1. RUMUSAN PENDIDIKAN INKULUSIF
Kesimpulannya, semua pihak memainkan peranan penting dan perlu saling
bekerjasama bagi memastikan kejayaan pelaksanaan program Pendidikan Inklusif
ini. Program Pendidikan Inklusif memberi peluang kepada murid berkeperluan
khas menerima pengajaran dan pembelajaran serta penyesuaian diri dari awal
dalam aspek hubungan sosial dan kemasyarakatan yang ada di persekitaran sekolah
dan komuniti setempat untuk menjadikan mereka lebih berjaya, mampu berdikari
dan menjadi anggota masyarakat yang lebih produktif. Maka, usaha yang
berterusan adalah perlu bagi memastikan program ini dapat dijalankan dengan
teratur dan berjaya. Kita akan dapat meningkatkan murid-murid berkeperluan khas
ini dari satu liabiliti menjadi satu aset yang penting dan berguna kepada negara di mana
mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti.