SlideShare a Scribd company logo
DISEBALIK SENYUMAN PADA 
WAJAH PENDIDIK 
Kompilasi reflektif pengalaman pahit manis guru 
dalam mendidik anak bangsa 
EDITOR 
JOHAN @ EDDY LUARAN (PhD)
Buku ini dihasilkan daripada kompilasi terpilih coretan pelajar–pelajar 
Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Fakulti Pendidikan, 
Universiti Teknologi MARA. 
Johan Eddy Luaran (PhD) 
Fakulti Pendidikan 
Universiti Teknologi MARA 
2014
HAK CIPTA TERPELIHARA 
TERBITAN 2014 
DISEBALIK SENYUMAN PADA WAJAH PENDIDIK 
Johan @ Eddy Luaran 
ISBN 978-983-41835-9-2
PENGHARGAAN 
Sekalung terima kasih atas perkongsian pengalaman pahit manis menjadi 
seorang guru kepada pelajar-pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah 
Fakulti Pendidikan khususnya 
Cikgu Rosmariza Muhamad Noor 
Cikgu Lina Binti Mat Junoh 
Cikgu Nurul Zulaika Nor Hashim 
Cikgu Noranida Daud 
Cikgu Farhana Izaty 
Cikgu Salina Ramli 
Cikgu Kalsom Yusof 
Cikgu Nurhashimah Nawawi 
Cikgu Layla Ismail 
Cikgu Anis Hairunisa 
Cikgu Zawiah Zakir 
Cikgu Norlina Shamsudin Siti. 
Mereka semua kini sedang berkhidmat di sekolah Menengah di seluruh 
Malaysia. Terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan di Fakulti 
Pendidikan yang sentiasa berusaha untuk menghasilkan golongan pendidik 
masa depan yang komited, kompeten dan berilmu untuk mengangkat 
martabat pendidikan di Malaysia.
PRAKATA 
“Selamat pagi Cikgu”, itulah ucapan yang acap kali didengar oleh guru 
apabila masuk ke dalam kelas. Ucapan ini jugalah yang memberi semangat 
kepada guru untuk terus berbakti kepada anak bangsa. Segalanya nampak 
sempurna pada pandangan umum, guru masuk ke dalam kelas, 
menyampaikan isi pengajaran dan seterusnya menamatkan sesi pengajaran 
dan meninggalkan kelas. Namun tidak semua mengetahui disebalik 
manisnya menjadi guru, terdapat juga pahitnya. Seperti kata pepatah 
“Langit tidak selalu cerah”. Buku ini mengupas pahit manisnya pengalaman 
menjadi seorang guru. Diakhir setiap kisah, disertakan refleksi yang boleh 
dijadikan panduan kepada golongan pendidik apabila berdepan dengan 
situasi yang sama pada masa hadapan. Terbitnya buku ini adalah daripada 
kompilasi terpilih oleh pelajar-pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah 
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA. 
Yang Ikhlas 
Johan @ Eddy Luaran
ISI KANDUNGAN 
Tajuk 
Mukasurat 
DIBALING KERUSI PLASTIK 
1 
DIPULAUKAN PELAJAR 
8 
CTL 
16 
ASH 
24 
HYPER- ACTIVE 
29 
PELAJAR LELAKI DITAMPAR GURU WANITA 
36 
JATUH 
42 
LETTER TO THE TEACHER 
50 
DAKWAT BUSUK 
57 
CERMIN MATA PECAH 
61 
RUSTAM 
66 
DIFITNAH PELAJAR 
73
1 
“DIBALING KERUSI PLASTIK” 
Saya merupakan guru mata pelajaran Bahasa Malaysia bagi tingkatan 2 
Jujur di sebuah sekolah menengah di bandar Puchong, Selangor pada 
tahun 2010. Saya ditugaskan untuk mengajar pelajar disesi petang. 
Terdapat seramai 34 orang pelajar dalam kelas 2 Jujur. Ia terdiri daripada 
pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Kaum majoriti dalam kelas 
yang saya ajar adalah pelajar berbangsa Cina diikuti Melayu dan India. 
Peristiwa ini berlaku pada petang hari Khamis sewaktu masa pengajaran 
dan pembelajaran kira-kira pukul 6.20 petang. Saya merupakan guru 
terakhir yang mengajar kelas 2 Jujur untuk dua waktu terakhir pada hari 
tersebut. Waktu pengajaran saya berakhir pada jam 6.45 petang. Seperti 
biasa selepas mengajar, saya akan memberikan latihan kepada pelajar dan 
menetapkan syarat supaya mereka menyiapkan pendahuluan serta isi 
pertama karangan mereka sebelum dibenarkan balik. 
Seperti biasa, ada beberapa pelajar akan bercakap lebih daripada tangan 
yang bergerak untuk melakukan latihan. Tetapi apabila saya menegur, 
mereka akan cepat-cepat membuat latihan yang diberi. Tetapi pada petang 
itu saya mendapati seorang daripada pelajar langsung tidak mengendahkan 
arahan saya. Pelajar tersebut bernama Dexter. Dia sememangnya antara 
pelajar yang banyak memberi masalah kepada guru-guru mata pelajaran 
lain yang mengajar di kelas tersebut. Saya telah sedia maklum tentang hal 
tersebut tetapi saya akan cuba menggunakan pelbagai teknik psikologi 
seperti tidak dibenarkan rehat, balik lambat, mengutip sampah dan lain-lain 
untuk memastikan pelajar saya melakukan tugasan yang diberikan. 
Dexter merupakan salah seorang pelajar kaya dan anak tunggal yang 
popular dengan kenakalan serta antara pelajar yang mempunyai paling 
banyak rekod disiplin dan antara paling banyak mendapat rungutan 
tentang sikapnya yang tidak sopan apabila bercakap dengan guru, suka 
melawan cakap guru atau dengan kata lain bersikap „kurang ajar‟ dengan 
guru serta selalu ponteng kelas. 
Dexter pernah beberapa kali ponteng kelas dalam tempoh pengajaran saya. 
Apa yang saya lakukan untuk mengelakkan dia ponteng lagi adalah saya 
akan mendenda dia berdiri di depan kelas dengan memegang tong sampah 
sehingga tamat waktu pertama. Selepas tu dia tidak dibenarkan kembali ke 
tempat duduknya di bahagian belakang tetapi saya meminta dia membuat 
latihan yang saya beri sebelum ini di tepi penjuru meja guru di bahagian 
hadapan kelas. Ternyata cara itu memberi kesan kepadanya dan selama 
beberapa bulan dia tidak pernah ponteng kelas saya tetapi masih berani 
ponteng kelas guru matapelajaran lain. 
Tetapi pada petang itu saya memang tidak bernasib baik. Saya tidak tahu 
apa yang telah merasuk pelajar saya ini. Ternyata teguran saya terhadap
Dexter pada petang kejadian membuatkan dia bangun berdiri lalu 
mengangkat kerusi plastik yang diduduki olehnya lalu ingin membaling 
kepada saya. Semua pelajar lain terkejut melihat tindakan tersebut dan 
sesetengah pelajar perempuan menjerit memanggil “cikguuuu”. Mereka 
bimbang kerusi itu terkena badan saya yang kurus ini dan akan 
mencedarakan saya. Tiba-tiba keadaan kelas menjadi sunyi seketika. 
Semua mata pelajar memandang ke arah saya dan Dexter kerana ingin 
melihat apa yang akan terjadi seterusnya. 
Tindakan Dexter pada ketika itu ternyata menaikkan darah saya serta 
mencabar kewibawaan saya sebagai seorang guru. Tindakan tersebut amat 
tidak bermoral dan sangat menguji kesabaran saya. Saya dapat 
mengelakkan badan saya setelah mendengar jeritan daripada seorang 
pelajar perempuan sambil mengangkat tangan saya untuk melindungi 
kepala saya, kedudukan kerusi yang dihayun oleh Dexter pada ketika 
kerusi itu dihayun sudah hampir mengenai bahagian atas kepala saya. 
Saya amat terkejut dengan situasi yang berlaku pada ketika itu lalu dengan 
hati saya yang panas saya mencabar Dexter dengan mengatakan ayat yang 
berikut: “pukul lah kalau berani!” sambil merapatkan sedikit posisi badan 
saya kepada Dexter dengan merenung tajam ke dalam mata dia. 
Saya merasakan itulah cara terbaik untuk mengatasi situasi yang berlaku 
pada ketika itu. Sebenarnya perasaan saya pada masa itu berani 
bercampur takut. Sebarang kemungkinan boleh berlaku tetapi disebabkan 
saya juga tidak dapat mengawal emosi, saya perlu berani menghadapi risiko 
terhadap kata-kata saya pada masa itu. Mungkin disebabkan ramai pelajar 
yang melihat dan saya merasakan saya mempunyai saksi yang ramai untuk 
tindakan selanjutnya. 
Setelah saya mengeluarkan kata-kata mencabar kepada Dexter, dia tidak 
jadi meneruskan niatnya untuk memukul saya lalu dia menghempaskan 
kerusi ke bahagian belakang kelas menyebabkan kerusi itu jatuh terbalik. 
Saya berasa bersyukur kerana dia tidak meneruskan niatnya untuk 
memukul saya dan cuba mengawal perasaan marah yang menguasai diri 
saya sebentar tadi. 
Setelah saya merenung dengan pandangan yang tajam dan menunjukkan 
air muka yang marah semua pelajar tidak berani bersuara dan 
kemungkinan mereka takut dengan reaksi saya yang seakan ingin turut 
sama mengamuk seperti Dexter. Setelah beberapa saat kami merenung 
antara satu sama lain, Dexter lalu menundukkan kepala dan memandang 
lantai tanpa berkata apa-apa. Keadaan ini memberikan kemenangan dan 
kepuasan kepada saya. 
Perkara pertama yang saya buat adalah meminta Dexter mengangkat 
kembali kerusi yang telah dihempasnya sebentar tadi. Pada masa itu juga 
saya mengambil peluang untuk menegur dia berkenaan tindakannya 
sebentar tadi. Saya juga menakutkan dia bahawa saya akan melaporkan 
2
kepada guru disiplin dan jika apa-apa berlaku kepada saya, saya akan 
melaporkan kepada polis serta akan menyaman Dexter. 
Rupa-rupanya teguran saya itu tidak memberi apa-apa kesan kepada 
Dexter kerana dia mula bertutur dalam bahasa Cina perkataan yang saya 
tidak fahami. Pada ketika itu saya berasa amat rugi kerana tidak 
memahami bahasa yang dituturkan. Selepas itu saya meminta Dexter 
bergerak ke bahagian hadapan berhampiran dengan meja saya dan 
meminta dia menyiapkan latihan yang diberi. Walaupun mulutnya tidak 
berhenti-henti mengeluarkan perkataan dalam bahasa Cina, tetapi Dexter 
tetap akur dengan arahan saya. 
Oleh sebab Dexter langsung tidak menyalin nota yang saya ajar sebentar 
tadi, saya meminta dia hanya menyalin nota dan boleh menyiapkan latihan 
di rumah sahaja sementara masa berbaki sepuluh minit sebelum pelajar 
menamatkan persekolahan. Saya mengambil buku Dexter lalu membawa ke 
meja guru di hadapan kelas dan menyuruh Dexter membawa kerusinya ke 
hadapan. Waktu persekolahan hampir tamat. Dexter masih menyalin nota 
yang saya berikan kepadanya. Pelajar lain mula datang ke bahagian 
hadapan kelas untuk menunjukkan kerja yang telah mereka selesaikan. Ia 
adalah kebiasaan yang dilakukan oleh pelajar saya supaya mereka boleh 
balik apabila loceng berbunyi. 
Sementara Dexter berada di hadapan saya, saya mengambil peluang 
bercakap dengannya : "Kenapa kamu tak dengar cakap cikgu? Cikgu suruh 
buat kerja, satu kerja pun kamu tak mahu buat", tanya saya. Dia diam 
sahaja, dia langsung tidak memandang muka saya walaupun saya 
menggunakan ayat dan intonasi yang biasa sahaja kepadanya. Saya masih 
lagi tidak berputus asa untuk bercakap dengannya."Kamu tak suka cikgu 
ke? Kamu tak suka cikgu ajar kelas kamu?", saya bertanya lagi. Dia diam 
lagi. Sebenarnya sisa kemarahan terhadap kelakuan Dexter masih ada 
tetapi saya perlu bersikap lebih waras. Jadi saya cuba membuang rasa 
geram dengan cuba bercakap dengannya. Ternyata Dexter langsung tidak 
menjawab pertanyaan saya tetapi saya membiarkan sahaja situasi itu. 
Loceng tamat persekolahan telah berbunyi. Dexter dan beberapa pelajar 
lelaki dan dua orang pelajar perempuan sedang bertungkus lumus 
menyiapkan pendahuluan serta isi pertama karangan mereka. Lima minit 
kemudian Dexter bangun sambil menunjukkan bukunya kepada saya. Saya 
melihat hasil kerjanya lalu mengizinkan dia pulang. Saya masih menunggu 
beberapa pelajar yang masih belum menyiapkan latihan yang diberi. 
Setelah tujuh minit berlalu, dua orang pelajar perempuan datang 
menunjukkan hasil karangan bahagian pendahuluan dan isi pertama yang 
disiapkan. Selepas saya melihat karangan mereka dan menyerahkan 
kembali buku kepada mereka, salah seorang pelajar Cina yang bernama Yin 
Ann memberitahu saya yang Dexter telah mencaci serta menyumpah saya 
dengan menggunakan perkataan kurang sopan dalam bahasa Cina iaitu 
ketika dia mengomel seorang diri selepas saya memarahinya tadi. 
3
Saya berasa amat terkejut dan berasa marah untuk kali kedua. Di dalam 
hati saya turut menyumpah Dexter. Saya berterima kasih kepada Yin Ann 
kerana melaporkan hal itu kepada saya. Sekaligus keadaan ini menjejaskan 
emosi saya sekali lagi kerana saya tidak mengetahui yang dia sedang 
mengutuk saya sebentar tadi. Tetapi Dexter telah pulang dan saya akan 
balik ke rumah dengan hati yang masih tidak berpuas hati. Setelah semua 
pelajar menyiapkan tugasan yang diberi, saya terus bergegas ke bilik 
disiplin untuk melaporkan hal tersebut. Tetapi nasib tidak menyebelahi 
saya lagi kerana pintu bilik disiplin telah berkunci kerana waktu ketika itu 
sudah hampir jam 7 malam. Majoriti guru telah pulang ke rumah masing-masing. 
Saya mengambil keputusan untuk melaporkan kejadian yang 
4 
berlaku hari ini pada keesokan harinya. 
Keesokan harinya, saya membuat laporan tentang kejadian yang berlaku di 
dalam kelas semalam kepada guru disiplin. Saya juga diminta menulis 
kembali apa yang berlaku serta tindakan saya di dalam laporan tersebut. Di 
samping itu pelajar yang bernama Yin Ann dan kawannya juga dipanggil 
untuk menulis perkataan menghina yang dituturkan kepada saya semalam 
dan sebagai wakil saksi kejadian tersebut. Guru disiplin akan memanggil 
Dexter untuk tindakan selanjutnya. Saya juga berjumpa guru kelas Dexter 
meminta kebenaran untuk berjumpa dengan Dexter pada hari tersebut 
tetapi ternyata guru kelas memberitahu saya yang Dexter tidak datang ke 
sekolah pada hari itu. 
Saya dapat merasakan yang Dexter takut untuk datang ke sekolah kesan 
daripada tindakan dia terhadap saya pada hari Khamis. Kemungkinan dia 
takut akan dipanggil oleh guru disiplin kerana telah bertindak ganas 
kepada guru walaupun tidak membawa kepada kecederan. Saya berasa 
kecewa kerana tidak dapat berjumpa dengan Dexter pada hari Jumaat 
untuk bertanyakan hal tersebut iaitu dia telah menghina saya semalam 
sama ada dia akan mengaku atau tidak. Mungkin pada hari Isnin depan, 
perkara ini sudah berlalu dan saya tidak mahu untuk mengingatinya lagi 
walaupun saya terpaksa mengajar dia lagi sepanjang tahun. 
Kejadian tersebut memberikan kesan terhadap sesi pengajaran dan 
pembelajaran saya di dalam kelas 2 Jujur. Saya menjadi lebih tegas apabila 
mengajar dan berhadapan dengan pelajar kelas 2 Jujur terutamanya 
Dexter. Bermula minggu seterusnya selepas kejadian tersebut, pelajar yang 
tidak menyiapkan latihan yang saya berikan akan didenda duduk di atas 
lantai di bahagian hadapan kelas tanpa sebarang alas dan perlu 
menyiapkan latihan sehingga selesai barulah mereka dibenarkan duduk di 
tempat masing-masing. 
Saya juga mula mempelajari sedikit sebanyak perkataan bahasa Cina dan 
Tamil terutamanya perkataan-perkataan negatif yang selalu digunakan oleh 
pelajar daripada guru-guru berbangsa Cina dan India serta daripada pelajar 
perempuan berbangsa Cina dan India yang saya ajar kelas mereka. Ini 
adalah bertujuan untuk menjadi lebih peka dan faham apa yang
dipertuturkan oleh pelajar yang tidak suka kepada saya ketika sesi 
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. 
Sejak saya mengetahui sedikit sebanyak perkataan dalam bahasa Cina dan 
Tamil, saya sudah tidak mendengar lagi perkataan-perkataan yang kurang 
menyenangkan dituturkan di dalam kelas. Pelajar berbangsa Cina dan India 
juga mula menghormati dan berhati-hati ketika berkomunikasi dengan 
kawan-kawan mereka. Tambahan pula saya telah menetapkan syarat 
baharu kepada semua pelajar kelas 2 Jujur iaitu, semasa waktu 
pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu berlangsung, semua pelajar 
tidak dibenarkan berkomunikasi menggunakan bahasa lain selain bahasa 
Melayu. Contohnya, ketika sesi perbincangan atau soal jawab, pelajar Cina 
dan India tidak boleh menggunakan bahasa ibunda mereka ataupun 
menggunakan bahasa Inggeris. Pelajar yang ingkar akan didenda ketuk-ketampi 
5 
mengikut bilangan patah perkataan yang mereka gunakan. 
Selain itu, kejadian tersebut juga memberi kesan positif dan juga negatif 
kepada Dexter. Kesan positif yang saya dapat lihat adalah, Dexter tidak lagi 
berani untuk ponteng kelas bahasa Melayu yang saya ajar. Dexter juga 
tidak lagi melawan cakap saya dan cuba untuk patuh arahan untuk 
membuat latihan yang diberikan walaupun dengan meniru rakan 
disebelahnya. Keadaan ini memberikan ketenangan kepada saya dan saya 
dapat mengajar dengan tenang tanpa gangguan emosi lagi. 
Kesan negatif pula, Dexter dan pelajar lain masih lagi tidak menyiapkan 
latihan kerja rumah yang saya berikan walaupun pelbagai denda telah saya 
lakukan. Tetapi bilangan pelajar yang didenda semakin berkurangan setiap 
kali waktu pengajaran dan pembelajaran yang saya adakan. Tetapi, boleh 
dikatakan hampir setiap waktu pengajaran dan pembelajaran saya, Dexter 
perlu duduk di hadapan kelas kerana tidak menyiapkan latihan yang diberi. 
Keadaan ini menunjukkan sikap malasnya memang tidak dapat diubah dan 
Dexter perlukan lebih dorongan daripada ibu bapa serta dan rakan-rakannya. 
Refleksi 
Sekiranya situasi tersebut berulang lagi, saya tidak akan menggunakan 
cara yang sama seperti yang saya gunakan sebelum ini. Ini adalah kerana 
saya sedar yang tindakan saya iaitu mencabar Dexter merupakan cara 
tidak bijak dan di luar kawalan minda saya. Kemungkinan saya tidak akan 
bernasib baik untuk kali kedua jika saya menggunakan kaedah mencabar 
untuk menghalang perbuatan pelajar saya. 
Saya tidak sepatutnya menaikkan lagi kemarahan dia yang sedang 
menyala. Tindakan Dexter yang mengangkat kerusi plastik yang diduduki 
dan ingin membaling kerusi itu kepada saya sepatutnya saya hadapi
dengan rasional dan bertindak lebih tenang. Bukan dengan melawan balik 
dengan mencabar beliau. Tindakan saya itu boleh diumpamakan seperti 
peribahasa; umpama menyimbah minyak ke dalam api. 
Tindakan yang paling sesuai adalah, saya sepatutnya melihat keadaan 
emosi pelajar saya terlebih dahulu sebelum memarahinya. Ini adalah untuk 
mengelakkan kejadian seperti ini berlaku. Saya juga perlu menegur Dexter 
yang langsung tidak membuat tugasan yang saya berikan dengan baik. 
Bukan dengan cara terus memarahinya. Saya sepatutnya bertanya dia 
kemungkinan mempunyai masalah atau tidak. 
Saya juga sepatutnya menegur Dexter dengan baik dan dengan nada 
memberi nasihat. Saya perlu lebih meningkatkan kemahiran berinteraksi 
dengan berkesan dalam situasi-situasi tertentu dan pandai mengawal emosi 
sendiri supaya tidak memberi kesan negatif kepada pelajar lain. Saya perlu 
sentiasa memberi nasihat dan peringatan kepada Dexter supaya bercakap 
dengan sopan dengan semua guru atau dengan orang yang lebih tua 
daripadanya. Ini adalah kerana saya sedia maklum dia merupakan salah 
seorang pelajar yang bermasalah, jadi saya perlu sentiasa memberi nasihat 
kepadanya tanpa putus asa. 
Seterusnya, saya sepatutnya terus bertanya pelajar Cina yang lain 
mengenai kata-kata yang dituturkan oleh Dexter pada ketika itu. Keadaan 
ini dapat menolong saya mengetahui hal sebenar apa yang telah dituturkan 
oleh Dexter kepada saya. Jadi, saya boleh terus menegur Dexter kerana 
perbuatannya mencela guru amat tidak sopan dan perlu ditegur pada 
ketika itu juga. 
Tindakan terakhir yang akan saya ambil jika keadaan ini berlaku lagi, saya 
perlu terus menghantar Dexter ke bilik disiplin dan terus membuat laporan 
kepada guru disiplin. Ini adalah kerana, mungkin Dexter akan lebih 
menerima nasihat daripada guru disiplin yang sebangsa dengannya apabila 
guru tersebut bercakap menggunakan bahasa Cina dengannya. 
Kebiasaannya, pelajar Cina atau India akan lebih menghormati guru-guru 
yang sebangsa dengan mereka berbanding guru Melayu. Ini merupakan 
pandangan saya berdasarkan pengalaman menjadi guru selama 3 tahun di 
sekolah. 
Kesan jangka masa panjang kepada diri saya disebabkan peristiwa ini 
adalah, ia menaikkan semangat saya untuk mempelajari bahasa Cina dan 
Tamil untuk menghadapi kerenah pelajar yang pelbagai bangsa dan 
budaya. Saya juga berusaha untuk memahami cara hidup dan budaya 
pelajar saya yang berbilang bangsa dengan membanyakkan membaca dan 
mencari maklumat melalui majalah dan juga Internet. Pengetahuan yang 
lebih dalam mengenai pelbagai bangsa dapat menolong saya menghadapi 
masalah pelajar yang bercakap kurang sopan atau menggunakan bahasa 
kasar kepada guru. Pengetahuan ini juga membantu saya lebih mengenali 
pelajar-pelajar saya. 
6
Seterusnya, saya menjadi seorang guru yang lebih rasional dan sabar ketika 
menghadapi pelajar-pelajar saya yang sengaja atau tidak sengaja membuat 
masalah di dalam atau di luar bilik darjah. Saya banyak menggunakan 
kaedah psikologi untuk menghadapi masalah dengan pelajar dengan 
bantuan daripada guru kaunseling di sekolah saya serta nasihat-nasihat 
yang diberikan oleh guru-guru senior di sekolah itu. 
Pada pendapat saya, tugas sebagai guru amat mencabar dan memerlukan 
kesabaran yang tinggi bagi setiap individu yang bergelar guru. Berdasarkan 
pengalaman saya mengajar selama 3 tahun di sekolah tersebut, ia amat 
memberi kesan kepada perkembangan emosi dan memberi kesan yang 
mendalam kepada hidup saya. Saya menjadi lebih tabah dan berfikiran 
terbuka untuk menghadapi cabaran-cabaran di sekolah terutamanya 
apabila berhadapan dengan pelajar. 
Situasi tersebut juga memberikan pengajaran kepada saya untuk diingati 
sehingga ke hari ini supaya bertindak dengan lebih matang dan rasional 
supaya ia tidak membawa sebarang kesan buruk kepada perkembangan 
emosi diri saya sendiri dan pelajar tersebut. Ini adalah kerana, segala 
tindakan yang kita lakukan samaada tindakan yang rasional atau tidak 
akan memberi kesan jangka panjang di dalam hidup seseorang. Jadi, 
dengan cara berfikir terlebih dahulu diikuti tindakan yang bijak bakal 
memberi kesan yang positif dan membina untuk diri kita dan orang lain. 
Seorang guru juga perlu berfikiran kreatif dan menggunakan pendekatan 
pemikiran kritikal dan kreatif dalam membuat proses pengajaran dan 
pembelajaran. Cara ini boleh mendorong pelajar supaya lebih berfikir di 
luar kotak pemikiran mereka serta menjana kreativiti pelajar supaya lebih 
berdaya saing. Untuk menjadi guru yang cemerlang memerlukan guru yang 
berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang 
pengkhususan masing-masing dan berkongsi idea tersebut bagi 
meningkatkan mutu pendidikan negara. 
Selain itu, saya juga perlu mempunyai „sense of humor‟ ketika berkongsi 
ilmu dengan pelajar di dalam kelas. Keadaan ini dapat mengurangkan 
kadar „stress‟ pelajar serta menjadikan situasi di dalam kelas lebih 
menyeronokkan dan menceriakan. Pelajar juga akan menjadi lebih mesra 
dengan guru dan mereka akan bertindak lebih menghormati dan patuh 
kepada arahan guru. Keadaan ini memberikan kesan perkembangan yang 
positif kepada guru dan pelajar. 
7
8 
DIPULAUKAN PELAJAR 
Saya mempunyai pengalaman mengajar selama 3 tahun di dua buah 
sekolah menengah di daerah Kepong. Pengalaman yang paling tidak dapat 
saya lupakan adalah peristiwa dimana pelajar telah memulaukan saya 
semasa saya masuk ke kelas untuk mengajar. Peristiwa ini banyak memberi 
pengajaran agar saya lebih berhati-hati dalam membuat keputusan yang 
melibatkan pelajar. Saya juga perlu bertanggungjawab diatas apa jua 
tindakan atau kelakuan pelajar sewaktu saya mengajar. Peristiwa ini 
berlaku pada tahun pertama saya menjadi guru. Saya akui kejadian itu 
bukanlah kesalahan dari pelajar itu seratus peratus tetapi juga berpunca 
daripada sikap dan silap saya. 
Saya sedar menjadi seorang guru bukanlah satu tugas yang mudah untuk 
dilaksanakan. Ia memerlukan kemahiran dalam menyampaikan ilmu 
pengetahuan, kemahiran mengawal kelas dan juga kemahiran untuk 
menarik minat pelajar untuk belajar serta mahir dalam isi kandungan 
subjek yang diajar. Dengan berlatar belakangkan ijazah sarjana muda 
dalam bidang Pengurusan Perbankan saya tidak mempunyai kemahiran-kemahiran 
tersebut. Pada hari pertama saya mendaftarkan diri di sekolah 
saya telah ditugaskan untuk mengajar kelas Peralihan, Tingkatan 1 dan 
Tingkatan 2 untuk subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Jasmani dan 
Kesihatan (PJK). Kebanyakkan kelas yang saya dapat adalah kelas belakang 
termasuklah kelas 2 F. Ia merupakan kelas yang terakhir dari 10 kelas 
untuk Tingkatan 2. 
Walaupun bilangan pelajar kelas ini hanyalah 30 orang tetapi pelajar 
perempuan hanyalah 7 orang dan yang selebihnya adalah lelaki. Sebelum 
masuk ke kelas itu saya telah dimaklumkan tentang kenakalan pelajarnya 
kerana tiada perubahan pelajar dari tahun sebelum itu. Kebanyakkan 
pelajar kelas itu adalah dari kelas peralihan yang mempunyai pelbagai 
masalah displin. Oleh itu, kelas ini telah diletakkan berhadapan dengan 
bilik displin bagi memudahkan pemantauan guru displin. Sebelum 
memasuki kelas ini ramai guru senior telah mengarahkan saya supaya 
bersikap garang dan tegas degan mereka. Tetapi berhati-hati jangan terlalu 
memaksa kerana pelajar kelas ini mempunyai kumpulan gangster di luar 
sekolah. Maklumat ini membuatkan saya sedikit takut dan bimbang 
tentang keselamatan diri. Ini kerana saya hanya berjalan kaki dari rumah 
ke sekolah. 
Beberapa bulan mengajar di kelas ini saya menghadapi pelbagai masalah 
dengan sikap mereka. Semua pelajar kelas ini adalah berbangsa Cina dan 
mempunyai status sosial ekonomi yang sederhana dan rendah. Bahasa 
yang selalu digunakan adalah bahasa Cina. Ia menyukarkan saya 
memahami apa yang sedang mereka bincangkan didalam kelas. Pelajar 
kelas ini juga sering dan suka berada di koridor kelas untuk menganggu 
pelajar kelas lain. Mereka juga selalu bising didalam kelas, menganggu
pelajar lain, tidak membawa buku tulis, buku teks serta alat tulis. Keadaan 
ini memaksa saya untuk menyediakan peralatan menulis dan kertas untuk 
mereka menyalin nota.Walaubagaimana pun setiap kali saya marah, 
mereka akan mendengar kata dan berpura-pura menulis. Saya selalu 
membuat pemantauan didalam kelas agar mereka menyalin nota dan tidak 
terlalu bising. Saya juga sering memberi ugutan akan menulis nama 
mereka didalam borang kawalan kelas jika mereka tidak menyalin nota 
saya dan berbuat bising ketika saya mengajar. Tetapi biasanya saya hanya 
cakap dan tidak melakukannya.Ini kerana saya rasa masih mampu 
mengawal mereka didalam kelas. 
Namun lama-kelamaan sikap mereka menjadi semakin keterlaluan dan 
sukar untuk dikawal. Pada suatu hari keadaan kelas amat bising kerana 
mereka baru habis waktu rehat. Terdapat pelajar yang berlari-lari didalam 
kelas, membuang sampah merata-rata, meludah dan bising. Saya berasa 
amat marah dengan keadaan tersebut dan saya tidak dapat mengawal 
kelas. Saya mengugut untuk menulis nama mereka di borang kawalan 
kelas tetapi mereka tidak mempedulikan kata-kata saya. Setelah berlalu 
beberapa minit guru displin meronda semua pelajar berada ditempat 
masing-masing. Namun, setelah guru displin berlalu keadaan kembali 
bising. Oleh sebab mereka tidak mendengar kata saya telah mendenda 
mereka dengan tidak membenarkan sesiapa pergi ke tandas. Namun, 
terdapat seorang pelajar keluar ke tandas tanpa mendengar arahan saya. 
Tindakan pelajar tersebut telah membuatkan saya marah dan 
menyebabkan saya hilang sabar dan perbuatan itu telah mencabar 
kewibawaan saya. Oleh itu, saya nekad untuk menulis nama pelajar 
tersebut dan beberapa pelajar lain yang membuat bising ke dalam borang 
kawalan kelas setelah ugutan yang diberikan tidak diendahkan oleh 
mereka. Mereka menyangkakan pada kali itu saya hanya mengugut mereka 
seperti selalu. Kesan daripada tindakan saya itulah telah menyebabkan 
saya dipulaukan pada kelas minggu yang seterusnya. 
Walaubagaimanapun situasi pemulauan itu hanya berlanjutan selama 2 
minggu. Kejadian ini berlaku pada akhir bulan september dimana tinggal 
beberapa minggu lagi untuk peperiksaan akhir bermula. Pada hari 
kejadian, dari jauh saya melihat pelajar kelas itu seakan menunggu 
kedatangan saya. Namun apabila saya menjejakkan kaki ke kelas, mereka 
seakan tidak mempedulikan kehadiran saya termasuklah ketua kelas. 
Ketua kelas seakan sibuk menjalankan tugasnya. Saya juga melihat 
terdapat sekumpulan pelajar bercampur pelajar lelaki dan perempuan 
berkumpul di belakang kelas dan tidak bergerak ke tempat masing-masing 
walaupun saya telah berdiri di hadapan kelas. Setelah beberapa minit saya 
berdiri namun tiada tindakan apa-apa dari pelajar dan ketua kelas. Saya 
memanggil ketua kelas dan menyuruh pelajar bangun untuk memberi 
salam. Hanya beberapa orang sahaja yang bangun dan yang selebihnya 
masih bercakap. Saya perhatikan saja lagak pelajar lain dan mula 
menyuruh mereka bangun dengan nada yang lebih tegas. Setelah 
mengulangi hampir 3 kali dengan nada yang seakan menjerit barulah 
semua pelajar bangun dan memberi salam dengan nada terpaksa. Melihat 
9
keadaan itu saya mula rasa kurang selesa dan dapat menghidu sesuatu 
yang tidak kena. Pelajar kelihatan dingin dan berkelakuan seakan ingin 
menarik perhatian saya. Situasi tersebut membuatkan saya tertanya-tanya 
tetapi kepada siapa harus saya ajukan soalan itu kerana pelajar kelihatan 
tidak berminat untuk bercakap dengan saya. 
Saya meneruskan pengajaran seperti biasa dan menulis nota di papan 
putih. Sebelum itu saya akan menyuruh pelajar berada ditempat masing-masing. 
Mengutip sampah dibawah meja, mengeluarkan buku nota tetapi 
hanya beberapa orang pelajar sahaja yang melakukannya seperti yang saya 
arahkan. Kumpulan pelajar yang berkumpul dibelakang langsung tidak 
mempedulikan arahan saya malah mereka meneruskan berbualan dalam 
bahasa Cina dengan lebih kuat lagi. Seakan mencabar saya untuk menjadi 
lebih marah. Saya membiarkan sahaja kelakuan mereka dan mula 
menyalin nota di papan putih. Kumpulan pelajar yang berada dibelakang 
terus membuat bising dan tidak menulis nota seperti biasa. Keadaan ini 
sebenarnya membuatkan saya rasa kecewa dan seakan berputus asa. 
Arahan yang diberikan tidak mendapat sambutan dari pelajar. Pelajar lebih 
suka bercakap sesama mereka daripada menjawab soalan yang diajukan. 
Sambil menulis saya fikirkan cara bagaimana hendak menarik perhatian 
mereka agar memberikan kerjasama dalam pengajaran dan pembelajaran 
itu. Pada masa yang sama juga saya berfikir kenapa situasi itu berlaku, 
mereka seolah-oleh tidak sukakan saya dan tidak mempedulikan tentang 
kewujudan saya di dalam kelas serta tidak menghormati saya sebagai guru 
mereka. 
Namun, ketika saya sedang asyik menulis saya terdengar dan terlihat pensil 
melayang terkena papan putih dan hampir terkena tangan saya. Saya agak 
terkejut dan tiba-tiba terasa amat marah dan saya terus memandang ke 
belakang untuk melihat siapa yang melakukan perbuatan itu. Tetapi saya 
lihat pelajar berkedudukan seperti tadi tidak berganjak dan sedang berbual 
tanpa memandang saya. Kelakuan mereka seakan-akan tiada apa yang 
berlaku. Pada masa itu, saya tidak tahu hendak marah pada siapa, jadi 
saya pujuk diri agar bersabar kerana jika saya marah situasi akan menjadi 
lebih buruk dan tegang. Saya meneruskan penulisan untuk mendapatkan 
sedikit kekuatan bagi berhadapan situasi yang bakal berlaku. Setelah siap 
menulis saya pandang kearah pelajar dan merenung setiap pelajar kelas itu 
dengan muka yang agak serius.Tindakan saya telah menarik perhatian 
pelajar kumpulan belakang. Saya sudah dapat mengagak salah seorang 
dari pelajar didalam kumpulan itu yang membaling pensil kepada saya 
kerana dari awal saya masuk kelas mereka seakan ingin menunjukkan 
sesuatu kepada saya. Saya tidak mempersoalkan tentang pensil yang 
dibaling tetapi tentang kelakuan mereka yang agak keterlaluan pada hari 
itu. Saya hanya pandang dan cuba faham apa mesej yang hendak mereka 
sampaikan kepada saya. 
Tiba- tiba seorang pelajar perempuan dalam kumpulan belakang itu 
bangun dan bersuara mempersoalkan kenapa saya menulis nama mereka 
pada borang kawalan kelas pada kelas sebelum ini. Dari situlah saya faham 
10
kenapa mereka melakukan tindakan sedemikian. Tindakan memulaukan 
saya adalah sebagai protes terhadap tindakan yang saya buat pada kelas 
sebelum ini. Tetapi saya masih tertanya-tanya adakah kesan tindakan saya 
terhadap mereka menyebabkan mereka terlalu marahkan saya. Namun 
dalam menghadapi siutasi itu saya perlu tegas dan perlu memberikan 
penerangan yang jelas agar mereka faham kenapa saya mengambil 
tindakan sedemikian. Saya menjawab pertanyaan pelajar tersebut dengan 
berkata,“ Betul. Saya tulis nama kamu dan beberapa nama pelajar lelaki 
yang lain tapi saya sudah memberikan kamu bukan sekali amaran tetapi 
berkali-kali diatas sikap kamu yang selalu melanggar arahan saya, 
membuat bising, menganggu pelajar lain dan keluar kelas tanpa kebenaran 
saya”. Pelajar perempuan itu diam dan terus duduk tanpa mempedulikan 
saya. Dia dan pelajar kumpulanya terus bercakap sambil memandang saya 
dalam bahasa Cina. Saya meneruskan pengajaran dan hanya memberikan 
fokus kepada pelajar yang ingin belajar sahaja. Sebelum menamatkan kelas 
pada hari itu, saya telah memberikan satu lagi amaran jika mereka masih 
melanggar arahan saya dan berkelakuan tidak baik saya tidak akan 
teragak-agak untuk menulis nama mereka sekali lagi didalam borang 
kawalan kelas dan akan memotong markah merit. 
Selepas keluar dari kelas saya telah pergi berjumpa dengan guru kelas 
mereka dan bertanya tentang laporan yang telah saya buat dalam borang 
kawalan kelas. Saya melakukan siasatan kerana tindakan pelajar pada hari 
itu menunjukkan mereka terlalu marah dan rasa tidak puas hati. Saya 
ingin mengetahui apakah punca mereka marah sebegitu rupa. Setelah 
melakukan siasatan saya mendapat tahu 5 orang pelajar yang saya tulis 
nama dalam borang kawalan telah dirotan pada hari yang sama. Ini terjadi 
kerana selepas tamat waktu pengajaran saya, subjek seterusnya adalah 
subjek yang diajar oleh guru displin sekolah. Ketika guru displin hendak 
menandatangani borang kawalan dia terbaca laporan yang telah saya tulis. 
Daripada hal tersebut beliau telah mengambil tindakan dengan merotan 
pelajar-pelajar tersebut termasuklah 2 orang pelajar perempuan. Selain itu, 
mereka juga dikehendaki mengutip sampah seluruh kawasan sekolah. 
