2. ISTILAH SUFI DALAM ILMU TASAWWUF
والحقيقة الشريعة
SYARIAT DAN HAKIKAT
3. 1) APA ITU SYARIAT?
2) APA ITU HAKIKAT?
3) HUBUNGAN SYARIAT DAN
HAKIKAT
TOPIK PERBINCANGAN
4. APA ITU SYARIAT?
▪ Undang-undang ataupun hukum yang telah
ditentukan.
▪ Terbahagi kepada dua:
–Ta’abbudi
–Ta’aqquli
5. Ta’abbudi
• Bersifat ibadat semata-mata.
• (Perkara yang wajib dikerjakan dan tidak boleh
diubah-ubah, tidak perlu kepada pertanyaan
kenapa dan mengapa disyarikatkan begitu)
Contoh : Solat Zohor empat rakaat, puasa wajib
pada bulan Ramadhan
6. Ta’aqquli
• Perkara yang dapat difikirkan dengan akal.
• Hukum-hukum yang memberi peluang dan
kemungkinan kepada akal untuk memikirkan, baik
sebab maupun illah ditetapkan hokum tersebut.
• Contoh : Membersihkan anggota badan dari najis,
kerana jika terdapat najis pada anggota badan
seseorang maka harus dibersihkan terlebih dahulu
jika hendak menunaikan solat.
7. APA ITU HAKIKAT?
▪ Kebenaran yang mutlak.
▪ Destinasi yang dituju oleh ahli tarekat untuk
mencapai maqam yang tertentu.
8. PANDANGAN ULAMA’ MENGENAI HAKIKAT
▪ a. Asy-Syekh Abu BakarAl-Ma'ruf mengatakan :
"Hakikat adalah (suasana kejiwaan) seorang Saalik (Sufi) ketika ia
mencapai suatu tujuan ...sehingga ia dapat menyaksikan (tanda-
tanda) ketuhanan dengan mata hatinya".
b. Imam Al-Qusyairiy mengatakan:
"Hakikat adalah menyaksikan sesuatu yang telah ditentukan,
ditakdirkan, disembunyikan (dirahasiakan) dan yang telah
dinyatakan oleh Allah kepada hamba-Nya".
9. HUBUNGAN SYARIAT DAN HAKIKAT DALAM TASAWWUF
▪ Menurut Shaikh Najm al-Din Kubra:
“SYARIAT adalah seperti KAPAL
TARIQAH adalah seperti LAUTAN
HAKIKAT itu seperti MUTIARA…”
▪ “…sesiapa yang mahukan MUTIARA itu, dia mesti menaiki KAPAL,
kemudian dia berlayar mengharungi LAUTAN itu. Kemudian, barulah dia
sampai kepada MUTIARA tersebut…”
10. CONTOH:TAHARAH(BERSUCI)
▪ SYARIAT – BERSUCI DENGAN MENGGUNAKAN AIR
▪ TARIQAT – MEMBUANG SEMUA DORONGAN HAWA NAFSU
▪ HAKIKAT – BERSIH HATI DARI SEGALA PERKARA SELAIN ALLAH
11. KESIMPULAN
▪ SYARIAT ialah anda memperhambakan diri kepada Allah.
▪ HAKIKAT ialah anda menyaksikan (hakikat Allah) dengan mata hati.
**melalui jalan tarikat, iaitu dengan cara senantiasa mengingati Allah.
12. RUJUKAN
▪ Shaikh Dr. Hj. Jahid Bin Hj. Sidik Al-Khalidi.
(2014). Shaikh Dalam Ilmu Tariqah. Nilai :
Al-falah Publications
▪ Prof. Dr. Haji Abdul Malik Karim Amirullah.
(1984). Tasauf Perkembangan &
Pemurniannya. Jakarta : Yayasan Nurul
Islam