SlideShare a Scribd company logo
1 of 2
MORFOLOGI BAHASA MELAYU
1.0) PENGENALAN
Bidang morfologi merupakan antara bidang yang sangat penting untuk dipelajari bagi menguasai
Bahasa Melayu dengan lebih mendalam. Merujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4 menjelaskan
definisi morfologi sebagai kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk
infleksi, terbitan dan pemajmukan. Morfologi juga sering dikaitkan dengan kajian tentang
struktur dan bentuk sesuatu kata. Takrifan yang dibuat secara general menyatakan bahawa
morfologi tertumpu kepada kata. Kata terbentuk daripada unsur yang dikenali sebagai morfem.
Morfem membawa maksud unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi untuk menjalankan
tugas nahu atau fungsi gramatis. Morfem tidak dapat dipecah-pecahkan lagi kepada unit yang
lebih kecil memandangkan morfem sendiri merupakan unit yang terkecil.
Perkataan morfologi terlahir kerana wujudnya Istilah morphology yang berasal daripada
bahasa Latin iaitu ‘morphe’ yang bermaksud bentuk. Berdasarkan pandangan Nik Safiah Karim
(1996), morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan, struktur kata dan
penggolongan kata. Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang tulisan
yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula merupakan unit tatabahasa, sama
ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pemngimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
Penggolongan kata pula merupakan proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan
bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam kumpulan yang sama.
Menurut pandangan Abdullah Hassan (2006), morfologi didefinisikan sebagai bidang
ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Perkataan morfologi dipinjam daripada biologi yang
bermaksud kajian tentang bentuk tubuh haiwan dan tumbuhan. Konsep ini diterapkan kepada
bentuk perkataan bahasa manusia. Namun begitu, Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985)
menyatakan bahawa morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang
perkataan dan cara-cara pembentukannya.
Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz (1996) dalam bukunya Tatabahasa
Bahasa Melayu ( Perkataan ) telah menyatakan teori morfologi yang tersendiri iaitu
morfologi satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal-soal yang berkaitan dengan
kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan
bentuk kata. Morfologi mengkaji selok-belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik
perubahan kata itu. Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologi adalah bidang mengkaji
bagaimana morfem-morfem itu bergabung untuk membentuk ayat.
Menurut Kamarudin Hj.Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dan Arb’ie Sujud (1997) dalam
buku Pengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa, morfologi ialah disiplin
ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk
bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu. Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard Bloomfield
(1992) dalam bukunya Language yang telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman
Mahayiddin dan Noor Ein Mohd.Noor, menyatakan bahawa “Morfologi adalah konstruksi yang
mengandungi bentuk-bentuk terikat antara konsituen-konsituennya. Morfologi meliputi
konstruksi kata-kata dan bahagian kata”.
Secara generalisasinya, saya dapat simpulkan bahawa morfologi merupakan antara
bidang yang sangat penting untuk dipelajari terutamanya bagi pengkaji-pengkaji bahasa Melayu
kerana bidang morfologi mengkaji struktur, bentuk dan juga penggolongan kata. Morfologi
mempunyai sistem dan peraturannya yang tersendiri serta unik dalam penstrukturan ayat
berdasarkan proses pembentukan kata iaitu pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan dan
pengakroniman serta proses penggolongan kata yang terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata
adjektif dan kata tugas. Kesemua aspek ini memainkan peranan yang penting dalam
pembentukan ayat yang gramatis. Selain dapat memastikan penggunaan bahasa yang lebih
berkesan dan cekap, bidang morfologi ini merupakan tunjang utama dalam kajian linguistik.
Morfologi mengkaji struktur gramatikal perkataan, iaitu adanya perubahan kata, golongan kata
dan makna kata akibat perubahan bentuk kata. Tanpa pengetahuan tentang morfologi, sukar
untuk menghuraikan bahasa dengan mendalam dan terperinci terutama jika ingin menghuraikan
dan menyelesaikan permasalahan mengenai bahasa Melayu.

More Related Content

What's hot

Morfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksisMorfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksismurni mohamat
 
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Sharmilah Mimi
 
Kemahiran menulis sek.rendah 2
Kemahiran menulis sek.rendah 2Kemahiran menulis sek.rendah 2
Kemahiran menulis sek.rendah 2Jospher Joanes
 
Penulisan unsur serapan. kata pinjaman
Penulisan unsur serapan. kata pinjamanPenulisan unsur serapan. kata pinjaman
Penulisan unsur serapan. kata pinjamanAINNIEQ
 
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUcikguniza2012
 
1.6 konsep kata
1.6 konsep kata1.6 konsep kata
1.6 konsep kataAsri Mohad
 
Konsep tatabahasa secara umum
Konsep tatabahasa secara umumKonsep tatabahasa secara umum
Konsep tatabahasa secara umumJaf Hussin
 
Penulisan huruf
Penulisan huruf Penulisan huruf
Penulisan huruf firo HAR
 
2.teknik bacaan
2.teknik bacaan2.teknik bacaan
2.teknik bacaansuhasah
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfAnibintiMisran
 
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdfBMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdfMaizatul Mansor
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataShizuka Jijie (SBP)
 
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa MelayuKonsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa MelayuIPG Kampus Kota Bharu
 
Model Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama GriceModel Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama GriceSiti Mardiah
 

What's hot (20)

Morfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksisMorfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksis
 
Penulisan Mekanis
Penulisan MekanisPenulisan Mekanis
Penulisan Mekanis
 
Senarai gabungan bunyi kata (pola suku kata)
Senarai gabungan bunyi kata (pola suku kata)Senarai gabungan bunyi kata (pola suku kata)
Senarai gabungan bunyi kata (pola suku kata)
 
Gaya bahasa
Gaya bahasaGaya bahasa
Gaya bahasa
 
Bacaan ekstensif
Bacaan ekstensifBacaan ekstensif
Bacaan ekstensif
 
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
Kesantunan mengikut perspektif (asmah hj omar)
 
Makna sastera
Makna sasteraMakna sastera
Makna sastera
 
Kemahiran menulis sek.rendah 2
Kemahiran menulis sek.rendah 2Kemahiran menulis sek.rendah 2
Kemahiran menulis sek.rendah 2
 
Penulisan unsur serapan. kata pinjaman
Penulisan unsur serapan. kata pinjamanPenulisan unsur serapan. kata pinjaman
Penulisan unsur serapan. kata pinjaman
 
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYUSEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
SEMANTIK DAN PRAGMATIK BAHASA MELAYU
 
LITERASI BAHASA - TOPIK 1
LITERASI BAHASA - TOPIK 1LITERASI BAHASA - TOPIK 1
LITERASI BAHASA - TOPIK 1
 
1.6 konsep kata
1.6 konsep kata1.6 konsep kata
1.6 konsep kata
 
Konsep tatabahasa secara umum
Konsep tatabahasa secara umumKonsep tatabahasa secara umum
Konsep tatabahasa secara umum
 
Penulisan huruf
Penulisan huruf Penulisan huruf
Penulisan huruf
 
2.teknik bacaan
2.teknik bacaan2.teknik bacaan
2.teknik bacaan
 
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdfISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
ISU DAN CABARAN DALAM PENGUASAAN LITERASI (KUMPULAN 1).pdf
 
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdfBMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
BMMB1104 KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.pdf
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kata
 
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa MelayuKonsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
Konsep Fonetik dan Fonologi dan Fonem-fonem Dalam Bahasa Melayu
 
Model Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama GriceModel Prinsip Kerjasama Grice
Model Prinsip Kerjasama Grice
 

Similar to Morfologi bahasa melayu

Latihan morfologi
Latihan morfologiLatihan morfologi
Latihan morfologihazariyah
 
Asgment bmm 3112
Asgment bmm 3112Asgment bmm 3112
Asgment bmm 3112noorabib
 
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksisFonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksisfahmi_naka
 
75748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-340375748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-3403kee jumat
 
