SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
BAHAGIAN B : PENULISAN REFLEKTIF

Bincangkan sejauh manakah penglibatan guru biasa sebagai guru pembimbing
dalam aspek mengenalpastikan masalah yang berlaku dalam kalangan murid
sekolah.

      Ramai berpendapat bahawa kerjaya sebagai seorang guru merupakan suatu
pekerjaan yang murni. Tambahan pula dikatakan guru mempunyai cuti yang banyak.
Ada juga yang mengatakan menjadi seorang guru senang dan memperoleh
pendapatan tinggi dan tetap. Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan sama ada
dalam kalangan masyarakat umum tentang profesion guru. Namun, sebenarnya
profesion menjadi seorang guru bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik
malah menjadi seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat
untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang
manusia untuk menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.
Dalam mengharungi proses dan sistem pendidikan tersebut khususnya di negara kita
seorang guru sering menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan konteks
tugasannya di bilik darjah dan sekolah.

      Tugas seorang guru bukan sahaja mengajar di sekolah atau memberi ilmu
kepada murid-murid malah semua guru yang terlatih berperanan sebagai guru
bimbingan ataupun guru pembimbing. Sepertimana yang telah kita tahui, perkhidmatan
bimbingan di sekolah bukan semata-mata dijalankan oleh guru bimbingan dan
kaunseling sahaja. Setiap orang guru sama ada guru mata pelajaran atau guru kelas
mampu memainkan peranan sebagai guru pembimbing dengan mengambil kira
pengalaman hidup dan kematangan emosi serta kognitif masing-masing.

      Sebagai guru pembimbing, guru biasa membantu guru bimbingan dan
kaunseling untuk mengumpulkan maklumat mengenai murid-murid. Pengumpulan
maklumat oleh guru biasa amat membantu kepada guru bimbingan dan kaunseling
untuk membuat semakan serta digunakan sebagai rujukan untuk tindakan susulan
nanti, sama ada dalam bentuk sesi kaunseling atau intervensi lain.
Peranan guru biasa sebagai guru bimbingan amatlah besar dan penting. Antara
peranan seorang guru biasa sebagai guru pembimbing adalah menolong murid
membuat penyesuaian. Dalam hal ini, guru biasa membantu anak-anak muridnya
menyesuaikan diri mereka dalam pelbagai aspek seperti fizikal, mental, emosi,
persekitaran dan sebagainya. Kedua, guru biasa yang berperanan sebagai guru
pembimbing juga menolong murid dalam pelajaran. Murid pada zaman sekarang
menghadapi pelbagai masalah dan masalah-masalah tersebut kadang-kala menjadi
satu halangan kepada mereka untuk mengikuti atau menguasai proses pengajaran dan
pembelajaran. bagi mengatasi masalah tersebut, guru sedia membantu murid dalam
pelajaran mereka. Misalnya, sekiranya murid menghadapi masalah dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu, guru bertanggungjawab untuk menolong murid berkenaan
dalam mata pelajaran tersebut. Segala kemuskilan yang wujud dalam kalangan murid
perlulah diselesaikan oleh guru dengan mengambil tindakan sewajarnya seperti
member penerangan yang ringkas, tepat dan jelas, memberikan contoh-contoh yang
bersesuaian dengan topik yang diajar serta menggunakan pendekatan, strategi, kaedah
dan teknik yang sesuai dengan tahap penerimaan murid. Selain itu, guru juga boleh
membuat perancangan yang sistematik serta melaksanakan proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih menarik bagi membantu murid mengikuti pembelajaran.

      Ketiga, guru biasa memberi kesedaran tentang pentingnya pelajaran. Terdapat
murid yang sangat aktif untuk belajar dan pada masa yang sama terdapat juga murid
yang datang sekolah hanya sebagai rutin harian. Dalam hal ini, guru biasa memberi
kesedaran kepada anak-anak murid bahawa betapa pentingnya pelajaran pada masa
kini sebab pendidikan yang diperoleh oleh seseorang akan menentukan masa depan
mereka. Apabila guru memberikan kesedaran, murid-murid berpeluang untuk
mengubah dirinya dan bersedia untuk menghadapi cabaran di dunia pendidikan ini.

      Keempat pula, guru biasa menolong murid untuk membuat keputusan rasional.
Murid-murid di sekolah rendah berupaya mengambil keputusan sendiri tetapi
masalahnya mereka tidak tahu bahawa keputusan yang diambil itu rasional atau tidak.
Jadi, adalah menjadi tugas kepada guru biasa untuk menolong murid membuat
pertimbangan, mengenal pasti baik buruk sesuatu tindakan dan sebagainya.
Seterusnya, guru biasa juga haruslah selesaikan masalah pembelajaran murid dengan
memberi tumpuan yang lebih, melaksanakan aktiviti yang sesuai, memberikan tugasan
yang boleh meningkatkan kefahaman murid terhadap sesuatu pembelajaran.

       Tambahan pula, guru biasa sebagai guru pembimbing perlu membentuk tabiat
kerja murid. Pembentukkan tabiat positif mampu memberi kesan yang positif ke arah
peningkatan prestasi dalam pembelajaran. Di antara tabiat positif yang perlu dibentuk
ialah seperti positif terhadap kesukaran yang dihadapi, peka terhadap masa, yakin
terhadap kebolehan diri, berani mencuba untuk kebaikan dan lain-lain lagi.
Pembentukan tabiat positif ini haruslah diberi penekanan oleh guru di awal tahun lagi
agar segala masalah dapat dibendung dan dapat dijadikan sebagai ikhtibar dalam
menghadapi cabaran yang pastinya menguji kita dalam usaha mencapai kejayaan.

