SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
1
ISU STRESS DI KALANGAN GURU
Guru dikenali juga sebagai pengajar, pendidik, Mudarris dan pengasuh merupakan
tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tuisyen (kelas bimbingan).
Dalam zaman moden ini guru juga merupakan istilah yang digunakan untuk seorang yang
pakar dalam sesuatu bidang misalnya management guru merujuk kepada seorang yang pakar
dan handal dalam bidang pengurusan. Di peringkat universiti, guru diberi gelaran tutor atau
pensyarah. Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta diperkukuhkan
pula dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau sains prinsip pengajaran.
Tekanan atau stress adalah satu tindakbalas fisiologikal dan psikologikal ke atas
permintaan terhadap seseorang. Ini bermaksud, tekanan yang melanda seseorang akan
menyebabkan fikiran dan fizikal individu tersebut bertindak balas mengikut keadaan dan
tahap tekanan tersebut. Sekiranya tahap tekanan tersebut adalah rendah maka tindakbalas
individu terbabit juga tidak terlalu besar dan begitu juga sebaliknya. Smither (1994),
Kenyataan ini disokong oleh Schafer (1992), yang menyatakan bahawa tekanan sebagai
kebangkitan minda dan fizikal seseorang dalam memberi tindakbalas kepada sesuatu
permintaan terhadap diri seseorang. Sementalahan, Fontana (1989), juga menyatakan bahawa
tekanan adalah satu bentuk permintaan yang dibuat ke atas keupayaan untuk
menyesuaikan minda dan fizikal serta seterusnya menjelaskan sekiranya seseorang itu
dapat menerima dan menangani permintaan tersebut, maka tekanan tersebut akan
mendatangkan kesan yang positif. Hal ini menunjukkan bahawa cara seseorang menangani
tekanan bergantung kepada tahap kesediaan minda dan fizikal seseorang untuk menerima
atau menyerap sesuatu tekanan yang diterima. Sekiranya individu terbabit tidak bersedia dari
segi fizikal dan mental, maka sudah pastinya tekanan yang datang dalam bentuk permintaan
ini tidak mampu dihadapi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan individu
tersebut tertekan dan menghadapi masalah yang lebih besar.
Sementara itu, menurut Levine dan Ursin (2009), tindakbalas tekanan ini adalah
satu perubahan fisiologi dan perlakuan yang berlaku terhadap mereka yang menghadapi
tekanan. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa, tekanan bukanlah satu perkara yang boleh
diambil ringan kerana seseorang itu akan menghadapi risiko untuk berubah perlakuannya
dengan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti bercakap kasar, memulakan
pertengkaran, terlibat secara fizikal dalam pergaduhan, penyalahgunaan dadah, terlibat dalam
jenayah dan sebagainya yang membuktikan walau sekecil mana sekalipun tekanan tersebut
sekiranya tidak diuruskan dengan betul mampu membawa malapetaka yang lebih dahsyat lagi
2
kepada mereka yang terlibat. Namun semuanya bergantung kepada kekuatan mental dan
fizikal seseorang kerana ianya dapat membantu seseorang untuk menyerap tekanan dan dapat
menerima tekanan tersebut secara positif.
Berdasarkan definisi yang diberikan, maka boleh dikatakan tekanan terbukti
mempunyai hubungan dengan faktor dalaman dan luaran seseorang. Faktor luaran ini
bermaksud persekitaran fizikal seperti tugasan dan tanggungjawab di pejabat, tahap
perhubungan dengan manusia lain, keadaan fizikal kediaman, tahap kebisingan, kesesakan
jalanraya dan sebagainya yang berkaitan dengan kehidupan seharian manusia. Faktor
dalaman pula bermaksud faktor yang mempengaruhi seseorang di dalam menangani faktor-
faktor luaran tadi seperti egoistik, tahap kesihatan fizikal dan mental, emosi dan perasaan
serta rehat yang mencukupi. Bagi mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang tinggi,
kemungkinan untuk mereka menghadapi tekanan disebabkan perkara yang remeh-temeh
adalah rendah dan cara mereka bertindakbalas juga adalah secara sederhana. Manakala
mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang rendah mempunyai kemungkinan untuk
mengalami tekanan dan bertindakbalas secara agresif walaupun atas sebab-sebab yang kecil
akibat ketahanan mental dan fizikal yang lemah.
Di Malaysia, profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan
sosial yang sungguh mencabar. (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Tanggungjawab sebagai
guru bertambah rumit kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan hal-hal
sampingan yang terlalu membebankan seperti pengurusan fail, soalan-soalan peperiksaan dari
semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang
kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan
hari sukan. Lantaran itu, guru-guru dikatakan berhadapan terdedah kepada risiko tinggi untuk
mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti
bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan. Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh
negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan
kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.( Siti Nor Afzan, Kosmo 2014).
Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai usaha dijalankan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu usaha dalam meningkatkan mutu sistem
pendidikan di Malaysia. Dengan pelaksanaan pelbagai-bagai reformasi ini, tugas, peranan
dan tanggungjawab guru menjadi semakin mencabar. Tekanan terhadap guru memang
berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung,
mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru yang gagal mengawal diri
3
akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu
pengajaran dan pembelajaran seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga
profesion perguruan. Bukan sekadar itu, masalah ini akan membantutkan usaha mewujudkan
sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan
kegemilangan mutu pendidikan. (Dr.Sapora Sipon, 2007). Peratusan kadar stress dalam
kalangan pekerja di Malaysia yang telah dicatatkan pada tahun 2011 juga menunjukkan
bahawa guru berada pada tempat keempat dengan peratusan sebanyak 45.8 % berbanding
pekerjaan-pekerjaan yang lain seperti jururawat, doktor dan sebagainya. Statistik ini
membuktikan bahawa tugas guru ini bukan tugasan biasa dan mudah seperti yang
diperkatakan oleh sesetengah pihak. Satu kajian telah dijalankan oleh Mohamad Abdillah
Royo dan Woo Sew Fun dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya bagi mengenalpasti
punca sebenar dan jalan penyelesaian bagi masalah ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa
pelbagai perkara yang dikenalpasti menyumbang kepada masalah ini antaranya bebanan
tugas, kerenah murid, kurang motivasi dan sebagainya.
PERKAITAN ISU STRESS DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN
Melihat kepada perkembangan semasa berhubung kerja, beban dan tugas dalam
kerjaya sebagai seorang guru, maka timbul tanggapan-tanggapan bahawa kerjaya sebagai
guru bukan lagi satu kerja yang mudah. Stress boleh berlaku kepada semua guru samada guru
sekolah menengah mahupun rendah. Satu kajian yang dijalankan oleh Azizi Yahya dan
Norliza Othman mengenai punca sebenar berlakunya masalah stress dalam kalangan guru
matematik di negeri Johor. Hasil kajian mendapati bahawa faktor yang paling mempengaruhi
stress adalah faktor masalah disiplin pelajar yang mencatatkan nilai min keseluruhan
tertinggi iaitu 3.83. Kajian juga dijalankan oleh Azrul Hisham Abdul Manaf pada tahun 2009
menunjukkan bahawa guru tidak terlepas daripada perlakuan dan sikap segelintir pelajar
yang kadangkala menyakitkan hati. Antara contoh perlakuan pelajar yang membangkitkan
kemarahan guru termasuklah datang lewat ke kelas, membuat bising ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran bermula, tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang
munasabah dan bersikap biadap dengan guru. Perkara ini menyebabkan guru mengambil
keputusan yang agak drastik dan berasaskan emosi untuk menyelesaikan masalah yang
berkaitan dengan disiplin pelajar.
4
Kendati pun tindakan ini melanggar etika dan tatatertib seorang pendidik, namun
kadangkala emosi yang tidak stabil boleh menguasai kekuatan akal fikiran yang waras.
Terdapat banyak contoh sebenarnya yang berkaitan dengan tindakan disiplin berdasarkan
emosi yang dilakukan oleh guru yang berkait dengan masalah disiplin pelajar. Antaranya
ialah kejadian di mana seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib
di Perak yang telah dipukul sehingga pengsan (Kosmo, 18 Januari 2012). Setahun sebelum
itu,seorang guru agama di sebuah sekolah agama rakyat di Perlis telah bertindak memukul
seorang pelajar berulang kali sehingga menyebabkan kematian kerana disyaki mencuri
