SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Isu Tekanan Dalam Profesion Perguruan
(Berdasarkan artikel “Pendidik Mesti Bijak Kawal Emosi” yang ditulis oleh Pengarah
Perhubungan Korporat Universiti Sains Islam Malaysia, DR. SAPORA SIPON dalam
Utusan Malaysia Online bertarikh 23 Julai 2007)
Di zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin laju,
seiring dengan maklumat bergerak pantas serta semuanya menuntut kesempurnaan
dan komitmen yang tinggi daripada pelakunya, pastinya semua orang tidak dapat lari
daripada mengalami tekanan. Tekanan merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan
dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Kehidupan
manusia pada alaf ini amat mencabar dan kompleks. Kepelbagaian dan
kekomplekasian kehidupan ini menyebabkan munculnya “Sindrom Baru” yang
menyerang manusia iaitu tekanan atau secara khususnya lebih dikenali sebagai stres.
Menurut Hatta Sidi dan Mohamed Hatta Shaharom (2002), tekanan merupakan
sebahagian daripada kehidupan manusia sejak dahulu lagi tanpa disedari.
Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh
mencabar. Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan
perkembangan terkini dalam proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber,
dan pencapaian matlamat pendidikan (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Seiring dengan
itu, pelaksanaan pelbagai reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan
dan tanggungjawab guru-guru menjadi lebih mencabar.
Menurut rencana dalam akhbar Utusan Malaysia bertajuk “Guru Lebih Stres” yang
ditulis oleh Noor Hamzah Abu Bakar pada 24 April 2012, kajian menunjukkan bahawa
guru berada di kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling mencetuskan tekanan
selepas polis, pegawai penjara dan jururawat. Kedudukan ini berada di atas daripada
profesion tentera yang menduduki tempat kelima. Malah Pengarah Urusan Great Life
Physio dan Rehabilation, Mohd. Rozaimi Che Kamaruddinata pula menyatakan
bahawa, “Seseorang guru berdiri lama ketika mengajar di dalam kelas serta melakukan
aktiviti sukan dan sebagainya. Jadi, tidak mustahil mereka mengalami tekanan seperti
kesakitan anggota badan.”
Di Malaysia, fenomena tekanan dalam kalangan guru kini sedang hebat
diperbincangkan dan dijadikan sebagai bahan kajian ilmiah. Malahan, kajian-kajian
yang lepas juga mendapati bahawa profesion perguruan adalah bidang kerjaya yang
menghadapi tekanan kerja yang tinggi (Cooper, 1995 dan Mokhtar,1998). Kita sering
mendengar dan terbaca di dada-dada akhbar tentang masalah-masalah dan tekanan-
tekanan yang dialami oleh guru-guru masa kini contohnya seperti tekanan daripada
pihak ibubapa mahupun pihak pentadbir. Tekanan-tekanan dan masalah-masalah yang
dihadapi oleh guru-guru tersebut pastinya akan menyumbang kepada stres dan
kadang-kala ke tahap yang lebih kritikal, iaitu penyakit mental yang serius seperti
bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan. Ini pastinya akan menyebabkan
mutu dan kualiti perkhidmatan guru-guru terjejas selain turut memudaratkan kesihatan
fizikal dan mental guru. Banyak kajian yang telah dilakukan juga menunjukkan bahawa
kerjaya sebagai seorang guru adalah antara salah satu kerjaya yang menyumbang
kepada masalah stres tertinggi. Persoalannya, apakah punca yang menyebabkan
masalah ini?
Berdasarkan analisis yang dilakukan pada artikel penulisan Dr. Sapora Sipon berjudul
“Pendidik Mesti Bijak Kawal Emosi” yang diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia
Online pada 23/7/2007, didapati bahawa terdapat beberapa faktor utama yang
menyebabkan berlakunya tekanan kerja dalam profesion perguruan. Antaranya ialah
beban tugas, persekitaran tempat kerja,masalah disiplin murid, keperluan penghargaan,
kekangan masa dan sumber, masalah peribadi serta faktor geografi.
Bebanan kerja yang semakin meningkat dari semasa ke semasa juga menjadi
penyebab utama bagi berlakunya tekanan yang lebih dikenali sebagai stres, dalam
kalangan guru. Isu ini telah dibincangkan dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 18
Ogos 2012 yang ditulis oleh Abdul Muin Sapidin, di mana Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa bahawa, “Tahap stres di kalangan guru-
guru di negara ini semakin menjadi dan membimbangkan ekoran bebanan tugas yang
meningkat.” Kerjaya seorang guru pada 20 tahun yang lampau mungkin tidak sama
dengan kerjaya seorang guru pada masa kini. Secara amnya, mungkin kerjaya seorang
guru itu kelihatan hanyalah sekadar menyampaikan dan melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas namun sebenarnya tanggungjawab dan
beban tugas seorang guru itu melebihi dan merangkumi segala-galanya bermula
daripada mengajar dan mendidik murid-murid, aktiviti-aktiviti ko-kurikulum, tugas-tugas
pengkeranian sehinggalah kepada kerja-kerja sampingan seperti mengecat, membuat
garisan padang dan pelbagai jenis pekerjaan lagi. Bolehlah dikatakan bahawa
seseorang guru itu sentiasa bertugas dan dilimpahi dengan pelbagai tanggungjawab
bermula dari awal pagi sehinggalah kepada waktu petang. Oleh itu, bolehlah
dirumuskan bahawa bebanan kerja yang semakin meningkat adalah antara salah satu
punca berlakunya tekanan di kalangan guru-guru.
Selain itu, persekitaran tempat kerja iaitu sekolah tempat guru-guru mengajar juga
telah dikenalpasti antara punca-punca berlakunya tekanan di kalangan guru-guru.
Persekitaran yang dimaksudkan ialah hubungan guru-guru dengan pihak pentadbir,
ibubapa, rakan sejawat mahupun murid-murid seperti yang telah diklasifikasikan oleh
Dr. Sapora Sipon dalam rencana beliau. Ini menjelaskan bahawa hubungan baik guru-
guru dengan pihak pentadbir, ibubapa, rakan sejawat mahupun murid-murid pastinya
akan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan baik untuk guru. Namun begitu,
seringkali kita mendengar guru-guru sering menghadapi masalah dan tekanan
khususnya daripada pihak pentadbir dan ibubapa. Pihak pentadbir, khususnya Guru
Besar seringkali dilaporkan menekan para guru supaya berusaha keras siang dan
malam bertujuan untuk meningkatkan prestasi sekolah dalam bidang akademik
mahupun ko-kurikulum tanpa mengira kekangan dan masalah-masalah yang dihadapi
oleh guru-guru tersebut. Hal ini ditambah lagi dengan pelbagai karenah ibubapa yang
bulat-bulat menyerahkan tanggungjawab sebagai penjaga, pengasuh dan pendidik
kepada anak-anak mereka tanpa menghulurkan bantuan kepada guru-guru khususnya
dalam menangani gejala sosial yang berlaku di kalangan anak-anak mereka.
Tambahan pula, terdapat segelintir guru yang mempunyai masalah dengan rakan-rakan
sejawat khususnya di kalangan guru perempuan yang suka berpuak-puak dan ini
pastinya menyumbang kepada masalah stres di kalangan para guru.
Selain itu, kadar masalah disiplin yang tinggi di kalangan murid-murid, serta kegagalan
guru-guru mengawal kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang
berlangsung juga menjadi salah satu punca berlakunya stres di kalangan guru-guru. Di
dalam bilik darjah guru berhadapan dengan masalah salah laku pelajar yang mana
faktor ini dipercayai antara faktor yang menyebabkan guru-guru di sekolah menghadapi
tekanan. Guru terpaksa berhadapan dengan masalah pelajar-pelajar yang suka
membuat bising, biadap atau kurang ajar dan kesukaran mengawal pelajar dalam kelas,
misalnya pelajar hiperaktif yang suka berlari-lari di dalam kelas serta mengganggu
rakan-rakan lain semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Sehubungan itu, kita perhatikan bahawa faktor penghargaan juga merupakan satu lagi
faktor yang boleh menyebabkan tekanan kerja kepada guru. Faktor penghargaan ini
merujuk kepada penghargaan yang sepatutnya diberikan kepada guru-guru yang rajin,
berdedikasi, dan cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum. Terdapat guru-guru
yang benar-benar memberi komitmen yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran,
