SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Di zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin laju, seiring dengan
maklumat bergerak pantas serta semuanya menuntut kesempurnaan dan komitmen yang tinggi
daripada pelakunya, pastinya semua orang tidak dapat lari daripada mengalami tekanan. Tekanan
merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang
masyarakat pada hari ini. Kehidupan manusia pada alaf ini amat mencabar dan kompleks.
Kepelbagaian dan kekomplekasian kehidupan ini menyebabkan munculnya “Sindrom Baru” yang
menyerang manusia iaitu tekanan atau secara khususnya lebih dikenali sebagai stres. Menurut Hatta
Sidi dan Mohamed Hatta Shaharom (2002), tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan
manusia sejak dahulu lagi tanpa disedari.
Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh mencabar. Tenaga
pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan terkini dalam proses
kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber, dan pencapaian matlamat pendidikan (Ibrahim
Ahmad Bajunid, 1995). Seiring dengan itu, pelaksanaan pelbagai reformasi dalam pendidikan sudah
pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-guru menjadi lebih mencabar.
Menurut rencana dalam akhbar Utusan Malaysia bertajuk “Guru Lebih Stres” yang ditulis oleh Noor
Hamzah Abu Bakar pada 24 April 2012, kajian menunjukkan bahawa guru berada di kedudukan
keempat dalam kerjaya yang paling mencetuskan tekanan selepas polis, pegawai penjara dan
jururawat. Kedudukan ini berada di atas daripada profesion tentera yang menduduki tempat kelima.
Malah Pengarah Urusan Great Life Physio dan Rehabilation, Mohd. Rozaimi Che Kamaruddinata pula
menyatakan bahawa, “Seseorang guru berdiri lama ketika mengajar di dalam kelas serta melakukan
aktiviti sukan dan sebagainya. Jadi, tidak mustahil mereka mengalami tekanan seperti kesakitan
anggota badan.”
Di Malaysia, fenomena tekanan dalam kalangan guru kini sedang hebat diperbincangkan dan
dijadikan sebagai bahan kajian ilmiah. Malahan, kajian-kajian yang lepas juga mendapati bahawa
profesion perguruan adalah bidang kerjaya yang menghadapi tekanan kerja yang tinggi (Cooper,
1995 dan Mokhtar,1998). Kita sering mendengar dan terbaca di dada-dada akhbar tentang masalah-
masalah dan tekanan-tekanan yang dialami oleh guru-guru masa kini contohnya seperti tekanan
daripada pihak ibubapa mahupun pihak pentadbir. Tekanan-tekanan dan masalah-masalah yang
dihadapi oleh guru-guru tersebut pastinya akan menyumbang kepada stres dan kadang-kala ke
tahap yang lebih kritikal, iaitu penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau
dan kemurungan. Ini pastinya akan menyebabkan mutu dan kualiti perkhidmatan guru-guru terjejas
selain turut memudaratkan kesihatan fizikal dan mental guru. Banyak kajian yang telah dilakukan
juga menunjukkan bahawa kerjaya sebagai seorang guru adalah antara salah satu kerjaya yang
menyumbang kepada masalah stres tertinggi. Persoalannya, apakah punca yang menyebabkan
masalah ini?
Berdasarkan analisis yang dilakukan pada artikel penulisan Dr. Sapora Sipon berjudul “Pendidik
Mesti Bijak Kawal Emosi” yang diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia Online pada 23/7/2007,
didapati bahawa terdapat beberapa faktor utama yang menyebabkan berlakunya tekanan kerja
dalam profesion perguruan. Antaranya ialah beban tugas, persekitaran tempat kerja,masalah disiplin
murid, keperluan penghargaan, kekangan masa dan sumber, masalah peribadi serta faktor geografi.
Bebanan kerja yang semakin meningkat dari semasa ke semasa juga menjadi penyebab utama bagi
berlakunya tekanan yang lebih dikenali sebagai stres, dalam kalangan guru. Isu ini telah
dibincangkan dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 18 Ogos 2012 yang ditulis oleh Abdul Muin
Sapidin, di mana Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa bahawa, “Tahap
stres di kalangan guru-guru di negara ini semakin menjadi dan membimbangkan ekoran bebanan
tugas yang meningkat.” Kerjaya seorang guru pada 20 tahun yang lampau mungkin tidak sama
dengan kerjaya seorang guru pada masa kini. Secara amnya, mungkin kerjaya seorang guru itu
kelihatan hanyalah sekadar menyampaikan dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas namun sebenarnya tanggungjawab dan beban tugas seorang guru itu melebihi dan
merangkumi segala-galanya bermula daripada mengajar dan mendidik murid-murid, aktiviti-aktiviti
ko-kurikulum, tugas-tugas pengkeranian sehinggalah kepada kerja-kerja sampingan seperti
mengecat, membuat garisan padang dan pelbagai jenis pekerjaan lagi. Bolehlah dikatakan bahawa
seseorang guru itu sentiasa bertugas dan dilimpahi dengan pelbagai tanggungjawab bermula dari
awal pagi sehinggalah kepada waktu petang. Oleh itu, bolehlah dirumuskan bahawa bebanan kerja
yang semakin meningkat adalah antara salah satu punca berlakunya tekanan di kalangan guru-guru.
Selain itu, persekitaran tempat kerja iaitu sekolah tempat guru-guru mengajar juga telah
dikenalpasti antara punca-punca berlakunya tekanan di kalangan guru-guru. Persekitaran yang
dimaksudkan ialah hubungan guru-guru dengan pihak pentadbir, ibubapa, rakan sejawat mahupun
murid-murid seperti yang telah diklasifikasikan oleh Dr. Sapora Sipon dalam rencana beliau. Ini
menjelaskan bahawa hubungan baik guru-guru dengan pihak pentadbir, ibubapa, rakan sejawat
mahupun murid-murid pastinya akan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan baik untuk
guru. Namun begitu, seringkali kita mendengar guru-guru sering menghadapi masalah dan tekanan
khususnya daripada pihak pentadbir dan ibubapa. Pihak pentadbir, khususnya Guru Besar seringkali
dilaporkan menekan para guru supaya berusaha keras siang dan malam bertujuan untuk
meningkatkan prestasi sekolah dalam bidang akademik mahupun ko-kurikulum tanpa mengira
kekangan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru tersebut. Hal ini ditambah lagi dengan
pelbagai karenah ibubapa yang bulat-bulat menyerahkan tanggungjawab sebagai penjaga, pengasuh
dan pendidik kepada anak-anak mereka tanpa menghulurkan bantuan kepada guru-guru khususnya
dalam menangani gejala sosial yang berlaku di kalangan anak-anak mereka. Tambahan pula,
terdapat segelintir guru yang mempunyai masalah dengan rakan-rakan sejawat khususnya di
kalangan guru perempuan yang suka berpuak-puak dan ini pastinya menyumbang kepada masalah
stres di kalangan para guru.
Selain itu, kadar masalah disiplin yang tinggi di kalangan murid-murid, serta kegagalan guru-guru
mengawal kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung juga menjadi
salah satu punca berlakunya stres di kalangan guru-guru. Di dalam bilik darjah guru berhadapan
dengan masalah salah laku pelajar yang mana faktor ini dipercayai antara faktor yang menyebabkan
guru-guru di sekolah menghadapi tekanan. Guru terpaksa berhadapan dengan masalah pelajar-
pelajar yang suka membuat bising, biadap atau kurang ajar dan kesukaran mengawal pelajar dalam
kelas, misalnya pelajar hiperaktif yang suka berlari-lari di dalam kelas serta mengganggu rakan-rakan
lain semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Sehubungan itu, kita perhatikan bahawa faktor penghargaan juga merupakan satu lagi faktor yang
boleh menyebabkan tekanan kerja kepada guru. Faktor penghargaan ini merujuk kepada
penghargaan yang sepatutnya diberikan kepada guru-guru yang rajin, berdedikasi, dan cemerlang
dalam akademik dan ko-kurikulum. Terdapat guru-guru yang benar-benar memberi komitmen yang
tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran, namun penghargaan yang sewajarnya masih belum
diperolehi. Selain itu, terdapat guru-guru yang tidak berpeluang untuk kenaikan pangkat dan masih
tidak diiktiraf senioritinya untuk memegang sesuatu jawatan. Adakalanya pandangan, pendapat dan
