SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
1
1.0 PENGENALAN
Konsep asas perkembangan boleh dikenali sebagai perubahan dalam corak
biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat
percambahan sehingga ke akhir hayat. Diamond (2013) juga menjelaskan bahawa
perkembangan adalah sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan
sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat persenyawaan sehingga akhir
hayat. Mengikut Mok Soon Sang (2009), perkembangan merupakan satu proses yang
berterusan daripada peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Terdapat lapan
prinsip asas dalam pertumbuhan dan perkembangan fizikal kanak-kanak , iaitu arah
tertentu, susun atur perkembangan berterusan, kadar kecepatan perkembangan
anggota badan yang berbeza-beza, perkembangan anggota-anggota badan saling
mempengaruhi, corak perkembangan individu berbeza-beza dan perkembangan
adalah secara berperingkat-peringkat (Faridah et al., 2014; Wong Kiet Wah, 2013;
Mohd Sharani, 2006; Atan, 1988).
2
2.0 ANALISIS PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN REMAJA DENGAN
MERUJUK TEORI-TEORI PRKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN MORAL
2.1 PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI
Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada kemahiran berinteraksi
dengan orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri.
Perkataan emosi berasal daripada perkataan Greek iaitu “emovere” yang
membawamaksud “untuk keluar”. Perkembangan emosi merangkumi kemampuan
individu untuk mengenali, mengekspresikan dan menguruskan perasaan serta
mempunyai perasaan empati terhadap orang lain (Rohani, 2000). Justeru,
sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak hingga remaja ditakrifkan sebagai satu
proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat. Penguasaan
kemahiran ini membolehkan murid belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan
supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat.
Perkembangan sosioemosi yang dapat dilihat pada usia 12 tahun hingga 17
tahun di mana, peringkat ini boleh dikenali sebagai peringkat remaja, di mana dari
segi perkembangan emosi, remaja mempunyai pelbagai konflik diri dan juga
mempunyai masalah kurang sabar dan kerap marah. Manakala perkembangan sosial,
keinginan mereka untuk menarik perhatian yang berlainan jantina semakin
meningkat dan remaja mula menuntut kebesasan. Berdasarkan teori Erik Erikson
pula, terdapat lapan peringkat yang telah diperkenalkan dan antara salah satu
peringkat yang berkait rapat dengan perkembangan sosioemosi secara umum ialah
3
ada mengatakan bahawa pada umur 12 tahun hingga 18 tahun, golongan remaja
sedang mencari identiti masing-masing, atau lebih dikenali dengan peringkat kelima
iaitu peringkat identiti melawan kekeliruan identiti. Contoh isu seperti keruntuhan
akhlak semakin menjadi-jadi apabila 30 844 kes penyalahgunaan dadah pada tahun
2016 dan meningkat lagi sebanyak 23 000 kes pada tahun 2017 (Berita Harian,
6/11/17) . Ini menunjukkan ketika ini, remaja sedang mencari identiti mereka dan
masih cuba membetulkan sosioemosi mereka sendiri. Rajah di bawah menunjukkan
lapan tahap Erik Erikson namun, fokus bagi tugasan pada kali ini kepada peringkat
umur remaja.
Rajah 1: Lapan peringkat perkembngan Erik Erikson.
Apabila dianalisis, kekuatan yang terdapat di dalam Teori Erik Erikson seperti
dalam Rajah 1 ialah di dalam teori ini ialah mempunyai peringkat yang lengkap iaitu
dari lahir hingga peringkat yang lebih berusia di mana, guru boleh merujuk terlebih
dahulu perkembangan sosioemosi anak-anak murid mereka supaya dapat
menyesuaikan teknik pengajaran yang berkesan di dalam kelas. Sekali gus, guru juga
dapat meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan bersama murid (Woolfok, 2012:
Meriani et al., 2008). Kelemahan yang boleh didapati di dalam Teori Erik Erikson ialah,
teori ini kurang memberi penjelasan mengenai bagaimana perkembangan itu sendiri
