SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
PKU3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI
86
TAJUK 7 BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI
7.0 SINOPSIS
Tajuk ini memberi fokus terhadap kanak-kanak masalah sensori iaitu kanak-
kanak bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Perbincangan
topik adalah berkaiatan ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pendengaran dan
bermasalah penglihatan dalam aspek psiko-motor, aspek kognitif dan aspek
afektif. Topik ini jugamenghuraikan mengenai masalah bahasa yang dihadapi
serta implikasi terhadap intervensi bahasa kepada kanak-kanak masalah sensori.
7.1 HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda dapat:
1. Menjelaskan ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pendengaran dan
bermasalah penglihatan dalam aspek psiko-motor, aspek kognitif dan aspek
afektif.
2. Membincangkan masalah bahasa yang dari segi bentuk , kandungan dan
penggunaan bahasa.
3. Menghuraikan implikasi terhadap intervensi bahasa kepada kanak-kanak
masalah sensori.
PKU3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI
87
7.2 KERANGKA TAJUK-
 KANDUNGAN ISI
7.3 Pendahuluan
Bahasa merupakan campuran kebolehan yang diperlukan untuk berkomunikasi
berbahasa atau pengeluaran perkataan. Manakala komunikasi pula ialah proses
penyampaian dan penerimaan maklumat antara individu. Justeru itu, masalah
bahasa di kalangan kanak-kanak pendengaran dan penglihatan agak berbeza.
Ketidakupayaan mereka untuk berkomunikasi amat berbeza dan masalah
bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran lebih ketara
berbanding kanak-kanak bermasalah penglihatan.
BAHASA KANAK-KANAK
MASALAH SENSORI
Ciri-ciri
Knk-knk
M.SENSORI
Masalah Bhs
Knk-knk
M.SENSORI
Implikasi
Terhdp
Intervensi Bhs
- Aspek psiko-motor
- Aspek kogniti
- Aspek afektif
- Bentuk bahasa
- Kandungan bahasa
- Penggunaan bahasa
- Kaedah penilaian bahasa
- Strategi / teknik intervensi
yang spesifik
- Keberkesanan komunikasi
PKU3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI
88
7.3.1 Definisi
Secara umumnya, terdapat pelbagai definisi yang digunakan bagi menjelaskan
kategori kanak-kanak bermasalah penglihatan dan pendengaran.
Menurut Baldwin (1901) dalam Adeline (1997) menyatakan istilah cacat
penglihatan atau “blindness” sebagai ;
“ketidakupayaan untuk bertindak atau memberi respon kepada
rangsangan yang menghasilkan penglihatan. Ianya terbahagi kepada
separuh buta (partial blindness) atau buta (total blindness). Kecacatan ini
mungkin disebabkan oleh kecederaan atau kerosakan dibahagian-
bahagian “optical mechanism”, retina, saraf optik, “cortical” atau dipusat
“sub-cortical” untuk penglihatan atau bahagian-bahagian yang berkaitan
dengannya”.
Manakala bagi cacat pendengaran pula ianya merujuk kepada kehilangan
pendengaran konduktif, di mana terdapat kerosakan pada bahagian luar dan
tengah telinga dan kehilangan pendengaran sensori-neural, di mana kerosakan
wujud pada bahagian dalam telinga. Sekiranya berlaku kehilangan pendengaran,
isyarat bunyi walaupun dihantar ke otak oleh saraf auditori tidak dapat diterima
dengan betul atau didengar sebagai bunyi (William, 1991).
Menurut Howard (1996) menyatakan bahawa masalah pendengaran boleh
dibahagikan kepada dua iaitu :
a. Pekak (deaf) iaitu kanak-kanak ini tidak boleh menggunakan
pendengaran untuk memahami pertuturan walaupun boleh
mendengar bunyi atau menggunakan alat bantu dengar.
b. Kehilangan pendengaran (hard of hearing) iaitu kanak-kanak masih
boleh menggunakan pendengaran untuk memahami pertuturan dan
kebiasannya dengan bantuan alat bantu dengar.
PKU3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI
89
Justeru itu, kanak-kanak bermasalah pendengaran dan penglihatan akan
mengalami masalah penguasaan kemahiran berbahasa dan komunikasi
disebabkan oleh masalah yang dihadapinya.
7.4 Ciri-ciri Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran dan Bermasalah
Penglihatan
Kanak-kanak bermasalah penglihatan dan pendengaran boleh dikenalpasti
masalah penguasaan bahasa dan komunikasi berdasarkan kepada keterukan
kecacatan yang dialaminya. Secara umumnya kanak-kanak bermasalah
penglihatan mempunyai ciri-ciri yang berikut yang boleh dikenalpasti, antaranya
iaitu :
i. Ketidakbolehan untuk memberi tumpuan semasa melihat
ii. Memegang kepala dengan kuat
iii. Menyengetkan kepala
iv. Mengerutkan dahi semasa melihat objek yang jauh
v. Menggosok mata secara melampau
vi. Mengedip mata secara berterusan
vii. Mengadu kepeningan
viii. Sakit kepala
ix. Rasa mual selepas menumpukan penglihatan kepada sesuatu objek
x. Menutup sebelah mata dengan tangan
xi. Memasukkan jari ke dalam mata
xii. Keengganan untuk bermain
xiii. Ketidakbolehan mengambil bahagian untuk bermain
xiv. Gelisah
Namun begitu, ciri-ciri yang nyata penguasaan bahasa dan komunikasi kanak-
kanak bermasalah penglihatan dan pendengaran adalah dari segi ;
PKU3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI
90
7.4.1 Aspek Psikomotor
Secara umumnya, kanak-kanak bermasalah penglihatan pada dasarnya tidak
mempunyai masalah dari segi psikomotor. Kanak-kanak ini biasanya boleh
melakukan yang perlu dibantu atau tunjukajar. Ia hanya melibatkan masalah dari
segi pertuturan untuk berkomunikasi.
Manakala seseorang yang bermasalah pendengaran sejak lahir biasanya
mempunyai tahap kematangan dan keupayaan di abwah paras sederhana pada
pergerakanr-pergerakan psikomotor. Kanak-kanak ini biasanya akan mudah
terjatuh ketika berjalan kerana kurang keseimbangan pada deria pendengaran.
Selain itu, mereka juga mengalami kesukaran pada pergerakan serentak
psikomotor, koordinasi lokomotor, kurang keseimbangan, kepantasan motor
terhad, penggunaan motor yang kompleks serta berbagai kesukaran lain.
Pergerakan-pergerakan yang lebih kompleks seperti pergerakan serentak,
penggunaan koordinasi lokomotor dan kepantasan motor adalah pergerakan-
pergerakan yang sukar dilaksanakan oleh individu bermasalah pendengaran.
Pergerakan-pergerakan tersebut perlu diterapkan dan pemulihan yang perlu
dilakukan ke atas individu bermasalah pendengaran melalui aktiviti pendidikan
jasmani yang melibatkan pergerakan motor kasar.
7.4.2 Aspek Kognitif
Kanak-kanak buta mempunyai kebolehan intelek/kognitif yang sama seperti
kanak-kanak normal ketika mereka dilahirkan. Perkembangan intelek dan kognitif
