LAPORAN AKHIR
Saya Kohilavani a/p Krishnasamy dari kelas T1 SN telah berjaya menamatkan
program pengalaman berasaskan sekolah (PBS) yang merupakan perkara wajib
kepada semua penuntut IPGM di Malaysia. Program ini mengkehendaki saya memilih
sebuah sekolah sebagai tempat utama untuk saya menjalankan tugasan ini. Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil Bandar Springhill telah menjadi teratak ilmu pilihan hati saya
dalam melengkapkan tugasan ini dimana sekolah ini merupakan bekas sekolah saya
ketika saya bersekolah rendah dahulu.
Buat hari pertama saya menjejakkan kaki ke sekolah ini, sambutan baik dari para
guru sekolah membuatkan saya lebih bersemangat untuk meneruskan tugasan. Pn
Kala a/p Rengasamy merupakan guru penolong kanan 1 sekolah tersebut telah
menyambut baik kedatangan saya dan menerangkan sedikit berkaitan sekolah ini. Saya
telah diberi seorang guru pembimbing yang sangat komited dan berdedikasi dalam
membimbing saya sepanjang saya berada disekolah ini iaitu En. Susil Kumar yang
merupakan salah seorang guru di sekolah tersebut.
Saya telah diberi kesempatan, ruang dan peluang oleh pihak sekolah untuk
mendekatkan diri dengan pelajar di sekolah apabila saya diminta masuk ke dalam kelas
untuk menggantikan guru yang tidak dapat hadir atas sebab tertentu. Satu lagi cabaran
buat saya untuk mengorak langkah dalam bidang pendidikan. Memahami jiwa pelajar,
mengetahui perkembangan tahap yang berlaku terhadap pelajar, minat dan tarikan
yang ditekankan ketika mengajar, mencurahkan ilmu dengan tepat dan berkesan
merupakan antara aspek yang perlu diutamakan sebagai seorang pendidik apabila
berada dalam sesebuah kelas ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Hal
ini telah mencabar diri saya untuk melaksanakan apa yang telah dipelajari di institut
untuk diaplikasikan ketika berada di dalam kelas.

Tidak cukup dengan itu, mengikuti guru pembimbing cemerlang masuk ke dalam
kelas untuk melihat proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan oleh seorang
yang sangat berpengalaman dan mahir dalam bidang pendidikan. Hal ini telah
memberikan kesan yang cukup besar kepada saya dalam mengetahui dan memahami
teknik-teknik, kaedah-kaedah dan pendekatan yang telah digunakan oleh guru
berpengalaman terhadap pelajar bagi memastikan setiap anak didiknya memahami dan
mencapai objektif pengajaran yang diinginkan. Antaranya menggunakan kaedah
bercerita, memberikan aplikasi dalam kehidupan seharian, menjana idea murid untuk
berfikir dan memperkenalkan istilah-istilah baru dalam pelajaran dengan berkesan. Hal
ini telah menjadikan diri saya lebih yakin dan memahami apabila berada di dalam kelas
untuk mendidik dan membimbimg para pelajar suatu hari kelak.
Selain itu, amalan dan budaya disekolah yang baik dan murni menjadikan diri
seseorang pelajar lebih berintegriti dan bersahsiah tinggi dalam membentuk jiwa dan
jati diri yang mantap. Antara amalan dan budaya sekolah yang dapat mencerminkan
perwatakkan yang murni diri pelajar adalah seperti budaya memberi salam dan
menghormati oleh para pelajar kepada seluruh pendidik di sekolah, menggunakan
masa yang ada dengan meminjam buku di perpustakaan, program nilam diutamakan,
membaca doa sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, beratur
sebelum keluar balik dari sekolah dan banyak lagi. Hal ini secara tidak langsung pihak
sekolah telah berjaya menerapkan ciri-ciri perkembangan kanak-kanak yang positif
yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Maka impaknya
terlahirlah para pelajar yang sentiasa membudayakan nilai murni yang baik sepanjang
berada disekolah dan dapat diterapkan apabila para pelajar keluar dari sekolah.
Selain itu infrastruktur, prasarana dan mural-mural yang terdapat disekolah
adalah dari hasil usaha dan keringat warga pendidik. Antaranya kemudahan
perpustakaan, makmal komputer, lukisan-lukisan dan kata-kata yang terdapat pada
dinding-dinding sekolah meransang jiwa dan semangat pelajar dalam mewujudkan
suasana dan persekitaran sekolah yang kondusif dan penuh dengan simulasi-simulasi
yang dapat menjana daya intelek pelajar. Penggunaan kemudahan dan prasarana
dengan sebaiknya sebagai satu pelengkap yang memberikan satu lagi anjakan daya
minat dan tarikan pelajar untuk terus menimba ilmu disamping suasana teratak ilmu
yang bersih dan ceria.
