SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
Download to read offline
JIHAD ZAMAN RASULULLAH SAW
Apa jua yang menjadi dasar dalam Al-Quran perlu difahami dalam
konteks pelaksanaannya ketika zaman Rasulullah saw dan para sahabat.
Penjelasan selanjutnya pula hendaklah bersandarkan ijmak (pendapat
sepakat) para ulama Islam yang benar-benar faham tentang maksud dan liku-
liku Jihad dan komited bersesuaian dengan Qiyas serta Maslahat dan
Maqasid Syariah.
Begitulah juga dengan pemahaman mengenai jihad. Ia merupakan antara
tanggungjawab umat Islam agar mencapai matlamat umat sederhana dan
contoh terbaik daripada sekalian umat manusia.
Sejarah perjuangan Rasulullah saw merupakan contoh jihad yang klasik
dari permulaan Baginda diangkat sebagai Rasul pada usia 40 tahun sehingga
terbina negara Islam di Madinah dengan pemerintahannya dan
pentadbirannya sebagai negara Islam sehingga wafatnya dalam usia 63 tahun,
kemudian diikuti pula oleh Khulafaur Rasyidin.
MENYUSUR JIHAD
JIHAD SECARA DAKWAH
a. Tahap Selindung
Rasulullah saw menyebarkan Islam bermula dengan keluarganya iaitu
isterinya, Khadijah, dan kemudian jiran dan sahabatnya, Abu Bakar.
Jihadnya atau dakwah dilakukan secara penuh hikmah, timbang rasa
(simpati), halus budi pekerti dan berselindung kerana menyedari
masyarakat Makkah masih berpegang kuat pada amalan nenek moyang
mereka iaitu menyembah berhala yang banyak terdapat di sekeliling
Kaabah.
Baginda menjadikan rumah Arqam sebagai pusat melatih para da’i
atau pendakwah kental. Namun akhirnya dakwah Baginda dapat
dikesan oleh penduduk Makkah yang mengancam nyawanya dan para
pengikutnya. Para hamba yang memeluk agama Islam seperti Bilal bin
Abu Rabah diseksa oleh majikan, tetapi para sahabat yang berharta
seperti Abu Bakar telah menebus mereka, dan banyak lagi contoh-contoh
yang serupa ini dari tokoh-tokohnya yang lain.
Baginda dilindungi oleh kalangan yang berpengaruh, termasuklah
isterinya Khadijah, seorang bangsawan dan hartawan dan pamannya,
Abu Talib, antara orang tua-tua Bani Hashim yang mengelolakan Kaabah
dari zaman berzaman.
b. Tahap Terang-Terangan
Baginda ingin menjadikan jihad iaitu dakwahnya secara terang-
terangan dengan sering berdoa agar salah seorang daripada dua tokoh
yang memusuhinya agar memeluk agama Islam, iaitu Amru Bin Hisyam
(Abu Jahal) dan Omar Bin Al-Khattab yang memeluk agama Islam dan
kemudian membentuk barisan ‘pertahanan’ yang disegani penduduk
Makkah.
Dalam tahun ke-10 kenabiannya, dua orang tunjangan Baginda,
Khadijah dan Abu Talib, pulang ke rahmatullah berturut-turut. Dakwah
Baginda berada di peringkat runcing kerana penganiayaan penduduk
Makkah. Baginda telah cuba berdakwah di Taif tetapi dihalau dan
dibaling batu oleh penduduk di sana. Selepas itu, Baginda melaksanakan
Israk dan Mikraj untuk menguatkan hatinya agar dapat meneruskan
tugasnya ketahap selanjutnya bagi pengembangan Islam. Rasulullah saw
telah meminta para sahabat berhijrah ke Habsyah untuk melindungkan
diri daripada penganiayaan.
c. Tahap Hijrah
Pada tahun ke-13 kenabiannya, atas nasihat para sahabat yang amat
bimbang dan tentulah mendapat petunjuk Ilahi, maka Baginda
memutuskan berhijrah ke Madinah. Mentelah sudah ada penduduk
Madinah yang memeluk agama Islam dan mereka menggesa Nabi saw
bermukim di kota mereka.
Dalam 10 tahun di Madinah, berlaku perkembangan Islam yang amat
pesat. Oleh itu, hijrah merupakan satu lambang perubahan minda atau
anjakan paradigma dalam seluruh perjuangan Rasulullah saw. Falsafah di
sebaliknya begitu luas untuk dijangkau.
d. Tahap Pengukuhan dan Pembangunan
Di Madinah, Baginda telah:
1. Mengikat tali persaudaraan antara dua kaum di Madinah yang
sering bertikai antara Aus dan Khazraj dan menamakan mereka
kaum Ansar (pembela Islam). Kemudian Ansar dipertautkan
dengan para pendatang dari Makkah, Muhajir.
2. Membangun prasarana khususnya masjid yang tercantum di
dalamnya pusat pentabdiran, pendidikan dan sosial.
3. Mengatur perlembagaan iaitu Piagam Madinah yang merupakan
asas pembentukan negara. Inilah piagam pertama dunia yang
mengiktiraf hak asasi dan memberikan perlindungan kepada
amalan beragama secara harmoni.
4. Mengatur pentadbiran awam meliputi bantuan kebajikan.
5. Mengatur dasar pertahanan dan hubungan luar (antarabangsa)
menerusi *pengutusan wakil, surat menyurat dan perjanjian.
Oleh itu, dakwah serta jihad Baginda amat teratur dan amat menurut
perkembangan yang sesuai. Mengapakah Baginda tidak memilih untuk
mengumpulkan pasukan gerila di Makkah dalam melawan golongan kafir?
Tentu ini merupakan pilihan Baginda yang baik. Tetapi beliau tidak
melakukannyasama sekali kerana Baginda diutus ke dunia sebagai ‘rahmat
seluruh alam’. Mesejnya bersifat damai dan menjerus kearah ketenangan.
JIHAD SECARA QITAL (PERANG)
Konsep Pertahanan
Mengapakah Baginda memilih untuk berperang? Sebenarnya setelah
tertubuh negara Madinah, ancaman terus meningkat – sama ada dari dalam
dan juga dari sekelilingi, terutama penduduk Makkah yang amat iri hati dan
bertekad untuk menghancurkan Baginda dan umat Islam. Usaha Baginda
untuk berbaik-baik dengan jiran-jiran sekeliling terus dibantah dan dihina.
Malah utusan Baginda ditangkap, diseksa dan dibunuh. Dalam konteks inilah
turun wahyu yang bermaksud:
َ‫ﻦ‬‫ِﻳ‬‫ﺬ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬ِ‫ﻟ‬ ‫ﹶ‬‫ﻥ‬ِ‫ﺫ‬‫ﹸ‬‫ﺃ‬َ‫ﺗ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻘ‬ُ‫ﻳ‬َ‫ﻭ‬ ‫ُﻮﺍ‬‫ﻤ‬ِ‫ﻠ‬‫ﹸ‬‫ﻇ‬ ْ‫ﻢ‬ُ‫ﻬ‬‫ﱠ‬‫ﻧ‬‫ﹶ‬‫ﺄ‬‫ﹺ‬‫ﺑ‬ ‫ﹶ‬‫ﻥ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻠ‬‫ﺃ‬َ‫ﻰ‬‫َﻠ‬‫ﻋ‬ َ‫ﷲ‬‫ﺍ‬ ‫ﱠ‬‫ﻥ‬
ٌ‫ﺮ‬‫ِﻳ‬‫ﺪ‬‫ﹶ‬‫ﻘ‬‫ﹶ‬‫ﻟ‬ ْ‫ﻢ‬ِ‫ﻫ‬‫ﹺ‬‫ﺮ‬ْ‫ﺼ‬َ‫ﻧ‬.ّ‫ﹴ‬‫ﻖ‬َ‫ﺣ‬ ‫ﹺ‬‫ﺮ‬ْ‫ﻴ‬َ‫ﻐ‬‫ﹺ‬‫ﺑ‬ ْ‫ﻢ‬ِ‫ﻫ‬‫ﹺ‬‫ﺭ‬‫َﺎ‬‫ﻳ‬ِ‫ﺩ‬ ْ‫ﻦ‬ِ‫ﻣ‬ ‫ُﻮﺍ‬‫ﺟ‬‫ﹺ‬‫ﺮ‬ْ‫ﺧ‬‫ﹸ‬‫ﺃ‬ َ‫ﻦ‬‫ِﻳ‬‫ﺬ‬ّّ‫ﹼ‬‫ﻟ‬‫ﹶ‬‫ﺍ‬
ْ‫ﻢ‬ُ‫ﻬ‬َ‫ﻀ‬ْ‫ﻌ‬َ‫ﺑ‬ َ‫ﺱ‬‫ﱠﺎ‬‫ﻨ‬‫ﺍﻟ‬ ِ‫ﷲ‬‫ﺍ‬ ُ‫ﻊ‬‫ﹾ‬‫ﻓ‬َ‫ﺩ‬ ‫ﹶ‬‫ﻻ‬ْ‫ﻮ‬‫ﹶ‬‫ﻟ‬َ‫ﻭ‬ ُ‫ﷲ‬‫ﺍ‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬‫ﱡ‬‫ﺑ‬َ‫ﺭ‬ ‫ﹸﻮﺍ‬‫ﻟ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻘ‬‫ﱠ‬‫ﻳ‬ ‫ﹶﻥ‬‫ﺃ‬ ‫ﱠ‬‫ﻻ‬‫ﹺ‬‫ﺇ‬
َ‫ﻮ‬‫ﹶ‬‫ﻠ‬َ‫ﺻ‬َ‫ﻭ‬ ٌ‫ﻊ‬َ‫ﻴ‬‫ﹺ‬‫ﺑ‬َ‫ﻭ‬ ُ‫ﻊ‬ِ‫ﻣ‬‫َﺍ‬‫ﻮ‬َ‫ﺻ‬ ْ‫ﺖ‬َ‫ﻣ‬ِ‫ﺪ‬ُ‫ﻬ‬‫ﹶ‬‫ﻟ‬ ‫ﹴ‬‫ﺾ‬ْ‫ﻌ‬َ‫ﺒ‬‫ﹺ‬‫ﺑ‬ُ‫ﺪ‬‫ﹺ‬‫ﺟ‬‫َﺎ‬‫ﺴ‬َ‫ﻣ‬َ‫ﻭ‬ ٌ‫ﺕ‬‫ﺍ‬
‫ﱠ‬‫ﻥ‬‫ﹺ‬‫ﺇ‬ ُ‫ﻩ‬ُ‫ﺮ‬ُ‫ﺼ‬ْ‫ﻨ‬َ‫ﻳ‬ ْ‫ﻦ‬َ‫ﻣ‬ ُ‫ﷲ‬‫ﺍ‬ ‫ﱠ‬‫ﻥ‬َ‫ﺮ‬ُ‫ﺼ‬ْ‫ﻨ‬َ‫ﻴ‬‫ﹶ‬‫ﻟ‬َ‫ﻭ‬ ‫ًﺍ‬‫ﲑ‬ِ‫ﺜ‬‫ﹶ‬‫ﻛ‬ ِ‫ﷲ‬‫ﺍ‬ ُ‫ﻢ‬ْ‫ﺳ‬‫ﺍ‬ ‫َﺎ‬‫ﻬ‬‫ِﻴ‬‫ﻓ‬ ُ‫ﺮ‬‫ﹶ‬‫ﻛ‬‫ﹾ‬‫ﺬ‬ُ‫ﻳ‬
ٌ‫ﺰ‬‫ﹺﻳ‬‫ﺰ‬َ‫ﻋ‬ ‫ﱞ‬‫ﻱ‬‫ﹺ‬‫ﻮ‬‫ﹶ‬‫ﻘ‬‫ﹶ‬‫ﻟ‬ َ‫ﷲ‬‫ﺍ‬.
“Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang
diperangi (kaum Muslimin), kerana sesungguhnya mereka
telah dianiayai. Dan sesungguhnya Allah benar-benar
berkuasa menolong mereka
itu, (iaitu) orang-orang yang diusir dari kampung
halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana
mereka berkata: Tuhan kami hanyalah Allah Dan
sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian
manusia dengan sebahagian yang alain, tentulah telah
dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-
rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di
dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya
Allah pasti menolong orang yang menolong agamaNya.
Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha
Perkasa .”1
Maka ketika inilah, jihad Baginda bersifat qital iaitu berperang dalam
rangka bela diri. Maksud bela diri ialah umat Islam tidak memulakan perang
tetapi bertahan menanti musuh. Namun Rasulullah saw menetapkan medan
perang hendaklah jauh dari tempat singgah penempatan awam demi
mengelakkan pembunuhan orang awam.
Sirah mencatatkan Baginda menyertai 26 peperangan. Tetapi hanya tiga
medan saja yang Baginda sertai iaitu Badr, Uhud dan Khandak. Selebihnya
Baginda mengarahkan para panglimanya untuk bertindak dengan bijak dan
berperi kemanusiaan.
Jika diteliti dengan lebih mendalam akan sebab-sebab peperangan itu
berlaku, maka kita dapati ia lebih berdifat defensif, tujuannya tidak lain ialah
bagi mempertahankan diri, masyarakat dan negara. Ayat-ayat al-Quran
sudah menjelaskan bahawa peperangan dalam Islam hanya tercetus apabila
orang Islam mendapat isyarat atau keizinan daripada Allah menerusi wahyu
yang disampaikan kepada Nabi Muhammad saw. Ini bermakna bahawa
konsep peperangan dalam Islam ada kaitannya dengan pemerintah atau
suruhan Allah. Dia (Allah) lebih mengetahui penderitaan yang dialami orang
Islam. Dengan sebab itu, dia memerintahkan berjihad (berperang kerana
mempertahankan diri, negara dan agama.
1
Surah Al Hajj: 39-40
Prinsip Perang
Baginda telah menetapkan prinsip perang berdasarkan bela diri seperti
berikut:
1 Melindungi nyawa tawanan perang yang sudah menyerah diri.
Malah Sirah mencatatkan bahawa tawanan perang itu diberikan
pilihan untuk terus di penjara atau melakukan amal kebajikan
seperti mengajar membaca dan menulis.
2 Tidak menjejas orang awam dan harta benda, malah sekitaran:
“Jadi, janganlah kamu membunuh anak-anak kecil, hamba yang
digaji dan perempuan...”
“Jangan membunuh wanita, kanak-kanak kecil dan mereka yang
telah berumur. Janganlah kamu membakar tumbuhan-tumbuhan
kurma, mencabut tumbuhan-tumbuhan serta memusnahkan
rumah-rumah.”2
“Punyai belas kasihan kepada mereka yang didunia ini dan Dia
yang di Syurga akan belas kasihan kepadamu.” 3
“Allah tidak akan memberikan belas kasihannya kepada sesiapa
sahaja yang tidak mempunyai belas kasihan terhadap sekalian
manusia.”4
Tegasnya aspek qital bukanlah aspek utama dalam pengembangan Islam.
Ia terpaksa dilakukan jika tiada pilihan lain iaitu antara hidup dengan mati.
Namun salah faham berlaku, terutama yang sering diperbesarkan oleh
sejarawan asing bahawa kononnya Islam mula berkembang dengan pedang.
Malangnya dalam zaman mutakhir, kegiatan pembangkit Islam telah
menggunakan pengganasan sebagai kaedah atau strategi mereka. Jadi,
dakwaan para sejarawan asing itu menjadi mudah diterima oleh majoriti
umat manusia yang bukan Islam.
Mufti, Syeikh ‘Atiyyah Saqr, Mantan Ketua Lembaga Fatwa Al-Azhar
ada menerangkan di dalam fatwanya yang bertajuk ‘Jihad di dalam Islam:
Pencegahan atau Pertahanan?’ seperti berikut:
“Jihad itu ialah salah satu daripada perkataan yang telah
disalahfaham pengertiannya dan disalahguna istilahnya dari segi
2
Riwayat Tirmizi dan Abu Dawud
3
Riwayat Tirmizi dan Abu Dawud
4
Riwayat Bukhari dan Muslim.
Islam. Ada beberapa Muslim yang mengeksploitasikan dan
menyalahgunakan konsep ini atas dasar tujuan politik mereka
sendiri. Ramai yang bukan Islam jua salah faham pengertiannya.
Ada juga di antara mereka yang telah menyalahtafsir akannya
dengan tujuan memberi gambaran yang tidak baik kepada Islam
dan umatnya.
Kerana itulah, perkataan ‘Jihad’ telah disalahgunakan kerana
salah faham akan maksud sebenarnya. Perkataan ‘Jihad’ itu
berasal daripada bahasa Arab jahd, yang bermakna keletihan atau
daripada perkataan juhd yang bermakna usaha. Seorang mujahid
itu adalah orang yang berusaha kerana Allah swt dan berusaha
bersungguh-sungguh dan ini akan membuatnya keletihan. Jihad
bermakna bersungguh-sungguh kerana ingin mencapai tujuan
atau untuk ‘mencegahkan sesuatu yang tidak diingini’. Ia juga
boleh dikatakan sebagai satu usaha yang akan membawa kepada
kebaikan atau pun untuk mencegahkan daripada keburukan.
Jihad boleh dilakukan melalui apa cara sekalipun dari segi
kebendaan mahupun dari segi moral. Antara jenis jihad ialah
perjuangan nafsu, syaitan, kemiskinan, buta huruf dan penyakit
serta segala kejahatan di dunia ini.
Ada banyak kitab yang menerangkan tentang pembahagian Jihad.
Satu daripada pengertian jihad ialah untuk mempertahankan
diri, harta benda serta maruah. Mereka yang meninggal dunia
apabila sedang berjihad dianggap mati syahid, sebagaimana yang
telah disahkan oleh sebuah hadith Rasulluh saw. Jihad juga
dilakukan untuk membanteras penindasan di sesebuah negara
dan kepada apa jua yang dianggap suci, atau pun untuk
menghadapi mereka yang cuba menghalang panggilan
kebenaran.”
Justeru itu, Jihad bukanlah sebagai senjata untuk
mengisytiharkan peperangan ke atas mereka yang tidak bersalah.
Ia juga bukanlah untuk mempamerkan kekuatan seseorang itu
dan mengganggu mereka yang lemah dan tertindas. Jihad dalam
Islam ialah sesuatu yang luar biasa dan ditubuhkan untuk
mempertahankan risalah Tuhan dari dihapuskan atau dihalang
oleh musuhNya.
Dengan memberi tumpuan pada soalan yang telah dikemukakan,
Sheik Abdul Majid Subh, seorang alim yang terkenal dari Al-
Azhar telah menyatakan seperti berikut:
“Saya ingin memberitahu kamu, wahai anak-anakku, yang
berkongsi sesama pendapat, atau pun mereka yang mempunyai
pendapat sendiri, bahawa memahami Jihad sebagai pertahanan
dengan memulakan peperangan tanpa sebarang alasan yang
diterima oleh Islam adalah salah dari segi syariah Islam dan ayat-
ayat Al-Qur’an. Dalam Al-Qur’an, jihad defensif dilaksanakan
untuk menolak sifat agresif, sementara jihad pencegahan
dilakukan apabila, umat Islam itu benar-benar pasti bahawa
pengkhianatan atau pun suatu serangan bertentangan dengan
wilayahnya daripada seorang musuh.”
Merujuk kepada ini, Allah swt telah berfirman:
‫ُﻭ‬‫ﺪ‬َ‫ﺘ‬ْ‫ﻌ‬َ‫ﺗ‬ ‫ﹶ‬‫ﻻ‬َ‫ﻭ‬ ْ‫ﻢ‬‫ﹸ‬‫ﻜ‬َ‫ﻧ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻠ‬ِ‫ﺗ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻘ‬ُ‫ﻳ‬ َ‫ﻦ‬‫ِﻳ‬‫ﺬ‬‫ﱠ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ِ‫ﷲ‬‫ﺍ‬ ‫ﹺ‬‫ﻞ‬‫ﹺﻴ‬‫ﺒ‬َ‫ﺳ‬ ‫ﹺ‬‫ﰱ‬ ‫ﹸﻮﺍ‬‫ﻠ‬ِ‫ﺗ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻗ‬َ‫ﻭ‬َ‫ﷲ‬‫ﺍ‬ ‫ﱠ‬‫ﻥ‬‫ﹺ‬‫ﺇ‬ ‫ﺍ‬
َ‫ﻦ‬‫ِﻳ‬‫ﺪ‬َ‫ﺘ‬ْ‫ﻌ‬ُ‫ﻤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ‫ﱡ‬‫ﺐ‬ِ‫ﺤ‬ُ‫ﻳ‬ ‫ﹶ‬‫ﻻ‬.ْ‫ﻢ‬ُ‫ﻫ‬‫ُﻮ‬‫ﻤ‬ُ‫ﺘ‬‫ﹾ‬‫ﻔ‬ِ‫ﻘ‬‫ﹶ‬‫ﺛ‬ ‫ﹸ‬‫ﺚ‬ْ‫ﻴ‬َ‫ﺣ‬ ْ‫ﻢ‬ُ‫ﻫ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻠ‬ُ‫ﺘ‬‫ﹾ‬‫ﻗ‬‫َﺍ‬‫ﻭ‬
َ‫ﻦ‬ِ‫ﻣ‬ ‫ﱡ‬‫ﺪ‬َ‫ﺷ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬ ‫ﹸ‬‫ﺔ‬َ‫ﻨ‬ْ‫ﺘ‬ِ‫ﻔ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫َﺍ‬‫ﻭ‬ ْ‫ﻢ‬‫ﹸ‬‫ﻛ‬‫ُﻮ‬‫ﺟ‬َ‫ﺮ‬ْ‫ﺧ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬ ‫ﹸ‬‫ﺚ‬ْ‫ﻴ‬َ‫ﺣ‬ ْ‫ﻦ‬ِ‫ﻣ‬ ْ‫ﻢ‬ُ‫ﻫ‬‫ُﻮ‬‫ﺟ‬‫ﹺ‬‫ﺮ‬ْ‫ﺧ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬َ‫ﻭ‬
‫ﱠﻰ‬‫ﺘ‬َ‫ﺣ‬ ‫ﹺ‬‫ﻡ‬‫َﺍ‬‫ﺮ‬َ‫ﺤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ِ‫ﺪ‬‫ﹺ‬‫ﺠ‬ْ‫ﺴ‬َ‫ﻤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ َ‫ﺪ‬ْ‫ﻨ‬ِ‫ﻋ‬ ْ‫ﻢ‬ُ‫ﻫ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻠ‬ِ‫ﺗ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻘ‬ُ‫ﺗ‬ ‫ﹶ‬‫ﻻ‬َ‫ﻭ‬ ‫ﹺ‬‫ﻞ‬ْ‫ﺘ‬‫ﹶ‬‫ﻘ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬
ْ‫ﻢ‬‫ﹸ‬‫ﻛ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻠ‬ِ‫ﺗ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻘ‬ُ‫ﻳ‬ِ‫ﻪ‬‫ِﻴ‬‫ﻓ‬ْ‫ﻢ‬‫ﹸ‬‫ﻛ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻠ‬َ‫ﺗ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻗ‬ ‫ﹾ‬‫ﻥ‬‫ﹺ‬‫ﺈ‬‫ﹶ‬‫ﻓ‬ُ‫ﺀ‬‫َﺍ‬‫ﺰ‬َ‫ﺟ‬ َ‫ﻚ‬ِ‫ﻟ‬‫ﹶﺍ‬‫ﺬ‬‫ﹶ‬‫ﻛ‬ ْ‫ﻢ‬ُ‫ﻫ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻠ‬ُ‫ﺘ‬‫ﹾ‬‫ﻗ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻓ‬
َ‫ﻦ‬‫ﹺﻳ‬‫ﺮ‬ِ‫ﻓ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻜ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬.ٌ‫ﻢ‬‫ِﻴ‬‫ﺣ‬‫ﱠ‬‫ﺭ‬ ٌ‫ﺭ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻔ‬‫ﹶ‬‫ﻏ‬ َ‫ﷲ‬‫ﺍ‬ ‫ﱠ‬‫ﻥ‬‫ﹺ‬‫ﺈ‬‫ﹶ‬‫ﻓ‬ ‫ْﺍ‬‫ﻮ‬َ‫ﻬ‬َ‫ﺘ‬ْ‫ﻧ‬‫ﺍ‬ ِ‫ﻥ‬‫ﹺ‬‫ﺈ‬‫ﹶ‬‫ﻓ‬.ْ‫ﻢ‬ُ‫ﻫ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻠ‬ِ‫ﺗ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻗ‬َ‫ﻭ‬
‫ﹶ‬‫ﻼ‬‫ﹶ‬‫ﻓ‬ ‫ْﺍ‬‫ﻮ‬َ‫ﻬ‬َ‫ﺘ‬ْ‫ﻧ‬‫ﺍ‬ ِ‫ﻥ‬‫ﹺ‬‫ﺈ‬‫ﹶ‬‫ﻓ‬ ِ‫ﷲ‬ِ ُ‫ﻦ‬‫ّﻳ‬ِ‫ﺪ‬‫ﺍﻟ‬ ‫ﹶ‬‫ﻥ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻜ‬َ‫ﻳ‬َ‫ﻭ‬ ‫ﹲ‬‫ﺔ‬َ‫ﻨ‬ْ‫ﺘ‬ِ‫ﻓ‬ ‫ﹶ‬‫ﻥ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻜ‬َ‫ﺗ‬ ‫ﹶ‬‫ﻻ‬ ‫ﱠ‬‫ﱴ‬َ‫ﺣ‬
َ‫ﲔ‬ِ‫ﻤ‬ِ‫ﻟ‬‫ﱠﺎ‬‫ﻈ‬‫ﺍﻟ‬ َ‫ﻰ‬‫َﻠ‬‫ﻋ‬ ‫ﱠ‬‫ﻻ‬‫ﹺ‬‫ﺇ‬ ‫ﹶ‬‫ﻥ‬‫َﺍ‬‫ﻭ‬ْ‫ﺪ‬ُ‫ﻋ‬.‫ﹺﺎﻟ‬‫ﺑ‬ ُ‫ﻡ‬‫َﺍ‬‫ﺮ‬َ‫ﺤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ُ‫ﺮ‬ْ‫ﻬ‬‫ﱠ‬‫ﺸ‬‫ﹶﻟ‬‫ﺍ‬‫ﹺ‬‫ﻡ‬‫َﺍ‬‫ﺮ‬َ‫ﺤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ‫ﹺ‬‫ﺮ‬ْ‫ﻬ‬‫ﱠ‬‫ﺸ‬
ِ‫ﻪ‬ْ‫ﻴ‬‫ﹶ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬ ‫ُﻭﺍ‬‫ﺪ‬َ‫ﺘ‬ْ‫ﻋ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻓ‬ ْ‫ﻢ‬‫ﹸ‬‫ﻜ‬ْ‫ﻴ‬‫ﹶ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬ ‫َﻯ‬‫ﺪ‬َ‫ﺘ‬ْ‫ﻋ‬‫ﺍ‬ ‫ﹺ‬‫ﻦ‬َ‫ﻤ‬‫ﹶ‬‫ﻓ‬ ٌ‫ﺹ‬‫َﺎ‬‫ﺼ‬ِ‫ﻗ‬ ُ‫ﺕ‬‫َﺎ‬‫ﻣ‬ُ‫ﺮ‬ُ‫ﺤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫َﺍ‬‫ﻭ‬
َ‫ﻊ‬َ‫ﻣ‬ َ‫ﷲ‬‫ﺍ‬ ‫ﱠ‬‫ﻥ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬ ‫ُﻮﺍ‬‫ﻤ‬‫ﹶ‬‫ﻠ‬ْ‫ﻋ‬‫َﺍ‬‫ﻭ‬ َ‫ﷲ‬‫ﺍ‬ ‫ﹸﻮﺍ‬‫ﻘ‬‫ﱠ‬‫ﺗ‬‫َﺍ‬‫ﻭ‬ ْ‫ﻢ‬‫ﹸ‬‫ﻜ‬ْ‫ﻴ‬‫ﹶ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬ ‫َﻯ‬‫ﺪ‬َ‫ﺘ‬ْ‫ﻋ‬‫ﺍ‬ ‫َﺎ‬‫ﻣ‬ ‫ﹺ‬‫ﻞ‬‫ﹾ‬‫ﺜ‬ِ‫ﻤ‬‫ﹺ‬‫ﺑ‬
َ‫ﲔ‬ِ‫ﻘ‬‫ﱠ‬‫ﺘ‬ُ‫ﻤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬.
“Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan)
agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu dan
janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan);
kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang
menceroboh. Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi
kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka dan usirlah mereka
dari tempat yang mereka telah mengusir kamu dan (ingatlah
bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada
pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar
Masjidilharam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh
itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah
mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir.
Kemudian jika mereka berhenti memerangi kamu (maka
berhentilah kamu); kerana sesungguhnya Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan perangilah mereka
sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama
itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti
maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-
orang yang zalim. (Mencabuli) bulan yang dihormati itu ialah
dengan (sebab membalas pencabulan dalam) bulan yang
dihormati dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika
dicabuli), ada balasannya yang seimbang. Oleh itu sesiapa yang
melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah
pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang
dilakukannya kepada kamu dan bertakwalah kamu kepada Allah
serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang
bertakwa. (yakni orang yang memerangi kamu dan mendendam
perasaan kepada kamu)”5
Ramai orang yang bukan Muslim kerap menyalahgunakan
makna ayat di atas ini. Saya dapati bahawa:
1. Jihad dari segi pencegahan di ayat pertama “Perangi...”
bukanlah suatu isyarat untuk memerangi mereka yang berlainan
fahaman. Malah, ia ditentukan dengan “...orang-orang yang
memerangi kamu..”
2. Ayat “Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi
kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka...” ditentukan
dengan “...kalau mereka memerangi kamu..”
3. Peraturan umum yang harus ditumpukan oleh setiap orang
ialah perhatian pada ayat “...Allah tidak suka kepada orang-
orang yang menceroboh, dan “...Kemudian jika mereka
berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu).”
Selepas keterangan ini, ingin saya menambah bahawa Islam
melarang menyerang mereka yang tidak memulakan
pertempuran. Sebagaimana yang tertera di atas, Jihad dari segi
pencegahan boleh berlaku hanya apabila terdapat pengkhianatan
terhadap umat Islam daripada musuh yang bertempat sewilayah,
di mana mereka hidup dengan aman ataupun serangan ke atas
wilayah Islam. Dalam kes seperti ini, orang Islam tidak
digalakkan untuk hanya berdiam diri dan menunggu serangan
daripada orang lain, walaupun peperangan yang diandaikan itu
bukanlah matlamatnya.
5
Surah Al-Baqarah;190-194
Dengan demikian, ingin saya membahagikan peperangan itu
kepada tiga kategori utama iatu:-
1. Jihad Pertahanan, diisytiharkan hanya jika musuh-musuh
Islam menyerang agama, maruah, harta benda dan wilayahnya.
2. Perang Kebebasan, dilaksanakan kepada mereka yang
ditindas seperti hamba. Peperangan semacam ini biasa berlaku
pada awal perkembangan Islam.
3. Perang Pencegahan, diisytiharkan jika umat Islam
mendapati pengkhianatan terhadap perjanjian damai bersama
musuh, atau pun apabila musuh-musuh mempunyai rancangan
untuk menyerang mereka.
Haruslah ditekankan bahawa kesemua jenis peperangan yang
telah disebutkan di atas telah diluluskan oleh undang-undang
antarabangsa dan pada hakikatnya ia juga adalah perundangan
masa kini. Wallahu a’lam.”6
MENGHADAPI BUKAN ISLAM
Bagaimanakah Baginda menghadapi masyarakat bukan Islam yang
jumlahnya lebih besar daripada umat Islam ketika itu?
[Menurut Dr Ismail Bin Haji Ibrahim, Ketua Pengarah, Institut Kefahaman
Islam Malaysia, dalam makalah berjudul Pengertian Jihad Sesama Islam,
bahawa jihad terbesar Baginda ialah menangai kejahilan, kemiskinan, nafsu
cela seperti sifat bongkak, menindas kaum lemah (termasuk wanita dan
hamba) dan membina tamadun berasaskan adab dan ilmu.]7
Pembahagian Jihad Dalam Islam
[Jihad terbahagi kepada dua, iaitu Jihad kecil, sebagaimana yang
diterangkan oleh Nabi Muhammad saw ialah jihad yang menentang
6
Terjemahan petikan Fatwa – ‘Jihad di Dalam Islam: Pencegahan atau Pertahanan?’ dari Fatwa Bank.
http://www.islam-online.net/fatwa.
7
Petikan dari ‘Pengertian Berjihad Sesama Islam’ daripada Dato’ Dr Ismail Bin Hj Ibrahim, 10 Mei 01.
(http://www.ikim.gov.my/ar01-um20.html)
musuh dalam peperangan, sementara jihad yang lebih besar ialah jihad
melawan hawa nafsu. Jihad menentang musuh (orang kafir) dalam
peperangan hukumnya fardhu kifayah. Dalam perkara hukum Jihad
terbagi kepada dua :
1. Fardu ‘Ain – jika negara Islam diserang.
2. Fardu Kifayah – jika ingin menyerang negara musuh yang
memerangi negara Islam.
Adalah menjadi tugas dan tanggung jawab setiap negara Islam dan umat
Islam di negara itu mempertahankan agama dan negaranya jika diancam
musuh. Dari segi perlaksanaan, jihad terbahagi kepada beberapa jenis
iaitu:
1. Jihad dengan hati
2. Jihad dengan lisan dan pena
3. Jihad dengan harta
4. Jihad dengan pendidikan
5. Jihad dengan kuasa dan nyawa
Jihad Menentang Orang Kafir
Jihad dengan tujuan menentang orang-orang kafir itu dilaksanakan
dengan cara-cara yang berbagai. Antaranya jihad dengan menentang
orang kafir dengan memperhebatkan usaha dakwah dan penerangan yang
menyeluruh agar mereka dapat memahami dan menerima Islam. Jihad ini
sememangnya nampak jelas pada pandangan umum. Kedudukan orang
kafir sesudah perintah jihad terbahagi kepada tiga golongan:
• Kafir Harbi, iaitu golongan yang memusuhi Nabi Muhammad saw
dan diperintahkan supaya diperangi.
• Kafir Ahdi, iaitu golongan yang terikat dengan janji tidak memusuhi
Islam.
• Kafir Zimmi, iaitu golongan yang memohon perlindungan dengan