       Bidang tugas guru biasa sebagai guru pembimbing yang seterusnya adalah guru
sentiasa merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling. Sekiranya guru biasa
menghadapi sebarang masalah dalam menguruskan anak muridnya, mereka boleh
merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling untuk mendapatkan idea atau
pendapat yang waras di samping mendapatkan maklumat. Seterusnya, guru juga boleh
bekerjasama dengan guru bimbingan dan kaunseling sebelum mengambil sebarang
tindakan terhadap anak muridnya.

       Mengisi kad 001 bagi murid-murid sekolah rendah juga merupakan tugas
seorang guru biasa yang berperanan sebagai guru pembimbing. Antara butir-butir
peribadi murid yang perlu diisi oleh guru ialah seperti rekod berat, tinggi, rabun atau
tidak, markah peperiksaan pertengahan dan akhir tahun, sikap pelajar dan cita-cita. Kad
001 ini, adalah satu-satunya kad peribadi murid yang diterima pakai dalam mahkamah.
Sekiranya terjadi apa-apa musibah ke atas anak murid tersebut semasa dalam usia
bersekolah, pampasan yang sewajarnya boleh diberi berdasarkan rekod peribadi dan
cita-cita anak murid itu.

       Di samping itu, guru biasa perlu bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga. Hal
ini adalah demikian kerana guru merupakan ibu bapa kedua di sekolah bagi seseorang
murid. Jadi, mereka perlu sentiasa memaklumkan perkembangan murid dari masa ke
masa. Kerjasama antara dua pihak ini iaitu guru dengan ibu bapa dapat membantu
kedua-dua pihak untuk mengenali tentang murid atau anak. Hal ini akan mendorong
kepada guru atau ibu bapa untuk mengambil sebarang tindakan seterusnya.


                    Peranan Guru Biasa Sebagai Guru Pembimbing

                          Menolong murid membuat penyesuaian.


                             Menolong murid dalam pelajaran.


                        Beri kesedaran tentang pentingnya pelajaran.


                          Menolong murid buat keputusan rasional.


                             Selesaikan masalah pembelajaran.


                                 Bentuk tabiat kerja pelajar.


                       Merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling.

                           Kerjasama dengan guru bimbingan dan
                                       kaunseling.

                                Isi kad 001 (sekolah rendah).


                                Kerjasama dengan ibu bapa.


         Jadual menunjukkan peranan guru biasa sebagai guru pembimbing.



      Terdapat dua teknik yang biasa digunakan oleh guru untuk mengumpul
maklumat murid-murid, iaitu teknik ujian dan teknik bukan ujian. Secara amnya, teknik
ujian merujuk kepada ujian-ujian piawai yang dibentuk untuk mengukur ciri-ciri murid
seperti kebolehan, pencapaian, aptitud, minat, sikap, nilai dan personaliti. Ujian-ujian
tersebut yang bersifat formal biasanya ditadbirkan secara individu atau kelompok. Hasil
penganalisian skor murid-murid dalam ujian digunakan sebagai rujukan dalam sesi
bimbingan dan kaunseling kelak.

      Bagi memperoleh satu gambaran yang komprehensif dan menyeluruh, teknik
bukan ujian turut digunakan oleh seseorang guru biasa. Teknik bukan ujian ini bersifat
subjektif berbanding dengan teknik ujian yang bersifat objektif. Jadual berikut
menunjukkan secara ringkas tentang kaedah pengumpulan maklumat murid-murid dan
contoh-contohnya.



                    Kaedah Pengumpulan Maklumat Murid-murid




               Teknik Ujian                              Teknik Bukan Ujian



            Ujian Pencapaian                                 Pemerhatian



               Ujian Aptitud                                  Temu Bual



          Inventori Minat Kerjaya                          Analisis Dokumen



      Ujian dan Inventori Personaliti



                Ujian Sikap
Penglibatan guru biasa sebagai guru pembimbing dalam aspek mengenalpastian
masalah yang berlaku dalam kalangan murid sekolah sangat mendorong kepada guru
untuk mengenali tentang anak muridnya. Kebanyakan masalah yang diceritakan oleh
murid kepada guru boleh diklasifikasikan seperti berikut.



          Konflik Interpersonal

          • Murid-murid yang sedang menghadapi masalah komunikasi dengan
            ibu bapa, guru-guru atau rakan sebaya.

          Konflik Intrapersonal

          • Murid-murid menghadapi masalah yang berkaitan dengan membuat
            keputusan perlukan penjelasan mengenai alternatif-alternatif
            penyelesaian dan akibat.

          Kekurangan Maklumat tentang Diri

          • Murid-murid yang ingin mengenali diri secara lebih mendalam dari
            segi kebolehan, kekuatan, minat dan nilai.

          Kekurangan Maklumat tentang Persekitaran

          • Murid-murid perlukan maklumat tentang cara mencapai kejayaan
            dalam bidang akademik serta kerjaya di dunia pekerjaan.

          Kekurangan Kemahiran

          • Murid-murid perlu belajar mengenai satu-satu kemahiran seperti
            cara belajar yang berkesan, tingkahlaku asertif, kemahiran
            mendengar yang berkesan dan sebagainya.
Dalam usaha mengenal pasti masalah murid-murid sekolah rendah, terdapat
pelbagai cara yang sering digunakan oleh guru-guru biasa. Antara cara-cara yang
selalu digunakan oleh guru-guru bagi mengenal pasti masalah anak-anak muridnya
ialah pemerhatian, senarai semak, sosiogram, hasil karya murid, foto serta audio dan
video.

