SlideShare a Scribd company logo
KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL
1
1.0 PENGENALAN
Perkataan” Ekologi” dicipta oleh seorang pakar biologi dari German
bernama Ernst Haeckel pada tahun 1866 yang berasal dari perkataan Greek
iaitu oikos bererti " rumah" dan logos beerti "sains". Ekologi adalah cabang
sains yang mengkaji habitat dan interaksi di antara benda hidup dengan
alam sekitar. Kini, istilah ekologi ini telah digunakan secara meluas dan
merujuk kepada kajian saling hubungan antara organisma dengan
persekitaran dan juga saling hubungan di kalangan kumpulan organisma itu
sendiri. Alam sekeliling merangkumi kedua persekitaran abiotik iaitu benda
bukan hidup seperti cuaca dan geologi dan persekitaran biotik iaitu benda
hidup seperti tumbuhan dan haiwan. Kebanyakan penyelidikan ekologi
menumpu kepada taburan dan jumlah organisma dan bagaimana ini mempengaruhi ciri dan sifat
alam sekitar; pengaruh organisma terhadap alam sekitar, dan pengaruh alam sekitar terhadap
organisma tersebut.
Ekologi manusia adalah suatu kajian antara disiplin mengenai hubungan di antara manusia dan
alam sekitar semula jadi, persekitaran sosial dan alam ciptaan mereka. Petikan dari University of
Alberta, Deparment. of Human Ecology berkaitan dengan ekologi manusia adalah seperti
berikut:
“Ekologi manusia adalah sebuah jurusan yang menggunakan antara disiplin yang menggunakan
suatu pencapaian holistik untuk menolong orang menyelesaikan masalah dan menambah potensi
manusia dalam alam yang berhampiran mereka - pakaian, keluarga, rumah, dan masyarakat
mereka. Ahli ekologi manusia mengalakkan keadaan baik individu, keluarga, dan masyarakat
melalui pendidikan, pencegahan, dan pemberian kuasa.”
Model ekologi manusia yang akan dibincangkan adalah Teori Ekologi yang diperkenalkan oleh
Urie Bronfenbrenner pada tahun 1979. Model ini mempunyai ciri tersendiri dan menerangkan
konsep asas pendekatan ekologikal iaitu organisma, persekitaran dan saling tindak antara
keduanya.
KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL
2
2.0 KONSEP ASAS EKOLOGIKAL
Menurut Mohamad Shuhny (2008), Teori Ekologi Manusia menggunapakai konsep-konsep asas
daripada tiga komponen besar konsep dalam teori Sistem Umum, Ekologi Manusia dan Ekologi
Keluarga. Jadual 1 menunjukkan tentang konsep-konsep tersebut.
Jadual 1 : Konsep Sistem Umum, Ekologi Manusia dan Ekologi Keluarga
3.0 PERSEKITARAN DARI ASPEK TINGKAH LAKU DAN PERKEMBANGAN
MANUSIA
Persekitaran terdiri daripada keseluruhan aspek fizikal, biologikal, sosial, ekonomi,
politik,estetik dan struktur yang terdapat di sekeliling manusia. Persekitaran merupakan konteks
tingkahlaku dan perkembangan manusia. Persekitaran boleh diklasifikasikan menurut sumber
yang ada di dalamnya. Ini termasuk persekitaran semulajadi atau bio-fizikal, persekitaran sosio-
budaya dan persekitaran teknologi-binaan manusia (Bubolz & Sontag,1993) Persekitaran
semulajadi/bio-fizikal terdiri daripada sumber bumi yang asli seperti tanah, air, masa, tumbuhan,
Sistem Umum
•Sistem
•Elemen/Objek
•Ciri
•Perhubungan
•Persekitaran
•Maklumat/Informasi
•Tenaga
•Bahan
•Ruang
•Masa
•Homeostasis
•Maklumbalas
•Sempadan
Ekologi Manusia
•Ekosistem Manusia
•Organisma/Individu
•Persekitaran
•Interaksi
•Pola
•Saling Bergantungan
•Persepsi
•Organisasi
•Kepelbagaian
•Adaptasi
•Teknologi
•Kefungsian
•Holism
•Limitasi
•Niche
Ekologi Keluarga
•Ekosistem keluarga
•Keluarga
•Sumber
•Keperluan
•Nilai
•Matlamat
•Pengadilan
•Pembuatan Keputusan
•Komunikasi
•Pembangunan Manusia
•Personaliti
•Kesejahteraan
•Kualiti Kehidupan Manusia
KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL
3
haiwan, fosil, mineral dan lain-lain Persekitaran sosio-budaya terdiri daripada institusi sosial
seperti agama, politik, ekonomi, rekreasi atau kumpulan simbolik. Persekitaran teknologi-binaan
manusia termasuk rumah, jambatan, sistem hidroelektrik,bangunan serta sistem jalanraya.
Persekitaran boleh juga diklasifikasikan kepada persekitaran mikro dan makro. Klasifikasi ini
adalah berdasarkan saiz persekitaran tersebut. Mikro merujuk kepada saiz persekitaran yang
kecil, manakala makro pula merujuk kepada saiz persekitaran yang besar. Secara grafik,
persekitaran yang disarankan oleh Bubolz & Sontag (1990) boleh digambarkan seperti berikut:
Rajah 1 : Persekitaran menurut Bubolz & Sontag
KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL
4
4.0 LATARBELAKANG URIE BRONFENBRENNER
Urie Bronfenbrenner telah dilahirkan pada 29 April, 1917 di
Moscow, Rusia. Bapanya bernama Dr Alexander
Bronfenbrenner dan ibunya ialah Eugenie Kamenetski
Bronfenbrenner., Keluarganya berpindah ke Amerika Syarikat
apabila Urie berumur enam tahun . Setelah menetap di Pittsburgh
untuk suatu tempoh yang singkat, mereka berpindah ke
Letchworth Village, iaitu sebuah institusi Orang Terencat Akal di
New York, di mana bapanya bekerja sebagai seorang pakar
patologi klinikal dan pengarah penyelidikan. Selepas tamat pengajian dari Sekolah Tinggi
Haverstraw, Bronfenbrenner menyambung pengajian dalam dua pengkhususan iaitu piskologi
dam muzik di Universiti Cornell pada tahun 1938. Dia telah melakukan kerja-kerja penyelidikan
berkaitan psikologi perkembangan serta dapat menghabiskan pengajian peringkat Sarjana di
Universiti Harvard, diikuti oleh Ph.D. dari Universiti Michigan pada tahun 1942.
Dua puluh empat jam selepas menerima ijazah kedoktoran beliau, Urie Bronfenbrenner telah
diserapkan ke dalam Angkatan Tentera, di mana beliau berkhidmat sebagai seorang pakar
psikologi dalam pelbagai tugasan untuk pasukan Tentera Udara dan Pejabat Perkhidmatan
Strategik U.S. Selepas menamatkan latihan kepegawaian, beliau berkhidmat dalam pasukan
Perubatan Tentera Amerika Syarikat (AS). Selepas tamat Perang Dunia II, Bronfenbrenner
bekerja sebagai Penolong Ketua Pakar Psikologi Klinikal bagi Administration and Research for
the Veterans' Administration untuk suatu tempoh yang singkat. Kemudian beliau memulakan
kerja sebagai Penolong Profesor Psikologi di Universiti Michigan.Pada tahun 1948, beliau
menerima jawatan professor dalam Pembangunan Manusia, Pengajian Keluarga, dan Psikologi di
Universiti Cornell. Pada 1960-an hingga awal 1970-an, Bronfenbrenner berkhidmat sebagai ahli
Lembaga Pemegang Amanah Cornell. Pada masa kematian, Bronfenbrenner merupakan
Professor Emeritus dalam bidang Pembangunan Manusia dan bidang Psikologi dalam Jabatan
Ekologi Manusia di Universiti Cornell. Bronfenbrenner meninggal dunia pada usia 88 tahun di
rumahnya,Ithaca, New York pada 25 September 25 2005 akibat komplikasi kencing manis.
KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL
5
Urie Bronfenbrenner berkahwin dengan Liese
dan mendapat enam cahayamata iaitu Beth Soll,
Ann Stambler, Mary Bronfenbrenner,Michael
Bronfenbrenner, Kate Bronfenbrenner dan Steven
Bronfenbrenner.Urie Bronfenbrenner memainkan
peranan yang sangat penting membentuk
program-program pembangunan. Ini termasuklah
menjadi pengasas bersama program bernama
Head Start iaitu satu program pembangunan
kanak-kanak persekutuan. Program Head Start ini sangat berjaya dan merupakan program yang
paling lama dilaksanakan dalam membasmi kitaran kemiskinan di Amerika Syarikat. Sepanjang
penglibatan beliau di dalam kerjayanya, beliau telah diberikan beberapa anugerah di atas
sumbangan dalam bidang ekologi. Antaranya anugerah "Lifetime Contribution to Developmental
Psychology in the Service of Science and Society" oleh The American Psychological
Association yang kemudiannya menamakan anugerah tersebut sebagai "The Bronfenbrenner
Award. Beliau juga memperolehi anugerah " The James McKeen Catell” dari the American
Psychological Society.
Sumbangan Urie Bronfenbrenner yang terpenting adalah melalui hasil-hasil penerbitan beliau,
iaitu : Bronfenbrenner, “Two Worlds of Childhood” yang diterbitkan pada tahun 1972,
“Influencing Human Development” yang diterbitkan pada tahun 1973,”Two Worlds of
Childhood: US and USSR” yang diterbitkan pada tahun 1975,”Influences on Human
Development” juga diterbitkan pada tahun 1975, “The Ecology of Human Development:
Experiments by Nature and Design” yang diterbitkan pada tahun 1979,”On Making Human
Beings Human” yang diterbitkan pada tahun 1981 dan “The Twelve Who Survive:
Strengthening Programmes of Early Childhood Development in the Third World” yang
diterbitkan pada tahun 1992.
KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL
6
5.0 TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER
Teori ekologi adalah pandangan sosio kultural tentang perkembangan yang terdiri daripada lima
lingkungan bermula dari interaksi langsung dengan agen-agen sosial sehinggalah pengaruh
kebudayaan. Lima sistem dalam teori ekologi Bronfenbrenner ialah mikrosistem, mesosistem,
eksosistem, makrosistem dan kronosistem. (Rajah 2).
Rajah 2: Teori Ekologi Bronfenbrenner
KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL
7
Teori Ekologi mengikut Bronfenbrenner (1977) memberi penekanan bahawa individu yang
melalui proses pertumbuhan dan perkembangan itu terangkum di dalam sistem persekitaran yang
mementingkan interaksi diantara satu sama lain. Interaksi antara kanak- kanak dengan
persekitaran kanak-kanak itu boleh mempengaruhi proses perkembangan dan pertumbuhan
kanak-kanak.
Merujuk kepada konsep teori ini, kanak-kanak merupakan individu yang berada dalam ruang
lingkup mikro (berpusat di tengah) boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran. (Mariani Md.
Nor, 2006)
5.1 MIKROSISTEM
Mikrosistem melibatkan persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi
secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Ia meliputi keluarga, guru, individu,
rakan sebaya, sekolah dan persekitaran yang terlibat secara langsung dengan kanak-kanak. Ibu
bapa merupakan agen sosialisasi paling penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak dan
sebagai individu terdekat atau berhampiran dengan komuniti kanak-kanak, mereka mempunyai
pengaruh besar ke atas tingkah laku kanak-kanak. (Rajah 3)
Individu tidak dipandang sebagai penerima pengalaman yang pasif dalam setting ini tetapi
sebagai seseorang yang menolong membangunkan setting. Contohnya interaksi kanak-kanak di
dalam keluarga iaitu dengan ibu bapa dan adik beradik. Interaksi antara rakan, jiran serta guru
terlibat dalam proses perkembangan kanak-kanak.
Tingkah laku atau respons kanak –kanak juga akan mempengaruhi sikap ibu bapa terhadap
kanak-kanak tersebut. Contohnya, kanak –kanak yang berkelakuan baik akan disenangi oleh
orang dewasa di sekitarnya dan mereka akan memberi respon positif terhadap kanak –kanak ini.
KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL
8
Rajah 3 :
5.2 MESOSISTEM
Mesosistem merupakan perhubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem yang lain.
Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem dapat mempengaruhi interaksi dengan
mikrosistem yang lain. Antaranya hubungan ibubapa – guru, ibubapa-rakan, guru-rakan, antara
rakan, hubungan antara pengalaman sekolah dengan pengalaman keluarga, pengalaman sekolah
dengan pengalaman rakan sebaya. Contohnya , seorang pelajar yang merasa dirinya dipinggirkan
oleh keluarga mungkin akan menghadapi masalah menjalinkan hubungan yang positif dengan
gurunya.
KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL
9
Kajian yang dijalankan oleh Zarinah Arshat, Rozumah Baharudin, Rumayajuhari & Rojanah
Kahar (2002) mendapati bahawa faktor latar belakang keluarga dan tingkah laku keibubapaan
boleh mempengaruhi perkembangan emosi dan kognitif anak. Pendidikan yang diterima oleh ibu
merupakan sumber kekuatan diri yang boleh mempengaruhi tahap estim diri dan pencapaian
akademik anak dalam keluarga berisiko di luar bandar. Ibu bapa yang berpendidikan tinggi
kebiasaannya melihat hubungan anak sebagai dua hala, bersifat timbal balik , banyak melibatkan
diri dalam aktiviti pembelajaran anak dan mengamalkan komunikasi yang positif dan terbuka.
Komunikasi yang terbuka membolehkan ibu bapa menunjukkan kasih sayang melalui sentuhan,
kemesraan dan sokongan. Adalah menjadi fitrah manusia untuk disayangi dan menyayangi.
Tanpa kasih sayang, seseorang itu mungkin menghadapi pelbagai masalah emosi. Justeru itu, ibu
