SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
RPH
KARANGAN : CIRI – CIRI PELAJAR CEMERLANG
OLEH : PN NUR HABIBAH BT YUSUF
KARANGAN CERAMAH
• Contoh Soalan Karangan Ceramah PT3
• Ceramah telah disampaikan oleh anda selaku seorang guru kaunselor kepada
para pelajar sempena program motivasi di sekolah. ‘Ciri-ciri Pelajar
Cemerlang’ merupakan tajuk ceramah anda. Anda diminta untuk menulis
teks ceramah dengan selengkapnya.
Analisis soalan :
• Tema/Isu : Pelajar yang cemerlang
• Tugasan/ Arahan : Ciri-ciri pelajar cemerlang yang harus ada
• Format karangan : Ceramah
RANGKA KARANGAN• Rangka Isi Butiran
• Pendahuluan Kata alu-aluan format ceramah hendaklah diberikan
• – Konsep dan prinsip pelajar cemerlang, mengapa pelajar harus cemerlang, gambaran kecemerlangan, peribahasa
• Isi
• Karangan Cemerlang di dalam akademik
• – Pencapaian memberangsangkan dalam pembelajaran, pencapaian dalam
• peperiksaan awam, dan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
• Cemerlang di dalam kokurikulum
• – Penglibatan dalam apa jua program, perkhidmatab dan sumbangan serta
• kepimpinan
• Cemerlang disiplin
• – Peraturan dipatuhi, masa ditepati, tugas dapat diselesaikan
• Cemerlang sahsiah
• – sopan-santun, baik budi pekerti, asertif, boleh dipercayai
• Pegangan agama yang teguh
• PenutupKonkusi atau kesimpulan am, saranan, nasihat dan harapan
• Yang berusaha, ahli jawatankuasa program motivasi ‘Destinasi Permata’, yang saya hormati
para guru serta pelajar-pelajar SMK Invictus yang disayangi sekalian. Assalamualaikum dan
selamat sejahtera saya ucapkan.
• Terlebih dahulu, marilah kita semua merakamkan dan memanjatkan kesyukuran
kepada Tuhan kerana pada yang mulia ini, kita dapat berkumpul bersama-sama dalam
program motivasi ‘Destinasi Permata’ yang sangat berfaedah terutama kepada para pelajar
peperiksaan umum tingkatan 3 dan 5 yang bakal menduduki peperiksaan PPMR dan juga
SPM yang akan menyusul tidak lama sahaja lagi. ‘Ciri-ciri Pelajar Cemerlang’ adalah tajuk
ceramah yang akan saya kongsikan pada hari ini.
• Hadirin dan hadirat sekalian,
• Kecemerlangan dalam kehidupan pasti diimpikan dan diinginkan oleh
semua insan. Malah, keinginan menjadi pelajar cemerlang juga sudah tentu
diinginkan oleh semua pelajar yang berada di dalam Dewan Indah yang
permai dan harmoni ini. Pendek kata, semua pelajar mahu cemerlang dan
berjaya dalam semua bidang yang diceburi. Contohnya, kecemerlangan dalam
bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan sebagainya diimpikan oleh para
pelajar. Pelajar yang cemerlang adalah seperti umpama benih yang baik,
campak ke laut mejadi pulau. Persoalannya, apakah sebenarnya ciri-ciri yang
diperlukan untuk menjadi pelajar yang cemerlang? Apakah pelajar di hadapan
saya ini adalah kategori pelajar yang cemerlang? Bersedialah wahai para
pelajar, tajuk ciri-ciri yang cemerlang akan dikupas sebentar lagi.
• Para pelajar yang saya sayangi sekalian,
• Memang tidak dapat dinafikan, ciri pelajar cemerlang yang sering ditonjolkan
dan ditunjukkan ialah dari segi pencapaian akademik. Pencapaian akademik yang
memberangsangkan dalam setiap ujian dan peperiksaan akan diusahakan dan
dipastikan oleh pelajar cemerlang ini. Contohnya, pelajar cemerlang akan
mengutamakan pembelajaran menerusi aktiviti terancang di bilik darjah, dan
pembelajaran menerusi aktiviti yang terancang dan teratur di dalam kelas, dan
pembelajaran kendiri serta kumpulan dan kelompok sebaya di luar pembelajaran luar
kelas. Bagi memperoleh hasil pembelajaran yang maksimum dan optimus, segala
potensi dan kelebihan yang ada di dalam diri akan sentiasa digembleng. Matlamat
pembelajaran yang logik dan munasabah akan ditetapkan oleh mereka dan
seterusnya berusaha dan fokus untuk mencapainya. Dengan itu, sebarang bentuk
gangguan dan masalah akan diketepikan oleh pelajar cemerlang untuk memastikan
mereka sentiasa cemerlang dalam pencapaian akademik.
• Selain itu, tumpuan yang sepenuhnya terhadap aktiviti pembelajaran
terancang bersama para guru sentiasa diberikan oleh pelajar cemerlang
semasa berada di dalam kelas. Sebagai contoh, motivasi pembelajaran yang
optimum dan maksimum akan ditunjukkan oleh pelajar cemerlang dengan
memberikan kerjasama dan sepenuh perhatian yang tidak berbelah bahagi.
Hasutan negatif tidak mengira sama ada dari segi dalaman atau luaran diri
sendiri mahupun persekitarannya tidak akan mudah dipengaruhi oleh
golongan cemerlang ini. Syarat yang banyak tidak akan dikenakan oleh pelajar
cemerlang dalam pembelajaran hingga semuanya berkenan di hati. Mereka
tidak mempunyai sifat dan elemen sentimental dengan terlalu mengharapkan
tentang guru yang hebat sempurna atau persekitaran dan suasana kelas yang
sempurna. Mereka mempunyai ketahanan dalam menerima iklim
pembelajaran yang seadanya.
• Demikian juga, peranan yang seimbang akan ditampilkan oleh pelajar
cemerlang terutama apabila kumpulan belajar disertai atau tugasan kumpulan
dilaksanakan, mereka tidak hanya sebagai penumpang dan tidak pula terlalu
menonjol. Mereka mempunyai kesabaran untuk mendengar idea rakan
sekumpulan walapun sebenarnya banyak idea bernas dimilik oleh pelajar
cemerlang ini. Pelajar cemerlang akan menjadi pemimpin yang adil dan boleh
dipercayai dan tidak cuba untuk terlalu menguasai sesuatu perbincangan.
Persediaan yang mencukupi akan disediakan oleh mereka dan bukan hanya
dengan tanan kosong sahaja. Impak dan kesan positif akan sentiasa
ditinggalkan oleh pelajar cemerlang ini dengan hadirnya mereka dalam mana-
mana aktiviti pembelajaran yang berorientasikan secara berkumpulan yang
kesan yang diberikan bukan sekadar hanya melukut di tepi gantang, datang
tidak menambah, pergi tidak disuruh.