(Utusan Malaysia, 4 April 2011 ).
Guru bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan para pelajar yang bermasalah tetapi
juga berhadapan dengan ibu bapa pelajar yang memberikan harapan yang amat tinggi
kepada para guru untuk menjadikan anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran. Hal ini
dapat dibuktikan menerusi kajian yang telah dijalankan oleh Unit Kaunseling Jabatan
Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada tahun 2006 yang mendapati bahawa 83%
daripada guru telah mengalami tekanan akibat harapan tinggi yang diletakkan oleh ibu
bapa pelajar yang mengharapkan guru-guru di sekolah boleh membantu untuk menjadikan
anak-anak mereka sebagai pelajar yang cemerlang dalam akademik. Kajian yang sama juga
menyatakan bahawa kebanyakan ibu bapa akan melepaskan sepenuhnya tanggungjawab
untuk mendidik anak-anak mereka kepada guru sekolah sambil mengharapkan anak mereka
memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Abu Bakar Hamzah dalam
artikelnya yang dimuatkan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 23 Februari 2007
mengatakan bahawa ibu bapa kebiasaannya akan mengukur kejayaan mutlak seseorang
pelajar berdasarkan kecemerlangan akademik semata-mata tanpa mengira aspek-aspek lain
yang tidak kurang pentingnya seperti kemahiran dalam bidang vokasional. Akibat daripada
harapan yang terlampau tinggi, kebanyakan guru terpaksa menghabiskan banyak masa
mereka di sekolah untuk mengadakan kelas-kelas tambahan di luar waktu persekolahan bagi
memastikan harapan ibu bapa dipenuhi.
Selain itu, faktor bebanan kerja yang terlampau banyak juga menyebabkan guru-
guru mengalami masalah stress. Menurut Esah Sulaiman (2003), guru merupakan pengurus
pembelajaran yang bertanggungjawab untuk merancang pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang hendak diajar kepada pelajar setiap hari. Ini menunjukkan tanggungjawab guru untuk
menyediakan maklumat-maklumat untuk diajar tidak semudah yang disangkakan. Guru juga
dibebankan dengan tugas-tugas lain seperti tugas pentadbiran sekolah contohnya merancang
dan menjalankan aktiviti sekolah, menjadi penasihat persatuan dan kelab, menjalani kursus
5
yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri dan sebagainya.
Perkara ini mungkin dilihat mudah oleh sesetengah pihak namun ia merupakan bebanan yang
amat tinggi kepada para guru kerana mereka terpaksa melakukan pelbagai jenis kerja yang
berkaitan dengan akademik, kokurikulum dan pentadbiran sekaligus setiap hari. Tambahan
pula, adakalanya tugas-tugas ini perlu diselesaikan pada hari minggu sehingga menyebabkan
guru tidak mendapat ruang waktu untuk berehat dan bersama keluarga ( Harian Metro
20 Jun 2010). Ia menjadi menjadi satu masalah yang besar dan dipandang serius oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia sehingga wujudnya satu Jawatankuasa Khas bagi mengkaji
bebanan tugas guru yang terlampau banyak. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri
Alimuddin Mohd Don yang mempengerusikan jawatankuasa itu, beberapa cadangan sudah
dikenalpasti bagi menangani masalah ini. Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi memberi
maklumbalas terhadap aduan yang dibuat oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan (NUTP) terhadap bebanan tugas guru dalam satu sidang media yang diadakan
pada tarikh 30 Mac 2010. Ini membuktikan bahawa banyak pihak yang menyedari akan
bebanan tugas guru yang semakin mencabar.
IMPLIKASI KE ATAS SAYA SEBAGAI GURU
Dalam menuju misi taraf pendidikan bertaraf dunia, semua pihak tidak seharusnya
berpeluk tubuh dan lebih teruk saling menunding jari apabila timbulnya isu bebanan tugas
guru ini. Pendidikan negara tidak akan mendapat sebarang keuntungan malahan semakin
terkebelakang daripada beberapa negara lain yang lebih sensitif dengan perubahan taraf
pendidikan negara mereka. Sistem pendidikan negara yang baik perlu menyediakan
pendidikan berkualiti. Pendidikan yang berkualiti bermula daripada corak perkhidmatan
guru-guru. Corak perkhidmatan yang baik dan tersusun sudah tentu dapat mengelakkkan
keciciran prestasi sekolah seterusnya taraf pendidikan negara. Punca-punca seperti yang
dinyatakan di atas akan membawa kepada tekanan terhadap guru dan menyebabkan mereka
mengambil jalan-jalan tertentu untuk menyelesaikannya. Guru yang tertekan akan melakukan
apa sahaja untuk memastikan tekanan yang melanda mereka berakhir. Ini termasuklah
melakukan perkara yang menyalahi undang-undang dan etika pengurusan. Individu guru
tidak mungkin dapat berfungsi dengan baik dan efektif jika ia berada dalam keadaan tertekan.
Perasaan tertekan menjadikan seseorang itu tidak rasional, cemas, tegang serta
tidak dapat memusatkan perhatian terhadap kerja dan gagal menikmati rasa gembira
atau puas hati terhadap kerja yang dilakukan.
6
Ponteng kerja adalah perkara serius yang dilakukan oleh individu-individu yang
tertekan ( Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin, 2011 ). Perkara ini dibuktikan melalui
pendedahan yang dibuat oleh akhbar Berita Harian bertarikh 12 Disember 2009 iaitu seramai
lima peratus daripada keseluruhan penjawat awam di Malaysia terlibat dalam kes
ponteng kerja di mana ada sesetengahnya yang tidak hadir ke tempat kerja selama tiga bulan.
Satu laporan akhbar daripada Berita Harian bertarikh 27 Mac 2008 menyebutkan isu seorang
guru di Perak yang tidak menghadirkan diri ke sekolah selama lebih dari 30 hari tanpa alasan
yang kukuh. Akibat dari perlakuan tersebut, pihak Kementerian Pelajaran akan mengambil
tindakan disiplin yang tegas terhadap guru terbabit dan mungkin akan memecat beliau dari
perkhidmatan perguruan. Hal ini disokong melalui pernyataan yang dibuat oleh Ho (1997)
bahawa guru yang ponteng kerja akan menyebabkan proses pembelajaran terganggu untuk
satu jangka masa yang panjang. Akibatnya, banyak perkara yang tidak dapat
diselesaikan dengan segera seperti kegagalan menghabiskan sukatan pelajaran dan
kelewatan menganjurkan aktiviti-aktiviti ko kurikulum di sekolah. Selain itu, rancangan
pengajaran yang telah ditetapkan juga tidak dapat diikuti lagi kerana telah tersasar dari
perancangan asal menyebabkan perancangan baru perlu disusun semula. Akhirnya, pelajar-
pelajar akan mendapat impak yang sangat negatif apabila mereka tidak mampu menjawab
soalan-soalan peperiksaan dengan baik terutamanya apabila melibatkan peperiksaan-
peperiksaan umum seperti UPSR, PMR dan SPM kesan dari proses pengajaran dan
pembelajaran yang tidak lancar.
Selain daripada ponteng kerja, guru-guru juga akan cenderung untuk melakukan
tindakan yang lebih besar iaitu berhenti kerja kerana tidak lagi mampu untuk bertahan
dalam kerjaya ini. Guru sendiri serta persekitaran pembelajaran itu tidak disediakan dengan
sempurna bagi menghadapi perubahan dalam pendidikan. Atas perubahan sebegini, maka
kemungkinan pada masa akan datang akan timbul fenomena guru mengambil keputusan
bersara awal atau bertukar kerjaya. Tekanan-tekanan yang datang dari bebanan tugas yang
melampau, etika kepimpinan pihak atasan sekolah dan tahap disiplin pelajar yang rendah
merupakan faktor utama mengapa guru berniat meninggalkan kerjaya utama mereka. (Azrul
Hisham Abdul Manaf, 2009). Isu ini turut disentuh oleh satu kajian kes yang telah dijalankan
oleh Erkultu dan Chafra (2006) yang menyebut bahawa tekanan yang terlampau tinggi
boleh mengakibatkan pekerja berfikir untuk meletakkan jawatan. Justeru, tidak
hairanlah para guru yang sememangnya berhadapan dengan bebanan kerja yang tinggi akan
berniat untuk menarik diri daripada jawatan ini. Kajian juga telah dijalankan oleh Jesus
(2000), beliau mendapati 50 peratus daripada guru yang menjawab borang soal selidik
7
mengakui bahawa mereka mahu mencari kerja lain akibat tekanan yang berlebihan di
sekolah. Pada pandangan saya, adalah menjadi satu kerugian yang sangat besar
sekiranya kebanyakan guru yang menghadapi masalah tekanan ini meneruskan niat
untuk meletakkan jawatan kerana ianya akan mengganggu keseluruhan proses
pendidikan di sekolah. Selain itu, kerajaan juga terpaksa mengeluarkan kos yang besar dan
menghabiskan masa yang panjang untuk memberi latihan kepada guru-guru baru bagi
menggantikan kekosongan tersebut.
Pelbagai langkah yang telah diambil bagi menangani masalah stress dalam kalangan
guru yang semakin parah. Antaranya ialah memperkenalkan program latihan fisioterapi khas
untuk golongan-golongan guru di seluruh Negara. Menurut pengarah urusan Great Life
Physio and Rehabilation, Mohd Rozaimi Che Kamaruddinata, program itu disediakan khas
oleh pakar-pakar fisioterapi untuk para guru dalam memberi panduan bagaimana
menguruskan stress semasa bertugas. Program ini telah berjaya dijalankan di Sekolah
Menengah Kebangsaan Bukit Gading, Sungai Buloh Selangor dengan melibatkan 135 orang
guru dan kakitangan sekolah tersebut. Program ini disokong penuh oleh pengetua sekolah
tersebut, Siti Endon Mohamad Dahlan yang berpendapat bahawa program itu banyak
memberi kesedaran kepada guru dalam menangani masalah stress di tempat kerja.
Selain daripada itu, guru sepatutnya diberi pengkhususan tugas iaitu memberikan
tumpuan kepada pengajaran sahaja. Memetik ucapan presiden NUTP, Hashim bin Adnan,
beliau mengatakan bahawa pada hari ini, kita dapat melihat bahawa tugas guru bukan sahaja
mengajar sebaliknya melakukan tugas-tugas pengurusan yang lain, di mana tugas-tugas
tersebut sepatutnya dijalankan oleh individu lain. Umpamanya, pengurusan data-data murid
dan sekolah menggunakan aplikasi atas talian yang baru sahaja diperkenalkan baru-baru ini
.Menurut Jaafar Muhammad (2003), kebanyakan individu bekerja selama 45 jam dalam masa
seminggu. Baki masa yang selebihnya pula sepatutnya digunakan untuk mengukuhkan
perhubungan sosial dengan masyarakat setempat seperti berkomunikasi, menyelesaikan
masalah dan melakukan aktiviti bersama keluarga, jiran tetangga dan rakan-rakan mahupun
ahli bagi persatuan yang disertai oleh mereka. Sekiranya guru tidak mempunyai masa yang
cukup untuk dihabiskan bersama masyarakat setempat, mereka akan membawa masalah-
masalah di luar pejabat ke sekolah untuk diselesaikan. Perkara ini seterusnya akan
mengganggu pula komitmen mereka terhadap tugas-tugas hakiki di sekolah. Hal ini akan
menjadi semakin serius apabila murid-murid mendapat implikasi negatif seperti gagal dalam
peperiksaan utama dan seterusnya negara mengalami kerugian besar terhadap penghasilan
sumber manusia.
8
CADANGAN DAN RUMUSAN
Seandainya tanggapan serta perubahan yang kurang menyenangkan ini tidak ditangani
dengan bijaksana, sudah pasti suasana pengajaran-pembelajaran di sekolah kini akan menuju
ke arah keadaan yang tidak terurus dan pencapaian matlamat pendidikan mungkin akan
menemui jalan buntu. Kurangnya sokongan daripada pihak pentadbir sekolah misalnya
dalam memastikan keadaan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
berada dalam keadaan kondusif juga boleh memberi tekanan dan beban kepada guru.
Dalam hal ini didapati bahawa ada segelintir kalangan pentadbir sekolah yang tidak begitu
mengambil berat terhadap disiplin pelajar di bilik darjah. Selain itu, didapati bahawa ada
kalangan daripada pihak ibu bapa juga tidak begitu menyokong program-program yang
diwujudkan di sekolah. Bagi pekerja di setiap organisasi, etika kepimpinan seseorang
pemimpin atasan memainkan peranan yang penting dalam memajukan organisasi
tersebut. Perkara yang sama juga berlaku di sekolah apabila etika kepimpinan pengetua atau
guru besar yang memainkan peranan yang sangat penting di dalam kemajuan dan
pembangunan sekolah serta sumber manusianya.
Guru sememangnya bergantung harap kepada guru besar untuk memastikan
kelancaran pentadbiran di sekolah di samping menjaga kebajikan mereka sebaik-baiknya.
Sekiranya perkara ini tidak berlaku, guru akan mengalami tekanan kerana persekitaran
tempat kerja yang tidak membantu mereka untuk menjadi lebih produktif di dalam
perkhidmatan. Hal ini kerana, adakalanya dalam melaksanakan sesuatu program di sekolah,
terdapat corak pentadbiran dan tindakan pengetua yang kurang disenangi di sekolah.
Malahan, ada juga program yang diatur bukanlah untuk kepentingan sekolah atau pelajar
sebaliknya untuk kepentingan peribadi pengetua semata-mata. Keputusan-keputusan
tentang peraturan dan dasar sekolah yang tidak adil dan kerap berubah juga akan
membangkitkan ketidakpuasan hati guru (Hamedah binti Wok Awang, 2004).
Selain itu, ada juga pengetua yang menyalahgunakan peruntukan sekolah untuk
kegunaan peribadi seperti hanya menumpukan usaha membesar dan mencantikkan bilik guru
besar sahaja walaupun peruntukan tersebut sebenarnya harus digunakan untuk pembangunan
fizikal sekolah serta kebajikan kakitangan dan pelajar. Isu ini telah dilaporkan oleh
BERNAMA pada 17 Februari 2000, apabila Kementerian Pendidikan akan mengambil
tindakan segera terhadap pengetua yang menyalahgunakan kuasa mereka termasuk yang
terlibat dalam rasuah. Menurut mantan Menteri Pelajaran Malaysia, hal ini kerana terdapat
9
beberapa kes yang diterima oleh pihak kementerian setiap tahun yang menyebabkan tindakan
tegas perlu diambil secara serta merta. Hal ini secara langsung akan mengundang tekanan
emosi terhadap guru kerana mereka akan berasa kurang senang dengan keputusan-keputusan
yang dibuat tanpa mengambil kira kebajikan perkhidmatan mereka. Apabila keadaan ini
semakin berlarutan, ianya akan menghakis kepercayaan guru terhadap kredibiliti dan
ketelusan pengetua terbabit. Akhirnya perasaan hormat guru akan hilang dan mereka akan
kehilangan motivasi untuk terus berkhidmat dengan cemerlang.
Seorang guru yang gagal menjalankan tanggungjawab dan tugas akan memberi
mudarat kepada seluruh generasi ( Chek Mat, 2008 ). Guru yang baik mestilah sentiasa sedar
akan kepentingan diri dan amanah yang dipikul mereka. Oleh yang demikian, guru mestilah
memastikan diri mereka terlepas dari masalah stress yang memudaratkan ini. Pemeriksaan
kesihatan yang berkala perlu sentiasa dijalankan oleh para guru dalam memastikan tahap
kesihatan mereka berada dalam keadaan yang baik. Guru mestilah berusaha menjaga tahap
kesihatan mereka kerana hal ini memberikesan yang amat mendalam kepada seorang guru.
Umpamanya, guru yang mengalami masalah kesihatan akan lebih cenderung mengalami
masalah stress di sekolah sekaligus memberi mudarat kepada profesion secara umumnya dan
murid secara khususnya. Guru juga perlu meningkatkan perbincangan dan bersosial dengan
rakan-rakan sejawatan sekiranya berlaku sebarang masalah berkaitan tugas di sekolah. Hal ini
mungkin dapat menghilangkan sedikit tekanan yang dihadapi oleh guru. Sekiranya masalah-
masalah yang dialami disimpan bersendirian, ia akan menyebabkan guru lebih mudah
menghadapi tekanan di tempat kerja. Bagi pihak ibu bapa dan pengurusan sekolah, mereka
tidak sepatutnya meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada guru-guru di sekolah. Hal ini
kerana, tugas mendidik anak adalah tanggungjawab ibu bapa dibantu oleh guru di sekolah.
Adalah menjadi satu kesilapan besar sekiranya tugas mendidik anak-anak sekadar diletakkan
di bawah tanggungjawab guru dan hal ini secara tidak langsung memberikan tekanan hebat
kepada para guru di sekolah.
Secara kesimpulannya kerjaya sebagai seorang guru adalah satu kerjaya yang cukup
mencabar. Banyak pengorbananyang perlu dilakukan oleh seorang guru untuk memberi yang
terbaik kepada para pelajar. Sesuatu yang positif perlu dilakukan segera oleh pihak atasan
sekolah dan juga guru bagi mengelakkan punca-punca tekanan ini membawa kesan yang
lebih teruk sekiranya dibiarkan berterusan. Boleh dikatakan tekanan dapat dikawal dengan
baik oleh guru sekiranya mereka mementingkan kepada cara-cara untuk menguruskan
tekanan tersebut. Pengurusantekanan amat kritikal atau diperlukan oleh guru bagi
10
memastikan mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi segala cabaran dalam dunia
perguruan yang mendatang.
Perubahan demi perubahan yang pantas berlaku akan menjadikan kerjaya seorang
guru lebih sukar ataupun complicated. Sekiranya guru tidak mampu mengawal diri dan
tekanan mereka dengan baik, sudah pastinya kerjaya mereka bukan sahaja akan berakhir
lebih awal malahan dikenakan tindakan-tindakan disiplin yang keras pula atas segala
kesalahan yang dilakukan. Perubahan demi perubahan yang berlaku dalam persekitaran dunia
pendidikan pada hari ini pula ternyata menyebabkan guru juga perlu berubah, namun tidak
ramai yang mampu untuk membuat perubahan secara drastik menyebabkan tekanan mula
menguasai mereka dan akhirnya membawa kesan yang besar kepada sistem pendidikan yang
dilaksanakan di sekolah amnya dan di Malaysia khasnya.
Akhirnya, sokongan yang berterusan daripada pihak pengetua sehinggalah kepada
kakitangan pentadbiran amat penting bagi menjamin persekitaran tempat kerja yang harmoni
dan aman untuk semua pihak. Konflik yang sedang berlaku akan berterusan tanpa noktah
sekiranya masih tiada ruang untuk bekerjasama dibuka seluas-luasnya untuk kedua-dua belah
pihak iaitu pentadbiran dan akademik. Keprihatinan terhadap beban tugas guru perlu
ditingkatkan oleh segenap lapisan masyarakat demi memastikan kelangsungan sistem
pendidikan di Malaysia seterusnya usaha melahirkan generasi pewaris negara berterusan dan
tidak terhenti.