namun penghargaan yang sewajarnya masih belum diperolehi. Selain itu, terdapat
guru-guru yang tidak berpeluang untuk kenaikan pangkat dan masih tidak diiktiraf
senioritinya untuk memegang sesuatu jawatan. Adakalanya pandangan, pendapat dan
suara seseorang guru demi kebaikan sekolah tidak dihargai atau kurang mendapat
perhatian yang baik dari pihak pentadbiran sekolah. Ini juga boleh menimbulkan
perasaan tersinggung dan kecewa sehingga menyebabkan guru-guru itu menjadi
kurang proaktif lagi seiring dengan tekanan perasaan yang dialami. Selain itu, terdapat
segelintir guru yang melihat gaji yang diterima tidak seimbang dengan tugasnya
sedangkan mereka ini mengharapkan gaji yang seimbang dengan tugas-tugas yang
ditanggungnya. Sepatutnya apabila guru-guru tersebut memegang sesuatu jawatan
atau tugas yang berat, pihak pentadbir harus peka terhadap mereka yang dibebani
kerja yang banyak.
Faktor kekangan masa dan sumber merupakan faktor seterusnya yang menjadi
penyebab berlakunya tekanan kerja kepada guru. Kekangan sumber merujuk kepada
kekurangan peralatan dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran, keadaan bilik
guru, kekurangan kelas, tuntutan sukatan pelajaran dan lain-lain. Kekangan masa pula
ialah kekurangan masa guru-guru untuk mengajar, menghabiskan sukatan pelajaran
yang diajar, pelajar dan masa rehat yang singkat. Pelbagai kursus juga perlu dihadiri
oleh guru, kadang kala memakan masa yang lama sehingga terpaksa meninggalkan
kelas yang diajar. Tambahan pula, guru tersebut tidak dapat menghabiskan sukatan
pelajaran bagi mata pelajaran yang diajarnya. Setelah tamat kursus, guru perlu
menghabiskan dan menyiapkan tugasan yang tertangguh sebelum ini. Ini tentunya akan
menambahkan tekanan kerja kepada guru tersebut.
Di samping itu, masalah peribadi turut menjadi punca atau sebab berlakunya tekanan
di kalangan guru-guru. Masalah peribadi yang dimaksudkan di sini adalah seperti
masalah rumahtangga ataupun masalah kesihatan yang berlaku di kalangan guru.
Pastinya masalah-masalah yang berlaku dalam rumahtangga seperti penceraian
mahupun masalah kesihatan seperti ditimpa penyakit-penyakit kronik menjadi salah
satu sebab guru mengalami stres. Masalah-masalah ini kadangkala boleh membawa
kepada sindrom kemurungan di kalangan guru dan mereka juga akan berasa kurang
bersemangat semasa berada di sekolah. Tidak dapat dinafikan juga bahawa kenaikan
pangkat yang terhad serta kadar gaji yang rendah turut menyumbang kepada tekanan
perasaan yang seterusnya menjadi pencetus berlakunya masalah stres kepada
seseorang guru. Kekangan kewangan disebabkan oleh gaji yang rendah pastinya
menghalang guru-guru untuk mencapai status sosial yang baik dalam sesebuah
masyarakat dan ini pastinya mengundang tekanan juga kepada para guru. Hal ini
sememangnya berlaku di kalangan para guru khususnya guru-guru yang baru
memasuki alam pekerjaan yang dilaporkan sukar untuk memberikan taraf hidup yang
lebih baik kepada keluarga mereka khususnya untuk memiliki rumah dan kenderaan
mewah yang sendiri.
Walau bagaimanapun, geografi juga menjadi faktor penting dalam menentukan
tekanan kerja di kalangan guru. Kedudukan sekolah dan masyarakat di kawasan
sempadan adalah berbeza dengan tempat-tempat lain di Malaysia. Antara tempat yang
agak unik dan perlu dibuat kajian ialah kawasan sempadan Malaysia dengan Thailand.
Ini dapat kita lihat di Rantau Panjang, Kelantan di mana 35 peratus pelajar di sekolah
berasal dari Sungai Golok, Thailand. Pelajar-pelajar di sini adalah terdiri daripada
pelajar Melayu dan mereka berulang-alik melalui jambatan dan sebahagian lagi datang
dengan menaiki sampan. Budaya hidup di sini agak berlainan dengan tempat lain di
Malaysia kerana sedikit sebanyak budaya dari Thailand telah mempengaruhi
masyarakat di Rantau Panjang. Selain daripada itu, satu lagi kelainan jika dibandingkan
dengan tempat-tempat lain ialah kegiatan penyeludupan yang menjadi sumber
pendapatan penduduk di sini. Sebahagian besar penduduk di sini tidak menganggap
kegiatan ini sebagai satu kesalahan, malah ia dianggap sebagai satu mata pencarian.
Guru baru yang ditempatkan di sini memerlukan masa untuk menyesuaikan dengan
keadaan persekitaran sebegini dan guru lama di sini mungkin telah menerima aktiviti ini
sebagai satu kenyataan. Maka, tidak mustahil sekiranya guru-guru yang ditempatkan di
sini mengalami masalah tekanan kerja yang lebih berat dari tempat-tempat lain.
Berdasarkan punca-punca yang telah dihuraikan, didapati bahawa tekanan guru boleh
mengakibatkan perasaan tidak selesa, emosi negatif seperti marah, kebimbangan,
tekanan serta kekecewaan yang berpunca dari aspek kerja mereka sebagai seorang
guru. Dr. Sapora Sapian turut menerangkan dalam rencana beliau bahawa guru yang
menghadapi tekanan tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap perubahan budaya
pendidikan yang bukan sahaja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan tetapi perlu
mendidik manusia agar menjadi masyarakat yang berguna. Justeru itu, tekanan kerja
pada tahap yang tinggi biasanya akan membawa kepada ketidakpuasan kepada kerja,
sikap suka mengelak serta pengabaian kerja.
Malah, guru yang tertekan akan melakukan apa sahaja untuk memastikan tekanan
yang melanda mereka berakhir. Ini termasuklah melakukan perkara-perkara yang
menyalahi undang-undang dan etika perguruan. Ponteng kerja adalah antara perkara
serius yang dilakukan oleh individu-individu yang tertekan. Tindak balas penyesuaian
tekanan oleh guru merangkumi tindakbalas psikologikal (keletihan dan kemurungan),
fisiologikal (sakit kepala, tekanan darah tinggi) dan berkaitan sikap (pengambilan
alkohol, merokok, gaya hidup dan masalah tidur). Selain itu juga, tekanan yang
berpanjangan juga boleh melemahkan mental dan fizikal seseorang guru serta boleh
membawa risiko ke atas kesihatan jika tidak menerima rawatan dengan sebaiknya.
Tekanan atau stres yang berterusan juga boleh menggugat emosi seseorang guru
sehingga kadangkala bertindak di luar jangkaan. Misalnya seperti berita yang diulaskan
oleh Dr. Sapora Sapian dalam rencana beliau, di mana seorang warden asrama
mengarahkan ramai pelajar perempuan SMK Bawang Assan berendam di dalam kolam
ikan kerana kesalahan seorang daripada mereka yang membuang tuala wanita di
dalam mangkuk tandas asrama perempuan.
Ini jelas menyatakan bahawa tekanan kerja sememangnya akan mengganggu gaya
hidup dan kesejahteraan hidup seseorang insan bergelar guru. Ini seterusnya akan
mengganggu prestasi kerja dan outputnya dalam bidang pendidikan yang diceburinya.
Perkara ini telah turut dibuktikan melalui pendedahan yang dibuat oleh akhbar (Berita
Harian, 2011) iaitu seramai lima peratus daripada keseluruhan penjawat awam di
Malaysia terlibat dalam kes ponteng kerja, di mana ada sesetengahnya tidak hadir ke
tempat kerja selama tiga bulan. Tambahan pula, menurut laporan akhbar (Berita
Harian, 2012) terdapat seorang guru di Perak yang tidak menghadirkan diri ke sekolah
selama lebih dari 30 hari tanpa sebarang alasan yang kukuh. Akibat dari perlakuan
tersebut, pihak Kementerian Pelajaran telah mengambil tindakan disiplin yang tegas
terhadap guru terbabit termasuk memecatnya. Perkara ini dikhuatiri ada kaitannya
dengan tekanan kerja yang dihadapi oleh guru seperti yang dinyatakan oleh Dr. Sapora
Sapian dalam rencana beliau.
Guru yang ponteng kerja akan menyebabkan proses pembelajaran dan pentadbiran di
sekolah terganggu untuk satu jangka masa yang panjang. Akibatnya, banyak perkara
yang tidak boleh diselesaikan dengan segera seperti kegagalan menghabiskan silibus
pengajaran dan kelewatan menganjurkan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Selain itu,
rancangan pengajaran yang telah ditetapkan juga tidak dapat diikuti lagi kerana telah
tersasar dari perancangan asal menyebabkan perancangan yang baru perlu disusun
