SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
Download to read offline
1.0 PENGENALAN
Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan,
kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang ditulis oleh beberapa
orang pengarang Melayu. . Namun menurut Syeikh Nuruddin al-Raniri, ulama dan penasihat
agama Sultan Aceh, telah memperakukan Tun Sri Lanang sebagai pengarang dan penyusun
Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin kerana beliau kenal rapat dengan Tun Sri Lanang. Kitab
tersebut telah dapat disiapkan penulisan dan penyuntingannya oleh Tun Sri Lanang dalam masa
dua tahun iaitu pada tahun 1614 selepas tarikh penulisannya yang dimulai pada tahun 1612
Masihi. Sulalatus Salatin adalah diperakui sebagai satu sumber terkaya dan terlengkap yang
menceritakan tentang sejarah bangsa-bangsa di Nusantara. Kebenaran tentang beliau sebagai
penulis asal atau sekadar penyunting kitab tersebut tidak dapat dipastikan dengan tepat
Namun terdapat pendapat yang mendakwa apabila (Portugis) menakluk Melaka, salinan Sejarah
Melayu telah dibawa ke Goa. Sejarah Melayu ditulis di Melaka dan dibawa bersama semasa
Sultan Mahmud Syah berundur dari Melaka pada tahun 1511. Naskhah asal ini kemudian
dibawa ke Johor dari Kampar, Sumatera pada tahun 1528. Teks yang turun masa kini
merupakan teks yang disalin dipercayai berasal sejak tahun 1356, dan disunting semula pada
1612. Salinan manuskrip yang ada bertarikh 1808. [1]
Portugis merampas naskhah Sejarah
Melayu pada tahun 1536 semasa menyerang Johor Lama. Naskhah ini kemudian dibawa balik
ke Johor oleh Orang Kaya Suguh. Terdapat sekurang-kurangnya 29 versi tetapi versi yang
paling mashyur adalah versi Shellabear. Menurut pengenalan Sejarah Melayu naskah
Shellabear, Yang diPertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah Mu'ayat Syah ibni'l Sultan Abdul Jalil
Syah telah mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Bendahara
Paduka Raja Tun Muhammad@Mahmud (Tun Sri Lanang) pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal
1021 bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh Orang
Kaya Sogoh dari Goa/Gowa. Ketika itu Sultan Johor Lama, Sultan Alauddin Riayat Syah ibni
Sultan Abdul Jalil Syah telah ditahan di Istana Raja Acheh, Raja Iskandar Muda. Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin dianggap penting kerana ia memberikan adat istiadat kerajaan, susunan raja
Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan boleh dikatakan menyerupai konsep Sejarah Sahih
China, di mana pada setiap pertukaran Dinasti di China, sejarah Dinasti sebelumnya akan ditulis
dan disimpan di arkib negara tersebut.
1
malay concordance project
1
2.0 MESEJ DAN ISI
a) Pemikiran
Untuk melayakkan sesebuah karya diangkat sebagai karya agung, hasil karangan tersebut
perlulah mengambil kira beberapa ciri yang penting. Ciri-ciri yang dimaksudkan ialah lambang
atau mesej yang disampaikan oleh karya itu, nilai seni budaya dan falsafah atau pandangan
hidup bangsa, nilai ilmu, teknik kepengarangan dan seni bahasa.
Karya ulung seperti Sejarah Melayu membentangkan alam yang cukup luas dalam
penulisannya. Hasil tulisan pengarang telah berjaya membawa khalayak pembaca merentas
kawasan setempat dan kawasan Nusantara sehingga mereka mampu menerokai dunia-dunia
lain, alam maya dan tidak ketinggalan juga dunia kayangan. Manusia yang memenuhi ruang
hikayat ini tidak hanya datang dari kawasan Nusantara dan dari dunia manusia biasa lain seperti
Rom, India, China dan Dunia Arab, bahkan juga turut melangkau sempadan para dewa dan dewi
ataupun makhluk super-manusia. Isi yang terkandung dalam karya ini sarat dengan
kepelbagaian episod, peristiwa dan kejadian. Melaluinya, kita dapat melihat kisah untung nasib
dan gelagat para raja, putera-puteri yang elok rupa parasnya, tiada tolok banding dengan
manusia lain, para hulubalang yang gagah perkasa serta para dewa dan dewi dari kayangan
yang membawa tuah dan kuasa ajaib kepada manusia biasa. Selain itu, kita juga dapat
menonton kisah peperangan, persengketaan istana, kekejaman, peristiwa fitnah, hasad dengki
dan akibatnya, malapetaka. Melalui pengamatan dan pengalaman yang dilalui oleh pengarang
semasa hayatnya, panorama ceritera yang sangat besar dan luas itu menjadi landasan kepada
pengarang untuk diketengahkan ke dalam penulisan. Dalam erti kata lain, pengarang
mengangkat hal-hal yang berlegar di sekitar kehidupannya untuk dijadikan tema atau fokus
utama penulisan.
Pengarang Sejarah Melayu telah mengangkat kisah kebesaran dan kekuasaan raja atau
kerajaan Melayu. Bagi memastikan pemerintah digeruni oleh raja-raja lain di dunia ini, raja
Melayu itu mesti diberikan kuasa yang luar biasa. Untuk tujuan ini, mitologi digunakan sebagai
sumber kuasa raja. Tidak dapat dinafikan bahawa teks-teks sejarah Melayu pada kurun ke-14
hingga ke-19 mempunyai unsur-unsur mitologi. Karya sejarah dalam bentuk babad atau susur
galur biasanya ditulis atas titah sultan, bertujuan untuk memuji pemerintah atau mempromosikan
kepentingan dan pandangan keluarga penaung. Apabila seorang pengarang babad
2
memasukkan suatu cerita ajaib atau mitos dalam karyanya, sudah tentu ada sesuatu maksud
atau mesej yang cuba disampaikan. Oleh hal yang demikian, kita sebagai pembaca perlu
memahami makna maklumat tersebut dan mesej yang hendak dikemukakan.
Dalam Sejarah Melayu, terdapat juga beberapa cerita mengenai asal usul raja-raja
Melayu. Raja Melayu dikatakan berasal daripada Iskandar Zulkarnain, raja besar bangsa Yunani,
beragama Islam, iaitu yang beriman dengan agama tauhid Nabi Ibrahim.
“A‟lam ketahui olehmu, kepada zaman dahulukala, dan pada masa yang telah lalu, kata
yang empunya ceritera, bahawa Raja Iskandar, anak Raja Durab, Rom bangsanya, Makaduniah
nama negerinya, Zul-Karnain gelarannya...”
(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 4)
Selain asal usulnya yang luar biasa, tema keagungan kerajaan Melayu-Islam ini
dikembangkan lagi dengan memaparkan kepintaran orang Melayu yang menandingi kepintaran
rakyat China sehingga raja China memilih raja Melaka sebagai menantunya. Selain itu, turut
dimuatkan kisah raja China yang gering dan tidak dapat diubati oleh tabib China. Hanya setelah
meminum air basuhan kaki raja Melaka, iaitu menantu raja China, penyakit baginda sembuh. Hal
ini tidak lain tidak bukan bertujuan untuk menggambarkan kekuasaan, kebesaran dan
keagungan raja beserta kerajaan yang dinaunginya.
b) Estetika dan Kepengarangan
Jika diteliti isi kandungan Sejarah Melayu, pengarangnya dilihat sebagai seorang intelek Melayu
yang berminat kepada sejarah dan suasana pergolakan politik di Melaka waktu itu. Selain itu,
pengarang amat berminat membaca berbagai-bagai naskhah hikayat daripada kesusasteraan
asing yang diterap daripada kesusasteraan Hindu. Misalnya, pengarang dapat menggarap
unsur-unsur sastera Hindu sewaktu mengisahkan pengembaraan Raja Suran ke negeri bawah
laut dan kisah di Bukit Si Guntang Mahameru. Pengarang juga turut mengaitkan binatang suci
Hindu iaitu lembu putih.
Pengaruh kesusasteraan Jawa seperti cerita panji dan Cerita Damar Wulan turut dibawa
masuk oleh pengarang. Contoh-contoh dari hasil sastera Jawa dapat dilihat melalui gambaran
peristiwa utusan Melaka pergi ke Majapahit dan peristiwa peminangan Puteri Galuh Cendera
Kirana. Dalam peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang, dikaitkan pula dengan permintaan
mas kahwin yang luar biasa.
3
Pengarang juga amat mahir menggarap corak penulisan kesusasteraan Parsi dan Arab.
Hal ini dapat dibuktikan melalui gaya penulisan pendahuluan teks yang mempunyai gaya
masnawi. Selain itu, pengarang turut memasukkan petikan syair dan bidalan Arab, termasuklah
juga ayat-ayat al-Quran. Penggunaan kalimah-kalimah Arab juga amat ketara dalam Sejarah
Melayu.
Pengarang dilihat sangat kreatif dan berseni kerana dapat menampilkan karya tersebut
dalam bentuk yang menarik dan indah dari segi persembahannya. Tun Seri Lanang berupaya
melukis segala kisah atau gambaran masyarakat Melayu dengan hidup dan indah. Beliau juga
berupaya menceritakan sesuatu episod dengan nyata dan jelas sehingga berjaya mengusik
perasaan pembaca sama ada sedih, menyayat hati, lucu, meriah dan riang gembira. Misalnya,
peristiwa peperangan digambarkan dengan penuh suasana ngeri dan ganas.
“Maka dikeluari oleh orang Singapura terlalu sabur berperang; tetak menetak, parang-
memarang, tikam-menikam, serta dengan tempik soraknya, gegak-gempita, tiada sangka bunyi
lagi. Maka darah di tengah peperangan itu seperti air sebak, merah rupanya pasir itu, datang
sekarang ada lagi. Maka patahlah perang orang Singapura, lalu sekaliannya undur masuk ke
dalam kota; pintu kota pun ditutup, dan dilawan berperang dari dalam kota kira-kira sebulan
lamanya.”
(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 70)
Pengarang juga berupaya melukis watak dengan lebih hidup, istimewa dan bercampur
dengan unsur lucu. Contohnya ketika menggambarkan watak Tun Mai Ulat Bulu, Seri Bija Diraja,
Seri Wak Raja, MiaRuzul dengan kambing randuk dan lain-lain. Selain itu, pengarang berjaya
menerapkan gaya bahasa yang indah, menarik dan bermutu tinggi. Di samping itu, pengarang
juga turut menggunakan pelbagai teknik penceritaan. Antara teknik tersebut ialah dialog,
