SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Ulasan Artikel


  Visualisasi Menerusi Sistem Berasaskan Pendekatan Pembelajaran Situasi Dalam Persekitaran
               Autentik Dalam Mempelajari Rekabentuk Infrastruktur Rangkaian
                               Komputer Bagi Program Perguruan


                                 Noor Azean Atan & Zaidatun Tasir
               (Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 81310, Skudai,Johor)


Pengenalan.
Artikel ini adalah berkenaan membangunkan satu rangkaian komputer yang menggunakan
visualisasi dalam persekitaran autentik berasaskan pendekatan pembelajaran situasi bagi
membantu guru-guru pelatih untuk mendapatkan latihan yang cukup. Penyelidik menyatakan
adalah penting bagi guru pelatih untuk mengaplikasikan segala teori dan kemahiran yang
dipelajari secara berkesan pada situasi sebenar.


Penyelidik berpendapat penggunaan dan infusi pembelajaran berasaskan komputer serta
kemudahan pengaksesan kepada internet dalam pengajaran dan pembelajaran telah berkembang
dan merubah strategi pengajaran di dalam dunia pendidikan, sekaligus merubah kaedah
pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. Ini kerana Pembelajaran sebenarnya merupakan suatu
proses interaksi dengan dunia sebenar, iaitu secara berterusan menganalisa dan menginterpretasi
informasi baru yang diterima, seterusnya menghubungkaitkan pada konteks kehidupan.


Isu dan Persoalan Kajian
Menurut penyelidik, berdasarkan kajian-kajian lepas menunjukkan guru pelatih perlu mahir
dalam ICT sebagai persiapan untuk memantapkan kerjaya di masa hadapan. Oleh itu mereka
seharusnya memperoleh kemahiran teknikal secara praktis dan pemahaman melalui teori
berkenaan penggunaan ICT dalam profesion perguruan mereka. Ianya secara tidak langsung
menuntut guru-guru ini sentiasa peka terhadap perkembangan teknologi semasa serta mampu
mengusainya agar pembelajaran yang dijalankan adalah sentiasa segar dan dapat menarik minat
murid secara berterusan.




                                                                                              1
Dalam pernyataan masalahnya, penyelidik mengutarakan perlunya rangkaian komputer
dibangunkan menggunakan visualisasi dalam pembelajaran autentik kerana Pembelajaran secara
konvensional dimana pelajar secara pasif menerima sahaja maklumat yang diberikan adalah
tidak sejajar dengan kaedah pembelajaran yang memerlukan perkaitan dan berasaskan kepada
dunia sebenar. Begitu juga dengan subjek-subjek sains komputer yang dilihat mengalami
pelbagai masalah dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran konsep kandungannya agar
pelajar secara langsung dapat mengaitkan pengaplikasiannya pada situasi sebenar.


Objektif Kajian
Makanya dalam kajian ini penyelidik menetapkan tiga objektif utama kajian iaitu mengenalpasti
konsep persekitaran pembelajaran autentik yang berasaskan kepada ciri-ciri rekabentuk
pembelajaran situasi, membangunkan sebuah sistem pembelajaran interaktif menerusi web
berdasarkan ciri rekabentuk pembelajaran situasi, tugas autentik serta penggunaan media visual
dan menilai keberkesanan sistem pembelajaran berasaskan kepada persekitaran pembelajaran
autentik bervisualisasi menerusi web.


Metodologi Kajian
Kajian ini akan dijalankan secara kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif.
Instrumen yang akan digunakan pula adalah temubual dan soal selidik. Bagi menjayakan kajian
ini responden yang terlibat sebagai sampel adalah pelajar-pelajar sarjana muda pendidikan tahun
dua Universiti Teknologi Malaysia yang mengambil matapelajaran Pengenalan Kepada
Telekomunikasi dan rangkaian komputer.