suara seseorang guru demi kebaikan sekolah tidak dihargai atau kurang mendapat perhatian yang
baik dari pihak pentadbiran sekolah. Ini juga boleh menimbulkan perasaan tersinggung dan kecewa
sehingga menyebabkan guru-guru itu menjadi kurang proaktif lagi seiring dengan tekanan perasaan
yang dialami. Selain itu, terdapat segelintir guru yang melihat gaji yang diterima tidak seimbang
dengan tugasnya sedangkan mereka ini mengharapkan gaji yang seimbang dengan tugas-tugas yang
ditanggungnya. Sepatutnya apabila guru-guru tersebut memegang sesuatu jawatan atau tugas yang
berat, pihak pentadbir harus peka terhadap mereka yang dibebani kerja yang banyak.
Faktor kekangan masa dan sumber merupakan faktor seterusnya yang menjadi penyebab
berlakunya tekanan kerja kepada guru. Kekangan sumber merujuk kepada kekurangan peralatan dan
kemudahan pengajaran dan pembelajaran, keadaan bilik guru, kekurangan kelas, tuntutan sukatan
pelajaran dan lain-lain. Kekangan masa pula ialah kekurangan masa guru-guru untuk mengajar,
menghabiskan sukatan pelajaran yang diajar, pelajar dan masa rehat yang singkat. Pelbagai kursus
juga perlu dihadiri oleh guru, kadang kala memakan masa yang lama sehingga terpaksa
meninggalkan kelas yang diajar. Tambahan pula, guru tersebut tidak dapat menghabiskan sukatan
pelajaran bagi mata pelajaran yang diajarnya. Setelah tamat kursus, guru perlu menghabiskan dan
menyiapkan tugasan yang tertangguh sebelum ini. Ini tentunya akan menambahkan tekanan kerja
kepada guru tersebut.
Di samping itu, masalah peribadi turut menjadi punca atau sebab berlakunya tekanan di kalangan
guru-guru. Masalah peribadi yang dimaksudkan di sini adalah seperti masalah rumahtangga ataupun
masalah kesihatan yang berlaku di kalangan guru. Pastinya masalah-masalah yang berlaku dalam
rumahtangga seperti penceraian mahupun masalah kesihatan seperti ditimpa penyakit-penyakit
kronik menjadi salah satu sebab guru mengalami stres. Masalah-masalah ini kadangkala boleh
membawa kepada sindrom kemurungan di kalangan guru dan mereka juga akan berasa kurang
bersemangat semasa berada di sekolah. Tidak dapat dinafikan juga bahawa kenaikan pangkat yang
terhad serta kadar gaji yang rendah turut menyumbang kepada tekanan perasaan yang seterusnya
menjadi pencetus berlakunya masalah stres kepada seseorang guru. Kekangan kewangan
disebabkan oleh gaji yang rendah pastinya menghalang guru-guru untuk mencapai status sosial yang
baik dalam sesebuah masyarakat dan ini pastinya mengundang tekanan juga kepada para guru. Hal
ini sememangnya berlaku di kalangan para guru khususnya guru-guru yang baru memasuki alam
pekerjaan yang dilaporkan sukar untuk memberikan taraf hidup yang lebih baik kepada keluarga
mereka khususnya untuk memiliki rumah dan kenderaan mewah yang sendiri.
Walau bagaimanapun, geografi juga menjadi faktor penting dalam menentukan tekanan kerja di
kalangan guru. Kedudukan sekolah dan masyarakat di kawasan sempadan adalah berbeza dengan
tempat-tempat lain di Malaysia. Antara tempat yang agak unik dan perlu dibuat kajian ialah kawasan
sempadan Malaysia dengan Thailand. Ini dapat kita lihat di Rantau Panjang, Kelantan di mana 35
peratus pelajar di sekolah berasal dari Sungai Golok, Thailand. Pelajar-pelajar di sini adalah terdiri
daripada pelajar Melayu dan mereka berulang-alik melalui jambatan dan sebahagian lagi datang
dengan menaiki sampan. Budaya hidup di sini agak berlainan dengan tempat lain di Malaysia kerana
sedikit sebanyak budaya dari Thailand telah mempengaruhi masyarakat di Rantau Panjang. Selain
daripada itu, satu lagi kelainan jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain ialah kegiatan
penyeludupan yang menjadi sumber pendapatan penduduk di sini. Sebahagian besar penduduk di
sini tidak menganggap kegiatan ini sebagai satu kesalahan, malah ia dianggap sebagai satu mata
pencarian. Guru baru yang ditempatkan di sini memerlukan masa untuk menyesuaikan dengan
keadaan persekitaran sebegini dan guru lama di sini mungkin telah menerima aktiviti ini sebagai satu
kenyataan. Maka, tidak mustahil sekiranya guru-guru yang ditempatkan di sini mengalami masalah
tekanan kerja yang lebih berat dari tempat-tempat lain.
Berdasarkan punca-punca yang telah dihuraikan, didapati bahawa tekanan guru boleh
mengakibatkan perasaan tidak selesa, emosi negatif seperti marah, kebimbangan, tekanan serta
kekecewaan yang berpunca dari aspek kerja mereka sebagai seorang guru. Dr. Sapora Sapian turut
menerangkan dalam rencana beliau bahawa guru yang menghadapi tekanan tidak dapat mengawal
emosi mereka terhadap perubahan budaya pendidikan yang bukan sahaja bertujuan untuk memberi
ilmu pengetahuan tetapi perlu mendidik manusia agar menjadi masyarakat yang berguna. Justeru
itu, tekanan kerja pada tahap yang tinggi biasanya akan membawa kepada ketidakpuasan kepada
kerja, sikap suka mengelak serta pengabaian kerja.
Malah, guru yang tertekan akan melakukan apa sahaja untuk memastikan tekanan yang melanda
mereka berakhir. Ini termasuklah melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang dan
etika perguruan. Ponteng kerja adalah antara perkara serius yang dilakukan oleh individu-individu
yang tertekan. Tindak balas penyesuaian tekanan oleh guru merangkumi tindakbalas psikologikal
(keletihan dan kemurungan), fisiologikal (sakit kepala, tekanan darah tinggi) dan berkaitan sikap
(pengambilan alkohol, merokok, gaya hidup dan masalah tidur). Selain itu juga, tekanan yang
berpanjangan juga boleh melemahkan mental dan fizikal seseorang guru serta boleh membawa
risiko ke atas kesihatan jika tidak menerima rawatan dengan sebaiknya.
Tekanan atau stres yang berterusan juga boleh menggugat emosi seseorang guru sehingga
kadangkala bertindak di luar jangkaan. Misalnya seperti berita yang diulaskan oleh Dr. Sapora Sapian
dalam rencana beliau, di mana seorang warden asrama mengarahkan ramai pelajar perempuan SMK
Bawang Assan berendam di dalam kolam ikan kerana kesalahan seorang daripada mereka yang
membuang tuala wanita di dalam mangkuk tandas asrama perempuan.
Ini jelas menyatakan bahawa tekanan kerja sememangnya akan mengganggu gaya hidup dan
kesejahteraan hidup seseorang insan bergelar guru. Ini seterusnya akan mengganggu prestasi kerja
dan outputnya dalam bidang pendidikan yang diceburinya. Perkara ini telah turut dibuktikan melalui
pendedahan yang dibuat oleh akhbar (Berita Harian, 2011) iaitu seramai lima peratus daripada
keseluruhan penjawat awam di Malaysia terlibat dalam kes ponteng kerja, di mana ada
sesetengahnya tidak hadir ke tempat kerja selama tiga bulan. Tambahan pula, menurut laporan
akhbar (Berita Harian, 2012) terdapat seorang guru di Perak yang tidak menghadirkan diri ke sekolah
selama lebih dari 30 hari tanpa sebarang alasan yang kukuh. Akibat dari perlakuan tersebut, pihak
Kementerian Pelajaran telah mengambil tindakan disiplin yang tegas terhadap guru terbabit
termasuk memecatnya. Perkara ini dikhuatiri ada kaitannya dengan tekanan kerja yang dihadapi
oleh guru seperti yang dinyatakan oleh Dr. Sapora Sapian dalam rencana beliau.
Guru yang ponteng kerja akan menyebabkan proses pembelajaran dan pentadbiran di sekolah
terganggu untuk satu jangka masa yang panjang. Akibatnya, banyak perkara yang tidak boleh
diselesaikan dengan segera seperti kegagalan menghabiskan silibus pengajaran dan kelewatan
menganjurkan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Selain itu, rancangan pengajaran yang telah ditetapkan
juga tidak dapat diikuti lagi kerana telah tersasar dari perancangan asal menyebabkan perancangan
yang baru perlu disusun semula. Akhirnya, pelajar-pelajar kelas terbabit juga akan menerima padah
apabila mereka tidak mampu menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik terutamanya
peperiksaan besar seperti UPSR, kesan daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak
lancar.
Oleh hal yang demikian, kebijaksanaanlah yang menentukan dan membezakan seseorang individu
itu dengan individu yang lain. Seorang guru yang bijak pastinya akan sentiasa berfikiran positif dan
mempunyai strategi dan kaedahnya yang tersendiri untuk mengatasi dan menangani masalah
tekanan yang dihadapi oleh mereka. Berdasarkan kepada hasil kajian yang telah dijalankan, berikut
dapatlah dikemukan beberapa cadangan yang berkaitan dengan pengurusan tekanan guru di
sekolah. Cadangan-cadangan yang dikemukakan ini difikirkan sesuai untuk mengurangkan tekanan
kerja warga pendidik secara amnya.
Salah satu langkahnya ialah berasaskan usaha seseorang guru itu sendiri, iaitu dengan
melaksanakan dan menguruskan segala kerja dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih
sistematik dan tersusun. Guru yang bijak pastinya mampu merangka strategi yang tersusun agar
segala tanggungjawab atau kerja yang diamanahkan dapat dilakukan atau disiapkan dengan
sempurna mengikut tarikh yang ditetapkan selaras dengan etika pengurusan masa yang patut
dimiliki oleh setiap guru. Budaya menangguhkan kerja dan bersikap sambil lewa ketika menjalankan
tugas haruslah dielakkan bagi mengelakkan bebanan kerja yang berlambak pada satu-satu masa.
Guru-guru juga boleh menolak tugas yang diberikan oleh pihak pentadbir mahupun rakan sejawat
dengan cara yang baik dan berhemah sekiranya merasakan beban tugas yang ditanggung adalah
amat berat dan membebankan.
Selain itu, para guru juga boleh menggunakan teknologi internet yang berkembang pesat pada masa
kini untuk meluahkan perasaan dan menyatakan masalah yang dihadapi di dalam blog-blog atau
forum-forum berkaitan guru bagi mendapatkan nasihat daripada guru-guru yang lebih
berpengalaman berkaitan masalah yang dihadapi. Pastinya perbincangan yang bermutu di antara
guru-guru baru dengan guru-guru berpengalaman akan menghasilkan impak atau keputusan yang
positif bagi menangani masalah stres yang berlaku di kalangan guru-guru di sekolah.
Seterusnya, seseorang guru yang mengalami tekanan juga bolehlah mengambil pendekatan
mengelakkan diri daripada individu-individu yang mengundang stres kepada mereka contohnya
seperti mengelakkan diri daripada bercampur dengan rakan-rakan sejawat yang tidak sistematik
dalam menjalankan tugas. Namun begitu, haruslah diingatkan bahawa guru-guru perlulah bertindak
dengan bijak dalam apa jua tindakan yang dilakukan bagi mengelakkan diri daripada dituduh atau
dianggap lari daripada menjalankan tugas.
Di samping itu, guru juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti riadah, senaman yang berterusan dan
melakukan latihan jasmani supaya dapat membantu melupakan tekanan yang dihadapi. Badan yang
segar akan mempunyai otak yang cerdas.. Aktiviti bersukan selain membantu mengeluarkan peluh
serta menjadikan badan kita sihat dan cergas juga secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi
hubungan para guru dengan masyarakat. Aktiviti-aktiviti seperti berkelah atau bermain bola pada
waktu petang atau hujung minggu bersama rakan sejawat lain sekolah pastinya akan menghasilkan
perbincangan-perbincangan serta pertukaran idea yang sihat di antara guru-guru dan masyarakat di
mana perkara ini pastinya akan membantu para guru untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik
seterusnya mengurangkan tekanan yang dialami. Ini adalah selaras dengan amalan pemakanan guru
juga perlu diberi panduan dan perhatian supaya bukan hanya murid-murid sahaja yang dijaga aspek
jasmani, emosi, rohani dan inteleknya tetapi guru juga sepatutnya diberi pendedahan terhadap
penjagaan aspek tersebut.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa profesion keguruan juga terdiri daripada komuniti berbeza
kaum di mana setiap individu menganuti agama serta kepercayaan mengikut kaum masing-masing.
Maka, seseorang guru juga bolehlah berusaha mendekatkan diri dengan penciptaNya bagi
mengurangkan masalah tekanan yang dihadapi. Sebagai contoh para guru yang beragama Islam
bolehlah memperbanyakkan membaca ayat-ayat suci al-Quran serta memperbanyakkan amalan zikir
kerana kajian menunjukkan bahawa individu yang sentiasa mendekatkan diri dengan penciptaNya
dapat menguruskan kehidupannya dengan lebih baik seterusnya mencapai kejayaan dalam setiap
aspek kehidupan. Bagi guru-guru yang beragama lain pula, mereka juga boleh berdoa mengikut
kepercayaan kaum masing-masing untuk mendapatkan ketenangan diri yang secara secara langsung
dapat mengelakkan tekanan dalam diri seseorang guru.
Langkah seterusnya bagi menangani masalah tekanan di kalangan guru melibatkan peranan pihak
pentadbir. Misalnya, pihak pentadbir menganjurkan program berkaitan pengurusan tekanan, sama
ada dalam bentuk bengkel, kursus ataupun seminar perlu memasukkan strategi berlandaskan agama
dalam kandungan atau agenda program. Seterusnya, mewujudkan suasana yang sihat dan harmoni
iaitu perhubungan yang baik antara staf, keputusan yang diambil perlulah berdasarkan
perbincangan, polisi sekolah yang lengkap dan teratur, guru-guru menerima tindak balas yang positif
dan dihargai, pengurangan tugas-tugas pentadbiran sebarang tugas tambahan adalah berdasarkan
kepada kemahiran guru tersebut, membina persekitaran kerja yang ceria dan kerjasama yang baik
untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi.
Melalui pendekatan organisasi pula, pentadbir tentu boleh menentukan pemilihan dan penempatan
guru-guru. Perpindahan dan pertukaran guru-guru disokong sepenuhnya supaya guru-guru yang
ingin bertukar tidak tertekan. Pengetua juga mestilah ubah suai tugas guru dan memberikan taklimat
kerja yang mendalam terutama sekali sasaran matlamat. Sebarang keputusan dan perancangan
sekolah mestilah dilibatkan kerjasama semua guru di sekolah. Proses menerima dan menapis
pendapat dan pandangan guru mungkin terlalu lambat, tetapi ia lebih mudah untuk diterima.
Sehubungan itu juga, pentadbir perlu mengubah gaya pentadbiran bersifat autokratik kepada gaya
pentadbiran yang lebih mengutamakan pendekatan humanistik atau demokratik.
Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa kerjaya dan tugas seorang guru itu adalah amat
berat. Tugas dan tanggungjawab guru pada masa yang serba canggih dan mencabar ini bukan hanya
sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan malah gurulah yang menjadi penjana dan nadi kepada
kecemerlangan generasi yang akan datang. Secara mudahnya, tekanan-tekanan yang dialami oleh
guru tidak boleh dipandang remeh kerana ianya boleh membawa kesan yang jauh lebih dahsyat
kepada kemajuan pendidikan negara amnya dan kepada pembangunan pelajar khasnya kerana
mereka bakal menjadi pemimpin pada masa depan. Ternyata, tekanan kerja sememangnya akan
mengganggu gaya hidup dan kesejahteraan hidup seseorang insan bergelar guru. Ini seterusnya akan
mengganggu prestasi kerja dan outputnya dalam bidang pendidikan yang diceburinya.
Oleh yang demikian, setiap individu yang bergelar guru juga perlulah sentiasa mempersiapkan diri
dengan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan yang ada mengikut perubahan semasa. Selain itu,
seorang guru juga perlulah bijak menangani dan menguruskan setiap bebanan dan masalah yang
dihadapi di alam pekerjaan dengan bijaksana agar setiap permasalahan dan bebanan tersebut tidak
mengundang kepada masalah tekanan atau stres. Akhir kata, ingatlah bahawa setiap permasalahan
itu pasti ada jalan penyelesaiannya. Begitu juga dengan masalah tekanan atau stres yang dialami
oleh guru-guru pada masa kini, walaupun kadangkala penyelesaian itu memerlukan pengorbanan.
Dalam pada itu, setiap pihak juga harus memberi sokongan dan membantu mengurangkan beban
stres yang dihadapi oleh guru ini.