bapa perlu mempelajari bagaimana untuk menjadi seorang pendengar yang aktif dan juga
mengesahkan keperluan dan permasalahan anak-anak mereka.(Arshat, Baharudin, & Kahar,
2002)
5.3 EKSOSISTEM
Eksosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara
langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada
kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Pengalaman individu
tersebut akan turut mempengaruhi orang lain.
Contoh, Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran mempunyai peranan yang besar dalam
menentukan kualiti taman permainan, kemudahan rekreasi dan perpustakaan. Keputusan mereka
dalam perkara tersebut akan mempengaruhi perkembangan pelajar-pelajar di daerah tersebut.
Dari perspektif pendidikan, sistem bilik darjah didapati memainkan peranan penting dalam
mempengaruhi-perkembangan kanak-kanak bukan sahaja di Malaysia sendiri malah di merata
dunia. Kajian mendapati 99.4% ibu bapa berkecenderungan membantu kanak-kanak
mendapatkan buku yang sesuai untuk anak-anak mereka berbanding dengan bahan lain.
Sementara 84.9% pula menyediakan bahan bantu mengajar elektronik seperti CD Pendidikan dan
tidak begitu berminat untuk membelikan bahan mainan atau buku komik walaupun ada unsur-
unsur pendidikan. (Mariani Md.Nor, 2006)
KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL
10
5.4 MAKROSISTEM
Makrosistem ialah perubahan keadaan dalam tempoh suatu masa. Misalnya, kanak-kanak hari ini
lebih fokus kepada permainan-permainan komputer atau kemajuan teknologi yang ada kini jika
dibandingkan dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain
di persekitaran rumah. Makrosistem merujuk kepada perkembangan individu yang di pengaruhi
oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat Misalnya dalam sesetengah masyarakat,
peranan jantina dititikberatkan (Santrock 2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi
peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting. Sebagai contoh, di sesetengah negara
kaum lelaki diberi peranan yang lebih besar di mana mereka diberi peluang pelajaran dan
pekerjaan-pekerjaan yang penting. Berlainan pula dengan negara-negara barat, kaum wanita
mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam memenuhi kehendak dan keperluan semasa.
Tanpa kita semua sedari hal ini akan memberi kesan ke atas perkembangan sosial dan emosi
khususnya ke atas peranan mereka dalam masyarakat. Bukan itu sahaja, faktor persekitaran
sangat berperanan penting setiap perkembangan kanak-kanak. Suasana tempat tinggal yang
harmoni akan membantu membina persekitaran yang baik untuk seseorang kanak-kanak
membesar dengan baik dan melalui proses perkembangan yang menyeluruh.
Mikrosistem melibatkan budaya yang lebih luas di mana pelajar dan guru tinggal
termasuklah perkembangan individu yang melibatkan norma-norma, nilai dan amalan
masyarakat itu sendiri. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan.
Di sesetengah Negara seperti di Amerika Syarikat, peranan mengikut jantina yang pelbagai
dapatditerima. Di Amerika juga, sejak di sekolah lagi kanak-kanak telah ditanamkan budaya
peranan dan tanggungjawab yang sama antara lelaki dengan perempuan. Dalam kebanyakan
negara Islam, sistem pendidikannya mengutamakan peranan lelaki di mana kaum lelaki diberi
peranan yang lebih dominan dalam budaya tersebut.
Satu dari aspek status sosioekonomi murid adalah faktor perkembangan dalam kemiskinan.
Kemiskinan dapat mempengaruhi perkembangan anak dan merosak kemampuan mereka untuk
belajar, meskipun kanak-kanak dari golongan miskin sangat rajin. (Santrock, Psikologi
Pendidikan, 2008).
KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL
11
Makrosistem, dalam teori ekologi Bronfenbrenner meliputi kebudayaan di mana individu ingat
bahawa kebudayaan mengacu pada pola perilaku, keyakinan dan semua produk lain. Dari
sekelompok manusia yang diteruskan dari generasi-generasi ingat juga bahwa studi lintas budaya
perbandingan antara satu kebudayaan dengan kebudayaan lain atau lebih kebudayaan lain,
memberi informasi tentang generalitas perkembangan.
5.5 KRONOSISTEM
Persekitaran kita tidak kekal sama, ia berubah mengikut peredaran masa. Sebagai contoh,
kehadiran ahli baru dalam sebuah keluarga membawa perubahan dan memberi kesan kepada
perkembangan kanak-kanak. Contohnya apabila ibu melahirkan ahli baru dalam keluarga, maka
kanak-kanak tersebut akan berasa tersisih dan memikirkan ibu bapa mereka tidak menyayangi
mereka kerana ibu bapa mereka memberi lebih tumpuan dan perhatian kepada ahli baru dalam
keluarga tersebut. Bukan itu sahaja, perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya
kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan-permainan komputer jika dibanding
dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran
rumah. Kronosistem merangkumi pembuatan pola kejadian lingkungan dan transisi sepanjang
kehidupan. Contohnya pengaruh negatif perceraian yang seringkali memuncak pada tahun
pertama perceraian. Dua tahun setelah perceraian, interaksi keluarga tidak terlalu berantakan dan
lebih stabil. Dengan mempertimbangkan lingkungan sosial budaya, wanita masa kini lebih
mungkin didorong untuk mengejar kerjaya dibandingkan dengan wanita 20 atau 30 tahun yang
lalu.
Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu tempoh masa. Contohnya,
kanak-kanak pada hari ini hidup dalam banyak perkara yang pertama dilalui. Mereka adalah
generasi pertama mengalami jagaan harian di taman asuhan kanak-kanak atau diasuh di rumah
orang lain atau dijaga oleh pembantu rumah. Kronosistem meliputi pemulaan peristiwa-
peristiwa sepanjang rangkaian kehidupan dan keadaan sejarah dari perkembangan individu.
Misalnya, dalam mempelajari implikasi perceraian terhadap anak-anak, para pengkaji
menemukan bahawa kesan negatif sering memuncak pada tahun pertama setelah perceraian dan
bahawa kesan penceraian akan menjadi lebih buruk bagi anak laki-laki daripada anak perempuan
KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL
12
(Hetherington, 1989 dalam Santrock, 2008). Dua tahun setelah perceraian, interaksi dalam
keluarga tidak begitu stabil dan akan menjadi lebih terkawal. (Santrock, Psikologi Pendidikan,
2008)
Bronfenbrenner semakin banyak memberi perhatian kepada kronosistem sebagai sistem
lingkungan yang penting. Dia memperhatikan dua permasalah penting, iaitu kebanyakan anak-
anak di luar negara yang hidup dalam kemiskinan (terutama dalam keluarga bapa/ibu tunggal)
mempunyai perkembangan yang sangat berbeza-beza di antara satu sama lain.(Santrock, Life-
Span Development, 2002). Bronfenbenner juga berpendapat bahawa anak-anak sekarang adalah
generasi pertama yang mendapatkan perhatian setiap hari, generasi pertama yang lahir pada
zaman teknologi yang dipenuhi oleh komputer dan bentuk media baru, generasi pertama yang
lahir dalam revolusi seksual, (Santrock, Psikologi Pendidikan, 2008).
6.0 IMPLIKASI TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER
Teori ekologi memandang bahawa, perkembangan manusia dipengaruhi oleh konteks
lingkungan. Hubungan timbal balik antara individu dengan lingkungan yang akan membentuk
tingkah laku individu tersebut. Teori ekologi yang paling terkenal dan memiliki implikasi luas
untuk memahami bagaimana lingkungan berpengaruh kepada individu adalah teori yang
diungkapkan oleh Urie Bronfenbrenner. Teori Ekologi Bronfenbrenner adalah teori yang
menekankan pengaruh persekitaran ke atas perkembangan manusia. Teori ini melihat
persekitaran ekologi manusia berdasarkan hubungannya dengan konteks di mana individu itu
berada dan berinteraksi. Bronfenbrenner menyatakan persekitaran perkembangan individu
terdiri daripada lima sistem iaitu mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem dan
kronosistem. Sistem-sistem ini saling terangkum antara satu sama lain dengan persekitaran yang
paling di dalam atau dekat sebagai tempat di mana individu itu berkembang. Kelima-lima sistem
persekitaran tersebut memberikan implikasi kepada guru dalam menyediakan diri dengan
selengkapnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL
13
I. MIKROSISTEM
Tugas guru bukan sahaja mengajar semata-mata, namun berperanan sebagai pembimbing kepada
murid-murid semasa di sekolah. Murid-murid banyak menghabiskan masa bersama guru semasa
di sekolah. Jadi guru bertindak sebagai pembimbing dan penasihat kepada murid-murid.
Sebagai seorang guru, mereka perlu tahu tahap perkembangan setiap anak murid mereka. Jadi
pemilihan aktiviti pengajaran yang sesuai dengan minat, pengetahuan dan pengalaman murid
dapat meningkatkan tahap perkembangan mereka di dalam pelajaran. Menurut Nor Hashimah
Hashim & Yahya Che Lah (2003), pemahaman guru berkaitan perkembangan kanak-kanak
dapat meningkatkan lagi keyakinan dan memberi panduan kepada guru menyesuaikan program
mengikut keperluan setiap kanak-kanak yang berada di dalam kelas.
Guru juga mestilah peka terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid sebelum
memulakan pengajaran. Pendapat ini selari dengan kenyataan Nor Hashimah Hashim & Yahya
Che Lah (2003) iaitu guru atau pendidik berkebolehan menyelami dunia kanak-kanak dan
berkongsi rasa ingin tahu mereka. Kanak-kanak akan berasa gembira apabila orang dewasa
mendengar, memberi tumpuan dan menerima apa yang mereka katakan. Murid yang berada
dalam keadaan ceria dan gembira akan memberi tumpuan dan berminat untuk mengikuti
pengajaran guru. Jika murid tersebut berada dalam keadaan yang tidak sedia, maka objektif
pembelajaran yang ingin disamapaikan oleh guru pada hari itu tidak akan tercapai.
Seperti mana yang kita sedia maklum keluarga, sekolah, dan tempat kerja merupakan tempat
yang mempengaruhi seseorang individu dalam pembentukan tingkahlaku mereka. Justeru,
seseorang kanak-kanak atau murid yang berada di dalam bilik darjah pastinya mempunyai
kemahiran sedia ada yang dipelajari daripada keluarga atau sebelumnya. Kajian Tingkahlaku
Keibubapaan dan Penyesuaian Tingkahlaku Kanak-kanak Luar Bandar oleh Yahaya Juhari
(2009) membuktikan bahawa latar belakang keluarga mempengaruhi tingkah laku kanak-
kanak/murid.
Sehubungan dengan itu Implikasi yang dapat dijelaskan oleh teori ini adalah tugas seseorang
guru bukan mengajar semata-mata, tetapi berperanan sebagai pembimbing. Oleh itu, pemilihan
kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P)di dalam bilik darjah bergantung kepada tahap
KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL
14
perkembangandan kemahiran sediaada seseorang murid. Aktiviti P&P mestilah bersesuaian
dengan minat, pengetahuan dan perkembangan murid. adalah Contoh: Murid yang pasif/aktif
akan mempengaruhi penyediaan aktiviti guru semasa P&P.
Kajian berkaitan dengan implikasi budaya lepak dalam kalangan remaja terhadap pembentukan
institusi keluarga juga membenarkan kenyataan ini (Azizi Yahya, 2011). Kajian ini bertujuan
mengetahui faktor – faktor yang mempengaruhi remaja untuk keluar melepak dan juga untuk
mengetahui bagaimanakah remaja berinteraksi dengan keluarga dan rakan sebaya. Kajian ini
dilakukan dengan kaedah tinjauan dan sampel rawak mudah. Data–data kajian diperolehi dari
soalselidik dan dianalisis secara SPSS. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah remaja
melayu yang berumur dalam linkungan 12 hingga 20 tahun yang melepak di Stesen bas dan
Pasaraya. Soal selidik digunakan sebagai alat kajian. Hasil kajian menunjukan bahawa institusi
keluarga memainkan peranan utama dalam membentuk keperibadian diri remaja dan rakan
sebaya sebagai tempat menguji tingkah laku yang hendak dikekalkan. Didikan agama menjadi
teras kepada pembentukan diri dalam remaja Melayu. Hasil kajian ini dapat memberi input
kepada ibu bapa dan masyarakat supaya lebih prihatin terhadap peranan masing – masing untuk
membentuk keperibadian remaja selaras dengan kehendak agama dan aspirasi negara.
II. MESOSISTEM
Implikasi dalam sistem ini dapat di lihat dalam aspek pendidikan. Guru perlu menunjukkan
sikap yang baik kepada murid/ kanak-kanak. Guru berperanan penting dalam pendidikan sahsiah
murid. Pengaruh guru akan member kesan terhadap murid. Sebagai contoh, jika guru merokok,