Pada hari saya menulis nama pelajar di dalam borang kawalan kelas saya 
telah memasukkan nama pelajar-pelajar tersebut ke dalam sistem 
permarkahan merit mereka untuk ditolak tiga markah. Ia merupakan 
peraturan sekolah iaitu setiap guru yang menulis laporan dalam borang 
kawalan kelas dikehendaki memasukkan laporan itu kedalam sistem salah 
laku pelajar untuk ditolak markah merit. Kesan dari tindakan saya telah 
menyebabkan salah seorang dari rakan kelas mereka mendapat surat 
gantung sekolah kerana mendapat markah merit kurang dari 50 kesan 
pertambahan 3 markah penolakan yang telah saya buat. 3 pelajar lagi 
mendapat surat amaran kedua dan peraturan sekolah juga mengarahkan 
kepada pelajar-pelajar yang mendapat surat amaran kedua, kedua ibu bapa 
akan dipanggil kesekolah untuk berjumpa dengan guru displin. 
Berdasarkan penerangan tersebut barulah saya faham kenapa pelajar kelas 
itu bersikap demikian. Pada minggu berikutnya, saya masuk ke kelas tetapi 
11
keadaan sama seperti minggu sebelumnya. Sebelum memulakan 
pengajaran saya telah mengajak pelajar berbincang tentang masalah 
mereka. Saya bertegas seandainya mana-mana pelajar yang tidak 
mendengar arahan saya tidak kira pelajar perempuan atau lelaki saya akan 
laporkan kepada guru displin. Pada kali ini saya akan bersikap tegas 
dengan mereka kerana merasakan mereka telah mengambil kesempatan 
keatas peluang yang diberikan selama ini. Setelah itu saya nampak sedikit 
perkembangan yang positif. Kumpulan yang memberikan saya masalah 
turut menyalin nota walaupun mereka masih bising. Kejadian itu 
sebenarnya telah diketahui oleh pelajar kelas lain. Pelajar-pelajar kelas lain 
juga telah berubah sikap dan telah mendengar kata ekoran apa yang terjadi 
pada pelajar kelas tersebut. 
12 
Refleksi 
Sekiranya peristiwa begitu berlaku lagi saya akan tetap mengambil 
langkah yang sama. Untuk mengetahui perkara sebenar kita memerlukan 
masa. Untuk menyelesaikan masalah kita harus mengetahui punca 
masalah tersebut. Tindakan yang dilakukan oleh pelajar biasanya bersebab. 
Kita tidak boleh membuat keputusan yang terburu-buru. Jika pada hari itu 
saya terus marah dan terus memaksa pelajar melakukan apa yang 
diarahkan sedangkan pada ketika itu mereka sedang menunjukkan protes 
mereka terhadap tindakan saya. Ia akan memberikan kesan yang buruk. 
Dalam menangani sesuatu perkara, kita tidak boleh berada dalam situasi 
marah dan marah bukanlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan 
masalah. Bagi saya tindakan mendiamkan diri dan berfikir cara yang sesuai 
untuk bertanya masalah yang berlaku adalah lebih baik. Pada kes tersebut 
saya berjaya mengurangkan tekanan atau suasana dingin pelajar terhadap 
saya. Saya melakukan perbuatan yang mereka tidak sangka. Ini kerana 
secara logiknya jika guru mengarahkan mereka melakukan sesuatu tetapi 
mereka tidak menghiraukan arahan itu boleh menyebabkan guru marah 
dan akan bertindak secara tidak rasional. Kemungkinan perkara buruk 
juga boleh berlaku. Selain itu, tindakan membaling pensil kepada guru juga 
akan membuatkan guru bertambah marah. Namun, apa yang saya buat 
adalah bersabar dan mengambil sedikit masa untuk menenangkan diri 
serta mendapat kekuatan untuk menghadapi pelajar yang sedang 
memberontak. 
Untuk tahun yang seterusnya saya telah mengubah sikap dengan tidak 
memberi peluang kepada pelajar yang melakukan kesalahan. Saya akan 
terus menegur mereka sekiranya perbuatan mereka keterlaluan dan di ikuti 
dengan menulis nama pada borang kawalan. Saya hanya memberi amaran 
sekali sahaja. Pada kali kedua saya akan terus tulis nama dalam borang 
kawalan serta menyatakan dengan terperinci perbuatan mereka. Selain itu, 
terus memanggil guru displin yang lalu dihadapan kelas untuk mendenda 
mereka. Keadah ini lebih berkesan daripada saya hanya menasihati mereka.
Saya dapati mereka lebih berdisplin jika saya bertindak tegas dan 
melakukan apa yang diucapkan. Pada tahun kedua mengajar saya mula 
faham bagaimana untuk mengawal kelas. Saya tidak boleh kasihankan 
pelajar tidak bertempat kerana ia akan memberi kesan kepada saya juga 
pada masa hadapan. Pelajar yang membuat kesalahan pasti akan dihukum. 
Ketegasan inilah yang memudahkan saya untuk mengawal kelas semasa 
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tidak kira kelas 
hadapan ataupun di belakang. 
Sebagai seorang guru saya merasakan kita tidak boleh memandang sesuatu 
perkara itu dengan sebelah mata sahaja. Kita bertanggungawab dengan apa 
yang berlaku. Pelajar adalah anak didik kita, sedikit sebanyak kita yang 
membentuk sikap dan kelakuan mereka. Tugas guru bukanlah sekadar 
masuk ke kelas dan menyuruh pelajar menyalin nota dan mengharapkan 
pelajar tidak bising jika menyalin nota yang banyak. Sebagai seorang guru, 
kita harus cuba memahami kehendak pelajar. Ini kerana pelajar tetap 
seorang pelajar dan mereka akan hormat guru selagi guru tidak melakukan 
tindakan yang tidak sepatutnya. Pengajaran yang saya dapat dari peristiwa 
itu adalah sekali kita tidak hiraukan pelajar, mereka 10 kali tidak hiraukan 
kita. Dalam kes saya itu juga, apabila saya fikir kembali sebenarnya ia 
berpunca dari saya sendiri kerana saya sering mengugut mereka tetapi 
tidak pernah melakukan apa yang saya cakap, sampai satu peringkat saya 
rasa sudah tidak mampu untuk mengawal keadaan dan seakan berputus 
asa. Oleh sebab itu, saya mengambil tindakan melaporkan kesalahan 
mereka kali pertama pada beberapa minggu sebelum sesi persekolahan 
tamat. Saya seharusnya mengambil tindakan itu lebih awal lagi.Ini kerana 
penguatkuasaan displin sekolah itu amat baik walaupun pelajarnya 
mempunyai banyak masalah displin. Tindakan segera akan diambil 
sekiranya terdapat laporan dari guru matapelajaran. Kerjasama dari semua 
guru penting dalam mendidik displin pelajar. 
Selain itu, saya mendapati proses pembelajaran juga tidak akan berjalan 
tanpa mendapat kerjasama dari pelajar. Perkara kecil akan menjadi besar 
jika dibiarkan berterusan tanpa melakukan tindakan yang sewajarnya. 
Seorang guru tidak boleh cepat berputus asa degan sikap pelajar mereka. 
Mereka masih dialam persekolahan yang memerlukan tunjuk ajar yang 
sewajarnya daripada guru. Menegur pelajar sedikit demi sedikit akan 
memberi kesan kepada mereka. Ini terbukti apabila saya sering 
menyediakan kertas dan pen untuk pelajar saya yang selalu tidur di dalam 
kelas. Saya mengarahkannya menulis diatas sekeping kertas yang saya beri 
setiap kali kelas saya dan saya akan kumpul. Ketika saya pulangkan 
kertas-kertas nota yang ditulis, pelajar itu seakan terkejut dan tidak 
menyangka saya akan menyimpan nota-nota dia untuk sepanjang tahun 
pembelajarannya. Sejak daripada itu, dia akan menyalin nota yang ditulis 
sehingga siap sebelum tidur. 
Walaupun benda yang kita buat kecil tetapi ia memberi makna kepada 
pelajar. Pelajar juga saya dapati seakan cuba menguji guru barunya untuk 
melihat reaksi dari guru tersebut, sejauh mana tindakan yang akan diambil 
13
dan jika tiada apa-apa mereka akan mengulangi sikap yang kurang baik 
itu. Sebagai seorang guru juga kita harus menjaga hubungan dengan guru 
atau rakan sekerja terutama guru displin. Ini kerana guru displin adalah 
guru yang ditakuti oleh pelajar. Jika pelajar membuat masalah di dalam 
kelas kita boleh panggil guru displin untuk membantu pada bila-bila masa. 
Dengan hubungan yang baik sesama guru, mereka akan mengambil 
tindakan dengan lebih pantas. 
Pengajaran dari kejadian yang berlaku memberi kesan kepada proses 
pengajaran saya untuk tahun-tahun berikutnya. Tahun pertama menjadi 
guru, sikap saya lebih kepada kasihankan pelajar, ini kerana jika mereka 
melakukan kesalahan saya tidak mahu melaporkan kepada guru displin 
kerana takut mereka dirotan. Saya merasa kasihan kepada mereka. 
Namun, tindakan saya telah menyebabkan mereka semakin hari semakin 
sukar untuk dikawal. Oleh itu, ia memberikan saya pengajaran bahawa 
guru tidak boleh terlalu berlembut dengan pelajar. Ini kerana sikap sebegini 
akan menyebabkan guru sukar untuk mengawal sikap pelajar di dalam 
kelas. Pelajar akan merasa kita lemah dan baik sehingga mereka boleh buat 
apa sahaja tanpa ditegur dengan tegas oleh guru. Mereka tidak perlu takut 
dengan kita dan akan berkelakuan baik dihadapan guru displin sahaja. 
Selain itu juga, peristiwa itu juga menyedarkan saya bahawa cara 
pengajaran saya turut mempengaruhi sikap pelajar. Ini kerana saya hanya 
masuk kekelas dan akan menyuruh pelajar menyalin nota dan membuat 
latihan yang saya sediakan sahaja. Keadah ini tidak berubah dari awal 
tahun sehingga akhir tahun dan saya dapati pelajar mula bosan dengan 
cara ini. Saya dapat lihat pada awal tahun ramai pelajar yang hendak 
menyalin nota saya. Lama-kelamaan ramai yang memberikan alasan tidak 
membawa buku. Untuk pelajar yang tidak membawa buku saya akan 
menyediakan kertas untuk mereka menyalin nota tanpa marah dan hanya 
mengugut untuk memberikan nama mereka pada guru displin. Ini juga 
mempengaruhi sikap malas mereka. Saya banyak bertolak ansur dan tidak 
mendenda mereka. Ini turut dipengaruhi oleh kata-kata guru senior yang 
menyatakan mereka mempunyai gangster diluar. Sebenarnya, sebagai 
seorang guru kita tidak harus takut kepada pelajar. Sekiranya apa yang 
kita buat betul dan tidak melanggar etika perguruan kita tidak perlu takut 
kepada sesiapa. 
Sebagai kesimpulanya, peristiwa ini banyak memberi kesan kepada 
kelakuan, mengubah cara pemikiran dan sikap saya terhadap pelajar. 
Pelajar juga mempunyai hak dalam mendapat pendidikan yang sempurna 
daripada seorang guru yang baik, mempunyai pengetahuan yang luas dan 
mempunyai kemahiran dalam mengajar. Guru perlu memiliki kemahiran 
yang tertentu untuk menjadi seorang guru yang berkesan. Tugas guru 
bukan hanya masuk ke kelas dan menyalin nota tetapi lebih dari pada itu. 
Guru yang mempengaruhi corak pembelajaran dan kelakuan pelajar-pelajarnya. 
Guru juga perlu bijak dalam mengambil sebarang keputusan 
yang melibatkan pelajar. Pelajar tetap akan menghormati kita sebagai 
seorang guru jika kita tidak bersikap keterlaluan dengan mereka. Semoga 
14
apa yang terjadi akan menjadi peringatan dan pengajaran yang baik kepada 
saya pada masa hadapan. Kerjaya seorang guru adalah satu amanah dan 
tanggungjawab yang besar dalam mendidik anak bangsa. 
15
16 
CTL 
Saya merupakan seorang guru yang ceria, bersemangat dan tegas. Di 
sekolah, saya menganggap pelajar adalah seperti adik saya sendiri 
memandangkan usia mereka hampir sebaya dengan adik saya. Justeru itu, 
saya berasa bertanggungjawab untuk menjaga dan mendidik mereka seperti 
adik saya sendiri. Saya juga memegang prinsip tidak akan sekali melabel 
pelajar saya dengan perkataan „bodoh‟ dan sebagainya. Perhubungan saya 
dengan pelajar agak rapat tetapi terdapat beberapa pelajar yang kurang 
menyenangi tindakan saya yang suka menegur tingkah laku mereka. 
Kesabaran saya pernah diuji apabila melihat nama saya diconteng dengan 
perkataan kesat di dalam tandas pelajar perempuan. Saya mengesyaki 
beberapa orang pelajar perempuan tingkatan 2a1 yang melakukan 
perbuatan berkenaan memandangkan saya sering menegur mereka kerana 
malas melakukan kerja sekolah dan menggunakan perkataan yang kesat di 
dalam kelas. Kadangkala terdetik rasa kecewa dengan sikap sebilangan 
pelajar perempuan pada masa kini yang gemar menggunakan perkataan 
kesat ketika berinteraksi dengan rakan-rakan yang langsung tidak 
melambangkan keperibadian mereka. Saya membuat keputusan untuk 
menggunakan pendekatan „halus‟ agar mereka sedar dengan perbuatan 
yang dilakukan dan menyelesaikan masalah dengan cara yang baik. 
Justeru, pada keesokkan harinya semasa waktu pendidikan sivik, saya 
telah mengaitkan topik yang diajar dengan hubungan guru dengan pelajar 
dan hubungan di antara pelajar dengan pelajar yang lain. Saya telah 
memberi contoh, „sekiranya kita tidak berpuas hati dengan guru atau rakan 
lain, kita tidak boleh terburu-buru dengan melepaskan kemarahan dengan 
melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang. Sebagai contohnya, 
pelajar tidak boleh melepaskan kemarahan dengan melakukan perbuatan 
yang menyalahi undang-undang sekolah seperti melakukan vandalisme dan 
sebagainya. Seharusnya pelajar perlu berjumpa dan berbincang dengan 
guru atau rakan untuk mencari penyelesaian terbaik‟. Selepas memberi 
penerangan, saya dapati beberapa di antara mereka yang terdiam dan 
tertunduk malu. Niat saya pada ketika itu hanya untuk memberi 
pengajaran dan mengingatkan mereka agar tidak terburu-buru melakukan 
sesuatu perkara tanpa berfikir panjang. Saya juga tidak menyebut nama 
mereka dihadapan pelajar-pelajar lain kerana saya faham tindakan 
memalukan pelajar di hadapan rakan-rakan yang lain tidak akan memberi 
kesan yang positif bahkan ia mungkin akan menyebabkan pelajar 
membenci guru dan tidak berminat untuk belajar. Selepas kejadian ini, 
hubungan saya dengan pelajar yang terlibat berjalan seperti biasa 
memandangkan saya tidak pernah berdendam dengan mana-mana pelajar. 
Pada pendapat saya, guru perlu bertenang dan tidak mudah melatah 
apabila berhadapan situasi sebegini memandangkan pelajar-pelajar ini 
masih dalam proses untuk mencari identiti mereka. Isu-isu disiplin yang 
kecil seperti pelajar tidak menyiapkan kerja sekolah dan pelajar berbuat
bising di dalam kelas mampu saya tangani sepanjang sesi persekolahan 
tahun tersebut. 
Saya sekali lagi menghadapi peristiwa yang mencabar diri apabila 
berhadapan dengan situasi yang tidak pernah saya jangka akan berlaku 
dalam kehidupan seorang guru. Peristiwa itu berlaku pada awal tahun 2011 
dan berlaku di kelas terakhir waktu persekolahan. Pengalaman dikasari 
oleh bekas pelajar merupakan peristiwa yang paling sukar dilupakan. Ia 
melibatkan seorang pelajar lelaki tingkatan dua yang telah diberhentikan 
sekolah kerana masalah disiplin yang berlanjutan. Saya menggelarkannya 
pelajar lelaki ini sebagai CTL. Saya mengenali CTL semenjak tahun 2010 
lagi. Dia merupakan pelajar tingkatan 1a7 dan merupakan bekas pelajar 
peralihan. Hasil daripada maklumat yang diperolehi, CTL tinggal bersama 
neneknya dan kadang kala dia membantu neneknya menjual kuih. 
Sepanjang kelas saya, CTL seringkali melakukan masalah disiplin seperti 
ponteng sekolah, tidak menyiapkan kerja sekolah, bersikap kurang ajar 
dengan guru dan selalu mengganggu rakan sekelas yang lain. Selain itu, dia 
juga tidak menunjukkan minat untuk belajar dan cara pemakaiannya tidak 
kemas seperti pelajar-pelajar sekolah yang lain. Akibat tidak tahan dengan 
sikapnya, saya pernah mengenakan denda seperti menyuruhnya membuat 
kerja sekolah di luar koridor dan memarahinya di hadapan pelajar-pelajar 
yang lain. Pada satu tahap, saya pernah rasa putus asa untuk terus 
menyuruhnya menyiapkan kerja rumah, menegur dan memarahinya lalu 
saya mengambil inisiatif untuk mengabai dan tidak mengendahkan 
karenahnya sewaktu kelas berlangsung. Pada pendapat saya, pelajar yang 
berkelakuan begini sering melakukan sesuatu di luar jangkaan agar guru 
memberi perhatian kepadanya. Tindakan saya yang tidak 
mengendahkannya sewaktu kelas berlangsung menunjukkan sedikit kesan 
yang positif. Sejujurnya, tindakan yang saya lakukan ini tidak sewajarnya 
dilakukan oleh seorang guru. Memandangkan tahun 2010 merupakan 
tahun pertama saya mengajar, ia sedikit sebanyak mengajar saya 
membentuk personaliti seorang guru yang berkesan dalam diri. 
Isu CTL tidak terhenti di situ sahaja. Sepanjang sesi persekolahan 
berlangsung, dia telah terlibat dengan pelbagai masalah. CTL memang 
sangat dikenali oleh semua guru dan pelajar sekolah kerana mencatatkan 
rekod masalah disiplin yang teruk. Saya pernah melaporkan hal ini kepada 
guru kelas CTL dan guru berkenaan menyediakan satu borang khas kepada 
saya untuk mencatatkan masalah disiplin yang telah dilakukan oleh CTL. 
Saya kemudiannya mengisi borang berkenaan dan menyatakan masalah 
disiplin yang dilakukannya dan meminta sokongan daripada guru-guru 
yang mengajar CTL. Borang berkenaan kemudiannya diberikan kepada 
Penyelia Petang untuk di ambil tindakan. Selain itu, CTL pernah digantung 
sekolah kerana masalah disiplin yang berlarutan. Nenek CTL juga pernah 
datang ke sekolah untuk berjumpa penyelia petang bagi menyelesaikan 
masalah yang dilakukannya. Mungkin atas faktor kasihan mendorong 
penyelia petang sekolah memberi peluang kepada CTL untuk membaiki 
sikap dan CTL tidak dikenakan hukuman dibuang sekolah. 
17
Pada sesi persekolahan tahun 2011, saya diarahkan untuk mengajar kelas 
2a5. Kelas ini ini merupakan kelas kedua terakhir dari 12 kelas tingkatan 
2. Kelas 2a4 dan 2a5 sering mengundang keresahan kepada guru kerana 
pelajar-pelajarnya terdiri daripada pelajar yang nakal, tidak mempunyai 
sikap yang baik dan mempunyai prestasi yang rendah dari segi akademik. 
Ada di antara mereka yang tidak pandai menulis dan berbahasa melayu di 
dalam kelas. Justeru, kebanyakkan guru tidak mahu mengajar kelas-kelas 
ini. Saya ditugaskan untuk mengajar subjek sejarah bagi kelas 2a5 dan 
saya dapati CTL merupakan salah seorang pelajar kelas berkenaan. CTL 
duduk bersebelahan dengan seorang pelajar lelaki yang turut terkenal 
dengan masalah disiplin. Saya gelarkannya sebagai MCH. Saya perhatikan, 
sekiranya salah seorang di antara mereka tidak hadir ke sekolah, keadaan 
kelas akan menjadi terkawal dan pelajar memberi tumpuan semasa saya 
mengajar. Sekiranya kedua-dua mereka hadir ke sekolah, kelas akan 
menjadi tidak terkawal kerana mereka suka membuat bising dan 
mengganggu rakan yang lain untuk belajar. Untuk mengelakkan daripada 
mereka bersembang dan berbuat bising, saya menyuruh mereka duduk 
berasingan sewaktu kelas saya berlangsung. CTL juga pernah diberikan 
khidmat kaunseling oleh kauselor sekolah. Walaubagaimanapun, sikap CTL 
masih tidak berubah malah makin menjadi-jadi semenjak bersahabat 
dengan MCH. Dia enggan menyiapkan kerja sekolah, ponteng kelas dan 
terlibat dengan kes mengugut pelajar lain untuk mendapatkan wang. Di 
samping itu, guru lain pernah memberitahu saya bahawa dia pernah 
melihat CTL menghisap rokok di luar kawasan sekolah. Walaupun guru 
berkenaan berada berhampiran dengannya, dia tetap angkuh dan 
menunjukkan keberaniannya dengan menghisap rokok di hadapan guru 
berkenaan. Akhirnya pada penghujung bulan Febuari 2011, CTL dan MCH 
telah dibuang sekolah berpunca dari masalah disiplin yang tidak dapat 
dibendung lagi. Semenjak CTL dan MCH dibuang sekolah, keadaan kelas 
2a5 menjadi lebih terkawal. Proses pengajaran dan pembelajaran 
berlangsung dengan baik dan lancar. 
Pada suatu hari, berlaku kejadian yang tidak pernah saya jangka akan 
terjadi ketika sedang mengajar di dalam kelas. Kejadian ini berlaku pada 
kelas terakhir sesi petang persekolahan sewaktu mengajar kelas 2a5. Ketika 
itu jam menunjukkan pukul 6.45 petang dan sesi persekolahan akan tamat 
pada pkul 6.50 petang. Sewaktu menunggu pelajar menyiapkan tugasan 
yang diberikan, tiba-tiba saya melihat CTL datang menghampiri kelas saya 
dengan memakai t-shirt dan seluar jeans. Kemudiannya, dengan tidak 
semena-mena dia memasuki kelas saya dari pintu belakang lalu duduk di 
meja belakang kelas yang masih kosong. Tindakannya yang biadap dan 
tidak menghormati saya yang berada di dalam kelas telah mengundang 
kemarahan saya. Lalu saya menyuruh dia keluar dari kelas kerana 
tindakannya itu menyalahi undang-undang sekolah kerana memasuki kelas 
tanpa izin guru. Arahan saya tidak diendahkannya menyebabkan saya 
bertambah beremosi lalu memaksanya berkali-kali keluar dari kelas. Ketika 
itu, saya menggunakan suara yang agak tinggi kerana tidak dapat 
mengawal emosi. Kemudiannya CTL bangun dari tempat duduknya lalu 
menghampiri ke depan kelas lalu menolak dan menendang meja dengan 
18
kuat dan mula memberontak kerana enggan keluar dari kelas. CTL tetap 
berkeras tidak mahu keluar dari kelas dengan melawan kata-kata saya 
dengan nada yang tinggi. Semua pelajar lain yang berada di dalam kelas 
terdiam seketika. Ketika itu saya berasa sangat takut sekiranya CTL 
membuat sesuatu yang di luar jangkaan seperti memukul saya dan 
sebagainya. Saya cuba bertenang dan mengeluarkan telefon bimbit 
daripada tas tangan seolah-olah mahu menelefon seseorang. Kemudian, 
saya mengugut CTL sekiranya dia enggan keluar dari kelas, saya akan 
menelefon pihak polis. Akibat takut dengan tindakan saya yang mahu 
menelefon pihak polis, CTL terus keluar dari kelas sambil menghambur 
kata-kata kesat. Peristiwa yang terjadi akan saya ingat sampai bila-bila 
memandangkan ianya sangat menakutkan dan memberi kesan pada diri 
saya. Hingga kini saya masih berfikir kesan dan akibat sekiranya pelajar 
berkenaan hilang kawalan lalu memukul saya dan sebagainya. Situasi 
seperti ini amat sukar dihadapi terutamanya melibatkan guru wanita yang 
tidak mempunyai banyak pengalaman dan masih baru dalam bidang 
perguruan. 
Selepas tamat sesi persekolahan, saya melaporkan kejadian yang berlaku 
kepada penyelia petang untuk tindakan selanjutnya. Saya juga 
mencadangkan kepada penyelia petang agar pengawal sekolah lebih 
berjaga-jaga dan tidak sewenang-wenangnya membenarkan orang luar 
keluar masuk ke sekolah tanpa pas yang sah. Selepas kejadian, saya dapati 
tiada lagi isu yang melibatkan pelajar sekolah lain atau orang luar masuk 
ke kawasan sekolah sewenang-wenangnya. Individu luar yang ingin ingin 
memasuki sekolah juga perlu meninggalkan kad pengenalan di pondok 
pengawal dan mendapatkan pas masuk yang sah sebelum memasuki 
kawasan sekolah. Tindakan ini lebih efektif bagi mengelakkan dari 
berlakunya kes-kes tidak dijangka seperti yang berlaku pada saya. Selain 
itu, saya berpendapat pengawalan di luar kawasan sekolah harus 
dipertingkatkan terutamanya sebelum dan selepas waktu persekolahan. 
Sebagai contohnya, setiap petang akan ada pegawai polis yang akan 
menjaga kawasan di bahagian luar sekolah untuk memastikan keadaan 
terkawal dan tidak berlaku isu seperti gangsterism. Pernah berlaku di mana 
beberapa orang pelajar saya di pukul sewaktu balik dari sekolah oleh 
individu yang tidak dikenali. Kes ini telah dilaporkan oleh pihak sekolah 
kepada pihak polis untuk diambil tindakan. 
19 
Refleksi 
Saya akan lebih bersedia daripada beberapa aspek sekiranya peristiwa 
yang sama berlaku pada diri saya. Aspek emosi memainkan peranan 
penting dan mampu mempengaruhi setiap tindak tanduk yang kita 
lakukan. Merujuk kepada peristiwa yang berlaku, saya mengakui bahawa 
saya tidak dapat mengawal emosi ketika itu kerana tindakan pelajar yang
terlalu biadap. Selain itu, saya mengenali pelajar berkenaan semenjak 
tahun 2010 lagi dan banyak kelakuannya pernah mengguris hati dan 
perasaan saya. Justeru, ia mempengaruhi penilaian saya terhadap tindakan 
pelajar berkenaan. 
Di samping itu, sekiranya situasi yang sama berlaku di sekolah pada masa 
akan datang, saya akan mengambil tindakan yang sama dengan menyuruh 
pelajar berkenaan keluar dari kelas tetapi menggunakan pendekatan 
memujuk dengan menggunakan lontaran suara yang lebih lembut dan 
sopan. Saya mengakui ketika kejadian berlaku, saya menggunakan suara 
yang agak tinggi yang boleh mengundang kemarahan pelajar berkenaan. 
Pendekatan memujuk dalam nada suara yang lembut mampu mengawal 
situasi berlaku sebaliknya. Saya percaya pelajar yang mengalami masalah 
seperti ini boleh dibendung dengan kaedah memujuk dan bukannya 
menggunakan kaedah kekerasan. Kemungkinan pelajar untuk bertindak di 
luar jangkaan akan berlaku sekiranya guru bertegas menggunakan kaedah 
ini. Tindakan individu luar yang masuk ke kelas waktu sesi persekolahan 
tanpa izin guru diklasifikasikan sebagai perbuatan yang menyalahi undang-undang 
sekolah. Tindakan ini perlu dilaporkan kepada pihak atasan seperti 
pengetua atau penyelia petang supaya ianya tidak berulang lagi. Pihak 
sekolah telah mempertingkatkan pengawasan sekolah dan tidak akan 
sewenang-wenangnya membenarkan individu luar memasuki sekolah tanpa 
urusan. 
Kejadian yang berlaku juga telah mempengaruhi persepsi saya sebagai 
seorang guru dalam pelbagai aspek. Saya percaya pekerjaan sebagai 
seorang guru amat menyeronokkan terutama ianya melibatkan interaksi 
dengan pelbagai pihak seperti pihak pengurusan, guru dan pelajar. 
Walaubagaimanapun, guru perlu bersedia dari segi fizikal dan mental 
sekiranya berhadapan dengan situasi yang melibatkan masalah disiplin 
pelajar. Selama tempoh dua tahun mengajar, saya berjaya membentuk nilai 
diri menjadi seorang yang penyabar dan tidak mudah melenting sekiranya 
wujud isu kecil di sekolah. Pada pendapat saya, seseorang guru perlu 
mempunyai kesabaran yang tinggi agar mereka tidak mudah berputus asa 
untuk mendidik anak-anak bangsa. Sekiranya tiada nilai sabar dalam diri, 
seseorang guru akan bertindak mengikut emosi. Sebagai contoh, saya 
pernah memarahi pelajar kerana terlalu mengikut emosi menyebabkan saya 
berasa tertekan sehingga mengalami sakit kepala. Oleh yang demikian, 
guru perlu mempersiapkan diri dengan kaedah-kaedah penyelesaian yang 
boleh digunakan untuk menangani masalah disiplin pelajar di dalam kelas. 
Guru perlu berfikiran positif bahawa setiap kejadian yang berlaku ada jalan 
penyelesaiannya. 
Selain itu, bidang dan tugas guru bukan sahaja mendidik pelajar bahkan ia 
lebih daripada itu. Guru perlu mempunyai hubungan yang rapat dengan 
pelajar dan tidak boleh bersikap berat sebelah. Mungkin sebelum ini saya 
pernah mengabaikan dan tidak mengendahkan pelajar bermasalah seperti 
CTL ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung kerana tidak 
tahan dengan sikapnya. Tindakan ini perlu dielakkan kerana saya percaya 
20
pelajar yang bermasalah akan membuat sesuatu di luar jangkaan kerana 
mahu menarik perhatian guru. Justeru, saya akan menggelakkan dari 
menggunakan pendekatan kekerasan kepada pelajar yang bermasalah. 
Saya dapati pendekatan ini berkesan dilakukan semasa mengendalikan 
kelas 2a4 ketika waktu „relief‟. Kelas 2a4 merupakan kelas terakhir dan 
dikenali dengan pelajar yang bermasalah serta lemah dalam akademik. 
Terdapat beberapa orang pelajar lelaki dalam kelas ini dikenal pasti 
mempunyai masalah disiplin yang teruk dan mereka juga beberapa kali 
diberi amaran oleh pihak sekolah. Pada mulanya memang agak sukar 
mengendalikan kelas kerana pelajar suka membuat bising dan tidak 
mendengar arahan guru. Tetapi selepas mengenali dan menjalinkan 
hubungan yang baik dengan pelajar bermasalah ini, kelas menjadi mudah 
dikawal atas bantuan mereka. Saya masih ingat lagi, suatu ketika saya 
menghampiri pelajar bermasalah ini dan memulakan perbualan seperti 
seorang rakan. Saya dapati pelajar berasa selesa apabila seorang guru tidak 
meletakkan jurang yang terlalu tinggi dengan mereka ketika berbual. 
Adakalanya mereka menginginkan guru memberikan perhatian yang lebih 
kepada mereka. Dengan berbual, pelajar dapat meluahkan apa yang tersirat 
di dalam hati mereka kepada guru. Ketika itu, saya mengetahui banyak 
perkara tentang diri mereka dan mengenali mereka dengan lebih 
mendalam. Sikap mereka boleh dikawal sekiranya guru menghormati 
mereka, tidak melabel dan tidak bersikap kasar dengan mereka. Contohnya, 
untuk memberhentikan mereka dari tidak berbuat bising, saya menegur 
mereka dengan nada yang lembut dan memberi penghargaan serta pujian 
kepada mereka sekiranya mereka melakukan perbuatan yang positif. 
Nilai peka juga perlu ada dalam setiap guru memandangkan pelajar-pelajar 
di Malaysia terdiri daripada latar belakang yang berbeza. Guru perlu peka 
tentang latar belakang pelajar dan guru perlu tahu bahawa perbezaan ini 
mempengaruhi sikap dan personaliti pelajar di sekolah. Selain itu, guru 
perlu sentiasa peka dan mengambil berat tentang setiap pergerakan dan 
tingkah laku pelajar. Sekiranya mendapati pelajar menghadapi masalah, 
guru perlu memainkan peranan sebagai pembimbing dan membimbing 
murid mencari cara menyelesaikan masalah secara positif. Dengan ini, 
masalah disiplin bilik darjah tidak akan wujud seperti tidak menumpu 
perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, tidur di 
dalam kelas, bergaduh dan membuli pelajar lain dan sebagainya. Ini telah 
membuktikan bahawa peranan guru untuk membantu pelajar 
menyelesaikan masalah adalah penting dan perlu dipraktiskan oleh semua 
guru supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan 
dengan lancar dan berkesan serta mencapai sasaran dan objektif 
pembelajaran. 
Di samping itu, peristiwa yang terjadi memberi pengajaran kepada saya erti 
ketabahan mendidik anak bangsa. Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan 
yang terpaksa dihadapi, saya tetap tabah mengharunginya demi 
menjalankan amanah sebagai seorang guru. Setiap yang berlaku ada 
hikmah di sebaliknya. Saya juga sedar tentang peranan dan tanggungjawab 
seorang guru amat besar bagi memastikan proses pengajaran dan 
21
pembelajaran berlangsung dalam keadaan baik. Guru tidak boleh 
bergantung sepenuhnya kepada peranan kaunselor sahaja untuk 
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Guru perlu bersikap 
terbuka dan menjalankan tanggungjawab dengan seikhlas hati. 
Pengalaman mengajar selama dua tahun membuka mata saya tentang 
sikap pelajar dan ibu bapa pada masa kini. Seperti yang saya nyatakan 
sebelum ini, saya agak terkejut melihat sikap pelajar pada masa kini yang 
tidak mengamalkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Mereka bersikap 
kurang ajar terhadap guru dan mengeluarkan kata-kata kesat seolah-olah 
perkataan itu sudah sebati dalam diri. Yang menjadi persoalan di sini ialah 
adakah ibu bapa mereka sedar dengan sikap anak mereka semasa berada 
di sekolah?. Saya mendapati faktor yang mendorong kepada permasalahan 
ini ialah berpunca daripada ibu bapa yang sibuk mencari nafkah 
sehinggakan anak-anak terabai. Kesempitan hidup ini memang tidak boleh 
dinafikan dalam mencari sesuap nasi untuk membesarkan anak-anak. Ibu 
bapa kini seolah-olah melepaskan tanggungjawab sepenuhnya kepada guru 
untuk mendidik anak mereka. 
Kita juga pernah mendengar isu guru mengeluh kerana bebanan kerja yang 
melampau dan terpaksa menjadi „orang gaji‟ untuk menjaga anak-anak 
mereka. Saya berpeluang berbual dengan ibu bapa pelajar semasa sesi 
mengambil kad kemajuan di sekolah. Memandangkan saya merupakan 
guru kelas ketika itu, saya dapat melihat pelbagai gelagat ibu bapa pada 
masa kini. Terdapat sebilangan ibu bapa yang terlalu bergantung kepada 
guru untuk mendidik anak mereka kerana mereka sendiri sudah tidak 
dapat mengawal sikap anak mereka. Ada ibu bapa yang tidak mahu 
mendengar komen guru mengenai sikap anak mereka di sekolah. Saya 
masih ingat lagi, ada seorang ibu kepada pelajar perempuan tingkatan 2 
datang mengambil kad kemajuan anaknya. Anak perempuannya juga kerap 
melakukan masalah ketika di dalam kelas . Ketika guru ingin memberi 
komen tentang prestasi serta sikap anaknya, ibu kepada pelajar berkenaan 
terus mengambil kad kemajuan dan berkata bahawa dia datang ke sekolah 
bukan bertujuan untuk mendengar guru mengadu tentang sikap anaknya. 
Ibu dan pelajar berkenaan terus balik tanpa mendengar komen dan 
penjelasan dari guru. Di sini, saya percaya bahawa sikap ibu bapa yang 
terlalu memanjakan anak-anak sehingga tidak mempercayai apa yang 
dikatakan oleh guru mendorong timbulnya masalah di sekolah. 
Selain itu, saya melihat peristiwa yang saya alami berpunca daripada 
kurangnya pendidikan agama dan faktor rakan sebaya di kalangan pelajar 
dewasa kini. Pendidikan agama mengajar setiap individu untuk melakukan 
kebaikan dan mengamalkan nilai-nilai murni. Kurangnya pendidikan 
agama menyebabkan pelajar mudah alpa akan tanggungjawab dan peranan 
mereka terhadap diri dan orang sekeliling. Rakan sebaya merupakan orang 
yang paling rapat selain ibu bapa. Pelajar lebih gemar menceritakan 
masalah dan perasaan mereka kepada rakan. Ekoran itu, rakan sebaya 
mempunyai pengaruh yang sangat besar kepada pelajar. Rakan-rakan yang 
baik akan mendorong rakannya yang lain mengikut tingkah laku dan 
22
norma-norma yang baik. Justeru, rakan sebaya amat berpengaruh dalam 
membentuk personaliti pelajar. Sekiranya nilai rakan sebayanya rajin, 
tekun, menghormati orang lain dan sebagainya, maka secara tidak 
langsung akan mempengaruhi rakannya. Perkara yang sama juga berlaku 
kepada pelajar CTL yang berkawan baik dengan MCH. Kedua-dua mereka 
mempunyai sikap yang sama lalu kecenderungan untuk melakukan 
perbuatan-perbuatan negatif adalah tinggi. 
Secara keseluruhannya, pengalaman mengajar membuka mata saya 
tentang pelbagai isu-isu disiplin yang melibatkan pelajar pada masa kini. 
Jika sebelum ini, saya hanya membaca isu-isu sebegini di dalam surat 
khabar dan majalah sahaja tetapi kini saya sendiri berhadapan dengannya. 
Selain itu, saya juga pernah menjadi guru kepada seorang pelajar 
perempuan tingkatan 1 yang menimbulkan isu disiplin seperti ponteng 
sekolah, lari dari rumah dan disyaki pernah melakukan hubungan seks 
dengan pelajar luar. Saya membuat kesimpualan bahawa untuk mengatasi 
setiap isu yang terjadi, ianya memerlukan kerjasama banyak pihak seperti 
ibu bapa, masyarakat, guru dan pihak pentadbiran sekolah. Saya 
menganggap dugaan dan cabaran yang saya alami sebagai proses 
mematangkan saya dalam bidang profesion perguruan. Saya percaya walau 
