SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
APA ITU PENGAJARAN MAKRO??? 
Konsep Pengajaran Makro 
Pengajaran Makro merupakan satu sesi pengajaran praktik yang lengkap 
bermula dari pendahuluan, set induksi, perkembangan, penilaian dan 
penutup.[1] Dalam erti kata lain, pengajaran makro ialah satu sesi 
pengajaran yang lengkap bermula dari set induksi hingga penutup. 
Pelaksanaannya perlulah mengandungi elemen-elemen berikut; dilakukan 
di kelas yang besar, perlu murid sebenar, guru mengajar sepenuh waktu, 
tumpu kepada pelbagai kemahiran mengajar dan situasi sebenar. 
[2]Pengajaran makro juga merupakan kesepaduan teknik-teknik 
pengajaran mikro yg disokong oleh perancangan pengajaran pembelajaran 
yang sekian lama dipelajari. 
Proses pengajaran makro yang dijalankan di Institut Pendidikan Guru 
Kampus Darulaman umpamanya, mesti dipraktikkan oleh guru pelatih 
dengan diperhatikan rakan pelatih yang lain. Pengajaran makro tersebut 
berdasarkan masa pengajaran sebenar seperti yang ditetapkan sama ada 
menggunakan masa 30 minit atau 40 minit. Ianya bertujuan membantu 
guru pelatih membiasakan diri melaksanakan pelbagai kemahiran dalam 
satu sesi pengajaran, di samping mereka dapat memperbaiki kelemahan 
sebelum mereka menghadapi situasi pengajaran sebenar di bilik darjah di 
sekolah. 
Prinsip Pengajaran Makro
Antara prinsip pengajaran makro ialah:[3] 
Ø Objektif Pengajaran dan Pembelajaran 
Dalam pengajaran makro, guru mempunyai objektif yang besar dan luas 
merangkumi aras pengetahuan pelajar. Guru hendaklah menyatakan 
objektif secara tepat dan jelas bagi setiap pengajaran yang dirancang 
berasaskan tajuk-tajuk yang dikenal pasti. 
Ø Jumlah Pelajar 
Jumlah pelajar yang terlibat jauh lebih ramai bergantung kepada bilangan 
pelajar di dalam kelas sebenar. Pelajar yang terlibat adalah pelajar yang 
sebenar dan bukan dari lakonan rakan-rakan. Justeru itu, pengajaran guru 
adalah mencabar dengan karenah para pelajar. 
Ø Strategi Pengajaran 
Dalam pengajaran makro, guru perlu mempelbagaikan teknik dan strategi 
pengajaran supaya sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan 
menarik. 
Ø Jangka Masa Pengajaran 
Jangka masa yang ditentukan dalam pengajaran makro adalah 
berdasarkan kepada jadual waktu kelas yang memakan masa selama 
antara 30 hingga 40 minit satu masa. Ekoran itu, guru perlu bijak 
merancang pengajaran dan pembelajaran dengan peruntukan masa yang 
ditetapkan. 
Ø Bahan Pelajaran
Dalam pengajaran makro, guru perlu menyampaikan keseluruhan isi 
pengajaran yang telah dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian 
(RPH). Oleh itu, guru perlu menguasai sepenuhnya bahan yang hendak 
disampaikan dan tumpuan guru ketika menyampaikan adalah menyeluruh. 
Ø Perbincangan dan Refleksi 
Penilaian kendiri perlu dibuat selepas guru selesai melaksanakan 
pengajaran sebagai refleksi atau muhasabah berkaitan pengajaran guru. 
Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran perlu diperbaiki dalam 
pelajaran akan datang. Antara perkara yang perlu dibuat refleksi ialah 
objektif, disiplin kelas dan penglibatan murid di samping keazaman guru 
untuk memperbaiki pengajarannya. 
Prosedur Pengajaran Makro (Sebelum, Semasa dan Selepas) 
Sebelum Pengajaran (Persediaan Pengajaran) 
Sebelum melaksanakan sesuatu sesi pengajaran makro, guru pelatih 
perlulah merancang dan menyediakan persediaan mengajar yang lengkap 
dan baik. Perancangan yang lengkap dan baik merupakan satu aspek 
penting dalam sesuatu pengajaran yang berkesan. Pengajaran yang 
berkesan akan meningkatkan pencapaian akademik murid dan 
mengurangkan masalah-masalah disiplin. Berikut ialah aspek-aspek 
penting dalam persediaan sebelum pengajaran:-[5]
1 Perancangan pendahuluan 
v Penentuan topik 
v Kebolehan sedia ada murid-murid 
v Objektif/hasil pembelajaran 
2 Perancangan penyampaian 
v Penentuan strategi pengajaran dan pembelajaran 
v Penentuan masa 
v Pemeringkatan isi 
v Pemilihan sumber 
3 Perancangan penilaian 
v Pencapaian 
v Penganalisisan maklum balas 
v Pengubahsuaian 
Semasa Pengajaran (Pelaksanaan Pengajaran) 
Semasa hendak melaksanakan pengajaran makro ini guru pelatih perlulah 
merancang set induksi pengajaran yang baik dan menarik perhatian serta 
