Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Asal Usul Bahasa Melayu

46,417 views

Published on

Published in: Education

Asal Usul Bahasa Melayu

  1. 1. AB 5301KELUARGA BAHASA AUSTRONESIA Tajuk: Asal-usul Bahasa Melayu Pensyarah: Dr. Awang Yabit bin AlasRosmah binti Ambong (11M0701) Rosnita binti Idris (11M8193)Rasidah Anak Linggir (11M8194) 18 Oktober 2012 (Khamis)
  2. 2. ISI KANDUNGAN 1. PENGENALAN 2. SEJARAH RINGKAS BAHASA MELAYU (a)Asal-usul Bahasa Melayu(b)Sejarah perkembangan Bahasa Melayu 3. KESIMPULAN
  3. 3. >>>SILA TEKAN<<<
  4. 4. DEFINISI BAHASABeberapa definisi bahasa adalah seperti berikut:1. Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain).2. Bahasa adalah penggunaan kod, iaitu gabungan fonem sehingga membentuk kata dengan aturan sintaksis untuk membentuk kalimat yang memiliki erti/maksud. Fonem  kata  sintaksis  kalimat
  5. 5. DEFINISI MELAYU• Istilah ‘Melayu’ digunakan dalam pengertian yang luas dan juga yang sempit.• Dalam pengertian luas, istilah ini merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan yang secara tradisional disebut gugusan pulau-pulau Melayu, iaitu pulau-pulau yang meliputi Indonesia yang ada sekarang ini.• Penggunaan istilah ‘Melayu’ yang lebih am ialah yang merujuk kepada suku bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami di Semenanjung Tanah Melayu, pantai timur Sumatera, Brunei dan beberapa tempat lagi yang berdekatan.
  6. 6. ASAL-USUL BAHASA MELAYU• Bahasa sering dikaitkan dengan salasilah bangsa. Asal-usul orang Melayu, iaitu penutur asli bahasa Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam.• Walau bagaimanapun, kita dapat mengetahui secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno, iaitu nenek moyang orang Melayu.
  7. 7. ASAL-USUL BAHASA MELAYU• Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka datang dari daerah Yunan dan menjelajah ke Selatan, dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia, dan menduduki wilayah Asia Tenggara.• Ini berlaku sejak tahun 2500 sebelum Masihi, iaitu dengan kedatangan golongan pertama yang disebut Melayu Proto; kemudian, kira-kira dalam tahun 1500 sebelum Masihi, datang pula gelombang yang kedua, golongan yang disebut Melayu Deutro. Mereka ini telah menduduki daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara, dan telah memperlihatkan kepandaian belayar dan bercucuk tanam.
  8. 8. ASAL-USUL BAHASA MELAYU• Namun, ada teori terbaharu yang menyatakan tempat asal orang Melayu ialah Pulau Borneo, dan mereka telah merebak dari situ dalam tiga kelompok yang besar melalui tiga arah, iaitu: 1. Ke Barat, arah ke Sumatera Utara, 2. Ke timur Laut menghala ke Kepulauan Filipina dan Taiwan, dan satu kelompok turun ke Sulawesi dan kalimantan Timur, dan 3. Ke Barat Daya, iaitu Sumatera Selatan dan Jawa Barat.• Oleh sebab masyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh Kepulauan Melaya dan lautan Pasifik, maka berkembanglah tiap-tiap bahasa di daerah masing-masing. Walau bagaimanapun, antara bahasa yang berlainan hari ini, masih dapat dilihat unsur persamaan.
  9. 9. ASAL-USUL BAHASA MELAYU• Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang tergolong ke dalam satu keluarga bahasa besar yang bernama keluarga bahasa Austris.• Di samping rumpun Austronesia, terdapat dua rumpun yang lain dalam keluarga ini, iaitu rumpun bahasa Austroasia dan rumpun bahasa Tibet-China.• Rumpun bahasa Austronesia pula terbahagi kepada empat cabang, iaitu kumpulan bahasa di Kepulauan Melayu (atau Nusantara), kumpulan bahasa Polinesia, antaranya bahasa Hawaii, Tonga dan Maori; kumpulan bahasa Melanesia antaranya bahasa di kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert. Dalam bentuk rajah, cabang-cabang keluarga bahasa Austris dan rumpun bahasa Austronesia adalah seperti yang berikut:
  10. 10. RUMPUN AUSTRONESIA  Dalam bentuk rajah, cabang-cabang keluarga bahasa Austris dan rumpun bahasa Austronesia adalah seperti yang berikut: Rumpun Austronesia Keluarga Keluarga Keluarga KeluargaNusantara Polinesia Melanesia Mikronesia(Indonesia)
