SlideShare a Scribd company logo
1 of 25
MATINYA SEORANG PAHLAWAN- HANG JEBAT
NOR WAHIDA BT SALIM
SITI NURAISHAH BT MOHD SHAID
NORLIZA BT BAMSUANI
NUR ATIKAH BT MUSLIM
CRISTINE TEO
NURULHANISAH BT SELAMAT
ABSTRAK
“Matinya Seorang Pahlawan: Hang Jebat” membincangkan mengenai pengorbanan
seorang sabahat terhadap sahabatnya dalam menggambarkan erti semangat setiakawan.
Ketegasan Hang Jebat dalam memperjuangkan apa yang dirasakannya benar dan tidak
menindas mana-mana pihak menjadi laungan semangat perjuangannya. Dalam
penceritaan Hikayat Hang Tuah, Hang Jebat digambarkan sebagai pengkhianat kerajaan
Melaka walhal tindakan beliau adalah untuk memperjuangkan nasib rakyat dan menuntut
bela terhadap khabar angin kematian sahabatnya Hang Tuah atas fitnah yang dilemparkan
oleh pembesar Melaka. Dalam kertas kerja seminar ini, kami akan membincangkan
mengenai “Matinya Seorang Pahlawan: Hang Jebat”. Kami akan menghuraikan dengan
lebih terperinci mengenai perwatakan Hang Jebat, konflik-konflik yang menjurus kepada
peristiwa kematian Hang Jebat dan pengajaran yang kita perolehi daripada kisah Hang
Jebat ini.
1
PENGENALAN
Hikayat Hang Tuah ialah sebuah epik kepahlawanan yang merentasi sepanjang zaman
kerajaan Melaka. Hang Tuah merupakan seorang laksamana serta pahlawan Melayu yang
taat kepada sultannya terutama semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah di Melaka pada
abad ke-15. Semasa Hang Tuah berkhidmat di istana, beliau telah dihadiahi dengan keris
Taming Sari kerana telah berjaya membunuh seorang pahlawan Majapahit.
Hang Tuah telah dihukum bunuh kerana dituduh berzina dengan dayang Sultan.
Bagaimanapun hukuman itu tidak dilaksanakan dan Hang Tuah telah dihantar ke suatu
tempat yang terpencil. Hang Jebat telah mempercayai sahabatnya itu telah mati lalu
menuntut bela dengan melancarkan pemberontakan balas dendam terhadap Sultan dan
telah menyebabkan keadaan menjadi kelam kabut. Sultan berasa menyesal kerana telah
menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Hang Tuah kerana hanya Hang Tuah sahaja yang
mampu mengalahkan Hang Jebat. Bendahara telah memanggil Hang Tuah dari tempat
persembunyiannya dan beliau telah diampunkan oleh Sultan. Hang Jebat tewas selepas
bertarung dengan Hang Tuah selama tujuh hari. Hang Tuah telah meneruskan khidmatnya
kepada Sultan selepas kematian Hang Jebat.
SEJARAH MALAYSIA
Sejarah awal Malaysia bermula dengan kewujudan manusia awal kewujudan manusia
awal berusia 40 000 tahun. Secara dasarnya sejarah negara ini telah melalui empat zaman,
iaitu Prasejarah, Proto Sejarah, Zaman Pertengahan dan Zaman Kolonial. Semenanjung
Melayu berubah menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila China dan India
memulakan perdagangan mereka melalui Selat Melaka. Penemuan beberapa tapak
2
arkeologi Zaman Proto Sejarah membuktikan wujud petempatan pesisir pantai seawal
abad ke-2 Masihi lagi. Ia membawa kepada kemunculan kerajaan awal sebelum abad ke
10 yang merupakan penempatan pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Hal ini termasuklah
Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, dan Pan
Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-15, Kesultanan Melayu Melaka wujud dan
kemakmuran ekonominya telah menarik minat Portugis pada tahun 1511 diikuti oleh
Belanda dan Britain untuk mewujudkan penempatan atau koloni di Selat Melaka.
Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau
Balambangan pada tahun 1769 hasil dari perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan
Kesultanan Sulu. Manakala penempatan Selat Koloni Di Raja Britain diwujudkan pada
1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas
seluruh semenanjung. Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.
Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri-negeri
Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan persatuan sulit Cina, Britain
telah dipilih untuk menyelesaikan masalah penduduk Negeri Selat. Akhirnya perjanjian
Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri-negeri
Melayu, iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan atau dikenali sebagai Negeri-
negeri Bersekutu. Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-negeri Tidak
Bersekutu seperti Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang berada di bawah kuasa
Thailand.
Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, kesedaran
untuk merdeka semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatir oleh British
khususnya dalam menjaga kepentingannya dan masyarakat imigran. Justeru British
3
mewujudkan Malayan Union, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan
sistem yang pro-melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem
kewarganegaraan tunggal. Kemerdekaan untuk semenanjung diperolehi pada 1957 di
bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa Singapura.
Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September
1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (Sabah dan
Sarawak). Kesultanan Brunei yang pada awalnya menyatakan hasrat untuk menyertai
Malaysia kemudian menarik diri akibat tentangan daripada sebahagian masyarakat
Brunei. Pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya rusuhan
kaum pada 1969.
PERBINCANGAN HIKAYAT HANG TUAH
Hikayat Hang Tuah ialah satu-satunya contoh sastera epik yang ditakrifkan sebagai
sastera epik berunsur kebangsaan atau sastera kepahlawanan berunsur kebangsaan.
Hikayat ini dianggarkan terkarang selewat-lewatnya pada abad ke-17, terkemudian
daripada Sulalatus Salatin (sejarah melayu), Hikayat Hang Tuah termaktub sebagai
sebuah karya sastera Melayu yang terindah.
Hikayat Hang Tuah mengikut Shellabear ada dua edisi yang disalin dan digunakan
hingga pada masa ini. Satu daripadanya naskhah yang disalin oleh Shellabear sendiri dan
dicetak oleh Malayan Publishing House, Singapura yang mana ia didasarkan daripada
hikayat tulisan tangan dalam simpanan R.N. Bland. Sementara yang sebuah lagi ialah
naskhah yang diterbitkan oleh Balai Pustaka, Jakarta.
Permulaan hikayat ini ditonjolkan mengenai pemerintah di kayangan yang akhirnya
4
turun ke dunia semata-mata untuk menabalkan anak baginda Sang Peri Dewa di Bukit
Seguntang. Baginda berkahwin pula dengan seorang puteri yang menjelma dari muntah
lembu dan memperoleh empat orang anak, iaitu Sang Seniaka, Sang Jaya Nentaka, Sang
Maniaka dan Sang Setiaka. Sang Maniaka menaiki kerajaan Bentan, daripada situ barulah
dikaitkan dengan kisah keturunan Hang Tuah anak Hang Mahmud dengan Dang Merdu
Wati di Sungai Duyung. Kesempitan hidup menyebabkan Hang Mahmud anak beranak
berhijrah ke Bentan. Alamat dan tanda-tanda ajaib melalui mimpi menyatakan bahawa
Hang Tuah satu ketika nanti akan menjadi orang terbilang ada juga disebutkan.
Semasa kecilnya Hang Tuah kebetulan berkawan dengan empat orang sahabat yang
akrab dan sebaya dengannya, iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang
Lekiu. Sejak kecil lagi Hang Tuah sudah menunjukkan keberanian dan kehandalan
apabila mereka berlima mengalahkan lanun yang hendak menangkap mereka. Sekali lagi
peristiwa Hang Tuah seorang diri telah membunuh orang gila dengan kapak.
Hang Tuah lima bersahabat naik ke gunung untuk berguru kepada Sang Adi Putera.
Di situlah pendita tersebut meramalkan kematian Hang Jebat di tangan Hang Tuah.
Keberanian kelima sahabat ini ditonjolkan lagi apabila mereka berjaya membunuh
orang-orang mengamuk yang hendak membunuh rombongan Bendahara Paduka Raja.
Atas jasa mereka itu, kelima-limanya diambil oleh Bendahara menjadi pegawai rendah
dalam istana.
Patih Kerma Wijaya dari Majapahit merajuk dan lari ke Bentan. Dikaitkan pula cerita
panji dimana Raden Wira Nentaja dari Daha singgah dalam perjalanan mencari
sepupunya Raden Galuh Puspa Kencana. Diikuti pula dengan kisah sang Maniaka
membuka negeri Melaka dan Hang Tuah ketika itu Bentara telah ditugaskan meminang
5
Puteri Betara Majapahit. Di Majapahit pula Hang Tuah dan angkatan Melaka telah diuji
oleh pendekar-pendekar Jawa. Termasuklah beliau membunuh orang Jawa yang
mengamuk serta menewaskan Taming Sari dan Betara Majapahit memberikan gelaran
kepadanya Laksamana.
Raja Melaka semakin sayangkan Hang Tuah dan ini menerbitkan rasa dengki dan
cemburu dalam kalangan pembesar istana serta memfitnah beliau sehingga sultan
menitahkan Hang Tuah dibunuh. Bendahara menyelamatkan Hang Tuah dengan
menyuruhnya melarikan diri. Akhirnya Laksamana Hang Tuah pergi ke Indara Putera
(pahang). Disana beliau telah membuat angkara dengan melarikan Tun Teja puteri kepada
Bendahara Pahang untuk disembahkan ke bawah duli Sultan Melaka. Tunang kepada Tun
Teja- Megat Panji Alam marah, tetapi dibunuh oleh Hang Jebat dan Hang Kasturi begitu
juga dengan adiknya Megat Kembar Ali.
Sekali lagi Hang Tuah difitnah oleh pembesar-pembesar yang dengki. Bendahara
yang dititah membunuh Hang Tuah telah menyorokkan Hang Tuah di hulu Melaka. Hang
Jebat sebagai sahabat setia marahkan pembesar yang hasad dengki itu membuat onar.
Istana sultan dirampas, gundik raja dinodainya. Begitu ramai pendekar yang dihantar
membunuh Hang Jebat semuanya kecundang. Hang Tuah yang diampun kembali telah
membunuh sahabat baiknya kerana dianggap memderhaka kepada raja. Semasa hayatnya
Hang Tuah juga dikatakan telah dihantar menjadi duta ke Benua Keling, ke Benua Cina
dan pernah jumpa Nabi Allah Khidir yang memberikannya ilmu supaya boleh bertutur
apa-apa juga bahasa di dunia ini.
Di akhir cerita dikatakan Hang Tuah yang sudah tua itu memohon ke bawah untuk
berkhalwat, atau beribadat di Tanjung Jugra. Dikatakan semasa Hang Tuah beribadat di
6
situ tiba-tiba dia ghaib menjadi wali Allah. Kononnya hulubalang besar tidak akan mati.
Sejajar pula dengan slogan yang disebut-sebut oleh Hang Tuah, " Tidakkan Melayu
hilang di dunia".
DAPATAN KAJIAN
LATAR BELAKANG DAN PERWATAKAN HANG JEBAT
Gambaran Paras Rupa yang Kacak
Dari segi fizikal Hang Jebat, Hang Jebat dikatakan mempunyai kulit yang putih dan
rambutnya ikal. Gambaran singkat ini telah cukup memberi penjelasan kepada kita
bahawa Hang Jebat adalah seorang yang kacak orangnya. Hang Jebat adalah seseorang
yang mempunyai suara yang merdu dan pandai membaca hikayat. Dia juga memiliki ilmu
seperti ilmu batin, ilmu sakti, ilmu firasat, dan ilmu pustaka. Kehandalannya lebih kurang
sama dengan Hang Tuah kerana mereka sama-sama berguru di Bentan dan juga di
Majapahit.
"Dalam lima itu, seorang Hang Tuah namanya, saya lihat bukan
barang- barang orang lakunya dan sikapnya, tubuhnya putih kuning
dan rambutnya ikal, perkataannya hulubalang juga yang keluar
daripada mulutnya dengan manisnya berkata-kata; dan seorang Hang
Jebat, itupun terlalu baik sikapnya, tubuhnya putih kuning dan
rambutnya ikal, perkataannya keras; seorang Hang Kasturi, seorang
Hang Lekir, seorang Hang Lekiu, itu pun baik-baik sikapnya dan
rupanya, sebaya-baya besarnya."
(Hikayat Hang Tuah :Halaman ke 30)
7
Hang Jebat Bersahabat dengan Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu, dan Hang
Kasturi
Hang Jebat merupakan sahabat kepada Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu, dan Hang
Kasturi. Mereka berlima diberi gelaran ‘Lima Sekawan’ kerana telah menjalinkan
persahabatan sejak dari kecil. Mereka mempunyai semangat persahabatan yang kuat dan
saling mempertahankan sahabat mereka antara satu sama lain.
Mereka berlima juga belajar silat bersama-sama sewaktu mereka kecil. Mereka
pernah menewaskan musuh di sebuah pulau sewaktu mereka masih kecil. Kemudian
mereka juga berjaya mengalahkan orang yang mengamuk dan cuba membunuh
Bendahara Melaka. Hang Jebat bersama-sama rakan-rakannya telah menewaskan
perajurit-perajurit Majapahit. Hang Jebat menghargai nilai persahabatan mereka. Justeru
itu, dia tidak akan bertarung dengan Hang Kasturi. Sepertimana katanya, “Sungguh malu
kalau sahabat menikam atau ditikam oleh sahabatnya sendiri”. Sifat kesetiaan kepada
sahabatlah yang mengharumkan nama Hang Jebat, lebih-lebih lagi terhadap sahabatnya
Hang Tuah. Hang Jebat menganggap persahabatan mereka berlima saudara sebagai telur
sesarang, pecah sebiji pecah semuanya.
Hang Jebat mempunyai Sikap Keras Hati, Bertindak Terburu-buru, dan Seorang
yang Setiakawan
Sikap yang menonjol pada diri Jebat ialah sikap keras hati. Sewaktu zaman remaja, Hang
Tuah pernah menyuarakan cadangannya supaya mereka berlima sahabat pergi belayar.
Walaupun begitu, Hang Jebatlah orang yang memperlihatkan sifat agresif dan berani.
Ungkapan “Mengapa tidak belayar sahaja?” ditujukan oleh Hang Jebat kepada sahabat-
8
sahabatnya.
Hal yang sama juga berlaku sewaktu mereka berada di Majapahit, Hang Jebat
jugalah yang mengutarakan cadangan supaya mereka semua mengamuk di istana Betara
Majapahit kerana keris Taming Sari yang baru dihadiahkan oleh Betara Majapahit hilang.
