Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Huraian Rancangan Pengajaran Harian Informal

4,148 views

Published on

Published in: Education
  • Be the first to comment

Huraian Rancangan Pengajaran Harian Informal

  1. 1. Huraian / Penerangan Berkaitan RPH Kepelbagaian Pelajar ( Pelajar Cemerlang)Adalah penting untuk menunjukkan perkaitan antara teori dengan penyediaan pelanpengajaran. Bagi setiap langkah dalam RPH, wajarlah ada rasional dan justifikasi kenapasesuatu itu dilakukan. Teori-teori yang dipelajari dalam kursus lain khasnya psikologi,sosiologi, kurikulum , pemikiran kritis dan sebagainya WAJAR diintegrasikan bersamadalam penerangan. Contoh profil pelajar diambil kira semasa merancang aktiviti. Soalantaksiran pula dijadikan sebagai cara untuk melihat sama ada objektif pada hari itu berjayaatau tidak dan disemak sendiri oleh pelajar untuk maklumbalas segera.Profil KelasUntuk rancangan pengajaran harian ini, ia melibatkan pelajar-pelajar yang pelbagaitingkatan untuk Persatuan Bahasa Melayu. Persatuan ini mempunyai 15 orang pelajar.Persatuan Bahasa Melayu ini adalah lebih baik sekiranya tidak mempunyai lebih daripada15 orang pelajar kerana matapelajaran ini banyak melibatkan aktiviti yang hanya bolehdikendalikan oleh pelajar dalam bilangan yang kecil supaya senang diawasi oleh guru danjuga dinilai oleh guru prestasi mereka. Tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari itu ialah mengenai pidato. Sesi P&Pini dijalankan selama 120 minit dimana ia bermula pada jam 2.30 petang hingga 4.30petang. Antara sebab mengapa waktu P&P ini dijalankan pada waktu petang keransekolah ini mempunyai satu sesi persekolahan sahaja jadi waktu untuk kelas kokurikulumakan diadakan pada petangnya dan pada hari Rabu. Dalam tajuk ini sebenarnya pelajartelah didedahkan dan juga telah mempunyai sedikit pengalaman dalam berpidato,menyampaikan syarahan dan ucapan semasa di dalam kelas Bahasa Melayu Secara keseluruhannya guru ingin menumpukan pelajar dengan teknik-teknikpenyampaian pidato yang baik.
  2. 2. Hasil PembelajaranHasil pembelajaran yang saya ingin pelajar peroleh adalalah dua hasil iaitu yang pertamaialah: Sebelum tamat pengajaran dan pembelajaran, dalam masa 5 minit (C), pelajar Persatuan Bahasa Melayu (A) dapat menyampaikan ( B-aras) pidato dengan teknik dan cara yang betul (D)Menyampaikan diletakkan pada aras ketiga Taksonomi Bloom iaitu aras aplikasi. Gurumentargetkan kesemua pelajar dalam Persatuan Bhasa Melayu ini dapat menyampaikanpidato mereka dengan baik setelah teknik-teknik dan cara-cara pidato yang betuldterangkan kepada mereka.Turutan AktivitiUntuk RPH ini, saya menggunakan model Hunter’s Lesson Cycle Design kerana modelini banyak membantu pelajar untuk mengukuhkan tahap kemahiran mereka dalam pidatotersebut dengan adanya permodelan, guru menyemak kefahaman murid, guru memantaudan mengubahsuai sekiranya ada perkara yang perlu dibetulkan, mengadakan praktisterbimbing dan juga praktis bertempoh yang boleh mengkonkritkan pelajar untuk topikberkenaaan.Set Induksi:Untuk set induksi, proses ini cuma dijalankan secara ringkas iaitu selama 5 minit sahajadimana saya menayangkan video tentang pidato kepada pelajar. Video tersebut durasinyaadalah lebih kurang 11 minit tetapi guru hanya menayangkan video itu dalam masa 5minit iaitu dengan menayangkan bagaimana pemidato itu memulakan pidato,menyampaikan isi dan menutup pidatonya. Dengan tayangan itu, sedikit sebanyak pelajardapat gambaran mengenai tajuk yang akan guru ajar pada hari itu. Dalam set induksi,kemahiran berfikir secara secara kritis dan kreatif, pelajar dapat menjana minda merekauntuk meneka apakah tajuk yang akan diajar oleh guru.