More Related Content

What's hot

Tekanan emosi dalam kalangan guru
Tekanan emosi dalam kalangan guruTekanan emosi dalam kalangan guru
Tekanan emosi dalam kalangan guruMuhammad Syahir
 
Jurang pencapaian matematik (budaya)
Jurang pencapaian matematik (budaya)Jurang pencapaian matematik (budaya)
Jurang pencapaian matematik (budaya)Nurul Atiyah
 
Standard Pengajaran Malaysia
Standard Pengajaran MalaysiaStandard Pengajaran Malaysia
Standard Pengajaran MalaysiaSofia Amir
 
Fasa-fasa dalam belajar mengajar
Fasa-fasa dalam belajar mengajarFasa-fasa dalam belajar mengajar
Fasa-fasa dalam belajar mengajarPuan Nyss Rasid
 
Tajuk 14 edu 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA
Tajuk 14 edu 3093 GURU DAN CABARAN SEMASATajuk 14 edu 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA
Tajuk 14 edu 3093 GURU DAN CABARAN SEMASAFadhilah Atikah
 
Faktor2 pelajar-tidak-buat-keja-rumah
Faktor2 pelajar-tidak-buat-keja-rumahFaktor2 pelajar-tidak-buat-keja-rumah
Faktor2 pelajar-tidak-buat-keja-rumahIdah Malek
 
Makalah motivasi ptk
Makalah motivasi ptkMakalah motivasi ptk
Makalah motivasi ptkadesaadah
 
Chapter -pengurusan_bilik_darjah_-_2009
Chapter  -pengurusan_bilik_darjah_-_2009Chapter  -pengurusan_bilik_darjah_-_2009
Chapter -pengurusan_bilik_darjah_-_2009Elangovan Vishnu Raaj
 
fasa dalam belajar mengajar
fasa dalam belajar mengajarfasa dalam belajar mengajar
fasa dalam belajar mengajarChandru Chan
 
Tajuk 4
Tajuk 4Tajuk 4
Tajuk 4pohtee
 
Kajian tindakan munchit
Kajian tindakan munchitKajian tindakan munchit
Kajian tindakan munchithuda hamdan
 

What's hot (19)

Isu stress
Isu stressIsu stress
Isu stress
 
Tekanan emosi dalam kalangan guru
Tekanan emosi dalam kalangan guruTekanan emosi dalam kalangan guru
Tekanan emosi dalam kalangan guru
 
Gangguan emosi
Gangguan emosiGangguan emosi
Gangguan emosi
 
Jurang pencapaian matematik (budaya)
Jurang pencapaian matematik (budaya)Jurang pencapaian matematik (budaya)
Jurang pencapaian matematik (budaya)
 
Standard Pengajaran Malaysia
Standard Pengajaran MalaysiaStandard Pengajaran Malaysia
Standard Pengajaran Malaysia
 
Fasa-fasa dalam belajar mengajar
Fasa-fasa dalam belajar mengajarFasa-fasa dalam belajar mengajar
Fasa-fasa dalam belajar mengajar
 
Edu 3109 datin rashidah
Edu 3109  datin rashidahEdu 3109  datin rashidah
Edu 3109 datin rashidah
 
Tajuk 14 edu 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA
Tajuk 14 edu 3093 GURU DAN CABARAN SEMASATajuk 14 edu 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA
Tajuk 14 edu 3093 GURU DAN CABARAN SEMASA
 
Faktor2 pelajar-tidak-buat-keja-rumah
Faktor2 pelajar-tidak-buat-keja-rumahFaktor2 pelajar-tidak-buat-keja-rumah
Faktor2 pelajar-tidak-buat-keja-rumah
 
Karya ilmiah5
Karya ilmiah5Karya ilmiah5
Karya ilmiah5
 
Makalah motivasi ptk
Makalah motivasi ptkMakalah motivasi ptk
Makalah motivasi ptk
 
(Group 20) sikap guru
(Group 20) sikap guru(Group 20) sikap guru
(Group 20) sikap guru
 
Isu berkaitan sikap guru
Isu berkaitan sikap guruIsu berkaitan sikap guru
Isu berkaitan sikap guru
 
Chapter -pengurusan_bilik_darjah_-_2009
Chapter  -pengurusan_bilik_darjah_-_2009Chapter  -pengurusan_bilik_darjah_-_2009
Chapter -pengurusan_bilik_darjah_-_2009
 
fasa dalam belajar mengajar
fasa dalam belajar mengajarfasa dalam belajar mengajar
fasa dalam belajar mengajar
 
Tajuk 4
Tajuk 4Tajuk 4
Tajuk 4
 
Kajian tindakan munchit
Kajian tindakan munchitKajian tindakan munchit
Kajian tindakan munchit
 
tugasbi
tugasbitugasbi
tugasbi
 
Tajuk 4 done
Tajuk 4 doneTajuk 4 done
Tajuk 4 done
 

Similar to Stres Guru

GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRAGURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRAFazHani Faz
 
PPT Learning Disability
PPT Learning Disability PPT Learning Disability
PPT Learning Disability Ria Rizkya
 
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
56583907 tugasan-3-isu-guru-pontengNorshaidi Mohd Nor
 
Makalah Profesi Kependidikan
Makalah Profesi KependidikanMakalah Profesi Kependidikan
Makalah Profesi KependidikanMustika K
 