semula. Akhirnya, pelajar-pelajar kelas terbabit juga akan menerima padah apabila
mereka tidak mampu menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik terutamanya
peperiksaan besar seperti UPSR, kesan daripada proses pengajaran dan pembelajaran
yang tidak lancar.
Oleh hal yang demikian, kebijaksanaanlah yang menentukan dan membezakan
seseorang individu itu dengan individu yang lain. Seorang guru yang bijak pastinya
akan sentiasa berfikiran positif dan mempunyai strategi dan kaedahnya yang tersendiri
untuk mengatasi dan menangani masalah tekanan yang dihadapi oleh mereka.
Berdasarkan kepada hasil kajian yang telah dijalankan, berikut dapatlah dikemukan
beberapa cadangan yang berkaitan dengan pengurusan tekanan guru di sekolah.
Cadangan-cadangan yang dikemukakan ini difikirkan sesuai untuk mengurangkan
tekanan kerja warga pendidik secara amnya.
Salah satu langkahnya ialah berasaskan usaha seseorang guru itu sendiri, iaitu
dengan melaksanakan dan menguruskan segala kerja dan tanggungjawab yang
diamanahkan dengan lebih sistematik dan tersusun. Guru yang bijak pastinya mampu
merangka strategi yang tersusun agar segala tanggungjawab atau kerja yang
diamanahkan dapat dilakukan atau disiapkan dengan sempurna mengikut tarikh yang
ditetapkan selaras dengan etika pengurusan masa yang patut dimiliki oleh setiap guru.
Budaya menangguhkan kerja dan bersikap sambil lewa ketika menjalankan tugas
haruslah dielakkan bagi mengelakkan bebanan kerja yang berlambak pada satu-satu
masa. Guru-guru juga boleh menolak tugas yang diberikan oleh pihak pentadbir
mahupun rakan sejawat dengan cara yang baik dan berhemah sekiranya merasakan
beban tugas yang ditanggung adalah amat berat dan membebankan.
Selain itu, para guru juga boleh menggunakan teknologi internet yang berkembang
pesat pada masa kini untuk meluahkan perasaan dan menyatakan masalah yang
dihadapi di dalam blog-blog atau forum-forum berkaitan guru bagi mendapatkan nasihat
daripada guru-guru yang lebih berpengalaman berkaitan masalah yang dihadapi.
Pastinya perbincangan yang bermutu di antara guru-guru baru dengan guru-guru
berpengalaman akan menghasilkan impak atau keputusan yang positif bagi menangani
masalah stres yang berlaku di kalangan guru-guru di sekolah.
Seterusnya, seseorang guru yang mengalami tekanan juga bolehlah mengambil
pendekatan mengelakkan diri daripada individu-individu yang mengundang stres
kepada mereka contohnya seperti mengelakkan diri daripada bercampur dengan rakan-
rakan sejawat yang tidak sistematik dalam menjalankan tugas. Namun begitu, haruslah
diingatkan bahawa guru-guru perlulah bertindak dengan bijak dalam apa jua tindakan
yang dilakukan bagi mengelakkan diri daripada dituduh atau dianggap lari daripada
menjalankan tugas.
Di samping itu, guru juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti riadah, senaman yang
berterusan dan melakukan latihan jasmani supaya dapat membantu melupakan
tekanan yang dihadapi. Badan yang segar akan mempunyai otak yang cerdas.. Aktiviti
bersukan selain membantu mengeluarkan peluh serta menjadikan badan kita sihat dan
cergas juga secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan para guru dengan
masyarakat. Aktiviti-aktiviti seperti berkelah atau bermain bola pada waktu petang atau
hujung minggu bersama rakan sejawat lain sekolah pastinya akan menghasilkan
perbincangan-perbincangan serta pertukaran idea yang sihat di antara guru-guru dan
masyarakat di mana perkara ini pastinya akan membantu para guru untuk
mendapatkan kehidupan yang lebih baik seterusnya mengurangkan tekanan yang
dialami. Ini adalah selaras dengan amalan pemakanan guru juga perlu diberi panduan
dan perhatian supaya bukan hanya murid-murid sahaja yang dijaga aspek jasmani,
emosi, rohani dan inteleknya tetapi guru juga sepatutnya diberi pendedahan terhadap
penjagaan aspek tersebut.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa profesion keguruan juga terdiri daripada
komuniti berbeza kaum di mana setiap individu menganuti agama serta kepercayaan
mengikut kaum masing-masing. Maka, seseorang guru juga bolehlah berusaha
mendekatkan diri dengan penciptaNya bagi mengurangkan masalah tekanan yang
dihadapi. Sebagai contoh para guru yang beragama Islam bolehlah memperbanyakkan
membaca ayat-ayat suci al-Quran serta memperbanyakkan amalan zikir kerana kajian
menunjukkan bahawa individu yang sentiasa mendekatkan diri dengan penciptaNya
dapat menguruskan kehidupannya dengan lebih baik seterusnya mencapai kejayaan
dalam setiap aspek kehidupan. Bagi guru-guru yang beragama lain pula, mereka juga
boleh berdoa mengikut kepercayaan kaum masing-masing untuk mendapatkan
ketenangan diri yang secara secara langsung dapat mengelakkan tekanan dalam diri
seseorang guru.
Langkah seterusnya bagi menangani masalah tekanan di kalangan guru melibatkan
peranan pihak pentadbir. Misalnya, pihak pentadbir menganjurkan program berkaitan
pengurusan tekanan, sama ada dalam bentuk bengkel, kursus ataupun seminar perlu
memasukkan strategi berlandaskan agama dalam kandungan atau agenda program.
Seterusnya, mewujudkan suasana yang sihat dan harmoni iaitu perhubungan yang baik
antara staf, keputusan yang diambil perlulah berdasarkan perbincangan, polisi sekolah
yang lengkap dan teratur, guru-guru menerima tindak balas yang positif dan dihargai,
pengurangan tugas-tugas pentadbiran sebarang tugas tambahan adalah berdasarkan
kepada kemahiran guru tersebut, membina persekitaran kerja yang ceria dan
kerjasama yang baik untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi.
Melalui pendekatan organisasi pula, pentadbir tentu boleh menentukan pemilihan dan
penempatan guru-guru. Perpindahan dan pertukaran guru-guru disokong sepenuhnya
supaya guru-guru yang ingin bertukar tidak tertekan. Pengetua juga mestilah ubah suai
tugas guru dan memberikan taklimat kerja yang mendalam terutama sekali sasaran
matlamat. Sebarang keputusan dan perancangan sekolah mestilah dilibatkan
kerjasama semua guru di sekolah. Proses menerima dan menapis pendapat dan
pandangan guru mungkin terlalu lambat, tetapi ia lebih mudah untuk diterima.
Sehubungan itu juga, pentadbir perlu mengubah gaya pentadbiran bersifat autokratik
kepada gaya pentadbiran yang lebih mengutamakan pendekatan humanistik atau
demokratik.
Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa kerjaya dan tugas seorang guru itu
adalah amat berat. Tugas dan tanggungjawab guru pada masa yang serba canggih dan
mencabar ini bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan malah gurulah
yang menjadi penjana dan nadi kepada kecemerlangan generasi yang akan datang.
Secara mudahnya, tekanan-tekanan yang dialami oleh guru tidak boleh dipandang
remeh kerana ianya boleh membawa kesan yang jauh lebih dahsyat kepada kemajuan
pendidikan negara amnya dan kepada pembangunan pelajar khasnya kerana mereka
bakal menjadi pemimpin pada masa depan. Ternyata, tekanan kerja sememangnya
akan mengganggu gaya hidup dan kesejahteraan hidup seseorang insan bergelar guru.
Ini seterusnya akan mengganggu prestasi kerja dan outputnya dalam bidang
pendidikan yang diceburinya.
Oleh yang demikian, setiap individu yang bergelar guru juga perlulah sentiasa
mempersiapkan diri dengan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan yang ada
mengikut perubahan semasa. Selain itu, seorang guru juga perlulah bijak menangani
dan menguruskan setiap bebanan dan masalah yang dihadapi di alam pekerjaan
dengan bijaksana agar setiap permasalahan dan bebanan tersebut tidak mengundang
kepada masalah tekanan atau stres. Akhir kata, ingatlah bahawa setiap permasalahan
itu pasti ada jalan penyelesaiannya. Begitu juga dengan masalah tekanan atau stres
yang dialami oleh guru-guru pada masa kini, walaupun kadangkala penyelesaian itu
memerlukan pengorbanan. Dalam pada itu, setiap pihak juga harus memberi sokongan
dan membantu mengurangkan beban stres yang dihadapi oleh guru ini.