         Walaupun terdapat banyak cara untuk mengenal pasti masalah, kebanyakkan
guru menggunakan cara pemerhatian sebagai cara utama mengenal pasti masalah
anak-anak muridnya. Berdasarkan perbincangan yang telah saya lakukan dengan guru-
guru di sekolah praktikum saya, mereka berpendapat bahawa cara pemerhatian ini
sangat berkesan dan mudah untuk mengenal pasti masalah murid.

         Menurut mereka, semasa membuat pemerhatian, guru atau pemerhati perlu
mengikuti beberapa prosedur yang penting. Yang pertama, sebelum sesi pemerhatian
guru hendaklah menentukan objektif atau tujuan pemerhatian, sasaran yang akan
diperhatikan, tempoh pemerhatian iaitu jangka masa, dan cara merekod hasil
pemerhatian. Prosedur yang kedua, guru perlu masuk ke kelas atau tempat di mana
murid-murid sedang berkumpul dan menjalankan aktiviti pembelajaran. yang ketiga
pula, pemerhati duduk di belakang kelas atau tempat yang sesuai supaya tidak
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala, prosedur yang keempat
ialah pemerhati membuat pemerhatian sambil mencatat nota lapangan yang relevan.
Hasil pemerhatian dicatatkan dalam borang-borang pemerhatian khusus seperti rekod
anekdot, rekod running, persampelan masa, persampelan peristiwa, dan penulisan dairi
yang dijadikan sebagai bahan-bahan bukti bagi pemerhatian yang telah dijalankan.

         Selain pemerhatian, guru biasa juga menggunakan senarai semak yang berguna
untuk guru mengetahui tentang penguasaan kemahiran murid. Ia juga digunakan
apabila guru sedang memerhatikan satu aspek tingkah laku murid. Senarai semak
mempunyai kekurangan yang paling ketara berbanding dengan cara pemerhatian iaitu
ia tidak mengambil kira konteks di mana satu-satu tingkah laku itu berlaku ataupun
perbezaan individu. Jadi, senarai semak digunakan sebagai tambahan kepada
maklumat yang telah dikumpul dengan menggunakan cara pemerhatian yang lain.
Berdasarkan senarai semak yang disediakan oleh guru biasa, maka guru bimbingan
dan kaunseling akan memperoleh satu gambaran ringkas mengenai perkembangan
murid-murid dari aspek fizikal, kognitif, social dan emosi. Hal ini memudahkan beliau
untuk merancang tindakan susulan yang munasabah bagi murid-murid berkenaan.

      Seterusnya, satu lagi cara yang berkesan bagi mengenal pasti perkembangan
sosial murid-murid iaitu dengan menggunakan sosiogram. Sosiogram merupakan satu
peta atau rajah yang menunjukkan pola interaksi satu kumpulan murid-murid. Ia dapat
menunjukkan dengan jelas siapa yang disukai ramai, siapa yang perlukan bantuam,
siapa yang mempunyai kemahiran sosial yang baik dan sebagainya. Sosiogram dapat
menggambarkan siapa dalam pasukan atau kumpulan menjalani interaksi dan siapa
dalam kalangan ahli yang seolah-olah disingkir. Sebagai tindakan susulan, guru
bimbingan dan kaunseling boleh merujuk kepada maklumat awal ini untuk
mendapatkan jawapan kepada beberapa persoalan yang timbul hasil analisis
sosiogram.

      Selain itu, koleksi hasil karya murid yang dikumpul merentasi satu tempoh masa
juga boleh memberi maklumat yang bernilai mengenai perkembangan anak murid. hasil
karya yang dimaksudkan adalah seperti lukisan, kolaj, penulisan dan gambar foto
projek dan sebagainya. Hasil karya yang asli membuktikan kebolehan kognitif dan
kreativiti masing-masing. Berdasarkan hasil karya murid, guru dapat melihat dengan
mata sendiri pertumbuhan dan perkembangan murid sama ada yang telah atau yang
belum berlaku pada murid-murid berkenaan. Hasil karya yang dikutip itu boleh disimpan
dalam bentuk buku skrap atau folio untuk dikongsi bersama serta sebagai bahan bukti.

      Rakaman audio dan video juga dapat membantu seorang guru untuk mengenal
pasti masalah yang wujud dalam kalangan murid-murid. Dengan menggunakan
rakaman video, guru dapat merakam segala gerak-geri murid sama ada secara sengaja
atau tidak sengaja. Manakala, rakaman audio pula member satu gambaran mengenai
kemahiran bertutur murid-murid. Cara ini banyak digunakan oleh guru Bahasa Melayu
untuk mengetahui tentang kemahiran bertutur anak muridnya.
Berdasarkan pemerhatian dan perbincangan dengan guru-guru di sekolah saya
berpraktikum, saya dapati guru biasa sebagai guru pembimbing memainkan peranan
yang amat penting dalam membantu guru bimbingan dan kaunseling memperoleh satu
profil awal murid-murid. Guru biasa juga selalu berkolaborasi dengan guru bimbingan
dan kaunseling dari segi mengumpul data dan menyediakan maklumat murid. Jadi,
jelaslah kepada kita bahawa guru biasa sebagai guru pembimbing dan guru bimbingan
dan kaunseling saling melengkapi keperluan satu sama lain.




