SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Di Antara Aqidah Syi’ah Yang Bercanggah Dengan
Islam
Muhammad Asri Yusoff
1. Aqidah at-Tahrif fi al-Quran
2. Aqidah al-Imamah dan al-Walayah
3. Aqidah Takfir as-Sahabah (Aqidah Mengkafirkan Sahabat)
4. Aqidah ar-Raj’ah
5. Penutup
MUKADDIMAH
Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah ugama yang terakhir, lengkap,
terjamin dan universal. Ia mempunyai daya untuk membimbing, membinadan
mengeluarkan peribadi-peribadi dan generasi contoh sampai qiamat. Ia jugamempunyai
kemampuan dan kekuatan rahsia untuk mempertahankan dirinya dari segala bentuk
serangan dan ancaman. Sejarah menyaksikan bahawa setiap fahamandan fitnah yang telah
cuba bersemuka dengan Islam pasti menerima kegagalan dan kekalahan.
Kemampuan dan kekuatan Islam yang luar biasa itu sangat menyakitkan hati musuh-musuh
Islam, kerana itu sejak zaman permulaan Islam sampai ke hari ini mereka tidak henti-henti
merancang dan menyusun fitnah yang boleh memecahbelahkan umat Islam dengan
mencipta ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang berbagai-bagai untuk menimbulkan
keraguan terhadap Islam. Mereka sedar bahawa selagi umat Islam berpegang teguh dengan
ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w mereka akan bersatu padu dan
menjadi benteng kukuh untuk memelihara Islam sehingga tidak mungkin akan ada satu pun
kuasa yang dapat merobohkannya.
Ketika wilayah-wilayah dari dua kuasa besar dunia, Rom dan Farsi satu demi satu jatuh ke
tangan Islam dan tidak mampu bertahan lagi, apatah akan melawannya dengan kekuatan
senjata, ketika itu musuh-musuh Islam bermuafakat untuk menyusup masuk ke dalam
masyarakat Islam dan menggugatkannya dari dalam. Sasaran mereka ialah orang-orang
yang baru memeluk agama Islam yang belum lagi diresapi betul-betul oleh ajaran Islam
dan masih belum terhapus dari jiwa mereka saki baki ajaran agama mereka yang lalu.
Melalui taktik-taktik ini mereka telah berjaya dan kejayaannya terbukti jelas dengan
syahidnya Khalifah Islam yang ketiga Sayyidina Usman bin Affan r.a.
Gerakan musuh Islam atas nama Islam yang pertama ini dikenali di dalam sejarah Islam
dengan “Gerakan Abdullah bin Saba’ dan rakan-rakannya”. Gerakan ini telah meletakkan
batu-batu asas ajaran dan fahamannya yang kemudiannya dibinakan di atas asas-asas itu
sebuah bangunan kukuh bernama Syi’ah Rafidhah.
Taktik yang sama telah digunakan oleh musuh-musuh Islam di zaman-zaman kemudiannya
dengan berbagai-bagai nama seperti Babiah, Bahaiah, Qadiani, Batiniah, Ingkar Sunnah dan
lain-lain. Tetapi gerakan-gerakan yang lain selainSyi’ah tidak dapat bertahan lama kerana
asas-asasnya tidak begitu kukuh danmereka pula tidak seperti Syi’ah yang mengamalkan
prinsip “taqiyyah”.
Semua gerakan-gerakan tersebut pada hakikatnya telah disusun dan dirancang untuk
memusnahkan ajaran Islam. Ini dapat diketahui dengan jelas apabila dikaji aqidah-
aqidahnya berdasarkan kitab-kitab muktabar di kalangan mereka.
Walaupun golongan Syi’ah sangat kuat berpegang dengan prinsip “taqiyyah” dan sebelum
ini agak sukar untuk mendapatkan kitab-kitabnya, namun selepas tercetusnya revolusi di
Iran mereka merasakan sudah kuat dan sudah sampai masanya untuk mendedahkan kitab-
kitabnya yang selama ini disembunyikan ke muka dunia. Dengan itu mudahlah bagi kita
untuk mengkaji ajaran Syi’ah dari sumbernya sendiri dan semoga kemenangan revolusi di
Iran itu akan menamatkan riwayat Syi’ah yang selama ini dikaitkan dengan Islam apabila
umat Islam didunia menyedari tentang aqidah-aqidah mereka yang bercanggah dengan
Islam.
Kertas kerja ini ditulis khusus untuk mendedahkan sebahagian dari aqidah Syi’ah Imamiah
Itsna Asyariah untuk menjadi bahan renungan dan peringatan bagi orang-orang yang
terpengaruh dengan ajaran Syi’ah khasnya dan umat Islam di tanah air kita amnya.
Walaupun banyak aqidah-aqidah Syi’ah Imamiah Itsna Asyariah yang bercanggah dengan
Islam, tetapi di dalam kesempatan ini kita hanya mengemukakan empat aqidah daripada
aqaid mereka yang terang bercanggah dengan aqidah Islam dan dengan keempat-empat
aqidah ini atau salah satu daripadanya ulamak-ulamak Islam di zaman lampau telah
mengkafirkan Syi’ah ini.
Empat aqidah yang diketengahkan nanti ialah:
1) Aqidah at-Tahrif fi al-Quran
2) Aqidah al-Imamah wa al-Walayah
3) Aqidah Takfir as-Sahabah
4) Aqidah ar-Raj’ah
1. Aqidah at-Tahrif fi al-Quran
Iaitu suatu aqidah bahawa al-Quran yang ada di tangan umat Islam hari ini sudah diubah,
ditokok tambah dan diselewengkan.
1.1. Kepercayaan ini termasuk di dalam dharuriat aliran Syi’ah seperti yang dikatakan
oleh Sayyid Hashim al-Bahrani seorang ahli tafsir Syi’ah yang besar di dalam muqaddimah
tafsirnya yang bernama al-Burhan.
“Saya yakin tentang benarnya (fahaman tentang al-Quran sudah diseleweng dan
ditokok tambah) setelah diselidiki dan dikaji riwayat-riwayat dan atsar-atsar sehingga kita
boleh memutuskan bahawa kepercayaan kepada perkara ini adalah salah satu daripada
dharuriat aliran Syi’ah. (1)
Syeikh Ali Asghrar al-Burujardi salah seorang tokoh Syi’ah di abad ketiga belas menulis di
dalam buku aqidahnya, “Wajib kita beri’tiqad bahawa al-Quran yang asal tidak diubah dan
ditukar ganti (isinya). Al-Quran yang asal ini ada pada Imam al-Asr (Imam Mahdi) –
semoga Allah menyegerakan kemunculannya, bukan pada orang lain. Sesungguhnya orang-
orang munafiq telah mengubah dan menukargantikan al-Quran yang ada pada mereka itu”.
(2)
1.2. Pengakuan tentang tokoh-tokoh Syi’ah tentang aqidah ini:
Allamah an-Nuuri at-Thabarsi menaqalkan daripada Mulla Baqir al-Majlisi bahawa beliau
berkata: “Tidak tersembunyi lagi bahawa hadits ini dan banyak hadits-hadits yang lain jelas
menunjukkan tentang al-Quran yang ada ini telah dikurangkan dan diubah. Hadith-hadits ini
sampai kepada mutawaatir ma’nan, membuangkan kesemuanya boleh menghilangkan sama
sekali kepercayaan kita kepada hadits-hadits malah saya yakin bahawa hadits-hadits
tentang perkara Imamah. Bagaimana mereka boleh menyabitkan Imamah kepada hadits?”
(3)
Di dalam tafsir al-Qummi, pengarangnya Ali bin Ibrahim al-Qummi seorang pentafsir yang
tertua di dalam Syi’ah menyebutkan di dalam muqaddimahnya, “Ada di antara isi al-Quran
itu nasikh dan mansukh. Ada di antaranya muhkam dan ada pula mutasyaabih. Ada di
antaranya berlainan dari yang diturunkan oleh Allah.”(4)
Di dalam kitab Fashlu al-Khitaab, Alamah Husain bin Muhammad Taqiyan-Nuuri at-Thabarsi
menukilkan kata-kata Sayyid Ni’Matullah al-Jazaairi, “Bahawa tokoh-tokoh Syi’ah telah
sepakat tentang sahihnya hadits-hadits yang sampai ke peringkat mutawaatir yang
menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan terhadap al-Quran.” (5)
Di antara ulamak dan tokoh-tokoh Syi’ah yang mempercayai demikian dan telah menulis
dalam kitab mereka masing-masing ialah al-Kulaini, al-Barqi, al-Iyasyi, an-Nu’mani Furat
bin Ibrahim, Ahmad bin Thaha at-Thabarsi, al-Majlisi, as-Sayyid Ni’matullah al-Jazaaifi, al-
Hurrul Amili, Allamahal-Fatuni dan Sayyid al-Bahrani. Mereka yang tersebut itu berpegang
kepada beberapa ayat al-Quran dan riwayat-riwayat yang tidak mungkin diketepikan
sebagaimana yang disebutkan oleh Sayyid Thayyib al-Musavi di dalam Muqaddimah Tafsir
al-Qummi halaman 23 hingga 24.
1.3 Contoh al-Quran yang ditakrifkan:
Di sini kita akan mengemukakan beberapa contoh al-Quran yang ditakrifkanmenurut Syi’ah:
1.3.1 Al-Kulaini meriwayatkan di dalam al-Kafi dari Abi Basir dari Abi Abdillah a.s
berhubung dengan firman Allah di dalam surah al-Ahzab ayat 71.
Bermaksud: “Sesiapa yang taat kepada Allah berhubung dengan walayah Ali dan walayah
Imam sesudahnya maka sesungguhnya dia mendapat kemenangan yangbesar. Demikianlah
ayat ini diturunkan.” (6)
1.3.2 Al-Kulaini meriwayatkan lagi di dalam kitab yang sama dari Abdullah bin Sinan dari
Abi Abdillah a.s berhubung dengan firman Allah di dalam Surah Thaha ayat 115.
Bermaksud: “Dan sesungguhnya kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu
dengan beberapa pesanan berhubung dengan Muhamad, Ali, Fatimah, al-Hasan, al-Husain
dan para Imam dari zuriat mereka. Tetapi ia lupa demi Allah. Beginilah ayat itu diturunkan
kepada Muhammad s.a.w” (7)
1.3.3 Seorang tokoh hadits dan fiqh Syi’ah yang terkenal di abad ke 6 Hijrah, Ahmad bin
Ali bin Abi Thalib at-Thabarsi di dalam kitabnya al-Ihtijaj meriwayatkan bahawa; “Seorang
zindiq telah mengemukakan beberapa kritiknya terhadap al-Quran kepada Sayyidina Ali,
lalu beliau menjawab kritikan-kritikannya itu. Di antara kritiknya ialah tentang ayat 3 Surah
an-Nisa’.
Menurut kaedah nahu, ayat ini mengandungi jumlah syarthiyyah. Apa yang diperlukan oleh
jumlah syartiyyah dari jaza’nya tidak terdapat di dalam ayat ini sedikitpun. Sebagai
menjawab kritikan itu Sayyidina Ali berkata: “Ia adalah di antara ayat yang digugurkan oleh
munafiqin dari al-Quran. Sebenarnya di antara perkataan “dan” itu terdapat lebih dari 1/3
al-Quran yang terdiri dari ayat-ayat khitab dan ayat-ayat qasas.” (8)
Al-Kasyi juga telah menaqalkan riwayat ini dari at-Thabarsi di dalam tafsirnya as-Shaafi jilid
1 halaman 11.
1.4 Golongan yang bertanggungjawab di dalam usaha menokok tambah al-Quran itu
menurut Syi’ah berdasarkan kitab-kitab mereka yang muktabar ialah para sahabat
Rasulullah s.a.w.
1.4.1 Allamah Kamaluddin Maitsamal-Bahrani menuliskan tentang pengumpulan al-Quran
oleh Sayyidina Utsman r.a. bahawa: “Beliau telah menyatukan orang ramai di atas qiraat
Zaid bin Tsabit sahaja dan membakar mashaf-mashaf yang lain. Beliau telah membatalkan
(membuangkan) ayat-ayat yang tidak syak lagi sebahagian daripada al-Quran.” (9)
1.4.2 At-Thabarsi meriwayatkan di dalam riwayat Abi Zar al-Ghifari (tersebut) bahawa
setelah Rasulullah s.a.w wafat, Sayyidina Ali mengumpulkan al-Quran dan membawanya ke
muka Muhajirin danAnsar. Beliau telah menunjukkan al-Quran itu kepada mereka,
mengingatkan wasiat Rasullulah s.a.w kepadanya. Abu Bakar membukanya. Pada muka
surat pertama lagi rahsia kejahatan mereka (sahabat) telah terdedah. Umar terus
melompat dan berkata: “Wahai Ali, ambillah semula mashaf ini, kami tidak
memerlukannya.” Ali a.s. pun mengambilnya dan terus pulang. Kemudian Zaid bin Tsabit
dipanggil. Dia adalah orang yang ahli tentang al-Quran. Umar berkata kepadanya:
“Sesungguhnya tadi Ali datang dengan membawa al-Quran yang di dalamnya tercatit segala
kejahatan Muhajirin dan Ansar. Kami fikir mahu menyusun al-Quran dan membuang
daripadanya cerita-cerita yang mengaibkan golongan Muhajirin dan Ansar.”
Maka Zaid pun mengambil tugas itu. Kemudian Zaid berkata: “Apabila saya selesai
menyusun al-Quran mengikut permintaan kamu itu, dan Ali akan mengemukakan al-Quran
yang disusunnya, tidakkah menjadi sia-sia apa yang kamu lakukan ini?” Umar berkata:
“Kalau begitu, apa helahnya?” Zaid menjawab: “Kamu lebih tahu tentang helahnya.” Maka
Umar pun berkata: “Tidak ada helah lain selain dari kita membunuhnya, dengan itu kita
tidak lagi diganggu olehnya”.
Umar pun merancang untuk membunuhnya melalui Khalid bin al-Walid tetapi ia tidak
mampu melaksanakan rancangannya itu. Setelah dilantik menjadi Khalifah, mereka (para
sahabat) meminta Sayyidina Ali memberikan al-Quran itu kepada mereka (sebenarnya
untuk menyelewengkan isi al-Quran itu). Sayyidina Ali berkata: “Mana boleh, tidak ada lagi
jalan untuk mendapatkan al-Quran itu. Aku hanya mengemukakan kepada Abu Bakar
supaya hujjah tetap ke atas kamu dan kamu tidak dapat berkata pada hari qiamat nanti.
Sesungguhnya kami tidak mengetahui tentang perkara ini, atau kamu berkata; Engkau
tidak pernah membawa al-Quran ini kepada kami. Sesungguhnya al-Quran yang ada
padaku ini tidak dapat disentuh kecuali oleh orang-orang yang suci dan penerima wasiat
dari anak cucu ku sahaja.”
Mendengar keterangan Ali a.s. itu Umar berkata: “Adakah waktunya al-Quran itu telah
