintifikPak Teh Naim
 
Falsafah Eksistensialisme
Falsafah EksistensialismeFalsafah Eksistensialisme
Falsafah EksistensialismeSiti Zulaikha
 
Kuliah 3 (teori sistem)
Kuliah 3 (teori sistem)Kuliah 3 (teori sistem)
Kuliah 3 (teori sistem)raaz5001
 
61771831 teori-teori-kepimpinan
61771831 teori-teori-kepimpinan61771831 teori-teori-kepimpinan
61771831 teori-teori-kepimpinanNorshaidi Mohd Nor
 
PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukanPSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukanAmin Upsi
 
PSIKOLOGI SUKAN Kepimpinan dlm sukan
PSIKOLOGI SUKAN  Kepimpinan dlm sukanPSIKOLOGI SUKAN  Kepimpinan dlm sukan
PSIKOLOGI SUKAN Kepimpinan dlm sukanAmin Upsi
 
Bab 7 an 015 kepimpinan
Bab 7 an 015 kepimpinanBab 7 an 015 kepimpinan
Bab 7 an 015 kepimpinanwalidsofea78
 
KEPIMPINAN
KEPIMPINANKEPIMPINAN
KEPIMPINANImsamad
 
Sains Sukan & Kejurulatihan : Sistem Otot
Sains Sukan & Kejurulatihan : Sistem OtotSains Sukan & Kejurulatihan : Sistem Otot
Sains Sukan & Kejurulatihan : Sistem OtotHafezah Yusof
 

What's hot (20)

Asas pengurusan
Asas pengurusanAsas pengurusan
Asas pengurusan
 
Kemahiran komunikasi berkesan
Kemahiran komunikasi berkesanKemahiran komunikasi berkesan
Kemahiran komunikasi berkesan
 
Gaya kepimpinan
Gaya kepimpinanGaya kepimpinan
Gaya kepimpinan
 
Bab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi PengurusanBab 2-Fungsi Pengurusan
Bab 2-Fungsi Pengurusan
 
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
 
Kuasa
KuasaKuasa
Kuasa
 
Fredrick winslow taylor
Fredrick winslow taylorFredrick winslow taylor
Fredrick winslow taylor
 
Bab 2 pemikiran kritis, penyelesaian masalah, dan pemikiran saintifik
Bab 2  pemikiran kritis, penyelesaian masalah, dan pemikiran saintifikBab 2  pemikiran kritis, penyelesaian masalah, dan pemikiran saintifik
Bab 2 pemikiran kritis, penyelesaian masalah, dan pemikiran saintifik
 
Falsafah Eksistensialisme
Falsafah EksistensialismeFalsafah Eksistensialisme
Falsafah Eksistensialisme
 
Kuliah 3 (teori sistem)
Kuliah 3 (teori sistem)Kuliah 3 (teori sistem)
Kuliah 3 (teori sistem)
 
61771831 teori-teori-kepimpinan
61771831 teori-teori-kepimpinan61771831 teori-teori-kepimpinan
61771831 teori-teori-kepimpinan
 
PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukanPSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
PSIKOLOGI SUKAN kebangkitan dan kebimbangan dalam sukan
 
PSIKOLOGI SUKAN Kepimpinan dlm sukan
PSIKOLOGI SUKAN  Kepimpinan dlm sukanPSIKOLOGI SUKAN  Kepimpinan dlm sukan
PSIKOLOGI SUKAN Kepimpinan dlm sukan
 
Bab 7 an 015 kepimpinan
Bab 7 an 015 kepimpinanBab 7 an 015 kepimpinan
Bab 7 an 015 kepimpinan
 
KEPIMPINAN
KEPIMPINANKEPIMPINAN
KEPIMPINAN
 
4 psikologi-sukan-tingkatan-4
4 psikologi-sukan-tingkatan-44 psikologi-sukan-tingkatan-4
4 psikologi-sukan-tingkatan-4
 
2 pembelajaran-kemahiran-motor
2 pembelajaran-kemahiran-motor2 pembelajaran-kemahiran-motor
2 pembelajaran-kemahiran-motor
 
Sains Sukan & Kejurulatihan : Sistem Otot
Sains Sukan & Kejurulatihan : Sistem OtotSains Sukan & Kejurulatihan : Sistem Otot
Sains Sukan & Kejurulatihan : Sistem Otot
 
Etika profesional
Etika profesionalEtika profesional
Etika profesional
 
1 asas-kawalan-motor
1 asas-kawalan-motor1 asas-kawalan-motor
1 asas-kawalan-motor
 

Viewers also liked

Kepemimpinan Berkualiti Dalam Pendidikan
Kepemimpinan Berkualiti Dalam PendidikanKepemimpinan Berkualiti Dalam Pendidikan
Kepemimpinan Berkualiti Dalam PendidikanKPM
 
Ceramah Kepimpinan Peranan Pengawas Sekolah
Ceramah Kepimpinan Peranan Pengawas SekolahCeramah Kepimpinan Peranan Pengawas Sekolah
Ceramah Kepimpinan Peranan Pengawas SekolahImsamad
 