di mana saya ditempatkan kelak, masalah disiplin di kalangan pelajar tetap 
timbul dan saya perlu bersedia melengkapkan diri dari aspek seperti fizikal 
dan mental untuk menjadi guru yang cemerlang dan berkesan. 
23
24 
ASH 
Saya telah berkhidmat sebagai seorang guru selama 4 tahun dan pernah 
bertugas di sebuah sekolah di Petaling Jaya, Selangor. Sekolah ini adalah 
sebuah sekolah di mana semua pelajarnya adalah terdiri daripada pelajar 
lelaki. Pengalaman mengajar di sekolah ini memberi seribu satu warna 
dalam hidup saya. Saya banyak belajar tentang pelajar lelaki, bagaimana 
mengambil hati pelajar lelaki dan bagaimana menangani karenah mereka. 
Walaupun pelajar lelaki ini agak kasar, nakal dan berbagai karenah tetapi 
mereka ini mempunyai hati yang lembut. Sebagai guru kita perlu tahu 
bagaimana untuk mengambil hati mereka dan mereka akan mendengar 
arahan kita. Pelajar ini amat memerlukan perhatian daripada guru. 
Semasa saya mengajar pada tahun 2010, saya telah ditugaskan untuk 
mengajar tingkatan 2 Biru untuk subjek Pendidikan Islam. Saya 
mempunyai seorang pelajar yang bernama Ash (bukan nama sebenar). 
Pelajar ini agak pintar tetapi mempunyai pelbagai masalah disiplin di 
sekolah. Saya sudah mengenali pelajar ini pada tahun 2009 kerana rekod 
disiplinnya di sekolah. Apabila saya mula mengajar kelasnya, pelajar ini 
mula membuat pelbagai masalah di dalam kelas. Pelajar ini akan mula 
membuat bising, mengganggu rakan-rakan yang lain dan tidak membuat 
kerja atau latihan yang diberikan. Pelajar ini mempunyai pengaruh yang 
amat kuat kepada rakan-rakannya. Jika pelajar ini bising, beberapa orang 
rakan baiknya perlu mengikut caranya. Jika tidak mereka tidak akan 
diterima sebagai rakannya. Ini menyebabkan rakan sekelas yang lain 
menjadi marah kerana tidak dapat menumpukan perhatian pada pelajaran. 
Pelajar ini tidak akan membuat kerja rumah atau latihan yang diberikan. 
Pelajar ini juga selalu menggunakan perkataan yang kasar kepada saya dan 
guru-guru lain. Pelajar ini suka mencabar gurunya untuk marah 
kepadanya. Apabila kita marah, pelajar ini akan ketawa dan senyum 
kepada kita. Pelajar ini akan berpura-pura tidak melakukan apa-apa 
kesalahan. Rakan-rakan pelajar ini akan menyokong pelajar ini. Mereka 
sanggup untuk sama-sama menanggung denda yang diberikan kepada 
rakan mereka. Pelajar ini menyebabkan guru-guru agak tertekan semasa 
mengajar kelas ini. 
Apabila saya mula mengajar kelas 2 Biru ini, saya tidak ada persepsi buruk 
pada pelajar ini. Saya berazam untuk mengajar semua pelajar sama rata. 
Apabila pelajar ini mula berbuat bising dan mengganggu pengajaran dan 
pembelajaran, saya akan menegur dengan baik. Apabila ada masa yang 
sesuai saya akan memanggil pelajar ini secara individu dan bercakap serta 
bersembang dengan pelajar ini. Pelajar ini ada bercerita kepada saya tetapi 
masih dalam keadaan berhati-hati dan berahsia. Saya mula menasihati 
pelajar ini dan rakan-rakannya semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dan mereka mula mengurangkan aktiviti bising dalam kelas 
saya. Mereka mula membuat latihan dan kerja rumah yang saya berikan. 
Pada masa yang sama, pelajar ini masih lagi membuat masalah disiplin 
semasa kelas guru lain dan pada waktu persekolahan. Saya ada berbincang 
dengan guru disiplin dan guru kaunseling di sekolah. Kami meminta 
kerjasama guru kaunseling untuk mengadakan sesi kaunseling untuk 
mengetahui masalah pelajar ini. Saya memberikan maklumat yang saya 
perolehi dari pemerhatian saya di dalam kelas dan maklumat daripada 
rakan baik pelajar ini dan rakan sekelas kepada guru kaunseling. Ini 
memudahkan guru kaunseling mendapatkan maklumat mengapa pelajar ini 
bermasalah. Setelah beberapa kali sesi kaunseling, saya dapat melihat 
perubahan sikap pelajar ini. Guru-guru lain juga memberikan pendapat 
yang sama. Pelajar ini menjadi semakin baik dan mendengar arahan guru. 
Pelajar ini mempunyai masalah keluarga yang mana ibu dan bapanya telah 
bercerai. Bapanya telah berkahwin lain dan mempunyai anak dengan isteri 
yang baru. Ibunya juga telah berkahwin semula. Ibunya mengikut 
suaminya tinggal di India dan mempunyai anak dengan lelaki India 
tersebut. Pelajar ini terpaksa tinggal dengan abang dan adik-adiknya dan 
dijaga oleh nenek. Abang pada pelajar ini adalah bekas pelajar sekolah ini 
dan telah dibuang sekolah kerana pelbagai kes disiplin yang dilakukan. 
Pada mulanya ayah Ash mengambil berat tentang hal anaknya, tetapi 
apabila anak-anaknya bersikap kurang sopan dengan isterinya, bapa 
mereka tidak lagi mengambil berat tentang hal mereka adik beradik. Pelajar 
ini menjaga dan mengasuh adik-adiknya untuk membantu neneknya 
selepas waktu sekolah. 
Berkat kesabaran dan nasihat daripada guru disiplin, guru kaunseling dan 
guru-guru lain, pelajar ini mula berubah. Pelajar ini mula belajar di dalam 
kelas, menyiapkan latihan yang diberikan oleh semua guru dan tidak lagi 
mengganggu rakan-rakan yang lain semasa pengajaran dan pembelajaran. 
Pelajar ini menumpukan perhatian pada kelas dan juga rakan-rakannya 
sama-sama belajar. Guru-guru mula memuji perubahan yang dilakukan 
oleh pelajar ini. Saya berasa amat puas hati kerana pelajar ini telah 
berubah dan pada masa yang sesuai saya akan menasihati pelajar ini. 
Pelajar ini berubah hanya untuk 3 bulan sahaja. Pada bulan ketiga, pelajar 
ini mula kembali ke perangai asalnya. Pelajar ini menjadi lebih teruk lagi 
berbanding sebelum ini. Pelbagai masalah disiplin dilakukan seperti 
ponteng kelas, ponteng sekolah, menghisap rokok dan memukul pelajar lain 
serta bergaduh. Guru disiplin, guru kaunseling, guru-guru lain serta saya 
amat terkejut dengan perubahan pelajar ini dengan tiba-tiba. Guru 
kaunseling memanggil pelajar ini dan bertanya tentang perubahannya. 
Pelajar ini mengatakan bahawa apabila beliau menjadi pelajar yang baik, 
guru-guru tidak lagi memanggil namanya. Pelajar ini merasakan yang dia 
tidak lagi mendapat perhatian guru dan guru tidak lagi mengendahkannya. 
Pelajar ini mungkin kurang kasih sayang dan mengharapkan perhatian 
daripada guru-guru. Guru kaunseling cuba menyuruh pelajar ini berubah 
25
menjadi baik kembali, tetapi pelajar ini bertekad tidak akan menjadi baik 
lagi. 
Saya sebagai guru Pendidikan Islam juga memanggil pelajar ini dan cuba 
menasihatinya secara berlembut. Saya memuji perangai dan kelakuannya 
yang baik sebelum ini. Pelajar ini tetap berkeras yang dia tidak akan 
berubah. Pelajar ini tahu saya sangat kecewa dengan sikapnya tetapi tetap 
berkeras untuk tidak berubah. Pelajar ini mula kembali kepada perangai 
asalnya. Pelajar ini mula bising di dalam kelas saya dan mengganggu rakan 
yang lain. Pelajar ini akan duduk di belakang dan berkumpul dengan ahli 
kumpulannnya. Pelajar ini akan membuat bising di belakang kelas, dan 
saya akan mengajar rakan pelajar ini yang lain. Pelajar ini tidak lagi 
menyiapkan kerja yang diberikan. Semasa peperiksaan, pelajar ini tidak 
menjawab soalan sebaliknya pelajar ini tidur. 
Pelajar ini makan di dalam kelas saya dan pernah makan “chew gum” di 
dalam kelas saya. Apabila saya meminta mereka membuang “chew gum” 
mereka, mereka tidak mahu mengikut arahan saya, malah mereka 
mengejek-ejek saya. Saya menulis dalam buku laporan kelas dan 
melaporkan kepada guru disiplin dan mereka didenda keesokkan harinya. 
Pelajar ini juga mula ponteng kelas dan mula menghisap rokok sedangkan 
sebelum ini pelajar ini tidak pernah merokok. Pelbagai kesalahan dilakukan 
oleh pelajar ini dan mengakibatkan pelajar ini digantung sekolah selama 2 
minggu. 
Saya sebagai guru mata pelajaran bekerjasama dengan guru disiplin, guru 
tingkatan, guru kaunseling, guru-guru lain dan Penolong Kanan Petang 
untuk cuba membantu pelajar ini. Guru disiplin memanggil bapa pelajar ini 
ini untuk berbincang tetapi bapa pelajar ini memberitahu guru disiplin 
bahawa beliau tidak mahu campur tangan lagi urusan anaknya. Bapa 
pelajar ini amat kecewa dengan perangai anaknya. Nenek pelajar ini juga 
tidak mahu bekerjsama dengan guru kaunseling yang pergi ke rumah 
berjumpa dengannya. Nenek pelajar ini tidak mahu berjumpa guru 
kaunseling. Ibu pelajar ini pula tidak dapat dihubungi. Penolong Kanan 
Petang juga cuba pelbagai cara untuk menasihati dan mendenda pelajar ini 
tetapi tidak berjaya. Saya cuba menasihati pelajar ini mengikut ajaran 
agama dan juga membawa pelajar ini berjumpa dengan Ustazah yang lebih 
berpengalaman tetapi tidak berjaya juga. 
Kami semua amat kecewa kerana tidak dapat membentuk pelajar kami 
dengan baik. Kami telah mencuba pelbagai pendekatan tetapi pelajar ini 
tetap tidak mahu berubah. Ini mungkin disebabkan oleh kerana pelajar ini 
tidak mendapatkan sokongan daripada keluarga seperti yang 
diharapkannya. Sepanjang tahun itu, pelajar ini melakukan pelbagai 
masalah disiplin dan langsung tidak mahu belajar. Saya sebagai guru mata 
pelajaran masih memberi kata-kata semangat dan perangsang untuk 
menggalakkan pelajar ini belajar tetapi pelajar ini mengambil pendekatan 
tidak mempedulikan nasihat dan arahan saya. Saya ingin pelajar ini berjaya 
tetapi amat susah untuk mendekatkan diri dengan pelajar ini. Saya juga 
26
mendapatkan maklumat tentang pelajar ini daripada rakan-rakan baiknya 
dan rakan sekelas. Rakan-rakan pelajar ini memberitahu bahawa pelajar ini 
bertekad untuk tidak berubah. 
Saya telah mencuba pelbagai cara untuk mengatasi masalah dengan pelajar 
ini. Saya juga mendapatkan bantuan pihak sekolah, guru disiplin, guru 
kaunseling, guru tingkatan dan guru-guru lain untuk menyelesaikan 
masalah pelajar ini tetapi masih tidak berjaya. Pelajar ini tetap dengan 
pendirian dan masalah disiplinnya. Saya amat kesal kerana tidak berjaya 
mengubah pelajar ini tetapi pelbagai tindakan yang telah saya lakukan. 
Saya sentiasa berdoa agar pelajar ini akan berubah pada satu masa nanti. 
27 
Refleksi 
Jika selepas ini saya menghadapi masalah pelajar seperti ini saya akan 
cuba juga untuk menyelesaikan masalah pelajar ini. Saya perlu memantau 
pelajar yang sebegini kerana takut perubahan yang dilakukan adalah untuk 
jangka masa pendek sahaja. Saya perlu mengetahui masalah pelajar ini dan 
menasihati dan memotivasikan pelajar seperti ini. Saya juga akan pergi 
berjumpa keluarga pelajar seperti ini untuk mendapatkan bantuan mereka. 
Keluarga adalah tulang belakang kepada seorang pelajar. Pelajar yang 
mempunyai keluarga yang mengambil berat akan berusaha untuk belajar 
dan menjaga tingkah laku di sekolah. Ini kerana setiap perbuatan anak 
akan memberi refleksi sama ada negatif atau positif kepada ibu bapa. Saya 
akan mendapatkan kerjasama keluarga pelajar untuk sama-sama 
membantu pelajar ini berubah dan mencungkil prestasi dalam dirinya. 
Sebagai seorang guru, situasi di atas mempengaruhi cara saya menangani 
masalah pelajar seperti ini. Saya berasa agak kecewa kerana tidak dapat 
memastikan pelajar saya berubah terus tetapi sebaliknya pelajar saya 
berubah untuk jangka pendek sahaja. Situasi ini memberikan saya cabaran 
semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas di mana saya perlu 
menangani pelajar yang bising dan mengganggu rakan di dalam kelas. Saya 
perlu memberi latihan untuk menggalakkan pelajar saya melakukan ulang 
kaji. Saya juga mengadakan aktiviti berkumpulan agar pelajar saya 
memberi tumpuan dan berminat untuk belajar. Apabila menghadapi 
masalah pelajar seperti ini, saya merasakan profession perguruan ini amat 
mencabar. Pelbagai ragam pelajar kita akan temui semasa mengajar dan 
kita perlu kuatkan semangat dan tidak putus asa menghadapi pelajar 
seperti ini. Kita perlu berusaha agar pelajar kita berubah ke arah kebaikan. 
Kita perlu menasihati, memotivasi dan memahami maslah pelajar-pelajar 
kita. Biasanya pelajar yang bermasalah ini mempunyai pelbagai kisah di 
sebalik keceriaan dan kenakalan mereka. 
Pelajar amat memerlukan perhatian daripada guru. Setiap kali seorang 
guru itu menjejakkan kaki ke kelas, guru bukan sahaja datang untuk
mengajar tetapi dalam masa yang sama, guru perlu mengetahui masalah 
pelajar, membantu pelajar menangani masalah, menasihati dan 
memotivasikan mereka. Saya tidak akan berputus asa walaupun saya tidak 
berjaya mengubah pelajar ini tetapi masih ramai pelajar yang berterima 
kasih dan menghargai pengorbanan saya sebagai seorang guru. Saya akan 
tetap akan mencurahkan segala ilmu yang saya ada untuk membentuk 
pewaris bangsa, agama dan negara. 
28
29 
HYPER- ACTIVE 
Peristiwa ini berlaku semasa saya bertugas di sebuah sekolah di Kuala 
Lumpur. Pada persekolahan awal tahun, kelas 1 cempaka menerima pelajar 
baru, daripada aliran pendidikan Khas. Pelajar ini disahkan oleh doktor 
pakar mengalami masalah aktif terlampau ataupun „hyper-active‟ yang 
menyebabkan pelajar ini mempunyai perangai yang luar biasa. Luar biasa 
di sini merujuk kepada; i) Sering menjerit dengan tiba-tiba, ii) kadang-kadang 
bertindak agresif dan kasar, iii) mempunyai masalah dalam 
pergaulan rakan sebaya (sukar untuk menyesuaikan diri), iv) kerapkali 
mengalami emosi yang kurang stabil, v) terlalu sensitif dan vi) lain-lain. Ibu 
pelajar ini telah memohon kepada pihak sekolah agar memberi kelulusan 
kepada anaknya berpindah dari aliran pendidikan khas ke aliran biasa 
memandangkan anaknya itu dapat menguasai pembelajaran dan dapat 
memahami sesuatu konsep dengan cepat. Dengan merujuk kepada prestasi 
yang baik ditunjukkan oleh pelajar ini dalam ujian pertama dan juga 
saranan daripada doktor, maka pihak pengurusan sekolah mengambil 
keputusan untuk memindahkan pelajar ini ke aliran biasa. 
Pelajar ini lebih dikenali dengan panggilan Wei Xiang, beliau mempunyai 
bentuk fizikal yang tinggi dan sedikit gempal. Wei Xiang mempunyai 
kebolehan pembelajaran yang agak bagus, dia boleh menguasai sesuatu 
konsep ataupun maklumat yang diajar oleh guru dengan pantas berbanding 
rakan-rakannya yang lain baik semasa dalam kelas pendidikan khas 
dahulu mahu pun kelas di aliran biasa iaitu kelas 1 cempaka. Wei Xiang 
akan menghadiri temujanji dengan doktor pakar di Hospital HUKM setiap 2 
minggu, dan setiap 2 minggu tersebut, saya akan mengisi sekeping borang 
ulasan daripada guru kelas untuk diberikan kepada doktor yang 
merawatnya. Pada satu ketika, saya mengajar subjek Geografi dalam kelas 
1 Cempaka. Apabila saya mengajar sesuatu tajuk, dia cepat faham dan 
memberi respon yang positif dan agak pantas dengan bertanyakan guru 
sesuatu soalan untuk mengukuhkan lagi kefahamannya. Masalah yang 
saya hadapi adalah; i) apabila Wei Xiang bertanyakan soalan, pelajar-pelajar 
lain mengusik dengan menyatakan „jangan bertanya soalan‟, ii) 
memandangkan emosi pelajar ini yang kurang stabil, dia sering mengamuk 
dan menjerit secara tiba-tiba di dalam kelas, kerana marahkan rakan-rakan 
yang mengusiknya, walaupun rakan-rakannya itu hanya melirikkan mata 
kepadanya. 
Wei Xiang juga sering malas untuk membuat latihan dalam kelas seperti 
yang diarahkan oleh guru. Akan tetapi, walaupun dia berperangai 
sedemikian, dia tetap mendapat markah paling tinggi dalam kebanyakan 
subjek seperti Geografi, Sejarah, Matematik dan lain-lain dalam ujian 
ataupun peperiksaan. Akibat perbuatannya yang tidak suka membuat 
latihan dalam kelasnya itu, timbul rasa tidak puas hati di kalangan pelajar 
yang lain. Mereka menyatakan bahawa mereka tidak mahu membuat 
latihan kerana guru telah memberi Wei Xiang pelepasan untuk tidak
membuatnya. Seperti yang saya nyatakan di atas, Wei Xiang akan menjerit 
jika tiba-tiba emosinya terganggu, ini boleh menyebabkan tumpuan guru 
dan pelajar lain untuk meneruskan pembelajaran terganggu. Keadaan 
dalam kelas selalu bising kerana pelajar-pelajar lain mula bising jika dia 
menjerit, dengan mengarahkan Wei Xiang supaya senyap. Selain itu, 
pelajar-pelajar lain juga sering mengadu bahawa Wei Xiang mengganggu 
mereka, contohnya seperti pelajar perempuan mengadu dalam kelas semasa 
saya sedang mengajar, “Cikgu, Wei Xiang tengok breast saya”. Bila saya 
bertanya “Betul ke Wei Xiang kamu buat macam tu?”, apabila ditekan sedikit 
sahaja, dia akan menangis teresak-esak dan akan mengambil masa yang 
lama untuk berhenti. Tiap-tiap kali kelas saya dan juga kelas guru lain, 
kami akan mengalami masalah yang sama, keadaan pasti akan bising. 
Bising kerana pelajar-pelajar lain tidak mahu Wei Xiang bercakap, atau 
mereka mengusik dia ataupun Wei Xiang akan menganggu rakan-rakan 
sekelasnya. Dan jika saya tidak menegur perbuatan pelajar-pelajar 
berkenaan, keadaan akan menjadi bertambah teruk. Satu perkara lagi, 
perbuatan menjerit Wei Xiang benar-benar mengganggu mood guru dan 
pelajar setiap kali ingin menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran 
(P&P). Dalam kelas, tiada pelajar yang ingin duduk bersebelahan dengan 
Wei Xiang memandangkan jumlah bilangan pelajar dalam kelas 1 Cempaka 
adalah ganjil iaitu seramai 35 orang. Kedudukan meja dan kerusi pula 
adalah dalam bentuk duduk berdua-dua, jadi Wei Xiang duduk 
berseorangan. 
Pernah juga apabila saya mengajar kelas sebelah yang berdekatan kelas 1 
Cempaka, saya akan mendengar jeritan yang kuat, sehingga saya dapat 
mengagak bahawa jeritan itu adalah daripada Wei Xiang. Saya juga merasa 
agak tertekan apabila setiap hari ada sahaja guru lain yang mengadu 
tentang Wei Xiang kepada saya. Antara aduan yang diterima oleh guru lain 
adalah; Wei Xiang tidak buat latihan yang mereka sediakan dalam kelas, 
pelajar- pelajar sekelas Wei xiang sering mengusik Wei Xiang seterusnya 
menyebabkan keadaan kelas bising, pelajar-pelajar lain tidak mahu Wei 
Xiang bertanya soalan dalam kelas kerana jika dia bertanya soalan pasti 
mengambil masa yang lama contohnya lima minit, Semasa pembelajaran 
ICT di makmal computer Wei Xiang ingin bermain “game”, jika ditegah oleh 
guru, dia akan merajuk dan menjerit kepada rakan sekelas yang 
menegahnya juga, apabila guru memberi peluang kepada Wei Xiang untuk 
bermain game, pelajar-pelajar lain akan berasa guru tidak adil kerana 
hanya memberi peluang kepada Wei Xiang, maka sesi pembelajaran akan 
terganggu. Selain itu, jika saya ingin membuat aktiviti kumpulan, semua 
kumpulan tidak akan mahu Wei Xiang menyertai mereka. Saya terpaksa 
memaksa mereka, salah satu kumpulan tersebut menerima Wei Xiang 
dengan syarat Wei Xiang tidak menganggu dan membuat kerja yang 
sepatutnya. Wei Xiang juga suka membuat banyak sampah dengan 
menggumpal kertas dari buku latihannya, dan membuangnya ke atas 
lantai.Keadaan ini tidak disenangi oleh semua orang, guru juga sudah 
kerapkali menegur perbuatannya tetapi keadaan seperti ini berlarutan dan 
sering jugaberlaku. 
30
Ada juga pelajar lain yang mempunyai masalah disiplin mengambil 
kesempatan di atas kelemahan Wei Xiang yang akan menurut sahaja 
cadangan yang diusulkan tanpa sebarang bantahan. Antara kes yang 
pernah terjadi adalah seorang pelajar yang mempunyai masalah disiplin itu 
(pelajar tingkatan empat) telah menyuruh Wei Xiang memegang punggung 
seorang pelajar perempuan. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab pelajar 
tingkatan 4 ini amat saya kesali dan memang susah untuk dikawal kerana 
saya tidak boleh bersama Wei Xiang sepanjang masa di sekolah. Di sini, apa 
yang saya ingin nyatakan, Wei Xiang tidak sesuai dengan persekitaran 
kelas aliran perdana. Tidak dinafikan memanglah Wei Xiang mempunyai 
kebolehan yang baik dalam kemahiran pembelajarannya, tetapi dari segi 
tingkahlaku, emosi,dan perasaan dia gagal mengawalnya dan terlalu susah 
untuk menyesuaikan diri. 
Saya ada membuat rujukan dengan guru lamanya di unit pendidikan 
khas.Menurut guru tersebut Wei Xiang inginkan perhatian memandangkan 
ketiadaan bapa dan perilaku semulajadinya yang panas baran dan tidak 
dapat mengawal emosinya. Timbul rasa belas kasihan di hati saya, kerana 
sebenarnya saya ingin menyuarakan pendapat supaya Wei Xiang 
dipindahkan semula ke aliran pendidikan khas kerana persekitaran di 
aliran perdana atau aliran biasa tidak sesuai baginya. Tetapi saya luahkan 
juga kepada guru tersebut. Memang guru tersebut pun akui tentang 
kebenaran hal itu tetapi katanya, perpindahan Wei Xiang adalah kerana 
desakan dari ibunya yang mendakwa bahawa anaknya tidak sesuai dengan 
aliran pendidikan khas kerana pembelajaran anaknya itu akan banyak 
ketinggalan dan mendesak supaya anaknya itu ditukarkan ke aliran biasa. 
Apa yang saya lakukan adalah saya sering mengingatkan Wei Xiang supaya 
sentiasa menjaga perilaku baik di dalam kelas mahupun di luar dengan 
mengingatkan kepadanya, jika dia tidak menjaga perangainya dia akan 
ditukarkan semula ke unit pendidikan khas. Bukan niat saya untuk 
mengugutnya tetapi jika tidak diberikan amaran sebegitu, dia akan 
berperangai lebih teruk lagi. 
Semasa sesi pembelajaran subjek Bahasa Melayu, pernah juga saya 
pindahkan Wei Xiang ke kelas bersebelahan untuk sementara waktu kerana 
semasa itu, keadaan menjadi tidak terkawal apabila Wei Xiang mula 
mengamuk akibat usikan rakan-rakan sekelasnya. Semasa itu saya 
mengajar subjek Geografi di kelas sebelah. Keadaan memang menjadi tidak 
terkawal, sehingga Wei Xiang menolak meja sehingga jatuh. Bila saya 
pindahkan dia ke kelas lain, keadaan jadi tenteram buat seketika. Saya ada 
juga meminta pendapat guru lain tentang bagaimana untuk menangani 
masalah ini. Pendapat mereka juga sama iaitu memindahkan kembali Wei 
Xiang ke aliran pendidikan khas. Tetapi ia bukanlah senang seperti yang 
disangka, banyak prosedur yang perlu dipatuhi. 
Keadaan seperti ini berlarutan, sehingga saya pernah bawa perkara ini ke 
pihak pentadbiran iaitu penolong kanan sekolah, tetapi menurut penolong 
kanan, jika hendak menukarkan kembali Wei Xiang ke aliran pendidikan 
khas, mestilah mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan memakan 
31
sedikit masa. Ini kerana saya terpaksa dahulu menulis laporan tentang Wei 
Xiang tentang apa yang berlaku kepadanya, apa yang dia buat, apa yang 
dia minat untuk setiap hari. Selain itu, ketua kelas juga perlu menulis 
laporan tentang Wei Xiang memandangkan guru kelas tidak dapat bersama 
dengan pelajar itu pada setiap masa. Ketua kelas juga pernah menyuarakan 
kepada saya tentang laporan yang terpaksa dibuat olehnya merupakan 
sedikit beban kerana terpaksa memerhatikan dan mencatat perbuatan Wei 
Xiang pada setiap masa. Saya juga pernah merujuk kepada ibu Wei xiang 
sendiri tetapi ibunya enggan menukarkan kembali Wei Xiang ke aliran 
pendidikan khas dengan alasan anaknya itu mempunyai tahap 
pembelajaran yang boleh dibanggakan. Menurutnya lagi pembelajaran yang 
diajar di aliran pendidikan khas adalah terhad dan menggunakan 
pentaksiran yang berlainan daripada kelas aliran perdana. 
Penolong kanan mengarahkan saya agar membuat laporan tentang apa 
yang telah dibincangkan sebelum ini, iaitu membuat laporan tentang Wei 
Xiang tentang apa yang berlaku kepadanya, apa yang dia buat, apa yang 
dia minat untuk setiap hari. Selain itu, ketua kelas juga perlu menulis 
laporan tentang Wei Xiang memandangkan guru kelas tidak dapat bersama 
dengan pelajar itu pada setiap masa. Satu perkara lagi, saya terpaksa juga 
menulis laporan tentang apa yang berlaku dalam kelas semasa guru lain 
mengajar subjek mereka. Maksudnya, guru lain akan memberitahu kepada 
saya tentang apa yang berlaku kepada Wei Xiang semasa mereka mengajar. 
Pendek kata, memang saya banyak meluangkan masa saya selama di 
sekolah untuk menguruskan hal berkaitan pelajar ini. 
Kerana berasa sayang dan belas kasihan terhadap Wei Xiang, sebagai 
seorang guru, saya cuba berbincang secara lembut dengan ibu Wei Xiang 
tentang keadaan dia dalam kelas. Saya cuba ceritakan apa yang berlaku 
dalam kelas saya dan kelas guru lain. Saya tunjukkan laporan harian yang 
telah saya buat bersama-sama dengan laporan yang ketua kelas telah buat. 
Pada mulanya ibu Wei Xiang tidak boleh menerima dan menyalahkan guru 
kerana tidak menegur perbuatan guru lain yang tidak menegur perbuatan 
pelajar lain yang mengusik anaknya. Saya cuba jelaskan bahawa, guru-guru 
sudahpun menegur tetapi keadaan yang sama akan berulang boleh 
32 
dikatakan setiap masa dan setiap hari. 
Kesan daripada langkah yang saya gunakan iaitu memindahkan Wei Xiang 
ke kelas lain mendatangkan kesan positif pada awalnya. Saya meminta izin 
guru kelas 1 Bakawali supaya dapat memindahkan Wei Xiang dalam 
kelasnya. Perkara ini juga saya rujuk dengan pengetua dan pengetua 
membenarkannya. Pelajar-pelajar kelas 1 Bakawali tidak suka menganggu 
Wei Xiang seperti pelajar-pelajar kelas 1 Cempaka. Mereka tidak 
menghiraukan tentang perlakuan Wei Xiang yang pelik. Tetapi ada juga 
seorang atau 2 orang pelajar yang tidak suka dengan keadaan bising yang 
ditimbulkan oleh Wei Xiang dan memarahi Wei Xiang, akhirnya keadaan 
yang sama dengan kelas 1 Cempaka terjadi kepada kelas 1 Bakawali, 
mereka seolah-olah tidak dapat menerima kehadiran Wei Xiang ke dalam 
kelas mereka. Saya juga mendapat aduan daripada guru kelas 1 Bakawali,
kehadiran Wei Xiang ke dalam kelasnya menimbulkan situasi yang tidak 
kondusif dan menggangu sesi P & P dalam kelas 1 Bakawali.Oleh itu, saya 
pindahkan semula Wei Xiang ke kelas 1 Cempaka. 
Akhirnya perkara ini saya rujuk kepada pengetua. Saya cadangkan kepada 
pengetua agar Wei Xiang dipindahkan semula ke aliran pendidikan khas. 
Dengan menunjukkan segala laporan yang telah saya dan ketua kelas 1 
Cempaka sediakan, dan pengakuan secara bertulis dari guru-guru yang 
lain yang mengajar 1 Cempaka. Pengetua juga meminta sedikit masa untuk 
menyelidik perkara ini dan ada melawat kelas 1 cempaka beberapa kali 
semasa saya mengajar untuk melihat keadaan Wei Xiang. Dan selepas itu 
saya berhenti dari menjawat jawatan GSTT kerana ingin menyambung 
kursus DPLI (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah). Saya ada membuat 
follow up dengan guru lain di sekolah tersebut untuk bertanya tentang 
perkembangan Wei Xiang. Dan akhirnya, Wei Xiang dipindahkan semula 
aliran pendidikan khas pada bulan april 2013 setelah masalah yang sama 
berlarutan apabila dia naik ke tingkatan 2 dengan guru lain yang menjawat 
sebagai guru kelasnya. 
33 
Refleksi 
Sekiranya situasi seperti ini berlaku lagi saya akan pantas membuat 
laporan dan berbincang dengan pengetua kerana pelajar seperti ini amat 
menganggu suasana pembelajaran dalam bilik darjah. Jangan mengambil 
masa terlalu lama dan teragak-agak untuk bertindak kerana semakin lama, 
masalah ini akan menjadi semakin teruk. Pelajar yang hyperaktif memang 
mempunyai masalah daripada aspek sosial dan dia sukar untuk mengubah 
perangai semulajadinya itu, jadi dia memang tidak sesuai dengan aliran 
biasa. Yang penting sekali ibubapa perlu faham kerana perkara yang sangat 
sukar adalah mengubah mentaliti mereka mengenai pendidikan di 
pendidikan khas juga adalah terjamin dan berkualiti. 
Apabila berhadapan dengan situasi seperti ini, saya sedar bahawa sebagai 
seorang guru, kita berperanan penting dalam memastikan persekitaran 
pengajaran dan pembelajaran yang sihat dan selesa untuk pelajar. Di sini 
saya ingin menegaskan bahawa sebagai seorang guru, kita haruslah 
menjadi seorang guru yang berkesan yang boleh membawa atau 
menunjukkan cara bagi pelajar bagi mencapai sesuatu kejayaan. Melalui 
teori-teori pendidikan berkesan dari Dewey, Piaget, Vygotsky dan Falsafah 
Pendidikan Negara yang paling idealistik, kita haruslah berusaha 
merealisasikan tujuan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) agar dapat dicapai 
dalam membangunkan falsafah pengajaran saya. Sebagai seorang guru 
juga, kita mestilah lebih peka terhadap persekitaran pelajar dan berusaha 
mewujudkan persekitaran pembelajaran dalam bilik darjah agar bersifat 
kondusif, memberangsangkan dan selesa bagi pelajar. Kita juga perlu cuba 
untuk memahami sesuatu perkara itu dari perspektif pelajar, bagaimana
perasaan mereka, bagaimana mereka rasa, apa pandangan mereka, sesuatu 
perkara yang diambil itu menunjukkan kesan positif atau negatif terhadap 
diri mereka. Jangan hanya memikirkan penyelesaian terhadap sesuatu 
perkara berdasarkan perspektif kita sahaja. Kita mestilah mengambil kira 
pandangan semua pihak supaya dapat mencapai kata sepakat untuk 
kepentingan bersama. 
Dalam aspek sosial seseorang pelajar itu, ianya sangat memberi kesan 
kepada pembangunan pembelajaran mereka, seperti yang diteorikan oleh 
Vygotsky. Pelajar perlu berinteraksi antara satu sama lain dalam 
masyarakat mereka. Medium yang penting adalah untuk mempunyai 
rakan-rakan yang akan mempengaruhi cara pembelajaran pelajar. Dalam 
situasi yang saya hadapi ini, pelajar-pelajar lain tidak dapat berinteraksi 
secara baik dan terganggu dengan situasi bising kerana banyak perkara 
yang ditimbulkan oleh Wei xiang, sedangkan pelajar perlu dibantu, 
diinspirasi, dan dirangsang oleh orang lain. Saya menyedari bahawa 
konteks sosial sememangnya aspek yang sangat penting untuk menyerlah 
dalam proses pembelajaran. Kadang kala, pelajar boleh mendapatkan satu 
pencapaian pembelajaran yang optimum dengan dibantu oleh rakan-rakan 
mereka yang maju. Jadi, sebagai seorang guru, ia adalah tanggungjawab 
saya untuk menggalakkan hubungan yang sihat dan persaingan di 
kalangan pelajar, nilai moral yang baik terdiri dalam hubungan dan 
membantu antara satu sama lain. 
Disamping itu, sebagai seorang guru, kita mestilah menghadapi sesuatu 
masalah itu dengan keadaan tenang. Sentiasa merujuk kepada orang yang 
lebih arif atau banyak pengalaman seperti guru-guru senior yang dapat 
menyumbang kepada penyelesaian masalah tersebut. Jangan pendam 
sesuatu masalah tersebut jika tidak dapat menyelesaikannya secara 
sendirian. Kita juga haruslah bersifat professional, jangan melibatkan emosi 
jika hendak menyelesaikan sesuatu masalah kerana akan menyebabkan 
sesuatu kesan yang negatif terhadap pelajar, mahupun diri kita sendiri. 
Merujuk kepada kaedah pengajaran yang dicadangkan berkesan pada masa 
kini, pengajaran dan pembelajaran efektif adalah pendekatan berpusatkan 
pelajar. Strategi pembelajaran ini adalah untuk menggalakkan pelajar 
untuk berkomunikasi tentang tanggungjawab pelajar dalam membantu 
mereka memahami bagaimana untuk belajar.Kaedah ini boleh dilakukan 
dengan mewujudkan iklim bilik darjah untuk membangunkan kreativiti 
pelajar supaya pelajar dapat mengambil bahagian dalam pengajaran dan 
pembelajaran aktif. Tetapi jika kita menghadapi masalah seperti yang saya 
hadapi ini, aktiviti seperti ini tidak akan dapat dijalankan, maka dalam 
kaedah pengajaran kita sebagai seorang guru, tidak akan dapat 
mempelbagaikan kaedah pembelajaran kita. Maka, kaedah yang kita 
gunakan tidak akan efektif kerana kurang sesuai dijalankan dalam bilik 
darjah. 
Seperti yang dinyatakan oleh John Dewey, pelajar belajar dengan sangat 
berkesan apabila mereka melibatkan diri secara aktif iaitu pembelajaran 
34
melalui aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan kaedah pembelajaran 
berpusatkan guru. Ini bermakna pelajar akan belajar dengan lebih baik 
apabila mereka aktif, dengan itu, kaedah terbaik untuk digunakan adalah 
pendekatan berpusatkan Pelajar. Untuk melahirkan warganegara Malaysia 
yang berpengetahuan dan kompeten selari dengan Falsafah Pendidikan 
Negara, saya percaya bahawa pembelajaran berpusatkan pelajar adalah 
satu kaedah yang berkesan. Tetapi jika terdapat masalah untuk 
menyatukan pelajar-pelajar agar supaya mereka dapat bekerjasama, saling 
bertolak ansur, hormat menghormati dan pelbagai amalan murni yang lain, 
bagaimanakah kita hendak melaksanakan cara pembelajaran yang 
sebegini? Komunikasi dan interaksi di antara guru dan pelajar mestilah 
dalam bentuk dua hala. 
Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, guru mesti peka dengan 
persekitaran pelajar dan cepat untuk mengesan masalah yang timbul 
supaya P&P berjalan dengan teratur dan lancar tanpa gangguan. Guru 
mestilah menggunakan kaedah soalan dan menggalakkan para pelajar 
untuk berfikir dan bertindak balas supaya pelajar akan menunjukkan 
kreativiti dan inisiatif mereka. Guru perlu membantu pelajar untuk 
mendapatkan peluang dalam interaksi di kalangan pelajar, dan 
menyuburkan aspek sosial, seperti membantu, positif bekerjasama dan juga 
memberi dan mengambil ketegasan. Salah satu contoh untuk 
menggalakkan penerapan nilai-nilai ini ialah melalui kaedah pembelajaran 
secara kooperatif yang memerlukan bantuan dari rakan sebaya, 
perkongsian ilmu dan sebagainya. Guru mesti mengamalkan demokrasi di 
mana pelajar digalakkan untuk mengambil bahagian dalam perbincangan 
kumpulan dan memberi pendapat mereka dalam aktiviti pembelajaran. 
Tambahan pula, dengan mempertimbangkan dan meraikan kepelbagaian 
pelajar dari segi latar belakang pelbagai budaya dan pelbagaian sosial, saya 
akan membuat reflektif terhadap pengajaran saya untuk menerapkan nilai 
keadilan, tidak berat sebelah dan mewujudkan persekitaran yang saling 
menghormati antara satu sama lain. Melalui situasi yang saya alami ini, ia 
bukan sahaja menyentuh perasaan saya akan tetapi dapat mengajar saya 
agar memenuhi tanggungjawab sebagai seorang guru dan mengajar saya 
banyak cara sebagai panduan untuk saya menjadi seorang guru yang lebih 
bertanggungjawab, adil dan peka dengan pesekitaran kerja saya. 
35
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik
Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik

More Related Content

What's hot

Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulumKepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Siti Kamaruddin
 
Teori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi BronfenbrennerTeori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi Bronfenbrenner
smk changlun
 
Falsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratFalsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan barat
Amir Ibrahim
 
Analisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan barat
Analisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan baratAnalisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan barat
Analisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan barat
Yogeswary Ramuchandran
 
12. contoh penulisan refleksi kajian
12. contoh penulisan refleksi kajian12. contoh penulisan refleksi kajian
12. contoh penulisan refleksi kajian
Shafie Athiah
 

What's hot (20)

Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulumKepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
 
Teori erikson
Teori eriksonTeori erikson
Teori erikson
 
Sumbangan maria montessori
Sumbangan maria montessoriSumbangan maria montessori
Sumbangan maria montessori
 
Teori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi BronfenbrennerTeori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi Bronfenbrenner
 
Falsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan baratFalsafah pendidikan barat
Falsafah pendidikan barat
 
Teori pembelajaran
Teori pembelajaranTeori pembelajaran
Teori pembelajaran
 
04 tunjang sains dan teknologi
04 tunjang sains dan teknologi04 tunjang sains dan teknologi
04 tunjang sains dan teknologi
 
Konsep dan Domain Teknologi pendidikan
Konsep dan Domain Teknologi pendidikan Konsep dan Domain Teknologi pendidikan
Konsep dan Domain Teknologi pendidikan
 
Faktor faktor kemunculan nasionalisme di asia tenggara
Faktor faktor kemunculan nasionalisme di asia tenggaraFaktor faktor kemunculan nasionalisme di asia tenggara
Faktor faktor kemunculan nasionalisme di asia tenggara
 
Jenis-Jenis Ujian
Jenis-Jenis UjianJenis-Jenis Ujian
Jenis-Jenis Ujian
 
Kurikulum
KurikulumKurikulum
Kurikulum
 
Gimnastik
GimnastikGimnastik
Gimnastik
 
Analisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan barat
Analisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan baratAnalisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan barat
Analisis perkaitan antara fpk dengan fp islam, timur dan barat
 
Pemanasan global Geografi Tingkatan 2 KSSM
Pemanasan global Geografi Tingkatan 2 KSSM Pemanasan global Geografi Tingkatan 2 KSSM
Pemanasan global Geografi Tingkatan 2 KSSM
 
Teori konstruktivisme
Teori konstruktivismeTeori konstruktivisme
Teori konstruktivisme
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah laku
 
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)
pertubuhan NGO (SEAMEO SEN)
 
12. contoh penulisan refleksi kajian
12. contoh penulisan refleksi kajian12. contoh penulisan refleksi kajian
12. contoh penulisan refleksi kajian
 
Persenyawaan
PersenyawaanPersenyawaan
Persenyawaan
 
4-Peta Pokok (Tree Map)
4-Peta Pokok (Tree Map)4-Peta Pokok (Tree Map)
4-Peta Pokok (Tree Map)
 

Viewers also liked

Contoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggrisContoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggris
Syazwani Mohd
 
Penanda wacana
Penanda wacanaPenanda wacana
Penanda wacana
KPM
 
Persepsi bakal graduan_pendidikan_jarak_jauh_terhadap_kerja_dan_majikan
Persepsi bakal graduan_pendidikan_jarak_jauh_terhadap_kerja_dan_majikanPersepsi bakal graduan_pendidikan_jarak_jauh_terhadap_kerja_dan_majikan
Persepsi bakal graduan_pendidikan_jarak_jauh_terhadap_kerja_dan_majikan
Khairul Anwar Zainal
 
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolahPonteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah
nikfaiznurfirda
 
Ponteng sekolah contoh karangan spm
Ponteng sekolah contoh karangan spmPonteng sekolah contoh karangan spm
Ponteng sekolah contoh karangan spm
PRA-UNIVERSITY
 
set soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4
set soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4set soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4
set soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4
Mohamad Fakhrullah Harun
 
Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9
Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9
Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9
IYQA
 
Faktor2 pelajar-tidak-buat-keja-rumah
Faktor2 pelajar-tidak-buat-keja-rumahFaktor2 pelajar-tidak-buat-keja-rumah
Faktor2 pelajar-tidak-buat-keja-rumah
Idah Malek
 
Upsr வழிக்காட்டி கட்டுரை 2
Upsr வழிக்காட்டி கட்டுரை 2 Upsr வழிக்காட்டி கட்டுரை 2
Upsr வழிக்காட்டி கட்டுரை 2
SELVAM PERUMAL
 

Viewers also liked (20)

Petua seorang guru
Petua seorang guruPetua seorang guru
Petua seorang guru
 
Contoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggrisContoh karangan bahasa inggris
Contoh karangan bahasa inggris
 
Penanda wacana
Penanda wacanaPenanda wacana
Penanda wacana
 
Persepsi bakal graduan_pendidikan_jarak_jauh_terhadap_kerja_dan_majikan
Persepsi bakal graduan_pendidikan_jarak_jauh_terhadap_kerja_dan_majikanPersepsi bakal graduan_pendidikan_jarak_jauh_terhadap_kerja_dan_majikan
Persepsi bakal graduan_pendidikan_jarak_jauh_terhadap_kerja_dan_majikan
 
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolahPonteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah
 
Ponteng sekolah contoh karangan spm
Ponteng sekolah contoh karangan spmPonteng sekolah contoh karangan spm
Ponteng sekolah contoh karangan spm
 
set soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4
set soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4set soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4
set soalan bahasa melayu pemahaman tahun 4
 
