Akidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa Kritis

12,045 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
12,045
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
237
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Akidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa Kritis

  1. 1. AKIDAH,SYARIAH, IBADAH DAN AKHLAK…. SATU A A SA N LI K I TI S R
  2. 2. AKIDAHPengertian AkidahBahasa: Berasal daripada kata kerja ‘aqada yang bermaksud simpul atau ikat.Istilah: Ibn Taimiyah: Perkara yamg dibenarkan oleh jiwa,hati menjadi tenang kepadanya,beroleh keyakinan di kalangan ahlinya serta tidak bercampur dengan sebarang keraguan.
  3. 3. bersambung… Al-Firuz Abadi: Sesuatu yang diikat dan disimpul di dalam hati dan jiwa serta apa yang dipegang oleh seseorang sebagai agama dengan pegangan benar dan selamat daripada sebarang keraguan. Imam al-Ghazali: Berpegang dan membenarkan di dalam hati secara yakin dan pasti tanpa sebarang keraguan.
  4. 4. SYARIAHPengertian SyariahBahasa: Berasal daripada kata kerja syara’a. Menurut Ar-Razi: Menempuh,menjelaskan dan menunjukkan jalan.Istilah: Imam Al-Qurtubi: Syariah ialah agama yang telah ditetapkan oleh Allah untuk hamba- hambaNya yang terdiri daripada pelbagai hukum dan ketentuan.
  5. 5. bersambung… Aspek perundangan yang mendisiplinkan perjalanan kehidupan Islam yang berupa himpunan hukum-hukum syara’ amali yang mengatur hubungan sesama manusia dalam pelbagai sektor kehidupan dan menjelaskan kepada mereka apa yang disukai oleh Allah dan apa yang dibenciNya.
  6. 6. IBADATPengertian IbadahBahasa: Merendah diri,tunduk,patuh dan taat.Istilah: Ibadah ialah pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah. Ibadah ialah kata nama yang merangkumi semua yang disukai dan diredhai oleh Allah samada perkataan atau perbuatan,zahir mahupun batin.
  7. 7. AKHLAKPengertian AkhlakBahasa: Tabiat,perangai,agama dan kebiasaan.Istilah: Imam al-Ghazali : Akhlak adalah keadaan yang bersifat batin yang mana daripadanya lahir perbuatan dengan yang baik atau buruk tanpa difikir atau dirancang.
  8. 8. PERKAITAN ANTARA AKIDAH,SYARIAH,IBADAH DAN AKHLAK Jika diteliti,keempat-empat elemen tersebut adalah saling berkaitan dalam melahirkan seorang muslim dan mukmin yang kamil. Elemen yang paling utama dan menjadi asas kukuh dalam keimanan seseorang itu ialah akidahnya.
  9. 9. HUBUNGAN AKIDAH DAN SYARIAH Orang yang mempunyai pegangan akidah yang kuat dan kukuh sememangnya memahami dan mengimani segala apa yang berkaitan dengan penciptanya iaitu Allah samada meliputi sifat-sifat Allah,kekuasaan Allah,janji-janji Allah dan sebagainya. Syariah yang telah ditetapkan oleh Allah merupakan suatu perundangan atau peraturan yang berfungsi untuk memandu manusia kearah jalan-jalan yang diredhai oleh Allah. Setiap suruhan dan larangan Allah mempunyai hikmah yang berkepentingan untuk membawa kebaikan kepada kehidupan insan.
  10. 10. bersambung… Persoalannya,adakah semua syariat atau peraturan ini diterima dan digunapakai oleh umat Islam dengan rela hati?? Justeru,di sinilah dapat dilihat hubungan antara keduanya. Jika seseorang itu mempunyai akidah yang mantap dan kukuh,sudah pasti segala syariat Allah difahami dan dipatuhi dengan sepenuh ketaatan dan keimanan tanpa mempertikaikannya.