Kepentingan Kajian
Bersandarkan kerangka teori yang digunakan, penyelidik dengan jelas menyatakan kepentingan
kajian ini adalah untuk membantu pihak fakulti dan pensyarah lain dalam pemilihan pendekatan/
strategi pengajaran yang bersesuaian dalam membangunkan/menyediakan bahan bantu mengajar
serta persekitaran pembelajaran yang efektif dan kondusif kepada pelajar-pelajar. Manakala
dalam konteks pelajar pula, hasil dari prototaip sistem pembelajaran ini diharap dapat membantu
pelajar dalam mempelajari subjek rangkaian komputer dengan lebih jelas serta mampu
menghubungkaitkannya dengan keadaan sebenar, seterusnya memperbaiki pencapaian pelajar
dalam subjek ini dari segi teoritikal dan praktikal.


                                                                                             2
Kesimpulan
Melalui gabungan pendekatan pembelajaran menerusi situasi dalam persekitaran autentik bagi
pembinaan sistem pembelajaran interaktif untuk kajian ini, pelajar dapat mempelajari rekabentuk
infrastruktur rangkaian komputer dengan lebih jelas lagi dengan pengaplikasian media visual
berdasarkan prinsip-prinsip rekabentuknya, dan seterusnya mampu mempertingkatkan tahap
literasi visual pelajar daripada pemikiran visual, pembelajaran visual kepada komunikasi visual.


Ini kerana pembelajaran melalui pendekatan situasi yang menekankan kepada persekitaran
sebenar (autentik) sememangnya dapat memberikan pengalaman yang paling hampir kepada
pengalaman sebenar. Melalui sistem rangkaian yang dibangunkan kelak, ia bukan sahaja menjadi
tempat para guru pelatih menajamkan kemahiran ICT dan pedagogi sekaligus, namun ia juga
menjadi medan untuk mereka menghasilkan bahan pembelajaran yang mantap dalam pengisian
pengajaran dan pembelajaran mereka nanti.




                                                                                                   3

More Related Content

What's hot

Ulasan kritis bf
Ulasan kritis bfUlasan kritis bf
Ulasan kritis bf
Lee Roy
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
Roslyna Ina
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
pikaosman
 
Pemikiran kritis dan kreatif group
Pemikiran kritis dan kreatif groupPemikiran kritis dan kreatif group
Pemikiran kritis dan kreatif group
Mazmon Mahmud
 

What's hot (20)

Konsep & Kaedah Penyelidikan
Konsep & Kaedah PenyelidikanKonsep & Kaedah Penyelidikan
Konsep & Kaedah Penyelidikan
 
Definisi pembolehubah
Definisi pembolehubahDefinisi pembolehubah
Definisi pembolehubah
 
Set induksi
Set induksiSet induksi
Set induksi
 
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
Pengumpulan Data Kualitatif (Sampling)
 
Ulasan kritis bf
Ulasan kritis bfUlasan kritis bf
Ulasan kritis bf
 
Kajian kuantitatif
Kajian kuantitatifKajian kuantitatif
Kajian kuantitatif
 
Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_
 
8.5 teori interaksionisme
8.5 teori interaksionisme8.5 teori interaksionisme
8.5 teori interaksionisme
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaan
 
Pemikiran kritis dan kreatif group
Pemikiran kritis dan kreatif groupPemikiran kritis dan kreatif group
Pemikiran kritis dan kreatif group
 
Analisis data kualitatif
Analisis data kualitatifAnalisis data kualitatif
Analisis data kualitatif
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloomKata tugas berdasarkan taksonomi bloom
Kata tugas berdasarkan taksonomi bloom
 
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. KamarulReka bentuk Kajian Dr. Kamarul
Reka bentuk Kajian Dr. Kamarul
 
Analisis dokumen Penyelidikan Pendidikan
Analisis dokumen Penyelidikan PendidikanAnalisis dokumen Penyelidikan Pendidikan
Analisis dokumen Penyelidikan Pendidikan
 