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docxWan Noryatini Mahmood
 
Konsep morfologi bahasa melayu
Konsep morfologi bahasa melayuKonsep morfologi bahasa melayu
Konsep morfologi bahasa melayuRekha Mariappan
 
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistikJelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistikNoryatimah Ismail
 
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuAliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuCaroline Nyandau
 
Assignment semantik
Assignment semantikAssignment semantik
Assignment semantikShila Daly
 
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat BahasaKumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat BahasaShamimi Jamudin
 
Assignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAssignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAhmad NazRi
 
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayuPengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayuRama Danty
 
Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Fir Aziz
 

Similar to Morfologi bahasa melayu (20)

Latihan morfologi
Latihan morfologiLatihan morfologi
Latihan morfologi
 
Bahan assg bm sept 2012
Bahan assg bm sept 2012Bahan assg bm sept 2012
Bahan assg bm sept 2012
 
Asgment bmm 3112
Asgment bmm 3112Asgment bmm 3112
Asgment bmm 3112
 
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksisFonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
 
Bmm3102
Bmm3102Bmm3102
Bmm3102
 
75748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-340375748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-3403
 
semantik
semantiksemantik
semantik
 
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
 
Konsep morfologi bahasa melayu
Konsep morfologi bahasa melayuKonsep morfologi bahasa melayu
Konsep morfologi bahasa melayu
 
Bidang bidang linguistik
Bidang bidang linguistikBidang bidang linguistik
Bidang bidang linguistik
 
Esemen full morfologi (1)
Esemen full morfologi (1)Esemen full morfologi (1)
Esemen full morfologi (1)
 
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistikJelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
 
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuAliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
 
Assignment semantik
Assignment semantikAssignment semantik
Assignment semantik
 
Teori huraian bahasa
Teori huraian bahasaTeori huraian bahasa
Teori huraian bahasa
 
Frasa klausa ayat
Frasa klausa ayatFrasa klausa ayat
Frasa klausa ayat
 
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat BahasaKumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
 
Assignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAssignment bm - semantik
Assignment bm - semantik
 
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayuPengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
Pengertian kata dalam bahasa arab dan bahasa melayu
 
Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Semantik soalan 1
Semantik soalan 1
 

More from Rekha Mariappan

Rumusan pendidikan inkulusif
Rumusan pendidikan inkulusifRumusan pendidikan inkulusif
Rumusan pendidikan inkulusifRekha Mariappan
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifRekha Mariappan
 
Program inklusif di malaysia
Program inklusif di malaysiaProgram inklusif di malaysia
Program inklusif di malaysiaRekha Mariappan
 
Definisi pendidikan inklusif
Definisi pendidikan inklusifDefinisi pendidikan inklusif
Definisi pendidikan inklusifRekha Mariappan
 
Definisi dan konsep pendidikan khas
Definisi dan konsep pendidikan khasDefinisi dan konsep pendidikan khas
Definisi dan konsep pendidikan khasRekha Mariappan
 

More from Rekha Mariappan (10)

Jenis jenis ayat
Jenis jenis ayatJenis jenis ayat
Jenis jenis ayat
 
Pengenalan sintaksis
Pengenalan sintaksisPengenalan sintaksis
Pengenalan sintaksis
 
Kesalahan umum imbuhan
Kesalahan umum imbuhanKesalahan umum imbuhan
Kesalahan umum imbuhan
 
Rumusan pendidikan inkulusif
Rumusan pendidikan inkulusifRumusan pendidikan inkulusif
Rumusan pendidikan inkulusif
 
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusifPeranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
Peranan pelbagai pihak dalam pendidikan inklusif
 
Program inklusif di malaysia
Program inklusif di malaysiaProgram inklusif di malaysia
Program inklusif di malaysia
 
Definisi pendidikan inklusif
Definisi pendidikan inklusifDefinisi pendidikan inklusif
Definisi pendidikan inklusif
 
Jenis program inklusif
Jenis program inklusifJenis program inklusif
Jenis program inklusif
 
