91
Sinopsis
Tajuk-tajuk dalam bab ini merangkumi Konsep Pengurusan Bilik Darjah, Faktor-faktor yang
mempengaruhi pengurusan bilik darjah, Rutin bilik darjah dan Disiplin bilik darjah. Bab Ini
bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar bagi melengkapkan diri dengan
pengetahuan dan kemahiran berkaitan pengurusan bilik darjah yang berkesan. Kecekapan
guru dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pengurus adalah memastikan rutin bilik
darjah dapat dilaksanakan dengan teratur, suasana sosioemosi dan fizikal yang selesa serta
disiplin yang terkawal akan dapat membina dan mengekalkan bilik darjah yang kondusif dan
sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Hasil Pembelajaran
Setelah selesai membaca bab ini, diharap anda dapat:
1. Menerangkan konsep pengurusan bilik darjah
2. Menganalisis ciri-ciri persekitaran pembelajaran yang kondusif, dari aspek
fizikal dan psikososial
3. Menjelaskan jenis-jenis rutin bilik darjah untuk meningkatkan kesedaran dan
amalan tanggungjawab sebagai guru beriltizam
4. Menghubungkaitkan keiltizaman guru dalam amalan rutin dan peraturan bilik
darjah ke arah mewujudkan persekitaran pembelajaran bilik darjah yang optima
5. Menerangkan konsep disiplin bilik darjah.
6. Menganalisis faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah disiplin dalam
bilik darjah.
Pengurusan Bilik
Darjah
Konsep
pengurusan bilik
darjah
Faktor-faktor yang
mempengaruhi
pengurusan bilik
darjah
Rutin bilik darjah Disiplin bilik darjah
Tajuk 5 Pengurusan Bilik Darjah
92
5.1 Konsep Pengurusan Bilik Darjah
Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan
untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Seorang guru perlu membina keadaan
bilik darjah yang kondusif dan mengurus disiplin murid secara berkesan. Selain
mengajar, guru juga berperanan sebagai pengurus, iaitu mengurus rutin bilk darjah,
mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas
seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun kerusi-meja, mengurus murid-
murid supaya memamtuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal
bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan
lebih berkesan, dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan
mengikut rancangan.
5.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pengurusan Bilik Darjah
Untuk melaksanakan peranan pengurus yang berkesan, guru perlu tahu iklim
persekitaran bilik darjah dan apakah faktor-faktor yang boleh membantu untuk
mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat. Terdapat beberapa faktor yang
menyumbang kepada suasana tersebut. Antaranya adalah susunan fizikal dan
tempat duduk bilik darjah dan persekitaran psikososial semasa di dalam bilik darjah.
5.2.1 Faktor fizikal
 Faktor pertama yang mempengaruhi suasana bilik darjah adalah persekitaran
fizikal. Bilik darjah yang menarik adalah kondusif untuk pembelajaran. Susunan
peralatan dan kemudahan dalam bilik darjah seperti kerusi-meja, buku rujukan,
pusat pembelajaran, bakul sampah, papan tulis dan lain lain akan membantu
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran serta mengekalkan disiplin
murid-murid dalam bilik darjah. Sebagai rumusan, suasana fizikal bilik darjah yang
boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ialah:
Penyusunan kerusi-meja murid mengikut kumpulan yang sesuai akan memudahkan
interakssi di antara murid dengan murid dan guru dengan murid.
 Suasana di bilik darjah yang dihiasi dan diatur kemas dengan pelbagai carta,
gambar dan alat bantu mengajar. Saiz bilik yang mencukupi memberi keselesaan
kepada murid-murid unruk menjalankan pelbagai aktiviti kumpulan atau permainan.
Tingkap dan pintu yang mencukupi untuk pencahayaan dan pengedaran udara
dengan baik serta
93
 keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah.
5.2.2 Faktor psikososial
Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan
persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah
mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
 Suasana selesa dan mesra.
 Bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal
 Perasaan diterima
 Sensitif dan peka kepada perbezaan individu.
 Suasana yang merangsang pembelajaran
 Mewujudkan komunikasi terbuka dan menggalakkan perkongsian
idea.
 Menggalakkan pembelajaran koperatif.
 Peluang yang sama untuk semua pelajar.
Faktor yang memberikan kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah
pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak
interaksi yang beliau wujudkan di dalam bilik darjah.
(a) Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran guru perlu mengambil kira keperluan murid, perkembangan
kognitif dan juga gaya pembelajaran pelajar yang berbeza. Antara keperluan pelajar
termasuklah keperluan untuk memahami matlamat dan objektif pengajaran,
melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran, mengetahui hubungan
antara perkara yang dipelajari di dalam bilik darjah dengan kehidupan mereka,
menikmati kejayaan, memperoleh maklum balas dan berinteraksi secara positif
dengan rakan sebaya.
(b) Gaya Kepimpinan guru
Gaya kepimpinan yang berbeza akan memberi kesan kepada suasana pembelajaran
pelajar. Kepimpinan autoritarian mengawal pelajar melalui ganjaran dan hukuman
dan menekan murid yang membuat kesilapan. Ingatkah anda, guru yang sentiasa
memarahi anda, setiap kali anda membuat kesilapan seperti tidak boleh
menyelesaikan masalah matematik yang mudah? Guru jenis ini mewujudkan
94
suasana pembelajaran yang tertekan dan mewujudkan suasana kelas yang tidak
kondusif.
Satu lagi gaya kepimpinan yang ditunjukkan oleh seorang guru adalah bersifat
demokratik. Guru tersebut akan berkongsi tanggungjawabnya dengan muridnya.
Terdapat saling hormat dan percaya antara guru dengan murid. Pernahkah anda
mempunyai guru sedemikian semasa anda bersekolah? Saya rasa anda mungkin
suka pada guru jenis ini kerana dia selalu memberi galakan dan tidak memberi
desakan. Guru anda ini baik, mengambil berat, dan mesra, tetapi dia juga tegas.
Dengan berkongsi tanggungjawab, guru anda menolong anda membina
penghargaan kendiri anda. Anda berkeyakinan untuk cuba menyelesaikan soalan
atau masalah yang anda tidak biasa. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa
produktiviti dan pencapaian adalah tinggi bagi guru yang mengamalkan kepimpinan
demokratik.
Pendekatan gaya kepimpinan yang seterusnya adalah bersifat laissez-faire. Guru
akan membuat kerja sendiri dan memberi kebebasan tanpa batasan. Murid-murid
diberi kebebasan untuk membuat kerja mereka masing-masing. Kepimpinan jenis ini
menyebabkan kelas menjadi kucar kacir. Guru bersifat laissez-faire menyebabkan
bilik darjah yang tidak terancang, murid-murid yang ingin belajar berasa kecewa.
(c) Komunikasi dan corak interaksi
Komunikasi berkesan merupakan asas kepada pengurusan bilik darjah yang baik.
Kemahiran berkomunikasi berkesan memberikan peluang kepada guru bersikap
mesra dan menikmati interaksi dengan murid-muridnya. Murid akan dapat
merasakan dirinya dihargai dan disayangi oleh guru. Hal ini juga membolehkan guru
menyampaikan odjektif pengajarannya dengan jelas.
Kemahiran dalam komunikasi boleh dibahagikan kepada dua, iaitu kemahiran
menghantar maklumat dan kemahiran menerima maklumat. Kemahiran menghantar
maklumat termasuklah pertuturan yang jelas dengan penggunaan bahasa yang
sesuai. Penggunaan bahasa yang sesuai juga bermakna guru perlu sopan. Guru
harus memandang ke arah murid, mewujudkan kontak mata apabila bercakap
dengan murid tersebut. Apabila menegur murid, teguran harus berfokus kepada
tindakan murid dan bukan kepada murid. Misalnya, apabila guru hendak menegur
murid yang bercakap semasa guru sedang mengajar,dia boleh berkata ‘Perbualan
kamu menyukarkan pengajaran saya Hamid’ dan bukan ‘Hamid, kamu ini bising
sangat’. Maklum balas yang diberi kepada murid mesti jelas dan spesifik. Misalnya,
95
apabila Hamid bercakap semasa cikgu sedang mengajar, dia mengalihkan perhatian
cikgu dan menyukarkan pengajaran. Sekiranya guru berkata, ‘Kamu ni kurang ajar’,
kenyataan ini umum dan tidak diberitahu Hamid masalah yang sebenarnya dan
bersifat menghina.
Seterusnya, sekiranya memberikan pujian, pastikan pujian tersebut spesifik untuk
tingkah laku yang ditunjukkan murid. Misalnya, jika pencapaian seseorang murid
bertambah baik, guru boleh berkata ‘Usaha kamu telah membawa kepada kejayaan
ini,tahniah!’ dibanding dengan ‘Tahniah kamu dapat markah tinggi!’.