      Disediakan oleh,


      _______________________

      ( TAMILMANI A/L KANNAN )

More Related Content

What's hot

kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifPengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifAnne Ummu Hurairah
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisnurzaharuddin
 
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khasImplikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khasAtikah Amran
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikanVince Here
 
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Noorezayu Mohd Said
 
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolbGaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolbanwar Hazim
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)Rafiza Diy
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranNoorezayu Mohd Said
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumVince Here
 
MODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMMODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMhudhud321
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikanNancyKuak
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosialparydave
 
Teori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneTeori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneAlice Lee
 
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaPerkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaMohd Syafiq A. Ghani
 

What's hot (20)

kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Teori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorismeTeori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorisme
 
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifPengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
Teori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behavioris
 
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khasImplikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
 
Kemahiran penutup
Kemahiran penutupKemahiran penutup
Kemahiran penutup
 
Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikan
 
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
Teori pembelajaran sosial (EDU 3103)
 
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolbGaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
Gaya pembelajaran berdasarkan model pembelajaran kolb
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
 
MODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMMODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUM
 
2. edup2023 psikologi pendidikan
2. edup2023   psikologi pendidikan2. edup2023   psikologi pendidikan
2. edup2023 psikologi pendidikan
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosial
 
Teori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneTeori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagne
 
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaPerkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
 

Viewers also liked

Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...murugan muruga
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARFazHani Faz
 
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunselingEtika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunselingHumyra Amer
 
Konsep bimbingan dan kaunseling
Konsep bimbingan dan kaunselingKonsep bimbingan dan kaunseling
Konsep bimbingan dan kaunseling廷武 邹
 
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolahMaksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolahThavasri Chandiran
 
Ujian personaliti
Ujian personalitiUjian personaliti
Ujian personalitiMakhi Adnan
 
Assingment etika kaunseling kump 9 (1)
Assingment etika kaunseling kump 9 (1)Assingment etika kaunseling kump 9 (1)
Assingment etika kaunseling kump 9 (1)Shima Arshad
 
djeme98 : INVENTORI MINAT KERJAYA (IMK)
djeme98 : INVENTORI MINAT KERJAYA (IMK)djeme98 : INVENTORI MINAT KERJAYA (IMK)
djeme98 : INVENTORI MINAT KERJAYA (IMK)Djeme Djusoh
 
Inventori Minat Kerjaya
Inventori Minat Kerjaya Inventori Minat Kerjaya
Inventori Minat Kerjaya ubkktk
 
Contoh soalan edu 3107
Contoh soalan edu 3107Contoh soalan edu 3107
Contoh soalan edu 3107baskin robbin
 
Edu 3073 bimbingan dan kaunseling kanak kanak
Edu 3073 bimbingan dan kaunseling kanak kanakEdu 3073 bimbingan dan kaunseling kanak kanak
Edu 3073 bimbingan dan kaunseling kanak kanakdhia rana
 
Teori kerjaya holland
Teori kerjaya hollandTeori kerjaya holland
Teori kerjaya hollandeydah_walidah
 
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”Salwa Samsudin
 
Peranan guru disekolah
Peranan guru disekolahPeranan guru disekolah
Peranan guru disekolahiskawia
 
6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)
6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)
6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)Herney Aqilah Kay
 

Viewers also liked (20)

Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
Peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam menangani masalah disiplin pelaja...
 
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJARPERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
PERANAN DAN TINDAKAN GURU KAUNSELING DALAM MENGATASI MASALAH DISIPLIN PELAJAR
 
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunselingEtika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
 
Etika kaunselor
Etika kaunselorEtika kaunselor
Etika kaunselor
 
Konsep bimbingan dan kaunseling
Konsep bimbingan dan kaunselingKonsep bimbingan dan kaunseling
Konsep bimbingan dan kaunseling
 
9 bimbingan dan kaunseling
9 bimbingan dan kaunseling9 bimbingan dan kaunseling
9 bimbingan dan kaunseling
 
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolahMaksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
Maksud pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah
 
B&k
B&kB&k
B&k
 
Bimbingan dan kaunseling
Bimbingan dan kaunselingBimbingan dan kaunseling
Bimbingan dan kaunseling
 
Ujian personaliti
Ujian personalitiUjian personaliti
Ujian personaliti
 
Assingment etika kaunseling kump 9 (1)
Assingment etika kaunseling kump 9 (1)Assingment etika kaunseling kump 9 (1)
Assingment etika kaunseling kump 9 (1)
 
djeme98 : INVENTORI MINAT KERJAYA (IMK)
djeme98 : INVENTORI MINAT KERJAYA (IMK)djeme98 : INVENTORI MINAT KERJAYA (IMK)
djeme98 : INVENTORI MINAT KERJAYA (IMK)
 
Inventori Minat Kerjaya
Inventori Minat Kerjaya Inventori Minat Kerjaya
Inventori Minat Kerjaya
 
Contoh soalan edu 3107
Contoh soalan edu 3107Contoh soalan edu 3107
Contoh soalan edu 3107
 
Edu 3073 bimbingan dan kaunseling kanak kanak
Edu 3073 bimbingan dan kaunseling kanak kanakEdu 3073 bimbingan dan kaunseling kanak kanak
Edu 3073 bimbingan dan kaunseling kanak kanak
 
Teori kerjaya holland
Teori kerjaya hollandTeori kerjaya holland
Teori kerjaya holland
 
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
 
Peranan guru disekolah
Peranan guru disekolahPeranan guru disekolah
Peranan guru disekolah
 
INVENTORI
INVENTORIINVENTORI
INVENTORI
 
6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)
6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)
6 bimbingan dalam pendidikan interaksi dan komunikasi dalam bilik darjah(1)
 

Similar to PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING

Makalah Bimbingan Belajar Kelompok 6
Makalah Bimbingan Belajar Kelompok 6Makalah Bimbingan Belajar Kelompok 6
Makalah Bimbingan Belajar Kelompok 6LiaDT
 
Bimbingan dan kaunseling merupakan dua perkara yang mempunyai maksud yang ham...
Bimbingan dan kaunseling merupakan dua perkara yang mempunyai maksud yang ham...Bimbingan dan kaunseling merupakan dua perkara yang mempunyai maksud yang ham...
Bimbingan dan kaunseling merupakan dua perkara yang mempunyai maksud yang ham...kennedy alip
 