minat murid kepada pengajaran yang hendak disampaikan dan dapat
menggalakkan pembelajaran. Set induksi juga digunakan bagi mengaitkan 
pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada murid. Jangka 
masa yang baik bagi set induksi adalah antara tiga hingga lima minit. 
Seterusnya, perkembangan pengajaran yang merujuk kepada 
langkah-langkah mengajar yang disusun berperingkat-peringkat 
berdasarkan prinsip-prinsip pengajaran. Guru pelatih juga perlu merancang 
langkah-langkah pengajaran yang berturutan, disusun dengan baik dan 
mencatat anggaran masa yang sesuai. Langkah-langkah yang dirancang 
ada kaitannya dengan objektif khusus yang sudah dicatatkan. 
Guru pelatih juga perlu memilih dan menyusun isi pelajaran yang 
hendak disampaikan. Ia perlulah sesuai dengan kebolehan serta minat 
murid. Isi pelajaran tersebut perlu dipertingkatkan dan diperkembangkan 
dengan teliti supaya situasi pembelajaran yang unggul dapat diwujudkan. 
Ketika melakukan pemeringkatan isi, guru pelatih hendaklah 
menyenaraikan semua topik yang hendak diajar, kemudian fikirkan sub 
topik atau isi yang manakah yang perlu diawalkan dan yang boleh diajar 
kemudiannya. Untuk itu guru pelatih perlulah melihat prinsip-prinsip berikut: 
ü Dari yang susah diketahui kepada belum diketahui 
ü Dari mudah kepada kompleks 
ü Dari konkrit kepada abstrak 
ü Dari dekat kepada jauh 
ü Dari yang dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman
Bagi menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan berkesan, guru pelatih 
hendaklah memikirkan strategi yang akan digunakan. Pemilihan strategi 
yang bijaksana akan menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian 
sesuatu pelajaran, strategi pengajaran yang sesuai bukan sahaja dapat 
meningkatkan mutu penyampaian malahan akan menjadikan satu-satu 
pelajaran itu lebih bermakna serta menyeronokkan murid-murid. 
Selain itu, guru pelatih juga harus menjalankan aktiviti untuk mengukur 
sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran telah tercapai. Aktiviti 
penilaian boleh dijalankan secara pemerhatian terhadap aktiviti susulan, 
pemeriksaan kerja murid atau melalui ujian lisan atau tulisan. Maklumat-maklumat 
yang didapati dari pentafsiran penilaian ini akan menjadi asas 
untuk membuat pengubahsuaian terhadap pengajaran seterusnya. 
Bahagian penutup yang merupakan bahagian terakhir dalam satu-satu 
pengajaran dan pembelajaran di mana guru membantu murid menyimpul 
dan membuat rumusan yang berkaitan isi-isi penting serta memberi latihan 
atau aktiviti pengukuhan kepada murid-murid. Guru juga perlu memberikan 
rasa kepuasan belajar dan menggerakkan murid-murid supaya bersedia 
untuk pelajaran akan datang. Hal ini bertepatan dengan pernyataan Ee Ah 
Meng (1991) yang membahagikan penutup kepada dua bahagian, iaitu 
penutup kognitif dan penutup sosial. Penutup kognitif biasanya digunakan 
apabila guru menyenaraikan isi-isi penting sesuatu pelajaran dengan 
tujuan mengukuhkan apa yang telah dipelajari. Manakala penutup sosial 
pula bertujuan memberikan suatu perasaan pencapaian kepada murid-murid 
di hujung pengajaran satu-satu topik.[6]
Di sepanjang proses pengajaran makro ini dilaksanakan pelbagai 
kemahiran dapat diterapkan dan dikuasai oleh para guru pelatih setelah 
mereka melalui proses pengajaran mikro sebelum ini. Ini sejajar dengan 
tujuan pengajaran makro itu sendiri iaitu untuk membantu guru pelatih 
membiasakan diri melaksanakan pelbagai kemahiran dalam satu sesi 
pengajaran. Antara kemahiran-kemahiran tersebut ialah kemahiran 
penyampaian set induksi; kemahiran menerang dengan menggunakan 
contoh, ilustrasi dan sumber pengajaran dan pembelajaran; kemahiran 
penggunaan penyoalan; kemahiran pengelolaan variasi rangsangan; 
kemahiran penggunaan papan kapor; kemahiran pengurusan aktiviti 
pengukuhan; dan kemahiran pelaksanaan penutup. 
Selepas Pengajaran (Refleksi Sesi Makro) 
Setelah selesai sesi pengajaran, guru mestilah membuat penilaian kendiri 
sebagai refleksi atau muhasabah berkenaan pengajaran guru. Kekurangan 
dan kelemahan di dalam pengajaran tersebut perlu dibaiki dalam pelajaran 
akan datang. Antara perkara yang boleh dibuat refleksi ialah pencapaian 
objektif, disiplin kelas dan penglibatan murid serta keazaman guru bagi 
membaiki pengajarannya.