menyatakan kepatuhan kepada Negara Islam dan mendapat
jaminan hidup aman di bawah pemerintahan Islam.
Orang kafir, tanpa membezakan sama ada mereka ahli kitab, Majusi
dan sebagainya, yang bermusuhan dengan orang Islam dikira musuh (Al-
Harbiyyun). Negara mereka juga dianggap sebagai Negara musuh (Darul
Harb). Sebaliknya, kafir yang tidak bermusuhan dengan orang Islam
tidak digolongkan sebagai musuh. Jelaslah kekufuran saja bukanlah
menjadi sebab yang membolehkan orang Islam memerangi mereka.
Ahlul harbi diperangi secara zahir apabila terbukti mereka:
• membunuh pendakwah,
• menyekat ekonomi,
• membuat kerosakan yang bertujuan untuk memusnahkan
masyarakat dan pemerintah Islam.]8
[Andai mereka menyebar fitnah dalam bentuk kata-kata atau tulisan,
maka umat Islam berjihad dengan cara serupa iaitu membidas tulisan atau
kata-katanya. Umumnya, strategi menentang kafir harbi ialah dengan
hati, lidah, harta dan berjihad terhadap musuh nyata hendaklah ekonomi
dengan ekonomi, pendidikan dengan pendidikan, siasah dengan siasah
dan kekuatan dengan kekuatan.
Bagi munafik pula, umat Islam hendaklah membetulkan mereka
dengan kebenaran lisan dan tulisan serta senantiasa mengingatkan
mereka akan balasan Allah kepada golongan hipokrit atau berpura-pura].
9
KONTEKS JIHAD RASULULLAH SAW UNTUK HARI INI
Jihad pada jalan Allah adalah satu proses yang berterusan bermula
daripada diri, keluarga, masyarakat, negara dan alam sejagat di dalam semua
aspek kehidupan seperti pendidikan, ekonomi, ketenteraan, kehakiman dan
sebagainya. Contohnya, di peringkat diri ialah dengan membina ilmu, iman
dan amal. Ilmulah yang menyepadukan antara yang berteraskan wahyu dan
dapatan; pengalaman serta eksperimen (revealed and acquired knowledge),
sehingga lahir individu yang berilmu dan menghampirkan dirinya kepada
Allah – “IQRAQ” membawa kepada “WAS JUD WAQ TARIB”.
Peringkat keluarga pula menepati firman Allah dengan ayat berikut:
َ‫ﻳ‬‫ﹶ‬‫ﺄ‬‫ﱡ‬‫ﻳ‬َ‫ﻬ‬‫ﱠ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ‫ﺎ‬ِ‫ﺬ‬َ‫ﻦ‬‫ﻳ‬‫ﹶ‬‫ﺍ‬‫ﺀ‬َ‫ﻣ‬ُ‫ﻨ‬‫ﹸ‬‫ﻗ‬ ‫ﻮﺍ‬‫ﻮ‬‫ﺍ‬َ‫ﹶ‬‫ﺃ‬ْ‫ﻧ‬‫ﹸ‬‫ﻔ‬َ‫ﺴ‬‫ﹸ‬‫ﻜ‬ْ‫ﻢ‬َ‫ﻭ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬ْ‫ﻫ‬ِ‫ﻠ‬‫ﹸ‬‫ﻜ‬‫ﻴ‬ْ‫ﻢ‬َ‫ﻧ‬ً‫ﺭ‬‫ﺎ‬َ‫ﻭ‬ ‫ﺍ‬‫ﹸ‬‫ﻗ‬ُ‫ﺩ‬‫ﻮ‬‫ﹶ‬‫ﺎ‬‫ﻫ‬‫ﱠ‬‫ﻨ‬‫ﺍﻟ‬ُ‫ﺱ‬‫ﺎ‬
‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﻭﺍ‬ِ‫ﺤ‬َ‫ﺠ‬َ‫ﺭ‬‫ﺎ‬‫ﹸ‬‫ﺓ‬َ‫ﻋ‬‫ﹶ‬‫ﻠ‬ْ‫ﻴ‬َ‫ﻬ‬َ‫ﻣ‬ ‫ﺎ‬ِ‫ﺋ‬‫ﻶ‬‫ﹶ‬‫ﻜ‬‫ﹲ‬‫ﺔ‬ِ‫ﻏ‬‫ﹶ‬‫ﻼ‬‫ﹲ‬‫ﻅ‬ِ‫ﺷ‬َ‫ﺪ‬ٌ‫ﺩ‬‫ﺍ‬‫ﹶ‬‫ﻻ‬َ‫ﻳ‬ْ‫ﻌ‬ُ‫ﺼ‬‫ﹶ‬‫ﻥ‬‫ﻮ‬َ‫ﷲ‬‫ﺍ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬َ‫ﻣ‬َ‫ﺮ‬ُ‫ﻫ‬ْ‫ﻢ‬
َ‫ﻭ‬َ‫ﻳ‬‫ﹾ‬‫ﻔ‬َ‫ﻌ‬‫ﹸ‬‫ﻠ‬‫ﹶ‬‫ﻥ‬‫ﻮ‬َ‫ﻣ‬ُ‫ﻳ‬ ‫ﺎ‬ْ‫ﺆ‬َ‫ﻣ‬ُ‫ﺮ‬‫ﹶ‬‫ﻥ‬‫ﻭ‬
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan
keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia
dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras,
yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang
8
Ensiklopedia Islam terbitan Malaysian Encycopedia Research Center Berhad, Jilid 5 – Jihad Kafirin
ms 222.
9
http://iskandariah.tripod.com/jihad.html
diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang
diperintahkan.”10
Peringkat masyarakat pula menepati firman Allah dengan ayat berikut:
َ‫ﻦ‬ِ‫ﻣ‬ ٍ‫ﺕ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻛ‬َ‫ﺮ‬َ‫ﺑ‬ ْ‫ﻢ‬‫ﹺ‬‫ﻬ‬ْ‫ﻴ‬‫ﹶ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬ْ‫ﺤ‬َ‫ﺘ‬‫ﹶ‬‫ﻔ‬‫ﹶ‬‫ﻟ‬ ‫ْﺍ‬‫ﻮ‬‫ﹶ‬‫ﻘ‬‫ﱠ‬‫ﺗ‬‫َﺍ‬‫ﻭ‬ ‫ُﻮﺍ‬‫ﻨ‬َ‫ﻣ‬‫َﺍ‬‫ﺀ‬ ‫َﻯ‬‫ﺮ‬‫ﹸ‬‫ﻘ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ‫ﹶ‬‫ﻞ‬ْ‫ﻫ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬ ‫ﱠ‬‫ﻥ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬ ْ‫ﻮ‬‫ﹶ‬‫ﻟ‬َ‫ﻭ‬
‫ﹶ‬‫ﻥ‬‫ُﻮ‬‫ﺒ‬ِ‫ﺴ‬‫ﹾ‬‫ﻜ‬َ‫ﻳ‬ ‫ُﻮﺍ‬‫ﻧ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻛ‬ ‫َﺎ‬‫ﻤ‬‫ﹺ‬‫ﺑ‬ ْ‫ﻢ‬ُ‫ﻫ‬‫َﺎ‬‫ﻧ‬‫ﹾ‬‫ﺬ‬َ‫ﺧ‬‫ﹶ‬‫ﺄ‬‫ﹶ‬‫ﻓ‬ ‫ُﻮﺍ‬‫ﺑ‬‫ﱠ‬‫ﺬ‬‫ﹶ‬‫ﻛ‬ ْ‫ﻦ‬ِ‫ﻜ‬‫ﹶ‬‫ﻟ‬َ‫ﻭ‬ ‫ﹺ‬‫ﺽ‬ْ‫ﺭ‬َ‫ﻷ‬‫ﹾ‬‫ﺍ‬َ‫ﻭ‬ ِ‫ﺀ‬‫ﱠﻤﺂ‬‫ﺴ‬‫ﺍﻟ‬.
“Jika penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami
akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi,
tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa
mereka disebabkan perbuatannya.”11
Peringkat negara dan alam sejagat pula menepati firman Allah
dengan ayat berikut:
‫ﹶ‬‫ﻟ‬‫ﹶ‬‫ﻘ‬ْ‫ﺪ‬‫ﹶ‬‫ﻛ‬‫ﹶ‬‫ﻥ‬‫ﺎ‬ِ‫ﻟ‬َ‫ﺴ‬َ‫ﺒ‬‫ﹴ‬‫ﺈ‬‫ﹺ‬‫ﰱ‬‫ﹸﻮﺍ‬‫ﻠ‬‫ﹸ‬‫ﻛ‬ ‫ﹴ‬‫ﻝ‬‫َﺎ‬‫ﻤ‬ِ‫ﺷ‬َ‫ﻭ‬ ‫ﹴ‬‫ﲔ‬ِ‫ﻤ‬َ‫ﻳ‬ ْ‫ﻦ‬َ‫ﻋ‬ ِ‫ﻥ‬‫َﺎ‬‫ﺘ‬‫ﱠ‬‫ﻨ‬َ‫ﺟ‬ ‫ﹲ‬‫ﺔ‬َ‫ﻳ‬‫َﺍ‬‫ﺀ‬ ْ‫ﻢ‬‫ﹺ‬‫ﻬ‬‫ﹺ‬‫ﻨ‬‫ﹶ‬‫ﻜ‬ْ‫ﺴ‬َ‫ﻣ‬
ْ‫ﻦ‬ِ‫ﻣ‬ٌ‫ﺭ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻔ‬‫ﹶ‬‫ﻏ‬ ‫ﱞ‬‫ﺏ‬َ‫ﺭ‬َ‫ﻭ‬ ‫ﹲ‬‫ﺔ‬َ‫ﺒ‬ّ‫ﹺ‬‫ﻴ‬‫ﹶ‬‫ﻃ‬ ‫ﹲ‬‫ﺓ‬َ‫ﺪ‬‫ﹾ‬‫ﻠ‬َ‫ﺑ‬ ُ‫ﻪ‬‫ﹶ‬‫ﻟ‬ ‫ُﻭﺍ‬‫ﺮ‬‫ﹸ‬‫ﻜ‬ْ‫ﺷ‬‫َﺍ‬‫ﻭ‬ ْ‫ﻢ‬‫ﹸ‬‫ﻜ‬ّ‫ﹺ‬‫ﺑ‬َ‫ﺭ‬ ‫ﹺ‬‫ﻕ‬ْ‫ﺯ‬‫ﹺ‬‫ﺭ‬.
“Sesungguhnya bagi kaum Saba’ ada tanda (kekuasaan Tuhan) di
tempat kediaman mereka iaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan
di sebelah kiri. (kepada mereka dikatakan): “Makanlah olehmu dari
rezeki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu
kepada-Nya. (Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu)
adalah Tuhan Yang Maha Pengampun”.12
Selain itu, perjuangan Islam perlu ada peraturan dan strategi agar ia
tersusun dan mencapai matlamatnya.
Nabi saw senantiasa mengingatkan bahawa perjuangan Islam bermula
dengan perpaduan, ilmu dan adab. Perpaduan bererti bertindak sebagai satu
jamaah atau harakah dengan bersaf-saf (tersusun dan berbaris-baris menurut
taraf kepimpinan dan tanggungjawab).
Al-Quran mengiktiraf bahawa umat manusia berbangsa-bangsa dan tidak
semuanya seagama. Oleh itu, umat Islam perlu melihat kepelbagaian ini
10
Surah Al-Tahrim: 6
11
Surah Al-A’raf: 96
12
Surah Saba’:15
sebagai fitrah atau sunatullah. Ia tidak boleh diubah dengan memaksa orang
lain memeluk Islam. Kesedaran seseorang insan memeluk Islam ialah kerana
adanya hidaya dan taufik daripada Allah swt. Contohnya, pada saat akhir
pamannya Abu Talib, Nabi saw memujuknya agar membacakan kalimah
syahadah. Namun pamannya tidak menyebutnya. Nabi saw berdoa agar
Allah swt memasukkan pamannya di kalangan orang beriman. Namun Allah
menegaskan bahawa soal keimanan seseorang merupakan urusan-Nya.
Firman Allah swt :
َ‫ﺒ‬ْ‫ﺣ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬ ْ‫ﻦ‬َ‫ﻣ‬ ‫ِﻯ‬‫ﺪ‬ْ‫ﻬ‬َ‫ﺗ‬ ‫ﹶ‬‫ﻻ‬ َ‫ﻚ‬‫ﱠ‬‫ﻧ‬‫ﹺ‬‫ﺇ‬َ‫ﻮ‬ُ‫ﻫ‬َ‫ﻭ‬ ُ‫ﺀ‬‫َﺎ‬‫ﺸ‬‫ﱠ‬‫ﻳ‬ ‫َﻦ‬‫ﻣ‬ ‫ِﻯ‬‫ﺪ‬ْ‫ﻬ‬َ‫ﻳ‬ َ‫ﷲ‬‫ﺍ‬ ‫ﱠ‬‫ﻦ‬ِ‫ﻜ‬‫ﹶ‬‫ﻟ‬َ‫ﻭ‬ َ‫ﺖ‬ْ‫ﺒ‬
َ‫ﻦ‬‫ِﻳ‬‫ﺪ‬َ‫ﺘ‬ْ‫ﻬ‬ُ‫ﻤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﹺﺎ‬‫ﺑ‬ ُ‫ﻢ‬‫ﹶ‬‫ﻠ‬ْ‫ﻋ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬.
Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk
kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi
petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya dan Allah lebih
mengetahui orang-orang yang diberi petunjuk.13
ّ‫ﹺ‬‫ﻲ‬َ‫ﻐ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ َ‫ﻦ‬ِ‫ﻣ‬ ُ‫ﺪ‬ْ‫ﺷ‬‫ﱡ‬‫ﺮ‬‫ﺍﻟ‬ َ‫ﻦ‬‫ﱠ‬‫ﻴ‬َ‫ﺒ‬َ‫ﺗ‬ ْ‫ﺪ‬‫ﹶ‬‫ﻗ‬ ‫ﹺ‬‫ﻦ‬‫ّﻳ‬ِ‫ﺪ‬‫ﺍﻟ‬ ‫ﹺ‬‫ﰱ‬ َ‫ﻩ‬‫َﺍ‬‫ﺮ‬‫ﹾ‬‫ﻛ‬‫ﹺ‬‫ﺇ‬ ‫ﹶ‬‫ﻻ‬.
Tiada paksaan untuk memasuki agama Islam. Sesungguhnya
telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat.14
Jelasnya, Islam tidak pernah memaksa sesiapa pun kepada islamnya, dan
ayat berikut membuktikan lagi dengan lebih jelas iaitu ayat “Lakum
Diinukum Waliya Diin” yakni kamu tetap dengan kepercayaanmu, dan kami
tetap dengan kepercayaan kami. Tegasnya, tidak dibolehkan si Muslim itu
memaksa orang menganut agamanya secara paksaan atau dengan kekerasan.
Jihad Menentang Kekufuran
Nabi saw lebih mengutamakan umatnya menentang kekufuran iaitu
apa jua hal yang boleh membuat mereka terkeluar daripada keimanan.
Antara pesanan beliau yang boleh membawa kekufuran ialah:
• Kemiskinan
• Rasuah
• Buta huruf
• Kezaliman
• Salah laku seks
13
Surah Al-Qasas:56
14
Surah Al-Baqarah: 256
• Penipuan
Malangnya dalam satu kajian Bank Dunia dan juga tinjauan
pembangunan manusia di Timur Tengah, hal-hal kekufuran tadi berlaku
dalam masyarakat Islam.
Sayugia diingat, daripada 1.2 bilion jiwa umat Islam, sepertiga hidup
di bawah paras kemiskinan mutlak. Apabila miskin, umat Islam sukar
mendapatkan pendidikan yang sempurna. Buta huruf menjejas mereka
mendalami Islam dan ilmu-ilmu penting untuk maju.
Dari segi kezaliman, didapati banyak umat Islam berada di bawah
pemerintahan yang menindas atau tidak memberikan hak kebebasan
bersuara untuk memilih pemimpin mereka.
Dari segi salah laku seks, termasuk pelacuran dan perdagangan
manusia (jual beli perempuan atau kanak-kanak), perangkaan dunia
menunjukkan ia amat meluas di kalangan negara majoriti Islam. Malah
angka Aids juga agak tinggi seperti di kalangan masyarakat Islam di
Tanzania.
STRATEGI BERTERASKAN ILMU DAN HIKMAH
Selain wahyu pertama yang mendorong orang Islam ‘membaca’ dan
‘menulis’, hampir 50 peratus ayat Quran merujuk mengenai ilmu atau
perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
Allah swt menegaskan bahawa seorang mukmin tidak harus berputus asa
dalam berdakwah (dengan Quran) kepada orang kafir sebagaimana firman
Allah swt dalam Surah Al-Furqan ayat 52 :
‫ًﺍ‬‫ﲑ‬‫ﹺ‬‫ﺒ‬‫ﹶ‬‫ﻛ‬ ‫ًﺍ‬‫ﺩ‬‫َﺎ‬‫ﻬ‬‫ﹺ‬‫ﺟ‬ ِ‫ﻪ‬‫ﹺ‬‫ﺑ‬ ْ‫ﻢ‬ُ‫ﻫ‬ْ‫ﺪ‬ِ‫ﻫ‬‫َﺎ‬‫ﺟ‬َ‫ﻭ‬ َ‫ﻦ‬‫ﹺﻳ‬‫ﺮ‬ِ‫ﻓ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻜ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ‫ﹺ‬‫ﻊ‬ِ‫ﻄ‬ُ‫ﺗ‬ ‫ﹶ‬‫ﻼ‬‫ﹶ‬‫ﻓ‬.
Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir, dan
berjihadlah terhadap mereka dengan Al-Quran dengan jihad
yang besar.15
Malah dalam berdepan dengan penceroboh atau pengganas, Islam
menyeru jalan damai. Tetapi jika jalan damai tidak dapat diperolehi, maka
tiada pilihan selain tindakan ketenteraan yang bertujuan membela diri.
15
Al Furqan:52
Dalam hadis Bukhari, Sayidatina Aisyah ra meriwayatkan jika ada dua
pilihan terbentang kepada Rasulullah saw, Baginda akan meninggalkan
pilihan yang sukar.
Menurut Muhammad Hassanein Heikal dalam Riwayat Hidup Nabi
Muhammad, Baginda senantiasa memilih jalan lembut dan aman demi
merubah keadaan masyarakatnya. Malah ketinggian pekerti Baginda turut
dinyatakan oleh musuhnya seperti Abu Sufyan sebelum beliau memeluki
agama Islam yang mengadap maharaja Rom, Heraclius.
Keseluruhan hidup Baginda memaparkan cara-cara pragmatik dalam
menghadapi apa jua keadaan iaitu:
• Hindari sengketa dan bina keharmonian;
• Utamakan rundingan dan hindari keganasan;
• Dapatkah kesepakatan dan jalin hubungan baik; dan
• Sebarkan rasa persaudaraan sesama Islam dan sesama manusia.
Sewaktu Rasulullah saw memasuki Makkah, terdapat lebih 360 berhala di
sekitar Kaabah. Turun wahyu menyuruh Rasulullah saw mensucikan Kaabah.
Namun dalam suasana yang masih berkecamuk, Rasulullah saw tidak terus
menghapuskan berhala, tetapi menyampaikan seruan tauhid. Kehadiran
Rasulullah saw pada ketika itu bersama 10,000 perajurit Islam. Namun
Baginda tidak menggunakan kuasa ketenteraan untuk membalas dendam.
Konsep perjuangan damai Rasulullah saw telah menjadi ikutan umat
manusia di serata dunia seperti dalam perjuangan Mahatma Karamchand
Gandhi untuk memerdekakan India daripada penjajahan dan gerakan
menegakkan hak asasi kulit hitam Amerika Syarikat oleh Dr Martin Luther
King, Jr.
Umat Islam wajib meneruskan cara damai Rasulullah saw dalam berjihad
seperti mewujudkan badan bantuan hak asasi antarabangsa untuk membela
insan yang tersepit di mana jua. Cara ini juga sebagai dakwah yang
membuktikan salam damai Islam dan setiap adanya orang Islam, pasti
keadilan dan pembelaan terpelihara.