Makalah bk arti tujuan bk sekolah
Makalah bk arti tujuan bk sekolahMakalah bk arti tujuan bk sekolah
Makalah bk arti tujuan bk sekolahKun Hidayaturrahman
 
Menjelaskan pendekatan paikem dalam upaya peningkatan mutu pendidikan
Menjelaskan pendekatan paikem dalam upaya peningkatan mutu pendidikanMenjelaskan pendekatan paikem dalam upaya peningkatan mutu pendidikan
Menjelaskan pendekatan paikem dalam upaya peningkatan mutu pendidikanBlog Malaikat Iblis di Bulan Maret
 
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copyUli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copyOperator Warnet Vast Raha
 
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copyUli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copyOperator Warnet Vast Raha
 
PERMASALAHAN_BELAJAR_SISWA_DI_SMP_ATAU.docx
PERMASALAHAN_BELAJAR_SISWA_DI_SMP_ATAU.docxPERMASALAHAN_BELAJAR_SISWA_DI_SMP_ATAU.docx
PERMASALAHAN_BELAJAR_SISWA_DI_SMP_ATAU.docxernakomaryah
 
Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7cikli7
 
Guru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan KompetenGuru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan KompetenJoko Prasetiyo
 
Guru sebagai-pembimbing
Guru sebagai-pembimbingGuru sebagai-pembimbing
Guru sebagai-pembimbingsreedewi
 
IDENTIFIKASI MASALAH KESULITAN BELAJAR SISWA.pptx
IDENTIFIKASI MASALAH KESULITAN BELAJAR SISWA.pptxIDENTIFIKASI MASALAH KESULITAN BELAJAR SISWA.pptx
IDENTIFIKASI MASALAH KESULITAN BELAJAR SISWA.pptxUMN AL WASHLIYAH
 
Identifikasi keragaman peserta didik
Identifikasi keragaman peserta didikIdentifikasi keragaman peserta didik
Identifikasi keragaman peserta didikTohir Haliwaza
 
Pentingnya Bimbingan Konseling Untuk Anak Sekolah Dasar
Pentingnya Bimbingan Konseling Untuk Anak Sekolah DasarPentingnya Bimbingan Konseling Untuk Anak Sekolah Dasar
Pentingnya Bimbingan Konseling Untuk Anak Sekolah DasarIntan Irawati
 
Imam Royani
Imam RoyaniImam Royani
Imam Royaniimam89
 
New Microsoft Power Point Presentation
New Microsoft Power Point PresentationNew Microsoft Power Point Presentation
New Microsoft Power Point Presentationeuis maemunah
 
New Microsoft Power Point Presentation
New Microsoft Power Point PresentationNew Microsoft Power Point Presentation
New Microsoft Power Point Presentationeuis maemunah
 

Similar to PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING (20)

Makalah Bimbingan Belajar Kelompok 6
Makalah Bimbingan Belajar Kelompok 6Makalah Bimbingan Belajar Kelompok 6
Makalah Bimbingan Belajar Kelompok 6
 
233-447-1-SM.pdf
233-447-1-SM.pdf233-447-1-SM.pdf
233-447-1-SM.pdf
 
233-447-1-SM.pdf
233-447-1-SM.pdf233-447-1-SM.pdf
233-447-1-SM.pdf
 
Bimbingan dan kaunseling merupakan dua perkara yang mempunyai maksud yang ham...
Bimbingan dan kaunseling merupakan dua perkara yang mempunyai maksud yang ham...Bimbingan dan kaunseling merupakan dua perkara yang mempunyai maksud yang ham...
Bimbingan dan kaunseling merupakan dua perkara yang mempunyai maksud yang ham...
 
Makalah bk arti tujuan bk sekolah
Makalah bk arti tujuan bk sekolahMakalah bk arti tujuan bk sekolah
Makalah bk arti tujuan bk sekolah
 
Menjelaskan pendekatan paikem dalam upaya peningkatan mutu pendidikan
Menjelaskan pendekatan paikem dalam upaya peningkatan mutu pendidikanMenjelaskan pendekatan paikem dalam upaya peningkatan mutu pendidikan
Menjelaskan pendekatan paikem dalam upaya peningkatan mutu pendidikan
 
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copyUli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copy
 
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copyUli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips   copy
Uli pembelajaran pemantapan kemampuan profesional ipa ips copy
 
PERMASALAHAN_BELAJAR_SISWA_DI_SMP_ATAU.docx
PERMASALAHAN_BELAJAR_SISWA_DI_SMP_ATAU.docxPERMASALAHAN_BELAJAR_SISWA_DI_SMP_ATAU.docx
PERMASALAHAN_BELAJAR_SISWA_DI_SMP_ATAU.docx
 
Bimbingan Konsling
Bimbingan KonslingBimbingan Konsling
Bimbingan Konsling
 
Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7Kk edu3083 sem7
Kk edu3083 sem7
 
Guru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan KompetenGuru Inspiratif dan Kompeten
Guru Inspiratif dan Kompeten
 
Guru sebagai-pembimbing
Guru sebagai-pembimbingGuru sebagai-pembimbing
Guru sebagai-pembimbing
 
IDENTIFIKASI MASALAH KESULITAN BELAJAR SISWA.pptx
IDENTIFIKASI MASALAH KESULITAN BELAJAR SISWA.pptxIDENTIFIKASI MASALAH KESULITAN BELAJAR SISWA.pptx
IDENTIFIKASI MASALAH KESULITAN BELAJAR SISWA.pptx
 