More Related Content

What's hot

Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajar
Hananie Halim
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
share with me
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
SiTi Nurhidayah
 
Tingkah laku bermasalah bilik darjah
Tingkah laku bermasalah bilik darjahTingkah laku bermasalah bilik darjah
Tingkah laku bermasalah bilik darjah
Powerful Gurlz
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canter
dimidur
 

What's hot (20)

Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajar
 
Teori pembelajaran
Teori pembelajaranTeori pembelajaran
Teori pembelajaran
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaran
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINIKAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
KAEDAH PEDAGOGI MASA KINI
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
 
Kemahiran penutup
Kemahiran penutupKemahiran penutup
Kemahiran penutup
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKANMODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
MODUL SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
 
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
 
Emk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen KeusahawananEmk - Elemen Keusahawanan
Emk - Elemen Keusahawanan
 
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
 
Tingkah laku bermasalah bilik darjah
Tingkah laku bermasalah bilik darjahTingkah laku bermasalah bilik darjah
Tingkah laku bermasalah bilik darjah
 
Konsep pengurusan bilik darjah
Konsep pengurusan bilik darjahKonsep pengurusan bilik darjah
Konsep pengurusan bilik darjah
 
Model disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canterModel disiplin asertif canter
Model disiplin asertif canter
 
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifPengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
 

Viewers also liked

Refleksi pengajaran makro
Refleksi pengajaran makroRefleksi pengajaran makro
Refleksi pengajaran makro
joe zulkefli
 
Pengajaran makro kemahiran
Pengajaran makro kemahiranPengajaran makro kemahiran
Pengajaran makro kemahiran
Linda Salleh
 
Pngajaran makro ppt
Pngajaran makro pptPngajaran makro ppt
Pngajaran makro ppt
Abd Haris
 
PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKRO
keryman313
 
Perbezaan pengajaran mikro dan makro
Perbezaan pengajaran mikro dan makroPerbezaan pengajaran mikro dan makro
Perbezaan pengajaran mikro dan makro
Amin Romli
 
KREATIVITI : PEMBANGUNAN DAN AMALAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KREATIVITI : PEMBANGUNAN DAN AMALAN  DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANKREATIVITI : PEMBANGUNAN DAN AMALAN  DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KREATIVITI : PEMBANGUNAN DAN AMALAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
cikgushariff
 
Pengajaran mikro
Pengajaran mikroPengajaran mikro
Pengajaran mikro
Arra Asri
 
Pengajaran Mikro
Pengajaran MikroPengajaran Mikro
Pengajaran Mikro
aku_ hafif
 
Macro teaching
Macro teachingMacro teaching
Macro teaching
KiO Xoxoxo
 
Refleksi pengajaran makro 1
Refleksi pengajaran makro 1Refleksi pengajaran makro 1
Refleksi pengajaran makro 1
joe zulkefli
 
Porter's five forces Analysis of Diamond Industry
Porter's five forces Analysis of Diamond IndustryPorter's five forces Analysis of Diamond Industry
Porter's five forces Analysis of Diamond Industry
Kriti Gupta
 
Format dokumentasi
Format dokumentasiFormat dokumentasi
Format dokumentasi
junitajun
 

Viewers also liked (20)

Pengajaran makro
Pengajaran makroPengajaran makro
Pengajaran makro
 
Refleksi pengajaran makro
Refleksi pengajaran makroRefleksi pengajaran makro
Refleksi pengajaran makro
 
Pengajaran makro kemahiran
Pengajaran makro kemahiranPengajaran makro kemahiran
Pengajaran makro kemahiran
 
Refleksi Makro Pengajaran
Refleksi Makro PengajaranRefleksi Makro Pengajaran
Refleksi Makro Pengajaran
 
Pngajaran makro ppt
Pngajaran makro pptPngajaran makro ppt
Pngajaran makro ppt
 
PENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKROPENGAJARAN MIKRO
PENGAJARAN MIKRO
 
Perbezaan pengajaran mikro dan makro
Perbezaan pengajaran mikro dan makroPerbezaan pengajaran mikro dan makro
Perbezaan pengajaran mikro dan makro
 
KREATIVITI : PEMBANGUNAN DAN AMALAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KREATIVITI : PEMBANGUNAN DAN AMALAN  DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANKREATIVITI : PEMBANGUNAN DAN AMALAN  DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KREATIVITI : PEMBANGUNAN DAN AMALAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
Pengajaran mikro
Pengajaran mikroPengajaran mikro
Pengajaran mikro
 
Pengajaran Mikro
Pengajaran MikroPengajaran Mikro
Pengajaran Mikro
 
Pengajaran Mikro
Pengajaran MikroPengajaran Mikro
Pengajaran Mikro
 
kemahiran mikropengajaran
kemahiran mikropengajarankemahiran mikropengajaran
kemahiran mikropengajaran
 
Ethical Use Of Information
Ethical Use Of InformationEthical Use Of Information
Ethical Use Of Information
 
Macro teaching
Macro teachingMacro teaching
Macro teaching
 
Refleksi pengajaran makro 1
Refleksi pengajaran makro 1Refleksi pengajaran makro 1
Refleksi pengajaran makro 1
 
Porter's five forces Analysis of Diamond Industry
Porter's five forces Analysis of Diamond IndustryPorter's five forces Analysis of Diamond Industry
Porter's five forces Analysis of Diamond Industry
 
Dokumentasi majlis sambutan minggu kemerdekaan sesi petang
Dokumentasi majlis sambutan minggu kemerdekaan sesi petangDokumentasi majlis sambutan minggu kemerdekaan sesi petang
Dokumentasi majlis sambutan minggu kemerdekaan sesi petang
 
Pedoman penilaian apresiasi 2015 komplit
Pedoman penilaian apresiasi 2015 komplitPedoman penilaian apresiasi 2015 komplit
Pedoman penilaian apresiasi 2015 komplit
 
Format dokumentasi
Format dokumentasiFormat dokumentasi
Format dokumentasi
 
Bertolt Brecht & Epic Theatre
Bertolt Brecht & Epic TheatreBertolt Brecht & Epic Theatre
Bertolt Brecht & Epic Theatre
 