Rancangan pengajaran harian tahun 4
Rancangan pengajaran harian tahun 4Rancangan pengajaran harian tahun 4
Rancangan pengajaran harian tahun 4
 
Penanda Wacana
Penanda WacanaPenanda Wacana
Penanda Wacana
 
Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9
Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9
Bahasa melayu-kertas-2-upsr-1224901297910531-9
 
Pengajaran mikro
Pengajaran mikroPengajaran mikro
Pengajaran mikro
 
Kaedah dan teknik pengajaran ibadah
Kaedah dan teknik pengajaran ibadahKaedah dan teknik pengajaran ibadah
Kaedah dan teknik pengajaran ibadah
 
Sikap Guru part 3
Sikap Guru part 3Sikap Guru part 3
Sikap Guru part 3
 
Faktor2 pelajar-tidak-buat-keja-rumah
Faktor2 pelajar-tidak-buat-keja-rumahFaktor2 pelajar-tidak-buat-keja-rumah
Faktor2 pelajar-tidak-buat-keja-rumah
 
5. kaedah pengajara nl
5. kaedah pengajara nl5. kaedah pengajara nl
5. kaedah pengajara nl
 
RPT KSSR BAHASA MELAYU TAHUN 4 ( 2016 )
RPT KSSR BAHASA MELAYU TAHUN 4 ( 2016 )RPT KSSR BAHASA MELAYU TAHUN 4 ( 2016 )
RPT KSSR BAHASA MELAYU TAHUN 4 ( 2016 )
 
Perancangan strategik bm 2016
Perancangan strategik bm 2016Perancangan strategik bm 2016
Perancangan strategik bm 2016
 
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
 
Upsr வழிக்காட்டி கட்டுரை 2
Upsr வழிக்காட்டி கட்டுரை 2 Upsr வழிக்காட்டி கட்டுரை 2
Upsr வழிக்காட்டி கட்டுரை 2
 
Bahasa malaysia kssr sk thn 4
Bahasa malaysia kssr sk thn 4Bahasa malaysia kssr sk thn 4
Bahasa malaysia kssr sk thn 4
 

Similar to Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik

Masalah pelajar bising
Masalah pelajar bisingMasalah pelajar bising
Masalah pelajar bising
Ahmad Lili
 
Tulisan Seorang Mahasiswa Yang dibuat secara Sadar dan Waras
Tulisan Seorang Mahasiswa Yang dibuat secara Sadar dan WarasTulisan Seorang Mahasiswa Yang dibuat secara Sadar dan Waras
Tulisan Seorang Mahasiswa Yang dibuat secara Sadar dan Waras
Fita Fitri
 
Aplikasi kemahiran melayan dan mendengar
Aplikasi kemahiran melayan dan mendengarAplikasi kemahiran melayan dan mendengar
Aplikasi kemahiran melayan dan mendengar
Mohammad Yaqin
 
Belajar Bahasa Indonesia Kelas X Semester 2
Belajar Bahasa Indonesia Kelas X Semester 2Belajar Bahasa Indonesia Kelas X Semester 2
Belajar Bahasa Indonesia Kelas X Semester 2
noviasaridgp
 
CGP 9.255A_ Nono Tri Hariyanto_ SMKN 6 Sby_ trapesium usia.pdf
CGP 9.255A_ Nono Tri Hariyanto_ SMKN 6 Sby_ trapesium usia.pdfCGP 9.255A_ Nono Tri Hariyanto_ SMKN 6 Sby_ trapesium usia.pdf
CGP 9.255A_ Nono Tri Hariyanto_ SMKN 6 Sby_ trapesium usia.pdf
NonoTriharyanto
 
Slide Observasi Psikologi Pendidikan
Slide Observasi Psikologi PendidikanSlide Observasi Psikologi Pendidikan
Slide Observasi Psikologi Pendidikan
eprida
 
Puisi Berbentuk II
Puisi Berbentuk IIPuisi Berbentuk II
Puisi Berbentuk II
lilasalleh
 

Similar to Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik (20)

Masalah pelajar bising
Masalah pelajar bisingMasalah pelajar bising
Masalah pelajar bising
 
Bongkah keegoan
Bongkah keegoanBongkah keegoan
Bongkah keegoan
 
Laporan observasi sekolah
Laporan observasi sekolahLaporan observasi sekolah
Laporan observasi sekolah
 
Jurnal reflektif terbaru
Jurnal reflektif terbaruJurnal reflektif terbaru
Jurnal reflektif terbaru
 
Berhijab dalam hati
Berhijab dalam hatiBerhijab dalam hati
Berhijab dalam hati
 
Tulisan Seorang Mahasiswa Yang dibuat secara Sadar dan Waras
Tulisan Seorang Mahasiswa Yang dibuat secara Sadar dan WarasTulisan Seorang Mahasiswa Yang dibuat secara Sadar dan Waras
Tulisan Seorang Mahasiswa Yang dibuat secara Sadar dan Waras
 
Aplikasi kemahiran melayan dan mendengar
Aplikasi kemahiran melayan dan mendengarAplikasi kemahiran melayan dan mendengar
Aplikasi kemahiran melayan dan mendengar
 
K1 t1-st4-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 4 (2)
K1 t1-st4-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 4 (2)K1 t1-st4-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 4 (2)
K1 t1-st4-p6 rpp tema 1 kelas 1sub tema 4 (2)
 
Belajar Bahasa Indonesia Kelas X Semester 2
Belajar Bahasa Indonesia Kelas X Semester 2Belajar Bahasa Indonesia Kelas X Semester 2
Belajar Bahasa Indonesia Kelas X Semester 2
 
Laporan akhir
Laporan akhirLaporan akhir
Laporan akhir
 
Reflektif
ReflektifReflektif
Reflektif
 
CGP 9.255A_ Nono Tri Hariyanto_ SMKN 6 Sby_ trapesium usia.pdf
CGP 9.255A_ Nono Tri Hariyanto_ SMKN 6 Sby_ trapesium usia.pdfCGP 9.255A_ Nono Tri Hariyanto_ SMKN 6 Sby_ trapesium usia.pdf
CGP 9.255A_ Nono Tri Hariyanto_ SMKN 6 Sby_ trapesium usia.pdf
 
Surat Kabar Guru Belajar Edisi 1 Tahun 1
Surat Kabar Guru Belajar Edisi 1 Tahun 1Surat Kabar Guru Belajar Edisi 1 Tahun 1
Surat Kabar Guru Belajar Edisi 1 Tahun 1
 
Pidato Guru
Pidato GuruPidato Guru
Pidato Guru
 
Slide Observasi Psikologi Pendidikan
Slide Observasi Psikologi PendidikanSlide Observasi Psikologi Pendidikan
Slide Observasi Psikologi Pendidikan
 
Analisis kurikulum 2013 dias (1)
Analisis kurikulum 2013 dias (1)Analisis kurikulum 2013 dias (1)
Analisis kurikulum 2013 dias (1)
 
Puisi Berbentuk II
Puisi Berbentuk IIPuisi Berbentuk II
Puisi Berbentuk II
 
Bayangkanlah kelas yang saat ini Anda ampu dengan segala keragaman murid.docx
Bayangkanlah kelas yang saat ini Anda ampu dengan segala keragaman murid.docxBayangkanlah kelas yang saat ini Anda ampu dengan segala keragaman murid.docx
Bayangkanlah kelas yang saat ini Anda ampu dengan segala keragaman murid.docx
 
Amirah 232607
Amirah 232607Amirah 232607
Amirah 232607
 
Jurnal refleksi praktikal
Jurnal refleksi praktikalJurnal refleksi praktikal
Jurnal refleksi praktikal
 

More from Johan Eddy Luaran

More from Johan Eddy Luaran (11)

Effective Web 2.0 Tools for the Classroom: Part 5
Effective Web 2.0 Tools for the Classroom: Part 5Effective Web 2.0 Tools for the Classroom: Part 5
Effective Web 2.0 Tools for the Classroom: Part 5
 
Web 2.0 Tools for Assessment
Web 2.0 Tools for AssessmentWeb 2.0 Tools for Assessment
Web 2.0 Tools for Assessment
 
Introduction to Google for Education
Introduction to Google for EducationIntroduction to Google for Education
Introduction to Google for Education
 
Massive Open Online Course: A Guide for Beginners
Massive Open Online Course: A Guide for BeginnersMassive Open Online Course: A Guide for Beginners
Massive Open Online Course: A Guide for Beginners
 
Effective Web 2.0 Tools for the Classroom: Part 4
Effective Web 2.0 Tools for the Classroom: Part 4Effective Web 2.0 Tools for the Classroom: Part 4
Effective Web 2.0 Tools for the Classroom: Part 4
 
Effective Web 2.0 Tools for the Classroom: Part 3
Effective Web 2.0 Tools for the Classroom: Part 3Effective Web 2.0 Tools for the Classroom: Part 3
Effective Web 2.0 Tools for the Classroom: Part 3
 
The use of Instructional Technology in Classroom
The use of Instructional Technology in ClassroomThe use of Instructional Technology in Classroom
The use of Instructional Technology in Classroom
 
Effective Web 2.0 Tools for the Classroom: Part 1
Effective Web 2.0 Tools for the Classroom: Part 1Effective Web 2.0 Tools for the Classroom: Part 1
Effective Web 2.0 Tools for the Classroom: Part 1
 
Effective Web 2.0 Tools for the classroom: Part 2
Effective Web 2.0 Tools for the classroom: Part 2Effective Web 2.0 Tools for the classroom: Part 2
Effective Web 2.0 Tools for the classroom: Part 2
 
Learning Through Open Educational Resources
Learning Through Open Educational ResourcesLearning Through Open Educational Resources
Learning Through Open Educational Resources
 
Online Educational Resources
Online Educational ResourcesOnline Educational Resources
Online Educational Resources
 

Recently uploaded

PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptxPRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
muhammadyudiyanto55
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
SEMUELSAMBOKARAENG
 
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdfLaporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
yuniarmadyawati361
 

Recently uploaded (20)

PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptxPRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
PRESENTASI OBSERVASI PENGELOLAAN KINERJA KEPALA SEKOLAH.pptx
 
Presentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptx
Presentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptxPresentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptx
Presentasi visi misi revisi sekolah dasar.pptx
 
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBIVISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
VISI MISI KOMUNITAS BELAJAR SDN 93 KOTA JAMBI
 
Modul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptx
Modul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptxModul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptx
Modul P5 Berekayasa dan Berteknologi untuk Membangun NKRI.pptx
 
CONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docx
CONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docxCONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docx
CONTOH LAPORAN PARTISIPAN OBSERVASI.docx
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 2 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA
 
Dokumen Tindak Lanjut Pengelolaan Kinerja Guru.docx
Dokumen Tindak Lanjut Pengelolaan Kinerja Guru.docxDokumen Tindak Lanjut Pengelolaan Kinerja Guru.docx
Dokumen Tindak Lanjut Pengelolaan Kinerja Guru.docx
 
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxPPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
 
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawasPrensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
Prensentasi Visi Misi Sekolah dalam rangka observasi pengawas
 
perumusan visi, misi dan tujuan sekolah.ppt
perumusan visi, misi dan tujuan sekolah.pptperumusan visi, misi dan tujuan sekolah.ppt
perumusan visi, misi dan tujuan sekolah.ppt
 
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.pptKOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
KOMITMEN MENULIS DI BLOG KBMN PB PGRI.ppt
 
Solusi dan Strategi ATHG yang di hadapi Indonesia (Kelas 11).pptx
Solusi dan Strategi ATHG yang di hadapi Indonesia (Kelas 11).pptxSolusi dan Strategi ATHG yang di hadapi Indonesia (Kelas 11).pptx
Solusi dan Strategi ATHG yang di hadapi Indonesia (Kelas 11).pptx
 
Sejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptx
Sejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptxSejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptx
Sejarah dan Perkembangan Agama Hindu.pptx
 
Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
Teori Profetik Kuntowijoyo (Dosen Pengampu: Khoirin Nisai Shalihati)
 
ALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdf
ALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdfALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdf
ALUR TUJUAN PEMBELAJARAN (ATP) B. Inggris kelas 7.pdf
 
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdfLaporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
 
BUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptx
BUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptxBUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptx
BUKTI DUKUNG RHK SEKOLAH DASAR NEGERI.pptx
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _PEMBEKALAN Kompetensi_PENGELOLAAN PENGADAAN...
RENCANA + Link2 MATERI  Training _PEMBEKALAN Kompetensi_PENGELOLAAN PENGADAAN...RENCANA + Link2 MATERI  Training _PEMBEKALAN Kompetensi_PENGELOLAAN PENGADAAN...
RENCANA + Link2 MATERI Training _PEMBEKALAN Kompetensi_PENGELOLAAN PENGADAAN...
 
Najwa Qarina_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Najwa Qarina_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdfNajwa Qarina_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
Najwa Qarina_2021 B_Analisis Kritis Jurnal.pdf
 