More Related Content

What's hot

Faktor Eksternal Yang Mempengaruhi Belajar Siswa
Faktor Eksternal Yang Mempengaruhi Belajar SiswaFaktor Eksternal Yang Mempengaruhi Belajar Siswa
Faktor Eksternal Yang Mempengaruhi Belajar SiswaMelda Amelia
 
Tajuk 4
Tajuk 4Tajuk 4
Tajuk 4pohtee
 
Tajuk 14 edu 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA
Tajuk 14 edu 3093 GURU DAN CABARAN SEMASATajuk 14 edu 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA
Tajuk 14 edu 3093 GURU DAN CABARAN SEMASAFadhilah Atikah
 
faktor faktor yg mempengaruhi keberhasilan belajar mengajar
faktor faktor yg mempengaruhi keberhasilan belajar mengajarfaktor faktor yg mempengaruhi keberhasilan belajar mengajar
faktor faktor yg mempengaruhi keberhasilan belajar mengajarYuli Yanti
 
Unsur unsur psikologis belajar
Unsur unsur psikologis belajarUnsur unsur psikologis belajar
Unsur unsur psikologis belajarNuurrochmah
 
PPT Learning Disability
PPT Learning Disability PPT Learning Disability
PPT Learning Disability Ria Rizkya
 
Makalah faktor faktor yang mempengaruhi belajar (kelompok 10)
Makalah faktor faktor yang mempengaruhi belajar (kelompok 10)Makalah faktor faktor yang mempengaruhi belajar (kelompok 10)
Makalah faktor faktor yang mempengaruhi belajar (kelompok 10)Winda010293
 
7826120981 joko soebagyo
7826120981   joko soebagyo7826120981   joko soebagyo
7826120981 joko soebagyoJoko Soebagyo
 
Makalah psikologi pendidikan 2
Makalah psikologi pendidikan 2Makalah psikologi pendidikan 2
Makalah psikologi pendidikan 2Narendra
 
Jurnal berwasit word
Jurnal berwasit wordJurnal berwasit word
Jurnal berwasit wordSatiya Vani
 
jurnal Hubungan motivasi-belajar-thdp-hasil-belajar-mahasiswa
jurnal Hubungan motivasi-belajar-thdp-hasil-belajar-mahasiswajurnal Hubungan motivasi-belajar-thdp-hasil-belajar-mahasiswa
jurnal Hubungan motivasi-belajar-thdp-hasil-belajar-mahasiswaRisa Meiranti
 
Faktor faktor yang memengaruhi belajar
Faktor faktor yang memengaruhi belajarFaktor faktor yang memengaruhi belajar
Faktor faktor yang memengaruhi belajarWinda010293
 
Contoh Analisis Jurnal Teori Belajar-Psikologi
Contoh Analisis Jurnal Teori Belajar-PsikologiContoh Analisis Jurnal Teori Belajar-Psikologi
Contoh Analisis Jurnal Teori Belajar-PsikologiJay Mi
 

What's hot (20)

Faktor Eksternal Yang Mempengaruhi Belajar Siswa
Faktor Eksternal Yang Mempengaruhi Belajar SiswaFaktor Eksternal Yang Mempengaruhi Belajar Siswa
Faktor Eksternal Yang Mempengaruhi Belajar Siswa
 
Tajuk 4
Tajuk 4Tajuk 4
Tajuk 4
 
Tajuk 14 edu 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA
Tajuk 14 edu 3093 GURU DAN CABARAN SEMASATajuk 14 edu 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA
Tajuk 14 edu 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA
 
faktor faktor yg mempengaruhi keberhasilan belajar mengajar
faktor faktor yg mempengaruhi keberhasilan belajar mengajarfaktor faktor yg mempengaruhi keberhasilan belajar mengajar
faktor faktor yg mempengaruhi keberhasilan belajar mengajar
 
PIDATO
PIDATOPIDATO
PIDATO
 
Edu 3109 datin rashidah
Edu 3109  datin rashidahEdu 3109  datin rashidah
Edu 3109 datin rashidah
 
Unsur unsur psikologis belajar
Unsur unsur psikologis belajarUnsur unsur psikologis belajar
Unsur unsur psikologis belajar
 
PPT Learning Disability
PPT Learning Disability PPT Learning Disability
PPT Learning Disability
 
1710 5486-1-pb
1710 5486-1-pb1710 5486-1-pb
1710 5486-1-pb
 
Kelompok vii baru
Kelompok vii baruKelompok vii baru
Kelompok vii baru
 
Makalah faktor faktor yang mempengaruhi belajar (kelompok 10)
Makalah faktor faktor yang mempengaruhi belajar (kelompok 10)Makalah faktor faktor yang mempengaruhi belajar (kelompok 10)
Makalah faktor faktor yang mempengaruhi belajar (kelompok 10)
 
7826120981 joko soebagyo
7826120981   joko soebagyo7826120981   joko soebagyo
7826120981 joko soebagyo
 
Falsafah Ilmu : Ulasan Jurnal
Falsafah Ilmu : Ulasan JurnalFalsafah Ilmu : Ulasan Jurnal
Falsafah Ilmu : Ulasan Jurnal
 
Makalah psikologi pendidikan 2
Makalah psikologi pendidikan 2Makalah psikologi pendidikan 2
Makalah psikologi pendidikan 2
 
Jurnal berwasit word
Jurnal berwasit wordJurnal berwasit word
Jurnal berwasit word
 
jurnal Hubungan motivasi-belajar-thdp-hasil-belajar-mahasiswa
jurnal Hubungan motivasi-belajar-thdp-hasil-belajar-mahasiswajurnal Hubungan motivasi-belajar-thdp-hasil-belajar-mahasiswa
jurnal Hubungan motivasi-belajar-thdp-hasil-belajar-mahasiswa
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Stres
StresStres
Stres
 
Faktor faktor yang memengaruhi belajar
Faktor faktor yang memengaruhi belajarFaktor faktor yang memengaruhi belajar
Faktor faktor yang memengaruhi belajar
 
Contoh Analisis Jurnal Teori Belajar-Psikologi
Contoh Analisis Jurnal Teori Belajar-PsikologiContoh Analisis Jurnal Teori Belajar-Psikologi
Contoh Analisis Jurnal Teori Belajar-Psikologi
 