Similar to Apa itu pengajaran makro

68284275 asmn-kepentingan-rph
68284275 asmn-kepentingan-rph68284275 asmn-kepentingan-rph
68284275 asmn-kepentingan-rph
Wei Fen Chua
 
Iis Istiqomah Iia Pe
Iis Istiqomah Iia PeIis Istiqomah Iia Pe
Iis Istiqomah Iia Pe
Iis Istiqomah
 
Huraian Rancangan Pengajaran Harian Informal
Huraian Rancangan Pengajaran Harian InformalHuraian Rancangan Pengajaran Harian Informal
Huraian Rancangan Pengajaran Harian Informal
Zuzan Michael Japang
 
Ringkasan rbt3105
Ringkasan rbt3105Ringkasan rbt3105
Ringkasan rbt3105
ameer5599
 
Unit 10 perancangan p&p
Unit 10 perancangan p&pUnit 10 perancangan p&p
Unit 10 perancangan p&p
Aminah Rahmat
 
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Pengurusan pengajaran dan pembelajaranPengurusan pengajaran dan pembelajaran
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Mohd Ridzuan
 

Similar to Apa itu pengajaran makro (20)

Rph makro pengajaran
Rph makro pengajaranRph makro pengajaran
Rph makro pengajaran
 
09 topik 2 pengajaran makro
09 topik 2  pengajaran makro09 topik 2  pengajaran makro
09 topik 2 pengajaran makro
 
68284275 asmn-kepentingan-rph
68284275 asmn-kepentingan-rph68284275 asmn-kepentingan-rph
68284275 asmn-kepentingan-rph
 
PRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroPRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran Makro
 
Mastery learning
Mastery learningMastery learning
Mastery learning
 
Masteri
MasteriMasteri
Masteri
 
Iis Istiqomah Iia Pe
Iis Istiqomah Iia PeIis Istiqomah Iia Pe
Iis Istiqomah Iia Pe
 
K01947 20180528092619 k14 pengurusan alam pembelajaran
K01947 20180528092619 k14 pengurusan alam pembelajaranK01947 20180528092619 k14 pengurusan alam pembelajaran
K01947 20180528092619 k14 pengurusan alam pembelajaran
 
Masteri
MasteriMasteri
Masteri
 
Bg ucok i
Bg ucok iBg ucok i
Bg ucok i
 
Huraian Rancangan Pengajaran Harian Informal
Huraian Rancangan Pengajaran Harian InformalHuraian Rancangan Pengajaran Harian Informal
Huraian Rancangan Pengajaran Harian Informal
 
Ringkasan rbt3105
Ringkasan rbt3105Ringkasan rbt3105
Ringkasan rbt3105
 
Bab 1 modul i membuka pembelajaran(2)
Bab 1 modul i membuka pembelajaran(2)Bab 1 modul i membuka pembelajaran(2)
Bab 1 modul i membuka pembelajaran(2)
 
Perancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran
Perancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan PembelajaranPerancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran
Perancangan Penyampaian Dan Penilaian Pengajaran Dan Pembelajaran
 
Tugas kurikulum dan pembelajaran
Tugas kurikulum dan pembelajaranTugas kurikulum dan pembelajaran
Tugas kurikulum dan pembelajaran
 
Unit 10 perancangan p&p
Unit 10 perancangan p&pUnit 10 perancangan p&p
Unit 10 perancangan p&p
 
Kesiapan guru mengajar
Kesiapan guru mengajarKesiapan guru mengajar
Kesiapan guru mengajar
 
3. mmi smk jitra
3. mmi smk jitra3. mmi smk jitra
3. mmi smk jitra
 
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Pengurusan pengajaran dan pembelajaranPengurusan pengajaran dan pembelajaran
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran
 
Pembelajaran Masteri
Pembelajaran MasteriPembelajaran Masteri
Pembelajaran Masteri
 

More from nanisaaid

Kerja kursus pengukuran dan penilaian dalam pendidikan
Kerja kursus pengukuran dan penilaian dalam pendidikanKerja kursus pengukuran dan penilaian dalam pendidikan
Kerja kursus pengukuran dan penilaian dalam pendidikan
nanisaaid
 