• Para guru dan para pelajar sekalian,
• Selanjutnya ialah, sasaran yang tinggi hendaklah diletakkan oleh
pelajar cemerlang dalam peperiksaan awam. Strategi dan usaha yang maksimum dan
optimum hendaklah dibuktikan dan bukan hanya sekadar cakap kosong selaras
dengan sasaran yang dilakukan. Fokus yang berterusan akan dilakukan oleh mereka
terhadap kefahaman yang mendalam terhadap perancangan jawapan yang
bersesuaian dengan kehendak dan tugasan soalan dan tidak hanya melakukan
pergantungan kepada soalan ramalan. Segala kehendak sukatan pelajaran yang
menjadi asas item soalan peperiksaan awam digubal akan dipatuhi oleh pelajar
cemerlang dengan menggunakan segala ilmu pengetahuan dan pengalaman
pembelajaran di dalam kelas. Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke pengajian atau
kursus yang diminati atau kursus yang boleh diklasifikasikan sebagai kritikal boleh
diintai oleh pelajar cemerlang, di samping tempat di institusi pengajian tinggi
terkemuka boleh dilamar berserta tajaan biasiswa yang menarik dan berprestij.
• Adakah ciri pelajar yang cemerlang akan dinilai dengan tingkah laku atau
tindak tanduk yang membawa buku ke sana ke mari sehingga diberikan
gelaran ‘ulat buku’? Sebenarnya, mereka tidak direlakan untuk dilabel dan
dicop sebagai ulat buku semata-mata. Pencapaian yang tinggi dalam bidang
kokurikulum kebiasaannya akan ditunjukkan oleh mereka. Sebenarnya
pelengkap kepada aktiviti kurikulum di dalam kelas ialah bidang kokurikulum.
Aktiviti kokurikulum boleh dijadikan sebagai platform dan medium dalam
memupuk semangat suka rela dalam perkhidmatan sosial, menggilap bakat
kepimpinan dan suka mendekati aktiviti kebajikan. Pelajar cemerlang akan
menggunakan kebolehan dan potensi diri sama ada sebagai pemimpin,
petugas atau peserta di mana-mana aktiviti persatuan, kelab, unit pakaian
seragam, sukan dan permainan. Sikap ringan tulang dalam menolong pihak
sekolah untuk menjayakan program dan aktiviti kurikulum akan diamalkan
oleh mereka dan seberapa banyak pengalaman akan dicari oleh pelajar
cemerlang ini.
• Pelajar-pelajar yang dihormati sekalian,
• Seperti ramai yang kita sudah tahu disiplin adalah asas bagi sesuatu kejayaan.
Oleh itu, amalan disiplin yang tinggi sangat sinonim dengan pelajar cemerlang. Gelaran
pelajar skema yang patuh dengan segala peraturan sekolah tidak diambil kisah dan peduli
oleh mereka. Pelajar cemerlang tidak berasa kekok dan janggal untuk berbual dan bergaul
mesra dengan rakan yang sinikal dan tidak kurang juga dengan rakan yang kurang beruntung,
walaupun mungkin kelihatan berbeza dari segi tingkah laku dan juga penampilan. Mereka
akan berusaha untuk menjadi contoh tauladan dan peribadi rujukan yang mampu memberi
aura positif dengan mempengaruhi para pelajar untuk lebih bersikap psitif dan optimis
dalam menuntut pengalaman pembelajaran di sekolah. Butiran tunjuk ajar tidak perlu
dijelaskan oleh mereka, sebaliknya cukup dengan pencapaian dan tingkah laku yang
disenangi oleh orang sekelilingnya. Sebagai contoh, ketepatan masa sangat dipentingkan oleh
pelajar cemerlang dan sesuatu tugasan akan sentiasa dilaksanakan sesempurna mungkin.
Pelajar cemerlang tidak akan melaksanakan setiap tugasan yang diberi dengan sambalewa
semata-mata sperti hanya melepaskan batuk di tangga bagi setiap tugasan yang diberi.
Jelaslah disiplin haruslah menjadi prinsip yang harus dipegang oleh pelajar cemerlang dalam
memacu kecemerlangan yang lebih terjamin dalam hidup mereka.
• Seterusnya, sahsiah dan budi pekerti yang murni dan terpuji hendaklah
ditampilkan oleh pelajar cemerlang. Percakapan mereka dihiasi dengan kata-
kata yang baik budi bahasanya dan sopan santun diibaratkan seperti butir-
butir mutiara yang berharga. Rakan akan berasa dilindungi dan selamat
berada di sisi pelajar cemerlang ini kerana mereka ini hanya mendengar
perkara-perkara yang berfaedah dan bermanfaat sahaja. Sudah tentu, pelajar
cemerlang juga seperti manusia biasa yang tetap mempunyai kelemahan
tertentu, tetapi mereka akan sedaya upaya untuk mengawal kelemahan yang
dimiliki agar tidak mendatangkan kemudaratan kepada mana-mana pihak.
• Akhirnya, sentiasa berpegang teguh pada tali agama adalah antara ciri pelajar
cemerlang yang sangat penting. Kepatuhan dan kepercayaan kepada Tuhan
pencipta sepatutnyalah menjadi tunjung utama dalam kehidupan ini.
Contohnya, pelajar yang cemerlang akan sentiasa berusaha untuk
melaksanakan segala patuhan dan suruhannya dan larangannya haruslah
dijauhi. Malah pegangan agama yang teguh dan kukuh menjadi petunjuk jalan
dan penyuluh supaya sentiasa berada di dalam lorong dan jalan kebenaran.
Hal ini demikian kerana, kecemerlangan di dunia dan akhirat sentiasa
diinginkan dan diimpikan oleh pelajar yang cemerlang.
• Sebelum ceramah pada hari ini ditamatkan, saya percaya tentu para pelajar
mempunyai persoalan yang bermain di dalam minda diri sendiri. Antara
persoalan yang mungkin menerawang di minda ialah apakah ciri-ciri yang
dinyatakan terdapat dalam diri sanubari ini? Mampukah semua ciri-ciri
kecemerlangan tersebut dapat saya garap dengan baik. Jawapannya ialah, usah
khuatir akan potensi dalaman dan luaran diri anda, jika anda mempunyai satu
atau dua ciri sahaja yang ada dalam diri para pelajar ketika ini, saya ucapakan
tahniah dan syabas. Itu merupakan anjakan dan permulaan yang baik untuk
meneruskan bagi mencapai kesemua ciri-ciri kecemerlangan tersebut. Saya
yakin bahawa semua pelajar berpotensi besar untuk mengembangkan bakat
diri untuk menjadi pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang yang
diceburi. Akhir sekali, para pelajar harus menanamkan konsep ini di dalam
diri iaitu di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