murid akan menganggap merokok itu baik atau tidak member kesan sampingan.
Hal ini dapat dijelaskan melalui kajian satu kajian pengaruh amalan yang dilaksanakan oleh guru
di dalam bilik darjah. Kajian pengaruh amalan jenaka terhadap pengajaran dan pembelajaran
murid yang telah dijalankan oleh Shafee Mohd Daud (2012). Hasil kajian ini menunjukkan
amalan jenaka guru boleh meningkatkan interaksi sesama rakan sejawat guru dan sesama rakan
murid. Suasana pembelajaran yang seronok dapat diwujudkan sekiranya guru berjenaka dalam
KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL
15
bilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran. Guru pelatih telah mengamalkan jenaka
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga menganggap amalan ini boleh
mewujudkan kesan yang positif terhadap pengajaran dan pembelajaran murid. Sementara tahap
jenaka yang dilakukan oleh guru pelatih adalah dengan kadar yang sederhana iaitu antara tiga
hingga empat kali bagi setiap sesi pengajaran. Kekerapan ini juga dianggap sebagai jumlah yang
sesuai bagi seseorang guru melakukannya.
Selain itu, guru perlu menunjukkan sikap yang baik kepada murid-murid mereka. Hal ini kerana,
murid-murid akan mudah terpengaruh dengan apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh guru.
Misalnya gaya berpakaian seseorang guru akan menjadi perhatian murid , maka mereka akan
terikut-ikut gaya guru tersebut. Makanya, seseorang guru perlu menjadi „role model‟ yang
terbaik kepada anak muridnya agar menjadi contoh yang terbaik dari semua aspek yang positif.
Kenyataan di atas bertepatan dengan pandangan Syed Ismail Syed Mustafa & Ahmad Subki
Miskon (2012), iaitu murid mudah terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan
sebagai profesional. Oleh itu guru mesti membentuk program-program yang bertujuan
membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurangkan segala
tingkah laku yang negatif.
Keadaan yang sama juga akan berlaku, apabila seseorang melangkah ke alam pekerjaan, di mana
jika di tempat kerja, seseorang individu yang mempunyai masalah di rumah akan memberi
kesan kepada kualiti kerja dan sebaliknya. Implikasinya, prestasi kerja seseorang penjawat
awam atau swasta itu akan terjejas akibat kecelaruan tadi. Maka, teori Bronfenbrenner ini
membuktikan bahawa pengaruh mikrosistem akan memberi impak terhadap individu yang
terlibat dalam pembentukan keperibadian seseorang, dan seterusnya kepada aspirasi negara.
Dalam erti kata yang lain, seseorang individu itu, terutamanya dalam pembentukan jati diri
seseorang kanak-kanak merupakan cerminan produk dalam menyumbang sebagai modal insan
atau sebaliknya.
KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL
16
III. EKSOSISTEM
Dari aspek persekitaran eksosistem pula, pengalaman seseorang individu akan mempengaruhi
individu yang lain. Sebagai contoh, murid yang pasif akan mempengaruhi penyediaan aktiviti
guru semasa di dalam pengajaran di kelas. Guru perlulah menggunakan pelbagai kaedah
pengajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat murid belajar.
Guru bukan sahaja perlu memfokuskan penyediaan aktiviti kepada murid yang aktif sahaja,
namun perlu menyediakan aktiviti yang sesuai untuk murid yang pasif. Perancangan aktiviti
perlu mengambil kira kecerdasan pelbagai yang ada dalam diri setiap individu. Hal ini kerana
tahap perkembangan serta minat murid-murid adalah berbeza antara satu sama lain.
Selain itu, implikasi persekitaran sekolah turut mempengaruhi corak tingkahlaku @
perkembangan sosial terhadap kanak- kanak atau murid sekolah. Hal ini dapat dijelaskan
melalui masalah sosial remaja sekolah yang tinggil dipinggir bandar besar seperti Kuala Lumpur
atau Johor Bharu. Petikan akhbar tentang penahana polis terhadap seramai 128 remaja di Johar
Bahru (Harian Metro; 16 Julai 2001) membenarkan teori ni terhadap implikasi persekitaran
setempat terhadap seseorang invidu, lebih-lebih lagi kanak-kanak sekolah. Selain itu, lokasi
sekolah yang berada berhampiran dengan kawasan kompleks beli belah juga akan memberi
impak negatif kepada kana-kanak atau remaja sekolah kerana suasana ini akan mengundang
budaya lepak dan ponteng sekolah seperti di pasaraya, tempat perhentian pengangkutan awam,
dan temapat tumpua orang ramai. Gejala seperti ini dipandang serius kerana akan
merosakkan nilai serta keperibadian remaja yang merupakan aset penting kepada sesebuah
negara pada masa akan datang.
Namun begitu, terdapat juga kajian yang menunjukkan kesan lokasi terhadap peluang
pekerjaan kepada remaja sekolah bagi mengisi masa senggang semasa cuti sekolah atau
menunggu keputusan peperiksaan awam.
(Awab Said, 2006). Kajian ini mendapati terdapat ramai pelajar sekolah yang bekerja separuh
masa semasa cuti persekolahan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur untuk memperoleh wang
saku tambahan, mencari pengalaman, dan pengaruh rakan sebaya.
KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL
17
Jika dihalusi, teori Bronfenbrenner ini juga turut mempengaruhi atau mempunyai implikasi ke
atas orang dewasa terhadap lokasi tempat kerja, iaitu kedudukan tempat kerja mempengaruhi
corak tingkahlakunya. Sebagai contoh, lokasi tempat kerja di bandar atau di luar bandar. Selain
itu, corak pengurusan, kemudahan, dan peraturan yang digunapakai akan mempengaruhi
tingkahlaku seseorang.
IV. MAKROSISTEM
Aspek persekitaran makrosistem pula menyatakan perkembangan individu dipengaruhi oleh
norma-norma dan amalan masyarakat. Jadi guru berperanan penting dalam menjelaskan dan
membetulkan fahaman-fahaman yang salah kepada murid-murid agar mereka memahami konsep
yang sebenar tentang sesuatu perkara. Sebagai contoh, kepercayaan ibu bapa yang sudah lapuk
terhadap anak mereka juga menjadi sebab terhadap kemunduran pelajaran anak-anak mereka.
Misalnya, mereka lebih mementingkan pembelajaran anak lelaki berbanding dengan anak
perempuan. Kononnya anak lelaki yang akan bakal menjadi pemimpin keluarga dan mempunyai
tanggungjawab yang besar. Mereka menganggap bahawa walaupun anak perempuan mereka
berpelajaran tinggi sehingga ke menara gading, akhirnya mereka akan pergi ke dapur juga. Jadi,
kepercayaan seperti inilah yang perlu dihapuskan dari pemikiran murid-murid agar mereka tahu
kepentingan pelajaran dalam kehidupan dengan menerangkan bahawa taraf perempuan adalah
sama dengan lelaki dalam mendapat pendidikan. Menurut Jas Laile Suzana (2002), perbezaan-
perbezaan ini wujud kerana ia dibentuk dan dicipta oleh persekitaran sosial itu sendiri.
Contohnya di tempat kerja, golongan wanita tidak dapat kenaikan pangkat walaupun mempunyai
pendidikan dan tanggungjawab yang setaraf dengan lelaki.
KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL
18
V. KRONOSISTEM
Dewasa ini, media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi
masyarakat. Melalui teknologi yang semakin canggih ini, murid-murid sekolah rendah juga
sudah pandai menggunakan kemudahan internet tanpa kawalan dari ibu bapa khususnya di
kawasan bandar. Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan apa yang berlaku di seleliling
mereka. Kajian Shade & Walson (1990), komputer dapat digunakan dalam pelbagai cara yang
sesuai dengan perkembangan kanak-kanak dan pada masa yang sama dapat juga disalahgunakan.
Kajian Clements (1994), komputer hanya mampu membantu dalam proses pembelajaran dan
tidak boleh menggantikan aktiviti dan bahan seperti seni (lukisan dan muzik), penerokaan
dengan bahan maujud dan permainan
Jika dilihat dari perspektif yang lain, paparan adegan-adegan negatif dari filem barat yang
banyak memaparkan adegan ganas menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri
mengikut apa yang mereka tonton dari video cakera padat dan sesetengah program televisyen.
Oleh itu, guru bertanggungjawab dalam membimbing murid-murid dengan memberi panduan
dan tunjuk ajar yang betul supaya mereka tidak terjebak dengan perkara-perkara negatif yang
semakin menular kini. Menurut Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad
(2004), kanak-kanak memerlukan banyak bantuan orang dewasa ketika menggunakan komputer.
Maka guru atau ibu bapa memainkan peranan penting dalam membantu murid-murid dalam
penerokaan dunia teknologi menggunakan komputer agar dapat memberi keyakinan serta
memantau penularan perkara negatif semasa menggunakan alatan teknologi ini.
KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL
19
7.0 KESIMPULAN
Teori Ekologi Bronfenbrenner
(1979, 1989) menjelaskan
perkembangan kanak-kanak
sebagai hasil interaksi antara
alam persekitaran dengan
kanak-kanak tersebut.
Menurut beliau,
perkembangan kanak-kanak
adalah kesan persekitaran
terhadap kanak-kanak dan
juga ciri-ciri kanak-kanak
tersebut ke atas persekitaran.
Persekitaran banyak
mempengaruhi tingkah laku
dan perkembangan intelek
dan rohani seorang pelajar.
Persekitaran yang positif akan membantu kanak-kanak mencapai kecemerlangan dalam
akademik manakala persekitaran yang negatif akan membantutkan segala usaha yang diambil
oleh pelajar tersebut. Persekitaran yang diwarisi oleh seorang pelajar akan membentuk tingkah
laku yang akan mencorakkan perkembangan akademik dan sahsiah. Oleh yang demikian
persekitaran boleh mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran murid secara mutlak. Oleh
itu seseorang guru itu perlulah membuat pertimbangan dalam menentukan objektif pengajaran
kerana terdapat perbezaan individu dari segi jantina, fizikal,kesihatan, sosial,bahasa dan bangsa.
Guru perlulah mengenali personaliti seseorang murid untuk memudahkan pengajaran dan
pembelajaran guru. Di samping itu, guru haruslah bersedia dengan pelbagai situasi untuk
menjayakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL
20
Rujukan
(n.d.). Urie Bronfenbrenner. Dicapai dari laman web New World Encyclopedia
http://www.newworldencyclopedia.org/entry/Urie_Bronfenbrenner pada 28 Mac 2013.
(n.d.) Ekologi Manusia. Dicapai dari laman web Wikipedia
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ekologi_manusia pada 28 Mac 2013.
Arshat, Z., Baharudin, R., & Kahar, R. O. A. (2002). Tingkah Laku Keibubapaan dan
Penyesuaian Tingkah Laku Anak dalam Keluarga Berisiko di Luar Bandar, 10(2), 165–
178
Azizi Yahaya (2008).Keluarga Dalam Pembentukan Moral.Dicapai di laman web
http://eprints.utm.my/6035/1/aziziyahmoral.pdf pada 27 Mac 2013.
Bronfenbrenner,U.(1994). Ecological models of human development. International
Encyclopedia of Education, Vol.3, 2nd
Ed. Oxford:Elsevier.
Derksen, T.(2010). The Influence of Ecological Theory in Child and Youth Care: A Review of
the Literature. International Journal of Child, Youth and Family Studies; Vol 1: 326-
339.
John W. Santrock(2008). Psikologi Pendidikan. , edisi kedua. Universty of Texas.
Malaya, U. (2006). Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya , 81–90.
Kasmini Kassim (1998). Penderaan Emosi Kanak-kanak Trauma Terselindung.
Bangi:Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohamad Shuhny B. Shuib. (2008). Pembangunan Manusia. Scribd
http://www.scribd.com/doc/2525380/pembangunan-manusia. (dicapai pada 26 Mac
2013).
Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah (2003). Panduan Pendidikan Prasekolah. Pulau
Pinang: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd.
Polis menahan 128 pelajar di Johor Bharu. (2001, Julai 16).Harian Metro.
KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL
21
Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad (2003). Panduan kurikulum
Prasekolah. Bentong: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd.
Shade, DD. and J.A Watson. (1990). Computer in Early Education: Issue put to test, theoritical
links to social practice. Journal of Education Computing Research. pp 6(4)
Syed Ismail Syed Mustafa (2010). Budaya Pembelajaran.Selangor: Berita Penerbitan Sdn. Bhd.
http://www.slideshare.net/AiedAzan/teori-ekologi-bronfenbrenner dicapai pada 3 April 2013
http://www.slideshare.net/haqifarahman/teori-ekologi-print dicapai pada 3 April 2013.
http://www.psasir.upm.edu.my/3380/1/Tingkah_Laku_Keibubapaan_dan_Penyesuaian_
Tingkah_Laku_Anak.pdf dicapai pada 3 April 2013.