dipastikan?” Ali a.s. menjawab: “Ya, apabila bangkit orang yang bangkit (Imam Mahadi)
dari keturunanku, dia akan mengemukakan al-Quran itu dan mengajak manusia
menggunakan al-Quran itu.” (10)
1.5 Ulamak-ulamak mutaqaddimin Syi’ah kecuali empat orang dari mereka telah ittifaq
tentang telah berlakunya penyelewengan dan tokok tambah pada al-Quran yang ada ini.
Mereka berempat itu ialah;
i) Ibn Babwaih al-Qummi yang digelarkan dengan Syeikh Shaduq (w 381H)
ii) Sayyid Murtadha yang digelarkan dengan Alamul Huda (w 436H)
iii) Abu Jaafar at-Thusi (w 460H)
iv) Abu Ali at-Thabarsi (w 548H)
Walau bagaimanapun keempat-empat mereka ini berdasarkan kitab-kitab mereka telah
mengakui hakikat ini. Penafian mereka adalah berdasarkan“taqiyyah”.
Untuk mengetahui mengapakah mereka berempat ini menafikan aqidah ini dan begitu juga
setengah-setengah ulamak mutaakhirin Syi’ah yang lain walaupun hadits-hadits yang
menyebutkan perkara ini sudah sampai ke peringkat mutaawatir dan mustafidh seperti yang
disebutkan oleh Mirza Hussain Muhammad Taqiyat-Thabarsi an-Nuuri di dalam bukunya
Fashlu al-Khitaab, perlulah kita merujuk kepada keterangan as-Sayyid Ni’matullah al-
Jazaairi selepas beliau membuktikanyang al-Quran yang ada ini telah diselewengkan dan
ditokok tambah dengan hadits-hadits mustafidh dan mutaawatir. Kata beliau: “Ya, memang
benar Sayyid Murtadha, Syaikh Shaduq dan Syaikh Thabarsi berbeza pendapat tentang
perkara ini. Mereka mengatakan yang al-Quran yang ada dalam dua kulit mushaf ini ialah
al-Quran yang diturunkan, tidak lain, tidak berlakunya apa-apa perubahan atau pindaan…….
Yang jelas kata-kata mereka ini lahir dari beberapa banyak muslihat. Di antaranya ialah
menutup pintu kritikan (musuh-musuh Syi’ah) bahawa sekiranya boleh berlaku
pengubahan, pindaan dan tokok tambah pada al-Quran ini, bagaimana boleh kita beramal
mengikut peraturan-peraturan dan hukum-hukumnya? Jawapan tentang perkara ini akan
diberikan nanti.
Sebabnya ialah bagaimana kita akan menganggap tokoh-tokoh tersebut ini mempercayai al-
Quran yang ada ini tidak diubah atau ditokok tambah sedangkan mereka sendiri telah
meriwayatkan banyak hadits-hadits di dalam karangan mereka yang menunjukkan telah
berlakunya semua perkara tersebut.” (11)
1.6 Sebenarnya faktor yang mendorong golongan Syi’ah berpegang dengan aqidah ini
ialah:
1.6.1 Golongan Syi’ah percaya Imamah termasuk salah satu aqidah penting mereka.
Seseorang yang tidak menerimanya dianggap sebagai kafir. Oleh kerana tidak terdapat di
dalam al-Quran satu ayat pun yang dengan jelas menunjukkan keimanan kepada 12 orang
Imam mereka, maka mereka mengadakan kepercayaan bahawa al-Quran yang ada ini telah
diubah dan diselewengkan daripada asal untuk membenarkan aqidah mereka. Ini dapat
dilihat dari kenyataan yang dinukilkan oleh Sayyid Mohsein al-Kasyi daripada seorang ahli
tafsir besar di sisi Syi’ah iaitu al-‘Ayasyi. Beliau telah menyebutkan di dalam tafsirnya satu
riwayat dari Abi Jaafar a.s. Kata beliau: “Sekiranya tidak berlaku tokok tambah di dalam
kitab Allah, tentulah tidak tersembunyi hak kami (hak Imamah) kepada orang-orang yang
mempunyai fikiran.” (12)
1.6.2 Oleh kerana al-Quran yang ada ini penuh dengan pujian dan keutamaan yang diakui
oleh Allah terhadap para sahabat Rasullullah s.a.w, maka golongan Syi’ah yang begitu
dendam terhadap para sahabat tidak dapat menerima al-Quran yang ada ini adalah al-
Quran yang benar dan mereka menganggap segala pujian dan keutamaan para sahabat
yang tersebut di dalam al-Quran ini adalah hasil ciptaan dan rekaan para sahabat.
1.6.3 Al-Quran yang ada ini telah diusahakan pengumpulannya oleh sahabat-sahabat
agung Rasullullah s.a.w seperti Sayyidina Abu Bakar, Umar dan Utsman r.a. Sedangkan
mereka ini mengikut kepercayaan Syi’ah adalah golongan yang telah merampas hak
Sayyidina Ali dan berlaku zalim dan kejam terhadap Ahlul Bait.
1.6.4 Di antara matlamat penting Syi’ah daripada aqidah ini ialah untuk membebaskan
manusia dari ikatan ugama dan beramal dengan hukum-hukum Allah. Jika akidah ini tidak
diperkenalkan bagaimanakah orang-orang Islam akan dapat melepaskan dirinya dari
hukum-hukum Allah?. Untuk itu mereka meriwayatkan hadits-hadits yang palsu atas nama
Imam-Imam Ahlul Bait dan Rasullullah s.a.w sendiri. Di antaranya ialah apa yang
diriwayatkan oleh al-Kulaini dalam al-Kafi dari Yazid bin Mu’awiyah katanya:“Abu Jaafar a.s.
berkata: “Ugama tidak lain hanya cinta.” Kemudian Abu Jaafar berkata: “Ada seorang lelaki
datang menemui Nabi dan berkata: “Wahai Rasullullah, aku cintakan orang-orang yang
sembahyang tetapi aku sendiri tidak sembahyang dan aku cintakan orang-orang yang
berpuasa, tetapi aku sendiri tidak berpuasa.” Mendengar kata-kata orang itu Rasullullah
s.a.w lantas berkata: “Engkau akan bersama orang yang engkau cintai.” (13)
2. Aqidah al-Imamah dan al-Walayah
Iaitu kepercayaan bahawa Imam-Imam Dua Belas itu dilantik berdasarkan nas dan mereka
adalah maksum
2.1 Kedudukan kepercayaan ini di dalam ajaran Syi’ah:
2.1.1 Kepercayaan ini begitu penting di dalam ajaran Syi’ah, sehingga ia merupakan salah
satu syarat keimanan dan dianggap terpenting dari antara rukun-rukun Islam yang lain.
Setiap Nabi yang datang telah mengakui keimaman dan walayah Ali dan seseorang yang
tidak mengenal Imam-Imamnya dianggap tidak mengenal Allah. Al-Kulaini mengemukakan
riwayat dari Fudhail dari Abi Jaafar a.s. Kata beliau: “Islam ditegakkan di atas lima perkara;
sembahyang, puasa, zakat, haji dan walayah. Pada hari al-Ghadir tidak ada satu pun
daripada rukun-rukun yang tersebut ditekankan sebagaimana penekanan diberikan kepada
al-Walayah.” (14)
Al-Kulaini meriwayatkan lagi dari Zurarah dari Abi Jaafar a.s. Kata beliau: “Islam ditegakkan
di atas lima perkara iaitu sembahyang, zakat, puasa, haji dan walayah.” Zurarah pun
berkata: “Aku pun bertanya yang manakah di antara rukun-rukun yang tersebut itu paling
utama?” Abu Jaafar menjawab:“Walayahlah yang paling utama.” (15)
Di dalam kitab Bashaair ad-Darajat dan al-Kafi tersebut riwayat dari Abi Abdillah a.s.
bahawa beliau berkata: “Walayah kami adalah walayah Allah yang tidak diutusnya seorang
Nabi pun melainkan pasti ia membawanya.” (16)
2.2 Allah tidak mungkin dikenali tanpa dikenali terlebih dahulu para Imam dan orang
yang tidak mengenali Imam adalah sesat.
2.2.1 Diriwayatkan dari Abi Abdillah a.s. Katanya: “Kamilah orang yang difardhukan Allah
supaya ditaati. Setiap orang mesti mengenali kami. Tidak dimaafkan orang yang tidak
mengenali kami. Orang yang mengenali kami adalah mukmin. Sesiapa yang tidak
mengenali kami dan menolak kami, dia adalah kafir. Orang yang tidak mengenali kami
tetapi tidak menolak kami adalah sesat, sehinggalah ia kembali kepada petunjuk yangAllah
fardhukan ke atasnya iaitu kewajipan mentaati kami. Sekiranya ia mati di dalam
kesesatannya maka Allah akan melakukan apa yang dikehendakiNya terhadapnya.” (17)
2.2.2 Diriwayatkan dari Abi Hamzah. Kata beliau: “Abu Jaafar berkata kepadaku:
“Sesungguhnya orang yang mengenali Allah sahaja yang menyembah Allah. Sesiapa yang
tidak mengenali Allah bererti ia menyembahnya dalam sesat.” Aku (Abi Hamzah) bertanya:
“Semoga diriku dijadikan tebusan untukmu, apakah yang dimaksudkan dengan mengenali
Allah?” Beliau (Abu Jaafar) menjawab: “Membenarkan Allah, membenarkan RasulNya s.a.w
menerima Ali dan Imam-Imam sebagai Imam yang benar dan pembawa petunjuk dan
berlepas diri daripada musuh-musuh mereka (para Imam). Begitulah Allah dikenali.”(18)
2.2.3 Diriwayatkan daripadaJabir, beliau berkata: “Aku mendengar Abu Jaafar a.s.
berkata: “Sesungguhnya orang-orang yang mengenali Allah dan ImamNya dari kalangan
kami Ahlul Bait sahaja yang mengenali Allah dan tidak mengenali Imamnya dari kalangan
kami Ahlul Bait sebenaya ia mengenalinya dan menyembah selain dari Allah. Demi Allah!
Begitulah cara mereka sesat.” (19).
2.3 Imam-Imam dua belas itu maksum, mempunyai kuasa yang luar biasa, mempunyai
darjat yang lebih tinggi dari Nabi dan Rasul dan para malaikat yang muqarrabun, boleh
menghalalkan dan mengharamkan segala sesuatu dan mereka juga menjadi penentu
kepada ahli syurga atau ahli neraka. Imam yang kelapan di sisi Syi’ah iaitu Imam Ali bin
Musa ar-Ridha a.s. di dalam satu ucapannya yang panjang lebar telah mengemukakan ciri-
ciri dan keutamaan para Imam. Di dalam ucapannya beliau beberapa kali menjelaskan
tentang maksumnya Imam itu. Antara lain beliau menyebutkan: “Dia adalah maksum,
disokong, diberi taufik dan diluruskan segala tindak tanduknya dari pihak Allah. Dia
terpelihara dari segala kesalahan dan kegelinciran. Allah menentukannya dengan sifat-sifat
seperti ini supaya dia menjadi hujjah kepada hamba-hambaNya dan menjadi penyaksi ke
atas makhlukNya.” (20).
Mereka boleh menghalalkan apa yang dikehendaki oleh mereka dan mengharamkan apa
yang dikehendaki oleh mereka. Setiap yang dikehendaki oleh mereka pastilah dikehendaki
oleh Allah. (21)
Khalimatul Muhadditsin Allamah Baqir al-Majlisi di dalam kitabnya Hayaatu al-Qulub
menulis: “Daripada riwayat-riwayat muktabar yang insya-Allah akan disebutkan nanti akan
diketahui bahawa martabat Imamah lebih tinggi daripada martabat nubuwah.” (22)
Ayatullah al-Uzama Ruhullah Khomeini di dalam kitabnya al-Hukumahal-Islamiah dengan
jelas menegaskan; “Bahawa sesungguhnya di antara dharuriat dan aqidah-aqidah asasi
aliran kita (Syi’ah Imamiah Itsna Asyariah) ialah para Imam mempunyai suatu maqam yang
tidak sampai kepadanya malaikat muqarrab dan Nabi yang diutuskan.” (23)
Al-Kulaini meriwayatkan tentang keutamaan dan darjah Sayyidina Ali dan Imam-Imam
selepasnya daripada Imam Jaafar as-Shadiq. Kata beliau: “Apa yang dibawakan oleh Ali ku
ambil dan apa yang dilarang olehnya ku hentikan. Keutamaan yang diperolehinya sama
seperti keutamaan yang diperolehi oleh Muhammad dan Muhammad mempunyai
keutamaan di atas semua makhluk Allah Azzawajalla. Orang yang mengkritik salah satu
hukum yang diberikan olehnya (Ali) sama seperti orang yang mengkritik Allah dan
RasulNya. Orang yang menolaknya sama ada dalam perkara kecil atau besar sama seperti
melakukan syirik terhadap Allah. Amirul Mukminin (Ali) adalah pintu Allah yang tidak dapat
didatangi kecuali melalui pintu itu dan beliau merupakan jalan yang mana orang yang
mengikuti jalan yang lain akan binasa. Demikian juga keutamaan yang diperolehi oleh
Imam-Imam yang membawa petunjuk sesudahnya satu demi satu.”(24)
Di dalam riwayat yang sama al-Kulaini menyebutkan Abu Abdillah (Jaafar as-Shadiq)
menyebutkan Amirul Mukminin (Sayyidina Ali) selalu berkata: “Aku adalah pembahagi
syurga dan neraka dari pihak Allah. Aku adalah pembeza (di antara kebenaran dan
kebathilan) yang agung. Padaku ada tongkat (Musa), misam (penanda di antara seseorang
mukmin dan munafiq). Sesungguhnya para malaikat, ar-Ruh (Jibril) dan para Rasul telah
mengakui aku sebagaimana mereka telah mengakui Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya
aku telah dibebankan sama seperti Nabi Muhammad s.a.w iaitu bebanan daripada Allah.
Rasullulllah s.a.w akan dipanggil (pada hari qiamat nanti) dan diberikan persalinan, aku
juga akan dipanggil dan diberi persalinan. Dia (Muhammad s.a.w) akan diminta bercakap,
aku juga diminta bercakap. Maka pada ketika itu aku juga akan bercakap seperti dia.
Aku telah dikurniakan beberapa keistimewaan yang tidak pernah dikurniakan kepada
sesiapa pun sebelumku. Aku mengetahui ajal manusia dan bencana yang menimpa mereka.
Aku juga mengetahui nasab keturunan dan cara penyelesaian yangbijaksana. Tidak terlepas
daripadaku pengetahuan tentang sesuatu yang ghaib.Aku menyampaikan berita gembira
dengan izin Allah dan menunaikannya daripihakNya. Semua ini adalah daripada Allah yang
telah memampukan aku menguasaisemua yang tersebut dengan ilmuNya yang luas.” (25)
2.4 Di antara kepercayaan Syi’ah berhubung dengan Imamah ialah kepercayaan tentang