monolog dalaman, menyelitkan puisi seperti pantun, syair dan bidalan Arab yang secara tidak
langsung menimbulkan kesan keindahan semasa membaca karya tersebut.
v. Estetika
Bangsa Melayu meletakkan keutamaan yang tinggi kepada ketajaman akal, kecerdasan berfikir,
kebijaksanaan berbahasa dan mengungkapkan bahasa. Bentuk-bentuk lisan seperti teka-teki
dan pantun ialah manifestasi kepada keutamaan yang diletakkan kepada kecerdasan berfikir.
Antara unsur karya agung yang terdapat dalam Sulalatus Salatin ialah nilai estetika yang tinggi.
4
Dalam Sulalatus Salatin, Tun Sri Lanang menggunakan gaya bahasa yang indah untuk
memerikan sesuatu hal. Selain itu, puisi-puisi lama turut diselitkan untuk menggambarkan
sesuatu cerita dan peristiwa. Penyisipan unsur-unsur dapat mengindahkan bahasa supaya
kelihatan lebih seni dan menarik. Sulalatus Salatin turut menggunakan bahasa Melayu klasik.
Buktinya, ia menggunakan ayat yang panjang, banyak menggunakan kata pangkal ayat dan
istilah-istilah klasik. Menurut Noriah Taslim (2000), masyarakat silam/lisan wujud dalam satu
bentuk budaya yang disebut budaya “rhetorical”, manusianya wujud dalam situasi persaingan
kata-kata (verbal combat) atau pertikaman lidah: pantun perlu dibalas, teka-teki perlu dijawab,
sindiran dijawab dengan sindiran. Hal ini menuntut kecerdasan berfikir dan kelancaran
mengungkapkan bahasa yang amat tinggi. Bentuk-bentuk peribahasa menjadi cerminan kepada
keintelektualan minda Melayu yang tiada tandingan. Bermula daripada alam kepada manusia,
abstrak kepada konkrit, peribahasa memanfaatkan keindahan untuk menajamkan
keintelektualan.
Jika ditinjau dalam Sejarah Melayu, terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan seni
bahasa pengarang dalam sisi yang berbeza. Sebagai contoh, dalam peristiwa pemeritahan di
Temasik/Singapura. Dalam peristiwa ini, Temasik digambarkan oleh pengarang sebagai sebuah
negeri yang tidak pernah aman. Kita juga tidak pernah didedahkan dengan usaha
pemerintahnya, Parameswara, untuk memajukan Singapura. Hal ini demikian kerana, di
Temasik/Singapura terdapat nilai yang tidak baik. Istilah “Singapura” dikatakan berasal daripada
binatang yang bernama singa dan sikap singa itu pula suka berpura-pura. Sikap berpura-pura
merupakan nilai yang tidak baik. Singapura dikatakan tidak aman kerana diperintah oleh raja
yang berhati pura-pura. Bukan tidak ada pembesar yang membantu raja, namun pembesarnya
juga berhati pura-pura. Ketaatan kepada raja bukan kerana mahu mendaulatkan raja, tetapi
kerana mahu merebut nikmat material. Dalam Sejarah Melayu, ada generasi yang cuba
membawa pembaharuan, memajukan Singapura, malangnya mereka pula yang dilenyapkan.
Terdapat ulama, Tun Jana Khatib, yang boleh membantu, tetapi disebabkan salah
sangka, ulama itu dibunuh. Selain itu, digambarkan juga bagaimana akal seorang budak yang
telah menyelamatkan beribu-ribu nyawa manusia dan menjadi aset negara, telah dikhianati oleh
pihak pemerintah pada masa itu. Hal ini dibuktikan dalam petikan di bawah,
Maka sembah orang besar-besar, “Tuanku, budak ini terlalu besar sekali akalnya. Sedang ia
budak lagi demikian, jikalau ia besar berapa lagi banyak akalnya? Baiklah ia kita bunuh.”
(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 69)
5
Membunuh akal bererti membunuh intelektual. Membunuh budak bererti membunuh generasi
warisan. Lebih-lebih lagi membunuh budak berakal besar, yang bermaksud membunuh
kemajuan yang bakal berlaku. Kezaliman pemerintah yang sedemikian telah melenyapkan
riwayat Singapura dalam Sejarah Melayu. Secara halus, pengarang menyampaikan mesej
bahawa Singapura tidak akan maju kerana gejala negatif menjadi pegangan pemerintahnya.
Mesej tersebut dsampaikan secara amat berseni. Pengarang tidak menyatakan kekejaman
pemerintah, sebaliknya pengarang menggambarkan perlakuan kejam pemerintah. Perlakuan-
perlakuan itu pula disertakan dengan alasan yang mungkin dapat diterima oleh masyarakat pada
zaman itu. Di sinilah seni kebijaksanaan pengarang mengkritik golongan pemerintah. Seorang
budak yang berakal besar semasa kecilnya tentunya akan lebih besar apabila ia mnginjak
dewasa.
Disebabkan oleh sistem nilai yang dipegang oleh masyarakat dahulu berpaksikan “siapa kuat dia
berkuasa”, maka kebimbangan raja dan pembesar itu adalah wajar. Pembunuhan terhadap akal
dan budak itu menjadi halal pada mereka. Namun demikian, dalam prinsip “halal” mereka itu,
pengarang sebenarnya ingin menggambarkan kekejaman pemerintah kerana pengarang turut
menggambarkan pembunuhan terhadap ulama dan gundik raja. Penyusunan siri pembunuhan
ini dapat memberi kefahaman kepada kita tentang kebijaksanaan berbahasa yang terdapat pada
pengarang.
Terdapat tiga pembunuhan yang disebabkan oleh tiga faktor yang masing-masing
menggambarkan keburukan golongan pemerintah. Pertama, pembunuhan terhadap ulama
bernama Tun Jana Khatib yang disebabkan rasa cemburu dan syak wasangka. Ulama
merupakan lambang yang membawa cahaya kebenaran dan keimanan. Apabila ulama sudah
tiada, ini bererti kerajaan itu berada dalam kegelapan. Kedua, pembunuhan terhadap budak
berakal besar disebabkan kebimbangan terhadap akal budak itu yang dikatakan akan
menggugat kuasa pemerintahan. Budak berakal besar melambangkan keintelektualan,
kesarjanaan dan kemajuan. Oleh sebab digambarkan masih budak, mungkin pengarang
bermaksud Singapura akan menerima kemajuan atau kemajuan masih dalam proses
pembinaan, dan mungkin Singapura maju dari segi pentadbiran keduniaan, bukan kerohanian.
Ketiga, pembunuhan terhadap anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang menjadi gundik bongsu
raja disebabkan fitnah oleh para gundik. Gundik bongsu dapat difahami sebagai lambang
kelahiran. Yang dimaksudkan di sini, mungkin anak-anak yang bakal dilahirkan lebih berkualiti
berbanding anak-anak gundik yang lain ataupun permaisuri. Dalam ketiga-tiga peristiwa
6
pembunuhan itu, terlihat kebijaksanaan pengarang mengolah bahasa untuk mengkritik raja. Seni
bahasanya terletak pada cara pengarang menggambarkan kekejaman dan kesan baik yang
dapat diteladani daripada tindakan raja.
c) Nilai budaya / Pandangan Hidup
Menerusi Sejarah Melayu, kebudayaan masyarakat Melayu turut diselitkan oleh pengarangnya
untuk tatapan khalayak pembaca. Gambaran tentang adat istiadat istana dan masyarakat
Melayu purba di Melaka seperti pantang larang di istana, adat memakai pakaian kuning, adat
menyambut bulan Ramadhan dan pelbagai lagi.
“Syahadan bagindalah yang pertama-tama meletakkan “kekuningan larangan”; tidak dapat
dipakai orang keluaran, dan diambil akan sapu tangan; dan tiada dapat dibuat tepi tabir dan
ulasan bantal besar dan tilam... Dan larangan berbuat rumah bermanjungan bertiang gantung,
tiada terletak ke tanah; dan bertiang terus dari atap, dan peranginan; dan jikalau perahu,
bertingkat berpenghadapan, dan tidak dapat orang memakai penduk dan teterapan keris,
sebesar-besar orang keluaran tiada dapat bergelang kaki emas, dan jikalau berkeroncong emas
berkepala perak tiada boleh.”
(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 74)
Di samping itu, pengarang Sejarah Melayu juga turut mempersembahkan kepada pembaca
perihal istiadat perkahwinan Diraja Johor-Pahang.
“Setelah genaplah empat puluh hari empat puluh malam berjaga-jaga itu, kepada keesokan
harinya, maka Raja Omar dan Raja Fatimah pun dihiasi oranglah dengan pakaian kerajaan yang
bertatahkan ratna mutu intan baiduri. Setelah itu maka Raja Omar pun dinaikkan orang ke atas
gajah, Tun Nara Wangsa di kepala, dan Tun Mat Ali, anak Laksamana Hang Nadim di buntut,
maka diaraklah dengan selengkap alat kerajaan dan dengan segala bunyi-bunyian, gendang,
serunai, nafiri...”
(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 300)
7
Selain itu, pengarang turut menggambarkan hubungan individu sesama masyarakat
dalam penulisannya. Sebagai contoh, sikap hormat menghormati. Umpamanya, seorang rakyat
tetap mematuhi perintah ketua atau pembesar. Contohnya apabila mengetahui yang Bendahara
Tun Mutahir akan dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah, pengikut-pengikut beliau cuba menentang
pembunuhan ini. Walau bagaimanapun, penentangan tersebut dihalang oleh Tun Mutahir kerana
tindakan tersebut dianggap menderhaka. Akhirnya, pengikut-pengikut beliau tidak jadi
menentang.
Sultan Melaka pada waktu itu juga sangat menghormati golongan ulama. Hal ini dapat
dilihat semasa Sultan Mahmud Syah ingin berguru dengan Maulana Yusoff. Ulama tersebut tidak
membenarkan Sultan Mahmud Syah datang menemuinya dengan menunggang gajah. Dengan
perasaan hormat, baginda akur dengan permintaan gurunya.
Pandangan dan falsafah hidup bangsa Melayu banyak sekali diungkapkan oleh
masyarakat ketika itu. Dalam karya Sulalatus Salatin banyak menunjukkan ketinggian ilmu orang
Melayu dalam berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang indah seperti pantun dan
syair.Hal ini demikian kerana, masyarakat Melayu begitu kaya dengan keindahan bahasa yang
diperturunkan dalam bentuk puisi. Bentuk puisi yang dikarang adalah seperti pantun, syair dan
seloka serta nyanyian. Puisi-puisi yang terdapat di dalam Sejarah Melayu mempunyai unsur-
unsur tersirat yang bertujuan memuji atau sebaliknya menyindir. Misalnya, kota sepenampang di