  11. 11. bersambung… Contoh,jika seseorang itu beriman kepada sifat Allah,sudah pasti dia akan mengikut segala suruhan dan larangan Allah kerana dia tahu bahawa Allah itu sifatNya Maha Mengetahui. Justeru,segala syariah akan diterima dan digunakan sebagai panduan hidup tanpa sebarang pertikaian. Individu yang tidak memiliki akidah yang kukuh akan berasa berat dan terbeban dengan syariat Islam sehingga ada yang berani mempertikai dan mempersoalkannya tanpa segan silu demi kepentingan dan kepuasan peribadi yang semestinya dikuasai oleh nafsu semata-mata.
  12. 12. HUBUNGAN AKIDAH DAN IBADAH Akidah yang kukuh membolehkan seseorang itu mengenal Tuhannya dengan mendalam sehingga dapat melahirkan kecintaan yang terhadap terhadap PenciptaNya. Sudah menjadi lumrah,apabila kita menyayangi dan mencintai sesuatu itu,sudah pasti kita akan melakukan yang terbaik dan sanggup melakukan apa sahaja. Apabila seseorang itu mengenali dan mencintai Allah,dia akan benar-benar dapat merasakan bahawa terlalu banyak ihsan dan kebaikan yang Allah berikan kepada kita . Juster,atas kesedaran inilah yang membuatkan seseorang itu ingin membalas kebaikan itu dengan melakukan sesuatu sebagai tanda bersyukur.
  13. 13. bersambung… Ibadah merupakan jalan untuk mensyukuri segala kebaikan Allah itu. Dengan adanya keyakinan terhadap Allah akan menjadikan seseorang itu mengabdikan diri kepada Allah dengan melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNya Selain itu,dengan adanya akidah yang kukuh,seseorang itu sudah pasti akan melaksanakan segala ibadahnya dengan bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan.
  14. 14. HUBUNGAN AKIDAH DAN AKHLAK Akidah yang kukuh kepada Allah sudah pasti akan menerbitkan akhlak yang baik dan mulia. Hal ini kerana, akhlak Islam adalah pancaran daripada kekuatan akidahnya. Akidah berperanan sebagai jentera penggerak supaya manusia melakukan apa yang disukai dan diredhai Allah. Orang yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat akan dikesani dengan sifat-sifat Allah yang termahal dan tertinggi yang akan mengesani pula pelbagai perlakuan dan kegiatan hidup yang baik.
  15. 15. bersambung… Iman adalah ibarat bumi yang menjadi tempat semaian benih akhlak. Iman itu sendiri sudah mengandungi segala benih akhlak yang baik.Seseorang yang benar- benar beriman dengan sendirinya telah membawa segala benih akhlak yang mulia. Apabila keimanan menjadi sempurna dan membuahkan hasil,ia akan lahir dalam bentuk keluhuran akhlak
  16. 16. HUBUNGAN AKHLAK DAN IBADAH Ibadah yang telah dilaksanakan dengan sempurna dari segi bentuk dan perlaksanaannya sudah pasti membuahkan hasil yang berkesan iaitu akhlak yang baik. Banyak nas dari Al-Quran dan Hadis yang dengan jelasnya menegaskan bahawa nilai sebenar kepada ibadah itu ialah nilai akhlaknya. Semua ibadah samada yang wajib ataupun sunat,merupakan latihan kepada umat Islam untuk sentiasa memperkembang dan mempertingkatkan usaha dalam membersihkan diri daripada nilai-nilai akhlak yang negatif dan positif sehingga mencapai tahap kesempurnaan akhlak.
  17. 17. KESIMPULAN Keempat-empat elemen ini meruupakan asas- asas Islam yang sewajibnya kita hayati agar dapat menjadi Muslim dan Mukmin Yang seimbang. Tanpa salah satu daripadanya,akan pincanglah kehidupan seseorang itu dan akan mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang dapat merosakkan akidah.

×