More Related Content

What's hot

Pengurusan Penasihatan Murid (KUmpulan Tembikai/9)
Pengurusan Penasihatan Murid (KUmpulan Tembikai/9)Pengurusan Penasihatan Murid (KUmpulan Tembikai/9)
Pengurusan Penasihatan Murid (KUmpulan Tembikai/9)adib Mashuri
 
Spirit Harmoni Dari Sekolah
Spirit Harmoni Dari SekolahSpirit Harmoni Dari Sekolah
Spirit Harmoni Dari SekolahAnis Masykhur
 
Hubungan perhatian orang tua dengan hasil belajar matematika
Hubungan perhatian orang tua dengan hasil belajar matematikaHubungan perhatian orang tua dengan hasil belajar matematika
Hubungan perhatian orang tua dengan hasil belajar matematikaRisna Riany
 
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...murugan muruga
 
Pengurusan Penasihatan Murid
Pengurusan Penasihatan MuridPengurusan Penasihatan Murid
Pengurusan Penasihatan MuridFarehana95
 
Proposal penelitian pengaruh bimbingan belajar dan motivas…
Proposal penelitian pengaruh bimbingan belajar dan motivas…Proposal penelitian pengaruh bimbingan belajar dan motivas…
Proposal penelitian pengaruh bimbingan belajar dan motivas…Boedi Santosa,
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahIzyan Nadia
 
Perekayasaan kaunseling bdk
Perekayasaan kaunseling bdkPerekayasaan kaunseling bdk
Perekayasaan kaunseling bdkSK METHODIST
 
Upaya guru bimbingan dan konseling dalam memberikan pemahaman positif siswa t...
Upaya guru bimbingan dan konseling dalam memberikan pemahaman positif siswa t...Upaya guru bimbingan dan konseling dalam memberikan pemahaman positif siswa t...
Upaya guru bimbingan dan konseling dalam memberikan pemahaman positif siswa t...SMPN 4 Kerinci
 
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
56583907 tugasan-3-isu-guru-pontengNorshaidi Mohd Nor
 
Slide kriteria guru yang dicari.A171095
Slide kriteria guru yang dicari.A171095Slide kriteria guru yang dicari.A171095
Slide kriteria guru yang dicari.A171095MuhammadImran990501
 
87120330 kertas-kerja-guru-penyayang
87120330 kertas-kerja-guru-penyayang87120330 kertas-kerja-guru-penyayang
87120330 kertas-kerja-guru-penyayangMohd Asri Ismail
 
Pengurusan penasihatan
Pengurusan penasihatanPengurusan penasihatan
Pengurusan penasihatanAnwar Arif
 
Skenario pembelajaran menggunakan pendekatan scientific hibdi
Skenario pembelajaran menggunakan pendekatan scientific hibdiSkenario pembelajaran menggunakan pendekatan scientific hibdi
Skenario pembelajaran menggunakan pendekatan scientific hibdiina85
 
Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21
Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21
Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21Rozaiman Makmun
 

What's hot (20)

Sistem Fail B & K
Sistem Fail B & KSistem Fail B & K
Sistem Fail B & K
 
Pengurusan Penasihatan Murid (KUmpulan Tembikai/9)
Pengurusan Penasihatan Murid (KUmpulan Tembikai/9)Pengurusan Penasihatan Murid (KUmpulan Tembikai/9)
Pengurusan Penasihatan Murid (KUmpulan Tembikai/9)
 
Spirit Harmoni Dari Sekolah
Spirit Harmoni Dari SekolahSpirit Harmoni Dari Sekolah
Spirit Harmoni Dari Sekolah
 
Hubungan perhatian orang tua dengan hasil belajar matematika
Hubungan perhatian orang tua dengan hasil belajar matematikaHubungan perhatian orang tua dengan hasil belajar matematika
Hubungan perhatian orang tua dengan hasil belajar matematika
 
Standar mutu-emi2
Standar mutu-emi2Standar mutu-emi2
Standar mutu-emi2
 
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
 
Pengurusan Penasihatan Murid
Pengurusan Penasihatan MuridPengurusan Penasihatan Murid
Pengurusan Penasihatan Murid
 
Proposal penelitian pengaruh bimbingan belajar dan motivas…
Proposal penelitian pengaruh bimbingan belajar dan motivas…Proposal penelitian pengaruh bimbingan belajar dan motivas…
Proposal penelitian pengaruh bimbingan belajar dan motivas…
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Perekayasaan kaunseling bdk
Perekayasaan kaunseling bdkPerekayasaan kaunseling bdk
Perekayasaan kaunseling bdk
 
Upaya guru bimbingan dan konseling dalam memberikan pemahaman positif siswa t...
Upaya guru bimbingan dan konseling dalam memberikan pemahaman positif siswa t...Upaya guru bimbingan dan konseling dalam memberikan pemahaman positif siswa t...
Upaya guru bimbingan dan konseling dalam memberikan pemahaman positif siswa t...
 
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
 
Sistem penasihatan akademik
Sistem penasihatan akademikSistem penasihatan akademik
Sistem penasihatan akademik
 
Peranan bimbel
Peranan bimbelPeranan bimbel
Peranan bimbel
 
Slide kriteria guru yang dicari.A171095
Slide kriteria guru yang dicari.A171095Slide kriteria guru yang dicari.A171095
Slide kriteria guru yang dicari.A171095
 
87120330 kertas-kerja-guru-penyayang
87120330 kertas-kerja-guru-penyayang87120330 kertas-kerja-guru-penyayang
87120330 kertas-kerja-guru-penyayang
 
Pengurusan penasihatan
Pengurusan penasihatanPengurusan penasihatan
Pengurusan penasihatan
 
Skenario pembelajaran menggunakan pendekatan scientific hibdi
Skenario pembelajaran menggunakan pendekatan scientific hibdiSkenario pembelajaran menggunakan pendekatan scientific hibdi
Skenario pembelajaran menggunakan pendekatan scientific hibdi
 
Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21
Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21
Cadangan Aktiviti Kajian dan Projek bagi SBA SPN21
 
Pak21
Pak21Pak21
Pak21
 

Similar to Ciri-Cemerlang

GPP1063 ETIKA KEGURUAN &PERSONALITI GURU CEMERLANG
GPP1063 ETIKA KEGURUAN &PERSONALITI GURU CEMERLANG GPP1063 ETIKA KEGURUAN &PERSONALITI GURU CEMERLANG
GPP1063 ETIKA KEGURUAN &PERSONALITI GURU CEMERLANG MagdalinaNdong
 
Peranangurusekolahrendah 111202025603-phpapp01
Peranangurusekolahrendah 111202025603-phpapp01Peranangurusekolahrendah 111202025603-phpapp01
Peranangurusekolahrendah 111202025603-phpapp01Raihana Hj Zainal
 
Lampiran 3_ Lembar Evaluasi Diri Guru Penggerak.docx
Lampiran 3_ Lembar Evaluasi Diri Guru Penggerak.docxLampiran 3_ Lembar Evaluasi Diri Guru Penggerak.docx
Lampiran 3_ Lembar Evaluasi Diri Guru Penggerak.docxAjatSedrajat
 
Guru%20 dan%20alam%20pendidikan
Guru%20 dan%20alam%20pendidikanGuru%20 dan%20alam%20pendidikan
Guru%20 dan%20alam%20pendidikanFaye Clae
 
Becoming a Long Life learner and Inspirational Educator.pdf
Becoming a Long Life learner and Inspirational Educator.pdfBecoming a Long Life learner and Inspirational Educator.pdf
Becoming a Long Life learner and Inspirational Educator.pdfNurul Jundi Al Firdausi
 
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdfKISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdfAryJuan1
 
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdfKISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdfAryJuan1
 
Sasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptx
Sasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptxSasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptx
Sasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptxFidelaNiam
 
Diskusi Visi dan Prakarsa Perubahan Sekolah..pptx
Diskusi Visi dan Prakarsa Perubahan Sekolah..pptxDiskusi Visi dan Prakarsa Perubahan Sekolah..pptx
Diskusi Visi dan Prakarsa Perubahan Sekolah..pptxHendraKurniawan858649
 
Falsafah pendidikan islam - guru impian
Falsafah pendidikan islam - guru impianFalsafah pendidikan islam - guru impian
Falsafah pendidikan islam - guru impianSofea Balqis
 
Guru%20 dan%20alam%20pendidikan
Guru%20 dan%20alam%20pendidikanGuru%20 dan%20alam%20pendidikan
Guru%20 dan%20alam%20pendidikanGandhikalai Gandhi
 
Pembelajaran Orang Dewasa
Pembelajaran Orang DewasaPembelajaran Orang Dewasa
Pembelajaran Orang DewasaUpi_raharjo
 

Similar to Ciri-Cemerlang (20)

GPP1063 ETIKA KEGURUAN &PERSONALITI GURU CEMERLANG
GPP1063 ETIKA KEGURUAN &PERSONALITI GURU CEMERLANG GPP1063 ETIKA KEGURUAN &PERSONALITI GURU CEMERLANG
GPP1063 ETIKA KEGURUAN &PERSONALITI GURU CEMERLANG
 
Guru Sebagai 1 Profesion
Guru Sebagai 1 ProfesionGuru Sebagai 1 Profesion
Guru Sebagai 1 Profesion
 
Peranangurusekolahrendah 111202025603-phpapp01
Peranangurusekolahrendah 111202025603-phpapp01Peranangurusekolahrendah 111202025603-phpapp01
Peranangurusekolahrendah 111202025603-phpapp01
 
Lampiran 3_ Lembar Evaluasi Diri Guru Penggerak.docx
Lampiran 3_ Lembar Evaluasi Diri Guru Penggerak.docxLampiran 3_ Lembar Evaluasi Diri Guru Penggerak.docx
Lampiran 3_ Lembar Evaluasi Diri Guru Penggerak.docx
 
