SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
RINGKASAN KULIAH RBT3105: KAEDAH MENGAJAR KHSR


BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Setiap orang guru memerlukan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang sesuai bagi memastikan
penyampaiannya benar-benar berkesan khususnya kepada murid-murid di peringkat sekolah rendah.
Sekurang-kurangnya seseorang guru itu akan menggunakan papan tulis sebagai BBM yang paling
asas dalam pengajarannya. Perkembangan dalam bidang sains dan teknologi telah menghasilkan
pelbagai peralatan dan bahan yang serba moden lagi canggih yang boleh digunakan oleh guru
dengan lebih menarik dan berkesan. BBM digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dengan tujuan untuk

    •   menarik perhatian murid
    •   menghasilkan sesi pembelajaran yang konkrit
    •   memberikan pengalaman sebenar kepada murid
    •   mengukuhkan sesuatu konsep yang dipelajari oleh murid
    •   memudahkan kefahaman murid terhadap pengajaran guru
    •   meneguhkan ingatan pelajaran oleh murid terhadap pengajaran guru
    •   menunjukkan peringkat atau proses yang tidak boleh diperhatikan secara terus



BBM boleh digunakan dengan berbagai cara di dalam kelas. Penggunaannya bergantung kepada
jenis BBM tersebut, suasana atau keadaan fizikal bilik darjah yang digunakan serta bilangan dan
tahap kebolehan murid atau tahun persekolahan murid yang menjadi sasaran pengajaran guru.
Secara umumnya, di antara kaedah penggunaan BBM oleh guru di dalam kelas adalah seperti yang
berikut:

    •   Gantungkan pada tempat yang sesuai dan mudah dilihat.

    •   Pamerkan BBM yang berbentuk carta atau gambar secara keseluruhan atau mengikut
        bahagian yang perlu sahaja merujuk kepada isi pelajaran yang sedang diajar

    •   Letakkan BBM yang berbentuk bahan maujud pada satu tempat yang sesuai dan dapat
        dilihat oleh semua murid dari semua sudut.

    •   Jika bahan BBM tersebut memerlukan penglibatan murid untuk menggunakannya, arahan
        perlu diberikan dengan jelas dan terang tentang cara-cara menggunakan bahan atau alat
        tersebut dengan betul dan selamat.

    •   BBM ditunjukkan kepada murid hanya pada masa ia digunakan untuk membantu pengajaran
        sahaja sahaja. Pada masa yang tidak berkaitan, BBM lebih elok disimpan atau diletakkan
        ditempat-tumpat yang tidak menjadi tumpuan murid.

    •   Penggunaan BBM perlu diikuti dengan penerangan dan bimbingan serta menguatkan
        dengan fakta-fakta yang berkaitan semasa ke semasa.

    •   Semua BBM hendaklah dikumpul dan disimpan ditempat yang ditetapkan setiap kali selesai
        digunakan.




                                               1
Perkembangan semasa telah menjadikan peralatan ICT begitu kerap digunakan sebagai salah satu
BBM. Peralatan ICT seperti komputer membolehkan pula guru dan murid mengakses pelbagai
sumber dan maklumat melalui internet. Sumber dan maklumat yang terlalu banyak dan mudah
diperolehi melalui internet tidak semuanya boleh dirujuk sebagai sumber yang betul dan tepat. Oleh
itu guru perlu bijak membuat penilaian dan memilih sumber rujukan yang boleh dipercayai di internet.
Sesuatu bahan sumber atau maklumat yang berasaskan internet boleh dinilai kesahihannya
berdasarkan ciri-ciri seperti yang berikut:

    •   Ketepatan (Accuracy) Maklumat:
        Kandungan bahan sumber atau maklumat yang dinyatakan didapati tepat dan terdapat
        unsur-unsur kebertanggungjawaban.

    •   Bukti dan keterangan pengarang (Autority):
        Kelayakan dan reputasi pengarang yang menerbitkan bahan sumber atau maklumat
        tersebut dinyatakan dengan jelas beserta ditunjukkan juga sumber rujukannya.

    •   Berobjektif (Objectivity):
        Bahan sumber atau maklumat yang dipaparkan menepati keperluan semasa berdasarkan
        catatan tarikh yang ditunjukkan.