Daripada keterangan yang ditunjukkan ini jelas menunjukkan Hang Jebat adalah seorang
yang berani dan keras hati.
Walau bagaimanapun, Hang Jebat juga mempunyai kelemahannya sendiri. Hang
Jebat selalu bertindak terburu-buru dan kadang-kadang melulu pula.
Satu sifat Hang Jebat yang paling mulia ialah sifat setiakawannya yang sangat
menebal. Kesetiaannya kepada sahabat tidak ada tolok bandingnya ketika itu. Hang Jebat
menganggap persahabatan mereka berlima saudara sebagai telur sesarang, pecah sebiji
pecah semuanya. Hang Jebat adalah pahlawan Melayu yang berani menentang raja
semata-mata kerana persahabatan. Walaupun raja dianggapnya bayangan Tuhan dan tidak
ada siapa yang berani menentangnya, tetapi Hang Jebatlah satu-satunya manusia yang
memecahkan tradisi feudalisme: pantang Melayu menderhaka. Hang Jebat percaya apa
yang dilakukannya adalah benar dan hak.
Keberanian Hang Jebat digambarkan dalam Sulalatus Salatin
Hang Jebat adalah seorang Hulubalang yang berani. Keberaniannya terserlah
ketika mengikuti Sultan Mansur Syah ke Majapahit. Di Majapahit, Hang Jebat bersama
kawan-kawannya dengan berani menaiki balai larangan Betara Majapahit sehingga
mereka didatangi orang-orang Majapahit untuk menghapuskan Hang Jebat dan kawan-
kawannya. Tetapi orang-orang Majapahit itu gagal: Sepertimana kata Hang Jebat "
9
pancunglah oleh tuan hamba , biarlah hamba mengampung akan dia";...
Hang Jebat adalah Seorang Betara kemudian menjadi Paduka Raja
Hang Jebat pada asalnya hanyalah seorang betara biasa sahaja. Namun, Hang Jebat
dinaikkan pangkat menjadi Paduka Raja selepas Hang Tuah dihukum bunuh. Hang Jebat
dinaikkan pangkat bagi mengisi kekosongan tempat yang telah ditinggalkan oleh Hang
Tuah selepas Hang Tuah dihukum bunuh.
Mempunyai Anak bersama Dang Baru
Hang Jebat mempunyai seorang anak lelaki hasil daripada permukahannya bersama Dang
Baru. Hang Jebat berjaya memikat Dang Wangi yang merupakan seorang gundik yang
sangat disenangi oleh raja. Permukahan antara mereka berdua terjadi semasa peristiwa
Hang Jebat berfoya-foya dengan dayang-dayang istana di dalam bilik singgahsana raja
sehingga melahirkan seorang anak lelaki. Anak lelaki tersebut dinamakan sebagai Hang
Kadim.
PERISTIWA HANG TUAH DIFITNAH-PERMULAAN PENDERHAKAAN
HANG JEBAT
Semasa zaman Hang Tuah menjadi Laksamana, Melaka aman dan tenteram. Raja
sangat sayang dan sentiasa mendengar apa sahaja yang diperkatakan oleh Hang Tuah.
Apa sahaja yang diperkatakan oleh Hang Tuah akan dituruti oleh raja. Melihat akan hal
ini, maka ramailah pegawai-pegawai yang lain mencemburui kedudukan Hang Tuah.
Mereka takut dan khuatir jika suatu hari nanti Hang Tuah yang akan menjadi Bendahara
10
dan sentiasa disukai oleh raja. Hanya Bendahara dan Temenggung sahaja yang
menyenangi Hang Tuah. Oleh itu, mereka berpakat untuk berjumpa Patih Kerma Wijaya
supaya berpakat dengan mereka untuk menjatuhkan Hang Tuah.
Pegawai-pegawai ini kemudiannya berjumpa dengan Patih Kerma Wijaya dan mula
menabur fitnah tentang Hang Tuah. Mereka bercerita terlihat Hang Tuah bermukah
dengan dayang-dayang istana. Patih Kerma Wijaya ini kemudiannya mengadap raja dan
mengadu akan hal yang telah diceritakan oleh pegawai-pegawai itu. Hal ini menyebabkan
raja murka dan tanpa usul periksa terus menitahkan Bendahara untuk membunuh Hang
Tuah. Raja Melaka menitahkan Hang Jebat dan Hang Kasturi untuk mengambil keris
Taming Sari daripada Hang Tuah.
Walau bagaimanapun, Bendahara Paduka Raja tidak sampai hati untuk
menghukum Hang Tuah dan tidak terus membunuh Hang Tuah sebaliknya menyuruh
Hang Tuah bersembunyi untuk sementara waktu di dusunnya yang terletak di Hulu
Melaka. Di Hulu Melaka itu Hang Tuah berguru dengan seorang sheikh yang bernama
Syeikh Mansor.
Sepeninggalan Hang Tuah, Hang Jebat dianugerahkan keris Taming Sari oleh
Raja Melaka. Sepeninggalan Hang Tuah, raja bersedih dan tidak keluar diadap orang
selama tujuh hari. Oleh itu, raja menitahkan Hang Jebat menghiburkan hati Raja Melaka
dengan mendondangkan lagu dan beriwayat demi menghiburkan hati Raja Melaka yang
sedang berduka sejak perginya Hang Tuah.
“... maka Hang Jebat pun datang mengadap. Maka disuruhnya oleh
raja membaca hikayat, kerana ia tahu membawa suara bagai-bagai,
tambahan suaranya terlalu baik. Maka hang Jebat pun membawa
11
hikayat, terlalu nyaring suaranya lagi merdu. Maka segala dayang-
dayang dan perwara dan gundik raja sekaliannya pun duduk mengintai
di balik dinding, mengintaikan Hang Jebat membaca hikayat itu. Maka
segala gundik raja pun berahilah akan Hang Jebat. Maka raja pun
terlalu sukacita menengar Hang Jebat membaca hikayat itu, suaranya
terlalu manis seperti buluh perindu, kerana Hang Jebat pandai
mengadakan suara memberi sekalian menengar dia pilu dan rawan;
barangsiapa menengar dia menjadi kasih hatinya. Maka raja pun
beradulah di ribanya Hang Jebat. Maka Hang Jebat pun berhenti
daripada membaca itu lalu menyanyi pula mengulit raja beradu itu,
terlalu sekali merdu suaranya. Maka raja pun tidurlah di riba Hang
Jebat terlalu nyedar...”
(Hikayat Hang Tuah 1997:329)
Setelah Hang Jebat dilantik menjadi laksamana, beliau berubah sikap menjadi
seorang yang liar sehingga melarang pembesar-pembesar istana datang mengadap Raja
Melaka. Hang Jebat tidak menghiraukan nasihat kawan-kawannya dan ini menyebabkan
kawan-kawannya mulai muak dengan sikap Hang Jebat. Tun Teja juga membantah
keputusan Raja Melaka untuk menganugerahkan gelaran Paduka Raja kepada Hang Jebat
kerana gelaran itu adalah untuk keturunan Bendahara Paduka Raja. Beberapa pembesar
istana mula terkenangkan Hang Tuah dan menyesal kerana pernah menfitnah Hang Tuah.
12
PERUBAHAN SIKAP HANG JEBAT
Permukahan dalam Istana
Selepas Hang Jebat dikurniakan gelaran Paduka Raja oleh sultan dan mendapat keris
Taming Sari, sikap Hang Jebat telah berubah. Hang Jebat telah berkelakuan seperti anak-
anak raja dan menunjukkan sikap tidak sopan terhadap raja dan bendahara. Hang Jebat
telah bermukah, yang membawa maksud berzina dalam bahasa Melayu moden.
Arkian maka Hang Jebat pun sentiasa duduk di dalam istana raja;ia
temasya dengan segala dayang-dayang isi istana dan gundik dengan
segala bunyi- bunyian terlalu ramai. Maka Hang Jebat pun bermukah
dengan segala dayang-dayang;
(Hikayat Hang Tuah: Halaman ke 333)
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (halaman 1051), bermukah membawa maksud
melakukan persetubuhan secara haram, berzina, berkehendak. Berdasarkan petikan di
atas, jelas bahawa Hang Jebat memang melakukan zina termasuk jugalah berzina dengan
gundik raja.
Perbezaan Peranan Hang Jebat dan Hang Tuah
Perbuatan Hang Jebat tiada seorang pun yang berani menegurnya,tetapi
perbuatannya ini telah diintai oleh seorang sahabatnya, Hang Kasturi. Hang Kasturi telah
bertanya kepada Hang Jebat "Adapun tatkala laksamana jadi orang tua, bendahara dan
temenggung dan segala pegawai hamba lihat sediakala masuk bermain ke balairung dan
ke bendul. Akan sekarang tuan hamba jadi orang tua, hamba lihat bendahara dan
13
temenggung dan segala pegawai yang tua-tua tiada masuk bermain ke balairung dan
ke bendul. Apa juga sebabnya?"
Petikan ini turut menunjukkan kepada kita bahawa sewaktu Hang Jebat dilantik
menjadi Paduka Raja oleh raja, perwatakan Hang Jebat berbeza jika dibandingkan
dengan Hang Tuah kerana sewaktu Hang Tuah menjadi laksamana, bendahara,
temenggung dan segala pegawai yang tua-tua boleh bekerjasama dengan Hang Tuah.
Sikap Hang Jebat yang tidak membenarkan sesiapa masuk ke istana, termasuklah
segala pegawai dan petuanan menyebabkan pegawai dan ketuanan ini tersangat marah
kepadanya. Maka kata Hang Jebat, "Jangan tuan-tuan masuk haru biru, kerana dahulu
lain sekarang lain; bukan seperti adat Laksamana dijadikan orang tua ini".
Segala pegawai berasa terkilan dengan sikap Hang Jebat dan merasakan bahawa
selagi Hang Jebat dijadikan orang kaya dalam istana raja, mereka semua sudah tiada hak
dan tiada berguna lagi kepada raja.
Keberanian Jebat, Penderhakaannya kepada Raja
Disebabkan sikap Hang Jebat ini, raja telah berpindah keluar istana dan tinggal di
rumah bendahara, iaitu Tun Bija Sura. Bendahara dengan isterinya telah mengemas
rumah untuk raja tinggal di situ, manakala mereka kedua suami isteri telah berpindah
tinggal di rumah yang lain. Perpindahan keluar raja dari istana ini membuatkan perasaan
Hang Jebat sangat gembira dan perangai Hang Jebat ini semakin menjadi-jadi, dia telah
berpesta dalam istana, malah Hang Jebat dengan beraninya mengguna segala peralatan
yang raja gunakan.
14
Petikan yang menunjukkan keberanian Hang Jebat menderhaka kepada raja.
" Maka hari pun sianglah. Maka dilihat oleh Hang Jebat raja anak
beranak Sudah undur dari istana. Maka ia pun terlalu sukacita lalu ia
duduk di atas peterana yang keemasan tempat raja duduk itu. Maka
biduan empat itu pun bernyanyilah, terlalu ramai makan minum
dengan segala bunyi-bunyian. Maka Hang Jebat pun mandi berlangir
pada pasu emas tempat raja mandi. Maka ia memakai bau-bauan;
maka ia pun menyuruh mengambil peti pakaian itu. Maka diambilnya
kain raja yang berpakankan emas itu dipakainya dan baju raja
daripada rambuti itupun dipakainya. Maka destar daripada emas yang
berpermata itu dipakainya".
(Hikayat Hang Tuah: Halaman ke 336)
Raja yang berasa murka telah menitahkan supaya Hang Jebat dibunuh tetapi
semuanya sia-sia. Seorang pun tiada dapat membunuh Hnag Jebat ini. Hal ini demikian
kerana selagi keris Taming Sari ada pada Hang Jebat, "jangankan dibunuh dan
ditangkap, menentang matanya pun tiada dapat". Badan Hang Jebat tidak akan tercalar
walaupun sedikit sebaliknya orang lain yang akan mati.
Karis Taming Sari ini pada asalnya adalah milik penjurit tua dari Majapahit yang
bernama Taming Sari. Keris ini telah diberikan oleh Seri Betara Majapahit kepada Hang
Tuah kerana Hang Tuah telah berjaya membunuh Taming Sari. Keris Taming Sari
dikatakan mempunyai kesaktian.
Hang Jebat turut mengamuk apabila raja menitahkan orang ramai membunuhnya,
sehinggakan ramai nyawa yang terkorban, malah angkanya mencecah ribuan seperti yang
15
tercatat pada Hikayat Hang Tuah, halaman 337.
Sikap Jebat Menyebabkan Raja dalam Dilema.
Raja kemudiannya berasa sangat kecewa dan sedih sehingga menitiskan air mata
kerana sangat menyesal dengan perbuatannya terhadap laksamana. Sepertimana kata
baginda "Maka raja pun tunduk terkenang akan Laksamana lalu cucur air matanya".
Raja telah mengarahkan bendahara memanggil anak kepada Hang Tuah, iaitu Tun
Nadim. Setelah Hang Nadim datang mengadap, raja telah mengambil Hang Nadim
sebagai anak angkatnya supaya menjadi pengganti pandang bapanya, Hang Tuah. Maka
raja pun terbayang-bayang akan laksamana setelah melihat tingkah laku Hang Nadim itu.
Bendahara yang melihat perubahan sikap raja yang terlalu mengenangkan
Laksamana Hang Tuah, dia kemudiannya telah membuka rahsia yang sebenar bahawa dia
tidak membunuh Hang Tuah sebaliknya Hang Tuah telah disorokkannya ke Hulu Melaka.
"Daulat tuanku patik mohonkan ampun dan kurnia, patik
persembahkan nyawa patik anak-beranak ke Bawah Duli Syah Alam,
kerana patik derhaka. Maka patik tahani laksamana itu;patik lihat dia
tiada berdosa".
(Hikayat Hang Tuah : Halaman 345)
Raja berasa sukacita dengan pengkhabaran yang disampaikan bendahara itu. Raja
terus mengampunkan dosa Hang Tuah meskipun Hang Tuah tidak melakukan kesalahan
kepadanya. Raja juga mengatakan bahawa Hang Tuah yang akan ditugaskan untuk
membunuh Hang Jebat.
16
PERISTIWA PERTIKAMAN HANG JEBAT DENGAN HANG TUAH
Tun Pekerma dan Tun Kasturi telah sampai ke hulu Melaka untuk menjemput Hang
Tuah pulang ke Melaka setelah dititahkan oleh raja untuk berbuat demikian. Pada malam
sebelumnya Tun Pekerma dan Tun Kasturi tiba di hulu Melaka, Syeikh Mansur telah
memberitahu Hang Tuah bahawa Hang Tuah harus pulang ke Melaka kerana Melaka
berada dalam keadaan huru-hara ketika itu.
Apabila Hang Tuah dibawa pulang oleh Tun Pekerma dan Tun Kasturi ke Melaka,
raja segera bertemu dengan Hang Tuah dan memeluknya. Hang Tuah kemudiannya telah
diarah untuk membersihkan diri dan kemudiannya diberikan persalinan baru oleh raja.
Hang Tuah kemudiannya telah berlatih menggunakan keris dan pedang disebabkan telah
lama tidak berlawan dan memegang keris. Setelah selesai berlatih, Hang Tuah telah
meminta semula Keris Taming Sari yang pernah digunakannya dahulu daripada raja,
namun raja telah memberitahu bahawa keris tersebut telah baginda berikan kepada Hang
Jebat. Hang Tuah kecewa atas perkara tersebut kerana keris Taming Sari sudah sebati
dengan dirinya. Raja cuba memujuk Hang Tuah agar Hang Tuah menggunakan keris yang
lain yang ada dalam simpanan baginda. Setelah peti keris dikeluarkan, Hang Tuah
melihat satu demi satu keris yang ada, namun setelah diteliti, hanya sebilah keris saja
