SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
ISRAILIYYAT: PENGENALAN DAN KAEDAH
PENGECAMANNYA
Oleh: Doktor Ahmad Najib Bin Abdullah
Asas pembinaan dalam Islam ialah al-Quran dan as-Sunnah. Kedua-dua sumber terpenting ini mesti
diletakkan di hadapan dan dijadikan rujukan kerana al-Quran adalah dari Allah SWT, manakala as-
Sunnah Sohihah pula bersandarkan persabdaan nabi s.a.w. yang dibimbing wahyu Allah.
Kefahaman yang betul tentang al-Quran dapat diperolehi menerusi Manhaj Tafsir yang digariskan
ulamak berdasarkan ciri-ciri dan syarat-syarat yang ditentukan. Antaranya, meletakkan Tafsir Bil-
Ma’tsur (Tafsir berdasarkan hadis dan riwayat) sebagai asas Tafsir, disusuli dengan Tafsir Bil ra’yi
yang selari dengan kehendak syara’.
Penguasaan dalam bidang Usul Hadis dan pengajian hadis amat mustahak bagi memahami Tafsir
Bil-Ma’sur. Tanpa pengetahuan mendalam dalam bidang hadis amat sukar bagi seseorang itu
memahami Tafsir Bil-Ma’sur.
Israiliyyat adalah isu yang berkait rapat dengan Tafsir Bil Ma’sur kerana ia berkembang melalui
periwayatan. Kewujudannya di celah-celah tafsiran al-Quran boleh menimbulkan bahaya tanpa
disedari khususnya Israiliyyat yang bersifat merosakkan aqidah seseorang. Dalam banyak hal ia
boleh menghalang seseorang dari memahami dan menghayati al-Quran.
Isu Israiliyyat perlu ditangani menerusi pemahaman yang betul tentang zat Israiliyyat itu sendiri,
pembahagiannya serta cara atau pun kaedah bagi mengenal pasti atau mengenal Israiliyyat. Untuk
tujuan itu, kertas ini dikemukakan.
Pengenalan :
Pengenalan Israiliyyat sebagaimana yang dinyatakan oleh Doktor Muhammad Husin az-Zahabi
rahimahullah: “lafaz Israiliyyaat- pada zahir adalah lafaz yang jama’, lafaz mufradnya Israiliyyat. Ia
adalah kisah atau peristiwa yang dinukilkan dari sumber Israiliyyi dinisbahkan kepada Israiliyyat iaitu
Nabi Ya’qub bin Ishak bin Ibrahim. Kepadanyalah dinisbahkan bangsa Yahudi, lalu dikatakan “ Bani
Israil” (Az-zahabi , Doktor Muhammad Husin, al-Israiliyyaat dalam Tafsir dan Hadis, muka surat 19)
Menurut Doktor Zahabi ulamak tafsir dan hadis telah memperluaskan pengertian Israiliyyat daripada
hanya berkisar tentang cerita yang bersumberkan Yahudi kepada apa jua yang dianggap tidak
berasas samada ia berbentuk dongeng dahulu kala ( sebahagian ulamak melabelkannya ‫ّدلا‬‫خ‬‫لي‬ ) yang
boleh jadi asalnya adalah dari sumber Yahudi atau Nasrani atau sumber-sumber lain (Ibid., muka
surat 19-20). Oleh kerana kebanyakan cerita yang diterima bersumberkan sumber Yahudi, maka
lafaz Israiliyyat lebih sesuai digunakan.
Pengenalan atau definisi Israiliyyat yang dikemukakan oleh Doktor Zahabi amat penting kerana beliau
dikira tokoh utama yang membincangkan persoalan berkaitan Israiliyyaat. Sehigga hari ini, saya tidak
mendapati seseorang pun yang menulis atau membahaskan isu Israiliyyat melainkan ia terpaksa
merujuk kepada tulisan dan pandangan Doktor Zahabi ( lihat: Doktor Ahmad Najib bin Abdullah. Tesis
Ph.D muka surat 16-18.Universiti Islam Madinah)
Perkembangan ringkas Israiliyyat : (lihat, al-Israiliyyaat dalam Tafsir dan Hadis, muka surat 22-38)
Menurut sejarah, orang-orang Yahudi telah pun menetap bersama dengan orang-orang Arab sejak
zaman sebelum Islam. Mereka memiliki ilmu pengetahuan yang diambil dari ajaran Kitab Taurat dan
buku-buku ugama mereka yang lain. Orang-orang Arab sering kali bertanya orang-orang Yahudi
tentang perkara-perkara yang berhubung sejarah lama berkenaan tokoh, peristiwa dan cerita tertentu.
Sebahagian sahabat nabi seperti Abu Hurairah dan Ibnu ‘Abbas r.a ada bertanya ahli kitab Yahudi
yang memeluk Islam tentang beberapa perincian cerita terdahulu (Ibid, muka surat 66.‫ريسفتال‬
adapek dahret halada akerem naaynatrep ipatet (…71/1, ‫ة‬ ‫نهال‬ ‫ولي‬ ‫ة‬ ‫بخلل‬ ‫لي‬ ,ristaK unbI .07/1 ‫سرون‬ ‫ف‬ ‫م‬ ‫ولي‬
aspek-aspek tertentu, tidak termasuk persoalan akidah. Mereka melakukan demikian kerana mereka
faham keharusan yang diberikan nabi s.a.w. dalam meriwayatkan cerita Israiliyyat.
Di zaman tabi’in, proses periwayatan Israiliyyat menjadi lebih aktif disebabkan kecenderungan
masyarakat mendengar cerita-cerita yang agak luar biasa.
Apabila datangnya tabi’ tabi’iin periwayatan menjadi lebih serius dengan munculnya golongan
“‫اا‬ّ‫ص‬ّ‫”لي‬ (al-Qassas) iaitu penyampai cerita yang tidak bertanggungjawab.
Era pembukuan karya Islam kemudiannya menyaksikan bagaimana tafsir al-Quran termuat dicelah-
celah tajuk kitab-kitab hadis sebelum ia terpisah dan dapat menentukan kedudukannya sendiri.
Pada peringkat awalnya, tafsir al-Quran dipersembahkan dengan lengkap bersanad kemudiannya
sanad-sanad yang menghiasi matan-matan riwayat dibuang dengan tujuan untuk meringkaskan dan
meringankan saiz kitab-kitab tafsir yang penuh sarat dengan muatan rangkaian perawi itu.
Justeru terbuangnya sanad, maka riwayat-riwayat tafsir mula menempuh keadaan yang amat sukar
dan bermasalah di mana tidak dapat dipastikan lagi riwayat yang boleh diterima dan riwayat yang
tidak boleh diterima. Dari timbunan riwayat inilah terdapat Israiliyyaat yang akhirnya melengkapi
sebahagian besar tafsiran ayat-ayat al-Quran. Ini berlaku bukan sahaja kepada kitab-kitab Tafsir Bil
Ma’tsur bahkan menular kepada kitab-kitab Tafsir Birra’yi dengan kadar yang berbeza.
Pembahagian Israiliyyat
Apabila disebut Israiliyyat pada kebiasaanya ia merujuk kepada riwayat-riwayat Israiliyyat yang
bersifat negatif atau yang sukar diterima isinya.
Merujuk kepada pembahagian ulamak antaranya Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah ( Ibnu
Taimiyyah, Muqaddimah dalam Usul Tafsir, muka surat 100) Israiliyyat dapat dibahagikan kepada tiga
bahagian:
Pertama: Israiliyyat yang selari dengan apa yang ada di dalam sumber Islam, al-Quran dan as-
Sunnah as-Sohihah. Contohnya: riwayat yang menyebut rakan seperjalanan Nabi Musa a.s ialah
Khidir.
Kedua: Israiliyyat yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah as-Sohihah. Contohnya: cerita
malaikat Harut dan Marut yang terlibat dengan dosa besar; minum arak, berzina dan membunuh
Ketiga: Israiliyyat yang tidak dapat dipastikan statusnya (maskut anhu). Contohnya, riwayat-riwayat
yang menyebut bahagian anggota lembu yang diambil untuk memukul si mati dalam kisah bani Israil.
Hukum meriwayatkan Israiliyyat :
Terdapat dua pandangan ulamak dalam masalah ini.
Pandangan pertama: Tidak harus meriwayatkan Israiliyyat. Antara dalil mereka, hadis nabi s.a.w.
‫و‬ ‫اهلل‬ ‫ب‬ ‫نا‬ ‫م‬ ‫آ‬ ‫ول‬ ‫ي‬ ‫و‬ ‫وق‬ ,‫وهم‬ ‫كذب‬ ‫ت‬ ‫ال‬ ‫و‬ ‫ب‬ ‫تا‬ ‫ك‬ ‫لي‬ ‫أها‬ ‫ول‬ ‫ق‬ ‫صخ‬ ‫ت‬ ‫ناوال‬ ‫ل‬ ‫لي‬ ‫زا‬ ‫لن‬ ‫ما‬
Maksudnya: “Janganlah kamu mempercayai Ahli Kitab dan janganlah pula mendustai mereka,
katakanlah kami beriman kepada Allah dan kepada kitab yang diturunkan kepada kami…” (Al-
Bukhari, Sohih Bukhari, hadis nombar 4485)
Hadis ini melarang orang –orang Islam menaruh kepercayaan kepada cerita-cerita Ahli Kitab
berkenaan Kitab Taurat dan sebagainya (Az-Zahbi, al-Israiliyyat dalam Tafsir dan hadis, muka surat
55-56).
Pandangan kedua: Harus meriwayatkan Israiliyyat. Antara dalil mereka, hadis nabi s.a.w.:
.‫نار‬ ‫لي‬ ‫من‬ ‫عخه‬ّ ‫م‬ ‫بوأ‬ ‫ت‬ ‫ل‬ ‫ل‬ ‫ف‬ ‫عمخل‬‫ت‬ ‫م‬ ‫لى‬ ‫ع‬ ‫ذب‬ ‫ك‬ ‫ومن‬ ,‫حرج‬ ‫ال‬ ‫لا‬ ‫سرلئ‬ ‫ل‬ ‫نى‬ ‫ب‬ ‫عن‬ ‫ول‬ ‫وحخث‬ ,‫ة‬ ‫آل‬ ‫و‬ ‫وي‬ ‫نى‬ ‫ع‬ ‫غول‬‫ل‬ ‫ب‬
Maksudnya; “Sampaikanlah daripadaku sekalipun satu ayat, riwayatkanlah daripada Bani Israil, tiada
salahnya. Sesiapa melakukan pendustaan terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia
menyiapkan tempatnya dalam neraka” (Bukhari, Sohih al-Bukhari, Hadis Nombar 3461)
Kedua-dua pandangan ini mempunyai dalil dan hajat masing-masing tetapi setelah dibuat penelitian,