More Related Content

What's hot

Mukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan Orientalis
Mukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan OrientalisMukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan Orientalis
Mukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan OrientalisEzad Azraai Jamsari
 
Perkembangan Pendidikan Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Pendidikan Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah Perkembangan Pendidikan Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Pendidikan Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah Nur Zaki
 
Kaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan malik
Kaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan malikKaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan malik
Kaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan maliknormizan
 
Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)hudhud321
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanSyaza Mohd Sabri
 
Sirah perutusan kpd raja2
Sirah perutusan kpd raja2Sirah perutusan kpd raja2
Sirah perutusan kpd raja2shirahz
 
Mukjizat Al-Quran
Mukjizat Al-QuranMukjizat Al-Quran
Mukjizat Al-QuranPQah Zatiey
 
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyahPerkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyahKhairul Anwar
 
Maf’ul Mutlak
Maf’ul MutlakMaf’ul Mutlak
Maf’ul MutlakUniSZA
 
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman SahabatSejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman SahabatNoor Aziah Mamat
 
Israiliyat Dalam Tafsir
Israiliyat Dalam TafsirIsrailiyat Dalam Tafsir
Israiliyat Dalam TafsirFarra Shahirra
 
Nota PIMK 3033 Pengajian Sirah
Nota PIMK 3033 Pengajian SirahNota PIMK 3033 Pengajian Sirah
Nota PIMK 3033 Pengajian SirahMualimah Mumtaz
 
Maksud taqwa menurut imam ghazali
Maksud taqwa menurut imam ghazaliMaksud taqwa menurut imam ghazali
Maksud taqwa menurut imam ghazaliJaladi Muda
 
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAHADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAHanuar2u
 

What's hot (20)

Mukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan Orientalis
Mukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan OrientalisMukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan Orientalis
Mukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan Orientalis
 
Perkembangan Pendidikan Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Pendidikan Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah Perkembangan Pendidikan Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
Perkembangan Pendidikan Pada Zaman Kerajaan Abbasiyah
 
Kaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan malik
Kaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan malikKaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan malik
Kaedah dan teknik pengajaran tokoh pendidikan islam abu hanifah dan malik
 
Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)
 
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazanKaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
Kaedah dan teknik pengajaran tilawah al quran dan hafazan
 
Kuliah 2 - Cabaran Dakwah.pptx
Kuliah 2 - Cabaran Dakwah.pptxKuliah 2 - Cabaran Dakwah.pptx
Kuliah 2 - Cabaran Dakwah.pptx
 
Sirah perutusan kpd raja2
Sirah perutusan kpd raja2Sirah perutusan kpd raja2
Sirah perutusan kpd raja2
 
Mukjizat Al-Quran
Mukjizat Al-QuranMukjizat Al-Quran
Mukjizat Al-Quran
 
Piagam Madinah
Piagam MadinahPiagam Madinah
Piagam Madinah
 
Hadis Dhaif
Hadis DhaifHadis Dhaif
Hadis Dhaif
 
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyahPerkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
Perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan abbasiyyah
 
Maf’ul Mutlak
Maf’ul MutlakMaf’ul Mutlak
Maf’ul Mutlak
 
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman SahabatSejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Sahabat
 
Israiliyat Dalam Tafsir
Israiliyat Dalam TafsirIsrailiyat Dalam Tafsir
Israiliyat Dalam Tafsir
 
Perang Jamal dan Perang Siffin
Perang Jamal dan Perang SiffinPerang Jamal dan Perang Siffin
Perang Jamal dan Perang Siffin
 
Kk mukjizat
Kk mukjizatKk mukjizat
Kk mukjizat
 
Nota PIMK 3033 Pengajian Sirah
Nota PIMK 3033 Pengajian SirahNota PIMK 3033 Pengajian Sirah
Nota PIMK 3033 Pengajian Sirah
 
Maksud taqwa menurut imam ghazali
Maksud taqwa menurut imam ghazaliMaksud taqwa menurut imam ghazali
Maksud taqwa menurut imam ghazali
 
Pengantar Fiqh Sirah
Pengantar Fiqh SirahPengantar Fiqh Sirah
Pengantar Fiqh Sirah
 
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAHADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
ADAB SEM 1 AKHLAK ISLAMIYAH
 

Similar to Jihad zaman rasulullah s.a.w

Dakwah rasulullah pada periode mekah dan madinah
Dakwah rasulullah pada periode mekah dan madinahDakwah rasulullah pada periode mekah dan madinah
Dakwah rasulullah pada periode mekah dan madinahirfi bifadlillah
 
3. Sejak Kenabian Hingga Hijrah Nabi saw
3. Sejak Kenabian Hingga Hijrah Nabi saw3. Sejak Kenabian Hingga Hijrah Nabi saw
3. Sejak Kenabian Hingga Hijrah Nabi sawMuhammad Jamhuri
 
Pertumbuhan peradaban islam pada masa nabi
Pertumbuhan peradaban islam pada masa nabiPertumbuhan peradaban islam pada masa nabi
Pertumbuhan peradaban islam pada masa nabiRoni Patihan
 
M8 Tariqah Dakwah Rasulullah
M8 Tariqah Dakwah RasulullahM8 Tariqah Dakwah Rasulullah
M8 Tariqah Dakwah Rasulullahcucur
 
Keteladanan rasulullah saw periode madinah
Keteladanan rasulullah saw periode madinahKeteladanan rasulullah saw periode madinah
Keteladanan rasulullah saw periode madinahdinailmikamila
 