Kemahiran menerima maklumat atau kemahiran mendengar penting dalam
menjalinkan hubungan dengan murid. Seseorang murid akan berasa dirinya
dihormati dan penting apabila guru memberikan perhatian kepada pandangannya.
Semasa mendengar, guru perlu sensitif terhadap apa yang dikatakan oleh murid dan
memberikan respon yang wajar. Memberikan respon dengan cepat semata-mata
supaya guru boleh meneruskan kerjanya boleh menyebabkan guru terlepas pandang
perkara sebenar yang ingin disampaikan oleh murid. Maka guru mesti sabar dan
memberikan respon seperti mengangguk kepala, mengerut dahi dan menjawab ‘Aha’
atau ‘Oh’, memfrasa semula apa-apa yang dikatakan oleh murid misalnya, ‘Maksud
kamu..’ atau ‘Jadi kamu sebenarnya..’. Apabila guru memberikan respon, murid
akan terdorong untuk meluahkan rasa hati kerana dia merasakan guru berminat
dengan perkara yang hendak dikatakannya.
Komunikasi dua hala turut menggalakkan interaksi antara guru dan murid. Pada
masa yang sama, guru boleh merancang aktiviti untuk murid boleh bekerja dalam
kumpulan dan saling membantu serta bertukar idea. Namun, kadang kala
sesetengah murid akan menghadapi masalah dalam menyesuaikan diri di dalam
kelas. Ada murid yang bersikap introvert, mungkin tersingkir dan sukar diterima oleh
rakan. Manakala murid yang ekstrovert yang ingin didampingi oleh ramai murid di
dalam kelas. Guru dapat mengetahui tahap interaksi sosial melalui pemerhatian
dengan menggunakan teknik sosiometri. Pengetahuan tahap sosial murid membantu
guru membentuk kumpulan yang dapat bekerjasama.
Rumusannya, guru tidak harus mengamalkan jenis komunikasi yang bersifat sehala.
Komunikasi yang diamalkan oleh guru ialah komunikasi yang terbuka dan bersifat
dua hala. Dengan cara komunikasi begini, anda akan menggalakkan murid untuk
melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
96
Berhenti dan buat refleksi.
Cuba imbas kembali dan tanya diri sendiri faktor yang manakah (seperti yang
dinyatakan di atas) memberi sumbangan kepada kejayaan anda dalam
mengurus bilik darjah yang berkesan?
5.3 Rutin bilik darjah
5.3.1 Konsep Rutin
Rutin bilik darjah merujuk kepada aktiviti pengurusan harian bilik darjah. Ia juga
adalah satu prosedur yang tetap dan perlu dijalankan sebagai aktiviti harian bilik
darjah. Rutin pengurusan bilik darjah yang sistematik bukan hanya membentuk
persekitaran bilik darjah yang kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
tetapi juga meningkatkan semangat kekitaan murid, keselamatan dan meningkatkan
disiplin kendiri murid. Tambahan pula, ia menjimatkan masa dan tenaga guru dan
murid, dan memupuk sikap yang baik dalam diri murid seperti bersifat koperatif dan
bertanggungjawab.
Guru perlu menerangkan kepada murid tentang rutin bilik darjah pada awal tahun.
Semua murid perlu faham dan jelas tentang rutin, peraturan dan prosedur bilik darjah
supaya mereka boleh menjalankan tanggungjaawab mereka secara ikhlas dan
sukarela. Contoh rutin bilik darjah termasuklah mengambil kehadiran murid,
memungut yuran, menyusun kerusi dan meja serta menyiapkan jadual bertugas.
5.3.2 Jenis-jenis Rutin
(a) Rutin Kelas (bukan akademik)
Seorang guru perlu mewujudkan persekitaran fizikal bilik darjah yang kondusif dan
membuat beberapa peraturan dan prosedur asas bilik darjah untuk memudahkan
proses pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Pengurusan peraturan dan kebersihan bilik darjah juga bertujuan untuk
mengurangkan masalah disiplin dan memastikan bilik darjah berada dalam suasana
yang kondusif.
97
Contoh rutin bilik darjah: mengurus kebersihan bilik darjah, termasuk menyapu
lantai, menyusun kerusi dan meja serta membersihkan papan tulis, membentuk
peraturan dan jadual bertugas murid.
(b) Rutin Pentadbiran
Guru juga memainkan peranan sebagai seorang pentadbir. Adalah penting bagi
seorang guru mengurus pentadbiran bilik darjah secara berkesan kerana ini akan
membantu murid-murid belajar dalam suasana yang selesa dan tenteram. Ini dapat
menjimatkan masa dan tenaga guru serta murid. Ini boleh memberi manfaat kepada
pembelajaran murid. Murid akan lebih berasa selamat dan berdisiplin.
Contoh rutin pentadbiran: mengambil kehadiran murid, memungut yuran (seperti
yuran peperiksaan, derma PIBG), menyediakan laporan kemajuan murid dan rekod
kesihatan murid.
(c) Rutin Pergerakan Murid
Murid perlu tahu prosedur pergerakan dari satu aktiviti atau bilik darjah kepada yang
lain. Contohnya kebanyakan sekolah memerlukan murid untuk beratur sebelum
pergi ke makmal sains dan komputer, bengkel kemahiran hidup dan Sains
Rumahtangga. Ini bertujuan untuk melatih murid agar lebih berdisiplin sewaktu
bergerak ke makmal atau mengikuti aktiviti luar.
Contoh rutin pergerakan murid: murid bergerak dari
i. aktiviti dalam ke aktiviti luar,
ii. aktiviti kelas kepada aktiviti kumpulan,
iii. kelas ke makmal komputer.
(d) Rutin Pengurusan Tugasan
Rutin jenis ini termasuklah persediaan guru terhadap tugasan, aktiviti sumber
pengajaran dan pembelajaran dan membina pusat aktiviti. Untuk memastikan
kelicinan dalam mengimplementasikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru
perlu memberitahu murid tentang hasil pembelajaran yang diharapkan, apa yang
perlu mereka lakukan dan cara mereka mengetahui pencapaian hasil pembelajaran
mereka. Guru juga perlu memantau aktiviti bilik darjah dan menilai pencapaian
murid.
98
(e) Rutin Pembelajaran
Rutin jenis ini berlaku dalam pada setiap hari dan ini membantu menyokong aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Prosedur yang betul sewaktu menjalankan rutin
adalah penting dan murid harus melibatkan diri secara langsung di mana perlu.
Contoh rutin pembelajaran: memungut buku latihan, menanda latihan, mengagihkan
sumber dan buku.
(f) Rutin Interaksi
Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah menekankan aktiviti yang
berfokuskan murid. Interaksi seperti interaksi murid-murid dan guru-murid adalah
digalakkan. Murid perlu tahu prosedur bertanya atau menjawab, perkara yang
diharapkan semasa berada di pusat pembelajaran semasa menjalankan
perbincangan dan aktiviti bilik darjah yang lain.
Contoh rutin interaksi: Perbincangan kelas dan kumpulan kecil, membuat ujikaji
makmal, aktiviti kumpulan seperti main peranan dan projek.
5.4 Disiplin Bilik Darjah
5.4.1 Konsep Disiplin Bilik Darjah
Konsep disiplin mempunyai berbagai-bagai tafsiran. Mengikut Oliva (1956), disiplin
merujuk kepada kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada autoriti, keadaan bilik
darjah yang teratur, kursus pengajian yang sistematik, cara yang menetapkan
peraturan atau hukuman.
Latihan
1. Apakah faedah-faedah rutin bilik darjah?
2. Berkongsi jenis-jenis peraturan dan rutin yang telah anda bina dalam
bilik darjah anda, bincangkan keberkesanannya.
99
Dalam buku Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), disiplin membawa beberapa
maksud seperti :
 Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang
sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri.
 Kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan tertib.
 Kesanggupan seseorang menghormati hak individu lain.
 Kesanggupan seseorang mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak
mengganggu kepentingan orang lain.
 Kesanggupan hormat-menghormati antara satu dengan lain dan mempunyai
semangat tolong-menolong.
 Kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang
membina.
 Kesanggupan berkhidmat kepada masyarakat.
Di peringkat sekolah, disiplin merupakan peraturan-peraturan yang dikenakan
kepada pelajar-pelajar dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui
hukuman atau ganjaran. Justeru itu, disiplin bilik darjah merupakan peraturan-
peraturan yang dikenakan kepada pelajar-pelajar supaya mereka berkelakuan baik
dan mendisiplinkan diri semasa aktiviti pengajaran pembelajaran dijalankan. Bilik
darjah yang berdisiplin boleh disamakan dengan suasana sosioekonomi bilik darjah
yang harmonis, aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan secara
sistematik, teratur dan lancar tanpa sebarang gangguan.
5.4.2 Jenis-jenis Disiplin
Mengikut Lindgren (1976), disiplin bilik darjah boleh dibahagikan kepada empat jenis
iaitu disiplin arahan guru, disiplin arahan kerja, disiplin arahan kumpulan dan disiplin
arahan diri.