kedua-dua pandangan tersebut dapat disesuaikan mengikut pertimbangan berikut:
1. Al-Quran sendiri banyak menceritakan cerita-cerita Bani Israil dan cerita-cerita tentang umat
terdahulu. Ia juga mengisyaratkan keharusan merujuk kepada Ahli Kitab.
2. Nabi s.a.w pula ada menceritakan tentang cerita Bani Israil seperti A-Abros, Al-‘Ama, Al-Akro’ dan
cerita A-Ghor.
3. Hadis Nabi s.a.w yang mengharuskan periwayatan Israiliyyaat tidak bermaksud bahawa keharusan
itu adalah mutlak. Ia terikat kepada apa yang baik atau sesuatu cerita atau perkara yang tidak
dipastikan statusnya yang mana ia boleh dianggap benar atau dusta, tetapi tiada petunjuk yang
memperlihatkan dusta atau batilnya.
4. Riwayat-riwayat Israiliyyat yang jelas dustanya atau yang tidak boleh diterima akal yang waras,
maka tidak harus disebarkan melainkan dengan disebut kebatilannya.
Kaedah mengecam Israiliyyaat
Bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk mengatakan sesebuah riwayat itu Israiliyyaat atau
tidak. Ilmu yang amat mustahak yang tidak dapat tidak mesti dimiliki oleh mereka yang ingin
menguasai bidang ini ialah Ilmu Tafsir al-Quran, khususnya yang melibatkan kisah-kisah al-Quran,
Ilmu Mustholah Hadis, Ilmu Rijaal Hadis, di samping pengetahuan mendalam tentang hadis-hadis
yang sohih dan tidak sohih berkenaan kisah para Nabi dan kisah-kisah lampau.
Di sini saya cuba menyenaraikan beberapa kaedah atau cara yang boleh membantu bagi mengenal
atau mengecam Israiliyyaat. Kaedah ini diperolehi setelah penulis membuat kajian terperinci terhadap
ciri-ciri Israiliyyaat yang terdapat di dalam Tafsir At-tobari dengan mengambil kira pandangan ulamak
mu’tabar dalam membuat kritikan dalam riwayat-riwayat Israiliyyaat (lihat, Doktor Ahmad Najib Bin
Abdullah. Tesis Ph.D, muka surat 40-66, Universiti Islam Madinah)
Supaya lebih teratur, saya bahagikan cara ini kepada empat sudut , pertama, pengamatan kepada
sanad riwayat Israiliyyaat, kedua, pengamatan kepada matannya, ketiga, merujuk kepada pandangan
ulamak yang mu’tabar dalam bidang Israiliyyaat dan keempat, merujuk kepada sumber-sumber
Yahudi sendiri.
Pertama: Pengamatan sanad
1. Rijaal/perawi terkenal dengan meriwayatkan Israiliyyat seperti Abdullah Bin ‘Amar Bin al-‘Ash, Abu
Hurairah dan Abdullah Bin Salam dari kalangan sahabat. Dari kalangan tabi’in pula seperti Ka’ab Bin
al-Ahbar, Wahab Bin Munabbbih, as-Saiyyidul al-Kabir, Qatadah, al-Hasan al-Basri dan Mujahid
manakala dari kalangan golongan tabi’ tabi’in pula seperti Ibnu Ishaq, Ibnu Zaid dan Ibnu Juraih.
2. Terdapat kenyataan jelas dari perawi menyebut bahawa riwayat yang disampaikan adalah
bersumberkan sumber Israiliyyaat.
3. Sanad riwayat Israiliyyaat kebiasaannya bersifat terhenti “mauquf” kepada sahabat, bukan “marfu’”
kepada Nabi s.a.w.
Kedua: Pengamatan matan
1. Persoalan yang disentuh Israiliyyaat biasanya mengenai asal usul kejadian alam serta rahsianya
seperti asal usul kejadian langit dan bumi serta cerita “‫”توجال‬
2. Matan mengandungi kisah para Nabi dan kisah-kisah lampau.
3. Perincian kepada kesamaran (mubhamat) iaitu perkara yang tidak dijelaskan al-Quran seperti
menentukan jenis pokok larangan dalam syurga yang dilarang Allah kepada Nabi Adam dan isterinya
Hawa dan menentukan bahagian anggota lembu yang digunakan untuk memukul si mati dalam kisah
bani Israil.
4. Matan memperlihatkan “keterlampauan” ketara seperti cerita salah seorang anak Nabi Adam a.s
yang memikul saudaranya yang dibunuh selama seratus tahun, dibawanya ke sana ke mari sehingga
Allah menghantar burung gagak untuk mengajarnya cara menyimpan jenazah saudaranya itu.
5. Matan mengandungi perkara-perkara yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah as-
Sohihah seperti matan yang menyebut bahawa isteri Nabi Nuh a.s adalah daripada mereka yang
selamat dari azab banjir besar.
6. Matan mengandungi perkara-perkara yang menyalahi kesucian “`ashamah” para Nabi dan malaikat
seperti dalam cerita keinginan nabi Yusuf terhadap isteri pembesar Mesir yang sampai keperingkat
paling kritikal iaitu menangggalkan seluar serta kisah tentang malaikat Harut dan Marut.
7. Matan menyebut cerita-cerita khurafat dan karut seperti cerita gergasi “’Aaj bin ‘Unuq” dan puak
“jabbaarin”.
8. Matan menceritakan sesuatu yang pelik “gharib” seperti yang menyebut bahawa bilangan alam
sebanyak lapan belas ribu atau empat belas ribu.
9. Adanya percanggahan fakta pada matan seperti penentuan anggota lembu bani Israil di mana ada
yang mengatakan paha, lidah, ekor dan sebagainya.
10. Terdapat kenyataan di dalam matan menyebut bahawa ia diambil dari sumber Israiliyyaat samada
dari Ahli Kitab atau kitab Bani Israil.
11. Disebut pada matan lafaz-lafaz “tadh’if” atau tamridh yang menjelaskan bahawa ia dianggap
lemah.
Ketiga: Merujuk kepada ulamak
Ulamak yang banyak membicarakan isu Israiliyyaat seperti:
1. Ibnu Hazam dalam kitab al-Faslu Fil Milaali Wal Ahwa’i Wan Nihal.
2. At-Thobari dalam kitab Jami’ul Bayan Fi Ta’wili Aayil Quran dan Tarikhul Umami Wal Muluk.
3. Al-Qodhi ‘Iadh dalam Kitabus Syifaa’ Bita’rifi Huquqil Mustafa.
4. Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah dalam kitab An-Nubuwwah dan Al-Jawabus Sahihu Li Man
Baddala Diinul Masih.
5. Ibnul Qayyim dalam kitab Hidayatul Hiyari Fi Ajwibatil Yahudi Wan Nashora.
6. Al-Hafiz Ibnu Katsir dalan kitab tafsirnya dan juga Al-Bidayatu Wan Nihayah.
7. Rahimahullah Al-Hindi dalam Izharul Haq.
8. Jamaluddin al-Qosimi dalam Mahasinut Ta’wil.
9. Doktor Muhammad Husin az-Zahabi dalam Al-Israiliyyaat Fit Tafsir Wal Hadits dan Kitabut Tafsir
Wal Mufassirun.
10. Al-‘Allamah Abu Syahbah dalam Al-Israiliyyaat Wal Maudhu’at Fi Kutubit. Tafsir.
11. Syeikh Abdul Wahab an-Najjar dalam Qishoshul Anbiya’.
Keempat: Merujuk sumber-sumber Yahudi
Tujuan merujuk kepada sumber-sumber Yahudi tidak bermaksud kita mengiyakan atau
membenarkan apa yang termaktub dalam kitab-kitab mereka tetapi sekadar untuk melakukan
perbandingan dengan kitab-kitab warisan ulamak mu’tabar kita dalam soal-soal yang berkaitan
dengan Israiliyyaat. Sekiranya ia disebut dalam sumber-sumber berkenaan maka ia meyakinkan kita
bahawa ia memang satu riwayat Israiliyyaat.
Sumber-sumber Yahudi seperti berikut :
1. Kitab Taurat.
2. Talmud.
3. Kitab-kitab Yahudi yang lain.
Selain daripada sumber Yahudi terdapat juga sumber Nasrani yang termuat dalam Kitab Injil tetapi
Israiliyyaat di dalam sumber Nasrani amat sedikit berbanding sumber Yahudi sendiri.
Penutup :
Israiliyyaat merupakan cerita-cerita berkaitan rapat dengan warisan Yahudi. Ia tersebar melalui
berbagai peringkat dan suasana sehingga mampu bertapak di dalam karya warisan Islam, tafsir dan
hadis.
Kehadirannya perlu ditangani dengan sebaik mungkin melalui pengkelasan yang wajar berdasarkan
pembahagian ulamak terhadap Israiliyyaat.
Tiada jalan pilihan bagi kita melainkan kita menolak segala rupa bentuk Israiliyyaat yang menyalahi
pegangan kita sebagai orang Islam dan boleh menjahanamkan aqidah kita terhadap Allah,
malaikatnya serta para Rasulnya.
Israiliyyaat yang statusnya tidak jelas “maskut ‘anhu” hendaklah diriwayati dengan bijak walaupun ia
harus diriwayatkan namun kita diingatkan untuk tidak memberi perhatian kepada perkara yang tidak
memberi faedah, tidak mendekatkan diri kita memahami dan menghayati al-Quran, sebaliknya ia
hanya menghabiskan masa sahaja.
Pengamatan pelbagai dimensi penting bagi mengenal pasti riwayat Israiliyyaat. Penganalisis
Israiliyyaat perlu mempunyai daya kritik yang tinggi serta sifat berani demi memperjuangkan
kebenaran.
(Petikan dari majalah ‘Pengasuh’ Bilangan 592)