    •   Liputan (coverage):
        Liputannya yang komprehensif, ekstensif dan intensif di mana sebaran bahan sumber atau
        maklumat tersebut adalah untuk pengguna yang luas dengan isi maklumatnya yang jelas
        dan terperinci.




PENGAJARAN MIKRO dan MAKRO

Pengajaran Mikro dan Makro adalah suatu bentuk Latihan Mengajar yang pada kebiasaan
dilaksanakan di dalam kampus sebelum pelajar melaksanakan aktiviti Latihan Mengajar yang
sebenarnya (Praktikum) di sekolah. Melaksanakan aktiviti pengajaran mikro dan makro boleh juga
disifatkan sebagai latihan mengajar secara simulasi di mana segala persiapan dan pelaksanaannya
dilakukan seperti aktiviti pengajaran dan pembelajaran sebenar di sekolah. Apa yang
membezakannya ialah bilik darjah yang digunakan itu bukanlah bilik darjah yang sebenar dan
muridnya juga bukanlah bilik sebenar sebaliknya menggunakan rakan-rakan pelajar sendiri yang
cuba berlakon menggayakan seperti murid.

Dalam aktiviti pengajaran mikro dan makro, perhatian akan lebih tertumpu kepada kemahiran variasi
rangsangan. Di antara kemahiran variasi rangsangan yang dimaksudkan ialah:

    •   Pelbagai perubahan pergerakan langkah guru
        Pergerakan guru yang sentiasa berubah dari kiri ke kanan, dari depan ke belakang dan
        sebagainya supaya tidak kelihatan statik pada satu tempat sahaja.

    •   Pelbagai perubahan pergerakan anggota badan guru
        Pergerakan anggota badan guru yang sentiasa berubah seperti pergerakan tangan, kaki,
        kepala, bahu dan lain-lain bahagian badan yang dapat menarik perhatian dan tumpuan
        murid.

    •   Perubahan intonasi suara guru
        Intonasi suara ialah nada suara guru yang sentiasa berubah iaitu dari nada rendah ke tinggi,
        lantang ke perlahan hingga senyap dan sebaliknya juga akan dapat menarik perhatian murid
        dan boleh menjadikan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan.

    •   Perubahan fokus deria murid
        Selain melibatkan perubahan kepada tingkah pergerakan guru, perubahan kepada fokus



                                                 2
deria murid juga sangat berperanan untuk menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
          lebih berkesan. Melalui aktiviti tertentu guru boleh saling mengubah fokus deria murid-murid
          antara deria mendengar, melihat, merasa, menyentuh dan bau.

    •     Perubahan bentuk lisan murid
          Perubahan bentuk lisan murid melibatkan bersoal-jawab, membaca dan bercerita atau
          bertutur.

    •     Perubahan suasana fizikal murid
          Selain perubahan bentuk lisan, guru juga melalui aktiviti tertentu boleh mengubah suasana
          fizikal murid dengan memberikan mereka latihan atau arahan duduk, berdiri, menulis,
          melukis, berlakun dan sebagainya.




KEMAHIRAN ASAS KAJIAN MASA DEPAN

Kemahiran Asas Kajian Masa Depan merupakan elemen yang sangat sesuai digunakan dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran KHSR. Di antara aktiviti yang sesuai dilaksanakan
ialah aktiviti buka pasang bagi alat-alat tertentu seperti lampu suluh, robot, permainan Lego dan
sebagainya. Semua aktiviti ini perlu melalui langkah-langkah utama seperti berikut:


   •    Menyenaraikan semua komponen yang terdapat dalam alatan yang akan digunakan sebagai
        aktiviti pembelajaran.

   •    Sama ada dalam kumpulan atau individu murid-murid secara kreatif perlu berfikir dan dan
        bertukar fikiran untuk mengenal pasti fungsi dan bagaimana ia berfungsi bagi setiap
        komponen yang telah disenaraikan.

   •    Murid-murid kemudiannya perlu memasang semua komponen supaya menjadi alatan atau
        objek tertentu secara bebas atau seperti yang ditetapkan oleh guru dan seterusnya menguji
        sama ada ia dapat berfungsi seperti yang sepatutnya atau sebaliknya.

   •    Setelah siap dipasang dan diuji, murid-murid diberi peluang berfikir dan membuat ramalan
        secara bebas dan kritis akan kesan dan akibat berasaskan projek tersebut dengan
        mengambil kira situasi semasa dan ramalan masa depan. Murid juga perlu diberi peluang
        memberi cadangan atau idea penambahbaikan berdasarkan aras pemikiran mereka.