Bab 4 analisis data
Bab 4 analisis dataBab 4 analisis data
Bab 4 analisis data
 
Full assignment
Full assignmentFull assignment
Full assignment
 
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
 

Similar to Penulisan Ulasan Artikel

Modul media pembelajaran berbasis komputer
Modul media pembelajaran berbasis komputerModul media pembelajaran berbasis komputer
Modul media pembelajaran berbasis komputer
Idha Fitriani
 
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)
Dancy Jimmy
 
3 vol2 no1sep2010-asnil-sukardi
3 vol2 no1sep2010-asnil-sukardi3 vol2 no1sep2010-asnil-sukardi
3 vol2 no1sep2010-asnil-sukardi
Warni Warni
 
Materi m1 kb3 rancangan atau desain dan penilaian pembelajaran abad 21
Materi m1 kb3     rancangan atau desain dan penilaian pembelajaran abad 21 Materi m1 kb3     rancangan atau desain dan penilaian pembelajaran abad 21
Materi m1 kb3 rancangan atau desain dan penilaian pembelajaran abad 21
tengkurafi1
 
Jurnal m.sutan sholahuddin
Jurnal m.sutan sholahuddinJurnal m.sutan sholahuddin
Jurnal m.sutan sholahuddin
sutanferdinand
 
Jurnal penelitian
Jurnal penelitianJurnal penelitian
Jurnal penelitian
uiia
 

Similar to Penulisan Ulasan Artikel (20)

Modul media pembelajaran berbasis komputer
Modul media pembelajaran berbasis komputerModul media pembelajaran berbasis komputer
Modul media pembelajaran berbasis komputer
 
Media embelajaran berbasis komputer
Media embelajaran berbasis komputer Media embelajaran berbasis komputer
Media embelajaran berbasis komputer
 
Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part iv
Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part ivHbmt3203 teaching of elementary mathematics part iv
Hbmt3203 teaching of elementary mathematics part iv
 
1019 3159-1-pb
1019 3159-1-pb1019 3159-1-pb
1019 3159-1-pb
 
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)
Web 2.0 (penggunaan ipad dalam pendidikan)
 
Dampak Pemanfaatan Sistem E-learning Pada PT. Kereta Api Indonesia Untuk Men...
Dampak Pemanfaatan Sistem E-learning Pada PT. Kereta Api Indonesia  Untuk Men...Dampak Pemanfaatan Sistem E-learning Pada PT. Kereta Api Indonesia  Untuk Men...
Dampak Pemanfaatan Sistem E-learning Pada PT. Kereta Api Indonesia Untuk Men...
 
Dampak Pemanfaatan Sistem E-Learning Pada Siloam Hospitals Kebon Jeruk Untuk ...
Dampak Pemanfaatan Sistem E-Learning Pada Siloam Hospitals Kebon Jeruk Untuk ...Dampak Pemanfaatan Sistem E-Learning Pada Siloam Hospitals Kebon Jeruk Untuk ...
Dampak Pemanfaatan Sistem E-Learning Pada Siloam Hospitals Kebon Jeruk Untuk ...
 
TUGAS SIM, EVI YULIANA SARI, YANANTO MIHADI PUTRA, SE, M. Si, PENGENALAN ELEA...
TUGAS SIM, EVI YULIANA SARI, YANANTO MIHADI PUTRA, SE, M. Si, PENGENALAN ELEA...TUGAS SIM, EVI YULIANA SARI, YANANTO MIHADI PUTRA, SE, M. Si, PENGENALAN ELEA...
TUGAS SIM, EVI YULIANA SARI, YANANTO MIHADI PUTRA, SE, M. Si, PENGENALAN ELEA...
 