More Related Content

What's hot

PROSES REPRODUKSI WANITA DALAM PERSPEKTIF HADIS NABI
PROSES REPRODUKSI WANITA DALAM PERSPEKTIF HADIS NABIPROSES REPRODUKSI WANITA DALAM PERSPEKTIF HADIS NABI
PROSES REPRODUKSI WANITA DALAM PERSPEKTIF HADIS NABIEpisteme IAIN Tulungagung
 
Pengantar perbandingan mazhab
Pengantar perbandingan mazhabPengantar perbandingan mazhab
Pengantar perbandingan mazhabMarhamah Saleh
 
Sejarah, pola istinbath mazhab hanafi maliki
Sejarah, pola istinbath mazhab hanafi malikiSejarah, pola istinbath mazhab hanafi maliki
Sejarah, pola istinbath mazhab hanafi malikiMarhamah Saleh
 
Pengertian & ruang lingkup PSI
Pengertian & ruang lingkup PSIPengertian & ruang lingkup PSI
Pengertian & ruang lingkup PSIMarhamah Saleh
 
Pengenalan awalan kepada kajian hadis pt 1
Pengenalan awalan kepada kajian hadis  pt 1Pengenalan awalan kepada kajian hadis  pt 1
Pengenalan awalan kepada kajian hadis pt 1Amiruddin Ahmad
 
Kritik Sanad dan Matan Hadits
Kritik Sanad dan Matan HaditsKritik Sanad dan Matan Hadits
Kritik Sanad dan Matan HaditsFakhri Cool
 
69011339 makalah-mu-tazilah
69011339 makalah-mu-tazilah69011339 makalah-mu-tazilah
69011339 makalah-mu-tazilahAgus Setiawan
 
Aliran teologi islam mu'tazilah
Aliran teologi islam mu'tazilahAliran teologi islam mu'tazilah
Aliran teologi islam mu'tazilahAbdul Fauzan
 
Mu'tazilah - Aliran dalam Ilmu Kalam
Mu'tazilah - Aliran dalam Ilmu KalamMu'tazilah - Aliran dalam Ilmu Kalam
Mu'tazilah - Aliran dalam Ilmu Kalamade orreo
 
14. kritik sanad matn dalam ilmu hadits
14. kritik sanad matn dalam ilmu hadits14. kritik sanad matn dalam ilmu hadits
14. kritik sanad matn dalam ilmu haditsFakhri Cool
 

What's hot (20)

PROSES REPRODUKSI WANITA DALAM PERSPEKTIF HADIS NABI
PROSES REPRODUKSI WANITA DALAM PERSPEKTIF HADIS NABIPROSES REPRODUKSI WANITA DALAM PERSPEKTIF HADIS NABI
PROSES REPRODUKSI WANITA DALAM PERSPEKTIF HADIS NABI
 
Pengantar perbandingan mazhab
Pengantar perbandingan mazhabPengantar perbandingan mazhab
Pengantar perbandingan mazhab
 