Pahang yang terbakar belum dibersihkan sisa kebakarannya. Lalu, diciptakan nyanyian oleh
penduduk setempat.
Kota Pahang dimakan api,
Sampai ke tepi hampir titian,
Bukan kularang kamu berlaki,
Bukan begini perjanjian.
(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 239)
Kebanyakan puisi yang dihasilkan adalah berdasarkan kepada peristiwa yang berlaku.
Contohnya seperti pantun di bawah,
Teluk Itik dari Senggora,
Pandan terletak dilangkahi,
Darahnya titik di Singapura,
8
Badannya terhantar di Langkawi.
(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 68)
Pantun ini terhasil ekoran daripada peristiwa hukuman bunuh terhadap Tun Jana Khatib.
Hal ini berpunca daripada perasaan iri hati Paduka Seri Maharaja terhadap beliau yang dituduh
cuba menggoda Raja Perempuan dengan memperlihatkan kemahirannya menilik pohon pinang
sehingga terbelah dua. Semasa beliau dibunuh, satu kejadian aneh telah berlaku iaitu darahnya
menitik setitik manakala badannya ghaib.
Selain itu, turut terselit puisi berbentuk seloka. Seloka ini dihasilkan ekoran peristiwa
Singapura dilanggar todak.
Carek baju dilompati todak,
Baharu menurut kata budak.
(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 68)
Terdapat juga puisi yang dibuat oleh masyarakat ketika itu untuk memuji golongan
pembesar dan raja. Tetapi ianya disampaikan dalam bentuk nyanyian. Contohnya:
Pada suatu hari raja Maluku meminjam kuda pada Maulana Yusuf, itulah dibuat orang
nyanyian:
Raja Maluku meninjam kuda,
Meminjam kuda pada Maulana,
Tuanku nyawa orang muda,
Arif bertambah bijaksana.
(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 180)
Di sebalik pujian, terdapat juga sindiran yang ditujukan kepada golongan pemerintah.
Contohnya pantun dan seloka ini:
“Asa-asaan gigi si Mambang, hendak makan ikan;
Dalam telaga lagi bertelur, sisiknya gilang gemilang.”
Maka di sahut oleh bunga tanjung, katanya:
9
“Dang Nila memangku puan,
Berembang buah pedada,
Adakah gila bagimu tuan,
Burung terbang dipipiskan lada.”
Maka dijawab oleh bunga telipuk:
“kuning Ledang bagai dikarang,
Riang-riang disambar wakab,
Hairan memandang dunia sekarang,
Bayang-bayang hendak ditangkap.”
(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 214)
Seloka dan pantun ini sebenarnya bertujuan untuk menyindir Sultan Mahmud yang ingin
berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang. Oleh hal yang demikian, terbuktilah bahawa puisi-
puisi yang dihasilkan ini sebenarnya menggambarkan pujian atau sindiran kepada golongan
pemerintah selain menggambarkan peristiwa yang berlaku.
Masyarakat Melayu begitu kaya dengan budaya dan budi pekertinya. Hal ini telah berjaya
digambarkan oleh Tun Seri Lanang dalam karyanya, Sejarah Melayu. Adat istiadat Diraja turut
dimuatkan dalam karangan beliau bagi memperlihatkan kedaulatan Raja-raja Melayu.
iii. Nilai Ilmu
Ilmu merupakan salah satu unsur kehidupan intelektual terpenting. Kadar perkembangan dan
penyebaran ilmu pada pandangan umum menunjukkan darjah kemajuan kesedaran sosial dan
perkembangan masyarakat. Apabila ilmu kuat dan penting dalam masyarakat Melayu dan
mempengaruhi kehidupan manusia, hal ini pasti tercermin di dalam penulisan pengarang. Kajian
yang dilakukan ke atas sumber sejarah Melayu, khususnya sejarah Melayu Islam menjelaskan
bahawa di dalamnya terdapat banyak maklumat yang berkaitan dengan ilmu. Semua bahan
yang dirakamkan di dalamnya boleh dibahagikan kepada beberapa kategori:
1. Istilah umum
10
2. Bidang ilmu
3. Para ilmuwan, karyawan, pengarang (penyalin), guru dan orang alim yang lain
4. Karya ilmiah dan buku, serta sistem pengajaran dan pelajaran
5. Unsur-unsur ilmiah / tekstologi dalam teks-teks sejarah
Dalam kategori “istilah umum”, pelbagai kata dan definisi berkaitan ilmu, pelajaran, pengajaran,
karangan, daya cipta dan lain-lain dimasukkan ke dalam penulisan karya. Misalnya, ilmu, kitab,
karangan, cerita, buku, membaca, mengajar, guru, mursyid, murid, intiha, konon, kabar (khabar),
kaul dan sebagainya. Istilah-istilah tersebut mempunyai makna yang sangat luas dan digunakan
dalam pelbagai bidang kehidupan intelektual. Jika diteliti dalam karya agung Sejarah Melayu,
antara kosa kata yang ditemukan ialah ilmu, alkisah, kitab, cerita (ceritera), kabar (khabar), kaul,
membaca, mengajar (ajar), mengarang (karang, karangan), mengaji, alim, murid dan guru.
Kebanyakan istilah umum yang terdapat dalam teks kebanyakannya berasal daripada
bahasa Arab. Akan tetapi, kata-kata Arab ini sudah terserap ke dalam bahasa Melayu dan
dianggap sebagai kosa kata bahasa Melayu. Melalui penggunaan kata-kata ilmiah yang pelbagai
bentuk dan banyak bilangannya, hal ini dapat mencerminkan dan membuktikan bahawa
pengarang dan pembaca pada masa itu mahir dalam definisi ilmiah dan juga bahasa Arab.
Bagi kategori bidang ilmu pula, dalam teks-teks karya agung ada disebutkan beberapa
bidang ilmu. Dalam Sejarah Melayu, terkandung beberapa tulisan tentang ilmu falsafah (didaktik,
tasawuf, akhlak), ilmu agama (fardhu ain, ilmu tafsir, ilmu tilawah, ilmu usuludin), ilmu sejarah,
ilmu fiqah (syariah, ilmu hukum), ilmu bahasa (etimologi, saraf, nahu), ilmu perubatan tradisional
dan pelbagai lagi.
Kategori para ilmuwan juga turut tercatat dalam karangan Sejarah Melayu. Antara orang
atau pelaku yang disebut berkaitan dengan ilmu ialah khatib, haji, sayyid (syed dari tanah
Mekah), syeikh, mursyid, makhdum, kadi dan maulana.
“Maka makhdum pun dibawa baginda naik gajah, lalu dibawa ke istana baginda. Maka
bendahara dan segala orang besar-besar pun masuk agama Islamlah. Maka segala orang
Melaka kecil besar semuanya disuruh raja masuk Islam sekalian. Maka raja pun berguru pada
makhdum Sidi „Abdul Aziz.”
(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 51)
11
“Sebermula pada masa itu kadi di Melaka Kadi Yusuf namanya, cicit pada Makhdum Sayid
„Abdul Aziz yang mengislamkan segala orang Melaka. Maka Kadi Yusuf tiada berguru pada
Maulana Abu Bakar kerana ia terlalu „alim. Sekali persetua Kadi Yusuf hendak pergi
sembahyang Jumaat maka lalu betul pintu Maulana Abu Bakar. Tatkala itu Maulana Abu Bakar
ada berdiri di pintunya. Maka dilihat oleh Kadi Yusuf akan Maulana Abu Bakar dikeliling oleh
cahaya seperti sumbu dian yang dikelilingi apinya. Demikian rupanya. Maka Kadi Yusuf pun
segera berlari datang menyembah pada Maulana Abu Bakar. ... Maka Kadi Yusuf pun berguru
pada Maulana Abu Bakar. Maka Kadi Yusuf pun jununlah. Maka ia lalu memecat dirinya
daripada kadi.”
(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 100)
“... Maulana Abu Bakar turun dari atas kapal membawa kitab Durr Manzum...Maka Sultan
Mansur pun berguru pada Maulana Abu Bakar...banyak ilmu diperolehlah baginda. Maka Sultan
Mansur Syah Durr Manzum itu disuruh baginda ertikan ke Pasai.”
(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 98)
“... bertanyakan suatu masalah Segala isi syurga itu kekallah ia dalam syurga dan bagi isi
neraka itu kekallah ia dalam neraka? ... Maka kata Tun Makhdum Muda “Isi syurga kekallah ia
dalam syurga, isi neraka kekal dalam neraka”... kerana sabit dengan dalil Qur‟an “mereka itu
kekal dalam syurga selama-selamanya.”
(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 98-99)
Semua nama yang disebutkan dalam petikan di atas merupakan tokoh Islam. Para
ilmuwan tersebut adalah sangat berwibawa dan pangkatnya tinggi dalam masyarakat Melayu
Islam khususnya. Golongan ini juga turut memberi pelbagai nasihat kepada raja dan anak-
anaknya, mengajar sultan dan orang besar-besar, mengepalai musyawarah, membantu
mencapai muafakat dalam perdebatan dan konflik dan lain-lain lagi.
Dalam teks Sejarah Melayu, terdapat banyak maklumat tentang karya ilmiah dan agama
yang diajarkan dan dibaca dalam masyarakat Melayu. Buku-buku tersebut berkaitan dengan
ilmu agama, falsafah, fiqah, sejarah, bahasa dan sebagainya. Kitab yang sering disebutkan ialah
al-Quran al-Azim dan pelbagai Surahnya. Contohnya,
12
... Maka belayar pula nakhoda Ismail. Berapa lamanya maka sampai kepada sebuah negeri pula
Thobri (Lamri) namanya. Maka orang Thobri itu pun masuk Islam. Maka kafir pun naik ke darat
membawa al-Qur‟an. Maka disuruhnya baca pada orang Thobri itu surat itu. Seorang pun tiada
dapat membaca dia.
(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 56)
Alkisah maka tersebutlah perkataan seorang pendita, Maulana Abu Ishak namanya, terlalu
faham pada ilmu tasauf... Maka dikarangnya sebuah kitab dengan dua bahasa, suatu bahasa zat,
kedua bahasa sifat; dinamainya Duri‟l-mazlum.
(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 156-157)
Berdasarkan kepada beberapa pecahan nilai ilmu yang telah dipaparkan dalam Sejarah
Melayu, hal ini dengan jelas menunjukkan ciri penting keagungan karya agung Melayu terletak
pada ketamadunan ilmu yang dipancarkan oleh karya itu. Melaluinya, pengarang telah berjaya
memperlihatkan keupayaan dan keterbukaan mindanya untuk menyerap ilmu dan nilai baru,
yang dipelajari daripada Islam, untuk menilai dan memperkukuh tradisi bangsanya. Mantera
mula diganti dengan doa, berguru kepada orang pertapa diganti dengan berguru kepada syeikh
atau makhdum, adat dan tradisi keadilan Melayu digandingkan dengan keadilan menurut hukum
Allah dan pelbagai lagi. Inilah proses perkembangan ilmu yang dipaparkan dalam Sulalatus
Salatin atau Sejarah Melayu.