  3. 3. Maklumkan objektif pembelajaran:Guru memaklumkan objektif pembelajaran kepada pelajar supaya mereka mendapatgambaran apakah yang perlu mereka dapat pada akhir pengajaran nanti dan apakepentingan menguasai isi pelajaran tersebut.Input pengajaran:Untuk menyampaikan input tentang topik yang ingin diajar, guru menggunakan alatbantu mengajar daripada lembaran nota yang guru sediakan (Rujuk Lampiran BBM- 2)untuk memberi penerangan kepada pelajar tentang definisi, cara, teknik dan kebaikkanmenyampaikan pidato. Guru menggunakan lembaran nota yang disediakan oleh gurukeran ia lebih mudah untuk difahami oleh pelajar kerana ia merupakan nota peta konsepringkas.Permodelan:Guru telah menggunakan kaedah Koperatif di mana ia melibatkan hasil kerjasama pelajardalam kumpulan dan membentuk kemahiran komunikasi yang baik antara pelajarberkenaan. Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukanmurid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satumatlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimumbukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asasdalam pembelajaran koperatif adalah: a. saling bergantung antara satu sama lain secara positif, b. saling berinteraksi secara bersemuka, c. akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, d. kemahiran koperatif, dan e. pemprosesan kumpulanDi dalam kumpulan kecil itu pula guru meminta pelajar untuk membincangkan satu tajukuntuk mereka sampaikan. Di dalam satu kumpulan mempunyai 3 orang ahli dimanasetiap ahli nanti akan menyampaikan satu isi sahaja tapi daripada tajuk yang sama dalamkumpulan itu. Ini bermakna terdapat 5 tajuk pidato yang berlainan daripada setiapkumpulan.
  4. 4. Semak Kefahaman Murid:Guru bertindak sebagai pembimbing atau penggerak kepada penyelesaian yang dilakukanoleh para pelajar dimana guru menerangkan keperluan untuk melakukan tugasan secaraberkumpulan dengan memberi peluang kepada setiap rakan dalam kumpulan untukmenyumbang idea. Di sini kemahiran sosial iaitu pelajar menjadi penyokong yang baikkerana memberi dan menghormati idea rakan-rakan yang lain serta memberi cadanganyang bernas untuk menyokong idea rakan-rakan. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif iaitu menjana idea juga dipraktikkandi mana setiap pelajar digalakkan untuk menyumbangkan idea mereka atau menghasilkanidea yang asli dan bernilai..Pantau dan ubah suai:Pada sesi ini guru telah memantau serta membimbing pelajar agar tidak tersasar daripadaobjektif pembelajaran dan pembincangan serta memberi panduan kepada pelajar untukmenyelesaikan masalah dalam aktiviti mereka.Praktis terbimbing:Pelajar telah diberikan masa selama 40 minit dimana mereka dikehendaki menyampaikanpidato secara ringkas dalam masa 3 hingga 4 minit. Mereka hanya menumpukan padapendahuluan, mengembangkan satu isi tajuk dan penutup sahaja. Kemudian, apabila mereka selesai menyampaikan pidato, guru akan memberikomen dan pandangan guru terhadap prestasi penyampaian mereka sama ada mengikutkriteria yang sepatutnya atau tidak.Praktis bertempoh:Untuk praktis bertempoh guru telah meminta pelajar untuk merumuskan apa yang telahmereka pelajari dan perolehi daripada pengajaran dan aktiviti yang dijalankan.Kemudian, guru mengedarkan soalan taksiran dan memberi pelajar 10 minit untukmenjawab diikuti dengan semakan jawapan yang ditulis di papan putih. Soalan yangdikemukan adalah soalan kognitif yang ingin menguji tahap kefahaman dan pengetahuanpelajar mengenai topik yang diajar.
  5. 5. Penutup:Untuk penutup, guru merumuskan isi pembelajaran pada hari ini dan menyarankanpelajar mengamalkan segala teknik yang harus dimiliki oleh seorang pemidato.

×