STRATEGI, KAEDAH dan TEKNIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Konsep:
                                                           Strategi pengajaran dan pembelajaran
                                                           dirancang    dengan    mengambil     kira
                                                           keperluan untuk menetapkan Hasil
                                                           Pembelajaran, mengenalpasti keperluan
                                                           BBM, menyusun langkah-langkah dan
                                                           aktiviti pembelajaran ke arah mencapai
                                                           hasil pembelajaran yang ditetapkan dan
                                                           memikirkan                  usaha-usaha
                                                           penambahbaikan bagi meningkatkan lagi
                                                           keberkesanan aktiviti pengajaran dan
                                                           pembelajaran pada sesi yang berikutnya.


Strategi, Kaedah dan Teknik:



                                                   3
Terdapat pelbagai pendekatan dan
                                                       kaedah yang boleh digunakan oleh guru
                                                       dalam melaksanakan aktiviti pengajaran
                                                       dan pembelajaran. Secara umumnya
                                                       pendekatan atau kaedah dirujuk kepada
                                                       tiga iaitu Berpusatkan Guru, Berpusatkan
                                                       Murid dan Berpusatkan Bahan. Setiap
                                                       satu mempunyai kelebihannya masing-
                                                       masing.

                                                       Kaedah Berpusatkan Guru adalah amalam
                                                       konvensional yang biasa digunakan oleh
                                                       guru sejak dahulu.


                                                       Berpusatkan pelajar merupakan kaedah
                                                       yang sangat ditekankan pada masa ini
                                                       kerana ia memberi lebih peluang kepada
                                                       untuk meneroka, menimbulkan persoalan
                                                       dan menemui jawapan mereka sendiri
                                                       melalui rujukan dari pelbagai sumber di
                                                       mana guru hanya berfungsi sebagai
                                                       fasilitator, membimbing dan mengawal
                                                       suasana pembelajaran dan akhirnya
                                                       membuat rumusan dan kasimpulan
                                                       terhadap apa yang telah dipelajari.


Kelebihan bagi kaedah yang berpusatkan bahan pula akan memberi peluang kepada murid untuk
memilih sendiri pelbagai bahan yang berkaitan yang ingin mereka gunakan dalam sesuatu sesi
pembelajaran. Dengan ini ia akan dapat merangsang minat murid untuk mengikuti pembelajaran
dengan lebih aktif, tekun dan menyeronokkan. Di samping itu ia dengan sendirinya memberi peluang
kepada murid merasai pengalaman membina ilmu dan kemahiran diri sebagai satu proses
pembelajaran yang menarik dan berkesan.

Dalam mana-mana kaedah sekali pun, aktiviti soal jawab adalah sangat penting bagi mengenal pasti
masalah murid, menguji tahap kefahaman murid dan untuk mengukur pencapaian hasil
pembelajaran. Selain itu sesi soal-jawab bertujuan untuk memberi peluang kepada murid untuk
memberikan pendapat dan pandangan mereka, memperoleh pelbagai jawapan murid, penglibatan
murid yang lebih aktif dan menyeluruh dan untuk meningkatkan tahap keyakinan murid




                                               4

More Related Content

What's hot

Pengajaran mikro
Pengajaran mikroPengajaran mikro
Pengajaran mikrorestya21
 
Buku panduan kerja kepala sekolah.pdf 2
Buku panduan kerja kepala sekolah.pdf  2Buku panduan kerja kepala sekolah.pdf  2
Buku panduan kerja kepala sekolah.pdf 2Heri Suryono
 
Pengajaran Mikro
Pengajaran MikroPengajaran Mikro
Pengajaran Mikroaku_ hafif
 
Roihan membangkitkan motivasi belajar siswa melalui model pembelajaran quant...
Roihan membangkitkan motivasi belajar  siswa melalui model pembelajaran quant...Roihan membangkitkan motivasi belajar  siswa melalui model pembelajaran quant...
Roihan membangkitkan motivasi belajar siswa melalui model pembelajaran quant...RoihanHan IthoeSiicg
 