Sejarah, pola istinbath mazhab hanafi maliki
Sejarah, pola istinbath mazhab hanafi malikiSejarah, pola istinbath mazhab hanafi maliki
Sejarah, pola istinbath mazhab hanafi maliki
 
Asbabul wurud-ulumul hadits
Asbabul wurud-ulumul haditsAsbabul wurud-ulumul hadits
Asbabul wurud-ulumul hadits
 
Alquran sumber utama
Alquran sumber utamaAlquran sumber utama
Alquran sumber utama
 
Pengertian & ruang lingkup PSI
Pengertian & ruang lingkup PSIPengertian & ruang lingkup PSI
Pengertian & ruang lingkup PSI
 
Ulumul hadits
Ulumul haditsUlumul hadits
Ulumul hadits
 
Tuhan itu tidak di langit
Tuhan itu tidak di langitTuhan itu tidak di langit
Tuhan itu tidak di langit
 
Pengenalan awalan kepada kajian hadis pt 1
Pengenalan awalan kepada kajian hadis  pt 1Pengenalan awalan kepada kajian hadis  pt 1
Pengenalan awalan kepada kajian hadis pt 1
 
Mahamai kitab tafsir
Mahamai kitab tafsirMahamai kitab tafsir
Mahamai kitab tafsir
 
Mazhab fiqh
Mazhab fiqhMazhab fiqh
Mazhab fiqh
 
Aliran asy'ariah
Aliran asy'ariahAliran asy'ariah
Aliran asy'ariah
 
Kritik hadits (2)
Kritik hadits (2)Kritik hadits (2)
Kritik hadits (2)
 
Asy’ariyah
Asy’ariyahAsy’ariyah
Asy’ariyah
 
Kritik Sanad dan Matan Hadits
Kritik Sanad dan Matan HaditsKritik Sanad dan Matan Hadits
Kritik Sanad dan Matan Hadits
 
69011339 makalah-mu-tazilah
69011339 makalah-mu-tazilah69011339 makalah-mu-tazilah
69011339 makalah-mu-tazilah
 
Aliran teologi islam mu'tazilah
Aliran teologi islam mu'tazilahAliran teologi islam mu'tazilah
Aliran teologi islam mu'tazilah
 
Mu'tazilah - Aliran dalam Ilmu Kalam
Mu'tazilah - Aliran dalam Ilmu KalamMu'tazilah - Aliran dalam Ilmu Kalam
Mu'tazilah - Aliran dalam Ilmu Kalam
 
14. kritik sanad matn dalam ilmu hadits
14. kritik sanad matn dalam ilmu hadits14. kritik sanad matn dalam ilmu hadits
14. kritik sanad matn dalam ilmu hadits
 
Aliran Asy'ariah
Aliran Asy'ariahAliran Asy'ariah
Aliran Asy'ariah
 

Viewers also liked

Portfolio vassily stavropoulos 2015 (A5 page)
Portfolio vassily stavropoulos 2015 (A5 page)Portfolio vassily stavropoulos 2015 (A5 page)
Portfolio vassily stavropoulos 2015 (A5 page)Vassilios Stavropoulos
 
3 Dプリンタでロボットを作ろう_プレンプロジェクト
3 Dプリンタでロボットを作ろう_プレンプロジェクト3 Dプリンタでロボットを作ろう_プレンプロジェクト
3 Dプリンタでロボットを作ろう_プレンプロジェクトNatsuo Akazawa
 
Tournament Opportunities at Gustin Golf Course
Tournament Opportunities at Gustin Golf CourseTournament Opportunities at Gustin Golf Course
Tournament Opportunities at Gustin Golf CourseKevin Waida
 
Крылатые слова и выражения
Крылатые слова и выраженияКрылатые слова и выражения
Крылатые слова и выраженияинна ветрова
 
Penilaian capaian sasaran kerja pns.docx 2
Penilaian capaian sasaran kerja pns.docx 2Penilaian capaian sasaran kerja pns.docx 2
Penilaian capaian sasaran kerja pns.docx 2Septian Muna Barakati
 
Płaszczyzna wielowymiarowa.
Płaszczyzna wielowymiarowa.Płaszczyzna wielowymiarowa.
Płaszczyzna wielowymiarowa.kwantologia2
 
Công ty tổ chức sự kiện chuyên nghiệp tại Tp.HCM
Công ty tổ chức sự kiện chuyên nghiệp tại Tp.HCMCông ty tổ chức sự kiện chuyên nghiệp tại Tp.HCM
Công ty tổ chức sự kiện chuyên nghiệp tại Tp.HCMHoàng Tuấn
 
Plegable biología molecular
Plegable biología molecularPlegable biología molecular
Plegable biología molecularCarlosD96
 
RUN THE RACE #4 - PTR JOVEN SORO - 630PM EVENING SERVICE
RUN THE RACE #4 - PTR JOVEN SORO -  630PM EVENING SERVICERUN THE RACE #4 - PTR JOVEN SORO -  630PM EVENING SERVICE
RUN THE RACE #4 - PTR JOVEN SORO - 630PM EVENING SERVICEFaithworks Christian Church
 
Management lesson from_mahabharata
Management lesson from_mahabharataManagement lesson from_mahabharata
Management lesson from_mahabharataJanardan Mishra
 

Viewers also liked (19)

Portfolio vassily stavropoulos 2015 (A5 page)
Portfolio vassily stavropoulos 2015 (A5 page)Portfolio vassily stavropoulos 2015 (A5 page)
Portfolio vassily stavropoulos 2015 (A5 page)
 
Dusza-i-ciało.
Dusza-i-ciało.Dusza-i-ciało.
Dusza-i-ciało.
 
3 Dプリンタでロボットを作ろう_プレンプロジェクト
3 Dプリンタでロボットを作ろう_プレンプロジェクト3 Dプリンタでロボットを作ろう_プレンプロジェクト
3 Dプリンタでロボットを作ろう_プレンプロジェクト
 
NIC, fundament.
NIC, fundament.NIC, fundament.
NIC, fundament.
 
KHANDKER_ZABID_BILLAH_RANA_CV
KHANDKER_ZABID_BILLAH_RANA_CVKHANDKER_ZABID_BILLAH_RANA_CV
KHANDKER_ZABID_BILLAH_RANA_CV
 
Presentations Tips
Presentations TipsPresentations Tips
Presentations Tips
 
Perintah untuk haji
Perintah untuk hajiPerintah untuk haji
Perintah untuk haji
 
Tournament Opportunities at Gustin Golf Course
Tournament Opportunities at Gustin Golf CourseTournament Opportunities at Gustin Golf Course
Tournament Opportunities at Gustin Golf Course
 
Крылатые слова и выражения
Крылатые слова и выраженияКрылатые слова и выражения
Крылатые слова и выражения
 
Cherelyn sagario
Cherelyn sagarioCherelyn sagario
Cherelyn sagario
 
Tipim_diabetics
Tipim_diabeticsTipim_diabetics
Tipim_diabetics
 
Penilaian capaian sasaran kerja pns.docx 2
Penilaian capaian sasaran kerja pns.docx 2Penilaian capaian sasaran kerja pns.docx 2
Penilaian capaian sasaran kerja pns.docx 2
 
Płaszczyzna wielowymiarowa.
Płaszczyzna wielowymiarowa.Płaszczyzna wielowymiarowa.
Płaszczyzna wielowymiarowa.
 
How to support ayurjeevanam
How to support ayurjeevanamHow to support ayurjeevanam
How to support ayurjeevanam
 
Công ty tổ chức sự kiện chuyên nghiệp tại Tp.HCM
Công ty tổ chức sự kiện chuyên nghiệp tại Tp.HCMCông ty tổ chức sự kiện chuyên nghiệp tại Tp.HCM
Công ty tổ chức sự kiện chuyên nghiệp tại Tp.HCM
 
Plegable biología molecular
Plegable biología molecularPlegable biología molecular
Plegable biología molecular
 
RUN THE RACE #4 - PTR JOVEN SORO - 630PM EVENING SERVICE
RUN THE RACE #4 - PTR JOVEN SORO -  630PM EVENING SERVICERUN THE RACE #4 - PTR JOVEN SORO -  630PM EVENING SERVICE
RUN THE RACE #4 - PTR JOVEN SORO - 630PM EVENING SERVICE
 
Niepodzielny.
Niepodzielny.Niepodzielny.
Niepodzielny.
 