Factor yang Mempengaruhi Proses dan Hasil Pendidikan dan Pembelajaran.docx
Factor yang Mempengaruhi Proses dan Hasil Pendidikan dan Pembelajaran.docxFactor yang Mempengaruhi Proses dan Hasil Pendidikan dan Pembelajaran.docx
Factor yang Mempengaruhi Proses dan Hasil Pendidikan dan Pembelajaran.docxZukét Printing
 
Factor yang Mempengaruhi Proses dan Hasil Pendidikan dan Pembelajaran.pdf
Factor yang Mempengaruhi Proses dan Hasil Pendidikan dan Pembelajaran.pdfFactor yang Mempengaruhi Proses dan Hasil Pendidikan dan Pembelajaran.pdf
Factor yang Mempengaruhi Proses dan Hasil Pendidikan dan Pembelajaran.pdfZukét Printing
 
Esei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayat
Esei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayatEsei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayat
Esei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayatIkhram Johari
 
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMPENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMSyaza Mohd Sabri
 
Peran guru dalam administrasi sekolah menengah
Peran guru dalam administrasi sekolah menengahPeran guru dalam administrasi sekolah menengah
Peran guru dalam administrasi sekolah menengahIg Fandy Jayanto
 
tesis gejala ponteng
tesis gejala pontengtesis gejala ponteng
tesis gejala pontengmuhammad
 
BUDAYA SEKOLAH
BUDAYA SEKOLAHBUDAYA SEKOLAH
BUDAYA SEKOLAHSitti Aysa
 

Similar to Stres Guru (20)

Tugasan azhari
Tugasan azhariTugasan azhari
Tugasan azhari
 
Tugasan azhari
Tugasan azhariTugasan azhari
Tugasan azhari
 
Analisis isu
Analisis isuAnalisis isu
Analisis isu
 
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRAGURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
GURU DIANGGAP SATU JAWATAN YANG MULIA: PRO & KONTRA
 
Isi-Isu Perguruan.pptx
Isi-Isu Perguruan.pptxIsi-Isu Perguruan.pptx
Isi-Isu Perguruan.pptx
 
PPT Learning Disability
PPT Learning Disability PPT Learning Disability
PPT Learning Disability
 
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
56583907 tugasan-3-isu-guru-ponteng
 
Makalah Profesi Kependidikan
Makalah Profesi KependidikanMakalah Profesi Kependidikan
Makalah Profesi Kependidikan
 
Factor yang Mempengaruhi Proses dan Hasil Pendidikan dan Pembelajaran.docx
Factor yang Mempengaruhi Proses dan Hasil Pendidikan dan Pembelajaran.docxFactor yang Mempengaruhi Proses dan Hasil Pendidikan dan Pembelajaran.docx
Factor yang Mempengaruhi Proses dan Hasil Pendidikan dan Pembelajaran.docx
 
Factor yang Mempengaruhi Proses dan Hasil Pendidikan dan Pembelajaran.pdf
Factor yang Mempengaruhi Proses dan Hasil Pendidikan dan Pembelajaran.pdfFactor yang Mempengaruhi Proses dan Hasil Pendidikan dan Pembelajaran.pdf
Factor yang Mempengaruhi Proses dan Hasil Pendidikan dan Pembelajaran.pdf
 
Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan
Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan
Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan
 
Esei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayat
Esei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayatEsei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayat
Esei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayat
 
1
11
1
 
Makalah belum jadi
Makalah belum jadiMakalah belum jadi
Makalah belum jadi
 
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMPENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
 
Peran guru dalam administrasi sekolah menengah
Peran guru dalam administrasi sekolah menengahPeran guru dalam administrasi sekolah menengah
Peran guru dalam administrasi sekolah menengah
 
Uas lpp
Uas lppUas lpp
Uas lpp
 
tesis gejala ponteng
tesis gejala pontengtesis gejala ponteng
tesis gejala ponteng
 
BUDAYA SEKOLAH
BUDAYA SEKOLAHBUDAYA SEKOLAH
BUDAYA SEKOLAH
 
Tesis
TesisTesis
Tesis
 

More from Pensil Dan Pemadam

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikPensil Dan Pemadam
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014Pensil Dan Pemadam
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014Pensil Dan Pemadam
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014Pensil Dan Pemadam
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Pensil Dan Pemadam
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Pensil Dan Pemadam
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Pensil Dan Pemadam
 

More from Pensil Dan Pemadam (20)

Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
Soalan akhir tahun dunia muzik tahun 2
 
Ujian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzikUjian bulanan ogos dunia muzik
Ujian bulanan ogos dunia muzik
 
Ujian dst ogos
Ujian dst ogosUjian dst ogos
Ujian dst ogos
 
Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2Soalan akhir tahun dst tahun 2
Soalan akhir tahun dst tahun 2
 
Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09Yr 5 p1 09
Yr 5 p1 09
 
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k2 kssr mac 2014
 
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 5 k1 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 5 k1 kssr mac 2014
 
Ujian bulanan ogos
Ujian bulanan ogosUjian bulanan ogos
Ujian bulanan ogos
 
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014Ujian mt tahun 2 kssr   mac 2014
Ujian mt tahun 2 kssr mac 2014
 
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
Ujian bulan mac 2015 matematik tahun2
 
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014Soalan mt tahun 2 kssr   sept 2014
Soalan mt tahun 2 kssr sept 2014
 
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014Soalan mt tahun 2 kssr   ppt 2014
Soalan mt tahun 2 kssr ppt 2014
 
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
Selaras1y2p1 150301012508-conversion-gate02
 
Soalan pjpk t3 ppt2013
Soalan pjpk t3   ppt2013Soalan pjpk t3   ppt2013
Soalan pjpk t3 ppt2013
 
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
Soalanpsvtahun123456 120522053115-phpapp01
 
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
Soalanpsvtahun456siapskema1 130623012404-phpapp02
 
Sampul duit raya
Sampul duit rayaSampul duit raya
Sampul duit raya
 
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
Rpt pendidikan-seni-visual-tahun-4
 
