Jurnal ini membincangkan masalah cara penyampaian seorang guru praktikum selama minggu kelima mengajar, di mana beliau kurang berkesan dalam menyampaikan materi pembelajaran kepada murid-murid. Guru tersebut merumuskan bahawa kelemahan terletak pada diri beliau sendiri, dan berjanji untuk memperbaiki penyampaian serta memilih strategi pengajaran yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut dalam tempoh minggu ketujuh.
1. Khamis, 30 Ogos, 2012
Penulisan jurnal praktikum 2
JURNAL 3 (27/8/2012-31/8/2012)
MINGGU 5
MASALAH / ISU
Pada minggu kelima, saya telah dapat mempertingkatkan kawalan kelas ke
tahap yang lebih baik berbanding sebelumnya. Saya berharap suatu hari nanti
masalah ini dapat diselesaikan kerana kawalan kelas penting untuk memastikan
perlaksanaan P&P berjalan lancar. Masalah yang paling utama pada minggu ini ialah
cara penyampaian saya. Saya telah cuba mempertingkatkan dari masa ke semasa.
Saya menghadapi kesukaran dalam menyusun ayat yang mudah untuk difahami oleh
pelajar. Saya akan cuba untuk memperbaiki cara penyampaian dan mempertingkatkan
lagi pengunaan bahasa saya sewaktu mengajar pada P&P yang akan datang.
ANALISIS MASALAH
Masalah cara penyampaian ini dapat saya kesan selepas proses P&P apabila
murid-murid kurang memahami pembelajaran dan bertanya kembali arahan yang saya
berikan. Ini berlaku kerana saya sukar untuk menurunkan tahap penggunaan bahasa
serta tahap penyampaian kepada tahap kemampuan murid sekolah rendah. Saya
akan berusaha mempertingkatkannya pada masa akan datang untuk menjadi yang
terbaik.
.
2. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Daripada masalah yang timbul, saya dapat merumuskan bahawa kelemahan
adalah daripada diri saya sendiri. Saya perlu lebih peka dan teliti dalam melaksanakan
P&P terutamanya mata pelajaran yang memerlukan kemahiran dan konsep yang betul
agar murid tidak berdepan dengan masalah pada pembelajaran yang akan datang.
Saya perlu menunjukkan langkah demi langkah dalam menerangkan sesuatu konsep.
Selain itu, saya perlu memikirkan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap kemampuan
murid supaya mereka dapat memahami dan objektif pembelajaran dapat dicapai. Saya
juga perlu lebih peka dan prihatin terhadap kemampuan murid terutamanya dalam
melaksanakan aktiviti.
TEMPOH MASA
Saya menetapkan tempoh sehingga minggu ketujuh untuk menyelesaikan
masalah ini. Melalui masalah yang saya hadapi, saya sedar betapa sukarnya seorang
guru mendidik anak-anak bangsanya sehingga berjaya. Saya akan memilih strategi
yang sesuai supaya masalah ini dapat diatasi. Dalam tempoh minggu ini, saya akan
berusaha dan mengaplikasikan kaedah yang sesuai supaya proses P&P berjalan lancar
dan objektif pembelajaran dapat dicapai.
Disemak oleh Guru Pembimbing
Tandatangan : .............................................
Nama : .............................................
Tarikh : .............................................
Disahkan oleh Pensyarah Pembimbing
Tandatangan : .............................................
Nama : .............................................
Tarikh : .............................................