More Related Content

What's hot

Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuSulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuAlif Akram
 
Hikayat merong-mahawangsa
Hikayat merong-mahawangsaHikayat merong-mahawangsa
Hikayat merong-mahawangsamira dyla
 
Sejarah Melayu
Sejarah MelayuSejarah Melayu
Sejarah MelayuCt Atikah
 
Sultan alauddin riayat syah
Sultan alauddin riayat syahSultan alauddin riayat syah
Sultan alauddin riayat syahHaslisa Hariono
 
Slaid Pembentangan Hikayat Acheh
Slaid Pembentangan Hikayat AchehSlaid Pembentangan Hikayat Acheh
Slaid Pembentangan Hikayat AchehAmie Gy
 
HIKAYAT ACHEH
HIKAYAT ACHEHHIKAYAT ACHEH
HIKAYAT ACHEHAmie Gy
 
Keunikan karya agung - sejarah melayu
Keunikan karya agung - sejarah melayu Keunikan karya agung - sejarah melayu
Keunikan karya agung - sejarah melayu FaFai S.
 
Kerajaan samudera pasai
Kerajaan samudera pasaiKerajaan samudera pasai
Kerajaan samudera pasaiNabil Basthomy
 
Makalah sejarah kerajaan sriwijaya
Makalah sejarah kerajaan sriwijayaMakalah sejarah kerajaan sriwijaya
Makalah sejarah kerajaan sriwijayaDindaputri9600
 
masuknya islam di indonesia
masuknya islam di indonesiamasuknya islam di indonesia
masuknya islam di indonesiaMuhamad Anugrah
 
Makalah kerajaan mataram
Makalah kerajaan mataramMakalah kerajaan mataram
Makalah kerajaan mataramBridhaz Bravo
 
KESULTANAN DELI ZAMAN PRA KOLONIAL
KESULTANAN DELI  ZAMAN PRA KOLONIALKESULTANAN DELI  ZAMAN PRA KOLONIAL
KESULTANAN DELI ZAMAN PRA KOLONIALWahyuHatta1
 
Zaman kesultanan melayu melaka
Zaman kesultanan melayu melakaZaman kesultanan melayu melaka
Zaman kesultanan melayu melakasarina abdul lateh
 
Presentasi sejarah kerajaan perlak
Presentasi sejarah kerajaan perlakPresentasi sejarah kerajaan perlak
Presentasi sejarah kerajaan perlakanastanindya
 
Ppt dinasti ming yuniarti dan rina
Ppt dinasti ming yuniarti dan rinaPpt dinasti ming yuniarti dan rina
Ppt dinasti ming yuniarti dan rinaDewi_Sejarah
 
Kelompok kerajaan islam
Kelompok kerajaan islamKelompok kerajaan islam
Kelompok kerajaan islammuhiqraf
 

What's hot (20)

Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuSulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
 
Hikayat merong-mahawangsa
Hikayat merong-mahawangsaHikayat merong-mahawangsa
Hikayat merong-mahawangsa
 
Sejarah Melayu
Sejarah MelayuSejarah Melayu
Sejarah Melayu
 
Sultan alauddin riayat syah
Sultan alauddin riayat syahSultan alauddin riayat syah
Sultan alauddin riayat syah
 
Slaid Pembentangan Hikayat Acheh
Slaid Pembentangan Hikayat AchehSlaid Pembentangan Hikayat Acheh
Slaid Pembentangan Hikayat Acheh
 
HIKAYAT ACHEH
HIKAYAT ACHEHHIKAYAT ACHEH
HIKAYAT ACHEH
 
Keunikan karya agung - sejarah melayu
Keunikan karya agung - sejarah melayu Keunikan karya agung - sejarah melayu
Keunikan karya agung - sejarah melayu
 
Kerajaan Islam Aceh Darussalam
Kerajaan Islam Aceh DarussalamKerajaan Islam Aceh Darussalam
Kerajaan Islam Aceh Darussalam
 
Kerajaan samudera pasai
Kerajaan samudera pasaiKerajaan samudera pasai
Kerajaan samudera pasai
 
Makalah sejarah kerajaan sriwijaya
Makalah sejarah kerajaan sriwijayaMakalah sejarah kerajaan sriwijaya
Makalah sejarah kerajaan sriwijaya
 
Kerajaan Samudra Pasai
Kerajaan Samudra PasaiKerajaan Samudra Pasai
Kerajaan Samudra Pasai
 
masuknya islam di indonesia
masuknya islam di indonesiamasuknya islam di indonesia
masuknya islam di indonesia
 
Makalah kerajaan mataram
Makalah kerajaan mataramMakalah kerajaan mataram
Makalah kerajaan mataram
 
KESULTANAN DELI ZAMAN PRA KOLONIAL
KESULTANAN DELI  ZAMAN PRA KOLONIALKESULTANAN DELI  ZAMAN PRA KOLONIAL
KESULTANAN DELI ZAMAN PRA KOLONIAL
 
Zaman kesultanan melayu melaka
Zaman kesultanan melayu melakaZaman kesultanan melayu melaka
Zaman kesultanan melayu melaka
 
Hikayat Raja Pasai
Hikayat Raja PasaiHikayat Raja Pasai
Hikayat Raja Pasai
 
Presentasi sejarah kerajaan perlak
Presentasi sejarah kerajaan perlakPresentasi sejarah kerajaan perlak
Presentasi sejarah kerajaan perlak
 
Ppt dinasti ming yuniarti dan rina
Ppt dinasti ming yuniarti dan rinaPpt dinasti ming yuniarti dan rina
Ppt dinasti ming yuniarti dan rina
 
Dinasti tang
Dinasti tangDinasti tang
Dinasti tang
 
Kelompok kerajaan islam
Kelompok kerajaan islamKelompok kerajaan islam
Kelompok kerajaan islam
 

Similar to SEJARAH MELAYU

Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalMohdRainie
 
Tutorial 1
Tutorial 1Tutorial 1
Tutorial 1firo HAR
 
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6Mira Sandrana
 
Ulasan Sejarah Melaysia.pptx
Ulasan Sejarah Melaysia.pptxUlasan Sejarah Melaysia.pptx
Ulasan Sejarah Melaysia.pptxLeeKwenYau
 
Skmk, sastera kepahlawanan.
Skmk, sastera kepahlawanan.Skmk, sastera kepahlawanan.
Skmk, sastera kepahlawanan.jimoh370
 
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialBab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialfiro HAR
 
Pensejarahan Malaysia Bab 5
Pensejarahan Malaysia Bab 5Pensejarahan Malaysia Bab 5
Pensejarahan Malaysia Bab 5Alif Akram
 
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msiaBab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msiafiro HAR
 
Hikayat Hang Tuah : Suatu Kajian
Hikayat Hang Tuah : Suatu KajianHikayat Hang Tuah : Suatu Kajian
Hikayat Hang Tuah : Suatu Kajiannornadiya
 
Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)
Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)
Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)NorWahida Salim
 
Jenis dan bentuk sastera istana
Jenis dan bentuk sastera istanaJenis dan bentuk sastera istana
Jenis dan bentuk sastera istanaPensil Dan Pemadam
 
Makalah sejarah kerajaan majapahit (contoh)
Makalah sejarah kerajaan majapahit (contoh)Makalah sejarah kerajaan majapahit (contoh)
Makalah sejarah kerajaan majapahit (contoh)client7
 
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3Mira Sandrana
 
4 unsur islam dlm sulalatus salatin
4 unsur islam dlm sulalatus salatin4 unsur islam dlm sulalatus salatin
4 unsur islam dlm sulalatus salatinlauchen32
 
Kerajaan_Islam_di_Indonesia.pptx
Kerajaan_Islam_di_Indonesia.pptxKerajaan_Islam_di_Indonesia.pptx
Kerajaan_Islam_di_Indonesia.pptxRelaHaspiranza
 
sastra nusantara-mite, legenda, dongeng, foklor, upacara adat
sastra nusantara-mite, legenda, dongeng, foklor, upacara adatsastra nusantara-mite, legenda, dongeng, foklor, upacara adat
sastra nusantara-mite, legenda, dongeng, foklor, upacara adatAjengIlla
 

Similar to SEJARAH MELAYU (20)

Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
 
Tutorial 1
Tutorial 1Tutorial 1
Tutorial 1
 
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab6
 
Ulasan Sejarah Melaysia.pptx
Ulasan Sejarah Melaysia.pptxUlasan Sejarah Melaysia.pptx
Ulasan Sejarah Melaysia.pptx
 
Memahami Sastra Melayu Klasik
Memahami Sastra Melayu KlasikMemahami Sastra Melayu Klasik
Memahami Sastra Melayu Klasik
 
Skmk, sastera kepahlawanan.
Skmk, sastera kepahlawanan.Skmk, sastera kepahlawanan.
Skmk, sastera kepahlawanan.
 