sama seperti kanak-kanak normal yang lain. untuk menentukan masalah dari
segi kongnitif maka ujian kecerdasan yang biasa digunakan mengikut
Standardized Intelligence Tests yang diasaskan oleh Samuel, P. Hayes
(Kauffman, 1978). Kebiasaannya The Sandford-Binet Tests akan digunakan
kerana ia tidak terlalu banyak menggunakan item yang memerlukan penglihatan.
Manakala McGrinnis (1981) dalam Hallahan (1978) menyatakan bahawa banyak
kajian yang dilakukan dalam menilai pencapaian bahasa antara kanak-kanak
PKU3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI
91
normal dan buta menunjukkan tiada perbezaan. Biasanya kanak-kanak buta
akan peka dalam berbahasa kerana mereka hanya ada satu sahaja cara untuk
berkomunikasi dengan orang lain.
Manakala menurut Kirk Gallegher (1986) dalam kajiannya menyimpulkan
bahawa kanak-kanak pekak mempunyai IQ yang rendah iaitu purata biasa
retadasi pada 10 poin. Keadaan ini membawa makna kanak-kanak pekak
memunyai kebolehan kognitif yang jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan
kanak-kanak normal. Kepekakan yang berlaku adalah satu halangan kepada
kanak-kanak untuk berfungsi dalam dunia objek yang memerlukan pemikiran
yang konkrit.
7.4.3 Aspek Afektif
Biasanya kanak-kanak bermasalah penglihatan mempunyai sikap dan sifat yang
lebih baik dari segi perasaan.
REHAT SEBENTAR , SETERUSNYA
BUAT SENARAI SEMAK BERDASARKAN MENGENAI
ASPEK PSIKOMOTOR, KOGNITIF, DAN AFEKTIF
MENGENAI MASALAH BAHASA KANAK-KANAK
BERMASALAH PENDENGARAN.
PKU3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI
92
7.5 Masalah Bahasa Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran dan
Bermasalah Penglihatan
Secara umumnya, masalah komunikasi bagi kanak-kanak bermasalah
pendengaran memberi kesan besar terhadap emosi, sosial dan peribadi
seseorang. Mereka mempunyai perasaan rendah diri serta mengasing diri
daripada rakan yang normal. Antara implikasi masalah yang timbul antaranya :
a. Malu untuk bercakap dengan suara yang kuat
b. Perbendaharaan yang sedikit
c. Struktur bahasa yang ringkas, meninggalkan atau menukar perkataan
Masalah bahasa di kalangan murid bermasalah pendengaran sering kali akan
melakukan kesalahan struktur ayat kerana mereka kesukaran menyusun ayat
berdasarkan pemerolehan bahasanya. Ini menimbulkan implikasi dan
perkembangan bahasa terhadap mereka di dalam menguasai bahasa (Abdullah
Yusuf, 1993). Kajian menunjukkan individu yang bermasalah pendengaran dari
peringkat bayi, mempunyai banyak halangan dan kesukaran di dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran di sekolah serta kehidupan bersama masyarakat
sekeliling yang normal setelah tamat persekolahannya.
Justeru itu, bahasa pertuturan mesti dipantau melalui rangkaian verbal selain
daripada yang normal. Ia digunakan untuk memantau bahasa reseptif. Keperluan
untuk kembali dari satu sistem bermoniter (pemantauan) kepada yang lain dalam
pembelajaran bahasa adalah unik kepada mereka yang mempunyai kepekakan
yang sangat teruk dan ini juga mungkin cara paling susah dalam pembelajaran
bahasa oleh manusia.
Modulasi dan moniter tepat pertuturan seseorang dapat dilakukan apabila
seseorang boleh mendengar secara normal. Walaupun kehilangan pendengaran
sederhana serta dibantu oleh alat bantu dengar, namun terdapat juga kesulitan
untuk moniter secara normal.
PKU3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI
93
7.6 Implikasi terhadap Intervensi Bahasa
Secara kasarnya, masalah pendengaran yang dialami oleh kanak-kanak
bermasalah pendengaran akan memberikan implikasi dalam proses P&P. Di
antara implikasi yang boleh menggangu pelajar atau individu yang bermasalah
pendengaran ialah :
i. Penggunaan perbendaharaan kata yang sangat terhad.
ii. Tumpuan dan perhatian terhadap sesi P&P yang terhad kerana
pelajar bermasalah pendengaran bergantung sepenuhnya kepada
deria penglihatan untuk mendapatkan maklumat, ole yang demikian
mereka akan cepat merasa penat.
iii. Gangguan emsoi dan kurang faham dengan apa yang disampaikan
oleh guru ditambah pula dengan tumpuan deria penglihatan yang
telah penat, maka perolehan isi pelajaran akan terputus-putus
seterusnya sukar faham.
iv. Seringkali mengharapkan bantuan rakan sebaya ketika berada di
dalam kelas kerana faktor di atas.
v. Berhadapan dengan masalah untuk berkomunikasi dengan pelajar
normal seandainya pelajar bermasalah pendengaran ini
ditempatkan di sekolah percantuman atau inklusif dan ini
menyebabkan faktor salah faham, merasa rendah diri dan
sebagainya.
vi. Kadang kala boleh menjadi bahan ejekan rakan-rakan dari
kalangan pelajar normal dan ini akan menyebabkan gangguan
emosi dan seterusnya menggangu tumpuan kepada pelajaran.
7.6.1 Kaedah Penilaian Bahasa
Untuk menilai bahasa kanak-kanak bermasalah pendengaran dan bermasalah
penglihatan biasanya menggunakan 5 elemen bahasa iaitu fonologi, morfologi,
sintaksis, semantik dan pragmatik. Biasanya kanak-kanak bermasalah
PKU3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI
94
pendengaran mengalami kesukaran dalam kesemua elemen bahasa tersebut
berbanding kanak-kanak bermasalah penglihatan yang hanya mempunyai
kekurangan dari segi semantik
7.6.2 Strategi/teknik intervensi yang spesifik
Untuk mengatasi masalah dalam penguasaan kemahiran berbahasa dan
berkomunikasi kanak-kanak bermasalah penglihatan, antara lain peralatan yang
boleh diguna untuk membantu kanak-kanak tersebut adalah seperti berikut :
i. Braille
Braille adalah literasi yang pertama bagi individu bermasalah penglihatan
(Schroeder 1989). Braille adalah sistem bacaan dan tulisan yang mana
perkataan, huruf, nombor daripada susunan titik-titik yang timbul. Sistem ini
dibina oleh Louis Braille tahun 1830 seorang pemuda Peranchis yang buta.
Kependekan perkataan banyak membantu meningkatkan kecekapan membaca
dan menulis Braille (Schroeder 1989).
ii. Low Vision Devices (LVD)
Penggunaan cetakan besar sebagai medium bagi kanak-kanak bermasalah
penglihatan. Pelajar rabun menggunakan 3 pendekatan asas untuk membaca
cetakan :
pembesaran mengurangkan jarak antara mata dan kertas dari 40cm ke 5 cm
lensa tulisan yang besar
iii. CCTV
Penggunaan TV menggunakan skrin yang boleh dikawal menggunakan alat bagi
membesarkan huruf / tulisan. Skrin akan memaparkan tulisan samada hitam-
putih, putih-hitam dan terkini adalah tulisan berwarna.
PKU3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI
95
iv. Bahan Sentuhan (Tactile)
Penggunaan bahan timbul sebagai bahan untuk berkomunikasi. Contoh peta
timbul menggunakan kertas tebal, kertas pasir, lidi dsb. Tujuannya untuk
memudahkan pelajar mempelajari sesuatu topik yang berkaitan dengan lebih
mudah dan berkesan.
v. Peralatan Audio
Penggunaan alat seperti radio keset, TV dan komputer sebagai alat bantuan
semasa belajar.
vi. Perisian dan Aksesori Komputer
Penggunaan media terkini berdasarkan perisian dan aksesori komputer yang
diubahsuai bagi memudahkan orang buta menggunakan alat tersebut. Komputer
boleh menterjemahkan ke dalam bentuk braille atau bentuk suara bagi
memudahkan pengguna.
Penggunaan Computer Sythernizer (Komputer Bersuara) yang
menggunakan perisian “duxburry” yang boleh menterjemahkan tulisan dalam
bentuk suara. Ini akan memudahkan pengguna membaca sesuatu teks atau
perkataan yang bertulis.
Mesin pencetak Beryl sejenis peralatan bersuara digunakan untuk
menterjemahkan atau mengimbas bahan bercetak dengan menggunakan mesin
pengimbas yang diimbas dan disimpan dalam cakra keras atau cakra liut.
vii. Latihan Mobiliti
Keupayaan untuk bergerak adalah terhad maka latihan mobiliti adalah perlu bagi
menggelakkan pergantungan berlebihan kepada orang lain untuk bergerak. Ada
4 cara untuk memudahkan mobiliti iaitu :
 Panduan manusia
 Panduan anjing
PKU3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI
96
 Penggunaan tongkat
 Alatan elektronik
viii. Bantuan Untuk Melihat
o Kanta Pembesar
Kanta yang terdapat dalam pelbagai bentuk dan pelbagai kuasa
pembesar seperti Calmp Magnifier, Bar Magnifier, Tweezer, Finger
Magnifier dan Setero Binocular Magnifier.
o Kanta Teleskopik
Untuk membesarkan jarak objek dan biasanya hanya diperlukan
untuk jangkamasa pendek. Ia selamat dan berkesan terutamanya
mengawal penggunaan penglihatan tengah. Dipakai secara
berterusan kerana ia mengurangkan keluasan pandangan dan
mudah menilai jarak. Ia digunkan untuk penglihatan jangka masa
pendek seperti melihat nombor bas.
o Kanta Mikroskopik (untuk pandangan dekat sahaja)
Didapati dalam 2 atau lebih kanta penambah dan digunakan untuk
pandangan dekat sahaja. Ia digunakan dengan diletakkan di
hadapan mata sahaja kerana ia mempunyai pembesaran yang
tinggi dan lengkap. Digunakan semasa membaca.
o Kanta Sesentuh
Digunakan untuk membetulkan masalah rabun, masalah kornea
dan rabun dekat. Ia biasa dan mudah didapati serta merupakan
salah satu daripada alat pembesar.
o Cermin mata
Kanta yang biasanya digunakan untuk membaca adalah cermin
mata yang mempunyai saiz yang tertentu yang boleh ditambah.
PKU3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI
97
Cermin mata mempunyai unifokal, difokal dan trifokal. Unifokal
digunakan untuk melihat satu tujuan sahaja seperti membaca.
Difokal digunakan untuk membaca tetapi juga digunakan untuk
pandangan terus. Trifokal digunakan untuk mengukur jarak
pertengahan.
Berdasarkan pengalaman anda, nyatakan implikasi yang
berlaku berkaitan dengan masalah bahasa bagi kanak-kanak
bermasalah penglihatan?
Manakala bagi strategi/intervensi yang boleh digunapakai bagai membantu
kanak-kanak bermasalah pendengaran dalam berkomunikasi boleh diguna
pelbagai cara. Menurut Ward, Marjorie (1985) menyatakan bahawa kaedah
komunikasi dalam pengajaran bermasalah pendengaran adalah seperti berikut :
i. Bahasa isyarat
- American Sign Language (ASL)
- Ejaan jari
ii. Komunikasi Lisan
- Bacaan bibir
- “Cue speech”
- Pertuturan (speech)
iii. Komunikasi Seluruh (Total communication)
Gabungan manual, oral dan gerakan
7.7 Keberkesanan komunikasi
Secara umumnya, keberkesanan komunikasi bagi kanak-kanak bermasalah
pendengaran bergantung kepada tahap keterukan kecacatan pendengaran yang
dialaminya. Antara masalah komunikasi dan cara mengatasinya di kalangan
PKU3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI
98
kanak-kanak bermasalah pendengaran merujuk kepada ciri-ciri bahasa dan
pertuturan seperti berikut :
i. Auditory Deprivation
Kanak-kanak yang mengalami ciri-ciri ini mengalami gangguan secara fizikal.
Perkembangan bahasa kanak-kanak ini adalah ketinggalan berbanding dengan
rakan sebaya mereka. Mereka akan mengalami masalah bertutur dan kelewatan
berbahasa (speech and langugae delayed).
ii. Sintaks dan morfologi
Biasanya kanak-kanak ini mengalami kefahaman yang kurang tentang ayat-ayat
aktif dan pasif. Mereka juga kurang menggunakan kata kerja dengan baik.
Kanak-kanak bermasalah pendengaran juga tidak boleh membezakan aspek
morfologi dengan tepat, contohnya penggunaan “ing” pada sesetengah
perkataan seperti di bawah :
walk walking
jump jumping
Malah ciri-ciri bahasa dan pertuturan kanak-kanak ini di mana mereka tidak
dapat memahami antara singular dan plural, contohnya :
mouse mice
one pig two pigs
Anda dikehendaki mencari maklumat berkaitan dengan
kaedah komunikasi bagi kanak-kanak bermasalah
pendengaran yang dinyatakan di atas. Jelaskan secara
terperinci kaedah yang dinyatakan
PKU3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI
99
Kesimpulan
Masalah bahasa bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran dan penglihatan
agak berbeza, namun begitu pendekatan yang berbeza boleh digunakan untuk
membantu mereka cara berkomunikasi. Malah Radziewicz dan Antonellis (1993),
menyatakan faktor bila berlaku kecacatan, jangkamasa kecacatan dikesan dan
darjah kecacatan memainkan peranan penting di dalam memilih kaedah
pengajaran kepada kanak-kanak bermasalah pendengaran. Selain itu,
pendekatan yang bersesuaian juga perlu bagi membantu kanak-kanak yang
mempunyai masalah bahasa dan komunikasi.
Anda dikehendaki membuat bandingbeza masalah bahasa di
kalangan kanak-kanak bermasalah pendengaran dan
penglihatan.
Terangkan faktor-faktor yang harus dipertimbangkan dalam
mengatasi masalah bahasa kanak-kanak masalah sensori
bermasalah pendengaran dan penglihatan.
PKU3102
PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI
100
Bahan Rujukan
Bloom, L. & Lahey, M.(1978) Language Development and Language Disorders. New
York : Wiley
Kuder, S. J. (2003) Teaching Students with Language and Communication Disabilities.
Boston: Allyn & Bacon.
Martin, D. (2000) Teaching children with speech and language difficulties. London: David
Fulton Pub.
Owens, R. (2001) Language Development : An Introduction. (5th
Ed.). Boston : Allyn &
Bacon.
Reed, V. A. (2005) An Introduction to Children with Language Disorders (3rd ed.)
Boston : Allyn & Bacon.