More Related Content

What's hot

kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...Cho Shirley
 
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guruUpdated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guruHashimah68
 
Konsep pentaksiran
Konsep pentaksiranKonsep pentaksiran
Konsep pentaksiranNana Samat
 
Ketaksamaan peluang-pendidikan
Ketaksamaan peluang-pendidikanKetaksamaan peluang-pendidikan
Ketaksamaan peluang-pendidikanNaim Manaf
 
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah RendahPengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendahmisri bohari
 
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisionalKaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisionalHaslin Bahkiar
 
Unit 2 Modul 1 Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2
Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2
Unit 2 Modul 1 Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2一世 一生
 
Bab 5 pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran humanistik dalam bimbingan dan ...
Bab 5   pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran humanistik dalam bimbingan dan ...Bab 5   pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran humanistik dalam bimbingan dan ...
Bab 5 pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran humanistik dalam bimbingan dan ...Harry Elson Anderson (IPGK Pulau Pinang)
 
Budaya Sekolah : Iklim sekolah
Budaya Sekolah : Iklim sekolahBudaya Sekolah : Iklim sekolah
Budaya Sekolah : Iklim sekolahnoorqaseh_ramadhan
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumXiaoling Lew
 
Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.
Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.
Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.ElezaR1
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiashaatis
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 
Kertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimbaKertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimbaUmmi Ismail
 
Penilaian pembelajaran
Penilaian pembelajaran Penilaian pembelajaran
Penilaian pembelajaran Nurul Othman
 
Sumbangan falsafah pendidikan barat (1)
Sumbangan falsafah pendidikan barat (1)Sumbangan falsafah pendidikan barat (1)
Sumbangan falsafah pendidikan barat (1)Aswa Nina
 

What's hot (20)

Pengetahuan pedagogi
Pengetahuan pedagogi Pengetahuan pedagogi
Pengetahuan pedagogi
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guruUpdated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
Updated ppt tajuk 7 pdpp etika dan perundangan guru
 
Konsep pentaksiran
Konsep pentaksiranKonsep pentaksiran
Konsep pentaksiran
 
Isu penampilan guru
Isu penampilan guruIsu penampilan guru
Isu penampilan guru
 
Ketaksamaan peluang-pendidikan
Ketaksamaan peluang-pendidikanKetaksamaan peluang-pendidikan
Ketaksamaan peluang-pendidikan
 
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah RendahPengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
 
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisionalKaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
 
Unit 2 Modul 1 Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2
Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2
Unit 2 Modul 1 Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2
 
Bab 5 pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran humanistik dalam bimbingan dan ...
Bab 5   pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran humanistik dalam bimbingan dan ...Bab 5   pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran humanistik dalam bimbingan dan ...
Bab 5 pbkk 3193 aplikasi teori pembelajaran humanistik dalam bimbingan dan ...
 
Budaya Sekolah : Iklim sekolah
Budaya Sekolah : Iklim sekolahBudaya Sekolah : Iklim sekolah
Budaya Sekolah : Iklim sekolah
 
Guru dan sekolah present.pptx
Guru dan sekolah  present.pptxGuru dan sekolah  present.pptx
Guru dan sekolah present.pptx
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
 
Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.
Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.
Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.
 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
Analisis pelajar
Analisis pelajarAnalisis pelajar
Analisis pelajar
 
Kertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimbaKertas kerja-masakan rimba
Kertas kerja-masakan rimba
 
Penilaian pembelajaran
Penilaian pembelajaran Penilaian pembelajaran
Penilaian pembelajaran
 
Sumbangan falsafah pendidikan barat (1)
Sumbangan falsafah pendidikan barat (1)Sumbangan falsafah pendidikan barat (1)
Sumbangan falsafah pendidikan barat (1)
 

Viewers also liked

Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruAhmad NazRi
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruAhmad NazRi
 
Kumpulan 1 pengenalan sukatan dan huraian sukatan pebelajaran pendidikan mor...
Kumpulan 1  pengenalan sukatan dan huraian sukatan pebelajaran pendidikan mor...Kumpulan 1  pengenalan sukatan dan huraian sukatan pebelajaran pendidikan mor...
Kumpulan 1 pengenalan sukatan dan huraian sukatan pebelajaran pendidikan mor...zuralma Jaani
 
KESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURU
KESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURUKESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURU
KESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURUNurhaimi Abdul Rahman
 
Penulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan ArtikelPenulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan Artikelrambai7
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Ahmad NazRi
 
Tekanan emosi dalam kalangan guru
Tekanan emosi dalam kalangan guruTekanan emosi dalam kalangan guru
Tekanan emosi dalam kalangan guruMuhammad Syahir
 
Isu pendidikan
Isu pendidikanIsu pendidikan
Isu pendidikansihah
 
Proceding -kepimpinan_pendidikan_berkesan
Proceding  -kepimpinan_pendidikan_berkesanProceding  -kepimpinan_pendidikan_berkesan
Proceding -kepimpinan_pendidikan_berkesanZAMILAH EKHWAN
 
kertas-kerja-hari-guru-2010
kertas-kerja-hari-guru-2010kertas-kerja-hari-guru-2010
kertas-kerja-hari-guru-2010prema selvi
 
Meningkatkan Kecerdikan Emosi
Meningkatkan Kecerdikan EmosiMeningkatkan Kecerdikan Emosi
Meningkatkan Kecerdikan Emosimandalina landy
 
Tugasan individu npqel
Tugasan individu npqelTugasan individu npqel
Tugasan individu npqelhallic
 
konflik keluarga
konflik keluargakonflik keluarga
konflik keluargamarlinujang
 
Memartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruanMemartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruanannakkeli
 
Ulasan kritis bf
Ulasan kritis bfUlasan kritis bf
Ulasan kritis bfLee Roy
 
menangani stres dalam kerjaya
menangani  stres dalam kerjayamenangani  stres dalam kerjaya
menangani stres dalam kerjayaMohd Shahidin
 

Viewers also liked (20)

Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guru
 
Kumpulan 1 pengenalan sukatan dan huraian sukatan pebelajaran pendidikan mor...
Kumpulan 1  pengenalan sukatan dan huraian sukatan pebelajaran pendidikan mor...Kumpulan 1  pengenalan sukatan dan huraian sukatan pebelajaran pendidikan mor...
Kumpulan 1 pengenalan sukatan dan huraian sukatan pebelajaran pendidikan mor...
 
KESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURU
KESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURUKESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURU
KESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURU
 
Penulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan ArtikelPenulisan Ulasan Artikel
Penulisan Ulasan Artikel
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
 
Tekanan emosi dalam kalangan guru
Tekanan emosi dalam kalangan guruTekanan emosi dalam kalangan guru
Tekanan emosi dalam kalangan guru
 
Isu pendidikan
Isu pendidikanIsu pendidikan
Isu pendidikan
 
Proceding -kepimpinan_pendidikan_berkesan
Proceding  -kepimpinan_pendidikan_berkesanProceding  -kepimpinan_pendidikan_berkesan
Proceding -kepimpinan_pendidikan_berkesan
 
kertas-kerja-hari-guru-2010
kertas-kerja-hari-guru-2010kertas-kerja-hari-guru-2010
kertas-kerja-hari-guru-2010
 
Hubungan guru murid
Hubungan guru muridHubungan guru murid
Hubungan guru murid
 
Meningkatkan Kecerdikan Emosi
Meningkatkan Kecerdikan EmosiMeningkatkan Kecerdikan Emosi
Meningkatkan Kecerdikan Emosi
 
Tugasan individu npqel
Tugasan individu npqelTugasan individu npqel
Tugasan individu npqel
 
konflik keluarga
konflik keluargakonflik keluarga
konflik keluarga
 
Memartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruanMemartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruan
 
Ulasan kritis bf
Ulasan kritis bfUlasan kritis bf
Ulasan kritis bf
 
menangani stres dalam kerjaya
menangani  stres dalam kerjayamenangani  stres dalam kerjaya
menangani stres dalam kerjaya
 
Gangguan emosi
Gangguan emosiGangguan emosi
Gangguan emosi
 
Tajuk 6 done
Tajuk 6 doneTajuk 6 done
Tajuk 6 done
 
Contoh rumusan jurnal
Contoh rumusan jurnalContoh rumusan jurnal
Contoh rumusan jurnal
 

Similar to Isu tekanan dalam profesion perguruan

Di zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin laju
Di zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin lajuDi zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin laju
Di zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin lajuPensil Dan Pemadam
 
Pengurusan-tekanan
 Pengurusan-tekanan Pengurusan-tekanan
Pengurusan-tekananAhmad NazRi
 
Emosi guru edu 3093 brehhhh
Emosi guru edu 3093 brehhhhEmosi guru edu 3093 brehhhh
Emosi guru edu 3093 brehhhhawangyie
 
Stress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruStress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruAhmad NazRi
 
PPT Learning Disability
PPT Learning Disability PPT Learning Disability
PPT Learning Disability Ria Rizkya
 
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRAGURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRAFazHani Faz
 
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
56583907 tugasan-3-isu-guru-pontengNorshaidi Mohd Nor
 
kumpulan 20 : Sikap Guru
kumpulan 20 : Sikap Gurukumpulan 20 : Sikap Guru
kumpulan 20 : Sikap GuruIzawati Saat
 
Factor yang Mempengaruhi Proses dan Hasil Pendidikan dan Pembelajaran.docx
Factor yang Mempengaruhi Proses dan Hasil Pendidikan dan Pembelajaran.docxFactor yang Mempengaruhi Proses dan Hasil Pendidikan dan Pembelajaran.docx
Factor yang Mempengaruhi Proses dan Hasil Pendidikan dan Pembelajaran.docxZukét Printing
 
Factor yang Mempengaruhi Proses dan Hasil Pendidikan dan Pembelajaran.pdf
Factor yang Mempengaruhi Proses dan Hasil Pendidikan dan Pembelajaran.pdfFactor yang Mempengaruhi Proses dan Hasil Pendidikan dan Pembelajaran.pdf
Factor yang Mempengaruhi Proses dan Hasil Pendidikan dan Pembelajaran.pdfZukét Printing
 
Jurang pencapaian matematik (budaya)
Jurang pencapaian matematik (budaya)Jurang pencapaian matematik (budaya)
Jurang pencapaian matematik (budaya)Nurul Atiyah
 

Similar to Isu tekanan dalam profesion perguruan (20)

Di zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin laju
Di zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin lajuDi zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin laju
Di zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin laju
 
Pengurusan-tekanan
 Pengurusan-tekanan Pengurusan-tekanan
Pengurusan-tekanan
 
Emosi guru edu 3093 brehhhh
Emosi guru edu 3093 brehhhhEmosi guru edu 3093 brehhhh
Emosi guru edu 3093 brehhhh
 
Isu stress
Isu stressIsu stress
Isu stress
 
Stres di kalangan guru
Stres di kalangan guruStres di kalangan guru
Stres di kalangan guru
 
Isi-Isu Perguruan.pptx
Isi-Isu Perguruan.pptxIsi-Isu Perguruan.pptx
Isi-Isu Perguruan.pptx
 
Tugasan azhari
Tugasan azhariTugasan azhari
Tugasan azhari
 
Stress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruStress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guru
 
Tugasan azhari
Tugasan azhariTugasan azhari
Tugasan azhari
 
PPT Learning Disability
PPT Learning Disability PPT Learning Disability
PPT Learning Disability
 
Analisis isu
Analisis isuAnalisis isu
Analisis isu
 
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRAGURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
 
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
 
kumpulan 20 : Sikap Guru
kumpulan 20 : Sikap Gurukumpulan 20 : Sikap Guru
kumpulan 20 : Sikap Guru
 
Isu berkaitan sikap guru
Isu berkaitan sikap guruIsu berkaitan sikap guru
Isu berkaitan sikap guru
 
(Group 20) sikap guru
(Group 20) sikap guru(Group 20) sikap guru
(Group 20) sikap guru
 
Factor yang Mempengaruhi Proses dan Hasil Pendidikan dan Pembelajaran.docx
Factor yang Mempengaruhi Proses dan Hasil Pendidikan dan Pembelajaran.docxFactor yang Mempengaruhi Proses dan Hasil Pendidikan dan Pembelajaran.docx
Factor yang Mempengaruhi Proses dan Hasil Pendidikan dan Pembelajaran.docx
 
Factor yang Mempengaruhi Proses dan Hasil Pendidikan dan Pembelajaran.pdf
Factor yang Mempengaruhi Proses dan Hasil Pendidikan dan Pembelajaran.pdfFactor yang Mempengaruhi Proses dan Hasil Pendidikan dan Pembelajaran.pdf
Factor yang Mempengaruhi Proses dan Hasil Pendidikan dan Pembelajaran.pdf
 
Jurang pencapaian matematik (budaya)
Jurang pencapaian matematik (budaya)Jurang pencapaian matematik (budaya)
Jurang pencapaian matematik (budaya)
 
Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan
Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan
Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan
 

Recently uploaded

Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 

Recently uploaded (20)

Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 

Isu tekanan dalam profesion perguruan

  • 1. Isu Tekanan Dalam Profesion Perguruan (Berdasarkan artikel “Pendidik Mesti Bijak Kawal Emosi” yang ditulis oleh Pengarah Perhubungan Korporat Universiti Sains Islam Malaysia, DR. SAPORA SIPON dalam Utusan Malaysia Online bertarikh 23 Julai 2007) Di zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin laju, seiring dengan maklumat bergerak pantas serta semuanya menuntut kesempurnaan dan komitmen yang tinggi daripada pelakunya, pastinya semua orang tidak dapat lari daripada mengalami tekanan. Tekanan merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Kehidupan manusia pada alaf ini amat mencabar dan kompleks. Kepelbagaian dan kekomplekasian kehidupan ini menyebabkan munculnya “Sindrom Baru” yang menyerang manusia iaitu tekanan atau secara khususnya lebih dikenali sebagai stres. Menurut Hatta Sidi dan Mohamed Hatta Shaharom (2002), tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia sejak dahulu lagi tanpa disedari. Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh mencabar. Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan terkini dalam proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber, dan pencapaian matlamat pendidikan (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Seiring dengan itu, pelaksanaan pelbagai reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-guru menjadi lebih mencabar. Menurut rencana dalam akhbar Utusan Malaysia bertajuk “Guru Lebih Stres” yang ditulis oleh Noor Hamzah Abu Bakar pada 24 April 2012, kajian menunjukkan bahawa guru berada di kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling mencetuskan tekanan selepas polis, pegawai penjara dan jururawat. Kedudukan ini berada di atas daripada profesion tentera yang menduduki tempat kelima. Malah Pengarah Urusan Great Life Physio dan Rehabilation, Mohd. Rozaimi Che Kamaruddinata pula menyatakan bahawa, “Seseorang guru berdiri lama ketika mengajar di dalam kelas serta melakukan aktiviti sukan dan sebagainya. Jadi, tidak mustahil mereka mengalami tekanan seperti kesakitan anggota badan.” Di Malaysia, fenomena tekanan dalam kalangan guru kini sedang hebat diperbincangkan dan dijadikan sebagai bahan kajian ilmiah. Malahan, kajian-kajian yang lepas juga mendapati bahawa profesion perguruan adalah bidang kerjaya yang menghadapi tekanan kerja yang tinggi (Cooper, 1995 dan Mokhtar,1998). Kita sering mendengar dan terbaca di dada-dada akhbar tentang masalah-masalah dan tekanan- tekanan yang dialami oleh guru-guru masa kini contohnya seperti tekanan daripada pihak ibubapa mahupun pihak pentadbir. Tekanan-tekanan dan masalah-masalah yang
  • 2. dihadapi oleh guru-guru tersebut pastinya akan menyumbang kepada stres dan kadang-kala ke tahap yang lebih kritikal, iaitu penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan. Ini pastinya akan menyebabkan mutu dan kualiti perkhidmatan guru-guru terjejas selain turut memudaratkan kesihatan fizikal dan mental guru. Banyak kajian yang telah dilakukan juga menunjukkan bahawa kerjaya sebagai seorang guru adalah antara salah satu kerjaya yang menyumbang kepada masalah stres tertinggi. Persoalannya, apakah punca yang menyebabkan masalah ini? Berdasarkan analisis yang dilakukan pada artikel penulisan Dr. Sapora Sipon berjudul “Pendidik Mesti Bijak Kawal Emosi” yang diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia Online pada 23/7/2007, didapati bahawa terdapat beberapa faktor utama yang menyebabkan berlakunya tekanan kerja dalam profesion perguruan. Antaranya ialah beban tugas, persekitaran tempat kerja,masalah disiplin murid, keperluan penghargaan, kekangan masa dan sumber, masalah peribadi serta faktor geografi. Bebanan kerja yang semakin meningkat dari semasa ke semasa juga menjadi penyebab utama bagi berlakunya tekanan yang lebih dikenali sebagai stres, dalam kalangan guru. Isu ini telah dibincangkan dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 18 Ogos 2012 yang ditulis oleh Abdul Muin Sapidin, di mana Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa bahawa, “Tahap stres di kalangan guru- guru di negara ini semakin menjadi dan membimbangkan ekoran bebanan tugas yang meningkat.” Kerjaya seorang guru pada 20 tahun yang lampau mungkin tidak sama dengan kerjaya seorang guru pada masa kini. Secara amnya, mungkin kerjaya seorang guru itu kelihatan hanyalah sekadar menyampaikan dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas namun sebenarnya tanggungjawab dan beban tugas seorang guru itu melebihi dan merangkumi segala-galanya bermula daripada mengajar dan mendidik murid-murid, aktiviti-aktiviti ko-kurikulum, tugas-tugas pengkeranian sehinggalah kepada kerja-kerja sampingan seperti mengecat, membuat garisan padang dan pelbagai jenis pekerjaan lagi. Bolehlah dikatakan bahawa seseorang guru itu sentiasa bertugas dan dilimpahi dengan pelbagai tanggungjawab bermula dari awal pagi sehinggalah kepada waktu petang. Oleh itu, bolehlah dirumuskan bahawa bebanan kerja yang semakin meningkat adalah antara salah satu punca berlakunya tekanan di kalangan guru-guru. Selain itu, persekitaran tempat kerja iaitu sekolah tempat guru-guru mengajar juga telah dikenalpasti antara punca-punca berlakunya tekanan di kalangan guru-guru. Persekitaran yang dimaksudkan ialah hubungan guru-guru dengan pihak pentadbir, ibubapa, rakan sejawat mahupun murid-murid seperti yang telah diklasifikasikan oleh Dr. Sapora Sipon dalam rencana beliau. Ini menjelaskan bahawa hubungan baik guru- guru dengan pihak pentadbir, ibubapa, rakan sejawat mahupun murid-murid pastinya akan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan baik untuk guru. Namun begitu,
  • 3. seringkali kita mendengar guru-guru sering menghadapi masalah dan tekanan khususnya daripada pihak pentadbir dan ibubapa. Pihak pentadbir, khususnya Guru Besar seringkali dilaporkan menekan para guru supaya berusaha keras siang dan malam bertujuan untuk meningkatkan prestasi sekolah dalam bidang akademik mahupun ko-kurikulum tanpa mengira kekangan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru tersebut. Hal ini ditambah lagi dengan pelbagai karenah ibubapa yang bulat-bulat menyerahkan tanggungjawab sebagai penjaga, pengasuh dan pendidik kepada anak-anak mereka tanpa menghulurkan bantuan kepada guru-guru khususnya dalam menangani gejala sosial yang berlaku di kalangan anak-anak mereka. Tambahan pula, terdapat segelintir guru yang mempunyai masalah dengan rakan-rakan sejawat khususnya di kalangan guru perempuan yang suka berpuak-puak dan ini pastinya menyumbang kepada masalah stres di kalangan para guru. Selain itu, kadar masalah disiplin yang tinggi di kalangan murid-murid, serta kegagalan guru-guru mengawal kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung juga menjadi salah satu punca berlakunya stres di kalangan guru-guru. Di dalam bilik darjah guru berhadapan dengan masalah salah laku pelajar yang mana faktor ini dipercayai antara faktor yang menyebabkan guru-guru di sekolah menghadapi tekanan. Guru terpaksa berhadapan dengan masalah pelajar-pelajar yang suka membuat bising, biadap atau kurang ajar dan kesukaran mengawal pelajar dalam kelas, misalnya pelajar hiperaktif yang suka berlari-lari di dalam kelas serta mengganggu rakan-rakan lain semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Sehubungan itu, kita perhatikan bahawa faktor penghargaan juga merupakan satu lagi faktor yang boleh menyebabkan tekanan kerja kepada guru. Faktor penghargaan ini merujuk kepada penghargaan yang sepatutnya diberikan kepada guru-guru yang rajin, berdedikasi, dan cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum. Terdapat guru-guru yang benar-benar memberi komitmen yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran, namun penghargaan yang sewajarnya masih belum diperolehi. Selain itu, terdapat guru-guru yang tidak berpeluang untuk kenaikan pangkat dan masih tidak diiktiraf senioritinya untuk memegang sesuatu jawatan. Adakalanya pandangan, pendapat dan suara seseorang guru demi kebaikan sekolah tidak dihargai atau kurang mendapat perhatian yang baik dari pihak pentadbiran sekolah. Ini juga boleh menimbulkan perasaan tersinggung dan kecewa sehingga menyebabkan guru-guru itu menjadi kurang proaktif lagi seiring dengan tekanan perasaan yang dialami. Selain itu, terdapat segelintir guru yang melihat gaji yang diterima tidak seimbang dengan tugasnya sedangkan mereka ini mengharapkan gaji yang seimbang dengan tugas-tugas yang ditanggungnya. Sepatutnya apabila guru-guru tersebut memegang sesuatu jawatan atau tugas yang berat, pihak pentadbir harus peka terhadap mereka yang dibebani kerja yang banyak.
