Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Budaya(2)

1,285 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Budaya(2)

  1. 1. BUDAYA ORGANISASI(SEKOLAH) Oleh : OSMAN KADIR (808438) & KHAIRUL AZLI MAT ZEN (808421) Sarjana Sains(Pengurusan Pendidikan) Kolej Sastera & Sains (CAS) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
  2. 2. PENGENALAN Terry Deal dan Kent Peterson (1993) mentakrifkan budaya sekolah sebagai "realiti dalaman". Robbins dan Alvy (1995) pula meluaskan definisinya sebagai "This inner reality reflects what organizational members care about, what they are willing to spend time doing, what and how they celebrate, and what they talk about.“
  3. 3.  Manakala Gary Phillips (1993) menyatakan budaya sekolah sebagai,"beliefs,attitudes, and behaviours that characterizes a school in terms of: how people treat and feel about each other; the extent to which people feel included and appreciated; and rituals and traditions refelecting collaboration and collegiality."
  4. 4.  Budaya sekolah ditakrifkan sebagai cara hidup sekolah yang meliputi segala amalan sekolah sama ada di luar dan di dalam bilik darjah. Budaya sekolah mencerminkan nilai, kepercayaan dan norma yang dikongsi bersama oleh warga sekolah.
  5. 5.  budaya sekolah lebih merujuk kepada cara dan gaya guru dan staf bekerja dalam satu kumpulan Budaya sekolah ialah budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan tertentu supaya aktiviti pelajar dapat dikawal.
  6. 6.  Terhasil melalui aktiviti formal dan tidak formal Budaya sekolah formal  Apa yang telah dirancang seperti aktiviti kurikulum dan kegiatan kokurikulum.  Pelajar yang pandai dan aktif akan mendapat sanjungan puhak guru dan sekolah. Manakala pelajar yang lemah dan kurang cerdik akan tesisih
  7. 7.  Budaya sekolah yang tidak formal  Menghasilkan pelajar yang berbakat lain daripada academic ability, iaitu mereka akan menyerlah dalam fighting/sporting ability.  Mereka selalu menimbulkan masalah disiplin di sekolah seperti merokok, ponteng sekolah, atau bergaduh
  8. 8. Jenis Budaya Sekolah Budaya Instrumental  Budaya ini mengutamakan matlamat masa hadapan para pelajar. Pelajar mengumpul pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk lulus di dalam peperiksaan di samping menghasilkan pelajar dan warganegara yang baik dan sempurna
  9. 9.  Budaya Ekspresif  Memuaskan kehendak kreatif dan seni para pelajar  Contoh aktiviti ialah seperti menari, melukis, atau bermain muzik mengikut kecenderungan dan minat masing-masing.  Aktiviti diadakan untuk mereka menghilangkan ketegangan , serta meluahkan tenaga tanpa sebarang kawalan daripada kakitangan sekolah.  Terdapat beberapa buah sekolah di Britain dan Amerika Syarikat yang mengamalkannya
  10. 10.  Budaya Moral  Untuk melahirkan pelajar bermoral yang berkemampuan membuat pertimbangan tentang beberapa tindakan atau tingkah laku yang betul atau salah  Sekolah menghukum setiap kesalahan dan memberikan ganjaran seperti hadiah kepada yang betul atau baik
  11. 11. Pembentukan budaya dan iklimsekolah yang baik Menghargai permuafakatan  bersama-sama menyelesaikan masalah dan membuat keputusan di samping menghargai kesaling- bergantungan dan bantu-membantu sesama staf. Mengamalkan nilai kesejawatanan  satu budaya kerja yang ada kaitannya dengan perpaduan, kerjasama, bantu-membantu, hormat- menghormati, nasihat-menasihati atau tegur-menegur di antara ahli-ahli kumpulan atas dasar profesionalisme
  12. 12.  pemimpin yang berkesan mestilah berkeupayaan mewujudkan suasana kesejawatanan ini di kalangan guru-gurunya, mengekalkan suasana harmoni dan perpaduan sepanjang masa Guru-guru berkeyakinan tinggi  bersedia menerima cabaran-cabaran, mengambil risiko, dan melahirkan idea-idea kreatif serta rumusan- rumusan