ghaibnya Imam yang ke12 di dalam dua macam ghaibah;
i) Ghaibah Sughra
ii) Ghaibah Kubra
Sebenarnya bolehlah dikatakan kepercayaan kepada ghaibah ini sebagai satu keajaiban di
dalam dunia aqidah.
Kisah kelahiran Imam yang kedua belas yang dianggap sebagai Imam Mahdi dan Shahibu
az-Zaman penuh dengan keajaiban dan tidak kurang hebatnya dari Kisah 1001 malam.
Sehinggakan ulama-ulamak Syi’ah sendiri tidak mengetahui kelahiran seorang yang
akhirnya dianggap sebagai Imam yang kedua belas dan Imam Mahdi daripada Imam yang
kesebelas Syi’ah Hassan al-Aksari.
Ghaibah Sughra bermula dari 260H – 328H. Pada masa Ghaibah Sughra ini menurut
kepercayaan Syi’ah ada beberapa orang yang dianggap sebagai duta-duta Imam Mahadi
kepada orang ramai dan pada masa itu Imam Mahadi dianggap masih dihubungi oleh
orang-orang tertentu. Di antara mereka ialah Abu Hashim Daud bin al-Qassim al-Jaafari,
Muhammad bin Ali bin Bilal, Abu ‘Amar Utsman bin Sa’id as-Samman, Umar al-Ahwaazi,
Ahmad bin Ishaaq dan lain-lain.
Setelah itu dianggap bermula zaman Ghaibah Kubra sehingga kepada suatu masa yang
tidak dapat ditentukan oleh sesiapa pun.”
2.5 Kata-kata Khomeini didalam kitabnya al-Hukumah al-Islamiah; “Sesungguhnya
Imam Mahdi telah menghilang diri di dalam Ghaibah Kubranya lebih 1000 tahun yang
lampau. Barangkali kehilangannya itu akan berterusan selama beberapa ribu tahun lagi
sebelum tiba masa keperluan menghendaki munculnya Imam yang dinantikan itu.”(26)
2.6 At-Thabarsi menaqalkan kata-kata Imam Syi’ah yang kesembilan iaitu Muhammad
bin Ali berhubung dengan Imam yang kedua belas di dalam kitabnya al-Ihtijah. Kata beliau:
“Dialah orang yang kelahirannya tersembunyi dari orang ramai dan dirinya akan terus
ghaibdari penglihatan mereka. Sahabat-sahabatnya sebilangan ahli Badar iaitu seramai 313
orang dari seluruh pelusuk bumi akan berkumpul kepadanya. Apabila telah berkumpul
orang-orang ikhlas sebanyak bilangan tersebut bersamanya, ketika itu Allah akan
menzahirkan urusanNya (akan mengeluarkannya dari Ghaibah Kubranya).”(27)
Riwayat ini bermakna di sepanjang zaman ghaibah Imam Mahdi ini, tidak lagi terkumpul
sebanyak bilangan tersebut orang-orang Syi’ah yang ikhlas walaupun pada zahiya mereka
kelihatan ramai. Bagaimanakah agaknya Syi’ah yang ikhlas ini !!
Mulla Baqir al-Majlisi menaqalkan satu riwayat dari Imam al-Baqir bahawa beliau berkata:
“Apabila qaim dari keluarga Muhammad s.a.w muncul, Allah akan menolongnya melalui
para malaikat dan orang yang mula-mula sekali akan berbai’ah kepadanya ialah Muhammad
dan selepas itu, Ali.” (28)
Di dalam kitab yang sama Mulla Baqir al-Majlisi menaqalkan satu riwayat dari Muhammad
al-Baqir yang berasal dari kitab Ilalu as-Syaraa’i karangan Ibn Babwaih al-Qummi, kata
beliau: “Apabila muncul Imam Mahdi nanti, beliau akan menghidupkan kembali A’isyah dan
akan menjalankan hukum had (zina) ke atasnya dan akan membalas dendam Fatimah
terhadapnya.” (29)
3. Aqidah Takfir as-Sahabah (Aqidah Mengkafirkan Sahabat)
Kepercayaan Syi’ah tentang majoriti para sahabat telah murtad tidak tersembunyi kepada
sesiapa sahaja yang pernah membaca kitab-kitab Syi’ah, sehingga bolehlah dikatakan tidak
ada sebuah kitab Syi’ah yang muktabar terutamanya yang ditulis oleh ulamak-ulamak
mereka yang lalu melainkan pasti tersebut di dalamnya riwayat-riwayat yang mengkafirkan
atau memurtadkan para sahabat atau melaknat, memaki hamun dan melakukan tabarri
(tabarra – yakni menyatakan sikap berlepas diri dan tidak mempunyai hubungan kasih
sayang) terhadap mereka. Tidak terlepas daripada tuduhan-tuduhan mereka sahabat-
sahabat besar Rasullullah s.a.w sekalipun seperti Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman,
Abdul Rahman bin ‘Auf, isteri-isteri Rasullullah s.a.w dan lain-lain.
Di sini kita akan mengemukakan beberapa contoh sahaja daripadanya:
3.1 Al-Kulaini meriwayatkan dari Abu Jaafar as-Sadiq kata beliau: “Para sahabat telah
menjadi murtads epeninggalan Rasullullah s.a.w kecuali tiga orang dari mereka.” Aku
bertanya (kata perawi): “Siapakah yang tiga itu?” Abu Jaafar menjawab: “Miqdad bin al-
Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al- Farisi.” (30)
Al-Kulaini meriwayatkan daripada Hanan dari ayahnya dari Abi Jaafar a.s .Ayahnya berkata:
“Aku bertanya kepadanya (kepada Abi Jaafar): “Anak-anak Yaakub bukan para Nabi?”
Beliau menjawab: “Tidak, tetapi mereka adalah asbat (cucu-cucu) anak-anak para Nabi.
Mereka tidak meninggal dunia melainkan dalam keadaan bahagia dan bertaubat dan
menyesali apa yang telah mereka lakukan dan sesungguhnya Syaikhain (Abu Bakar dan
Umar) meninggal dalam keadaan tidak bertaubat dan tidak menyesali apa yang mereka
lakukan terhadap Amirul Mukminin a.s. Atas mereka berdua laknat Allah, para malaikat dan
manusia sekalian.“ (31)
3.2 Syaikh at-Thusi meriwayatkan bahawa Kummait bin Zaid datang menemui Abu Jaafar
a.s. lalu bertanya Abu Jaafar tentang Syaikhain (Abu Bakar dan Umar). Abu Jaafar
menjawab: “Tidak berlaku pertumpahan darah dan tidak diputuskan sesuatu hukuman yang
tidak sesuai dengan hukum Allah, hukum Nabi dan hukum Ali a.s. melainkan dosanya
diletakkan di atas tengkuk mereka berdua.”
Mendengar jawapan Abu Jaafar, Kummait berkata: “Allahu Akbar! Allahu Akhbar! Cukuplah,
cukuplah.” (32)
Di dalam satu riwayat yang lain at-Thusi mengemukakan satu lagi riwayat iaitu Kummait
berkata: ‘Tuan, saya mahu bertanya tuan tentang satu masalah. ”Ketika Kummait berkata
demikian, Abu Abdillah (Jaafar as-Shadiq) sedang bertelekan di atas bantal. Tetapi sebaik
sahaja al-Kummait berkata demikian, beliau terus membetulkan duduknya dan meletakkan
bantal di bawah dadanya kemudian berkata: “Tanyalah.” Kummait berkata: “Saya mahu
bertanya tuan tentang dua orang itu (Abu Bakar dan Umar).” Abu Abdillah berkata: “Wahai
Kummait bin Zaid, tidak tumpah darah dengan cara tidak sebenar di dalam Islam, tidak
diperolehi harta dari sumber yang tidak halal, dan tidak dicampuri perempuan secara haram
melainkan dosa kesemuanya teletak di atas tengkuk mereka berdua sehingga muncul qaim
kita (Imam Mahdi). Kita golongan dari Bani Hasyim menyuruh sama ada orang-orang tua
dan orang-orang muda dari kalangan kita memaki mereka berdua dan begitu juga
menyatakan sikap berlepas diri dari mereka (tabarra).” (33)
3.3 Allamah Baqir al-Majlisi menulis di dalam kitabnya Hayaatu-al-Qulub bahawa ‘Ayyasi
telah meriwayatkan dengan sanad yang muktabar dari Imam Jaafar as-Shadiq bahawa
Aisyah dan Hafsah telah meracun Rasulullah s.a.w sehingga Rasulullah s.a.w wafat
kerananya. (34)
4. Aqidah ar-Raj’ah
Salah satu aqidah Syi’ah yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam ialah kepercayaan
mereka tentang akan dibangkitkan para Imam sebelum qiamat untuk menuntut bela atau
menghukum orang-orang zalim yang telah merampas hak-hak mereka. Kepercayaan ini
merupakan perkara yang telah diijmakkan oleh para ulamak Syi’ah.
4.1 Syaikh Mufid berkata: “Golongan Imamiah sependapat tentang wajibnya raj’ah
(kembali) sebahagian besar dari orang-orang mati ke dunia sebelum qiamat.” (35)
4.2 Syarif al-Murtadha yang digelarkan di kalangan orang-orang Syi’ah dengan ‘Alamul
Huda di dalam jawapannya kepada persoalan raj’ah yang dikemukakan kepadanya berkata:
“Pegangan Syi’ah Imamiah ialah Allah Ta’ala akan membangkitkan (menghidupkan semula)
ketika munculnya Imam Mahdi satu golongan yang telah terdahulu meninggal daripada
Syi’ahnya dan satu golongan yang lain daripada musuh-musuhnya.”(36)
4.3 Al-Majlisi meriwayatkan daripada Jaafar as-Shadiq a.s. bahawa beliau berkata:
“Orang yang mula-mula terbelah bumi kerananya dan bangkit ke dunia (sebelum qiamat)
ialah Husain bin Ali dan raj’ah itu bukanlah umum tetapi ia suatu yang khusus. Tidak akan
kembali (bangkit sebelum qiamat) kecuali mukmin sejati atau kafir sejati.” (37)
Al-Majlisi meriwayatkan daripada Bukair bin A’yan katanya: “Orang yang aku tidak ragui
(Jaafar as-Shadiq) telah menceritakan kepadaku bahawaRasulullah s.a.w dan Ali akan
bangkit sebelum qiamat (raj’ah).” (38)
Diriwayatkan daripada Jaafar as-Sadiq beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Tuhanku telah memperjalankan aku pada waktu malam dan mewahyukan
kepadaku dari balik tabir apa yang diwahyukanNya dan telah bercakap denganku apa yang
dicakapkanNya. Di antara percakapanNya denganku ialah: “Wahai Muhammad, Ali adalah
orang yang paling akhir Aku mengambil nyawanya dari para Imam Dua Belas.” (39)
Setelah mengemukakan beberapa banyak riwayat tentang raj’ah al-Majlisi berkata di dalam
kitabnya Biharu al-Anwar: “Ketahuilah wahai saudaraku, aku yakin bahawa engkau tidak
akan meragui lagi tentang raj’ah setelah aku menjelaskan kedudukannya yang telah diijmak
oleh Syi’ah di setiap zaman dan kepercayaan tentangnya di kalangan mereka terlalu jelas
dan umum bagaikan matahari di siang hari. Bagaimanakah seseorang mukmin akan
meragui kebenaran para Imam mereka yang suci di dalam hadits-hadits mutawaatir yang
telah diriwayatkan dari mereka lebih 200 orang dan telah diriwayatkan pula oleh lebih dari
40 orang tokoh-tokoh ulamak yang dipercayai di dalam lebih dari 50 karangan mereka
masing-masing.” (40)
5. Penutup
Demikianlah dengan serba ringkasnya kita bentangkan aqidah-aqidah Syi’ah dari kitab-kitab
muktabar mereka. Semoga keterangan-keterangan yang diberikan memberi manfa’at
kepada kita semua dan semoga Allah sentiasa membimbing kita dijalan yang lurus.
Firman Allah, Bermaksud: “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau belokkan hati-hati kami
setelahEngkau memberi petunjuk kepada kami dan kuiakanlah kepada kami rahmat
darisisiMu. Sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Menguiakan.” (Surah Al-’Imran ayat
8)
Nota:
1) Al-Bahrani– al-Burhan fi Tafsiri al-Quran – Muqaddimah Fasal 4, halaman 49
2) Al-Burujardi-‘Aqaaiduas-Syi’ah – halaman 27
3) An-Nuuriat-Thabarsi – Fashlu al-Khitaab – halaman 353
4) Al-Qummi– Tafsir al-Qummi – Muqaddimatu al-Kitab – j.1 halaman 5
5) An-Nuuriat-Thabarsi – Fashlu al-Khitaab – halaman 30
6) Al-Kulaini– al-Kafi – al-Hujjah Min al-Kafi – jilid 1 halaman 414
7) Al-Kulaini– al-Usul Min al-Kafi jilid 1 halaman 119
8) Ahmadbin Ali-at-Thabarsi – al-Ihtijaj halaman 119
9) Maitsamal-Bahrani – Syarah Nahju al-Balaghah jilid 11 halaman 1
10) At-Thabarsi– al-Ihtijaj halaman 76-77
11) Ni’matullahal-Jazaairi-al-Anwar an-Nu’maniah – jilid 2 halaman 357
12) Al-‘Ayasyi– Tafsir as-Shafi – Muqaddimah Keenam – hal 10
13) Al-Kulaini– Ar-Raudhah Min al-Kafi – jilid 8 halaman
14) Al-Kulaini– al-Usul Min al-Kafi – jilid 2 halaman 20
15) Al-Kulaini–Usul Kafi – jilid 2 halaman 18
16) Bashaairuad-Darajat – jilid 2 Bab 9
17) Al-Kulaini– al-Kafi – jilid 1 halaman 187
18) Al-Kulaini– al-Usul Min al-Kafi – jilid 1 halaman 180
19) Ibid– halaman 181
20) Ibid– hal 203
21) Ibid– halaman 441
22) Baqiral-Majlisi – Hayaatu al-Qulub – jilid 3 hal 10
23) Khomeini– al-Hukumah al-Islamiah – hal 52
24) Al-Kulaini– al-Usul Min al-Kafi – jilid 1 halaman 196
25) Ibid– halaman 196 - 197
26) Khomeini– al-Hukumah al-Islamiah –hal 26
27) At-Thabarsi– al-Ihtijaj’Ala Ahli al-Lajaj – halaman 230
28) Al-Majlisi– Haqqu al-Yaqin – hal 139
29) Ibid-halaman139
30) Al-Kulaini– ar-Raudhah Min al-Kafi – jilid 8 hal 245
At-Thusi – Rijal al-Kasyi – jilid 1 halaman 6
Al-Majlisi – Hayaatu al-Qulub – jilid 2 halaman 640
31) Al-Kulaini– ar-Raudhah Min al-Kafi – jilid 8 halaman 246
32) At-Thusi– Ikhtiar Ma’rifati ar-Rijal – jilid 3 halaman 205 – 206
33) Ibid—halaman206 – 207
34) Al-Majlisi– Hayaatu al-Qulub – jilid 2 halaman 870
35) SaikhMufid – Awaailu al-Maqaalat – halaman 52
36) Mohseinal-Amin – A’yaanu as-Syi’ah – jilid 1 halaman 132
37) Al-Majlisi– Biharu al-Anwar – jilid 13 halaman 210
Al-Kasyi – Tafsir as-Shaafi – jilid 1 halaman 959
38) Al-Majlisi– Biharu al-Anwar – jilid 13 hal 210
39) Ibidhalaman 217
40) Al-Majlisi– Biharu al-Anwar – jilid 13 halaman 225