Strategi dan model pembelajaran p kn komtemporer dan inovatif
Strategi  dan  model  pembelajaran  p kn komtemporer dan inovatifStrategi  dan  model  pembelajaran  p kn komtemporer dan inovatif
Strategi dan model pembelajaran p kn komtemporer dan inovatifeli priyatna laidan
 
Membangkitkan motivasi siswa melalui model pembelajaran quantum learning
Membangkitkan motivasi siswa melalui model pembelajaran quantum learningMembangkitkan motivasi siswa melalui model pembelajaran quantum learning
Membangkitkan motivasi siswa melalui model pembelajaran quantum learningRoihanHan IthoeSiicg
 
Uas teknologi pendidikan
Uas teknologi pendidikanUas teknologi pendidikan
Uas teknologi pendidikan087856372744
 
Strategi pengajaran edu3103
Strategi pengajaran edu3103Strategi pengajaran edu3103
Strategi pengajaran edu3103Zue Layhar
 
Modelpembelajaranmatematika
ModelpembelajaranmatematikaModelpembelajaranmatematika
ModelpembelajaranmatematikaSyam Sheya
 
Tugasan model & strategi pedagogi epm233 (cikgu azman)
Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)
Tugasan model & strategi pedagogi epm233 (cikgu azman)Norafsah Awang Kati
 

What's hot (16)

Pengajaran mikro
Pengajaran mikroPengajaran mikro
Pengajaran mikro
 
Buku panduan kerja kepala sekolah.pdf 2
Buku panduan kerja kepala sekolah.pdf  2Buku panduan kerja kepala sekolah.pdf  2
Buku panduan kerja kepala sekolah.pdf 2
 
Panduan+melaksanakan+pn p
Panduan+melaksanakan+pn pPanduan+melaksanakan+pn p
Panduan+melaksanakan+pn p
 
Pengajaran Mikro
Pengajaran MikroPengajaran Mikro
Pengajaran Mikro
 
Roihan membangkitkan motivasi belajar siswa melalui model pembelajaran quant...
Roihan membangkitkan motivasi belajar  siswa melalui model pembelajaran quant...Roihan membangkitkan motivasi belajar  siswa melalui model pembelajaran quant...
Roihan membangkitkan motivasi belajar siswa melalui model pembelajaran quant...
 
Pengajaran Mikro
Pengajaran MikroPengajaran Mikro
Pengajaran Mikro
 
Rafisah p&p
Rafisah p&pRafisah p&p
Rafisah p&p
 
Strategi dan model pembelajaran p kn komtemporer dan inovatif
Strategi  dan  model  pembelajaran  p kn komtemporer dan inovatifStrategi  dan  model  pembelajaran  p kn komtemporer dan inovatif
Strategi dan model pembelajaran p kn komtemporer dan inovatif
 
Mastery learning
Mastery learningMastery learning
Mastery learning
 
Membangkitkan motivasi siswa melalui model pembelajaran quantum learning
Membangkitkan motivasi siswa melalui model pembelajaran quantum learningMembangkitkan motivasi siswa melalui model pembelajaran quantum learning
Membangkitkan motivasi siswa melalui model pembelajaran quantum learning
 
Bg ucok i
Bg ucok iBg ucok i
Bg ucok i
 
Bcb
BcbBcb
Bcb
 
Uas teknologi pendidikan
Uas teknologi pendidikanUas teknologi pendidikan
Uas teknologi pendidikan
 
Strategi pengajaran edu3103
Strategi pengajaran edu3103Strategi pengajaran edu3103
Strategi pengajaran edu3103
 
Modelpembelajaranmatematika
ModelpembelajaranmatematikaModelpembelajaranmatematika
Modelpembelajaranmatematika
 
Tugasan model & strategi pedagogi epm233 (cikgu azman)
Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)Tugasan model & strategi pedagogi  epm233 (cikgu azman)
Tugasan model & strategi pedagogi epm233 (cikgu azman)
 

Viewers also liked

Pengertian dan Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Pengertian dan Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian Pengertian dan Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Pengertian dan Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian Nurfarhanah Ahmad Tarmizi
 
Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian
Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaianKonsep pengujian, pentaksiran dan penilaian
Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaiansyidatomey
 
MODUL PENGAJARAN REKABENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 4
MODUL PENGAJARAN REKABENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 4MODUL PENGAJARAN REKABENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 4
MODUL PENGAJARAN REKABENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 4rekabentukdanteknologi
 
Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik ...
Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik ...Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik ...
Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik ...Sherly Jewinly
 
Pengujian,pentaksiran,penilaian
Pengujian,pentaksiran,penilaianPengujian,pentaksiran,penilaian
Pengujian,pentaksiran,penilaianatraxtra88
 
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarSalini Dharan
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Sara Zaleha
 

Viewers also liked (10)

Esaimen rbt 3105
Esaimen rbt 3105Esaimen rbt 3105
Esaimen rbt 3105
 
Ringkasan rbt3105
Ringkasan rbt3105Ringkasan rbt3105
Ringkasan rbt3105
 
Konsep Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
Konsep Pengujian, Pentaksiran Dan PenilaianKonsep Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
Konsep Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
 
Pengertian dan Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Pengertian dan Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian Pengertian dan Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
Pengertian dan Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian
 
Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian
Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaianKonsep pengujian, pentaksiran dan penilaian
Konsep pengujian, pentaksiran dan penilaian
 
MODUL PENGAJARAN REKABENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 4
MODUL PENGAJARAN REKABENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 4MODUL PENGAJARAN REKABENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 4
MODUL PENGAJARAN REKABENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 4
 
Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik ...
Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik ...Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik ...
Nota Tajuk 9 Proses Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian Pendidikan Teknik ...
 
Pengujian,pentaksiran,penilaian
Pengujian,pentaksiran,penilaianPengujian,pentaksiran,penilaian
Pengujian,pentaksiran,penilaian
 
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
 

Similar to Ringkasan rbt3105

Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makronanisaaid
 
Teknologi pendidikan
Teknologi pendidikanTeknologi pendidikan
Teknologi pendidikansuryo1
 
Download Contoh Laporan observasi teman sejawat
Download Contoh Laporan observasi teman sejawatDownload Contoh Laporan observasi teman sejawat
Download Contoh Laporan observasi teman sejawatsriagunggb
 
Bcb
BcbBcb
BcbUSM
 
68284275 asmn-kepentingan-rph
68284275 asmn-kepentingan-rph68284275 asmn-kepentingan-rph
68284275 asmn-kepentingan-rphWei Fen Chua
 
BBM dalam pengajaran
BBM dalam pengajaranBBM dalam pengajaran
BBM dalam pengajaranZanari Zainon
 
topik 5 koneksi antar materi
topik 5 koneksi antar materitopik 5 koneksi antar materi
topik 5 koneksi antar materirijen21
 
MEMAHAMI DAN MENERAPKAN PARADIGMA BARU PADA PANDUAN PENILAIAN.pptx
MEMAHAMI DAN MENERAPKAN PARADIGMA BARU PADA PANDUAN PENILAIAN.pptxMEMAHAMI DAN MENERAPKAN PARADIGMA BARU PADA PANDUAN PENILAIAN.pptx
MEMAHAMI DAN MENERAPKAN PARADIGMA BARU PADA PANDUAN PENILAIAN.pptxJumairRisa
 
Tugas 1 mata kuliah desain instruksional
Tugas 1 mata kuliah desain instruksionalTugas 1 mata kuliah desain instruksional
Tugas 1 mata kuliah desain instruksionalCecep Kustandi
 
Modul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceModul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceNasrudinPGMI10
 
Modul pembelajaran Drill Practice
Modul pembelajaran Drill PracticeModul pembelajaran Drill Practice
Modul pembelajaran Drill PracticeMuhammad_Fajar21
 
Modul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceModul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceParno_M
 
Modul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceModul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceAbdul_Hakim21
 
Ppt uas tekno
Ppt uas teknoPpt uas tekno
Ppt uas teknouus_yuli
 
Pengembangan Bahan Ajar
Pengembangan Bahan AjarPengembangan Bahan Ajar
Pengembangan Bahan AjarQueenDaresa
 

Similar to Ringkasan rbt3105 (20)

Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makro
 
Bcb
BcbBcb
Bcb
 
Teknologi pendidikan
Teknologi pendidikanTeknologi pendidikan
Teknologi pendidikan
 
Download Contoh Laporan observasi teman sejawat
Download Contoh Laporan observasi teman sejawatDownload Contoh Laporan observasi teman sejawat
Download Contoh Laporan observasi teman sejawat
 