Ulasan artikel jurnalppt6043
Ulasan artikel jurnalppt6043Ulasan artikel jurnalppt6043
Ulasan artikel jurnalppt6043SK Jalan Kebun
 
Kepemimpinan kepala sekolah unggulan (2)
Kepemimpinan kepala sekolah unggulan (2)Kepemimpinan kepala sekolah unggulan (2)
Kepemimpinan kepala sekolah unggulan (2)SMKN 36 JAKARTA UTARA
 
Proposal Kajian Stail Pengurusan
Proposal Kajian Stail PengurusanProposal Kajian Stail Pengurusan
Proposal Kajian Stail PengurusanDevarajan Pillai
 
Konflik Dalam Organisasi
Konflik Dalam OrganisasiKonflik Dalam Organisasi
Konflik Dalam OrganisasiEko Mardianto
 
Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah
Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di SekolahKepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah
Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di SekolahHamidah Budi
 
kepemimpinan dan efektifitas kekuasaan
kepemimpinan dan efektifitas kekuasaankepemimpinan dan efektifitas kekuasaan
kepemimpinan dan efektifitas kekuasaanHendie Cahya Maladewa
 
Skmk, sastera kepahlawanan.
Skmk, sastera kepahlawanan.Skmk, sastera kepahlawanan.
Skmk, sastera kepahlawanan.jimoh370
 
EDU 3043 Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkahlaku (Semester 3)
EDU 3043 Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkahlaku (Semester 3)EDU 3043 Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkahlaku (Semester 3)
EDU 3043 Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkahlaku (Semester 3)Erica Leenya
 
PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAHPENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAHRozmarsitah
 
Teknik imbas kembali
Teknik imbas kembaliTeknik imbas kembali
Teknik imbas kembaliidahisyam
 
Ppt analisis transaksional
Ppt analisis transaksionalPpt analisis transaksional
Ppt analisis transaksionalbkupstegal
 
2.1 psikologi sukan
2.1 psikologi sukan 2.1 psikologi sukan
2.1 psikologi sukan Amirul Ezuan
 

Viewers also liked (20)

Kepemimpinan Berkualiti Dalam Pendidikan
Kepemimpinan Berkualiti Dalam PendidikanKepemimpinan Berkualiti Dalam Pendidikan
Kepemimpinan Berkualiti Dalam Pendidikan
 
Kajian kepimpinan
Kajian kepimpinanKajian kepimpinan
Kajian kepimpinan
 
Ceramah Kepimpinan Peranan Pengawas Sekolah
Ceramah Kepimpinan Peranan Pengawas SekolahCeramah Kepimpinan Peranan Pengawas Sekolah
Ceramah Kepimpinan Peranan Pengawas Sekolah
 
Ulasan artikel jurnalppt6043
Ulasan artikel jurnalppt6043Ulasan artikel jurnalppt6043
Ulasan artikel jurnalppt6043
 
Kepemimpinan kepala sekolah unggulan (2)
Kepemimpinan kepala sekolah unggulan (2)Kepemimpinan kepala sekolah unggulan (2)
Kepemimpinan kepala sekolah unggulan (2)
 
Proposal Kajian Stail Pengurusan
Proposal Kajian Stail PengurusanProposal Kajian Stail Pengurusan
Proposal Kajian Stail Pengurusan
 
Konflik Dalam Organisasi
Konflik Dalam OrganisasiKonflik Dalam Organisasi
Konflik Dalam Organisasi
 
Ciri ciri kesusasteraan rakyat(5)
Ciri ciri kesusasteraan rakyat(5)Ciri ciri kesusasteraan rakyat(5)
Ciri ciri kesusasteraan rakyat(5)
 
Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah
Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di SekolahKepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah
Kepimpinan Guru dan Pembentukan Pasukan Kerja di Sekolah
 
kepemimpinan dan efektifitas kekuasaan
kepemimpinan dan efektifitas kekuasaankepemimpinan dan efektifitas kekuasaan
kepemimpinan dan efektifitas kekuasaan
 
Cerita kancil dan buaya
Cerita kancil dan buayaCerita kancil dan buaya
Cerita kancil dan buaya
 
Skmk, sastera kepahlawanan.
Skmk, sastera kepahlawanan.Skmk, sastera kepahlawanan.
Skmk, sastera kepahlawanan.
 
EDU 3043 Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkahlaku (Semester 3)
EDU 3043 Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkahlaku (Semester 3)EDU 3043 Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkahlaku (Semester 3)
EDU 3043 Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkahlaku (Semester 3)
 
Jujur & amanah
Jujur & amanahJujur & amanah
Jujur & amanah
 
PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAHPENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
PENGURUSAN MASALAH DISIPLIN BILIK DARJAH
 
Teknik imbas kembali
Teknik imbas kembaliTeknik imbas kembali
Teknik imbas kembali
 
Tajuk 6 done
Tajuk 6 doneTajuk 6 done
Tajuk 6 done
 
5.1 psikologi sukan
5.1 psikologi sukan5.1 psikologi sukan
5.1 psikologi sukan
 
Ppt analisis transaksional
Ppt analisis transaksionalPpt analisis transaksional
Ppt analisis transaksional
 