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialBab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
 
Pensejarahan Malaysia Bab 5
Pensejarahan Malaysia Bab 5Pensejarahan Malaysia Bab 5
Pensejarahan Malaysia Bab 5
 
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msiaBab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia
 
Hikayat Hang Tuah : Suatu Kajian
Hikayat Hang Tuah : Suatu KajianHikayat Hang Tuah : Suatu Kajian
Hikayat Hang Tuah : Suatu Kajian
 
Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)
Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)
Individu (nilai ketaatan & penderhakaan hikayat hang tuah)
 
1. historiografi tradisional
1. historiografi tradisional1. historiografi tradisional
1. historiografi tradisional
 
Jenis dan bentuk sastera istana
Jenis dan bentuk sastera istanaJenis dan bentuk sastera istana
Jenis dan bentuk sastera istana
 
Makalah sejarah kerajaan majapahit (contoh)
Makalah sejarah kerajaan majapahit (contoh)Makalah sejarah kerajaan majapahit (contoh)
Makalah sejarah kerajaan majapahit (contoh)
 
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3
SEJARAH BAHASA MELAYU Bab3
 
4 unsur islam dlm sulalatus salatin
4 unsur islam dlm sulalatus salatin4 unsur islam dlm sulalatus salatin
4 unsur islam dlm sulalatus salatin
 
Kerajaan_Islam_di_Indonesia.pptx
Kerajaan_Islam_di_Indonesia.pptxKerajaan_Islam_di_Indonesia.pptx
Kerajaan_Islam_di_Indonesia.pptx
 
sastra nusantara-mite, legenda, dongeng, foklor, upacara adat
sastra nusantara-mite, legenda, dongeng, foklor, upacara adatsastra nusantara-mite, legenda, dongeng, foklor, upacara adat
sastra nusantara-mite, legenda, dongeng, foklor, upacara adat
 
Cerita teladan(8)
Cerita teladan(8)Cerita teladan(8)
Cerita teladan(8)
 
Cerita teladan(8)
Cerita teladan(8)Cerita teladan(8)
Cerita teladan(8)
 

More from murni mohamat

P. moral tahun 2 ppt2016
P. moral tahun 2 ppt2016P. moral tahun 2 ppt2016
P. moral tahun 2 ppt2016murni mohamat
 
Soalan pendidikan moral tahun 2 ub1
Soalan pendidikan moral tahun 2 ub1Soalan pendidikan moral tahun 2 ub1
Soalan pendidikan moral tahun 2 ub1murni mohamat
 
Soalan pendidikan moral tahun 2 ub1
Soalan pendidikan moral tahun 2 ub1Soalan pendidikan moral tahun 2 ub1
Soalan pendidikan moral tahun 2 ub1murni mohamat
 
Penulisan tahun 3 ub1 2016 kssr
Penulisan tahun 3 ub1 2016 kssrPenulisan tahun 3 ub1 2016 kssr
Penulisan tahun 3 ub1 2016 kssrmurni mohamat
 
Pnulisan tahun 3 ub1 2016 kssr
Pnulisan tahun 3 ub1 2016 kssrPnulisan tahun 3 ub1 2016 kssr
Pnulisan tahun 3 ub1 2016 kssrmurni mohamat
 
Kertas kerja teknik menjwb soalan prosa 1
Kertas kerja teknik menjwb soalan prosa 1Kertas kerja teknik menjwb soalan prosa 1
Kertas kerja teknik menjwb soalan prosa 1murni mohamat
 
Kertaskerjapencegahandadah 130817093716-phpapp02
Kertaskerjapencegahandadah 130817093716-phpapp02Kertaskerjapencegahandadah 130817093716-phpapp02
Kertaskerjapencegahandadah 130817093716-phpapp02murni mohamat
 
Pelan operasi prosa program tautan kasih
Pelan operasi prosa program tautan kasihPelan operasi prosa program tautan kasih
Pelan operasi prosa program tautan kasihmurni mohamat
 
Pelan operasi unit program sekolah angkat (Asnaf) -Lembaga Zakat Selangor
Pelan operasi unit program sekolah angkat (Asnaf) -Lembaga Zakat SelangorPelan operasi unit program sekolah angkat (Asnaf) -Lembaga Zakat Selangor
Pelan operasi unit program sekolah angkat (Asnaf) -Lembaga Zakat Selangormurni mohamat
 
Biography of Interview
Biography of InterviewBiography of Interview
Biography of Interviewmurni mohamat
 
Kertas kerja perkembangan staff
Kertas kerja perkembangan staffKertas kerja perkembangan staff
Kertas kerja perkembangan staffmurni mohamat
 
Kertas kerja pencegahan dadah
Kertas kerja pencegahan dadahKertas kerja pencegahan dadah
Kertas kerja pencegahan dadahmurni mohamat
 
Kertas kerja perkembangan staff
Kertas kerja perkembangan staffKertas kerja perkembangan staff
Kertas kerja perkembangan staffmurni mohamat
 

More from murni mohamat (14)

Matematik PT3
Matematik PT3 Matematik PT3
Matematik PT3
 
P. moral tahun 2 ppt2016
P. moral tahun 2 ppt2016P. moral tahun 2 ppt2016
P. moral tahun 2 ppt2016
 
Soalan pendidikan moral tahun 2 ub1
Soalan pendidikan moral tahun 2 ub1Soalan pendidikan moral tahun 2 ub1
Soalan pendidikan moral tahun 2 ub1
 
Soalan pendidikan moral tahun 2 ub1
Soalan pendidikan moral tahun 2 ub1Soalan pendidikan moral tahun 2 ub1
Soalan pendidikan moral tahun 2 ub1
 
Penulisan tahun 3 ub1 2016 kssr
Penulisan tahun 3 ub1 2016 kssrPenulisan tahun 3 ub1 2016 kssr
Penulisan tahun 3 ub1 2016 kssr
 
Pnulisan tahun 3 ub1 2016 kssr
Pnulisan tahun 3 ub1 2016 kssrPnulisan tahun 3 ub1 2016 kssr
Pnulisan tahun 3 ub1 2016 kssr
 
Kertas kerja teknik menjwb soalan prosa 1
Kertas kerja teknik menjwb soalan prosa 1Kertas kerja teknik menjwb soalan prosa 1
Kertas kerja teknik menjwb soalan prosa 1
 
Kertaskerjapencegahandadah 130817093716-phpapp02
Kertaskerjapencegahandadah 130817093716-phpapp02Kertaskerjapencegahandadah 130817093716-phpapp02
Kertaskerjapencegahandadah 130817093716-phpapp02
 
Pelan operasi prosa program tautan kasih
Pelan operasi prosa program tautan kasihPelan operasi prosa program tautan kasih
Pelan operasi prosa program tautan kasih
 
Pelan operasi unit program sekolah angkat (Asnaf) -Lembaga Zakat Selangor
Pelan operasi unit program sekolah angkat (Asnaf) -Lembaga Zakat SelangorPelan operasi unit program sekolah angkat (Asnaf) -Lembaga Zakat Selangor
Pelan operasi unit program sekolah angkat (Asnaf) -Lembaga Zakat Selangor
 
Biography of Interview
Biography of InterviewBiography of Interview
Biography of Interview
 
Kertas kerja perkembangan staff
Kertas kerja perkembangan staffKertas kerja perkembangan staff
Kertas kerja perkembangan staff
 
Kertas kerja pencegahan dadah
Kertas kerja pencegahan dadahKertas kerja pencegahan dadah
Kertas kerja pencegahan dadah
 
Kertas kerja perkembangan staff
Kertas kerja perkembangan staffKertas kerja perkembangan staff
Kertas kerja perkembangan staff
 