terjadi dari peringkat kanak-kanak hingga remaja itu berkembang dari satu tahap ke
4
tahap yang lain dengan lebih teliti dan terperinci sehingga menyebabkan agak sukar
untuk menyelesaikan masalah yang terdapat di setiap peringkat tersebut. Oleh itu,
guru boleh menggunakan kaedah pemerhatian terhadap murid bagi melihat proses
sosioemosi yang berlaku dari semasa ke semasa supaya dapat melihat lebih teliti dan
terperinci dan melakukan sedikit catatan terhadap perkembangan sosioemosi mereka
bagi menambahbaik teori ini. Hal ini kerana, teori ini hanya menegaskan apa yang
mempengaruhi perkembangan. Antara implikasi penggunaan teori ini di dalam kelas
setelah dianalisis ialah, murid akan rasa lebih dihargai kerana, guru seharusnya
memberikan penghargaan kepada murid seperti memberi pujian atas apa yang telah
dilakukan oleh murid supaya mereka lebih rasa bersemangat dan bermotivasi untuk
mencapai kejayaan. Hal ini kerana, murid pada peringkat remaja masih dalam
mencari identiti mereka serta mencari peluang-peluang untuk lebih maju kehadapan.
2.2 PERKEMBANGAN MORAL
Perkembangan moral melibatkan perubahan pemikiran dan tingkah lakuterhadap
nilai kebenaran atau kesilapan di mana, ia melibatkan regulasi dalaman seseorang
individu dan interaksi sosial dengan individu lain di persekitaran mereka. Moral
seseorang individu terbahagi kepada tiga komponen, iaitu, komponen emosi,
komponen kognitif dan komponen tingkah laku. Besasarkan Teori Perkembangan
Moral Kohlberg pula mempunyai tiga tahap dan enam peringkat. Tahap pertama iaitu
Pra-Kovensional merupakan perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman
yang akan diterima akibat perlakuan tersebut. Peringkat pertama, ialah Orientasi
Kepatuhan dan Hukuman. Pada peringkat ini, kanak-kanak mematuhi atau mengikut
arahan kerana takutkan hukuman yang akan diterima sekiranya melanggar peraturan.
Peringkat kedua ialah Orentasi Ganjaran Peribadi. Individu melakukan sesuatu
berdasarkan keinginan untuk mendapatkan balasan.
Tahap kedua ialah, tahap Konvensional di mana individu mula mengaplikasi
peraturan berdasarkan sesuatu yang telah ditetapkan. Peringkat 3 ialah Orientasi
Perlakuan Baik. Kanak-kanak atau remaja mula mengaplikasikan ukuran moral yang
telah ditetapkan oleh ibu bapa, guru atau orang di persekitaran. Peringkat 4 ialah
Akur Kepada Sistem Sosial Dan Etika Peraturan. Peringkat ini individu percaya
terhadap keutuhan undang-undang.Peraturan dan undang-undang perlu dipatuhi
5
untuk menjaga kesejahteraan komuniti.Peringkat Akhir Konvensional, peringkat ini
tindakan moral individu lebih kepada patuh untuk menegakkan undang-undang dan
kontrak yang melindungi hak orang ramai.
Setelah dianalisis kelebihan Teori Kohlberg ialah, dapat memudahkan individu
terutamanya guru dalam perkembangan moral dengan guru boleh membuat
jangkauan tentang perkembangan moral seseorang murid itu di dalam kelas dengan
melihat tiga tahap utama perkembangan moral Kohlberg dan membantu
memudahkan lagi guru dalam memberikan stimulasi yang tepat untuk meningkatkan
penaakulan moral murid tersebut di dalam kelas. Selain itu, kekuatan teori ini juga,
mempunyai pringkat-peringkat perkembangan yang khusus di mana boleh dijadikan
bimbingan bagi menentukan teknik pengajaran yang boleh digunakan bagi
murid-murid setaraf dengan perkembangannya seperti memberikan ganjaran atau
hukuman bagi sesebuah perilaku yang ditunjukkan. Kekurangan yang terdapat di
dalam teori ini ialah, teori ini terlampau memberi penekanan kepada moral sahaja
semata-mata atau kata lainnya, hanya tertumpu lebih kepada peraturan dan juga
undang-undang tanpa menitikberatkan penerapan nilai murni di dalam diri individu
tersebut. Oleh itu, penambahbaikan boleh dilakukan oleh guru ialah ketika
pengajaran dan pembelajaran berlangsung guru boleh menerapkan nilai-nilai murni
serta adab pekerti kepada murid supaya murid dapat menggabungkan elemen moral
danjuga nilai-nilai murni di dalam kelas dan dapat membezakan yang baik dan juga