More Related Content

What's hot

Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...nurul2307
 
KOMUNIKASI BAHASA DAN PERTUTURAN
KOMUNIKASI BAHASA DAN PERTUTURANKOMUNIKASI BAHASA DAN PERTUTURAN
KOMUNIKASI BAHASA DAN PERTUTURANShahrizzat Md Sukor
 
PAKK3243 Perancangan & Pelaksanaan Aktiviti Pendidikan Kesihatan Kanak-Kanak
PAKK3243 Perancangan & Pelaksanaan Aktiviti Pendidikan Kesihatan Kanak-KanakPAKK3243 Perancangan & Pelaksanaan Aktiviti Pendidikan Kesihatan Kanak-Kanak
PAKK3243 Perancangan & Pelaksanaan Aktiviti Pendidikan Kesihatan Kanak-KanakElize Lee
 
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanakKepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanakMasitah Musa
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Emma Subpei Shafie
 
Perkembangan bahasa n kognitif
Perkembangan bahasa n kognitifPerkembangan bahasa n kognitif
Perkembangan bahasa n kognitifAinismaira Smile
 
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)FaFai S.
 
Topik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniTopik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniWany Hardy
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualzabidah awang
 
1 perkembangan kognitif
1 perkembangan kognitif1 perkembangan kognitif
1 perkembangan kognitifIsmail Hashim
 
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakPerkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakBudakpro Bapapro
 
Pemikiran (Lateral, Kritis, Kreatif, Reflektif)
Pemikiran (Lateral, Kritis, Kreatif, Reflektif)Pemikiran (Lateral, Kritis, Kreatif, Reflektif)
Pemikiran (Lateral, Kritis, Kreatif, Reflektif)Wawa Honey
 
penilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatifpenilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatifFerraleny Doline
 
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaPemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaIka Patrict
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main perananANiS ADiBaH
 
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahIct dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahISMAILMAMAT
 

What's hot (20)

Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
 
KOMUNIKASI BAHASA DAN PERTUTURAN
KOMUNIKASI BAHASA DAN PERTUTURANKOMUNIKASI BAHASA DAN PERTUTURAN
KOMUNIKASI BAHASA DAN PERTUTURAN
 
PAKK3243 Perancangan & Pelaksanaan Aktiviti Pendidikan Kesihatan Kanak-Kanak
PAKK3243 Perancangan & Pelaksanaan Aktiviti Pendidikan Kesihatan Kanak-KanakPAKK3243 Perancangan & Pelaksanaan Aktiviti Pendidikan Kesihatan Kanak-Kanak
PAKK3243 Perancangan & Pelaksanaan Aktiviti Pendidikan Kesihatan Kanak-Kanak
 
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanakKepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
 
Tujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & PenilaianTujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & Penilaian
 
Masalah kecacatan fizikal
Masalah kecacatan fizikalMasalah kecacatan fizikal
Masalah kecacatan fizikal
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
 
Perkembangan bahasa n kognitif
Perkembangan bahasa n kognitifPerkembangan bahasa n kognitif
Perkembangan bahasa n kognitif
 
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
Pendidikan Inklusif (Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif)
 
Topik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seniTopik 3 deria dan seni
Topik 3 deria dan seni
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 
1 perkembangan kognitif
1 perkembangan kognitif1 perkembangan kognitif
1 perkembangan kognitif
 
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakPerkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
 
Pemikiran (Lateral, Kritis, Kreatif, Reflektif)
Pemikiran (Lateral, Kritis, Kreatif, Reflektif)Pemikiran (Lateral, Kritis, Kreatif, Reflektif)
Pemikiran (Lateral, Kritis, Kreatif, Reflektif)
 
penilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatifpenilaian sumatif dan formatif
penilaian sumatif dan formatif
 
Perkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanakPerkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanak
 
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaPemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
Kepelbagaian kecerdasan
Kepelbagaian kecerdasanKepelbagaian kecerdasan
Kepelbagaian kecerdasan
 
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolahIct dan multimedia kanak kanak prasekolah
Ict dan multimedia kanak kanak prasekolah
 

Similar to BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI

Similar to BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI (20)

P.khas.lan
P.khas.lanP.khas.lan
P.khas.lan
 
Tugasan 1 kbk 3073
Tugasan 1 kbk 3073Tugasan 1 kbk 3073
Tugasan 1 kbk 3073
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khas
 
BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL
 BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL
BAHASA KANAK-KANAK TERENCAT AKAL
 
119
119119
119
 
Kanak kanak keperluan khas
Kanak kanak keperluan khasKanak kanak keperluan khas
Kanak kanak keperluan khas
 