More Related Content

What's hot

Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individuliya amalina
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Suhaiza Shuib
 
Teori kognitif
Teori kognitifTeori kognitif
Teori kognitif
Durani Hanis
 
Teori Pembelajaran Humanisme
Teori Pembelajaran HumanismeTeori Pembelajaran Humanisme
Teori Pembelajaran Humanisme
AsyrafRidzuan
 
Teori perkembangan emosi
Teori perkembangan emosiTeori perkembangan emosi
Teori perkembangan emosi
Azyyati Zainudin
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranpikaosman
 
Teori Sigmund Freud
Teori Sigmund FreudTeori Sigmund Freud
Teori Sigmund Freud
Fathmalyn Abdullah
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotsky
Izzat Najmi
 
Teori tingkah laku ivan pavlov
Teori tingkah laku ivan pavlovTeori tingkah laku ivan pavlov
Teori tingkah laku ivan pavlov
wan nurul uliana
 
Perkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanakPerkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanakArra Asri
 
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
Nik Ibrahim Nik Mat
 
Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan
Yunkz Dion
 
Pengaplikasian Teori Watson
Pengaplikasian Teori WatsonPengaplikasian Teori Watson
Pengaplikasian Teori Watson
Najwa Norizam
 
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Kakchik Aina
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
Aziyan Bakar
 
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerTeori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakFanera Jeffery
 
Teori tret allport
Teori tret allportTeori tret allport
Teori tret allport
kamalslaw
 
1 perkembangan kognitif
1 perkembangan kognitif1 perkembangan kognitif
1 perkembangan kognitif
Ismail Hashim
 
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapa
Arra Asri
 

What's hot (20)

Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi
 
Teori kognitif
Teori kognitifTeori kognitif
Teori kognitif
 
Teori Pembelajaran Humanisme
Teori Pembelajaran HumanismeTeori Pembelajaran Humanisme
Teori Pembelajaran Humanisme
 
Teori perkembangan emosi
Teori perkembangan emosiTeori perkembangan emosi
Teori perkembangan emosi
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 
Teori Sigmund Freud
Teori Sigmund FreudTeori Sigmund Freud
Teori Sigmund Freud
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotsky
 
Teori tingkah laku ivan pavlov
Teori tingkah laku ivan pavlovTeori tingkah laku ivan pavlov
Teori tingkah laku ivan pavlov
 
Perkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanakPerkembangan emosi kanak kanak
Perkembangan emosi kanak kanak
 
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaranTopik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
Topik 3 visual untuk pengajaran dan pembelajaran
 
Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan
 
Pengaplikasian Teori Watson
Pengaplikasian Teori WatsonPengaplikasian Teori Watson
Pengaplikasian Teori Watson
 
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanak
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerTeori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
 
Teori tret allport
Teori tret allportTeori tret allport
Teori tret allport
 
1 perkembangan kognitif
1 perkembangan kognitif1 perkembangan kognitif
1 perkembangan kognitif
 
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapa
 

Similar to Teori Ekologi Bronfenbrenner

Teori ekologi (print)
Teori ekologi (print)Teori ekologi (print)
Teori ekologi (print)
haqifarahman
 
Teori teori psikologi perkembangan
Teori teori psikologi perkembanganTeori teori psikologi perkembangan
Teori teori psikologi perkembangan
Owner Fashion
 
Perkembangan antropologi kesehatan
Perkembangan antropologi kesehatanPerkembangan antropologi kesehatan
Perkembangan antropologi kesehatan
sugianigustiayu gusti
 
Lingkaran Lingkungan Bronfenbrenner
Lingkaran Lingkungan BronfenbrennerLingkaran Lingkungan Bronfenbrenner
Lingkaran Lingkungan Bronfenbrenner
Hanin Khalidah
 
Ekologi dan ilmu lingkungan
Ekologi dan ilmu lingkunganEkologi dan ilmu lingkungan
Ekologi dan ilmu lingkungan
sintongjonatanhutapea
 
Etika lingkungan
Etika lingkungan Etika lingkungan
Etika lingkungan
gemilaumarsikha
 
Batasan_dan_Ruang_Lingkup_EKOLOGI_HEWAN.pdf
Batasan_dan_Ruang_Lingkup_EKOLOGI_HEWAN.pdfBatasan_dan_Ruang_Lingkup_EKOLOGI_HEWAN.pdf
Batasan_dan_Ruang_Lingkup_EKOLOGI_HEWAN.pdf
AgathaHaselvin
 
gsdgsdsfsfsfdzxzxccdsfsfsfdsfsdfsdsdfffffffffffffffffffffffffffsf
gsdgsdsfsfsfdzxzxccdsfsfsfdsfsdfsdsdfffffffffffffffffffffffffffsfgsdgsdsfsfsfdzxzxccdsfsfsfdsfsdfsdsdfffffffffffffffffffffffffffsf
gsdgsdsfsfsfdzxzxccdsfsfsfdsfsdfsdsdfffffffffffffffffffffffffffsf
Gede Widyanata
 
Ekologi dan ilmu lingkungan
Ekologi dan ilmu lingkunganEkologi dan ilmu lingkungan
Ekologi dan ilmu lingkungan
sintongjonatanhutapea
 
Tugas 1 kel 13
Tugas 1 kel  13Tugas 1 kel  13
Tugas 1 kel 13
Limutia Dilla
 
Paper lengkap sosiologi pendidikan sebagai ilmu murni&ilmu ;terapan
Paper  lengkap sosiologi  pendidikan sebagai ilmu  murni&ilmu ;terapanPaper  lengkap sosiologi  pendidikan sebagai ilmu  murni&ilmu ;terapan
Paper lengkap sosiologi pendidikan sebagai ilmu murni&ilmu ;terapan
Dadang DjokoKaryanto
 
Antropologi,Kebudayaan dan Kesehatan
Antropologi,Kebudayaan dan KesehatanAntropologi,Kebudayaan dan Kesehatan
Antropologi,Kebudayaan dan Kesehatan
Miftakhul Jannah
 
dasar dasar kesehatan lingkungan
dasar dasar kesehatan lingkungandasar dasar kesehatan lingkungan
dasar dasar kesehatan lingkungan
Sabrianda
 
Iiin Marya Rizka, Sosiologi Lingkungan, Prodi Sosiologi, Dr. Taufiq Ramdani, ...
Iiin Marya Rizka, Sosiologi Lingkungan, Prodi Sosiologi, Dr. Taufiq Ramdani, ...Iiin Marya Rizka, Sosiologi Lingkungan, Prodi Sosiologi, Dr. Taufiq Ramdani, ...
Iiin Marya Rizka, Sosiologi Lingkungan, Prodi Sosiologi, Dr. Taufiq Ramdani, ...
iinmaryarizka
 
Ekologi manusia-ekologi-keluarga-euis-sunarti-fakultas-ekologi-manusia-ipb
Ekologi manusia-ekologi-keluarga-euis-sunarti-fakultas-ekologi-manusia-ipbEkologi manusia-ekologi-keluarga-euis-sunarti-fakultas-ekologi-manusia-ipb
Ekologi manusia-ekologi-keluarga-euis-sunarti-fakultas-ekologi-manusia-ipb08819641377
 
TUGAS 1 PERTBERK KELAS G MUHAMMAD RAIHAN GHALIB D1B019181.pptx
TUGAS 1 PERTBERK KELAS G MUHAMMAD RAIHAN GHALIB D1B019181.pptxTUGAS 1 PERTBERK KELAS G MUHAMMAD RAIHAN GHALIB D1B019181.pptx
TUGAS 1 PERTBERK KELAS G MUHAMMAD RAIHAN GHALIB D1B019181.pptx
RaihanGhalib
 
Ekologi dasar-ilmu-pengetahuan
Ekologi dasar-ilmu-pengetahuanEkologi dasar-ilmu-pengetahuan
Ekologi dasar-ilmu-pengetahuan08819641377
 

Similar to Teori Ekologi Bronfenbrenner (20)

Teori ekologi (print)
Teori ekologi (print)Teori ekologi (print)
Teori ekologi (print)
 
Teori teori psikologi perkembangan
Teori teori psikologi perkembanganTeori teori psikologi perkembangan
Teori teori psikologi perkembangan
 
Ekologi
EkologiEkologi
Ekologi
 
Perkembangan antropologi kesehatan
Perkembangan antropologi kesehatanPerkembangan antropologi kesehatan
Perkembangan antropologi kesehatan
 
Lingkaran Lingkungan Bronfenbrenner
Lingkaran Lingkungan BronfenbrennerLingkaran Lingkungan Bronfenbrenner
Lingkaran Lingkungan Bronfenbrenner
 
Ekologi dan ilmu lingkungan
Ekologi dan ilmu lingkunganEkologi dan ilmu lingkungan
Ekologi dan ilmu lingkungan
 
Etika lingkungan
Etika lingkungan Etika lingkungan
Etika lingkungan
 
Batasan_dan_Ruang_Lingkup_EKOLOGI_HEWAN.pdf
Batasan_dan_Ruang_Lingkup_EKOLOGI_HEWAN.pdfBatasan_dan_Ruang_Lingkup_EKOLOGI_HEWAN.pdf
Batasan_dan_Ruang_Lingkup_EKOLOGI_HEWAN.pdf
 
Konsep pembelajaran sepanjang hayat
Konsep pembelajaran sepanjang hayatKonsep pembelajaran sepanjang hayat
Konsep pembelajaran sepanjang hayat
 
gsdgsdsfsfsfdzxzxccdsfsfsfdsfsdfsdsdfffffffffffffffffffffffffffsf
gsdgsdsfsfsfdzxzxccdsfsfsfdsfsdfsdsdfffffffffffffffffffffffffffsfgsdgsdsfsfsfdzxzxccdsfsfsfdsfsdfsdsdfffffffffffffffffffffffffffsf
gsdgsdsfsfsfdzxzxccdsfsfsfdsfsdfsdsdfffffffffffffffffffffffffffsf
 
Ekologi dan ilmu lingkungan
Ekologi dan ilmu lingkunganEkologi dan ilmu lingkungan
Ekologi dan ilmu lingkungan
 
Tugas 1 kel 13
Tugas 1 kel  13Tugas 1 kel  13
Tugas 1 kel 13
 
Paper lengkap sosiologi pendidikan sebagai ilmu murni&ilmu ;terapan
Paper  lengkap sosiologi  pendidikan sebagai ilmu  murni&ilmu ;terapanPaper  lengkap sosiologi  pendidikan sebagai ilmu  murni&ilmu ;terapan
Paper lengkap sosiologi pendidikan sebagai ilmu murni&ilmu ;terapan
 
Antropologi,Kebudayaan dan Kesehatan
Antropologi,Kebudayaan dan KesehatanAntropologi,Kebudayaan dan Kesehatan
Antropologi,Kebudayaan dan Kesehatan
 
Tajuk 5 Metafizik (USIM).pdf
Tajuk 5 Metafizik (USIM).pdfTajuk 5 Metafizik (USIM).pdf
Tajuk 5 Metafizik (USIM).pdf
 
dasar dasar kesehatan lingkungan
dasar dasar kesehatan lingkungandasar dasar kesehatan lingkungan
dasar dasar kesehatan lingkungan
 
Iiin Marya Rizka, Sosiologi Lingkungan, Prodi Sosiologi, Dr. Taufiq Ramdani, ...
Iiin Marya Rizka, Sosiologi Lingkungan, Prodi Sosiologi, Dr. Taufiq Ramdani, ...Iiin Marya Rizka, Sosiologi Lingkungan, Prodi Sosiologi, Dr. Taufiq Ramdani, ...
Iiin Marya Rizka, Sosiologi Lingkungan, Prodi Sosiologi, Dr. Taufiq Ramdani, ...
 
Ekologi manusia-ekologi-keluarga-euis-sunarti-fakultas-ekologi-manusia-ipb
Ekologi manusia-ekologi-keluarga-euis-sunarti-fakultas-ekologi-manusia-ipbEkologi manusia-ekologi-keluarga-euis-sunarti-fakultas-ekologi-manusia-ipb
Ekologi manusia-ekologi-keluarga-euis-sunarti-fakultas-ekologi-manusia-ipb
 
TUGAS 1 PERTBERK KELAS G MUHAMMAD RAIHAN GHALIB D1B019181.pptx
TUGAS 1 PERTBERK KELAS G MUHAMMAD RAIHAN GHALIB D1B019181.pptxTUGAS 1 PERTBERK KELAS G MUHAMMAD RAIHAN GHALIB D1B019181.pptx
TUGAS 1 PERTBERK KELAS G MUHAMMAD RAIHAN GHALIB D1B019181.pptx
 
Ekologi dasar-ilmu-pengetahuan
Ekologi dasar-ilmu-pengetahuanEkologi dasar-ilmu-pengetahuan
Ekologi dasar-ilmu-pengetahuan
 

Recently uploaded

Powerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul Ajar
Powerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul AjarPowerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul Ajar
Powerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul Ajar
MashudiMashudi12
 
AKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARU
AKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARUAKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARU
AKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARU
junaedikuluri1
 
Pembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptx
Pembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptxPembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptx
Pembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptx
Sosdiklihparmassdm
 
GERAKAN KERJASAMA DAN BEBERAPA INSTRUMEN NASIONAL PENCEGAHAN KORUPSI.pptx
GERAKAN KERJASAMA DAN BEBERAPA INSTRUMEN NASIONAL PENCEGAHAN KORUPSI.pptxGERAKAN KERJASAMA DAN BEBERAPA INSTRUMEN NASIONAL PENCEGAHAN KORUPSI.pptx
GERAKAN KERJASAMA DAN BEBERAPA INSTRUMEN NASIONAL PENCEGAHAN KORUPSI.pptx
fildiausmayusuf1
 
Seminar Pendidikan PPG Filosofi Pendidikan.pdf
Seminar Pendidikan PPG Filosofi Pendidikan.pdfSeminar Pendidikan PPG Filosofi Pendidikan.pdf
Seminar Pendidikan PPG Filosofi Pendidikan.pdf
inganahsholihahpangs
 
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
SABDA
 
Modul Ajar Matematika Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Matematika Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]Modul Ajar Matematika Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Matematika Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Fathan Emran
 
pelayanan prima pada pelanggan dan karyawan
pelayanan prima pada pelanggan dan karyawanpelayanan prima pada pelanggan dan karyawan
pelayanan prima pada pelanggan dan karyawan
EvaMirzaSyafitri
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Fathan Emran
 
Materi Feedback (umpan balik) kelas Psikologi Komunikasi
Materi Feedback (umpan balik) kelas Psikologi KomunikasiMateri Feedback (umpan balik) kelas Psikologi Komunikasi
Materi Feedback (umpan balik) kelas Psikologi Komunikasi
AdePutraTunggali
 
Ppt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdf
Ppt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdfPpt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdf
Ppt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdf
fadlurrahman260903
 
POWERPOINT ASAS PERMAINAN CATUR MSSD.pptx
POWERPOINT ASAS PERMAINAN CATUR MSSD.pptxPOWERPOINT ASAS PERMAINAN CATUR MSSD.pptx
POWERPOINT ASAS PERMAINAN CATUR MSSD.pptx
cikgumeran1
 
MODUL AJAR MAT LANJUT KELAS XI FASE F.pdf
MODUL AJAR MAT LANJUT KELAS XI FASE F.pdfMODUL AJAR MAT LANJUT KELAS XI FASE F.pdf
MODUL AJAR MAT LANJUT KELAS XI FASE F.pdf
sitispd78
 
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdfJuknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
HendraSagita2
 
PENDAMPINGAN INDIVIDU 2 CGP ANGKATAN 10 KOTA DEPOK
PENDAMPINGAN INDIVIDU 2 CGP ANGKATAN 10 KOTA DEPOKPENDAMPINGAN INDIVIDU 2 CGP ANGKATAN 10 KOTA DEPOK
PENDAMPINGAN INDIVIDU 2 CGP ANGKATAN 10 KOTA DEPOK
GusniartiGusniarti5
 
Defenisi Anak serta Usia Anak dan Kekerasan yang mungki terjadi pada Anak
Defenisi Anak serta Usia Anak dan Kekerasan yang mungki terjadi pada AnakDefenisi Anak serta Usia Anak dan Kekerasan yang mungki terjadi pada Anak
Defenisi Anak serta Usia Anak dan Kekerasan yang mungki terjadi pada Anak
Yayasan Pusat Kajian dan Perlindungan Anak
 
Pemutakhiran Data dosen pada sister.pptx
Pemutakhiran Data dosen pada sister.pptxPemutakhiran Data dosen pada sister.pptx
Pemutakhiran Data dosen pada sister.pptx
ssuser4dafea
 
Novel - PERISTIWA YANG MEMBERIKAN TELADAN.pptx
Novel - PERISTIWA YANG MEMBERIKAN TELADAN.pptxNovel - PERISTIWA YANG MEMBERIKAN TELADAN.pptx
Novel - PERISTIWA YANG MEMBERIKAN TELADAN.pptx
NirmalaJane
 
KONSEP TEORI TERAPI KOMPLEMENTER - KELAS B KELOMPOK 10.pdf
KONSEP TEORI TERAPI KOMPLEMENTER - KELAS B KELOMPOK 10.pdfKONSEP TEORI TERAPI KOMPLEMENTER - KELAS B KELOMPOK 10.pdf
KONSEP TEORI TERAPI KOMPLEMENTER - KELAS B KELOMPOK 10.pdf
AsyeraPerangin1
 

Recently uploaded (20)

Powerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul Ajar
Powerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul AjarPowerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul Ajar
Powerpoint Materi Menyusun dan Merencanakan Modul Ajar
 
AKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARU
AKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARUAKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARU
AKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARU
 
Pembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptx
Pembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptxPembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptx
Pembentukan-Pantarlih-Pilkada-Kabupaten-Tapin.pptx
 
GERAKAN KERJASAMA DAN BEBERAPA INSTRUMEN NASIONAL PENCEGAHAN KORUPSI.pptx
GERAKAN KERJASAMA DAN BEBERAPA INSTRUMEN NASIONAL PENCEGAHAN KORUPSI.pptxGERAKAN KERJASAMA DAN BEBERAPA INSTRUMEN NASIONAL PENCEGAHAN KORUPSI.pptx
GERAKAN KERJASAMA DAN BEBERAPA INSTRUMEN NASIONAL PENCEGAHAN KORUPSI.pptx
 
Seminar Pendidikan PPG Filosofi Pendidikan.pdf
Seminar Pendidikan PPG Filosofi Pendidikan.pdfSeminar Pendidikan PPG Filosofi Pendidikan.pdf
Seminar Pendidikan PPG Filosofi Pendidikan.pdf
 
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Apa itu AI?
 
Modul Ajar Matematika Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Matematika Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]Modul Ajar Matematika Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Matematika Kelas 8 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
 
pelayanan prima pada pelanggan dan karyawan
pelayanan prima pada pelanggan dan karyawanpelayanan prima pada pelanggan dan karyawan
pelayanan prima pada pelanggan dan karyawan
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
 
Materi Feedback (umpan balik) kelas Psikologi Komunikasi
Materi Feedback (umpan balik) kelas Psikologi KomunikasiMateri Feedback (umpan balik) kelas Psikologi Komunikasi
Materi Feedback (umpan balik) kelas Psikologi Komunikasi
 
Ppt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdf
Ppt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdfPpt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdf
Ppt landasan pendidikan Pai 9 _20240604_231000_0000.pdf
 
POWERPOINT ASAS PERMAINAN CATUR MSSD.pptx
POWERPOINT ASAS PERMAINAN CATUR MSSD.pptxPOWERPOINT ASAS PERMAINAN CATUR MSSD.pptx
POWERPOINT ASAS PERMAINAN CATUR MSSD.pptx
 
MODUL AJAR MAT LANJUT KELAS XI FASE F.pdf
MODUL AJAR MAT LANJUT KELAS XI FASE F.pdfMODUL AJAR MAT LANJUT KELAS XI FASE F.pdf
MODUL AJAR MAT LANJUT KELAS XI FASE F.pdf
 
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdfJuknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
Juknis Materi KSM Kabkota - Pendaftaran[1].pdf
 
PENDAMPINGAN INDIVIDU 2 CGP ANGKATAN 10 KOTA DEPOK
PENDAMPINGAN INDIVIDU 2 CGP ANGKATAN 10 KOTA DEPOKPENDAMPINGAN INDIVIDU 2 CGP ANGKATAN 10 KOTA DEPOK
PENDAMPINGAN INDIVIDU 2 CGP ANGKATAN 10 KOTA DEPOK
 
Defenisi Anak serta Usia Anak dan Kekerasan yang mungki terjadi pada Anak
Defenisi Anak serta Usia Anak dan Kekerasan yang mungki terjadi pada AnakDefenisi Anak serta Usia Anak dan Kekerasan yang mungki terjadi pada Anak
Defenisi Anak serta Usia Anak dan Kekerasan yang mungki terjadi pada Anak
 
Pemutakhiran Data dosen pada sister.pptx
Pemutakhiran Data dosen pada sister.pptxPemutakhiran Data dosen pada sister.pptx
Pemutakhiran Data dosen pada sister.pptx
 
Novel - PERISTIWA YANG MEMBERIKAN TELADAN.pptx
Novel - PERISTIWA YANG MEMBERIKAN TELADAN.pptxNovel - PERISTIWA YANG MEMBERIKAN TELADAN.pptx
Novel - PERISTIWA YANG MEMBERIKAN TELADAN.pptx
 
KONSEP TEORI TERAPI KOMPLEMENTER - KELAS B KELOMPOK 10.pdf
KONSEP TEORI TERAPI KOMPLEMENTER - KELAS B KELOMPOK 10.pdfKONSEP TEORI TERAPI KOMPLEMENTER - KELAS B KELOMPOK 10.pdf
KONSEP TEORI TERAPI KOMPLEMENTER - KELAS B KELOMPOK 10.pdf
 

