2. KIASAN
MAKSUD KIASAN
Susunan kata atau bentuk bahasa yang memperkatakan
sesuatu dengan mengiaskannya kepada prkara yang lain,
sama ada dengan menyebutkan bandingannya atau tidak.
DIGUNAKAN UNTUK:
Menambahkan kejelasan perkara yang diperkatakan
Mengelakkan sesuatu perkara yang tidak manis daripada
disebut secara terus terang
Menguatkan maksud yang diperkatakan agar dapat
menarik perhatian khalayak
4. KIASAN ASAL
Menerangkan sesuatu perkara dengan menggunakan
sesuatu yang lain sebagai perbandingan.
Menggunakan kata bandingan:
Bagai, macam, seperti, umpama, laksana
Contohnya:
Pahit bagai hempedu
Matanya merah seperti biji saga
5. KIASAN BERPINDAH
Tidak menggunakan kata- kata perbandingan
Kata yang hendak dibandingkan dengan perkara atau benda
yang hendak dibuat perbandingan
Terbahagi kepada 7 jenis:
Kiasan Sandar
Kiasan Terus
Kiasan Berangkap
Kiasan Berbunga
Kiasan Pemanis
Kiasan Melompat
Kiasan Melarat
6. KIASAN SANDAR
Susunan kata yang mengaitkan sesuatu perkara, misalnya
perlakuan individu kepada benda lain yang mempunyai
persamaan denga perkara yang hendak dikiaskan
Misalnya, Orang tua itu tidur- tidur ayam. (Mengaitkan
cara orang tua itu tidur seperti cara ayam tidur, iaitu
tidur yang nyenyak)
Contohnya:
Diam ubi
Jinak lalat
Mandi kerbau
7. KIASAN TERUS
Susunan kata yang digunakan untuk menyatakan sesuatu
perkara dengan dikaitkan terus kepada benda lain tetapi
mempunyai makna yang berbeza daripada makna asal
perkataan itu sendiri.
Misalnya, Ramli merupakan ayam tambatan pasukan bola
sepak sekolahnya. ( Ramli dikiaskan terus sebagai ayam
tambatan kerana dia merupakan orang harapan pasukan
bola sepak sekolahnya).
Contoh lain:
Puteri lilin
Kutu embun
Pisau pencukur
8. KIASAN BERANGKAP
Susunan kata yang digunakan untuk menunjukkan
perbandingan secara berirama atau mempunyai
pertentangan bunyi antara perkara yang diperkatakan
dengan benda yang dikiaskan.
Misalnya, lain dulang lain kakinya, maksudnya lain orang
lain hatinya.
Contoh lain:
Terima kasih daun keladi,
kalau boleh hendak lagi.
Sudah gaharu cendana pula,
sudah tahu bertanya pula.
9. KIASAN BERBUNGA
Susunan kata yang menggambarkan sesuatu maksud
dengan menggunakan perkataan yang berbunga- bunga
atau indah, seolah- olah seseorang itu sedang melihat
lukisan yang cantik.
Contohnya:
Canai fikiran
Lautan air mata
Api peperangan
Selimut kemalasan
10. KIASAN PEMANIS
Susunan kata yang digunakan untuk memperkatakan
sesuatu yang kurang elok jika disebut secara terus terang.
Contohnya:
Datang bulan
Orang rumah
Berbadan dua
11. KIASAN MELOMPAT
Susunan kata yang menyatakan sesuatu dengan melangkah
(meninggalkan) satu tingkat daripada perkara yang
sebenarnya.
Contonya:
Menjahit baju (menjahit kain untuk dijadikan baju)
Memasak nasi (memasak beras untuk dijadikan nasi)
Mencucuk atap (mencucuk daun untuk dijadikan atap)
12. KIASAN MELARAT
Susunan kata yang menyimpang jauh daripada maksud asal
sesuatu perkataan itu.
Contohnya:
Ringan kepala
Tubuhnya melidi
Badannya membadak
13. KIASAN PERMANUSIAAN
Bentuk bahasa yang memberikan sifat atau perlakuan yang
lazimnya hanya dimiliki atau dilakukan oleh manusia
kepada objek yang tidak bernyawa.
Secara lazimnya, kiasan ini bermaksud mengorangkan
sesuatu benda.
Contonya:
Ombak memukul pantai
Angin senja membelai rambutku
Burung- burung menyanyi dengan riang
14. KIASAN BERKACAU
Susunan kata yang menimbulkan kekeliruan kerana
mengandungi fakta- fakta yang bertentangan antara satu
sama lain.
Contonya:
Diam seribu bahasa. (tidak bercakap)
Jika diikutkan hati, budak itu kutelan hidup- hidup.
(marah)
Ketika terserempak dengan lembaga itu terasa mahu aku
masuk ke perut ibuku. (takut)