2.1 psikologi sukan
2.1 psikologi sukan 2.1 psikologi sukan
2.1 psikologi sukan
 

Similar to Kepimpinan

Kepemimpinan Presentasi
Kepemimpinan PresentasiKepemimpinan Presentasi
Kepemimpinan Presentasiyoulhee82
 
[Ob] fiedler's leadership model
[Ob] fiedler's leadership model[Ob] fiedler's leadership model
[Ob] fiedler's leadership modelAbdan Syakura
 
konsep-kepemimpinan-std.ppt
konsep-kepemimpinan-std.pptkonsep-kepemimpinan-std.ppt
konsep-kepemimpinan-std.pptRama116497
 
Pertemuan 7 dan 8 Kepemimpinan.ppt
Pertemuan 7 dan 8 Kepemimpinan.pptPertemuan 7 dan 8 Kepemimpinan.ppt
Pertemuan 7 dan 8 Kepemimpinan.pptAjengGrandis1
 
Pertemuan 7 dan 8 Kepemimpinan.ppt
Pertemuan 7 dan 8 Kepemimpinan.pptPertemuan 7 dan 8 Kepemimpinan.ppt
Pertemuan 7 dan 8 Kepemimpinan.pptBotimCctv1
 
Kepemimpinan
Kepemimpinan Kepemimpinan
Kepemimpinan fikh
 
Ulung furtuna 19113049 2_ka17_ppt 7&8
Ulung furtuna 19113049 2_ka17_ppt 7&8Ulung furtuna 19113049 2_ka17_ppt 7&8
Ulung furtuna 19113049 2_ka17_ppt 7&8ulungfurtuna
 
kepemimpinan & kinerja
kepemimpinan & kinerjakepemimpinan & kinerja
kepemimpinan & kinerjanasriah1
 
Kepemimpinan (Leadership) di Industri Media
Kepemimpinan (Leadership) di Industri MediaKepemimpinan (Leadership) di Industri Media
Kepemimpinan (Leadership) di Industri MediaSatrio Arismunandar
 
TEORI-TEORI KEPEMIMPINAN.pptx
TEORI-TEORI KEPEMIMPINAN.pptxTEORI-TEORI KEPEMIMPINAN.pptx
TEORI-TEORI KEPEMIMPINAN.pptxRestyc
 
Bab ii kepemimpinan
Bab ii kepemimpinanBab ii kepemimpinan
Bab ii kepemimpinankangklinsman
 
Kepemimpinan dalam perilaku organisasi
Kepemimpinan dalam perilaku organisasiKepemimpinan dalam perilaku organisasi
Kepemimpinan dalam perilaku organisasiSintaYuliyana
 
Bab 6 kepemimpinan dan kekuasaan, Novi Catur Muspita
Bab 6 kepemimpinan dan kekuasaan, Novi Catur MuspitaBab 6 kepemimpinan dan kekuasaan, Novi Catur Muspita
Bab 6 kepemimpinan dan kekuasaan, Novi Catur MuspitaUniversitas Islam Balitar
 
KEPEMIMPINAAN KEPALA SEKOLAH DI LEMBAGA PENDIDIKAN ISLAM SITI MASYRIQOH
KEPEMIMPINAAN KEPALA SEKOLAH DI LEMBAGA PENDIDIKAN ISLAM SITI MASYRIQOHKEPEMIMPINAAN KEPALA SEKOLAH DI LEMBAGA PENDIDIKAN ISLAM SITI MASYRIQOH
KEPEMIMPINAAN KEPALA SEKOLAH DI LEMBAGA PENDIDIKAN ISLAM SITI MASYRIQOHsitimasyriqoh
 

Similar to Kepimpinan (20)

Kepemimpinan Presentasi
Kepemimpinan PresentasiKepemimpinan Presentasi
Kepemimpinan Presentasi
 
Leadership
LeadershipLeadership
Leadership
 
[Ob] fiedler's leadership model
[Ob] fiedler's leadership model[Ob] fiedler's leadership model
[Ob] fiedler's leadership model
 
konsep-kepemimpinan-std.ppt
konsep-kepemimpinan-std.pptkonsep-kepemimpinan-std.ppt
konsep-kepemimpinan-std.ppt
 
Bab3 pd
Bab3 pdBab3 pd
Bab3 pd
 
Kepemimpinan7 c kamis
Kepemimpinan7 c kamisKepemimpinan7 c kamis
Kepemimpinan7 c kamis
 
Pertemuan 7 dan 8 Kepemimpinan.ppt
Pertemuan 7 dan 8 Kepemimpinan.pptPertemuan 7 dan 8 Kepemimpinan.ppt
Pertemuan 7 dan 8 Kepemimpinan.ppt
 
Pertemuan 7 dan 8 Kepemimpinan.ppt
Pertemuan 7 dan 8 Kepemimpinan.pptPertemuan 7 dan 8 Kepemimpinan.ppt
Pertemuan 7 dan 8 Kepemimpinan.ppt
 
Kepemimpinan
Kepemimpinan Kepemimpinan
Kepemimpinan
 
Ulung furtuna 19113049 2_ka17_ppt 7&8
Ulung furtuna 19113049 2_ka17_ppt 7&8Ulung furtuna 19113049 2_ka17_ppt 7&8
Ulung furtuna 19113049 2_ka17_ppt 7&8
 