Teori Ekologi Bronfenbrenner

  • 1. KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL 1 1.0 PENGENALAN Perkataan” Ekologi” dicipta oleh seorang pakar biologi dari German bernama Ernst Haeckel pada tahun 1866 yang berasal dari perkataan Greek iaitu oikos bererti " rumah" dan logos beerti "sains". Ekologi adalah cabang sains yang mengkaji habitat dan interaksi di antara benda hidup dengan alam sekitar. Kini, istilah ekologi ini telah digunakan secara meluas dan merujuk kepada kajian saling hubungan antara organisma dengan persekitaran dan juga saling hubungan di kalangan kumpulan organisma itu sendiri. Alam sekeliling merangkumi kedua persekitaran abiotik iaitu benda bukan hidup seperti cuaca dan geologi dan persekitaran biotik iaitu benda hidup seperti tumbuhan dan haiwan. Kebanyakan penyelidikan ekologi menumpu kepada taburan dan jumlah organisma dan bagaimana ini mempengaruhi ciri dan sifat alam sekitar; pengaruh organisma terhadap alam sekitar, dan pengaruh alam sekitar terhadap organisma tersebut. Ekologi manusia adalah suatu kajian antara disiplin mengenai hubungan di antara manusia dan alam sekitar semula jadi, persekitaran sosial dan alam ciptaan mereka. Petikan dari University of Alberta, Deparment. of Human Ecology berkaitan dengan ekologi manusia adalah seperti berikut: “Ekologi manusia adalah sebuah jurusan yang menggunakan antara disiplin yang menggunakan suatu pencapaian holistik untuk menolong orang menyelesaikan masalah dan menambah potensi manusia dalam alam yang berhampiran mereka - pakaian, keluarga, rumah, dan masyarakat mereka. Ahli ekologi manusia mengalakkan keadaan baik individu, keluarga, dan masyarakat melalui pendidikan, pencegahan, dan pemberian kuasa.” Model ekologi manusia yang akan dibincangkan adalah Teori Ekologi yang diperkenalkan oleh Urie Bronfenbrenner pada tahun 1979. Model ini mempunyai ciri tersendiri dan menerangkan konsep asas pendekatan ekologikal iaitu organisma, persekitaran dan saling tindak antara keduanya.
  • 2. KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL 2 2.0 KONSEP ASAS EKOLOGIKAL Menurut Mohamad Shuhny (2008), Teori Ekologi Manusia menggunapakai konsep-konsep asas daripada tiga komponen besar konsep dalam teori Sistem Umum, Ekologi Manusia dan Ekologi Keluarga. Jadual 1 menunjukkan tentang konsep-konsep tersebut. Jadual 1 : Konsep Sistem Umum, Ekologi Manusia dan Ekologi Keluarga 3.0 PERSEKITARAN DARI ASPEK TINGKAH LAKU DAN PERKEMBANGAN MANUSIA Persekitaran terdiri daripada keseluruhan aspek fizikal, biologikal, sosial, ekonomi, politik,estetik dan struktur yang terdapat di sekeliling manusia. Persekitaran merupakan konteks tingkahlaku dan perkembangan manusia. Persekitaran boleh diklasifikasikan menurut sumber yang ada di dalamnya. Ini termasuk persekitaran semulajadi atau bio-fizikal, persekitaran sosio- budaya dan persekitaran teknologi-binaan manusia (Bubolz & Sontag,1993) Persekitaran semulajadi/bio-fizikal terdiri daripada sumber bumi yang asli seperti tanah, air, masa, tumbuhan, Sistem Umum •Sistem •Elemen/Objek •Ciri •Perhubungan •Persekitaran •Maklumat/Informasi •Tenaga •Bahan •Ruang •Masa •Homeostasis •Maklumbalas •Sempadan Ekologi Manusia •Ekosistem Manusia •Organisma/Individu •Persekitaran •Interaksi •Pola •Saling Bergantungan •Persepsi •Organisasi •Kepelbagaian •Adaptasi •Teknologi •Kefungsian •Holism •Limitasi •Niche Ekologi Keluarga •Ekosistem keluarga •Keluarga •Sumber •Keperluan •Nilai •Matlamat •Pengadilan •Pembuatan Keputusan •Komunikasi •Pembangunan Manusia •Personaliti •Kesejahteraan •Kualiti Kehidupan Manusia
  • 3. KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL 3 haiwan, fosil, mineral dan lain-lain Persekitaran sosio-budaya terdiri daripada institusi sosial seperti agama, politik, ekonomi, rekreasi atau kumpulan simbolik. Persekitaran teknologi-binaan manusia termasuk rumah, jambatan, sistem hidroelektrik,bangunan serta sistem jalanraya. Persekitaran boleh juga diklasifikasikan kepada persekitaran mikro dan makro. Klasifikasi ini adalah berdasarkan saiz persekitaran tersebut. Mikro merujuk kepada saiz persekitaran yang kecil, manakala makro pula merujuk kepada saiz persekitaran yang besar. Secara grafik, persekitaran yang disarankan oleh Bubolz & Sontag (1990) boleh digambarkan seperti berikut: Rajah 1 : Persekitaran menurut Bubolz & Sontag
  • 4. KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL 4 4.0 LATARBELAKANG URIE BRONFENBRENNER Urie Bronfenbrenner telah dilahirkan pada 29 April, 1917 di Moscow, Rusia. Bapanya bernama Dr Alexander Bronfenbrenner dan ibunya ialah Eugenie Kamenetski Bronfenbrenner., Keluarganya berpindah ke Amerika Syarikat apabila Urie berumur enam tahun . Setelah menetap di Pittsburgh untuk suatu tempoh yang singkat, mereka berpindah ke Letchworth Village, iaitu sebuah institusi Orang Terencat Akal di New York, di mana bapanya bekerja sebagai seorang pakar patologi klinikal dan pengarah penyelidikan. Selepas tamat pengajian dari Sekolah Tinggi Haverstraw, Bronfenbrenner menyambung pengajian dalam dua pengkhususan iaitu piskologi dam muzik di Universiti Cornell pada tahun 1938. Dia telah melakukan kerja-kerja penyelidikan berkaitan psikologi perkembangan serta dapat menghabiskan pengajian peringkat Sarjana di Universiti Harvard, diikuti oleh Ph.D. dari Universiti Michigan pada tahun 1942. Dua puluh empat jam selepas menerima ijazah kedoktoran beliau, Urie Bronfenbrenner telah diserapkan ke dalam Angkatan Tentera, di mana beliau berkhidmat sebagai seorang pakar psikologi dalam pelbagai tugasan untuk pasukan Tentera Udara dan Pejabat Perkhidmatan Strategik U.S. Selepas menamatkan latihan kepegawaian, beliau berkhidmat dalam pasukan Perubatan Tentera Amerika Syarikat (AS). Selepas tamat Perang Dunia II, Bronfenbrenner bekerja sebagai Penolong Ketua Pakar Psikologi Klinikal bagi Administration and Research for the Veterans' Administration untuk suatu tempoh yang singkat. Kemudian beliau memulakan kerja sebagai Penolong Profesor Psikologi di Universiti Michigan.Pada tahun 1948, beliau menerima jawatan professor dalam Pembangunan Manusia, Pengajian Keluarga, dan Psikologi di Universiti Cornell. Pada 1960-an hingga awal 1970-an, Bronfenbrenner berkhidmat sebagai ahli Lembaga Pemegang Amanah Cornell. Pada masa kematian, Bronfenbrenner merupakan Professor Emeritus dalam bidang Pembangunan Manusia dan bidang Psikologi dalam Jabatan Ekologi Manusia di Universiti Cornell. Bronfenbrenner meninggal dunia pada usia 88 tahun di rumahnya,Ithaca, New York pada 25 September 25 2005 akibat komplikasi kencing manis.
  • 5. KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL 5 Urie Bronfenbrenner berkahwin dengan Liese dan mendapat enam cahayamata iaitu Beth Soll, Ann Stambler, Mary Bronfenbrenner,Michael Bronfenbrenner, Kate Bronfenbrenner dan Steven Bronfenbrenner.Urie Bronfenbrenner memainkan peranan yang sangat penting membentuk program-program pembangunan. Ini termasuklah menjadi pengasas bersama program bernama Head Start iaitu satu program pembangunan kanak-kanak persekutuan. Program Head Start ini sangat berjaya dan merupakan program yang paling lama dilaksanakan dalam membasmi kitaran kemiskinan di Amerika Syarikat. Sepanjang penglibatan beliau di dalam kerjayanya, beliau telah diberikan beberapa anugerah di atas sumbangan dalam bidang ekologi. Antaranya anugerah "Lifetime Contribution to Developmental Psychology in the Service of Science and Society" oleh The American Psychological Association yang kemudiannya menamakan anugerah tersebut sebagai "The Bronfenbrenner Award. Beliau juga memperolehi anugerah " The James McKeen Catell” dari the American Psychological Society. Sumbangan Urie Bronfenbrenner yang terpenting adalah melalui hasil-hasil penerbitan beliau, iaitu : Bronfenbrenner, “Two Worlds of Childhood” yang diterbitkan pada tahun 1972, “Influencing Human Development” yang diterbitkan pada tahun 1973,”Two Worlds of Childhood: US and USSR” yang diterbitkan pada tahun 1975,”Influences on Human Development” juga diterbitkan pada tahun 1975, “The Ecology of Human Development: Experiments by Nature and Design” yang diterbitkan pada tahun 1979,”On Making Human Beings Human” yang diterbitkan pada tahun 1981 dan “The Twelve Who Survive: Strengthening Programmes of Early Childhood Development in the Third World” yang diterbitkan pada tahun 1992.
  • 6. KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL 6 5.0 TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER Teori ekologi adalah pandangan sosio kultural tentang perkembangan yang terdiri daripada lima lingkungan bermula dari interaksi langsung dengan agen-agen sosial sehinggalah pengaruh kebudayaan. Lima sistem dalam teori ekologi Bronfenbrenner ialah mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem dan kronosistem. (Rajah 2). Rajah 2: Teori Ekologi Bronfenbrenner
  • 7. KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL 7 Teori Ekologi mengikut Bronfenbrenner (1977) memberi penekanan bahawa individu yang melalui proses pertumbuhan dan perkembangan itu terangkum di dalam sistem persekitaran yang mementingkan interaksi diantara satu sama lain. Interaksi antara kanak- kanak dengan persekitaran kanak-kanak itu boleh mempengaruhi proses perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak. Merujuk kepada konsep teori ini, kanak-kanak merupakan individu yang berada dalam ruang lingkup mikro (berpusat di tengah) boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran. (Mariani Md. Nor, 2006) 5.1 MIKROSISTEM Mikrosistem melibatkan persekitaran yang terdekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Ia meliputi keluarga, guru, individu, rakan sebaya, sekolah dan persekitaran yang terlibat secara langsung dengan kanak-kanak. Ibu bapa merupakan agen sosialisasi paling penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak dan sebagai individu terdekat atau berhampiran dengan komuniti kanak-kanak, mereka mempunyai pengaruh besar ke atas tingkah laku kanak-kanak. (Rajah 3) Individu tidak dipandang sebagai penerima pengalaman yang pasif dalam setting ini tetapi sebagai seseorang yang menolong membangunkan setting. Contohnya interaksi kanak-kanak di dalam keluarga iaitu dengan ibu bapa dan adik beradik. Interaksi antara rakan, jiran serta guru terlibat dalam proses perkembangan kanak-kanak. Tingkah laku atau respons kanak –kanak juga akan mempengaruhi sikap ibu bapa terhadap kanak-kanak tersebut. Contohnya, kanak –kanak yang berkelakuan baik akan disenangi oleh orang dewasa di sekitarnya dan mereka akan memberi respon positif terhadap kanak –kanak ini.
  • 8. KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL 8 Rajah 3 : 5.2 MESOSISTEM Mesosistem merupakan perhubungan antara mikrosistem dengan mikrosistem yang lain. Sebarang perkara yang berlaku dalam satu mikrosistem dapat mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Antaranya hubungan ibubapa – guru, ibubapa-rakan, guru-rakan, antara rakan, hubungan antara pengalaman sekolah dengan pengalaman keluarga, pengalaman sekolah dengan pengalaman rakan sebaya. Contohnya , seorang pelajar yang merasa dirinya dipinggirkan oleh keluarga mungkin akan menghadapi masalah menjalinkan hubungan yang positif dengan gurunya.