yang sesuai dan berkenan di hati Hang Tuah, iaitu keris Parung Sari berbanding keris-
keris yang lain yang ada dalam simpanan raja. Raja kemudiannya teringat akan keris
pemberian almarhum ayahanda baginda sewaktu berada di Bukit Seguntang suatu ketika
dahulu. Namun, keris tersebut berada di istana, iaitu di dalam peraduan baginda yang kini
didiami oleh Hang Jebat.
Hang Kasturi kemudiannya menawarkan diri pergi ke istana untuk mengambil keris
17
tersebut. Sewaktu pergi ke istana, Hang Kasturi meminta daripada Hang Jebat agar
membenarkannya masuk. Hang Jebat mempelawanya untuk makan namun Hang Kasturi
menolak. Kemudian, Hang Jebat sendiri yang membantu mengambilkan keris raja yang
berada di peraduan tersebut dan memberikannya kepada Hang Kasturi walaupun Hang
Jebat sudah tahu tujuan sebenar keris itu diambil oleh Hang Kasturi atas arahan raja.
Hang Jebat tahu, cuma Hang Tuah yang mampu membunuhnya dan pembunuhan ke atas
dirinya cuma akan berlaku dengan hanya menggunakan keris Taming Sari, sedangkan
pada masa itu Hang Jebat tidak mengetahui hal sebenar bahawa Hang Tuah masih hidup.
Hang Jebat beranggapan bahawa Hang Tuah sudah mati dan kerana itu, tiada sesiapa
yang mampu membunuhnya lagi walaupun keris itu diambil oleh raja.
Seluruh rakyat jelata hadir pada hari perlawanan Hang Tuah dan Hang Jebat. Namun,
ketika itu Hang jebat tidak mengetahui hal sebenar. Ketika Hang Jebat melihat kehadiran
Hang Tuah disitu, dia berasa sangat terkejut kerana melihat HangTuah berada di situ
sedangkan sebelum ini dia telah beranggapan bahawa Hang Tuah telah mati dibunuh oleh
bendahara atas arahan raja. Hang Jebat kemudiannya menjelaskan kepada Hang Tuah
bahawa segala yang dilakukannya adalah untuk membalas dendam di atas kematian
sahabatnya itu. Hal ini kerana apabila dia mendengar bahawa Hang Tuah dijatuhkan
hukuman bunuh oleh raja akibat fitnah Patih Kerma Wijaya serta pegawai istana, Hang
Jebat tidak mampu untuk bersabar kerana dia menganggap perkara itu adalah amat tidak
adil kerana raja telah menghukum Hang Tuah tanpa usul periksa. Hang Jebat tidak mahu
memegang konsep ‘ Melayu Pantang Derhaka’ tetapi Hang Jebat mengambil ketetapan
bahawa ‘ raja adil raja disembah, raja zalim raja yang ditentang’. Namun, Hang Tuah
tidak bersetuju dengan prinsip Hang Jebat. Oleh itu, bagi Hang Tuah, Hang Jebat harus
18
dibunuh kerana telah menderhaka kepada raja, walaupun Hang Jebat itu merupakan
sahabat karibnya sejak kecil.
Antara cebisan dialog yang telah didramakan oleh Ali Aziz melalui 'Hang Jebat
Menderhaka'.
Hang Jebat: Cih! Si Tuah dengan Si Jebat, hulubalang Raja mati tiada berguna. Jika Si
Tuah dengan Si Jebat gerangan dititahkan menyerang negeri orang kita berdua ini
cukuplah.
Hang Tuah: Sungguh seperti kata kau itu. Tetapi kau sudah menderhaka dan dosa kau
ialah dosa yang tidak terampun.
Sebelum bertarung dengan Hang Tuah, Hang Jebat telah menutup semua pintu istana
dan membunuh seramai 700 orang perempuan di dalam istana sehingga menyebabkan
darah membanjiri bawah istana dan kemudian cuba pula menikam curi Hang Tuah ketika
dia menyuruh Hang Tuah naik ke istana dengan taktiknya, iaitu membuka sebelah saja
pintu. Hang Tuah dapat mengesan taktik kotor Hang Jebat lalu meminta agar Hang Jebat
membuka kedua-dua belah pintu. Hang Tuah berjaya mengelak. Pertarungan pun berlaku
dan akhirnya, Hang Tuah berjaya merampas keris Taming Sari daripada Hang Jebat
sewaktu Hang Jebat sedang leka memandang ke arah luar istana. Hang Jebat
kemudiannya meminta sebilah keris pendua yang dimiliki oleh Hang Tuah
memandangkan dia tidak mahu tewas kepada Hang Tuah tanpa bersenjata. Hang Tuah
lalu memberikan keris Parung Sari kepada Hang Jebat.
Setelah menghadapi pertarungan yang sengit, Hang Tuah berjaya menikam Hang
Jebat sebanyak dua kali. Setelah ditikam dan Hang Tuah berlalu pergi begitu sahaja dari
istana, Hang Jebat pun meninggalkan kawasan istana dengan keadaan parah. Hang Jebat
19
lalu membalut luka tusukan tersebut dan kemudian mengamuk dan membunuh beribu-
ribu orang yang berada di pasar. Apabila Hang Tuah mendapat tahu perihal tersebut
daripada raja, Hang Tuah lalu pergi mendapatkan Hang Jebat dan lantas membawanya
pulang ke rumah dan menjemput Hang Jebat untuk makan. Setelah makan sirih, Hang
Jebat telah berpesan kepada Hang Tuah agar menjaga anak hasil permukahannya dengan
Dang Baru yang sedang mengandungkan tujuh bulan jika anak yang lahir itu adalah lelaki
dan jika anak yang dilahirkan adalah perempuan, bergantung kepada Dang Baru untuk
menguruskan anak tersebut. Setelah habis berpesan, Hang Jebat kemudiannya mati di
pangkuan Hang Tuah.
Setelah Hang Jebat mati, mayatnya telah ditayangkan selama tujuh hari di pasar dan
kemudiannya digantung di tengah-tengah jalan-raya untuk dilihat oleh orang ramai.
Mengikut perkara yang tertulis dalam Hikayat Hang Tuah, telah dinyatakan bahawa tiada
tumbuh sebarang rumput sehingga sekarang di tempat Hang Jebat digantung. Dang Baru,
telah melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Hang Kadim. Hang Kadim
kemudiannya dihantar oleh Hang Tuah kepada bendahara dari Seri Buana Inderapura dan
diasuh dengan baik seperti yang telah dipesan saudaranya, Hang Jebat kepadanya. Hang
Tuah tetap dengan kesetiaannya yang tidak berbelah-bagi kepada raja tetapi kini tiada lagi
Hang Jebat di muka bumi kerana kesetiaannya terhadap persahabatan.
PENGAJARAN
Pengajaran pertama yang terdapat dalam watak Hang Jebat ialah kita mestilah berani
menentang kekejaman atau ketidakadilan yang berlaku di depan mata kita. Hang Jebat
merupakan seorang pahlawan yang gagah dan berani. Keberaniannya tidak kurang
20
daripada Hang Tuah, bahkan sifatnya lebih radikal berbanding Hang Tuah. Keberanian
Hang Jebat dapat dilihat apabila dia sanggup menderhaka kepada sultan demi
menegakkan ketidakadilan yang telah berlaku ke atas sahabatnya, iaitu Hang Tuah. Sultan
dikatakan tidak adil kerana telah menjatuhkan hukuman kepada Hang Tuah yang difitnah
tanpa usul periksa. Ketidakadilan sultan menyebabkan Hang Jebat menuntut bela atas
kematian Hang Tuah. Banyak perbuatan penderhakaan kepada sultan yang telah
dilakukan oleh Hang Jebat untuk membela hang Tuah. Penderhakaan yang dilakukan oleh
Hang Jebat begitu besar sehingga Sultan Mansur Shah sangat murka. Penderhakaan Hang
Jebat bukanlah bermotifkan kuasa dan pangkat, tetapi adalah untuk mendapatkan
keadilan yang sewajarnya. Hang Jebat juga berpegang kepada prinsip ‘Raja adil raja
disembah, raja zalim raja disanggah’. Prinsipnya ini telah menjadi kata-kata hikmat
setiap kali memperkatakan perihal perjuangan untuk menuntut keadilan atau semasa
hendak memperkatakan perihal kezaliman raja yang memerintah pada masa kini.
Pengajaran kedua ialah, janganlah kita mengkhianati sahabat kita. Hang Jebat
merupakan seorang yang bersifat setiakawan. Hang Jebat adalah pahlawan Melayu yang
berani menentang raja semata-mata kerana persahabatan. Kesetiaannya kepada
sahabatnya tidak ada tolok bandingnya. Persahabatannya dengan Hang Tuah amat
mengagumkan. Meraka boleh dianggap seperti saudara kandung. Tetapi keakraban
persahabatan mereka tidak kekal lama sehinggalah berlakunya pertarungan hidup mati di
antara mereka yang membawa kepada kematian Hang Jebat. Meskipun begitu, terdapat
perbezaan tentang prinsip yang mereka pertahankan, iaitu prinsip yang dipertahankan
oleh Hang Tuah adalah ketaatan kepada sultan, manakala prinsip yang ingin Hang Jebat
pertahankan adalah keadilan. Nilai setiakawan yang ditunjukkan oleh Hang Jebat dapat
21
dilihat apabila dia bersungguh-sungguh menegakkan keadilan terhadap Hang Tuah.
Namun, Hang Tuah telah mengkhianati nilai setiakawan yang ditunjukkan oleh Hang
Jebat sehingga sanggup membunuh sahabatnya yang telah melakukan penderhakaan
kepada sultan demi menegakkan keadilan untuk dirinya. Sifat setikawan Hang Jebat juga
dapat dilihat dari konteks lain, iaitu dia akan merasa kurang senang jika salah seorang
daripada kelima-lima sahabatnya, iaitu Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang
Lekiu ditimpa kesusahan. Contohnya, dia pernah memarahi Hang Tuah kerana semasa
hendak pergi ke sungai, dia tidak mahu mengajak sahabatnya untuk menemaninya
sehingga terpaksa bertempur dengan perajurit upahan Majapahit seramai 40 orang.
Seterusnya ialah, kita haruslah menjadi diri kita yang sebenar dan tidak menipu diri
sendiri. Contohnya, semasa Hang Jebat berlawan menentang musuh, dia akan menentang
musuh secara habis-habisan. Hang Jebat berpegang kepada prinsip ‘berbuat jahat jangan
kepalang’. Contohnya, semasa dia bertikam dengan Hang Tuah, Hang Tuah pernah
bertanya kepadanya sama ada dia menyesal melakukan penderkaaan kepada sultan atau
tidak. Tetapi Hang Jebat dengan tegasnya mengatakan bahawa dia sedikit pun tidak
menyesali perbuatannya itu. Bagi Hang Jebat, tidak ada sifat berselindung atau memuji-
muji dan bekerja untuk mendapatkan nama atau sanjungan. Hang Jebat merupakan satu-
satunya pahlawan Melayu yang yang sanggup berdepan dengan raja dan ingin
memecahkan tradisi feudalisme iaitu, pantang Melayu menderhaka . Hang Jebat percaya
bahawa apa yang dilakukannya adalah benar dan hak.
22
PENUTUP
Perubahan persepsi terhadap keperwiraan Hang Tuah dan Hang Jebat yang
digarap oleh beberapa dramatis dalam dekad-dekad yang berlainan menyerlahkan juga
pandangan, analisis, cerminan yang berbeza tentang masyarakat itu sendiri.
Sesungguhnya dramatis-dramatis ini menggunakan teater mereka untuk mencerminkan
dan membayangkan isu-isu dominan tentang sosial, budaya, ekonomi dan politik
Malaysia. Pada tahun 1950-an dan 1960-an, wira yang disanjung ialah Hang Tuah. Dekad
70-an pula mengetengahkan Hang Jebat sebagai wira.
Bagi masyarakat zaman feudal, mereka beranggapan bahawa Hang Tuah ialah
seorang wira. Hal ini demikian kerana, Hang Tuah seorang yang sangat taat dan setia
kepada raja. Walaupun Hang Tuah telah difitnah, tetapi Hang Tuah tidak
mempertahankan dirinya dan sanggup dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Mansur Shah.
Masyarakat zaman dahulu beranggapan bahawa sultan ialah khalifah Allah yang
mempunyai kuasa dan daulat. Sekiranya mereka mengingkari perintah sultan, mereka
akan menerima tulah. Oleh hal yang demikian, mereka sangat taat dan setia kepada sultan
walaupun sultan itu seorang sultan yang zalim terhadap rakyatnya.
Manakala, bagi masyarakat moden pula, mereka beranggapan bahawa Hang Jebat
ialah satu-satunya pahlawan Melayu yang berani menentang sultan. Hang Jebat dianggap
wira kerana berani menentang sultan demi menegakkan keadilan dan hak rakyat. Hal ini
demikian kerana Sultan Mansur Shah seorang sultan yang sangat zalim terhadap
rakyatnya. Segala arahannya perlu dipatuhi walaupun pada dasarnya arahannya itu hanya
untuk kepentingan dirinya sahaja. Hang Jebat yang digambarkan sebagai seorang yang
sangat keras hati, bertindak terburu-buru dan setiakawan itu berasa kezaliman yang
23
berlaku terhadap Hang Tuah apabila Hang Tuah difitnah dan dihukum bunuh.
Bagi masyarakat moden, keadilan penting dalam sesebuah kerajaan. Seseorang
pemimpin tidak boleh berlaku zalim terhadap rakyatnya dan perlu menjaga kebajikan
rakyatnya. Dalam kerajaan yang demokrasi, rakyat berhak bersuara untuk
mempertahankan hak rakyat. Oleh hal yang demikian, Hang Jebat telah dilihat sebagai
wira Melayu moden kerana gagah berani dan sedia melawan kuasa raja demi prinsip
kehidupannya dan kasih sayangnya kepada seorang sahabat.
RUJUKAN
Kassim Ahmad, Noriah Mohamed (1997). Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Yayasan
Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kathiresan D. (1998). Kajian Teks Sastera : Sulalatus Salatin:Sejarah Melayu. Selangor:
Addison Wesly Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Mana Sikana (2006). Teori sastera teksdealisme. Penerbit Pustaka Karya.
Mohd Mansur Abdullah (1988). Pengantar Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur:
Nurin Enterprise.
Mohd Yusoff Hashim (2008). Hang Tuah: Wira Melayu. Melaka: Institut Kajian Sejarah
dan Patriotisme Malaysia (IKSEP)
Siti Aisah Murad (1993). Konsep Wira dalam Sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia.
24
Siti Hawa Salleh (1992). Sebutir Pasir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka &
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Usman Awang, penterjemah Rahmah Bujang (2005). Matinya seorang pahlawan: Jebat
=death of a warrior: Jebat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
V.I Braginsky (1994). Erti Keindahan dan Keindahan Erti dalam Kesusasteraan melayu
Klasik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Yeoh (2004).Ulasan dan Kajian Kesusasteraan Melayu STPM: Sulalatus Salatin
(Sejarah Melayu). Selangor:SNP Panpac (M) Sdn. Bhd.
25