Folio jahitan
Folio jahitanFolio jahitan
Folio jahitan
nanisaaid
 
Carta organisasi kelas
Carta organisasi kelasCarta organisasi kelas
Carta organisasi kelas
nanisaaid
 
Rph sejarah sem 6
Rph sejarah sem 6Rph sejarah sem 6
Rph sejarah sem 6
nanisaaid
 
Apa itu pentaksiran berasaskan sekolah sejarah
Apa itu pentaksiran berasaskan sekolah  sejarahApa itu pentaksiran berasaskan sekolah  sejarah
Apa itu pentaksiran berasaskan sekolah sejarah
nanisaaid
 
Rbt3120 murni gold course modul jahitan & pertanian
Rbt3120   murni gold course modul jahitan & pertanianRbt3120   murni gold course modul jahitan & pertanian
Rbt3120 murni gold course modul jahitan & pertanian
nanisaaid
 
Membaiki pakaian
Membaiki pakaianMembaiki pakaian
Membaiki pakaian
nanisaaid
 
Pengakuan dan penghargaan ikan hiasan
Pengakuan dan penghargaan ikan hiasanPengakuan dan penghargaan ikan hiasan
Pengakuan dan penghargaan ikan hiasan
nanisaaid
 

More from nanisaaid (15)

Kbat2
Kbat2Kbat2
Kbat2
 
Kerja kursus pengukuran dan penilaian dalam pendidikan
Kerja kursus pengukuran dan penilaian dalam pendidikanKerja kursus pengukuran dan penilaian dalam pendidikan
Kerja kursus pengukuran dan penilaian dalam pendidikan
 
Folio jahitan
Folio jahitanFolio jahitan
Folio jahitan
 
Carta organisasi kelas
Carta organisasi kelasCarta organisasi kelas
Carta organisasi kelas
 
Rencana
RencanaRencana
Rencana
 
Rujukan
RujukanRujukan
Rujukan
 
Saturday
SaturdaySaturday
Saturday
 
Rph sejarah sem 6
Rph sejarah sem 6Rph sejarah sem 6
Rph sejarah sem 6
 
Refleksi
RefleksiRefleksi
Refleksi
 
Apa itu pentaksiran berasaskan sekolah sejarah
Apa itu pentaksiran berasaskan sekolah  sejarahApa itu pentaksiran berasaskan sekolah  sejarah
Apa itu pentaksiran berasaskan sekolah sejarah
 
Rbt3120 murni gold course modul jahitan & pertanian
Rbt3120   murni gold course modul jahitan & pertanianRbt3120   murni gold course modul jahitan & pertanian
Rbt3120 murni gold course modul jahitan & pertanian
 
Membaiki pakaian
Membaiki pakaianMembaiki pakaian
Membaiki pakaian
 
Pengakuan dan penghargaan ikan hiasan
Pengakuan dan penghargaan ikan hiasanPengakuan dan penghargaan ikan hiasan
Pengakuan dan penghargaan ikan hiasan
 