  • 9. KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL 9 Kajian yang dijalankan oleh Zarinah Arshat, Rozumah Baharudin, Rumayajuhari & Rojanah Kahar (2002) mendapati bahawa faktor latar belakang keluarga dan tingkah laku keibubapaan boleh mempengaruhi perkembangan emosi dan kognitif anak. Pendidikan yang diterima oleh ibu merupakan sumber kekuatan diri yang boleh mempengaruhi tahap estim diri dan pencapaian akademik anak dalam keluarga berisiko di luar bandar. Ibu bapa yang berpendidikan tinggi kebiasaannya melihat hubungan anak sebagai dua hala, bersifat timbal balik , banyak melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran anak dan mengamalkan komunikasi yang positif dan terbuka. Komunikasi yang terbuka membolehkan ibu bapa menunjukkan kasih sayang melalui sentuhan, kemesraan dan sokongan. Adalah menjadi fitrah manusia untuk disayangi dan menyayangi. Tanpa kasih sayang, seseorang itu mungkin menghadapi pelbagai masalah emosi. Justeru itu, ibu bapa perlu mempelajari bagaimana untuk menjadi seorang pendengar yang aktif dan juga mengesahkan keperluan dan permasalahan anak-anak mereka.(Arshat, Baharudin, & Kahar, 2002) 5.3 EKSOSISTEM Eksosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak atau orang dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Pengalaman individu tersebut akan turut mempengaruhi orang lain. Contoh, Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran mempunyai peranan yang besar dalam menentukan kualiti taman permainan, kemudahan rekreasi dan perpustakaan. Keputusan mereka dalam perkara tersebut akan mempengaruhi perkembangan pelajar-pelajar di daerah tersebut. Dari perspektif pendidikan, sistem bilik darjah didapati memainkan peranan penting dalam mempengaruhi-perkembangan kanak-kanak bukan sahaja di Malaysia sendiri malah di merata dunia. Kajian mendapati 99.4% ibu bapa berkecenderungan membantu kanak-kanak mendapatkan buku yang sesuai untuk anak-anak mereka berbanding dengan bahan lain. Sementara 84.9% pula menyediakan bahan bantu mengajar elektronik seperti CD Pendidikan dan tidak begitu berminat untuk membelikan bahan mainan atau buku komik walaupun ada unsur- unsur pendidikan. (Mariani Md.Nor, 2006)
  • 10. KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL 10 5.4 MAKROSISTEM Makrosistem ialah perubahan keadaan dalam tempoh suatu masa. Misalnya, kanak-kanak hari ini lebih fokus kepada permainan-permainan komputer atau kemajuan teknologi yang ada kini jika dibandingkan dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah. Makrosistem merujuk kepada perkembangan individu yang di pengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan (Santrock 2008). Di sesetengah negara, kaum lelaki diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting. Sebagai contoh, di sesetengah negara kaum lelaki diberi peranan yang lebih besar di mana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting. Berlainan pula dengan negara-negara barat, kaum wanita mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam memenuhi kehendak dan keperluan semasa. Tanpa kita semua sedari hal ini akan memberi kesan ke atas perkembangan sosial dan emosi khususnya ke atas peranan mereka dalam masyarakat. Bukan itu sahaja, faktor persekitaran sangat berperanan penting setiap perkembangan kanak-kanak. Suasana tempat tinggal yang harmoni akan membantu membina persekitaran yang baik untuk seseorang kanak-kanak membesar dengan baik dan melalui proses perkembangan yang menyeluruh. Mikrosistem melibatkan budaya yang lebih luas di mana pelajar dan guru tinggal termasuklah perkembangan individu yang melibatkan norma-norma, nilai dan amalan masyarakat itu sendiri. Misalnya dalam sesetengah masyarakat, peranan jantina dititikberatkan. Di sesetengah Negara seperti di Amerika Syarikat, peranan mengikut jantina yang pelbagai dapatditerima. Di Amerika juga, sejak di sekolah lagi kanak-kanak telah ditanamkan budaya peranan dan tanggungjawab yang sama antara lelaki dengan perempuan. Dalam kebanyakan negara Islam, sistem pendidikannya mengutamakan peranan lelaki di mana kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan dalam budaya tersebut. Satu dari aspek status sosioekonomi murid adalah faktor perkembangan dalam kemiskinan. Kemiskinan dapat mempengaruhi perkembangan anak dan merosak kemampuan mereka untuk belajar, meskipun kanak-kanak dari golongan miskin sangat rajin. (Santrock, Psikologi Pendidikan, 2008).
  • 11. KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL 11 Makrosistem, dalam teori ekologi Bronfenbrenner meliputi kebudayaan di mana individu ingat bahawa kebudayaan mengacu pada pola perilaku, keyakinan dan semua produk lain. Dari sekelompok manusia yang diteruskan dari generasi-generasi ingat juga bahwa studi lintas budaya perbandingan antara satu kebudayaan dengan kebudayaan lain atau lebih kebudayaan lain, memberi informasi tentang generalitas perkembangan. 5.5 KRONOSISTEM Persekitaran kita tidak kekal sama, ia berubah mengikut peredaran masa. Sebagai contoh, kehadiran ahli baru dalam sebuah keluarga membawa perubahan dan memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak. Contohnya apabila ibu melahirkan ahli baru dalam keluarga, maka kanak-kanak tersebut akan berasa tersisih dan memikirkan ibu bapa mereka tidak menyayangi mereka kerana ibu bapa mereka memberi lebih tumpuan dan perhatian kepada ahli baru dalam keluarga tersebut. Bukan itu sahaja, perubahan keadaan dalam suatu tempoh masa. Misalnya kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan-permainan komputer jika dibanding dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah. Kronosistem merangkumi pembuatan pola kejadian lingkungan dan transisi sepanjang kehidupan. Contohnya pengaruh negatif perceraian yang seringkali memuncak pada tahun pertama perceraian. Dua tahun setelah perceraian, interaksi keluarga tidak terlalu berantakan dan lebih stabil. Dengan mempertimbangkan lingkungan sosial budaya, wanita masa kini lebih mungkin didorong untuk mengejar kerjaya dibandingkan dengan wanita 20 atau 30 tahun yang lalu. Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu tempoh masa. Contohnya, kanak-kanak pada hari ini hidup dalam banyak perkara yang pertama dilalui. Mereka adalah generasi pertama mengalami jagaan harian di taman asuhan kanak-kanak atau diasuh di rumah orang lain atau dijaga oleh pembantu rumah. Kronosistem meliputi pemulaan peristiwa- peristiwa sepanjang rangkaian kehidupan dan keadaan sejarah dari perkembangan individu. Misalnya, dalam mempelajari implikasi perceraian terhadap anak-anak, para pengkaji menemukan bahawa kesan negatif sering memuncak pada tahun pertama setelah perceraian dan bahawa kesan penceraian akan menjadi lebih buruk bagi anak laki-laki daripada anak perempuan
  • 12. KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL 12 (Hetherington, 1989 dalam Santrock, 2008). Dua tahun setelah perceraian, interaksi dalam keluarga tidak begitu stabil dan akan menjadi lebih terkawal. (Santrock, Psikologi Pendidikan, 2008) Bronfenbrenner semakin banyak memberi perhatian kepada kronosistem sebagai sistem lingkungan yang penting. Dia memperhatikan dua permasalah penting, iaitu kebanyakan anak- anak di luar negara yang hidup dalam kemiskinan (terutama dalam keluarga bapa/ibu tunggal) mempunyai perkembangan yang sangat berbeza-beza di antara satu sama lain.(Santrock, Life- Span Development, 2002). Bronfenbenner juga berpendapat bahawa anak-anak sekarang adalah generasi pertama yang mendapatkan perhatian setiap hari, generasi pertama yang lahir pada zaman teknologi yang dipenuhi oleh komputer dan bentuk media baru, generasi pertama yang lahir dalam revolusi seksual, (Santrock, Psikologi Pendidikan, 2008). 6.0 IMPLIKASI TEORI EKOLOGI BRONFENBRENNER Teori ekologi memandang bahawa, perkembangan manusia dipengaruhi oleh konteks lingkungan. Hubungan timbal balik antara individu dengan lingkungan yang akan membentuk tingkah laku individu tersebut. Teori ekologi yang paling terkenal dan memiliki implikasi luas untuk memahami bagaimana lingkungan berpengaruh kepada individu adalah teori yang diungkapkan oleh Urie Bronfenbrenner. Teori Ekologi Bronfenbrenner adalah teori yang menekankan pengaruh persekitaran ke atas perkembangan manusia. Teori ini melihat persekitaran ekologi manusia berdasarkan hubungannya dengan konteks di mana individu itu berada dan berinteraksi. Bronfenbrenner menyatakan persekitaran perkembangan individu terdiri daripada lima sistem iaitu mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem dan kronosistem. Sistem-sistem ini saling terangkum antara satu sama lain dengan persekitaran yang paling di dalam atau dekat sebagai tempat di mana individu itu berkembang. Kelima-lima sistem persekitaran tersebut memberikan implikasi kepada guru dalam menyediakan diri dengan selengkapnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
  • 13. KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL 13 I. MIKROSISTEM Tugas guru bukan sahaja mengajar semata-mata, namun berperanan sebagai pembimbing kepada murid-murid semasa di sekolah. Murid-murid banyak menghabiskan masa bersama guru semasa di sekolah. Jadi guru bertindak sebagai pembimbing dan penasihat kepada murid-murid. Sebagai seorang guru, mereka perlu tahu tahap perkembangan setiap anak murid mereka. Jadi pemilihan aktiviti pengajaran yang sesuai dengan minat, pengetahuan dan pengalaman murid dapat meningkatkan tahap perkembangan mereka di dalam pelajaran. Menurut Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah (2003), pemahaman guru berkaitan perkembangan kanak-kanak dapat meningkatkan lagi keyakinan dan memberi panduan kepada guru menyesuaikan program mengikut keperluan setiap kanak-kanak yang berada di dalam kelas. Guru juga mestilah peka terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid sebelum memulakan pengajaran. Pendapat ini selari dengan kenyataan Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah (2003) iaitu guru atau pendidik berkebolehan menyelami dunia kanak-kanak dan berkongsi rasa ingin tahu mereka. Kanak-kanak akan berasa gembira apabila orang dewasa mendengar, memberi tumpuan dan menerima apa yang mereka katakan. Murid yang berada dalam keadaan ceria dan gembira akan memberi tumpuan dan berminat untuk mengikuti pengajaran guru. Jika murid tersebut berada dalam keadaan yang tidak sedia, maka objektif pembelajaran yang ingin disamapaikan oleh guru pada hari itu tidak akan tercapai. Seperti mana yang kita sedia maklum keluarga, sekolah, dan tempat kerja merupakan tempat yang mempengaruhi seseorang individu dalam pembentukan tingkahlaku mereka. Justeru, seseorang kanak-kanak atau murid yang berada di dalam bilik darjah pastinya mempunyai kemahiran sedia ada yang dipelajari daripada keluarga atau sebelumnya. Kajian Tingkahlaku Keibubapaan dan Penyesuaian Tingkahlaku Kanak-kanak Luar Bandar oleh Yahaya Juhari (2009) membuktikan bahawa latar belakang keluarga mempengaruhi tingkah laku kanak- kanak/murid. Sehubungan dengan itu Implikasi yang dapat dijelaskan oleh teori ini adalah tugas seseorang guru bukan mengajar semata-mata, tetapi berperanan sebagai pembimbing. Oleh itu, pemilihan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P)di dalam bilik darjah bergantung kepada tahap
  • 14. KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL 14 perkembangandan kemahiran sediaada seseorang murid. Aktiviti P&P mestilah bersesuaian dengan minat, pengetahuan dan perkembangan murid. adalah Contoh: Murid yang pasif/aktif akan mempengaruhi penyediaan aktiviti guru semasa P&P. Kajian berkaitan dengan implikasi budaya lepak dalam kalangan remaja terhadap pembentukan institusi keluarga juga membenarkan kenyataan ini (Azizi Yahya, 2011). Kajian ini bertujuan mengetahui faktor – faktor yang mempengaruhi remaja untuk keluar melepak dan juga untuk mengetahui bagaimanakah remaja berinteraksi dengan keluarga dan rakan sebaya. Kajian ini dilakukan dengan kaedah tinjauan dan sampel rawak mudah. Data–data kajian diperolehi dari soalselidik dan dianalisis secara SPSS. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah remaja melayu yang berumur dalam linkungan 12 hingga 20 tahun yang melepak di Stesen bas dan Pasaraya. Soal selidik digunakan sebagai alat kajian. Hasil kajian menunjukan bahawa institusi keluarga memainkan peranan utama dalam membentuk keperibadian diri remaja dan rakan sebaya sebagai tempat menguji tingkah laku yang hendak dikekalkan. Didikan agama menjadi teras kepada pembentukan diri dalam remaja Melayu. Hasil kajian ini dapat memberi input kepada ibu bapa dan masyarakat supaya lebih prihatin terhadap peranan masing – masing untuk membentuk keperibadian remaja selaras dengan kehendak agama dan aspirasi negara. II. MESOSISTEM Implikasi dalam sistem ini dapat di lihat dalam aspek pendidikan. Guru perlu menunjukkan sikap yang baik kepada murid/ kanak-kanak. Guru berperanan penting dalam pendidikan sahsiah murid. Pengaruh guru akan member kesan terhadap murid. Sebagai contoh, jika guru merokok, murid akan menganggap merokok itu baik atau tidak member kesan sampingan. Hal ini dapat dijelaskan melalui kajian satu kajian pengaruh amalan yang dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah. Kajian pengaruh amalan jenaka terhadap pengajaran dan pembelajaran murid yang telah dijalankan oleh Shafee Mohd Daud (2012). Hasil kajian ini menunjukkan amalan jenaka guru boleh meningkatkan interaksi sesama rakan sejawat guru dan sesama rakan murid. Suasana pembelajaran yang seronok dapat diwujudkan sekiranya guru berjenaka dalam