More Related Content

What's hot

What's hot (20)

Kemunculan aliran aliran akidah
Kemunculan aliran aliran akidahKemunculan aliran aliran akidah
Kemunculan aliran aliran akidah
 
Hadits Maudhu' (Imam Susanto)
Hadits Maudhu' (Imam Susanto)Hadits Maudhu' (Imam Susanto)
Hadits Maudhu' (Imam Susanto)
 
BUKU: Menyingkap aqidah Syiah Kecil
BUKU: Menyingkap aqidah Syiah KecilBUKU: Menyingkap aqidah Syiah Kecil
BUKU: Menyingkap aqidah Syiah Kecil
 
Aliran Khawarij
Aliran KhawarijAliran Khawarij
Aliran Khawarij
 
Hadits Maudlu
Hadits MaudluHadits Maudlu
Hadits Maudlu
 
Ahlu Sunah Waljama'ah (Aswaja)
Ahlu Sunah Waljama'ah (Aswaja)Ahlu Sunah Waljama'ah (Aswaja)
Ahlu Sunah Waljama'ah (Aswaja)
 
Mazhab fiqh
Mazhab fiqhMazhab fiqh
Mazhab fiqh
 
Makalah aswaja-pak-mahmud
Makalah aswaja-pak-mahmudMakalah aswaja-pak-mahmud
Makalah aswaja-pak-mahmud
 
Pengertian aswaja
Pengertian aswajaPengertian aswaja
Pengertian aswaja
 
Tasyri masa daulah umayyah
Tasyri masa daulah umayyahTasyri masa daulah umayyah
Tasyri masa daulah umayyah
 
Madzhab
MadzhabMadzhab
Madzhab
 
Wahabi
WahabiWahabi
Wahabi
 
Fze aliran-aliran islam
Fze aliran-aliran islamFze aliran-aliran islam
Fze aliran-aliran islam
 
TUGAS HADIS TEMATIK MAIHAMZANI PUTRA PULUNGAN SM V MD-E FDK UINSU 2019
TUGAS HADIS TEMATIK MAIHAMZANI PUTRA PULUNGAN SM V MD-E FDK UINSU 2019TUGAS HADIS TEMATIK MAIHAMZANI PUTRA PULUNGAN SM V MD-E FDK UINSU 2019
TUGAS HADIS TEMATIK MAIHAMZANI PUTRA PULUNGAN SM V MD-E FDK UINSU 2019
 
Asep sobari (sejarah dan pemikiran khawarij)
Asep sobari (sejarah dan pemikiran khawarij)Asep sobari (sejarah dan pemikiran khawarij)
Asep sobari (sejarah dan pemikiran khawarij)
 
Ciri wahabi
Ciri wahabiCiri wahabi
Ciri wahabi
 
Hadits Maudhu'
Hadits Maudhu'Hadits Maudhu'
Hadits Maudhu'
 
hadis maudhu"
hadis maudhu"hadis maudhu"
hadis maudhu"
 
Makalah tentang Aliran Khawarij
Makalah tentang Aliran KhawarijMakalah tentang Aliran Khawarij
Makalah tentang Aliran Khawarij
 
Kitab al ^aqidah-print3
Kitab al ^aqidah-print3Kitab al ^aqidah-print3
Kitab al ^aqidah-print3
 

Viewers also liked

1362465426 mechanism foot injury and ulcer formation
1362465426 mechanism foot injury and ulcer formation1362465426 mechanism foot injury and ulcer formation
1362465426 mechanism foot injury and ulcer formationdfsimedia
 
участники пмфз 2016
участники пмфз 2016участники пмфз 2016
участники пмфз 2016expospb
 
Trabajo del blog (copia)2
Trabajo del blog (copia)2Trabajo del blog (copia)2
Trabajo del blog (copia)2jchavesb01
 
Crónica de la parada durante el descanso contra el Despido Colectivo en Trags...
Crónica de la parada durante el descanso contra el Despido Colectivo en Trags...Crónica de la parada durante el descanso contra el Despido Colectivo en Trags...
Crónica de la parada durante el descanso contra el Despido Colectivo en Trags...CGT Tragsatec
 
Школа Таро. Модуль 6. Мир
Школа Таро. Модуль 6. МирШкола Таро. Модуль 6. Мир
Школа Таро. Модуль 6. МирЖанна Юла
 
Publicación2 triptico
Publicación2 tripticoPublicación2 triptico
Publicación2 tripticoJulio Leal
 
Definición Escepticismo
Definición EscepticismoDefinición Escepticismo
Definición Escepticismodolors
 
Programming overview M.5
Programming overview M.5Programming overview M.5
Programming overview M.5IrinApat
 
Unit1 psudocode
Unit1 psudocodeUnit1 psudocode
Unit1 psudocodeIrinApat
 
Hard Luck Screenplay
Hard Luck ScreenplayHard Luck Screenplay
Hard Luck ScreenplayMarc Tyler
 
Melo leads Knicks to gutsy overtime win, beat Jazz 111-118
Melo leads Knicks to gutsy overtime win, beat Jazz 111-118Melo leads Knicks to gutsy overtime win, beat Jazz 111-118
Melo leads Knicks to gutsy overtime win, beat Jazz 111-118John-Paul Padovano
 
Municipio chacao
Municipio chacaoMunicipio chacao
Municipio chacaoJulio Leal
 

Viewers also liked (18)

1362465426 mechanism foot injury and ulcer formation
1362465426 mechanism foot injury and ulcer formation1362465426 mechanism foot injury and ulcer formation
1362465426 mechanism foot injury and ulcer formation
 
Teclado
TecladoTeclado
Teclado
 
Calendario 2012
Calendario 2012Calendario 2012
Calendario 2012
 
All About Myself
All About MyselfAll About Myself
All About Myself
 
C & G Advance
C & G AdvanceC & G Advance
C & G Advance
 
участники пмфз 2016
участники пмфз 2016участники пмфз 2016
участники пмфз 2016
 
Trabajo del blog (copia)2
Trabajo del blog (copia)2Trabajo del blog (copia)2
Trabajo del blog (copia)2
 
Crónica de la parada durante el descanso contra el Despido Colectivo en Trags...
Crónica de la parada durante el descanso contra el Despido Colectivo en Trags...Crónica de la parada durante el descanso contra el Despido Colectivo en Trags...
Crónica de la parada durante el descanso contra el Despido Colectivo en Trags...
 