Doc15
Doc15Doc15
Doc15
 
Abm m3
Abm m3Abm m3
Abm m3
 

Apa itu pengajaran makro

  • 1. APA ITU PENGAJARAN MAKRO??? Konsep Pengajaran Makro Pengajaran Makro merupakan satu sesi pengajaran praktik yang lengkap bermula dari pendahuluan, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup.[1] Dalam erti kata lain, pengajaran makro ialah satu sesi pengajaran yang lengkap bermula dari set induksi hingga penutup. Pelaksanaannya perlulah mengandungi elemen-elemen berikut; dilakukan di kelas yang besar, perlu murid sebenar, guru mengajar sepenuh waktu, tumpu kepada pelbagai kemahiran mengajar dan situasi sebenar. [2]Pengajaran makro juga merupakan kesepaduan teknik-teknik pengajaran mikro yg disokong oleh perancangan pengajaran pembelajaran yang sekian lama dipelajari. Proses pengajaran makro yang dijalankan di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman umpamanya, mesti dipraktikkan oleh guru pelatih dengan diperhatikan rakan pelatih yang lain. Pengajaran makro tersebut berdasarkan masa pengajaran sebenar seperti yang ditetapkan sama ada menggunakan masa 30 minit atau 40 minit. Ianya bertujuan membantu guru pelatih membiasakan diri melaksanakan pelbagai kemahiran dalam satu sesi pengajaran, di samping mereka dapat memperbaiki kelemahan sebelum mereka menghadapi situasi pengajaran sebenar di bilik darjah di sekolah. Prinsip Pengajaran Makro
  • 2. Antara prinsip pengajaran makro ialah:[3] Ø Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Dalam pengajaran makro, guru mempunyai objektif yang besar dan luas merangkumi aras pengetahuan pelajar. Guru hendaklah menyatakan objektif secara tepat dan jelas bagi setiap pengajaran yang dirancang berasaskan tajuk-tajuk yang dikenal pasti. Ø Jumlah Pelajar Jumlah pelajar yang terlibat jauh lebih ramai bergantung kepada bilangan pelajar di dalam kelas sebenar. Pelajar yang terlibat adalah pelajar yang sebenar dan bukan dari lakonan rakan-rakan. Justeru itu, pengajaran guru adalah mencabar dengan karenah para pelajar. Ø Strategi Pengajaran Dalam pengajaran makro, guru perlu mempelbagaikan teknik dan strategi pengajaran supaya sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik. Ø Jangka Masa Pengajaran Jangka masa yang ditentukan dalam pengajaran makro adalah berdasarkan kepada jadual waktu kelas yang memakan masa selama antara 30 hingga 40 minit satu masa. Ekoran itu, guru perlu bijak merancang pengajaran dan pembelajaran dengan peruntukan masa yang ditetapkan. Ø Bahan Pelajaran
  • 3. Dalam pengajaran makro, guru perlu menyampaikan keseluruhan isi pengajaran yang telah dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Oleh itu, guru perlu menguasai sepenuhnya bahan yang hendak disampaikan dan tumpuan guru ketika menyampaikan adalah menyeluruh. Ø Perbincangan dan Refleksi Penilaian kendiri perlu dibuat selepas guru selesai melaksanakan pengajaran sebagai refleksi atau muhasabah berkaitan pengajaran guru. Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran perlu diperbaiki dalam pelajaran akan datang. Antara perkara yang perlu dibuat refleksi ialah objektif, disiplin kelas dan penglibatan murid di samping keazaman guru untuk memperbaiki pengajarannya. Prosedur Pengajaran Makro (Sebelum, Semasa dan Selepas) Sebelum Pengajaran (Persediaan Pengajaran) Sebelum melaksanakan sesuatu sesi pengajaran makro, guru pelatih perlulah merancang dan menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik. Perancangan yang lengkap dan baik merupakan satu aspek penting dalam sesuatu pengajaran yang berkesan. Pengajaran yang berkesan akan meningkatkan pencapaian akademik murid dan mengurangkan masalah-masalah disiplin. Berikut ialah aspek-aspek penting dalam persediaan sebelum pengajaran:-[5]
  • 4. 1 Perancangan pendahuluan v Penentuan topik v Kebolehan sedia ada murid-murid v Objektif/hasil pembelajaran 2 Perancangan penyampaian v Penentuan strategi pengajaran dan pembelajaran v Penentuan masa v Pemeringkatan isi v Pemilihan sumber 3 Perancangan penilaian v Pencapaian v Penganalisisan maklum balas v Pengubahsuaian Semasa Pengajaran (Pelaksanaan Pengajaran) Semasa hendak melaksanakan pengajaran makro ini guru pelatih perlulah merancang set induksi pengajaran yang baik dan menarik perhatian serta minat murid kepada pengajaran yang hendak disampaikan dan dapat
