MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
Aspek tatabahasa dalam kssr tahun 3
1. ASPEK TATABAHASA DALAM KSSR TAHUN 3
KOMPONEN SISTEM BAHASA
* Tatabahasa
* Sistem Ejaan
* Kosa kata
* Sebutan dan Intonasi
* Peribahasa
PRINSIP PENGAJARAN TATABAHASA
* Utamakan aspek penggunaan mengikut konteks
* Bermula mudah ke kompleks
* Tidak menghafal rumus
* Diajar secara terancang
* Pemilihan pendekatan yang sesuai
KONSEP ASPEK TATABAHASA
* Aspek tatabahasa merujuk kepada keupayaan murid menguasai perkara asas dalam
pembentukan kata dan ayat serta menggunakan tatabahasa mengikut cara dan sistem
yang betul semasa membina ayat.
* Selain itu, aspek sebutan, intonasi dan semantik serta penggunaan peribahasa dan
perbendaharaan kata yang betul juga diberi penekanan.
* Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa diberi penekanan melalui penggabungjalinan
kemahiran bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.
OBJEKTIF ASPEK TATABAHASA
Adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:
i. memahami dan menggunakan kata nama am hidup merujuk bukan manusia, kata nama
khas hidup bukan manusia dan kata kata ganti nama diri merujuk kepada gelaran dan
panggilan mengikut konteks;
ii. memahami dan menggunakan kata kerja terbitan dan kata adjektif ukuran dan bentuk
dengan betul mengikut konteks;
iii.memahami dan menggunakan kata hubung gabungan dengan betul mengikut konteks;
iv.memahami dan menggunakan kata sendi nama menunjukkan tempat, arah dan masa
dengan betul mengikut konteks;
v memahami dan menggunakan imbuhan awalan meN- dan imbuhan apitan dengan betul
mengikut konteks;
vi.memahami dan menggunakan kata ganda penuh dalam pelbagai situasi dengan betul
mengikut konteks;
vii.memahami dan membina ayat tunggal dengan menggunakan pelbagai pola ayat dalam
sesuatu situasi;dan
viii. memahami dan membina ayat dengan kata tanya dan tanpa kata tanya menggunakan
tanda baca yang betul mengikut konteks.
2. PERBEZAAN ASPEK TATABAHASA KBSR & KSSR
KBSR tatabahasa diajar secara penyerapan atau sisipan manakala KSSR pula tatabahasa
diajar secara berfokus