Guru%20 dan%20alam%20pendidikan
Guru%20 dan%20alam%20pendidikanGuru%20 dan%20alam%20pendidikan
Guru%20 dan%20alam%20pendidikan
 
Becoming a Long Life learner and Inspirational Educator.pdf
Becoming a Long Life learner and Inspirational Educator.pdfBecoming a Long Life learner and Inspirational Educator.pdf
Becoming a Long Life learner and Inspirational Educator.pdf
 
Esei Guru Cemerlang DG34
Esei Guru Cemerlang DG34Esei Guru Cemerlang DG34
Esei Guru Cemerlang DG34
 
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdfKISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
 
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdfKISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
KISI-KISI UAS PROFESI PENDIDIKAN.pdf
 
Sasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptx
Sasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptxSasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptx
Sasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptx
 
Profesion Guru
Profesion GuruProfesion Guru
Profesion Guru
 
Diskusi Visi dan Prakarsa Perubahan Sekolah..pptx
Diskusi Visi dan Prakarsa Perubahan Sekolah..pptxDiskusi Visi dan Prakarsa Perubahan Sekolah..pptx
Diskusi Visi dan Prakarsa Perubahan Sekolah..pptx
 
Program Sekolah.pptx
Program Sekolah.pptxProgram Sekolah.pptx
Program Sekolah.pptx
 
Falsafah pendidikan islam - guru impian
Falsafah pendidikan islam - guru impianFalsafah pendidikan islam - guru impian
Falsafah pendidikan islam - guru impian
 
CIRI-CIRI GURU IMPIAN.pdf
CIRI-CIRI GURU IMPIAN.pdfCIRI-CIRI GURU IMPIAN.pdf
CIRI-CIRI GURU IMPIAN.pdf
 
Guru%20 dan%20alam%20pendidikan
Guru%20 dan%20alam%20pendidikanGuru%20 dan%20alam%20pendidikan
Guru%20 dan%20alam%20pendidikan
 
Guru dan alam pendidikan
Guru dan alam pendidikanGuru dan alam pendidikan
Guru dan alam pendidikan
 
Budaya(2)
Budaya(2)Budaya(2)
Budaya(2)
 
PdP Cemerlang
PdP CemerlangPdP Cemerlang
PdP Cemerlang
 
Pembelajaran Orang Dewasa
Pembelajaran Orang DewasaPembelajaran Orang Dewasa
Pembelajaran Orang Dewasa
 

More from nur habibah yusuf

5 Buku Garis Panduan PBPPP (Dokumen Lengkap).pdf
5 Buku Garis Panduan PBPPP (Dokumen Lengkap).pdf5 Buku Garis Panduan PBPPP (Dokumen Lengkap).pdf
5 Buku Garis Panduan PBPPP (Dokumen Lengkap).pdfnur habibah yusuf
 
4 CONTOH PENULISAN KEBERHASILAN.pdf
4 CONTOH PENULISAN KEBERHASILAN.pdf4 CONTOH PENULISAN KEBERHASILAN.pdf
4 CONTOH PENULISAN KEBERHASILAN.pdfnur habibah yusuf
 
7Surat Semakan Semula Markah PBPPP.pdf
7Surat Semakan Semula Markah PBPPP.pdf7Surat Semakan Semula Markah PBPPP.pdf
7Surat Semakan Semula Markah PBPPP.pdfnur habibah yusuf
 
Presentation sains bab 9.pptx
Presentation sains bab 9.pptxPresentation sains bab 9.pptx
Presentation sains bab 9.pptxnur habibah yusuf
 
CALON SPM 2021 SESI KEDUA.docx
CALON SPM 2021 SESI KEDUA.docxCALON SPM 2021 SESI KEDUA.docx
CALON SPM 2021 SESI KEDUA.docxnur habibah yusuf
 
Assignment SAF120 Fiqh May 2022 (2).docx
Assignment  SAF120 Fiqh May 2022 (2).docxAssignment  SAF120 Fiqh May 2022 (2).docx
Assignment SAF120 Fiqh May 2022 (2).docxnur habibah yusuf
 
Assignment SAF120 Fiqh May 2022.docx
Assignment  SAF120 Fiqh May 2022.docxAssignment  SAF120 Fiqh May 2022.docx
Assignment SAF120 Fiqh May 2022.docxnur habibah yusuf
 
Assignment SAB127 Asas Bahasa Arab Januari 2022.docx
Assignment  SAB127 Asas Bahasa Arab Januari 2022.docxAssignment  SAB127 Asas Bahasa Arab Januari 2022.docx
Assignment SAB127 Asas Bahasa Arab Januari 2022.docxnur habibah yusuf
 
HAK-HAK ISTERI DALAM PERKAHWINAN MENURUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH.pdf
HAK-HAK ISTERI DALAM PERKAHWINAN MENURUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH.pdfHAK-HAK ISTERI DALAM PERKAHWINAN MENURUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH.pdf
HAK-HAK ISTERI DALAM PERKAHWINAN MENURUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH.pdfnur habibah yusuf
 
BORANG book review ladap.doc
BORANG book review ladap.docBORANG book review ladap.doc
BORANG book review ladap.docnur habibah yusuf
 
Assignment SAB127 Asas Bahasa Arab Januari 2022.docx
Assignment  SAB127 Asas Bahasa Arab Januari 2022.docxAssignment  SAB127 Asas Bahasa Arab Januari 2022.docx
Assignment SAB127 Asas Bahasa Arab Januari 2022.docxnur habibah yusuf
 
Kajian Tindakan BPI 26.06.pdf
Kajian Tindakan BPI 26.06.pdfKajian Tindakan BPI 26.06.pdf
Kajian Tindakan BPI 26.06.pdfnur habibah yusuf
 

More from nur habibah yusuf (20)

b INSTRUMEN PTA.pdf
b INSTRUMEN PTA.pdfb INSTRUMEN PTA.pdf
b INSTRUMEN PTA.pdf
 
5 Buku Garis Panduan PBPPP (Dokumen Lengkap).pdf
5 Buku Garis Panduan PBPPP (Dokumen Lengkap).pdf5 Buku Garis Panduan PBPPP (Dokumen Lengkap).pdf
5 Buku Garis Panduan PBPPP (Dokumen Lengkap).pdf
 
a INSTRUMEN PdP.pdf
a INSTRUMEN PdP.pdfa INSTRUMEN PdP.pdf
a INSTRUMEN PdP.pdf
 
a PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
a PANDUAN KEBERHASILAN.pdfa PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
a PANDUAN KEBERHASILAN.pdf
 
4 CONTOH PENULISAN KEBERHASILAN.pdf
4 CONTOH PENULISAN KEBERHASILAN.pdf4 CONTOH PENULISAN KEBERHASILAN.pdf
4 CONTOH PENULISAN KEBERHASILAN.pdf
 
7Surat Semakan Semula Markah PBPPP.pdf
7Surat Semakan Semula Markah PBPPP.pdf7Surat Semakan Semula Markah PBPPP.pdf
7Surat Semakan Semula Markah PBPPP.pdf
 
1 INSTRUMEN PdP.pdf
1 INSTRUMEN PdP.pdf1 INSTRUMEN PdP.pdf
1 INSTRUMEN PdP.pdf
 
BORANG-AHLI-BARU.pdf
BORANG-AHLI-BARU.pdfBORANG-AHLI-BARU.pdf
BORANG-AHLI-BARU.pdf
 
borang koku.doc
borang koku.docborang koku.doc
borang koku.doc
 
Presentation sains bab 9.pptx
Presentation sains bab 9.pptxPresentation sains bab 9.pptx
Presentation sains bab 9.pptx
 
CALON SPM 2021 SESI KEDUA.docx
CALON SPM 2021 SESI KEDUA.docxCALON SPM 2021 SESI KEDUA.docx
CALON SPM 2021 SESI KEDUA.docx
 
kertas kerja KOKU2022.docx
kertas kerja KOKU2022.docxkertas kerja KOKU2022.docx
kertas kerja KOKU2022.docx
 
JAMUAN RAYA HAJI 2022.docx
JAMUAN RAYA HAJI 2022.docxJAMUAN RAYA HAJI 2022.docx
JAMUAN RAYA HAJI 2022.docx
 
Assignment SAF120 Fiqh May 2022 (2).docx
Assignment  SAF120 Fiqh May 2022 (2).docxAssignment  SAF120 Fiqh May 2022 (2).docx
Assignment SAF120 Fiqh May 2022 (2).docx
 
Assignment SAF120 Fiqh May 2022.docx
Assignment  SAF120 Fiqh May 2022.docxAssignment  SAF120 Fiqh May 2022.docx
Assignment SAF120 Fiqh May 2022.docx
 
Assignment SAB127 Asas Bahasa Arab Januari 2022.docx
Assignment  SAB127 Asas Bahasa Arab Januari 2022.docxAssignment  SAB127 Asas Bahasa Arab Januari 2022.docx
Assignment SAB127 Asas Bahasa Arab Januari 2022.docx
 
HAK-HAK ISTERI DALAM PERKAHWINAN MENURUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH.pdf
HAK-HAK ISTERI DALAM PERKAHWINAN MENURUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH.pdfHAK-HAK ISTERI DALAM PERKAHWINAN MENURUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH.pdf
HAK-HAK ISTERI DALAM PERKAHWINAN MENURUT AL-QURAN DAN AL-SUNNAH.pdf
 
BORANG book review ladap.doc
BORANG book review ladap.docBORANG book review ladap.doc
BORANG book review ladap.doc
 
Assignment SAB127 Asas Bahasa Arab Januari 2022.docx
Assignment  SAB127 Asas Bahasa Arab Januari 2022.docxAssignment  SAB127 Asas Bahasa Arab Januari 2022.docx
Assignment SAB127 Asas Bahasa Arab Januari 2022.docx
 
Kajian Tindakan BPI 26.06.pdf
Kajian Tindakan BPI 26.06.pdfKajian Tindakan BPI 26.06.pdf
Kajian Tindakan BPI 26.06.pdf
 

Recently uploaded

Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anakbekamalayniasinta
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxc9fhbm7gzj
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 

Recently uploaded (20)

Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptxMateri Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
Materi Bimbingan Manasik Haji Tarwiyah.pptx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 