Viewers also liked

Pengurusan stress
Pengurusan stressPengurusan stress
Pengurusan stressAlip Pg
 
Stress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruStress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruAhmad NazRi
 
Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)
Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)
Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)Norhafiza Osman
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Ahmad NazRi
 
PERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan Tatatertib
PERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan TatatertibPERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan Tatatertib
PERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan TatatertibNorain Binti Jaafar
 

Viewers also liked (7)

Pengurusan stress
Pengurusan stressPengurusan stress
Pengurusan stress
 
Stress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guruStress dikalangan-guru
Stress dikalangan-guru
 
Soal selidik plg525 kepimpinan
Soal selidik plg525 kepimpinanSoal selidik plg525 kepimpinan
Soal selidik plg525 kepimpinan
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)
Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)
Perintah Am Bab D (Kelakuan dan Tatatertib)
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
 
PERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan Tatatertib
PERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan TatatertibPERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan Tatatertib
PERINTAH AM BAB D : Kelakuan dan Tatatertib
 

Similar to Isu stress

Isu tekanan dalam profesion perguruan
Isu tekanan dalam profesion perguruanIsu tekanan dalam profesion perguruan
Isu tekanan dalam profesion perguruanIrul Erul
 
Emosi guru edu 3093 brehhhh
Emosi guru edu 3093 brehhhhEmosi guru edu 3093 brehhhh
Emosi guru edu 3093 brehhhhawangyie
 
Ikarihayati 21112251058 psikologi belajar hari kedua
Ikarihayati 21112251058 psikologi belajar hari keduaIkarihayati 21112251058 psikologi belajar hari kedua
Ikarihayati 21112251058 psikologi belajar hari keduaIkha Belieberforever
 
Faktor faktor yang mempengaruhi belajar
Faktor faktor yang mempengaruhi belajarFaktor faktor yang mempengaruhi belajar
Faktor faktor yang mempengaruhi belajarWinda010293
 
Hubungan Stress dan Motivasi.docx
Hubungan Stress dan Motivasi.docxHubungan Stress dan Motivasi.docx
Hubungan Stress dan Motivasi.docxMiningEngineer2
 
1537 4204-1-sm
1537 4204-1-sm1537 4204-1-sm
1537 4204-1-smegyd welyn
 
Makalah belum jadi
Makalah belum jadiMakalah belum jadi
Makalah belum jadiWarnet Raha
 
Ganesan anandan
Ganesan anandanGanesan anandan
Ganesan anandanZai Muhd
 
KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI ...
KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI ...KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI ...
KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI ...Adilah Hrn
 
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...Santa Barbara
 
PROBLEMATIKA PESERTA DIDIK DALAM PEMBELAJARAN ATAU PENDIDIKAN
PROBLEMATIKA PESERTA DIDIK DALAM PEMBELAJARAN ATAU PENDIDIKANPROBLEMATIKA PESERTA DIDIK DALAM PEMBELAJARAN ATAU PENDIDIKAN
PROBLEMATIKA PESERTA DIDIK DALAM PEMBELAJARAN ATAU PENDIDIKANDitaErlinasari
 
Laporan akhir perilaku gaya hidup sehat terhadap pencapaian prestasi akademik...
Laporan akhir perilaku gaya hidup sehat terhadap pencapaian prestasi akademik...Laporan akhir perilaku gaya hidup sehat terhadap pencapaian prestasi akademik...
Laporan akhir perilaku gaya hidup sehat terhadap pencapaian prestasi akademik...belleswan
 
tesis gejala ponteng
tesis gejala pontengtesis gejala ponteng
tesis gejala pontengmuhammad
 

Similar to Isu stress (20)

Isu tekanan dalam profesion perguruan
Isu tekanan dalam profesion perguruanIsu tekanan dalam profesion perguruan
Isu tekanan dalam profesion perguruan
 
Emosi guru edu 3093 brehhhh
Emosi guru edu 3093 brehhhhEmosi guru edu 3093 brehhhh
Emosi guru edu 3093 brehhhh
 
Assingmnt sebenar
Assingmnt sebenarAssingmnt sebenar
Assingmnt sebenar
 
Ikarihayati 21112251058 psikologi belajar hari kedua
Ikarihayati 21112251058 psikologi belajar hari keduaIkarihayati 21112251058 psikologi belajar hari kedua
Ikarihayati 21112251058 psikologi belajar hari kedua
 
Faktor faktor yang mempengaruhi belajar
Faktor faktor yang mempengaruhi belajarFaktor faktor yang mempengaruhi belajar
Faktor faktor yang mempengaruhi belajar
 
Hubungan Stress dan Motivasi.docx
Hubungan Stress dan Motivasi.docxHubungan Stress dan Motivasi.docx
Hubungan Stress dan Motivasi.docx
 
183 296-1-sm
183 296-1-sm183 296-1-sm
183 296-1-sm
 
1
11
1
 
Makalah belum jadi
Makalah belum jadiMakalah belum jadi
Makalah belum jadi
 
1537 4204-1-sm
1537 4204-1-sm1537 4204-1-sm
1537 4204-1-sm
 
Makalah belum jadi
Makalah belum jadiMakalah belum jadi
Makalah belum jadi
 
Makalah belum jadi
Makalah belum jadiMakalah belum jadi
Makalah belum jadi
 
Ganesan anandan
Ganesan anandanGanesan anandan
Ganesan anandan
 
KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI ...
KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI ...KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI ...
KAJIAN LITERATUR KEBERKESANAN FAKTOR PSIKOLOGI PENDIDIKAN DALAM MEMPENGARUHI ...
 
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
PENGAPLIKASIAN MODEL-MODEL PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH BERDASARKAN 2 SIT...
 
PROBLEMATIKA PESERTA DIDIK DALAM PEMBELAJARAN ATAU PENDIDIKAN
PROBLEMATIKA PESERTA DIDIK DALAM PEMBELAJARAN ATAU PENDIDIKANPROBLEMATIKA PESERTA DIDIK DALAM PEMBELAJARAN ATAU PENDIDIKAN
PROBLEMATIKA PESERTA DIDIK DALAM PEMBELAJARAN ATAU PENDIDIKAN
 
Laporan akhir perilaku gaya hidup sehat terhadap pencapaian prestasi akademik...
Laporan akhir perilaku gaya hidup sehat terhadap pencapaian prestasi akademik...Laporan akhir perilaku gaya hidup sehat terhadap pencapaian prestasi akademik...
Laporan akhir perilaku gaya hidup sehat terhadap pencapaian prestasi akademik...
 
Makalah belum jadi
Makalah belum jadiMakalah belum jadi
Makalah belum jadi
 
Makalah belum jadi
Makalah belum jadiMakalah belum jadi
Makalah belum jadi
 
tesis gejala ponteng
tesis gejala pontengtesis gejala ponteng
tesis gejala ponteng
 