Secara tuntasnya, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Bandar Springhill
merupakan salah satu institusi pendidikan yang mampu dan akan membentuk modal
insan yang memiliki perkembangan secara menyeluruh merangkumi pelbagai aspek
dalam diri para pelajar disamping usaha yang sentiasa berterusan oleh warga pendidik
sekolah dalam meletakkan sekolah ini sebagai salah satu sekolah yang cemerlang
pada masa akan datang dibawah pasak teraju guru besar yang berdedikasi dan
komited terhadap tugas yang digalas.
Saya sebagai bakal guru juga mendapat banyak pengetahuan daripada
pengalaman ini. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab saya mengaplikasikan
segala pengalaman saya apabila menjadi seorang guru. Mentor saya merupakan
seorang guru cemerlang yang akan menjadi idola saya juga. Hal ini demikan kerana
saya telah memerhatikan segala tugasan guru tersebut. Beliau sentiasa berpakaian
kemas, menepati masa, menghormati orang atasan dan juga guru-guru yang lain.
Selain itu, beliau ditugaskan untuk mengajar pelbagai subjek tetapi tidak menjadi
masalah kepada guru tersebut dan beliau telah menggunakan banyak kaedah dalam
menjalani pengajaran dan pembelajarannya. Saya sebagai guru pelatih akan
mengambil beliau sebagai contoh untuk menjadi seorang guru yang berguna pada
negara ini. Segala nilai yang terdapar pada guru tersebut akan dipatuhi oleh diri saya
sebagai seorang guru.
Tambahan pula, saya juga memerhatikan perlakuan pelajar di sekolah rendah.
Walaupun, mereka beranggap budak kecil tetapi fikiran mereka adalah terlalu berbeza.
Sebagai seorang saya perlulah bersedia daripada sekarang untuk menceburi anak
murid saya. Hal ini demikian kerana pelajar mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih
meluas dan juga sentiasa mempunyai perasaan ingin tahu yang mendorong mereka
untuk mengemukakan banyak soalan kepada guru yang mengajar. Oleh itu, saya
perlulah mengambil inisiatif dari sekarang untuk memenuhi ilmu pengetahuan saya
supaya boleh mencabar segala halangan yang akan dihadapi oleh saya pada masa
depan.
Kesimpulannya, segala pengalaman saya dari pengalaman berasaskan sekolah
yang pertama ini akan menjadi acuan kepada saya sebagai seorang guru. Saya akan
sentiasa mengingati segala pengajaran saya semasa di sekolah sebagai bantuan untuk
menghadapi cabaran seterusnya.

Laporan akhir

  • 1.
    LAPORAN AKHIR Saya Kohilavania/p Krishnasamy dari kelas T1 SN telah berjaya menamatkan program pengalaman berasaskan sekolah (PBS) yang merupakan perkara wajib kepada semua penuntut IPGM di Malaysia. Program ini mengkehendaki saya memilih sebuah sekolah sebagai tempat utama untuk saya menjalankan tugasan ini. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bandar Springhill telah menjadi teratak ilmu pilihan hati saya dalam melengkapkan tugasan ini dimana sekolah ini merupakan bekas sekolah saya ketika saya bersekolah rendah dahulu. Buat hari pertama saya menjejakkan kaki ke sekolah ini, sambutan baik dari para guru sekolah membuatkan saya lebih bersemangat untuk meneruskan tugasan. Pn Kala a/p Rengasamy merupakan guru penolong kanan 1 sekolah tersebut telah menyambut baik kedatangan saya dan menerangkan sedikit berkaitan sekolah ini. Saya telah diberi seorang guru pembimbing yang sangat komited dan berdedikasi dalam membimbing saya sepanjang saya berada disekolah ini iaitu En. Susil Kumar yang merupakan salah seorang guru di sekolah tersebut. Saya telah diberi kesempatan, ruang dan peluang oleh pihak sekolah untuk mendekatkan diri dengan pelajar di sekolah apabila saya diminta masuk ke dalam kelas untuk menggantikan guru yang tidak dapat hadir atas sebab tertentu. Satu lagi cabaran buat saya untuk mengorak langkah dalam bidang pendidikan. Memahami jiwa pelajar, mengetahui perkembangan tahap yang berlaku terhadap pelajar, minat dan tarikan yang ditekankan ketika mengajar, mencurahkan ilmu dengan tepat dan berkesan merupakan antara aspek yang perlu diutamakan sebagai seorang pendidik apabila berada dalam sesebuah kelas ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Hal ini telah mencabar diri saya untuk melaksanakan apa yang telah dipelajari di institut untuk diaplikasikan ketika berada di dalam kelas. Tidak cukup dengan itu, mengikuti guru pembimbing cemerlang masuk ke dalam kelas untuk melihat proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan oleh seorang yang sangat berpengalaman dan mahir dalam bidang pendidikan. Hal ini telah
  • 2.