Psv
PsvPsv
Psv
 
Ujian pj
Ujian pjUjian pj
Ujian pj
 

Stres Guru

  • 1. Di zaman yang serba mencabar dan moden ini di kala pergerakan semakin laju, seiring dengan maklumat bergerak pantas serta semuanya menuntut kesempurnaan dan komitmen yang tinggi daripada pelakunya, pastinya semua orang tidak dapat lari daripada mengalami tekanan. Tekanan merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Kehidupan manusia pada alaf ini amat mencabar dan kompleks. Kepelbagaian dan kekomplekasian kehidupan ini menyebabkan munculnya “Sindrom Baru” yang menyerang manusia iaitu tekanan atau secara khususnya lebih dikenali sebagai stres. Menurut Hatta Sidi dan Mohamed Hatta Shaharom (2002), tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia sejak dahulu lagi tanpa disedari. Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh mencabar. Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan terkini dalam proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber, dan pencapaian matlamat pendidikan (Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Seiring dengan itu, pelaksanaan pelbagai reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-guru menjadi lebih mencabar. Menurut rencana dalam akhbar Utusan Malaysia bertajuk “Guru Lebih Stres” yang ditulis oleh Noor Hamzah Abu Bakar pada 24 April 2012, kajian menunjukkan bahawa guru berada di kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling mencetuskan tekanan selepas polis, pegawai penjara dan jururawat. Kedudukan ini berada di atas daripada profesion tentera yang menduduki tempat kelima. Malah Pengarah Urusan Great Life Physio dan Rehabilation, Mohd. Rozaimi Che Kamaruddinata pula menyatakan bahawa, “Seseorang guru berdiri lama ketika mengajar di dalam kelas serta melakukan aktiviti sukan dan sebagainya. Jadi, tidak mustahil mereka mengalami tekanan seperti kesakitan anggota badan.” Di Malaysia, fenomena tekanan dalam kalangan guru kini sedang hebat diperbincangkan dan dijadikan sebagai bahan kajian ilmiah. Malahan, kajian-kajian yang lepas juga mendapati bahawa profesion perguruan adalah bidang kerjaya yang menghadapi tekanan kerja yang tinggi (Cooper, 1995 dan Mokhtar,1998). Kita sering mendengar dan terbaca di dada-dada akhbar tentang masalah- masalah dan tekanan-tekanan yang dialami oleh guru-guru masa kini contohnya seperti tekanan daripada pihak ibubapa mahupun pihak pentadbir. Tekanan-tekanan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru tersebut pastinya akan menyumbang kepada stres dan kadang-kala ke tahap yang lebih kritikal, iaitu penyakit mental yang serius seperti bipolar, kebimbangan melampau dan kemurungan. Ini pastinya akan menyebabkan mutu dan kualiti perkhidmatan guru-guru terjejas selain turut memudaratkan kesihatan fizikal dan mental guru. Banyak kajian yang telah dilakukan juga menunjukkan bahawa kerjaya sebagai seorang guru adalah antara salah satu kerjaya yang menyumbang kepada masalah stres tertinggi. Persoalannya, apakah punca yang menyebabkan
  • 2. masalah ini? Berdasarkan analisis yang dilakukan pada artikel penulisan Dr. Sapora Sipon berjudul “Pendidik Mesti Bijak Kawal Emosi” yang diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia Online pada 23/7/2007, didapati bahawa terdapat beberapa faktor utama yang menyebabkan berlakunya tekanan kerja dalam profesion perguruan. Antaranya ialah beban tugas, persekitaran tempat kerja,masalah disiplin murid, keperluan penghargaan, kekangan masa dan sumber, masalah peribadi serta faktor geografi. Bebanan kerja yang semakin meningkat dari semasa ke semasa juga menjadi penyebab utama bagi berlakunya tekanan yang lebih dikenali sebagai stres, dalam kalangan guru. Isu ini telah dibincangkan dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 18 Ogos 2012 yang ditulis oleh Abdul Muin Sapidin, di mana Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa bahawa, “Tahap stres di kalangan guru-guru di negara ini semakin menjadi dan membimbangkan ekoran bebanan tugas yang meningkat.” Kerjaya seorang guru pada 20 tahun yang lampau mungkin tidak sama dengan kerjaya seorang guru pada masa kini. Secara amnya, mungkin kerjaya seorang guru itu kelihatan hanyalah sekadar menyampaikan dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas namun sebenarnya tanggungjawab dan beban tugas seorang guru itu melebihi dan merangkumi segala-galanya bermula daripada mengajar dan mendidik murid-murid, aktiviti-aktiviti ko-kurikulum, tugas-tugas pengkeranian sehinggalah kepada kerja-kerja sampingan seperti mengecat, membuat garisan padang dan pelbagai jenis pekerjaan lagi. Bolehlah dikatakan bahawa seseorang guru itu sentiasa bertugas dan dilimpahi dengan pelbagai tanggungjawab bermula dari awal pagi sehinggalah kepada waktu petang. Oleh itu, bolehlah dirumuskan bahawa bebanan kerja yang semakin meningkat adalah antara salah satu punca berlakunya tekanan di kalangan guru-guru. Selain itu, persekitaran tempat kerja iaitu sekolah tempat guru-guru mengajar juga telah dikenalpasti antara punca-punca berlakunya tekanan di kalangan guru-guru. Persekitaran yang dimaksudkan ialah hubungan guru-guru dengan pihak pentadbir, ibubapa, rakan sejawat mahupun murid-murid seperti yang telah diklasifikasikan oleh Dr. Sapora Sipon dalam rencana beliau. Ini menjelaskan bahawa hubungan baik guru-guru dengan pihak pentadbir, ibubapa, rakan sejawat mahupun murid-murid pastinya akan mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan baik untuk guru. Namun begitu, seringkali kita mendengar guru-guru sering menghadapi masalah dan tekanan khususnya daripada pihak pentadbir dan ibubapa. Pihak pentadbir, khususnya Guru Besar seringkali dilaporkan menekan para guru supaya berusaha keras siang dan malam bertujuan untuk meningkatkan prestasi sekolah dalam bidang akademik mahupun ko-kurikulum tanpa mengira kekangan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru tersebut. Hal ini ditambah lagi dengan pelbagai karenah ibubapa yang bulat-bulat menyerahkan tanggungjawab sebagai penjaga, pengasuh dan pendidik kepada anak-anak mereka tanpa menghulurkan bantuan kepada guru-guru khususnya
  • 3. dalam menangani gejala sosial yang berlaku di kalangan anak-anak mereka. Tambahan pula, terdapat segelintir guru yang mempunyai masalah dengan rakan-rakan sejawat khususnya di kalangan guru perempuan yang suka berpuak-puak dan ini pastinya menyumbang kepada masalah stres di kalangan para guru. Selain itu, kadar masalah disiplin yang tinggi di kalangan murid-murid, serta kegagalan guru-guru mengawal kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung juga menjadi salah satu punca berlakunya stres di kalangan guru-guru. Di dalam bilik darjah guru berhadapan dengan masalah salah laku pelajar yang mana faktor ini dipercayai antara faktor yang menyebabkan guru-guru di sekolah menghadapi tekanan. Guru terpaksa berhadapan dengan masalah pelajar- pelajar yang suka membuat bising, biadap atau kurang ajar dan kesukaran mengawal pelajar dalam kelas, misalnya pelajar hiperaktif yang suka berlari-lari di dalam kelas serta mengganggu rakan-rakan lain semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Sehubungan itu, kita perhatikan bahawa faktor penghargaan juga merupakan satu lagi faktor yang boleh menyebabkan tekanan kerja kepada guru. Faktor penghargaan ini merujuk kepada penghargaan yang sepatutnya diberikan kepada guru-guru yang rajin, berdedikasi, dan cemerlang dalam akademik dan ko-kurikulum. Terdapat guru-guru yang benar-benar memberi komitmen yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran, namun penghargaan yang sewajarnya masih belum diperolehi. Selain itu, terdapat guru-guru yang tidak berpeluang untuk kenaikan pangkat dan masih tidak diiktiraf senioritinya untuk memegang sesuatu jawatan. Adakalanya pandangan, pendapat