Isu stress

  • 1. 1 ISU STRESS DI KALANGAN GURU Guru dikenali juga sebagai pengajar, pendidik, Mudarris dan pengasuh merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tuisyen (kelas bimbingan). Dalam zaman moden ini guru juga merupakan istilah yang digunakan untuk seorang yang pakar dalam sesuatu bidang misalnya management guru merujuk kepada seorang yang pakar dan handal dalam bidang pengurusan. Di peringkat universiti, guru diberi gelaran tutor atau pensyarah. Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta diperkukuhkan pula dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau sains prinsip pengajaran. Tekanan atau stress adalah satu tindakbalas fisiologikal dan psikologikal ke atas permintaan terhadap seseorang. Ini bermaksud, tekanan yang melanda seseorang akan menyebabkan fikiran dan fizikal individu tersebut bertindak balas mengikut keadaan dan tahap tekanan tersebut. Sekiranya tahap tekanan tersebut adalah rendah maka tindakbalas individu terbabit juga tidak terlalu besar dan begitu juga sebaliknya. Smither (1994), Kenyataan ini disokong oleh Schafer (1992), yang menyatakan bahawa tekanan sebagai kebangkitan minda dan fizikal seseorang dalam memberi tindakbalas kepada sesuatu permintaan terhadap diri seseorang. Sementalahan, Fontana (1989), juga menyatakan bahawa tekanan adalah satu bentuk permintaan yang dibuat ke atas keupayaan untuk menyesuaikan minda dan fizikal serta seterusnya menjelaskan sekiranya seseorang itu dapat menerima dan menangani permintaan tersebut, maka tekanan tersebut akan mendatangkan kesan yang positif. Hal ini menunjukkan bahawa cara seseorang menangani tekanan bergantung kepada tahap kesediaan minda dan fizikal seseorang untuk menerima atau menyerap sesuatu tekanan yang diterima. Sekiranya individu terbabit tidak bersedia dari segi fizikal dan mental, maka sudah pastinya tekanan yang datang dalam bentuk permintaan ini tidak mampu dihadapi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan individu tersebut tertekan dan menghadapi masalah yang lebih besar. Sementara itu, menurut Levine dan Ursin (2009), tindakbalas tekanan ini adalah satu perubahan fisiologi dan perlakuan yang berlaku terhadap mereka yang menghadapi tekanan. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa, tekanan bukanlah satu perkara yang boleh diambil ringan kerana seseorang itu akan menghadapi risiko untuk berubah perlakuannya dengan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti bercakap kasar, memulakan pertengkaran, terlibat secara fizikal dalam pergaduhan, penyalahgunaan dadah, terlibat dalam jenayah dan sebagainya yang membuktikan walau sekecil mana sekalipun tekanan tersebut sekiranya tidak diuruskan dengan betul mampu membawa malapetaka yang lebih dahsyat lagi
  • 2. 2 kepada mereka yang terlibat. Namun semuanya bergantung kepada kekuatan mental dan fizikal seseorang kerana ianya dapat membantu seseorang untuk menyerap tekanan dan dapat menerima tekanan tersebut secara positif. Berdasarkan definisi yang diberikan, maka boleh dikatakan tekanan terbukti mempunyai hubungan dengan faktor dalaman dan luaran seseorang. Faktor luaran ini bermaksud persekitaran fizikal seperti tugasan dan tanggungjawab di pejabat, tahap perhubungan dengan manusia lain, keadaan fizikal kediaman, tahap kebisingan, kesesakan jalanraya dan sebagainya yang berkaitan dengan kehidupan seharian manusia. Faktor dalaman pula bermaksud faktor yang mempengaruhi seseorang di dalam menangani faktor- faktor luaran tadi seperti egoistik, tahap kesihatan fizikal dan mental, emosi dan perasaan serta rehat yang mencukupi. Bagi mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang tinggi, kemungkinan untuk mereka menghadapi tekanan disebabkan perkara yang remeh-temeh adalah rendah dan cara mereka bertindakbalas juga adalah secara sederhana. Manakala mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang rendah mempunyai kemungkinan untuk mengalami tekanan dan bertindakbalas secara agresif walaupun atas sebab-sebab yang kecil akibat ketahanan mental dan fizikal yang lemah. Di Malaysia, profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh mencabar. (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Tanggungjawab sebagai guru bertambah rumit kerana selain mengajar, mereka juga terpaksa menyediakan hal-hal sampingan yang terlalu membebankan seperti pengurusan fail, soalan-soalan peperiksaan dari semasa ke semasa, mengisi buku kedatangan, buku disiplin dan ringkasan mengajar, borang kesihatan dan rekod kemajuan murid, kelab dan persatuan, serta mengendalikan persiapan hari sukan. Lantaran itu, guru-guru dikatakan berhadapan terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami tekanan sehingga boleh membawa kepada penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan. Kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendapati 70 peratus daripada 9,000 guru di seluruh negara tertekan bukan sahaja kerana beban tugas tetapi juga terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani, ibu bapa dan juga pelajar.( Siti Nor Afzan, Kosmo 2014). Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai usaha dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu usaha dalam meningkatkan mutu sistem pendidikan di Malaysia. Dengan pelaksanaan pelbagai-bagai reformasi ini, tugas, peranan dan tanggungjawab guru menjadi semakin mencabar. Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru yang gagal mengawal diri
  • 3. 3 akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan. Bukan sekadar itu, masalah ini akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikan. (Dr.Sapora Sipon, 2007). Peratusan kadar stress dalam kalangan pekerja di Malaysia yang telah dicatatkan pada tahun 2011 juga menunjukkan bahawa guru berada pada tempat keempat dengan peratusan sebanyak 45.8 % berbanding pekerjaan-pekerjaan yang lain seperti jururawat, doktor dan sebagainya. Statistik ini membuktikan bahawa tugas guru ini bukan tugasan biasa dan mudah seperti yang diperkatakan oleh sesetengah pihak. Satu kajian telah dijalankan oleh Mohamad Abdillah Royo dan Woo Sew Fun dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya bagi mengenalpasti punca sebenar dan jalan penyelesaian bagi masalah ini. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelbagai perkara yang dikenalpasti menyumbang kepada masalah ini antaranya bebanan tugas, kerenah murid, kurang motivasi dan sebagainya. PERKAITAN ISU STRESS DALAM PERKEMBANGAN PENDIDIKAN Melihat kepada perkembangan semasa berhubung kerja, beban dan tugas dalam kerjaya sebagai seorang guru, maka timbul tanggapan-tanggapan bahawa kerjaya sebagai guru bukan lagi satu kerja yang mudah. Stress boleh berlaku kepada semua guru samada guru sekolah menengah mahupun rendah. Satu kajian yang dijalankan oleh Azizi Yahya dan Norliza Othman mengenai punca sebenar berlakunya masalah stress dalam kalangan guru matematik di negeri Johor. Hasil kajian mendapati bahawa faktor yang paling mempengaruhi stress adalah faktor masalah disiplin pelajar yang mencatatkan nilai min keseluruhan tertinggi iaitu 3.83. Kajian juga dijalankan oleh Azrul Hisham Abdul Manaf pada tahun 2009 menunjukkan bahawa guru tidak terlepas daripada perlakuan dan sikap segelintir pelajar yang kadangkala menyakitkan hati. Antara contoh perlakuan pelajar yang membangkitkan kemarahan guru termasuklah datang lewat ke kelas, membuat bising ketika sesi pengajaran dan pembelajaran bermula, tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah dan bersikap biadap dengan guru. Perkara ini menyebabkan guru mengambil keputusan yang agak drastik dan berasaskan emosi untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan disiplin pelajar.