Kepemimpinan dan perilaku organisasi
Kepemimpinan dan perilaku  organisasiKepemimpinan dan perilaku  organisasi
Kepemimpinan dan perilaku organisasi
 
MAKALAH KEPEMIMPINAN " LP3I "
MAKALAH KEPEMIMPINAN " LP3I "MAKALAH KEPEMIMPINAN " LP3I "
MAKALAH KEPEMIMPINAN " LP3I "
 
kepemimpinan & kinerja
kepemimpinan & kinerjakepemimpinan & kinerja
kepemimpinan & kinerja
 
Kepemimpinan (Leadership) di Industri Media
Kepemimpinan (Leadership) di Industri MediaKepemimpinan (Leadership) di Industri Media
Kepemimpinan (Leadership) di Industri Media
 
TEORI-TEORI KEPEMIMPINAN.pptx
TEORI-TEORI KEPEMIMPINAN.pptxTEORI-TEORI KEPEMIMPINAN.pptx
TEORI-TEORI KEPEMIMPINAN.pptx
 
Kepemimpinan
KepemimpinanKepemimpinan
Kepemimpinan
 
Bab ii kepemimpinan
Bab ii kepemimpinanBab ii kepemimpinan
Bab ii kepemimpinan
 
Kepemimpinan dalam perilaku organisasi
Kepemimpinan dalam perilaku organisasiKepemimpinan dalam perilaku organisasi
Kepemimpinan dalam perilaku organisasi
 
Bab 6 kepemimpinan dan kekuasaan, Novi Catur Muspita
Bab 6 kepemimpinan dan kekuasaan, Novi Catur MuspitaBab 6 kepemimpinan dan kekuasaan, Novi Catur Muspita
Bab 6 kepemimpinan dan kekuasaan, Novi Catur Muspita
 
KEPEMIMPINAAN KEPALA SEKOLAH DI LEMBAGA PENDIDIKAN ISLAM SITI MASYRIQOH
KEPEMIMPINAAN KEPALA SEKOLAH DI LEMBAGA PENDIDIKAN ISLAM SITI MASYRIQOHKEPEMIMPINAAN KEPALA SEKOLAH DI LEMBAGA PENDIDIKAN ISLAM SITI MASYRIQOH
KEPEMIMPINAAN KEPALA SEKOLAH DI LEMBAGA PENDIDIKAN ISLAM SITI MASYRIQOH
 

Recently uploaded

Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdfDiskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdfHendroGunawan8
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSdheaprs
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...MetalinaSimanjuntak1
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...Kanaidi ken
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfaksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfwalidumar
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...Kanaidi ken
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxssuser8905b3
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxMateri IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxmuhammadkausar1201
 
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolikDasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolikThomasAntonWibowo
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 

Recently uploaded (20)

Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdfDiskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfaksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
 
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxMateri IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
 
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolikDasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 

Kepimpinan

  • 1. Kepimpinan Berkesan ILYANA KAMAL BASHAH Pengenalan Secara amnya pemimpin lebih dikenali apabila mempunyai pengikut mahupun penyokong kepada usaha ataupun apa-apa sahaja rancangan dan gerakannya. Terdapat beberapa definisi kepimpinan menurut beberapa pakar yang mengkaji bidang ini. Abdul Halim Othman (1993) mengemukakan definisi kepimpinan sebagai “suatu percubaan untuk pengaruh mempengaruhi antara peribadi, yang diarahkan melalui proses komunikasi, menuju pencapaian satu matlamat atau beberapa matlamat”. Proses ini akan memperlihatkan adakah seseorang mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi orang lain yang disalurkan melalui perkataan (komunikasi) untuk mencapai matlamat sebenar yang ingin dicapai. Aminuddin Mohd Yusof (1990) pula dalam hal yang sama mengemukakan kepimpinan sebagai “pengaruh antara perseorangan yang dilaksanakan dalam sesuatu situasi dan diarahkan melalui proses komunikasi ke arah pencapaian matlamat atau matlamat khusus”. Aminuddin dalam hal ini lebih memperincikan kepada wujudnya situasi tertentu yang memungkinkan pengaruh seseorang untuk mencapai matlamat yang digariskan. Ini berbeza dengan Abdul Halim yang mengutamakan ‘kuasa’ individu untuk mempengaruhi pengikut dalam pencapaian matlamat. 1
  • 2. Sarjana Barat pula seperti Dubrin Andrew J (2001) menyebutkan kepimpinan seperti berikut “leadership is the ability to inspire confidence and support among the people who are needed to achieve organizational goals”. Robiah Sidin (1998), mendefinisikan kepimpinan sebagai “usaha untuk menggerakkan tenaga di dalam sesuatu kumpulan untuk mencapai matlamat”. Robiah Sidin dalam hal ini lebih menumpukan perhatian kepada usaha-usaha yang dilaksanakan bagi menggerakkan tenaga yang dilakukan dalam satu kumpulan dan bukan secara perseorangan dalam pencapaian matlamat. Ia berfungsi sebagai asas tindakan di kalangan anggota, membimbing kegiatan mereka dan mengarahkannya bagi memenuhi matlamat tertentu. Ia merupakan proses yang menekankan dinamika kumpulan dan perhubungan interpersonal antara anggota. Kepimpinan adalah pengisian ruang di antara keperluan dan kebolehan pihak- pihak di peringkat bawah (subordinates) serta matlamat dan kehendak organisasi (James G. Hunt and Richard N. Osborn, 1980). Cribbin (1981) pula menyatakan bahawa kepimpinan yang berjaya ialah kepimpinan yang boleh memobilisasikan atau menggerakkan tingkahlaku pihak lain seperti yang dikehendaki oleh pengurus. Kepimpinan yang berkesan ialah kepimpinan yang merealisasikan hasrat (intentions) pengurus dan memenuhi keperluan pekerja. Ralf Stogdill (1974) memetik intipati konsep kepimpinan dari beberapa definisi seperti yang terkandung dalam kategori-kategori berikut : i. kepimpinan sebagai satu focus kepada proses-proses kumpulan 2
  • 3. ii. kepimpinan sebagai satu seni mendorong kesetiaan (compliance) iii. kepimpinan sebagai penggunaan kuasa untuk pengaruh iv. kepimpinan sebagai satu tindakan(act) atau kelakuan (behavior) Definisi-definisi di atas hanya sebahagian daripada beribu definisi yang pernah diberikan kepada konsep kepimpinan. Ini dibuktikan oleh Dubrin Andrew J (2001) yang menyatakan dengan jelas bahawa “about 35,000 research articles, magazine articles and books have been written about leadership”. Ini menggambarkan bahawa definisi- definisi kepimpinan adalah pelbagai, tertakluk kepada pendapat pengkaji terhadap bagaimana sesuatu kepimpinan itu dilaksanakan. Namun kebanyakan definisi kepimpinan oleh beribu pengkaji menggambarkan bahawa kepimpinan melibatkan proses mempengaruhi antara pemimpin dengan pengikut. Ini bermakna pemimpin berusaha mempengaruhi pengikutnya untuk mencapai matlamat yang dikehendaki. Maka kepimpinan bukanlah kerja seorang individu tetapi memerlukan juga kerjasama individu-individu yang lain. Secara keseluruhannya, kepimpinan akan melibatkan penggunaan pengaruh, komunikasi dan matlamat. Salah satu teori kepimpinan yang amat terkenal ialah teori kepimpinan situasi. Untuk melihat dengan lebih mendalam, adalah lebih baik melihat apakah yang terkandung dalam teori kepimpinan situasi. Apakah Teori Situasi ? 3
  • 4. Pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang dapat menyesuaikan sesuatu gaya dalam kepimpinan dengan situasi yang berlaku. Teori ini memberi keutamaan kepada kewujudan situasi tertentu, manakala gaya kepimpinan pula akan lebih kepada mengikuti situasi yang berlaku. Menurut Abdul Halim Othman (1993) setakat ini hanya ada empat golongan teori kepimpinan jenis situasi yang diakui oleh ramai pengkaji dan diterima dalam bidang pengurusan. Antaranya adalah seperti yang disenaraikan di bawah : Teori kepimpinan edaran hayat Model kepimpinan situasi Fiedler Model kepimpinan laluan matlamat Model kepimpinan keputusan oleh Vroom dan Yenon Abdul Halim Othman (1993) menyatakan juga bahawa Fiedler mengemukakan teori sebagai responnya kepada keputusan kajian yang saling berkonflik tentang hubungan terus antara kepimpinan dengan kriteria. Model ini menetapkan jenis situasi tempat seseorang pemimpin dianggap lebih berkesan sementara yang lain tidak. Menurutnya juga asas teori Fiedler ialah bahawa keberkesanan seseorang pemimpin untuk mendapatkan prestasi yang tinggi daripada kumpulannya tertakluk kepada struktur keperluan pemimpin itu dan sejauh manakah ia memperolehi kuasa mengawal dan mempengaruhi satu-satu situasi tertentu. Dapatan beliau dalam buku yang sama juga telah mendapati kepimpinan dapat ditinjau dari segi perhubungan yang 4
  • 5. berasaskan kuasa dan pengaruh. Kesimpulannya, terdapat dua fokus utama dalam teori situasi : i. sejauh mana situasi membenarkan atau menyediakan pemimpin dengan kuasa dan pengaruh yang diperlukan untuk menjadi berkesan dan bagaimana ‘selesa’ faktor-faktor situasi itu. ii. Sejauh mana pemimpin dapat meramal kesan stailnya ke atas kelakuan dan prestasi pengikutnya. Dua pemboleh ubah penting menjadi inti kerangka model Fiedler iaitu penilaian stail kepimpinan dan situasi. Ibrahim Mamat (1993) dalam bukunya Kepemimpinan sekolah Teori Untuk Praktis berpendapat bahawa tidak ada stail yang terbaik bagi menghadapi sesuatu situasi. Pemimpin boleh memikirkan tindakan paling sesuai untuk sesuatu keadaan Misalnya : i. Situasi krisis : Dalam keadaan krisis, stail autokratik biasanya sesuai. Keputusan yang tepat dan tegas diperlukan. Situasi ini memerlukan kepakaran kepemimpinan autokratik. ii. Situasi kerja harian : Dalam situasi ini stail demokratik adalah sesuai. Dalam apa pun keadaan, paling penting ialah kebijaksanaan pemimpin untuk menilai keadaan dan membuat keputusan. Kebijaksanaan ini adalah berdasarkan ilmu yang diperolehi secara formal atau tidak formal. Kalau ini diamalkan, kesilapan dapat dikurangkan. 5
  • 6. Bagaimanakah Teori Situasi Mewujudkan Kepimpinan Yang Efektif Di Sekolah ? Pemimpin memberikan motivasi dan galakan Situasi boleh mewujudkan kepimpinan yang efektif di sekolah. Cara pertama ialah melalui kuasa pemimpin memberikan motivasi. Wujudnya kuasa pemimpin (pengetua) memberikan semangat ataupun dorongan kepada guru dapat mewujudkan sokongan guru-guru kepada pengetua dalam pentadbirannya. Contohnya dua pemboleh ubah penting menjadi inti kerangka model Fiedler iaitu penilaian stail kepimpinan dan situasi. Maka faktor penilaian tentang stail kepimpinan mengenal pasti aspek motivasi atau dorongan pemimpin dan ketiga-tiga faktor yang berikutnya, struktur tugas, suasana kumpulan dan kuasa kedudukan pemimpin, menghuraikan keselesaan situasi pemimpin. Faktor ini cuba memberi penekanan kepada stail kepimpinan yang seharusnya digunakan atau dipilih oleh pemimpin untuk menjadi pemimpinyang berkesan dan berkarisma. Jelaslah dari segi keupayaan pengetua dalam memberikan semangat ataupun dorongan kepada pengikutnya akan memberikan keselesaan untuk terus berkhidmat di sekolah. Ini wujud apabila guru-guru mempunyai keyakinan diri setelah mendapat bantuan daripada pengetua. Keadaan ini meningkatkan keyakinan yang tinggi. Maka guru-guru di sekolah akan bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh 6
  • 7. yang akan meningkatkan prestasi kerja. Alwater and Bass (1994) menyatakan bahawa motivasi perangsang (Inspirational motivation) sebenarnya datang dari kelakuan pemimpin yang memberi cabaran dan mampu menukar persepsi staf bawahan bahawa masalah-masalah organisasi boleh diselesaikan. Ditambah pula dengan dorongan supaya staf lebih kreatif dan inovatif, menilai semula pendekatan yang dibuat dan mendekati situasi lama dengan cara-cara baru. Arahan yang difahami dengan jelas Kepimpinan di sekolah dapat meyakinkan guru-guru tentang peranan mereka sebagai pendidik. Pengetua dalam hal ini akan memberikan arahan yang difahami dengan jelas oleh guru-guru. Mereka akan melakukan kerja tanpa ragu-ragu dalam melaksanakan arahan yang diberikan oleh pengetua. Abdul Halim Othman (1993) menyebutkan Fiedler terhadap pengukuran stail kepimpinan individu. Bagi mengukur stail kepimpinan beliau telah memajukan satu jenis ukuran yang dikenali sebagai “skala rakan sekerja yang amat tak digemari” [Least preferred co-worker scale (LPC)]. Dua stail kepimpinan yang ekstrem telah dipilih oleh Fiedler iaitu stail orientasi tugas dan stail orientasi pekerja. Orientasi tugas yang khusus Kesan dari orientasi tugas guru ini akan membuahkan hasil apabila pekerja akan cuba mendapatkan yang terbaik dalam pekerjaan mereka dan sementara keadaan 7