Identifikasi keragaman peserta didik
Identifikasi keragaman peserta didikIdentifikasi keragaman peserta didik
Identifikasi keragaman peserta didik
 
Pentingnya Bimbingan Konseling Untuk Anak Sekolah Dasar
Pentingnya Bimbingan Konseling Untuk Anak Sekolah DasarPentingnya Bimbingan Konseling Untuk Anak Sekolah Dasar
Pentingnya Bimbingan Konseling Untuk Anak Sekolah Dasar
 
Eva bab 6
Eva bab 6Eva bab 6
Eva bab 6
 
Imam Royani
Imam RoyaniImam Royani
Imam Royani
 
New Microsoft Power Point Presentation
New Microsoft Power Point PresentationNew Microsoft Power Point Presentation
New Microsoft Power Point Presentation
 
New Microsoft Power Point Presentation
New Microsoft Power Point PresentationNew Microsoft Power Point Presentation
New Microsoft Power Point Presentation
 

PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING

  • 1. BAHAGIAN B : PENULISAN REFLEKTIF Bincangkan sejauh manakah penglibatan guru biasa sebagai guru pembimbing dalam aspek mengenalpastikan masalah yang berlaku dalam kalangan murid sekolah. Ramai berpendapat bahawa kerjaya sebagai seorang guru merupakan suatu pekerjaan yang murni. Tambahan pula dikatakan guru mempunyai cuti yang banyak. Ada juga yang mengatakan menjadi seorang guru senang dan memperoleh pendapatan tinggi dan tetap. Pelbagai tanggapan yang boleh disimpulkan sama ada dalam kalangan masyarakat umum tentang profesion guru. Namun, sebenarnya profesion menjadi seorang guru bukan sahaja suatu pekerjaan yang murni dan baik malah menjadi seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan cabaran yang hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses membentuk seorang manusia untuk menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Dalam mengharungi proses dan sistem pendidikan tersebut khususnya di negara kita seorang guru sering menghadapi pelbagai cabaran dalam melaksanakan konteks tugasannya di bilik darjah dan sekolah. Tugas seorang guru bukan sahaja mengajar di sekolah atau memberi ilmu kepada murid-murid malah semua guru yang terlatih berperanan sebagai guru bimbingan ataupun guru pembimbing. Sepertimana yang telah kita tahui, perkhidmatan bimbingan di sekolah bukan semata-mata dijalankan oleh guru bimbingan dan kaunseling sahaja. Setiap orang guru sama ada guru mata pelajaran atau guru kelas mampu memainkan peranan sebagai guru pembimbing dengan mengambil kira pengalaman hidup dan kematangan emosi serta kognitif masing-masing. Sebagai guru pembimbing, guru biasa membantu guru bimbingan dan kaunseling untuk mengumpulkan maklumat mengenai murid-murid. Pengumpulan maklumat oleh guru biasa amat membantu kepada guru bimbingan dan kaunseling untuk membuat semakan serta digunakan sebagai rujukan untuk tindakan susulan nanti, sama ada dalam bentuk sesi kaunseling atau intervensi lain.
  • 2. Peranan guru biasa sebagai guru bimbingan amatlah besar dan penting. Antara peranan seorang guru biasa sebagai guru pembimbing adalah menolong murid membuat penyesuaian. Dalam hal ini, guru biasa membantu anak-anak muridnya menyesuaikan diri mereka dalam pelbagai aspek seperti fizikal, mental, emosi, persekitaran dan sebagainya. Kedua, guru biasa yang berperanan sebagai guru pembimbing juga menolong murid dalam pelajaran. Murid pada zaman sekarang menghadapi pelbagai masalah dan masalah-masalah tersebut kadang-kala menjadi satu halangan kepada mereka untuk mengikuti atau menguasai proses pengajaran dan pembelajaran. bagi mengatasi masalah tersebut, guru sedia membantu murid dalam pelajaran mereka. Misalnya, sekiranya murid menghadapi masalah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, guru bertanggungjawab untuk menolong murid berkenaan dalam mata pelajaran tersebut. Segala kemuskilan yang wujud dalam kalangan murid perlulah diselesaikan oleh guru dengan mengambil tindakan sewajarnya seperti member penerangan yang ringkas, tepat dan jelas, memberikan contoh-contoh yang bersesuaian dengan topik yang diajar serta menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang sesuai dengan tahap penerimaan murid. Selain itu, guru juga boleh membuat perancangan yang sistematik serta melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik bagi membantu murid mengikuti pembelajaran. Ketiga, guru biasa memberi kesedaran tentang pentingnya pelajaran. Terdapat murid yang sangat aktif untuk belajar dan pada masa yang sama terdapat juga murid yang datang sekolah hanya sebagai rutin harian. Dalam hal ini, guru biasa memberi kesedaran kepada anak-anak murid bahawa betapa pentingnya pelajaran pada masa kini sebab pendidikan yang diperoleh oleh seseorang akan menentukan masa depan mereka. Apabila guru memberikan kesedaran, murid-murid berpeluang untuk mengubah dirinya dan bersedia untuk menghadapi cabaran di dunia pendidikan ini. Keempat pula, guru biasa menolong murid untuk membuat keputusan rasional. Murid-murid di sekolah rendah berupaya mengambil keputusan sendiri tetapi masalahnya mereka tidak tahu bahawa keputusan yang diambil itu rasional atau tidak. Jadi, adalah menjadi tugas kepada guru biasa untuk menolong murid membuat pertimbangan, mengenal pasti baik buruk sesuatu tindakan dan sebagainya.