Recently uploaded

tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 

Recently uploaded (20)

tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 

SEJARAH MELAYU

  • 1. 1.0 PENGENALAN Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu. . Namun menurut Syeikh Nuruddin al-Raniri, ulama dan penasihat agama Sultan Aceh, telah memperakukan Tun Sri Lanang sebagai pengarang dan penyusun Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin kerana beliau kenal rapat dengan Tun Sri Lanang. Kitab tersebut telah dapat disiapkan penulisan dan penyuntingannya oleh Tun Sri Lanang dalam masa dua tahun iaitu pada tahun 1614 selepas tarikh penulisannya yang dimulai pada tahun 1612 Masihi. Sulalatus Salatin adalah diperakui sebagai satu sumber terkaya dan terlengkap yang menceritakan tentang sejarah bangsa-bangsa di Nusantara. Kebenaran tentang beliau sebagai penulis asal atau sekadar penyunting kitab tersebut tidak dapat dipastikan dengan tepat Namun terdapat pendapat yang mendakwa apabila (Portugis) menakluk Melaka, salinan Sejarah Melayu telah dibawa ke Goa. Sejarah Melayu ditulis di Melaka dan dibawa bersama semasa Sultan Mahmud Syah berundur dari Melaka pada tahun 1511. Naskhah asal ini kemudian dibawa ke Johor dari Kampar, Sumatera pada tahun 1528. Teks yang turun masa kini merupakan teks yang disalin dipercayai berasal sejak tahun 1356, dan disunting semula pada 1612. Salinan manuskrip yang ada bertarikh 1808. [1] Portugis merampas naskhah Sejarah Melayu pada tahun 1536 semasa menyerang Johor Lama. Naskhah ini kemudian dibawa balik ke Johor oleh Orang Kaya Suguh. Terdapat sekurang-kurangnya 29 versi tetapi versi yang paling mashyur adalah versi Shellabear. Menurut pengenalan Sejarah Melayu naskah Shellabear, Yang diPertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah Mu'ayat Syah ibni'l Sultan Abdul Jalil Syah telah mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad@Mahmud (Tun Sri Lanang) pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh Orang Kaya Sogoh dari Goa/Gowa. Ketika itu Sultan Johor Lama, Sultan Alauddin Riayat Syah ibni Sultan Abdul Jalil Syah telah ditahan di Istana Raja Acheh, Raja Iskandar Muda. Sejarah Melayu Sulalatus Salatin dianggap penting kerana ia memberikan adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan boleh dikatakan menyerupai konsep Sejarah Sahih China, di mana pada setiap pertukaran Dinasti di China, sejarah Dinasti sebelumnya akan ditulis dan disimpan di arkib negara tersebut. 1 malay concordance project
  • 2. 1 2.0 MESEJ DAN ISI a) Pemikiran Untuk melayakkan sesebuah karya diangkat sebagai karya agung, hasil karangan tersebut perlulah mengambil kira beberapa ciri yang penting. Ciri-ciri yang dimaksudkan ialah lambang atau mesej yang disampaikan oleh karya itu, nilai seni budaya dan falsafah atau pandangan hidup bangsa, nilai ilmu, teknik kepengarangan dan seni bahasa. Karya ulung seperti Sejarah Melayu membentangkan alam yang cukup luas dalam penulisannya. Hasil tulisan pengarang telah berjaya membawa khalayak pembaca merentas kawasan setempat dan kawasan Nusantara sehingga mereka mampu menerokai dunia-dunia lain, alam maya dan tidak ketinggalan juga dunia kayangan. Manusia yang memenuhi ruang hikayat ini tidak hanya datang dari kawasan Nusantara dan dari dunia manusia biasa lain seperti Rom, India, China dan Dunia Arab, bahkan juga turut melangkau sempadan para dewa dan dewi ataupun makhluk super-manusia. Isi yang terkandung dalam karya ini sarat dengan kepelbagaian episod, peristiwa dan kejadian. Melaluinya, kita dapat melihat kisah untung nasib dan gelagat para raja, putera-puteri yang elok rupa parasnya, tiada tolok banding dengan manusia lain, para hulubalang yang gagah perkasa serta para dewa dan dewi dari kayangan yang membawa tuah dan kuasa ajaib kepada manusia biasa. Selain itu, kita juga dapat menonton kisah peperangan, persengketaan istana, kekejaman, peristiwa fitnah, hasad dengki dan akibatnya, malapetaka. Melalui pengamatan dan pengalaman yang dilalui oleh pengarang semasa hayatnya, panorama ceritera yang sangat besar dan luas itu menjadi landasan kepada pengarang untuk diketengahkan ke dalam penulisan. Dalam erti kata lain, pengarang mengangkat hal-hal yang berlegar di sekitar kehidupannya untuk dijadikan tema atau fokus utama penulisan. Pengarang Sejarah Melayu telah mengangkat kisah kebesaran dan kekuasaan raja atau kerajaan Melayu. Bagi memastikan pemerintah digeruni oleh raja-raja lain di dunia ini, raja Melayu itu mesti diberikan kuasa yang luar biasa. Untuk tujuan ini, mitologi digunakan sebagai sumber kuasa raja. Tidak dapat dinafikan bahawa teks-teks sejarah Melayu pada kurun ke-14 hingga ke-19 mempunyai unsur-unsur mitologi. Karya sejarah dalam bentuk babad atau susur galur biasanya ditulis atas titah sultan, bertujuan untuk memuji pemerintah atau mempromosikan kepentingan dan pandangan keluarga penaung. Apabila seorang pengarang babad
  • 3. 2 memasukkan suatu cerita ajaib atau mitos dalam karyanya, sudah tentu ada sesuatu maksud atau mesej yang cuba disampaikan. Oleh hal yang demikian, kita sebagai pembaca perlu memahami makna maklumat tersebut dan mesej yang hendak dikemukakan. Dalam Sejarah Melayu, terdapat juga beberapa cerita mengenai asal usul raja-raja Melayu. Raja Melayu dikatakan berasal daripada Iskandar Zulkarnain, raja besar bangsa Yunani, beragama Islam, iaitu yang beriman dengan agama tauhid Nabi Ibrahim. “A‟lam ketahui olehmu, kepada zaman dahulukala, dan pada masa yang telah lalu, kata yang empunya ceritera, bahawa Raja Iskandar, anak Raja Durab, Rom bangsanya, Makaduniah nama negerinya, Zul-Karnain gelarannya...” (Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 4) Selain asal usulnya yang luar biasa, tema keagungan kerajaan Melayu-Islam ini dikembangkan lagi dengan memaparkan kepintaran orang Melayu yang menandingi kepintaran rakyat China sehingga raja China memilih raja Melaka sebagai menantunya. Selain itu, turut dimuatkan kisah raja China yang gering dan tidak dapat diubati oleh tabib China. Hanya setelah meminum air basuhan kaki raja Melaka, iaitu menantu raja China, penyakit baginda sembuh. Hal ini tidak lain tidak bukan bertujuan untuk menggambarkan kekuasaan, kebesaran dan keagungan raja beserta kerajaan yang dinaunginya. b) Estetika dan Kepengarangan Jika diteliti isi kandungan Sejarah Melayu, pengarangnya dilihat sebagai seorang intelek Melayu yang berminat kepada sejarah dan suasana pergolakan politik di Melaka waktu itu. Selain itu, pengarang amat berminat membaca berbagai-bagai naskhah hikayat daripada kesusasteraan asing yang diterap daripada kesusasteraan Hindu. Misalnya, pengarang dapat menggarap unsur-unsur sastera Hindu sewaktu mengisahkan pengembaraan Raja Suran ke negeri bawah laut dan kisah di Bukit Si Guntang Mahameru. Pengarang juga turut mengaitkan binatang suci Hindu iaitu lembu putih. Pengaruh kesusasteraan Jawa seperti cerita panji dan Cerita Damar Wulan turut dibawa masuk oleh pengarang. Contoh-contoh dari hasil sastera Jawa dapat dilihat melalui gambaran peristiwa utusan Melaka pergi ke Majapahit dan peristiwa peminangan Puteri Galuh Cendera Kirana. Dalam peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang, dikaitkan pula dengan permintaan mas kahwin yang luar biasa.
  • 4. 3 Pengarang juga amat mahir menggarap corak penulisan kesusasteraan Parsi dan Arab. Hal ini dapat dibuktikan melalui gaya penulisan pendahuluan teks yang mempunyai gaya masnawi. Selain itu, pengarang turut memasukkan petikan syair dan bidalan Arab, termasuklah juga ayat-ayat al-Quran. Penggunaan kalimah-kalimah Arab juga amat ketara dalam Sejarah Melayu. Pengarang dilihat sangat kreatif dan berseni kerana dapat menampilkan karya tersebut dalam bentuk yang menarik dan indah dari segi persembahannya. Tun Seri Lanang berupaya melukis segala kisah atau gambaran masyarakat Melayu dengan hidup dan indah. Beliau juga berupaya menceritakan sesuatu episod dengan nyata dan jelas sehingga berjaya mengusik perasaan pembaca sama ada sedih, menyayat hati, lucu, meriah dan riang gembira. Misalnya, peristiwa peperangan digambarkan dengan penuh suasana ngeri dan ganas. “Maka dikeluari oleh orang Singapura terlalu sabur berperang; tetak menetak, parang- memarang, tikam-menikam, serta dengan tempik soraknya, gegak-gempita, tiada sangka bunyi lagi. Maka darah di tengah peperangan itu seperti air sebak, merah rupanya pasir itu, datang sekarang ada lagi. Maka patahlah perang orang Singapura, lalu sekaliannya undur masuk ke dalam kota; pintu kota pun ditutup, dan dilawan berperang dari dalam kota kira-kira sebulan lamanya.” (Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 70) Pengarang juga berupaya melukis watak dengan lebih hidup, istimewa dan bercampur dengan unsur lucu. Contohnya ketika menggambarkan watak Tun Mai Ulat Bulu, Seri Bija Diraja, Seri Wak Raja, MiaRuzul dengan kambing randuk dan lain-lain. Selain itu, pengarang berjaya menerapkan gaya bahasa yang indah, menarik dan bermutu tinggi. Di samping itu, pengarang juga turut menggunakan pelbagai teknik penceritaan. Antara teknik tersebut ialah dialog, monolog dalaman, menyelitkan puisi seperti pantun, syair dan bidalan Arab yang secara tidak langsung menimbulkan kesan keindahan semasa membaca karya tersebut. v. Estetika Bangsa Melayu meletakkan keutamaan yang tinggi kepada ketajaman akal, kecerdasan berfikir, kebijaksanaan berbahasa dan mengungkapkan bahasa. Bentuk-bentuk lisan seperti teka-teki dan pantun ialah manifestasi kepada keutamaan yang diletakkan kepada kecerdasan berfikir. Antara unsur karya agung yang terdapat dalam Sulalatus Salatin ialah nilai estetika yang tinggi.