  • 5. menggalakkan pembelajaran. Set induksi juga digunakan bagi mengaitkan pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada murid. Jangka masa yang baik bagi set induksi adalah antara tiga hingga lima minit. Seterusnya, perkembangan pengajaran yang merujuk kepada langkah-langkah mengajar yang disusun berperingkat-peringkat berdasarkan prinsip-prinsip pengajaran. Guru pelatih juga perlu merancang langkah-langkah pengajaran yang berturutan, disusun dengan baik dan mencatat anggaran masa yang sesuai. Langkah-langkah yang dirancang ada kaitannya dengan objektif khusus yang sudah dicatatkan. Guru pelatih juga perlu memilih dan menyusun isi pelajaran yang hendak disampaikan. Ia perlulah sesuai dengan kebolehan serta minat murid. Isi pelajaran tersebut perlu dipertingkatkan dan diperkembangkan dengan teliti supaya situasi pembelajaran yang unggul dapat diwujudkan. Ketika melakukan pemeringkatan isi, guru pelatih hendaklah menyenaraikan semua topik yang hendak diajar, kemudian fikirkan sub topik atau isi yang manakah yang perlu diawalkan dan yang boleh diajar kemudiannya. Untuk itu guru pelatih perlulah melihat prinsip-prinsip berikut: ü Dari yang susah diketahui kepada belum diketahui ü Dari mudah kepada kompleks ü Dari konkrit kepada abstrak ü Dari dekat kepada jauh ü Dari yang dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman
  • 6. Bagi menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan berkesan, guru pelatih hendaklah memikirkan strategi yang akan digunakan. Pemilihan strategi yang bijaksana akan menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu pelajaran, strategi pengajaran yang sesuai bukan sahaja dapat meningkatkan mutu penyampaian malahan akan menjadikan satu-satu pelajaran itu lebih bermakna serta menyeronokkan murid-murid. Selain itu, guru pelatih juga harus menjalankan aktiviti untuk mengukur sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran telah tercapai. Aktiviti penilaian boleh dijalankan secara pemerhatian terhadap aktiviti susulan, pemeriksaan kerja murid atau melalui ujian lisan atau tulisan. Maklumat-maklumat yang didapati dari pentafsiran penilaian ini akan menjadi asas untuk membuat pengubahsuaian terhadap pengajaran seterusnya. Bahagian penutup yang merupakan bahagian terakhir dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran di mana guru membantu murid menyimpul dan membuat rumusan yang berkaitan isi-isi penting serta memberi latihan atau aktiviti pengukuhan kepada murid-murid. Guru juga perlu memberikan rasa kepuasan belajar dan menggerakkan murid-murid supaya bersedia untuk pelajaran akan datang. Hal ini bertepatan dengan pernyataan Ee Ah Meng (1991) yang membahagikan penutup kepada dua bahagian, iaitu penutup kognitif dan penutup sosial. Penutup kognitif biasanya digunakan apabila guru menyenaraikan isi-isi penting sesuatu pelajaran dengan tujuan mengukuhkan apa yang telah dipelajari. Manakala penutup sosial pula bertujuan memberikan suatu perasaan pencapaian kepada murid-murid di hujung pengajaran satu-satu topik.[6]
  • 7. Di sepanjang proses pengajaran makro ini dilaksanakan pelbagai kemahiran dapat diterapkan dan dikuasai oleh para guru pelatih setelah mereka melalui proses pengajaran mikro sebelum ini. Ini sejajar dengan tujuan pengajaran makro itu sendiri iaitu untuk membantu guru pelatih membiasakan diri melaksanakan pelbagai kemahiran dalam satu sesi pengajaran. Antara kemahiran-kemahiran tersebut ialah kemahiran penyampaian set induksi; kemahiran menerang dengan menggunakan contoh, ilustrasi dan sumber pengajaran dan pembelajaran; kemahiran penggunaan penyoalan; kemahiran pengelolaan variasi rangsangan; kemahiran penggunaan papan kapor; kemahiran pengurusan aktiviti pengukuhan; dan kemahiran pelaksanaan penutup. Selepas Pengajaran (Refleksi Sesi Makro) Setelah selesai sesi pengajaran, guru mestilah membuat penilaian kendiri sebagai refleksi atau muhasabah berkenaan pengajaran guru. Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran tersebut perlu dibaiki dalam pelajaran akan datang. Antara perkara yang boleh dibuat refleksi ialah pencapaian objektif, disiplin kelas dan penglibatan murid serta keazaman guru bagi membaiki pengajarannya.