Sejarah dakwah rasulullah periode madinah
Sejarah dakwah rasulullah periode madinahSejarah dakwah rasulullah periode madinah
Sejarah dakwah rasulullah periode madinahMazidatur Rizqiyah
 
Bab 12 keteladanan rasulullah saw periode madinah
Bab 12 keteladanan rasulullah saw periode madinahBab 12 keteladanan rasulullah saw periode madinah
Bab 12 keteladanan rasulullah saw periode madinahNova Muryani
 
Ibn taimiyah-mukhtarat-iqtidha-ash-shirathal-mustaqim
Ibn taimiyah-mukhtarat-iqtidha-ash-shirathal-mustaqimIbn taimiyah-mukhtarat-iqtidha-ash-shirathal-mustaqim
Ibn taimiyah-mukhtarat-iqtidha-ash-shirathal-mustaqimTaufik Hidayat
 
Hadis pilihan himpunan 50
Hadis pilihan himpunan 50Hadis pilihan himpunan 50
Hadis pilihan himpunan 50Helmon Chan
 
Dakwah nabi muhammad saw periode mekkah
Dakwah nabi muhammad saw periode mekkahDakwah nabi muhammad saw periode mekkah
Dakwah nabi muhammad saw periode mekkahSaidah Astuti
 
Materi soal dan jawaban mata kuliah sejarah peradaban islam
Materi soal dan jawaban mata kuliah sejarah peradaban islamMateri soal dan jawaban mata kuliah sejarah peradaban islam
Materi soal dan jawaban mata kuliah sejarah peradaban islamRohman Efendi
 
Agama islam bab strategi dakwah Rasulullah Muhammad SAW. periode Mekkah
Agama islam bab strategi dakwah Rasulullah Muhammad SAW. periode MekkahAgama islam bab strategi dakwah Rasulullah Muhammad SAW. periode Mekkah
Agama islam bab strategi dakwah Rasulullah Muhammad SAW. periode MekkahSiswan Afandi
 
11.2.Persekitaran Awal Tamadun Islam
11.2.Persekitaran Awal Tamadun Islam11.2.Persekitaran Awal Tamadun Islam
11.2.Persekitaran Awal Tamadun IslamWanBK Leo
 

Similar to Jihad zaman rasulullah s.a.w (20)

Bab 9 dakwah di madinah
Bab 9 dakwah di madinahBab 9 dakwah di madinah
Bab 9 dakwah di madinah
 
Dakwah rasulullah pada periode mekah dan madinah
Dakwah rasulullah pada periode mekah dan madinahDakwah rasulullah pada periode mekah dan madinah
Dakwah rasulullah pada periode mekah dan madinah
 
Daftar isi
Daftar isiDaftar isi
Daftar isi
 
Daftar isi 1
Daftar isi 1Daftar isi 1
Daftar isi 1
 
3. Sejak Kenabian Hingga Hijrah Nabi saw
3. Sejak Kenabian Hingga Hijrah Nabi saw3. Sejak Kenabian Hingga Hijrah Nabi saw
3. Sejak Kenabian Hingga Hijrah Nabi saw
 
Pertumbuhan peradaban islam pada masa nabi
Pertumbuhan peradaban islam pada masa nabiPertumbuhan peradaban islam pada masa nabi
Pertumbuhan peradaban islam pada masa nabi
 
M8 Tariqah Dakwah Rasulullah
M8 Tariqah Dakwah RasulullahM8 Tariqah Dakwah Rasulullah
M8 Tariqah Dakwah Rasulullah
 
Keteladanan rasulullah saw periode madinah
Keteladanan rasulullah saw periode madinahKeteladanan rasulullah saw periode madinah
Keteladanan rasulullah saw periode madinah
 
Sejarah dakwah rasulullah periode madinah
Sejarah dakwah rasulullah periode madinahSejarah dakwah rasulullah periode madinah
Sejarah dakwah rasulullah periode madinah
 
Bab 12 keteladanan rasulullah saw periode madinah
Bab 12 keteladanan rasulullah saw periode madinahBab 12 keteladanan rasulullah saw periode madinah
Bab 12 keteladanan rasulullah saw periode madinah
 
Bab 12
Bab 12Bab 12
Bab 12
 
Bab 12
Bab 12Bab 12
Bab 12
 
Ibn taimiyah-mukhtarat-iqtidha-ash-shirathal-mustaqim
Ibn taimiyah-mukhtarat-iqtidha-ash-shirathal-mustaqimIbn taimiyah-mukhtarat-iqtidha-ash-shirathal-mustaqim
Ibn taimiyah-mukhtarat-iqtidha-ash-shirathal-mustaqim
 
Hadis pilihan himpunan 50
Hadis pilihan himpunan 50Hadis pilihan himpunan 50
Hadis pilihan himpunan 50
 
Tugas pai
Tugas paiTugas pai
Tugas pai
 
Dakwah nabi muhammad saw periode mekkah
Dakwah nabi muhammad saw periode mekkahDakwah nabi muhammad saw periode mekkah
Dakwah nabi muhammad saw periode mekkah
 
Materi soal dan jawaban mata kuliah sejarah peradaban islam
Materi soal dan jawaban mata kuliah sejarah peradaban islamMateri soal dan jawaban mata kuliah sejarah peradaban islam
Materi soal dan jawaban mata kuliah sejarah peradaban islam
 
Dakwah Rasulullah Periode Madinah
Dakwah Rasulullah Periode MadinahDakwah Rasulullah Periode Madinah
Dakwah Rasulullah Periode Madinah
 
Agama islam bab strategi dakwah Rasulullah Muhammad SAW. periode Mekkah
Agama islam bab strategi dakwah Rasulullah Muhammad SAW. periode MekkahAgama islam bab strategi dakwah Rasulullah Muhammad SAW. periode Mekkah
Agama islam bab strategi dakwah Rasulullah Muhammad SAW. periode Mekkah
 
11.2.Persekitaran Awal Tamadun Islam
11.2.Persekitaran Awal Tamadun Islam11.2.Persekitaran Awal Tamadun Islam
11.2.Persekitaran Awal Tamadun Islam
 

More from Azmi Mohd Zain

More from Azmi Mohd Zain (10)

T1 pelaksanaan kurikulum pendidikan islam tahun 1
T1 pelaksanaan kurikulum pendidikan islam tahun 1T1 pelaksanaan kurikulum pendidikan islam tahun 1
T1 pelaksanaan kurikulum pendidikan islam tahun 1
 
Isi pelajaran
Isi pelajaranIsi pelajaran
Isi pelajaran
 
Bibliografi
BibliografiBibliografi
Bibliografi
 
Refleksi
RefleksiRefleksi
Refleksi
 
Pedagogi
PedagogiPedagogi
Pedagogi
 
Rph isi ngajar
Rph isi ngajarRph isi ngajar
Rph isi ngajar
 
Skrap kakak
Skrap kakakSkrap kakak
Skrap kakak
 
Teks muhasabah 2
Teks muhasabah 2Teks muhasabah 2
Teks muhasabah 2
 
Sirah nabawiyah mustafa as-sibaie
Sirah nabawiyah  mustafa as-sibaieSirah nabawiyah  mustafa as-sibaie
Sirah nabawiyah mustafa as-sibaie
 
14 alasan-merindukan-ramadhan
14 alasan-merindukan-ramadhan14 alasan-merindukan-ramadhan
14 alasan-merindukan-ramadhan
 