Bcb
BcbBcb
Bcb
 
Direct instruction
Direct instructionDirect instruction
Direct instruction
 
Modul jadi suci
Modul jadi suciModul jadi suci
Modul jadi suci
 
MATERI P5.pptx
MATERI P5.pptxMATERI P5.pptx
MATERI P5.pptx
 
68284275 asmn-kepentingan-rph
68284275 asmn-kepentingan-rph68284275 asmn-kepentingan-rph
68284275 asmn-kepentingan-rph
 
BBM dalam pengajaran
BBM dalam pengajaranBBM dalam pengajaran
BBM dalam pengajaran
 
Kesiapan guru mengajar
Kesiapan guru mengajarKesiapan guru mengajar
Kesiapan guru mengajar
 
topik 5 koneksi antar materi
topik 5 koneksi antar materitopik 5 koneksi antar materi
topik 5 koneksi antar materi
 
MEMAHAMI DAN MENERAPKAN PARADIGMA BARU PADA PANDUAN PENILAIAN.pptx
MEMAHAMI DAN MENERAPKAN PARADIGMA BARU PADA PANDUAN PENILAIAN.pptxMEMAHAMI DAN MENERAPKAN PARADIGMA BARU PADA PANDUAN PENILAIAN.pptx
MEMAHAMI DAN MENERAPKAN PARADIGMA BARU PADA PANDUAN PENILAIAN.pptx
 
Tugas 1 mata kuliah desain instruksional
Tugas 1 mata kuliah desain instruksionalTugas 1 mata kuliah desain instruksional
Tugas 1 mata kuliah desain instruksional
 
Modul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceModul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practice
 
Modul pembelajaran Drill Practice
Modul pembelajaran Drill PracticeModul pembelajaran Drill Practice
Modul pembelajaran Drill Practice
 
Modul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceModul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practice
 
Modul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practiceModul pembelajaran drill practice
Modul pembelajaran drill practice
 
Ppt uas tekno
Ppt uas teknoPpt uas tekno
Ppt uas tekno
 
Pengembangan Bahan Ajar
Pengembangan Bahan AjarPengembangan Bahan Ajar
Pengembangan Bahan Ajar
 