Ciri-Cemerlang

  • 1. RPH KARANGAN : CIRI – CIRI PELAJAR CEMERLANG OLEH : PN NUR HABIBAH BT YUSUF
  • 2. KARANGAN CERAMAH • Contoh Soalan Karangan Ceramah PT3 • Ceramah telah disampaikan oleh anda selaku seorang guru kaunselor kepada para pelajar sempena program motivasi di sekolah. ‘Ciri-ciri Pelajar Cemerlang’ merupakan tajuk ceramah anda. Anda diminta untuk menulis teks ceramah dengan selengkapnya.
  • 3. Analisis soalan : • Tema/Isu : Pelajar yang cemerlang • Tugasan/ Arahan : Ciri-ciri pelajar cemerlang yang harus ada • Format karangan : Ceramah
  • 4. RANGKA KARANGAN• Rangka Isi Butiran • Pendahuluan Kata alu-aluan format ceramah hendaklah diberikan • – Konsep dan prinsip pelajar cemerlang, mengapa pelajar harus cemerlang, gambaran kecemerlangan, peribahasa • Isi • Karangan Cemerlang di dalam akademik • – Pencapaian memberangsangkan dalam pembelajaran, pencapaian dalam • peperiksaan awam, dan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. • Cemerlang di dalam kokurikulum • – Penglibatan dalam apa jua program, perkhidmatab dan sumbangan serta • kepimpinan • Cemerlang disiplin • – Peraturan dipatuhi, masa ditepati, tugas dapat diselesaikan • Cemerlang sahsiah • – sopan-santun, baik budi pekerti, asertif, boleh dipercayai • Pegangan agama yang teguh • PenutupKonkusi atau kesimpulan am, saranan, nasihat dan harapan
  • 5. • Yang berusaha, ahli jawatankuasa program motivasi ‘Destinasi Permata’, yang saya hormati para guru serta pelajar-pelajar SMK Invictus yang disayangi sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. • Terlebih dahulu, marilah kita semua merakamkan dan memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan kerana pada yang mulia ini, kita dapat berkumpul bersama-sama dalam program motivasi ‘Destinasi Permata’ yang sangat berfaedah terutama kepada para pelajar peperiksaan umum tingkatan 3 dan 5 yang bakal menduduki peperiksaan PPMR dan juga SPM yang akan menyusul tidak lama sahaja lagi. ‘Ciri-ciri Pelajar Cemerlang’ adalah tajuk ceramah yang akan saya kongsikan pada hari ini.
  • 6. • Hadirin dan hadirat sekalian, • Kecemerlangan dalam kehidupan pasti diimpikan dan diinginkan oleh semua insan. Malah, keinginan menjadi pelajar cemerlang juga sudah tentu diinginkan oleh semua pelajar yang berada di dalam Dewan Indah yang permai dan harmoni ini. Pendek kata, semua pelajar mahu cemerlang dan berjaya dalam semua bidang yang diceburi. Contohnya, kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan sebagainya diimpikan oleh para pelajar. Pelajar yang cemerlang adalah seperti umpama benih yang baik, campak ke laut mejadi pulau. Persoalannya, apakah sebenarnya ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi pelajar yang cemerlang? Apakah pelajar di hadapan saya ini adalah kategori pelajar yang cemerlang? Bersedialah wahai para pelajar, tajuk ciri-ciri yang cemerlang akan dikupas sebentar lagi.
  • 7. • Para pelajar yang saya sayangi sekalian, • Memang tidak dapat dinafikan, ciri pelajar cemerlang yang sering ditonjolkan dan ditunjukkan ialah dari segi pencapaian akademik. Pencapaian akademik yang memberangsangkan dalam setiap ujian dan peperiksaan akan diusahakan dan dipastikan oleh pelajar cemerlang ini. Contohnya, pelajar cemerlang akan mengutamakan pembelajaran menerusi aktiviti terancang di bilik darjah, dan pembelajaran menerusi aktiviti yang terancang dan teratur di dalam kelas, dan pembelajaran kendiri serta kumpulan dan kelompok sebaya di luar pembelajaran luar kelas. Bagi memperoleh hasil pembelajaran yang maksimum dan optimus, segala potensi dan kelebihan yang ada di dalam diri akan sentiasa digembleng. Matlamat pembelajaran yang logik dan munasabah akan ditetapkan oleh mereka dan seterusnya berusaha dan fokus untuk mencapainya. Dengan itu, sebarang bentuk gangguan dan masalah akan diketepikan oleh pelajar cemerlang untuk memastikan mereka sentiasa cemerlang dalam pencapaian akademik.
  • 8. • Selain itu, tumpuan yang sepenuhnya terhadap aktiviti pembelajaran terancang bersama para guru sentiasa diberikan oleh pelajar cemerlang semasa berada di dalam kelas. Sebagai contoh, motivasi pembelajaran yang optimum dan maksimum akan ditunjukkan oleh pelajar cemerlang dengan memberikan kerjasama dan sepenuh perhatian yang tidak berbelah bahagi. Hasutan negatif tidak mengira sama ada dari segi dalaman atau luaran diri sendiri mahupun persekitarannya tidak akan mudah dipengaruhi oleh golongan cemerlang ini. Syarat yang banyak tidak akan dikenakan oleh pelajar cemerlang dalam pembelajaran hingga semuanya berkenan di hati. Mereka tidak mempunyai sifat dan elemen sentimental dengan terlalu mengharapkan tentang guru yang hebat sempurna atau persekitaran dan suasana kelas yang sempurna. Mereka mempunyai ketahanan dalam menerima iklim pembelajaran yang seadanya.
  • 9. • Demikian juga, peranan yang seimbang akan ditampilkan oleh pelajar cemerlang terutama apabila kumpulan belajar disertai atau tugasan kumpulan dilaksanakan, mereka tidak hanya sebagai penumpang dan tidak pula terlalu menonjol. Mereka mempunyai kesabaran untuk mendengar idea rakan sekumpulan walapun sebenarnya banyak idea bernas dimilik oleh pelajar cemerlang ini. Pelajar cemerlang akan menjadi pemimpin yang adil dan boleh dipercayai dan tidak cuba untuk terlalu menguasai sesuatu perbincangan. Persediaan yang mencukupi akan disediakan oleh mereka dan bukan hanya dengan tanan kosong sahaja. Impak dan kesan positif akan sentiasa ditinggalkan oleh pelajar cemerlang ini dengan hadirnya mereka dalam mana- mana aktiviti pembelajaran yang berorientasikan secara berkumpulan yang kesan yang diberikan bukan sekadar hanya melukut di tepi gantang, datang tidak menambah, pergi tidak disuruh.