Disebalik Senyuman Pada Wajah Pendidik

  • 1.
  • 2. DISEBALIK SENYUMAN PADA WAJAH PENDIDIK Kompilasi reflektif pengalaman pahit manis guru dalam mendidik anak bangsa EDITOR JOHAN @ EDDY LUARAN (PhD)
  • 3. Buku ini dihasilkan daripada kompilasi terpilih coretan pelajar–pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA. Johan Eddy Luaran (PhD) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi MARA 2014
  • 4. HAK CIPTA TERPELIHARA TERBITAN 2014 DISEBALIK SENYUMAN PADA WAJAH PENDIDIK Johan @ Eddy Luaran ISBN 978-983-41835-9-2
  • 5. PENGHARGAAN Sekalung terima kasih atas perkongsian pengalaman pahit manis menjadi seorang guru kepada pelajar-pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Fakulti Pendidikan khususnya Cikgu Rosmariza Muhamad Noor Cikgu Lina Binti Mat Junoh Cikgu Nurul Zulaika Nor Hashim Cikgu Noranida Daud Cikgu Farhana Izaty Cikgu Salina Ramli Cikgu Kalsom Yusof Cikgu Nurhashimah Nawawi Cikgu Layla Ismail Cikgu Anis Hairunisa Cikgu Zawiah Zakir Cikgu Norlina Shamsudin Siti. Mereka semua kini sedang berkhidmat di sekolah Menengah di seluruh Malaysia. Terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan di Fakulti Pendidikan yang sentiasa berusaha untuk menghasilkan golongan pendidik masa depan yang komited, kompeten dan berilmu untuk mengangkat martabat pendidikan di Malaysia.
  • 6. PRAKATA “Selamat pagi Cikgu”, itulah ucapan yang acap kali didengar oleh guru apabila masuk ke dalam kelas. Ucapan ini jugalah yang memberi semangat kepada guru untuk terus berbakti kepada anak bangsa. Segalanya nampak sempurna pada pandangan umum, guru masuk ke dalam kelas, menyampaikan isi pengajaran dan seterusnya menamatkan sesi pengajaran dan meninggalkan kelas. Namun tidak semua mengetahui disebalik manisnya menjadi guru, terdapat juga pahitnya. Seperti kata pepatah “Langit tidak selalu cerah”. Buku ini mengupas pahit manisnya pengalaman menjadi seorang guru. Diakhir setiap kisah, disertakan refleksi yang boleh dijadikan panduan kepada golongan pendidik apabila berdepan dengan situasi yang sama pada masa hadapan. Terbitnya buku ini adalah daripada kompilasi terpilih oleh pelajar-pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA. Yang Ikhlas Johan @ Eddy Luaran
  • 7. ISI KANDUNGAN Tajuk Mukasurat DIBALING KERUSI PLASTIK 1 DIPULAUKAN PELAJAR 8 CTL 16 ASH 24 HYPER- ACTIVE 29 PELAJAR LELAKI DITAMPAR GURU WANITA 36 JATUH 42 LETTER TO THE TEACHER 50 DAKWAT BUSUK 57 CERMIN MATA PECAH 61 RUSTAM 66 DIFITNAH PELAJAR 73
  • 8. 1 “DIBALING KERUSI PLASTIK” Saya merupakan guru mata pelajaran Bahasa Malaysia bagi tingkatan 2 Jujur di sebuah sekolah menengah di bandar Puchong, Selangor pada tahun 2010. Saya ditugaskan untuk mengajar pelajar disesi petang. Terdapat seramai 34 orang pelajar dalam kelas 2 Jujur. Ia terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Kaum majoriti dalam kelas yang saya ajar adalah pelajar berbangsa Cina diikuti Melayu dan India. Peristiwa ini berlaku pada petang hari Khamis sewaktu masa pengajaran dan pembelajaran kira-kira pukul 6.20 petang. Saya merupakan guru terakhir yang mengajar kelas 2 Jujur untuk dua waktu terakhir pada hari tersebut. Waktu pengajaran saya berakhir pada jam 6.45 petang. Seperti biasa selepas mengajar, saya akan memberikan latihan kepada pelajar dan menetapkan syarat supaya mereka menyiapkan pendahuluan serta isi pertama karangan mereka sebelum dibenarkan balik. Seperti biasa, ada beberapa pelajar akan bercakap lebih daripada tangan yang bergerak untuk melakukan latihan. Tetapi apabila saya menegur, mereka akan cepat-cepat membuat latihan yang diberi. Tetapi pada petang itu saya mendapati seorang daripada pelajar langsung tidak mengendahkan arahan saya. Pelajar tersebut bernama Dexter. Dia sememangnya antara pelajar yang banyak memberi masalah kepada guru-guru mata pelajaran lain yang mengajar di kelas tersebut. Saya telah sedia maklum tentang hal tersebut tetapi saya akan cuba menggunakan pelbagai teknik psikologi seperti tidak dibenarkan rehat, balik lambat, mengutip sampah dan lain-lain untuk memastikan pelajar saya melakukan tugasan yang diberikan. Dexter merupakan salah seorang pelajar kaya dan anak tunggal yang popular dengan kenakalan serta antara pelajar yang mempunyai paling banyak rekod disiplin dan antara paling banyak mendapat rungutan tentang sikapnya yang tidak sopan apabila bercakap dengan guru, suka melawan cakap guru atau dengan kata lain bersikap „kurang ajar‟ dengan guru serta selalu ponteng kelas. Dexter pernah beberapa kali ponteng kelas dalam tempoh pengajaran saya. Apa yang saya lakukan untuk mengelakkan dia ponteng lagi adalah saya akan mendenda dia berdiri di depan kelas dengan memegang tong sampah sehingga tamat waktu pertama. Selepas tu dia tidak dibenarkan kembali ke tempat duduknya di bahagian belakang tetapi saya meminta dia membuat latihan yang saya beri sebelum ini di tepi penjuru meja guru di bahagian hadapan kelas. Ternyata cara itu memberi kesan kepadanya dan selama beberapa bulan dia tidak pernah ponteng kelas saya tetapi masih berani ponteng kelas guru matapelajaran lain. Tetapi pada petang itu saya memang tidak bernasib baik. Saya tidak tahu apa yang telah merasuk pelajar saya ini. Ternyata teguran saya terhadap
  • 9. Dexter pada petang kejadian membuatkan dia bangun berdiri lalu mengangkat kerusi plastik yang diduduki olehnya lalu ingin membaling kepada saya. Semua pelajar lain terkejut melihat tindakan tersebut dan sesetengah pelajar perempuan menjerit memanggil “cikguuuu”. Mereka bimbang kerusi itu terkena badan saya yang kurus ini dan akan mencedarakan saya. Tiba-tiba keadaan kelas menjadi sunyi seketika. Semua mata pelajar memandang ke arah saya dan Dexter kerana ingin melihat apa yang akan terjadi seterusnya. Tindakan Dexter pada ketika itu ternyata menaikkan darah saya serta mencabar kewibawaan saya sebagai seorang guru. Tindakan tersebut amat tidak bermoral dan sangat menguji kesabaran saya. Saya dapat mengelakkan badan saya setelah mendengar jeritan daripada seorang pelajar perempuan sambil mengangkat tangan saya untuk melindungi kepala saya, kedudukan kerusi yang dihayun oleh Dexter pada ketika kerusi itu dihayun sudah hampir mengenai bahagian atas kepala saya. Saya amat terkejut dengan situasi yang berlaku pada ketika itu lalu dengan hati saya yang panas saya mencabar Dexter dengan mengatakan ayat yang berikut: “pukul lah kalau berani!” sambil merapatkan sedikit posisi badan saya kepada Dexter dengan merenung tajam ke dalam mata dia. Saya merasakan itulah cara terbaik untuk mengatasi situasi yang berlaku pada ketika itu. Sebenarnya perasaan saya pada masa itu berani bercampur takut. Sebarang kemungkinan boleh berlaku tetapi disebabkan saya juga tidak dapat mengawal emosi, saya perlu berani menghadapi risiko terhadap kata-kata saya pada masa itu. Mungkin disebabkan ramai pelajar yang melihat dan saya merasakan saya mempunyai saksi yang ramai untuk tindakan selanjutnya. Setelah saya mengeluarkan kata-kata mencabar kepada Dexter, dia tidak jadi meneruskan niatnya untuk memukul saya lalu dia menghempaskan kerusi ke bahagian belakang kelas menyebabkan kerusi itu jatuh terbalik. Saya berasa bersyukur kerana dia tidak meneruskan niatnya untuk memukul saya dan cuba mengawal perasaan marah yang menguasai diri saya sebentar tadi. Setelah saya merenung dengan pandangan yang tajam dan menunjukkan air muka yang marah semua pelajar tidak berani bersuara dan kemungkinan mereka takut dengan reaksi saya yang seakan ingin turut sama mengamuk seperti Dexter. Setelah beberapa saat kami merenung antara satu sama lain, Dexter lalu menundukkan kepala dan memandang lantai tanpa berkata apa-apa. Keadaan ini memberikan kemenangan dan kepuasan kepada saya. Perkara pertama yang saya buat adalah meminta Dexter mengangkat kembali kerusi yang telah dihempasnya sebentar tadi. Pada masa itu juga saya mengambil peluang untuk menegur dia berkenaan tindakannya sebentar tadi. Saya juga menakutkan dia bahawa saya akan melaporkan 2
  • 10. kepada guru disiplin dan jika apa-apa berlaku kepada saya, saya akan melaporkan kepada polis serta akan menyaman Dexter. Rupa-rupanya teguran saya itu tidak memberi apa-apa kesan kepada Dexter kerana dia mula bertutur dalam bahasa Cina perkataan yang saya tidak fahami. Pada ketika itu saya berasa amat rugi kerana tidak memahami bahasa yang dituturkan. Selepas itu saya meminta Dexter bergerak ke bahagian hadapan berhampiran dengan meja saya dan meminta dia menyiapkan latihan yang diberi. Walaupun mulutnya tidak berhenti-henti mengeluarkan perkataan dalam bahasa Cina, tetapi Dexter tetap akur dengan arahan saya. Oleh sebab Dexter langsung tidak menyalin nota yang saya ajar sebentar tadi, saya meminta dia hanya menyalin nota dan boleh menyiapkan latihan di rumah sahaja sementara masa berbaki sepuluh minit sebelum pelajar menamatkan persekolahan. Saya mengambil buku Dexter lalu membawa ke meja guru di hadapan kelas dan menyuruh Dexter membawa kerusinya ke hadapan. Waktu persekolahan hampir tamat. Dexter masih menyalin nota yang saya berikan kepadanya. Pelajar lain mula datang ke bahagian hadapan kelas untuk menunjukkan kerja yang telah mereka selesaikan. Ia adalah kebiasaan yang dilakukan oleh pelajar saya supaya mereka boleh balik apabila loceng berbunyi. Sementara Dexter berada di hadapan saya, saya mengambil peluang bercakap dengannya : "Kenapa kamu tak dengar cakap cikgu? Cikgu suruh buat kerja, satu kerja pun kamu tak mahu buat", tanya saya. Dia diam sahaja, dia langsung tidak memandang muka saya walaupun saya menggunakan ayat dan intonasi yang biasa sahaja kepadanya. Saya masih lagi tidak berputus asa untuk bercakap dengannya."Kamu tak suka cikgu ke? Kamu tak suka cikgu ajar kelas kamu?", saya bertanya lagi. Dia diam lagi. Sebenarnya sisa kemarahan terhadap kelakuan Dexter masih ada tetapi saya perlu bersikap lebih waras. Jadi saya cuba membuang rasa geram dengan cuba bercakap dengannya. Ternyata Dexter langsung tidak menjawab pertanyaan saya tetapi saya membiarkan sahaja situasi itu. Loceng tamat persekolahan telah berbunyi. Dexter dan beberapa pelajar lelaki dan dua orang pelajar perempuan sedang bertungkus lumus menyiapkan pendahuluan serta isi pertama karangan mereka. Lima minit kemudian Dexter bangun sambil menunjukkan bukunya kepada saya. Saya melihat hasil kerjanya lalu mengizinkan dia pulang. Saya masih menunggu beberapa pelajar yang masih belum menyiapkan latihan yang diberi. Setelah tujuh minit berlalu, dua orang pelajar perempuan datang menunjukkan hasil karangan bahagian pendahuluan dan isi pertama yang disiapkan. Selepas saya melihat karangan mereka dan menyerahkan kembali buku kepada mereka, salah seorang pelajar Cina yang bernama Yin Ann memberitahu saya yang Dexter telah mencaci serta menyumpah saya dengan menggunakan perkataan kurang sopan dalam bahasa Cina iaitu ketika dia mengomel seorang diri selepas saya memarahinya tadi. 3
  • 11. Saya berasa amat terkejut dan berasa marah untuk kali kedua. Di dalam hati saya turut menyumpah Dexter. Saya berterima kasih kepada Yin Ann kerana melaporkan hal itu kepada saya. Sekaligus keadaan ini menjejaskan emosi saya sekali lagi kerana saya tidak mengetahui yang dia sedang mengutuk saya sebentar tadi. Tetapi Dexter telah pulang dan saya akan balik ke rumah dengan hati yang masih tidak berpuas hati. Setelah semua pelajar menyiapkan tugasan yang diberi, saya terus bergegas ke bilik disiplin untuk melaporkan hal tersebut. Tetapi nasib tidak menyebelahi saya lagi kerana pintu bilik disiplin telah berkunci kerana waktu ketika itu sudah hampir jam 7 malam. Majoriti guru telah pulang ke rumah masing-masing. Saya mengambil keputusan untuk melaporkan kejadian yang 4 berlaku hari ini pada keesokan harinya. Keesokan harinya, saya membuat laporan tentang kejadian yang berlaku di dalam kelas semalam kepada guru disiplin. Saya juga diminta menulis kembali apa yang berlaku serta tindakan saya di dalam laporan tersebut. Di samping itu pelajar yang bernama Yin Ann dan kawannya juga dipanggil untuk menulis perkataan menghina yang dituturkan kepada saya semalam dan sebagai wakil saksi kejadian tersebut. Guru disiplin akan memanggil Dexter untuk tindakan selanjutnya. Saya juga berjumpa guru kelas Dexter meminta kebenaran untuk berjumpa dengan Dexter pada hari tersebut tetapi ternyata guru kelas memberitahu saya yang Dexter tidak datang ke sekolah pada hari itu. Saya dapat merasakan yang Dexter takut untuk datang ke sekolah kesan daripada tindakan dia terhadap saya pada hari Khamis. Kemungkinan dia takut akan dipanggil oleh guru disiplin kerana telah bertindak ganas kepada guru walaupun tidak membawa kepada kecederan. Saya berasa kecewa kerana tidak dapat berjumpa dengan Dexter pada hari Jumaat untuk bertanyakan hal tersebut iaitu dia telah menghina saya semalam sama ada dia akan mengaku atau tidak. Mungkin pada hari Isnin depan, perkara ini sudah berlalu dan saya tidak mahu untuk mengingatinya lagi walaupun saya terpaksa mengajar dia lagi sepanjang tahun. Kejadian tersebut memberikan kesan terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran saya di dalam kelas 2 Jujur. Saya menjadi lebih tegas apabila mengajar dan berhadapan dengan pelajar kelas 2 Jujur terutamanya Dexter. Bermula minggu seterusnya selepas kejadian tersebut, pelajar yang tidak menyiapkan latihan yang saya berikan akan didenda duduk di atas lantai di bahagian hadapan kelas tanpa sebarang alas dan perlu menyiapkan latihan sehingga selesai barulah mereka dibenarkan duduk di tempat masing-masing. Saya juga mula mempelajari sedikit sebanyak perkataan bahasa Cina dan Tamil terutamanya perkataan-perkataan negatif yang selalu digunakan oleh pelajar daripada guru-guru berbangsa Cina dan India serta daripada pelajar perempuan berbangsa Cina dan India yang saya ajar kelas mereka. Ini adalah bertujuan untuk menjadi lebih peka dan faham apa yang
  • 12. dipertuturkan oleh pelajar yang tidak suka kepada saya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Sejak saya mengetahui sedikit sebanyak perkataan dalam bahasa Cina dan Tamil, saya sudah tidak mendengar lagi perkataan-perkataan yang kurang menyenangkan dituturkan di dalam kelas. Pelajar berbangsa Cina dan India juga mula menghormati dan berhati-hati ketika berkomunikasi dengan kawan-kawan mereka. Tambahan pula saya telah menetapkan syarat baharu kepada semua pelajar kelas 2 Jujur iaitu, semasa waktu pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu berlangsung, semua pelajar tidak dibenarkan berkomunikasi menggunakan bahasa lain selain bahasa Melayu. Contohnya, ketika sesi perbincangan atau soal jawab, pelajar Cina dan India tidak boleh menggunakan bahasa ibunda mereka ataupun menggunakan bahasa Inggeris. Pelajar yang ingkar akan didenda ketuk-ketampi 5 mengikut bilangan patah perkataan yang mereka gunakan. Selain itu, kejadian tersebut juga memberi kesan positif dan juga negatif kepada Dexter. Kesan positif yang saya dapat lihat adalah, Dexter tidak lagi berani untuk ponteng kelas bahasa Melayu yang saya ajar. Dexter juga tidak lagi melawan cakap saya dan cuba untuk patuh arahan untuk membuat latihan yang diberikan walaupun dengan meniru rakan disebelahnya. Keadaan ini memberikan ketenangan kepada saya dan saya dapat mengajar dengan tenang tanpa gangguan emosi lagi. Kesan negatif pula, Dexter dan pelajar lain masih lagi tidak menyiapkan latihan kerja rumah yang saya berikan walaupun pelbagai denda telah saya lakukan. Tetapi bilangan pelajar yang didenda semakin berkurangan setiap kali waktu pengajaran dan pembelajaran yang saya adakan. Tetapi, boleh dikatakan hampir setiap waktu pengajaran dan pembelajaran saya, Dexter perlu duduk di hadapan kelas kerana tidak menyiapkan latihan yang diberi. Keadaan ini menunjukkan sikap malasnya memang tidak dapat diubah dan Dexter perlukan lebih dorongan daripada ibu bapa serta dan rakan-rakannya. Refleksi Sekiranya situasi tersebut berulang lagi, saya tidak akan menggunakan cara yang sama seperti yang saya gunakan sebelum ini. Ini adalah kerana saya sedar yang tindakan saya iaitu mencabar Dexter merupakan cara tidak bijak dan di luar kawalan minda saya. Kemungkinan saya tidak akan bernasib baik untuk kali kedua jika saya menggunakan kaedah mencabar untuk menghalang perbuatan pelajar saya. Saya tidak sepatutnya menaikkan lagi kemarahan dia yang sedang menyala. Tindakan Dexter yang mengangkat kerusi plastik yang diduduki dan ingin membaling kerusi itu kepada saya sepatutnya saya hadapi
  • 13. dengan rasional dan bertindak lebih tenang. Bukan dengan melawan balik dengan mencabar beliau. Tindakan saya itu boleh diumpamakan seperti peribahasa; umpama menyimbah minyak ke dalam api. Tindakan yang paling sesuai adalah, saya sepatutnya melihat keadaan emosi pelajar saya terlebih dahulu sebelum memarahinya. Ini adalah untuk mengelakkan kejadian seperti ini berlaku. Saya juga perlu menegur Dexter yang langsung tidak membuat tugasan yang saya berikan dengan baik. Bukan dengan cara terus memarahinya. Saya sepatutnya bertanya dia kemungkinan mempunyai masalah atau tidak. Saya juga sepatutnya menegur Dexter dengan baik dan dengan nada memberi nasihat. Saya perlu lebih meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan berkesan dalam situasi-situasi tertentu dan pandai mengawal emosi sendiri supaya tidak memberi kesan negatif kepada pelajar lain. Saya perlu sentiasa memberi nasihat dan peringatan kepada Dexter supaya bercakap dengan sopan dengan semua guru atau dengan orang yang lebih tua daripadanya. Ini adalah kerana saya sedia maklum dia merupakan salah seorang pelajar yang bermasalah, jadi saya perlu sentiasa memberi nasihat kepadanya tanpa putus asa. Seterusnya, saya sepatutnya terus bertanya pelajar Cina yang lain mengenai kata-kata yang dituturkan oleh Dexter pada ketika itu. Keadaan ini dapat menolong saya mengetahui hal sebenar apa yang telah dituturkan oleh Dexter kepada saya. Jadi, saya boleh terus menegur Dexter kerana perbuatannya mencela guru amat tidak sopan dan perlu ditegur pada ketika itu juga. Tindakan terakhir yang akan saya ambil jika keadaan ini berlaku lagi, saya perlu terus menghantar Dexter ke bilik disiplin dan terus membuat laporan kepada guru disiplin. Ini adalah kerana, mungkin Dexter akan lebih menerima nasihat daripada guru disiplin yang sebangsa dengannya apabila guru tersebut bercakap menggunakan bahasa Cina dengannya. Kebiasaannya, pelajar Cina atau India akan lebih menghormati guru-guru yang sebangsa dengan mereka berbanding guru Melayu. Ini merupakan pandangan saya berdasarkan pengalaman menjadi guru selama 3 tahun di sekolah. Kesan jangka masa panjang kepada diri saya disebabkan peristiwa ini adalah, ia menaikkan semangat saya untuk mempelajari bahasa Cina dan Tamil untuk menghadapi kerenah pelajar yang pelbagai bangsa dan budaya. Saya juga berusaha untuk memahami cara hidup dan budaya pelajar saya yang berbilang bangsa dengan membanyakkan membaca dan mencari maklumat melalui majalah dan juga Internet. Pengetahuan yang lebih dalam mengenai pelbagai bangsa dapat menolong saya menghadapi masalah pelajar yang bercakap kurang sopan atau menggunakan bahasa kasar kepada guru. Pengetahuan ini juga membantu saya lebih mengenali pelajar-pelajar saya. 6
  • 14. Seterusnya, saya menjadi seorang guru yang lebih rasional dan sabar ketika menghadapi pelajar-pelajar saya yang sengaja atau tidak sengaja membuat masalah di dalam atau di luar bilik darjah. Saya banyak menggunakan kaedah psikologi untuk menghadapi masalah dengan pelajar dengan bantuan daripada guru kaunseling di sekolah saya serta nasihat-nasihat yang diberikan oleh guru-guru senior di sekolah itu. Pada pendapat saya, tugas sebagai guru amat mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi bagi setiap individu yang bergelar guru. Berdasarkan pengalaman saya mengajar selama 3 tahun di sekolah tersebut, ia amat memberi kesan kepada perkembangan emosi dan memberi kesan yang mendalam kepada hidup saya. Saya menjadi lebih tabah dan berfikiran terbuka untuk menghadapi cabaran-cabaran di sekolah terutamanya apabila berhadapan dengan pelajar. Situasi tersebut juga memberikan pengajaran kepada saya untuk diingati sehingga ke hari ini supaya bertindak dengan lebih matang dan rasional supaya ia tidak membawa sebarang kesan buruk kepada perkembangan emosi diri saya sendiri dan pelajar tersebut. Ini adalah kerana, segala tindakan yang kita lakukan samaada tindakan yang rasional atau tidak akan memberi kesan jangka panjang di dalam hidup seseorang. Jadi, dengan cara berfikir terlebih dahulu diikuti tindakan yang bijak bakal memberi kesan yang positif dan membina untuk diri kita dan orang lain. Seorang guru juga perlu berfikiran kreatif dan menggunakan pendekatan pemikiran kritikal dan kreatif dalam membuat proses pengajaran dan pembelajaran. Cara ini boleh mendorong pelajar supaya lebih berfikir di luar kotak pemikiran mereka serta menjana kreativiti pelajar supaya lebih berdaya saing. Untuk menjadi guru yang cemerlang memerlukan guru yang berupaya menjana idea baru dalam mata pelajaran atau bidang pengkhususan masing-masing dan berkongsi idea tersebut bagi meningkatkan mutu pendidikan negara. Selain itu, saya juga perlu mempunyai „sense of humor‟ ketika berkongsi ilmu dengan pelajar di dalam kelas. Keadaan ini dapat mengurangkan kadar „stress‟ pelajar serta menjadikan situasi di dalam kelas lebih menyeronokkan dan menceriakan. Pelajar juga akan menjadi lebih mesra dengan guru dan mereka akan bertindak lebih menghormati dan patuh kepada arahan guru. Keadaan ini memberikan kesan perkembangan yang positif kepada guru dan pelajar. 7
  • 15. 8 DIPULAUKAN PELAJAR Saya mempunyai pengalaman mengajar selama 3 tahun di dua buah sekolah menengah di daerah Kepong. Pengalaman yang paling tidak dapat saya lupakan adalah peristiwa dimana pelajar telah memulaukan saya semasa saya masuk ke kelas untuk mengajar. Peristiwa ini banyak memberi pengajaran agar saya lebih berhati-hati dalam membuat keputusan yang melibatkan pelajar. Saya juga perlu bertanggungjawab diatas apa jua tindakan atau kelakuan pelajar sewaktu saya mengajar. Peristiwa ini berlaku pada tahun pertama saya menjadi guru. Saya akui kejadian itu bukanlah kesalahan dari pelajar itu seratus peratus tetapi juga berpunca daripada sikap dan silap saya. Saya sedar menjadi seorang guru bukanlah satu tugas yang mudah untuk dilaksanakan. Ia memerlukan kemahiran dalam menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran mengawal kelas dan juga kemahiran untuk menarik minat pelajar untuk belajar serta mahir dalam isi kandungan subjek yang diajar. Dengan berlatar belakangkan ijazah sarjana muda dalam bidang Pengurusan Perbankan saya tidak mempunyai kemahiran-kemahiran tersebut. Pada hari pertama saya mendaftarkan diri di sekolah saya telah ditugaskan untuk mengajar kelas Peralihan, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 untuk subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK). Kebanyakkan kelas yang saya dapat adalah kelas belakang termasuklah kelas 2 F. Ia merupakan kelas yang terakhir dari 10 kelas untuk Tingkatan 2. Walaupun bilangan pelajar kelas ini hanyalah 30 orang tetapi pelajar perempuan hanyalah 7 orang dan yang selebihnya adalah lelaki. Sebelum masuk ke kelas itu saya telah dimaklumkan tentang kenakalan pelajarnya kerana tiada perubahan pelajar dari tahun sebelum itu. Kebanyakkan pelajar kelas itu adalah dari kelas peralihan yang mempunyai pelbagai masalah displin. Oleh itu, kelas ini telah diletakkan berhadapan dengan bilik displin bagi memudahkan pemantauan guru displin. Sebelum memasuki kelas ini ramai guru senior telah mengarahkan saya supaya bersikap garang dan tegas degan mereka. Tetapi berhati-hati jangan terlalu memaksa kerana pelajar kelas ini mempunyai kumpulan gangster di luar sekolah. Maklumat ini membuatkan saya sedikit takut dan bimbang tentang keselamatan diri. Ini kerana saya hanya berjalan kaki dari rumah ke sekolah. Beberapa bulan mengajar di kelas ini saya menghadapi pelbagai masalah dengan sikap mereka. Semua pelajar kelas ini adalah berbangsa Cina dan mempunyai status sosial ekonomi yang sederhana dan rendah. Bahasa yang selalu digunakan adalah bahasa Cina. Ia menyukarkan saya memahami apa yang sedang mereka bincangkan didalam kelas. Pelajar kelas ini juga sering dan suka berada di koridor kelas untuk menganggu pelajar kelas lain. Mereka juga selalu bising didalam kelas, menganggu
  • 16. pelajar lain, tidak membawa buku tulis, buku teks serta alat tulis. Keadaan ini memaksa saya untuk menyediakan peralatan menulis dan kertas untuk mereka menyalin nota.Walaubagaimana pun setiap kali saya marah, mereka akan mendengar kata dan berpura-pura menulis. Saya selalu membuat pemantauan didalam kelas agar mereka menyalin nota dan tidak terlalu bising. Saya juga sering memberi ugutan akan menulis nama mereka didalam borang kawalan kelas jika mereka tidak menyalin nota saya dan berbuat bising ketika saya mengajar. Tetapi biasanya saya hanya cakap dan tidak melakukannya.Ini kerana saya rasa masih mampu mengawal mereka didalam kelas. Namun lama-kelamaan sikap mereka menjadi semakin keterlaluan dan sukar untuk dikawal. Pada suatu hari keadaan kelas amat bising kerana mereka baru habis waktu rehat. Terdapat pelajar yang berlari-lari didalam kelas, membuang sampah merata-rata, meludah dan bising. Saya berasa amat marah dengan keadaan tersebut dan saya tidak dapat mengawal kelas. Saya mengugut untuk menulis nama mereka di borang kawalan kelas tetapi mereka tidak mempedulikan kata-kata saya. Setelah berlalu beberapa minit guru displin meronda semua pelajar berada ditempat masing-masing. Namun, setelah guru displin berlalu keadaan kembali bising. Oleh sebab mereka tidak mendengar kata saya telah mendenda mereka dengan tidak membenarkan sesiapa pergi ke tandas. Namun, terdapat seorang pelajar keluar ke tandas tanpa mendengar arahan saya. Tindakan pelajar tersebut telah membuatkan saya marah dan menyebabkan saya hilang sabar dan perbuatan itu telah mencabar kewibawaan saya. Oleh itu, saya nekad untuk menulis nama pelajar tersebut dan beberapa pelajar lain yang membuat bising ke dalam borang kawalan kelas setelah ugutan yang diberikan tidak diendahkan oleh mereka. Mereka menyangkakan pada kali itu saya hanya mengugut mereka seperti selalu. Kesan daripada tindakan saya itulah telah menyebabkan saya dipulaukan pada kelas minggu yang seterusnya. Walaubagaimanapun situasi pemulauan itu hanya berlanjutan selama 2 minggu. Kejadian ini berlaku pada akhir bulan september dimana tinggal beberapa minggu lagi untuk peperiksaan akhir bermula. Pada hari kejadian, dari jauh saya melihat pelajar kelas itu seakan menunggu kedatangan saya. Namun apabila saya menjejakkan kaki ke kelas, mereka seakan tidak mempedulikan kehadiran saya termasuklah ketua kelas. Ketua kelas seakan sibuk menjalankan tugasnya. Saya juga melihat terdapat sekumpulan pelajar bercampur pelajar lelaki dan perempuan berkumpul di belakang kelas dan tidak bergerak ke tempat masing-masing walaupun saya telah berdiri di hadapan kelas. Setelah beberapa minit saya berdiri namun tiada tindakan apa-apa dari pelajar dan ketua kelas. Saya memanggil ketua kelas dan menyuruh pelajar bangun untuk memberi salam. Hanya beberapa orang sahaja yang bangun dan yang selebihnya masih bercakap. Saya perhatikan saja lagak pelajar lain dan mula menyuruh mereka bangun dengan nada yang lebih tegas. Setelah mengulangi hampir 3 kali dengan nada yang seakan menjerit barulah semua pelajar bangun dan memberi salam dengan nada terpaksa. Melihat 9
  • 17. keadaan itu saya mula rasa kurang selesa dan dapat menghidu sesuatu yang tidak kena. Pelajar kelihatan dingin dan berkelakuan seakan ingin menarik perhatian saya. Situasi tersebut membuatkan saya tertanya-tanya tetapi kepada siapa harus saya ajukan soalan itu kerana pelajar kelihatan tidak berminat untuk bercakap dengan saya. Saya meneruskan pengajaran seperti biasa dan menulis nota di papan putih. Sebelum itu saya akan menyuruh pelajar berada ditempat masing-masing. Mengutip sampah dibawah meja, mengeluarkan buku nota tetapi hanya beberapa orang pelajar sahaja yang melakukannya seperti yang saya arahkan. Kumpulan pelajar yang berkumpul dibelakang langsung tidak mempedulikan arahan saya malah mereka meneruskan berbualan dalam bahasa Cina dengan lebih kuat lagi. Seakan mencabar saya untuk menjadi lebih marah. Saya membiarkan sahaja kelakuan mereka dan mula menyalin nota di papan putih. Kumpulan pelajar yang berada dibelakang terus membuat bising dan tidak menulis nota seperti biasa. Keadaan ini sebenarnya membuatkan saya rasa kecewa dan seakan berputus asa. Arahan yang diberikan tidak mendapat sambutan dari pelajar. Pelajar lebih suka bercakap sesama mereka daripada menjawab soalan yang diajukan. Sambil menulis saya fikirkan cara bagaimana hendak menarik perhatian mereka agar memberikan kerjasama dalam pengajaran dan pembelajaran itu. Pada masa yang sama juga saya berfikir kenapa situasi itu berlaku, mereka seolah-oleh tidak sukakan saya dan tidak mempedulikan tentang kewujudan saya di dalam kelas serta tidak menghormati saya sebagai guru mereka. Namun, ketika saya sedang asyik menulis saya terdengar dan terlihat pensil melayang terkena papan putih dan hampir terkena tangan saya. Saya agak terkejut dan tiba-tiba terasa amat marah dan saya terus memandang ke belakang untuk melihat siapa yang melakukan perbuatan itu. Tetapi saya lihat pelajar berkedudukan seperti tadi tidak berganjak dan sedang berbual tanpa memandang saya. Kelakuan mereka seakan-akan tiada apa yang berlaku. Pada masa itu, saya tidak tahu hendak marah pada siapa, jadi saya pujuk diri agar bersabar kerana jika saya marah situasi akan menjadi lebih buruk dan tegang. Saya meneruskan penulisan untuk mendapatkan sedikit kekuatan bagi berhadapan situasi yang bakal berlaku. Setelah siap menulis saya pandang kearah pelajar dan merenung setiap pelajar kelas itu dengan muka yang agak serius.Tindakan saya telah menarik perhatian pelajar kumpulan belakang. Saya sudah dapat mengagak salah seorang dari pelajar didalam kumpulan itu yang membaling pensil kepada saya kerana dari awal saya masuk kelas mereka seakan ingin menunjukkan sesuatu kepada saya. Saya tidak mempersoalkan tentang pensil yang dibaling tetapi tentang kelakuan mereka yang agak keterlaluan pada hari itu. Saya hanya pandang dan cuba faham apa mesej yang hendak mereka sampaikan kepada saya. Tiba- tiba seorang pelajar perempuan dalam kumpulan belakang itu bangun dan bersuara mempersoalkan kenapa saya menulis nama mereka pada borang kawalan kelas pada kelas sebelum ini. Dari situlah saya faham 10
  • 18. kenapa mereka melakukan tindakan sedemikian. Tindakan memulaukan saya adalah sebagai protes terhadap tindakan yang saya buat pada kelas sebelum ini. Tetapi saya masih tertanya-tanya adakah kesan tindakan saya terhadap mereka menyebabkan mereka terlalu marahkan saya. Namun dalam menghadapi siutasi itu saya perlu tegas dan perlu memberikan penerangan yang jelas agar mereka faham kenapa saya mengambil tindakan sedemikian. Saya menjawab pertanyaan pelajar tersebut dengan berkata,“ Betul. Saya tulis nama kamu dan beberapa nama pelajar lelaki yang lain tapi saya sudah memberikan kamu bukan sekali amaran tetapi berkali-kali diatas sikap kamu yang selalu melanggar arahan saya, membuat bising, menganggu pelajar lain dan keluar kelas tanpa kebenaran saya”. Pelajar perempuan itu diam dan terus duduk tanpa mempedulikan saya. Dia dan pelajar kumpulanya terus bercakap sambil memandang saya dalam bahasa Cina. Saya meneruskan pengajaran dan hanya memberikan fokus kepada pelajar yang ingin belajar sahaja. Sebelum menamatkan kelas pada hari itu, saya telah memberikan satu lagi amaran jika mereka masih melanggar arahan saya dan berkelakuan tidak baik saya tidak akan teragak-agak untuk menulis nama mereka sekali lagi didalam borang kawalan kelas dan akan memotong markah merit. Selepas keluar dari kelas saya telah pergi berjumpa dengan guru kelas mereka dan bertanya tentang laporan yang telah saya buat dalam borang kawalan kelas. Saya melakukan siasatan kerana tindakan pelajar pada hari itu menunjukkan mereka terlalu marah dan rasa tidak puas hati. Saya ingin mengetahui apakah punca mereka marah sebegitu rupa. Setelah melakukan siasatan saya mendapat tahu 5 orang pelajar yang saya tulis nama dalam borang kawalan telah dirotan pada hari yang sama. Ini terjadi kerana selepas tamat waktu pengajaran saya, subjek seterusnya adalah subjek yang diajar oleh guru displin sekolah. Ketika guru displin hendak menandatangani borang kawalan dia terbaca laporan yang telah saya tulis. Daripada hal tersebut beliau telah mengambil tindakan dengan merotan pelajar-pelajar tersebut termasuklah 2 orang pelajar perempuan. Selain itu, mereka juga dikehendaki mengutip sampah seluruh kawasan sekolah. Pada hari saya menulis nama pelajar di dalam borang kawalan kelas saya telah memasukkan nama pelajar-pelajar tersebut ke dalam sistem permarkahan merit mereka untuk ditolak tiga markah. Ia merupakan peraturan sekolah iaitu setiap guru yang menulis laporan dalam borang kawalan kelas dikehendaki memasukkan laporan itu kedalam sistem salah laku pelajar untuk ditolak markah merit. Kesan dari tindakan saya telah menyebabkan salah seorang dari rakan kelas mereka mendapat surat gantung sekolah kerana mendapat markah merit kurang dari 50 kesan pertambahan 3 markah penolakan yang telah saya buat. 3 pelajar lagi mendapat surat amaran kedua dan peraturan sekolah juga mengarahkan kepada pelajar-pelajar yang mendapat surat amaran kedua, kedua ibu bapa akan dipanggil kesekolah untuk berjumpa dengan guru displin. Berdasarkan penerangan tersebut barulah saya faham kenapa pelajar kelas itu bersikap demikian. Pada minggu berikutnya, saya masuk ke kelas tetapi 11