  • 15. KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL 15 bilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran. Guru pelatih telah mengamalkan jenaka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Mereka juga menganggap amalan ini boleh mewujudkan kesan yang positif terhadap pengajaran dan pembelajaran murid. Sementara tahap jenaka yang dilakukan oleh guru pelatih adalah dengan kadar yang sederhana iaitu antara tiga hingga empat kali bagi setiap sesi pengajaran. Kekerapan ini juga dianggap sebagai jumlah yang sesuai bagi seseorang guru melakukannya. Selain itu, guru perlu menunjukkan sikap yang baik kepada murid-murid mereka. Hal ini kerana, murid-murid akan mudah terpengaruh dengan apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh guru. Misalnya gaya berpakaian seseorang guru akan menjadi perhatian murid , maka mereka akan terikut-ikut gaya guru tersebut. Makanya, seseorang guru perlu menjadi „role model‟ yang terbaik kepada anak muridnya agar menjadi contoh yang terbaik dari semua aspek yang positif. Kenyataan di atas bertepatan dengan pandangan Syed Ismail Syed Mustafa & Ahmad Subki Miskon (2012), iaitu murid mudah terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai profesional. Oleh itu guru mesti membentuk program-program yang bertujuan membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurangkan segala tingkah laku yang negatif. Keadaan yang sama juga akan berlaku, apabila seseorang melangkah ke alam pekerjaan, di mana jika di tempat kerja, seseorang individu yang mempunyai masalah di rumah akan memberi kesan kepada kualiti kerja dan sebaliknya. Implikasinya, prestasi kerja seseorang penjawat awam atau swasta itu akan terjejas akibat kecelaruan tadi. Maka, teori Bronfenbrenner ini membuktikan bahawa pengaruh mikrosistem akan memberi impak terhadap individu yang terlibat dalam pembentukan keperibadian seseorang, dan seterusnya kepada aspirasi negara. Dalam erti kata yang lain, seseorang individu itu, terutamanya dalam pembentukan jati diri seseorang kanak-kanak merupakan cerminan produk dalam menyumbang sebagai modal insan atau sebaliknya.
  • 16. KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL 16 III. EKSOSISTEM Dari aspek persekitaran eksosistem pula, pengalaman seseorang individu akan mempengaruhi individu yang lain. Sebagai contoh, murid yang pasif akan mempengaruhi penyediaan aktiviti guru semasa di dalam pengajaran di kelas. Guru perlulah menggunakan pelbagai kaedah pengajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat murid belajar. Guru bukan sahaja perlu memfokuskan penyediaan aktiviti kepada murid yang aktif sahaja, namun perlu menyediakan aktiviti yang sesuai untuk murid yang pasif. Perancangan aktiviti perlu mengambil kira kecerdasan pelbagai yang ada dalam diri setiap individu. Hal ini kerana tahap perkembangan serta minat murid-murid adalah berbeza antara satu sama lain. Selain itu, implikasi persekitaran sekolah turut mempengaruhi corak tingkahlaku @ perkembangan sosial terhadap kanak- kanak atau murid sekolah. Hal ini dapat dijelaskan melalui masalah sosial remaja sekolah yang tinggil dipinggir bandar besar seperti Kuala Lumpur atau Johor Bharu. Petikan akhbar tentang penahana polis terhadap seramai 128 remaja di Johar Bahru (Harian Metro; 16 Julai 2001) membenarkan teori ni terhadap implikasi persekitaran setempat terhadap seseorang invidu, lebih-lebih lagi kanak-kanak sekolah. Selain itu, lokasi sekolah yang berada berhampiran dengan kawasan kompleks beli belah juga akan memberi impak negatif kepada kana-kanak atau remaja sekolah kerana suasana ini akan mengundang budaya lepak dan ponteng sekolah seperti di pasaraya, tempat perhentian pengangkutan awam, dan temapat tumpua orang ramai. Gejala seperti ini dipandang serius kerana akan merosakkan nilai serta keperibadian remaja yang merupakan aset penting kepada sesebuah negara pada masa akan datang. Namun begitu, terdapat juga kajian yang menunjukkan kesan lokasi terhadap peluang pekerjaan kepada remaja sekolah bagi mengisi masa senggang semasa cuti sekolah atau menunggu keputusan peperiksaan awam. (Awab Said, 2006). Kajian ini mendapati terdapat ramai pelajar sekolah yang bekerja separuh masa semasa cuti persekolahan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur untuk memperoleh wang saku tambahan, mencari pengalaman, dan pengaruh rakan sebaya.
  • 17. KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL 17 Jika dihalusi, teori Bronfenbrenner ini juga turut mempengaruhi atau mempunyai implikasi ke atas orang dewasa terhadap lokasi tempat kerja, iaitu kedudukan tempat kerja mempengaruhi corak tingkahlakunya. Sebagai contoh, lokasi tempat kerja di bandar atau di luar bandar. Selain itu, corak pengurusan, kemudahan, dan peraturan yang digunapakai akan mempengaruhi tingkahlaku seseorang. IV. MAKROSISTEM Aspek persekitaran makrosistem pula menyatakan perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma dan amalan masyarakat. Jadi guru berperanan penting dalam menjelaskan dan membetulkan fahaman-fahaman yang salah kepada murid-murid agar mereka memahami konsep yang sebenar tentang sesuatu perkara. Sebagai contoh, kepercayaan ibu bapa yang sudah lapuk terhadap anak mereka juga menjadi sebab terhadap kemunduran pelajaran anak-anak mereka. Misalnya, mereka lebih mementingkan pembelajaran anak lelaki berbanding dengan anak perempuan. Kononnya anak lelaki yang akan bakal menjadi pemimpin keluarga dan mempunyai tanggungjawab yang besar. Mereka menganggap bahawa walaupun anak perempuan mereka berpelajaran tinggi sehingga ke menara gading, akhirnya mereka akan pergi ke dapur juga. Jadi, kepercayaan seperti inilah yang perlu dihapuskan dari pemikiran murid-murid agar mereka tahu kepentingan pelajaran dalam kehidupan dengan menerangkan bahawa taraf perempuan adalah sama dengan lelaki dalam mendapat pendidikan. Menurut Jas Laile Suzana (2002), perbezaan- perbezaan ini wujud kerana ia dibentuk dan dicipta oleh persekitaran sosial itu sendiri. Contohnya di tempat kerja, golongan wanita tidak dapat kenaikan pangkat walaupun mempunyai pendidikan dan tanggungjawab yang setaraf dengan lelaki.
  • 18. KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL 18 V. KRONOSISTEM Dewasa ini, media massa memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi masyarakat. Melalui teknologi yang semakin canggih ini, murid-murid sekolah rendah juga sudah pandai menggunakan kemudahan internet tanpa kawalan dari ibu bapa khususnya di kawasan bandar. Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan apa yang berlaku di seleliling mereka. Kajian Shade & Walson (1990), komputer dapat digunakan dalam pelbagai cara yang sesuai dengan perkembangan kanak-kanak dan pada masa yang sama dapat juga disalahgunakan. Kajian Clements (1994), komputer hanya mampu membantu dalam proses pembelajaran dan tidak boleh menggantikan aktiviti dan bahan seperti seni (lukisan dan muzik), penerokaan dengan bahan maujud dan permainan Jika dilihat dari perspektif yang lain, paparan adegan-adegan negatif dari filem barat yang banyak memaparkan adegan ganas menimbulkan perasaan ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang mereka tonton dari video cakera padat dan sesetengah program televisyen. Oleh itu, guru bertanggungjawab dalam membimbing murid-murid dengan memberi panduan dan tunjuk ajar yang betul supaya mereka tidak terjebak dengan perkara-perkara negatif yang semakin menular kini. Menurut Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad (2004), kanak-kanak memerlukan banyak bantuan orang dewasa ketika menggunakan komputer. Maka guru atau ibu bapa memainkan peranan penting dalam membantu murid-murid dalam penerokaan dunia teknologi menggunakan komputer agar dapat memberi keyakinan serta memantau penularan perkara negatif semasa menggunakan alatan teknologi ini.
  • 19. KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL 19 7.0 KESIMPULAN Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979, 1989) menjelaskan perkembangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. Menurut beliau, perkembangan kanak-kanak adalah kesan persekitaran terhadap kanak-kanak dan juga ciri-ciri kanak-kanak tersebut ke atas persekitaran. Persekitaran banyak mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan intelek dan rohani seorang pelajar. Persekitaran yang positif akan membantu kanak-kanak mencapai kecemerlangan dalam akademik manakala persekitaran yang negatif akan membantutkan segala usaha yang diambil oleh pelajar tersebut. Persekitaran yang diwarisi oleh seorang pelajar akan membentuk tingkah laku yang akan mencorakkan perkembangan akademik dan sahsiah. Oleh yang demikian persekitaran boleh mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran murid secara mutlak. Oleh itu seseorang guru itu perlulah membuat pertimbangan dalam menentukan objektif pengajaran kerana terdapat perbezaan individu dari segi jantina, fizikal,kesihatan, sosial,bahasa dan bangsa. Guru perlulah mengenali personaliti seseorang murid untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran guru. Di samping itu, guru haruslah bersedia dengan pelbagai situasi untuk menjayakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
  • 20. KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL 20 Rujukan (n.d.). Urie Bronfenbrenner. Dicapai dari laman web New World Encyclopedia http://www.newworldencyclopedia.org/entry/Urie_Bronfenbrenner pada 28 Mac 2013. (n.d.) Ekologi Manusia. Dicapai dari laman web Wikipedia http://ms.wikipedia.org/wiki/Ekologi_manusia pada 28 Mac 2013. Arshat, Z., Baharudin, R., & Kahar, R. O. A. (2002). Tingkah Laku Keibubapaan dan Penyesuaian Tingkah Laku Anak dalam Keluarga Berisiko di Luar Bandar, 10(2), 165– 178 Azizi Yahaya (2008).Keluarga Dalam Pembentukan Moral.Dicapai di laman web http://eprints.utm.my/6035/1/aziziyahmoral.pdf pada 27 Mac 2013. Bronfenbrenner,U.(1994). Ecological models of human development. International Encyclopedia of Education, Vol.3, 2nd Ed. Oxford:Elsevier. Derksen, T.(2010). The Influence of Ecological Theory in Child and Youth Care: A Review of the Literature. International Journal of Child, Youth and Family Studies; Vol 1: 326- 339. John W. Santrock(2008). Psikologi Pendidikan. , edisi kedua. Universty of Texas. Malaya, U. (2006). Masalah Pendidikan 2006, Universiti Malaya , 81–90. Kasmini Kassim (1998). Penderaan Emosi Kanak-kanak Trauma Terselindung. Bangi:Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohamad Shuhny B. Shuib. (2008). Pembangunan Manusia. Scribd http://www.scribd.com/doc/2525380/pembangunan-manusia. (dicapai pada 26 Mac 2013). Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah (2003). Panduan Pendidikan Prasekolah. Pulau Pinang: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd. Polis menahan 128 pelajar di Johor Bharu. (2001, Julai 16).Harian Metro.
  • 21. KPP6014 PERKEMBANGAN SOSIAL, EMOSI DAN MORAL 21 Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad (2003). Panduan kurikulum Prasekolah. Bentong: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd. Shade, DD. and J.A Watson. (1990). Computer in Early Education: Issue put to test, theoritical links to social practice. Journal of Education Computing Research. pp 6(4) Syed Ismail Syed Mustafa (2010). Budaya Pembelajaran.Selangor: Berita Penerbitan Sdn. Bhd. http://www.slideshare.net/AiedAzan/teori-ekologi-bronfenbrenner dicapai pada 3 April 2013 http://www.slideshare.net/haqifarahman/teori-ekologi-print dicapai pada 3 April 2013. http://www.psasir.upm.edu.my/3380/1/Tingkah_Laku_Keibubapaan_dan_Penyesuaian_ Tingkah_Laku_Anak.pdf dicapai pada 3 April 2013.