buruk. Kesan daripada Teori Kohlberg ialah, guru sebagai tenaga pengajar haruslah
menjadi role model di mana guru menunjukkan tingkah laku yang baik supaya murid
boleh meniru tingkah laku tersebut. Selain itu, guru perlu mendidik murid dupays
menghormati pandangan orang lain untuk mengelakkan sebarang konflik.
Perbezaan yang dapat dikenal pasti dan amat ketara ialah, Teori Erik Erikson
membincangkan tentang perkembangan sosioemosi di mana penguasaan kemahiran
belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri
dalam kehidupan bermasyarakat di dalam diri seorang murid itu. Manakala, Teori
Kohlberg pula membincangkan tentang perkembangan moral individu itu berkembang
dan mempunyai tahap dan peringkatnya yang tersendiri. Walaubagaimanapun,
perkembangan sosioemosi dan perkembangan moral ini dapat dihubungkaitkan
dalam pelabagai suasana terutama sekali di daam suasana pengajaran dan
pembelajaran apabila telah dianalisis dengan lebih mendalam.
6
Seseorang guru mempunyai peranan untuk meningkatkan tahap perkembangan
moral murid-murid di kelasnya (Santrock, 2014). Oleh itu, hubungkait antara
perkembangan sosioemosi dan moral ialah di mana, guru memainkan peranan
dengan memahami terlebih dahulu, sosial, perasaan dan emosi terhadap seseorag
murid sebelum sesuatu pengajaran dimulakan dan juga ketika merancang
pengajaran dan pembelajaran atau sebelum memberi arahan dengan merujuk Teori
Erik Erikson dan menjadikan teori ini sebagai bimbingan bagi mengenalpasti murid
tersebut berada di peringkat mana terlebih dahulu supaya dapat menggunkan kaedah
pengajaran yang lebih tepat sekaligus dapat meningkatkan moral di dalam diri
murid-murid tersebut. Seterusnya, apabila guru telah memahami sosioemosi murid
tersebut, apabila aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan, guru akan
mendedahkan murid kepada pandangan yang berbeza-beza tentang topik tersebut
seperti berbincang dengan mereka tentang isu-isu semasa dan membantu mereka
berfikir tentang masalah moral dalam isu tersebut. Apabila isu moral yang sensitif
dibincangkan, guru perlu kembangkan fikiran murid-murid supaya mereka dapat
berfikir dengan lebih jauh apakah tingkahlaku yang sesuai untuk mereka ikuti dan
contohi. Sehubungan dengan itu, murid-murid di dalam kelas dapat meningkatkan
dan membetulkan perkembangan moral mereka dengan lebih baik dari semasa ke
semasa dan ketika ini, guru boleh menggunakan Teori Kohlberg dengan
menggunakan ganjaran dan pujian untuk menunjukkan penghargaan terhadap hasil
usaha murid-murid supaya konsep kendiri murid akan meningkat. Bukan itu sahaja,
penekanan nilai-nilai murni dalam pendidikan moral dan agama boleh dilakukan
ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi memperbaiki konsep
kendiri pelajar.
7
3.0 KESIMPULAN
Semua manusia melalui peringkat perkembangan sosioemosi dan moral dengan
cara yang tersendiri namun guru dan ibu bapa boleh menggunakan teori-teori yang
berkaitan boleh dijadikan panduan bagi mengenalpasti peringkat atau tahap yang
sesuai dalam memastikan perkembangan murid ini dalam proses dan keadaan yang
baik. Oleh itu, guru dan ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam beri
penumpuan sehabis baik terhadap perkembangan sosioemosi dan moral mereka.
8
9
4.0 RUJUKAN
Berita Harian. (2017, November 6). Masalah Sosial Remaja Perlu Diatasi Segera, 10.
Diamond, A. (2013). Executive Functioning Anual Review of Physchology, Vol. 64.
Pao Alto, California: Annual Reviews.
Rohani Abdullah (2000). Perkembangan Kanak-Kanak: Penilaian serta Portfolio.
Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Mok Soon Sang. (2009). Perkembangan Kanak-Kanak. Puchong : Penerbitan
Multimedia Sdn Bhd.Indah.
Woolfolk, A.E. (2012). Educational Psychology. (9th
ed). Bostom: Pearson.
Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad, Maridah Haji Alias, Rashinawati Abd. Rashid
& Azlina Ahmad. (2013). Perkembangan kanak-kanak. Selangor: Oxford Fajar.
Santrock, J.W. (2014). Child Development. New York: McGraw Hill.
10

