Dokumen tersebut membahas tentang amalan terbaik dalam pembangunan sosial dalam Islam, termasuk menegakkan keadilan dengan memenuhi hak Allah, manusia, dan diri sendiri serta tidak memilih kasih, serta memberikan sedekah secara ikhlas tanpa mengharap balasan untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Tugasan 3. amalan terbaik dalam pembangunan sosial
1. LMCP 1522: PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN DALAM ISLAM
TUGASAN 3: Amalan Terbaik dalam Pembangunan Sosial
NAMA: AIDA SABREENA BT AZMAN
MATRIK: A164637
FAKULTI: SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
PENSYARAH: PROF. DATO’ IR. DR. RIZAATIQ ABDULLAH BIN O.K. RAHMAT
2. PEMBANGUNAN SOSIAL
1. Secara umum, pembangunan sosial merupakan satu usaha untuk meningkatkan
kesejahteraan komuniti, melakukan proses integrasi penambahbaikan sosial dengan
pertumbuhan ekonomi serta memastikan semua anggota masyarakat mengambil bahagian
dalam proses pembangunan.
2. Nilai-nilai bersama dan prinsip-prinsip sejagat perlu dipertingkatkan dan dipertimbangkan
bagi merealisasikan perpaduan negara.
3. Di antara nilai-nilai sejagat ini ialah menghormati hak asasi manusia, menentang
kekerasan dan penindasan sesama manusia, cintakan keadilan, bencikan keganasan,
berperikemanusiaan, menghormati pemimpin yang jujur serta cintakan keamanan dan
perdamaian.
4. Dengan menekankan dan mengamalkan nilai-nilai sejagat dan mengelakkan penerapan
nilai-nilai yang berkonflik akan memudahkan usaha memupuk persefahaman dan perpaduan
di kalangan rakyat yang berlainan etnik.
3. 1. MENEGAKKAN KEADILAN
DEFINISI:
1. Al-Imam Mawardi menyifatkan keadilan sebagai memiliki sifat benar, terjamin keimanan,
terjauh dari sesuatu yang haram, tenang ketika reda dan marah serta berterusan menjaga
maruah di dalam urusan agama dan dunia.
2. Kedudukan adil bagi seorang manusia menurut pandangan Islam ditentukan bukan oleh
ketinggian darjat keturunan atau kekayaan mahupun kekuasaan, tetapi oleh ketakwaannya
yang merupakan hasil dari ketinggian ilmu dan akhlaknya.
3. Keadilan juga penting untuk membina masyarakat yang adil dan makmur, atau dengan kata
lain, masyarakat yang adil dan makmur tidak akan dapat diwujudkan jika keadilan tidak
ditegakkan.
4. Adil dari segi istilah bermaksud memberikan hak kepada orang yang berhak menerimanya
tanpa dikurangi sedikitpun serta meletakkan segala urusan pada tempat yang seharusnya.
4. CONTOH ADIL
1. Memenuhi hak Allah, manusia dan diri sendiri.
2. Tidak memiliki sifat pilih kasih sesama manusia.
3. Menjunjung kebenaran.
4. Adil dalam sukatan dan timbangan ketika dalam urusan jual beli.
5. Melakukan kebajikan kepada fakir miskin dan anak yatim.
DALIL BERSIFAT ADIL
ِ َّ ِلِل َءاَدَهُش ِطْسِقْالِب َينِام َّوَق واُنوُك واُنَمآ َِينذَّال اَهُّيَأ اَيَل ِْنيَدِلا َوْال ِلَأ ْ ُمِسُسنَأ أ َىَل ْوَل َلَ ْْاَينِب َبْق...
Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penegak keadilan, menjadi
saksi karena Allah, walaupun terhadap dirimu sendiri atau terhadap ibu bapak dan kaum
kerabatmu… (an-Nisa [4]: 135)
5. 2. SEDEKAH
MAKSUD Pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan secara ikhlas dan
sukarela tanpa mengharapkan balasan bertujuan untuk mendekatkan diri
kepada Allah.
CONTOH 1. Menghadiahkan senyuman manis dan ikhlas
2. Memberi bantuan seperti beras, pakaian, barangan mandi dan
sebagainya kepada golongan yang memerlukan
3. Menyumbang wang ringgit ke dalam tabung masjid, tabung seolah
dan sebagainya
HADIS “Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di
antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria
(senyum) dan mengurangkan bekalanmu untuk diisikan ke mangkuk
kawanmu.” (Hadis Riwayat Ahmad r.a)