  • 4. 4 Kendati pun tindakan ini melanggar etika dan tatatertib seorang pendidik, namun kadangkala emosi yang tidak stabil boleh menguasai kekuatan akal fikiran yang waras. Terdapat banyak contoh sebenarnya yang berkaitan dengan tindakan disiplin berdasarkan emosi yang dilakukan oleh guru yang berkait dengan masalah disiplin pelajar. Antaranya ialah kejadian di mana seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib di Perak yang telah dipukul sehingga pengsan (Kosmo, 18 Januari 2012). Setahun sebelum itu,seorang guru agama di sebuah sekolah agama rakyat di Perlis telah bertindak memukul seorang pelajar berulang kali sehingga menyebabkan kematian kerana disyaki mencuri (Utusan Malaysia, 4 April 2011 ). Guru bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan para pelajar yang bermasalah tetapi juga berhadapan dengan ibu bapa pelajar yang memberikan harapan yang amat tinggi kepada para guru untuk menjadikan anak-anak mereka cemerlang dalam pelajaran. Hal ini dapat dibuktikan menerusi kajian yang telah dijalankan oleh Unit Kaunseling Jabatan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada tahun 2006 yang mendapati bahawa 83% daripada guru telah mengalami tekanan akibat harapan tinggi yang diletakkan oleh ibu bapa pelajar yang mengharapkan guru-guru di sekolah boleh membantu untuk menjadikan anak-anak mereka sebagai pelajar yang cemerlang dalam akademik. Kajian yang sama juga menyatakan bahawa kebanyakan ibu bapa akan melepaskan sepenuhnya tanggungjawab untuk mendidik anak-anak mereka kepada guru sekolah sambil mengharapkan anak mereka memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Abu Bakar Hamzah dalam artikelnya yang dimuatkan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 23 Februari 2007 mengatakan bahawa ibu bapa kebiasaannya akan mengukur kejayaan mutlak seseorang pelajar berdasarkan kecemerlangan akademik semata-mata tanpa mengira aspek-aspek lain yang tidak kurang pentingnya seperti kemahiran dalam bidang vokasional. Akibat daripada harapan yang terlampau tinggi, kebanyakan guru terpaksa menghabiskan banyak masa mereka di sekolah untuk mengadakan kelas-kelas tambahan di luar waktu persekolahan bagi memastikan harapan ibu bapa dipenuhi. Selain itu, faktor bebanan kerja yang terlampau banyak juga menyebabkan guru- guru mengalami masalah stress. Menurut Esah Sulaiman (2003), guru merupakan pengurus pembelajaran yang bertanggungjawab untuk merancang pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak diajar kepada pelajar setiap hari. Ini menunjukkan tanggungjawab guru untuk menyediakan maklumat-maklumat untuk diajar tidak semudah yang disangkakan. Guru juga dibebankan dengan tugas-tugas lain seperti tugas pentadbiran sekolah contohnya merancang dan menjalankan aktiviti sekolah, menjadi penasihat persatuan dan kelab, menjalani kursus
  • 5. 5 yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri dan sebagainya. Perkara ini mungkin dilihat mudah oleh sesetengah pihak namun ia merupakan bebanan yang amat tinggi kepada para guru kerana mereka terpaksa melakukan pelbagai jenis kerja yang berkaitan dengan akademik, kokurikulum dan pentadbiran sekaligus setiap hari. Tambahan pula, adakalanya tugas-tugas ini perlu diselesaikan pada hari minggu sehingga menyebabkan guru tidak mendapat ruang waktu untuk berehat dan bersama keluarga ( Harian Metro 20 Jun 2010). Ia menjadi menjadi satu masalah yang besar dan dipandang serius oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sehingga wujudnya satu Jawatankuasa Khas bagi mengkaji bebanan tugas guru yang terlampau banyak. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Don yang mempengerusikan jawatankuasa itu, beberapa cadangan sudah dikenalpasti bagi menangani masalah ini. Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi memberi maklumbalas terhadap aduan yang dibuat oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) terhadap bebanan tugas guru dalam satu sidang media yang diadakan pada tarikh 30 Mac 2010. Ini membuktikan bahawa banyak pihak yang menyedari akan bebanan tugas guru yang semakin mencabar. IMPLIKASI KE ATAS SAYA SEBAGAI GURU Dalam menuju misi taraf pendidikan bertaraf dunia, semua pihak tidak seharusnya berpeluk tubuh dan lebih teruk saling menunding jari apabila timbulnya isu bebanan tugas guru ini. Pendidikan negara tidak akan mendapat sebarang keuntungan malahan semakin terkebelakang daripada beberapa negara lain yang lebih sensitif dengan perubahan taraf pendidikan negara mereka. Sistem pendidikan negara yang baik perlu menyediakan pendidikan berkualiti. Pendidikan yang berkualiti bermula daripada corak perkhidmatan guru-guru. Corak perkhidmatan yang baik dan tersusun sudah tentu dapat mengelakkkan keciciran prestasi sekolah seterusnya taraf pendidikan negara. Punca-punca seperti yang dinyatakan di atas akan membawa kepada tekanan terhadap guru dan menyebabkan mereka mengambil jalan-jalan tertentu untuk menyelesaikannya. Guru yang tertekan akan melakukan apa sahaja untuk memastikan tekanan yang melanda mereka berakhir. Ini termasuklah melakukan perkara yang menyalahi undang-undang dan etika pengurusan. Individu guru tidak mungkin dapat berfungsi dengan baik dan efektif jika ia berada dalam keadaan tertekan. Perasaan tertekan menjadikan seseorang itu tidak rasional, cemas, tegang serta tidak dapat memusatkan perhatian terhadap kerja dan gagal menikmati rasa gembira atau puas hati terhadap kerja yang dilakukan.
  • 6. 6 Ponteng kerja adalah perkara serius yang dilakukan oleh individu-individu yang tertekan ( Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsuddin, 2011 ). Perkara ini dibuktikan melalui pendedahan yang dibuat oleh akhbar Berita Harian bertarikh 12 Disember 2009 iaitu seramai lima peratus daripada keseluruhan penjawat awam di Malaysia terlibat dalam kes ponteng kerja di mana ada sesetengahnya yang tidak hadir ke tempat kerja selama tiga bulan. Satu laporan akhbar daripada Berita Harian bertarikh 27 Mac 2008 menyebutkan isu seorang guru di Perak yang tidak menghadirkan diri ke sekolah selama lebih dari 30 hari tanpa alasan yang kukuh. Akibat dari perlakuan tersebut, pihak Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan disiplin yang tegas terhadap guru terbabit dan mungkin akan memecat beliau dari perkhidmatan perguruan. Hal ini disokong melalui pernyataan yang dibuat oleh Ho (1997) bahawa guru yang ponteng kerja akan menyebabkan proses pembelajaran terganggu untuk satu jangka masa yang panjang. Akibatnya, banyak perkara yang tidak dapat diselesaikan dengan segera seperti kegagalan menghabiskan sukatan pelajaran dan kelewatan menganjurkan aktiviti-aktiviti ko kurikulum di sekolah. Selain itu, rancangan pengajaran yang telah ditetapkan juga tidak dapat diikuti lagi kerana telah tersasar dari perancangan asal menyebabkan perancangan baru perlu disusun semula. Akhirnya, pelajar- pelajar akan mendapat impak yang sangat negatif apabila mereka tidak mampu menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik terutamanya apabila melibatkan peperiksaan- peperiksaan umum seperti UPSR, PMR dan SPM kesan dari proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak lancar. Selain daripada ponteng kerja, guru-guru juga akan cenderung untuk melakukan tindakan yang lebih besar iaitu berhenti kerja kerana tidak lagi mampu untuk bertahan dalam kerjaya ini. Guru sendiri serta persekitaran pembelajaran itu tidak disediakan dengan sempurna bagi menghadapi perubahan dalam pendidikan. Atas perubahan sebegini, maka kemungkinan pada masa akan datang akan timbul fenomena guru mengambil keputusan bersara awal atau bertukar kerjaya. Tekanan-tekanan yang datang dari bebanan tugas yang melampau, etika kepimpinan pihak atasan sekolah dan tahap disiplin pelajar yang rendah merupakan faktor utama mengapa guru berniat meninggalkan kerjaya utama mereka. (Azrul Hisham Abdul Manaf, 2009). Isu ini turut disentuh oleh satu kajian kes yang telah dijalankan oleh Erkultu dan Chafra (2006) yang menyebut bahawa tekanan yang terlampau tinggi boleh mengakibatkan pekerja berfikir untuk meletakkan jawatan. Justeru, tidak hairanlah para guru yang sememangnya berhadapan dengan bebanan kerja yang tinggi akan berniat untuk menarik diri daripada jawatan ini. Kajian juga telah dijalankan oleh Jesus (2000), beliau mendapati 50 peratus daripada guru yang menjawab borang soal selidik