3 vol2 no1sep2010-asnil-sukardi
3 vol2 no1sep2010-asnil-sukardi3 vol2 no1sep2010-asnil-sukardi
3 vol2 no1sep2010-asnil-sukardi
 
Penerapan Proses Pembelajaran Berbasis Digital
Penerapan Proses Pembelajaran Berbasis DigitalPenerapan Proses Pembelajaran Berbasis Digital
Penerapan Proses Pembelajaran Berbasis Digital
 
Latihan1.docx
Latihan1.docxLatihan1.docx
Latihan1.docx
 
Materi m1 kb3 rancangan atau desain dan penilaian pembelajaran abad 21
Materi m1 kb3     rancangan atau desain dan penilaian pembelajaran abad 21 Materi m1 kb3     rancangan atau desain dan penilaian pembelajaran abad 21
Materi m1 kb3 rancangan atau desain dan penilaian pembelajaran abad 21
 
Merancang dan Menilai Pembelajaran Abad 21
Merancang dan Menilai Pembelajaran Abad 21Merancang dan Menilai Pembelajaran Abad 21
Merancang dan Menilai Pembelajaran Abad 21
 
Kb 4 modul 1
Kb 4 modul 1Kb 4 modul 1
Kb 4 modul 1
 
Sim, santi susanti, hapzi ali, pengenalan e learning, universitas mercubuana...
Sim, santi susanti, hapzi ali, pengenalan e  learning, universitas mercubuana...Sim, santi susanti, hapzi ali, pengenalan e  learning, universitas mercubuana...
Sim, santi susanti, hapzi ali, pengenalan e learning, universitas mercubuana...
 
Jurnal m.sutan sholahuddin
Jurnal m.sutan sholahuddinJurnal m.sutan sholahuddin
Jurnal m.sutan sholahuddin
 
Jurnal m.sutan sholahuddin
Jurnal m.sutan sholahuddinJurnal m.sutan sholahuddin
Jurnal m.sutan sholahuddin
 