    memberikan kesan yangcukup besar kepada saya dalam mengetahui dan memahami teknik-teknik, kaedah-kaedah dan pendekatan yang telah digunakan oleh guru berpengalaman terhadap pelajar bagi memastikan setiap anak didiknya memahami dan mencapai objektif pengajaran yang diinginkan. Antaranya menggunakan kaedah bercerita, memberikan aplikasi dalam kehidupan seharian, menjana idea murid untuk berfikir dan memperkenalkan istilah-istilah baru dalam pelajaran dengan berkesan. Hal ini telah menjadikan diri saya lebih yakin dan memahami apabila berada di dalam kelas untuk mendidik dan membimbimg para pelajar suatu hari kelak. Selain itu, amalan dan budaya disekolah yang baik dan murni menjadikan diri seseorang pelajar lebih berintegriti dan bersahsiah tinggi dalam membentuk jiwa dan jati diri yang mantap. Antara amalan dan budaya sekolah yang dapat mencerminkan perwatakkan yang murni diri pelajar adalah seperti budaya memberi salam dan menghormati oleh para pelajar kepada seluruh pendidik di sekolah, menggunakan masa yang ada dengan meminjam buku di perpustakaan, program nilam diutamakan, membaca doa sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, beratur sebelum keluar balik dari sekolah dan banyak lagi. Hal ini secara tidak langsung pihak sekolah telah berjaya menerapkan ciri-ciri perkembangan kanak-kanak yang positif yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Maka impaknya terlahirlah para pelajar yang sentiasa membudayakan nilai murni yang baik sepanjang berada disekolah dan dapat diterapkan apabila para pelajar keluar dari sekolah. Selain itu infrastruktur, prasarana dan mural-mural yang terdapat disekolah adalah dari hasil usaha dan keringat warga pendidik. Antaranya kemudahan perpustakaan, makmal komputer, lukisan-lukisan dan kata-kata yang terdapat pada dinding-dinding sekolah meransang jiwa dan semangat pelajar dalam mewujudkan suasana dan persekitaran sekolah yang kondusif dan penuh dengan simulasi-simulasi yang dapat menjana daya intelek pelajar. Penggunaan kemudahan dan prasarana dengan sebaiknya sebagai satu pelengkap yang memberikan satu lagi anjakan daya minat dan tarikan pelajar untuk terus menimba ilmu disamping suasana teratak ilmu yang bersih dan ceria.
  • 3.
    Secara tuntasnya, SekolahJenis Kebangsaan (Tamil) Bandar Springhill merupakan salah satu institusi pendidikan yang mampu dan akan membentuk modal insan yang memiliki perkembangan secara menyeluruh merangkumi pelbagai aspek dalam diri para pelajar disamping usaha yang sentiasa berterusan oleh warga pendidik sekolah dalam meletakkan sekolah ini sebagai salah satu sekolah yang cemerlang pada masa akan datang dibawah pasak teraju guru besar yang berdedikasi dan komited terhadap tugas yang digalas. Saya sebagai bakal guru juga mendapat banyak pengetahuan daripada pengalaman ini. Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab saya mengaplikasikan segala pengalaman saya apabila menjadi seorang guru. Mentor saya merupakan seorang guru cemerlang yang akan menjadi idola saya juga. Hal ini demikan kerana saya telah memerhatikan segala tugasan guru tersebut. Beliau sentiasa berpakaian kemas, menepati masa, menghormati orang atasan dan juga guru-guru yang lain. Selain itu, beliau ditugaskan untuk mengajar pelbagai subjek tetapi tidak menjadi masalah kepada guru tersebut dan beliau telah menggunakan banyak kaedah dalam menjalani pengajaran dan pembelajarannya. Saya sebagai guru pelatih akan mengambil beliau sebagai contoh untuk menjadi seorang guru yang berguna pada negara ini. Segala nilai yang terdapar pada guru tersebut akan dipatuhi oleh diri saya sebagai seorang guru. Tambahan pula, saya juga memerhatikan perlakuan pelajar di sekolah rendah. Walaupun, mereka beranggap budak kecil tetapi fikiran mereka adalah terlalu berbeza. Sebagai seorang saya perlulah bersedia daripada sekarang untuk menceburi anak murid saya. Hal ini demikian kerana pelajar mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih meluas dan juga sentiasa mempunyai perasaan ingin tahu yang mendorong mereka untuk mengemukakan banyak soalan kepada guru yang mengajar. Oleh itu, saya perlulah mengambil inisiatif dari sekarang untuk memenuhi ilmu pengetahuan saya supaya boleh mencabar segala halangan yang akan dihadapi oleh saya pada masa depan.
  • 4.
    Kesimpulannya, segala pengalamansaya dari pengalaman berasaskan sekolah yang pertama ini akan menjadi acuan kepada saya sebagai seorang guru. Saya akan sentiasa mengingati segala pengajaran saya semasa di sekolah sebagai bantuan untuk menghadapi cabaran seterusnya.