(a) Disiplin Arahan Guru
Dalam konteks pengurusan bilik darjah, mengawal disiplin murid-murid merupakan
tanggungjawab utama guru. Sesebuah kelas yang mempunyai disiplin yang baik
akan menjamin segala aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan dengan
lancar dan sempurna. Oleh itu, guru bertanggungjawab untuk menentukan
peraturan-peraturan bilik darjah dan memastikannya sentiasa dipatuhi oleh murid-
murid dalam bilik darjah. Kerja guru seperti menentukan peraturan-peraturan,
mengawal murid-murid supaya mematuhinya dalam bilik darjah, menghukum murid
yang melanggar disiplin merupakan jenis disiplin arahan guru.
100
Disiplin arahan guru ini mempunyai ciri autokratik, iaitu guru mempunyai kuasa yang
mutlak atas kawalan, arahan, pengurusan dan hukuman berlandaskan peraturan-
peraturan yang ditetapkan. Murid-murid hanya mematuhi segalanya untuk menjamin
kewujudan disiplin yang baik di dalam bilik darjah.
Oleh sebab guru mempunyai kuasa mendenda murid yang melanggar peraturan,
jenis disiplin ini juga mempunyai ciri menghukum. Kedua-dua ciri disiplin arahan
guru, iaitu ciri autokratik dan ciri menghukum telah menjadi amalan guru dalam
pengurusan disiplin bilik darjah. Dengan kata lain, di bawah disiplin arahan guru,
murid-murid diwajibkan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan. Sekiranya
terdapat murid yang melanggar disiplin, dia akan dihukum mengikut peraturan atau
cara yang difikirkan sesuai.
(b) Disiplin Arahan Kerja
Disiplin arahan kerja diwujudkan apabila sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru
perla diselesaikan oleh murid dalam tempoh masa yang ditetapkan. Disiplin jenis ini
dibentuk berlandaskan kesedaran keperluan dan tanggungjawab serta kebaikannya
untuk murid-murid mematuhi arahan dan menyempurnakan tugasan mengikut jadual.
Disiplin arahan kerja ini mempunyai ciri motivasi yang positif kerana disiplin jenis ini
dapat menggalakkan murid menyelesaikan tugasan untuk kebaikan dan kepentingan
sendiri. Sememangnya, tidak semua murid mempunyai disiplin arahan kerja dan
mematuhi arahan guru dalam menyempurnakan tugasan mereka mengikut jadual.
Mematuhi disiplin jenis ini bergantung kepada kematangan murid serta jenis tugasan
yang diberikan. Secara amnya, disiplin arahan kerja dapat diwujudkan apabila
tugasan yang diberikan adalah menarik, bermakna, boleh disempurnakan mengikut
tempoh masa yang ditetapkan, sesuai dengan umur dan keupayaan murid itu.
(c) Disiplin Arahan Kumpulan
Disiplin arahan kumpulan diwujudkan antara ahli dalam dinamika kumpulan yang
sedia ada atau dalam pembentukan berbagai-bagai kumpulan dengan tujuan
menjalankan sesuatu aktiviti pembelajaran.
Sebagaimana yang telah diketahui, dinamika kumpulan dibentuk berdasarkan
kepada norma, nilai dan kepercayaan ahli-ahli yang serupa. Oleh itu, tingkah laku
murid dapat dikawal semasa interaksi berlaku di antara rakan sebaya. Proses
101
penyesuaian mengikut norma satu-satu kumpulan akan berlaku, menghasilkan
kawalan disiplin di antara ahlinya. Murid yang tidak mematuhi norma dinamika
kumpulan itu akan disingkirkan. Proses penyesuaian dan penyingkiran yang berlaku
antara ahli dalam dinamika kumpulannya menghasilkan disiplin arahan kumpulan.
Guru yang cekap dalam pengurusan bilik darjah, biasanya boleh menggunakan
dinamika kumpulan itu untuk mengawal setengah-setengah murid yang sering
melanggar disiplin bilik darjah. Bimbingan yang sesuai harus diberikan kepada ketua-
ketua kumpulan mereka supaya norma dan kepercayaan yang diamalkan adalah
sesuai, sihat dan setimpal dengan disiplin bilik darjah.
Disiplin arahan kumpulan juga boleh diwujudkan dalam aktiviti kumpulan, misalnya
semasa sekumpulan murid menjalankan aktiviti pengayaan atau melaksanakan
sesuatu kerja projek. Dalam aktiviti tersebut, tugas kawalan disiplin murid biasanya
diserahkan lepada ketua kumpulan mereka. Di bawah kawalan ketua kumpulan,
murid-murid dapat melaksanakan aktiviti kumpulan secara sistematik, teratur serta
licin. Keadaan seperti ini boleh disamakan dengan kewujudan disiplin arahan
kumpulan dalam kalangan kumpualan mereka.
(d) Disiplin Arahan Diri
Disiplin arahan diri bermaksud keadaan yang membuat murid-murid mematuhi
peraturan-peraturan yang sudah ditentukan tanpa dikenakan denda atau diberi
ganjaran.
Takrif disiplin arahan diri ini membawa implikasi murid-murid mematuhi peraturan-
peraturan sekolah secara sukarela tanpa dipaksa atau diarah oleh guru. Disiplin
arahan diri diwujudkan atas kesedaran bahawa mematuhi peraturan-peraturan yang
ditetapkan oleh pihak sekolah adalah semata-mata untuk kebaikan murid-murid itu
sendiri.
Disiplin arahan diri biasanya boleh diwujudkan secara tidak sedar apabila murid-
murid telah mencapai tahap kematangan, iaitu boleh berfikir secara rasional. Walau
bagaimanapun, nilai disiplin jenis ini boleh dipupuk melalui latihan dan bimbingan
guru seperti menerangkan kepentingan dan kebaikan mematuhi peraturan-peraturan
sekolah kepada murid-murid, menyerapkan nilai-nilai murni seperti keadilan, hormat-
menghormati hak orang lain, timbang rasa, toleransi dan kerjasama dalam aktiviti
pengajaran pembelajaran serta aktiviti kokurikulum.
102
Antara empat jenis disiplin yang dibincangkan, disiplin arahan diri merupakan jenis
disiplin yang paling berkesan dalam pengurusan disiplin bilik darjah. Apabila murid-
murid mulai sedar betapa pentingnya mematuhi peraturan-peraturan sekolah,
masalah disiplin di sekolah akan dapat dikurangkan ke peringkat yang minimum
5.4.4 Punca Masalah Disiplin Di Dalam Bilik Darjah
Antara punca masalah disiplin termasuk:
 kebosanan, guru telah gagal menyediakan aktiviti yang menarik, mencabar dan
sesuai dengan tahap pencapaian pelajar
 pelajar tidak mampu menyiapkan kerja yang diberi oleh guru kerana terlalu sukar,
kurang jelas dan penggunaan bahasa yang tidak sesuai serta tempoh masa bagi
aktiviti adalah terlalu lama
 pengurusan guru adalah lemah, contohnya bahan bantu visual tidak berfungsi
dan terlalu banyak halangan yang mengganggu kelancaran pengajaran
 keliru dengan ekspektasi guru, guru tidak memberitahu secara jelas dan eksplisit
tentang apa yang diinginkan daripada pelajar.
 Interaksi rakan sebaya, perbualan atau tingkah laku tidak diingini dan gangguan
dari luar sekolah kedengaran dalam bilik darjah
 Harga kendiri akademik rendah, dimana murid kurang yakin pada diri sendiri.
Berhenti dan buat refleksi.
Berdasarkan pengalaman anda, huraikan punca-punca lain, masalah tingkah laku
yang tidak disebutkan di atas. Bagaimanakah anda mengatasinya?
5.4.6 Jenis-jenis Masalah Disiplin
Kategori
Masalah
Disiplin
Jenis-jenis Masalah Disiplin
Jenayah Merosakkan harta benda sekolah, mencuri, berjudi, berlawan,
Memeras ugut,menyertai kongsi gelap, menyalahgunakan dadah,
menumbuk guru, bergaduh, membaca atau melukis gambar lucah.
Kelakuan
negatif
Berambut panjang, memakai sepatu dan stoking berwarna, baju T, berkuku
panjang, menghisap rokok, bercakap kasar, berbual-bual dengan dialek,
tidak menghormati guru, makan dalam bilik darjah, membuat bising,
membuli murid yang lemah, tidak membawa buku, tidak membuat tugasan,
103
menentang arahan guru
Membolos Ponteng kelas, ponteng sekolah, ponteng aktiviti kokurikulum, datang
lambat ke sekolah, makan di kantin semasa waktu pelajaran, lewat ke
perhimpunan, berkhayal atau tidur di dalam bilik darjah
Menipu Meniru dalam ujian atau peperiksaan, menyalin kerja murid lain, tidak
menghantar buku latihan untuk diperiksa, menyalin kerja murid lain, tidak
menghantar buku latihan untuk diperiksa, menulis dan menandatangani
sendiri surat ibu bapa, menandatangani sendiri buku kemajuan, bercakap
bohong, berpura-pura sakit.