  11. 11. RUMPUN AUSTRONESIA Namun, ada sebahagian ahli bahasa dan sejarah mengelompokkan rumpun bahasa austronesia kepada dua kumpulan utama, iaitu: Rumpun Austronesia Keluarga Keluarga Melayu- Taiwanik Polinesia Barat Tengah Timur
  12. 12. TEORI ASAL-USUL BAHASA MELAYUTerdapat banyak teori asal-usul bahasa Melayu. Teori ini bolehdibahagikan kepada dua teori penting yang mendasari asal-usulbahasa Melayu, iaitu:(1) Teori Hendrick Kern(2) Teori James Collins, Nothofer, Robert Blust, dan Adelaar
  13. 13. TEORI ASAL-USUL BAHASA MELAYU TEORI HENDRIK KERN Orang-orang Melayu berasal dari Semenanjung Tanah Melayu.• Orang-orang Austronesia berasal dari Champa (di persisiran pantai Kemboja).• Orang-orang Austronesia turun ke Semenanjung menjadi orang Melayu.• Orang Melayu dari Semenanjung berpecah-pecah ke sebelah timur.• Teori ini tidak lagi digunakan pada masa kini.
  14. 14. TEORI ASAL-USUL BAHASA MELAYU TEORI JAMES COLLINS, NOTHOFER, ROBERT BLUST, ADELAAR• Mewakili dua pendapat yang agak sama tetapi ada sedikit perbezaan, iaitu dari segi migrasi orang Melayu.• Namun, keempat-empat ahli sarjana ini bersepakat mengatakan orang Melayu berasal dari sebelah barat Pulau Borneo.• Kerana Pulau Borneo – tempat asal-usul penutur orang Melayu.• Teori ini boleh dibahagikan kepada dua kelompok, iaitu:(1) James Collins dan Nothofer(2) Robert Blust dan Adelaar
  15. 15. KELOMPOK 1 (JAMES COLLINS DAN NOTHOFER)James Collins dan Nothofer berpendapat bahawa orang Melayudipecahkan kepada tiga, iaitu:1. Migrasi terawal – berpindah dari sebelah barat Pulau Borneo ke Sumatera dan berpecah terus ke utara dan menjadi orang Melayu di Semenanjung sekarang dan ada sebahagian yang terus berpecah terus ke utara menjadi orang Champa. Dari Champa turun balik ke Sumatera menjadi orang Acheh.2. Migrasi ke utara - dari sebelah barat Pulau Borneo dan menjadi orang Brunei yang ada pada masa sekarang – berpusing mengikut putaran jam terus ke utara (pantai timur) – menjadi orang ‘banjarmas’3. Orang-orang di sebelah barat Borneo turun ke selatan menjadi orang Melayu Jakarta sekarang.
  16. 16. KELOMPOK 2 (ROBERT BLUST DAN ADELAAR)• Blust dan Adelaar berpendapat migrasi bermula dari sebelah barat Pulau Borneo dan hanya berlaku sekali sahaja.• Orang-orang Melayu berpindah ke Sumatera menjadi orang Melayu di kepulauan Sumatera dan berkembang maju sehingga zaman Srivijaya pada abad ke-7  orang-orang Melayu sudah pandai belayar dan menguasai teknologi perdagangan dan berbalik semula ke Pulau Borneo – Srivijaya terkenal (bukti cerita rakyat).• Setelah orang-orang Melayu berbalik ke Pulau Borneo – menghasilkan dua jenis Melayu (Adelaar PhD, 1985)  hierarki tertinggi dipanggil Melayik yang merangkumi banyak bahasa-bahasa Melayu termasuk Iban, Kedayan dan lain-lain yang sama dengan bahasa Melayu.
  17. 17. • Mewujudkan dua jenis Melayu: Melayu yang ada pada masa sekarang dan Melayu Iban.• Namun, kedua-dua jenis Melayu tadi mengalami kesukaran untuk berkomunikasi antara satu dengan lain kerana tempoh migrasi yang terlalu panjang/lama).
  18. 18. PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU• Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu: 1. Bahasa Melayu Kuno 2. Bahasa Melayu Klasik 3. Bahasa Melayu Moden
  19. 19. BAHASA MELAYU KUNO• Bahasa Melayu merupakan keluarga bahasa Nusantara.• Kegemilangannya ialah dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Srivijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.• Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.
  20. 20. BAHASA MELAYU KUNO Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:• Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.• Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat.• Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.• Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.