REVISTA WARI
REVISTA WARIREVISTA WARI
REVISTA WARI
 
Школа Таро. Модуль 6. Мир
Школа Таро. Модуль 6. МирШкола Таро. Модуль 6. Мир
Школа Таро. Модуль 6. Мир
 
Publicación2 triptico
Publicación2 tripticoPublicación2 triptico
Publicación2 triptico
 
Control de plagas
Control de plagasControl de plagas
Control de plagas
 
Definición Escepticismo
Definición EscepticismoDefinición Escepticismo
Definición Escepticismo
 
Programming overview M.5
Programming overview M.5Programming overview M.5
Programming overview M.5
 
Unit1 psudocode
Unit1 psudocodeUnit1 psudocode
Unit1 psudocode
 
Hard Luck Screenplay
Hard Luck ScreenplayHard Luck Screenplay
Hard Luck Screenplay
 
Melo leads Knicks to gutsy overtime win, beat Jazz 111-118
Melo leads Knicks to gutsy overtime win, beat Jazz 111-118Melo leads Knicks to gutsy overtime win, beat Jazz 111-118
Melo leads Knicks to gutsy overtime win, beat Jazz 111-118
 
Municipio chacao
Municipio chacaoMunicipio chacao
Municipio chacao
 

Similar to - di antara aqidah syi'ah yang bercanngah dengan islam

1. SEJARAH PERKEMBANGAN USUL FIQH.pptx
1. SEJARAH PERKEMBANGAN USUL FIQH.pptx1. SEJARAH PERKEMBANGAN USUL FIQH.pptx
1. SEJARAH PERKEMBANGAN USUL FIQH.pptxnimalfaiz1
 
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik .pdf
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik  .pdfTokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik  .pdf
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik .pdfZukét Printing
 
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docx
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docxTokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docx
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docxZukét Printing
 
Apakah yang telah diseludup oleh syi
Apakah yang telah diseludup oleh syiApakah yang telah diseludup oleh syi
Apakah yang telah diseludup oleh syiR&R Darulkautsar
 
Tauhid Dan Ilmu Kalam.pptx
Tauhid Dan Ilmu Kalam.pptxTauhid Dan Ilmu Kalam.pptx
Tauhid Dan Ilmu Kalam.pptxYoga495659
 
Ilmu Kalam & Pemikiran Islam
Ilmu Kalam & Pemikiran IslamIlmu Kalam & Pemikiran Islam
Ilmu Kalam & Pemikiran Islamdr2200s
 
Buku Pedoman MUI ttg Syiah 4
Buku  Pedoman MUI ttg Syiah 4Buku  Pedoman MUI ttg Syiah 4
Buku Pedoman MUI ttg Syiah 4Feizal Karim
 
Hadlratus syaikh muhammad hasyim asy
Hadlratus syaikh muhammad hasyim asyHadlratus syaikh muhammad hasyim asy
Hadlratus syaikh muhammad hasyim asyNizam D'solace II
 
apakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahapakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahR&R Darulkautsar
 
Pgsd 3 memahami-mazhab_(munawar)
Pgsd 3 memahami-mazhab_(munawar)Pgsd 3 memahami-mazhab_(munawar)
Pgsd 3 memahami-mazhab_(munawar)Bahagie Putra
 

Similar to - di antara aqidah syi'ah yang bercanngah dengan islam (20)

Aliran asy'ariah
Aliran asy'ariahAliran asy'ariah
Aliran asy'ariah
 
Aliran Asy'ariah
Aliran Asy'ariahAliran Asy'ariah
Aliran Asy'ariah
 
1. SEJARAH PERKEMBANGAN USUL FIQH.pptx
1. SEJARAH PERKEMBANGAN USUL FIQH.pptx1. SEJARAH PERKEMBANGAN USUL FIQH.pptx
1. SEJARAH PERKEMBANGAN USUL FIQH.pptx
 
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik .pdf
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik  .pdfTokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik  .pdf
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik .pdf
 
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docx
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docxTokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docx
Tokoh - Tokoh Aswaja Secara Holistik.docx
 
Pemikiran hukum
Pemikiran hukum Pemikiran hukum
Pemikiran hukum
 
Pemikiran hukum
Pemikiran hukum Pemikiran hukum
Pemikiran hukum
 
Apakah yang telah diseludup oleh syi
Apakah yang telah diseludup oleh syiApakah yang telah diseludup oleh syi
Apakah yang telah diseludup oleh syi
 
Tauhid Dan Ilmu Kalam.pptx
Tauhid Dan Ilmu Kalam.pptxTauhid Dan Ilmu Kalam.pptx
Tauhid Dan Ilmu Kalam.pptx
 
Pemikiran hukum islam
Pemikiran hukum islamPemikiran hukum islam
Pemikiran hukum islam
 
Pemikiran hukum islam
Pemikiran hukum islamPemikiran hukum islam
Pemikiran hukum islam
 
Ulumul_Quran_Bag_1_pptx.pptx
Ulumul_Quran_Bag_1_pptx.pptxUlumul_Quran_Bag_1_pptx.pptx
Ulumul_Quran_Bag_1_pptx.pptx
 
Pendahuluan
PendahuluanPendahuluan
Pendahuluan
 
Ilmu Kalam & Pemikiran Islam
Ilmu Kalam & Pemikiran IslamIlmu Kalam & Pemikiran Islam
Ilmu Kalam & Pemikiran Islam
 
Buku Pedoman MUI ttg Syiah 4
Buku  Pedoman MUI ttg Syiah 4Buku  Pedoman MUI ttg Syiah 4
Buku Pedoman MUI ttg Syiah 4
 
Makalah bersama
Makalah bersamaMakalah bersama
Makalah bersama
 
Hadlratus syaikh muhammad hasyim asy
Hadlratus syaikh muhammad hasyim asyHadlratus syaikh muhammad hasyim asy
Hadlratus syaikh muhammad hasyim asy
 
apakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahapakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiah
 
Aswaja Lakmud 2022 revisi.pptx
Aswaja Lakmud 2022 revisi.pptxAswaja Lakmud 2022 revisi.pptx
Aswaja Lakmud 2022 revisi.pptx
 
Pgsd 3 memahami-mazhab_(munawar)
Pgsd 3 memahami-mazhab_(munawar)Pgsd 3 memahami-mazhab_(munawar)
Pgsd 3 memahami-mazhab_(munawar)
 

More from R&R Darulkautsar

bahaya dan akibat buruk zina
 bahaya dan akibat buruk zina bahaya dan akibat buruk zina
bahaya dan akibat buruk zinaR&R Darulkautsar
 
sebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatsebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatR&R Darulkautsar
 
youth with and without belief
 youth with and without belief youth with and without belief
youth with and without beliefR&R Darulkautsar
 
the evil of craving for wealth and status
 the evil of craving for wealth and status the evil of craving for wealth and status
the evil of craving for wealth and statusR&R Darulkautsar
 
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanbilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanR&R Darulkautsar
 
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahatR&R Darulkautsar
 
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoffR&R Darulkautsar
 
komentar buku-buku sejarah islam
 komentar buku-buku sejarah islam komentar buku-buku sejarah islam
komentar buku-buku sejarah islamR&R Darulkautsar
 
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkanR&R Darulkautsar
 
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqsepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqR&R Darulkautsar
 
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi inisejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi iniR&R Darulkautsar
 
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawiR&R Darulkautsar
 
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubankekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubanR&R Darulkautsar
 
perempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
perempuan tidak berasal daripada tulang rusukperempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
perempuan tidak berasal daripada tulang rusukR&R Darulkautsar
 

More from R&R Darulkautsar (20)

sayyidina mu’awiyah
 sayyidina mu’awiyah sayyidina mu’awiyah
sayyidina mu’awiyah
 
bukti-bukti ikhlas
 bukti-bukti ikhlas bukti-bukti ikhlas
bukti-bukti ikhlas
 
jiwa yang tenteram
 jiwa yang tenteram jiwa yang tenteram
jiwa yang tenteram
 
bahaya dan akibat buruk zina
 bahaya dan akibat buruk zina bahaya dan akibat buruk zina
bahaya dan akibat buruk zina
 
sebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatsebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umat
 
the fruits of oppression
the fruits of oppressionthe fruits of oppression
the fruits of oppression
 
youth with and without belief
 youth with and without belief youth with and without belief
youth with and without belief
 
the evil of craving for wealth and status
 the evil of craving for wealth and status the evil of craving for wealth and status
the evil of craving for wealth and status
 
dunia itu fatamorgana
 dunia itu fatamorgana dunia itu fatamorgana
dunia itu fatamorgana
 
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanbilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
 
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 
bidaah dan syirik
  bidaah dan syirik  bidaah dan syirik
bidaah dan syirik
 
komentar buku-buku sejarah islam
 komentar buku-buku sejarah islam komentar buku-buku sejarah islam
komentar buku-buku sejarah islam
 
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqsepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
 
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi inisejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
 
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubankekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
 
perempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
perempuan tidak berasal daripada tulang rusukperempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
perempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
 

Recently uploaded

Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 

Recently uploaded (20)

Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 

- di antara aqidah syi'ah yang bercanngah dengan islam

  • 1. Di Antara Aqidah Syi’ah Yang Bercanggah Dengan Islam Muhammad Asri Yusoff 1. Aqidah at-Tahrif fi al-Quran 2. Aqidah al-Imamah dan al-Walayah 3. Aqidah Takfir as-Sahabah (Aqidah Mengkafirkan Sahabat) 4. Aqidah ar-Raj’ah 5. Penutup MUKADDIMAH Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah ugama yang terakhir, lengkap, terjamin dan universal. Ia mempunyai daya untuk membimbing, membinadan mengeluarkan peribadi-peribadi dan generasi contoh sampai qiamat. Ia jugamempunyai kemampuan dan kekuatan rahsia untuk mempertahankan dirinya dari segala bentuk serangan dan ancaman. Sejarah menyaksikan bahawa setiap fahamandan fitnah yang telah cuba bersemuka dengan Islam pasti menerima kegagalan dan kekalahan. Kemampuan dan kekuatan Islam yang luar biasa itu sangat menyakitkan hati musuh-musuh Islam, kerana itu sejak zaman permulaan Islam sampai ke hari ini mereka tidak henti-henti merancang dan menyusun fitnah yang boleh memecahbelahkan umat Islam dengan mencipta ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang berbagai-bagai untuk menimbulkan keraguan terhadap Islam. Mereka sedar bahawa selagi umat Islam berpegang teguh dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w mereka akan bersatu padu dan menjadi benteng kukuh untuk memelihara Islam sehingga tidak mungkin akan ada satu pun kuasa yang dapat merobohkannya. Ketika wilayah-wilayah dari dua kuasa besar dunia, Rom dan Farsi satu demi satu jatuh ke tangan Islam dan tidak mampu bertahan lagi, apatah akan melawannya dengan kekuatan senjata, ketika itu musuh-musuh Islam bermuafakat untuk menyusup masuk ke dalam masyarakat Islam dan menggugatkannya dari dalam. Sasaran mereka ialah orang-orang yang baru memeluk agama Islam yang belum lagi diresapi betul-betul oleh ajaran Islam dan masih belum terhapus dari jiwa mereka saki baki ajaran agama mereka yang lalu. Melalui taktik-taktik ini mereka telah berjaya dan kejayaannya terbukti jelas dengan syahidnya Khalifah Islam yang ketiga Sayyidina Usman bin Affan r.a. Gerakan musuh Islam atas nama Islam yang pertama ini dikenali di dalam sejarah Islam dengan “Gerakan Abdullah bin Saba’ dan rakan-rakannya”. Gerakan ini telah meletakkan batu-batu asas ajaran dan fahamannya yang kemudiannya dibinakan di atas asas-asas itu sebuah bangunan kukuh bernama Syi’ah Rafidhah. Taktik yang sama telah digunakan oleh musuh-musuh Islam di zaman-zaman kemudiannya dengan berbagai-bagai nama seperti Babiah, Bahaiah, Qadiani, Batiniah, Ingkar Sunnah dan lain-lain. Tetapi gerakan-gerakan yang lain selainSyi’ah tidak dapat bertahan lama kerana asas-asasnya tidak begitu kukuh danmereka pula tidak seperti Syi’ah yang mengamalkan prinsip “taqiyyah”.
  • 2. Semua gerakan-gerakan tersebut pada hakikatnya telah disusun dan dirancang untuk memusnahkan ajaran Islam. Ini dapat diketahui dengan jelas apabila dikaji aqidah- aqidahnya berdasarkan kitab-kitab muktabar di kalangan mereka. Walaupun golongan Syi’ah sangat kuat berpegang dengan prinsip “taqiyyah” dan sebelum ini agak sukar untuk mendapatkan kitab-kitabnya, namun selepas tercetusnya revolusi di Iran mereka merasakan sudah kuat dan sudah sampai masanya untuk mendedahkan kitab- kitabnya yang selama ini disembunyikan ke muka dunia. Dengan itu mudahlah bagi kita untuk mengkaji ajaran Syi’ah dari sumbernya sendiri dan semoga kemenangan revolusi di Iran itu akan menamatkan riwayat Syi’ah yang selama ini dikaitkan dengan Islam apabila umat Islam didunia menyedari tentang aqidah-aqidah mereka yang bercanggah dengan Islam. Kertas kerja ini ditulis khusus untuk mendedahkan sebahagian dari aqidah Syi’ah Imamiah Itsna Asyariah untuk menjadi bahan renungan dan peringatan bagi orang-orang yang terpengaruh dengan ajaran Syi’ah khasnya dan umat Islam di tanah air kita amnya. Walaupun banyak aqidah-aqidah Syi’ah Imamiah Itsna Asyariah yang bercanggah dengan Islam, tetapi di dalam kesempatan ini kita hanya mengemukakan empat aqidah daripada aqaid mereka yang terang bercanggah dengan aqidah Islam dan dengan keempat-empat aqidah ini atau salah satu daripadanya ulamak-ulamak Islam di zaman lampau telah mengkafirkan Syi’ah ini. Empat aqidah yang diketengahkan nanti ialah: 1) Aqidah at-Tahrif fi al-Quran 2) Aqidah al-Imamah wa al-Walayah 3) Aqidah Takfir as-Sahabah 4) Aqidah ar-Raj’ah 1. Aqidah at-Tahrif fi al-Quran Iaitu suatu aqidah bahawa al-Quran yang ada di tangan umat Islam hari ini sudah diubah, ditokok tambah dan diselewengkan. 1.1. Kepercayaan ini termasuk di dalam dharuriat aliran Syi’ah seperti yang dikatakan oleh Sayyid Hashim al-Bahrani seorang ahli tafsir Syi’ah yang besar di dalam muqaddimah tafsirnya yang bernama al-Burhan. “Saya yakin tentang benarnya (fahaman tentang al-Quran sudah diseleweng dan ditokok tambah) setelah diselidiki dan dikaji riwayat-riwayat dan atsar-atsar sehingga kita boleh memutuskan bahawa kepercayaan kepada perkara ini adalah salah satu daripada dharuriat aliran Syi’ah. (1) Syeikh Ali Asghrar al-Burujardi salah seorang tokoh Syi’ah di abad ketiga belas menulis di dalam buku aqidahnya, “Wajib kita beri’tiqad bahawa al-Quran yang asal tidak diubah dan ditukar ganti (isinya). Al-Quran yang asal ini ada pada Imam al-Asr (Imam Mahdi) – semoga Allah menyegerakan kemunculannya, bukan pada orang lain. Sesungguhnya orang- orang munafiq telah mengubah dan menukargantikan al-Quran yang ada pada mereka itu”. (2) 1.2. Pengakuan tentang tokoh-tokoh Syi’ah tentang aqidah ini:
  • 3. Allamah an-Nuuri at-Thabarsi menaqalkan daripada Mulla Baqir al-Majlisi bahawa beliau berkata: “Tidak tersembunyi lagi bahawa hadits ini dan banyak hadits-hadits yang lain jelas menunjukkan tentang al-Quran yang ada ini telah dikurangkan dan diubah. Hadith-hadits ini sampai kepada mutawaatir ma’nan, membuangkan kesemuanya boleh menghilangkan sama sekali kepercayaan kita kepada hadits-hadits malah saya yakin bahawa hadits-hadits tentang perkara Imamah. Bagaimana mereka boleh menyabitkan Imamah kepada hadits?” (3) Di dalam tafsir al-Qummi, pengarangnya Ali bin Ibrahim al-Qummi seorang pentafsir yang tertua di dalam Syi’ah menyebutkan di dalam muqaddimahnya, “Ada di antara isi al-Quran itu nasikh dan mansukh. Ada di antaranya muhkam dan ada pula mutasyaabih. Ada di antaranya berlainan dari yang diturunkan oleh Allah.”(4) Di dalam kitab Fashlu al-Khitaab, Alamah Husain bin Muhammad Taqiyan-Nuuri at-Thabarsi menukilkan kata-kata Sayyid Ni’Matullah al-Jazaairi, “Bahawa tokoh-tokoh Syi’ah telah sepakat tentang sahihnya hadits-hadits yang sampai ke peringkat mutawaatir yang menunjukkan dengan jelas tentang berlakunya penyelewengan terhadap al-Quran.” (5) Di antara ulamak dan tokoh-tokoh Syi’ah yang mempercayai demikian dan telah menulis dalam kitab mereka masing-masing ialah al-Kulaini, al-Barqi, al-Iyasyi, an-Nu’mani Furat bin Ibrahim, Ahmad bin Thaha at-Thabarsi, al-Majlisi, as-Sayyid Ni’matullah al-Jazaaifi, al- Hurrul Amili, Allamahal-Fatuni dan Sayyid al-Bahrani. Mereka yang tersebut itu berpegang kepada beberapa ayat al-Quran dan riwayat-riwayat yang tidak mungkin diketepikan sebagaimana yang disebutkan oleh Sayyid Thayyib al-Musavi di dalam Muqaddimah Tafsir al-Qummi halaman 23 hingga 24. 1.3 Contoh al-Quran yang ditakrifkan: Di sini kita akan mengemukakan beberapa contoh al-Quran yang ditakrifkanmenurut Syi’ah: 1.3.1 Al-Kulaini meriwayatkan di dalam al-Kafi dari Abi Basir dari Abi Abdillah a.s berhubung dengan firman Allah di dalam surah al-Ahzab ayat 71. Bermaksud: “Sesiapa yang taat kepada Allah berhubung dengan walayah Ali dan walayah Imam sesudahnya maka sesungguhnya dia mendapat kemenangan yangbesar. Demikianlah ayat ini diturunkan.” (6) 1.3.2 Al-Kulaini meriwayatkan lagi di dalam kitab yang sama dari Abdullah bin Sinan dari Abi Abdillah a.s berhubung dengan firman Allah di dalam Surah Thaha ayat 115. Bermaksud: “Dan sesungguhnya kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu dengan beberapa pesanan berhubung dengan Muhamad, Ali, Fatimah, al-Hasan, al-Husain dan para Imam dari zuriat mereka. Tetapi ia lupa demi Allah. Beginilah ayat itu diturunkan kepada Muhammad s.a.w” (7) 1.3.3 Seorang tokoh hadits dan fiqh Syi’ah yang terkenal di abad ke 6 Hijrah, Ahmad bin Ali bin Abi Thalib at-Thabarsi di dalam kitabnya al-Ihtijaj meriwayatkan bahawa; “Seorang zindiq telah mengemukakan beberapa kritiknya terhadap al-Quran kepada Sayyidina Ali, lalu beliau menjawab kritikan-kritikannya itu. Di antara kritiknya ialah tentang ayat 3 Surah an-Nisa’.
  • 4. Menurut kaedah nahu, ayat ini mengandungi jumlah syarthiyyah. Apa yang diperlukan oleh jumlah syartiyyah dari jaza’nya tidak terdapat di dalam ayat ini sedikitpun. Sebagai menjawab kritikan itu Sayyidina Ali berkata: “Ia adalah di antara ayat yang digugurkan oleh munafiqin dari al-Quran. Sebenarnya di antara perkataan “dan” itu terdapat lebih dari 1/3 al-Quran yang terdiri dari ayat-ayat khitab dan ayat-ayat qasas.” (8) Al-Kasyi juga telah menaqalkan riwayat ini dari at-Thabarsi di dalam tafsirnya as-Shaafi jilid 1 halaman 11. 1.4 Golongan yang bertanggungjawab di dalam usaha menokok tambah al-Quran itu menurut Syi’ah berdasarkan kitab-kitab mereka yang muktabar ialah para sahabat Rasulullah s.a.w. 1.4.1 Allamah Kamaluddin Maitsamal-Bahrani menuliskan tentang pengumpulan al-Quran oleh Sayyidina Utsman r.a. bahawa: “Beliau telah menyatukan orang ramai di atas qiraat Zaid bin Tsabit sahaja dan membakar mashaf-mashaf yang lain. Beliau telah membatalkan (membuangkan) ayat-ayat yang tidak syak lagi sebahagian daripada al-Quran.” (9) 1.4.2 At-Thabarsi meriwayatkan di dalam riwayat Abi Zar al-Ghifari (tersebut) bahawa setelah Rasulullah s.a.w wafat, Sayyidina Ali mengumpulkan al-Quran dan membawanya ke muka Muhajirin danAnsar. Beliau telah menunjukkan al-Quran itu kepada mereka, mengingatkan wasiat Rasullulah s.a.w kepadanya. Abu Bakar membukanya. Pada muka surat pertama lagi rahsia kejahatan mereka (sahabat) telah terdedah. Umar terus melompat dan berkata: “Wahai Ali, ambillah semula mashaf ini, kami tidak memerlukannya.” Ali a.s. pun mengambilnya dan terus pulang. Kemudian Zaid bin Tsabit dipanggil. Dia adalah orang yang ahli tentang al-Quran. Umar berkata kepadanya: “Sesungguhnya tadi Ali datang dengan membawa al-Quran yang di dalamnya tercatit segala kejahatan Muhajirin dan Ansar. Kami fikir mahu menyusun al-Quran dan membuang daripadanya cerita-cerita yang mengaibkan golongan Muhajirin dan Ansar.” Maka Zaid pun mengambil tugas itu. Kemudian Zaid berkata: “Apabila saya selesai menyusun al-Quran mengikut permintaan kamu itu, dan Ali akan mengemukakan al-Quran yang disusunnya, tidakkah menjadi sia-sia apa yang kamu lakukan ini?” Umar berkata: “Kalau begitu, apa helahnya?” Zaid menjawab: “Kamu lebih tahu tentang helahnya.” Maka Umar pun berkata: “Tidak ada helah lain selain dari kita membunuhnya, dengan itu kita tidak lagi diganggu olehnya”. Umar pun merancang untuk membunuhnya melalui Khalid bin al-Walid tetapi ia tidak mampu melaksanakan rancangannya itu. Setelah dilantik menjadi Khalifah, mereka (para sahabat) meminta Sayyidina Ali memberikan al-Quran itu kepada mereka (sebenarnya untuk menyelewengkan isi al-Quran itu). Sayyidina Ali berkata: “Mana boleh, tidak ada lagi jalan untuk mendapatkan al-Quran itu. Aku hanya mengemukakan kepada Abu Bakar supaya hujjah tetap ke atas kamu dan kamu tidak dapat berkata pada hari qiamat nanti. Sesungguhnya kami tidak mengetahui tentang perkara ini, atau kamu berkata; Engkau tidak pernah membawa al-Quran ini kepada kami. Sesungguhnya al-Quran yang ada padaku ini tidak dapat disentuh kecuali oleh orang-orang yang suci dan penerima wasiat dari anak cucu ku sahaja.” Mendengar keterangan Ali a.s. itu Umar berkata: “Adakah waktunya al-Quran itu telah dipastikan?” Ali a.s. menjawab: “Ya, apabila bangkit orang yang bangkit (Imam Mahadi) dari keturunanku, dia akan mengemukakan al-Quran itu dan mengajak manusia menggunakan al-Quran itu.” (10)