5.4.7 Cara-cara Menangani Masalah Disiplin di dalam Bilik Darjah
Tiga cara menangani masalah disiplin akan dibincangkan secara ringkas iaitu
amaran konstruktif, hukuman dan pencegahan salah laku.
(a) Amaran Konstruktif
Apa yang anda faham dengan amaran konstruktif? Bilakah ia di gunakan? Amaran
ini digunakan apabila tingkah laku yang tidak diingini mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun keberkesanan tindakan ini
bergantung kepada apa yang diperkatakan dan cara bagaimana ia disampaikan.
Baca dan teliti prosedur amaran seperti berikut.
 Dapatkan perhatian pelajar dan tegaskan bahawa ini adalah satu amaran
 Jelaskan tingkah laku yang diingini secara eksplisit
 Jelaskan tindakan yang disediakan bagi pelajar yang tidak memberi kerjasama
 Amaran perlu ringkas
 Teruskan pengajaran serta memberi pujian kepada pelajar yang memberi
kerjasama
 Beri pujian kepada pelajar yang bermasalah apabila ia menunjukkan perubahan
tingkah laku
 Beri pelajar hanya satu amaran sahaja
Amat penting untuk mengingati bahawa amaran seharusnya ditujukan kepada
masalah tingkah laku dan bukan kepada pelajar berkenaan. Sungguhpun amaran
digunakan, anda harus memupuk nilai moral yang baik dan menggunakan pernyataan
yang positif untuk mencapai kesan yang diingini. Mampukah anda berbuat demikian?
104
(b) Hukuman
Sudah pasti anda biasa mendengar istilah ‘hukuman’. Berapa kerap anda
menggunakan hukuman dalam bilik darjah anda? Tahukah anda bahawa respon
yang seringkali diberikan kepada tingkah laku negatif merupakan satu hukuman?
Mengejutkan tetapi benar. Respon berbentuk negatif merangkumi tindakan tata
tertib seperti amaran lisan, mengherdik dan memaparkan nama serta salah laku
pelajar. Hukuman ialah seperti menarik balik keistimewaan, mengasingkannya dari
pelajar lain, memecat pelajar dari jawatan yang disandang, menambah beban tugas,
digantung persekolahan dan sebagainya.
Anda perlu sedar bahawa hukuman mungkin menimbulkan kesan-kesan negatif
kepada pelajar. Cuba beri contoh-contoh kesan negatif. Hukuman mungkin
menghalang pembelajaran (Englander, 1986), gagal mendidik pelajar cara-cara
mempelbagaikan tingkah laku dan mungkin juga tidak dapat menghasilkan
perubahan pada tingkah laku. (Emmer & Aussiker, 1987).
(c) Pencegahan Salah Laku
Adakah anda menyedari bahawa salah satu daripada faktor yang penting dalam
pengurusan bilik darjah ialah keupayaan guru mencegah salah laku pada peringkat
awal sebelum ianya menjadi satu isu yang serius.
Mari kita pertimbangkan beberapa langkah bagi mencegah salah laku pelajar seperti berikut.
 Memahami Dinamika Bilik Darjah
Semua tingkah laku membawa makna sosial yang hanya dapat difahami dalam
konteks sosial tertentu. Adalah penting bagi guru menangani masalah tingkah laku
dengan melibatkan semua pelajar dari kelas tersebut. Dengan memerhatikan
perhubungan pelajar dengan rakan-rakan sekelasnya yang lain dapat membantu
anda mencari punca dan matlamat masalah tingkah laku yang ditunjukkan dan
bagaimana rakan sebayanya dapat sama-sama menyelesaikan masalah ini.
Setujukah anda?
Adalah penting untuk anda mengetahui bahawa, rakan sebaya dapat mempengaruhi
atau membendung tingkah laku dengan lebih berkesan dibandingkan dengan guru
sendiri. Memahami dinamika bilik darjah merupakan kemelut bagi sebarang langkah
pembetulan untuk menangani masalah pelajar. Apakah pandangan anda?
105
 Pengajaran Berkesan Mencegah Masalah Disiplin Di Dalam Bilik Darjah
‘Di tengah-tengah kemelut masalah disiplin di dalam bilik darjah sebenarnya adalah
kegagalan pendidikan oleh sekolah’
(Maurice Balson:1992)
Kebanyakan masalah disiplin dalam bilik darjah timbul adalah berpunca daripada
pengajaran dan aktiviti pengurusan bilik darjah yang tidak berkesan. Strategi
pengajaran yang tidak terurus dan penggunaan bahan bantu mengajar yang tidak
berkesan akan menyebabkan murid hilang minat dan bertukar kepada tingkah laku
bermasalah.
Guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik,
menggunakan kaedah dan teknik berpusatkan pelajar untuk menarik perhatian dan
melibatkan mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bahan bantuan
mengajar perlu dapat merangsang minat pelajar terhadap pembelajaran.
 Susun Atur Tempat Duduk
Sebagai seorang guru, anda bertanggungjawab untuk menyusun atur tempat duduk
pelajar anda. Bagaimanakah caranya? Atur tempat duduk supaya membolehkan
anda memerhati dan memudahkan pergerakan untuk mendekati pelajar. Buat
kontak mata dengan pelajar sama ada semasa pengajaran atau apabila
berkomunikasi dengan kelas atau pun dengan individu. Adakah ini menjadi amalan
anda?
 Prihatin terhadap pelajar
Adalah penting untuk anda membuat tinjauan seluruh bilik darjah dari masa ke
semasa untuk memerhatikan sama ada pelajar mengalami masalah dengan tugasan
mereka atau memerlukan bantuan anda. Jika keadaan ini berlaku, beri sokongan
anda supaya mereka akan teruskan dengan kerja masing-masing. Guru juga perlu
menunjukkan keprihatinan terhadap perkembangan pelajar sama ada besar atau
kecil. Di sini jelas diperhatikan bahawa sentuhan peribadi adalah lebih berkesan
berbanding dengan memanggil nama pelajar.
106
 Mengurus disiplin.
Selain keberkesanan persekitaran positif yang dicipta, dan implimentasi pelbagai
teknik pengajaran dalam bilik darjah, terdapat tingkah laku mengganggu murid yang
tidak dapat dielakkan. Oleh itu, guru perlu mempunyai satu himpunan kaedah yang
baik untuk mengurus disiplin dalam bilik darjah:
i. Urus rutin bilik darjah dengan berkesan
ii. Bina hubungan rakan sebaya yang sihat melalui aktiviti kolaboratif dalam dan
luar bilik darjah
iii. Bina persekitaran pembelajaran yang boleh memberi sokongan dan
pertimbangkan perbezaan individu murid dalam situasi pengajaran dan
pembelajaran
iv. Ingatkan murid tentang akibat salah laku.
v. Wujudkan perhatian dan motivasi dalam bilik darjah
vi. Libatkan murid dalam aktiviti pengajaran
vii. Amalkan pengurusan masa yang bijak dan uruskan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dengan cekap dan berkesan.
5.4.8 Mempraktik strategi Disiplin yang sesuai
Ramai guru mendapati isu mengekalkan strategi disiplin yang sesuai untuk mengurus
tingkah laku bermasalah mengambil masa yang lama dan adakalanyamengecewakan. Mari
kita lihat beberapa kemahiran penyelesaian masalah dalam bentuk yang lebih positif dan
cepat:
 Mesra, peribadi dan rela mendampingkan diri dengan murid.
 Uruskan tingkah laku spesifik yang terkini.
 Bantu murid membuat penghakiman nilai tentang tingkah lakunya.
 Buat perancangan untuk perubahan tingkah laku.
 Dapatkan komitmen murid untuk menjalankan rancangan tersebut.
 Buat tindakan susulan untuk melihat keberkesanan perancangan tersebut.
 Jangan menghukum murid dengan bersikap negatif dan jangan terima alasan-
alasan jika tingkah laku yang tidak sesuai masih berterusan.
Latihan
1. Pada pendapat anda, apakah penyebab masalah disiplin dalam bilik
darjah yang paling ketara? Berikan alasan anda.
2. Nyatakan manfaat amalan rutin bilik darjah. Bentangkan jawapan
anda dalam bentuk peta minda.
3. Bincangkan faktor-faktor penyebab salah laku murid dalam bilik
107
darjah anda. Cadangkan cara untuk mengatasi setiap faktor yang
anda berikan.
Rujukan
Kamarudin, H. (1990). Pedagogi 2. Petaling Jaya: Longman Malaysia.
Bahagian Pendidikan Guru.(2002). Unit 2: Pengurusan pengajaran bilik darjah.
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Burden, P.R. & Byrd, D.M. (1994). Methods for effective teaching. Boston: Allyn Bacon.
Emmer, E. T., and Aussiker, A. (1989).School and classroom discipline programs: How
Well Do They Work?" In Oliver C. Moles(ed). Strategies to Reduce Student
Misbehavior. Washington, DC: Office of Educational Research and Improvement.
Gredler, M.E. (2001). Learning and instruction. Theory into practice. (4th
Ed.) New Jersey:
Merrill Prentice Hall.
Jones, K. (1995). Simulations. A handbook for teachers and trainers. London: Kogan Page.

Pengurusan bilik darjah

  • 1.
    91 Sinopsis Tajuk-tajuk dalam babini merangkumi Konsep Pengurusan Bilik Darjah, Faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah, Rutin bilik darjah dan Disiplin bilik darjah. Bab Ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar bagi melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan pengurusan bilik darjah yang berkesan. Kecekapan guru dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pengurus adalah memastikan rutin bilik darjah dapat dilaksanakan dengan teratur, suasana sosioemosi dan fizikal yang selesa serta disiplin yang terkawal akan dapat membina dan mengekalkan bilik darjah yang kondusif dan sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca bab ini, diharap anda dapat: 1. Menerangkan konsep pengurusan bilik darjah 2. Menganalisis ciri-ciri persekitaran pembelajaran yang kondusif, dari aspek fizikal dan psikososial 3. Menjelaskan jenis-jenis rutin bilik darjah untuk meningkatkan kesedaran dan amalan tanggungjawab sebagai guru beriltizam 4. Menghubungkaitkan keiltizaman guru dalam amalan rutin dan peraturan bilik darjah ke arah mewujudkan persekitaran pembelajaran bilik darjah yang optima 5. Menerangkan konsep disiplin bilik darjah. 6. Menganalisis faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah disiplin dalam bilik darjah. Pengurusan Bilik Darjah Konsep pengurusan bilik darjah Faktor-faktor yang mempengaruhi pengurusan bilik darjah Rutin bilik darjah Disiplin bilik darjah Tajuk 5 Pengurusan Bilik Darjah
  • 2.
    92 5.1 Konsep PengurusanBilik Darjah Pengurusan bilik darjah didefinisikan sebagai tindakan dan strategi yang digunakan untuk mengekalkan peraturan bilik darjah. Seorang guru perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif dan mengurus disiplin murid secara berkesan. Selain mengajar, guru juga berperanan sebagai pengurus, iaitu mengurus rutin bilk darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun kerusi-meja, mengurus murid- murid supaya memamtuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, mengurus bahan-bahan pengajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan, dan mengurus aktiviti kumpulan supaya dapat dilaksanakan mengikut rancangan. 5.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pengurusan Bilik Darjah Untuk melaksanakan peranan pengurus yang berkesan, guru perlu tahu iklim persekitaran bilik darjah dan apakah faktor-faktor yang boleh membantu untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada suasana tersebut. Antaranya adalah susunan fizikal dan tempat duduk bilik darjah dan persekitaran psikososial semasa di dalam bilik darjah. 5.2.1 Faktor fizikal  Faktor pertama yang mempengaruhi suasana bilik darjah adalah persekitaran fizikal. Bilik darjah yang menarik adalah kondusif untuk pembelajaran. Susunan peralatan dan kemudahan dalam bilik darjah seperti kerusi-meja, buku rujukan, pusat pembelajaran, bakul sampah, papan tulis dan lain lain akan membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran serta mengekalkan disiplin murid-murid dalam bilik darjah. Sebagai rumusan, suasana fizikal bilik darjah yang boleh meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ialah: Penyusunan kerusi-meja murid mengikut kumpulan yang sesuai akan memudahkan interakssi di antara murid dengan murid dan guru dengan murid.  Suasana di bilik darjah yang dihiasi dan diatur kemas dengan pelbagai carta, gambar dan alat bantu mengajar. Saiz bilik yang mencukupi memberi keselesaan kepada murid-murid unruk menjalankan pelbagai aktiviti kumpulan atau permainan. Tingkap dan pintu yang mencukupi untuk pencahayaan dan pengedaran udara dengan baik serta
  • 3.
    93  keadaan kebersihandan keindahan bilik darjah. 5.2.2 Faktor psikososial Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:  Suasana selesa dan mesra.  Bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal  Perasaan diterima  Sensitif dan peka kepada perbezaan individu.  Suasana yang merangsang pembelajaran  Mewujudkan komunikasi terbuka dan menggalakkan perkongsian idea.  Menggalakkan pembelajaran koperatif.  Peluang yang sama untuk semua pelajar. Faktor yang memberikan kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk komunikasi dan corak interaksi yang beliau wujudkan di dalam bilik darjah. (a) Pendekatan pengajaran Pendekatan pengajaran guru perlu mengambil kira keperluan murid, perkembangan kognitif dan juga gaya pembelajaran pelajar yang berbeza. Antara keperluan pelajar termasuklah keperluan untuk memahami matlamat dan objektif pengajaran, melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran, mengetahui hubungan antara perkara yang dipelajari di dalam bilik darjah dengan kehidupan mereka, menikmati kejayaan, memperoleh maklum balas dan berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya. (b) Gaya Kepimpinan guru Gaya kepimpinan yang berbeza akan memberi kesan kepada suasana pembelajaran pelajar. Kepimpinan autoritarian mengawal pelajar melalui ganjaran dan hukuman dan menekan murid yang membuat kesilapan. Ingatkah anda, guru yang sentiasa memarahi anda, setiap kali anda membuat kesilapan seperti tidak boleh menyelesaikan masalah matematik yang mudah? Guru jenis ini mewujudkan
  • 4.
    94 suasana pembelajaran yangtertekan dan mewujudkan suasana kelas yang tidak kondusif. Satu lagi gaya kepimpinan yang ditunjukkan oleh seorang guru adalah bersifat demokratik. Guru tersebut akan berkongsi tanggungjawabnya dengan muridnya. Terdapat saling hormat dan percaya antara guru dengan murid. Pernahkah anda mempunyai guru sedemikian semasa anda bersekolah? Saya rasa anda mungkin suka pada guru jenis ini kerana dia selalu memberi galakan dan tidak memberi desakan. Guru anda ini baik, mengambil berat, dan mesra, tetapi dia juga tegas. Dengan berkongsi tanggungjawab, guru anda menolong anda membina penghargaan kendiri anda. Anda berkeyakinan untuk cuba menyelesaikan soalan atau masalah yang anda tidak biasa. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa produktiviti dan pencapaian adalah tinggi bagi guru yang mengamalkan kepimpinan demokratik. Pendekatan gaya kepimpinan yang seterusnya adalah bersifat laissez-faire. Guru akan membuat kerja sendiri dan memberi kebebasan tanpa batasan. Murid-murid diberi kebebasan untuk membuat kerja mereka masing-masing. Kepimpinan jenis ini menyebabkan kelas menjadi kucar kacir. Guru bersifat laissez-faire menyebabkan bilik darjah yang tidak terancang, murid-murid yang ingin belajar berasa kecewa. (c) Komunikasi dan corak interaksi Komunikasi berkesan merupakan asas kepada pengurusan bilik darjah yang baik. Kemahiran berkomunikasi berkesan memberikan peluang kepada guru bersikap mesra dan menikmati interaksi dengan murid-muridnya. Murid akan dapat merasakan dirinya dihargai dan disayangi oleh guru. Hal ini juga membolehkan guru menyampaikan odjektif pengajarannya dengan jelas. Kemahiran dalam komunikasi boleh dibahagikan kepada dua, iaitu kemahiran menghantar maklumat dan kemahiran menerima maklumat. Kemahiran menghantar maklumat termasuklah pertuturan yang jelas dengan penggunaan bahasa yang sesuai. Penggunaan bahasa yang sesuai juga bermakna guru perlu sopan. Guru harus memandang ke arah murid, mewujudkan kontak mata apabila bercakap dengan murid tersebut. Apabila menegur murid, teguran harus berfokus kepada tindakan murid dan bukan kepada murid. Misalnya, apabila guru hendak menegur murid yang bercakap semasa guru sedang mengajar,dia boleh berkata ‘Perbualan kamu menyukarkan pengajaran saya Hamid’ dan bukan ‘Hamid, kamu ini bising sangat’. Maklum balas yang diberi kepada murid mesti jelas dan spesifik. Misalnya,
  • 5.