More Related Content

What's hot

Tuhfat al nafis
Tuhfat al nafisTuhfat al nafis
Tuhfat al nafisAlif Akram
 
Plot dalam karya : nota
Plot dalam karya : notaPlot dalam karya : nota
Plot dalam karya : notaNeddy nadia
 
Power point hikayat hang tuah bab 7 untuk wordpress.
Power point hikayat hang tuah bab 7   untuk wordpress.Power point hikayat hang tuah bab 7   untuk wordpress.
Power point hikayat hang tuah bab 7 untuk wordpress.manjaiqbal257
 
Tuhfat al nafis
Tuhfat al nafisTuhfat al nafis
Tuhfat al nafisAlif Akram
 
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPerbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPensil Dan Pemadam
 
Peminangan Puteri Gunung Ledang (prosa tradisional)
Peminangan Puteri Gunung Ledang (prosa tradisional)Peminangan Puteri Gunung Ledang (prosa tradisional)
Peminangan Puteri Gunung Ledang (prosa tradisional)farliza
 
Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa
Karya Klasik Hikayat Merong MahawangsaKarya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa
Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsanorhafizahabdrahim
 
Pengenalan Prosa Tradisional
Pengenalan Prosa TradisionalPengenalan Prosa Tradisional
Pengenalan Prosa TradisionalWardah Munirah
 
PAM- Konsep Malaysia Maju dan Sejahtera
PAM- Konsep Malaysia Maju dan SejahteraPAM- Konsep Malaysia Maju dan Sejahtera
PAM- Konsep Malaysia Maju dan SejahteraKhai Khairy
 
Campurtangan British di Tanah Melayu 1
Campurtangan British di Tanah Melayu 1Campurtangan British di Tanah Melayu 1
Campurtangan British di Tanah Melayu 1SKSP
 
Peristiwa penentangan pemimpin tempatan
Peristiwa penentangan pemimpin tempatanPeristiwa penentangan pemimpin tempatan
Peristiwa penentangan pemimpin tempatanNurul Ain Kassim
 
KSSM Sejarah Tingkatan 3 Bab 2.pptx
KSSM Sejarah Tingkatan 3 Bab 2.pptxKSSM Sejarah Tingkatan 3 Bab 2.pptx
KSSM Sejarah Tingkatan 3 Bab 2.pptxSulkhairiYakub1
 
T2 BAB 2 2.2 KEGIATAN EKONOMI
T2 BAB 2 2.2 KEGIATAN EKONOMIT2 BAB 2 2.2 KEGIATAN EKONOMI
T2 BAB 2 2.2 KEGIATAN EKONOMITeh Boon Siang
 
Hikayat hang tuah.
Hikayat hang tuah.Hikayat hang tuah.
Hikayat hang tuah.jimoh370
 
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuSulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuAlif Akram
 

What's hot (20)

Tutorial minggu 11 [PERJANJIAN PANGKOR]
Tutorial minggu 11 [PERJANJIAN PANGKOR]Tutorial minggu 11 [PERJANJIAN PANGKOR]
Tutorial minggu 11 [PERJANJIAN PANGKOR]
 
Hikayat Patani
Hikayat PataniHikayat Patani
Hikayat Patani
 
Tuhfat al nafis
Tuhfat al nafisTuhfat al nafis
Tuhfat al nafis
 
Plot dalam karya : nota
Plot dalam karya : notaPlot dalam karya : nota
Plot dalam karya : nota
 
Power point hikayat hang tuah bab 7 untuk wordpress.
Power point hikayat hang tuah bab 7   untuk wordpress.Power point hikayat hang tuah bab 7   untuk wordpress.
Power point hikayat hang tuah bab 7 untuk wordpress.
 
Tuhfat al nafis
Tuhfat al nafisTuhfat al nafis
Tuhfat al nafis
 
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan modenPerbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
Perbezaan antara kesusasteraan klasik dan kesusasteraan moden
 
Pertarungan tuah dengan jebat
Pertarungan tuah dengan jebatPertarungan tuah dengan jebat
Pertarungan tuah dengan jebat
 
Peminangan Puteri Gunung Ledang (prosa tradisional)
Peminangan Puteri Gunung Ledang (prosa tradisional)Peminangan Puteri Gunung Ledang (prosa tradisional)
Peminangan Puteri Gunung Ledang (prosa tradisional)
 
Kesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuKesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayu
 
Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa
Karya Klasik Hikayat Merong MahawangsaKarya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa
Karya Klasik Hikayat Merong Mahawangsa
 
Pengenalan Prosa Tradisional
Pengenalan Prosa TradisionalPengenalan Prosa Tradisional
Pengenalan Prosa Tradisional
 
PAM- Konsep Malaysia Maju dan Sejahtera
PAM- Konsep Malaysia Maju dan SejahteraPAM- Konsep Malaysia Maju dan Sejahtera
PAM- Konsep Malaysia Maju dan Sejahtera
 
Campurtangan British di Tanah Melayu 1
Campurtangan British di Tanah Melayu 1Campurtangan British di Tanah Melayu 1
Campurtangan British di Tanah Melayu 1
 
Melaka,nnm,negeri selat
Melaka,nnm,negeri selatMelaka,nnm,negeri selat
Melaka,nnm,negeri selat
 
Peristiwa penentangan pemimpin tempatan
Peristiwa penentangan pemimpin tempatanPeristiwa penentangan pemimpin tempatan
Peristiwa penentangan pemimpin tempatan
 
KSSM Sejarah Tingkatan 3 Bab 2.pptx
KSSM Sejarah Tingkatan 3 Bab 2.pptxKSSM Sejarah Tingkatan 3 Bab 2.pptx
KSSM Sejarah Tingkatan 3 Bab 2.pptx
 
T2 BAB 2 2.2 KEGIATAN EKONOMI
T2 BAB 2 2.2 KEGIATAN EKONOMIT2 BAB 2 2.2 KEGIATAN EKONOMI
T2 BAB 2 2.2 KEGIATAN EKONOMI
 
Hikayat hang tuah.
Hikayat hang tuah.Hikayat hang tuah.
Hikayat hang tuah.
 