Management lesson from_mahabharata
Management lesson from_mahabharataManagement lesson from_mahabharata
Management lesson from_mahabharata
 

Similar to ISRAILIYYAT PENGENALAN

Makalah ulumul qur'an
Makalah ulumul qur'anMakalah ulumul qur'an
Makalah ulumul qur'anechan_vega
 
PPT Ulumul hadis : Aspek Ontologi, Epistemologi, dan Aksiologi
PPT Ulumul hadis : Aspek Ontologi, Epistemologi, dan AksiologiPPT Ulumul hadis : Aspek Ontologi, Epistemologi, dan Aksiologi
PPT Ulumul hadis : Aspek Ontologi, Epistemologi, dan AksiologiFahmiFahrezi9
 
Pengertian ilmu-kalam
Pengertian ilmu-kalamPengertian ilmu-kalam
Pengertian ilmu-kalamKhairul Iksan
 
Ilmu musthalah hadits gratis
Ilmu musthalah hadits gratisIlmu musthalah hadits gratis
Ilmu musthalah hadits gratisQomaruz Zaman
 
Rijal al hadits makalah - Ulumul Hadits
Rijal al hadits makalah - Ulumul HaditsRijal al hadits makalah - Ulumul Hadits
Rijal al hadits makalah - Ulumul Haditsade orreo
 
Apakah yang telah diseludup oleh syi
Apakah yang telah diseludup oleh syiApakah yang telah diseludup oleh syi
Apakah yang telah diseludup oleh syiR&R Darulkautsar
 
Pengertian ilmu-kalam
Pengertian ilmu-kalamPengertian ilmu-kalam
Pengertian ilmu-kalamiwan Alit
 
apakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahapakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahR&R Darulkautsar
 
sejarah dan perkembangan ilmu tauhid
sejarah dan perkembangan ilmu tauhidsejarah dan perkembangan ilmu tauhid
sejarah dan perkembangan ilmu tauhidRoisMansur
 
- di antara aqidah syi'ah yang bercanngah dengan islam
 - di antara aqidah syi'ah yang bercanngah dengan islam - di antara aqidah syi'ah yang bercanngah dengan islam
- di antara aqidah syi'ah yang bercanngah dengan islamR&R Darulkautsar
 
Pandangan secara umum berkaitan kitab agama
Pandangan secara umum berkaitan kitab agamaPandangan secara umum berkaitan kitab agama
Pandangan secara umum berkaitan kitab agamaSitiSalmiah Suni
 
Ilmu Kalam & Pemikiran Islam
Ilmu Kalam & Pemikiran IslamIlmu Kalam & Pemikiran Islam
Ilmu Kalam & Pemikiran Islamdr2200s
 
FENOMENA INKAR SUNNAH
FENOMENA INKAR SUNNAHFENOMENA INKAR SUNNAH
FENOMENA INKAR SUNNAHIdrus Abidin
 
Pengertian tafsir
Pengertian tafsirPengertian tafsir
Pengertian tafsir4n9ry_61rd5
 
Kado untuk Nadirsyah Hosen - Meluruskan Nalar Soal Khilafah
Kado untuk Nadirsyah Hosen - Meluruskan Nalar Soal KhilafahKado untuk Nadirsyah Hosen - Meluruskan Nalar Soal Khilafah
Kado untuk Nadirsyah Hosen - Meluruskan Nalar Soal KhilafahAnas Wibowo
 
! Ulama pewaris para nabi www.islamterbuktibenar.net
! Ulama pewaris para nabi   www.islamterbuktibenar.net! Ulama pewaris para nabi   www.islamterbuktibenar.net
! Ulama pewaris para nabi www.islamterbuktibenar.netNano Nani
 

Similar to ISRAILIYYAT PENGENALAN (20)

Makalah ulumul qur'an
Makalah ulumul qur'anMakalah ulumul qur'an
Makalah ulumul qur'an
 
ISRAILIYAT.pptx
ISRAILIYAT.pptxISRAILIYAT.pptx
ISRAILIYAT.pptx
 
PPT Ulumul hadis : Aspek Ontologi, Epistemologi, dan Aksiologi
PPT Ulumul hadis : Aspek Ontologi, Epistemologi, dan AksiologiPPT Ulumul hadis : Aspek Ontologi, Epistemologi, dan Aksiologi
PPT Ulumul hadis : Aspek Ontologi, Epistemologi, dan Aksiologi
 
Pengertian ilmu-kalam
Pengertian ilmu-kalamPengertian ilmu-kalam
Pengertian ilmu-kalam
 
Ilmu musthalah hadits gratis
Ilmu musthalah hadits gratisIlmu musthalah hadits gratis
Ilmu musthalah hadits gratis
 
Rijal al hadits makalah - Ulumul Hadits
Rijal al hadits makalah - Ulumul HaditsRijal al hadits makalah - Ulumul Hadits
Rijal al hadits makalah - Ulumul Hadits
 
Apakah yang telah diseludup oleh syi
Apakah yang telah diseludup oleh syiApakah yang telah diseludup oleh syi
Apakah yang telah diseludup oleh syi
 
Pengertian ilmu-kalam
Pengertian ilmu-kalamPengertian ilmu-kalam
Pengertian ilmu-kalam
 
apakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahapakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiah
 
Kelompok 4 -- ulumul hadits
Kelompok 4  -- ulumul haditsKelompok 4  -- ulumul hadits
Kelompok 4 -- ulumul hadits
 
sejarah dan perkembangan ilmu tauhid
sejarah dan perkembangan ilmu tauhidsejarah dan perkembangan ilmu tauhid
sejarah dan perkembangan ilmu tauhid
 
- di antara aqidah syi'ah yang bercanngah dengan islam
 - di antara aqidah syi'ah yang bercanngah dengan islam - di antara aqidah syi'ah yang bercanngah dengan islam
- di antara aqidah syi'ah yang bercanngah dengan islam
 
TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK OLEH SYARIF HIDAYAT LASE. SM IV MD-E. FDK UINSU 2019/2020
TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK OLEH SYARIF HIDAYAT LASE. SM IV MD-E. FDK UINSU 2019/2020TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK OLEH SYARIF HIDAYAT LASE. SM IV MD-E. FDK UINSU 2019/2020
TUGAS-1 TAFSIR TEMATIK OLEH SYARIF HIDAYAT LASE. SM IV MD-E. FDK UINSU 2019/2020
 
Pandangan secara umum berkaitan kitab agama
Pandangan secara umum berkaitan kitab agamaPandangan secara umum berkaitan kitab agama
Pandangan secara umum berkaitan kitab agama
 
Ilmu Kalam & Pemikiran Islam
Ilmu Kalam & Pemikiran IslamIlmu Kalam & Pemikiran Islam
Ilmu Kalam & Pemikiran Islam
 
FENOMENA INKAR SUNNAH
FENOMENA INKAR SUNNAHFENOMENA INKAR SUNNAH
FENOMENA INKAR SUNNAH
 
Pengertian tafsir
Pengertian tafsirPengertian tafsir
Pengertian tafsir
 
Kado untuk Nadirsyah Hosen - Meluruskan Nalar Soal Khilafah
Kado untuk Nadirsyah Hosen - Meluruskan Nalar Soal KhilafahKado untuk Nadirsyah Hosen - Meluruskan Nalar Soal Khilafah
Kado untuk Nadirsyah Hosen - Meluruskan Nalar Soal Khilafah
 
Hadits Maudhu'
Hadits Maudhu'Hadits Maudhu'
Hadits Maudhu'
 
! Ulama pewaris para nabi www.islamterbuktibenar.net
! Ulama pewaris para nabi   www.islamterbuktibenar.net! Ulama pewaris para nabi   www.islamterbuktibenar.net
! Ulama pewaris para nabi www.islamterbuktibenar.net
 

More from R&R Darulkautsar

bahaya dan akibat buruk zina
 bahaya dan akibat buruk zina bahaya dan akibat buruk zina
bahaya dan akibat buruk zinaR&R Darulkautsar
 
sebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatsebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatR&R Darulkautsar
 
youth with and without belief
 youth with and without belief youth with and without belief
youth with and without beliefR&R Darulkautsar
 
the evil of craving for wealth and status
 the evil of craving for wealth and status the evil of craving for wealth and status
the evil of craving for wealth and statusR&R Darulkautsar
 
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanbilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanR&R Darulkautsar
 
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahatR&R Darulkautsar
 
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoffR&R Darulkautsar
 
komentar buku-buku sejarah islam
 komentar buku-buku sejarah islam komentar buku-buku sejarah islam
komentar buku-buku sejarah islamR&R Darulkautsar
 
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkanR&R Darulkautsar
 
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqsepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqR&R Darulkautsar
 
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi inisejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi iniR&R Darulkautsar
 
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawiR&R Darulkautsar
 
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubankekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubanR&R Darulkautsar
 
perempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
perempuan tidak berasal daripada tulang rusukperempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
perempuan tidak berasal daripada tulang rusukR&R Darulkautsar
 

More from R&R Darulkautsar (20)

sayyidina mu’awiyah
 sayyidina mu’awiyah sayyidina mu’awiyah
sayyidina mu’awiyah
 
bukti-bukti ikhlas
 bukti-bukti ikhlas bukti-bukti ikhlas
bukti-bukti ikhlas
 
jiwa yang tenteram
 jiwa yang tenteram jiwa yang tenteram
jiwa yang tenteram
 
bahaya dan akibat buruk zina
 bahaya dan akibat buruk zina bahaya dan akibat buruk zina
bahaya dan akibat buruk zina
 
sebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatsebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umat
 
the fruits of oppression
the fruits of oppressionthe fruits of oppression
the fruits of oppression
 
youth with and without belief
 youth with and without belief youth with and without belief
youth with and without belief
 
the evil of craving for wealth and status
 the evil of craving for wealth and status the evil of craving for wealth and status
the evil of craving for wealth and status
 
dunia itu fatamorgana
 dunia itu fatamorgana dunia itu fatamorgana
dunia itu fatamorgana
 
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanbilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
 
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 
bidaah dan syirik
  bidaah dan syirik  bidaah dan syirik
bidaah dan syirik
 
komentar buku-buku sejarah islam
 komentar buku-buku sejarah islam komentar buku-buku sejarah islam
komentar buku-buku sejarah islam
 
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqsepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
 
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi inisejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
 
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubankekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
 
perempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
perempuan tidak berasal daripada tulang rusukperempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
perempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
 

Recently uploaded

Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfIndri117648
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 

Recently uploaded (20)

Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 

ISRAILIYYAT PENGENALAN

  • 1. ISRAILIYYAT: PENGENALAN DAN KAEDAH PENGECAMANNYA Oleh: Doktor Ahmad Najib Bin Abdullah Asas pembinaan dalam Islam ialah al-Quran dan as-Sunnah. Kedua-dua sumber terpenting ini mesti diletakkan di hadapan dan dijadikan rujukan kerana al-Quran adalah dari Allah SWT, manakala as- Sunnah Sohihah pula bersandarkan persabdaan nabi s.a.w. yang dibimbing wahyu Allah. Kefahaman yang betul tentang al-Quran dapat diperolehi menerusi Manhaj Tafsir yang digariskan ulamak berdasarkan ciri-ciri dan syarat-syarat yang ditentukan. Antaranya, meletakkan Tafsir Bil- Ma’tsur (Tafsir berdasarkan hadis dan riwayat) sebagai asas Tafsir, disusuli dengan Tafsir Bil ra’yi yang selari dengan kehendak syara’. Penguasaan dalam bidang Usul Hadis dan pengajian hadis amat mustahak bagi memahami Tafsir Bil-Ma’sur. Tanpa pengetahuan mendalam dalam bidang hadis amat sukar bagi seseorang itu memahami Tafsir Bil-Ma’sur. Israiliyyat adalah isu yang berkait rapat dengan Tafsir Bil Ma’sur kerana ia berkembang melalui periwayatan. Kewujudannya di celah-celah tafsiran al-Quran boleh menimbulkan bahaya tanpa disedari khususnya Israiliyyat yang bersifat merosakkan aqidah seseorang. Dalam banyak hal ia boleh menghalang seseorang dari memahami dan menghayati al-Quran. Isu Israiliyyat perlu ditangani menerusi pemahaman yang betul tentang zat Israiliyyat itu sendiri, pembahagiannya serta cara atau pun kaedah bagi mengenal pasti atau mengenal Israiliyyat. Untuk tujuan itu, kertas ini dikemukakan. Pengenalan : Pengenalan Israiliyyat sebagaimana yang dinyatakan oleh Doktor Muhammad Husin az-Zahabi rahimahullah: “lafaz Israiliyyaat- pada zahir adalah lafaz yang jama’, lafaz mufradnya Israiliyyat. Ia adalah kisah atau peristiwa yang dinukilkan dari sumber Israiliyyi dinisbahkan kepada Israiliyyat iaitu Nabi Ya’qub bin Ishak bin Ibrahim. Kepadanyalah dinisbahkan bangsa Yahudi, lalu dikatakan “ Bani Israil” (Az-zahabi , Doktor Muhammad Husin, al-Israiliyyaat dalam Tafsir dan Hadis, muka surat 19) Menurut Doktor Zahabi ulamak tafsir dan hadis telah memperluaskan pengertian Israiliyyat daripada hanya berkisar tentang cerita yang bersumberkan Yahudi kepada apa jua yang dianggap tidak berasas samada ia berbentuk dongeng dahulu kala ( sebahagian ulamak melabelkannya ‫ّدلا‬‫خ‬‫لي‬ ) yang boleh jadi asalnya adalah dari sumber Yahudi atau Nasrani atau sumber-sumber lain (Ibid., muka surat 19-20). Oleh kerana kebanyakan cerita yang diterima bersumberkan sumber Yahudi, maka lafaz Israiliyyat lebih sesuai digunakan.
  • 2. Pengenalan atau definisi Israiliyyat yang dikemukakan oleh Doktor Zahabi amat penting kerana beliau dikira tokoh utama yang membincangkan persoalan berkaitan Israiliyyaat. Sehigga hari ini, saya tidak mendapati seseorang pun yang menulis atau membahaskan isu Israiliyyat melainkan ia terpaksa merujuk kepada tulisan dan pandangan Doktor Zahabi ( lihat: Doktor Ahmad Najib bin Abdullah. Tesis Ph.D muka surat 16-18.Universiti Islam Madinah) Perkembangan ringkas Israiliyyat : (lihat, al-Israiliyyaat dalam Tafsir dan Hadis, muka surat 22-38) Menurut sejarah, orang-orang Yahudi telah pun menetap bersama dengan orang-orang Arab sejak zaman sebelum Islam. Mereka memiliki ilmu pengetahuan yang diambil dari ajaran Kitab Taurat dan buku-buku ugama mereka yang lain. Orang-orang Arab sering kali bertanya orang-orang Yahudi tentang perkara-perkara yang berhubung sejarah lama berkenaan tokoh, peristiwa dan cerita tertentu. Sebahagian sahabat nabi seperti Abu Hurairah dan Ibnu ‘Abbas r.a ada bertanya ahli kitab Yahudi yang memeluk Islam tentang beberapa perincian cerita terdahulu (Ibid, muka surat 66.‫ريسفتال‬ adapek dahret halada akerem naaynatrep ipatet (…71/1, ‫ة‬ ‫نهال‬ ‫ولي‬ ‫ة‬ ‫بخلل‬ ‫لي‬ ,ristaK unbI .07/1 ‫سرون‬ ‫ف‬ ‫م‬ ‫ولي‬ aspek-aspek tertentu, tidak termasuk persoalan akidah. Mereka melakukan demikian kerana mereka faham keharusan yang diberikan nabi s.a.w. dalam meriwayatkan cerita Israiliyyat. Di zaman tabi’in, proses periwayatan Israiliyyat menjadi lebih aktif disebabkan kecenderungan masyarakat mendengar cerita-cerita yang agak luar biasa. Apabila datangnya tabi’ tabi’iin periwayatan menjadi lebih serius dengan munculnya golongan “‫اا‬ّ‫ص‬ّ‫”لي‬ (al-Qassas) iaitu penyampai cerita yang tidak bertanggungjawab. Era pembukuan karya Islam kemudiannya menyaksikan bagaimana tafsir al-Quran termuat dicelah- celah tajuk kitab-kitab hadis sebelum ia terpisah dan dapat menentukan kedudukannya sendiri. Pada peringkat awalnya, tafsir al-Quran dipersembahkan dengan lengkap bersanad kemudiannya sanad-sanad yang menghiasi matan-matan riwayat dibuang dengan tujuan untuk meringkaskan dan meringankan saiz kitab-kitab tafsir yang penuh sarat dengan muatan rangkaian perawi itu. Justeru terbuangnya sanad, maka riwayat-riwayat tafsir mula menempuh keadaan yang amat sukar dan bermasalah di mana tidak dapat dipastikan lagi riwayat yang boleh diterima dan riwayat yang tidak boleh diterima. Dari timbunan riwayat inilah terdapat Israiliyyaat yang akhirnya melengkapi sebahagian besar tafsiran ayat-ayat al-Quran. Ini berlaku bukan sahaja kepada kitab-kitab Tafsir Bil Ma’tsur bahkan menular kepada kitab-kitab Tafsir Birra’yi dengan kadar yang berbeza. Pembahagian Israiliyyat Apabila disebut Israiliyyat pada kebiasaanya ia merujuk kepada riwayat-riwayat Israiliyyat yang bersifat negatif atau yang sukar diterima isinya.
  • 3. Merujuk kepada pembahagian ulamak antaranya Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah ( Ibnu Taimiyyah, Muqaddimah dalam Usul Tafsir, muka surat 100) Israiliyyat dapat dibahagikan kepada tiga bahagian: Pertama: Israiliyyat yang selari dengan apa yang ada di dalam sumber Islam, al-Quran dan as- Sunnah as-Sohihah. Contohnya: riwayat yang menyebut rakan seperjalanan Nabi Musa a.s ialah Khidir. Kedua: Israiliyyat yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah as-Sohihah. Contohnya: cerita malaikat Harut dan Marut yang terlibat dengan dosa besar; minum arak, berzina dan membunuh Ketiga: Israiliyyat yang tidak dapat dipastikan statusnya (maskut anhu). Contohnya, riwayat-riwayat yang menyebut bahagian anggota lembu yang diambil untuk memukul si mati dalam kisah bani Israil. Hukum meriwayatkan Israiliyyat : Terdapat dua pandangan ulamak dalam masalah ini. Pandangan pertama: Tidak harus meriwayatkan Israiliyyat. Antara dalil mereka, hadis nabi s.a.w. ‫و‬ ‫اهلل‬ ‫ب‬ ‫نا‬ ‫م‬ ‫آ‬ ‫ول‬ ‫ي‬ ‫و‬ ‫وق‬ ,‫وهم‬ ‫كذب‬ ‫ت‬ ‫ال‬ ‫و‬ ‫ب‬ ‫تا‬ ‫ك‬ ‫لي‬ ‫أها‬ ‫ول‬ ‫ق‬ ‫صخ‬ ‫ت‬ ‫ناوال‬ ‫ل‬ ‫لي‬ ‫زا‬ ‫لن‬ ‫ما‬ Maksudnya: “Janganlah kamu mempercayai Ahli Kitab dan janganlah pula mendustai mereka, katakanlah kami beriman kepada Allah dan kepada kitab yang diturunkan kepada kami…” (Al- Bukhari, Sohih Bukhari, hadis nombar 4485) Hadis ini melarang orang –orang Islam menaruh kepercayaan kepada cerita-cerita Ahli Kitab berkenaan Kitab Taurat dan sebagainya (Az-Zahbi, al-Israiliyyat dalam Tafsir dan hadis, muka surat 55-56). Pandangan kedua: Harus meriwayatkan Israiliyyat. Antara dalil mereka, hadis nabi s.a.w.: .‫نار‬ ‫لي‬ ‫من‬ ‫عخه‬ّ ‫م‬ ‫بوأ‬ ‫ت‬ ‫ل‬ ‫ل‬ ‫ف‬ ‫عمخل‬‫ت‬ ‫م‬ ‫لى‬ ‫ع‬ ‫ذب‬ ‫ك‬ ‫ومن‬ ,‫حرج‬ ‫ال‬ ‫لا‬ ‫سرلئ‬ ‫ل‬ ‫نى‬ ‫ب‬ ‫عن‬ ‫ول‬ ‫وحخث‬ ,‫ة‬ ‫آل‬ ‫و‬ ‫وي‬ ‫نى‬ ‫ع‬ ‫غول‬‫ل‬ ‫ب‬ Maksudnya; “Sampaikanlah daripadaku sekalipun satu ayat, riwayatkanlah daripada Bani Israil, tiada salahnya. Sesiapa melakukan pendustaan terhadapku dengan sengaja, maka hendaklah ia menyiapkan tempatnya dalam neraka” (Bukhari, Sohih al-Bukhari, Hadis Nombar 3461) Kedua-dua pandangan ini mempunyai dalil dan hajat masing-masing tetapi setelah dibuat penelitian, kedua-dua pandangan tersebut dapat disesuaikan mengikut pertimbangan berikut: 1. Al-Quran sendiri banyak menceritakan cerita-cerita Bani Israil dan cerita-cerita tentang umat terdahulu. Ia juga mengisyaratkan keharusan merujuk kepada Ahli Kitab.
  • 4. 2. Nabi s.a.w pula ada menceritakan tentang cerita Bani Israil seperti A-Abros, Al-‘Ama, Al-Akro’ dan cerita A-Ghor. 3. Hadis Nabi s.a.w yang mengharuskan periwayatan Israiliyyaat tidak bermaksud bahawa keharusan itu adalah mutlak. Ia terikat kepada apa yang baik atau sesuatu cerita atau perkara yang tidak dipastikan statusnya yang mana ia boleh dianggap benar atau dusta, tetapi tiada petunjuk yang memperlihatkan dusta atau batilnya. 4. Riwayat-riwayat Israiliyyat yang jelas dustanya atau yang tidak boleh diterima akal yang waras, maka tidak harus disebarkan melainkan dengan disebut kebatilannya. Kaedah mengecam Israiliyyaat Bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk mengatakan sesebuah riwayat itu Israiliyyaat atau tidak. Ilmu yang amat mustahak yang tidak dapat tidak mesti dimiliki oleh mereka yang ingin menguasai bidang ini ialah Ilmu Tafsir al-Quran, khususnya yang melibatkan kisah-kisah al-Quran, Ilmu Mustholah Hadis, Ilmu Rijaal Hadis, di samping pengetahuan mendalam tentang hadis-hadis yang sohih dan tidak sohih berkenaan kisah para Nabi dan kisah-kisah lampau. Di sini saya cuba menyenaraikan beberapa kaedah atau cara yang boleh membantu bagi mengenal atau mengecam Israiliyyaat. Kaedah ini diperolehi setelah penulis membuat kajian terperinci terhadap ciri-ciri Israiliyyaat yang terdapat di dalam Tafsir At-tobari dengan mengambil kira pandangan ulamak mu’tabar dalam membuat kritikan dalam riwayat-riwayat Israiliyyaat (lihat, Doktor Ahmad Najib Bin Abdullah. Tesis Ph.D, muka surat 40-66, Universiti Islam Madinah) Supaya lebih teratur, saya bahagikan cara ini kepada empat sudut , pertama, pengamatan kepada sanad riwayat Israiliyyaat, kedua, pengamatan kepada matannya, ketiga, merujuk kepada pandangan ulamak yang mu’tabar dalam bidang Israiliyyaat dan keempat, merujuk kepada sumber-sumber Yahudi sendiri. Pertama: Pengamatan sanad 1. Rijaal/perawi terkenal dengan meriwayatkan Israiliyyat seperti Abdullah Bin ‘Amar Bin al-‘Ash, Abu Hurairah dan Abdullah Bin Salam dari kalangan sahabat. Dari kalangan tabi’in pula seperti Ka’ab Bin al-Ahbar, Wahab Bin Munabbbih, as-Saiyyidul al-Kabir, Qatadah, al-Hasan al-Basri dan Mujahid manakala dari kalangan golongan tabi’ tabi’in pula seperti Ibnu Ishaq, Ibnu Zaid dan Ibnu Juraih. 2. Terdapat kenyataan jelas dari perawi menyebut bahawa riwayat yang disampaikan adalah bersumberkan sumber Israiliyyaat. 3. Sanad riwayat Israiliyyaat kebiasaannya bersifat terhenti “mauquf” kepada sahabat, bukan “marfu’” kepada Nabi s.a.w. Kedua: Pengamatan matan
  • 5. 1. Persoalan yang disentuh Israiliyyaat biasanya mengenai asal usul kejadian alam serta rahsianya seperti asal usul kejadian langit dan bumi serta cerita “‫”توجال‬ 2. Matan mengandungi kisah para Nabi dan kisah-kisah lampau. 3. Perincian kepada kesamaran (mubhamat) iaitu perkara yang tidak dijelaskan al-Quran seperti menentukan jenis pokok larangan dalam syurga yang dilarang Allah kepada Nabi Adam dan isterinya Hawa dan menentukan bahagian anggota lembu yang digunakan untuk memukul si mati dalam kisah bani Israil. 4. Matan memperlihatkan “keterlampauan” ketara seperti cerita salah seorang anak Nabi Adam a.s yang memikul saudaranya yang dibunuh selama seratus tahun, dibawanya ke sana ke mari sehingga Allah menghantar burung gagak untuk mengajarnya cara menyimpan jenazah saudaranya itu. 5. Matan mengandungi perkara-perkara yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah as- Sohihah seperti matan yang menyebut bahawa isteri Nabi Nuh a.s adalah daripada mereka yang selamat dari azab banjir besar. 6. Matan mengandungi perkara-perkara yang menyalahi kesucian “`ashamah” para Nabi dan malaikat seperti dalam cerita keinginan nabi Yusuf terhadap isteri pembesar Mesir yang sampai keperingkat paling kritikal iaitu menangggalkan seluar serta kisah tentang malaikat Harut dan Marut. 7. Matan menyebut cerita-cerita khurafat dan karut seperti cerita gergasi “’Aaj bin ‘Unuq” dan puak “jabbaarin”. 8. Matan menceritakan sesuatu yang pelik “gharib” seperti yang menyebut bahawa bilangan alam sebanyak lapan belas ribu atau empat belas ribu. 9. Adanya percanggahan fakta pada matan seperti penentuan anggota lembu bani Israil di mana ada yang mengatakan paha, lidah, ekor dan sebagainya. 10. Terdapat kenyataan di dalam matan menyebut bahawa ia diambil dari sumber Israiliyyaat samada dari Ahli Kitab atau kitab Bani Israil. 11. Disebut pada matan lafaz-lafaz “tadh’if” atau tamridh yang menjelaskan bahawa ia dianggap lemah. Ketiga: Merujuk kepada ulamak Ulamak yang banyak membicarakan isu Israiliyyaat seperti: 1. Ibnu Hazam dalam kitab al-Faslu Fil Milaali Wal Ahwa’i Wan Nihal. 2. At-Thobari dalam kitab Jami’ul Bayan Fi Ta’wili Aayil Quran dan Tarikhul Umami Wal Muluk.
  • 6. 3. Al-Qodhi ‘Iadh dalam Kitabus Syifaa’ Bita’rifi Huquqil Mustafa. 4. Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah dalam kitab An-Nubuwwah dan Al-Jawabus Sahihu Li Man Baddala Diinul Masih. 5. Ibnul Qayyim dalam kitab Hidayatul Hiyari Fi Ajwibatil Yahudi Wan Nashora. 6. Al-Hafiz Ibnu Katsir dalan kitab tafsirnya dan juga Al-Bidayatu Wan Nihayah. 7. Rahimahullah Al-Hindi dalam Izharul Haq. 8. Jamaluddin al-Qosimi dalam Mahasinut Ta’wil. 9. Doktor Muhammad Husin az-Zahabi dalam Al-Israiliyyaat Fit Tafsir Wal Hadits dan Kitabut Tafsir Wal Mufassirun. 10. Al-‘Allamah Abu Syahbah dalam Al-Israiliyyaat Wal Maudhu’at Fi Kutubit. Tafsir. 11. Syeikh Abdul Wahab an-Najjar dalam Qishoshul Anbiya’. Keempat: Merujuk sumber-sumber Yahudi Tujuan merujuk kepada sumber-sumber Yahudi tidak bermaksud kita mengiyakan atau membenarkan apa yang termaktub dalam kitab-kitab mereka tetapi sekadar untuk melakukan perbandingan dengan kitab-kitab warisan ulamak mu’tabar kita dalam soal-soal yang berkaitan dengan Israiliyyaat. Sekiranya ia disebut dalam sumber-sumber berkenaan maka ia meyakinkan kita bahawa ia memang satu riwayat Israiliyyaat. Sumber-sumber Yahudi seperti berikut : 1. Kitab Taurat. 2. Talmud. 3. Kitab-kitab Yahudi yang lain. Selain daripada sumber Yahudi terdapat juga sumber Nasrani yang termuat dalam Kitab Injil tetapi Israiliyyaat di dalam sumber Nasrani amat sedikit berbanding sumber Yahudi sendiri. Penutup : Israiliyyaat merupakan cerita-cerita berkaitan rapat dengan warisan Yahudi. Ia tersebar melalui berbagai peringkat dan suasana sehingga mampu bertapak di dalam karya warisan Islam, tafsir dan hadis. Kehadirannya perlu ditangani dengan sebaik mungkin melalui pengkelasan yang wajar berdasarkan pembahagian ulamak terhadap Israiliyyaat. Tiada jalan pilihan bagi kita melainkan kita menolak segala rupa bentuk Israiliyyaat yang menyalahi pegangan kita sebagai orang Islam dan boleh menjahanamkan aqidah kita terhadap Allah, malaikatnya serta para Rasulnya. Israiliyyaat yang statusnya tidak jelas “maskut ‘anhu” hendaklah diriwayati dengan bijak walaupun ia harus diriwayatkan namun kita diingatkan untuk tidak memberi perhatian kepada perkara yang tidak
  • 7. memberi faedah, tidak mendekatkan diri kita memahami dan menghayati al-Quran, sebaliknya ia hanya menghabiskan masa sahaja. Pengamatan pelbagai dimensi penting bagi mengenal pasti riwayat Israiliyyaat. Penganalisis Israiliyyaat perlu mempunyai daya kritik yang tinggi serta sifat berani demi memperjuangkan kebenaran. (Petikan dari majalah ‘Pengasuh’ Bilangan 592)