  21. 21. BAHASA MELAYU KUNO Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:1. Pengaruh agama Hindu.2. Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan, dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.3. Sifat bahasa Melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan. Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallava:1. Batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683 M).2. Batu bersurat di Talang Ruwo, dekat Palembang (684 M).3. Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686 M).4. Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambi (686M).5. Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.
  22. 22. BAHASA MELAYU KUNO Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:1. Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit.2. Susunan ayat bersifat Melayu.3. Bunyi b ialah w dalam Melayu kuno (Contoh: bulan - wulan).4. Bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan).5. Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu kuno (contoh: berlepas-marlapas)6. Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu kuno (Contoh: diperbuat - niparvuat)7. Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh: sukhatshitta)8. Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)
  23. 23. PERALIHAN BAHASA MELAYU KUNO KE BAHASA MELAYU KLASIK Peralihan ini dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13. Selepas itu, bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Terdapat tiga batu bersurat yang penting: Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356):1. Ditulis dalam huruf India.2. Mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit.3. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.
  24. 24. PERALIHAN BAHASA MELAYU KUNO KE BAHASA MELAYU KLASIK Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)1. Masih memakai abjad India2. Buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat. Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)1. Ditulis dalam tulisan Jawi2. Membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa Melayu pada abad itu.3. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.
  25. 25. BAHASA MELAYU KLASIK Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:1. Zaman kerajaan Melaka2. Zaman kerajaab Acheh3. Zaman kerajaan Johor-Riau Tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.
  26. 26. BAHASA MELAYU KLASIK Ciri-ciri bahasa klasik:1. Ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.2. Banyak ayat pasif.3. Menggunakan bahasa istana.4. Kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih).5. Banyak menggunakan kata pangkal ayat: sebermula, alkisah, hatta, adapun.6. Ayat songsang.7. Banyak menggunakan partikel ‘pun’ dan ‘lah’
  27. 27. BAHASA MELAYU MODEN• Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.• Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.• Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.• Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.• Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.
  28. 28. RAJAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
  29. 29. KESIMPULAN• Secara keseluruhannya, terdapat dua teori penting tentang asal-usul bahasa Melayu, iaitu teori yang dipelopori oleh Hendrik Kern dan teori yang dipelopori oleh 4 orang sarjana iaitu James Collins, Nothofer, Robert Blust dan Adelaar.• Teori Hendrik Kern – teori ini menghuraikan bahawa orang-orang Melayu berasal dari Semenanjung Tanah Melayu.• Teori 4 sarjana - teori ini menghuraikan tentang migrasi orang-orang Melayu yang dipercayai berasal dari sebelah barat Pulau Borneo.
  30. 30. BIBLIOGRAFIAbdullah Hassan. (2007). Linguistik am. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.____________. (1980). Linguistik am untuk guru Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.Asmah Haji Omar. (2008). Susur galur bahasa Melayu (Edisi Kedua). Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.Darwis Harahap. (1992). Sejarah pertumbuhan bahasa Melayu. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.Kamus Dewan . (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Nik Safiah Karim dkk. (2008). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Noriah Mohamed. (1999). Sejarah sosiolinguistik bahasa Melayu lama. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.Zulkifley Hamid dkk. (2006). Linguistik Melayu. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

×