EDUP3103: MASALAH PENGLIHATAN.pdf
EDUP3103: MASALAH PENGLIHATAN.pdfEDUP3103: MASALAH PENGLIHATAN.pdf
EDUP3103: MASALAH PENGLIHATAN.pdf
 
Kanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan KhasKanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan Khas
 
Kajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autismeKajian Kes Tugasan autisme
Kajian Kes Tugasan autisme
 
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khasKanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
 
BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (LEARNING DISABILITIES)
BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (LEARNING DISABILITIES)BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (LEARNING DISABILITIES)
BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN (LEARNING DISABILITIES)
 
Tugasan disleksia
Tugasan disleksiaTugasan disleksia
Tugasan disleksia
 
Isl tajuk 2
Isl tajuk 2Isl tajuk 2
Isl tajuk 2
 
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
 
Auditory verbal
Auditory verbal Auditory verbal
Auditory verbal
 
Disleksia faktor
Disleksia  faktorDisleksia  faktor
Disleksia faktor
 
Autisme
AutismeAutisme
Autisme
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
1
11
1
 

More from Shahrizzat Md Sukor

Contoh pdp inkuiri 5e bagi tajuk sel
Contoh pdp inkuiri 5e bagi tajuk selContoh pdp inkuiri 5e bagi tajuk sel
Contoh pdp inkuiri 5e bagi tajuk selShahrizzat Md Sukor
 
Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (Inquiry-Based Science Education)
Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (Inquiry-Based Science Education)Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (Inquiry-Based Science Education)
Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (Inquiry-Based Science Education)Shahrizzat Md Sukor
 
Pendidikan Sains Teknologi dan Masyarakat
Pendidikan Sains Teknologi dan MasyarakatPendidikan Sains Teknologi dan Masyarakat
Pendidikan Sains Teknologi dan MasyarakatShahrizzat Md Sukor
 
Peristiwa Bercanggah dan Penyelesaian Masalah
Peristiwa Bercanggah dan Penyelesaian MasalahPeristiwa Bercanggah dan Penyelesaian Masalah
Peristiwa Bercanggah dan Penyelesaian MasalahShahrizzat Md Sukor
 
KAEDAH PENGAJARAN PEMBELAJARAN SAINS
KAEDAH PENGAJARAN PEMBELAJARAN SAINSKAEDAH PENGAJARAN PEMBELAJARAN SAINS
KAEDAH PENGAJARAN PEMBELAJARAN SAINSShahrizzat Md Sukor
 
Teori Pembelajaran Konstruktivisme
Teori Pembelajaran KonstruktivismeTeori Pembelajaran Konstruktivisme
Teori Pembelajaran KonstruktivismeShahrizzat Md Sukor
 
Beyond discipline (Bahasa Melayu) by Alfie Kohn
Beyond discipline (Bahasa Melayu) by Alfie KohnBeyond discipline (Bahasa Melayu) by Alfie Kohn
Beyond discipline (Bahasa Melayu) by Alfie KohnShahrizzat Md Sukor
 

More from Shahrizzat Md Sukor (15)

BAHASA KANAK-KANAK AUTISME
BAHASA KANAK-KANAK AUTISMEBAHASA KANAK-KANAK AUTISME
BAHASA KANAK-KANAK AUTISME
 
Contoh pdp inkuiri 5e bagi tajuk sel
Contoh pdp inkuiri 5e bagi tajuk selContoh pdp inkuiri 5e bagi tajuk sel
Contoh pdp inkuiri 5e bagi tajuk sel
 
Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (Inquiry-Based Science Education)
Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (Inquiry-Based Science Education)Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (Inquiry-Based Science Education)
Pendidikan Sains Berasaskan Inkuiri (Inquiry-Based Science Education)
 
Project Based Learning
Project Based LearningProject Based Learning
Project Based Learning
 
Pendidikan Sains Teknologi dan Masyarakat
Pendidikan Sains Teknologi dan MasyarakatPendidikan Sains Teknologi dan Masyarakat
Pendidikan Sains Teknologi dan Masyarakat
 
Peristiwa Bercanggah dan Penyelesaian Masalah
Peristiwa Bercanggah dan Penyelesaian MasalahPeristiwa Bercanggah dan Penyelesaian Masalah
Peristiwa Bercanggah dan Penyelesaian Masalah
 
KAEDAH PENGAJARAN PEMBELAJARAN SAINS
KAEDAH PENGAJARAN PEMBELAJARAN SAINSKAEDAH PENGAJARAN PEMBELAJARAN SAINS
KAEDAH PENGAJARAN PEMBELAJARAN SAINS
 
Teori Pembelajaran Konstruktivisme
Teori Pembelajaran KonstruktivismeTeori Pembelajaran Konstruktivisme
Teori Pembelajaran Konstruktivisme
 
Masteri dan kontekstual
Masteri dan kontekstualMasteri dan kontekstual
Masteri dan kontekstual
 
Pengurusan bilik darjah
 Pengurusan bilik darjah Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
SEJARAH PERKEMBANGAN ASTRONOMI
SEJARAH PERKEMBANGAN ASTRONOMISEJARAH PERKEMBANGAN ASTRONOMI
SEJARAH PERKEMBANGAN ASTRONOMI
 
Beyond discipline (Bahasa Melayu) by Alfie Kohn
Beyond discipline (Bahasa Melayu) by Alfie KohnBeyond discipline (Bahasa Melayu) by Alfie Kohn
Beyond discipline (Bahasa Melayu) by Alfie Kohn
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASATEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
 
KOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASA
KOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASAKOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASA
KOMPONEN-KOMPONEN DALAM BAHASA
 
Flipped classroom
Flipped classroomFlipped classroom
Flipped classroom
 

Recently uploaded

Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 

Recently uploaded (14)

Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 

BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI

  • 1. PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI 86 TAJUK 7 BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI 7.0 SINOPSIS Tajuk ini memberi fokus terhadap kanak-kanak masalah sensori iaitu kanak- kanak bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Perbincangan topik adalah berkaiatan ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan dalam aspek psiko-motor, aspek kognitif dan aspek afektif. Topik ini jugamenghuraikan mengenai masalah bahasa yang dihadapi serta implikasi terhadap intervensi bahasa kepada kanak-kanak masalah sensori. 7.1 HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda dapat: 1. Menjelaskan ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan dalam aspek psiko-motor, aspek kognitif dan aspek afektif. 2. Membincangkan masalah bahasa yang dari segi bentuk , kandungan dan penggunaan bahasa. 3. Menghuraikan implikasi terhadap intervensi bahasa kepada kanak-kanak masalah sensori.
  • 2. PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI 87 7.2 KERANGKA TAJUK-  KANDUNGAN ISI 7.3 Pendahuluan Bahasa merupakan campuran kebolehan yang diperlukan untuk berkomunikasi berbahasa atau pengeluaran perkataan. Manakala komunikasi pula ialah proses penyampaian dan penerimaan maklumat antara individu. Justeru itu, masalah bahasa di kalangan kanak-kanak pendengaran dan penglihatan agak berbeza. Ketidakupayaan mereka untuk berkomunikasi amat berbeza dan masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran lebih ketara berbanding kanak-kanak bermasalah penglihatan. BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI Ciri-ciri Knk-knk M.SENSORI Masalah Bhs Knk-knk M.SENSORI Implikasi Terhdp Intervensi Bhs - Aspek psiko-motor - Aspek kogniti - Aspek afektif - Bentuk bahasa - Kandungan bahasa - Penggunaan bahasa - Kaedah penilaian bahasa - Strategi / teknik intervensi yang spesifik - Keberkesanan komunikasi
  • 3. PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI 88 7.3.1 Definisi Secara umumnya, terdapat pelbagai definisi yang digunakan bagi menjelaskan kategori kanak-kanak bermasalah penglihatan dan pendengaran. Menurut Baldwin (1901) dalam Adeline (1997) menyatakan istilah cacat penglihatan atau “blindness” sebagai ; “ketidakupayaan untuk bertindak atau memberi respon kepada rangsangan yang menghasilkan penglihatan. Ianya terbahagi kepada separuh buta (partial blindness) atau buta (total blindness). Kecacatan ini mungkin disebabkan oleh kecederaan atau kerosakan dibahagian- bahagian “optical mechanism”, retina, saraf optik, “cortical” atau dipusat “sub-cortical” untuk penglihatan atau bahagian-bahagian yang berkaitan dengannya”. Manakala bagi cacat pendengaran pula ianya merujuk kepada kehilangan pendengaran konduktif, di mana terdapat kerosakan pada bahagian luar dan tengah telinga dan kehilangan pendengaran sensori-neural, di mana kerosakan wujud pada bahagian dalam telinga. Sekiranya berlaku kehilangan pendengaran, isyarat bunyi walaupun dihantar ke otak oleh saraf auditori tidak dapat diterima dengan betul atau didengar sebagai bunyi (William, 1991). Menurut Howard (1996) menyatakan bahawa masalah pendengaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu : a. Pekak (deaf) iaitu kanak-kanak ini tidak boleh menggunakan pendengaran untuk memahami pertuturan walaupun boleh mendengar bunyi atau menggunakan alat bantu dengar. b. Kehilangan pendengaran (hard of hearing) iaitu kanak-kanak masih boleh menggunakan pendengaran untuk memahami pertuturan dan kebiasannya dengan bantuan alat bantu dengar.
  • 4. PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI 89 Justeru itu, kanak-kanak bermasalah pendengaran dan penglihatan akan mengalami masalah penguasaan kemahiran berbahasa dan komunikasi disebabkan oleh masalah yang dihadapinya. 7.4 Ciri-ciri Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran dan Bermasalah Penglihatan Kanak-kanak bermasalah penglihatan dan pendengaran boleh dikenalpasti masalah penguasaan bahasa dan komunikasi berdasarkan kepada keterukan kecacatan yang dialaminya. Secara umumnya kanak-kanak bermasalah penglihatan mempunyai ciri-ciri yang berikut yang boleh dikenalpasti, antaranya iaitu : i. Ketidakbolehan untuk memberi tumpuan semasa melihat ii. Memegang kepala dengan kuat iii. Menyengetkan kepala iv. Mengerutkan dahi semasa melihat objek yang jauh v. Menggosok mata secara melampau vi. Mengedip mata secara berterusan vii. Mengadu kepeningan viii. Sakit kepala ix. Rasa mual selepas menumpukan penglihatan kepada sesuatu objek x. Menutup sebelah mata dengan tangan xi. Memasukkan jari ke dalam mata xii. Keengganan untuk bermain xiii. Ketidakbolehan mengambil bahagian untuk bermain xiv. Gelisah Namun begitu, ciri-ciri yang nyata penguasaan bahasa dan komunikasi kanak- kanak bermasalah penglihatan dan pendengaran adalah dari segi ;
  • 5. PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI 90 7.4.1 Aspek Psikomotor Secara umumnya, kanak-kanak bermasalah penglihatan pada dasarnya tidak mempunyai masalah dari segi psikomotor. Kanak-kanak ini biasanya boleh melakukan yang perlu dibantu atau tunjukajar. Ia hanya melibatkan masalah dari segi pertuturan untuk berkomunikasi. Manakala seseorang yang bermasalah pendengaran sejak lahir biasanya mempunyai tahap kematangan dan keupayaan di abwah paras sederhana pada pergerakanr-pergerakan psikomotor. Kanak-kanak ini biasanya akan mudah terjatuh ketika berjalan kerana kurang keseimbangan pada deria pendengaran. Selain itu, mereka juga mengalami kesukaran pada pergerakan serentak psikomotor, koordinasi lokomotor, kurang keseimbangan, kepantasan motor terhad, penggunaan motor yang kompleks serta berbagai kesukaran lain. Pergerakan-pergerakan yang lebih kompleks seperti pergerakan serentak, penggunaan koordinasi lokomotor dan kepantasan motor adalah pergerakan- pergerakan yang sukar dilaksanakan oleh individu bermasalah pendengaran. Pergerakan-pergerakan tersebut perlu diterapkan dan pemulihan yang perlu dilakukan ke atas individu bermasalah pendengaran melalui aktiviti pendidikan jasmani yang melibatkan pergerakan motor kasar. 7.4.2 Aspek Kognitif Kanak-kanak buta mempunyai kebolehan intelek/kognitif yang sama seperti kanak-kanak normal ketika mereka dilahirkan. Perkembangan intelek dan kognitif sama seperti kanak-kanak normal yang lain. untuk menentukan masalah dari segi kongnitif maka ujian kecerdasan yang biasa digunakan mengikut Standardized Intelligence Tests yang diasaskan oleh Samuel, P. Hayes (Kauffman, 1978). Kebiasaannya The Sandford-Binet Tests akan digunakan kerana ia tidak terlalu banyak menggunakan item yang memerlukan penglihatan. Manakala McGrinnis (1981) dalam Hallahan (1978) menyatakan bahawa banyak kajian yang dilakukan dalam menilai pencapaian bahasa antara kanak-kanak
