Ringkasan dokumen tersebut adalah sebagai berikut:
Syariat merupakan panduan hidup yang diwahyukan Allah untuk diikuti umat manusia, sedangkan hakikat adalah pengalaman merasakan kehadiran Allah. Tanpa syariat, manusia tidak akan pernah mencapai hakikat. Syariat, tarikat, dan hakikat merupakan kesatuan yang saling melengkapi dalam menjalani spiritualitas.
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
TASAWUF PERBANDINGAN الشريعة والحقيقة
1. والحقيقة الشريعة
NAMA : MUHAMMAD SAIFUL ASHARI BIN ZAINUDDIN
MATRIK :034780
TASAWWUF
PERBANDINGAN
IUS 4163
2. PENGERTIAN SYARIAT DAN HAKIKAT
Syariat adalah ‘pandangan hidup’(Syara’), ‘pegangan
hidup’(Syariah) dan ‘perjuangan hidup’(manhaj).
Perkara yang diwahyukan oleh Allah S.A.W untuk
seluruh umat manusia agar diketahui, dipatuhui dan
dilaksanakan dengan ikhlas.
Setiap muslim yang sejati akan berpegang teguh
dengan syariat yang disampaikan daripada al-Quran
dan as-Sunnah walau apa jua yang dihaapi.
3. Perkataan ‘Syariat’ menurut pengertian ahli sufi
diertikan dengan makna perintah dalam
melaksanakan ibadah dan ‘Hakikat’ pula diertikan
dengan makna musyahadah Tuhannya.
Al-Qusyairi berkata “ setiap syariat tanpa diperkuat
dengan hakikat tidaklah diterima, dan setiap hakikat
tidak dilaksanakan dengan syariat adalah kosong”.
4. Dan dalam erti kata lain syariat dapat dikatakan dengan
“ kau menyembah kepada-Nya dan hakikat itu kau
pandang dengan musyahadah hati mu kepada-Nya
Abu Ali ad-Daqaq berkata, dalam firman Allah ‘iyyakana’
budu’ ialah memerintahkan kita memelihara syariat dan
‘iyakkanas tain’ memerintahkan kita agar mengikuti
hakikat
Abu Yahya Zakariya Anshari berkata, “Syariat itu ialah
pengetahuan terhadap jalan-jalan menuju Allah
manakala hakikat itu ialah pandangan yang terus
menerus kepada Allah dan tarikah itu ialah berjalan
menurut ketentuan-ketentuan syariat yakni berbuat
sesuai dengan yang di atur oleh syariat.
5. Shaykh Zainuddin Ibn‘Ali al-Malibari dalam Nadzam Hidayah al-Adzkiya’
membuat mengatakan:
ْيِرـَشَفٌْْْْْْْْةَقـيِرَطَْوٍةَنـيِـفَسَكٌْةَعِْرـحَبالَكْمُثَْلـَغٌّْرُْدٌةَقـيِقَح
ُْْْْْْْْـبَكرَـيِْةَنـيِفمسلِاْلًّرُْدَامَْرـنَمْـوُغَـيَوُْصْاًـرحَبَْلَصَْحٌّرُْدُّث
ْْْْْْْْيِْأخََْيُةَقـيِقَاْلَْوُةَقـيِرّطاْالَذَكَوِْْفِْيَغـنِمْنَلٍْةَْعـيِرََْ ِِْعَْلَص ُُت
Maksudnya: “Syariat ibarat perahu, tarikat pula ibarat lautan, dan
hakikat ibarat mutiara yang berharga. Siapa yang menginginkan
mutiara, maka ia harus menaiki perahu, kemudian menyelam
dilautan, maka dia akan meraih mutiara tersebut. Demikian pula
tarikat dan hakikat, wahai saudaraku, dengan tanpa pengamalan
terhadap syariat maka hakikat tersebut tidak akan pernah
diperoleh”.
6. Syaikh Nawawi al-Bantani dalam menjelaskan bait
syair di atas mengatakan bahwa tidak ada jalan
menuju Allah kecuali dengan melaksanakan tiga
unsur yang merupakan satu kesatuan yang tidak
boleh dipisah-pisahkan satu dari lainnya. Pertama;
Syariat iaitu dengan mengerjakan segala perintah
dan menjauhi segala larangan Allah dan Rasul-Nya.
Kedua Tarikat ialah meneladani segala perbuatan
Rasulullah dalam setiap keadaannya. Ketiga Hakikat
iaitu hasil yang akan dicapai dari perjalan syariat dan
tarikat
7. Dalam dunia tasawuf, syariat adalah syarat mutlak bagi salik
untuk menuju makrifatullah.
Tanpa ada syariat maka terbatalah apa yang hendak dicapai
Hakikat adalah kemampuan seseorang dalam merasakan dan
melihat kehadiran Allah di dalam syariat itu.
Berkenaan dengan alam rohani atau hati nurani manusia atau
mengkaji sifat hati manusia.
8. Kesan Syariat dan Hakikat
Kita hendaklah memahami syariat iaitu peratura-
Nya, iaitu berkenaan hukum hakam.
Hasil daripada berhakikat pula kita akan mendapat
makrifat iaitu sampai ke peringkat hal-hal hakikat
dapat dialami secara istiqamah. Allah akan
kurniakan satu peringkat kemuncak yang mana
dapat ke satu tahap keyakinan yang tertinggi iaitu
makrifatullah