  • 8. tertentu akan dapat diatasi oleh kaedah yang tertentu apabila wujud beberapa ketidakstabilan dalam pengurusan. Oleh kerana konsep kepimpinan di sekolah juga adalah sama dengan asas kajian ini, tentulah ia dapat mewujudkan kestabilan dalam pengurusan di peringkat sekolah. Menurut Mohd Salleh Lebar (2000) Pengetua dianggap orang yang mengetuai kepimpinan pengajaran. Kegagalan pelajar dalam akademik ada hubungan dengan kualiti pengajaran guru. Jadi pengetua yang mengambil berat aspek pengajaran guru biasanya selalu membuat penyeliaan serta penilaian ke atas guru-guru atau meminta guru-guru menyatakan masalah yang dihadapi semasa mengajar di dalam bilik darjah. Cabaran tugas ditingkatkan Meningkatkan cabaran dalam tugas setiap guru boleh meningkatkan kepimpinan efektif di sekolah. Ini dibuat apabila melihat situasi di mana guru-guru mula susut minat berkhidmat kerana kurang cabaran dalam profesionalisme keguruan. Pengetua dalam hal ini akan memberikan petunjuk bagi mencapai apa yang disasarkan seperti pencapaian pelajar-pelajar dalam peperiksaan. Justeru semua guru akan memastikan sasaran atau visi sekolah akan dapat dicapai. Kepimpinan ini mampu mewujudkan stail kepimpinan yang relevan yang dapat diamalkan oleh guru. Yukl (1989) berpendapat bahawa ekspektasi yang tinggi untuk berjaya bagi pentadbir sekolah akan meningkatkan keyakinan mereka dalam mendapatkan hasil yang bernilai (valued outcomes). 8
  • 9. Kepimpinan yang wajar diamalkan Kamarudin Kachar (1989) menyatakan ada empat kepimpinan yang wajar diamalkan oleh guru iaitu kepimpinan yang berfungsi, kepimpinan yang berpengaruh, kepimpinan positif dan juga kepimpinan berkuasa. Oleh kerana pengetua mempunyai kuasa dalam memberikan arahan maka setiap guru akan mendengar arahan tersebut terutama dalam meningkatkan profesionalisme keguruan untuk berbakti mendidik pelajar. Di sekolah setiap individu mempunyai tugas masing-masing. Setiap tugas yang diberikan oleh pengurusan sekolah mahupun Jabatan Pendidikan akan disempurnakan tanpa adanya campur aduk antara tugas-tugas guru-guru berkenaan. Orientasi ini akan memudahkan setiap ahli dalam sekolah untuk meneruskan setiap perancangan yang dibuat. Hussein Mahmood (1997) yang memetik Kajian Sweeney menggariskan ciri-ciri utama kepemimpinan pengetua : i. memberikan penekanan terhadap pencapaian para pelajar dalam bidang akademik ii. menyusun dan menetapkan strategi pengajaran iii. menyedia mengekalkan suasana yang kondusif di sekolah iv. kerap menilai pencapaian pelajaran para pelajar v. menyelaras program pengajaran vi. membantu dan memberi semangat kepada para guru. 9
  • 10. Ini menunjukkan bahawa kepemimpinan pengetua tertumpu kepada bidang utama dalam tugasnya iaitu pengajaran yang dikaitkan dengan pencapaian para pelajar dalam bidang akademik. Kecemerlangan pendidikan Setiap perancangan kerja yang dibuat di sekolah boleh mewujudkan kecemerlangan. Aminah Ayob (2001) dalam dapatannya daripada Van Doren (1964) menggariskan perkara yang harus dilakukan untuk menjadi pendidik cemerlang : “ The medioere teacher tells. The good teacher explains. The superior teacher demonstrates. And the great teacher inspires “. (Aminah Ayob, 2001, m.s. 4) Apa yang ingin dijelaskan di sini ialah bagaimana sesuatu situasi guru itu dapat mengubah perlakuan dan menghasilkan sesuatu yang bermakna terhadap pelajar- pelajarnya. Keadaan ini boleh diwujudkan apabila guru dihormati dan diberikan kebebasan dalam menentukan kaedah, teknik, strategi, pendekatan dan segala yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. 10
  • 11. Kuasa ketua Seperti yang dijelaskan, pemimpin mempunyai kuasa ke atas orang bawahannya sesuai dengan struktur tugas yang harus diselesaikan oleh kakitangannya. Salah satu syarat penting untuk paradigma tersebut ialah adanya serangkaian ketentuan yang harus ditaati oleh bawahan dalam menentukan bentuk dan tingkat peranan dalam pengambilan keputusan. Maka hubungan yang wujud adalah hubungan yang baik. Justeru kepimpinan ini boleh menghasilkan kepimpinan yang efektif di sekolah. Kuasa kedudukan menggambarkan sejauh mana pemimpin mempunyai keupayaan mempengaruhi kelakuan pengikutnya atau mempunyai wibawa melalui kuasa sah, kuasa ganjaran atau kuasa kepakaran. Selain daripada itu menurut Mohd Salleh Lebar (2001) kuasa ketua di sekolah mesti digambarkan melalui kebijaksanaan pengetua pada aspek berikut : i. menyelaras dan mengelola disiplin kakitangan ii. mampu membuat keputusan. iii. Agen perubahan sosial sekolah iv. Pengurus pelbagai program v. Ketua penilai segala aspek termasuk akademik dan bukan akademik vi. Iklim sekolah yang sihat dan suasana persekitaran yang memberangsangkan proses pembelajaran murid vii. Merancang keperluan staf/kakitangan. 11
  • 12. Ini menunjukkan bahawa tugas pengetua bukan setakat mengurus sekolah tetapi sebagai pembentuk budaya sekolah, budaya murid, budaya kakitangan dan budaya profesion keguruan. Penyelesaian masalah dalam situasi berbeza Situasi yang berbeza memerlukan jenis sikap yang berbeza di pihak pemimpin. Maka adalah tidak tepat untuk bercakap tentang pemimpin yang baik atau buruk kerana keadaan yang biasa berlaku ialah pemimpin berprestasi baik dalam situasi tertentu tidak baik dalam situasi lain. Begitu juga sebaliknya pemimpin tidak berprestasi baik tetapi baik dalam situasi lain. Kekuatan model ini terletak pada usahanya menggabungkan stail pemimpin dengan faktor-faktor situasi sebagai penentu-penentu keberkesanan kepemimpinan. Contoh seterusnya untuk lebih jelas adalah teori laluan matlamat yang terkandung dalam teori situasi. Teori ini diasaskan oleh Robert J. House (1992). Menurut House (1992) pemimpin boleh mendapat prestasi kerja kumpulan yang memuaskan jika pekerja diberitahu apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan ganjaran selaras dengan prestasi cemerlang dan mengurangkan batasan ke arah pencapaian prestasi yang cekap. Pemimpin hendaklah membantu kakitangan meningkatkan prestasi. 12