  • 6. PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI 91 normal dan buta menunjukkan tiada perbezaan. Biasanya kanak-kanak buta akan peka dalam berbahasa kerana mereka hanya ada satu sahaja cara untuk berkomunikasi dengan orang lain. Manakala menurut Kirk Gallegher (1986) dalam kajiannya menyimpulkan bahawa kanak-kanak pekak mempunyai IQ yang rendah iaitu purata biasa retadasi pada 10 poin. Keadaan ini membawa makna kanak-kanak pekak memunyai kebolehan kognitif yang jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal. Kepekakan yang berlaku adalah satu halangan kepada kanak-kanak untuk berfungsi dalam dunia objek yang memerlukan pemikiran yang konkrit. 7.4.3 Aspek Afektif Biasanya kanak-kanak bermasalah penglihatan mempunyai sikap dan sifat yang lebih baik dari segi perasaan. REHAT SEBENTAR , SETERUSNYA BUAT SENARAI SEMAK BERDASARKAN MENGENAI ASPEK PSIKOMOTOR, KOGNITIF, DAN AFEKTIF MENGENAI MASALAH BAHASA KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN.
  • 7. PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI 92 7.5 Masalah Bahasa Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran dan Bermasalah Penglihatan Secara umumnya, masalah komunikasi bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran memberi kesan besar terhadap emosi, sosial dan peribadi seseorang. Mereka mempunyai perasaan rendah diri serta mengasing diri daripada rakan yang normal. Antara implikasi masalah yang timbul antaranya : a. Malu untuk bercakap dengan suara yang kuat b. Perbendaharaan yang sedikit c. Struktur bahasa yang ringkas, meninggalkan atau menukar perkataan Masalah bahasa di kalangan murid bermasalah pendengaran sering kali akan melakukan kesalahan struktur ayat kerana mereka kesukaran menyusun ayat berdasarkan pemerolehan bahasanya. Ini menimbulkan implikasi dan perkembangan bahasa terhadap mereka di dalam menguasai bahasa (Abdullah Yusuf, 1993). Kajian menunjukkan individu yang bermasalah pendengaran dari peringkat bayi, mempunyai banyak halangan dan kesukaran di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah serta kehidupan bersama masyarakat sekeliling yang normal setelah tamat persekolahannya. Justeru itu, bahasa pertuturan mesti dipantau melalui rangkaian verbal selain daripada yang normal. Ia digunakan untuk memantau bahasa reseptif. Keperluan untuk kembali dari satu sistem bermoniter (pemantauan) kepada yang lain dalam pembelajaran bahasa adalah unik kepada mereka yang mempunyai kepekakan yang sangat teruk dan ini juga mungkin cara paling susah dalam pembelajaran bahasa oleh manusia. Modulasi dan moniter tepat pertuturan seseorang dapat dilakukan apabila seseorang boleh mendengar secara normal. Walaupun kehilangan pendengaran sederhana serta dibantu oleh alat bantu dengar, namun terdapat juga kesulitan untuk moniter secara normal.
  • 8. PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI 93 7.6 Implikasi terhadap Intervensi Bahasa Secara kasarnya, masalah pendengaran yang dialami oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran akan memberikan implikasi dalam proses P&P. Di antara implikasi yang boleh menggangu pelajar atau individu yang bermasalah pendengaran ialah : i. Penggunaan perbendaharaan kata yang sangat terhad. ii. Tumpuan dan perhatian terhadap sesi P&P yang terhad kerana pelajar bermasalah pendengaran bergantung sepenuhnya kepada deria penglihatan untuk mendapatkan maklumat, ole yang demikian mereka akan cepat merasa penat. iii. Gangguan emsoi dan kurang faham dengan apa yang disampaikan oleh guru ditambah pula dengan tumpuan deria penglihatan yang telah penat, maka perolehan isi pelajaran akan terputus-putus seterusnya sukar faham. iv. Seringkali mengharapkan bantuan rakan sebaya ketika berada di dalam kelas kerana faktor di atas. v. Berhadapan dengan masalah untuk berkomunikasi dengan pelajar normal seandainya pelajar bermasalah pendengaran ini ditempatkan di sekolah percantuman atau inklusif dan ini menyebabkan faktor salah faham, merasa rendah diri dan sebagainya. vi. Kadang kala boleh menjadi bahan ejekan rakan-rakan dari kalangan pelajar normal dan ini akan menyebabkan gangguan emosi dan seterusnya menggangu tumpuan kepada pelajaran. 7.6.1 Kaedah Penilaian Bahasa Untuk menilai bahasa kanak-kanak bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan biasanya menggunakan 5 elemen bahasa iaitu fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik. Biasanya kanak-kanak bermasalah
  • 9. PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI 94 pendengaran mengalami kesukaran dalam kesemua elemen bahasa tersebut berbanding kanak-kanak bermasalah penglihatan yang hanya mempunyai kekurangan dari segi semantik 7.6.2 Strategi/teknik intervensi yang spesifik Untuk mengatasi masalah dalam penguasaan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi kanak-kanak bermasalah penglihatan, antara lain peralatan yang boleh diguna untuk membantu kanak-kanak tersebut adalah seperti berikut : i. Braille Braille adalah literasi yang pertama bagi individu bermasalah penglihatan (Schroeder 1989). Braille adalah sistem bacaan dan tulisan yang mana perkataan, huruf, nombor daripada susunan titik-titik yang timbul. Sistem ini dibina oleh Louis Braille tahun 1830 seorang pemuda Peranchis yang buta. Kependekan perkataan banyak membantu meningkatkan kecekapan membaca dan menulis Braille (Schroeder 1989). ii. Low Vision Devices (LVD) Penggunaan cetakan besar sebagai medium bagi kanak-kanak bermasalah penglihatan. Pelajar rabun menggunakan 3 pendekatan asas untuk membaca cetakan : pembesaran mengurangkan jarak antara mata dan kertas dari 40cm ke 5 cm lensa tulisan yang besar iii. CCTV Penggunaan TV menggunakan skrin yang boleh dikawal menggunakan alat bagi membesarkan huruf / tulisan. Skrin akan memaparkan tulisan samada hitam- putih, putih-hitam dan terkini adalah tulisan berwarna.