Definisi dan konsep pendidikan khas
Definisi dan konsep pendidikan khasDefinisi dan konsep pendidikan khas
Definisi dan konsep pendidikan khas
 
Latihan imbuhan apitan
Latihan imbuhan apitanLatihan imbuhan apitan
Latihan imbuhan apitan
 

Recently uploaded

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANWawaRusli
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 

Recently uploaded (15)

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.1 Ciri ciri Persekutuan Tanah Melayu
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANANrice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
rice and farinaceous. PENYEDIAAN DAN PEBUATAN MAKANAN
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 

Morfologi bahasa melayu

  • 1. MORFOLOGI BAHASA MELAYU 1.0) PENGENALAN Bidang morfologi merupakan antara bidang yang sangat penting untuk dipelajari bagi menguasai Bahasa Melayu dengan lebih mendalam. Merujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4 menjelaskan definisi morfologi sebagai kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan dan pemajmukan. Morfologi juga sering dikaitkan dengan kajian tentang struktur dan bentuk sesuatu kata. Takrifan yang dibuat secara general menyatakan bahawa morfologi tertumpu kepada kata. Kata terbentuk daripada unsur yang dikenali sebagai morfem. Morfem membawa maksud unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi untuk menjalankan tugas nahu atau fungsi gramatis. Morfem tidak dapat dipecah-pecahkan lagi kepada unit yang lebih kecil memandangkan morfem sendiri merupakan unit yang terkecil. Perkataan morfologi terlahir kerana wujudnya Istilah morphology yang berasal daripada bahasa Latin iaitu ‘morphe’ yang bermaksud bentuk. Berdasarkan pandangan Nik Safiah Karim (1996), morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan, struktur kata dan penggolongan kata. Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang tulisan yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula merupakan unit tatabahasa, sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pemngimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula merupakan proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam kumpulan yang sama. Menurut pandangan Abdullah Hassan (2006), morfologi didefinisikan sebagai bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Perkataan morfologi dipinjam daripada biologi yang bermaksud kajian tentang bentuk tubuh haiwan dan tumbuhan. Konsep ini diterapkan kepada bentuk perkataan bahasa manusia. Namun begitu, Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) menyatakan bahawa morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya. Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz (1996) dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu ( Perkataan ) telah menyatakan teori morfologi yang tersendiri iaitu
  • 2. morfologi satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal-soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata. Morfologi mengkaji selok-belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu. Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem-morfem itu bergabung untuk membentuk ayat. Menurut Kamarudin Hj.Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dan Arb’ie Sujud (1997) dalam buku Pengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa, morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu. Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard Bloomfield (1992) dalam bukunya Language yang telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein Mohd.Noor, menyatakan bahawa “Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi bentuk-bentuk terikat antara konsituen-konsituennya. Morfologi meliputi konstruksi kata-kata dan bahagian kata”. Secara generalisasinya, saya dapat simpulkan bahawa morfologi merupakan antara bidang yang sangat penting untuk dipelajari terutamanya bagi pengkaji-pengkaji bahasa Melayu kerana bidang morfologi mengkaji struktur, bentuk dan juga penggolongan kata. Morfologi mempunyai sistem dan peraturannya yang tersendiri serta unik dalam penstrukturan ayat berdasarkan proses pembentukan kata iaitu pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan dan pengakroniman serta proses penggolongan kata yang terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Kesemua aspek ini memainkan peranan yang penting dalam pembentukan ayat yang gramatis. Selain dapat memastikan penggunaan bahasa yang lebih berkesan dan cekap, bidang morfologi ini merupakan tunjang utama dalam kajian linguistik. Morfologi mengkaji struktur gramatikal perkataan, iaitu adanya perubahan kata, golongan kata dan makna kata akibat perubahan bentuk kata. Tanpa pengetahuan tentang morfologi, sukar untuk menghuraikan bahasa dengan mendalam dan terperinci terutama jika ingin menghuraikan dan menyelesaikan permasalahan mengenai bahasa Melayu.