  • 13. Kepimpinan partisipatif Stail yang seterusnya ialah kepimpinan partisipatif (Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, 2001). Ketua meminta cadangan daripada kakitangan dan menggunakan pandangan mereka untuk membuat keputusan akhir. Keadaan ini menunjukkan pengetua mempunyai komitmen yang tinggi terhadap guru-gurunya. Balasannya, guru-guru akan memberikan sokongan yang menyeluruh terhadap pengetua dalam situasi-situasi yang tertantu. Dalam hal ini, situasi akan menjadikan pengetua dihormati dan disanjungi di kalangan guru-guru. Kerana menghargai peranan mereka. Penghormatan ini akan meletakkan pengetua di kalangan pengetua yang berkesan kerana berjaya menunjukkan peranannya dalam mengurus staf supaya menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap kerjaya dan juga kerjasama dengan pihak sekolah. Dalam hal ini Howell (1989) menegaskan bahawa pemimpin berkarisma mempunyai kesan yang mendalam kepada pengikut-pengikutnya. Kepimpinan kerjaya Stail yang seterusnya ialah kepimpinan berorientasikan kerjaya. Pengetua akan membentuk matlamat yang mencabar untuk kakitangan dan menunjukkan rasa penuh yakin kepada kebolehan mereka untuk menyempurnakannya. Guru-guru akan menunjukkan kebolehan mereka dengan lebih pro aktif kerana mempunyai motivasi yang juga lebih kepada orientasi kerjaya. Mereka akan menjalankan tugas dengan lebih tekun dalam perkhidmatan. Teori ini menekankan tingkahlaku ketua akan diterima oleh 13
  • 14. kakitangan lain jika mereka melihat tingkahlaku itu sebagai sumber terdekat untuk mendapat kepuasan. Tingkahlaku ketua yang boleh mendorong kakitangan ialah pemimpin yang dapat memberikan kepuasan kerjaya kepada kakitangan dengan menyediakan sokongan, ganjaran, bimbingan dan penyeliaan untuk mencapai prestasi yang memuaskan. Persefahaman dengan staf Teori situasi mengutamakan orientasi pekerja. Penguasaan terhadap pekerja tidaklah hanya memberikan penjelasan bahawa pekerja hanya mendapat arahan daripada majikan tetapi juga bagaimana pekerja atau guru berkenaan mengemukakan sesuatu untuk diselesaikan dengan bantuan pengetua jika perlu. Oleh itu dalam keadaan atau situasi tertentu amat jelas bahawa teori ini boleh mewujudkan kepimpinan yang efektif di sekolah. John Andair (1984) menyatakan pandangannya mengenai kepemimpinan : “ Kepimpinan terletak pada fungsi-fungsi bukan pada pemimpin-pemimpin. Kerana itu, kelompok dapat berpatisipasi dalam kepimpinan di antara mereka sendiri. Jika seorang anggota menyediakan suatu fungsi misalnya membuat ringkasan dan kelompok menerimanya maka pada saat itu fungsi itu menjadi fungsi kepimpinan “ Keadaan yang kurang menentu menyebabkan individu-individu mencari seorang “figure head” atau ketua yang boleh membetulkan keadaan. Mengikut Shamir dan 14
  • 15. Howell (1999) pemimpin berkarisma besar kemungkinan lebih berkesan dalam situasi lemah daripada situasi kuat. Rumusan Dan Kesimpulan Pengetua sekolah mempunyai asas untuk bertindak melalui teori situasi dalam berhubung dengan guru-guru, pelajar dan lain-lain kakitangan di sekolah. Pengetua boleh mengetahui keperluan guru untuk pengiktirafan tingkahlaku mahupun sumbangan ke arah menjadikannya sebagai pencapaian matlamat. Pengetua juga boleh menyediakan ganjaran peribadi seperti bilik yang dingin, masa rehat atau peluang untuk berkongsi membuat keputusan yang tertentu. Pengetua sepatutnya berperanan dalam membimbing guru dengan cara menyokong mereka dan menolong memilih tindakan apabila mereka merasa kurang yakin atau menghadapi situasi yang mengelirukan. Selain itu, pengetua boleh membantu guru dan orang lain menjelaskan harapan dan visi supaya mudah dicapai. Peluang untuk pengetua menghapuskan halangan dan kekangan adalah luas. Ini termasuklah mendapatkan kelulusan dari Jabatan Pendidikan untuk cadangan guru, menyediakan pengangkutan untuk lawatan sambil belajar dan melayan permintaan dan aduan ibu bapa. Di samping itu pengetua boleh juga menambah peluang-peluang untuk kepuasan kerja peribadi dengan menstrukturkan tugas-tugas guru supaya mereka menerima ganjaran intrinsik apabila bekerja. Walau bagaimanapun, pencapaian matlamat 15
  • 16. selalunya membawa kepada kepuasan yang dapat menggalakkan individu mengikuti matlamat-matlamat tambahan. Adalah penting untuk pengetua sekolah memastikan bahawa matlamat dapat dicapai dengan jayanya. 16