  • 10. • Para guru dan para pelajar sekalian, • Selanjutnya ialah, sasaran yang tinggi hendaklah diletakkan oleh pelajar cemerlang dalam peperiksaan awam. Strategi dan usaha yang maksimum dan optimum hendaklah dibuktikan dan bukan hanya sekadar cakap kosong selaras dengan sasaran yang dilakukan. Fokus yang berterusan akan dilakukan oleh mereka terhadap kefahaman yang mendalam terhadap perancangan jawapan yang bersesuaian dengan kehendak dan tugasan soalan dan tidak hanya melakukan pergantungan kepada soalan ramalan. Segala kehendak sukatan pelajaran yang menjadi asas item soalan peperiksaan awam digubal akan dipatuhi oleh pelajar cemerlang dengan menggunakan segala ilmu pengetahuan dan pengalaman pembelajaran di dalam kelas. Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke pengajian atau kursus yang diminati atau kursus yang boleh diklasifikasikan sebagai kritikal boleh diintai oleh pelajar cemerlang, di samping tempat di institusi pengajian tinggi terkemuka boleh dilamar berserta tajaan biasiswa yang menarik dan berprestij.
  • 11. • Adakah ciri pelajar yang cemerlang akan dinilai dengan tingkah laku atau tindak tanduk yang membawa buku ke sana ke mari sehingga diberikan gelaran ‘ulat buku’? Sebenarnya, mereka tidak direlakan untuk dilabel dan dicop sebagai ulat buku semata-mata. Pencapaian yang tinggi dalam bidang kokurikulum kebiasaannya akan ditunjukkan oleh mereka. Sebenarnya pelengkap kepada aktiviti kurikulum di dalam kelas ialah bidang kokurikulum. Aktiviti kokurikulum boleh dijadikan sebagai platform dan medium dalam memupuk semangat suka rela dalam perkhidmatan sosial, menggilap bakat kepimpinan dan suka mendekati aktiviti kebajikan. Pelajar cemerlang akan menggunakan kebolehan dan potensi diri sama ada sebagai pemimpin, petugas atau peserta di mana-mana aktiviti persatuan, kelab, unit pakaian seragam, sukan dan permainan. Sikap ringan tulang dalam menolong pihak sekolah untuk menjayakan program dan aktiviti kurikulum akan diamalkan oleh mereka dan seberapa banyak pengalaman akan dicari oleh pelajar cemerlang ini.
  • 12. • Pelajar-pelajar yang dihormati sekalian, • Seperti ramai yang kita sudah tahu disiplin adalah asas bagi sesuatu kejayaan. Oleh itu, amalan disiplin yang tinggi sangat sinonim dengan pelajar cemerlang. Gelaran pelajar skema yang patuh dengan segala peraturan sekolah tidak diambil kisah dan peduli oleh mereka. Pelajar cemerlang tidak berasa kekok dan janggal untuk berbual dan bergaul mesra dengan rakan yang sinikal dan tidak kurang juga dengan rakan yang kurang beruntung, walaupun mungkin kelihatan berbeza dari segi tingkah laku dan juga penampilan. Mereka akan berusaha untuk menjadi contoh tauladan dan peribadi rujukan yang mampu memberi aura positif dengan mempengaruhi para pelajar untuk lebih bersikap psitif dan optimis dalam menuntut pengalaman pembelajaran di sekolah. Butiran tunjuk ajar tidak perlu dijelaskan oleh mereka, sebaliknya cukup dengan pencapaian dan tingkah laku yang disenangi oleh orang sekelilingnya. Sebagai contoh, ketepatan masa sangat dipentingkan oleh pelajar cemerlang dan sesuatu tugasan akan sentiasa dilaksanakan sesempurna mungkin. Pelajar cemerlang tidak akan melaksanakan setiap tugasan yang diberi dengan sambalewa semata-mata sperti hanya melepaskan batuk di tangga bagi setiap tugasan yang diberi. Jelaslah disiplin haruslah menjadi prinsip yang harus dipegang oleh pelajar cemerlang dalam memacu kecemerlangan yang lebih terjamin dalam hidup mereka.
  • 13. • Seterusnya, sahsiah dan budi pekerti yang murni dan terpuji hendaklah ditampilkan oleh pelajar cemerlang. Percakapan mereka dihiasi dengan kata- kata yang baik budi bahasanya dan sopan santun diibaratkan seperti butir- butir mutiara yang berharga. Rakan akan berasa dilindungi dan selamat berada di sisi pelajar cemerlang ini kerana mereka ini hanya mendengar perkara-perkara yang berfaedah dan bermanfaat sahaja. Sudah tentu, pelajar cemerlang juga seperti manusia biasa yang tetap mempunyai kelemahan tertentu, tetapi mereka akan sedaya upaya untuk mengawal kelemahan yang dimiliki agar tidak mendatangkan kemudaratan kepada mana-mana pihak.
  • 14. • Akhirnya, sentiasa berpegang teguh pada tali agama adalah antara ciri pelajar cemerlang yang sangat penting. Kepatuhan dan kepercayaan kepada Tuhan pencipta sepatutnyalah menjadi tunjung utama dalam kehidupan ini. Contohnya, pelajar yang cemerlang akan sentiasa berusaha untuk melaksanakan segala patuhan dan suruhannya dan larangannya haruslah dijauhi. Malah pegangan agama yang teguh dan kukuh menjadi petunjuk jalan dan penyuluh supaya sentiasa berada di dalam lorong dan jalan kebenaran. Hal ini demikian kerana, kecemerlangan di dunia dan akhirat sentiasa diinginkan dan diimpikan oleh pelajar yang cemerlang.
  • 15. • Sebelum ceramah pada hari ini ditamatkan, saya percaya tentu para pelajar mempunyai persoalan yang bermain di dalam minda diri sendiri. Antara persoalan yang mungkin menerawang di minda ialah apakah ciri-ciri yang dinyatakan terdapat dalam diri sanubari ini? Mampukah semua ciri-ciri kecemerlangan tersebut dapat saya garap dengan baik. Jawapannya ialah, usah khuatir akan potensi dalaman dan luaran diri anda, jika anda mempunyai satu atau dua ciri sahaja yang ada dalam diri para pelajar ketika ini, saya ucapakan tahniah dan syabas. Itu merupakan anjakan dan permulaan yang baik untuk meneruskan bagi mencapai kesemua ciri-ciri kecemerlangan tersebut. Saya yakin bahawa semua pelajar berpotensi besar untuk mengembangkan bakat diri untuk menjadi pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang yang diceburi. Akhir sekali, para pelajar harus menanamkan konsep ini di dalam diri iaitu di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.