Jihad zaman rasulullah s.a.w

  • 1. JIHAD ZAMAN RASULULLAH SAW Apa jua yang menjadi dasar dalam Al-Quran perlu difahami dalam konteks pelaksanaannya ketika zaman Rasulullah saw dan para sahabat. Penjelasan selanjutnya pula hendaklah bersandarkan ijmak (pendapat sepakat) para ulama Islam yang benar-benar faham tentang maksud dan liku- liku Jihad dan komited bersesuaian dengan Qiyas serta Maslahat dan Maqasid Syariah. Begitulah juga dengan pemahaman mengenai jihad. Ia merupakan antara tanggungjawab umat Islam agar mencapai matlamat umat sederhana dan contoh terbaik daripada sekalian umat manusia. Sejarah perjuangan Rasulullah saw merupakan contoh jihad yang klasik dari permulaan Baginda diangkat sebagai Rasul pada usia 40 tahun sehingga terbina negara Islam di Madinah dengan pemerintahannya dan pentadbirannya sebagai negara Islam sehingga wafatnya dalam usia 63 tahun, kemudian diikuti pula oleh Khulafaur Rasyidin. MENYUSUR JIHAD JIHAD SECARA DAKWAH a. Tahap Selindung Rasulullah saw menyebarkan Islam bermula dengan keluarganya iaitu isterinya, Khadijah, dan kemudian jiran dan sahabatnya, Abu Bakar. Jihadnya atau dakwah dilakukan secara penuh hikmah, timbang rasa (simpati), halus budi pekerti dan berselindung kerana menyedari masyarakat Makkah masih berpegang kuat pada amalan nenek moyang mereka iaitu menyembah berhala yang banyak terdapat di sekeliling Kaabah. Baginda menjadikan rumah Arqam sebagai pusat melatih para da’i atau pendakwah kental. Namun akhirnya dakwah Baginda dapat dikesan oleh penduduk Makkah yang mengancam nyawanya dan para pengikutnya. Para hamba yang memeluk agama Islam seperti Bilal bin Abu Rabah diseksa oleh majikan, tetapi para sahabat yang berharta seperti Abu Bakar telah menebus mereka, dan banyak lagi contoh-contoh yang serupa ini dari tokoh-tokohnya yang lain. Baginda dilindungi oleh kalangan yang berpengaruh, termasuklah isterinya Khadijah, seorang bangsawan dan hartawan dan pamannya,
  • 2. Abu Talib, antara orang tua-tua Bani Hashim yang mengelolakan Kaabah dari zaman berzaman. b. Tahap Terang-Terangan Baginda ingin menjadikan jihad iaitu dakwahnya secara terang- terangan dengan sering berdoa agar salah seorang daripada dua tokoh yang memusuhinya agar memeluk agama Islam, iaitu Amru Bin Hisyam (Abu Jahal) dan Omar Bin Al-Khattab yang memeluk agama Islam dan kemudian membentuk barisan ‘pertahanan’ yang disegani penduduk Makkah. Dalam tahun ke-10 kenabiannya, dua orang tunjangan Baginda, Khadijah dan Abu Talib, pulang ke rahmatullah berturut-turut. Dakwah Baginda berada di peringkat runcing kerana penganiayaan penduduk Makkah. Baginda telah cuba berdakwah di Taif tetapi dihalau dan dibaling batu oleh penduduk di sana. Selepas itu, Baginda melaksanakan Israk dan Mikraj untuk menguatkan hatinya agar dapat meneruskan tugasnya ketahap selanjutnya bagi pengembangan Islam. Rasulullah saw telah meminta para sahabat berhijrah ke Habsyah untuk melindungkan diri daripada penganiayaan. c. Tahap Hijrah Pada tahun ke-13 kenabiannya, atas nasihat para sahabat yang amat bimbang dan tentulah mendapat petunjuk Ilahi, maka Baginda memutuskan berhijrah ke Madinah. Mentelah sudah ada penduduk Madinah yang memeluk agama Islam dan mereka menggesa Nabi saw bermukim di kota mereka. Dalam 10 tahun di Madinah, berlaku perkembangan Islam yang amat pesat. Oleh itu, hijrah merupakan satu lambang perubahan minda atau anjakan paradigma dalam seluruh perjuangan Rasulullah saw. Falsafah di sebaliknya begitu luas untuk dijangkau. d. Tahap Pengukuhan dan Pembangunan Di Madinah, Baginda telah:
  • 3. 1. Mengikat tali persaudaraan antara dua kaum di Madinah yang sering bertikai antara Aus dan Khazraj dan menamakan mereka kaum Ansar (pembela Islam). Kemudian Ansar dipertautkan dengan para pendatang dari Makkah, Muhajir. 2. Membangun prasarana khususnya masjid yang tercantum di dalamnya pusat pentabdiran, pendidikan dan sosial. 3. Mengatur perlembagaan iaitu Piagam Madinah yang merupakan asas pembentukan negara. Inilah piagam pertama dunia yang mengiktiraf hak asasi dan memberikan perlindungan kepada amalan beragama secara harmoni. 4. Mengatur pentadbiran awam meliputi bantuan kebajikan. 5. Mengatur dasar pertahanan dan hubungan luar (antarabangsa) menerusi *pengutusan wakil, surat menyurat dan perjanjian. Oleh itu, dakwah serta jihad Baginda amat teratur dan amat menurut perkembangan yang sesuai. Mengapakah Baginda tidak memilih untuk mengumpulkan pasukan gerila di Makkah dalam melawan golongan kafir? Tentu ini merupakan pilihan Baginda yang baik. Tetapi beliau tidak melakukannyasama sekali kerana Baginda diutus ke dunia sebagai ‘rahmat seluruh alam’. Mesejnya bersifat damai dan menjerus kearah ketenangan. JIHAD SECARA QITAL (PERANG) Konsep Pertahanan Mengapakah Baginda memilih untuk berperang? Sebenarnya setelah tertubuh negara Madinah, ancaman terus meningkat – sama ada dari dalam dan juga dari sekelilingi, terutama penduduk Makkah yang amat iri hati dan bertekad untuk menghancurkan Baginda dan umat Islam. Usaha Baginda untuk berbaik-baik dengan jiran-jiran sekeliling terus dibantah dan dihina. Malah utusan Baginda ditangkap, diseksa dan dibunuh. Dalam konteks inilah turun wahyu yang bermaksud: َ‫ﻦ‬‫ِﻳ‬‫ﺬ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬ِ‫ﻟ‬ ‫ﹶ‬‫ﻥ‬ِ‫ﺫ‬‫ﹸ‬‫ﺃ‬َ‫ﺗ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻘ‬ُ‫ﻳ‬َ‫ﻭ‬ ‫ُﻮﺍ‬‫ﻤ‬ِ‫ﻠ‬‫ﹸ‬‫ﻇ‬ ْ‫ﻢ‬ُ‫ﻬ‬‫ﱠ‬‫ﻧ‬‫ﹶ‬‫ﺄ‬‫ﹺ‬‫ﺑ‬ ‫ﹶ‬‫ﻥ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻠ‬‫ﺃ‬َ‫ﻰ‬‫َﻠ‬‫ﻋ‬ َ‫ﷲ‬‫ﺍ‬ ‫ﱠ‬‫ﻥ‬ ٌ‫ﺮ‬‫ِﻳ‬‫ﺪ‬‫ﹶ‬‫ﻘ‬‫ﹶ‬‫ﻟ‬ ْ‫ﻢ‬ِ‫ﻫ‬‫ﹺ‬‫ﺮ‬ْ‫ﺼ‬َ‫ﻧ‬.ّ‫ﹴ‬‫ﻖ‬َ‫ﺣ‬ ‫ﹺ‬‫ﺮ‬ْ‫ﻴ‬َ‫ﻐ‬‫ﹺ‬‫ﺑ‬ ْ‫ﻢ‬ِ‫ﻫ‬‫ﹺ‬‫ﺭ‬‫َﺎ‬‫ﻳ‬ِ‫ﺩ‬ ْ‫ﻦ‬ِ‫ﻣ‬ ‫ُﻮﺍ‬‫ﺟ‬‫ﹺ‬‫ﺮ‬ْ‫ﺧ‬‫ﹸ‬‫ﺃ‬ َ‫ﻦ‬‫ِﻳ‬‫ﺬ‬ّّ‫ﹼ‬‫ﻟ‬‫ﹶ‬‫ﺍ‬ ْ‫ﻢ‬ُ‫ﻬ‬َ‫ﻀ‬ْ‫ﻌ‬َ‫ﺑ‬ َ‫ﺱ‬‫ﱠﺎ‬‫ﻨ‬‫ﺍﻟ‬ ِ‫ﷲ‬‫ﺍ‬ ُ‫ﻊ‬‫ﹾ‬‫ﻓ‬َ‫ﺩ‬ ‫ﹶ‬‫ﻻ‬ْ‫ﻮ‬‫ﹶ‬‫ﻟ‬َ‫ﻭ‬ ُ‫ﷲ‬‫ﺍ‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬‫ﱡ‬‫ﺑ‬َ‫ﺭ‬ ‫ﹸﻮﺍ‬‫ﻟ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻘ‬‫ﱠ‬‫ﻳ‬ ‫ﹶﻥ‬‫ﺃ‬ ‫ﱠ‬‫ﻻ‬‫ﹺ‬‫ﺇ‬ َ‫ﻮ‬‫ﹶ‬‫ﻠ‬َ‫ﺻ‬َ‫ﻭ‬ ٌ‫ﻊ‬َ‫ﻴ‬‫ﹺ‬‫ﺑ‬َ‫ﻭ‬ ُ‫ﻊ‬ِ‫ﻣ‬‫َﺍ‬‫ﻮ‬َ‫ﺻ‬ ْ‫ﺖ‬َ‫ﻣ‬ِ‫ﺪ‬ُ‫ﻬ‬‫ﹶ‬‫ﻟ‬ ‫ﹴ‬‫ﺾ‬ْ‫ﻌ‬َ‫ﺒ‬‫ﹺ‬‫ﺑ‬ُ‫ﺪ‬‫ﹺ‬‫ﺟ‬‫َﺎ‬‫ﺴ‬َ‫ﻣ‬َ‫ﻭ‬ ٌ‫ﺕ‬‫ﺍ‬
  • 4. ‫ﱠ‬‫ﻥ‬‫ﹺ‬‫ﺇ‬ ُ‫ﻩ‬ُ‫ﺮ‬ُ‫ﺼ‬ْ‫ﻨ‬َ‫ﻳ‬ ْ‫ﻦ‬َ‫ﻣ‬ ُ‫ﷲ‬‫ﺍ‬ ‫ﱠ‬‫ﻥ‬َ‫ﺮ‬ُ‫ﺼ‬ْ‫ﻨ‬َ‫ﻴ‬‫ﹶ‬‫ﻟ‬َ‫ﻭ‬ ‫ًﺍ‬‫ﲑ‬ِ‫ﺜ‬‫ﹶ‬‫ﻛ‬ ِ‫ﷲ‬‫ﺍ‬ ُ‫ﻢ‬ْ‫ﺳ‬‫ﺍ‬ ‫َﺎ‬‫ﻬ‬‫ِﻴ‬‫ﻓ‬ ُ‫ﺮ‬‫ﹶ‬‫ﻛ‬‫ﹾ‬‫ﺬ‬ُ‫ﻳ‬ ٌ‫ﺰ‬‫ﹺﻳ‬‫ﺰ‬َ‫ﻋ‬ ‫ﱞ‬‫ﻱ‬‫ﹺ‬‫ﻮ‬‫ﹶ‬‫ﻘ‬‫ﹶ‬‫ﻟ‬ َ‫ﷲ‬‫ﺍ‬. “Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi (kaum Muslimin), kerana sesungguhnya mereka telah dianiayai. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berkuasa menolong mereka itu, (iaitu) orang-orang yang diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: Tuhan kami hanyalah Allah Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang alain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah- rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong agamaNya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa .”1 Maka ketika inilah, jihad Baginda bersifat qital iaitu berperang dalam rangka bela diri. Maksud bela diri ialah umat Islam tidak memulakan perang tetapi bertahan menanti musuh. Namun Rasulullah saw menetapkan medan perang hendaklah jauh dari tempat singgah penempatan awam demi mengelakkan pembunuhan orang awam. Sirah mencatatkan Baginda menyertai 26 peperangan. Tetapi hanya tiga medan saja yang Baginda sertai iaitu Badr, Uhud dan Khandak. Selebihnya Baginda mengarahkan para panglimanya untuk bertindak dengan bijak dan berperi kemanusiaan. Jika diteliti dengan lebih mendalam akan sebab-sebab peperangan itu berlaku, maka kita dapati ia lebih berdifat defensif, tujuannya tidak lain ialah bagi mempertahankan diri, masyarakat dan negara. Ayat-ayat al-Quran sudah menjelaskan bahawa peperangan dalam Islam hanya tercetus apabila orang Islam mendapat isyarat atau keizinan daripada Allah menerusi wahyu yang disampaikan kepada Nabi Muhammad saw. Ini bermakna bahawa konsep peperangan dalam Islam ada kaitannya dengan pemerintah atau suruhan Allah. Dia (Allah) lebih mengetahui penderitaan yang dialami orang Islam. Dengan sebab itu, dia memerintahkan berjihad (berperang kerana mempertahankan diri, negara dan agama. 1 Surah Al Hajj: 39-40
  • 5. Prinsip Perang Baginda telah menetapkan prinsip perang berdasarkan bela diri seperti berikut: 1 Melindungi nyawa tawanan perang yang sudah menyerah diri. Malah Sirah mencatatkan bahawa tawanan perang itu diberikan pilihan untuk terus di penjara atau melakukan amal kebajikan seperti mengajar membaca dan menulis. 2 Tidak menjejas orang awam dan harta benda, malah sekitaran: “Jadi, janganlah kamu membunuh anak-anak kecil, hamba yang digaji dan perempuan...” “Jangan membunuh wanita, kanak-kanak kecil dan mereka yang telah berumur. Janganlah kamu membakar tumbuhan-tumbuhan kurma, mencabut tumbuhan-tumbuhan serta memusnahkan rumah-rumah.”2 “Punyai belas kasihan kepada mereka yang didunia ini dan Dia yang di Syurga akan belas kasihan kepadamu.” 3 “Allah tidak akan memberikan belas kasihannya kepada sesiapa sahaja yang tidak mempunyai belas kasihan terhadap sekalian manusia.”4 Tegasnya aspek qital bukanlah aspek utama dalam pengembangan Islam. Ia terpaksa dilakukan jika tiada pilihan lain iaitu antara hidup dengan mati. Namun salah faham berlaku, terutama yang sering diperbesarkan oleh sejarawan asing bahawa kononnya Islam mula berkembang dengan pedang. Malangnya dalam zaman mutakhir, kegiatan pembangkit Islam telah menggunakan pengganasan sebagai kaedah atau strategi mereka. Jadi, dakwaan para sejarawan asing itu menjadi mudah diterima oleh majoriti umat manusia yang bukan Islam. Mufti, Syeikh ‘Atiyyah Saqr, Mantan Ketua Lembaga Fatwa Al-Azhar ada menerangkan di dalam fatwanya yang bertajuk ‘Jihad di dalam Islam: Pencegahan atau Pertahanan?’ seperti berikut: “Jihad itu ialah salah satu daripada perkataan yang telah disalahfaham pengertiannya dan disalahguna istilahnya dari segi 2 Riwayat Tirmizi dan Abu Dawud 3 Riwayat Tirmizi dan Abu Dawud 4 Riwayat Bukhari dan Muslim.
  • 6. Islam. Ada beberapa Muslim yang mengeksploitasikan dan menyalahgunakan konsep ini atas dasar tujuan politik mereka sendiri. Ramai yang bukan Islam jua salah faham pengertiannya. Ada juga di antara mereka yang telah menyalahtafsir akannya dengan tujuan memberi gambaran yang tidak baik kepada Islam dan umatnya. Kerana itulah, perkataan ‘Jihad’ telah disalahgunakan kerana salah faham akan maksud sebenarnya. Perkataan ‘Jihad’ itu berasal daripada bahasa Arab jahd, yang bermakna keletihan atau daripada perkataan juhd yang bermakna usaha. Seorang mujahid itu adalah orang yang berusaha kerana Allah swt dan berusaha bersungguh-sungguh dan ini akan membuatnya keletihan. Jihad bermakna bersungguh-sungguh kerana ingin mencapai tujuan atau untuk ‘mencegahkan sesuatu yang tidak diingini’. Ia juga boleh dikatakan sebagai satu usaha yang akan membawa kepada kebaikan atau pun untuk mencegahkan daripada keburukan. Jihad boleh dilakukan melalui apa cara sekalipun dari segi kebendaan mahupun dari segi moral. Antara jenis jihad ialah perjuangan nafsu, syaitan, kemiskinan, buta huruf dan penyakit serta segala kejahatan di dunia ini. Ada banyak kitab yang menerangkan tentang pembahagian Jihad. Satu daripada pengertian jihad ialah untuk mempertahankan diri, harta benda serta maruah. Mereka yang meninggal dunia apabila sedang berjihad dianggap mati syahid, sebagaimana yang telah disahkan oleh sebuah hadith Rasulluh saw. Jihad juga dilakukan untuk membanteras penindasan di sesebuah negara dan kepada apa jua yang dianggap suci, atau pun untuk menghadapi mereka yang cuba menghalang panggilan kebenaran.” Justeru itu, Jihad bukanlah sebagai senjata untuk mengisytiharkan peperangan ke atas mereka yang tidak bersalah. Ia juga bukanlah untuk mempamerkan kekuatan seseorang itu dan mengganggu mereka yang lemah dan tertindas. Jihad dalam Islam ialah sesuatu yang luar biasa dan ditubuhkan untuk mempertahankan risalah Tuhan dari dihapuskan atau dihalang oleh musuhNya. Dengan memberi tumpuan pada soalan yang telah dikemukakan, Sheik Abdul Majid Subh, seorang alim yang terkenal dari Al- Azhar telah menyatakan seperti berikut: “Saya ingin memberitahu kamu, wahai anak-anakku, yang berkongsi sesama pendapat, atau pun mereka yang mempunyai pendapat sendiri, bahawa memahami Jihad sebagai pertahanan
  • 7. dengan memulakan peperangan tanpa sebarang alasan yang diterima oleh Islam adalah salah dari segi syariah Islam dan ayat- ayat Al-Qur’an. Dalam Al-Qur’an, jihad defensif dilaksanakan untuk menolak sifat agresif, sementara jihad pencegahan dilakukan apabila, umat Islam itu benar-benar pasti bahawa pengkhianatan atau pun suatu serangan bertentangan dengan wilayahnya daripada seorang musuh.” Merujuk kepada ini, Allah swt telah berfirman: ‫ُﻭ‬‫ﺪ‬َ‫ﺘ‬ْ‫ﻌ‬َ‫ﺗ‬ ‫ﹶ‬‫ﻻ‬َ‫ﻭ‬ ْ‫ﻢ‬‫ﹸ‬‫ﻜ‬َ‫ﻧ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻠ‬ِ‫ﺗ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻘ‬ُ‫ﻳ‬ َ‫ﻦ‬‫ِﻳ‬‫ﺬ‬‫ﱠ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ِ‫ﷲ‬‫ﺍ‬ ‫ﹺ‬‫ﻞ‬‫ﹺﻴ‬‫ﺒ‬َ‫ﺳ‬ ‫ﹺ‬‫ﰱ‬ ‫ﹸﻮﺍ‬‫ﻠ‬ِ‫ﺗ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻗ‬َ‫ﻭ‬َ‫ﷲ‬‫ﺍ‬ ‫ﱠ‬‫ﻥ‬‫ﹺ‬‫ﺇ‬ ‫ﺍ‬ َ‫ﻦ‬‫ِﻳ‬‫ﺪ‬َ‫ﺘ‬ْ‫ﻌ‬ُ‫ﻤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ‫ﱡ‬‫ﺐ‬ِ‫ﺤ‬ُ‫ﻳ‬ ‫ﹶ‬‫ﻻ‬.ْ‫ﻢ‬ُ‫ﻫ‬‫ُﻮ‬‫ﻤ‬ُ‫ﺘ‬‫ﹾ‬‫ﻔ‬ِ‫ﻘ‬‫ﹶ‬‫ﺛ‬ ‫ﹸ‬‫ﺚ‬ْ‫ﻴ‬َ‫ﺣ‬ ْ‫ﻢ‬ُ‫ﻫ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻠ‬ُ‫ﺘ‬‫ﹾ‬‫ﻗ‬‫َﺍ‬‫ﻭ‬ َ‫ﻦ‬ِ‫ﻣ‬ ‫ﱡ‬‫ﺪ‬َ‫ﺷ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬ ‫ﹸ‬‫ﺔ‬َ‫ﻨ‬ْ‫ﺘ‬ِ‫ﻔ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫َﺍ‬‫ﻭ‬ ْ‫ﻢ‬‫ﹸ‬‫ﻛ‬‫ُﻮ‬‫ﺟ‬َ‫ﺮ‬ْ‫ﺧ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬ ‫ﹸ‬‫ﺚ‬ْ‫ﻴ‬َ‫ﺣ‬ ْ‫ﻦ‬ِ‫ﻣ‬ ْ‫ﻢ‬ُ‫ﻫ‬‫ُﻮ‬‫ﺟ‬‫ﹺ‬‫ﺮ‬ْ‫ﺧ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬َ‫ﻭ‬ ‫ﱠﻰ‬‫ﺘ‬َ‫ﺣ‬ ‫ﹺ‬‫ﻡ‬‫َﺍ‬‫ﺮ‬َ‫ﺤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ِ‫ﺪ‬‫ﹺ‬‫ﺠ‬ْ‫ﺴ‬َ‫ﻤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ َ‫ﺪ‬ْ‫ﻨ‬ِ‫ﻋ‬ ْ‫ﻢ‬ُ‫ﻫ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻠ‬ِ‫ﺗ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻘ‬ُ‫ﺗ‬ ‫ﹶ‬‫ﻻ‬َ‫ﻭ‬ ‫ﹺ‬‫ﻞ‬ْ‫ﺘ‬‫ﹶ‬‫ﻘ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ْ‫ﻢ‬‫ﹸ‬‫ﻛ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻠ‬ِ‫ﺗ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻘ‬ُ‫ﻳ‬ِ‫ﻪ‬‫ِﻴ‬‫ﻓ‬ْ‫ﻢ‬‫ﹸ‬‫ﻛ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻠ‬َ‫ﺗ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻗ‬ ‫ﹾ‬‫ﻥ‬‫ﹺ‬‫ﺈ‬‫ﹶ‬‫ﻓ‬ُ‫ﺀ‬‫َﺍ‬‫ﺰ‬َ‫ﺟ‬ َ‫ﻚ‬ِ‫ﻟ‬‫ﹶﺍ‬‫ﺬ‬‫ﹶ‬‫ﻛ‬ ْ‫ﻢ‬ُ‫ﻫ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻠ‬ُ‫ﺘ‬‫ﹾ‬‫ﻗ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻓ‬ َ‫ﻦ‬‫ﹺﻳ‬‫ﺮ‬ِ‫ﻓ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻜ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬.ٌ‫ﻢ‬‫ِﻴ‬‫ﺣ‬‫ﱠ‬‫ﺭ‬ ٌ‫ﺭ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻔ‬‫ﹶ‬‫ﻏ‬ َ‫ﷲ‬‫ﺍ‬ ‫ﱠ‬‫ﻥ‬‫ﹺ‬‫ﺈ‬‫ﹶ‬‫ﻓ‬ ‫ْﺍ‬‫ﻮ‬َ‫ﻬ‬َ‫ﺘ‬ْ‫ﻧ‬‫ﺍ‬ ِ‫ﻥ‬‫ﹺ‬‫ﺈ‬‫ﹶ‬‫ﻓ‬.ْ‫ﻢ‬ُ‫ﻫ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻠ‬ِ‫ﺗ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻗ‬َ‫ﻭ‬ ‫ﹶ‬‫ﻼ‬‫ﹶ‬‫ﻓ‬ ‫ْﺍ‬‫ﻮ‬َ‫ﻬ‬َ‫ﺘ‬ْ‫ﻧ‬‫ﺍ‬ ِ‫ﻥ‬‫ﹺ‬‫ﺈ‬‫ﹶ‬‫ﻓ‬ ِ‫ﷲ‬ِ ُ‫ﻦ‬‫ّﻳ‬ِ‫ﺪ‬‫ﺍﻟ‬ ‫ﹶ‬‫ﻥ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻜ‬َ‫ﻳ‬َ‫ﻭ‬ ‫ﹲ‬‫ﺔ‬َ‫ﻨ‬ْ‫ﺘ‬ِ‫ﻓ‬ ‫ﹶ‬‫ﻥ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻜ‬َ‫ﺗ‬ ‫ﹶ‬‫ﻻ‬ ‫ﱠ‬‫ﱴ‬َ‫ﺣ‬ َ‫ﲔ‬ِ‫ﻤ‬ِ‫ﻟ‬‫ﱠﺎ‬‫ﻈ‬‫ﺍﻟ‬ َ‫ﻰ‬‫َﻠ‬‫ﻋ‬ ‫ﱠ‬‫ﻻ‬‫ﹺ‬‫ﺇ‬ ‫ﹶ‬‫ﻥ‬‫َﺍ‬‫ﻭ‬ْ‫ﺪ‬ُ‫ﻋ‬.‫ﹺﺎﻟ‬‫ﺑ‬ ُ‫ﻡ‬‫َﺍ‬‫ﺮ‬َ‫ﺤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ُ‫ﺮ‬ْ‫ﻬ‬‫ﱠ‬‫ﺸ‬‫ﹶﻟ‬‫ﺍ‬‫ﹺ‬‫ﻡ‬‫َﺍ‬‫ﺮ‬َ‫ﺤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ‫ﹺ‬‫ﺮ‬ْ‫ﻬ‬‫ﱠ‬‫ﺸ‬ ِ‫ﻪ‬ْ‫ﻴ‬‫ﹶ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬ ‫ُﻭﺍ‬‫ﺪ‬َ‫ﺘ‬ْ‫ﻋ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻓ‬ ْ‫ﻢ‬‫ﹸ‬‫ﻜ‬ْ‫ﻴ‬‫ﹶ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬ ‫َﻯ‬‫ﺪ‬َ‫ﺘ‬ْ‫ﻋ‬‫ﺍ‬ ‫ﹺ‬‫ﻦ‬َ‫ﻤ‬‫ﹶ‬‫ﻓ‬ ٌ‫ﺹ‬‫َﺎ‬‫ﺼ‬ِ‫ﻗ‬ ُ‫ﺕ‬‫َﺎ‬‫ﻣ‬ُ‫ﺮ‬ُ‫ﺤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫َﺍ‬‫ﻭ‬ َ‫ﻊ‬َ‫ﻣ‬ َ‫ﷲ‬‫ﺍ‬ ‫ﱠ‬‫ﻥ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬ ‫ُﻮﺍ‬‫ﻤ‬‫ﹶ‬‫ﻠ‬ْ‫ﻋ‬‫َﺍ‬‫ﻭ‬ َ‫ﷲ‬‫ﺍ‬ ‫ﹸﻮﺍ‬‫ﻘ‬‫ﱠ‬‫ﺗ‬‫َﺍ‬‫ﻭ‬ ْ‫ﻢ‬‫ﹸ‬‫ﻜ‬ْ‫ﻴ‬‫ﹶ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬ ‫َﻯ‬‫ﺪ‬َ‫ﺘ‬ْ‫ﻋ‬‫ﺍ‬ ‫َﺎ‬‫ﻣ‬ ‫ﹺ‬‫ﻞ‬‫ﹾ‬‫ﺜ‬ِ‫ﻤ‬‫ﹺ‬‫ﺑ‬ َ‫ﲔ‬ِ‫ﻘ‬‫ﱠ‬‫ﺘ‬ُ‫ﻤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬. “Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh. Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar Masjidilharam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir.
  • 8. Kemudian jika mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu); kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah. Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang- orang yang zalim. (Mencabuli) bulan yang dihormati itu ialah dengan (sebab membalas pencabulan dalam) bulan yang dihormati dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang. Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu dan bertakwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa. (yakni orang yang memerangi kamu dan mendendam perasaan kepada kamu)”5 Ramai orang yang bukan Muslim kerap menyalahgunakan makna ayat di atas ini. Saya dapati bahawa: 1. Jihad dari segi pencegahan di ayat pertama “Perangi...” bukanlah suatu isyarat untuk memerangi mereka yang berlainan fahaman. Malah, ia ditentukan dengan “...orang-orang yang memerangi kamu..” 2. Ayat “Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka...” ditentukan dengan “...kalau mereka memerangi kamu..” 3. Peraturan umum yang harus ditumpukan oleh setiap orang ialah perhatian pada ayat “...Allah tidak suka kepada orang- orang yang menceroboh, dan “...Kemudian jika mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu).” Selepas keterangan ini, ingin saya menambah bahawa Islam melarang menyerang mereka yang tidak memulakan pertempuran. Sebagaimana yang tertera di atas, Jihad dari segi pencegahan boleh berlaku hanya apabila terdapat pengkhianatan terhadap umat Islam daripada musuh yang bertempat sewilayah, di mana mereka hidup dengan aman ataupun serangan ke atas wilayah Islam. Dalam kes seperti ini, orang Islam tidak digalakkan untuk hanya berdiam diri dan menunggu serangan daripada orang lain, walaupun peperangan yang diandaikan itu bukanlah matlamatnya. 5 Surah Al-Baqarah;190-194
  • 9. Dengan demikian, ingin saya membahagikan peperangan itu kepada tiga kategori utama iatu:- 1. Jihad Pertahanan, diisytiharkan hanya jika musuh-musuh Islam menyerang agama, maruah, harta benda dan wilayahnya. 2. Perang Kebebasan, dilaksanakan kepada mereka yang ditindas seperti hamba. Peperangan semacam ini biasa berlaku pada awal perkembangan Islam. 3. Perang Pencegahan, diisytiharkan jika umat Islam mendapati pengkhianatan terhadap perjanjian damai bersama musuh, atau pun apabila musuh-musuh mempunyai rancangan untuk menyerang mereka. Haruslah ditekankan bahawa kesemua jenis peperangan yang telah disebutkan di atas telah diluluskan oleh undang-undang antarabangsa dan pada hakikatnya ia juga adalah perundangan masa kini. Wallahu a’lam.”6 MENGHADAPI BUKAN ISLAM Bagaimanakah Baginda menghadapi masyarakat bukan Islam yang jumlahnya lebih besar daripada umat Islam ketika itu? [Menurut Dr Ismail Bin Haji Ibrahim, Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia, dalam makalah berjudul Pengertian Jihad Sesama Islam, bahawa jihad terbesar Baginda ialah menangai kejahilan, kemiskinan, nafsu cela seperti sifat bongkak, menindas kaum lemah (termasuk wanita dan hamba) dan membina tamadun berasaskan adab dan ilmu.]7 Pembahagian Jihad Dalam Islam [Jihad terbahagi kepada dua, iaitu Jihad kecil, sebagaimana yang diterangkan oleh Nabi Muhammad saw ialah jihad yang menentang 6 Terjemahan petikan Fatwa – ‘Jihad di Dalam Islam: Pencegahan atau Pertahanan?’ dari Fatwa Bank. http://www.islam-online.net/fatwa. 7 Petikan dari ‘Pengertian Berjihad Sesama Islam’ daripada Dato’ Dr Ismail Bin Hj Ibrahim, 10 Mei 01. (http://www.ikim.gov.my/ar01-um20.html)
  • 10. musuh dalam peperangan, sementara jihad yang lebih besar ialah jihad melawan hawa nafsu. Jihad menentang musuh (orang kafir) dalam peperangan hukumnya fardhu kifayah. Dalam perkara hukum Jihad terbagi kepada dua : 1. Fardu ‘Ain – jika negara Islam diserang. 2. Fardu Kifayah – jika ingin menyerang negara musuh yang memerangi negara Islam. Adalah menjadi tugas dan tanggung jawab setiap negara Islam dan umat Islam di negara itu mempertahankan agama dan negaranya jika diancam musuh. Dari segi perlaksanaan, jihad terbahagi kepada beberapa jenis iaitu: 1. Jihad dengan hati 2. Jihad dengan lisan dan pena 3. Jihad dengan harta 4. Jihad dengan pendidikan 5. Jihad dengan kuasa dan nyawa Jihad Menentang Orang Kafir Jihad dengan tujuan menentang orang-orang kafir itu dilaksanakan dengan cara-cara yang berbagai. Antaranya jihad dengan menentang orang kafir dengan memperhebatkan usaha dakwah dan penerangan yang menyeluruh agar mereka dapat memahami dan menerima Islam. Jihad ini sememangnya nampak jelas pada pandangan umum. Kedudukan orang kafir sesudah perintah jihad terbahagi kepada tiga golongan: • Kafir Harbi, iaitu golongan yang memusuhi Nabi Muhammad saw dan diperintahkan supaya diperangi. • Kafir Ahdi, iaitu golongan yang terikat dengan janji tidak memusuhi Islam. • Kafir Zimmi, iaitu golongan yang memohon perlindungan dengan menyatakan kepatuhan kepada Negara Islam dan mendapat jaminan hidup aman di bawah pemerintahan Islam. Orang kafir, tanpa membezakan sama ada mereka ahli kitab, Majusi dan sebagainya, yang bermusuhan dengan orang Islam dikira musuh (Al- Harbiyyun). Negara mereka juga dianggap sebagai Negara musuh (Darul Harb). Sebaliknya, kafir yang tidak bermusuhan dengan orang Islam tidak digolongkan sebagai musuh. Jelaslah kekufuran saja bukanlah menjadi sebab yang membolehkan orang Islam memerangi mereka. Ahlul harbi diperangi secara zahir apabila terbukti mereka:
  • 11. • membunuh pendakwah, • menyekat ekonomi, • membuat kerosakan yang bertujuan untuk memusnahkan masyarakat dan pemerintah Islam.]8 [Andai mereka menyebar fitnah dalam bentuk kata-kata atau tulisan, maka umat Islam berjihad dengan cara serupa iaitu membidas tulisan atau kata-katanya. Umumnya, strategi menentang kafir harbi ialah dengan hati, lidah, harta dan berjihad terhadap musuh nyata hendaklah ekonomi dengan ekonomi, pendidikan dengan pendidikan, siasah dengan siasah dan kekuatan dengan kekuatan. Bagi munafik pula, umat Islam hendaklah membetulkan mereka dengan kebenaran lisan dan tulisan serta senantiasa mengingatkan mereka akan balasan Allah kepada golongan hipokrit atau berpura-pura]. 9 KONTEKS JIHAD RASULULLAH SAW UNTUK HARI INI Jihad pada jalan Allah adalah satu proses yang berterusan bermula daripada diri, keluarga, masyarakat, negara dan alam sejagat di dalam semua aspek kehidupan seperti pendidikan, ekonomi, ketenteraan, kehakiman dan sebagainya. Contohnya, di peringkat diri ialah dengan membina ilmu, iman dan amal. Ilmulah yang menyepadukan antara yang berteraskan wahyu dan dapatan; pengalaman serta eksperimen (revealed and acquired knowledge), sehingga lahir individu yang berilmu dan menghampirkan dirinya kepada Allah – “IQRAQ” membawa kepada “WAS JUD WAQ TARIB”. Peringkat keluarga pula menepati firman Allah dengan ayat berikut: َ‫ﻳ‬‫ﹶ‬‫ﺄ‬‫ﱡ‬‫ﻳ‬َ‫ﻬ‬‫ﱠ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ‫ﺎ‬ِ‫ﺬ‬َ‫ﻦ‬‫ﻳ‬‫ﹶ‬‫ﺍ‬‫ﺀ‬َ‫ﻣ‬ُ‫ﻨ‬‫ﹸ‬‫ﻗ‬ ‫ﻮﺍ‬‫ﻮ‬‫ﺍ‬َ‫ﹶ‬‫ﺃ‬ْ‫ﻧ‬‫ﹸ‬‫ﻔ‬َ‫ﺴ‬‫ﹸ‬‫ﻜ‬ْ‫ﻢ‬َ‫ﻭ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬ْ‫ﻫ‬ِ‫ﻠ‬‫ﹸ‬‫ﻜ‬‫ﻴ‬ْ‫ﻢ‬َ‫ﻧ‬ً‫ﺭ‬‫ﺎ‬َ‫ﻭ‬ ‫ﺍ‬‫ﹸ‬‫ﻗ‬ُ‫ﺩ‬‫ﻮ‬‫ﹶ‬‫ﺎ‬‫ﻫ‬‫ﱠ‬‫ﻨ‬‫ﺍﻟ‬ُ‫ﺱ‬‫ﺎ‬ ‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﻭﺍ‬ِ‫ﺤ‬َ‫ﺠ‬َ‫ﺭ‬‫ﺎ‬‫ﹸ‬‫ﺓ‬َ‫ﻋ‬‫ﹶ‬‫ﻠ‬ْ‫ﻴ‬َ‫ﻬ‬َ‫ﻣ‬ ‫ﺎ‬ِ‫ﺋ‬‫ﻶ‬‫ﹶ‬‫ﻜ‬‫ﹲ‬‫ﺔ‬ِ‫ﻏ‬‫ﹶ‬‫ﻼ‬‫ﹲ‬‫ﻅ‬ِ‫ﺷ‬َ‫ﺪ‬ٌ‫ﺩ‬‫ﺍ‬‫ﹶ‬‫ﻻ‬َ‫ﻳ‬ْ‫ﻌ‬ُ‫ﺼ‬‫ﹶ‬‫ﻥ‬‫ﻮ‬َ‫ﷲ‬‫ﺍ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬َ‫ﻣ‬َ‫ﺮ‬ُ‫ﻫ‬ْ‫ﻢ‬ َ‫ﻭ‬َ‫ﻳ‬‫ﹾ‬‫ﻔ‬َ‫ﻌ‬‫ﹸ‬‫ﻠ‬‫ﹶ‬‫ﻥ‬‫ﻮ‬َ‫ﻣ‬ُ‫ﻳ‬ ‫ﺎ‬ْ‫ﺆ‬َ‫ﻣ‬ُ‫ﺮ‬‫ﹶ‬‫ﻥ‬‫ﻭ‬ “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang 8 Ensiklopedia Islam terbitan Malaysian Encycopedia Research Center Berhad, Jilid 5 – Jihad Kafirin ms 222. 9 http://iskandariah.tripod.com/jihad.html
  • 12. diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”10 Peringkat masyarakat pula menepati firman Allah dengan ayat berikut: َ‫ﻦ‬ِ‫ﻣ‬ ٍ‫ﺕ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻛ‬َ‫ﺮ‬َ‫ﺑ‬ ْ‫ﻢ‬‫ﹺ‬‫ﻬ‬ْ‫ﻴ‬‫ﹶ‬‫ﻠ‬َ‫ﻋ‬ ‫َﺎ‬‫ﻨ‬ْ‫ﺤ‬َ‫ﺘ‬‫ﹶ‬‫ﻔ‬‫ﹶ‬‫ﻟ‬ ‫ْﺍ‬‫ﻮ‬‫ﹶ‬‫ﻘ‬‫ﱠ‬‫ﺗ‬‫َﺍ‬‫ﻭ‬ ‫ُﻮﺍ‬‫ﻨ‬َ‫ﻣ‬‫َﺍ‬‫ﺀ‬ ‫َﻯ‬‫ﺮ‬‫ﹸ‬‫ﻘ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ‫ﹶ‬‫ﻞ‬ْ‫ﻫ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬ ‫ﱠ‬‫ﻥ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬ ْ‫ﻮ‬‫ﹶ‬‫ﻟ‬َ‫ﻭ‬ ‫ﹶ‬‫ﻥ‬‫ُﻮ‬‫ﺒ‬ِ‫ﺴ‬‫ﹾ‬‫ﻜ‬َ‫ﻳ‬ ‫ُﻮﺍ‬‫ﻧ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻛ‬ ‫َﺎ‬‫ﻤ‬‫ﹺ‬‫ﺑ‬ ْ‫ﻢ‬ُ‫ﻫ‬‫َﺎ‬‫ﻧ‬‫ﹾ‬‫ﺬ‬َ‫ﺧ‬‫ﹶ‬‫ﺄ‬‫ﹶ‬‫ﻓ‬ ‫ُﻮﺍ‬‫ﺑ‬‫ﱠ‬‫ﺬ‬‫ﹶ‬‫ﻛ‬ ْ‫ﻦ‬ِ‫ﻜ‬‫ﹶ‬‫ﻟ‬َ‫ﻭ‬ ‫ﹺ‬‫ﺽ‬ْ‫ﺭ‬َ‫ﻷ‬‫ﹾ‬‫ﺍ‬َ‫ﻭ‬ ِ‫ﺀ‬‫ﱠﻤﺂ‬‫ﺴ‬‫ﺍﻟ‬. “Jika penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.”11 Peringkat negara dan alam sejagat pula menepati firman Allah dengan ayat berikut: ‫ﹶ‬‫ﻟ‬‫ﹶ‬‫ﻘ‬ْ‫ﺪ‬‫ﹶ‬‫ﻛ‬‫ﹶ‬‫ﻥ‬‫ﺎ‬ِ‫ﻟ‬َ‫ﺴ‬َ‫ﺒ‬‫ﹴ‬‫ﺈ‬‫ﹺ‬‫ﰱ‬‫ﹸﻮﺍ‬‫ﻠ‬‫ﹸ‬‫ﻛ‬ ‫ﹴ‬‫ﻝ‬‫َﺎ‬‫ﻤ‬ِ‫ﺷ‬َ‫ﻭ‬ ‫ﹴ‬‫ﲔ‬ِ‫ﻤ‬َ‫ﻳ‬ ْ‫ﻦ‬َ‫ﻋ‬ ِ‫ﻥ‬‫َﺎ‬‫ﺘ‬‫ﱠ‬‫ﻨ‬َ‫ﺟ‬ ‫ﹲ‬‫ﺔ‬َ‫ﻳ‬‫َﺍ‬‫ﺀ‬ ْ‫ﻢ‬‫ﹺ‬‫ﻬ‬‫ﹺ‬‫ﻨ‬‫ﹶ‬‫ﻜ‬ْ‫ﺴ‬َ‫ﻣ‬ ْ‫ﻦ‬ِ‫ﻣ‬ٌ‫ﺭ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻔ‬‫ﹶ‬‫ﻏ‬ ‫ﱞ‬‫ﺏ‬َ‫ﺭ‬َ‫ﻭ‬ ‫ﹲ‬‫ﺔ‬َ‫ﺒ‬ّ‫ﹺ‬‫ﻴ‬‫ﹶ‬‫ﻃ‬ ‫ﹲ‬‫ﺓ‬َ‫ﺪ‬‫ﹾ‬‫ﻠ‬َ‫ﺑ‬ ُ‫ﻪ‬‫ﹶ‬‫ﻟ‬ ‫ُﻭﺍ‬‫ﺮ‬‫ﹸ‬‫ﻜ‬ْ‫ﺷ‬‫َﺍ‬‫ﻭ‬ ْ‫ﻢ‬‫ﹸ‬‫ﻜ‬ّ‫ﹺ‬‫ﺑ‬َ‫ﺭ‬ ‫ﹺ‬‫ﻕ‬ْ‫ﺯ‬‫ﹺ‬‫ﺭ‬. “Sesungguhnya bagi kaum Saba’ ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka iaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri. (kepada mereka dikatakan): “Makanlah olehmu dari rezeki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya. (Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan Yang Maha Pengampun”.12 Selain itu, perjuangan Islam perlu ada peraturan dan strategi agar ia tersusun dan mencapai matlamatnya. Nabi saw senantiasa mengingatkan bahawa perjuangan Islam bermula dengan perpaduan, ilmu dan adab. Perpaduan bererti bertindak sebagai satu jamaah atau harakah dengan bersaf-saf (tersusun dan berbaris-baris menurut taraf kepimpinan dan tanggungjawab). Al-Quran mengiktiraf bahawa umat manusia berbangsa-bangsa dan tidak semuanya seagama. Oleh itu, umat Islam perlu melihat kepelbagaian ini 10 Surah Al-Tahrim: 6 11 Surah Al-A’raf: 96 12 Surah Saba’:15
  • 13. sebagai fitrah atau sunatullah. Ia tidak boleh diubah dengan memaksa orang lain memeluk Islam. Kesedaran seseorang insan memeluk Islam ialah kerana adanya hidaya dan taufik daripada Allah swt. Contohnya, pada saat akhir pamannya Abu Talib, Nabi saw memujuknya agar membacakan kalimah syahadah. Namun pamannya tidak menyebutnya. Nabi saw berdoa agar Allah swt memasukkan pamannya di kalangan orang beriman. Namun Allah menegaskan bahawa soal keimanan seseorang merupakan urusan-Nya. Firman Allah swt : َ‫ﺒ‬ْ‫ﺣ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬ ْ‫ﻦ‬َ‫ﻣ‬ ‫ِﻯ‬‫ﺪ‬ْ‫ﻬ‬َ‫ﺗ‬ ‫ﹶ‬‫ﻻ‬ َ‫ﻚ‬‫ﱠ‬‫ﻧ‬‫ﹺ‬‫ﺇ‬َ‫ﻮ‬ُ‫ﻫ‬َ‫ﻭ‬ ُ‫ﺀ‬‫َﺎ‬‫ﺸ‬‫ﱠ‬‫ﻳ‬ ‫َﻦ‬‫ﻣ‬ ‫ِﻯ‬‫ﺪ‬ْ‫ﻬ‬َ‫ﻳ‬ َ‫ﷲ‬‫ﺍ‬ ‫ﱠ‬‫ﻦ‬ِ‫ﻜ‬‫ﹶ‬‫ﻟ‬َ‫ﻭ‬ َ‫ﺖ‬ْ‫ﺒ‬ َ‫ﻦ‬‫ِﻳ‬‫ﺪ‬َ‫ﺘ‬ْ‫ﻬ‬ُ‫ﻤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﹺﺎ‬‫ﺑ‬ ُ‫ﻢ‬‫ﹶ‬‫ﻠ‬ْ‫ﻋ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬. Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang diberi petunjuk.13 ّ‫ﹺ‬‫ﻲ‬َ‫ﻐ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ َ‫ﻦ‬ِ‫ﻣ‬ ُ‫ﺪ‬ْ‫ﺷ‬‫ﱡ‬‫ﺮ‬‫ﺍﻟ‬ َ‫ﻦ‬‫ﱠ‬‫ﻴ‬َ‫ﺒ‬َ‫ﺗ‬ ْ‫ﺪ‬‫ﹶ‬‫ﻗ‬ ‫ﹺ‬‫ﻦ‬‫ّﻳ‬ِ‫ﺪ‬‫ﺍﻟ‬ ‫ﹺ‬‫ﰱ‬ َ‫ﻩ‬‫َﺍ‬‫ﺮ‬‫ﹾ‬‫ﻛ‬‫ﹺ‬‫ﺇ‬ ‫ﹶ‬‫ﻻ‬. Tiada paksaan untuk memasuki agama Islam. Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat.14 Jelasnya, Islam tidak pernah memaksa sesiapa pun kepada islamnya, dan ayat berikut membuktikan lagi dengan lebih jelas iaitu ayat “Lakum Diinukum Waliya Diin” yakni kamu tetap dengan kepercayaanmu, dan kami tetap dengan kepercayaan kami. Tegasnya, tidak dibolehkan si Muslim itu memaksa orang menganut agamanya secara paksaan atau dengan kekerasan. Jihad Menentang Kekufuran Nabi saw lebih mengutamakan umatnya menentang kekufuran iaitu apa jua hal yang boleh membuat mereka terkeluar daripada keimanan. Antara pesanan beliau yang boleh membawa kekufuran ialah: • Kemiskinan • Rasuah • Buta huruf • Kezaliman • Salah laku seks 13 Surah Al-Qasas:56 14 Surah Al-Baqarah: 256
  • 14. • Penipuan Malangnya dalam satu kajian Bank Dunia dan juga tinjauan pembangunan manusia di Timur Tengah, hal-hal kekufuran tadi berlaku dalam masyarakat Islam. Sayugia diingat, daripada 1.2 bilion jiwa umat Islam, sepertiga hidup di bawah paras kemiskinan mutlak. Apabila miskin, umat Islam sukar mendapatkan pendidikan yang sempurna. Buta huruf menjejas mereka mendalami Islam dan ilmu-ilmu penting untuk maju. Dari segi kezaliman, didapati banyak umat Islam berada di bawah pemerintahan yang menindas atau tidak memberikan hak kebebasan bersuara untuk memilih pemimpin mereka. Dari segi salah laku seks, termasuk pelacuran dan perdagangan manusia (jual beli perempuan atau kanak-kanak), perangkaan dunia menunjukkan ia amat meluas di kalangan negara majoriti Islam. Malah angka Aids juga agak tinggi seperti di kalangan masyarakat Islam di Tanzania. STRATEGI BERTERASKAN ILMU DAN HIKMAH Selain wahyu pertama yang mendorong orang Islam ‘membaca’ dan ‘menulis’, hampir 50 peratus ayat Quran merujuk mengenai ilmu atau perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Allah swt menegaskan bahawa seorang mukmin tidak harus berputus asa dalam berdakwah (dengan Quran) kepada orang kafir sebagaimana firman Allah swt dalam Surah Al-Furqan ayat 52 : ‫ًﺍ‬‫ﲑ‬‫ﹺ‬‫ﺒ‬‫ﹶ‬‫ﻛ‬ ‫ًﺍ‬‫ﺩ‬‫َﺎ‬‫ﻬ‬‫ﹺ‬‫ﺟ‬ ِ‫ﻪ‬‫ﹺ‬‫ﺑ‬ ْ‫ﻢ‬ُ‫ﻫ‬ْ‫ﺪ‬ِ‫ﻫ‬‫َﺎ‬‫ﺟ‬َ‫ﻭ‬ َ‫ﻦ‬‫ﹺﻳ‬‫ﺮ‬ِ‫ﻓ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻜ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ‫ﹺ‬‫ﻊ‬ِ‫ﻄ‬ُ‫ﺗ‬ ‫ﹶ‬‫ﻼ‬‫ﹶ‬‫ﻓ‬. Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir, dan berjihadlah terhadap mereka dengan Al-Quran dengan jihad yang besar.15 Malah dalam berdepan dengan penceroboh atau pengganas, Islam menyeru jalan damai. Tetapi jika jalan damai tidak dapat diperolehi, maka tiada pilihan selain tindakan ketenteraan yang bertujuan membela diri. 15 Al Furqan:52
  • 15. Dalam hadis Bukhari, Sayidatina Aisyah ra meriwayatkan jika ada dua pilihan terbentang kepada Rasulullah saw, Baginda akan meninggalkan pilihan yang sukar. Menurut Muhammad Hassanein Heikal dalam Riwayat Hidup Nabi Muhammad, Baginda senantiasa memilih jalan lembut dan aman demi merubah keadaan masyarakatnya. Malah ketinggian pekerti Baginda turut dinyatakan oleh musuhnya seperti Abu Sufyan sebelum beliau memeluki agama Islam yang mengadap maharaja Rom, Heraclius. Keseluruhan hidup Baginda memaparkan cara-cara pragmatik dalam menghadapi apa jua keadaan iaitu: • Hindari sengketa dan bina keharmonian; • Utamakan rundingan dan hindari keganasan; • Dapatkah kesepakatan dan jalin hubungan baik; dan • Sebarkan rasa persaudaraan sesama Islam dan sesama manusia. Sewaktu Rasulullah saw memasuki Makkah, terdapat lebih 360 berhala di sekitar Kaabah. Turun wahyu menyuruh Rasulullah saw mensucikan Kaabah. Namun dalam suasana yang masih berkecamuk, Rasulullah saw tidak terus menghapuskan berhala, tetapi menyampaikan seruan tauhid. Kehadiran Rasulullah saw pada ketika itu bersama 10,000 perajurit Islam. Namun Baginda tidak menggunakan kuasa ketenteraan untuk membalas dendam. Konsep perjuangan damai Rasulullah saw telah menjadi ikutan umat manusia di serata dunia seperti dalam perjuangan Mahatma Karamchand Gandhi untuk memerdekakan India daripada penjajahan dan gerakan menegakkan hak asasi kulit hitam Amerika Syarikat oleh Dr Martin Luther King, Jr. Umat Islam wajib meneruskan cara damai Rasulullah saw dalam berjihad seperti mewujudkan badan bantuan hak asasi antarabangsa untuk membela insan yang tersepit di mana jua. Cara ini juga sebagai dakwah yang membuktikan salam damai Islam dan setiap adanya orang Islam, pasti keadilan dan pembelaan terpelihara.