Jurnal minggu ketiga praktikum mengajar mencatat perjalanan berjalan lancar walaupun ada masalah kawalan kelas. Guru perlu membentuk sikap murid dan menjaga kebajikan mereka. Sistem token diperkenalkan untuk meningkatkan disiplin murid selepas rehat makan. Harapan penulis tindakan ini dapat memberi kesan positif dalam minggu-minggu hadapan.
1. Jumaat, 10 Ogos, 2012
Penulisan jurnal praktikum 2
JURNAL 3 (6/8/2012-10/8/2012)
MINGGU 3
PENGENALAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan rahmat dan keizinan-Nya
saya telah berjaya menempuhi minggu ketiga praktikum di Sekolah Kebangsaan Seri
Pasir, Seri Medan, Batu Pahat dengan jayanya walaupun terdapat beberapa masalah
yang timbul. Perjalanan minggu ketiga berjalan dengan lancar. Setelah sekian lama
berada di sekolah, saya mula menyedari bahawa tanggungjawab sebagai seorang guru
adalah sangat besar. Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi guru juga harus
membentuk sahsiah para pelajar, menjaga kesihatan, keselamatan, dan kebersihan
para pelajar. Perkara ini telah mengajar saya untuk menjadi lebih bertanggungjawab
dan lebih prihatin kepada para pelajar saya.
MASALAH
Antara masalah yang ingin saya nyatakan di sini ialah :
1) Masalah kawalan kelas di dalam pengajaran dan pembelajaran.
2) Penggunaan sistem token dalam pengajaran dan pembelajaran.
Fokus yang ingin saya huraikan dalam jurnal ketiga ini ialah mengenai kawalan kelas.
Saya berhadapan dengan masalah ini pada minggu ketiga saya memasuki kelas.
Sebagai guru baru, pelajar seperti ini akan suka untuk menduga ketabahan dan
kesabaran kita sebagai seorang guru. Murid-murid terlalu aktif apabila selepas waktu
rehat iaitu selepas mereka menikmati kudapan. Mereka tidak akan duduk diam dan ini
secara tidak langsung akan mengganggu sesi P&P yang dijalankan.
2. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Saya hadapi cabaran ini dengan tenang dengan menunjukkan satu perwatakan
tegas untuk menimbulkan rasa hormat dikalangan murid-murid yang bermasalah
kepada guru baru. Guru-guru tidak boleh hanya sekadar memarahi mereka dan
menghukum mereka. Mereka hendaklah dididik dengan ilmu agama yang berguna
agar mereka dapat membentukkan akhlak mereka. Manusia yang baik adalah manusia
yang baik akhlaknya. Saya dan rakan telah menjalankan penggunaan sistem token
bagi murid-murid pada minggu ketiga ini. Saya berharap dengan adanya sistem token
ini, murid-murid dapat mengikuti peraturan dan segala aturan yang telah ditetapkan.
Secara tidak langsung, dapat memberi semangat kepada kanak-kanak untuk
mendapatkan seberapa banyak token untuk diri sendiri.
TEMPOH MASA
Saya menetapkan tempoh seminggu untuk melihat hasil tindakan yang telah saya
rancang ini. Semoga minggu-minggu yang berikutnya dapat dilalui dengan jayanya.
Disemak oleh Guru Pembimbing
Tandatangan : .............................................
Nama : .............................................
Tarikh : .............................................
Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing
Tandatangan : .............................................
Nama : .............................................
Tarikh : .............................................