    95 apabila Hamid bercakapsemasa cikgu sedang mengajar, dia mengalihkan perhatian cikgu dan menyukarkan pengajaran. Sekiranya guru berkata, ‘Kamu ni kurang ajar’, kenyataan ini umum dan tidak diberitahu Hamid masalah yang sebenarnya dan bersifat menghina. Seterusnya, sekiranya memberikan pujian, pastikan pujian tersebut spesifik untuk tingkah laku yang ditunjukkan murid. Misalnya, jika pencapaian seseorang murid bertambah baik, guru boleh berkata ‘Usaha kamu telah membawa kepada kejayaan ini,tahniah!’ dibanding dengan ‘Tahniah kamu dapat markah tinggi!’. Kemahiran menerima maklumat atau kemahiran mendengar penting dalam menjalinkan hubungan dengan murid. Seseorang murid akan berasa dirinya dihormati dan penting apabila guru memberikan perhatian kepada pandangannya. Semasa mendengar, guru perlu sensitif terhadap apa yang dikatakan oleh murid dan memberikan respon yang wajar. Memberikan respon dengan cepat semata-mata supaya guru boleh meneruskan kerjanya boleh menyebabkan guru terlepas pandang perkara sebenar yang ingin disampaikan oleh murid. Maka guru mesti sabar dan memberikan respon seperti mengangguk kepala, mengerut dahi dan menjawab ‘Aha’ atau ‘Oh’, memfrasa semula apa-apa yang dikatakan oleh murid misalnya, ‘Maksud kamu..’ atau ‘Jadi kamu sebenarnya..’. Apabila guru memberikan respon, murid akan terdorong untuk meluahkan rasa hati kerana dia merasakan guru berminat dengan perkara yang hendak dikatakannya. Komunikasi dua hala turut menggalakkan interaksi antara guru dan murid. Pada masa yang sama, guru boleh merancang aktiviti untuk murid boleh bekerja dalam kumpulan dan saling membantu serta bertukar idea. Namun, kadang kala sesetengah murid akan menghadapi masalah dalam menyesuaikan diri di dalam kelas. Ada murid yang bersikap introvert, mungkin tersingkir dan sukar diterima oleh rakan. Manakala murid yang ekstrovert yang ingin didampingi oleh ramai murid di dalam kelas. Guru dapat mengetahui tahap interaksi sosial melalui pemerhatian dengan menggunakan teknik sosiometri. Pengetahuan tahap sosial murid membantu guru membentuk kumpulan yang dapat bekerjasama. Rumusannya, guru tidak harus mengamalkan jenis komunikasi yang bersifat sehala. Komunikasi yang diamalkan oleh guru ialah komunikasi yang terbuka dan bersifat dua hala. Dengan cara komunikasi begini, anda akan menggalakkan murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • 6.
    96 Berhenti dan buatrefleksi. Cuba imbas kembali dan tanya diri sendiri faktor yang manakah (seperti yang dinyatakan di atas) memberi sumbangan kepada kejayaan anda dalam mengurus bilik darjah yang berkesan? 5.3 Rutin bilik darjah 5.3.1 Konsep Rutin Rutin bilik darjah merujuk kepada aktiviti pengurusan harian bilik darjah. Ia juga adalah satu prosedur yang tetap dan perlu dijalankan sebagai aktiviti harian bilik darjah. Rutin pengurusan bilik darjah yang sistematik bukan hanya membentuk persekitaran bilik darjah yang kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran, tetapi juga meningkatkan semangat kekitaan murid, keselamatan dan meningkatkan disiplin kendiri murid. Tambahan pula, ia menjimatkan masa dan tenaga guru dan murid, dan memupuk sikap yang baik dalam diri murid seperti bersifat koperatif dan bertanggungjawab. Guru perlu menerangkan kepada murid tentang rutin bilik darjah pada awal tahun. Semua murid perlu faham dan jelas tentang rutin, peraturan dan prosedur bilik darjah supaya mereka boleh menjalankan tanggungjaawab mereka secara ikhlas dan sukarela. Contoh rutin bilik darjah termasuklah mengambil kehadiran murid, memungut yuran, menyusun kerusi dan meja serta menyiapkan jadual bertugas. 5.3.2 Jenis-jenis Rutin (a) Rutin Kelas (bukan akademik) Seorang guru perlu mewujudkan persekitaran fizikal bilik darjah yang kondusif dan membuat beberapa peraturan dan prosedur asas bilik darjah untuk memudahkan proses pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pengurusan peraturan dan kebersihan bilik darjah juga bertujuan untuk mengurangkan masalah disiplin dan memastikan bilik darjah berada dalam suasana yang kondusif.
  • 7.
    97 Contoh rutin bilikdarjah: mengurus kebersihan bilik darjah, termasuk menyapu lantai, menyusun kerusi dan meja serta membersihkan papan tulis, membentuk peraturan dan jadual bertugas murid. (b) Rutin Pentadbiran Guru juga memainkan peranan sebagai seorang pentadbir. Adalah penting bagi seorang guru mengurus pentadbiran bilik darjah secara berkesan kerana ini akan membantu murid-murid belajar dalam suasana yang selesa dan tenteram. Ini dapat menjimatkan masa dan tenaga guru serta murid. Ini boleh memberi manfaat kepada pembelajaran murid. Murid akan lebih berasa selamat dan berdisiplin. Contoh rutin pentadbiran: mengambil kehadiran murid, memungut yuran (seperti yuran peperiksaan, derma PIBG), menyediakan laporan kemajuan murid dan rekod kesihatan murid. (c) Rutin Pergerakan Murid Murid perlu tahu prosedur pergerakan dari satu aktiviti atau bilik darjah kepada yang lain. Contohnya kebanyakan sekolah memerlukan murid untuk beratur sebelum pergi ke makmal sains dan komputer, bengkel kemahiran hidup dan Sains Rumahtangga. Ini bertujuan untuk melatih murid agar lebih berdisiplin sewaktu bergerak ke makmal atau mengikuti aktiviti luar. Contoh rutin pergerakan murid: murid bergerak dari i. aktiviti dalam ke aktiviti luar, ii. aktiviti kelas kepada aktiviti kumpulan, iii. kelas ke makmal komputer. (d) Rutin Pengurusan Tugasan Rutin jenis ini termasuklah persediaan guru terhadap tugasan, aktiviti sumber pengajaran dan pembelajaran dan membina pusat aktiviti. Untuk memastikan kelicinan dalam mengimplementasikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memberitahu murid tentang hasil pembelajaran yang diharapkan, apa yang perlu mereka lakukan dan cara mereka mengetahui pencapaian hasil pembelajaran mereka. Guru juga perlu memantau aktiviti bilik darjah dan menilai pencapaian murid.
  • 8.
    98 (e) Rutin Pembelajaran Rutinjenis ini berlaku dalam pada setiap hari dan ini membantu menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Prosedur yang betul sewaktu menjalankan rutin adalah penting dan murid harus melibatkan diri secara langsung di mana perlu. Contoh rutin pembelajaran: memungut buku latihan, menanda latihan, mengagihkan sumber dan buku. (f) Rutin Interaksi Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah menekankan aktiviti yang berfokuskan murid. Interaksi seperti interaksi murid-murid dan guru-murid adalah digalakkan. Murid perlu tahu prosedur bertanya atau menjawab, perkara yang diharapkan semasa berada di pusat pembelajaran semasa menjalankan perbincangan dan aktiviti bilik darjah yang lain. Contoh rutin interaksi: Perbincangan kelas dan kumpulan kecil, membuat ujikaji makmal, aktiviti kumpulan seperti main peranan dan projek. 5.4 Disiplin Bilik Darjah 5.4.1 Konsep Disiplin Bilik Darjah Konsep disiplin mempunyai berbagai-bagai tafsiran. Mengikut Oliva (1956), disiplin merujuk kepada kawalan diri, kawalan dari luar, patuh kepada autoriti, keadaan bilik darjah yang teratur, kursus pengajian yang sistematik, cara yang menetapkan peraturan atau hukuman. Latihan 1. Apakah faedah-faedah rutin bilik darjah? 2. Berkongsi jenis-jenis peraturan dan rutin yang telah anda bina dalam bilik darjah anda, bincangkan keberkesanannya.
  • 9.
    99 Dalam buku LaporanJawatankuasa Kabinet (1979), disiplin membawa beberapa maksud seperti :  Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri.  Kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan tertib.  Kesanggupan seseorang menghormati hak individu lain.  Kesanggupan seseorang mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain.  Kesanggupan hormat-menghormati antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong-menolong.  Kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina.  Kesanggupan berkhidmat kepada masyarakat. Di peringkat sekolah, disiplin merupakan peraturan-peraturan yang dikenakan kepada pelajar-pelajar dengan tujuan mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran. Justeru itu, disiplin bilik darjah merupakan peraturan- peraturan yang dikenakan kepada pelajar-pelajar supaya mereka berkelakuan baik dan mendisiplinkan diri semasa aktiviti pengajaran pembelajaran dijalankan. Bilik darjah yang berdisiplin boleh disamakan dengan suasana sosioekonomi bilik darjah yang harmonis, aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan secara sistematik, teratur dan lancar tanpa sebarang gangguan. 5.4.2 Jenis-jenis Disiplin Mengikut Lindgren (1976), disiplin bilik darjah boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu disiplin arahan guru, disiplin arahan kerja, disiplin arahan kumpulan dan disiplin arahan diri. (a) Disiplin Arahan Guru Dalam konteks pengurusan bilik darjah, mengawal disiplin murid-murid merupakan tanggungjawab utama guru. Sesebuah kelas yang mempunyai disiplin yang baik akan menjamin segala aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Oleh itu, guru bertanggungjawab untuk menentukan peraturan-peraturan bilik darjah dan memastikannya sentiasa dipatuhi oleh murid- murid dalam bilik darjah. Kerja guru seperti menentukan peraturan-peraturan, mengawal murid-murid supaya mematuhinya dalam bilik darjah, menghukum murid yang melanggar disiplin merupakan jenis disiplin arahan guru.
