Dokumen ini memberikan ringkasan tentang program Numoss Strategic Planning and Team Building yang diadakan oleh Persatuan National University of Malaysia Open Source Society (NUMOSS). Program ini bertujuan untuk membina keyakinan diri dan mengeratkan hubungan antara pelajar. Penulis menjelaskan pengalamannya sebagai anggota jawatankuasa dokumentasi yang bertugas mengambil gambar dan video sepanjang program. Penulis juga menyoroti kemahiran, nilai, sikap, dan profesionalisme yang
2. PENGENALAN
Pada hari Ahad 21 Disember 2014 yang lalu, Persatuan
National University of Malaysia Open Source Society
(NUMOSS) atau Komuniti Sumber Terbuka Universiti
Kebangsaan Malaysia (KST) telah mengadakan satu
program iaitu Numoss Strategic Planning and Team
Building. Program ini disertai oleh 20 orang AJK dan 30
orang peserta. Tujuan utama program ini diadakan
adalah untuk membina keyakinan diri dan mengeratkan
hubungan silaturrahim antara pelajar KST.
3. Sepanjang menyertai program ini, saya telah bertugas selaku ahli
jawatankuasa (AJK) Dokumentasi. AJK Dokumentasi mempunyai
seramai tiga orang ahli untuk melakukan gerak kerja bersama-
sama.
Skop tugasan AJK Dokumentasi ialah mengambil gambar dan
video sepanjang program berlangsung, menyediakan softcopy
untuk dihantar sebagai laporan, mengumpul laporan dokumentasi
untuk dimasukkan ke dalam laporan akhir projek. Sebelum
program berlangsung kami telah mengadakan mesyuarat untuk
semua ahli sebanyak empat kali. Antara kandungan mesyuarat
adalah adalah pembahagian tugas dan juga perkembangan tugas
masing-masing. Semasa program dijalankan ketua AJK
Dokumetasi telah membahagikan tugas antara kami bertiga. Kami
ditugaskan mengambil gambar dan video sepanjang program.
AJK DOKUMENTASI
4. OBJEKTIF
•Mendedahkan para pelajar kepada strategi
pembelajaran yang lebih efektif dan efisyen seterusnya
lebih menyeronokkan.
•Memberi peluang kepada para pelajar membina
kemahiran interpersonal dan komunikasi melalui aktiviti
yang dianjurkan bersama.
•Melatih mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia
khususnya dalam berorganisasi dan berinteraksi dengan
para peserta.
•Memupuk nilai-nilai perpaduan dan sifat muhibah
dalam kalangan pelajar serta mengeratkan hubungan
antara mahasiswa.
5. PENERAPAN DAN PENAMBAHBAIKKAN KEMAHIRAN,
NILAI MURNI, DAN PENGAJARAN
Menjadikan diri lebih bersikap professional dalam
mengendalikan program walaupun hanya sebagai seorang AJK dan
bukannya memegang jawatan dalam barisan MajlisTertinggi.
Dapat menunjukkan etika dan nilai sebagai seorang mahasiswi
UKM di hadapan para peserta.
Dapat mematuhi setiap arahan yang diberikan oleh ketua
program dan dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab
dengan baik.
Dapat menguruskan dan membahagikan masa dengan baik
untuk akademik dan program.
Dapat menunjukkan etika sebagai seorang AJK program dengan
menghadiri mesyuarat pada waktu yang telah ditetapkan
Dapat memberi motivas idan input yang bermanfaat kepada
peserta program.
20. KESIMPULAN
Kesimpulannya, program ini banyak memberi manfaat kepada
saya. Saya dapat mempelajari banyak pengalaman baru serta
dapat mempraktikkan kemahiran nilai, sikap, etika dan
profesionalisme. Kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme
amatlah penting untuk kita mengamalkannya pada masa akan
datang. Hal ini demikian kerana sekirannya kemahiran ini tidak
diterap dalam hati seseorang, maka program ini hanyalah menjadi
sesuatu yang sia-sia. Sudah jelas lagi nyata, kemahiran nilai,
sikap, etika dan profesionalisme penting untuk menghasilkan
sesuatu yang lebih menarik dan berjaya serta melancarkan
program.
21. PENUTUP
Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan
jayanya serta mencapai matlamat dan objektif yang
telah digariskan dan juga mampu memberi sumbangan
yang bernilai kepada para peserta. Antaranya dapat
mengeratkan hubungan dengan sesame pelajar,
berkenalan dan seterusnya menambahkan soft skill
kepada mahasiswa. Di ucapkan terima kasih juga
kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak.
Sekian, terima kasih.