dan suara seseorang guru demi kebaikan sekolah tidak dihargai atau kurang mendapat perhatian yang baik dari pihak pentadbiran sekolah. Ini juga boleh menimbulkan perasaan tersinggung dan kecewa sehingga menyebabkan guru-guru itu menjadi kurang proaktif lagi seiring dengan tekanan perasaan yang dialami. Selain itu, terdapat segelintir guru yang melihat gaji yang diterima tidak seimbang dengan tugasnya sedangkan mereka ini mengharapkan gaji yang seimbang dengan tugas-tugas yang ditanggungnya. Sepatutnya apabila guru-guru tersebut memegang sesuatu jawatan atau tugas yang berat, pihak pentadbir harus peka terhadap mereka yang dibebani kerja yang banyak. Faktor kekangan masa dan sumber merupakan faktor seterusnya yang menjadi penyebab berlakunya tekanan kerja kepada guru. Kekangan sumber merujuk kepada kekurangan peralatan dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran, keadaan bilik guru, kekurangan kelas, tuntutan sukatan pelajaran dan lain-lain. Kekangan masa pula ialah kekurangan masa guru-guru untuk mengajar, menghabiskan sukatan pelajaran yang diajar, pelajar dan masa rehat yang singkat. Pelbagai kursus juga perlu dihadiri oleh guru, kadang kala memakan masa yang lama sehingga terpaksa meninggalkan kelas yang diajar. Tambahan pula, guru tersebut tidak dapat menghabiskan sukatan pelajaran bagi mata pelajaran yang diajarnya. Setelah tamat kursus, guru perlu menghabiskan dan
  • 4. menyiapkan tugasan yang tertangguh sebelum ini. Ini tentunya akan menambahkan tekanan kerja kepada guru tersebut. Di samping itu, masalah peribadi turut menjadi punca atau sebab berlakunya tekanan di kalangan guru-guru. Masalah peribadi yang dimaksudkan di sini adalah seperti masalah rumahtangga ataupun masalah kesihatan yang berlaku di kalangan guru. Pastinya masalah-masalah yang berlaku dalam rumahtangga seperti penceraian mahupun masalah kesihatan seperti ditimpa penyakit-penyakit kronik menjadi salah satu sebab guru mengalami stres. Masalah-masalah ini kadangkala boleh membawa kepada sindrom kemurungan di kalangan guru dan mereka juga akan berasa kurang bersemangat semasa berada di sekolah. Tidak dapat dinafikan juga bahawa kenaikan pangkat yang terhad serta kadar gaji yang rendah turut menyumbang kepada tekanan perasaan yang seterusnya menjadi pencetus berlakunya masalah stres kepada seseorang guru. Kekangan kewangan disebabkan oleh gaji yang rendah pastinya menghalang guru-guru untuk mencapai status sosial yang baik dalam sesebuah masyarakat dan ini pastinya mengundang tekanan juga kepada para guru. Hal ini sememangnya berlaku di kalangan para guru khususnya guru-guru yang baru memasuki alam pekerjaan yang dilaporkan sukar untuk memberikan taraf hidup yang lebih baik kepada keluarga mereka khususnya untuk memiliki rumah dan kenderaan mewah yang sendiri. Walau bagaimanapun, geografi juga menjadi faktor penting dalam menentukan tekanan kerja di kalangan guru. Kedudukan sekolah dan masyarakat di kawasan sempadan adalah berbeza dengan tempat-tempat lain di Malaysia. Antara tempat yang agak unik dan perlu dibuat kajian ialah kawasan sempadan Malaysia dengan Thailand. Ini dapat kita lihat di Rantau Panjang, Kelantan di mana 35 peratus pelajar di sekolah berasal dari Sungai Golok, Thailand. Pelajar-pelajar di sini adalah terdiri daripada pelajar Melayu dan mereka berulang-alik melalui jambatan dan sebahagian lagi datang dengan menaiki sampan. Budaya hidup di sini agak berlainan dengan tempat lain di Malaysia kerana sedikit sebanyak budaya dari Thailand telah mempengaruhi masyarakat di Rantau Panjang. Selain daripada itu, satu lagi kelainan jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain ialah kegiatan penyeludupan yang menjadi sumber pendapatan penduduk di sini. Sebahagian besar penduduk di sini tidak menganggap kegiatan ini sebagai satu kesalahan, malah ia dianggap sebagai satu mata pencarian. Guru baru yang ditempatkan di sini memerlukan masa untuk menyesuaikan dengan keadaan persekitaran sebegini dan guru lama di sini mungkin telah menerima aktiviti ini sebagai satu kenyataan. Maka, tidak mustahil sekiranya guru-guru yang ditempatkan di sini mengalami masalah tekanan kerja yang lebih berat dari tempat-tempat lain. Berdasarkan punca-punca yang telah dihuraikan, didapati bahawa tekanan guru boleh mengakibatkan perasaan tidak selesa, emosi negatif seperti marah, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang berpunca dari aspek kerja mereka sebagai seorang guru. Dr. Sapora Sapian turut
  • 5. menerangkan dalam rencana beliau bahawa guru yang menghadapi tekanan tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap perubahan budaya pendidikan yang bukan sahaja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan tetapi perlu mendidik manusia agar menjadi masyarakat yang berguna. Justeru itu, tekanan kerja pada tahap yang tinggi biasanya akan membawa kepada ketidakpuasan kepada kerja, sikap suka mengelak serta pengabaian kerja. Malah, guru yang tertekan akan melakukan apa sahaja untuk memastikan tekanan yang melanda mereka berakhir. Ini termasuklah melakukan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang dan etika perguruan. Ponteng kerja adalah antara perkara serius yang dilakukan oleh individu-individu yang tertekan. Tindak balas penyesuaian tekanan oleh guru merangkumi tindakbalas psikologikal (keletihan dan kemurungan), fisiologikal (sakit kepala, tekanan darah tinggi) dan berkaitan sikap (pengambilan alkohol, merokok, gaya hidup dan masalah tidur). Selain itu juga, tekanan yang berpanjangan juga boleh melemahkan mental dan fizikal seseorang guru serta boleh membawa risiko ke atas kesihatan jika tidak menerima rawatan dengan sebaiknya. Tekanan atau stres yang berterusan juga boleh menggugat emosi seseorang guru sehingga kadangkala bertindak di luar jangkaan. Misalnya seperti berita yang diulaskan oleh Dr. Sapora Sapian dalam rencana beliau, di mana seorang warden asrama mengarahkan ramai pelajar perempuan SMK Bawang Assan berendam di dalam kolam ikan kerana kesalahan seorang daripada mereka yang membuang tuala wanita di dalam mangkuk tandas asrama perempuan. Ini jelas menyatakan bahawa tekanan kerja sememangnya akan mengganggu gaya hidup dan kesejahteraan hidup seseorang insan bergelar guru. Ini seterusnya akan mengganggu prestasi kerja dan outputnya dalam bidang pendidikan yang diceburinya. Perkara ini telah turut dibuktikan melalui pendedahan yang dibuat oleh akhbar (Berita Harian, 2011) iaitu seramai lima peratus daripada keseluruhan penjawat awam di Malaysia terlibat dalam kes ponteng kerja, di mana ada sesetengahnya tidak hadir ke tempat kerja selama tiga bulan. Tambahan pula, menurut laporan akhbar (Berita Harian, 2012) terdapat seorang guru di Perak yang tidak menghadirkan diri ke sekolah selama lebih dari 30 hari tanpa sebarang alasan yang kukuh. Akibat dari perlakuan tersebut, pihak Kementerian Pelajaran telah mengambil tindakan disiplin yang tegas terhadap guru terbabit termasuk memecatnya. Perkara ini dikhuatiri ada kaitannya dengan tekanan kerja yang dihadapi oleh guru seperti yang dinyatakan oleh Dr. Sapora Sapian dalam rencana beliau. Guru yang ponteng kerja akan menyebabkan proses pembelajaran dan pentadbiran di sekolah terganggu untuk satu jangka masa yang panjang. Akibatnya, banyak perkara yang tidak boleh diselesaikan dengan segera seperti kegagalan menghabiskan silibus pengajaran dan kelewatan menganjurkan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Selain itu, rancangan pengajaran yang telah ditetapkan juga tidak dapat diikuti lagi kerana telah tersasar dari perancangan asal menyebabkan perancangan