  • 10.
    100 Disiplin arahan guruini mempunyai ciri autokratik, iaitu guru mempunyai kuasa yang mutlak atas kawalan, arahan, pengurusan dan hukuman berlandaskan peraturan- peraturan yang ditetapkan. Murid-murid hanya mematuhi segalanya untuk menjamin kewujudan disiplin yang baik di dalam bilik darjah. Oleh sebab guru mempunyai kuasa mendenda murid yang melanggar peraturan, jenis disiplin ini juga mempunyai ciri menghukum. Kedua-dua ciri disiplin arahan guru, iaitu ciri autokratik dan ciri menghukum telah menjadi amalan guru dalam pengurusan disiplin bilik darjah. Dengan kata lain, di bawah disiplin arahan guru, murid-murid diwajibkan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan. Sekiranya terdapat murid yang melanggar disiplin, dia akan dihukum mengikut peraturan atau cara yang difikirkan sesuai. (b) Disiplin Arahan Kerja Disiplin arahan kerja diwujudkan apabila sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru perla diselesaikan oleh murid dalam tempoh masa yang ditetapkan. Disiplin jenis ini dibentuk berlandaskan kesedaran keperluan dan tanggungjawab serta kebaikannya untuk murid-murid mematuhi arahan dan menyempurnakan tugasan mengikut jadual. Disiplin arahan kerja ini mempunyai ciri motivasi yang positif kerana disiplin jenis ini dapat menggalakkan murid menyelesaikan tugasan untuk kebaikan dan kepentingan sendiri. Sememangnya, tidak semua murid mempunyai disiplin arahan kerja dan mematuhi arahan guru dalam menyempurnakan tugasan mereka mengikut jadual. Mematuhi disiplin jenis ini bergantung kepada kematangan murid serta jenis tugasan yang diberikan. Secara amnya, disiplin arahan kerja dapat diwujudkan apabila tugasan yang diberikan adalah menarik, bermakna, boleh disempurnakan mengikut tempoh masa yang ditetapkan, sesuai dengan umur dan keupayaan murid itu. (c) Disiplin Arahan Kumpulan Disiplin arahan kumpulan diwujudkan antara ahli dalam dinamika kumpulan yang sedia ada atau dalam pembentukan berbagai-bagai kumpulan dengan tujuan menjalankan sesuatu aktiviti pembelajaran. Sebagaimana yang telah diketahui, dinamika kumpulan dibentuk berdasarkan kepada norma, nilai dan kepercayaan ahli-ahli yang serupa. Oleh itu, tingkah laku murid dapat dikawal semasa interaksi berlaku di antara rakan sebaya. Proses
  • 11.
    101 penyesuaian mengikut normasatu-satu kumpulan akan berlaku, menghasilkan kawalan disiplin di antara ahlinya. Murid yang tidak mematuhi norma dinamika kumpulan itu akan disingkirkan. Proses penyesuaian dan penyingkiran yang berlaku antara ahli dalam dinamika kumpulannya menghasilkan disiplin arahan kumpulan. Guru yang cekap dalam pengurusan bilik darjah, biasanya boleh menggunakan dinamika kumpulan itu untuk mengawal setengah-setengah murid yang sering melanggar disiplin bilik darjah. Bimbingan yang sesuai harus diberikan kepada ketua- ketua kumpulan mereka supaya norma dan kepercayaan yang diamalkan adalah sesuai, sihat dan setimpal dengan disiplin bilik darjah. Disiplin arahan kumpulan juga boleh diwujudkan dalam aktiviti kumpulan, misalnya semasa sekumpulan murid menjalankan aktiviti pengayaan atau melaksanakan sesuatu kerja projek. Dalam aktiviti tersebut, tugas kawalan disiplin murid biasanya diserahkan lepada ketua kumpulan mereka. Di bawah kawalan ketua kumpulan, murid-murid dapat melaksanakan aktiviti kumpulan secara sistematik, teratur serta licin. Keadaan seperti ini boleh disamakan dengan kewujudan disiplin arahan kumpulan dalam kalangan kumpualan mereka. (d) Disiplin Arahan Diri Disiplin arahan diri bermaksud keadaan yang membuat murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang sudah ditentukan tanpa dikenakan denda atau diberi ganjaran. Takrif disiplin arahan diri ini membawa implikasi murid-murid mematuhi peraturan- peraturan sekolah secara sukarela tanpa dipaksa atau diarah oleh guru. Disiplin arahan diri diwujudkan atas kesedaran bahawa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah adalah semata-mata untuk kebaikan murid-murid itu sendiri. Disiplin arahan diri biasanya boleh diwujudkan secara tidak sedar apabila murid- murid telah mencapai tahap kematangan, iaitu boleh berfikir secara rasional. Walau bagaimanapun, nilai disiplin jenis ini boleh dipupuk melalui latihan dan bimbingan guru seperti menerangkan kepentingan dan kebaikan mematuhi peraturan-peraturan sekolah kepada murid-murid, menyerapkan nilai-nilai murni seperti keadilan, hormat- menghormati hak orang lain, timbang rasa, toleransi dan kerjasama dalam aktiviti pengajaran pembelajaran serta aktiviti kokurikulum.
  • 12.
    102 Antara empat jenisdisiplin yang dibincangkan, disiplin arahan diri merupakan jenis disiplin yang paling berkesan dalam pengurusan disiplin bilik darjah. Apabila murid- murid mulai sedar betapa pentingnya mematuhi peraturan-peraturan sekolah, masalah disiplin di sekolah akan dapat dikurangkan ke peringkat yang minimum 5.4.4 Punca Masalah Disiplin Di Dalam Bilik Darjah Antara punca masalah disiplin termasuk:  kebosanan, guru telah gagal menyediakan aktiviti yang menarik, mencabar dan sesuai dengan tahap pencapaian pelajar  pelajar tidak mampu menyiapkan kerja yang diberi oleh guru kerana terlalu sukar, kurang jelas dan penggunaan bahasa yang tidak sesuai serta tempoh masa bagi aktiviti adalah terlalu lama  pengurusan guru adalah lemah, contohnya bahan bantu visual tidak berfungsi dan terlalu banyak halangan yang mengganggu kelancaran pengajaran  keliru dengan ekspektasi guru, guru tidak memberitahu secara jelas dan eksplisit tentang apa yang diinginkan daripada pelajar.  Interaksi rakan sebaya, perbualan atau tingkah laku tidak diingini dan gangguan dari luar sekolah kedengaran dalam bilik darjah  Harga kendiri akademik rendah, dimana murid kurang yakin pada diri sendiri. Berhenti dan buat refleksi. Berdasarkan pengalaman anda, huraikan punca-punca lain, masalah tingkah laku yang tidak disebutkan di atas. Bagaimanakah anda mengatasinya? 5.4.6 Jenis-jenis Masalah Disiplin Kategori Masalah Disiplin Jenis-jenis Masalah Disiplin Jenayah Merosakkan harta benda sekolah, mencuri, berjudi, berlawan, Memeras ugut,menyertai kongsi gelap, menyalahgunakan dadah, menumbuk guru, bergaduh, membaca atau melukis gambar lucah. Kelakuan negatif Berambut panjang, memakai sepatu dan stoking berwarna, baju T, berkuku panjang, menghisap rokok, bercakap kasar, berbual-bual dengan dialek, tidak menghormati guru, makan dalam bilik darjah, membuat bising, membuli murid yang lemah, tidak membawa buku, tidak membuat tugasan,
  • 13.