  • 4. Faktor kekangan masa dan sumber merupakan faktor seterusnya yang menjadi penyebab berlakunya tekanan kerja kepada guru. Kekangan sumber merujuk kepada kekurangan peralatan dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran, keadaan bilik guru, kekurangan kelas, tuntutan sukatan pelajaran dan lain-lain. Kekangan masa pula ialah kekurangan masa guru-guru untuk mengajar, menghabiskan sukatan pelajaran yang diajar, pelajar dan masa rehat yang singkat. Pelbagai kursus juga perlu dihadiri oleh guru, kadang kala memakan masa yang lama sehingga terpaksa meninggalkan kelas yang diajar. Tambahan pula, guru tersebut tidak dapat menghabiskan sukatan pelajaran bagi mata pelajaran yang diajarnya. Setelah tamat kursus, guru perlu menghabiskan dan menyiapkan tugasan yang tertangguh sebelum ini. Ini tentunya akan menambahkan tekanan kerja kepada guru tersebut. Di samping itu, masalah peribadi turut menjadi punca atau sebab berlakunya tekanan di kalangan guru-guru. Masalah peribadi yang dimaksudkan di sini adalah seperti masalah rumahtangga ataupun masalah kesihatan yang berlaku di kalangan guru. Pastinya masalah-masalah yang berlaku dalam rumahtangga seperti penceraian mahupun masalah kesihatan seperti ditimpa penyakit-penyakit kronik menjadi salah satu sebab guru mengalami stres. Masalah-masalah ini kadangkala boleh membawa kepada sindrom kemurungan di kalangan guru dan mereka juga akan berasa kurang bersemangat semasa berada di sekolah. Tidak dapat dinafikan juga bahawa kenaikan pangkat yang terhad serta kadar gaji yang rendah turut menyumbang kepada tekanan perasaan yang seterusnya menjadi pencetus berlakunya masalah stres kepada seseorang guru. Kekangan kewangan disebabkan oleh gaji yang rendah pastinya menghalang guru-guru untuk mencapai status sosial yang baik dalam sesebuah masyarakat dan ini pastinya mengundang tekanan juga kepada para guru. Hal ini sememangnya berlaku di kalangan para guru khususnya guru-guru yang baru memasuki alam pekerjaan yang dilaporkan sukar untuk memberikan taraf hidup yang lebih baik kepada keluarga mereka khususnya untuk memiliki rumah dan kenderaan mewah yang sendiri. Walau bagaimanapun, geografi juga menjadi faktor penting dalam menentukan tekanan kerja di kalangan guru. Kedudukan sekolah dan masyarakat di kawasan sempadan adalah berbeza dengan tempat-tempat lain di Malaysia. Antara tempat yang agak unik dan perlu dibuat kajian ialah kawasan sempadan Malaysia dengan Thailand. Ini dapat kita lihat di Rantau Panjang, Kelantan di mana 35 peratus pelajar di sekolah berasal dari Sungai Golok, Thailand. Pelajar-pelajar di sini adalah terdiri daripada pelajar Melayu dan mereka berulang-alik melalui jambatan dan sebahagian lagi datang dengan menaiki sampan. Budaya hidup di sini agak berlainan dengan tempat lain di Malaysia kerana sedikit sebanyak budaya dari Thailand telah mempengaruhi masyarakat di Rantau Panjang. Selain daripada itu, satu lagi kelainan jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain ialah kegiatan penyeludupan yang menjadi sumber
  • 5. pendapatan penduduk di sini. Sebahagian besar penduduk di sini tidak menganggap kegiatan ini sebagai satu kesalahan, malah ia dianggap sebagai satu mata pencarian. Guru baru yang ditempatkan di sini memerlukan masa untuk menyesuaikan dengan keadaan persekitaran sebegini dan guru lama di sini mungkin telah menerima aktiviti ini sebagai satu kenyataan. Maka, tidak mustahil sekiranya guru-guru yang ditempatkan di sini mengalami masalah tekanan kerja yang lebih berat dari tempat-tempat lain. Berdasarkan punca-punca yang telah dihuraikan, didapati bahawa tekanan guru boleh mengakibatkan perasaan tidak selesa, emosi negatif seperti marah, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang berpunca dari aspek kerja mereka sebagai seorang guru. Dr. Sapora Sapian turut menerangkan dalam rencana beliau bahawa guru yang menghadapi tekanan tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap perubahan budaya pendidikan yang bukan sahaja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan tetapi perlu mendidik manusia agar menjadi masyarakat yang berguna. Justeru itu, tekanan kerja pada tahap yang tinggi biasanya akan membawa kepada ketidakpuasan kepada kerja, sikap suka mengelak serta pengabaian kerja. Malah, guru yang tertekan akan melakukan apa sahaja untuk memastikan tekanan yang melanda mereka berakhir. Ini termasuklah melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang dan etika perguruan. Ponteng kerja adalah antara perkara serius yang dilakukan oleh individu-individu yang tertekan. Tindak balas penyesuaian tekanan oleh guru merangkumi tindakbalas psikologikal (keletihan dan kemurungan), fisiologikal (sakit kepala, tekanan darah tinggi) dan berkaitan sikap (pengambilan alkohol, merokok, gaya hidup dan masalah tidur). Selain itu juga, tekanan yang berpanjangan juga boleh melemahkan mental dan fizikal seseorang guru serta boleh membawa risiko ke atas kesihatan jika tidak menerima rawatan dengan sebaiknya. Tekanan atau stres yang berterusan juga boleh menggugat emosi seseorang guru sehingga kadangkala bertindak di luar jangkaan. Misalnya seperti berita yang diulaskan oleh Dr. Sapora Sapian dalam rencana beliau, di mana seorang warden asrama mengarahkan ramai pelajar perempuan SMK Bawang Assan berendam di dalam kolam ikan kerana kesalahan seorang daripada mereka yang membuang tuala wanita di dalam mangkuk tandas asrama perempuan. Ini jelas menyatakan bahawa tekanan kerja sememangnya akan mengganggu gaya hidup dan kesejahteraan hidup seseorang insan bergelar guru. Ini seterusnya akan mengganggu prestasi kerja dan outputnya dalam bidang pendidikan yang diceburinya. Perkara ini telah turut dibuktikan melalui pendedahan yang dibuat oleh akhbar (Berita Harian, 2011) iaitu seramai lima peratus daripada keseluruhan penjawat awam di Malaysia terlibat dalam kes ponteng kerja, di mana ada sesetengahnya tidak hadir ke tempat kerja selama tiga bulan. Tambahan pula, menurut laporan akhbar (Berita Harian, 2012) terdapat seorang guru di Perak yang tidak menghadirkan diri ke sekolah