  • 3. Seterusnya, guru biasa juga haruslah selesaikan masalah pembelajaran murid dengan memberi tumpuan yang lebih, melaksanakan aktiviti yang sesuai, memberikan tugasan yang boleh meningkatkan kefahaman murid terhadap sesuatu pembelajaran. Tambahan pula, guru biasa sebagai guru pembimbing perlu membentuk tabiat kerja murid. Pembentukkan tabiat positif mampu memberi kesan yang positif ke arah peningkatan prestasi dalam pembelajaran. Di antara tabiat positif yang perlu dibentuk ialah seperti positif terhadap kesukaran yang dihadapi, peka terhadap masa, yakin terhadap kebolehan diri, berani mencuba untuk kebaikan dan lain-lain lagi. Pembentukan tabiat positif ini haruslah diberi penekanan oleh guru di awal tahun lagi agar segala masalah dapat dibendung dan dapat dijadikan sebagai ikhtibar dalam menghadapi cabaran yang pastinya menguji kita dalam usaha mencapai kejayaan. Bidang tugas guru biasa sebagai guru pembimbing yang seterusnya adalah guru sentiasa merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling. Sekiranya guru biasa menghadapi sebarang masalah dalam menguruskan anak muridnya, mereka boleh merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling untuk mendapatkan idea atau pendapat yang waras di samping mendapatkan maklumat. Seterusnya, guru juga boleh bekerjasama dengan guru bimbingan dan kaunseling sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap anak muridnya. Mengisi kad 001 bagi murid-murid sekolah rendah juga merupakan tugas seorang guru biasa yang berperanan sebagai guru pembimbing. Antara butir-butir peribadi murid yang perlu diisi oleh guru ialah seperti rekod berat, tinggi, rabun atau tidak, markah peperiksaan pertengahan dan akhir tahun, sikap pelajar dan cita-cita. Kad 001 ini, adalah satu-satunya kad peribadi murid yang diterima pakai dalam mahkamah. Sekiranya terjadi apa-apa musibah ke atas anak murid tersebut semasa dalam usia bersekolah, pampasan yang sewajarnya boleh diberi berdasarkan rekod peribadi dan cita-cita anak murid itu. Di samping itu, guru biasa perlu bekerjasama dengan ibu bapa atau penjaga. Hal ini adalah demikian kerana guru merupakan ibu bapa kedua di sekolah bagi seseorang murid. Jadi, mereka perlu sentiasa memaklumkan perkembangan murid dari masa ke
  • 4. masa. Kerjasama antara dua pihak ini iaitu guru dengan ibu bapa dapat membantu kedua-dua pihak untuk mengenali tentang murid atau anak. Hal ini akan mendorong kepada guru atau ibu bapa untuk mengambil sebarang tindakan seterusnya. Peranan Guru Biasa Sebagai Guru Pembimbing Menolong murid membuat penyesuaian. Menolong murid dalam pelajaran. Beri kesedaran tentang pentingnya pelajaran. Menolong murid buat keputusan rasional. Selesaikan masalah pembelajaran. Bentuk tabiat kerja pelajar. Merujuk kepada guru bimbingan dan kaunseling. Kerjasama dengan guru bimbingan dan kaunseling. Isi kad 001 (sekolah rendah). Kerjasama dengan ibu bapa. Jadual menunjukkan peranan guru biasa sebagai guru pembimbing. Terdapat dua teknik yang biasa digunakan oleh guru untuk mengumpul maklumat murid-murid, iaitu teknik ujian dan teknik bukan ujian. Secara amnya, teknik ujian merujuk kepada ujian-ujian piawai yang dibentuk untuk mengukur ciri-ciri murid seperti kebolehan, pencapaian, aptitud, minat, sikap, nilai dan personaliti. Ujian-ujian
  • 5. tersebut yang bersifat formal biasanya ditadbirkan secara individu atau kelompok. Hasil penganalisian skor murid-murid dalam ujian digunakan sebagai rujukan dalam sesi bimbingan dan kaunseling kelak. Bagi memperoleh satu gambaran yang komprehensif dan menyeluruh, teknik bukan ujian turut digunakan oleh seseorang guru biasa. Teknik bukan ujian ini bersifat subjektif berbanding dengan teknik ujian yang bersifat objektif. Jadual berikut menunjukkan secara ringkas tentang kaedah pengumpulan maklumat murid-murid dan contoh-contohnya. Kaedah Pengumpulan Maklumat Murid-murid Teknik Ujian Teknik Bukan Ujian Ujian Pencapaian Pemerhatian Ujian Aptitud Temu Bual Inventori Minat Kerjaya Analisis Dokumen Ujian dan Inventori Personaliti Ujian Sikap
  • 6. Penglibatan guru biasa sebagai guru pembimbing dalam aspek mengenalpastian masalah yang berlaku dalam kalangan murid sekolah sangat mendorong kepada guru untuk mengenali tentang anak muridnya. Kebanyakan masalah yang diceritakan oleh murid kepada guru boleh diklasifikasikan seperti berikut. Konflik Interpersonal • Murid-murid yang sedang menghadapi masalah komunikasi dengan ibu bapa, guru-guru atau rakan sebaya. Konflik Intrapersonal • Murid-murid menghadapi masalah yang berkaitan dengan membuat keputusan perlukan penjelasan mengenai alternatif-alternatif penyelesaian dan akibat. Kekurangan Maklumat tentang Diri • Murid-murid yang ingin mengenali diri secara lebih mendalam dari segi kebolehan, kekuatan, minat dan nilai. Kekurangan Maklumat tentang Persekitaran • Murid-murid perlukan maklumat tentang cara mencapai kejayaan dalam bidang akademik serta kerjaya di dunia pekerjaan. Kekurangan Kemahiran • Murid-murid perlu belajar mengenai satu-satu kemahiran seperti cara belajar yang berkesan, tingkahlaku asertif, kemahiran mendengar yang berkesan dan sebagainya.