  • 5. 4 Dalam Sulalatus Salatin, Tun Sri Lanang menggunakan gaya bahasa yang indah untuk memerikan sesuatu hal. Selain itu, puisi-puisi lama turut diselitkan untuk menggambarkan sesuatu cerita dan peristiwa. Penyisipan unsur-unsur dapat mengindahkan bahasa supaya kelihatan lebih seni dan menarik. Sulalatus Salatin turut menggunakan bahasa Melayu klasik. Buktinya, ia menggunakan ayat yang panjang, banyak menggunakan kata pangkal ayat dan istilah-istilah klasik. Menurut Noriah Taslim (2000), masyarakat silam/lisan wujud dalam satu bentuk budaya yang disebut budaya “rhetorical”, manusianya wujud dalam situasi persaingan kata-kata (verbal combat) atau pertikaman lidah: pantun perlu dibalas, teka-teki perlu dijawab, sindiran dijawab dengan sindiran. Hal ini menuntut kecerdasan berfikir dan kelancaran mengungkapkan bahasa yang amat tinggi. Bentuk-bentuk peribahasa menjadi cerminan kepada keintelektualan minda Melayu yang tiada tandingan. Bermula daripada alam kepada manusia, abstrak kepada konkrit, peribahasa memanfaatkan keindahan untuk menajamkan keintelektualan. Jika ditinjau dalam Sejarah Melayu, terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan seni bahasa pengarang dalam sisi yang berbeza. Sebagai contoh, dalam peristiwa pemeritahan di Temasik/Singapura. Dalam peristiwa ini, Temasik digambarkan oleh pengarang sebagai sebuah negeri yang tidak pernah aman. Kita juga tidak pernah didedahkan dengan usaha pemerintahnya, Parameswara, untuk memajukan Singapura. Hal ini demikian kerana, di Temasik/Singapura terdapat nilai yang tidak baik. Istilah “Singapura” dikatakan berasal daripada binatang yang bernama singa dan sikap singa itu pula suka berpura-pura. Sikap berpura-pura merupakan nilai yang tidak baik. Singapura dikatakan tidak aman kerana diperintah oleh raja yang berhati pura-pura. Bukan tidak ada pembesar yang membantu raja, namun pembesarnya juga berhati pura-pura. Ketaatan kepada raja bukan kerana mahu mendaulatkan raja, tetapi kerana mahu merebut nikmat material. Dalam Sejarah Melayu, ada generasi yang cuba membawa pembaharuan, memajukan Singapura, malangnya mereka pula yang dilenyapkan. Terdapat ulama, Tun Jana Khatib, yang boleh membantu, tetapi disebabkan salah sangka, ulama itu dibunuh. Selain itu, digambarkan juga bagaimana akal seorang budak yang telah menyelamatkan beribu-ribu nyawa manusia dan menjadi aset negara, telah dikhianati oleh pihak pemerintah pada masa itu. Hal ini dibuktikan dalam petikan di bawah, Maka sembah orang besar-besar, “Tuanku, budak ini terlalu besar sekali akalnya. Sedang ia budak lagi demikian, jikalau ia besar berapa lagi banyak akalnya? Baiklah ia kita bunuh.” (Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 69)
  • 6. 5 Membunuh akal bererti membunuh intelektual. Membunuh budak bererti membunuh generasi warisan. Lebih-lebih lagi membunuh budak berakal besar, yang bermaksud membunuh kemajuan yang bakal berlaku. Kezaliman pemerintah yang sedemikian telah melenyapkan riwayat Singapura dalam Sejarah Melayu. Secara halus, pengarang menyampaikan mesej bahawa Singapura tidak akan maju kerana gejala negatif menjadi pegangan pemerintahnya. Mesej tersebut dsampaikan secara amat berseni. Pengarang tidak menyatakan kekejaman pemerintah, sebaliknya pengarang menggambarkan perlakuan kejam pemerintah. Perlakuan- perlakuan itu pula disertakan dengan alasan yang mungkin dapat diterima oleh masyarakat pada zaman itu. Di sinilah seni kebijaksanaan pengarang mengkritik golongan pemerintah. Seorang budak yang berakal besar semasa kecilnya tentunya akan lebih besar apabila ia mnginjak dewasa. Disebabkan oleh sistem nilai yang dipegang oleh masyarakat dahulu berpaksikan “siapa kuat dia berkuasa”, maka kebimbangan raja dan pembesar itu adalah wajar. Pembunuhan terhadap akal dan budak itu menjadi halal pada mereka. Namun demikian, dalam prinsip “halal” mereka itu, pengarang sebenarnya ingin menggambarkan kekejaman pemerintah kerana pengarang turut menggambarkan pembunuhan terhadap ulama dan gundik raja. Penyusunan siri pembunuhan ini dapat memberi kefahaman kepada kita tentang kebijaksanaan berbahasa yang terdapat pada pengarang. Terdapat tiga pembunuhan yang disebabkan oleh tiga faktor yang masing-masing menggambarkan keburukan golongan pemerintah. Pertama, pembunuhan terhadap ulama bernama Tun Jana Khatib yang disebabkan rasa cemburu dan syak wasangka. Ulama merupakan lambang yang membawa cahaya kebenaran dan keimanan. Apabila ulama sudah tiada, ini bererti kerajaan itu berada dalam kegelapan. Kedua, pembunuhan terhadap budak berakal besar disebabkan kebimbangan terhadap akal budak itu yang dikatakan akan menggugat kuasa pemerintahan. Budak berakal besar melambangkan keintelektualan, kesarjanaan dan kemajuan. Oleh sebab digambarkan masih budak, mungkin pengarang bermaksud Singapura akan menerima kemajuan atau kemajuan masih dalam proses pembinaan, dan mungkin Singapura maju dari segi pentadbiran keduniaan, bukan kerohanian. Ketiga, pembunuhan terhadap anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang menjadi gundik bongsu raja disebabkan fitnah oleh para gundik. Gundik bongsu dapat difahami sebagai lambang kelahiran. Yang dimaksudkan di sini, mungkin anak-anak yang bakal dilahirkan lebih berkualiti berbanding anak-anak gundik yang lain ataupun permaisuri. Dalam ketiga-tiga peristiwa
  • 7. 6 pembunuhan itu, terlihat kebijaksanaan pengarang mengolah bahasa untuk mengkritik raja. Seni bahasanya terletak pada cara pengarang menggambarkan kekejaman dan kesan baik yang dapat diteladani daripada tindakan raja. c) Nilai budaya / Pandangan Hidup Menerusi Sejarah Melayu, kebudayaan masyarakat Melayu turut diselitkan oleh pengarangnya untuk tatapan khalayak pembaca. Gambaran tentang adat istiadat istana dan masyarakat Melayu purba di Melaka seperti pantang larang di istana, adat memakai pakaian kuning, adat menyambut bulan Ramadhan dan pelbagai lagi. “Syahadan bagindalah yang pertama-tama meletakkan “kekuningan larangan”; tidak dapat dipakai orang keluaran, dan diambil akan sapu tangan; dan tiada dapat dibuat tepi tabir dan ulasan bantal besar dan tilam... Dan larangan berbuat rumah bermanjungan bertiang gantung, tiada terletak ke tanah; dan bertiang terus dari atap, dan peranginan; dan jikalau perahu, bertingkat berpenghadapan, dan tidak dapat orang memakai penduk dan teterapan keris, sebesar-besar orang keluaran tiada dapat bergelang kaki emas, dan jikalau berkeroncong emas berkepala perak tiada boleh.” (Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 74) Di samping itu, pengarang Sejarah Melayu juga turut mempersembahkan kepada pembaca perihal istiadat perkahwinan Diraja Johor-Pahang. “Setelah genaplah empat puluh hari empat puluh malam berjaga-jaga itu, kepada keesokan harinya, maka Raja Omar dan Raja Fatimah pun dihiasi oranglah dengan pakaian kerajaan yang bertatahkan ratna mutu intan baiduri. Setelah itu maka Raja Omar pun dinaikkan orang ke atas gajah, Tun Nara Wangsa di kepala, dan Tun Mat Ali, anak Laksamana Hang Nadim di buntut, maka diaraklah dengan selengkap alat kerajaan dan dengan segala bunyi-bunyian, gendang, serunai, nafiri...” (Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 300)
  • 8. 7 Selain itu, pengarang turut menggambarkan hubungan individu sesama masyarakat dalam penulisannya. Sebagai contoh, sikap hormat menghormati. Umpamanya, seorang rakyat tetap mematuhi perintah ketua atau pembesar. Contohnya apabila mengetahui yang Bendahara Tun Mutahir akan dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah, pengikut-pengikut beliau cuba menentang pembunuhan ini. Walau bagaimanapun, penentangan tersebut dihalang oleh Tun Mutahir kerana tindakan tersebut dianggap menderhaka. Akhirnya, pengikut-pengikut beliau tidak jadi menentang. Sultan Melaka pada waktu itu juga sangat menghormati golongan ulama. Hal ini dapat dilihat semasa Sultan Mahmud Syah ingin berguru dengan Maulana Yusoff. Ulama tersebut tidak membenarkan Sultan Mahmud Syah datang menemuinya dengan menunggang gajah. Dengan perasaan hormat, baginda akur dengan permintaan gurunya. Pandangan dan falsafah hidup bangsa Melayu banyak sekali diungkapkan oleh masyarakat ketika itu. Dalam karya Sulalatus Salatin banyak menunjukkan ketinggian ilmu orang Melayu dalam berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang indah seperti pantun dan syair.Hal ini demikian kerana, masyarakat Melayu begitu kaya dengan keindahan bahasa yang diperturunkan dalam bentuk puisi. Bentuk puisi yang dikarang adalah seperti pantun, syair dan seloka serta nyanyian. Puisi-puisi yang terdapat di dalam Sejarah Melayu mempunyai unsur- unsur tersirat yang bertujuan memuji atau sebaliknya menyindir. Misalnya, kota sepenampang di Pahang yang terbakar belum dibersihkan sisa kebakarannya. Lalu, diciptakan nyanyian oleh penduduk setempat. Kota Pahang dimakan api, Sampai ke tepi hampir titian, Bukan kularang kamu berlaki, Bukan begini perjanjian. (Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 239) Kebanyakan puisi yang dihasilkan adalah berdasarkan kepada peristiwa yang berlaku. Contohnya seperti pantun di bawah, Teluk Itik dari Senggora, Pandan terletak dilangkahi, Darahnya titik di Singapura,