  • 19. keadaan sama seperti minggu sebelumnya. Sebelum memulakan pengajaran saya telah mengajak pelajar berbincang tentang masalah mereka. Saya bertegas seandainya mana-mana pelajar yang tidak mendengar arahan saya tidak kira pelajar perempuan atau lelaki saya akan laporkan kepada guru displin. Pada kali ini saya akan bersikap tegas dengan mereka kerana merasakan mereka telah mengambil kesempatan keatas peluang yang diberikan selama ini. Setelah itu saya nampak sedikit perkembangan yang positif. Kumpulan yang memberikan saya masalah turut menyalin nota walaupun mereka masih bising. Kejadian itu sebenarnya telah diketahui oleh pelajar kelas lain. Pelajar-pelajar kelas lain juga telah berubah sikap dan telah mendengar kata ekoran apa yang terjadi pada pelajar kelas tersebut. 12 Refleksi Sekiranya peristiwa begitu berlaku lagi saya akan tetap mengambil langkah yang sama. Untuk mengetahui perkara sebenar kita memerlukan masa. Untuk menyelesaikan masalah kita harus mengetahui punca masalah tersebut. Tindakan yang dilakukan oleh pelajar biasanya bersebab. Kita tidak boleh membuat keputusan yang terburu-buru. Jika pada hari itu saya terus marah dan terus memaksa pelajar melakukan apa yang diarahkan sedangkan pada ketika itu mereka sedang menunjukkan protes mereka terhadap tindakan saya. Ia akan memberikan kesan yang buruk. Dalam menangani sesuatu perkara, kita tidak boleh berada dalam situasi marah dan marah bukanlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah. Bagi saya tindakan mendiamkan diri dan berfikir cara yang sesuai untuk bertanya masalah yang berlaku adalah lebih baik. Pada kes tersebut saya berjaya mengurangkan tekanan atau suasana dingin pelajar terhadap saya. Saya melakukan perbuatan yang mereka tidak sangka. Ini kerana secara logiknya jika guru mengarahkan mereka melakukan sesuatu tetapi mereka tidak menghiraukan arahan itu boleh menyebabkan guru marah dan akan bertindak secara tidak rasional. Kemungkinan perkara buruk juga boleh berlaku. Selain itu, tindakan membaling pensil kepada guru juga akan membuatkan guru bertambah marah. Namun, apa yang saya buat adalah bersabar dan mengambil sedikit masa untuk menenangkan diri serta mendapat kekuatan untuk menghadapi pelajar yang sedang memberontak. Untuk tahun yang seterusnya saya telah mengubah sikap dengan tidak memberi peluang kepada pelajar yang melakukan kesalahan. Saya akan terus menegur mereka sekiranya perbuatan mereka keterlaluan dan di ikuti dengan menulis nama pada borang kawalan. Saya hanya memberi amaran sekali sahaja. Pada kali kedua saya akan terus tulis nama dalam borang kawalan serta menyatakan dengan terperinci perbuatan mereka. Selain itu, terus memanggil guru displin yang lalu dihadapan kelas untuk mendenda mereka. Keadah ini lebih berkesan daripada saya hanya menasihati mereka.
  • 20. Saya dapati mereka lebih berdisplin jika saya bertindak tegas dan melakukan apa yang diucapkan. Pada tahun kedua mengajar saya mula faham bagaimana untuk mengawal kelas. Saya tidak boleh kasihankan pelajar tidak bertempat kerana ia akan memberi kesan kepada saya juga pada masa hadapan. Pelajar yang membuat kesalahan pasti akan dihukum. Ketegasan inilah yang memudahkan saya untuk mengawal kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tidak kira kelas hadapan ataupun di belakang. Sebagai seorang guru saya merasakan kita tidak boleh memandang sesuatu perkara itu dengan sebelah mata sahaja. Kita bertanggungawab dengan apa yang berlaku. Pelajar adalah anak didik kita, sedikit sebanyak kita yang membentuk sikap dan kelakuan mereka. Tugas guru bukanlah sekadar masuk ke kelas dan menyuruh pelajar menyalin nota dan mengharapkan pelajar tidak bising jika menyalin nota yang banyak. Sebagai seorang guru, kita harus cuba memahami kehendak pelajar. Ini kerana pelajar tetap seorang pelajar dan mereka akan hormat guru selagi guru tidak melakukan tindakan yang tidak sepatutnya. Pengajaran yang saya dapat dari peristiwa itu adalah sekali kita tidak hiraukan pelajar, mereka 10 kali tidak hiraukan kita. Dalam kes saya itu juga, apabila saya fikir kembali sebenarnya ia berpunca dari saya sendiri kerana saya sering mengugut mereka tetapi tidak pernah melakukan apa yang saya cakap, sampai satu peringkat saya rasa sudah tidak mampu untuk mengawal keadaan dan seakan berputus asa. Oleh sebab itu, saya mengambil tindakan melaporkan kesalahan mereka kali pertama pada beberapa minggu sebelum sesi persekolahan tamat. Saya seharusnya mengambil tindakan itu lebih awal lagi.Ini kerana penguatkuasaan displin sekolah itu amat baik walaupun pelajarnya mempunyai banyak masalah displin. Tindakan segera akan diambil sekiranya terdapat laporan dari guru matapelajaran. Kerjasama dari semua guru penting dalam mendidik displin pelajar. Selain itu, saya mendapati proses pembelajaran juga tidak akan berjalan tanpa mendapat kerjasama dari pelajar. Perkara kecil akan menjadi besar jika dibiarkan berterusan tanpa melakukan tindakan yang sewajarnya. Seorang guru tidak boleh cepat berputus asa degan sikap pelajar mereka. Mereka masih dialam persekolahan yang memerlukan tunjuk ajar yang sewajarnya daripada guru. Menegur pelajar sedikit demi sedikit akan memberi kesan kepada mereka. Ini terbukti apabila saya sering menyediakan kertas dan pen untuk pelajar saya yang selalu tidur di dalam kelas. Saya mengarahkannya menulis diatas sekeping kertas yang saya beri setiap kali kelas saya dan saya akan kumpul. Ketika saya pulangkan kertas-kertas nota yang ditulis, pelajar itu seakan terkejut dan tidak menyangka saya akan menyimpan nota-nota dia untuk sepanjang tahun pembelajarannya. Sejak daripada itu, dia akan menyalin nota yang ditulis sehingga siap sebelum tidur. Walaupun benda yang kita buat kecil tetapi ia memberi makna kepada pelajar. Pelajar juga saya dapati seakan cuba menguji guru barunya untuk melihat reaksi dari guru tersebut, sejauh mana tindakan yang akan diambil 13
  • 21. dan jika tiada apa-apa mereka akan mengulangi sikap yang kurang baik itu. Sebagai seorang guru juga kita harus menjaga hubungan dengan guru atau rakan sekerja terutama guru displin. Ini kerana guru displin adalah guru yang ditakuti oleh pelajar. Jika pelajar membuat masalah di dalam kelas kita boleh panggil guru displin untuk membantu pada bila-bila masa. Dengan hubungan yang baik sesama guru, mereka akan mengambil tindakan dengan lebih pantas. Pengajaran dari kejadian yang berlaku memberi kesan kepada proses pengajaran saya untuk tahun-tahun berikutnya. Tahun pertama menjadi guru, sikap saya lebih kepada kasihankan pelajar, ini kerana jika mereka melakukan kesalahan saya tidak mahu melaporkan kepada guru displin kerana takut mereka dirotan. Saya merasa kasihan kepada mereka. Namun, tindakan saya telah menyebabkan mereka semakin hari semakin sukar untuk dikawal. Oleh itu, ia memberikan saya pengajaran bahawa guru tidak boleh terlalu berlembut dengan pelajar. Ini kerana sikap sebegini akan menyebabkan guru sukar untuk mengawal sikap pelajar di dalam kelas. Pelajar akan merasa kita lemah dan baik sehingga mereka boleh buat apa sahaja tanpa ditegur dengan tegas oleh guru. Mereka tidak perlu takut dengan kita dan akan berkelakuan baik dihadapan guru displin sahaja. Selain itu juga, peristiwa itu juga menyedarkan saya bahawa cara pengajaran saya turut mempengaruhi sikap pelajar. Ini kerana saya hanya masuk kekelas dan akan menyuruh pelajar menyalin nota dan membuat latihan yang saya sediakan sahaja. Keadah ini tidak berubah dari awal tahun sehingga akhir tahun dan saya dapati pelajar mula bosan dengan cara ini. Saya dapat lihat pada awal tahun ramai pelajar yang hendak menyalin nota saya. Lama-kelamaan ramai yang memberikan alasan tidak membawa buku. Untuk pelajar yang tidak membawa buku saya akan menyediakan kertas untuk mereka menyalin nota tanpa marah dan hanya mengugut untuk memberikan nama mereka pada guru displin. Ini juga mempengaruhi sikap malas mereka. Saya banyak bertolak ansur dan tidak mendenda mereka. Ini turut dipengaruhi oleh kata-kata guru senior yang menyatakan mereka mempunyai gangster diluar. Sebenarnya, sebagai seorang guru kita tidak harus takut kepada pelajar. Sekiranya apa yang kita buat betul dan tidak melanggar etika perguruan kita tidak perlu takut kepada sesiapa. Sebagai kesimpulanya, peristiwa ini banyak memberi kesan kepada kelakuan, mengubah cara pemikiran dan sikap saya terhadap pelajar. Pelajar juga mempunyai hak dalam mendapat pendidikan yang sempurna daripada seorang guru yang baik, mempunyai pengetahuan yang luas dan mempunyai kemahiran dalam mengajar. Guru perlu memiliki kemahiran yang tertentu untuk menjadi seorang guru yang berkesan. Tugas guru bukan hanya masuk ke kelas dan menyalin nota tetapi lebih dari pada itu. Guru yang mempengaruhi corak pembelajaran dan kelakuan pelajar-pelajarnya. Guru juga perlu bijak dalam mengambil sebarang keputusan yang melibatkan pelajar. Pelajar tetap akan menghormati kita sebagai seorang guru jika kita tidak bersikap keterlaluan dengan mereka. Semoga 14
  • 22. apa yang terjadi akan menjadi peringatan dan pengajaran yang baik kepada saya pada masa hadapan. Kerjaya seorang guru adalah satu amanah dan tanggungjawab yang besar dalam mendidik anak bangsa. 15
  • 23. 16 CTL Saya merupakan seorang guru yang ceria, bersemangat dan tegas. Di sekolah, saya menganggap pelajar adalah seperti adik saya sendiri memandangkan usia mereka hampir sebaya dengan adik saya. Justeru itu, saya berasa bertanggungjawab untuk menjaga dan mendidik mereka seperti adik saya sendiri. Saya juga memegang prinsip tidak akan sekali melabel pelajar saya dengan perkataan „bodoh‟ dan sebagainya. Perhubungan saya dengan pelajar agak rapat tetapi terdapat beberapa pelajar yang kurang menyenangi tindakan saya yang suka menegur tingkah laku mereka. Kesabaran saya pernah diuji apabila melihat nama saya diconteng dengan perkataan kesat di dalam tandas pelajar perempuan. Saya mengesyaki beberapa orang pelajar perempuan tingkatan 2a1 yang melakukan perbuatan berkenaan memandangkan saya sering menegur mereka kerana malas melakukan kerja sekolah dan menggunakan perkataan yang kesat di dalam kelas. Kadangkala terdetik rasa kecewa dengan sikap sebilangan pelajar perempuan pada masa kini yang gemar menggunakan perkataan kesat ketika berinteraksi dengan rakan-rakan yang langsung tidak melambangkan keperibadian mereka. Saya membuat keputusan untuk menggunakan pendekatan „halus‟ agar mereka sedar dengan perbuatan yang dilakukan dan menyelesaikan masalah dengan cara yang baik. Justeru, pada keesokkan harinya semasa waktu pendidikan sivik, saya telah mengaitkan topik yang diajar dengan hubungan guru dengan pelajar dan hubungan di antara pelajar dengan pelajar yang lain. Saya telah memberi contoh, „sekiranya kita tidak berpuas hati dengan guru atau rakan lain, kita tidak boleh terburu-buru dengan melepaskan kemarahan dengan melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang. Sebagai contohnya, pelajar tidak boleh melepaskan kemarahan dengan melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang sekolah seperti melakukan vandalisme dan sebagainya. Seharusnya pelajar perlu berjumpa dan berbincang dengan guru atau rakan untuk mencari penyelesaian terbaik‟. Selepas memberi penerangan, saya dapati beberapa di antara mereka yang terdiam dan tertunduk malu. Niat saya pada ketika itu hanya untuk memberi pengajaran dan mengingatkan mereka agar tidak terburu-buru melakukan sesuatu perkara tanpa berfikir panjang. Saya juga tidak menyebut nama mereka dihadapan pelajar-pelajar lain kerana saya faham tindakan memalukan pelajar di hadapan rakan-rakan yang lain tidak akan memberi kesan yang positif bahkan ia mungkin akan menyebabkan pelajar membenci guru dan tidak berminat untuk belajar. Selepas kejadian ini, hubungan saya dengan pelajar yang terlibat berjalan seperti biasa memandangkan saya tidak pernah berdendam dengan mana-mana pelajar. Pada pendapat saya, guru perlu bertenang dan tidak mudah melatah apabila berhadapan situasi sebegini memandangkan pelajar-pelajar ini masih dalam proses untuk mencari identiti mereka. Isu-isu disiplin yang kecil seperti pelajar tidak menyiapkan kerja sekolah dan pelajar berbuat
  • 24. bising di dalam kelas mampu saya tangani sepanjang sesi persekolahan tahun tersebut. Saya sekali lagi menghadapi peristiwa yang mencabar diri apabila berhadapan dengan situasi yang tidak pernah saya jangka akan berlaku dalam kehidupan seorang guru. Peristiwa itu berlaku pada awal tahun 2011 dan berlaku di kelas terakhir waktu persekolahan. Pengalaman dikasari oleh bekas pelajar merupakan peristiwa yang paling sukar dilupakan. Ia melibatkan seorang pelajar lelaki tingkatan dua yang telah diberhentikan sekolah kerana masalah disiplin yang berlanjutan. Saya menggelarkannya pelajar lelaki ini sebagai CTL. Saya mengenali CTL semenjak tahun 2010 lagi. Dia merupakan pelajar tingkatan 1a7 dan merupakan bekas pelajar peralihan. Hasil daripada maklumat yang diperolehi, CTL tinggal bersama neneknya dan kadang kala dia membantu neneknya menjual kuih. Sepanjang kelas saya, CTL seringkali melakukan masalah disiplin seperti ponteng sekolah, tidak menyiapkan kerja sekolah, bersikap kurang ajar dengan guru dan selalu mengganggu rakan sekelas yang lain. Selain itu, dia juga tidak menunjukkan minat untuk belajar dan cara pemakaiannya tidak kemas seperti pelajar-pelajar sekolah yang lain. Akibat tidak tahan dengan sikapnya, saya pernah mengenakan denda seperti menyuruhnya membuat kerja sekolah di luar koridor dan memarahinya di hadapan pelajar-pelajar yang lain. Pada satu tahap, saya pernah rasa putus asa untuk terus menyuruhnya menyiapkan kerja rumah, menegur dan memarahinya lalu saya mengambil inisiatif untuk mengabai dan tidak mengendahkan karenahnya sewaktu kelas berlangsung. Pada pendapat saya, pelajar yang berkelakuan begini sering melakukan sesuatu di luar jangkaan agar guru memberi perhatian kepadanya. Tindakan saya yang tidak mengendahkannya sewaktu kelas berlangsung menunjukkan sedikit kesan yang positif. Sejujurnya, tindakan yang saya lakukan ini tidak sewajarnya dilakukan oleh seorang guru. Memandangkan tahun 2010 merupakan tahun pertama saya mengajar, ia sedikit sebanyak mengajar saya membentuk personaliti seorang guru yang berkesan dalam diri. Isu CTL tidak terhenti di situ sahaja. Sepanjang sesi persekolahan berlangsung, dia telah terlibat dengan pelbagai masalah. CTL memang sangat dikenali oleh semua guru dan pelajar sekolah kerana mencatatkan rekod masalah disiplin yang teruk. Saya pernah melaporkan hal ini kepada guru kelas CTL dan guru berkenaan menyediakan satu borang khas kepada saya untuk mencatatkan masalah disiplin yang telah dilakukan oleh CTL. Saya kemudiannya mengisi borang berkenaan dan menyatakan masalah disiplin yang dilakukannya dan meminta sokongan daripada guru-guru yang mengajar CTL. Borang berkenaan kemudiannya diberikan kepada Penyelia Petang untuk di ambil tindakan. Selain itu, CTL pernah digantung sekolah kerana masalah disiplin yang berlarutan. Nenek CTL juga pernah datang ke sekolah untuk berjumpa penyelia petang bagi menyelesaikan masalah yang dilakukannya. Mungkin atas faktor kasihan mendorong penyelia petang sekolah memberi peluang kepada CTL untuk membaiki sikap dan CTL tidak dikenakan hukuman dibuang sekolah. 17
  • 25. Pada sesi persekolahan tahun 2011, saya diarahkan untuk mengajar kelas 2a5. Kelas ini ini merupakan kelas kedua terakhir dari 12 kelas tingkatan 2. Kelas 2a4 dan 2a5 sering mengundang keresahan kepada guru kerana pelajar-pelajarnya terdiri daripada pelajar yang nakal, tidak mempunyai sikap yang baik dan mempunyai prestasi yang rendah dari segi akademik. Ada di antara mereka yang tidak pandai menulis dan berbahasa melayu di dalam kelas. Justeru, kebanyakkan guru tidak mahu mengajar kelas-kelas ini. Saya ditugaskan untuk mengajar subjek sejarah bagi kelas 2a5 dan saya dapati CTL merupakan salah seorang pelajar kelas berkenaan. CTL duduk bersebelahan dengan seorang pelajar lelaki yang turut terkenal dengan masalah disiplin. Saya gelarkannya sebagai MCH. Saya perhatikan, sekiranya salah seorang di antara mereka tidak hadir ke sekolah, keadaan kelas akan menjadi terkawal dan pelajar memberi tumpuan semasa saya mengajar. Sekiranya kedua-dua mereka hadir ke sekolah, kelas akan menjadi tidak terkawal kerana mereka suka membuat bising dan mengganggu rakan yang lain untuk belajar. Untuk mengelakkan daripada mereka bersembang dan berbuat bising, saya menyuruh mereka duduk berasingan sewaktu kelas saya berlangsung. CTL juga pernah diberikan khidmat kaunseling oleh kauselor sekolah. Walaubagaimanapun, sikap CTL masih tidak berubah malah makin menjadi-jadi semenjak bersahabat dengan MCH. Dia enggan menyiapkan kerja sekolah, ponteng kelas dan terlibat dengan kes mengugut pelajar lain untuk mendapatkan wang. Di samping itu, guru lain pernah memberitahu saya bahawa dia pernah melihat CTL menghisap rokok di luar kawasan sekolah. Walaupun guru berkenaan berada berhampiran dengannya, dia tetap angkuh dan menunjukkan keberaniannya dengan menghisap rokok di hadapan guru berkenaan. Akhirnya pada penghujung bulan Febuari 2011, CTL dan MCH telah dibuang sekolah berpunca dari masalah disiplin yang tidak dapat dibendung lagi. Semenjak CTL dan MCH dibuang sekolah, keadaan kelas 2a5 menjadi lebih terkawal. Proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan baik dan lancar. Pada suatu hari, berlaku kejadian yang tidak pernah saya jangka akan terjadi ketika sedang mengajar di dalam kelas. Kejadian ini berlaku pada kelas terakhir sesi petang persekolahan sewaktu mengajar kelas 2a5. Ketika itu jam menunjukkan pukul 6.45 petang dan sesi persekolahan akan tamat pada pkul 6.50 petang. Sewaktu menunggu pelajar menyiapkan tugasan yang diberikan, tiba-tiba saya melihat CTL datang menghampiri kelas saya dengan memakai t-shirt dan seluar jeans. Kemudiannya, dengan tidak semena-mena dia memasuki kelas saya dari pintu belakang lalu duduk di meja belakang kelas yang masih kosong. Tindakannya yang biadap dan tidak menghormati saya yang berada di dalam kelas telah mengundang kemarahan saya. Lalu saya menyuruh dia keluar dari kelas kerana tindakannya itu menyalahi undang-undang sekolah kerana memasuki kelas tanpa izin guru. Arahan saya tidak diendahkannya menyebabkan saya bertambah beremosi lalu memaksanya berkali-kali keluar dari kelas. Ketika itu, saya menggunakan suara yang agak tinggi kerana tidak dapat mengawal emosi. Kemudiannya CTL bangun dari tempat duduknya lalu menghampiri ke depan kelas lalu menolak dan menendang meja dengan 18
  • 26. kuat dan mula memberontak kerana enggan keluar dari kelas. CTL tetap berkeras tidak mahu keluar dari kelas dengan melawan kata-kata saya dengan nada yang tinggi. Semua pelajar lain yang berada di dalam kelas terdiam seketika. Ketika itu saya berasa sangat takut sekiranya CTL membuat sesuatu yang di luar jangkaan seperti memukul saya dan sebagainya. Saya cuba bertenang dan mengeluarkan telefon bimbit daripada tas tangan seolah-olah mahu menelefon seseorang. Kemudian, saya mengugut CTL sekiranya dia enggan keluar dari kelas, saya akan menelefon pihak polis. Akibat takut dengan tindakan saya yang mahu menelefon pihak polis, CTL terus keluar dari kelas sambil menghambur kata-kata kesat. Peristiwa yang terjadi akan saya ingat sampai bila-bila memandangkan ianya sangat menakutkan dan memberi kesan pada diri saya. Hingga kini saya masih berfikir kesan dan akibat sekiranya pelajar berkenaan hilang kawalan lalu memukul saya dan sebagainya. Situasi seperti ini amat sukar dihadapi terutamanya melibatkan guru wanita yang tidak mempunyai banyak pengalaman dan masih baru dalam bidang perguruan. Selepas tamat sesi persekolahan, saya melaporkan kejadian yang berlaku kepada penyelia petang untuk tindakan selanjutnya. Saya juga mencadangkan kepada penyelia petang agar pengawal sekolah lebih berjaga-jaga dan tidak sewenang-wenangnya membenarkan orang luar keluar masuk ke sekolah tanpa pas yang sah. Selepas kejadian, saya dapati tiada lagi isu yang melibatkan pelajar sekolah lain atau orang luar masuk ke kawasan sekolah sewenang-wenangnya. Individu luar yang ingin ingin memasuki sekolah juga perlu meninggalkan kad pengenalan di pondok pengawal dan mendapatkan pas masuk yang sah sebelum memasuki kawasan sekolah. Tindakan ini lebih efektif bagi mengelakkan dari berlakunya kes-kes tidak dijangka seperti yang berlaku pada saya. Selain itu, saya berpendapat pengawalan di luar kawasan sekolah harus dipertingkatkan terutamanya sebelum dan selepas waktu persekolahan. Sebagai contohnya, setiap petang akan ada pegawai polis yang akan menjaga kawasan di bahagian luar sekolah untuk memastikan keadaan terkawal dan tidak berlaku isu seperti gangsterism. Pernah berlaku di mana beberapa orang pelajar saya di pukul sewaktu balik dari sekolah oleh individu yang tidak dikenali. Kes ini telah dilaporkan oleh pihak sekolah kepada pihak polis untuk diambil tindakan. 19 Refleksi Saya akan lebih bersedia daripada beberapa aspek sekiranya peristiwa yang sama berlaku pada diri saya. Aspek emosi memainkan peranan penting dan mampu mempengaruhi setiap tindak tanduk yang kita lakukan. Merujuk kepada peristiwa yang berlaku, saya mengakui bahawa saya tidak dapat mengawal emosi ketika itu kerana tindakan pelajar yang
  • 27. terlalu biadap. Selain itu, saya mengenali pelajar berkenaan semenjak tahun 2010 lagi dan banyak kelakuannya pernah mengguris hati dan perasaan saya. Justeru, ia mempengaruhi penilaian saya terhadap tindakan pelajar berkenaan. Di samping itu, sekiranya situasi yang sama berlaku di sekolah pada masa akan datang, saya akan mengambil tindakan yang sama dengan menyuruh pelajar berkenaan keluar dari kelas tetapi menggunakan pendekatan memujuk dengan menggunakan lontaran suara yang lebih lembut dan sopan. Saya mengakui ketika kejadian berlaku, saya menggunakan suara yang agak tinggi yang boleh mengundang kemarahan pelajar berkenaan. Pendekatan memujuk dalam nada suara yang lembut mampu mengawal situasi berlaku sebaliknya. Saya percaya pelajar yang mengalami masalah seperti ini boleh dibendung dengan kaedah memujuk dan bukannya menggunakan kaedah kekerasan. Kemungkinan pelajar untuk bertindak di luar jangkaan akan berlaku sekiranya guru bertegas menggunakan kaedah ini. Tindakan individu luar yang masuk ke kelas waktu sesi persekolahan tanpa izin guru diklasifikasikan sebagai perbuatan yang menyalahi undang-undang sekolah. Tindakan ini perlu dilaporkan kepada pihak atasan seperti pengetua atau penyelia petang supaya ianya tidak berulang lagi. Pihak sekolah telah mempertingkatkan pengawasan sekolah dan tidak akan sewenang-wenangnya membenarkan individu luar memasuki sekolah tanpa urusan. Kejadian yang berlaku juga telah mempengaruhi persepsi saya sebagai seorang guru dalam pelbagai aspek. Saya percaya pekerjaan sebagai seorang guru amat menyeronokkan terutama ianya melibatkan interaksi dengan pelbagai pihak seperti pihak pengurusan, guru dan pelajar. Walaubagaimanapun, guru perlu bersedia dari segi fizikal dan mental sekiranya berhadapan dengan situasi yang melibatkan masalah disiplin pelajar. Selama tempoh dua tahun mengajar, saya berjaya membentuk nilai diri menjadi seorang yang penyabar dan tidak mudah melenting sekiranya wujud isu kecil di sekolah. Pada pendapat saya, seseorang guru perlu mempunyai kesabaran yang tinggi agar mereka tidak mudah berputus asa untuk mendidik anak-anak bangsa. Sekiranya tiada nilai sabar dalam diri, seseorang guru akan bertindak mengikut emosi. Sebagai contoh, saya pernah memarahi pelajar kerana terlalu mengikut emosi menyebabkan saya berasa tertekan sehingga mengalami sakit kepala. Oleh yang demikian, guru perlu mempersiapkan diri dengan kaedah-kaedah penyelesaian yang boleh digunakan untuk menangani masalah disiplin pelajar di dalam kelas. Guru perlu berfikiran positif bahawa setiap kejadian yang berlaku ada jalan penyelesaiannya. Selain itu, bidang dan tugas guru bukan sahaja mendidik pelajar bahkan ia lebih daripada itu. Guru perlu mempunyai hubungan yang rapat dengan pelajar dan tidak boleh bersikap berat sebelah. Mungkin sebelum ini saya pernah mengabaikan dan tidak mengendahkan pelajar bermasalah seperti CTL ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung kerana tidak tahan dengan sikapnya. Tindakan ini perlu dielakkan kerana saya percaya 20
  • 28. pelajar yang bermasalah akan membuat sesuatu di luar jangkaan kerana mahu menarik perhatian guru. Justeru, saya akan menggelakkan dari menggunakan pendekatan kekerasan kepada pelajar yang bermasalah. Saya dapati pendekatan ini berkesan dilakukan semasa mengendalikan kelas 2a4 ketika waktu „relief‟. Kelas 2a4 merupakan kelas terakhir dan dikenali dengan pelajar yang bermasalah serta lemah dalam akademik. Terdapat beberapa orang pelajar lelaki dalam kelas ini dikenal pasti mempunyai masalah disiplin yang teruk dan mereka juga beberapa kali diberi amaran oleh pihak sekolah. Pada mulanya memang agak sukar mengendalikan kelas kerana pelajar suka membuat bising dan tidak mendengar arahan guru. Tetapi selepas mengenali dan menjalinkan hubungan yang baik dengan pelajar bermasalah ini, kelas menjadi mudah dikawal atas bantuan mereka. Saya masih ingat lagi, suatu ketika saya menghampiri pelajar bermasalah ini dan memulakan perbualan seperti seorang rakan. Saya dapati pelajar berasa selesa apabila seorang guru tidak meletakkan jurang yang terlalu tinggi dengan mereka ketika berbual. Adakalanya mereka menginginkan guru memberikan perhatian yang lebih kepada mereka. Dengan berbual, pelajar dapat meluahkan apa yang tersirat di dalam hati mereka kepada guru. Ketika itu, saya mengetahui banyak perkara tentang diri mereka dan mengenali mereka dengan lebih mendalam. Sikap mereka boleh dikawal sekiranya guru menghormati mereka, tidak melabel dan tidak bersikap kasar dengan mereka. Contohnya, untuk memberhentikan mereka dari tidak berbuat bising, saya menegur mereka dengan nada yang lembut dan memberi penghargaan serta pujian kepada mereka sekiranya mereka melakukan perbuatan yang positif. Nilai peka juga perlu ada dalam setiap guru memandangkan pelajar-pelajar di Malaysia terdiri daripada latar belakang yang berbeza. Guru perlu peka tentang latar belakang pelajar dan guru perlu tahu bahawa perbezaan ini mempengaruhi sikap dan personaliti pelajar di sekolah. Selain itu, guru perlu sentiasa peka dan mengambil berat tentang setiap pergerakan dan tingkah laku pelajar. Sekiranya mendapati pelajar menghadapi masalah, guru perlu memainkan peranan sebagai pembimbing dan membimbing murid mencari cara menyelesaikan masalah secara positif. Dengan ini, masalah disiplin bilik darjah tidak akan wujud seperti tidak menumpu perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, tidur di dalam kelas, bergaduh dan membuli pelajar lain dan sebagainya. Ini telah membuktikan bahawa peranan guru untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah adalah penting dan perlu dipraktiskan oleh semua guru supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan serta mencapai sasaran dan objektif pembelajaran. Di samping itu, peristiwa yang terjadi memberi pengajaran kepada saya erti ketabahan mendidik anak bangsa. Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan yang terpaksa dihadapi, saya tetap tabah mengharunginya demi menjalankan amanah sebagai seorang guru. Setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Saya juga sedar tentang peranan dan tanggungjawab seorang guru amat besar bagi memastikan proses pengajaran dan 21
  • 29. pembelajaran berlangsung dalam keadaan baik. Guru tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada peranan kaunselor sahaja untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Guru perlu bersikap terbuka dan menjalankan tanggungjawab dengan seikhlas hati. Pengalaman mengajar selama dua tahun membuka mata saya tentang sikap pelajar dan ibu bapa pada masa kini. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya agak terkejut melihat sikap pelajar pada masa kini yang tidak mengamalkan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Mereka bersikap kurang ajar terhadap guru dan mengeluarkan kata-kata kesat seolah-olah perkataan itu sudah sebati dalam diri. Yang menjadi persoalan di sini ialah adakah ibu bapa mereka sedar dengan sikap anak mereka semasa berada di sekolah?. Saya mendapati faktor yang mendorong kepada permasalahan ini ialah berpunca daripada ibu bapa yang sibuk mencari nafkah sehinggakan anak-anak terabai. Kesempitan hidup ini memang tidak boleh dinafikan dalam mencari sesuap nasi untuk membesarkan anak-anak. Ibu bapa kini seolah-olah melepaskan tanggungjawab sepenuhnya kepada guru untuk mendidik anak mereka. Kita juga pernah mendengar isu guru mengeluh kerana bebanan kerja yang melampau dan terpaksa menjadi „orang gaji‟ untuk menjaga anak-anak mereka. Saya berpeluang berbual dengan ibu bapa pelajar semasa sesi mengambil kad kemajuan di sekolah. Memandangkan saya merupakan guru kelas ketika itu, saya dapat melihat pelbagai gelagat ibu bapa pada masa kini. Terdapat sebilangan ibu bapa yang terlalu bergantung kepada guru untuk mendidik anak mereka kerana mereka sendiri sudah tidak dapat mengawal sikap anak mereka. Ada ibu bapa yang tidak mahu mendengar komen guru mengenai sikap anak mereka di sekolah. Saya masih ingat lagi, ada seorang ibu kepada pelajar perempuan tingkatan 2 datang mengambil kad kemajuan anaknya. Anak perempuannya juga kerap melakukan masalah ketika di dalam kelas . Ketika guru ingin memberi komen tentang prestasi serta sikap anaknya, ibu kepada pelajar berkenaan terus mengambil kad kemajuan dan berkata bahawa dia datang ke sekolah bukan bertujuan untuk mendengar guru mengadu tentang sikap anaknya. Ibu dan pelajar berkenaan terus balik tanpa mendengar komen dan penjelasan dari guru. Di sini, saya percaya bahawa sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak sehingga tidak mempercayai apa yang dikatakan oleh guru mendorong timbulnya masalah di sekolah. Selain itu, saya melihat peristiwa yang saya alami berpunca daripada kurangnya pendidikan agama dan faktor rakan sebaya di kalangan pelajar dewasa kini. Pendidikan agama mengajar setiap individu untuk melakukan kebaikan dan mengamalkan nilai-nilai murni. Kurangnya pendidikan agama menyebabkan pelajar mudah alpa akan tanggungjawab dan peranan mereka terhadap diri dan orang sekeliling. Rakan sebaya merupakan orang yang paling rapat selain ibu bapa. Pelajar lebih gemar menceritakan masalah dan perasaan mereka kepada rakan. Ekoran itu, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sangat besar kepada pelajar. Rakan-rakan yang baik akan mendorong rakannya yang lain mengikut tingkah laku dan 22
  • 30. norma-norma yang baik. Justeru, rakan sebaya amat berpengaruh dalam membentuk personaliti pelajar. Sekiranya nilai rakan sebayanya rajin, tekun, menghormati orang lain dan sebagainya, maka secara tidak langsung akan mempengaruhi rakannya. Perkara yang sama juga berlaku kepada pelajar CTL yang berkawan baik dengan MCH. Kedua-dua mereka mempunyai sikap yang sama lalu kecenderungan untuk melakukan perbuatan-perbuatan negatif adalah tinggi. Secara keseluruhannya, pengalaman mengajar membuka mata saya tentang pelbagai isu-isu disiplin yang melibatkan pelajar pada masa kini. Jika sebelum ini, saya hanya membaca isu-isu sebegini di dalam surat khabar dan majalah sahaja tetapi kini saya sendiri berhadapan dengannya. Selain itu, saya juga pernah menjadi guru kepada seorang pelajar perempuan tingkatan 1 yang menimbulkan isu disiplin seperti ponteng sekolah, lari dari rumah dan disyaki pernah melakukan hubungan seks dengan pelajar luar. Saya membuat kesimpualan bahawa untuk mengatasi setiap isu yang terjadi, ianya memerlukan kerjasama banyak pihak seperti ibu bapa, masyarakat, guru dan pihak pentadbiran sekolah. Saya menganggap dugaan dan cabaran yang saya alami sebagai proses mematangkan saya dalam bidang profesion perguruan. Saya percaya walau di mana saya ditempatkan kelak, masalah disiplin di kalangan pelajar tetap timbul dan saya perlu bersedia melengkapkan diri dari aspek seperti fizikal dan mental untuk menjadi guru yang cemerlang dan berkesan. 23