  • 6. yang baru perlu disusun semula. Akhirnya, pelajar-pelajar kelas terbabit juga akan menerima padah apabila mereka tidak mampu menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik terutamanya peperiksaan besar seperti UPSR, kesan daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang tidak lancar. Oleh hal yang demikian, kebijaksanaanlah yang menentukan dan membezakan seseorang individu itu dengan individu yang lain. Seorang guru yang bijak pastinya akan sentiasa berfikiran positif dan mempunyai strategi dan kaedahnya yang tersendiri untuk mengatasi dan menangani masalah tekanan yang dihadapi oleh mereka. Berdasarkan kepada hasil kajian yang telah dijalankan, berikut dapatlah dikemukan beberapa cadangan yang berkaitan dengan pengurusan tekanan guru di sekolah. Cadangan-cadangan yang dikemukakan ini difikirkan sesuai untuk mengurangkan tekanan kerja warga pendidik secara amnya. Salah satu langkahnya ialah berasaskan usaha seseorang guru itu sendiri, iaitu dengan melaksanakan dan menguruskan segala kerja dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan lebih sistematik dan tersusun. Guru yang bijak pastinya mampu merangka strategi yang tersusun agar segala tanggungjawab atau kerja yang diamanahkan dapat dilakukan atau disiapkan dengan sempurna mengikut tarikh yang ditetapkan selaras dengan etika pengurusan masa yang patut dimiliki oleh setiap guru. Budaya menangguhkan kerja dan bersikap sambil lewa ketika menjalankan tugas haruslah dielakkan bagi mengelakkan bebanan kerja yang berlambak pada satu-satu masa. Guru-guru juga boleh menolak tugas yang diberikan oleh pihak pentadbir mahupun rakan sejawat dengan cara yang baik dan berhemah sekiranya merasakan beban tugas yang ditanggung adalah amat berat dan membebankan. Selain itu, para guru juga boleh menggunakan teknologi internet yang berkembang pesat pada masa kini untuk meluahkan perasaan dan menyatakan masalah yang dihadapi di dalam blog-blog atau forum-forum berkaitan guru bagi mendapatkan nasihat daripada guru-guru yang lebih berpengalaman berkaitan masalah yang dihadapi. Pastinya perbincangan yang bermutu di antara guru-guru baru dengan guru-guru berpengalaman akan menghasilkan impak atau keputusan yang positif bagi menangani masalah stres yang berlaku di kalangan guru-guru di sekolah. Seterusnya, seseorang guru yang mengalami tekanan juga bolehlah mengambil pendekatan mengelakkan diri daripada individu-individu yang mengundang stres kepada mereka contohnya seperti mengelakkan diri daripada bercampur dengan rakan-rakan sejawat yang tidak sistematik dalam menjalankan tugas. Namun begitu, haruslah diingatkan bahawa guru-guru perlulah bertindak dengan bijak dalam apa jua tindakan yang dilakukan bagi mengelakkan diri daripada dituduh atau dianggap lari daripada menjalankan tugas. Di samping itu, guru juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti riadah, senaman yang berterusan dan
  • 7. melakukan latihan jasmani supaya dapat membantu melupakan tekanan yang dihadapi. Badan yang segar akan mempunyai otak yang cerdas.. Aktiviti bersukan selain membantu mengeluarkan peluh serta menjadikan badan kita sihat dan cergas juga secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan para guru dengan masyarakat. Aktiviti-aktiviti seperti berkelah atau bermain bola pada waktu petang atau hujung minggu bersama rakan sejawat lain sekolah pastinya akan menghasilkan perbincangan-perbincangan serta pertukaran idea yang sihat di antara guru-guru dan masyarakat di mana perkara ini pastinya akan membantu para guru untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik seterusnya mengurangkan tekanan yang dialami. Ini adalah selaras dengan amalan pemakanan guru juga perlu diberi panduan dan perhatian supaya bukan hanya murid-murid sahaja yang dijaga aspek jasmani, emosi, rohani dan inteleknya tetapi guru juga sepatutnya diberi pendedahan terhadap penjagaan aspek tersebut. Memang tidak dapat dinafikan bahawa profesion keguruan juga terdiri daripada komuniti berbeza kaum di mana setiap individu menganuti agama serta kepercayaan mengikut kaum masing-masing. Maka, seseorang guru juga bolehlah berusaha mendekatkan diri dengan penciptaNya bagi mengurangkan masalah tekanan yang dihadapi. Sebagai contoh para guru yang beragama Islam bolehlah memperbanyakkan membaca ayat-ayat suci al-Quran serta memperbanyakkan amalan zikir kerana kajian menunjukkan bahawa individu yang sentiasa mendekatkan diri dengan penciptaNya dapat menguruskan kehidupannya dengan lebih baik seterusnya mencapai kejayaan dalam setiap aspek kehidupan. Bagi guru-guru yang beragama lain pula, mereka juga boleh berdoa mengikut kepercayaan kaum masing-masing untuk mendapatkan ketenangan diri yang secara secara langsung dapat mengelakkan tekanan dalam diri seseorang guru. Langkah seterusnya bagi menangani masalah tekanan di kalangan guru melibatkan peranan pihak pentadbir. Misalnya, pihak pentadbir menganjurkan program berkaitan pengurusan tekanan, sama ada dalam bentuk bengkel, kursus ataupun seminar perlu memasukkan strategi berlandaskan agama dalam kandungan atau agenda program. Seterusnya, mewujudkan suasana yang sihat dan harmoni iaitu perhubungan yang baik antara staf, keputusan yang diambil perlulah berdasarkan perbincangan, polisi sekolah yang lengkap dan teratur, guru-guru menerima tindak balas yang positif dan dihargai, pengurangan tugas-tugas pentadbiran sebarang tugas tambahan adalah berdasarkan kepada kemahiran guru tersebut, membina persekitaran kerja yang ceria dan kerjasama yang baik untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi. Melalui pendekatan organisasi pula, pentadbir tentu boleh menentukan pemilihan dan penempatan guru-guru. Perpindahan dan pertukaran guru-guru disokong sepenuhnya supaya guru-guru yang ingin bertukar tidak tertekan. Pengetua juga mestilah ubah suai tugas guru dan memberikan taklimat kerja yang mendalam terutama sekali sasaran matlamat. Sebarang keputusan dan perancangan
  • 8. sekolah mestilah dilibatkan kerjasama semua guru di sekolah. Proses menerima dan menapis pendapat dan pandangan guru mungkin terlalu lambat, tetapi ia lebih mudah untuk diterima. Sehubungan itu juga, pentadbir perlu mengubah gaya pentadbiran bersifat autokratik kepada gaya pentadbiran yang lebih mengutamakan pendekatan humanistik atau demokratik. Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa kerjaya dan tugas seorang guru itu adalah amat berat. Tugas dan tanggungjawab guru pada masa yang serba canggih dan mencabar ini bukan hanya sekadar menyampaikan ilmu pengetahuan malah gurulah yang menjadi penjana dan nadi kepada kecemerlangan generasi yang akan datang. Secara mudahnya, tekanan-tekanan yang dialami oleh guru tidak boleh dipandang remeh kerana ianya boleh membawa kesan yang jauh lebih dahsyat kepada kemajuan pendidikan negara amnya dan kepada pembangunan pelajar khasnya kerana mereka bakal menjadi pemimpin pada masa depan. Ternyata, tekanan kerja sememangnya akan mengganggu gaya hidup dan kesejahteraan hidup seseorang insan bergelar guru. Ini seterusnya akan mengganggu prestasi kerja dan outputnya dalam bidang pendidikan yang diceburinya. Oleh yang demikian, setiap individu yang bergelar guru juga perlulah sentiasa mempersiapkan diri dengan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan yang ada mengikut perubahan semasa. Selain itu, seorang guru juga perlulah bijak menangani dan menguruskan setiap bebanan dan masalah yang dihadapi di alam pekerjaan dengan bijaksana agar setiap permasalahan dan bebanan tersebut tidak mengundang kepada masalah tekanan atau stres. Akhir kata, ingatlah bahawa setiap permasalahan itu pasti ada jalan penyelesaiannya. Begitu juga dengan masalah tekanan atau stres yang dialami oleh guru-guru pada masa kini, walaupun kadangkala penyelesaian itu memerlukan pengorbanan. Dalam pada itu, setiap pihak juga harus memberi sokongan dan membantu mengurangkan beban stres yang dihadapi oleh guru ini.