Ringkasan rbt3105

  • 1. RINGKASAN KULIAH RBT3105: KAEDAH MENGAJAR KHSR BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Setiap orang guru memerlukan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang sesuai bagi memastikan penyampaiannya benar-benar berkesan khususnya kepada murid-murid di peringkat sekolah rendah. Sekurang-kurangnya seseorang guru itu akan menggunakan papan tulis sebagai BBM yang paling asas dalam pengajarannya. Perkembangan dalam bidang sains dan teknologi telah menghasilkan pelbagai peralatan dan bahan yang serba moden lagi canggih yang boleh digunakan oleh guru dengan lebih menarik dan berkesan. BBM digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan untuk • menarik perhatian murid • menghasilkan sesi pembelajaran yang konkrit • memberikan pengalaman sebenar kepada murid • mengukuhkan sesuatu konsep yang dipelajari oleh murid • memudahkan kefahaman murid terhadap pengajaran guru • meneguhkan ingatan pelajaran oleh murid terhadap pengajaran guru • menunjukkan peringkat atau proses yang tidak boleh diperhatikan secara terus BBM boleh digunakan dengan berbagai cara di dalam kelas. Penggunaannya bergantung kepada jenis BBM tersebut, suasana atau keadaan fizikal bilik darjah yang digunakan serta bilangan dan tahap kebolehan murid atau tahun persekolahan murid yang menjadi sasaran pengajaran guru. Secara umumnya, di antara kaedah penggunaan BBM oleh guru di dalam kelas adalah seperti yang berikut: • Gantungkan pada tempat yang sesuai dan mudah dilihat. • Pamerkan BBM yang berbentuk carta atau gambar secara keseluruhan atau mengikut bahagian yang perlu sahaja merujuk kepada isi pelajaran yang sedang diajar • Letakkan BBM yang berbentuk bahan maujud pada satu tempat yang sesuai dan dapat dilihat oleh semua murid dari semua sudut. • Jika bahan BBM tersebut memerlukan penglibatan murid untuk menggunakannya, arahan perlu diberikan dengan jelas dan terang tentang cara-cara menggunakan bahan atau alat tersebut dengan betul dan selamat. • BBM ditunjukkan kepada murid hanya pada masa ia digunakan untuk membantu pengajaran sahaja sahaja. Pada masa yang tidak berkaitan, BBM lebih elok disimpan atau diletakkan ditempat-tumpat yang tidak menjadi tumpuan murid. • Penggunaan BBM perlu diikuti dengan penerangan dan bimbingan serta menguatkan dengan fakta-fakta yang berkaitan semasa ke semasa. • Semua BBM hendaklah dikumpul dan disimpan ditempat yang ditetapkan setiap kali selesai digunakan. 1
  • 2. Perkembangan semasa telah menjadikan peralatan ICT begitu kerap digunakan sebagai salah satu BBM. Peralatan ICT seperti komputer membolehkan pula guru dan murid mengakses pelbagai sumber dan maklumat melalui internet. Sumber dan maklumat yang terlalu banyak dan mudah diperolehi melalui internet tidak semuanya boleh dirujuk sebagai sumber yang betul dan tepat. Oleh itu guru perlu bijak membuat penilaian dan memilih sumber rujukan yang boleh dipercayai di internet. Sesuatu bahan sumber atau maklumat yang berasaskan internet boleh dinilai kesahihannya berdasarkan ciri-ciri seperti yang berikut: • Ketepatan (Accuracy) Maklumat: Kandungan bahan sumber atau maklumat yang dinyatakan didapati tepat dan terdapat unsur-unsur kebertanggungjawaban. • Bukti dan keterangan pengarang (Autority): Kelayakan dan reputasi pengarang yang menerbitkan bahan sumber atau maklumat tersebut dinyatakan dengan jelas beserta ditunjukkan juga sumber rujukannya. • Berobjektif (Objectivity): Bahan sumber atau maklumat yang dipaparkan menepati keperluan semasa berdasarkan catatan tarikh yang ditunjukkan. • Liputan (coverage): Liputannya yang komprehensif, ekstensif dan intensif di mana sebaran bahan sumber atau maklumat tersebut adalah untuk pengguna yang luas dengan isi maklumatnya yang jelas dan terperinci. PENGAJARAN MIKRO dan MAKRO Pengajaran Mikro dan Makro adalah suatu bentuk Latihan Mengajar yang pada kebiasaan dilaksanakan di dalam kampus sebelum pelajar melaksanakan aktiviti Latihan Mengajar yang sebenarnya (Praktikum) di sekolah. Melaksanakan aktiviti pengajaran mikro dan makro boleh juga disifatkan sebagai latihan mengajar secara simulasi di mana segala persiapan dan pelaksanaannya dilakukan seperti aktiviti pengajaran dan pembelajaran sebenar di sekolah. Apa yang membezakannya ialah bilik darjah yang digunakan itu bukanlah bilik darjah yang sebenar dan muridnya juga bukanlah bilik sebenar sebaliknya menggunakan rakan-rakan pelajar sendiri yang cuba berlakon menggayakan seperti murid. Dalam aktiviti pengajaran mikro dan makro, perhatian akan lebih tertumpu kepada kemahiran variasi rangsangan. Di antara kemahiran variasi rangsangan yang dimaksudkan ialah: • Pelbagai perubahan pergerakan langkah guru Pergerakan guru yang sentiasa berubah dari kiri ke kanan, dari depan ke belakang dan sebagainya supaya tidak kelihatan statik pada satu tempat sahaja. • Pelbagai perubahan pergerakan anggota badan guru Pergerakan anggota badan guru yang sentiasa berubah seperti pergerakan tangan, kaki, kepala, bahu dan lain-lain bahagian badan yang dapat menarik perhatian dan tumpuan murid. • Perubahan intonasi suara guru Intonasi suara ialah nada suara guru yang sentiasa berubah iaitu dari nada rendah ke tinggi, lantang ke perlahan hingga senyap dan sebaliknya juga akan dapat menarik perhatian murid dan boleh menjadikan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan. • Perubahan fokus deria murid Selain melibatkan perubahan kepada tingkah pergerakan guru, perubahan kepada fokus 2