    103 menentang arahan guru MembolosPonteng kelas, ponteng sekolah, ponteng aktiviti kokurikulum, datang lambat ke sekolah, makan di kantin semasa waktu pelajaran, lewat ke perhimpunan, berkhayal atau tidur di dalam bilik darjah Menipu Meniru dalam ujian atau peperiksaan, menyalin kerja murid lain, tidak menghantar buku latihan untuk diperiksa, menyalin kerja murid lain, tidak menghantar buku latihan untuk diperiksa, menulis dan menandatangani sendiri surat ibu bapa, menandatangani sendiri buku kemajuan, bercakap bohong, berpura-pura sakit. 5.4.7 Cara-cara Menangani Masalah Disiplin di dalam Bilik Darjah Tiga cara menangani masalah disiplin akan dibincangkan secara ringkas iaitu amaran konstruktif, hukuman dan pencegahan salah laku. (a) Amaran Konstruktif Apa yang anda faham dengan amaran konstruktif? Bilakah ia di gunakan? Amaran ini digunakan apabila tingkah laku yang tidak diingini mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun keberkesanan tindakan ini bergantung kepada apa yang diperkatakan dan cara bagaimana ia disampaikan. Baca dan teliti prosedur amaran seperti berikut.  Dapatkan perhatian pelajar dan tegaskan bahawa ini adalah satu amaran  Jelaskan tingkah laku yang diingini secara eksplisit  Jelaskan tindakan yang disediakan bagi pelajar yang tidak memberi kerjasama  Amaran perlu ringkas  Teruskan pengajaran serta memberi pujian kepada pelajar yang memberi kerjasama  Beri pujian kepada pelajar yang bermasalah apabila ia menunjukkan perubahan tingkah laku  Beri pelajar hanya satu amaran sahaja Amat penting untuk mengingati bahawa amaran seharusnya ditujukan kepada masalah tingkah laku dan bukan kepada pelajar berkenaan. Sungguhpun amaran digunakan, anda harus memupuk nilai moral yang baik dan menggunakan pernyataan yang positif untuk mencapai kesan yang diingini. Mampukah anda berbuat demikian?
  • 14.
    104 (b) Hukuman Sudah pastianda biasa mendengar istilah ‘hukuman’. Berapa kerap anda menggunakan hukuman dalam bilik darjah anda? Tahukah anda bahawa respon yang seringkali diberikan kepada tingkah laku negatif merupakan satu hukuman? Mengejutkan tetapi benar. Respon berbentuk negatif merangkumi tindakan tata tertib seperti amaran lisan, mengherdik dan memaparkan nama serta salah laku pelajar. Hukuman ialah seperti menarik balik keistimewaan, mengasingkannya dari pelajar lain, memecat pelajar dari jawatan yang disandang, menambah beban tugas, digantung persekolahan dan sebagainya. Anda perlu sedar bahawa hukuman mungkin menimbulkan kesan-kesan negatif kepada pelajar. Cuba beri contoh-contoh kesan negatif. Hukuman mungkin menghalang pembelajaran (Englander, 1986), gagal mendidik pelajar cara-cara mempelbagaikan tingkah laku dan mungkin juga tidak dapat menghasilkan perubahan pada tingkah laku. (Emmer & Aussiker, 1987). (c) Pencegahan Salah Laku Adakah anda menyedari bahawa salah satu daripada faktor yang penting dalam pengurusan bilik darjah ialah keupayaan guru mencegah salah laku pada peringkat awal sebelum ianya menjadi satu isu yang serius. Mari kita pertimbangkan beberapa langkah bagi mencegah salah laku pelajar seperti berikut.  Memahami Dinamika Bilik Darjah Semua tingkah laku membawa makna sosial yang hanya dapat difahami dalam konteks sosial tertentu. Adalah penting bagi guru menangani masalah tingkah laku dengan melibatkan semua pelajar dari kelas tersebut. Dengan memerhatikan perhubungan pelajar dengan rakan-rakan sekelasnya yang lain dapat membantu anda mencari punca dan matlamat masalah tingkah laku yang ditunjukkan dan bagaimana rakan sebayanya dapat sama-sama menyelesaikan masalah ini. Setujukah anda? Adalah penting untuk anda mengetahui bahawa, rakan sebaya dapat mempengaruhi atau membendung tingkah laku dengan lebih berkesan dibandingkan dengan guru sendiri. Memahami dinamika bilik darjah merupakan kemelut bagi sebarang langkah pembetulan untuk menangani masalah pelajar. Apakah pandangan anda?
  • 15.
    105  Pengajaran BerkesanMencegah Masalah Disiplin Di Dalam Bilik Darjah ‘Di tengah-tengah kemelut masalah disiplin di dalam bilik darjah sebenarnya adalah kegagalan pendidikan oleh sekolah’ (Maurice Balson:1992) Kebanyakan masalah disiplin dalam bilik darjah timbul adalah berpunca daripada pengajaran dan aktiviti pengurusan bilik darjah yang tidak berkesan. Strategi pengajaran yang tidak terurus dan penggunaan bahan bantu mengajar yang tidak berkesan akan menyebabkan murid hilang minat dan bertukar kepada tingkah laku bermasalah. Guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik, menggunakan kaedah dan teknik berpusatkan pelajar untuk menarik perhatian dan melibatkan mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bahan bantuan mengajar perlu dapat merangsang minat pelajar terhadap pembelajaran.  Susun Atur Tempat Duduk Sebagai seorang guru, anda bertanggungjawab untuk menyusun atur tempat duduk pelajar anda. Bagaimanakah caranya? Atur tempat duduk supaya membolehkan anda memerhati dan memudahkan pergerakan untuk mendekati pelajar. Buat kontak mata dengan pelajar sama ada semasa pengajaran atau apabila berkomunikasi dengan kelas atau pun dengan individu. Adakah ini menjadi amalan anda?  Prihatin terhadap pelajar Adalah penting untuk anda membuat tinjauan seluruh bilik darjah dari masa ke semasa untuk memerhatikan sama ada pelajar mengalami masalah dengan tugasan mereka atau memerlukan bantuan anda. Jika keadaan ini berlaku, beri sokongan anda supaya mereka akan teruskan dengan kerja masing-masing. Guru juga perlu menunjukkan keprihatinan terhadap perkembangan pelajar sama ada besar atau kecil. Di sini jelas diperhatikan bahawa sentuhan peribadi adalah lebih berkesan berbanding dengan memanggil nama pelajar.
  • 16.
    106  Mengurus disiplin. Selainkeberkesanan persekitaran positif yang dicipta, dan implimentasi pelbagai teknik pengajaran dalam bilik darjah, terdapat tingkah laku mengganggu murid yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, guru perlu mempunyai satu himpunan kaedah yang baik untuk mengurus disiplin dalam bilik darjah: i. Urus rutin bilik darjah dengan berkesan ii. Bina hubungan rakan sebaya yang sihat melalui aktiviti kolaboratif dalam dan luar bilik darjah iii. Bina persekitaran pembelajaran yang boleh memberi sokongan dan pertimbangkan perbezaan individu murid dalam situasi pengajaran dan pembelajaran iv. Ingatkan murid tentang akibat salah laku. v. Wujudkan perhatian dan motivasi dalam bilik darjah vi. Libatkan murid dalam aktiviti pengajaran vii. Amalkan pengurusan masa yang bijak dan uruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan cekap dan berkesan. 5.4.8 Mempraktik strategi Disiplin yang sesuai Ramai guru mendapati isu mengekalkan strategi disiplin yang sesuai untuk mengurus tingkah laku bermasalah mengambil masa yang lama dan adakalanyamengecewakan. Mari kita lihat beberapa kemahiran penyelesaian masalah dalam bentuk yang lebih positif dan cepat:  Mesra, peribadi dan rela mendampingkan diri dengan murid.  Uruskan tingkah laku spesifik yang terkini.  Bantu murid membuat penghakiman nilai tentang tingkah lakunya.  Buat perancangan untuk perubahan tingkah laku.  Dapatkan komitmen murid untuk menjalankan rancangan tersebut.  Buat tindakan susulan untuk melihat keberkesanan perancangan tersebut.  Jangan menghukum murid dengan bersikap negatif dan jangan terima alasan- alasan jika tingkah laku yang tidak sesuai masih berterusan. Latihan 1. Pada pendapat anda, apakah penyebab masalah disiplin dalam bilik darjah yang paling ketara? Berikan alasan anda. 2. Nyatakan manfaat amalan rutin bilik darjah. Bentangkan jawapan anda dalam bentuk peta minda. 3. Bincangkan faktor-faktor penyebab salah laku murid dalam bilik
  • 17.
    107 darjah anda. Cadangkancara untuk mengatasi setiap faktor yang anda berikan. Rujukan Kamarudin, H. (1990). Pedagogi 2. Petaling Jaya: Longman Malaysia. Bahagian Pendidikan Guru.(2002). Unit 2: Pengurusan pengajaran bilik darjah. Kementerian Pelajaran Malaysia. Burden, P.R. & Byrd, D.M. (1994). Methods for effective teaching. Boston: Allyn Bacon. Emmer, E. T., and Aussiker, A. (1989).School and classroom discipline programs: How Well Do They Work?" In Oliver C. Moles(ed). Strategies to Reduce Student Misbehavior. Washington, DC: Office of Educational Research and Improvement. Gredler, M.E. (2001). Learning and instruction. Theory into practice. (4th Ed.) New Jersey: Merrill Prentice Hall. Jones, K. (1995). Simulations. A handbook for teachers and trainers. London: Kogan Page.