  • 6. selama lebih dari 30 hari tanpa sebarang alasan yang kukuh. Akibat dari perlakuan tersebut, pihak Kementerian Pelajaran telah mengambil tindakan disiplin yang tegas terhadap guru terbabit termasuk memecatnya. Perkara ini dikhuatiri ada kaitannya dengan tekanan kerja yang dihadapi oleh guru seperti yang dinyatakan oleh Dr. Sapora Sapian dalam rencana beliau. Guru yang ponteng kerja akan menyebabkan proses pembelajaran dan pentadbiran di sekolah terganggu untuk satu jangka masa yang panjang. Akibatnya, banyak perkara yang tidak boleh diselesaikan dengan segera seperti kegagalan menghabiskan silibus pengajaran dan kelewatan menganjurkan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Selain itu, rancangan pengajaran yang telah ditetapkan juga tidak dapat diikuti lagi kerana telah tersasar dari perancangan asal menyebabkan perancangan yang baru perlu disusun semula. Akhirnya, pelajar-pelajar kelas terbabit juga akan menerima padah apabila mereka tidak mampu menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik terutamanya peperiksaan besar seperti UPSR, kesan daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak lancar. Oleh hal yang demikian, kebijaksanaanlah yang menentukan dan membezakan seseorang individu itu dengan individu yang lain. Seorang guru yang bijak pastinya akan sentiasa berfikiran positif dan mempunyai strategi dan kaedahnya yang tersendiri untuk mengatasi dan menangani masalah tekanan yang dihadapi oleh mereka. Berdasarkan kepada hasil kajian yang telah dijalankan, berikut dapatlah dikemukan beberapa cadangan yang berkaitan dengan pengurusan tekanan guru di sekolah. Cadangan-cadangan yang dikemukakan ini difikirkan sesuai untuk mengurangkan tekanan kerja warga pendidik secara amnya. Salah satu langkahnya ialah berasaskan usaha seseorang guru itu sendiri, iaitu dengan melaksanakan dan menguruskan segala kerja dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih sistematik dan tersusun. Guru yang bijak pastinya mampu merangka strategi yang tersusun agar segala tanggungjawab atau kerja yang diamanahkan dapat dilakukan atau disiapkan dengan sempurna mengikut tarikh yang ditetapkan selaras dengan etika pengurusan masa yang patut dimiliki oleh setiap guru. Budaya menangguhkan kerja dan bersikap sambil lewa ketika menjalankan tugas haruslah dielakkan bagi mengelakkan bebanan kerja yang berlambak pada satu-satu masa. Guru-guru juga boleh menolak tugas yang diberikan oleh pihak pentadbir mahupun rakan sejawat dengan cara yang baik dan berhemah sekiranya merasakan beban tugas yang ditanggung adalah amat berat dan membebankan. Selain itu, para guru juga boleh menggunakan teknologi internet yang berkembang pesat pada masa kini untuk meluahkan perasaan dan menyatakan masalah yang dihadapi di dalam blog-blog atau forum-forum berkaitan guru bagi mendapatkan nasihat daripada guru-guru yang lebih berpengalaman berkaitan masalah yang dihadapi.
  • 7. Pastinya perbincangan yang bermutu di antara guru-guru baru dengan guru-guru berpengalaman akan menghasilkan impak atau keputusan yang positif bagi menangani masalah stres yang berlaku di kalangan guru-guru di sekolah. Seterusnya, seseorang guru yang mengalami tekanan juga bolehlah mengambil pendekatan mengelakkan diri daripada individu-individu yang mengundang stres kepada mereka contohnya seperti mengelakkan diri daripada bercampur dengan rakan- rakan sejawat yang tidak sistematik dalam menjalankan tugas. Namun begitu, haruslah diingatkan bahawa guru-guru perlulah bertindak dengan bijak dalam apa jua tindakan yang dilakukan bagi mengelakkan diri daripada dituduh atau dianggap lari daripada menjalankan tugas. Di samping itu, guru juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti riadah, senaman yang berterusan dan melakukan latihan jasmani supaya dapat membantu melupakan tekanan yang dihadapi. Badan yang segar akan mempunyai otak yang cerdas.. Aktiviti bersukan selain membantu mengeluarkan peluh serta menjadikan badan kita sihat dan cergas juga secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan para guru dengan masyarakat. Aktiviti-aktiviti seperti berkelah atau bermain bola pada waktu petang atau hujung minggu bersama rakan sejawat lain sekolah pastinya akan menghasilkan perbincangan-perbincangan serta pertukaran idea yang sihat di antara guru-guru dan masyarakat di mana perkara ini pastinya akan membantu para guru untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik seterusnya mengurangkan tekanan yang dialami. Ini adalah selaras dengan amalan pemakanan guru juga perlu diberi panduan dan perhatian supaya bukan hanya murid-murid sahaja yang dijaga aspek jasmani, emosi, rohani dan inteleknya tetapi guru juga sepatutnya diberi pendedahan terhadap penjagaan aspek tersebut. Memang tidak dapat dinafikan bahawa profesion keguruan juga terdiri daripada komuniti berbeza kaum di mana setiap individu menganuti agama serta kepercayaan mengikut kaum masing-masing. Maka, seseorang guru juga bolehlah berusaha mendekatkan diri dengan penciptaNya bagi mengurangkan masalah tekanan yang dihadapi. Sebagai contoh para guru yang beragama Islam bolehlah memperbanyakkan membaca ayat-ayat suci al-Quran serta memperbanyakkan amalan zikir kerana kajian menunjukkan bahawa individu yang sentiasa mendekatkan diri dengan penciptaNya dapat menguruskan kehidupannya dengan lebih baik seterusnya mencapai kejayaan dalam setiap aspek kehidupan. Bagi guru-guru yang beragama lain pula, mereka juga boleh berdoa mengikut kepercayaan kaum masing-masing untuk mendapatkan ketenangan diri yang secara secara langsung dapat mengelakkan tekanan dalam diri seseorang guru. Langkah seterusnya bagi menangani masalah tekanan di kalangan guru melibatkan peranan pihak pentadbir. Misalnya, pihak pentadbir menganjurkan program berkaitan
  • 8. pengurusan tekanan, sama ada dalam bentuk bengkel, kursus ataupun seminar perlu memasukkan strategi berlandaskan agama dalam kandungan atau agenda program. Seterusnya, mewujudkan suasana yang sihat dan harmoni iaitu perhubungan yang baik antara staf, keputusan yang diambil perlulah berdasarkan perbincangan, polisi sekolah yang lengkap dan teratur, guru-guru menerima tindak balas yang positif dan dihargai, pengurangan tugas-tugas pentadbiran sebarang tugas tambahan adalah berdasarkan kepada kemahiran guru tersebut, membina persekitaran kerja yang ceria dan kerjasama yang baik untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi. Melalui pendekatan organisasi pula, pentadbir tentu boleh menentukan pemilihan dan penempatan guru-guru. Perpindahan dan pertukaran guru-guru disokong sepenuhnya supaya guru-guru yang ingin bertukar tidak tertekan. Pengetua juga mestilah ubah suai tugas guru dan memberikan taklimat kerja yang mendalam terutama sekali sasaran matlamat. Sebarang keputusan dan perancangan sekolah mestilah dilibatkan kerjasama semua guru di sekolah. Proses menerima dan menapis pendapat dan pandangan guru mungkin terlalu lambat, tetapi ia lebih mudah untuk diterima. Sehubungan itu juga, pentadbir perlu mengubah gaya pentadbiran bersifat autokratik kepada gaya pentadbiran yang lebih mengutamakan pendekatan humanistik atau demokratik. Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa kerjaya dan tugas seorang guru itu adalah amat berat. Tugas dan tanggungjawab guru pada masa yang serba canggih dan mencabar ini bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan malah gurulah yang menjadi penjana dan nadi kepada kecemerlangan generasi yang akan datang. Secara mudahnya, tekanan-tekanan yang dialami oleh guru tidak boleh dipandang remeh kerana ianya boleh membawa kesan yang jauh lebih dahsyat kepada kemajuan pendidikan negara amnya dan kepada pembangunan pelajar khasnya kerana mereka bakal menjadi pemimpin pada masa depan. Ternyata, tekanan kerja sememangnya akan mengganggu gaya hidup dan kesejahteraan hidup seseorang insan bergelar guru. Ini seterusnya akan mengganggu prestasi kerja dan outputnya dalam bidang pendidikan yang diceburinya. Oleh yang demikian, setiap individu yang bergelar guru juga perlulah sentiasa mempersiapkan diri dengan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan yang ada mengikut perubahan semasa. Selain itu, seorang guru juga perlulah bijak menangani dan menguruskan setiap bebanan dan masalah yang dihadapi di alam pekerjaan dengan bijaksana agar setiap permasalahan dan bebanan tersebut tidak mengundang kepada masalah tekanan atau stres. Akhir kata, ingatlah bahawa setiap permasalahan itu pasti ada jalan penyelesaiannya. Begitu juga dengan masalah tekanan atau stres yang dialami oleh guru-guru pada masa kini, walaupun kadangkala penyelesaian itu memerlukan pengorbanan. Dalam pada itu, setiap pihak juga harus memberi sokongan dan membantu mengurangkan beban stres yang dihadapi oleh guru ini.