  • 3. deria murid juga sangat berperanan untuk menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Melalui aktiviti tertentu guru boleh saling mengubah fokus deria murid-murid antara deria mendengar, melihat, merasa, menyentuh dan bau. • Perubahan bentuk lisan murid Perubahan bentuk lisan murid melibatkan bersoal-jawab, membaca dan bercerita atau bertutur. • Perubahan suasana fizikal murid Selain perubahan bentuk lisan, guru juga melalui aktiviti tertentu boleh mengubah suasana fizikal murid dengan memberikan mereka latihan atau arahan duduk, berdiri, menulis, melukis, berlakun dan sebagainya. KEMAHIRAN ASAS KAJIAN MASA DEPAN Kemahiran Asas Kajian Masa Depan merupakan elemen yang sangat sesuai digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran KHSR. Di antara aktiviti yang sesuai dilaksanakan ialah aktiviti buka pasang bagi alat-alat tertentu seperti lampu suluh, robot, permainan Lego dan sebagainya. Semua aktiviti ini perlu melalui langkah-langkah utama seperti berikut: • Menyenaraikan semua komponen yang terdapat dalam alatan yang akan digunakan sebagai aktiviti pembelajaran. • Sama ada dalam kumpulan atau individu murid-murid secara kreatif perlu berfikir dan dan bertukar fikiran untuk mengenal pasti fungsi dan bagaimana ia berfungsi bagi setiap komponen yang telah disenaraikan. • Murid-murid kemudiannya perlu memasang semua komponen supaya menjadi alatan atau objek tertentu secara bebas atau seperti yang ditetapkan oleh guru dan seterusnya menguji sama ada ia dapat berfungsi seperti yang sepatutnya atau sebaliknya. • Setelah siap dipasang dan diuji, murid-murid diberi peluang berfikir dan membuat ramalan secara bebas dan kritis akan kesan dan akibat berasaskan projek tersebut dengan mengambil kira situasi semasa dan ramalan masa depan. Murid juga perlu diberi peluang memberi cadangan atau idea penambahbaikan berdasarkan aras pemikiran mereka. STRATEGI, KAEDAH dan TEKNIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Konsep: Strategi pengajaran dan pembelajaran dirancang dengan mengambil kira keperluan untuk menetapkan Hasil Pembelajaran, mengenalpasti keperluan BBM, menyusun langkah-langkah dan aktiviti pembelajaran ke arah mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan dan memikirkan usaha-usaha penambahbaikan bagi meningkatkan lagi keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada sesi yang berikutnya. Strategi, Kaedah dan Teknik: 3
  • 4. Terdapat pelbagai pendekatan dan kaedah yang boleh digunakan oleh guru dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya pendekatan atau kaedah dirujuk kepada tiga iaitu Berpusatkan Guru, Berpusatkan Murid dan Berpusatkan Bahan. Setiap satu mempunyai kelebihannya masing- masing. Kaedah Berpusatkan Guru adalah amalam konvensional yang biasa digunakan oleh guru sejak dahulu. Berpusatkan pelajar merupakan kaedah yang sangat ditekankan pada masa ini kerana ia memberi lebih peluang kepada untuk meneroka, menimbulkan persoalan dan menemui jawapan mereka sendiri melalui rujukan dari pelbagai sumber di mana guru hanya berfungsi sebagai fasilitator, membimbing dan mengawal suasana pembelajaran dan akhirnya membuat rumusan dan kasimpulan terhadap apa yang telah dipelajari. Kelebihan bagi kaedah yang berpusatkan bahan pula akan memberi peluang kepada murid untuk memilih sendiri pelbagai bahan yang berkaitan yang ingin mereka gunakan dalam sesuatu sesi pembelajaran. Dengan ini ia akan dapat merangsang minat murid untuk mengikuti pembelajaran dengan lebih aktif, tekun dan menyeronokkan. Di samping itu ia dengan sendirinya memberi peluang kepada murid merasai pengalaman membina ilmu dan kemahiran diri sebagai satu proses pembelajaran yang menarik dan berkesan. Dalam mana-mana kaedah sekali pun, aktiviti soal jawab adalah sangat penting bagi mengenal pasti masalah murid, menguji tahap kefahaman murid dan untuk mengukur pencapaian hasil pembelajaran. Selain itu sesi soal-jawab bertujuan untuk memberi peluang kepada murid untuk memberikan pendapat dan pandangan mereka, memperoleh pelbagai jawapan murid, penglibatan murid yang lebih aktif dan menyeluruh dan untuk meningkatkan tahap keyakinan murid 4