More Related Content

What's hot

Teori perkembangan kendiri personaliti
Teori perkembangan kendiri personalitiTeori perkembangan kendiri personaliti
Teori perkembangan kendiri personalitifong kai hung
 
Teori tret allport
Teori tret allportTeori tret allport
Teori tret allportkamalslaw
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifRekha Mariappan
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)Rafiza Diy
 
PSIKOLOGI KAUNSELING jung’s analytic psychology
PSIKOLOGI KAUNSELING jung’s analytic psychologyPSIKOLOGI KAUNSELING jung’s analytic psychology
PSIKOLOGI KAUNSELING jung’s analytic psychologyAmin Upsi
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Kalai Shan
 
Model tyler dan taba
Model tyler dan tabaModel tyler dan taba
Model tyler dan tabasyahmiamni
 
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khasCiri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khasWan Izimasha
 
Kaedah Pandang Dan Sebut
Kaedah Pandang Dan SebutKaedah Pandang Dan Sebut
Kaedah Pandang Dan Sebutkuliahpismp09
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Suhaiza Shuib
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualzabidah awang
 
MODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMMODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMhudhud321
 
Teori pembelajaran kognitif KOHLER
Teori pembelajaran kognitif KOHLERTeori pembelajaran kognitif KOHLER
Teori pembelajaran kognitif KOHLERWany Hardy
 
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)Aina Azrina
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rphLuqmanZaaba
 
Perbandingan teori Sigmund Freud dan Carl Jung
Perbandingan teori Sigmund Freud dan Carl JungPerbandingan teori Sigmund Freud dan Carl Jung
Perbandingan teori Sigmund Freud dan Carl JungHazimHazim7
 
Bab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulumBab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulumDoEy Mas
 
Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullprincess Sakura
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 

What's hot (20)

Teori perkembangan kendiri personaliti
Teori perkembangan kendiri personalitiTeori perkembangan kendiri personaliti
Teori perkembangan kendiri personaliti
 
Teori tret allport
Teori tret allportTeori tret allport
Teori tret allport
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
 
PSIKOLOGI KAUNSELING jung’s analytic psychology
PSIKOLOGI KAUNSELING jung’s analytic psychologyPSIKOLOGI KAUNSELING jung’s analytic psychology
PSIKOLOGI KAUNSELING jung’s analytic psychology
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
Model tyler dan taba
Model tyler dan tabaModel tyler dan taba
Model tyler dan taba
 
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khasCiri-ciri murid berkeperluan khas
Ciri-ciri murid berkeperluan khas
 
Kaedah Pandang Dan Sebut
Kaedah Pandang Dan SebutKaedah Pandang Dan Sebut
Kaedah Pandang Dan Sebut
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 
Model taba
Model taba Model taba
Model taba
 
MODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUMMODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUM
 
Teori pembelajaran kognitif KOHLER
Teori pembelajaran kognitif KOHLERTeori pembelajaran kognitif KOHLER
Teori pembelajaran kognitif KOHLER
 
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
Teori Personaliti (perkembangan kanak-kanak)
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
 
Perbandingan teori Sigmund Freud dan Carl Jung
Perbandingan teori Sigmund Freud dan Carl JungPerbandingan teori Sigmund Freud dan Carl Jung
Perbandingan teori Sigmund Freud dan Carl Jung
 
Bab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulumBab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulum
 
Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide full
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 

Similar to KK edup 3023 - Perkembangan kanak-kanak

Perkembangan Kanak-Kanak (EDU 3102)
Perkembangan Kanak-Kanak (EDU 3102)Perkembangan Kanak-Kanak (EDU 3102)
Perkembangan Kanak-Kanak (EDU 3102)Stephanie Unsil
 
Upaya guru pendidikan agama islam dalam
Upaya guru pendidikan agama islam dalamUpaya guru pendidikan agama islam dalam
Upaya guru pendidikan agama islam dalamJihan Alive
 
Assg psikologi
Assg psikologiAssg psikologi
Assg psikologiAina Sya
 
Teori Perkembangan Peserta Didik_Puput Alfrianti.pdf
Teori Perkembangan Peserta Didik_Puput Alfrianti.pdfTeori Perkembangan Peserta Didik_Puput Alfrianti.pdf
Teori Perkembangan Peserta Didik_Puput Alfrianti.pdfPuputAlfrianti
 
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...SK SUNGAI KAJANG
 
Perkembangan moral dan spiritual peserta didik
Perkembangan moral dan spiritual peserta didikPerkembangan moral dan spiritual peserta didik
Perkembangan moral dan spiritual peserta didikbilqis123
 
perkembanganmoral-en-140214060558-phpapp02.pdf
perkembanganmoral-en-140214060558-phpapp02.pdfperkembanganmoral-en-140214060558-phpapp02.pdf
perkembanganmoral-en-140214060558-phpapp02.pdfjoocodename
 
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...Nor Rani Othman
 
Makalah teori belajar
Makalah teori belajarMakalah teori belajar
Makalah teori belajarNarendra
 
Makalah model pengawasan laku
Makalah model pengawasan lakuMakalah model pengawasan laku
Makalah model pengawasan lakusintaroyani
 
Landasan psikologi pendidikan 2
Landasan psikologi pendidikan 2Landasan psikologi pendidikan 2
Landasan psikologi pendidikan 2Rahmat Saputra
 
Perkembangan peserta didik
Perkembangan peserta didikPerkembangan peserta didik
Perkembangan peserta didikratusyamra
 

Similar to KK edup 3023 - Perkembangan kanak-kanak (20)

Perkembangan Kanak-Kanak (EDU 3102)
Perkembangan Kanak-Kanak (EDU 3102)Perkembangan Kanak-Kanak (EDU 3102)
Perkembangan Kanak-Kanak (EDU 3102)
 
Tugasan p.moral
Tugasan p.moralTugasan p.moral
Tugasan p.moral
 
Psikologi
PsikologiPsikologi
Psikologi
 
Upaya guru pendidikan agama islam dalam
Upaya guru pendidikan agama islam dalamUpaya guru pendidikan agama islam dalam
Upaya guru pendidikan agama islam dalam
 
Resume ppd kb 4
Resume ppd kb 4Resume ppd kb 4
Resume ppd kb 4
 
Assg psikologi
Assg psikologiAssg psikologi
Assg psikologi
 
Modul a
Modul aModul a
Modul a
 
LANDASAN PSIKOLOGIS BK
LANDASAN PSIKOLOGIS BKLANDASAN PSIKOLOGIS BK
LANDASAN PSIKOLOGIS BK
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
Teori Perkembangan Peserta Didik_Puput Alfrianti.pdf
Teori Perkembangan Peserta Didik_Puput Alfrianti.pdfTeori Perkembangan Peserta Didik_Puput Alfrianti.pdf
Teori Perkembangan Peserta Didik_Puput Alfrianti.pdf
 
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
 
Perkembangan moral dan spiritual peserta didik
Perkembangan moral dan spiritual peserta didikPerkembangan moral dan spiritual peserta didik
Perkembangan moral dan spiritual peserta didik
 
perkembanganmoral-en-140214060558-phpapp02.pdf
perkembanganmoral-en-140214060558-phpapp02.pdfperkembanganmoral-en-140214060558-phpapp02.pdf
perkembanganmoral-en-140214060558-phpapp02.pdf
 
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...
Bandingkan persamaan dan perbezaan antara pendekatan psikoanalitik dengan pen...
 
Makalah teori belajar
Makalah teori belajarMakalah teori belajar
Makalah teori belajar
 
Pentaksiran holistik
Pentaksiran holistikPentaksiran holistik
Pentaksiran holistik
 
Makalah model pengawasan laku
Makalah model pengawasan lakuMakalah model pengawasan laku
Makalah model pengawasan laku
 
Artikel 1 & 2
Artikel 1 & 2Artikel 1 & 2
Artikel 1 & 2
 
Landasan psikologi pendidikan 2
Landasan psikologi pendidikan 2Landasan psikologi pendidikan 2
Landasan psikologi pendidikan 2
 
Perkembangan peserta didik
Perkembangan peserta didikPerkembangan peserta didik
Perkembangan peserta didik
 

More from amirah aisyah

KEBAIKAN SOLAT (PEMIMPIN)
KEBAIKAN SOLAT  (PEMIMPIN)KEBAIKAN SOLAT  (PEMIMPIN)
KEBAIKAN SOLAT (PEMIMPIN)amirah aisyah
 
Pembentangan muzik suian & seni visual
Pembentangan muzik suian & seni visualPembentangan muzik suian & seni visual
Pembentangan muzik suian & seni visualamirah aisyah
 
Jenis jenis, ciri-ciri dan gaya penulisan
Jenis jenis, ciri-ciri dan gaya penulisanJenis jenis, ciri-ciri dan gaya penulisan
Jenis jenis, ciri-ciri dan gaya penulisanamirah aisyah
 
SUMBER DARIPADA PELBAGAI MAKLUMAT
SUMBER DARIPADA PELBAGAI MAKLUMATSUMBER DARIPADA PELBAGAI MAKLUMAT
SUMBER DARIPADA PELBAGAI MAKLUMATamirah aisyah
 
MEMAHAMI DAN MENGAMALKAN KONSEP WUDUK
MEMAHAMI DAN MENGAMALKAN KONSEP WUDUKMEMAHAMI DAN MENGAMALKAN KONSEP WUDUK
MEMAHAMI DAN MENGAMALKAN KONSEP WUDUKamirah aisyah
 

More from amirah aisyah (10)

Kk edup 3013 tyler
Kk edup 3013 tylerKk edup 3013 tyler
Kk edup 3013 tyler
 
Type of adverbs
Type of adverbsType of adverbs
Type of adverbs
 
KEBAIKAN SOLAT (PEMIMPIN)
KEBAIKAN SOLAT  (PEMIMPIN)KEBAIKAN SOLAT  (PEMIMPIN)
KEBAIKAN SOLAT (PEMIMPIN)
 
Pembentangan muzik suian & seni visual
Pembentangan muzik suian & seni visualPembentangan muzik suian & seni visual
Pembentangan muzik suian & seni visual
 