  • 5. 1.5 Ulamak-ulamak mutaqaddimin Syi’ah kecuali empat orang dari mereka telah ittifaq tentang telah berlakunya penyelewengan dan tokok tambah pada al-Quran yang ada ini. Mereka berempat itu ialah; i) Ibn Babwaih al-Qummi yang digelarkan dengan Syeikh Shaduq (w 381H) ii) Sayyid Murtadha yang digelarkan dengan Alamul Huda (w 436H) iii) Abu Jaafar at-Thusi (w 460H) iv) Abu Ali at-Thabarsi (w 548H) Walau bagaimanapun keempat-empat mereka ini berdasarkan kitab-kitab mereka telah mengakui hakikat ini. Penafian mereka adalah berdasarkan“taqiyyah”. Untuk mengetahui mengapakah mereka berempat ini menafikan aqidah ini dan begitu juga setengah-setengah ulamak mutaakhirin Syi’ah yang lain walaupun hadits-hadits yang menyebutkan perkara ini sudah sampai ke peringkat mutaawatir dan mustafidh seperti yang disebutkan oleh Mirza Hussain Muhammad Taqiyat-Thabarsi an-Nuuri di dalam bukunya Fashlu al-Khitaab, perlulah kita merujuk kepada keterangan as-Sayyid Ni’matullah al- Jazaairi selepas beliau membuktikanyang al-Quran yang ada ini telah diselewengkan dan ditokok tambah dengan hadits-hadits mustafidh dan mutaawatir. Kata beliau: “Ya, memang benar Sayyid Murtadha, Syaikh Shaduq dan Syaikh Thabarsi berbeza pendapat tentang perkara ini. Mereka mengatakan yang al-Quran yang ada dalam dua kulit mushaf ini ialah al-Quran yang diturunkan, tidak lain, tidak berlakunya apa-apa perubahan atau pindaan……. Yang jelas kata-kata mereka ini lahir dari beberapa banyak muslihat. Di antaranya ialah menutup pintu kritikan (musuh-musuh Syi’ah) bahawa sekiranya boleh berlaku pengubahan, pindaan dan tokok tambah pada al-Quran ini, bagaimana boleh kita beramal mengikut peraturan-peraturan dan hukum-hukumnya? Jawapan tentang perkara ini akan diberikan nanti. Sebabnya ialah bagaimana kita akan menganggap tokoh-tokoh tersebut ini mempercayai al- Quran yang ada ini tidak diubah atau ditokok tambah sedangkan mereka sendiri telah meriwayatkan banyak hadits-hadits di dalam karangan mereka yang menunjukkan telah berlakunya semua perkara tersebut.” (11) 1.6 Sebenarnya faktor yang mendorong golongan Syi’ah berpegang dengan aqidah ini ialah: 1.6.1 Golongan Syi’ah percaya Imamah termasuk salah satu aqidah penting mereka. Seseorang yang tidak menerimanya dianggap sebagai kafir. Oleh kerana tidak terdapat di dalam al-Quran satu ayat pun yang dengan jelas menunjukkan keimanan kepada 12 orang Imam mereka, maka mereka mengadakan kepercayaan bahawa al-Quran yang ada ini telah diubah dan diselewengkan daripada asal untuk membenarkan aqidah mereka. Ini dapat dilihat dari kenyataan yang dinukilkan oleh Sayyid Mohsein al-Kasyi daripada seorang ahli tafsir besar di sisi Syi’ah iaitu al-‘Ayasyi. Beliau telah menyebutkan di dalam tafsirnya satu riwayat dari Abi Jaafar a.s. Kata beliau: “Sekiranya tidak berlaku tokok tambah di dalam kitab Allah, tentulah tidak tersembunyi hak kami (hak Imamah) kepada orang-orang yang mempunyai fikiran.” (12) 1.6.2 Oleh kerana al-Quran yang ada ini penuh dengan pujian dan keutamaan yang diakui oleh Allah terhadap para sahabat Rasullullah s.a.w, maka golongan Syi’ah yang begitu
  • 6. dendam terhadap para sahabat tidak dapat menerima al-Quran yang ada ini adalah al- Quran yang benar dan mereka menganggap segala pujian dan keutamaan para sahabat yang tersebut di dalam al-Quran ini adalah hasil ciptaan dan rekaan para sahabat. 1.6.3 Al-Quran yang ada ini telah diusahakan pengumpulannya oleh sahabat-sahabat agung Rasullullah s.a.w seperti Sayyidina Abu Bakar, Umar dan Utsman r.a. Sedangkan mereka ini mengikut kepercayaan Syi’ah adalah golongan yang telah merampas hak Sayyidina Ali dan berlaku zalim dan kejam terhadap Ahlul Bait. 1.6.4 Di antara matlamat penting Syi’ah daripada aqidah ini ialah untuk membebaskan manusia dari ikatan ugama dan beramal dengan hukum-hukum Allah. Jika akidah ini tidak diperkenalkan bagaimanakah orang-orang Islam akan dapat melepaskan dirinya dari hukum-hukum Allah?. Untuk itu mereka meriwayatkan hadits-hadits yang palsu atas nama Imam-Imam Ahlul Bait dan Rasullullah s.a.w sendiri. Di antaranya ialah apa yang diriwayatkan oleh al-Kulaini dalam al-Kafi dari Yazid bin Mu’awiyah katanya:“Abu Jaafar a.s. berkata: “Ugama tidak lain hanya cinta.” Kemudian Abu Jaafar berkata: “Ada seorang lelaki datang menemui Nabi dan berkata: “Wahai Rasullullah, aku cintakan orang-orang yang sembahyang tetapi aku sendiri tidak sembahyang dan aku cintakan orang-orang yang berpuasa, tetapi aku sendiri tidak berpuasa.” Mendengar kata-kata orang itu Rasullullah s.a.w lantas berkata: “Engkau akan bersama orang yang engkau cintai.” (13) 2. Aqidah al-Imamah dan al-Walayah Iaitu kepercayaan bahawa Imam-Imam Dua Belas itu dilantik berdasarkan nas dan mereka adalah maksum 2.1 Kedudukan kepercayaan ini di dalam ajaran Syi’ah: 2.1.1 Kepercayaan ini begitu penting di dalam ajaran Syi’ah, sehingga ia merupakan salah satu syarat keimanan dan dianggap terpenting dari antara rukun-rukun Islam yang lain. Setiap Nabi yang datang telah mengakui keimaman dan walayah Ali dan seseorang yang tidak mengenal Imam-Imamnya dianggap tidak mengenal Allah. Al-Kulaini mengemukakan riwayat dari Fudhail dari Abi Jaafar a.s. Kata beliau: “Islam ditegakkan di atas lima perkara; sembahyang, puasa, zakat, haji dan walayah. Pada hari al-Ghadir tidak ada satu pun daripada rukun-rukun yang tersebut ditekankan sebagaimana penekanan diberikan kepada al-Walayah.” (14) Al-Kulaini meriwayatkan lagi dari Zurarah dari Abi Jaafar a.s. Kata beliau: “Islam ditegakkan di atas lima perkara iaitu sembahyang, zakat, puasa, haji dan walayah.” Zurarah pun berkata: “Aku pun bertanya yang manakah di antara rukun-rukun yang tersebut itu paling utama?” Abu Jaafar menjawab:“Walayahlah yang paling utama.” (15) Di dalam kitab Bashaair ad-Darajat dan al-Kafi tersebut riwayat dari Abi Abdillah a.s. bahawa beliau berkata: “Walayah kami adalah walayah Allah yang tidak diutusnya seorang Nabi pun melainkan pasti ia membawanya.” (16) 2.2 Allah tidak mungkin dikenali tanpa dikenali terlebih dahulu para Imam dan orang yang tidak mengenali Imam adalah sesat. 2.2.1 Diriwayatkan dari Abi Abdillah a.s. Katanya: “Kamilah orang yang difardhukan Allah supaya ditaati. Setiap orang mesti mengenali kami. Tidak dimaafkan orang yang tidak mengenali kami. Orang yang mengenali kami adalah mukmin. Sesiapa yang tidak
  • 7. mengenali kami dan menolak kami, dia adalah kafir. Orang yang tidak mengenali kami tetapi tidak menolak kami adalah sesat, sehinggalah ia kembali kepada petunjuk yangAllah fardhukan ke atasnya iaitu kewajipan mentaati kami. Sekiranya ia mati di dalam kesesatannya maka Allah akan melakukan apa yang dikehendakiNya terhadapnya.” (17) 2.2.2 Diriwayatkan dari Abi Hamzah. Kata beliau: “Abu Jaafar berkata kepadaku: “Sesungguhnya orang yang mengenali Allah sahaja yang menyembah Allah. Sesiapa yang tidak mengenali Allah bererti ia menyembahnya dalam sesat.” Aku (Abi Hamzah) bertanya: “Semoga diriku dijadikan tebusan untukmu, apakah yang dimaksudkan dengan mengenali Allah?” Beliau (Abu Jaafar) menjawab: “Membenarkan Allah, membenarkan RasulNya s.a.w menerima Ali dan Imam-Imam sebagai Imam yang benar dan pembawa petunjuk dan berlepas diri daripada musuh-musuh mereka (para Imam). Begitulah Allah dikenali.”(18) 2.2.3 Diriwayatkan daripadaJabir, beliau berkata: “Aku mendengar Abu Jaafar a.s. berkata: “Sesungguhnya orang-orang yang mengenali Allah dan ImamNya dari kalangan kami Ahlul Bait sahaja yang mengenali Allah dan tidak mengenali Imamnya dari kalangan kami Ahlul Bait sebenaya ia mengenalinya dan menyembah selain dari Allah. Demi Allah! Begitulah cara mereka sesat.” (19). 2.3 Imam-Imam dua belas itu maksum, mempunyai kuasa yang luar biasa, mempunyai darjat yang lebih tinggi dari Nabi dan Rasul dan para malaikat yang muqarrabun, boleh menghalalkan dan mengharamkan segala sesuatu dan mereka juga menjadi penentu kepada ahli syurga atau ahli neraka. Imam yang kelapan di sisi Syi’ah iaitu Imam Ali bin Musa ar-Ridha a.s. di dalam satu ucapannya yang panjang lebar telah mengemukakan ciri- ciri dan keutamaan para Imam. Di dalam ucapannya beliau beberapa kali menjelaskan tentang maksumnya Imam itu. Antara lain beliau menyebutkan: “Dia adalah maksum, disokong, diberi taufik dan diluruskan segala tindak tanduknya dari pihak Allah. Dia terpelihara dari segala kesalahan dan kegelinciran. Allah menentukannya dengan sifat-sifat seperti ini supaya dia menjadi hujjah kepada hamba-hambaNya dan menjadi penyaksi ke atas makhlukNya.” (20). Mereka boleh menghalalkan apa yang dikehendaki oleh mereka dan mengharamkan apa yang dikehendaki oleh mereka. Setiap yang dikehendaki oleh mereka pastilah dikehendaki oleh Allah. (21) Khalimatul Muhadditsin Allamah Baqir al-Majlisi di dalam kitabnya Hayaatu al-Qulub menulis: “Daripada riwayat-riwayat muktabar yang insya-Allah akan disebutkan nanti akan diketahui bahawa martabat Imamah lebih tinggi daripada martabat nubuwah.” (22) Ayatullah al-Uzama Ruhullah Khomeini di dalam kitabnya al-Hukumahal-Islamiah dengan jelas menegaskan; “Bahawa sesungguhnya di antara dharuriat dan aqidah-aqidah asasi aliran kita (Syi’ah Imamiah Itsna Asyariah) ialah para Imam mempunyai suatu maqam yang tidak sampai kepadanya malaikat muqarrab dan Nabi yang diutuskan.” (23) Al-Kulaini meriwayatkan tentang keutamaan dan darjah Sayyidina Ali dan Imam-Imam selepasnya daripada Imam Jaafar as-Shadiq. Kata beliau: “Apa yang dibawakan oleh Ali ku ambil dan apa yang dilarang olehnya ku hentikan. Keutamaan yang diperolehinya sama seperti keutamaan yang diperolehi oleh Muhammad dan Muhammad mempunyai keutamaan di atas semua makhluk Allah Azzawajalla. Orang yang mengkritik salah satu hukum yang diberikan olehnya (Ali) sama seperti orang yang mengkritik Allah dan RasulNya. Orang yang menolaknya sama ada dalam perkara kecil atau besar sama seperti melakukan syirik terhadap Allah. Amirul Mukminin (Ali) adalah pintu Allah yang tidak dapat didatangi kecuali melalui pintu itu dan beliau merupakan jalan yang mana orang yang
  • 8. mengikuti jalan yang lain akan binasa. Demikian juga keutamaan yang diperolehi oleh Imam-Imam yang membawa petunjuk sesudahnya satu demi satu.”(24) Di dalam riwayat yang sama al-Kulaini menyebutkan Abu Abdillah (Jaafar as-Shadiq) menyebutkan Amirul Mukminin (Sayyidina Ali) selalu berkata: “Aku adalah pembahagi syurga dan neraka dari pihak Allah. Aku adalah pembeza (di antara kebenaran dan kebathilan) yang agung. Padaku ada tongkat (Musa), misam (penanda di antara seseorang mukmin dan munafiq). Sesungguhnya para malaikat, ar-Ruh (Jibril) dan para Rasul telah mengakui aku sebagaimana mereka telah mengakui Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya aku telah dibebankan sama seperti Nabi Muhammad s.a.w iaitu bebanan daripada Allah. Rasullulllah s.a.w akan dipanggil (pada hari qiamat nanti) dan diberikan persalinan, aku juga akan dipanggil dan diberi persalinan. Dia (Muhammad s.a.w) akan diminta bercakap, aku juga diminta bercakap. Maka pada ketika itu aku juga akan bercakap seperti dia. Aku telah dikurniakan beberapa keistimewaan yang tidak pernah dikurniakan kepada sesiapa pun sebelumku. Aku mengetahui ajal manusia dan bencana yang menimpa mereka. Aku juga mengetahui nasab keturunan dan cara penyelesaian yangbijaksana. Tidak terlepas daripadaku pengetahuan tentang sesuatu yang ghaib.Aku menyampaikan berita gembira dengan izin Allah dan menunaikannya daripihakNya. Semua ini adalah daripada Allah yang telah memampukan aku menguasaisemua yang tersebut dengan ilmuNya yang luas.” (25) 2.4 Di antara kepercayaan Syi’ah berhubung dengan Imamah ialah kepercayaan tentang ghaibnya Imam yang ke12 di dalam dua macam ghaibah; i) Ghaibah Sughra ii) Ghaibah Kubra Sebenarnya bolehlah dikatakan kepercayaan kepada ghaibah ini sebagai satu keajaiban di dalam dunia aqidah. Kisah kelahiran Imam yang kedua belas yang dianggap sebagai Imam Mahdi dan Shahibu az-Zaman penuh dengan keajaiban dan tidak kurang hebatnya dari Kisah 1001 malam. Sehinggakan ulama-ulamak Syi’ah sendiri tidak mengetahui kelahiran seorang yang akhirnya dianggap sebagai Imam yang kedua belas dan Imam Mahdi daripada Imam yang kesebelas Syi’ah Hassan al-Aksari. Ghaibah Sughra bermula dari 260H – 328H. Pada masa Ghaibah Sughra ini menurut kepercayaan Syi’ah ada beberapa orang yang dianggap sebagai duta-duta Imam Mahadi kepada orang ramai dan pada masa itu Imam Mahadi dianggap masih dihubungi oleh orang-orang tertentu. Di antara mereka ialah Abu Hashim Daud bin al-Qassim al-Jaafari, Muhammad bin Ali bin Bilal, Abu ‘Amar Utsman bin Sa’id as-Samman, Umar al-Ahwaazi, Ahmad bin Ishaaq dan lain-lain. Setelah itu dianggap bermula zaman Ghaibah Kubra sehingga kepada suatu masa yang tidak dapat ditentukan oleh sesiapa pun.” 2.5 Kata-kata Khomeini didalam kitabnya al-Hukumah al-Islamiah; “Sesungguhnya Imam Mahdi telah menghilang diri di dalam Ghaibah Kubranya lebih 1000 tahun yang lampau. Barangkali kehilangannya itu akan berterusan selama beberapa ribu tahun lagi sebelum tiba masa keperluan menghendaki munculnya Imam yang dinantikan itu.”(26)