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuSulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
 

Viewers also liked (20)

Hang jebat
Hang jebatHang jebat
Hang jebat
 
Hikayat hang tuah
Hikayat hang tuahHikayat hang tuah
Hikayat hang tuah
 
Matinya seorang pahlawan
Matinya seorang pahlawanMatinya seorang pahlawan
Matinya seorang pahlawan
 
Hikayat hang tuah
Hikayat hang tuahHikayat hang tuah
Hikayat hang tuah
 
Pkn materi smstr1
Pkn materi smstr1Pkn materi smstr1
Pkn materi smstr1
 
The ghotic novel
The ghotic novelThe ghotic novel
The ghotic novel
 
Pernikahan adat bali
Pernikahan adat baliPernikahan adat bali
Pernikahan adat bali
 
Hikayat hang tuah
Hikayat hang tuahHikayat hang tuah
Hikayat hang tuah
 
Hikayat merong-mahawangsa
Hikayat merong-mahawangsaHikayat merong-mahawangsa
Hikayat merong-mahawangsa
 
Pkn (klmpk 3)
Pkn (klmpk 3)Pkn (klmpk 3)
Pkn (klmpk 3)
 
B. Indonesia - Hikayat Bunga Kemuning
B. Indonesia - Hikayat Bunga KemuningB. Indonesia - Hikayat Bunga Kemuning
B. Indonesia - Hikayat Bunga Kemuning
 
Hikayat panji semirang
Hikayat panji semirangHikayat panji semirang
Hikayat panji semirang
 
Anger management 1
Anger management 1Anger management 1
Anger management 1
 
Contoh hikayat beserta unsur intrinsik dan ekstrinsik
Contoh hikayat beserta unsur intrinsik dan ekstrinsikContoh hikayat beserta unsur intrinsik dan ekstrinsik
Contoh hikayat beserta unsur intrinsik dan ekstrinsik
 
Teater Bangsawan
Teater Bangsawan  Teater Bangsawan
Teater Bangsawan
 
Anger Management
Anger ManagementAnger Management
Anger Management
 
Anger Management made simple in 10 steps
Anger Management made simple in 10 stepsAnger Management made simple in 10 steps
Anger Management made simple in 10 steps
 
Modul PKN 2012
Modul PKN 2012Modul PKN 2012
Modul PKN 2012
 
Hikayat Raja Pasai
Hikayat Raja PasaiHikayat Raja Pasai
Hikayat Raja Pasai
 
Rpp kelas 6 semester 2 pkn
Rpp  kelas 6 semester 2 pknRpp  kelas 6 semester 2 pkn
Rpp kelas 6 semester 2 pkn
 

Similar to HANG JEBAT

Hikayathangtuah
Hikayathangtuah Hikayathangtuah
Hikayathangtuah muhammad
 
hikayat hang tuah.pptx
hikayat hang tuah.pptxhikayat hang tuah.pptx
hikayat hang tuah.pptxRaihan745396
 
Sejarah hidup pahlawan
Sejarah hidup pahlawan Sejarah hidup pahlawan
Sejarah hidup pahlawan shasyakhalisha
 
Kerajaan Mataram Islam
Kerajaan Mataram IslamKerajaan Mataram Islam
Kerajaan Mataram IslamFikri Azhari
 
Keunikan karya agung - sejarah melayu
Keunikan karya agung - sejarah melayu Keunikan karya agung - sejarah melayu
Keunikan karya agung - sejarah melayu FaFai S.
 
Jenis dan bentuk sastera istana
Jenis dan bentuk sastera istanaJenis dan bentuk sastera istana
Jenis dan bentuk sastera istanaPensil Dan Pemadam
 
Keagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung MelayuKeagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung Melayumurni mohamat
 
Keagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung MelayuKeagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung Melayumurni mohamat
 
Sejarah Melayu
Sejarah MelayuSejarah Melayu
Sejarah MelayuCt Atikah
 
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuSulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuAlif Akram
 
Skmk, sastera kepahlawanan.
Skmk, sastera kepahlawanan.Skmk, sastera kepahlawanan.
Skmk, sastera kepahlawanan.jimoh370
 
Slide show soalan2 (johor)
Slide show soalan2 (johor)Slide show soalan2 (johor)
Slide show soalan2 (johor)sauya
 
Nota bab 2
Nota bab 2Nota bab 2
Nota bab 2Didamin
 
Kerajaan Kalingga/Holing
Kerajaan Kalingga/HolingKerajaan Kalingga/Holing
Kerajaan Kalingga/Holingtafffana
 
Presentasi sejarah
Presentasi sejarahPresentasi sejarah
Presentasi sejarahputrithio
 

Similar to HANG JEBAT (20)

Hikayathangtuah
Hikayathangtuah Hikayathangtuah
Hikayathangtuah
 
Hang Tuah
Hang  TuahHang  Tuah
Hang Tuah
 
hikayat hang tuah.pptx
hikayat hang tuah.pptxhikayat hang tuah.pptx
hikayat hang tuah.pptx
 
Sejarah hidup pahlawan
Sejarah hidup pahlawan Sejarah hidup pahlawan
Sejarah hidup pahlawan
 
Kerajaan Mataram Islam
Kerajaan Mataram IslamKerajaan Mataram Islam
Kerajaan Mataram Islam
 
Hikayat
HikayatHikayat
Hikayat
 
Keunikan karya agung - sejarah melayu
Keunikan karya agung - sejarah melayu Keunikan karya agung - sejarah melayu
Keunikan karya agung - sejarah melayu
 
Jenis dan bentuk sastera istana
Jenis dan bentuk sastera istanaJenis dan bentuk sastera istana
Jenis dan bentuk sastera istana
 
Keagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung MelayuKeagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung Melayu
 
Keagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung MelayuKeagungan Karya Agung Melayu
Keagungan Karya Agung Melayu
 
Sejarah Awal Negara 1.1
Sejarah Awal Negara 1.1Sejarah Awal Negara 1.1
Sejarah Awal Negara 1.1
 
Sejarah Melayu
Sejarah MelayuSejarah Melayu
Sejarah Melayu
 
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah MelayuSulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
Sulalatus Salatin/Wacana Sejarah Melayu
 
Negeri-negeri Melayu Baru
Negeri-negeri Melayu BaruNegeri-negeri Melayu Baru
Negeri-negeri Melayu Baru
 
Perkhidmatan Awam
Perkhidmatan AwamPerkhidmatan Awam
Perkhidmatan Awam
 
Skmk, sastera kepahlawanan.
Skmk, sastera kepahlawanan.Skmk, sastera kepahlawanan.
Skmk, sastera kepahlawanan.
 
Slide show soalan2 (johor)
Slide show soalan2 (johor)Slide show soalan2 (johor)
Slide show soalan2 (johor)
 
Nota bab 2
Nota bab 2Nota bab 2
Nota bab 2
 
Kerajaan Kalingga/Holing
Kerajaan Kalingga/HolingKerajaan Kalingga/Holing
Kerajaan Kalingga/Holing
 
Presentasi sejarah
Presentasi sejarahPresentasi sejarah
Presentasi sejarah
 

More from NorWahida Salim

Sistem sosial masyarakat
Sistem sosial masyarakatSistem sosial masyarakat
Sistem sosial masyarakatNorWahida Salim
 
Bahasa dan kesusasteraan
Bahasa dan kesusasteraanBahasa dan kesusasteraan
Bahasa dan kesusasteraanNorWahida Salim
 
Bms 3022 karya agung melayu (1)1
Bms 3022 karya agung melayu (1)1Bms 3022 karya agung melayu (1)1
Bms 3022 karya agung melayu (1)1NorWahida Salim
 
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agungTakrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agungNorWahida Salim
 
Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing
Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asingBinaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing
Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asingNorWahida Salim
 

More from NorWahida Salim (12)

Sistem sosial masyarakat
Sistem sosial masyarakatSistem sosial masyarakat
Sistem sosial masyarakat
 
Sains dan teknologi
Sains dan teknologiSains dan teknologi
Sains dan teknologi
 
Perundangan
PerundanganPerundangan
Perundangan
 
Perluasan kuasa
Perluasan kuasaPerluasan kuasa
Perluasan kuasa
 
Bahasa dan kesusasteraan
Bahasa dan kesusasteraanBahasa dan kesusasteraan
Bahasa dan kesusasteraan
 
Aspek sosial
Aspek sosialAspek sosial
Aspek sosial
 
Aspek sosial falsafah
Aspek sosial falsafahAspek sosial falsafah
Aspek sosial falsafah
 
Aspek ekonomi
Aspek ekonomiAspek ekonomi
Aspek ekonomi
 
Bms 3022 karya agung melayu (1)1
Bms 3022 karya agung melayu (1)1Bms 3022 karya agung melayu (1)1
Bms 3022 karya agung melayu (1)1
 
Karya agung melayu
Karya agung melayuKarya agung melayu
Karya agung melayu
 
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agungTakrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
Takrif dan etimologi melayu serta konsep karya agung
 
Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing
Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asingBinaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing
Binaan kata, ayat, frasa, klausa dan pengaruh bahasa asing
 

Recently uploaded

Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 

Recently uploaded (20)

Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 

HANG JEBAT

  • 1. MATINYA SEORANG PAHLAWAN- HANG JEBAT NOR WAHIDA BT SALIM SITI NURAISHAH BT MOHD SHAID NORLIZA BT BAMSUANI NUR ATIKAH BT MUSLIM CRISTINE TEO NURULHANISAH BT SELAMAT ABSTRAK “Matinya Seorang Pahlawan: Hang Jebat” membincangkan mengenai pengorbanan seorang sabahat terhadap sahabatnya dalam menggambarkan erti semangat setiakawan. Ketegasan Hang Jebat dalam memperjuangkan apa yang dirasakannya benar dan tidak menindas mana-mana pihak menjadi laungan semangat perjuangannya. Dalam penceritaan Hikayat Hang Tuah, Hang Jebat digambarkan sebagai pengkhianat kerajaan Melaka walhal tindakan beliau adalah untuk memperjuangkan nasib rakyat dan menuntut bela terhadap khabar angin kematian sahabatnya Hang Tuah atas fitnah yang dilemparkan oleh pembesar Melaka. Dalam kertas kerja seminar ini, kami akan membincangkan mengenai “Matinya Seorang Pahlawan: Hang Jebat”. Kami akan menghuraikan dengan lebih terperinci mengenai perwatakan Hang Jebat, konflik-konflik yang menjurus kepada peristiwa kematian Hang Jebat dan pengajaran yang kita perolehi daripada kisah Hang Jebat ini. 1
  • 2. PENGENALAN Hikayat Hang Tuah ialah sebuah epik kepahlawanan yang merentasi sepanjang zaman kerajaan Melaka. Hang Tuah merupakan seorang laksamana serta pahlawan Melayu yang taat kepada sultannya terutama semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah di Melaka pada abad ke-15. Semasa Hang Tuah berkhidmat di istana, beliau telah dihadiahi dengan keris Taming Sari kerana telah berjaya membunuh seorang pahlawan Majapahit. Hang Tuah telah dihukum bunuh kerana dituduh berzina dengan dayang Sultan. Bagaimanapun hukuman itu tidak dilaksanakan dan Hang Tuah telah dihantar ke suatu tempat yang terpencil. Hang Jebat telah mempercayai sahabatnya itu telah mati lalu menuntut bela dengan melancarkan pemberontakan balas dendam terhadap Sultan dan telah menyebabkan keadaan menjadi kelam kabut. Sultan berasa menyesal kerana telah menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Hang Tuah kerana hanya Hang Tuah sahaja yang mampu mengalahkan Hang Jebat. Bendahara telah memanggil Hang Tuah dari tempat persembunyiannya dan beliau telah diampunkan oleh Sultan. Hang Jebat tewas selepas bertarung dengan Hang Tuah selama tujuh hari. Hang Tuah telah meneruskan khidmatnya kepada Sultan selepas kematian Hang Jebat. SEJARAH MALAYSIA Sejarah awal Malaysia bermula dengan kewujudan manusia awal kewujudan manusia awal berusia 40 000 tahun. Secara dasarnya sejarah negara ini telah melalui empat zaman, iaitu Prasejarah, Proto Sejarah, Zaman Pertengahan dan Zaman Kolonial. Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat perdagangan Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan mereka melalui Selat Melaka. Penemuan beberapa tapak 2
  • 3. arkeologi Zaman Proto Sejarah membuktikan wujud petempatan pesisir pantai seawal abad ke-2 Masihi lagi. Ia membawa kepada kemunculan kerajaan awal sebelum abad ke 10 yang merupakan penempatan pesisir pantai dan pelabuhan kecil. Hal ini termasuklah Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, dan Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-15, Kesultanan Melayu Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat Portugis pada tahun 1511 diikuti oleh Belanda dan Britain untuk mewujudkan penempatan atau koloni di Selat Melaka. Penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau Balambangan pada tahun 1769 hasil dari perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Manakala penempatan Selat Koloni Di Raja Britain diwujudkan pada 1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan Selat termasuk Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri-negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan persatuan sulit Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah penduduk Negeri Selat. Akhirnya perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri-negeri Melayu, iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan atau dikenali sebagai Negeri- negeri Bersekutu. Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-negeri Tidak Bersekutu seperti Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang berada di bawah kuasa Thailand. Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, kesedaran untuk merdeka semakin menyerlah dan kuat. Perkara ini amat dikhuatir oleh British khususnya dalam menjaga kepentingannya dan masyarakat imigran. Justeru British 3
  • 4. mewujudkan Malayan Union, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal. Kemerdekaan untuk semenanjung diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa Singapura. Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September 1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (Sabah dan Sarawak). Kesultanan Brunei yang pada awalnya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia kemudian menarik diri akibat tentangan daripada sebahagian masyarakat Brunei. Pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan berlakunya rusuhan kaum pada 1969. PERBINCANGAN HIKAYAT HANG TUAH Hikayat Hang Tuah ialah satu-satunya contoh sastera epik yang ditakrifkan sebagai sastera epik berunsur kebangsaan atau sastera kepahlawanan berunsur kebangsaan. Hikayat ini dianggarkan terkarang selewat-lewatnya pada abad ke-17, terkemudian daripada Sulalatus Salatin (sejarah melayu), Hikayat Hang Tuah termaktub sebagai sebuah karya sastera Melayu yang terindah. Hikayat Hang Tuah mengikut Shellabear ada dua edisi yang disalin dan digunakan hingga pada masa ini. Satu daripadanya naskhah yang disalin oleh Shellabear sendiri dan dicetak oleh Malayan Publishing House, Singapura yang mana ia didasarkan daripada hikayat tulisan tangan dalam simpanan R.N. Bland. Sementara yang sebuah lagi ialah naskhah yang diterbitkan oleh Balai Pustaka, Jakarta. Permulaan hikayat ini ditonjolkan mengenai pemerintah di kayangan yang akhirnya 4
  • 5. turun ke dunia semata-mata untuk menabalkan anak baginda Sang Peri Dewa di Bukit Seguntang. Baginda berkahwin pula dengan seorang puteri yang menjelma dari muntah lembu dan memperoleh empat orang anak, iaitu Sang Seniaka, Sang Jaya Nentaka, Sang Maniaka dan Sang Setiaka. Sang Maniaka menaiki kerajaan Bentan, daripada situ barulah dikaitkan dengan kisah keturunan Hang Tuah anak Hang Mahmud dengan Dang Merdu Wati di Sungai Duyung. Kesempitan hidup menyebabkan Hang Mahmud anak beranak berhijrah ke Bentan. Alamat dan tanda-tanda ajaib melalui mimpi menyatakan bahawa Hang Tuah satu ketika nanti akan menjadi orang terbilang ada juga disebutkan. Semasa kecilnya Hang Tuah kebetulan berkawan dengan empat orang sahabat yang akrab dan sebaya dengannya, iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Sejak kecil lagi Hang Tuah sudah menunjukkan keberanian dan kehandalan apabila mereka berlima mengalahkan lanun yang hendak menangkap mereka. Sekali lagi peristiwa Hang Tuah seorang diri telah membunuh orang gila dengan kapak. Hang Tuah lima bersahabat naik ke gunung untuk berguru kepada Sang Adi Putera. Di situlah pendita tersebut meramalkan kematian Hang Jebat di tangan Hang Tuah. Keberanian kelima sahabat ini ditonjolkan lagi apabila mereka berjaya membunuh orang-orang mengamuk yang hendak membunuh rombongan Bendahara Paduka Raja. Atas jasa mereka itu, kelima-limanya diambil oleh Bendahara menjadi pegawai rendah dalam istana. Patih Kerma Wijaya dari Majapahit merajuk dan lari ke Bentan. Dikaitkan pula cerita panji dimana Raden Wira Nentaja dari Daha singgah dalam perjalanan mencari sepupunya Raden Galuh Puspa Kencana. Diikuti pula dengan kisah sang Maniaka membuka negeri Melaka dan Hang Tuah ketika itu Bentara telah ditugaskan meminang 5
  • 6. Puteri Betara Majapahit. Di Majapahit pula Hang Tuah dan angkatan Melaka telah diuji oleh pendekar-pendekar Jawa. Termasuklah beliau membunuh orang Jawa yang mengamuk serta menewaskan Taming Sari dan Betara Majapahit memberikan gelaran kepadanya Laksamana. Raja Melaka semakin sayangkan Hang Tuah dan ini menerbitkan rasa dengki dan cemburu dalam kalangan pembesar istana serta memfitnah beliau sehingga sultan menitahkan Hang Tuah dibunuh. Bendahara menyelamatkan Hang Tuah dengan menyuruhnya melarikan diri. Akhirnya Laksamana Hang Tuah pergi ke Indara Putera (pahang). Disana beliau telah membuat angkara dengan melarikan Tun Teja puteri kepada Bendahara Pahang untuk disembahkan ke bawah duli Sultan Melaka. Tunang kepada Tun Teja- Megat Panji Alam marah, tetapi dibunuh oleh Hang Jebat dan Hang Kasturi begitu juga dengan adiknya Megat Kembar Ali. Sekali lagi Hang Tuah difitnah oleh pembesar-pembesar yang dengki. Bendahara yang dititah membunuh Hang Tuah telah menyorokkan Hang Tuah di hulu Melaka. Hang Jebat sebagai sahabat setia marahkan pembesar yang hasad dengki itu membuat onar. Istana sultan dirampas, gundik raja dinodainya. Begitu ramai pendekar yang dihantar membunuh Hang Jebat semuanya kecundang. Hang Tuah yang diampun kembali telah membunuh sahabat baiknya kerana dianggap memderhaka kepada raja. Semasa hayatnya Hang Tuah juga dikatakan telah dihantar menjadi duta ke Benua Keling, ke Benua Cina dan pernah jumpa Nabi Allah Khidir yang memberikannya ilmu supaya boleh bertutur apa-apa juga bahasa di dunia ini. Di akhir cerita dikatakan Hang Tuah yang sudah tua itu memohon ke bawah untuk berkhalwat, atau beribadat di Tanjung Jugra. Dikatakan semasa Hang Tuah beribadat di 6
  • 7. situ tiba-tiba dia ghaib menjadi wali Allah. Kononnya hulubalang besar tidak akan mati. Sejajar pula dengan slogan yang disebut-sebut oleh Hang Tuah, " Tidakkan Melayu hilang di dunia". DAPATAN KAJIAN LATAR BELAKANG DAN PERWATAKAN HANG JEBAT Gambaran Paras Rupa yang Kacak Dari segi fizikal Hang Jebat, Hang Jebat dikatakan mempunyai kulit yang putih dan rambutnya ikal. Gambaran singkat ini telah cukup memberi penjelasan kepada kita bahawa Hang Jebat adalah seorang yang kacak orangnya. Hang Jebat adalah seseorang yang mempunyai suara yang merdu dan pandai membaca hikayat. Dia juga memiliki ilmu seperti ilmu batin, ilmu sakti, ilmu firasat, dan ilmu pustaka. Kehandalannya lebih kurang sama dengan Hang Tuah kerana mereka sama-sama berguru di Bentan dan juga di Majapahit. "Dalam lima itu, seorang Hang Tuah namanya, saya lihat bukan barang- barang orang lakunya dan sikapnya, tubuhnya putih kuning dan rambutnya ikal, perkataannya hulubalang juga yang keluar daripada mulutnya dengan manisnya berkata-kata; dan seorang Hang Jebat, itupun terlalu baik sikapnya, tubuhnya putih kuning dan rambutnya ikal, perkataannya keras; seorang Hang Kasturi, seorang Hang Lekir, seorang Hang Lekiu, itu pun baik-baik sikapnya dan rupanya, sebaya-baya besarnya." (Hikayat Hang Tuah :Halaman ke 30) 7
  • 8. Hang Jebat Bersahabat dengan Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu, dan Hang Kasturi Hang Jebat merupakan sahabat kepada Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu, dan Hang Kasturi. Mereka berlima diberi gelaran ‘Lima Sekawan’ kerana telah menjalinkan persahabatan sejak dari kecil. Mereka mempunyai semangat persahabatan yang kuat dan saling mempertahankan sahabat mereka antara satu sama lain. Mereka berlima juga belajar silat bersama-sama sewaktu mereka kecil. Mereka pernah menewaskan musuh di sebuah pulau sewaktu mereka masih kecil. Kemudian mereka juga berjaya mengalahkan orang yang mengamuk dan cuba membunuh Bendahara Melaka. Hang Jebat bersama-sama rakan-rakannya telah menewaskan perajurit-perajurit Majapahit. Hang Jebat menghargai nilai persahabatan mereka. Justeru itu, dia tidak akan bertarung dengan Hang Kasturi. Sepertimana katanya, “Sungguh malu kalau sahabat menikam atau ditikam oleh sahabatnya sendiri”. Sifat kesetiaan kepada sahabatlah yang mengharumkan nama Hang Jebat, lebih-lebih lagi terhadap sahabatnya Hang Tuah. Hang Jebat menganggap persahabatan mereka berlima saudara sebagai telur sesarang, pecah sebiji pecah semuanya. Hang Jebat mempunyai Sikap Keras Hati, Bertindak Terburu-buru, dan Seorang yang Setiakawan Sikap yang menonjol pada diri Jebat ialah sikap keras hati. Sewaktu zaman remaja, Hang Tuah pernah menyuarakan cadangannya supaya mereka berlima sahabat pergi belayar. Walaupun begitu, Hang Jebatlah orang yang memperlihatkan sifat agresif dan berani. Ungkapan “Mengapa tidak belayar sahaja?” ditujukan oleh Hang Jebat kepada sahabat- 8