Jenis jenis, ciri-ciri dan gaya penulisan
Jenis jenis, ciri-ciri dan gaya penulisanJenis jenis, ciri-ciri dan gaya penulisan
Jenis jenis, ciri-ciri dan gaya penulisan
 
English
EnglishEnglish
English
 
Kemahiran membaca
Kemahiran membacaKemahiran membaca
Kemahiran membaca
 
PKU 1014
PKU 1014PKU 1014
PKU 1014
 
SUMBER DARIPADA PELBAGAI MAKLUMAT
SUMBER DARIPADA PELBAGAI MAKLUMATSUMBER DARIPADA PELBAGAI MAKLUMAT
SUMBER DARIPADA PELBAGAI MAKLUMAT
 
MEMAHAMI DAN MENGAMALKAN KONSEP WUDUK
MEMAHAMI DAN MENGAMALKAN KONSEP WUDUKMEMAHAMI DAN MENGAMALKAN KONSEP WUDUK
MEMAHAMI DAN MENGAMALKAN KONSEP WUDUK
 

Recently uploaded

PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)PUNGKYBUDIPANGESTU1
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxNurindahSetyawati1
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidupfamela161
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxssuser8905b3
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...MetalinaSimanjuntak1
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfsdn3jatiblora
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASbilqisizzati
 

Recently uploaded (20)

PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
POWER POINT MODUL 1 PEBI4223 (PENDIDIKAN LINGKUNGAN HIDUP)
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdfaksi nyata sosialisasi  Profil Pelajar Pancasila.pdf
aksi nyata sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 