  • 31. 24 ASH Saya telah berkhidmat sebagai seorang guru selama 4 tahun dan pernah bertugas di sebuah sekolah di Petaling Jaya, Selangor. Sekolah ini adalah sebuah sekolah di mana semua pelajarnya adalah terdiri daripada pelajar lelaki. Pengalaman mengajar di sekolah ini memberi seribu satu warna dalam hidup saya. Saya banyak belajar tentang pelajar lelaki, bagaimana mengambil hati pelajar lelaki dan bagaimana menangani karenah mereka. Walaupun pelajar lelaki ini agak kasar, nakal dan berbagai karenah tetapi mereka ini mempunyai hati yang lembut. Sebagai guru kita perlu tahu bagaimana untuk mengambil hati mereka dan mereka akan mendengar arahan kita. Pelajar ini amat memerlukan perhatian daripada guru. Semasa saya mengajar pada tahun 2010, saya telah ditugaskan untuk mengajar tingkatan 2 Biru untuk subjek Pendidikan Islam. Saya mempunyai seorang pelajar yang bernama Ash (bukan nama sebenar). Pelajar ini agak pintar tetapi mempunyai pelbagai masalah disiplin di sekolah. Saya sudah mengenali pelajar ini pada tahun 2009 kerana rekod disiplinnya di sekolah. Apabila saya mula mengajar kelasnya, pelajar ini mula membuat pelbagai masalah di dalam kelas. Pelajar ini akan mula membuat bising, mengganggu rakan-rakan yang lain dan tidak membuat kerja atau latihan yang diberikan. Pelajar ini mempunyai pengaruh yang amat kuat kepada rakan-rakannya. Jika pelajar ini bising, beberapa orang rakan baiknya perlu mengikut caranya. Jika tidak mereka tidak akan diterima sebagai rakannya. Ini menyebabkan rakan sekelas yang lain menjadi marah kerana tidak dapat menumpukan perhatian pada pelajaran. Pelajar ini tidak akan membuat kerja rumah atau latihan yang diberikan. Pelajar ini juga selalu menggunakan perkataan yang kasar kepada saya dan guru-guru lain. Pelajar ini suka mencabar gurunya untuk marah kepadanya. Apabila kita marah, pelajar ini akan ketawa dan senyum kepada kita. Pelajar ini akan berpura-pura tidak melakukan apa-apa kesalahan. Rakan-rakan pelajar ini akan menyokong pelajar ini. Mereka sanggup untuk sama-sama menanggung denda yang diberikan kepada rakan mereka. Pelajar ini menyebabkan guru-guru agak tertekan semasa mengajar kelas ini. Apabila saya mula mengajar kelas 2 Biru ini, saya tidak ada persepsi buruk pada pelajar ini. Saya berazam untuk mengajar semua pelajar sama rata. Apabila pelajar ini mula berbuat bising dan mengganggu pengajaran dan pembelajaran, saya akan menegur dengan baik. Apabila ada masa yang sesuai saya akan memanggil pelajar ini secara individu dan bercakap serta bersembang dengan pelajar ini. Pelajar ini ada bercerita kepada saya tetapi masih dalam keadaan berhati-hati dan berahsia. Saya mula menasihati pelajar ini dan rakan-rakannya semasa proses pengajaran dan
  • 32. pembelajaran dan mereka mula mengurangkan aktiviti bising dalam kelas saya. Mereka mula membuat latihan dan kerja rumah yang saya berikan. Pada masa yang sama, pelajar ini masih lagi membuat masalah disiplin semasa kelas guru lain dan pada waktu persekolahan. Saya ada berbincang dengan guru disiplin dan guru kaunseling di sekolah. Kami meminta kerjasama guru kaunseling untuk mengadakan sesi kaunseling untuk mengetahui masalah pelajar ini. Saya memberikan maklumat yang saya perolehi dari pemerhatian saya di dalam kelas dan maklumat daripada rakan baik pelajar ini dan rakan sekelas kepada guru kaunseling. Ini memudahkan guru kaunseling mendapatkan maklumat mengapa pelajar ini bermasalah. Setelah beberapa kali sesi kaunseling, saya dapat melihat perubahan sikap pelajar ini. Guru-guru lain juga memberikan pendapat yang sama. Pelajar ini menjadi semakin baik dan mendengar arahan guru. Pelajar ini mempunyai masalah keluarga yang mana ibu dan bapanya telah bercerai. Bapanya telah berkahwin lain dan mempunyai anak dengan isteri yang baru. Ibunya juga telah berkahwin semula. Ibunya mengikut suaminya tinggal di India dan mempunyai anak dengan lelaki India tersebut. Pelajar ini terpaksa tinggal dengan abang dan adik-adiknya dan dijaga oleh nenek. Abang pada pelajar ini adalah bekas pelajar sekolah ini dan telah dibuang sekolah kerana pelbagai kes disiplin yang dilakukan. Pada mulanya ayah Ash mengambil berat tentang hal anaknya, tetapi apabila anak-anaknya bersikap kurang sopan dengan isterinya, bapa mereka tidak lagi mengambil berat tentang hal mereka adik beradik. Pelajar ini menjaga dan mengasuh adik-adiknya untuk membantu neneknya selepas waktu sekolah. Berkat kesabaran dan nasihat daripada guru disiplin, guru kaunseling dan guru-guru lain, pelajar ini mula berubah. Pelajar ini mula belajar di dalam kelas, menyiapkan latihan yang diberikan oleh semua guru dan tidak lagi mengganggu rakan-rakan yang lain semasa pengajaran dan pembelajaran. Pelajar ini menumpukan perhatian pada kelas dan juga rakan-rakannya sama-sama belajar. Guru-guru mula memuji perubahan yang dilakukan oleh pelajar ini. Saya berasa amat puas hati kerana pelajar ini telah berubah dan pada masa yang sesuai saya akan menasihati pelajar ini. Pelajar ini berubah hanya untuk 3 bulan sahaja. Pada bulan ketiga, pelajar ini mula kembali ke perangai asalnya. Pelajar ini menjadi lebih teruk lagi berbanding sebelum ini. Pelbagai masalah disiplin dilakukan seperti ponteng kelas, ponteng sekolah, menghisap rokok dan memukul pelajar lain serta bergaduh. Guru disiplin, guru kaunseling, guru-guru lain serta saya amat terkejut dengan perubahan pelajar ini dengan tiba-tiba. Guru kaunseling memanggil pelajar ini dan bertanya tentang perubahannya. Pelajar ini mengatakan bahawa apabila beliau menjadi pelajar yang baik, guru-guru tidak lagi memanggil namanya. Pelajar ini merasakan yang dia tidak lagi mendapat perhatian guru dan guru tidak lagi mengendahkannya. Pelajar ini mungkin kurang kasih sayang dan mengharapkan perhatian daripada guru-guru. Guru kaunseling cuba menyuruh pelajar ini berubah 25
  • 33. menjadi baik kembali, tetapi pelajar ini bertekad tidak akan menjadi baik lagi. Saya sebagai guru Pendidikan Islam juga memanggil pelajar ini dan cuba menasihatinya secara berlembut. Saya memuji perangai dan kelakuannya yang baik sebelum ini. Pelajar ini tetap berkeras yang dia tidak akan berubah. Pelajar ini tahu saya sangat kecewa dengan sikapnya tetapi tetap berkeras untuk tidak berubah. Pelajar ini mula kembali kepada perangai asalnya. Pelajar ini mula bising di dalam kelas saya dan mengganggu rakan yang lain. Pelajar ini akan duduk di belakang dan berkumpul dengan ahli kumpulannnya. Pelajar ini akan membuat bising di belakang kelas, dan saya akan mengajar rakan pelajar ini yang lain. Pelajar ini tidak lagi menyiapkan kerja yang diberikan. Semasa peperiksaan, pelajar ini tidak menjawab soalan sebaliknya pelajar ini tidur. Pelajar ini makan di dalam kelas saya dan pernah makan “chew gum” di dalam kelas saya. Apabila saya meminta mereka membuang “chew gum” mereka, mereka tidak mahu mengikut arahan saya, malah mereka mengejek-ejek saya. Saya menulis dalam buku laporan kelas dan melaporkan kepada guru disiplin dan mereka didenda keesokkan harinya. Pelajar ini juga mula ponteng kelas dan mula menghisap rokok sedangkan sebelum ini pelajar ini tidak pernah merokok. Pelbagai kesalahan dilakukan oleh pelajar ini dan mengakibatkan pelajar ini digantung sekolah selama 2 minggu. Saya sebagai guru mata pelajaran bekerjasama dengan guru disiplin, guru tingkatan, guru kaunseling, guru-guru lain dan Penolong Kanan Petang untuk cuba membantu pelajar ini. Guru disiplin memanggil bapa pelajar ini ini untuk berbincang tetapi bapa pelajar ini memberitahu guru disiplin bahawa beliau tidak mahu campur tangan lagi urusan anaknya. Bapa pelajar ini amat kecewa dengan perangai anaknya. Nenek pelajar ini juga tidak mahu bekerjsama dengan guru kaunseling yang pergi ke rumah berjumpa dengannya. Nenek pelajar ini tidak mahu berjumpa guru kaunseling. Ibu pelajar ini pula tidak dapat dihubungi. Penolong Kanan Petang juga cuba pelbagai cara untuk menasihati dan mendenda pelajar ini tetapi tidak berjaya. Saya cuba menasihati pelajar ini mengikut ajaran agama dan juga membawa pelajar ini berjumpa dengan Ustazah yang lebih berpengalaman tetapi tidak berjaya juga. Kami semua amat kecewa kerana tidak dapat membentuk pelajar kami dengan baik. Kami telah mencuba pelbagai pendekatan tetapi pelajar ini tetap tidak mahu berubah. Ini mungkin disebabkan oleh kerana pelajar ini tidak mendapatkan sokongan daripada keluarga seperti yang diharapkannya. Sepanjang tahun itu, pelajar ini melakukan pelbagai masalah disiplin dan langsung tidak mahu belajar. Saya sebagai guru mata pelajaran masih memberi kata-kata semangat dan perangsang untuk menggalakkan pelajar ini belajar tetapi pelajar ini mengambil pendekatan tidak mempedulikan nasihat dan arahan saya. Saya ingin pelajar ini berjaya tetapi amat susah untuk mendekatkan diri dengan pelajar ini. Saya juga 26
  • 34. mendapatkan maklumat tentang pelajar ini daripada rakan-rakan baiknya dan rakan sekelas. Rakan-rakan pelajar ini memberitahu bahawa pelajar ini bertekad untuk tidak berubah. Saya telah mencuba pelbagai cara untuk mengatasi masalah dengan pelajar ini. Saya juga mendapatkan bantuan pihak sekolah, guru disiplin, guru kaunseling, guru tingkatan dan guru-guru lain untuk menyelesaikan masalah pelajar ini tetapi masih tidak berjaya. Pelajar ini tetap dengan pendirian dan masalah disiplinnya. Saya amat kesal kerana tidak berjaya mengubah pelajar ini tetapi pelbagai tindakan yang telah saya lakukan. Saya sentiasa berdoa agar pelajar ini akan berubah pada satu masa nanti. 27 Refleksi Jika selepas ini saya menghadapi masalah pelajar seperti ini saya akan cuba juga untuk menyelesaikan masalah pelajar ini. Saya perlu memantau pelajar yang sebegini kerana takut perubahan yang dilakukan adalah untuk jangka masa pendek sahaja. Saya perlu mengetahui masalah pelajar ini dan menasihati dan memotivasikan pelajar seperti ini. Saya juga akan pergi berjumpa keluarga pelajar seperti ini untuk mendapatkan bantuan mereka. Keluarga adalah tulang belakang kepada seorang pelajar. Pelajar yang mempunyai keluarga yang mengambil berat akan berusaha untuk belajar dan menjaga tingkah laku di sekolah. Ini kerana setiap perbuatan anak akan memberi refleksi sama ada negatif atau positif kepada ibu bapa. Saya akan mendapatkan kerjasama keluarga pelajar untuk sama-sama membantu pelajar ini berubah dan mencungkil prestasi dalam dirinya. Sebagai seorang guru, situasi di atas mempengaruhi cara saya menangani masalah pelajar seperti ini. Saya berasa agak kecewa kerana tidak dapat memastikan pelajar saya berubah terus tetapi sebaliknya pelajar saya berubah untuk jangka pendek sahaja. Situasi ini memberikan saya cabaran semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas di mana saya perlu menangani pelajar yang bising dan mengganggu rakan di dalam kelas. Saya perlu memberi latihan untuk menggalakkan pelajar saya melakukan ulang kaji. Saya juga mengadakan aktiviti berkumpulan agar pelajar saya memberi tumpuan dan berminat untuk belajar. Apabila menghadapi masalah pelajar seperti ini, saya merasakan profession perguruan ini amat mencabar. Pelbagai ragam pelajar kita akan temui semasa mengajar dan kita perlu kuatkan semangat dan tidak putus asa menghadapi pelajar seperti ini. Kita perlu berusaha agar pelajar kita berubah ke arah kebaikan. Kita perlu menasihati, memotivasi dan memahami maslah pelajar-pelajar kita. Biasanya pelajar yang bermasalah ini mempunyai pelbagai kisah di sebalik keceriaan dan kenakalan mereka. Pelajar amat memerlukan perhatian daripada guru. Setiap kali seorang guru itu menjejakkan kaki ke kelas, guru bukan sahaja datang untuk
  • 35. mengajar tetapi dalam masa yang sama, guru perlu mengetahui masalah pelajar, membantu pelajar menangani masalah, menasihati dan memotivasikan mereka. Saya tidak akan berputus asa walaupun saya tidak berjaya mengubah pelajar ini tetapi masih ramai pelajar yang berterima kasih dan menghargai pengorbanan saya sebagai seorang guru. Saya akan tetap akan mencurahkan segala ilmu yang saya ada untuk membentuk pewaris bangsa, agama dan negara. 28
  • 36. 29 HYPER- ACTIVE Peristiwa ini berlaku semasa saya bertugas di sebuah sekolah di Kuala Lumpur. Pada persekolahan awal tahun, kelas 1 cempaka menerima pelajar baru, daripada aliran pendidikan Khas. Pelajar ini disahkan oleh doktor pakar mengalami masalah aktif terlampau ataupun „hyper-active‟ yang menyebabkan pelajar ini mempunyai perangai yang luar biasa. Luar biasa di sini merujuk kepada; i) Sering menjerit dengan tiba-tiba, ii) kadang-kadang bertindak agresif dan kasar, iii) mempunyai masalah dalam pergaulan rakan sebaya (sukar untuk menyesuaikan diri), iv) kerapkali mengalami emosi yang kurang stabil, v) terlalu sensitif dan vi) lain-lain. Ibu pelajar ini telah memohon kepada pihak sekolah agar memberi kelulusan kepada anaknya berpindah dari aliran pendidikan khas ke aliran biasa memandangkan anaknya itu dapat menguasai pembelajaran dan dapat memahami sesuatu konsep dengan cepat. Dengan merujuk kepada prestasi yang baik ditunjukkan oleh pelajar ini dalam ujian pertama dan juga saranan daripada doktor, maka pihak pengurusan sekolah mengambil keputusan untuk memindahkan pelajar ini ke aliran biasa. Pelajar ini lebih dikenali dengan panggilan Wei Xiang, beliau mempunyai bentuk fizikal yang tinggi dan sedikit gempal. Wei Xiang mempunyai kebolehan pembelajaran yang agak bagus, dia boleh menguasai sesuatu konsep ataupun maklumat yang diajar oleh guru dengan pantas berbanding rakan-rakannya yang lain baik semasa dalam kelas pendidikan khas dahulu mahu pun kelas di aliran biasa iaitu kelas 1 cempaka. Wei Xiang akan menghadiri temujanji dengan doktor pakar di Hospital HUKM setiap 2 minggu, dan setiap 2 minggu tersebut, saya akan mengisi sekeping borang ulasan daripada guru kelas untuk diberikan kepada doktor yang merawatnya. Pada satu ketika, saya mengajar subjek Geografi dalam kelas 1 Cempaka. Apabila saya mengajar sesuatu tajuk, dia cepat faham dan memberi respon yang positif dan agak pantas dengan bertanyakan guru sesuatu soalan untuk mengukuhkan lagi kefahamannya. Masalah yang saya hadapi adalah; i) apabila Wei Xiang bertanyakan soalan, pelajar-pelajar lain mengusik dengan menyatakan „jangan bertanya soalan‟, ii) memandangkan emosi pelajar ini yang kurang stabil, dia sering mengamuk dan menjerit secara tiba-tiba di dalam kelas, kerana marahkan rakan-rakan yang mengusiknya, walaupun rakan-rakannya itu hanya melirikkan mata kepadanya. Wei Xiang juga sering malas untuk membuat latihan dalam kelas seperti yang diarahkan oleh guru. Akan tetapi, walaupun dia berperangai sedemikian, dia tetap mendapat markah paling tinggi dalam kebanyakan subjek seperti Geografi, Sejarah, Matematik dan lain-lain dalam ujian ataupun peperiksaan. Akibat perbuatannya yang tidak suka membuat latihan dalam kelasnya itu, timbul rasa tidak puas hati di kalangan pelajar yang lain. Mereka menyatakan bahawa mereka tidak mahu membuat latihan kerana guru telah memberi Wei Xiang pelepasan untuk tidak
  • 37. membuatnya. Seperti yang saya nyatakan di atas, Wei Xiang akan menjerit jika tiba-tiba emosinya terganggu, ini boleh menyebabkan tumpuan guru dan pelajar lain untuk meneruskan pembelajaran terganggu. Keadaan dalam kelas selalu bising kerana pelajar-pelajar lain mula bising jika dia menjerit, dengan mengarahkan Wei Xiang supaya senyap. Selain itu, pelajar-pelajar lain juga sering mengadu bahawa Wei Xiang mengganggu mereka, contohnya seperti pelajar perempuan mengadu dalam kelas semasa saya sedang mengajar, “Cikgu, Wei Xiang tengok breast saya”. Bila saya bertanya “Betul ke Wei Xiang kamu buat macam tu?”, apabila ditekan sedikit sahaja, dia akan menangis teresak-esak dan akan mengambil masa yang lama untuk berhenti. Tiap-tiap kali kelas saya dan juga kelas guru lain, kami akan mengalami masalah yang sama, keadaan pasti akan bising. Bising kerana pelajar-pelajar lain tidak mahu Wei Xiang bercakap, atau mereka mengusik dia ataupun Wei Xiang akan menganggu rakan-rakan sekelasnya. Dan jika saya tidak menegur perbuatan pelajar-pelajar berkenaan, keadaan akan menjadi bertambah teruk. Satu perkara lagi, perbuatan menjerit Wei Xiang benar-benar mengganggu mood guru dan pelajar setiap kali ingin menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Dalam kelas, tiada pelajar yang ingin duduk bersebelahan dengan Wei Xiang memandangkan jumlah bilangan pelajar dalam kelas 1 Cempaka adalah ganjil iaitu seramai 35 orang. Kedudukan meja dan kerusi pula adalah dalam bentuk duduk berdua-dua, jadi Wei Xiang duduk berseorangan. Pernah juga apabila saya mengajar kelas sebelah yang berdekatan kelas 1 Cempaka, saya akan mendengar jeritan yang kuat, sehingga saya dapat mengagak bahawa jeritan itu adalah daripada Wei Xiang. Saya juga merasa agak tertekan apabila setiap hari ada sahaja guru lain yang mengadu tentang Wei Xiang kepada saya. Antara aduan yang diterima oleh guru lain adalah; Wei Xiang tidak buat latihan yang mereka sediakan dalam kelas, pelajar- pelajar sekelas Wei xiang sering mengusik Wei Xiang seterusnya menyebabkan keadaan kelas bising, pelajar-pelajar lain tidak mahu Wei Xiang bertanya soalan dalam kelas kerana jika dia bertanya soalan pasti mengambil masa yang lama contohnya lima minit, Semasa pembelajaran ICT di makmal computer Wei Xiang ingin bermain “game”, jika ditegah oleh guru, dia akan merajuk dan menjerit kepada rakan sekelas yang menegahnya juga, apabila guru memberi peluang kepada Wei Xiang untuk bermain game, pelajar-pelajar lain akan berasa guru tidak adil kerana hanya memberi peluang kepada Wei Xiang, maka sesi pembelajaran akan terganggu. Selain itu, jika saya ingin membuat aktiviti kumpulan, semua kumpulan tidak akan mahu Wei Xiang menyertai mereka. Saya terpaksa memaksa mereka, salah satu kumpulan tersebut menerima Wei Xiang dengan syarat Wei Xiang tidak menganggu dan membuat kerja yang sepatutnya. Wei Xiang juga suka membuat banyak sampah dengan menggumpal kertas dari buku latihannya, dan membuangnya ke atas lantai.Keadaan ini tidak disenangi oleh semua orang, guru juga sudah kerapkali menegur perbuatannya tetapi keadaan seperti ini berlarutan dan sering jugaberlaku. 30
  • 38. Ada juga pelajar lain yang mempunyai masalah disiplin mengambil kesempatan di atas kelemahan Wei Xiang yang akan menurut sahaja cadangan yang diusulkan tanpa sebarang bantahan. Antara kes yang pernah terjadi adalah seorang pelajar yang mempunyai masalah disiplin itu (pelajar tingkatan empat) telah menyuruh Wei Xiang memegang punggung seorang pelajar perempuan. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab pelajar tingkatan 4 ini amat saya kesali dan memang susah untuk dikawal kerana saya tidak boleh bersama Wei Xiang sepanjang masa di sekolah. Di sini, apa yang saya ingin nyatakan, Wei Xiang tidak sesuai dengan persekitaran kelas aliran perdana. Tidak dinafikan memanglah Wei Xiang mempunyai kebolehan yang baik dalam kemahiran pembelajarannya, tetapi dari segi tingkahlaku, emosi,dan perasaan dia gagal mengawalnya dan terlalu susah untuk menyesuaikan diri. Saya ada membuat rujukan dengan guru lamanya di unit pendidikan khas.Menurut guru tersebut Wei Xiang inginkan perhatian memandangkan ketiadaan bapa dan perilaku semulajadinya yang panas baran dan tidak dapat mengawal emosinya. Timbul rasa belas kasihan di hati saya, kerana sebenarnya saya ingin menyuarakan pendapat supaya Wei Xiang dipindahkan semula ke aliran pendidikan khas kerana persekitaran di aliran perdana atau aliran biasa tidak sesuai baginya. Tetapi saya luahkan juga kepada guru tersebut. Memang guru tersebut pun akui tentang kebenaran hal itu tetapi katanya, perpindahan Wei Xiang adalah kerana desakan dari ibunya yang mendakwa bahawa anaknya tidak sesuai dengan aliran pendidikan khas kerana pembelajaran anaknya itu akan banyak ketinggalan dan mendesak supaya anaknya itu ditukarkan ke aliran biasa. Apa yang saya lakukan adalah saya sering mengingatkan Wei Xiang supaya sentiasa menjaga perilaku baik di dalam kelas mahupun di luar dengan mengingatkan kepadanya, jika dia tidak menjaga perangainya dia akan ditukarkan semula ke unit pendidikan khas. Bukan niat saya untuk mengugutnya tetapi jika tidak diberikan amaran sebegitu, dia akan berperangai lebih teruk lagi. Semasa sesi pembelajaran subjek Bahasa Melayu, pernah juga saya pindahkan Wei Xiang ke kelas bersebelahan untuk sementara waktu kerana semasa itu, keadaan menjadi tidak terkawal apabila Wei Xiang mula mengamuk akibat usikan rakan-rakan sekelasnya. Semasa itu saya mengajar subjek Geografi di kelas sebelah. Keadaan memang menjadi tidak terkawal, sehingga Wei Xiang menolak meja sehingga jatuh. Bila saya pindahkan dia ke kelas lain, keadaan jadi tenteram buat seketika. Saya ada juga meminta pendapat guru lain tentang bagaimana untuk menangani masalah ini. Pendapat mereka juga sama iaitu memindahkan kembali Wei Xiang ke aliran pendidikan khas. Tetapi ia bukanlah senang seperti yang disangka, banyak prosedur yang perlu dipatuhi. Keadaan seperti ini berlarutan, sehingga saya pernah bawa perkara ini ke pihak pentadbiran iaitu penolong kanan sekolah, tetapi menurut penolong kanan, jika hendak menukarkan kembali Wei Xiang ke aliran pendidikan khas, mestilah mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan memakan 31
  • 39. sedikit masa. Ini kerana saya terpaksa dahulu menulis laporan tentang Wei Xiang tentang apa yang berlaku kepadanya, apa yang dia buat, apa yang dia minat untuk setiap hari. Selain itu, ketua kelas juga perlu menulis laporan tentang Wei Xiang memandangkan guru kelas tidak dapat bersama dengan pelajar itu pada setiap masa. Ketua kelas juga pernah menyuarakan kepada saya tentang laporan yang terpaksa dibuat olehnya merupakan sedikit beban kerana terpaksa memerhatikan dan mencatat perbuatan Wei Xiang pada setiap masa. Saya juga pernah merujuk kepada ibu Wei xiang sendiri tetapi ibunya enggan menukarkan kembali Wei Xiang ke aliran pendidikan khas dengan alasan anaknya itu mempunyai tahap pembelajaran yang boleh dibanggakan. Menurutnya lagi pembelajaran yang diajar di aliran pendidikan khas adalah terhad dan menggunakan pentaksiran yang berlainan daripada kelas aliran perdana. Penolong kanan mengarahkan saya agar membuat laporan tentang apa yang telah dibincangkan sebelum ini, iaitu membuat laporan tentang Wei Xiang tentang apa yang berlaku kepadanya, apa yang dia buat, apa yang dia minat untuk setiap hari. Selain itu, ketua kelas juga perlu menulis laporan tentang Wei Xiang memandangkan guru kelas tidak dapat bersama dengan pelajar itu pada setiap masa. Satu perkara lagi, saya terpaksa juga menulis laporan tentang apa yang berlaku dalam kelas semasa guru lain mengajar subjek mereka. Maksudnya, guru lain akan memberitahu kepada saya tentang apa yang berlaku kepada Wei Xiang semasa mereka mengajar. Pendek kata, memang saya banyak meluangkan masa saya selama di sekolah untuk menguruskan hal berkaitan pelajar ini. Kerana berasa sayang dan belas kasihan terhadap Wei Xiang, sebagai seorang guru, saya cuba berbincang secara lembut dengan ibu Wei Xiang tentang keadaan dia dalam kelas. Saya cuba ceritakan apa yang berlaku dalam kelas saya dan kelas guru lain. Saya tunjukkan laporan harian yang telah saya buat bersama-sama dengan laporan yang ketua kelas telah buat. Pada mulanya ibu Wei Xiang tidak boleh menerima dan menyalahkan guru kerana tidak menegur perbuatan guru lain yang tidak menegur perbuatan pelajar lain yang mengusik anaknya. Saya cuba jelaskan bahawa, guru-guru sudahpun menegur tetapi keadaan yang sama akan berulang boleh 32 dikatakan setiap masa dan setiap hari. Kesan daripada langkah yang saya gunakan iaitu memindahkan Wei Xiang ke kelas lain mendatangkan kesan positif pada awalnya. Saya meminta izin guru kelas 1 Bakawali supaya dapat memindahkan Wei Xiang dalam kelasnya. Perkara ini juga saya rujuk dengan pengetua dan pengetua membenarkannya. Pelajar-pelajar kelas 1 Bakawali tidak suka menganggu Wei Xiang seperti pelajar-pelajar kelas 1 Cempaka. Mereka tidak menghiraukan tentang perlakuan Wei Xiang yang pelik. Tetapi ada juga seorang atau 2 orang pelajar yang tidak suka dengan keadaan bising yang ditimbulkan oleh Wei Xiang dan memarahi Wei Xiang, akhirnya keadaan yang sama dengan kelas 1 Cempaka terjadi kepada kelas 1 Bakawali, mereka seolah-olah tidak dapat menerima kehadiran Wei Xiang ke dalam kelas mereka. Saya juga mendapat aduan daripada guru kelas 1 Bakawali,
  • 40. kehadiran Wei Xiang ke dalam kelasnya menimbulkan situasi yang tidak kondusif dan menggangu sesi P & P dalam kelas 1 Bakawali.Oleh itu, saya pindahkan semula Wei Xiang ke kelas 1 Cempaka. Akhirnya perkara ini saya rujuk kepada pengetua. Saya cadangkan kepada pengetua agar Wei Xiang dipindahkan semula ke aliran pendidikan khas. Dengan menunjukkan segala laporan yang telah saya dan ketua kelas 1 Cempaka sediakan, dan pengakuan secara bertulis dari guru-guru yang lain yang mengajar 1 Cempaka. Pengetua juga meminta sedikit masa untuk menyelidik perkara ini dan ada melawat kelas 1 cempaka beberapa kali semasa saya mengajar untuk melihat keadaan Wei Xiang. Dan selepas itu saya berhenti dari menjawat jawatan GSTT kerana ingin menyambung kursus DPLI (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah). Saya ada membuat follow up dengan guru lain di sekolah tersebut untuk bertanya tentang perkembangan Wei Xiang. Dan akhirnya, Wei Xiang dipindahkan semula aliran pendidikan khas pada bulan april 2013 setelah masalah yang sama berlarutan apabila dia naik ke tingkatan 2 dengan guru lain yang menjawat sebagai guru kelasnya. 33 Refleksi Sekiranya situasi seperti ini berlaku lagi saya akan pantas membuat laporan dan berbincang dengan pengetua kerana pelajar seperti ini amat menganggu suasana pembelajaran dalam bilik darjah. Jangan mengambil masa terlalu lama dan teragak-agak untuk bertindak kerana semakin lama, masalah ini akan menjadi semakin teruk. Pelajar yang hyperaktif memang mempunyai masalah daripada aspek sosial dan dia sukar untuk mengubah perangai semulajadinya itu, jadi dia memang tidak sesuai dengan aliran biasa. Yang penting sekali ibubapa perlu faham kerana perkara yang sangat sukar adalah mengubah mentaliti mereka mengenai pendidikan di pendidikan khas juga adalah terjamin dan berkualiti. Apabila berhadapan dengan situasi seperti ini, saya sedar bahawa sebagai seorang guru, kita berperanan penting dalam memastikan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang sihat dan selesa untuk pelajar. Di sini saya ingin menegaskan bahawa sebagai seorang guru, kita haruslah menjadi seorang guru yang berkesan yang boleh membawa atau menunjukkan cara bagi pelajar bagi mencapai sesuatu kejayaan. Melalui teori-teori pendidikan berkesan dari Dewey, Piaget, Vygotsky dan Falsafah Pendidikan Negara yang paling idealistik, kita haruslah berusaha merealisasikan tujuan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) agar dapat dicapai dalam membangunkan falsafah pengajaran saya. Sebagai seorang guru juga, kita mestilah lebih peka terhadap persekitaran pelajar dan berusaha mewujudkan persekitaran pembelajaran dalam bilik darjah agar bersifat kondusif, memberangsangkan dan selesa bagi pelajar. Kita juga perlu cuba untuk memahami sesuatu perkara itu dari perspektif pelajar, bagaimana
  • 41. perasaan mereka, bagaimana mereka rasa, apa pandangan mereka, sesuatu perkara yang diambil itu menunjukkan kesan positif atau negatif terhadap diri mereka. Jangan hanya memikirkan penyelesaian terhadap sesuatu perkara berdasarkan perspektif kita sahaja. Kita mestilah mengambil kira pandangan semua pihak supaya dapat mencapai kata sepakat untuk kepentingan bersama. Dalam aspek sosial seseorang pelajar itu, ianya sangat memberi kesan kepada pembangunan pembelajaran mereka, seperti yang diteorikan oleh Vygotsky. Pelajar perlu berinteraksi antara satu sama lain dalam masyarakat mereka. Medium yang penting adalah untuk mempunyai rakan-rakan yang akan mempengaruhi cara pembelajaran pelajar. Dalam situasi yang saya hadapi ini, pelajar-pelajar lain tidak dapat berinteraksi secara baik dan terganggu dengan situasi bising kerana banyak perkara yang ditimbulkan oleh Wei xiang, sedangkan pelajar perlu dibantu, diinspirasi, dan dirangsang oleh orang lain. Saya menyedari bahawa konteks sosial sememangnya aspek yang sangat penting untuk menyerlah dalam proses pembelajaran. Kadang kala, pelajar boleh mendapatkan satu pencapaian pembelajaran yang optimum dengan dibantu oleh rakan-rakan mereka yang maju. Jadi, sebagai seorang guru, ia adalah tanggungjawab saya untuk menggalakkan hubungan yang sihat dan persaingan di kalangan pelajar, nilai moral yang baik terdiri dalam hubungan dan membantu antara satu sama lain. Disamping itu, sebagai seorang guru, kita mestilah menghadapi sesuatu masalah itu dengan keadaan tenang. Sentiasa merujuk kepada orang yang lebih arif atau banyak pengalaman seperti guru-guru senior yang dapat menyumbang kepada penyelesaian masalah tersebut. Jangan pendam sesuatu masalah tersebut jika tidak dapat menyelesaikannya secara sendirian. Kita juga haruslah bersifat professional, jangan melibatkan emosi jika hendak menyelesaikan sesuatu masalah kerana akan menyebabkan sesuatu kesan yang negatif terhadap pelajar, mahupun diri kita sendiri. Merujuk kepada kaedah pengajaran yang dicadangkan berkesan pada masa kini, pengajaran dan pembelajaran efektif adalah pendekatan berpusatkan pelajar. Strategi pembelajaran ini adalah untuk menggalakkan pelajar untuk berkomunikasi tentang tanggungjawab pelajar dalam membantu mereka memahami bagaimana untuk belajar.Kaedah ini boleh dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik darjah untuk membangunkan kreativiti pelajar supaya pelajar dapat mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran aktif. Tetapi jika kita menghadapi masalah seperti yang saya hadapi ini, aktiviti seperti ini tidak akan dapat dijalankan, maka dalam kaedah pengajaran kita sebagai seorang guru, tidak akan dapat mempelbagaikan kaedah pembelajaran kita. Maka, kaedah yang kita gunakan tidak akan efektif kerana kurang sesuai dijalankan dalam bilik darjah. Seperti yang dinyatakan oleh John Dewey, pelajar belajar dengan sangat berkesan apabila mereka melibatkan diri secara aktif iaitu pembelajaran 34
  • 42. melalui aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan kaedah pembelajaran berpusatkan guru. Ini bermakna pelajar akan belajar dengan lebih baik apabila mereka aktif, dengan itu, kaedah terbaik untuk digunakan adalah pendekatan berpusatkan Pelajar. Untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berpengetahuan dan kompeten selari dengan Falsafah Pendidikan Negara, saya percaya bahawa pembelajaran berpusatkan pelajar adalah satu kaedah yang berkesan. Tetapi jika terdapat masalah untuk menyatukan pelajar-pelajar agar supaya mereka dapat bekerjasama, saling bertolak ansur, hormat menghormati dan pelbagai amalan murni yang lain, bagaimanakah kita hendak melaksanakan cara pembelajaran yang sebegini? Komunikasi dan interaksi di antara guru dan pelajar mestilah dalam bentuk dua hala. Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, guru mesti peka dengan persekitaran pelajar dan cepat untuk mengesan masalah yang timbul supaya P&P berjalan dengan teratur dan lancar tanpa gangguan. Guru mestilah menggunakan kaedah soalan dan menggalakkan para pelajar untuk berfikir dan bertindak balas supaya pelajar akan menunjukkan kreativiti dan inisiatif mereka. Guru perlu membantu pelajar untuk mendapatkan peluang dalam interaksi di kalangan pelajar, dan menyuburkan aspek sosial, seperti membantu, positif bekerjasama dan juga memberi dan mengambil ketegasan. Salah satu contoh untuk menggalakkan penerapan nilai-nilai ini ialah melalui kaedah pembelajaran secara kooperatif yang memerlukan bantuan dari rakan sebaya, perkongsian ilmu dan sebagainya. Guru mesti mengamalkan demokrasi di mana pelajar digalakkan untuk mengambil bahagian dalam perbincangan kumpulan dan memberi pendapat mereka dalam aktiviti pembelajaran. Tambahan pula, dengan mempertimbangkan dan meraikan kepelbagaian pelajar dari segi latar belakang pelbagai budaya dan pelbagaian sosial, saya akan membuat reflektif terhadap pengajaran saya untuk menerapkan nilai keadilan, tidak berat sebelah dan mewujudkan persekitaran yang saling menghormati antara satu sama lain. Melalui situasi yang saya alami ini, ia bukan sahaja menyentuh perasaan saya akan tetapi dapat mengajar saya agar memenuhi tanggungjawab sebagai seorang guru dan mengajar saya banyak cara sebagai panduan untuk saya menjadi seorang guru yang lebih bertanggungjawab, adil dan peka dengan pesekitaran kerja saya. 35