  • 9. sahabatnya. Hal yang sama juga berlaku sewaktu mereka berada di Majapahit, Hang Jebat jugalah yang mengutarakan cadangan supaya mereka semua mengamuk di istana Betara Majapahit kerana keris Taming Sari yang baru dihadiahkan oleh Betara Majapahit hilang. Daripada keterangan yang ditunjukkan ini jelas menunjukkan Hang Jebat adalah seorang yang berani dan keras hati. Walau bagaimanapun, Hang Jebat juga mempunyai kelemahannya sendiri. Hang Jebat selalu bertindak terburu-buru dan kadang-kadang melulu pula. Satu sifat Hang Jebat yang paling mulia ialah sifat setiakawannya yang sangat menebal. Kesetiaannya kepada sahabat tidak ada tolok bandingnya ketika itu. Hang Jebat menganggap persahabatan mereka berlima saudara sebagai telur sesarang, pecah sebiji pecah semuanya. Hang Jebat adalah pahlawan Melayu yang berani menentang raja semata-mata kerana persahabatan. Walaupun raja dianggapnya bayangan Tuhan dan tidak ada siapa yang berani menentangnya, tetapi Hang Jebatlah satu-satunya manusia yang memecahkan tradisi feudalisme: pantang Melayu menderhaka. Hang Jebat percaya apa yang dilakukannya adalah benar dan hak. Keberanian Hang Jebat digambarkan dalam Sulalatus Salatin Hang Jebat adalah seorang Hulubalang yang berani. Keberaniannya terserlah ketika mengikuti Sultan Mansur Syah ke Majapahit. Di Majapahit, Hang Jebat bersama kawan-kawannya dengan berani menaiki balai larangan Betara Majapahit sehingga mereka didatangi orang-orang Majapahit untuk menghapuskan Hang Jebat dan kawan- kawannya. Tetapi orang-orang Majapahit itu gagal: Sepertimana kata Hang Jebat " 9
  • 10. pancunglah oleh tuan hamba , biarlah hamba mengampung akan dia";... Hang Jebat adalah Seorang Betara kemudian menjadi Paduka Raja Hang Jebat pada asalnya hanyalah seorang betara biasa sahaja. Namun, Hang Jebat dinaikkan pangkat menjadi Paduka Raja selepas Hang Tuah dihukum bunuh. Hang Jebat dinaikkan pangkat bagi mengisi kekosongan tempat yang telah ditinggalkan oleh Hang Tuah selepas Hang Tuah dihukum bunuh. Mempunyai Anak bersama Dang Baru Hang Jebat mempunyai seorang anak lelaki hasil daripada permukahannya bersama Dang Baru. Hang Jebat berjaya memikat Dang Wangi yang merupakan seorang gundik yang sangat disenangi oleh raja. Permukahan antara mereka berdua terjadi semasa peristiwa Hang Jebat berfoya-foya dengan dayang-dayang istana di dalam bilik singgahsana raja sehingga melahirkan seorang anak lelaki. Anak lelaki tersebut dinamakan sebagai Hang Kadim. PERISTIWA HANG TUAH DIFITNAH-PERMULAAN PENDERHAKAAN HANG JEBAT Semasa zaman Hang Tuah menjadi Laksamana, Melaka aman dan tenteram. Raja sangat sayang dan sentiasa mendengar apa sahaja yang diperkatakan oleh Hang Tuah. Apa sahaja yang diperkatakan oleh Hang Tuah akan dituruti oleh raja. Melihat akan hal ini, maka ramailah pegawai-pegawai yang lain mencemburui kedudukan Hang Tuah. Mereka takut dan khuatir jika suatu hari nanti Hang Tuah yang akan menjadi Bendahara 10
  • 11. dan sentiasa disukai oleh raja. Hanya Bendahara dan Temenggung sahaja yang menyenangi Hang Tuah. Oleh itu, mereka berpakat untuk berjumpa Patih Kerma Wijaya supaya berpakat dengan mereka untuk menjatuhkan Hang Tuah. Pegawai-pegawai ini kemudiannya berjumpa dengan Patih Kerma Wijaya dan mula menabur fitnah tentang Hang Tuah. Mereka bercerita terlihat Hang Tuah bermukah dengan dayang-dayang istana. Patih Kerma Wijaya ini kemudiannya mengadap raja dan mengadu akan hal yang telah diceritakan oleh pegawai-pegawai itu. Hal ini menyebabkan raja murka dan tanpa usul periksa terus menitahkan Bendahara untuk membunuh Hang Tuah. Raja Melaka menitahkan Hang Jebat dan Hang Kasturi untuk mengambil keris Taming Sari daripada Hang Tuah. Walau bagaimanapun, Bendahara Paduka Raja tidak sampai hati untuk menghukum Hang Tuah dan tidak terus membunuh Hang Tuah sebaliknya menyuruh Hang Tuah bersembunyi untuk sementara waktu di dusunnya yang terletak di Hulu Melaka. Di Hulu Melaka itu Hang Tuah berguru dengan seorang sheikh yang bernama Syeikh Mansor. Sepeninggalan Hang Tuah, Hang Jebat dianugerahkan keris Taming Sari oleh Raja Melaka. Sepeninggalan Hang Tuah, raja bersedih dan tidak keluar diadap orang selama tujuh hari. Oleh itu, raja menitahkan Hang Jebat menghiburkan hati Raja Melaka dengan mendondangkan lagu dan beriwayat demi menghiburkan hati Raja Melaka yang sedang berduka sejak perginya Hang Tuah. “... maka Hang Jebat pun datang mengadap. Maka disuruhnya oleh raja membaca hikayat, kerana ia tahu membawa suara bagai-bagai, tambahan suaranya terlalu baik. Maka hang Jebat pun membawa 11
  • 12. hikayat, terlalu nyaring suaranya lagi merdu. Maka segala dayang- dayang dan perwara dan gundik raja sekaliannya pun duduk mengintai di balik dinding, mengintaikan Hang Jebat membaca hikayat itu. Maka segala gundik raja pun berahilah akan Hang Jebat. Maka raja pun terlalu sukacita menengar Hang Jebat membaca hikayat itu, suaranya terlalu manis seperti buluh perindu, kerana Hang Jebat pandai mengadakan suara memberi sekalian menengar dia pilu dan rawan; barangsiapa menengar dia menjadi kasih hatinya. Maka raja pun beradulah di ribanya Hang Jebat. Maka Hang Jebat pun berhenti daripada membaca itu lalu menyanyi pula mengulit raja beradu itu, terlalu sekali merdu suaranya. Maka raja pun tidurlah di riba Hang Jebat terlalu nyedar...” (Hikayat Hang Tuah 1997:329) Setelah Hang Jebat dilantik menjadi laksamana, beliau berubah sikap menjadi seorang yang liar sehingga melarang pembesar-pembesar istana datang mengadap Raja Melaka. Hang Jebat tidak menghiraukan nasihat kawan-kawannya dan ini menyebabkan kawan-kawannya mulai muak dengan sikap Hang Jebat. Tun Teja juga membantah keputusan Raja Melaka untuk menganugerahkan gelaran Paduka Raja kepada Hang Jebat kerana gelaran itu adalah untuk keturunan Bendahara Paduka Raja. Beberapa pembesar istana mula terkenangkan Hang Tuah dan menyesal kerana pernah menfitnah Hang Tuah. 12
  • 13. PERUBAHAN SIKAP HANG JEBAT Permukahan dalam Istana Selepas Hang Jebat dikurniakan gelaran Paduka Raja oleh sultan dan mendapat keris Taming Sari, sikap Hang Jebat telah berubah. Hang Jebat telah berkelakuan seperti anak- anak raja dan menunjukkan sikap tidak sopan terhadap raja dan bendahara. Hang Jebat telah bermukah, yang membawa maksud berzina dalam bahasa Melayu moden. Arkian maka Hang Jebat pun sentiasa duduk di dalam istana raja;ia temasya dengan segala dayang-dayang isi istana dan gundik dengan segala bunyi- bunyian terlalu ramai. Maka Hang Jebat pun bermukah dengan segala dayang-dayang; (Hikayat Hang Tuah: Halaman ke 333) Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (halaman 1051), bermukah membawa maksud melakukan persetubuhan secara haram, berzina, berkehendak. Berdasarkan petikan di atas, jelas bahawa Hang Jebat memang melakukan zina termasuk jugalah berzina dengan gundik raja. Perbezaan Peranan Hang Jebat dan Hang Tuah Perbuatan Hang Jebat tiada seorang pun yang berani menegurnya,tetapi perbuatannya ini telah diintai oleh seorang sahabatnya, Hang Kasturi. Hang Kasturi telah bertanya kepada Hang Jebat "Adapun tatkala laksamana jadi orang tua, bendahara dan temenggung dan segala pegawai hamba lihat sediakala masuk bermain ke balairung dan ke bendul. Akan sekarang tuan hamba jadi orang tua, hamba lihat bendahara dan 13
  • 14. temenggung dan segala pegawai yang tua-tua tiada masuk bermain ke balairung dan ke bendul. Apa juga sebabnya?" Petikan ini turut menunjukkan kepada kita bahawa sewaktu Hang Jebat dilantik menjadi Paduka Raja oleh raja, perwatakan Hang Jebat berbeza jika dibandingkan dengan Hang Tuah kerana sewaktu Hang Tuah menjadi laksamana, bendahara, temenggung dan segala pegawai yang tua-tua boleh bekerjasama dengan Hang Tuah. Sikap Hang Jebat yang tidak membenarkan sesiapa masuk ke istana, termasuklah segala pegawai dan petuanan menyebabkan pegawai dan ketuanan ini tersangat marah kepadanya. Maka kata Hang Jebat, "Jangan tuan-tuan masuk haru biru, kerana dahulu lain sekarang lain; bukan seperti adat Laksamana dijadikan orang tua ini". Segala pegawai berasa terkilan dengan sikap Hang Jebat dan merasakan bahawa selagi Hang Jebat dijadikan orang kaya dalam istana raja, mereka semua sudah tiada hak dan tiada berguna lagi kepada raja. Keberanian Jebat, Penderhakaannya kepada Raja Disebabkan sikap Hang Jebat ini, raja telah berpindah keluar istana dan tinggal di rumah bendahara, iaitu Tun Bija Sura. Bendahara dengan isterinya telah mengemas rumah untuk raja tinggal di situ, manakala mereka kedua suami isteri telah berpindah tinggal di rumah yang lain. Perpindahan keluar raja dari istana ini membuatkan perasaan Hang Jebat sangat gembira dan perangai Hang Jebat ini semakin menjadi-jadi, dia telah berpesta dalam istana, malah Hang Jebat dengan beraninya mengguna segala peralatan yang raja gunakan. 14
  • 15. Petikan yang menunjukkan keberanian Hang Jebat menderhaka kepada raja. " Maka hari pun sianglah. Maka dilihat oleh Hang Jebat raja anak beranak Sudah undur dari istana. Maka ia pun terlalu sukacita lalu ia duduk di atas peterana yang keemasan tempat raja duduk itu. Maka biduan empat itu pun bernyanyilah, terlalu ramai makan minum dengan segala bunyi-bunyian. Maka Hang Jebat pun mandi berlangir pada pasu emas tempat raja mandi. Maka ia memakai bau-bauan; maka ia pun menyuruh mengambil peti pakaian itu. Maka diambilnya kain raja yang berpakankan emas itu dipakainya dan baju raja daripada rambuti itupun dipakainya. Maka destar daripada emas yang berpermata itu dipakainya". (Hikayat Hang Tuah: Halaman ke 336) Raja yang berasa murka telah menitahkan supaya Hang Jebat dibunuh tetapi semuanya sia-sia. Seorang pun tiada dapat membunuh Hnag Jebat ini. Hal ini demikian kerana selagi keris Taming Sari ada pada Hang Jebat, "jangankan dibunuh dan ditangkap, menentang matanya pun tiada dapat". Badan Hang Jebat tidak akan tercalar walaupun sedikit sebaliknya orang lain yang akan mati. Karis Taming Sari ini pada asalnya adalah milik penjurit tua dari Majapahit yang bernama Taming Sari. Keris ini telah diberikan oleh Seri Betara Majapahit kepada Hang Tuah kerana Hang Tuah telah berjaya membunuh Taming Sari. Keris Taming Sari dikatakan mempunyai kesaktian. Hang Jebat turut mengamuk apabila raja menitahkan orang ramai membunuhnya, sehinggakan ramai nyawa yang terkorban, malah angkanya mencecah ribuan seperti yang 15
  • 16. tercatat pada Hikayat Hang Tuah, halaman 337. Sikap Jebat Menyebabkan Raja dalam Dilema. Raja kemudiannya berasa sangat kecewa dan sedih sehingga menitiskan air mata kerana sangat menyesal dengan perbuatannya terhadap laksamana. Sepertimana kata baginda "Maka raja pun tunduk terkenang akan Laksamana lalu cucur air matanya". Raja telah mengarahkan bendahara memanggil anak kepada Hang Tuah, iaitu Tun Nadim. Setelah Hang Nadim datang mengadap, raja telah mengambil Hang Nadim sebagai anak angkatnya supaya menjadi pengganti pandang bapanya, Hang Tuah. Maka raja pun terbayang-bayang akan laksamana setelah melihat tingkah laku Hang Nadim itu. Bendahara yang melihat perubahan sikap raja yang terlalu mengenangkan Laksamana Hang Tuah, dia kemudiannya telah membuka rahsia yang sebenar bahawa dia tidak membunuh Hang Tuah sebaliknya Hang Tuah telah disorokkannya ke Hulu Melaka. "Daulat tuanku patik mohonkan ampun dan kurnia, patik persembahkan nyawa patik anak-beranak ke Bawah Duli Syah Alam, kerana patik derhaka. Maka patik tahani laksamana itu;patik lihat dia tiada berdosa". (Hikayat Hang Tuah : Halaman 345) Raja berasa sukacita dengan pengkhabaran yang disampaikan bendahara itu. Raja terus mengampunkan dosa Hang Tuah meskipun Hang Tuah tidak melakukan kesalahan kepadanya. Raja juga mengatakan bahawa Hang Tuah yang akan ditugaskan untuk membunuh Hang Jebat. 16
  • 17. PERISTIWA PERTIKAMAN HANG JEBAT DENGAN HANG TUAH Tun Pekerma dan Tun Kasturi telah sampai ke hulu Melaka untuk menjemput Hang Tuah pulang ke Melaka setelah dititahkan oleh raja untuk berbuat demikian. Pada malam sebelumnya Tun Pekerma dan Tun Kasturi tiba di hulu Melaka, Syeikh Mansur telah memberitahu Hang Tuah bahawa Hang Tuah harus pulang ke Melaka kerana Melaka berada dalam keadaan huru-hara ketika itu. Apabila Hang Tuah dibawa pulang oleh Tun Pekerma dan Tun Kasturi ke Melaka, raja segera bertemu dengan Hang Tuah dan memeluknya. Hang Tuah kemudiannya telah diarah untuk membersihkan diri dan kemudiannya diberikan persalinan baru oleh raja. Hang Tuah kemudiannya telah berlatih menggunakan keris dan pedang disebabkan telah lama tidak berlawan dan memegang keris. Setelah selesai berlatih, Hang Tuah telah meminta semula Keris Taming Sari yang pernah digunakannya dahulu daripada raja, namun raja telah memberitahu bahawa keris tersebut telah baginda berikan kepada Hang Jebat. Hang Tuah kecewa atas perkara tersebut kerana keris Taming Sari sudah sebati dengan dirinya. Raja cuba memujuk Hang Tuah agar Hang Tuah menggunakan keris yang lain yang ada dalam simpanan baginda. Setelah peti keris dikeluarkan, Hang Tuah melihat satu demi satu keris yang ada, namun setelah diteliti, hanya sebilah keris saja yang sesuai dan berkenan di hati Hang Tuah, iaitu keris Parung Sari berbanding keris- keris yang lain yang ada dalam simpanan raja. Raja kemudiannya teringat akan keris pemberian almarhum ayahanda baginda sewaktu berada di Bukit Seguntang suatu ketika dahulu. Namun, keris tersebut berada di istana, iaitu di dalam peraduan baginda yang kini didiami oleh Hang Jebat. Hang Kasturi kemudiannya menawarkan diri pergi ke istana untuk mengambil keris 17