  • 10. PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI 95 iv. Bahan Sentuhan (Tactile) Penggunaan bahan timbul sebagai bahan untuk berkomunikasi. Contoh peta timbul menggunakan kertas tebal, kertas pasir, lidi dsb. Tujuannya untuk memudahkan pelajar mempelajari sesuatu topik yang berkaitan dengan lebih mudah dan berkesan. v. Peralatan Audio Penggunaan alat seperti radio keset, TV dan komputer sebagai alat bantuan semasa belajar. vi. Perisian dan Aksesori Komputer Penggunaan media terkini berdasarkan perisian dan aksesori komputer yang diubahsuai bagi memudahkan orang buta menggunakan alat tersebut. Komputer boleh menterjemahkan ke dalam bentuk braille atau bentuk suara bagi memudahkan pengguna. Penggunaan Computer Sythernizer (Komputer Bersuara) yang menggunakan perisian “duxburry” yang boleh menterjemahkan tulisan dalam bentuk suara. Ini akan memudahkan pengguna membaca sesuatu teks atau perkataan yang bertulis. Mesin pencetak Beryl sejenis peralatan bersuara digunakan untuk menterjemahkan atau mengimbas bahan bercetak dengan menggunakan mesin pengimbas yang diimbas dan disimpan dalam cakra keras atau cakra liut. vii. Latihan Mobiliti Keupayaan untuk bergerak adalah terhad maka latihan mobiliti adalah perlu bagi menggelakkan pergantungan berlebihan kepada orang lain untuk bergerak. Ada 4 cara untuk memudahkan mobiliti iaitu :  Panduan manusia  Panduan anjing
  • 11. PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI 96  Penggunaan tongkat  Alatan elektronik viii. Bantuan Untuk Melihat o Kanta Pembesar Kanta yang terdapat dalam pelbagai bentuk dan pelbagai kuasa pembesar seperti Calmp Magnifier, Bar Magnifier, Tweezer, Finger Magnifier dan Setero Binocular Magnifier. o Kanta Teleskopik Untuk membesarkan jarak objek dan biasanya hanya diperlukan untuk jangkamasa pendek. Ia selamat dan berkesan terutamanya mengawal penggunaan penglihatan tengah. Dipakai secara berterusan kerana ia mengurangkan keluasan pandangan dan mudah menilai jarak. Ia digunkan untuk penglihatan jangka masa pendek seperti melihat nombor bas. o Kanta Mikroskopik (untuk pandangan dekat sahaja) Didapati dalam 2 atau lebih kanta penambah dan digunakan untuk pandangan dekat sahaja. Ia digunakan dengan diletakkan di hadapan mata sahaja kerana ia mempunyai pembesaran yang tinggi dan lengkap. Digunakan semasa membaca. o Kanta Sesentuh Digunakan untuk membetulkan masalah rabun, masalah kornea dan rabun dekat. Ia biasa dan mudah didapati serta merupakan salah satu daripada alat pembesar. o Cermin mata Kanta yang biasanya digunakan untuk membaca adalah cermin mata yang mempunyai saiz yang tertentu yang boleh ditambah.
  • 12. PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI 97 Cermin mata mempunyai unifokal, difokal dan trifokal. Unifokal digunakan untuk melihat satu tujuan sahaja seperti membaca. Difokal digunakan untuk membaca tetapi juga digunakan untuk pandangan terus. Trifokal digunakan untuk mengukur jarak pertengahan. Berdasarkan pengalaman anda, nyatakan implikasi yang berlaku berkaitan dengan masalah bahasa bagi kanak-kanak bermasalah penglihatan? Manakala bagi strategi/intervensi yang boleh digunapakai bagai membantu kanak-kanak bermasalah pendengaran dalam berkomunikasi boleh diguna pelbagai cara. Menurut Ward, Marjorie (1985) menyatakan bahawa kaedah komunikasi dalam pengajaran bermasalah pendengaran adalah seperti berikut : i. Bahasa isyarat - American Sign Language (ASL) - Ejaan jari ii. Komunikasi Lisan - Bacaan bibir - “Cue speech” - Pertuturan (speech) iii. Komunikasi Seluruh (Total communication) Gabungan manual, oral dan gerakan 7.7 Keberkesanan komunikasi Secara umumnya, keberkesanan komunikasi bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran bergantung kepada tahap keterukan kecacatan pendengaran yang dialaminya. Antara masalah komunikasi dan cara mengatasinya di kalangan
  • 13. PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI 98 kanak-kanak bermasalah pendengaran merujuk kepada ciri-ciri bahasa dan pertuturan seperti berikut : i. Auditory Deprivation Kanak-kanak yang mengalami ciri-ciri ini mengalami gangguan secara fizikal. Perkembangan bahasa kanak-kanak ini adalah ketinggalan berbanding dengan rakan sebaya mereka. Mereka akan mengalami masalah bertutur dan kelewatan berbahasa (speech and langugae delayed). ii. Sintaks dan morfologi Biasanya kanak-kanak ini mengalami kefahaman yang kurang tentang ayat-ayat aktif dan pasif. Mereka juga kurang menggunakan kata kerja dengan baik. Kanak-kanak bermasalah pendengaran juga tidak boleh membezakan aspek morfologi dengan tepat, contohnya penggunaan “ing” pada sesetengah perkataan seperti di bawah : walk walking jump jumping Malah ciri-ciri bahasa dan pertuturan kanak-kanak ini di mana mereka tidak dapat memahami antara singular dan plural, contohnya : mouse mice one pig two pigs Anda dikehendaki mencari maklumat berkaitan dengan kaedah komunikasi bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran yang dinyatakan di atas. Jelaskan secara terperinci kaedah yang dinyatakan
  • 14. PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI 99 Kesimpulan Masalah bahasa bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran dan penglihatan agak berbeza, namun begitu pendekatan yang berbeza boleh digunakan untuk membantu mereka cara berkomunikasi. Malah Radziewicz dan Antonellis (1993), menyatakan faktor bila berlaku kecacatan, jangkamasa kecacatan dikesan dan darjah kecacatan memainkan peranan penting di dalam memilih kaedah pengajaran kepada kanak-kanak bermasalah pendengaran. Selain itu, pendekatan yang bersesuaian juga perlu bagi membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah bahasa dan komunikasi. Anda dikehendaki membuat bandingbeza masalah bahasa di kalangan kanak-kanak bermasalah pendengaran dan penglihatan. Terangkan faktor-faktor yang harus dipertimbangkan dalam mengatasi masalah bahasa kanak-kanak masalah sensori bermasalah pendengaran dan penglihatan.
  • 15. PKU3102 PENGENALAN KEPADA MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI 100 Bahan Rujukan Bloom, L. & Lahey, M.(1978) Language Development and Language Disorders. New York : Wiley Kuder, S. J. (2003) Teaching Students with Language and Communication Disabilities. Boston: Allyn & Bacon. Martin, D. (2000) Teaching children with speech and language difficulties. London: David Fulton Pub. Owens, R. (2001) Language Development : An Introduction. (5th Ed.). Boston : Allyn & Bacon. Reed, V. A. (2005) An Introduction to Children with Language Disorders (3rd ed.) Boston : Allyn & Bacon.