KK edup 3023 - Perkembangan kanak-kanak

  • 1. 1 1.0 PENGENALAN Konsep asas perkembangan boleh dikenali sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Diamond (2013) juga menjelaskan bahawa perkembangan adalah sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat persenyawaan sehingga akhir hayat. Mengikut Mok Soon Sang (2009), perkembangan merupakan satu proses yang berterusan daripada peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Terdapat lapan prinsip asas dalam pertumbuhan dan perkembangan fizikal kanak-kanak , iaitu arah tertentu, susun atur perkembangan berterusan, kadar kecepatan perkembangan anggota badan yang berbeza-beza, perkembangan anggota-anggota badan saling mempengaruhi, corak perkembangan individu berbeza-beza dan perkembangan adalah secara berperingkat-peringkat (Faridah et al., 2014; Wong Kiet Wah, 2013; Mohd Sharani, 2006; Atan, 1988).
  • 2. 2 2.0 ANALISIS PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN REMAJA DENGAN MERUJUK TEORI-TEORI PRKEMBANGAN SOSIOEMOSI DAN MORAL 2.1 PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. Perkataan emosi berasal daripada perkataan Greek iaitu “emovere” yang membawamaksud “untuk keluar”. Perkembangan emosi merangkumi kemampuan individu untuk mengenali, mengekspresikan dan menguruskan perasaan serta mempunyai perasaan empati terhadap orang lain (Rohani, 2000). Justeru, sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak hingga remaja ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat. Perkembangan sosioemosi yang dapat dilihat pada usia 12 tahun hingga 17 tahun di mana, peringkat ini boleh dikenali sebagai peringkat remaja, di mana dari segi perkembangan emosi, remaja mempunyai pelbagai konflik diri dan juga mempunyai masalah kurang sabar dan kerap marah. Manakala perkembangan sosial, keinginan mereka untuk menarik perhatian yang berlainan jantina semakin meningkat dan remaja mula menuntut kebesasan. Berdasarkan teori Erik Erikson pula, terdapat lapan peringkat yang telah diperkenalkan dan antara salah satu peringkat yang berkait rapat dengan perkembangan sosioemosi secara umum ialah
  • 3. 3 ada mengatakan bahawa pada umur 12 tahun hingga 18 tahun, golongan remaja sedang mencari identiti masing-masing, atau lebih dikenali dengan peringkat kelima iaitu peringkat identiti melawan kekeliruan identiti. Contoh isu seperti keruntuhan akhlak semakin menjadi-jadi apabila 30 844 kes penyalahgunaan dadah pada tahun 2016 dan meningkat lagi sebanyak 23 000 kes pada tahun 2017 (Berita Harian, 6/11/17) . Ini menunjukkan ketika ini, remaja sedang mencari identiti mereka dan masih cuba membetulkan sosioemosi mereka sendiri. Rajah di bawah menunjukkan lapan tahap Erik Erikson namun, fokus bagi tugasan pada kali ini kepada peringkat umur remaja. Rajah 1: Lapan peringkat perkembngan Erik Erikson. Apabila dianalisis, kekuatan yang terdapat di dalam Teori Erik Erikson seperti dalam Rajah 1 ialah di dalam teori ini ialah mempunyai peringkat yang lengkap iaitu dari lahir hingga peringkat yang lebih berusia di mana, guru boleh merujuk terlebih dahulu perkembangan sosioemosi anak-anak murid mereka supaya dapat menyesuaikan teknik pengajaran yang berkesan di dalam kelas. Sekali gus, guru juga dapat meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan bersama murid (Woolfok, 2012: Meriani et al., 2008). Kelemahan yang boleh didapati di dalam Teori Erik Erikson ialah, teori ini kurang memberi penjelasan mengenai bagaimana perkembangan itu sendiri terjadi dari peringkat kanak-kanak hingga remaja itu berkembang dari satu tahap ke
  • 4. 4 tahap yang lain dengan lebih teliti dan terperinci sehingga menyebabkan agak sukar untuk menyelesaikan masalah yang terdapat di setiap peringkat tersebut. Oleh itu, guru boleh menggunakan kaedah pemerhatian terhadap murid bagi melihat proses sosioemosi yang berlaku dari semasa ke semasa supaya dapat melihat lebih teliti dan terperinci dan melakukan sedikit catatan terhadap perkembangan sosioemosi mereka bagi menambahbaik teori ini. Hal ini kerana, teori ini hanya menegaskan apa yang mempengaruhi perkembangan. Antara implikasi penggunaan teori ini di dalam kelas setelah dianalisis ialah, murid akan rasa lebih dihargai kerana, guru seharusnya memberikan penghargaan kepada murid seperti memberi pujian atas apa yang telah dilakukan oleh murid supaya mereka lebih rasa bersemangat dan bermotivasi untuk mencapai kejayaan. Hal ini kerana, murid pada peringkat remaja masih dalam mencari identiti mereka serta mencari peluang-peluang untuk lebih maju kehadapan. 2.2 PERKEMBANGAN MORAL Perkembangan moral melibatkan perubahan pemikiran dan tingkah lakuterhadap nilai kebenaran atau kesilapan di mana, ia melibatkan regulasi dalaman seseorang individu dan interaksi sosial dengan individu lain di persekitaran mereka. Moral seseorang individu terbahagi kepada tiga komponen, iaitu, komponen emosi, komponen kognitif dan komponen tingkah laku. Besasarkan Teori Perkembangan Moral Kohlberg pula mempunyai tiga tahap dan enam peringkat. Tahap pertama iaitu Pra-Kovensional merupakan perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman yang akan diterima akibat perlakuan tersebut. Peringkat pertama, ialah Orientasi Kepatuhan dan Hukuman. Pada peringkat ini, kanak-kanak mematuhi atau mengikut arahan kerana takutkan hukuman yang akan diterima sekiranya melanggar peraturan. Peringkat kedua ialah Orentasi Ganjaran Peribadi. Individu melakukan sesuatu berdasarkan keinginan untuk mendapatkan balasan. Tahap kedua ialah, tahap Konvensional di mana individu mula mengaplikasi peraturan berdasarkan sesuatu yang telah ditetapkan. Peringkat 3 ialah Orientasi Perlakuan Baik. Kanak-kanak atau remaja mula mengaplikasikan ukuran moral yang telah ditetapkan oleh ibu bapa, guru atau orang di persekitaran. Peringkat 4 ialah Akur Kepada Sistem Sosial Dan Etika Peraturan. Peringkat ini individu percaya terhadap keutuhan undang-undang.Peraturan dan undang-undang perlu dipatuhi