  13. 13.  Ada komitmen yang tinggi  sentiasa dapat mematuhi dan menepati norma-norma organisasi atau masyarakat sama ada norma-norma yang tersurat atau pun yang tersirat
  14. 14. Aktiviti Ke Arah pembentukanbudaya sekolah yang positif Program Sekolah Selamat Program Gotong Royong Perdana Hari Terbuka Perayaan Hari Koperasi Sekolah Majlis Pelancaran Kemerdekaan Minggu Anti Dadah Kebangsaan Program Nilam
  15. 15.  Program Disiplin Sifar Bulan Disiplin
  16. 16. Faktor yang mempengaruhi budayasekolah Perhubungan Interpersonal  Guru mempunyai semangat kekitaan terhadap sekolah dan bangga menjadi guru di sekolah tersebut dan sentiasa memandang ke hadapan dalam usaha mereka dalam meningkatkan profesionalisme mereka. Pelajar- pelajar pula merasa seronok menjadi pelajar di sekolah itu.
  17. 17.  Matlamat institusi berkenaan  Kewujudan budaya yang berorientasikan akademik. Kebanyakkan sekolah di negara kita mempunyai budaya akademik yang amat kuat berbanding budaya berorientasikan ko-kurikulum.
  18. 18.  Pengajaran dan Pembelajaran  Walaupun guru mengamalkan panduan kurikulum yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran, guru dibenarkan menggunakan kreativiti semasa mengajar. Pelajar mengikuti aktiviti pengayaan mengikut keupayaan masing-masing.
  19. 19.  Upacara dan keramaian yang diadakan  Upacara dan perayaan ini mengembangkan budaya sekolah yang membawa kepada stabiliti sekolah sebagai sebuah sistem sosial seperti hari ucapan dan penyampaian hadiah, hari sukan tahunan, pameran tahunan, lumba jalan kaki, pesta dan persembahan pentas
  20. 20.  Kepimpinan Pentadbiran  Pengetua perlu mempunyai polisi pintu terbuka di mana idea daripada guru dan juga pelajar di ambil kira untuk dipraktikkan.  Pengetua perlu melibatkan staf dalam pembuatan keputusan.  Pengetua juga perlu memberi sokongan kepada guru terhadap amalan penghajaran mereka dan menggalakkan mereka menggunakan inovasi dalam kerja seharian mereka
  21. 21.  Pihak pentadbiran perlu mempunyai program pembangunan staf untuk menggalakkan perkembangan profesional dikalangan mereka. Pentadbir sekolah perlu memberi galakkan kepada pelajar supaya bekerjasama dalam aktiviti pembelajaran mereka.
  22. 22.  Kemudahan Fizikal  Pelajar dan guru disekolah merasa sangat selesa ketika berada di perkarangan sekolah yang bersih dan teratur.  Pelajar dan guru berbangga dengan kemudahan fizikal yang mereka ada dan sentiasa menolong untuk mengekalkan keadaan kemudahan tersebut dalam keadaan yang sehabis baik.
  23. 23.  Pencapaian Pelajar  Keutamaan adalah terhadap prestasi akademik yang tinggi dan murid digalakkan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk berjaya.  Murid yang berjaya akan diberi penghargaan setrta maklum balas yang cepat dan berterusan terhadap prestasi murid berkenaan
  24. 24.  Disiplin Sekolah  Sekolah mempunyai suasana disiplin yang teratur tanpa perlu membina peraturan ketat, tenang tanpa penindasan yang secara amnya adalah selesa untuk suasana proses pembelajaran.  Untuk membentuk budaya sekolah yang berdisiplin, pelajar-pelajar di sekolah berkenaan perlulah diterapkan dengan nilai-nilai murni
  25. 25.  Nilai murni akan membentuk membentuk peribadi dan sahsiah pelajar yang cemerlang dan seterusnya masalah disiplin di sekolah dapat diatasi
  26. 26. PENUTUP Menjadi seorang pemimpin di peringkat sekolah, sama ada sebagai Guru Besar, Penolong Kanan atau pun Guru Kanan Mata Pelajaran, tidak semudah yang disangka. Sifat-sifat terpuji diri peribadi berserta beberapa ciri kepemimpinan perlulah ada dan dikuasai pada tahap yang cemerlang dan tinggi supaya sebuah sekolah yang berkesan dan berwatak, dengan iklim yang positif dan budaya yang tersohor dapat direalisasikan.

×