  • 18. tersebut. Sewaktu pergi ke istana, Hang Kasturi meminta daripada Hang Jebat agar membenarkannya masuk. Hang Jebat mempelawanya untuk makan namun Hang Kasturi menolak. Kemudian, Hang Jebat sendiri yang membantu mengambilkan keris raja yang berada di peraduan tersebut dan memberikannya kepada Hang Kasturi walaupun Hang Jebat sudah tahu tujuan sebenar keris itu diambil oleh Hang Kasturi atas arahan raja. Hang Jebat tahu, cuma Hang Tuah yang mampu membunuhnya dan pembunuhan ke atas dirinya cuma akan berlaku dengan hanya menggunakan keris Taming Sari, sedangkan pada masa itu Hang Jebat tidak mengetahui hal sebenar bahawa Hang Tuah masih hidup. Hang Jebat beranggapan bahawa Hang Tuah sudah mati dan kerana itu, tiada sesiapa yang mampu membunuhnya lagi walaupun keris itu diambil oleh raja. Seluruh rakyat jelata hadir pada hari perlawanan Hang Tuah dan Hang Jebat. Namun, ketika itu Hang jebat tidak mengetahui hal sebenar. Ketika Hang Jebat melihat kehadiran Hang Tuah disitu, dia berasa sangat terkejut kerana melihat HangTuah berada di situ sedangkan sebelum ini dia telah beranggapan bahawa Hang Tuah telah mati dibunuh oleh bendahara atas arahan raja. Hang Jebat kemudiannya menjelaskan kepada Hang Tuah bahawa segala yang dilakukannya adalah untuk membalas dendam di atas kematian sahabatnya itu. Hal ini kerana apabila dia mendengar bahawa Hang Tuah dijatuhkan hukuman bunuh oleh raja akibat fitnah Patih Kerma Wijaya serta pegawai istana, Hang Jebat tidak mampu untuk bersabar kerana dia menganggap perkara itu adalah amat tidak adil kerana raja telah menghukum Hang Tuah tanpa usul periksa. Hang Jebat tidak mahu memegang konsep ‘ Melayu Pantang Derhaka’ tetapi Hang Jebat mengambil ketetapan bahawa ‘ raja adil raja disembah, raja zalim raja yang ditentang’. Namun, Hang Tuah tidak bersetuju dengan prinsip Hang Jebat. Oleh itu, bagi Hang Tuah, Hang Jebat harus 18
  • 19. dibunuh kerana telah menderhaka kepada raja, walaupun Hang Jebat itu merupakan sahabat karibnya sejak kecil. Antara cebisan dialog yang telah didramakan oleh Ali Aziz melalui 'Hang Jebat Menderhaka'. Hang Jebat: Cih! Si Tuah dengan Si Jebat, hulubalang Raja mati tiada berguna. Jika Si Tuah dengan Si Jebat gerangan dititahkan menyerang negeri orang kita berdua ini cukuplah. Hang Tuah: Sungguh seperti kata kau itu. Tetapi kau sudah menderhaka dan dosa kau ialah dosa yang tidak terampun. Sebelum bertarung dengan Hang Tuah, Hang Jebat telah menutup semua pintu istana dan membunuh seramai 700 orang perempuan di dalam istana sehingga menyebabkan darah membanjiri bawah istana dan kemudian cuba pula menikam curi Hang Tuah ketika dia menyuruh Hang Tuah naik ke istana dengan taktiknya, iaitu membuka sebelah saja pintu. Hang Tuah dapat mengesan taktik kotor Hang Jebat lalu meminta agar Hang Jebat membuka kedua-dua belah pintu. Hang Tuah berjaya mengelak. Pertarungan pun berlaku dan akhirnya, Hang Tuah berjaya merampas keris Taming Sari daripada Hang Jebat sewaktu Hang Jebat sedang leka memandang ke arah luar istana. Hang Jebat kemudiannya meminta sebilah keris pendua yang dimiliki oleh Hang Tuah memandangkan dia tidak mahu tewas kepada Hang Tuah tanpa bersenjata. Hang Tuah lalu memberikan keris Parung Sari kepada Hang Jebat. Setelah menghadapi pertarungan yang sengit, Hang Tuah berjaya menikam Hang Jebat sebanyak dua kali. Setelah ditikam dan Hang Tuah berlalu pergi begitu sahaja dari istana, Hang Jebat pun meninggalkan kawasan istana dengan keadaan parah. Hang Jebat 19
  • 20. lalu membalut luka tusukan tersebut dan kemudian mengamuk dan membunuh beribu- ribu orang yang berada di pasar. Apabila Hang Tuah mendapat tahu perihal tersebut daripada raja, Hang Tuah lalu pergi mendapatkan Hang Jebat dan lantas membawanya pulang ke rumah dan menjemput Hang Jebat untuk makan. Setelah makan sirih, Hang Jebat telah berpesan kepada Hang Tuah agar menjaga anak hasil permukahannya dengan Dang Baru yang sedang mengandungkan tujuh bulan jika anak yang lahir itu adalah lelaki dan jika anak yang dilahirkan adalah perempuan, bergantung kepada Dang Baru untuk menguruskan anak tersebut. Setelah habis berpesan, Hang Jebat kemudiannya mati di pangkuan Hang Tuah. Setelah Hang Jebat mati, mayatnya telah ditayangkan selama tujuh hari di pasar dan kemudiannya digantung di tengah-tengah jalan-raya untuk dilihat oleh orang ramai. Mengikut perkara yang tertulis dalam Hikayat Hang Tuah, telah dinyatakan bahawa tiada tumbuh sebarang rumput sehingga sekarang di tempat Hang Jebat digantung. Dang Baru, telah melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Hang Kadim. Hang Kadim kemudiannya dihantar oleh Hang Tuah kepada bendahara dari Seri Buana Inderapura dan diasuh dengan baik seperti yang telah dipesan saudaranya, Hang Jebat kepadanya. Hang Tuah tetap dengan kesetiaannya yang tidak berbelah-bagi kepada raja tetapi kini tiada lagi Hang Jebat di muka bumi kerana kesetiaannya terhadap persahabatan. PENGAJARAN Pengajaran pertama yang terdapat dalam watak Hang Jebat ialah kita mestilah berani menentang kekejaman atau ketidakadilan yang berlaku di depan mata kita. Hang Jebat merupakan seorang pahlawan yang gagah dan berani. Keberaniannya tidak kurang 20
  • 21. daripada Hang Tuah, bahkan sifatnya lebih radikal berbanding Hang Tuah. Keberanian Hang Jebat dapat dilihat apabila dia sanggup menderhaka kepada sultan demi menegakkan ketidakadilan yang telah berlaku ke atas sahabatnya, iaitu Hang Tuah. Sultan dikatakan tidak adil kerana telah menjatuhkan hukuman kepada Hang Tuah yang difitnah tanpa usul periksa. Ketidakadilan sultan menyebabkan Hang Jebat menuntut bela atas kematian Hang Tuah. Banyak perbuatan penderhakaan kepada sultan yang telah dilakukan oleh Hang Jebat untuk membela hang Tuah. Penderhakaan yang dilakukan oleh Hang Jebat begitu besar sehingga Sultan Mansur Shah sangat murka. Penderhakaan Hang Jebat bukanlah bermotifkan kuasa dan pangkat, tetapi adalah untuk mendapatkan keadilan yang sewajarnya. Hang Jebat juga berpegang kepada prinsip ‘Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah’. Prinsipnya ini telah menjadi kata-kata hikmat setiap kali memperkatakan perihal perjuangan untuk menuntut keadilan atau semasa hendak memperkatakan perihal kezaliman raja yang memerintah pada masa kini. Pengajaran kedua ialah, janganlah kita mengkhianati sahabat kita. Hang Jebat merupakan seorang yang bersifat setiakawan. Hang Jebat adalah pahlawan Melayu yang berani menentang raja semata-mata kerana persahabatan. Kesetiaannya kepada sahabatnya tidak ada tolok bandingnya. Persahabatannya dengan Hang Tuah amat mengagumkan. Meraka boleh dianggap seperti saudara kandung. Tetapi keakraban persahabatan mereka tidak kekal lama sehinggalah berlakunya pertarungan hidup mati di antara mereka yang membawa kepada kematian Hang Jebat. Meskipun begitu, terdapat perbezaan tentang prinsip yang mereka pertahankan, iaitu prinsip yang dipertahankan oleh Hang Tuah adalah ketaatan kepada sultan, manakala prinsip yang ingin Hang Jebat pertahankan adalah keadilan. Nilai setiakawan yang ditunjukkan oleh Hang Jebat dapat 21
  • 22. dilihat apabila dia bersungguh-sungguh menegakkan keadilan terhadap Hang Tuah. Namun, Hang Tuah telah mengkhianati nilai setiakawan yang ditunjukkan oleh Hang Jebat sehingga sanggup membunuh sahabatnya yang telah melakukan penderhakaan kepada sultan demi menegakkan keadilan untuk dirinya. Sifat setikawan Hang Jebat juga dapat dilihat dari konteks lain, iaitu dia akan merasa kurang senang jika salah seorang daripada kelima-lima sahabatnya, iaitu Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu ditimpa kesusahan. Contohnya, dia pernah memarahi Hang Tuah kerana semasa hendak pergi ke sungai, dia tidak mahu mengajak sahabatnya untuk menemaninya sehingga terpaksa bertempur dengan perajurit upahan Majapahit seramai 40 orang. Seterusnya ialah, kita haruslah menjadi diri kita yang sebenar dan tidak menipu diri sendiri. Contohnya, semasa Hang Jebat berlawan menentang musuh, dia akan menentang musuh secara habis-habisan. Hang Jebat berpegang kepada prinsip ‘berbuat jahat jangan kepalang’. Contohnya, semasa dia bertikam dengan Hang Tuah, Hang Tuah pernah bertanya kepadanya sama ada dia menyesal melakukan penderkaaan kepada sultan atau tidak. Tetapi Hang Jebat dengan tegasnya mengatakan bahawa dia sedikit pun tidak menyesali perbuatannya itu. Bagi Hang Jebat, tidak ada sifat berselindung atau memuji- muji dan bekerja untuk mendapatkan nama atau sanjungan. Hang Jebat merupakan satu- satunya pahlawan Melayu yang yang sanggup berdepan dengan raja dan ingin memecahkan tradisi feudalisme iaitu, pantang Melayu menderhaka . Hang Jebat percaya bahawa apa yang dilakukannya adalah benar dan hak. 22
  • 23. PENUTUP Perubahan persepsi terhadap keperwiraan Hang Tuah dan Hang Jebat yang digarap oleh beberapa dramatis dalam dekad-dekad yang berlainan menyerlahkan juga pandangan, analisis, cerminan yang berbeza tentang masyarakat itu sendiri. Sesungguhnya dramatis-dramatis ini menggunakan teater mereka untuk mencerminkan dan membayangkan isu-isu dominan tentang sosial, budaya, ekonomi dan politik Malaysia. Pada tahun 1950-an dan 1960-an, wira yang disanjung ialah Hang Tuah. Dekad 70-an pula mengetengahkan Hang Jebat sebagai wira. Bagi masyarakat zaman feudal, mereka beranggapan bahawa Hang Tuah ialah seorang wira. Hal ini demikian kerana, Hang Tuah seorang yang sangat taat dan setia kepada raja. Walaupun Hang Tuah telah difitnah, tetapi Hang Tuah tidak mempertahankan dirinya dan sanggup dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Mansur Shah. Masyarakat zaman dahulu beranggapan bahawa sultan ialah khalifah Allah yang mempunyai kuasa dan daulat. Sekiranya mereka mengingkari perintah sultan, mereka akan menerima tulah. Oleh hal yang demikian, mereka sangat taat dan setia kepada sultan walaupun sultan itu seorang sultan yang zalim terhadap rakyatnya. Manakala, bagi masyarakat moden pula, mereka beranggapan bahawa Hang Jebat ialah satu-satunya pahlawan Melayu yang berani menentang sultan. Hang Jebat dianggap wira kerana berani menentang sultan demi menegakkan keadilan dan hak rakyat. Hal ini demikian kerana Sultan Mansur Shah seorang sultan yang sangat zalim terhadap rakyatnya. Segala arahannya perlu dipatuhi walaupun pada dasarnya arahannya itu hanya untuk kepentingan dirinya sahaja. Hang Jebat yang digambarkan sebagai seorang yang sangat keras hati, bertindak terburu-buru dan setiakawan itu berasa kezaliman yang 23
  • 24. berlaku terhadap Hang Tuah apabila Hang Tuah difitnah dan dihukum bunuh. Bagi masyarakat moden, keadilan penting dalam sesebuah kerajaan. Seseorang pemimpin tidak boleh berlaku zalim terhadap rakyatnya dan perlu menjaga kebajikan rakyatnya. Dalam kerajaan yang demokrasi, rakyat berhak bersuara untuk mempertahankan hak rakyat. Oleh hal yang demikian, Hang Jebat telah dilihat sebagai wira Melayu moden kerana gagah berani dan sedia melawan kuasa raja demi prinsip kehidupannya dan kasih sayangnya kepada seorang sahabat. RUJUKAN Kassim Ahmad, Noriah Mohamed (1997). Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kathiresan D. (1998). Kajian Teks Sastera : Sulalatus Salatin:Sejarah Melayu. Selangor: Addison Wesly Longman Malaysia Sdn. Bhd. Mana Sikana (2006). Teori sastera teksdealisme. Penerbit Pustaka Karya. Mohd Mansur Abdullah (1988). Pengantar Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Mohd Yusoff Hashim (2008). Hang Tuah: Wira Melayu. Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) Siti Aisah Murad (1993). Konsep Wira dalam Sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia. 24
  • 25. Siti Hawa Salleh (1992). Sebutir Pasir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia. Usman Awang, penterjemah Rahmah Bujang (2005). Matinya seorang pahlawan: Jebat =death of a warrior: Jebat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. V.I Braginsky (1994). Erti Keindahan dan Keindahan Erti dalam Kesusasteraan melayu Klasik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pendidikan Malaysia. Yeoh (2004).Ulasan dan Kajian Kesusasteraan Melayu STPM: Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Selangor:SNP Panpac (M) Sdn. Bhd. 25