Jurnal penelitian
Jurnal penelitianJurnal penelitian
Jurnal penelitian
 
Artikel henry
Artikel henryArtikel henry
Artikel henry
 
Untitled 1
Untitled 1Untitled 1
Untitled 1
 

Penulisan Ulasan Artikel

  • 1. Ulasan Artikel Visualisasi Menerusi Sistem Berasaskan Pendekatan Pembelajaran Situasi Dalam Persekitaran Autentik Dalam Mempelajari Rekabentuk Infrastruktur Rangkaian Komputer Bagi Program Perguruan Noor Azean Atan & Zaidatun Tasir (Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 81310, Skudai,Johor) Pengenalan. Artikel ini adalah berkenaan membangunkan satu rangkaian komputer yang menggunakan visualisasi dalam persekitaran autentik berasaskan pendekatan pembelajaran situasi bagi membantu guru-guru pelatih untuk mendapatkan latihan yang cukup. Penyelidik menyatakan adalah penting bagi guru pelatih untuk mengaplikasikan segala teori dan kemahiran yang dipelajari secara berkesan pada situasi sebenar. Penyelidik berpendapat penggunaan dan infusi pembelajaran berasaskan komputer serta kemudahan pengaksesan kepada internet dalam pengajaran dan pembelajaran telah berkembang dan merubah strategi pengajaran di dalam dunia pendidikan, sekaligus merubah kaedah pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. Ini kerana Pembelajaran sebenarnya merupakan suatu proses interaksi dengan dunia sebenar, iaitu secara berterusan menganalisa dan menginterpretasi informasi baru yang diterima, seterusnya menghubungkaitkan pada konteks kehidupan. Isu dan Persoalan Kajian Menurut penyelidik, berdasarkan kajian-kajian lepas menunjukkan guru pelatih perlu mahir dalam ICT sebagai persiapan untuk memantapkan kerjaya di masa hadapan. Oleh itu mereka seharusnya memperoleh kemahiran teknikal secara praktis dan pemahaman melalui teori berkenaan penggunaan ICT dalam profesion perguruan mereka. Ianya secara tidak langsung menuntut guru-guru ini sentiasa peka terhadap perkembangan teknologi semasa serta mampu mengusainya agar pembelajaran yang dijalankan adalah sentiasa segar dan dapat menarik minat murid secara berterusan. 1
  • 2. Dalam pernyataan masalahnya, penyelidik mengutarakan perlunya rangkaian komputer dibangunkan menggunakan visualisasi dalam pembelajaran autentik kerana Pembelajaran secara konvensional dimana pelajar secara pasif menerima sahaja maklumat yang diberikan adalah tidak sejajar dengan kaedah pembelajaran yang memerlukan perkaitan dan berasaskan kepada dunia sebenar. Begitu juga dengan subjek-subjek sains komputer yang dilihat mengalami pelbagai masalah dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran konsep kandungannya agar pelajar secara langsung dapat mengaitkan pengaplikasiannya pada situasi sebenar. Objektif Kajian Makanya dalam kajian ini penyelidik menetapkan tiga objektif utama kajian iaitu mengenalpasti konsep persekitaran pembelajaran autentik yang berasaskan kepada ciri-ciri rekabentuk pembelajaran situasi, membangunkan sebuah sistem pembelajaran interaktif menerusi web berdasarkan ciri rekabentuk pembelajaran situasi, tugas autentik serta penggunaan media visual dan menilai keberkesanan sistem pembelajaran berasaskan kepada persekitaran pembelajaran autentik bervisualisasi menerusi web. Metodologi Kajian Kajian ini akan dijalankan secara kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif. Instrumen yang akan digunakan pula adalah temubual dan soal selidik. Bagi menjayakan kajian ini responden yang terlibat sebagai sampel adalah pelajar-pelajar sarjana muda pendidikan tahun dua Universiti Teknologi Malaysia yang mengambil matapelajaran Pengenalan Kepada Telekomunikasi dan rangkaian komputer. Kepentingan Kajian Bersandarkan kerangka teori yang digunakan, penyelidik dengan jelas menyatakan kepentingan kajian ini adalah untuk membantu pihak fakulti dan pensyarah lain dalam pemilihan pendekatan/ strategi pengajaran yang bersesuaian dalam membangunkan/menyediakan bahan bantu mengajar serta persekitaran pembelajaran yang efektif dan kondusif kepada pelajar-pelajar. Manakala dalam konteks pelajar pula, hasil dari prototaip sistem pembelajaran ini diharap dapat membantu pelajar dalam mempelajari subjek rangkaian komputer dengan lebih jelas serta mampu menghubungkaitkannya dengan keadaan sebenar, seterusnya memperbaiki pencapaian pelajar dalam subjek ini dari segi teoritikal dan praktikal. 2
  • 3. Kesimpulan Melalui gabungan pendekatan pembelajaran menerusi situasi dalam persekitaran autentik bagi pembinaan sistem pembelajaran interaktif untuk kajian ini, pelajar dapat mempelajari rekabentuk infrastruktur rangkaian komputer dengan lebih jelas lagi dengan pengaplikasian media visual berdasarkan prinsip-prinsip rekabentuknya, dan seterusnya mampu mempertingkatkan tahap literasi visual pelajar daripada pemikiran visual, pembelajaran visual kepada komunikasi visual. Ini kerana pembelajaran melalui pendekatan situasi yang menekankan kepada persekitaran sebenar (autentik) sememangnya dapat memberikan pengalaman yang paling hampir kepada pengalaman sebenar. Melalui sistem rangkaian yang dibangunkan kelak, ia bukan sahaja menjadi tempat para guru pelatih menajamkan kemahiran ICT dan pedagogi sekaligus, namun ia juga menjadi medan untuk mereka menghasilkan bahan pembelajaran yang mantap dalam pengisian pengajaran dan pembelajaran mereka nanti. 3