  • 7. 7 mengakui bahawa mereka mahu mencari kerja lain akibat tekanan yang berlebihan di sekolah. Pada pandangan saya, adalah menjadi satu kerugian yang sangat besar sekiranya kebanyakan guru yang menghadapi masalah tekanan ini meneruskan niat untuk meletakkan jawatan kerana ianya akan mengganggu keseluruhan proses pendidikan di sekolah. Selain itu, kerajaan juga terpaksa mengeluarkan kos yang besar dan menghabiskan masa yang panjang untuk memberi latihan kepada guru-guru baru bagi menggantikan kekosongan tersebut. Pelbagai langkah yang telah diambil bagi menangani masalah stress dalam kalangan guru yang semakin parah. Antaranya ialah memperkenalkan program latihan fisioterapi khas untuk golongan-golongan guru di seluruh Negara. Menurut pengarah urusan Great Life Physio and Rehabilation, Mohd Rozaimi Che Kamaruddinata, program itu disediakan khas oleh pakar-pakar fisioterapi untuk para guru dalam memberi panduan bagaimana menguruskan stress semasa bertugas. Program ini telah berjaya dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Gading, Sungai Buloh Selangor dengan melibatkan 135 orang guru dan kakitangan sekolah tersebut. Program ini disokong penuh oleh pengetua sekolah tersebut, Siti Endon Mohamad Dahlan yang berpendapat bahawa program itu banyak memberi kesedaran kepada guru dalam menangani masalah stress di tempat kerja. Selain daripada itu, guru sepatutnya diberi pengkhususan tugas iaitu memberikan tumpuan kepada pengajaran sahaja. Memetik ucapan presiden NUTP, Hashim bin Adnan, beliau mengatakan bahawa pada hari ini, kita dapat melihat bahawa tugas guru bukan sahaja mengajar sebaliknya melakukan tugas-tugas pengurusan yang lain, di mana tugas-tugas tersebut sepatutnya dijalankan oleh individu lain. Umpamanya, pengurusan data-data murid dan sekolah menggunakan aplikasi atas talian yang baru sahaja diperkenalkan baru-baru ini .Menurut Jaafar Muhammad (2003), kebanyakan individu bekerja selama 45 jam dalam masa seminggu. Baki masa yang selebihnya pula sepatutnya digunakan untuk mengukuhkan perhubungan sosial dengan masyarakat setempat seperti berkomunikasi, menyelesaikan masalah dan melakukan aktiviti bersama keluarga, jiran tetangga dan rakan-rakan mahupun ahli bagi persatuan yang disertai oleh mereka. Sekiranya guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk dihabiskan bersama masyarakat setempat, mereka akan membawa masalah- masalah di luar pejabat ke sekolah untuk diselesaikan. Perkara ini seterusnya akan mengganggu pula komitmen mereka terhadap tugas-tugas hakiki di sekolah. Hal ini akan menjadi semakin serius apabila murid-murid mendapat implikasi negatif seperti gagal dalam peperiksaan utama dan seterusnya negara mengalami kerugian besar terhadap penghasilan sumber manusia.
  • 8. 8 CADANGAN DAN RUMUSAN Seandainya tanggapan serta perubahan yang kurang menyenangkan ini tidak ditangani dengan bijaksana, sudah pasti suasana pengajaran-pembelajaran di sekolah kini akan menuju ke arah keadaan yang tidak terurus dan pencapaian matlamat pendidikan mungkin akan menemui jalan buntu. Kurangnya sokongan daripada pihak pentadbir sekolah misalnya dalam memastikan keadaan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah berada dalam keadaan kondusif juga boleh memberi tekanan dan beban kepada guru. Dalam hal ini didapati bahawa ada segelintir kalangan pentadbir sekolah yang tidak begitu mengambil berat terhadap disiplin pelajar di bilik darjah. Selain itu, didapati bahawa ada kalangan daripada pihak ibu bapa juga tidak begitu menyokong program-program yang diwujudkan di sekolah. Bagi pekerja di setiap organisasi, etika kepimpinan seseorang pemimpin atasan memainkan peranan yang penting dalam memajukan organisasi tersebut. Perkara yang sama juga berlaku di sekolah apabila etika kepimpinan pengetua atau guru besar yang memainkan peranan yang sangat penting di dalam kemajuan dan pembangunan sekolah serta sumber manusianya. Guru sememangnya bergantung harap kepada guru besar untuk memastikan kelancaran pentadbiran di sekolah di samping menjaga kebajikan mereka sebaik-baiknya. Sekiranya perkara ini tidak berlaku, guru akan mengalami tekanan kerana persekitaran tempat kerja yang tidak membantu mereka untuk menjadi lebih produktif di dalam perkhidmatan. Hal ini kerana, adakalanya dalam melaksanakan sesuatu program di sekolah, terdapat corak pentadbiran dan tindakan pengetua yang kurang disenangi di sekolah. Malahan, ada juga program yang diatur bukanlah untuk kepentingan sekolah atau pelajar sebaliknya untuk kepentingan peribadi pengetua semata-mata. Keputusan-keputusan tentang peraturan dan dasar sekolah yang tidak adil dan kerap berubah juga akan membangkitkan ketidakpuasan hati guru (Hamedah binti Wok Awang, 2004). Selain itu, ada juga pengetua yang menyalahgunakan peruntukan sekolah untuk kegunaan peribadi seperti hanya menumpukan usaha membesar dan mencantikkan bilik guru besar sahaja walaupun peruntukan tersebut sebenarnya harus digunakan untuk pembangunan fizikal sekolah serta kebajikan kakitangan dan pelajar. Isu ini telah dilaporkan oleh BERNAMA pada 17 Februari 2000, apabila Kementerian Pendidikan akan mengambil tindakan segera terhadap pengetua yang menyalahgunakan kuasa mereka termasuk yang terlibat dalam rasuah. Menurut mantan Menteri Pelajaran Malaysia, hal ini kerana terdapat
  • 9. 9 beberapa kes yang diterima oleh pihak kementerian setiap tahun yang menyebabkan tindakan tegas perlu diambil secara serta merta. Hal ini secara langsung akan mengundang tekanan emosi terhadap guru kerana mereka akan berasa kurang senang dengan keputusan-keputusan yang dibuat tanpa mengambil kira kebajikan perkhidmatan mereka. Apabila keadaan ini semakin berlarutan, ianya akan menghakis kepercayaan guru terhadap kredibiliti dan ketelusan pengetua terbabit. Akhirnya perasaan hormat guru akan hilang dan mereka akan kehilangan motivasi untuk terus berkhidmat dengan cemerlang. Seorang guru yang gagal menjalankan tanggungjawab dan tugas akan memberi mudarat kepada seluruh generasi ( Chek Mat, 2008 ). Guru yang baik mestilah sentiasa sedar akan kepentingan diri dan amanah yang dipikul mereka. Oleh yang demikian, guru mestilah memastikan diri mereka terlepas dari masalah stress yang memudaratkan ini. Pemeriksaan kesihatan yang berkala perlu sentiasa dijalankan oleh para guru dalam memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan yang baik. Guru mestilah berusaha menjaga tahap kesihatan mereka kerana hal ini memberikesan yang amat mendalam kepada seorang guru. Umpamanya, guru yang mengalami masalah kesihatan akan lebih cenderung mengalami masalah stress di sekolah sekaligus memberi mudarat kepada profesion secara umumnya dan murid secara khususnya. Guru juga perlu meningkatkan perbincangan dan bersosial dengan rakan-rakan sejawatan sekiranya berlaku sebarang masalah berkaitan tugas di sekolah. Hal ini mungkin dapat menghilangkan sedikit tekanan yang dihadapi oleh guru. Sekiranya masalah- masalah yang dialami disimpan bersendirian, ia akan menyebabkan guru lebih mudah menghadapi tekanan di tempat kerja. Bagi pihak ibu bapa dan pengurusan sekolah, mereka tidak sepatutnya meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada guru-guru di sekolah. Hal ini kerana, tugas mendidik anak adalah tanggungjawab ibu bapa dibantu oleh guru di sekolah. Adalah menjadi satu kesilapan besar sekiranya tugas mendidik anak-anak sekadar diletakkan di bawah tanggungjawab guru dan hal ini secara tidak langsung memberikan tekanan hebat kepada para guru di sekolah. Secara kesimpulannya kerjaya sebagai seorang guru adalah satu kerjaya yang cukup mencabar. Banyak pengorbananyang perlu dilakukan oleh seorang guru untuk memberi yang terbaik kepada para pelajar. Sesuatu yang positif perlu dilakukan segera oleh pihak atasan sekolah dan juga guru bagi mengelakkan punca-punca tekanan ini membawa kesan yang lebih teruk sekiranya dibiarkan berterusan. Boleh dikatakan tekanan dapat dikawal dengan baik oleh guru sekiranya mereka mementingkan kepada cara-cara untuk menguruskan tekanan tersebut. Pengurusantekanan amat kritikal atau diperlukan oleh guru bagi
  • 10. 10 memastikan mereka sentiasa bersedia untuk menghadapi segala cabaran dalam dunia perguruan yang mendatang. Perubahan demi perubahan yang pantas berlaku akan menjadikan kerjaya seorang guru lebih sukar ataupun complicated. Sekiranya guru tidak mampu mengawal diri dan tekanan mereka dengan baik, sudah pastinya kerjaya mereka bukan sahaja akan berakhir lebih awal malahan dikenakan tindakan-tindakan disiplin yang keras pula atas segala kesalahan yang dilakukan. Perubahan demi perubahan yang berlaku dalam persekitaran dunia pendidikan pada hari ini pula ternyata menyebabkan guru juga perlu berubah, namun tidak ramai yang mampu untuk membuat perubahan secara drastik menyebabkan tekanan mula menguasai mereka dan akhirnya membawa kesan yang besar kepada sistem pendidikan yang dilaksanakan di sekolah amnya dan di Malaysia khasnya. Akhirnya, sokongan yang berterusan daripada pihak pengetua sehinggalah kepada kakitangan pentadbiran amat penting bagi menjamin persekitaran tempat kerja yang harmoni dan aman untuk semua pihak. Konflik yang sedang berlaku akan berterusan tanpa noktah sekiranya masih tiada ruang untuk bekerjasama dibuka seluas-luasnya untuk kedua-dua belah pihak iaitu pentadbiran dan akademik. Keprihatinan terhadap beban tugas guru perlu ditingkatkan oleh segenap lapisan masyarakat demi memastikan kelangsungan sistem pendidikan di Malaysia seterusnya usaha melahirkan generasi pewaris negara berterusan dan tidak terhenti.