  • 9. 2.6 At-Thabarsi menaqalkan kata-kata Imam Syi’ah yang kesembilan iaitu Muhammad bin Ali berhubung dengan Imam yang kedua belas di dalam kitabnya al-Ihtijah. Kata beliau: “Dialah orang yang kelahirannya tersembunyi dari orang ramai dan dirinya akan terus ghaibdari penglihatan mereka. Sahabat-sahabatnya sebilangan ahli Badar iaitu seramai 313 orang dari seluruh pelusuk bumi akan berkumpul kepadanya. Apabila telah berkumpul orang-orang ikhlas sebanyak bilangan tersebut bersamanya, ketika itu Allah akan menzahirkan urusanNya (akan mengeluarkannya dari Ghaibah Kubranya).”(27) Riwayat ini bermakna di sepanjang zaman ghaibah Imam Mahdi ini, tidak lagi terkumpul sebanyak bilangan tersebut orang-orang Syi’ah yang ikhlas walaupun pada zahiya mereka kelihatan ramai. Bagaimanakah agaknya Syi’ah yang ikhlas ini !! Mulla Baqir al-Majlisi menaqalkan satu riwayat dari Imam al-Baqir bahawa beliau berkata: “Apabila qaim dari keluarga Muhammad s.a.w muncul, Allah akan menolongnya melalui para malaikat dan orang yang mula-mula sekali akan berbai’ah kepadanya ialah Muhammad dan selepas itu, Ali.” (28) Di dalam kitab yang sama Mulla Baqir al-Majlisi menaqalkan satu riwayat dari Muhammad al-Baqir yang berasal dari kitab Ilalu as-Syaraa’i karangan Ibn Babwaih al-Qummi, kata beliau: “Apabila muncul Imam Mahdi nanti, beliau akan menghidupkan kembali A’isyah dan akan menjalankan hukum had (zina) ke atasnya dan akan membalas dendam Fatimah terhadapnya.” (29) 3. Aqidah Takfir as-Sahabah (Aqidah Mengkafirkan Sahabat) Kepercayaan Syi’ah tentang majoriti para sahabat telah murtad tidak tersembunyi kepada sesiapa sahaja yang pernah membaca kitab-kitab Syi’ah, sehingga bolehlah dikatakan tidak ada sebuah kitab Syi’ah yang muktabar terutamanya yang ditulis oleh ulamak-ulamak mereka yang lalu melainkan pasti tersebut di dalamnya riwayat-riwayat yang mengkafirkan atau memurtadkan para sahabat atau melaknat, memaki hamun dan melakukan tabarri (tabarra – yakni menyatakan sikap berlepas diri dan tidak mempunyai hubungan kasih sayang) terhadap mereka. Tidak terlepas daripada tuduhan-tuduhan mereka sahabat- sahabat besar Rasullullah s.a.w sekalipun seperti Sayyidina Abu Bakar, Umar, Uthman, Abdul Rahman bin ‘Auf, isteri-isteri Rasullullah s.a.w dan lain-lain. Di sini kita akan mengemukakan beberapa contoh sahaja daripadanya: 3.1 Al-Kulaini meriwayatkan dari Abu Jaafar as-Sadiq kata beliau: “Para sahabat telah menjadi murtads epeninggalan Rasullullah s.a.w kecuali tiga orang dari mereka.” Aku bertanya (kata perawi): “Siapakah yang tiga itu?” Abu Jaafar menjawab: “Miqdad bin al- Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al- Farisi.” (30) Al-Kulaini meriwayatkan daripada Hanan dari ayahnya dari Abi Jaafar a.s .Ayahnya berkata: “Aku bertanya kepadanya (kepada Abi Jaafar): “Anak-anak Yaakub bukan para Nabi?” Beliau menjawab: “Tidak, tetapi mereka adalah asbat (cucu-cucu) anak-anak para Nabi. Mereka tidak meninggal dunia melainkan dalam keadaan bahagia dan bertaubat dan menyesali apa yang telah mereka lakukan dan sesungguhnya Syaikhain (Abu Bakar dan Umar) meninggal dalam keadaan tidak bertaubat dan tidak menyesali apa yang mereka lakukan terhadap Amirul Mukminin a.s. Atas mereka berdua laknat Allah, para malaikat dan manusia sekalian.“ (31)
  • 10. 3.2 Syaikh at-Thusi meriwayatkan bahawa Kummait bin Zaid datang menemui Abu Jaafar a.s. lalu bertanya Abu Jaafar tentang Syaikhain (Abu Bakar dan Umar). Abu Jaafar menjawab: “Tidak berlaku pertumpahan darah dan tidak diputuskan sesuatu hukuman yang tidak sesuai dengan hukum Allah, hukum Nabi dan hukum Ali a.s. melainkan dosanya diletakkan di atas tengkuk mereka berdua.” Mendengar jawapan Abu Jaafar, Kummait berkata: “Allahu Akbar! Allahu Akhbar! Cukuplah, cukuplah.” (32) Di dalam satu riwayat yang lain at-Thusi mengemukakan satu lagi riwayat iaitu Kummait berkata: ‘Tuan, saya mahu bertanya tuan tentang satu masalah. ”Ketika Kummait berkata demikian, Abu Abdillah (Jaafar as-Shadiq) sedang bertelekan di atas bantal. Tetapi sebaik sahaja al-Kummait berkata demikian, beliau terus membetulkan duduknya dan meletakkan bantal di bawah dadanya kemudian berkata: “Tanyalah.” Kummait berkata: “Saya mahu bertanya tuan tentang dua orang itu (Abu Bakar dan Umar).” Abu Abdillah berkata: “Wahai Kummait bin Zaid, tidak tumpah darah dengan cara tidak sebenar di dalam Islam, tidak diperolehi harta dari sumber yang tidak halal, dan tidak dicampuri perempuan secara haram melainkan dosa kesemuanya teletak di atas tengkuk mereka berdua sehingga muncul qaim kita (Imam Mahdi). Kita golongan dari Bani Hasyim menyuruh sama ada orang-orang tua dan orang-orang muda dari kalangan kita memaki mereka berdua dan begitu juga menyatakan sikap berlepas diri dari mereka (tabarra).” (33) 3.3 Allamah Baqir al-Majlisi menulis di dalam kitabnya Hayaatu-al-Qulub bahawa ‘Ayyasi telah meriwayatkan dengan sanad yang muktabar dari Imam Jaafar as-Shadiq bahawa Aisyah dan Hafsah telah meracun Rasulullah s.a.w sehingga Rasulullah s.a.w wafat kerananya. (34) 4. Aqidah ar-Raj’ah Salah satu aqidah Syi’ah yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam ialah kepercayaan mereka tentang akan dibangkitkan para Imam sebelum qiamat untuk menuntut bela atau menghukum orang-orang zalim yang telah merampas hak-hak mereka. Kepercayaan ini merupakan perkara yang telah diijmakkan oleh para ulamak Syi’ah. 4.1 Syaikh Mufid berkata: “Golongan Imamiah sependapat tentang wajibnya raj’ah (kembali) sebahagian besar dari orang-orang mati ke dunia sebelum qiamat.” (35) 4.2 Syarif al-Murtadha yang digelarkan di kalangan orang-orang Syi’ah dengan ‘Alamul Huda di dalam jawapannya kepada persoalan raj’ah yang dikemukakan kepadanya berkata: “Pegangan Syi’ah Imamiah ialah Allah Ta’ala akan membangkitkan (menghidupkan semula) ketika munculnya Imam Mahdi satu golongan yang telah terdahulu meninggal daripada Syi’ahnya dan satu golongan yang lain daripada musuh-musuhnya.”(36) 4.3 Al-Majlisi meriwayatkan daripada Jaafar as-Shadiq a.s. bahawa beliau berkata: “Orang yang mula-mula terbelah bumi kerananya dan bangkit ke dunia (sebelum qiamat) ialah Husain bin Ali dan raj’ah itu bukanlah umum tetapi ia suatu yang khusus. Tidak akan kembali (bangkit sebelum qiamat) kecuali mukmin sejati atau kafir sejati.” (37) Al-Majlisi meriwayatkan daripada Bukair bin A’yan katanya: “Orang yang aku tidak ragui (Jaafar as-Shadiq) telah menceritakan kepadaku bahawaRasulullah s.a.w dan Ali akan bangkit sebelum qiamat (raj’ah).” (38)
  • 11. Diriwayatkan daripada Jaafar as-Sadiq beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Tuhanku telah memperjalankan aku pada waktu malam dan mewahyukan kepadaku dari balik tabir apa yang diwahyukanNya dan telah bercakap denganku apa yang dicakapkanNya. Di antara percakapanNya denganku ialah: “Wahai Muhammad, Ali adalah orang yang paling akhir Aku mengambil nyawanya dari para Imam Dua Belas.” (39) Setelah mengemukakan beberapa banyak riwayat tentang raj’ah al-Majlisi berkata di dalam kitabnya Biharu al-Anwar: “Ketahuilah wahai saudaraku, aku yakin bahawa engkau tidak akan meragui lagi tentang raj’ah setelah aku menjelaskan kedudukannya yang telah diijmak oleh Syi’ah di setiap zaman dan kepercayaan tentangnya di kalangan mereka terlalu jelas dan umum bagaikan matahari di siang hari. Bagaimanakah seseorang mukmin akan meragui kebenaran para Imam mereka yang suci di dalam hadits-hadits mutawaatir yang telah diriwayatkan dari mereka lebih 200 orang dan telah diriwayatkan pula oleh lebih dari 40 orang tokoh-tokoh ulamak yang dipercayai di dalam lebih dari 50 karangan mereka masing-masing.” (40) 5. Penutup Demikianlah dengan serba ringkasnya kita bentangkan aqidah-aqidah Syi’ah dari kitab-kitab muktabar mereka. Semoga keterangan-keterangan yang diberikan memberi manfa’at kepada kita semua dan semoga Allah sentiasa membimbing kita dijalan yang lurus. Firman Allah, Bermaksud: “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau belokkan hati-hati kami setelahEngkau memberi petunjuk kepada kami dan kuiakanlah kepada kami rahmat darisisiMu. Sesungguhnya Engkau Tuhan Yang Maha Menguiakan.” (Surah Al-’Imran ayat 8) Nota: 1) Al-Bahrani– al-Burhan fi Tafsiri al-Quran – Muqaddimah Fasal 4, halaman 49 2) Al-Burujardi-‘Aqaaiduas-Syi’ah – halaman 27 3) An-Nuuriat-Thabarsi – Fashlu al-Khitaab – halaman 353 4) Al-Qummi– Tafsir al-Qummi – Muqaddimatu al-Kitab – j.1 halaman 5 5) An-Nuuriat-Thabarsi – Fashlu al-Khitaab – halaman 30 6) Al-Kulaini– al-Kafi – al-Hujjah Min al-Kafi – jilid 1 halaman 414 7) Al-Kulaini– al-Usul Min al-Kafi jilid 1 halaman 119 8) Ahmadbin Ali-at-Thabarsi – al-Ihtijaj halaman 119 9) Maitsamal-Bahrani – Syarah Nahju al-Balaghah jilid 11 halaman 1 10) At-Thabarsi– al-Ihtijaj halaman 76-77 11) Ni’matullahal-Jazaairi-al-Anwar an-Nu’maniah – jilid 2 halaman 357 12) Al-‘Ayasyi– Tafsir as-Shafi – Muqaddimah Keenam – hal 10 13) Al-Kulaini– Ar-Raudhah Min al-Kafi – jilid 8 halaman 14) Al-Kulaini– al-Usul Min al-Kafi – jilid 2 halaman 20 15) Al-Kulaini–Usul Kafi – jilid 2 halaman 18 16) Bashaairuad-Darajat – jilid 2 Bab 9 17) Al-Kulaini– al-Kafi – jilid 1 halaman 187 18) Al-Kulaini– al-Usul Min al-Kafi – jilid 1 halaman 180 19) Ibid– halaman 181 20) Ibid– hal 203
  • 12. 21) Ibid– halaman 441 22) Baqiral-Majlisi – Hayaatu al-Qulub – jilid 3 hal 10 23) Khomeini– al-Hukumah al-Islamiah – hal 52 24) Al-Kulaini– al-Usul Min al-Kafi – jilid 1 halaman 196 25) Ibid– halaman 196 - 197 26) Khomeini– al-Hukumah al-Islamiah –hal 26 27) At-Thabarsi– al-Ihtijaj’Ala Ahli al-Lajaj – halaman 230 28) Al-Majlisi– Haqqu al-Yaqin – hal 139 29) Ibid-halaman139 30) Al-Kulaini– ar-Raudhah Min al-Kafi – jilid 8 hal 245 At-Thusi – Rijal al-Kasyi – jilid 1 halaman 6 Al-Majlisi – Hayaatu al-Qulub – jilid 2 halaman 640 31) Al-Kulaini– ar-Raudhah Min al-Kafi – jilid 8 halaman 246 32) At-Thusi– Ikhtiar Ma’rifati ar-Rijal – jilid 3 halaman 205 – 206 33) Ibid—halaman206 – 207 34) Al-Majlisi– Hayaatu al-Qulub – jilid 2 halaman 870 35) SaikhMufid – Awaailu al-Maqaalat – halaman 52 36) Mohseinal-Amin – A’yaanu as-Syi’ah – jilid 1 halaman 132 37) Al-Majlisi– Biharu al-Anwar – jilid 13 halaman 210 Al-Kasyi – Tafsir as-Shaafi – jilid 1 halaman 959 38) Al-Majlisi– Biharu al-Anwar – jilid 13 hal 210 39) Ibidhalaman 217 40) Al-Majlisi– Biharu al-Anwar – jilid 13 halaman 225