  • 5. 5 untuk menjaga kesejahteraan komuniti.Peringkat Akhir Konvensional, peringkat ini tindakan moral individu lebih kepada patuh untuk menegakkan undang-undang dan kontrak yang melindungi hak orang ramai. Setelah dianalisis kelebihan Teori Kohlberg ialah, dapat memudahkan individu terutamanya guru dalam perkembangan moral dengan guru boleh membuat jangkauan tentang perkembangan moral seseorang murid itu di dalam kelas dengan melihat tiga tahap utama perkembangan moral Kohlberg dan membantu memudahkan lagi guru dalam memberikan stimulasi yang tepat untuk meningkatkan penaakulan moral murid tersebut di dalam kelas. Selain itu, kekuatan teori ini juga, mempunyai pringkat-peringkat perkembangan yang khusus di mana boleh dijadikan bimbingan bagi menentukan teknik pengajaran yang boleh digunakan bagi murid-murid setaraf dengan perkembangannya seperti memberikan ganjaran atau hukuman bagi sesebuah perilaku yang ditunjukkan. Kekurangan yang terdapat di dalam teori ini ialah, teori ini terlampau memberi penekanan kepada moral sahaja semata-mata atau kata lainnya, hanya tertumpu lebih kepada peraturan dan juga undang-undang tanpa menitikberatkan penerapan nilai murni di dalam diri individu tersebut. Oleh itu, penambahbaikan boleh dilakukan oleh guru ialah ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung guru boleh menerapkan nilai-nilai murni serta adab pekerti kepada murid supaya murid dapat menggabungkan elemen moral danjuga nilai-nilai murni di dalam kelas dan dapat membezakan yang baik dan juga buruk. Kesan daripada Teori Kohlberg ialah, guru sebagai tenaga pengajar haruslah menjadi role model di mana guru menunjukkan tingkah laku yang baik supaya murid boleh meniru tingkah laku tersebut. Selain itu, guru perlu mendidik murid dupays menghormati pandangan orang lain untuk mengelakkan sebarang konflik. Perbezaan yang dapat dikenal pasti dan amat ketara ialah, Teori Erik Erikson membincangkan tentang perkembangan sosioemosi di mana penguasaan kemahiran belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat di dalam diri seorang murid itu. Manakala, Teori Kohlberg pula membincangkan tentang perkembangan moral individu itu berkembang dan mempunyai tahap dan peringkatnya yang tersendiri. Walaubagaimanapun, perkembangan sosioemosi dan perkembangan moral ini dapat dihubungkaitkan dalam pelabagai suasana terutama sekali di daam suasana pengajaran dan pembelajaran apabila telah dianalisis dengan lebih mendalam.
  • 6. 6 Seseorang guru mempunyai peranan untuk meningkatkan tahap perkembangan moral murid-murid di kelasnya (Santrock, 2014). Oleh itu, hubungkait antara perkembangan sosioemosi dan moral ialah di mana, guru memainkan peranan dengan memahami terlebih dahulu, sosial, perasaan dan emosi terhadap seseorag murid sebelum sesuatu pengajaran dimulakan dan juga ketika merancang pengajaran dan pembelajaran atau sebelum memberi arahan dengan merujuk Teori Erik Erikson dan menjadikan teori ini sebagai bimbingan bagi mengenalpasti murid tersebut berada di peringkat mana terlebih dahulu supaya dapat menggunkan kaedah pengajaran yang lebih tepat sekaligus dapat meningkatkan moral di dalam diri murid-murid tersebut. Seterusnya, apabila guru telah memahami sosioemosi murid tersebut, apabila aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan, guru akan mendedahkan murid kepada pandangan yang berbeza-beza tentang topik tersebut seperti berbincang dengan mereka tentang isu-isu semasa dan membantu mereka berfikir tentang masalah moral dalam isu tersebut. Apabila isu moral yang sensitif dibincangkan, guru perlu kembangkan fikiran murid-murid supaya mereka dapat berfikir dengan lebih jauh apakah tingkahlaku yang sesuai untuk mereka ikuti dan contohi. Sehubungan dengan itu, murid-murid di dalam kelas dapat meningkatkan dan membetulkan perkembangan moral mereka dengan lebih baik dari semasa ke semasa dan ketika ini, guru boleh menggunakan Teori Kohlberg dengan menggunakan ganjaran dan pujian untuk menunjukkan penghargaan terhadap hasil usaha murid-murid supaya konsep kendiri murid akan meningkat. Bukan itu sahaja, penekanan nilai-nilai murni dalam pendidikan moral dan agama boleh dilakukan ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi memperbaiki konsep kendiri pelajar.
  • 7. 7 3.0 KESIMPULAN Semua manusia melalui peringkat perkembangan sosioemosi dan moral dengan cara yang tersendiri namun guru dan ibu bapa boleh menggunakan teori-teori yang berkaitan boleh dijadikan panduan bagi mengenalpasti peringkat atau tahap yang sesuai dalam memastikan perkembangan murid ini dalam proses dan keadaan yang baik. Oleh itu, guru dan ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam beri penumpuan sehabis baik terhadap perkembangan sosioemosi dan moral mereka.
  • 8. 8
  • 9. 9 4.0 RUJUKAN Berita Harian. (2017, November 6). Masalah Sosial Remaja Perlu Diatasi Segera, 10. Diamond, A. (2013). Executive Functioning Anual Review of Physchology, Vol. 64. Pao Alto, California: Annual Reviews. Rohani Abdullah (2000). Perkembangan Kanak-Kanak: Penilaian serta Portfolio. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Mok Soon Sang. (2009). Perkembangan Kanak-Kanak. Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.Indah. Woolfolk, A.E. (2012). Educational Psychology. (9th ed). Bostom: Pearson. Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad, Maridah Haji Alias, Rashinawati Abd. Rashid & Azlina Ahmad. (2013). Perkembangan kanak-kanak. Selangor: Oxford Fajar. Santrock, J.W. (2014). Child Development. New York: McGraw Hill.
  • 10. 10