  • 7. Dalam usaha mengenal pasti masalah murid-murid sekolah rendah, terdapat pelbagai cara yang sering digunakan oleh guru-guru biasa. Antara cara-cara yang selalu digunakan oleh guru-guru bagi mengenal pasti masalah anak-anak muridnya ialah pemerhatian, senarai semak, sosiogram, hasil karya murid, foto serta audio dan video. Walaupun terdapat banyak cara untuk mengenal pasti masalah, kebanyakkan guru menggunakan cara pemerhatian sebagai cara utama mengenal pasti masalah anak-anak muridnya. Berdasarkan perbincangan yang telah saya lakukan dengan guru- guru di sekolah praktikum saya, mereka berpendapat bahawa cara pemerhatian ini sangat berkesan dan mudah untuk mengenal pasti masalah murid. Menurut mereka, semasa membuat pemerhatian, guru atau pemerhati perlu mengikuti beberapa prosedur yang penting. Yang pertama, sebelum sesi pemerhatian guru hendaklah menentukan objektif atau tujuan pemerhatian, sasaran yang akan diperhatikan, tempoh pemerhatian iaitu jangka masa, dan cara merekod hasil pemerhatian. Prosedur yang kedua, guru perlu masuk ke kelas atau tempat di mana murid-murid sedang berkumpul dan menjalankan aktiviti pembelajaran. yang ketiga pula, pemerhati duduk di belakang kelas atau tempat yang sesuai supaya tidak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Manakala, prosedur yang keempat ialah pemerhati membuat pemerhatian sambil mencatat nota lapangan yang relevan. Hasil pemerhatian dicatatkan dalam borang-borang pemerhatian khusus seperti rekod anekdot, rekod running, persampelan masa, persampelan peristiwa, dan penulisan dairi yang dijadikan sebagai bahan-bahan bukti bagi pemerhatian yang telah dijalankan. Selain pemerhatian, guru biasa juga menggunakan senarai semak yang berguna untuk guru mengetahui tentang penguasaan kemahiran murid. Ia juga digunakan apabila guru sedang memerhatikan satu aspek tingkah laku murid. Senarai semak mempunyai kekurangan yang paling ketara berbanding dengan cara pemerhatian iaitu ia tidak mengambil kira konteks di mana satu-satu tingkah laku itu berlaku ataupun perbezaan individu. Jadi, senarai semak digunakan sebagai tambahan kepada maklumat yang telah dikumpul dengan menggunakan cara pemerhatian yang lain. Berdasarkan senarai semak yang disediakan oleh guru biasa, maka guru bimbingan
  • 8. dan kaunseling akan memperoleh satu gambaran ringkas mengenai perkembangan murid-murid dari aspek fizikal, kognitif, social dan emosi. Hal ini memudahkan beliau untuk merancang tindakan susulan yang munasabah bagi murid-murid berkenaan. Seterusnya, satu lagi cara yang berkesan bagi mengenal pasti perkembangan sosial murid-murid iaitu dengan menggunakan sosiogram. Sosiogram merupakan satu peta atau rajah yang menunjukkan pola interaksi satu kumpulan murid-murid. Ia dapat menunjukkan dengan jelas siapa yang disukai ramai, siapa yang perlukan bantuam, siapa yang mempunyai kemahiran sosial yang baik dan sebagainya. Sosiogram dapat menggambarkan siapa dalam pasukan atau kumpulan menjalani interaksi dan siapa dalam kalangan ahli yang seolah-olah disingkir. Sebagai tindakan susulan, guru bimbingan dan kaunseling boleh merujuk kepada maklumat awal ini untuk mendapatkan jawapan kepada beberapa persoalan yang timbul hasil analisis sosiogram. Selain itu, koleksi hasil karya murid yang dikumpul merentasi satu tempoh masa juga boleh memberi maklumat yang bernilai mengenai perkembangan anak murid. hasil karya yang dimaksudkan adalah seperti lukisan, kolaj, penulisan dan gambar foto projek dan sebagainya. Hasil karya yang asli membuktikan kebolehan kognitif dan kreativiti masing-masing. Berdasarkan hasil karya murid, guru dapat melihat dengan mata sendiri pertumbuhan dan perkembangan murid sama ada yang telah atau yang belum berlaku pada murid-murid berkenaan. Hasil karya yang dikutip itu boleh disimpan dalam bentuk buku skrap atau folio untuk dikongsi bersama serta sebagai bahan bukti. Rakaman audio dan video juga dapat membantu seorang guru untuk mengenal pasti masalah yang wujud dalam kalangan murid-murid. Dengan menggunakan rakaman video, guru dapat merakam segala gerak-geri murid sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Manakala, rakaman audio pula member satu gambaran mengenai kemahiran bertutur murid-murid. Cara ini banyak digunakan oleh guru Bahasa Melayu untuk mengetahui tentang kemahiran bertutur anak muridnya.
  • 9. Berdasarkan pemerhatian dan perbincangan dengan guru-guru di sekolah saya berpraktikum, saya dapati guru biasa sebagai guru pembimbing memainkan peranan yang amat penting dalam membantu guru bimbingan dan kaunseling memperoleh satu profil awal murid-murid. Guru biasa juga selalu berkolaborasi dengan guru bimbingan dan kaunseling dari segi mengumpul data dan menyediakan maklumat murid. Jadi, jelaslah kepada kita bahawa guru biasa sebagai guru pembimbing dan guru bimbingan dan kaunseling saling melengkapi keperluan satu sama lain. Disediakan oleh, _______________________ ( TAMILMANI A/L KANNAN )