  • 9. 8 Badannya terhantar di Langkawi. (Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 68) Pantun ini terhasil ekoran daripada peristiwa hukuman bunuh terhadap Tun Jana Khatib. Hal ini berpunca daripada perasaan iri hati Paduka Seri Maharaja terhadap beliau yang dituduh cuba menggoda Raja Perempuan dengan memperlihatkan kemahirannya menilik pohon pinang sehingga terbelah dua. Semasa beliau dibunuh, satu kejadian aneh telah berlaku iaitu darahnya menitik setitik manakala badannya ghaib. Selain itu, turut terselit puisi berbentuk seloka. Seloka ini dihasilkan ekoran peristiwa Singapura dilanggar todak. Carek baju dilompati todak, Baharu menurut kata budak. (Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 68) Terdapat juga puisi yang dibuat oleh masyarakat ketika itu untuk memuji golongan pembesar dan raja. Tetapi ianya disampaikan dalam bentuk nyanyian. Contohnya: Pada suatu hari raja Maluku meminjam kuda pada Maulana Yusuf, itulah dibuat orang nyanyian: Raja Maluku meninjam kuda, Meminjam kuda pada Maulana, Tuanku nyawa orang muda, Arif bertambah bijaksana. (Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 180) Di sebalik pujian, terdapat juga sindiran yang ditujukan kepada golongan pemerintah. Contohnya pantun dan seloka ini: “Asa-asaan gigi si Mambang, hendak makan ikan; Dalam telaga lagi bertelur, sisiknya gilang gemilang.” Maka di sahut oleh bunga tanjung, katanya:
  • 10. 9 “Dang Nila memangku puan, Berembang buah pedada, Adakah gila bagimu tuan, Burung terbang dipipiskan lada.” Maka dijawab oleh bunga telipuk: “kuning Ledang bagai dikarang, Riang-riang disambar wakab, Hairan memandang dunia sekarang, Bayang-bayang hendak ditangkap.” (Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 214) Seloka dan pantun ini sebenarnya bertujuan untuk menyindir Sultan Mahmud yang ingin berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang. Oleh hal yang demikian, terbuktilah bahawa puisi- puisi yang dihasilkan ini sebenarnya menggambarkan pujian atau sindiran kepada golongan pemerintah selain menggambarkan peristiwa yang berlaku. Masyarakat Melayu begitu kaya dengan budaya dan budi pekertinya. Hal ini telah berjaya digambarkan oleh Tun Seri Lanang dalam karyanya, Sejarah Melayu. Adat istiadat Diraja turut dimuatkan dalam karangan beliau bagi memperlihatkan kedaulatan Raja-raja Melayu. iii. Nilai Ilmu Ilmu merupakan salah satu unsur kehidupan intelektual terpenting. Kadar perkembangan dan penyebaran ilmu pada pandangan umum menunjukkan darjah kemajuan kesedaran sosial dan perkembangan masyarakat. Apabila ilmu kuat dan penting dalam masyarakat Melayu dan mempengaruhi kehidupan manusia, hal ini pasti tercermin di dalam penulisan pengarang. Kajian yang dilakukan ke atas sumber sejarah Melayu, khususnya sejarah Melayu Islam menjelaskan bahawa di dalamnya terdapat banyak maklumat yang berkaitan dengan ilmu. Semua bahan yang dirakamkan di dalamnya boleh dibahagikan kepada beberapa kategori: 1. Istilah umum
  • 11. 10 2. Bidang ilmu 3. Para ilmuwan, karyawan, pengarang (penyalin), guru dan orang alim yang lain 4. Karya ilmiah dan buku, serta sistem pengajaran dan pelajaran 5. Unsur-unsur ilmiah / tekstologi dalam teks-teks sejarah Dalam kategori “istilah umum”, pelbagai kata dan definisi berkaitan ilmu, pelajaran, pengajaran, karangan, daya cipta dan lain-lain dimasukkan ke dalam penulisan karya. Misalnya, ilmu, kitab, karangan, cerita, buku, membaca, mengajar, guru, mursyid, murid, intiha, konon, kabar (khabar), kaul dan sebagainya. Istilah-istilah tersebut mempunyai makna yang sangat luas dan digunakan dalam pelbagai bidang kehidupan intelektual. Jika diteliti dalam karya agung Sejarah Melayu, antara kosa kata yang ditemukan ialah ilmu, alkisah, kitab, cerita (ceritera), kabar (khabar), kaul, membaca, mengajar (ajar), mengarang (karang, karangan), mengaji, alim, murid dan guru. Kebanyakan istilah umum yang terdapat dalam teks kebanyakannya berasal daripada bahasa Arab. Akan tetapi, kata-kata Arab ini sudah terserap ke dalam bahasa Melayu dan dianggap sebagai kosa kata bahasa Melayu. Melalui penggunaan kata-kata ilmiah yang pelbagai bentuk dan banyak bilangannya, hal ini dapat mencerminkan dan membuktikan bahawa pengarang dan pembaca pada masa itu mahir dalam definisi ilmiah dan juga bahasa Arab. Bagi kategori bidang ilmu pula, dalam teks-teks karya agung ada disebutkan beberapa bidang ilmu. Dalam Sejarah Melayu, terkandung beberapa tulisan tentang ilmu falsafah (didaktik, tasawuf, akhlak), ilmu agama (fardhu ain, ilmu tafsir, ilmu tilawah, ilmu usuludin), ilmu sejarah, ilmu fiqah (syariah, ilmu hukum), ilmu bahasa (etimologi, saraf, nahu), ilmu perubatan tradisional dan pelbagai lagi. Kategori para ilmuwan juga turut tercatat dalam karangan Sejarah Melayu. Antara orang atau pelaku yang disebut berkaitan dengan ilmu ialah khatib, haji, sayyid (syed dari tanah Mekah), syeikh, mursyid, makhdum, kadi dan maulana. “Maka makhdum pun dibawa baginda naik gajah, lalu dibawa ke istana baginda. Maka bendahara dan segala orang besar-besar pun masuk agama Islamlah. Maka segala orang Melaka kecil besar semuanya disuruh raja masuk Islam sekalian. Maka raja pun berguru pada makhdum Sidi „Abdul Aziz.” (Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 51)
  • 12. 11 “Sebermula pada masa itu kadi di Melaka Kadi Yusuf namanya, cicit pada Makhdum Sayid „Abdul Aziz yang mengislamkan segala orang Melaka. Maka Kadi Yusuf tiada berguru pada Maulana Abu Bakar kerana ia terlalu „alim. Sekali persetua Kadi Yusuf hendak pergi sembahyang Jumaat maka lalu betul pintu Maulana Abu Bakar. Tatkala itu Maulana Abu Bakar ada berdiri di pintunya. Maka dilihat oleh Kadi Yusuf akan Maulana Abu Bakar dikeliling oleh cahaya seperti sumbu dian yang dikelilingi apinya. Demikian rupanya. Maka Kadi Yusuf pun segera berlari datang menyembah pada Maulana Abu Bakar. ... Maka Kadi Yusuf pun berguru pada Maulana Abu Bakar. Maka Kadi Yusuf pun jununlah. Maka ia lalu memecat dirinya daripada kadi.” (Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 100) “... Maulana Abu Bakar turun dari atas kapal membawa kitab Durr Manzum...Maka Sultan Mansur pun berguru pada Maulana Abu Bakar...banyak ilmu diperolehlah baginda. Maka Sultan Mansur Syah Durr Manzum itu disuruh baginda ertikan ke Pasai.” (Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 98) “... bertanyakan suatu masalah Segala isi syurga itu kekallah ia dalam syurga dan bagi isi neraka itu kekallah ia dalam neraka? ... Maka kata Tun Makhdum Muda “Isi syurga kekallah ia dalam syurga, isi neraka kekal dalam neraka”... kerana sabit dengan dalil Qur‟an “mereka itu kekal dalam syurga selama-selamanya.” (Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 98-99) Semua nama yang disebutkan dalam petikan di atas merupakan tokoh Islam. Para ilmuwan tersebut adalah sangat berwibawa dan pangkatnya tinggi dalam masyarakat Melayu Islam khususnya. Golongan ini juga turut memberi pelbagai nasihat kepada raja dan anak- anaknya, mengajar sultan dan orang besar-besar, mengepalai musyawarah, membantu mencapai muafakat dalam perdebatan dan konflik dan lain-lain lagi. Dalam teks Sejarah Melayu, terdapat banyak maklumat tentang karya ilmiah dan agama yang diajarkan dan dibaca dalam masyarakat Melayu. Buku-buku tersebut berkaitan dengan ilmu agama, falsafah, fiqah, sejarah, bahasa dan sebagainya. Kitab yang sering disebutkan ialah al-Quran al-Azim dan pelbagai Surahnya. Contohnya,
  • 13. 12 ... Maka belayar pula nakhoda Ismail. Berapa lamanya maka sampai kepada sebuah negeri pula Thobri (Lamri) namanya. Maka orang Thobri itu pun masuk Islam. Maka kafir pun naik ke darat membawa al-Qur‟an. Maka disuruhnya baca pada orang Thobri itu surat itu. Seorang pun tiada dapat membaca dia. (Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 56) Alkisah maka tersebutlah perkataan seorang pendita, Maulana Abu Ishak namanya, terlalu faham pada ilmu tasauf... Maka dikarangnya sebuah kitab dengan dua bahasa, suatu bahasa zat, kedua bahasa sifat; dinamainya Duri‟l-mazlum. (Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 156-157) Berdasarkan kepada beberapa pecahan nilai ilmu yang telah dipaparkan dalam Sejarah Melayu, hal ini dengan jelas menunjukkan ciri penting keagungan karya agung Melayu terletak pada ketamadunan ilmu yang dipancarkan oleh karya itu. Melaluinya, pengarang telah berjaya memperlihatkan keupayaan dan keterbukaan mindanya untuk menyerap ilmu dan nilai baru, yang dipelajari daripada Islam, untuk menilai dan memperkukuh tradisi bangsanya. Mantera mula diganti dengan doa, berguru kepada orang pertapa diganti dengan berguru kepada syeikh atau makhdum, adat dan tradisi keadilan Melayu digandingkan dengan keadilan menurut hukum Allah dan pelbagai lagi. Inilah proses perkembangan ilmu yang dipaparkan dalam Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu.