Morfologi    bermaksud      ilmu   bahasa    yang    mengkaji    struktur,bentuk   dan
penggolongan kata dalam penggunaan Bahasa Malaysia. Struktur kata pula
bermaksud susunan bentuk bunyi dan tulisan yang menjadi laras bahasa bermakna.
Bentuk kata pula adalah tatabahasa sama ada dalam tunggal atau hasil daripada
proses pengimbuhan,pemajmukan dan penggandaan.Penggolongan kata adalah
proses menjenis atau mengkategorikan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk
atau fungsi dalam ayat.Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985):
Morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan
dan cara-cara pembentukannya.(KIV)




07 Mei 2009
Pengenalan Morfologi

Bidang Morfologi

       Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan
penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang
yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit
tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan,
pemajmukan      dan    penggandaan.      Penggolongan     kata    pula   ialah   proses
menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan
anggota lain dalam golongan yang sama.

       Definisi Morfologi

       Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan –rakannya dalam buku Pengajian
Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin
ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini
merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.
Manakala Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalam buku
Linguistik Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana
perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan,
proses-proses membentuk perkataan dan bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dan
kata.

        Nik Safiah Karim dan rakan – rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu , 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji
struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan
bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.

        Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa
Bahasa Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu
morfologi satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal – soal yang berkaitan
dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat
daripada perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok –belok bentuk kata dan fungsi
gramatik atau semantik perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan bahawa
morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem – morfem itu bergabung untuk
membentuk ayat.




        Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa
Untuk Pelatih Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang dalam
kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara –cara pembentukkannya.O`Grady
& Guzman juga menyatakan pendapat pada tahun 2000 :121 dalam buku yang disediakan
oleh Radiah Yusoff dan rakan – rakannya,2004:36 iaitu morfologi adalah merujuk
kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata.

        Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard Bloomfield dalam bukunya Language
yang telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein
Mohd.Noor,menyatakan bahawa “Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi bentuk
– bentuk terikat antara konsituen – konsituennya.”“Morfologi meliputi konstruksi kata –
kata dan bahagian kata”.

Dicatat oleh elLyieDa di Khamis, Mei 07, 2009


DEFINISI MORFOLOGI

PENGENALAN

       Diperingkat sekolah rendah, setiap murid mesti berkemahiran dan berilmu
pengetahuan serta berpengalaman dalam pengetahuan sedia ada diaplikasi
untuk setiap pengajaran dan pembelajaran yang diterima dalam bilik darjah.


       Mata pelajaran Bahasa Melayu kini telah di sebut sebagai Bahasa
Malaysia berfungsi sebagai bahasa ilmu pengetahuan serta menjadi alat
komunikasi utama dan tolenrasi kaum. Bagi pelajar tahap I murid diajar
kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis
dengan ilmu dari pelbagai sumber.Setiap pelajar pula belajar dalam kelas yang
sama tapi mempunyai tahap penguasaan dalam pengajaran dan pembelajaran
yang berbeza.


       Semua pelajar di mestikan mempelajari morfologi-sintaksis.Namun banyak
pelajar tidak menguasai morfologi kerana pelbagai factor antaranya pelajar
menggunakan bahasa ibunda sebelum melafazkan dalam Bahasa Malaysia yang
betul maka aspek imbuhan sering menjadi kesalahan dalam pertuturan dan
penulisan pelajar. Kesilapan dalam struktur ayat menjadi semakin serius
dikalangan golongan yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa
kedua mereka.


       Ilmu morfologi harus diserap seawal kemahiran-kemahiran lain untuk
membolehkan mereka menguasai kemahiran morfologidisamping membaca dan
menulis huruf kemahiran membentuk suku kata dengan menggunakan struktur
     ayat yang betul harus ditekankan . Kemahiran ini boleh dibina dan murid dapat
     menulis dengan tepat,gramatis.dan berstruktur. Kemahiran ini menjadi teras untuk
     mempelajari pelajaran Bahasa Melayu dengan lebih kompleks dan mendalam.


     Soalan Tugasan
     Bahagian A


1. Jelaskan definisi morfologi


        Morfologi bermaksud ilmu bahasa yang mengkaji struktur,bentuk dan
     penggolongan kata dalam penggunaan Bahasa Malaysia. Struktur kata pula
     bermaksud susunan bentuk bunyi dan tulisan yang menjadi laras bahasa
     bermakna. Bentuk kata pula adalah tatabahasa sama ada dalam tunggal atau
     hasil daripada proses pengimbuhan,pemajmukan dan penggandaan.
        Penggolongan kata adalah proses menjenis atau mengkategorikan perkataan
     berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dalam ayat.
         Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985): Morfologi ialah satu
     bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara
     pembentukannya.




2.    Bincangkan secara ringkas penggolongan kata mengikut Tatabahasa Dewan
     Edisi Baharu.




        Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu cetakan kelima 1997,golongan-
     golongan kata boleh dikelaskan dengan beberapa criteria iaitu :
     struktur fonologi/bunyi
     struktur morfem
kriteria simantik




      Perkataan digolongkan merujuk kepada struktur sintaksis dan struktur
semantik disebabkan penggolongan tersebut dapat diselaraskan dengan
penggunaan perkataan sebagai satu bentuk bebas yang menjadi teras dalam
pengaplikasi tatabahasa untuk frasa,klausa dan ayat.


      Penggolongan kata terdapat konstituen-konstituen utama iaitu Frasa
subjek dan Frasa predikat. Kedua-dua frasa ini membentuk :


frasa nama (FN)
frasa kerja (FK)
frasa adjektif (FA)
frasa sendi nama (FS)


Setiap frasa-frasa tersebut mengandungi tunjang yang mewakili frasa-frasa
tersebut contohnya




                                 FN




                      KN
……..         bunga    ………
                 Kata nama ,kata kerja dan kata adjektif adalah kata utama kerana menjadi
        inti frasa-frasa ayat iaitu frasa nama,frasa kerja,dan frasa adjektif.Golongan kata
        ini tidak menjadi frasa utama kerana dikelompok dalam klausa secara langsung
        dan kata secara kolek tif iaitu kata tugas.Secara kesimpulannya golongan kata
        dalam Bahasa Melayu terbahagi kepada empat :
        kata nama
        kata kerja
        kata adjektif
        kata tugas
     3. Dengan berdasarkan dua petikan yang dipilih,sila analisis dan kemukakan contoh
        yang sesuai mengikut penggolongan kata yang berikut :


i)   kata nama
ii) kata kerja


           Kata nama boleh di kategori kepada tiga kumpulan iaitu, kata nama khas, kata
        nama am dan kata ganti diri.


        Kata nama khas
        Kata nama khas merujuk khusus pada sesuatu nama orang, haiwan,benda,
        tumbuhan        ,   perbadanan,pangkat,undang-undang,bangsa,        bahasa     dan
        sebagainya
        contoh : Puan Zarina,Profesor Ahmad, Bank Simpanan Nasional, Perdana
        Menteri dan sebagainya. Dalam tulisan, huruf pertama mesti ditulis dengan huruf
        besar.
        Kata nama Khas juga boleh dibahagi kepada dua bab iaitu nama khas hidup dan
        nama khas bukan hidup. Nama khas hidup pula ada dua iaitu manusia dan bukan
        manusia. Contoh Muhd Hakimin dan Si Comot.
Kata nama am
Kata nama am merujuk kepada benda,perkara,atau konsep yang umum
sifatnya.Dalam tulisan,huruf pertama ditulis dengan huruf kecil kecuali ketika
memulakan ayat. Kata nama am boleh dibahagikan kepada beberap kategori iaitu
kata nama tunggal,kata nama terbitan,kata nama majmuk, dan kata nama ganda.
kata nama tunggal – guru,sekolah, Negara,rumah dan sebagainya
(perkataan yang terdiri daripada kata dasar)
kata nama terbitan – ketua,kehendak, jutawan,penyapu dan sebagainya
(terhasil dari proses pengimbuhan)
kata nama majmuk – guru besar,kucing, balai polis
(terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih)
kata nama ganda – buku-buku,burung-burung, kuih muih dan sebagainya
(kata yang telah mengalami proses penggandaan)
Kata ganti nama
Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada lima kategori :
kata ganti diri
(aku,engkau, anda, kamu)
kata ganti tanya
(apa,siapa,mana)
kata ganti tempat
(sini,situ)
kata ganti tunjuk
(ini,itu)
kata ganti tak tentu
(apa-apa,siapa-siapa,bila-bila)


i)   Kata Nama


PETIKAN 1
Sumber : Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 4 (KBSR)
Muka surat : 42
Tajuk : Miskin Bukan Penghalang Kejayaan


         Aku anak petani. Namaku Firdaus. Aku berusia sepuluh tahun dan anak
sulung daripada enam orang adik beradik Aku tinggal di Kampung Simpang
Darat.
         Walaupun hidupku ibarat “kais pagi makan pagi,kais petang makan
petang”, hubungan kekeluargaan antara kami amat erat. Ayah bekerja mengambil
upah sebagai penoreh getah. Ayah sentiasa memberikan sepenuh perhatian
kepada kami. Ibu pula seorang suri rumah yang penyayang. Walaupun kami
hidup susah,ibu tidak pernah mengeluh.
         Sesungguhnya, pengalaman hidup ini telah banyak mengajar ku agar
berjuang untuk mencapai kejayaan. Kata-kata semangat guru “miskin         bukan
penghalang kejayaan”akan kusematkan ke dalam jiwa. Akan kubuktikan bahawa
aku juga mampu Berjaya.
         Harapan ayah dan ibu yang ingin melihat aku Berjaya juga akan aku
tunaikan. Aku membuat persediaan awal untuk menghadapi Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah. Di sekolah,aku sentiasa menumpukan sepenuh perhatian
semasa guru mengajar. Di rumah pula, aku menyediakan jadual waktu untuk
belajar.
         Kegiatan sukan di sekolah tidak aku tinggalkan. Dengan bersukan,badanku
menjadi cergas dan otakku menjadi cerdas. Justeru, aku akan dapat belajar
dengan selesa.
         Di samping itu, aku bertekad untuk mengubah nasib keluargaku. Untuk
mencapai impian itu, aku berjanji akan belajar dengan gigih dan menjadi model
yang terbaik kepada adik-adikku. Kemiskinan tidak akan kujadikan alasan untuk
gagal dalam pelajaran.
         Aku akan membuktikan bahawa kemiskinan bukan penghalang untuk
mencapai kejayaan.
Dalam petikan 1 bertajuk “Miskin Bukan Penghalang Kejayaan” terdapat
golongan kata nama iaitu Kata nama khas, kata nama am, kata ganti nama.


Analisis 1
Kata nama khas
Kata nama khas yang terdapat dalam petikan tersebut ialah Firdaus merujuk
kepada watak utama cerita. Terdapat kata nama khas tak hidup iaitu nama
Kampung Simpang Darat dan kata nama khas bukan manusia iaitu merujuk
kepada benda khusus iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah.


Analisis 2
Kata nama am
          Kata nama tunggal – Kata nama tunggal yang terdapat dalam petikan
banyak digunakan iaitu :
guru
petani
ayah
ibu
adik-adik
anak
penoreh
suri rumah
model
          Kata nama tunggal ini dikategori bagi kata nama tunggal hidup bagi
manusia.Namun ada kata nama tunggal bukan hidup dan konkrit digunakan iaitu
sekolah
getah
rumah
Kata nama terbitan yang terhasil dari proses pengimbuhan atau abstrak
dan tidak terbilang iaitu:-
penyayang
pengalaman
harapan
perhatian
bertekad
hubungan
         Kata nama majmuk juga digunakan untuk memproses dua rangkaikata
agar menjadi dua kata dasar atau lebih
anak sulung
jadual waktu
anak petani
penoreh getah
suri rumah
         Kata nama ganda adalah kata nama am yang telah mengalami proses
penggandaan.
adik-adik
kata-kata




Analisis 3
Kata ganti nama
         Kata ganti nama yang digunakan dalam petikan tersebut amat sedikit
kerana pengolahan cerita hanya berkisar pada satu watak utama sahaja
        Kata ganti diri singkatan dan pertama yang digunakan iaitu
ku
aku
kami
        Kata ganti nama tunjuk
ini
itu
Kesimpulan ;
Petikan “ Miskin Bukan Penghalang Kejayaan” banyak menggunakan kata nama
sebagai proses menlengkapkan struktruk ayat agar mudah di fahami jalan
ceritanya. Petikan banyak menggunakan kata nama tunggal iaitu perkataan yang
terdiri daripada kata dasar dan unsur kata nama terbitan yang terhasil daripada
proses pengimbuhan. Penggunaan kata ganti diri hanya sedikit digunakan kerana
watak cerita tidak memerlukan penulis memperkenalkan watak dengan serius,
memadai dua atau tiga ayat untuk memudahkan pembaca memahami jalan cerita
hingga tamat.
ii) Kata Kerja


PETIKAN 2
Sumber : Buku teks Bahasa Malaysia Tahun 4 (KBSR)
Muka Surat : 13
PAK SENIK INSAF
        Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki kaya bernama Pak Senik. Kebun
getahnya luas. Haiwan ternakannya juga banyak. Ada lembu,kambing,ayam dan
itik.
Walaupun berada, dia sangat kedekut. Dia tidak pernah menyembelih haiwan
peliharaannya untuk dijadikan lauk. Dia sanggup makan nasi berlaukkan ikan
kering sahaja. Dia juga tidak pernah bersedekah kepada orang-orang miskin.
        Pak Senik mempunyai seorang anak perempuan bernama Gayah, Suami
Gayah,Dolah, tidak suka akan sifat bapa mertuanya yang bakhil itu. Dolah telah
bermuafakat dengan Gayah untuk memberikan kesedaran kepada Pak Senik.
Dolah dan Gayah telah menjemput Pak Senik ke rumah mereka. Pada hari
    tersebut, Gayah memasakkan Pak Senik gulai kambing yang lazat.
           “ Wah, sedap sungguh gulai kambing ini! Baunya pun harum dan
    menyelerakan,” kata Pak Senik sambil makan. Dia makan dengan berselera
    sekali kerana tidak pernah menikmati lauk-pauk yang sedap. Dolah dan Gayah
    tidak makan. Mereka memperhatikan sahaja gelagat Pak Senik.
           “ Dari mana kamu dapat daging kambing ni?”, Tanya Pak Senik.
           “ Saya sembelih seekor kambing ayah”, jawab Dolah selamba. Pak Senik
    sangat marah.
           “ Kamu mesti bayar ganti ruginya”, jerit Pak Senik dengan kuat.
           “ Kami tidak makan daging kambing itu, mengapa kami mesti
    membayarnya?’, balas Dolah. Pak Senik terdiam.
           “ Ayah sudah tua. Harta ayah banyak. Kalau ayah murah hati dan suka
    bersedekah       tentu   orang   kampung   menghormati      ayah.   Tuhan   juga
    menggandakan rezeki ayah”, jelas Dolah dengan lembut.




           Sejak peristiwa itu, Pak Senik insaf. Dia tidak kedekut lagi. Dia sentiasa
    bersedekah kepada fakir miskin.




    Kata kerja      adalah inti utama bagi membina atau konstruksi frasa kerja.
    Pengolongan Kata kerja boleh terdapat unsure-unsur lain seperti kata
    bantu,berobjek,pelengkap,ayat komplemen dan keterangan bagi mengukuhkan
    struktur ayat.


           Kata kerja terdapat dua kelompok iaitu :
    Kata kerja Transitif
Kata kerja tak transitif


Kata kerja Transitif
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek frasa nama untuk
melengkapkan maksud yang ingin dinyatakan contoh :
Emak menyiram bunga
Ayah sedang memandu kereta
   Kata kerja ini boleh dibahagi kepada dua iaitu kata kerja transitif aktif dan kata
kerja transitif pasif. Kata kerja ini yang menggunakan awalan meN- dengan atau
tanpa akhiran –kan atau –i
Kata kerja tak transitif
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau
objek selepasnya. Kata kerja tak transitif dapat dibahagikan dua iaitu
berpelengkap dan tidak berpelengkap. Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah
kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud.
Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap boleh berdiri sendiri tanpa objek
penyambut.
Contoh :
Kata kerja transitif berpelengkap :
Suasana kampung sungguh sunyi
Semua mereka tinggal di Kuala Lumpur
    Ayat condong jika digugurkan menjadi ayat yang tidak sempurna.


    Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap :
Emak sedang menangis
Mereka asyik ketawa sahaja.
   Ayat di atas berdiri tanpa subjek dan kata kerja yang berdiri sendiri tanpa
bergantung kepada unsure lain untuk melengkapkan makna ayat.
Analisa 1
Berdasarkan petikan “Pak Senik Insaf” banyak unsure kata kerja digunakan untuk
antaranya :
Kata kerja tak transitif dalam petikan banyak digunakan kerana maknanya dapat
berdiri sendiri tanpa memerlukan objek :
Dia sangat kedekut
Dolah dan Gayah tidak makan
Ayah sudah tua
Harta ayah banyak
Pak Senik insaf
Dalam ayat-ayat di ats,perkataan yang dicondongkan adalah kata kerja tak
transitif,sementara unsure yang mengikuti ialah pelengkap.Namun sekiranya
pelengkap digugurkan, ayat-ayat yang terhasil tidak sempurna. Contohnya
Dia sangat
Dolah dan Gayah
Ayah
Harta ayah
  Ayat ini juga tidak boleh diboleh dipasifkan seperti Dia sangat dikedekut
Kata Kerja Tak Transitif dengan Pelengkap
Subjek                         Predikat                 Keterangan
Kebun                          Getahnya                 Luas
Haiwan                         Ternakanya               Banyak


Analisa 2
Kata kerja transitif
Subjek                 Frasa Kerja Transitif            Penyambut
Gayah                  Memasakkan                       Gulai kambing yang lazat
Gayah dan Dolah        Menjemput                        Pak    senik   ke     rumah
                                                        mereka
Mereka                 Memerhati sahaja                 Gelagat Pak Senik
Tuhan              Menggandakan                         Rezeki ayah


   Frasa nama yang menjadi penyambut bagi ayat-ayat di atas ialah gulai kambing
   yang lazat, dengan berselera sekali, gelagat Pak Senik dan rezeki ayah adalah
   keterangan.Ayat –ayat di atas boleh di pasifkan
a. Gulai kambing dimasak oleh Gayah dengan lazatnya.
b. Pak Senik dijemput ke rumah mereka oleh Gayah dan Dolah
c. Gelagat Pak Senik diperhati sahaja oleh mereka
d. Rezeki ayah digandakan oleh Tuhan


   Analisa 3
   FRASA KERJA DENGAN KATA BANTU
   Contoh ayat yang terdapat Frasa kerja dengan kata bantu dalam petikan tersebut
   ialah
   Dia tidak pernah menyembelih haiwan peliharaannya
   Dolah telah bermaufakat dengan Gayah


   Penggunaan frasa kerja dengan kata bantu dapat memberi gambaran yang plot
   cerita ada perkembangan waktu atau masa.
   Kesimpulan
   Kata kerja yang digunakan oleh penulis adalah binaan yang pelbagai untuk
   menjadi pembaca mengikuti plot-plot cerita sehingga tamat. Frasa kerja dan
   adjektif,binaan frasa kerja dan akhir sekali susunan konstituen frasa kerja banayk
   digunakan
BAHAGIAN B: Sintaksis
    1. Definisi ayat majmuk.
       Menurut buku Tatabahasa Dewan edisi ketiga (2008), ayat majmuk ialah ayat
       yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan
       percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga
       menjadikannya ayat 1,(a) , dengan ayat 1.(b);
             1. Ali sedang membaca buku dan Fatimah sedang membuat latihan
                 matematik..
              (a) Ali sedang membaca buku.
              (b) Fatimah sedang membuat latihan matematik.
       Terdapat tiga jenis ayat majmuk iaitu:
1       Ayat majmuk gabungan
2       Ayat majmuk pancangan
3       Ayat majmuk campuran


       Ayat Majmuk Gabungan
       Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang dibina oleh dua ayat atau lebih yang
       menjadikan satu dengan cara mengabungkan atau mencantumkan ayat-ayat
       tersebut dengan kata hubung seperti ,dan,atau, tetapi, dan sebagainya.
       Contoh:
1       Rokiah pandai menyanyi dan menari.
2       Abu kurus tetapi kuat makan.
       Ayat 1 dihubungkan dengan kata hubung dan manakala ayat 2 dihubungkan
       dengan kata hubung tetapi.


       Ayat Majmuk Pancangan
       Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak
       setara.Ini bermakna dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau
       ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil.Ayat kecil
       dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti
yang, bahawa, kerana, jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.Dalam
bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu
ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan.
                           Ayat Majmuk Pancangan
       Ayat Relatif            Ayat Komplemen            Ayat Keterangan
Ayat relatif ialah ayat    Ayat majmuk komplemen     Ayat majmuk keterangan
yang ditandai dengan       ialah ayat utama yang     ialah ayat majmuk yang
penggunaan perkataan       dipancangkan dengan       terdiri daripada satu ayat
yang seperti contoh di     ayat kecil yang           utama dan satu atau lebih
bawah:                     seterusnya menjadi        ayat kecil yang bertugas
1) Kanak-kanak yang        komplemen kepada ayat.    sebagai keterangan
cedera itu rupa-rupanya    Ayat komplemen dapat      kepada predikat.
anak Leman.                dibentuk dengan           Contoh:
(2) Kanak-kanak itu rupa- menggunakan kata           Pemain hoki negara gagal
rupanya anak Pak           hubung bahawa atau        kerana tidak bersedia.
Leman                      yang.                     Ayat kecil dalam ayat
(3) Kanak-kanak itu        Contoh:                   majmuk keterangan
cedera                     1.Bahawa mancis api       menerangkan kata kerja
Ayat (3) telah             telah menyebabkan         dalam ayat utama, iaitu
dipancangkan kepada        kebakaran itu.            Pemain hoki negara gagal
subjek ayat utama dan      2.Bahawa pembuangan       Ayat majmuk keterangan
dijadikan ayat kecil       puntung rokok merata-     dibina untuk pelbagai
dengan menggugurkan        rata telah menyebabkan    tujuan dengan
``kanak-kanak itu'' dan    kebakaran.                menggunakan kata
menggunakan kata                                     hubung yang tertentu.
hubung yang.                                         -kerana, oleh, sebab,
                                                     lantaran, hingga
                                                     sehingga, jika, kalau,
                                                     sekiranya, andainya,
setelah, tatkala,
                                                       sementara, ketika, sambil,
                                                       agar, supaya, kalau-
                                                       kalau, untuk, bagi, demi,
                                                       dengan, sungguhpun,
                                                       walaupun, meskipun,
                                                       sekalipun, seperti, bagai,
                                                       macam, bak, umpama.




Ayat Majmuk Campuran
Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis
ayat.Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan
atau ayat majmuk pancangan.Biasanya, ayat jenis ini panjang.Panjang pendek
bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya
atau bilangan klausanya.
Contoh 1:
Mereka mendaftarkan kanak-kanak yang lahir dalam tahun 2002, yang telah
menerima suntikan tersebut.
        Dalam ayat ini terdapat dua ayat relatif yang dipancangkan ke dalam ayat
induk iaitu yang lahir dalam tahun 2002 dan yang mereka menerima suntikan
tersebut. Subjek ayat majmuk ialah mereka, katakerjanya mendaftarkan dan objek
tepat kanak-kanak.Kedua-dua ayat relatif itu merupakan penerang kepada objek
tepat
2. Dengan berdasarkan petikan dari buku teks Tahun 6 muka surat 23 dan 63
saya telah analisis petikan tersebut dan telah mendapati beberapa contoh
mengikut perkara berikut:
i)      Ayat majmuk gabungan.
Contoh 1(m.s 23)
Lampu bercahaya dan berwarna-warni.
ii)       Ayat majmuk pancangan
                           Ayat Majmuk Pancangan
          Ayat Relatif         Ayat Komplemen              Ayat Keterangan
Contoh 1:                  Contoh 1:                  Contoh 1
(muka surat 63)            (muka surat 63)            (muka surat 23)
Madu tersebut dijual       Sesetengah penduduk        Hani sekeluarga berasa
dengan harga yang          kampung mencari madu       bertuah kerana dapat
tinggi.                    lebah di hutan untuk       menyaksikan konsert itu.
Contoh 2:                  dijual.                    Contoh 2:
(muka surat 63)            Contoh 2:                  (muka surat 63)
Di negara kita juga        (muka surat 63)            Kraf tangan ini dipasarkan
banyak kraf tangan yang    Tahukah kamu bahawa        dengan meluas.
dihasilkan daripada        hutan merupakan sumber
buluh.                     pendapatan kepada
                           sesetengah penduduk di
                           negara kita?


iii)      Ayat majmuk campuran
Contoh 1:
Terdapat pelbagai jenis rotan seperti rotan manau atau nama saintifiknya,
Calamus conioastris, rotan semang dan rotan paku atau Calamus exilis.
Contoh 2:
Apabila menyebut perkataan hutan, tergambar dalam fikiran kita akan pokok-
pokok yang besar dan pelbagai jenis mergastua.




Senarai rujukan
Abdullah Hassan. (1993) Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur :
Utusan
       Publication and Distributors Sdn.Bhd.
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa, dan Abdul Hamid Mahmod.
(2004).
       Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka
Mangantar Simanjuntak. (1982). Aspek Bahasa dan Pengajaran. Kuala Lumpur :
       Sarjana Enterprise
Sulaiman Masri, Ahmad Khair Mohd Nor.(2006) Tatabahasa Melayu Mesra
Pengguna.
       Edisi Baharu :Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd


DEFINISI MORFOLOGI

1. Hockett (1958)

- Morfologi ialah suatu unsure terkecil yang mengandungi makna dalam tuturan sesuatu
bahasa.

2. Nik Safiah Karim (Tatabahasa Dewan)

- Morfologi ialah satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan
penggolongan kata.

3. Kamus Dewan Edisi Ketiga.

- Morfologi ialah satu kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa termasuk
infleksi, terbitan dan pemajmukan.

4. Kamarudin Hj. Husin (Pengajian Melayu 1,Ilmu Bahasa dan Kecekapan
Berbahasa,1997)

- Morfologi ialah satu disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan
penggolongan kata. Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.

5. Abdullah Hassan (Linguistik Am,2007)
- Morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini
dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk
perkataan dan bentuk-bentuk perkataan ialah morfem dan kata.

6. Siti Hajar Hj. Husin Abdul Aziz (Tatabahasa Bahasa Melayu(Perkataan),1996)

       Morfologi ialah satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal-soal yang
       berkaitan rapat dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata dan
       makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata.
       Morfologi mengkaji selok-belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik
       perubahan kata.
       Morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem-morfem itu bergabung
       membentuk ayat.

7. Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan,
1985)

- Morfologi ialah bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara
pembentukannya.

8. O¶Grady dan Guzman (2000) dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yussof (2004).

- Morfologi merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata.

9. Leonard Blomfield (Language) terjemahan Alias Mahpul, Kamaruzaman Mahayiddin
dan Noor Ein Mohd Noor.

       Morfologi ialah konstruksi yang mengandungi bentuk-bentuk terikat antara
       konsituen-konsituennya.
       Morfologi meliputi konstruksi kata-kata dan bahagian kata.

10. Marzhuki Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob (1993)

       Morfologi ialah kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk katakata.
       Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang membicarakan atau mempelajari selok-
       belok struktur kata serta pengaruh perubahan-perubahan struktur kata terhadap
       golongan dan erti kata.



KATA TUGAS
   Kata tugas mempunyai tugas yang mustahak di dalam ayat. Kata tugas tidak
      mempunyai makna tetapi ia digunakan dalam ayat dan frasa untuk menjalankan
      sesuatu tugas tatabahasa. Fungsi kata tugas ialah menjadi penghubung, penentu,
penguat, pedepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, penanya dan
      penyeru.
   Ada 16 jenis kata tugas yang boleh dikelompokkan berdasarkan kriteria kedudukan
      dan fungsinya dalam binaan ayat, iaitu :

       - kata hubung

     - kata penegas

     - kata tanya

     - kata nafi

     - kata seru

     - kata pemeri

     - kata perintah

       - kata sendi nama

       - kata pembenar

     - kata arah

     - kata pangkal ayat

     - kata bilangan

     - kata bantu

     - kata penekan

     - kata penguat

     - kata pembenda

Untuk memudahkan penghuraian, jenis kata ini boleh dibahagikan kepada empat
kelompok :
A) Kata Penyambung Ayat
    terdiri daripada satu jenis kata tugas sahaja, iaitu kata hubung.
    Ia adalah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau
       lebih menjadi satu ayat yang berlapis yang dikenali sebagai ayat majmuk.
    Contoh : dan, atau, tetapi, serta, sebaliknya, serana, supaya, walaupun.
b) Kata Praklausa
    sejumlah perkataan yang terletak perkataan yang terletak dihadapan klausa iaitu
       yang terdiri daripada :
           kata seru : berfungsi melahirkan pelbagai bentuk ayat yang menunjukkan
              perasaan. Contoh : aduh, cis, aduhai, amboi.
           kata tanya : untuk menanyakan sesuatu atau menyoal sesuatu. Contoh :
              mengapa , berapa, bila, bagaimana.
           Kata Perintah : perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak
              balas. Ia diucapkan dengan nada perintah, arahan, larangan, silaan atau
              permintaan. Contoh : jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong.
           Kata Pembenar : perkataan yang mengesahkan sesuatu pertanyaan. Contoh
              : ya, benar, betul,
           Kata Pangkal ayat : perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang
              menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Contoh : hatta, maka,
              syahdan, adapun, alkisah.
B) Kata Praklausa
    sejumlah perkataan yang terletak perkataan yang terletak dihadapan klausa iaitu
       yang terdiri daripada :
           kata seru : berfungsi melahirkan pelbagai bentuk ayat yang menunjukkan
              perasaan. Contoh : aduh, cis, aduhai, amboi.
kata tanya : untuk menanyakan sesuatu atau menyoal sesuatu. Contoh : mengapa , berapa,
bila, bagaimana
           Kata Perintah : perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas. Ia
            diucapkan dengan nada perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan.
            Contoh : jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong.
 Kata Pembenar : perkataan yang mengesahkan sesuatu pertanyaan. Contoh : ya,
              benar, betul,

             Kata Pangkal ayat : perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi
              penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Contoh : hatta, maka, syahdan,
              adapun, alkisah.

c) Kata Prafrasa

       sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja
        atau frasa adjektif.

       Ia mendukung tugas-tugas maksud yang terkandung dalam ayat seperti membantu,
        menguatkan, menegaskan, menafikan, menyendikan, menunjukkanarah dan membilang.

       terdapat 8 jenis kata prafrasa :

       Kata Bantu : jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa
        sendi nama dengan menimbulkanmakna-makna tambahan dari segi aspek waktu atau
        ragam. Kata bantu boleh dibahagikan kepada dua kumpulan

       Kata Bantu aspek yang bertugas menerangkan sama ada perubatan itu sudah dilakukan,
        sedang dilakukan atau akan dilakukan. Contoh : telah, sudah, pernah, sedang, masih,
        akan, belum.

       Kata Bantu ragam bertugas menerangkan kemahuan atau perasaan yang dirasai oleh
        orang yang melakukan perbuatan tersebut. Contoh : hendak, mahu, harus, mesti, boleh,
        dapat.

       Kata Penguat : berfungsi menguat maksud kata adjektif. Contoh : terlalu, paling, sekali,
        benar, sungguh, amat.

       kata penegas : juga dikenali sebagai kata partikel. Ia adalah sejumlah perkataan yang
        memberi penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Ada dua jenis kata
        penegas

                  menegaskan hanya frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contoh : -kah, -
                   tah, -lah.

                  menegaskan kedua-dua bahagian ayat iaitu frasa nama sebagai subjek atau
                   bahagiannya atau frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contoh : juga, jua,
                   sahaja, pun, lagi, memang.

       Kata Nafi : perkataan yang menjadi unsur nafi frasa frasa predikat iaitu frasa nama, frasa
        kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ada dua bentuk kata nafi : bukan dan tidak.
   Kata Pemeri : ia adalah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek
       dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Contoh : adalah, merupakan, ialah.

      Kata Sendi Nama : kata yang terletak di hadapan frasa sendi nama. Kata sendi nama
       sentiasa hadir di hadapan perkataan yang diterangkan olehnya. Contoh : di, ke, dari,
       demi, tentang, seperti, terhadap.

      Kata Arah : sejumlah perkataaan yang hadir sebelum frasa nama, lazimnya hadir sesudah
       perkataan sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Contoh : atas, bawah, tepi,
       antara.

      Kata Bilangan : sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama.
       Contoh : dua puluh, segala, semua, para,banyak, masing-masing.

Kata Pasca

      ia adalah satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah ‘-nya’ , yang
       berfungsi sebagai penekan dan pembenda.

      Kata penekan ialah satu bentuk yang memberi penegasan kepada kata yang bergabung
       dengannya. Contoh :

                Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.

      Kata pembenda pula ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan dari
       kata nama sebagai kata nama. Contoh :

                Lajunya 100 km sejam.




JENIS-JENIS KATA TUGAS

1. Kata Penyambung Ayat
a. Kata Hubung Gabungan
b. Kata Hubung Pancangan Relatif
b. Kata Hubung Pancangan Komplemen
c. Kata Hubung Pancangan Keterangan


2. Kata Praklausa
a. Kata seru
b. Kata tanya
c. Kata perintah
d. Kata pembenar
e. Kata pangkal ayat


3. Kata Prafrasa
a. Kata bantu
b. Kata penegas
c. Kata penguat
d. Kata nafi
e. Kata pemberi
f. Kata arah
g. Kata bilangan
h. Kata sendi nama


4. Kata Pascakata
a. Kata penekan
b. Kata pembenda




Kata Tugas




Kata Penguat dan Kata Penegas

Kata Penguat

1. Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif.

2. Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.

Contoh

   Paling         Agak            Sungguh            Amat
Terlalu          Nian              Benar

3. Kata penguat seperti agak, paling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif
(kata Penguat hadapan).

4. Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif (Kata
penguat belakang).

5. Kata penguat seperti sangat, amat,

dan sungguh boleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif ( kata
penguat hadapan dan belakang) .

Contoh

1. Murid yang paling pintar di sekolah rendah itu ialah Latipah.

2. Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah.

3. Suhu di kawasan kutub amat sejuk.

4. Kereta api itu sangat laju.

5. Rumah itu besar sangat untuk saya dan ibu.



Kata Penegas

Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan
bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.

Contoh

         -kah                     -lah               -tah               jua
         Juga                    Sahaja             hanya             memang
         Lagi                     Pun

Contoh

1. Itulah rumah kakak saya.

2. Apatah dayaku untuk menolongnya.
3. Barang-barang itu dibawa juga ke rumah neneknya.

4. Hanya dia yang belum membayar yuran.

5. Ayah seorang sahaja yang berbaju Melayu.



Kata Sendi Nama

1. MAKSUD

Perkataan yang digunakan untuk menyambungkan sesuatu perkataan dengan kata nama.



2. CONTOH SENDI NAMA

Kata sendi Fungsi atau kegunaan

Di [tempat / arah]
Ke [tempat / arah / masa]
Dari [tempat / arah / masa]
Daripada [manusia / asal kejadian / sumber / ahli]
Pada [tempat / masa / benda / perkara]
Kepada [manusia / binatang / naik atau turun / pembahagian]
Demi [tujuan]
Untuk [tujuan / kepada / bahagian]
Bagi [tujuan]

3. KESALAHAN PENGGUNAAN

KATA SENDI NAMA


1. ‘di’ mesti dijarakkan jika diikuti dengan ‘tempat, benda atau arah’.
(‘di’ yang dirapatkan bermaksud imbuhan ‘di….’ dan bukan kata sendi)


Salah:
-Dia tinggal dibelakang rumah saya. (arah)
-Pos itu terletak diantara tol dengan pejabat. (tempat)
-Anda sentiasa dihati saya. (benda)
Betul:
-Dia tinggal di belakang rumah saya.
-Pos itu terletak di antara tol dengan pejabat.

-Anda sentiasa di hati saya.

2. ‘ke’ mesti dijarakkan jika diikuti dengan ‘tempat, benda, arah atau masa’.
(‘ke’ yang dirapatkan bermaksud ‘imbuhan ‘ke….’ dan bukan kata sendi)


Salah:
-Dia pergi kebandar itu semalam. (tempat)
-Kami berlari kepokok itu. (benda)
-Dia merantau ketimur Semenanjung. (arah)
-Ahmad belajar dari pagi kemalam hari. (masa)

Betul:
-Dia pergi ke bandar itu semalam.
-Kami berlari ke pokok itu.
-Dia merantau ke timur Semenanjung.
-Ahmad belajar dari pagi ke malam hari.

3. ‘di’ tidak boleh diikuti dengan ‘masa/ waktu/ zaman/ tahun’. (gunakan ‘pada’)

Salah:
-Dia sampai ke Melaka di waktu malam.
-Di zaman dahulu ada raja yang zalim.

Betul:
-Dia sampai ke Melaka pada waktu malam.
-Pada zaman dahulu ada raja yang zalim.

4. ‘ke’ untuk perkara belum berlaku. ‘di’ untuk perkara sudah berlaku.

Salah:
-Saya akan sampai di sana sebentar lagi. (belum berlaku)
-Dia telah sampai ke sana pada petang tadi. (sudah berlaku)

Betul:
-Saya akan sampai ke sana sebentar lagi.
-Dia telah sampai di sana pada petang tadi.

5. . ‘dari’ hanya untuk ‘masa, arah dan tempat’. (selain itu gunakan ‘daripada’)
Salah:
-Saya sampai di sini sejak daripada petang tadi lagi. (masa)
-Pemandu itu datang daripada selatan tanah air. (arah)
-Pemuda bermisai tebal itu berasal daripada Melaka . (tempat)
-Kucing itu berlari daripada pokok kelapa itu. (benda)

Betul:
-Saya sampai di sini sejak dari petang tadi lagi. (masa)
-Pemandu itu datang dari selatan tanah air. (arah)
-Pemuda bermisai tebal itu berasal dari Melaka . (tempat)
-Kucing itu berlari dari pokok kelapa itu. (benda)


6. ‘daripada’ hanya untuk ‘manusia, asal kejadian, sumber dan ahli’.

Salah:
-Hadiah itu dari ibu saya di Johor Baharu. (manusia)
-Tayar kereta itu diperbuat dari getah asli. (asal kejadian)
-Syair ini saya ambil dari buku Sejarah Melayu Lama. (sumber)
-Peserta itu adalah dari Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya. (ahli)

Betul:
-Hadiah itu daripada ibu saya di Johor Baharu. (manusia)
-Tayar kereta itu diperbuat daripada getah asli. (asal kejadian)
-Syair ini saya ambil daripada buku Sejarah Melayu Lama. (sumber)
-Peserta itu adalah daripada Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya. (ahli)

7 . ‘pada’ untuk ‘masa, benda, tampat, dan perkara.

Salah:
-Saya berlatih badminton di pukul lima petang. (masa)
-Dia mengikat kambingnya di pokok besar itu. (benda)
-Di mesyuarat itu, mereka membantah cadangan saya. (perkara)

Betul:
-Saya berlatih badminton pada pukul lima petang. (masa)
-Dia mengikat kambingnya pada pokok besar itu. (benda)
-Pada/ Dalam mesyuarat itu, mereka membantah cadangan saya. (perkara)

8. Jika ayat mempunyai perkataan ‘ada’ hanya ‘pada’ boleh digunakan walaupun
untuk manusia.

Salah:
-Buku itu ada kepada Cikgu Saleha.
Betul:
-Buku itu ada pada Cikgu Saleha.

9. ‘kepada’ digunakan untuk ‘manusia, binatang, naik/ turun dan pembahagian’.

Salah:
-Beri surat ini pada bapa awak dengan secepat mungkin. (manusia)
-Chong Seng memberikan susu pada anak kucingnya . (binatang)
-Harga minyak telah meningkat pada USD50 setong. (naik/ turun)
-Cikgu Samad membahagikan pelajar itu pada tiga kumpulan . (pembahagian)

Betul:
-Beri surat ini kepada bapa awak dengan secepat mungkin. (manusia)
-Chong Seng memberikan susu kepada anak kucingnya . (binatang)
-Harga minyak telah meningkat kepada USD50 setong. (naik/ turun)
-Cikgu Samad membahagikan pelajar itu kepada tiga kumpulan . (pembahagian)

10. ‘demi’ dan ‘untuk’ tidak boleh digabungkan. (gunakan salah satu sahaja)

Salah:

-Saya pergi ke sekolah demi untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Betul:
-Saya pergi ke sekolah demi menuntut ilmu pengetahuan.
-Saya pergi ke sekolah untuk menuntut ilmu pengetahuan.

11. Pengulangan ‘dari’ untuk masa perlu sama pada bahagian awal dan akhir.

Salah:
- Dari masa ke semasa dia sedar juga.
- Dari sehari ke hari dia membesar.
- daripada masa ke semasa dia terus tekun berusaha.

Betul:
- Dari semasa ke semasa dia sedar juga.
- Dari sehari ke sehari dia membesar.
- dari semasa ke semasa dia terus tekun berusaha.
- dari masa ke masa dia terus tekun berusaha.
- dari hari ke hari dia membesar.

12 . ‘di antara' mesti diikuti perkataan ‘dengan’.

Salah:
-Sungai itu terletak di antara Melaka dan Johor .
-Bandingkanlah di antara anda dan saya .
-Di antara makan dan minum , dia lebih suka minum.

Betul:
-Sungai itu terletak di antara Melaka dengan Johor .
-Bandingkanlah di antara anda dengan saya .
-Di antara makan dengan minum , dia lebih suka minum




KATA HUBUNG

1. MAKSUD:
Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menyambung atau menghubungkan
sesuatu kata atau frasa dalam sesuatu ayat.

2. JENIS KATA HUBUNG:
a. Kata hubung gabungan:
Contoh : dan, serta, atau, sambil, lalu, maka

b. Kata hubung pancangan:
Contoh : sejak, semenjak, tetapi, kerana, hingga, sehingga, antara, apabila

c. Kata hubungan berpasangan :
Contoh : oleh sebab – maka, walaupun – namun, biarpun – tetapi, meskipun – namun, baik
– mahupun, sama ada – mahupun, bukan sahaja - malah

3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG

a. Jangan gunakan dua kali perkataan ‘dan’ untuk tujuan sama dalam satu ayat.
(gunakan berselang dengan ‘serta’)

Salah:
-Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang dan berehat pada waktu malam.

Betul:
-Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang serta berehat pada waktu malam.

b. Gunakan ‘atau’ jika bermaksud membuat pilihan

Salah:
-Anda boleh makan dan minum di kantin ini pada waktu rehat nanti.
-Kamu boleh berehat di hotel dan di rumah tumpangan.
Betul:
-Anda boleh makan atau minum di kantin ini pada waktu rehat nanti.
-Kamu boleh berehat di hotel atau di rumah tumpangan.

c. Jika ‘atau’ digunakan, perkataan sebelumnya mesti diulang tulis.

Salah:
-Awak datang dari Melaka atau Johor.
-Kamu boleh membawa buku sejarah atau matematik.
-Pelajar itu menghisap rokok atau dadah.

Betul:
-Awak datang dari Melaka atau dari Johor.
-Kamu boleh membawa buku sejarah atau buku matematik.
-Pelajar itu menghisap rokok atau menghisap dadah.

d. ‘hingga/ sehingga’ tidak boleh digunakan bersama-sama dengan ‘ke’.
(pilih salah satu sahaja)

Salah:
-Dia belajar dari pagi hingga ke petang hari.
-Ibu menghantar saya dari rumah sehingga ke tepi jalan.

Betul:
-Dia belajar dari pagi hingga petang hari.
-Dia belajar dari pagi ke petang hari.
-Ibu menghantar saya dari rumah sehingga tepi jalan.
-Ibu menghantar saya dari rumah ke tepi jalan.

e. ‘antara’ perlu diletak imbuhan 'di' jika menunjukkan ‘pilihan’ atau menunjukkan
‘had’ serta bergabung perkataan 'dengan'. (Jika umum, gunakan ‘antara’ : Antara
faktor tersebut ialah …….)

Salah:
-Antara membaca dan menulis, saya lebih suka menulis.
-Rumahnya terletak antara kedai dengan pejabat pos.

Betul:
-Di antara membaca dengan menulis, saya lebih suka menulis.
-Rumahnya terletak di antara kedai dengan pejabat pos.

f. Jika ‘di antara’ digunakan untuk ‘pilihan’ atau ‘had’, gunakan ‘dengan’ sahaja.
(Jangan gunakan ‘dan’ )
Salah:
-Di antara makan dan minum, adik saya lebih suka makan.
-Kedudukan rumahnya terletak di antara pejabat pos dan kedai.

Betul:
-Di antara makan dengan minum, adik saya lebih suka makan.
-Kedudukan rumahnya terletak di antara pejabat pos dengan kedai.

g. Tidak ada kata hubung ‘oleh kerana’ dalam bahasa Malaysia.

Salah:
-Oleh kerana sakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu.

Betul:
-Oleh sebab sakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu.

h. Jika dua perkara bersifat bertentangan, gunakan ‘tetapi’.

Salah:
-Dia kaya dan dia kedekut.
-Dia malas membuat ulang kaji dan lulus dengan cemerlang.

Betul:
-Dia kaya tetapi dia kedekut.
-Dia malas membuat ulang kaji tetapi lulus dengan cemerlang.

i. Jika perkara pertama berlaku menyebabkan perkara kedua, gunakan ‘maka’.

Salah:
-Dia malas membuat ulang kaji dan dia gagal dalam peperiksaan.
-Dia terjatuh dari atas pokok dan kaki kanannya patah.

Betul:
-Dia malas membuat ulang kaji maka dia gagal dalam peperiksaan.
-Dia terjatuh dari atas pokok maka kaki kanannya patah.

j. ‘kerana’ tidak boleh diletak di depan ayat. ‘Sebab’ tidak boleh diletak di tengah ayat.
‘oleh sebab’ tidak boleh diletak di tengah ayat.

Salah:
-Kerana terlalu gembira, dia melompat-lompat sehingga seliparnya putus.
-Dia tidak hadir ke sekolah sebab terlibat dengan ujian memandu kenderaan.
-Kami terpaksa membatalkan lawatan itu oleh sebab hari hujan.
Betul:
-Oleh sebab terlalu gembira, dia melompat-lompat sehingga seliparnya putus.
-Dia tidak hadir ke sekolah kerana terlibat dengan ujian memandu kenderaan.
-Kami terpaksa membatalkan lawatan itu kerana hari hujan

5.4 KATA TUGAS
Kata tugas ialah satu kelompok perkataan yang kehadirannya dalam ayat penting
kerana tugas-tugas sintaksis. Kata tugas hadir dalam ayat, sama ada di bahagian
hadapan ayat, di bahagian hadapan frasa, atau di belakang perkataan-perkataan
tertentu untuk memberikan makna khusus atau memainkan peranan sintaksis
tertentu dalam ayat berkenaan.
Jenis-Jenis Kata Tugas
a) Kata Hubung
Kata hubung ialah kata penyambung ayat, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas
menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang
berlapis.
Contoh:
i) Ali, Ahmad dan Halim pergi ke sekolah.
ii) Aslinda menari sambil bernyanyi.
iii) Dia pandai tetapi adiknya bodoh.
iv) Tidak boleh ada ahli yang memegang dua atau lebih. Morfologi: Penggolongan
Kata| 17
vi) Kalimat itu menunjukkan bahawa dia sememangnya mahu memberitahu.

b) Kata Seru
Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang
seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut, dan sebagainya. Cara
penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada
meninggi atau menurun.
Contoh:
i) Aduh, sakitnya tanganku!
ii) Aduhai, apalah malang nasibku ini!
iii) Ah, aku tidak bersetuju!
iv) Amboi, sombongnya dia!
v) Eh, bilakah kau pulang ke tanah air!

c) Kata Tanya
Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau
menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila dan bagaimana.
Contoh: Berapa
                              Harga barang itu
                             berapa?
                              Berapa tahunkah dia
                             belajar di luar negeri?

Bila
                              Mereka sampai bila?
                              Bilakah gerangan
                             kekanda akan pulang?

Bagaimana
                              Kesihatannya sekarang
                             bagaimana?
                              Bagaimanakah
                             keputusan
                             peperiksaannya?

d) Kata Perintah
Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas
terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan.
Contoh:
i) Jangan buang sampah di sini.
ii) Usah biarkan dia berseorangan.
iii) Silalah datang ke rumah saya jika ada kelapangan.
iv) Jemput masuk!
v) Minta tuan-tuan bersabar sebentar.

e) Kata Pangkal Ayat
Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi
penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Namun, kata pangkal ayat ini tidak begitu
banyak diamalkan sekarang. Perkataan ini umumnya digunakan dalam bahasa Melayu
klasik, misalnya hatta, maka, arakian, syahadan, dan sebagainya.
Contoh:
i) Hatta istana itu pun siaplah.
ii) Maka panglima itu pun diberi persalinan.
iii) Syahadan baginda pun berangkat meninggalkan Melaka.
iv) Adapun kuda itu dipunyai oleh Tun Umar.
v) Alkisah tidak beberapa lama kemudian hamillah permaisuri.

f) Kata Bantu
Kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas mambantu frasa kerja, frasa adjektif, dan
frasa sendi nama iaitu dengan menimbulkan makna-makna tambahan dari aspek waktu
atau ragam.
Contoh:
i) Pekerja itu telah pulang.
ii) Kami pernah ke utara Malaysia.
iii) Kanak-kanak itu sudah makan.
iv) Kanak-kanak itu hendak masuk ke bilik.
v) Ramai pemuda kini mahu bekerja sendiri.

g) KataPenguat
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi
menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif. Contoh:
i) Pokok itu terlalu tinggi.
ii) Masakan itu paling sedap.
iii) Kelakuan anak itu baik sekali.
iv) Bas itu tiba lambat benar.
v) Pakaian seragam pasukan itu amat kemas.

h) Kata Penegas
Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang
memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.
Contoh:
i) Di manakah ibu kamu itu?
ii) Bilakah kamu datang?
iii) Apatah daya kita?
iv) Dialah orangnya.
v) Inilah isteri kesayanganku.

i) KataNafi
Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu Frasa Nama,
Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama.
Contoh:
i) Dia bukan murid di sekolah ini. ii) Idah tidak pandai memasak kari ayam
iii) Jangan membuang sampah-sarap di merata-rata tempat.
iv) Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
v) Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
j) Kata Pemeri
Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan
frasa-frasa untama dalam predikat. Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu ialah dan
adalahContoh:
i) Dia ialah seorang guru.
SEMAK KENDIRI 1.5
ii) Berita itu adalah palsu.
iii) Mereka ialah pelari pecut.
iv) Pendapat itu adalah karut.
v) Nama saya ialah Ali.

k) Kata Sendi Nama
Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata
atau frasa-frasa dalam ayat. Kata sendi memerlukan frasa nama yang membentuk predikat
ayat.
Contoh:
i) Dia berasal dari pedalaman.
ii) Ibu pergi ke pasar.
iii) Saya menetap di Ipoh.
iv) Kertas ini diperbuat daripada kayu.
v) Dia balik pada pukul 5.00 petang.

l) Kata Pembenar
Kata pembenar ialah kata yang mengesahkan sesuatu pertanyaan. Contoh kata pembenar
ialah ya, benar dan betul.
Contoh:
i) Ya, esok awak boleh bercuti.
ii) Ya, kamilah yang membuka pintu rahsia itu.
iii) Benar, tekaan kamu itu memang tepat.
iv) Benar, dia sudah berhenti kerja.
v) Betul, kalau kamu tidak percaya, tanyalah Dani.

m) Kata Arah
Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah
kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau arah sesuatu.
Contoh:
i) Bunga hiasan itu sesuai ditempatkan di penjuru rumah
ii) Pertunjukkan tarian itu jelas dari sudut kiri stadium
iii) Kanak-kanak itu ditinggalkan di tepi jalan.
iv) Pelumba basikal itu bertolak dari utara ke selatan.
v) Semua hidangan itu diletakkan di atas meja.
.
n) Kata Bilangan
Kata bilangan ialah perkataan yang menerangkan bilangan atau jumlah orang, benda atau
perkara.
Contoh:
i) Saya menanam dua batang pokok kelapa di kebun.
ii) Para penulis dikehendaki beratur di dewan.
iii) Di pasar malam terdapat berbagai-bagai jenis sayuran dijual.
iv) Dia menunggu bas selama lima jam suku.
v) Harga ikan sardin ialah tujuh ringgit sekilo.

o) Kata Adverba
Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan
frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat.
Contoh:
i) Bas itu bergerak laju. ii) Saya hampir terjatuh ketika melompat.
iii) Datang ke sini cepoat. iv) Ibu betul-betul gembira dengan kepulangan kakak. v) Mereka
sesat berhari-hari di tengah lautan.
p) Kata Penekan
Kata penekan merupakan salah satu daripada kata pascakata iaitu kata yang hadir dan
melekat selepas perkataan. Bentuk kata tersebut ialah –nya, yang dapat berfungsi sebagai
penekan atau pembenda.
Contoh:
i) Sesungguhnya, pengorbanan perlu jika ingin berjaya.
ii) Bahawasanya setiap rakyat perlu mempertahankan negaranya.
iii) Cuaca nampaknya semakin gelap.
q) Kata Pembenda
Kata pembenda ialah bentuk kata yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan
daripada kata nama sebagai kata nama. Misalnya perlahannya, sedapnya, sejuknya.
Contoh:
i) Lajunya ialah 350 km sejam.
ii) Bukan kepalang sakitnya.
iii) Datangnya secara mendadak.
iv) Tingginya ialah 6 kaki.
v) Air sungai mengalir dengan derasnya.
RUMUSAN

RUJUKAN
Asmah Haji Omar. (1988). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Asmah Haji Omar. (2008). Nahu kemas kini. Kuala Lumpur: PTS
Asmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu mutakhir Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Kamus Dewan edisi ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Haji Karim et al. (2009). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Sulaiman Masri, Abdullah Yusof dan Mohd Ra’in Shaari (2007). Bahasa Melayu dimensi
pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.




Konsep dalam Morfologi

1.0 PENGENALAN

Menurut Frank Parker dalam bukunya, Linguistics For Non-Linguists, First Edition yang diterjemah oleh
Raja Rahawani Raja Mamat, morfologi merupakan suatu bidang pengkajian yang mengkaji pembentukan
kata. Beliau menyatakan “morphology” itu berasal daripada bahasa Latin “morphe” yang membawa
maksud bentuk. Abdullah Hassan dalam buku Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu pula mentakrifkan morfologi sebagai bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan
dibina, iaitu kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses
membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang dihasilkan (Abdullah Hassan, 2005: 117).
Dapatlah disimpulkan di sini bahawa ilmu morfologi ini merupakan bidang linguistik yang mengkaji
struktur binaan kata, bentuk kata dan golongan kata. Dalam bidang ini, morfem dan kata ialah unsur
utama yang dikaji dalam proses pembentukan kata.

Pengkajian dalam ilmu morfologi ini dapat dilihat sekurang-kurangnya dalam tradisi barat yang disusuli
kembali sejak zaman Franz Bopp, seorang tokoh berbangsa Jerman. Beliau telah menghasilkan penulisan
berkenaan dengan jenis akhiran pertuturan beberapa bahasa serumpun, termasuklah bahasa Jermanik
yang diterbitkan pada tahun 1816. Kajian dalam bidang ini telah dibayangi oleh pengkajian dalam bidang
fonologi dan sintaksis pada abad ke-20. Untuk memudahkan kita menguasai bidang morfologi ini,
beberapa konsep penting dalam bidang ini haruslah difahami terlebih dahulu.

2.0 KONSEP-KONSEP DALAM MORFOLOGI

2.1 Morf
2.1.1 Abdullah Hassan (2005: 120) dalam bukunya yang bertajuk Linguistik Am Siri Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu menyatakan setiap bentuk fonologi yang berlainan sebagai morf. Beliau
memberikan contoh morfem {meN-} yang mempunyai enam morf. Setiap morf itu diwakili dengan satu
lambang, iaitu meN-.
2.1.2 Jwuan Verhaan (2005) dalam bukunya, Pengantar Linguistik menyatakan morf sebagai salah satu
bentuk alomorfemis dari suatu morfem, tetapi bentuk yang hendak dipilih dianggap mewakili secara
konkrit morfem yang bersangkutan.
2.1.3 G. David Morley (2000) dalam Syntax In Functional Grammar pula menjelaskan morf sebagai “the
unit of grammatical form which realizes a morpheme”.

Dapatlah disimpulkan di sini bahawa morf itu ialah unsur yang mewakili morfem yang bersangkutan dan
mempunyai bentuk fonologi yang berlainan. Morf ini diberi satu lambang bagi mewakili morfem yang
bersangkutan itu. Misalnya meN- yang melambangkan me-, men-, mem-, meng-, menge- dan menye-.

2.2 Alomorf

2.2.1 Dalam buku Tatabahasa Dewan Jilid 2: Perkataan, Nik Safiah Karim ada menyenaraikan enam
alomorf bagi awalan peN-, iaitu pe-, pem-, pen-, peng-, penge- dan pel-. Menurut beliau, penyebaran
alomorf-alomorf tersebut ditentukan oleh faktor fonologi, iaitu jenis huruf pertama yang bercantum
dengan awalan tersebut serta faktor perkembangan dan perancangan bahasa.
2.2.2 Jos Daniel Parera (1994) dalam buku Morfologi Bahasa Edisi Kedua pula menyatakan bahawa
setiap perwakilan daripada sebuah morfem tertentu disebut alomorf. Beliau juga berpendapat bahawa
alomorf ialah nama untuk bentuk-bentuk perwakilan daripada sebuah morfem berdasarkan
linkungannya. Beliau ada memberikan contoh me-…-kan, mem-…-kan dan men-…-kan sebagai alomorf
daripada morfem yang sama.
2.2.3 G. David Morley (2000) dalam Syntax In Functional Grammar turut menjelaskan alomorf itu
sebagai “the variant possible morph of the one morpheme”.

Berdasarkan ketiga-tiga hujah tersebut, alomorf ialah bentuk yang berlainan daripada satu morfem yang
sama akibat daripada pengaruh bunyi awal kata dasar yang menerima imbuhan awalan. Misalnya
alomorf penye- digunakan sebelum huruf s pada awalan kata dasar seperti semak menjadi menyemak
dan alomorf pem- pula hadir pada kata dasar yang bermula dengan huruf p, b, f dan v.

2.3 Arkifonem

2.3.1 Dalam buku Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Abdullah Hassan
(2005) menyatakan arkifonem itu sebagai fonem yang melambangkan beberapa fonem seperti N dalam
morfem {meN-}. N ini berubah menjadi m, n, ny, ng dan nge apabila morfem tersebut bercantum
dengan kata dasar berdasarkan huruf pangkal pada kata dasar tersebut dan N mewakili fonem-fonem
tersebut.
2.3.2 Menurut Anton M. Moeliano (1996) dalam bukunya Bahasawan Cendekia: Seuntai Kata Untuk
Anton M. Moeliana, arkifonem ialah unsur segmental dalam posisi lemah yang berbeza dan ciri
pembedanya bersesuaian dengan pertalian daripada dua unsur.
2.3.3 P.H Matthew (1997) dalam Oxford Concise Dictionary Of Linguistics menjelaskan arkifonem sebagai
“phonological unit characterized by the distinctive features which are common two or more”.

Dapatlah disimpulkan di sini bahawa arkifonem ialah fonem yang ditandakan dengan huruf besar bagi
mewakili unsur yang berubah-ubah dalam morfem yang sama akibat daripada pengaruh huruf pangkal
pada kata dasar berdasarkan lingkungannya. Huruf besar digunakan bagi mewakili arkifonem. Misalnya
kata jual dan baca yang menerima morfem {meN-} menjadi menjual dan membaca. N ini ialah
arkifonem yang mewakili fonem-fonem tersebut.

2.4 Morfofonem

2.4.1 Pitsamai Intrachat (1987: 29) menjelaskan fonem-fonem yang berlainan yang diubah daripada
arkifonem disebut morfofonem kerana fonem-fonem itu adalah fonem-fonem ubahan daripada
arkifonem dalam satu morfem. Beliau memberikan contoh arkifonem N dalam morfem {meN-} boleh
diubah menjadi /φ/, /n/, /m/, /ɲ/ dan /ŋ/ bergantung pada lingkungannya.
2.4.2 Jos Daniel Parera (1994) dalam Morfologi Bahasa Edisi Kedua pula berpendapat morfofonem ialah
fonem-fonem yang berlainan yang diubah daripada arkifonem.
2.4.3 Pendapat ketiga pula diutarakan oleh P.H Matthew (1997) dalam Oxford Concise Dictionary Of
Linguistics. Beliau menyatakan yang morfofonem ialah “…the basic unit recognized in a
morphophonemic level of analysis. It is usually symbolized by the use of a capital letter within brace
brackets”. Perkara utama yang dinyatakan oleh beliau ialah morfofonem itu sebagai unit asas dalam
peringkat analisis morfofonemik.

Berdasarkan ketiga-tiga pendapat tersebut, morfofonem ini terjadi apabila morfem mengalami
perubahan morfofonemik akibat daripada pengaruh huruf awal pada kata dasar yang menerima morfem
terikat berbentuk imbuhan berdasarkan lingkungannya. Perubahan morfofonemik ini berlaku dengan
mengubah arkifonem dalam morfem dan arkifonem ini adalah ciri morfofonem.

2.5 Morfem Bebas

2.5.1 Abdullah Hassan (2005: 120) dalam bukunya, Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Melayu menjelaskan morfem bebas secara ringkas sebagai morfem yang boleh wujud
bersendirian. Beliau ada memberikan contoh perkataan peluh yang boleh hadir secara bersendirian
sebagai sebuah kata.
2.5.2 Jwuan Verhaan (2005) dalam buku Pengantar Linguistik pula menegaskan morfem bebas dapat
berdiri sendiri, iaitu boleh terdapat sebagai satu kata. Misalnya dalam bahasa Indonesia, kata cinta,
makan dan satu adalah morfem bebas.
2.5.3 Mark S. Letourneau (2001) dalam buku English Grammar mentakrifkan morfem bebas yang
disebut “free morphemes” dalam bahasa Inggeris sebagai “…morphemes that can occur by themselves
in a phrase or sentence”. Beliau memberi contoh perkataan “write” yang boleh berdiri sendiri dalam
rangkai kata atau ayat.

Secara ringkasnya, tidak terdapat perbezaan yang ketara tentang morfem bebas berdasarkan pendapat
yang diutarakan oleh mereka yang berlainan negara ini. Dapat dirumuskan di sini bahawa morfem bebas
ialah morfem yang boleh berdiri sendiri dan difahami maksudnya tanpa kehadiran morfem lain.
Misalnya perkataan murid, jual dan baik yang dapat berdiri sendiri dan difahami maknanya tanpa perlu
menerima morfem lain untuk membolehkannya berfungsi sebagai kata.

2.6 Morfem Terikat

2.6.1 Abdullah Hassan (2005: 120) menegaskan morfem terikat mesti digunakan bersama sekurang-
kurangnya satu morfem lain. Beliau memberikan contoh kata berpeluh daripada cantuman ber- dan
peluh. Imbuhan awalan ber- ialah morfem terikat kerana ber- tidak boleh berdiri sendiri dan
memerlukan suatu bentuk lain dalam penggunannya. Menurut Abdullah Hassan (2005) lagi, kata akar
seperti kata anai juga merupakan morfem terikat. Kata anai ini tidak boleh wujud bersendirian jika tidak
digandakan menjadi anai-anai.
2.6.2 Jwuan Verhaan (1995) turut menghuraikan morfem terikat sebagai morfem yang tidak terdapat
sebagai kata tetapi selalu dirangkaikan dengan satu atau lebih morfem yang lain menjadi satu kata.
Misalnya dalam bahasa Indonesia, ber- dalam bersatu dan memper- dalam mempersatu hanya
merupakan bahagian kata dan morfem-morfem itu ialah morfem terikat.
2.6.3 Dalam bahasa Inggeris pula, morfem terikat yang dikenali sebagai “bound morphemes” dijelaskan
oleh Mark S. Letourneau (2001) sebagai “…morphemes that cannot occur by themselves”. Beliau ada
memberi contoh morfem terikat -s, -er dan -ing yang perlu hadir bersama dengan morfem lain bagi
membolehkan morfem jenis ini membentuk kata seperti dalam kata “writes”, “writer” dan “writing”.

Secara ringkasnya, morfem terikat ialah morfem yang tidak boleh wujud bersendirian tanpa kehadiran
morfem lain. Morfem terikat ini terdiri daripada imbuhan dan kata akar. Kata akar seperti tapa, tari dan
rama memerlukan unsur dan morfem lain bagi melengkapkan maknanya, contohnya kata akar tapa
perlu menerima imbuhan seperti ber- menjadi bertapa bagi menunjukkan perbuatan.

2.7 Kata Akar

2.7.1 Berdasarkan pendapat Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya (1997) dalam Tatabahasa Dewan Edisi
Baharu, kata akar ialah bentuk morfem terikat yang bukan imbuhan. Mereka turut menggolongkan kata
akar ini sebagai segelintir daripada kata dasar seperti kata akar tapa yang menjadi dasar bagi perkataan
pertapaan dan nyala dalam perkataan nyalaan.
2.7.2 Pendapat kedua pula dikemukakan oleh Pitsamai Intrachat (1987) dalam bukunya, Sintaksis
Predikat Dalam Bahasa Malaysia. Beliau menyatakan kata akar ialah morfem terikat yang tidak boleh
berdiri sendiri, misalnya tari yang perlu digabungkan dengan morfem lain seperti pe- menjadi penari.
2.7.3 Menurut teori Ferdinand De Saussure (1991: 24) dalam buku Linguistic Theory The Discourse Of
Fundamental Works, kata akar disebut sebagai “the root (racine) is the irreducible element common to
all words of same family – the element in which the meaning common to all related words reaches the
highest degree of abstraction and generality”. Perkara utama yang disentuh di sini ialah kata akar tidak
boleh dikurangkan atau dipisahkan lagi kepada bentuk yang lebih kecil.

Dapatlah disimpulkan di sini bahawa kata akar ialah morfem terikat yang bukan daripada bentuk
imbuhan. Kata akar tidak boleh berdiri sendiri kerana memerlukan morfem lain bagi melengkapkan
maknanya, contohnya kata akar rama dan juang. Kata akar rama perlu digandakan menjadi rama-rama
dan juang ditambah dengan perkataan semangat juang bagi melengkapkan maknanya.

2.8 Kata Dasar

2.8.1 Menurut Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya (1997: 69) dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu,
kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Mereka menyatakan kata dasar
ini turut terdiri daripada morfem terikat yang bukan imbuhan, iaitu kata akar. Contohnya perkataan
bernyala dan pekebun. Kata dasar bagi bernyala ialah nyala yang merupakan kata akar, manakala kata
dasar bagi pekebun ialah kebun yang merupakan morfem bebas.
2.8.3 Ch. A. Van Ophuijsen (1983) dalam buku Tatabahasa Melayu yang diterjemah oleh T.W Kamil
daripada buku yang berjudul Maleiche Spraakkunst juga mentakrifkan kata dasar sebagai kata yang
menurut peraturan bahasa yang berlaku sekarang, tidak dapat dipulangkan kepada bentuk yang lebih
sederhana. Beliau menambah lagi kata dasar Melayu yang bersuku kata tunggal terdapat sedikit sahaja
seperti kata mas, wang, moe dan koe.
2.8.4 Konsep kata dasar ini turut dijelaskan oleh Ferdinand De Saussure (1991: 24) dalam Linguistic
Theory The Discourse Of Fundamental Works. Beliau menyatakan “The radical is generally the common
element in a series of related words and conveys the idea common to every word”. Daripada pendapat
beliau ini, dapat dibuat kesimpulan bahawa kata dasar merupakan bentuk atau unsur utama yang
menjadi dasar dalam kata dan membawa idea untuk setiap kata.

Secara ringkasnya, kata dasar ialah kata yang terdiri daripada morfem bebas dan morfem terikat yang
bukan imbuhan, iaitu kata akar. Kata dasar ini merupakan kata yang menjadi idea utama dalam setiap
kata dan tidak boleh dipulangkan dalam bentuk yang lebih kecil lagi. Misalnya kata jalan ialah kata dasar
bagi berjalan yang merupakan idea utama dalam kata tersebut dan tidak boleh dipisahkan menjadi ja
dan lan kerana tidak lagi berfungsi sebagai kata.

2.9 Kata Tunggal

2.9.1 Konsep kata tunggal ada dijelaskan oleh Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya (1997) dalam
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Mereka mentakrifkan kata tunggal sebagai bentuk kata yang terdiri
daripada hanya satu bentuk dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar
yang lain. Kata tunggal ini terbahagi kepada dua jenis. Pertama, kata tunggal yang merupakan unit bebas
dan boleh berdiri sendiri sebagai satu ayat seperti kata itu, pergi dan saya. Kedua, kata tunggal yang
merupakan jenis kata tugas seperti di, untuk dan yang.
2.9.2 Menurut Drs. Zainuddin (1992) dalam buku Materi Pokok Bahasa dan Sastra Indonesia pula, kata
tunggal ialah bentuk kata yang belum mendapatkan tambahan, belum diberi imbuhan atau belum
mengalami perubahan bentuk. Beliau memberi contoh perkataan mandi, pergi, tulis dan baca yang tidak
menerima sebarang perubahan atau tambahan unsur-unsur lain.
2.9.3 R.L Trask menyebut kata tunggal sebagai “singular word”, iaitu “In a language with the
grammatical category of number, that form of a word (most often a noun) which is tipically used to talk
about a single object such as dog, tree and idea”.

Dapatlah disimpulkan di sini bahawa kata tunggal ialah kata yang tidak menerima sebarang bentuk
imbuhan dan perubahan bentuk. Kata tunggal ini berpotensi mengalami perubahan bentuk melalui
proses pengimbuhan (pelajar dan makanan), penggandaan (baik-baik dan gunung-ganang) dan
pemajmukan (warganegara dan atur cara). Kata tunggal boleh dibahagikan kepada empat golongan
kata, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Kata tunggal boleh terdiri daripada satu
suku kata seperti tin, sen serta lap dan dua suku kata atau lebih seperti doa, suara serta masyarakat.

3.0 PENUTUP

Tuntasnya, setiap konsep dalam ilmu morfologi haruslah difahami agar kita dapat menguasai bidang ini
dengan sepenuhnya. Kefahaman terhadap konsep-konsep yang telah diketengahkan ini, iaitu morf,
alomorf, arkifonem, morfofonem, morfem bebas, morfem terikat, kata akar, kata dasar dan kata tunggal
amat penting untuk kita dalam mengkaji pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Walaupun terdapat
sedikit perbezaan pandangan dan hujah daripada pihak yang berlainan, tetapi sebenarnya perbezaan
pendapat ini amat membantu kita untuk lebih memahami dan menguasai bidang morfologi ini.
Perbezaan pandangan yang diutarakan ini akan membantu kita supaya berfikiran lebih kritis dalam
memahami setiap konsep tersebut dan bukannya hanya bergantung pada satu-satu hujah sahaja.

Secara keseluruhannya, aspek penting dalam pengkajian tentang struktur pembinaan kata ini ialah
morfem dan kata. Bidang morfologi ini amat penting kerana menjadi asas pada bidang sintaksis dalam
ilmu linguistik. Setiap konsep yang terdapat dalam bidang ini seharusnya diteliti dan difahami oleh setiap
orang, bukan hanya perlu dikuasai oleh ahli linguistik atau ahli bahasa sahaja. Setiap daripada kita
mempunyai bahasa, justeru amatlah perlu bagi kita memahami setiap perkara yang melambangkan
bahasa kita. Salah satunya ialah ilmu morfologi.

Dicatat oleh shinahariah di 4:56 PG

Bahan assg bm sept 2012

  • 1.
    Morfologi bermaksud ilmu bahasa yang mengkaji struktur,bentuk dan penggolongan kata dalam penggunaan Bahasa Malaysia. Struktur kata pula bermaksud susunan bentuk bunyi dan tulisan yang menjadi laras bahasa bermakna. Bentuk kata pula adalah tatabahasa sama ada dalam tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan,pemajmukan dan penggandaan.Penggolongan kata adalah proses menjenis atau mengkategorikan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dalam ayat.Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985): Morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya.(KIV) 07 Mei 2009 Pengenalan Morfologi Bidang Morfologi Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Definisi Morfologi Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan –rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.
  • 2.
    Manakala Abdullah Hassanjuga menyatakan definisi morfologi dalam buku Linguistik Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk – bentuk perkataan ialah morfem dan kata. Nik Safiah Karim dan rakan – rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu , 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna. Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal – soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok –belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem – morfem itu bergabung untuk membentuk ayat. Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara –cara pembentukkannya.O`Grady & Guzman juga menyatakan pendapat pada tahun 2000 :121 dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yusoff dan rakan – rakannya,2004:36 iaitu morfologi adalah merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata. Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard Bloomfield dalam bukunya Language yang telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein Mohd.Noor,menyatakan bahawa “Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi bentuk
  • 3.
    – bentuk terikatantara konsituen – konsituennya.”“Morfologi meliputi konstruksi kata – kata dan bahagian kata”. Dicatat oleh elLyieDa di Khamis, Mei 07, 2009 DEFINISI MORFOLOGI PENGENALAN Diperingkat sekolah rendah, setiap murid mesti berkemahiran dan berilmu pengetahuan serta berpengalaman dalam pengetahuan sedia ada diaplikasi untuk setiap pengajaran dan pembelajaran yang diterima dalam bilik darjah. Mata pelajaran Bahasa Melayu kini telah di sebut sebagai Bahasa Malaysia berfungsi sebagai bahasa ilmu pengetahuan serta menjadi alat komunikasi utama dan tolenrasi kaum. Bagi pelajar tahap I murid diajar kemahiran-kemahiran asas seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis dengan ilmu dari pelbagai sumber.Setiap pelajar pula belajar dalam kelas yang sama tapi mempunyai tahap penguasaan dalam pengajaran dan pembelajaran yang berbeza. Semua pelajar di mestikan mempelajari morfologi-sintaksis.Namun banyak pelajar tidak menguasai morfologi kerana pelbagai factor antaranya pelajar menggunakan bahasa ibunda sebelum melafazkan dalam Bahasa Malaysia yang betul maka aspek imbuhan sering menjadi kesalahan dalam pertuturan dan penulisan pelajar. Kesilapan dalam struktur ayat menjadi semakin serius dikalangan golongan yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kedua mereka. Ilmu morfologi harus diserap seawal kemahiran-kemahiran lain untuk membolehkan mereka menguasai kemahiran morfologidisamping membaca dan
  • 4.
    menulis huruf kemahiranmembentuk suku kata dengan menggunakan struktur ayat yang betul harus ditekankan . Kemahiran ini boleh dibina dan murid dapat menulis dengan tepat,gramatis.dan berstruktur. Kemahiran ini menjadi teras untuk mempelajari pelajaran Bahasa Melayu dengan lebih kompleks dan mendalam. Soalan Tugasan Bahagian A 1. Jelaskan definisi morfologi Morfologi bermaksud ilmu bahasa yang mengkaji struktur,bentuk dan penggolongan kata dalam penggunaan Bahasa Malaysia. Struktur kata pula bermaksud susunan bentuk bunyi dan tulisan yang menjadi laras bahasa bermakna. Bentuk kata pula adalah tatabahasa sama ada dalam tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan,pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata adalah proses menjenis atau mengkategorikan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dalam ayat. Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985): Morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya. 2. Bincangkan secara ringkas penggolongan kata mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu cetakan kelima 1997,golongan- golongan kata boleh dikelaskan dengan beberapa criteria iaitu : struktur fonologi/bunyi struktur morfem
  • 5.
    kriteria simantik Perkataan digolongkan merujuk kepada struktur sintaksis dan struktur semantik disebabkan penggolongan tersebut dapat diselaraskan dengan penggunaan perkataan sebagai satu bentuk bebas yang menjadi teras dalam pengaplikasi tatabahasa untuk frasa,klausa dan ayat. Penggolongan kata terdapat konstituen-konstituen utama iaitu Frasa subjek dan Frasa predikat. Kedua-dua frasa ini membentuk : frasa nama (FN) frasa kerja (FK) frasa adjektif (FA) frasa sendi nama (FS) Setiap frasa-frasa tersebut mengandungi tunjang yang mewakili frasa-frasa tersebut contohnya FN KN
  • 6.
    …….. bunga ……… Kata nama ,kata kerja dan kata adjektif adalah kata utama kerana menjadi inti frasa-frasa ayat iaitu frasa nama,frasa kerja,dan frasa adjektif.Golongan kata ini tidak menjadi frasa utama kerana dikelompok dalam klausa secara langsung dan kata secara kolek tif iaitu kata tugas.Secara kesimpulannya golongan kata dalam Bahasa Melayu terbahagi kepada empat : kata nama kata kerja kata adjektif kata tugas 3. Dengan berdasarkan dua petikan yang dipilih,sila analisis dan kemukakan contoh yang sesuai mengikut penggolongan kata yang berikut : i) kata nama ii) kata kerja Kata nama boleh di kategori kepada tiga kumpulan iaitu, kata nama khas, kata nama am dan kata ganti diri. Kata nama khas Kata nama khas merujuk khusus pada sesuatu nama orang, haiwan,benda, tumbuhan , perbadanan,pangkat,undang-undang,bangsa, bahasa dan sebagainya contoh : Puan Zarina,Profesor Ahmad, Bank Simpanan Nasional, Perdana Menteri dan sebagainya. Dalam tulisan, huruf pertama mesti ditulis dengan huruf besar. Kata nama Khas juga boleh dibahagi kepada dua bab iaitu nama khas hidup dan nama khas bukan hidup. Nama khas hidup pula ada dua iaitu manusia dan bukan manusia. Contoh Muhd Hakimin dan Si Comot.
  • 7.
    Kata nama am Katanama am merujuk kepada benda,perkara,atau konsep yang umum sifatnya.Dalam tulisan,huruf pertama ditulis dengan huruf kecil kecuali ketika memulakan ayat. Kata nama am boleh dibahagikan kepada beberap kategori iaitu kata nama tunggal,kata nama terbitan,kata nama majmuk, dan kata nama ganda. kata nama tunggal – guru,sekolah, Negara,rumah dan sebagainya (perkataan yang terdiri daripada kata dasar) kata nama terbitan – ketua,kehendak, jutawan,penyapu dan sebagainya (terhasil dari proses pengimbuhan) kata nama majmuk – guru besar,kucing, balai polis (terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih) kata nama ganda – buku-buku,burung-burung, kuih muih dan sebagainya (kata yang telah mengalami proses penggandaan) Kata ganti nama Kata ganti nama boleh dibahagikan kepada lima kategori : kata ganti diri (aku,engkau, anda, kamu) kata ganti tanya (apa,siapa,mana) kata ganti tempat (sini,situ) kata ganti tunjuk (ini,itu) kata ganti tak tentu (apa-apa,siapa-siapa,bila-bila) i) Kata Nama PETIKAN 1
  • 8.
    Sumber : BukuTeks Bahasa Malaysia Tahun 4 (KBSR) Muka surat : 42 Tajuk : Miskin Bukan Penghalang Kejayaan Aku anak petani. Namaku Firdaus. Aku berusia sepuluh tahun dan anak sulung daripada enam orang adik beradik Aku tinggal di Kampung Simpang Darat. Walaupun hidupku ibarat “kais pagi makan pagi,kais petang makan petang”, hubungan kekeluargaan antara kami amat erat. Ayah bekerja mengambil upah sebagai penoreh getah. Ayah sentiasa memberikan sepenuh perhatian kepada kami. Ibu pula seorang suri rumah yang penyayang. Walaupun kami hidup susah,ibu tidak pernah mengeluh. Sesungguhnya, pengalaman hidup ini telah banyak mengajar ku agar berjuang untuk mencapai kejayaan. Kata-kata semangat guru “miskin bukan penghalang kejayaan”akan kusematkan ke dalam jiwa. Akan kubuktikan bahawa aku juga mampu Berjaya. Harapan ayah dan ibu yang ingin melihat aku Berjaya juga akan aku tunaikan. Aku membuat persediaan awal untuk menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Di sekolah,aku sentiasa menumpukan sepenuh perhatian semasa guru mengajar. Di rumah pula, aku menyediakan jadual waktu untuk belajar. Kegiatan sukan di sekolah tidak aku tinggalkan. Dengan bersukan,badanku menjadi cergas dan otakku menjadi cerdas. Justeru, aku akan dapat belajar dengan selesa. Di samping itu, aku bertekad untuk mengubah nasib keluargaku. Untuk mencapai impian itu, aku berjanji akan belajar dengan gigih dan menjadi model yang terbaik kepada adik-adikku. Kemiskinan tidak akan kujadikan alasan untuk gagal dalam pelajaran. Aku akan membuktikan bahawa kemiskinan bukan penghalang untuk mencapai kejayaan.
  • 9.
    Dalam petikan 1bertajuk “Miskin Bukan Penghalang Kejayaan” terdapat golongan kata nama iaitu Kata nama khas, kata nama am, kata ganti nama. Analisis 1 Kata nama khas Kata nama khas yang terdapat dalam petikan tersebut ialah Firdaus merujuk kepada watak utama cerita. Terdapat kata nama khas tak hidup iaitu nama Kampung Simpang Darat dan kata nama khas bukan manusia iaitu merujuk kepada benda khusus iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah. Analisis 2 Kata nama am Kata nama tunggal – Kata nama tunggal yang terdapat dalam petikan banyak digunakan iaitu : guru petani ayah ibu adik-adik anak penoreh suri rumah model Kata nama tunggal ini dikategori bagi kata nama tunggal hidup bagi manusia.Namun ada kata nama tunggal bukan hidup dan konkrit digunakan iaitu sekolah getah rumah
  • 10.
    Kata nama terbitanyang terhasil dari proses pengimbuhan atau abstrak dan tidak terbilang iaitu:- penyayang pengalaman harapan perhatian bertekad hubungan Kata nama majmuk juga digunakan untuk memproses dua rangkaikata agar menjadi dua kata dasar atau lebih anak sulung jadual waktu anak petani penoreh getah suri rumah Kata nama ganda adalah kata nama am yang telah mengalami proses penggandaan. adik-adik kata-kata Analisis 3 Kata ganti nama Kata ganti nama yang digunakan dalam petikan tersebut amat sedikit kerana pengolahan cerita hanya berkisar pada satu watak utama sahaja Kata ganti diri singkatan dan pertama yang digunakan iaitu ku
  • 11.
    aku kami Kata ganti nama tunjuk ini itu Kesimpulan ; Petikan “ Miskin Bukan Penghalang Kejayaan” banyak menggunakan kata nama sebagai proses menlengkapkan struktruk ayat agar mudah di fahami jalan ceritanya. Petikan banyak menggunakan kata nama tunggal iaitu perkataan yang terdiri daripada kata dasar dan unsur kata nama terbitan yang terhasil daripada proses pengimbuhan. Penggunaan kata ganti diri hanya sedikit digunakan kerana watak cerita tidak memerlukan penulis memperkenalkan watak dengan serius, memadai dua atau tiga ayat untuk memudahkan pembaca memahami jalan cerita hingga tamat. ii) Kata Kerja PETIKAN 2 Sumber : Buku teks Bahasa Malaysia Tahun 4 (KBSR) Muka Surat : 13 PAK SENIK INSAF Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki kaya bernama Pak Senik. Kebun getahnya luas. Haiwan ternakannya juga banyak. Ada lembu,kambing,ayam dan itik. Walaupun berada, dia sangat kedekut. Dia tidak pernah menyembelih haiwan peliharaannya untuk dijadikan lauk. Dia sanggup makan nasi berlaukkan ikan kering sahaja. Dia juga tidak pernah bersedekah kepada orang-orang miskin. Pak Senik mempunyai seorang anak perempuan bernama Gayah, Suami Gayah,Dolah, tidak suka akan sifat bapa mertuanya yang bakhil itu. Dolah telah bermuafakat dengan Gayah untuk memberikan kesedaran kepada Pak Senik.
  • 12.
    Dolah dan Gayahtelah menjemput Pak Senik ke rumah mereka. Pada hari tersebut, Gayah memasakkan Pak Senik gulai kambing yang lazat. “ Wah, sedap sungguh gulai kambing ini! Baunya pun harum dan menyelerakan,” kata Pak Senik sambil makan. Dia makan dengan berselera sekali kerana tidak pernah menikmati lauk-pauk yang sedap. Dolah dan Gayah tidak makan. Mereka memperhatikan sahaja gelagat Pak Senik. “ Dari mana kamu dapat daging kambing ni?”, Tanya Pak Senik. “ Saya sembelih seekor kambing ayah”, jawab Dolah selamba. Pak Senik sangat marah. “ Kamu mesti bayar ganti ruginya”, jerit Pak Senik dengan kuat. “ Kami tidak makan daging kambing itu, mengapa kami mesti membayarnya?’, balas Dolah. Pak Senik terdiam. “ Ayah sudah tua. Harta ayah banyak. Kalau ayah murah hati dan suka bersedekah tentu orang kampung menghormati ayah. Tuhan juga menggandakan rezeki ayah”, jelas Dolah dengan lembut. Sejak peristiwa itu, Pak Senik insaf. Dia tidak kedekut lagi. Dia sentiasa bersedekah kepada fakir miskin.  Kata kerja adalah inti utama bagi membina atau konstruksi frasa kerja. Pengolongan Kata kerja boleh terdapat unsure-unsur lain seperti kata bantu,berobjek,pelengkap,ayat komplemen dan keterangan bagi mengukuhkan struktur ayat. Kata kerja terdapat dua kelompok iaitu : Kata kerja Transitif
  • 13.
    Kata kerja taktransitif Kata kerja Transitif Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek frasa nama untuk melengkapkan maksud yang ingin dinyatakan contoh : Emak menyiram bunga Ayah sedang memandu kereta Kata kerja ini boleh dibahagi kepada dua iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif. Kata kerja ini yang menggunakan awalan meN- dengan atau tanpa akhiran –kan atau –i Kata kerja tak transitif Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek selepasnya. Kata kerja tak transitif dapat dibahagikan dua iaitu berpelengkap dan tidak berpelengkap. Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud. Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap boleh berdiri sendiri tanpa objek penyambut. Contoh : Kata kerja transitif berpelengkap : Suasana kampung sungguh sunyi Semua mereka tinggal di Kuala Lumpur Ayat condong jika digugurkan menjadi ayat yang tidak sempurna. Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap : Emak sedang menangis Mereka asyik ketawa sahaja. Ayat di atas berdiri tanpa subjek dan kata kerja yang berdiri sendiri tanpa bergantung kepada unsure lain untuk melengkapkan makna ayat. Analisa 1
  • 14.
    Berdasarkan petikan “PakSenik Insaf” banyak unsure kata kerja digunakan untuk antaranya : Kata kerja tak transitif dalam petikan banyak digunakan kerana maknanya dapat berdiri sendiri tanpa memerlukan objek : Dia sangat kedekut Dolah dan Gayah tidak makan Ayah sudah tua Harta ayah banyak Pak Senik insaf Dalam ayat-ayat di ats,perkataan yang dicondongkan adalah kata kerja tak transitif,sementara unsure yang mengikuti ialah pelengkap.Namun sekiranya pelengkap digugurkan, ayat-ayat yang terhasil tidak sempurna. Contohnya Dia sangat Dolah dan Gayah Ayah Harta ayah Ayat ini juga tidak boleh diboleh dipasifkan seperti Dia sangat dikedekut Kata Kerja Tak Transitif dengan Pelengkap Subjek Predikat Keterangan Kebun Getahnya Luas Haiwan Ternakanya Banyak Analisa 2 Kata kerja transitif Subjek Frasa Kerja Transitif Penyambut Gayah Memasakkan Gulai kambing yang lazat Gayah dan Dolah Menjemput Pak senik ke rumah mereka Mereka Memerhati sahaja Gelagat Pak Senik
  • 15.
    Tuhan Menggandakan Rezeki ayah Frasa nama yang menjadi penyambut bagi ayat-ayat di atas ialah gulai kambing yang lazat, dengan berselera sekali, gelagat Pak Senik dan rezeki ayah adalah keterangan.Ayat –ayat di atas boleh di pasifkan a. Gulai kambing dimasak oleh Gayah dengan lazatnya. b. Pak Senik dijemput ke rumah mereka oleh Gayah dan Dolah c. Gelagat Pak Senik diperhati sahaja oleh mereka d. Rezeki ayah digandakan oleh Tuhan Analisa 3 FRASA KERJA DENGAN KATA BANTU Contoh ayat yang terdapat Frasa kerja dengan kata bantu dalam petikan tersebut ialah Dia tidak pernah menyembelih haiwan peliharaannya Dolah telah bermaufakat dengan Gayah Penggunaan frasa kerja dengan kata bantu dapat memberi gambaran yang plot cerita ada perkembangan waktu atau masa. Kesimpulan Kata kerja yang digunakan oleh penulis adalah binaan yang pelbagai untuk menjadi pembaca mengikuti plot-plot cerita sehingga tamat. Frasa kerja dan adjektif,binaan frasa kerja dan akhir sekali susunan konstituen frasa kerja banayk digunakan
  • 16.
    BAHAGIAN B: Sintaksis 1. Definisi ayat majmuk. Menurut buku Tatabahasa Dewan edisi ketiga (2008), ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat 1,(a) , dengan ayat 1.(b); 1. Ali sedang membaca buku dan Fatimah sedang membuat latihan matematik.. (a) Ali sedang membaca buku. (b) Fatimah sedang membuat latihan matematik. Terdapat tiga jenis ayat majmuk iaitu: 1 Ayat majmuk gabungan 2 Ayat majmuk pancangan 3 Ayat majmuk campuran Ayat Majmuk Gabungan Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang dibina oleh dua ayat atau lebih yang menjadikan satu dengan cara mengabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti ,dan,atau, tetapi, dan sebagainya. Contoh: 1 Rokiah pandai menyanyi dan menari. 2 Abu kurus tetapi kuat makan. Ayat 1 dihubungkan dengan kata hubung dan manakala ayat 2 dihubungkan dengan kata hubung tetapi. Ayat Majmuk Pancangan Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang dibentuk oleh klausa yang tidak setara.Ini bermakna dalam ayat berkenaan terdapat satu klausa bebas atau ayat utama dan satu atau lebih klausa tak bebas atau ayat kecil.Ayat kecil dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubungan seperti
  • 17.
    yang, bahawa, kerana,jika, apabila, sungguhpun dan sebagainya.Dalam bahasa Melayu, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada tiga jenis iatu ayat relatif, ayat komplemen, dan ayat keterangan. Ayat Majmuk Pancangan Ayat Relatif Ayat Komplemen Ayat Keterangan Ayat relatif ialah ayat Ayat majmuk komplemen Ayat majmuk keterangan yang ditandai dengan ialah ayat utama yang ialah ayat majmuk yang penggunaan perkataan dipancangkan dengan terdiri daripada satu ayat yang seperti contoh di ayat kecil yang utama dan satu atau lebih bawah: seterusnya menjadi ayat kecil yang bertugas 1) Kanak-kanak yang komplemen kepada ayat. sebagai keterangan cedera itu rupa-rupanya Ayat komplemen dapat kepada predikat. anak Leman. dibentuk dengan Contoh: (2) Kanak-kanak itu rupa- menggunakan kata Pemain hoki negara gagal rupanya anak Pak hubung bahawa atau kerana tidak bersedia. Leman yang. Ayat kecil dalam ayat (3) Kanak-kanak itu Contoh: majmuk keterangan cedera 1.Bahawa mancis api menerangkan kata kerja Ayat (3) telah telah menyebabkan dalam ayat utama, iaitu dipancangkan kepada kebakaran itu. Pemain hoki negara gagal subjek ayat utama dan 2.Bahawa pembuangan Ayat majmuk keterangan dijadikan ayat kecil puntung rokok merata- dibina untuk pelbagai dengan menggugurkan rata telah menyebabkan tujuan dengan ``kanak-kanak itu'' dan kebakaran. menggunakan kata menggunakan kata hubung yang tertentu. hubung yang. -kerana, oleh, sebab, lantaran, hingga sehingga, jika, kalau, sekiranya, andainya,
  • 18.
    setelah, tatkala, sementara, ketika, sambil, agar, supaya, kalau- kalau, untuk, bagi, demi, dengan, sungguhpun, walaupun, meskipun, sekalipun, seperti, bagai, macam, bak, umpama. Ayat Majmuk Campuran Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat.Ayat ini mungkin terdiri daripada ayat tunggal dan ayat majmuk gabungan atau ayat majmuk pancangan.Biasanya, ayat jenis ini panjang.Panjang pendek bukanlah kriteria ayat majmuk campuran tetapi bilangan subjek dan predikatnya atau bilangan klausanya. Contoh 1: Mereka mendaftarkan kanak-kanak yang lahir dalam tahun 2002, yang telah menerima suntikan tersebut. Dalam ayat ini terdapat dua ayat relatif yang dipancangkan ke dalam ayat induk iaitu yang lahir dalam tahun 2002 dan yang mereka menerima suntikan tersebut. Subjek ayat majmuk ialah mereka, katakerjanya mendaftarkan dan objek tepat kanak-kanak.Kedua-dua ayat relatif itu merupakan penerang kepada objek tepat 2. Dengan berdasarkan petikan dari buku teks Tahun 6 muka surat 23 dan 63 saya telah analisis petikan tersebut dan telah mendapati beberapa contoh mengikut perkara berikut: i) Ayat majmuk gabungan.
  • 19.
    Contoh 1(m.s 23) Lampubercahaya dan berwarna-warni. ii) Ayat majmuk pancangan Ayat Majmuk Pancangan Ayat Relatif Ayat Komplemen Ayat Keterangan Contoh 1: Contoh 1: Contoh 1 (muka surat 63) (muka surat 63) (muka surat 23) Madu tersebut dijual Sesetengah penduduk Hani sekeluarga berasa dengan harga yang kampung mencari madu bertuah kerana dapat tinggi. lebah di hutan untuk menyaksikan konsert itu. Contoh 2: dijual. Contoh 2: (muka surat 63) Contoh 2: (muka surat 63) Di negara kita juga (muka surat 63) Kraf tangan ini dipasarkan banyak kraf tangan yang Tahukah kamu bahawa dengan meluas. dihasilkan daripada hutan merupakan sumber buluh. pendapatan kepada sesetengah penduduk di negara kita? iii) Ayat majmuk campuran Contoh 1: Terdapat pelbagai jenis rotan seperti rotan manau atau nama saintifiknya, Calamus conioastris, rotan semang dan rotan paku atau Calamus exilis. Contoh 2: Apabila menyebut perkataan hutan, tergambar dalam fikiran kita akan pokok- pokok yang besar dan pelbagai jenis mergastua. Senarai rujukan
  • 20.
    Abdullah Hassan. (1993)Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publication and Distributors Sdn.Bhd. Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa, dan Abdul Hamid Mahmod. (2004). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Mangantar Simanjuntak. (1982). Aspek Bahasa dan Pengajaran. Kuala Lumpur : Sarjana Enterprise Sulaiman Masri, Ahmad Khair Mohd Nor.(2006) Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna. Edisi Baharu :Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd DEFINISI MORFOLOGI 1. Hockett (1958) - Morfologi ialah suatu unsure terkecil yang mengandungi makna dalam tuturan sesuatu bahasa. 2. Nik Safiah Karim (Tatabahasa Dewan) - Morfologi ialah satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. 3. Kamus Dewan Edisi Ketiga. - Morfologi ialah satu kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa termasuk infleksi, terbitan dan pemajmukan. 4. Kamarudin Hj. Husin (Pengajian Melayu 1,Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997) - Morfologi ialah satu disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu. 5. Abdullah Hassan (Linguistik Am,2007)
  • 21.
    - Morfologi ialahbidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan ialah morfem dan kata. 6. Siti Hajar Hj. Husin Abdul Aziz (Tatabahasa Bahasa Melayu(Perkataan),1996) Morfologi ialah satu cabang daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal-soal yang berkaitan rapat dengan kemungkinan adanya perubahan kata, golongan kata dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata. Morfologi mengkaji selok-belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan kata. Morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana morfem-morfem itu bergabung membentuk ayat. 7. Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan, 1985) - Morfologi ialah bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara pembentukannya. 8. O¶Grady dan Guzman (2000) dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yussof (2004). - Morfologi merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata. 9. Leonard Blomfield (Language) terjemahan Alias Mahpul, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein Mohd Noor. Morfologi ialah konstruksi yang mengandungi bentuk-bentuk terikat antara konsituen-konsituennya. Morfologi meliputi konstruksi kata-kata dan bahagian kata. 10. Marzhuki Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob (1993) Morfologi ialah kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk katakata. Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang membicarakan atau mempelajari selok- belok struktur kata serta pengaruh perubahan-perubahan struktur kata terhadap golongan dan erti kata. KATA TUGAS  Kata tugas mempunyai tugas yang mustahak di dalam ayat. Kata tugas tidak mempunyai makna tetapi ia digunakan dalam ayat dan frasa untuk menjalankan sesuatu tugas tatabahasa. Fungsi kata tugas ialah menjadi penghubung, penentu,
  • 22.
    penguat, pedepan, pembantu,penegas, penafi, pembenar, pemeri, penanya dan penyeru.  Ada 16 jenis kata tugas yang boleh dikelompokkan berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, iaitu :  - kata hubung  - kata penegas  - kata tanya  - kata nafi  - kata seru  - kata pemeri  - kata perintah  - kata sendi nama  - kata pembenar  - kata arah  - kata pangkal ayat  - kata bilangan  - kata bantu  - kata penekan  - kata penguat  - kata pembenda Untuk memudahkan penghuraian, jenis kata ini boleh dibahagikan kepada empat kelompok :
  • 23.
    A) Kata PenyambungAyat  terdiri daripada satu jenis kata tugas sahaja, iaitu kata hubung.  Ia adalah sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih menjadi satu ayat yang berlapis yang dikenali sebagai ayat majmuk.  Contoh : dan, atau, tetapi, serta, sebaliknya, serana, supaya, walaupun. b) Kata Praklausa  sejumlah perkataan yang terletak perkataan yang terletak dihadapan klausa iaitu yang terdiri daripada :  kata seru : berfungsi melahirkan pelbagai bentuk ayat yang menunjukkan perasaan. Contoh : aduh, cis, aduhai, amboi.  kata tanya : untuk menanyakan sesuatu atau menyoal sesuatu. Contoh : mengapa , berapa, bila, bagaimana.  Kata Perintah : perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas. Ia diucapkan dengan nada perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan. Contoh : jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong.  Kata Pembenar : perkataan yang mengesahkan sesuatu pertanyaan. Contoh : ya, benar, betul,  Kata Pangkal ayat : perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Contoh : hatta, maka, syahdan, adapun, alkisah. B) Kata Praklausa  sejumlah perkataan yang terletak perkataan yang terletak dihadapan klausa iaitu yang terdiri daripada :  kata seru : berfungsi melahirkan pelbagai bentuk ayat yang menunjukkan perasaan. Contoh : aduh, cis, aduhai, amboi. kata tanya : untuk menanyakan sesuatu atau menyoal sesuatu. Contoh : mengapa , berapa, bila, bagaimana  Kata Perintah : perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas. Ia diucapkan dengan nada perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan. Contoh : jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong.
  • 24.
     Kata Pembenar: perkataan yang mengesahkan sesuatu pertanyaan. Contoh : ya, benar, betul,  Kata Pangkal ayat : perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Contoh : hatta, maka, syahdan, adapun, alkisah. c) Kata Prafrasa  sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja atau frasa adjektif.  Ia mendukung tugas-tugas maksud yang terkandung dalam ayat seperti membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, menyendikan, menunjukkanarah dan membilang.  terdapat 8 jenis kata prafrasa :  Kata Bantu : jenis perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama dengan menimbulkanmakna-makna tambahan dari segi aspek waktu atau ragam. Kata bantu boleh dibahagikan kepada dua kumpulan  Kata Bantu aspek yang bertugas menerangkan sama ada perubatan itu sudah dilakukan, sedang dilakukan atau akan dilakukan. Contoh : telah, sudah, pernah, sedang, masih, akan, belum.  Kata Bantu ragam bertugas menerangkan kemahuan atau perasaan yang dirasai oleh orang yang melakukan perbuatan tersebut. Contoh : hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat.  Kata Penguat : berfungsi menguat maksud kata adjektif. Contoh : terlalu, paling, sekali, benar, sungguh, amat.  kata penegas : juga dikenali sebagai kata partikel. Ia adalah sejumlah perkataan yang memberi penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Ada dua jenis kata penegas  menegaskan hanya frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contoh : -kah, - tah, -lah.  menegaskan kedua-dua bahagian ayat iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau bahagian-bahagiannya. Contoh : juga, jua, sahaja, pun, lagi, memang.  Kata Nafi : perkataan yang menjadi unsur nafi frasa frasa predikat iaitu frasa nama, frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama. Ada dua bentuk kata nafi : bukan dan tidak.
  • 25.
    Kata Pemeri : ia adalah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Contoh : adalah, merupakan, ialah.  Kata Sendi Nama : kata yang terletak di hadapan frasa sendi nama. Kata sendi nama sentiasa hadir di hadapan perkataan yang diterangkan olehnya. Contoh : di, ke, dari, demi, tentang, seperti, terhadap.  Kata Arah : sejumlah perkataaan yang hadir sebelum frasa nama, lazimnya hadir sesudah perkataan sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Contoh : atas, bawah, tepi, antara.  Kata Bilangan : sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama. Contoh : dua puluh, segala, semua, para,banyak, masing-masing. Kata Pasca  ia adalah satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah ‘-nya’ , yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda.  Kata penekan ialah satu bentuk yang memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh :  Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.  Kata pembenda pula ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan dari kata nama sebagai kata nama. Contoh :  Lajunya 100 km sejam. JENIS-JENIS KATA TUGAS 1. Kata Penyambung Ayat a. Kata Hubung Gabungan b. Kata Hubung Pancangan Relatif b. Kata Hubung Pancangan Komplemen c. Kata Hubung Pancangan Keterangan 2. Kata Praklausa a. Kata seru b. Kata tanya
  • 26.
    c. Kata perintah d.Kata pembenar e. Kata pangkal ayat 3. Kata Prafrasa a. Kata bantu b. Kata penegas c. Kata penguat d. Kata nafi e. Kata pemberi f. Kata arah g. Kata bilangan h. Kata sendi nama 4. Kata Pascakata a. Kata penekan b. Kata pembenda Kata Tugas Kata Penguat dan Kata Penegas Kata Penguat 1. Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif. 2. Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif. Contoh Paling Agak Sungguh Amat
  • 27.
    Terlalu Nian Benar 3. Kata penguat seperti agak, paling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif (kata Penguat hadapan). 4. Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif (Kata penguat belakang). 5. Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh boleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif ( kata penguat hadapan dan belakang) . Contoh 1. Murid yang paling pintar di sekolah rendah itu ialah Latipah. 2. Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah. 3. Suhu di kawasan kutub amat sejuk. 4. Kereta api itu sangat laju. 5. Rumah itu besar sangat untuk saya dan ibu. Kata Penegas Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat. Contoh -kah -lah -tah jua Juga Sahaja hanya memang Lagi Pun Contoh 1. Itulah rumah kakak saya. 2. Apatah dayaku untuk menolongnya.
  • 28.
    3. Barang-barang itudibawa juga ke rumah neneknya. 4. Hanya dia yang belum membayar yuran. 5. Ayah seorang sahaja yang berbaju Melayu. Kata Sendi Nama 1. MAKSUD Perkataan yang digunakan untuk menyambungkan sesuatu perkataan dengan kata nama. 2. CONTOH SENDI NAMA Kata sendi Fungsi atau kegunaan Di [tempat / arah] Ke [tempat / arah / masa] Dari [tempat / arah / masa] Daripada [manusia / asal kejadian / sumber / ahli] Pada [tempat / masa / benda / perkara] Kepada [manusia / binatang / naik atau turun / pembahagian] Demi [tujuan] Untuk [tujuan / kepada / bahagian] Bagi [tujuan] 3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA 1. ‘di’ mesti dijarakkan jika diikuti dengan ‘tempat, benda atau arah’. (‘di’ yang dirapatkan bermaksud imbuhan ‘di….’ dan bukan kata sendi) Salah: -Dia tinggal dibelakang rumah saya. (arah) -Pos itu terletak diantara tol dengan pejabat. (tempat) -Anda sentiasa dihati saya. (benda)
  • 29.
    Betul: -Dia tinggal dibelakang rumah saya. -Pos itu terletak di antara tol dengan pejabat. -Anda sentiasa di hati saya. 2. ‘ke’ mesti dijarakkan jika diikuti dengan ‘tempat, benda, arah atau masa’. (‘ke’ yang dirapatkan bermaksud ‘imbuhan ‘ke….’ dan bukan kata sendi) Salah: -Dia pergi kebandar itu semalam. (tempat) -Kami berlari kepokok itu. (benda) -Dia merantau ketimur Semenanjung. (arah) -Ahmad belajar dari pagi kemalam hari. (masa) Betul: -Dia pergi ke bandar itu semalam. -Kami berlari ke pokok itu. -Dia merantau ke timur Semenanjung. -Ahmad belajar dari pagi ke malam hari. 3. ‘di’ tidak boleh diikuti dengan ‘masa/ waktu/ zaman/ tahun’. (gunakan ‘pada’) Salah: -Dia sampai ke Melaka di waktu malam. -Di zaman dahulu ada raja yang zalim. Betul: -Dia sampai ke Melaka pada waktu malam. -Pada zaman dahulu ada raja yang zalim. 4. ‘ke’ untuk perkara belum berlaku. ‘di’ untuk perkara sudah berlaku. Salah: -Saya akan sampai di sana sebentar lagi. (belum berlaku) -Dia telah sampai ke sana pada petang tadi. (sudah berlaku) Betul: -Saya akan sampai ke sana sebentar lagi. -Dia telah sampai di sana pada petang tadi. 5. . ‘dari’ hanya untuk ‘masa, arah dan tempat’. (selain itu gunakan ‘daripada’)
  • 30.
    Salah: -Saya sampai disini sejak daripada petang tadi lagi. (masa) -Pemandu itu datang daripada selatan tanah air. (arah) -Pemuda bermisai tebal itu berasal daripada Melaka . (tempat) -Kucing itu berlari daripada pokok kelapa itu. (benda) Betul: -Saya sampai di sini sejak dari petang tadi lagi. (masa) -Pemandu itu datang dari selatan tanah air. (arah) -Pemuda bermisai tebal itu berasal dari Melaka . (tempat) -Kucing itu berlari dari pokok kelapa itu. (benda) 6. ‘daripada’ hanya untuk ‘manusia, asal kejadian, sumber dan ahli’. Salah: -Hadiah itu dari ibu saya di Johor Baharu. (manusia) -Tayar kereta itu diperbuat dari getah asli. (asal kejadian) -Syair ini saya ambil dari buku Sejarah Melayu Lama. (sumber) -Peserta itu adalah dari Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya. (ahli) Betul: -Hadiah itu daripada ibu saya di Johor Baharu. (manusia) -Tayar kereta itu diperbuat daripada getah asli. (asal kejadian) -Syair ini saya ambil daripada buku Sejarah Melayu Lama. (sumber) -Peserta itu adalah daripada Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya. (ahli) 7 . ‘pada’ untuk ‘masa, benda, tampat, dan perkara. Salah: -Saya berlatih badminton di pukul lima petang. (masa) -Dia mengikat kambingnya di pokok besar itu. (benda) -Di mesyuarat itu, mereka membantah cadangan saya. (perkara) Betul: -Saya berlatih badminton pada pukul lima petang. (masa) -Dia mengikat kambingnya pada pokok besar itu. (benda) -Pada/ Dalam mesyuarat itu, mereka membantah cadangan saya. (perkara) 8. Jika ayat mempunyai perkataan ‘ada’ hanya ‘pada’ boleh digunakan walaupun untuk manusia. Salah: -Buku itu ada kepada Cikgu Saleha.
  • 31.
    Betul: -Buku itu adapada Cikgu Saleha. 9. ‘kepada’ digunakan untuk ‘manusia, binatang, naik/ turun dan pembahagian’. Salah: -Beri surat ini pada bapa awak dengan secepat mungkin. (manusia) -Chong Seng memberikan susu pada anak kucingnya . (binatang) -Harga minyak telah meningkat pada USD50 setong. (naik/ turun) -Cikgu Samad membahagikan pelajar itu pada tiga kumpulan . (pembahagian) Betul: -Beri surat ini kepada bapa awak dengan secepat mungkin. (manusia) -Chong Seng memberikan susu kepada anak kucingnya . (binatang) -Harga minyak telah meningkat kepada USD50 setong. (naik/ turun) -Cikgu Samad membahagikan pelajar itu kepada tiga kumpulan . (pembahagian) 10. ‘demi’ dan ‘untuk’ tidak boleh digabungkan. (gunakan salah satu sahaja) Salah: -Saya pergi ke sekolah demi untuk menuntut ilmu pengetahuan. Betul: -Saya pergi ke sekolah demi menuntut ilmu pengetahuan. -Saya pergi ke sekolah untuk menuntut ilmu pengetahuan. 11. Pengulangan ‘dari’ untuk masa perlu sama pada bahagian awal dan akhir. Salah: - Dari masa ke semasa dia sedar juga. - Dari sehari ke hari dia membesar. - daripada masa ke semasa dia terus tekun berusaha. Betul: - Dari semasa ke semasa dia sedar juga. - Dari sehari ke sehari dia membesar. - dari semasa ke semasa dia terus tekun berusaha. - dari masa ke masa dia terus tekun berusaha. - dari hari ke hari dia membesar. 12 . ‘di antara' mesti diikuti perkataan ‘dengan’. Salah: -Sungai itu terletak di antara Melaka dan Johor .
  • 32.
    -Bandingkanlah di antaraanda dan saya . -Di antara makan dan minum , dia lebih suka minum. Betul: -Sungai itu terletak di antara Melaka dengan Johor . -Bandingkanlah di antara anda dengan saya . -Di antara makan dengan minum , dia lebih suka minum KATA HUBUNG 1. MAKSUD: Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menyambung atau menghubungkan sesuatu kata atau frasa dalam sesuatu ayat. 2. JENIS KATA HUBUNG: a. Kata hubung gabungan: Contoh : dan, serta, atau, sambil, lalu, maka b. Kata hubung pancangan: Contoh : sejak, semenjak, tetapi, kerana, hingga, sehingga, antara, apabila c. Kata hubungan berpasangan : Contoh : oleh sebab – maka, walaupun – namun, biarpun – tetapi, meskipun – namun, baik – mahupun, sama ada – mahupun, bukan sahaja - malah 3. KESALAHAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG a. Jangan gunakan dua kali perkataan ‘dan’ untuk tujuan sama dalam satu ayat. (gunakan berselang dengan ‘serta’) Salah: -Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang dan berehat pada waktu malam. Betul: -Dia bekerja dan berniaga pada waktu siang serta berehat pada waktu malam. b. Gunakan ‘atau’ jika bermaksud membuat pilihan Salah: -Anda boleh makan dan minum di kantin ini pada waktu rehat nanti. -Kamu boleh berehat di hotel dan di rumah tumpangan.
  • 33.
    Betul: -Anda boleh makanatau minum di kantin ini pada waktu rehat nanti. -Kamu boleh berehat di hotel atau di rumah tumpangan. c. Jika ‘atau’ digunakan, perkataan sebelumnya mesti diulang tulis. Salah: -Awak datang dari Melaka atau Johor. -Kamu boleh membawa buku sejarah atau matematik. -Pelajar itu menghisap rokok atau dadah. Betul: -Awak datang dari Melaka atau dari Johor. -Kamu boleh membawa buku sejarah atau buku matematik. -Pelajar itu menghisap rokok atau menghisap dadah. d. ‘hingga/ sehingga’ tidak boleh digunakan bersama-sama dengan ‘ke’. (pilih salah satu sahaja) Salah: -Dia belajar dari pagi hingga ke petang hari. -Ibu menghantar saya dari rumah sehingga ke tepi jalan. Betul: -Dia belajar dari pagi hingga petang hari. -Dia belajar dari pagi ke petang hari. -Ibu menghantar saya dari rumah sehingga tepi jalan. -Ibu menghantar saya dari rumah ke tepi jalan. e. ‘antara’ perlu diletak imbuhan 'di' jika menunjukkan ‘pilihan’ atau menunjukkan ‘had’ serta bergabung perkataan 'dengan'. (Jika umum, gunakan ‘antara’ : Antara faktor tersebut ialah …….) Salah: -Antara membaca dan menulis, saya lebih suka menulis. -Rumahnya terletak antara kedai dengan pejabat pos. Betul: -Di antara membaca dengan menulis, saya lebih suka menulis. -Rumahnya terletak di antara kedai dengan pejabat pos. f. Jika ‘di antara’ digunakan untuk ‘pilihan’ atau ‘had’, gunakan ‘dengan’ sahaja. (Jangan gunakan ‘dan’ )
  • 34.
    Salah: -Di antara makandan minum, adik saya lebih suka makan. -Kedudukan rumahnya terletak di antara pejabat pos dan kedai. Betul: -Di antara makan dengan minum, adik saya lebih suka makan. -Kedudukan rumahnya terletak di antara pejabat pos dengan kedai. g. Tidak ada kata hubung ‘oleh kerana’ dalam bahasa Malaysia. Salah: -Oleh kerana sakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu. Betul: -Oleh sebab sakit, dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu. h. Jika dua perkara bersifat bertentangan, gunakan ‘tetapi’. Salah: -Dia kaya dan dia kedekut. -Dia malas membuat ulang kaji dan lulus dengan cemerlang. Betul: -Dia kaya tetapi dia kedekut. -Dia malas membuat ulang kaji tetapi lulus dengan cemerlang. i. Jika perkara pertama berlaku menyebabkan perkara kedua, gunakan ‘maka’. Salah: -Dia malas membuat ulang kaji dan dia gagal dalam peperiksaan. -Dia terjatuh dari atas pokok dan kaki kanannya patah. Betul: -Dia malas membuat ulang kaji maka dia gagal dalam peperiksaan. -Dia terjatuh dari atas pokok maka kaki kanannya patah. j. ‘kerana’ tidak boleh diletak di depan ayat. ‘Sebab’ tidak boleh diletak di tengah ayat. ‘oleh sebab’ tidak boleh diletak di tengah ayat. Salah: -Kerana terlalu gembira, dia melompat-lompat sehingga seliparnya putus. -Dia tidak hadir ke sekolah sebab terlibat dengan ujian memandu kenderaan. -Kami terpaksa membatalkan lawatan itu oleh sebab hari hujan.
  • 35.
    Betul: -Oleh sebab terlalugembira, dia melompat-lompat sehingga seliparnya putus. -Dia tidak hadir ke sekolah kerana terlibat dengan ujian memandu kenderaan. -Kami terpaksa membatalkan lawatan itu kerana hari hujan 5.4 KATA TUGAS Kata tugas ialah satu kelompok perkataan yang kehadirannya dalam ayat penting kerana tugas-tugas sintaksis. Kata tugas hadir dalam ayat, sama ada di bahagian hadapan ayat, di bahagian hadapan frasa, atau di belakang perkataan-perkataan tertentu untuk memberikan makna khusus atau memainkan peranan sintaksis tertentu dalam ayat berkenaan. Jenis-Jenis Kata Tugas a) Kata Hubung Kata hubung ialah kata penyambung ayat, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis. Contoh: i) Ali, Ahmad dan Halim pergi ke sekolah. ii) Aslinda menari sambil bernyanyi. iii) Dia pandai tetapi adiknya bodoh. iv) Tidak boleh ada ahli yang memegang dua atau lebih. Morfologi: Penggolongan Kata| 17
  • 36.
    vi) Kalimat itumenunjukkan bahawa dia sememangnya mahu memberitahu. b) Kata Seru Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut, dan sebagainya. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun. Contoh: i) Aduh, sakitnya tanganku! ii) Aduhai, apalah malang nasibku ini! iii) Ah, aku tidak bersetuju! iv) Amboi, sombongnya dia! v) Eh, bilakah kau pulang ke tanah air! c) Kata Tanya Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila dan bagaimana. Contoh: Berapa  Harga barang itu berapa?  Berapa tahunkah dia belajar di luar negeri? Bila  Mereka sampai bila?  Bilakah gerangan kekanda akan pulang? Bagaimana  Kesihatannya sekarang bagaimana?  Bagaimanakah keputusan peperiksaannya? d) Kata Perintah Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan.
  • 37.
    Contoh: i) Jangan buangsampah di sini. ii) Usah biarkan dia berseorangan. iii) Silalah datang ke rumah saya jika ada kelapangan. iv) Jemput masuk! v) Minta tuan-tuan bersabar sebentar. e) Kata Pangkal Ayat Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Namun, kata pangkal ayat ini tidak begitu banyak diamalkan sekarang. Perkataan ini umumnya digunakan dalam bahasa Melayu klasik, misalnya hatta, maka, arakian, syahadan, dan sebagainya. Contoh: i) Hatta istana itu pun siaplah. ii) Maka panglima itu pun diberi persalinan. iii) Syahadan baginda pun berangkat meninggalkan Melaka. iv) Adapun kuda itu dipunyai oleh Tun Umar. v) Alkisah tidak beberapa lama kemudian hamillah permaisuri. f) Kata Bantu Kata bantu ialah jenis perkataan yang bertugas mambantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama iaitu dengan menimbulkan makna-makna tambahan dari aspek waktu atau ragam. Contoh: i) Pekerja itu telah pulang. ii) Kami pernah ke utara Malaysia. iii) Kanak-kanak itu sudah makan. iv) Kanak-kanak itu hendak masuk ke bilik. v) Ramai pemuda kini mahu bekerja sendiri. g) KataPenguat Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif. Contoh: i) Pokok itu terlalu tinggi. ii) Masakan itu paling sedap. iii) Kelakuan anak itu baik sekali. iv) Bas itu tiba lambat benar. v) Pakaian seragam pasukan itu amat kemas. h) Kata Penegas Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Contoh: i) Di manakah ibu kamu itu? ii) Bilakah kamu datang? iii) Apatah daya kita?
  • 38.
    iv) Dialah orangnya. v)Inilah isteri kesayanganku. i) KataNafi Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif dan Frasa Sendi Nama. Contoh: i) Dia bukan murid di sekolah ini. ii) Idah tidak pandai memasak kari ayam iii) Jangan membuang sampah-sarap di merata-rata tempat. iv) Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya. v) Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar. j) Kata Pemeri Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa untama dalam predikat. Terdapat dua jenis kata pemeri iaitu ialah dan adalahContoh: i) Dia ialah seorang guru. SEMAK KENDIRI 1.5 ii) Berita itu adalah palsu. iii) Mereka ialah pelari pecut. iv) Pendapat itu adalah karut. v) Nama saya ialah Ali. k) Kata Sendi Nama Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. Kata sendi memerlukan frasa nama yang membentuk predikat ayat. Contoh: i) Dia berasal dari pedalaman. ii) Ibu pergi ke pasar. iii) Saya menetap di Ipoh. iv) Kertas ini diperbuat daripada kayu. v) Dia balik pada pukul 5.00 petang. l) Kata Pembenar Kata pembenar ialah kata yang mengesahkan sesuatu pertanyaan. Contoh kata pembenar ialah ya, benar dan betul. Contoh: i) Ya, esok awak boleh bercuti. ii) Ya, kamilah yang membuka pintu rahsia itu. iii) Benar, tekaan kamu itu memang tepat. iv) Benar, dia sudah berhenti kerja. v) Betul, kalau kamu tidak percaya, tanyalah Dani. m) Kata Arah Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau arah sesuatu.
  • 39.
    Contoh: i) Bunga hiasanitu sesuai ditempatkan di penjuru rumah ii) Pertunjukkan tarian itu jelas dari sudut kiri stadium iii) Kanak-kanak itu ditinggalkan di tepi jalan. iv) Pelumba basikal itu bertolak dari utara ke selatan. v) Semua hidangan itu diletakkan di atas meja. . n) Kata Bilangan Kata bilangan ialah perkataan yang menerangkan bilangan atau jumlah orang, benda atau perkara. Contoh: i) Saya menanam dua batang pokok kelapa di kebun. ii) Para penulis dikehendaki beratur di dewan. iii) Di pasar malam terdapat berbagai-bagai jenis sayuran dijual. iv) Dia menunggu bas selama lima jam suku. v) Harga ikan sardin ialah tujuh ringgit sekilo. o) Kata Adverba Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat. Contoh: i) Bas itu bergerak laju. ii) Saya hampir terjatuh ketika melompat. iii) Datang ke sini cepoat. iv) Ibu betul-betul gembira dengan kepulangan kakak. v) Mereka sesat berhari-hari di tengah lautan. p) Kata Penekan Kata penekan merupakan salah satu daripada kata pascakata iaitu kata yang hadir dan melekat selepas perkataan. Bentuk kata tersebut ialah –nya, yang dapat berfungsi sebagai penekan atau pembenda. Contoh: i) Sesungguhnya, pengorbanan perlu jika ingin berjaya. ii) Bahawasanya setiap rakyat perlu mempertahankan negaranya. iii) Cuaca nampaknya semakin gelap. q) Kata Pembenda Kata pembenda ialah bentuk kata yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama. Misalnya perlahannya, sedapnya, sejuknya. Contoh: i) Lajunya ialah 350 km sejam. ii) Bukan kepalang sakitnya. iii) Datangnya secara mendadak. iv) Tingginya ialah 6 kaki. v) Air sungai mengalir dengan derasnya. RUMUSAN RUJUKAN
  • 40.
    Asmah Haji Omar.(1988). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Haji Omar. (2008). Nahu kemas kini. Kuala Lumpur: PTS Asmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu mutakhir Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan edisi ketiga (2002). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Haji Karim et al. (2009). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sulaiman Masri, Abdullah Yusof dan Mohd Ra’in Shaari (2007). Bahasa Melayu dimensi pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Konsep dalam Morfologi 1.0 PENGENALAN Menurut Frank Parker dalam bukunya, Linguistics For Non-Linguists, First Edition yang diterjemah oleh Raja Rahawani Raja Mamat, morfologi merupakan suatu bidang pengkajian yang mengkaji pembentukan kata. Beliau menyatakan “morphology” itu berasal daripada bahasa Latin “morphe” yang membawa maksud bentuk. Abdullah Hassan dalam buku Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu pula mentakrifkan morfologi sebagai bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina, iaitu kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan yang dihasilkan (Abdullah Hassan, 2005: 117). Dapatlah disimpulkan di sini bahawa ilmu morfologi ini merupakan bidang linguistik yang mengkaji struktur binaan kata, bentuk kata dan golongan kata. Dalam bidang ini, morfem dan kata ialah unsur utama yang dikaji dalam proses pembentukan kata. Pengkajian dalam ilmu morfologi ini dapat dilihat sekurang-kurangnya dalam tradisi barat yang disusuli kembali sejak zaman Franz Bopp, seorang tokoh berbangsa Jerman. Beliau telah menghasilkan penulisan berkenaan dengan jenis akhiran pertuturan beberapa bahasa serumpun, termasuklah bahasa Jermanik yang diterbitkan pada tahun 1816. Kajian dalam bidang ini telah dibayangi oleh pengkajian dalam bidang fonologi dan sintaksis pada abad ke-20. Untuk memudahkan kita menguasai bidang morfologi ini, beberapa konsep penting dalam bidang ini haruslah difahami terlebih dahulu. 2.0 KONSEP-KONSEP DALAM MORFOLOGI 2.1 Morf
  • 41.
    2.1.1 Abdullah Hassan(2005: 120) dalam bukunya yang bertajuk Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu menyatakan setiap bentuk fonologi yang berlainan sebagai morf. Beliau memberikan contoh morfem {meN-} yang mempunyai enam morf. Setiap morf itu diwakili dengan satu lambang, iaitu meN-. 2.1.2 Jwuan Verhaan (2005) dalam bukunya, Pengantar Linguistik menyatakan morf sebagai salah satu bentuk alomorfemis dari suatu morfem, tetapi bentuk yang hendak dipilih dianggap mewakili secara konkrit morfem yang bersangkutan. 2.1.3 G. David Morley (2000) dalam Syntax In Functional Grammar pula menjelaskan morf sebagai “the unit of grammatical form which realizes a morpheme”. Dapatlah disimpulkan di sini bahawa morf itu ialah unsur yang mewakili morfem yang bersangkutan dan mempunyai bentuk fonologi yang berlainan. Morf ini diberi satu lambang bagi mewakili morfem yang bersangkutan itu. Misalnya meN- yang melambangkan me-, men-, mem-, meng-, menge- dan menye-. 2.2 Alomorf 2.2.1 Dalam buku Tatabahasa Dewan Jilid 2: Perkataan, Nik Safiah Karim ada menyenaraikan enam alomorf bagi awalan peN-, iaitu pe-, pem-, pen-, peng-, penge- dan pel-. Menurut beliau, penyebaran alomorf-alomorf tersebut ditentukan oleh faktor fonologi, iaitu jenis huruf pertama yang bercantum dengan awalan tersebut serta faktor perkembangan dan perancangan bahasa. 2.2.2 Jos Daniel Parera (1994) dalam buku Morfologi Bahasa Edisi Kedua pula menyatakan bahawa setiap perwakilan daripada sebuah morfem tertentu disebut alomorf. Beliau juga berpendapat bahawa alomorf ialah nama untuk bentuk-bentuk perwakilan daripada sebuah morfem berdasarkan linkungannya. Beliau ada memberikan contoh me-…-kan, mem-…-kan dan men-…-kan sebagai alomorf daripada morfem yang sama. 2.2.3 G. David Morley (2000) dalam Syntax In Functional Grammar turut menjelaskan alomorf itu sebagai “the variant possible morph of the one morpheme”. Berdasarkan ketiga-tiga hujah tersebut, alomorf ialah bentuk yang berlainan daripada satu morfem yang sama akibat daripada pengaruh bunyi awal kata dasar yang menerima imbuhan awalan. Misalnya alomorf penye- digunakan sebelum huruf s pada awalan kata dasar seperti semak menjadi menyemak dan alomorf pem- pula hadir pada kata dasar yang bermula dengan huruf p, b, f dan v. 2.3 Arkifonem 2.3.1 Dalam buku Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Abdullah Hassan (2005) menyatakan arkifonem itu sebagai fonem yang melambangkan beberapa fonem seperti N dalam morfem {meN-}. N ini berubah menjadi m, n, ny, ng dan nge apabila morfem tersebut bercantum dengan kata dasar berdasarkan huruf pangkal pada kata dasar tersebut dan N mewakili fonem-fonem tersebut. 2.3.2 Menurut Anton M. Moeliano (1996) dalam bukunya Bahasawan Cendekia: Seuntai Kata Untuk
  • 42.
    Anton M. Moeliana,arkifonem ialah unsur segmental dalam posisi lemah yang berbeza dan ciri pembedanya bersesuaian dengan pertalian daripada dua unsur. 2.3.3 P.H Matthew (1997) dalam Oxford Concise Dictionary Of Linguistics menjelaskan arkifonem sebagai “phonological unit characterized by the distinctive features which are common two or more”. Dapatlah disimpulkan di sini bahawa arkifonem ialah fonem yang ditandakan dengan huruf besar bagi mewakili unsur yang berubah-ubah dalam morfem yang sama akibat daripada pengaruh huruf pangkal pada kata dasar berdasarkan lingkungannya. Huruf besar digunakan bagi mewakili arkifonem. Misalnya kata jual dan baca yang menerima morfem {meN-} menjadi menjual dan membaca. N ini ialah arkifonem yang mewakili fonem-fonem tersebut. 2.4 Morfofonem 2.4.1 Pitsamai Intrachat (1987: 29) menjelaskan fonem-fonem yang berlainan yang diubah daripada arkifonem disebut morfofonem kerana fonem-fonem itu adalah fonem-fonem ubahan daripada arkifonem dalam satu morfem. Beliau memberikan contoh arkifonem N dalam morfem {meN-} boleh diubah menjadi /φ/, /n/, /m/, /ɲ/ dan /ŋ/ bergantung pada lingkungannya. 2.4.2 Jos Daniel Parera (1994) dalam Morfologi Bahasa Edisi Kedua pula berpendapat morfofonem ialah fonem-fonem yang berlainan yang diubah daripada arkifonem. 2.4.3 Pendapat ketiga pula diutarakan oleh P.H Matthew (1997) dalam Oxford Concise Dictionary Of Linguistics. Beliau menyatakan yang morfofonem ialah “…the basic unit recognized in a morphophonemic level of analysis. It is usually symbolized by the use of a capital letter within brace brackets”. Perkara utama yang dinyatakan oleh beliau ialah morfofonem itu sebagai unit asas dalam peringkat analisis morfofonemik. Berdasarkan ketiga-tiga pendapat tersebut, morfofonem ini terjadi apabila morfem mengalami perubahan morfofonemik akibat daripada pengaruh huruf awal pada kata dasar yang menerima morfem terikat berbentuk imbuhan berdasarkan lingkungannya. Perubahan morfofonemik ini berlaku dengan mengubah arkifonem dalam morfem dan arkifonem ini adalah ciri morfofonem. 2.5 Morfem Bebas 2.5.1 Abdullah Hassan (2005: 120) dalam bukunya, Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu menjelaskan morfem bebas secara ringkas sebagai morfem yang boleh wujud bersendirian. Beliau ada memberikan contoh perkataan peluh yang boleh hadir secara bersendirian sebagai sebuah kata. 2.5.2 Jwuan Verhaan (2005) dalam buku Pengantar Linguistik pula menegaskan morfem bebas dapat berdiri sendiri, iaitu boleh terdapat sebagai satu kata. Misalnya dalam bahasa Indonesia, kata cinta, makan dan satu adalah morfem bebas. 2.5.3 Mark S. Letourneau (2001) dalam buku English Grammar mentakrifkan morfem bebas yang disebut “free morphemes” dalam bahasa Inggeris sebagai “…morphemes that can occur by themselves in a phrase or sentence”. Beliau memberi contoh perkataan “write” yang boleh berdiri sendiri dalam
  • 43.
    rangkai kata atauayat. Secara ringkasnya, tidak terdapat perbezaan yang ketara tentang morfem bebas berdasarkan pendapat yang diutarakan oleh mereka yang berlainan negara ini. Dapat dirumuskan di sini bahawa morfem bebas ialah morfem yang boleh berdiri sendiri dan difahami maksudnya tanpa kehadiran morfem lain. Misalnya perkataan murid, jual dan baik yang dapat berdiri sendiri dan difahami maknanya tanpa perlu menerima morfem lain untuk membolehkannya berfungsi sebagai kata. 2.6 Morfem Terikat 2.6.1 Abdullah Hassan (2005: 120) menegaskan morfem terikat mesti digunakan bersama sekurang- kurangnya satu morfem lain. Beliau memberikan contoh kata berpeluh daripada cantuman ber- dan peluh. Imbuhan awalan ber- ialah morfem terikat kerana ber- tidak boleh berdiri sendiri dan memerlukan suatu bentuk lain dalam penggunannya. Menurut Abdullah Hassan (2005) lagi, kata akar seperti kata anai juga merupakan morfem terikat. Kata anai ini tidak boleh wujud bersendirian jika tidak digandakan menjadi anai-anai. 2.6.2 Jwuan Verhaan (1995) turut menghuraikan morfem terikat sebagai morfem yang tidak terdapat sebagai kata tetapi selalu dirangkaikan dengan satu atau lebih morfem yang lain menjadi satu kata. Misalnya dalam bahasa Indonesia, ber- dalam bersatu dan memper- dalam mempersatu hanya merupakan bahagian kata dan morfem-morfem itu ialah morfem terikat. 2.6.3 Dalam bahasa Inggeris pula, morfem terikat yang dikenali sebagai “bound morphemes” dijelaskan oleh Mark S. Letourneau (2001) sebagai “…morphemes that cannot occur by themselves”. Beliau ada memberi contoh morfem terikat -s, -er dan -ing yang perlu hadir bersama dengan morfem lain bagi membolehkan morfem jenis ini membentuk kata seperti dalam kata “writes”, “writer” dan “writing”. Secara ringkasnya, morfem terikat ialah morfem yang tidak boleh wujud bersendirian tanpa kehadiran morfem lain. Morfem terikat ini terdiri daripada imbuhan dan kata akar. Kata akar seperti tapa, tari dan rama memerlukan unsur dan morfem lain bagi melengkapkan maknanya, contohnya kata akar tapa perlu menerima imbuhan seperti ber- menjadi bertapa bagi menunjukkan perbuatan. 2.7 Kata Akar 2.7.1 Berdasarkan pendapat Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya (1997) dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata akar ialah bentuk morfem terikat yang bukan imbuhan. Mereka turut menggolongkan kata akar ini sebagai segelintir daripada kata dasar seperti kata akar tapa yang menjadi dasar bagi perkataan pertapaan dan nyala dalam perkataan nyalaan. 2.7.2 Pendapat kedua pula dikemukakan oleh Pitsamai Intrachat (1987) dalam bukunya, Sintaksis Predikat Dalam Bahasa Malaysia. Beliau menyatakan kata akar ialah morfem terikat yang tidak boleh berdiri sendiri, misalnya tari yang perlu digabungkan dengan morfem lain seperti pe- menjadi penari. 2.7.3 Menurut teori Ferdinand De Saussure (1991: 24) dalam buku Linguistic Theory The Discourse Of Fundamental Works, kata akar disebut sebagai “the root (racine) is the irreducible element common to all words of same family – the element in which the meaning common to all related words reaches the
  • 44.
    highest degree ofabstraction and generality”. Perkara utama yang disentuh di sini ialah kata akar tidak boleh dikurangkan atau dipisahkan lagi kepada bentuk yang lebih kecil. Dapatlah disimpulkan di sini bahawa kata akar ialah morfem terikat yang bukan daripada bentuk imbuhan. Kata akar tidak boleh berdiri sendiri kerana memerlukan morfem lain bagi melengkapkan maknanya, contohnya kata akar rama dan juang. Kata akar rama perlu digandakan menjadi rama-rama dan juang ditambah dengan perkataan semangat juang bagi melengkapkan maknanya. 2.8 Kata Dasar 2.8.1 Menurut Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya (1997: 69) dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Mereka menyatakan kata dasar ini turut terdiri daripada morfem terikat yang bukan imbuhan, iaitu kata akar. Contohnya perkataan bernyala dan pekebun. Kata dasar bagi bernyala ialah nyala yang merupakan kata akar, manakala kata dasar bagi pekebun ialah kebun yang merupakan morfem bebas. 2.8.3 Ch. A. Van Ophuijsen (1983) dalam buku Tatabahasa Melayu yang diterjemah oleh T.W Kamil daripada buku yang berjudul Maleiche Spraakkunst juga mentakrifkan kata dasar sebagai kata yang menurut peraturan bahasa yang berlaku sekarang, tidak dapat dipulangkan kepada bentuk yang lebih sederhana. Beliau menambah lagi kata dasar Melayu yang bersuku kata tunggal terdapat sedikit sahaja seperti kata mas, wang, moe dan koe. 2.8.4 Konsep kata dasar ini turut dijelaskan oleh Ferdinand De Saussure (1991: 24) dalam Linguistic Theory The Discourse Of Fundamental Works. Beliau menyatakan “The radical is generally the common element in a series of related words and conveys the idea common to every word”. Daripada pendapat beliau ini, dapat dibuat kesimpulan bahawa kata dasar merupakan bentuk atau unsur utama yang menjadi dasar dalam kata dan membawa idea untuk setiap kata. Secara ringkasnya, kata dasar ialah kata yang terdiri daripada morfem bebas dan morfem terikat yang bukan imbuhan, iaitu kata akar. Kata dasar ini merupakan kata yang menjadi idea utama dalam setiap kata dan tidak boleh dipulangkan dalam bentuk yang lebih kecil lagi. Misalnya kata jalan ialah kata dasar bagi berjalan yang merupakan idea utama dalam kata tersebut dan tidak boleh dipisahkan menjadi ja dan lan kerana tidak lagi berfungsi sebagai kata. 2.9 Kata Tunggal 2.9.1 Konsep kata tunggal ada dijelaskan oleh Nik Safiah Karim dan rakan-rakannya (1997) dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Mereka mentakrifkan kata tunggal sebagai bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal ini terbahagi kepada dua jenis. Pertama, kata tunggal yang merupakan unit bebas dan boleh berdiri sendiri sebagai satu ayat seperti kata itu, pergi dan saya. Kedua, kata tunggal yang merupakan jenis kata tugas seperti di, untuk dan yang. 2.9.2 Menurut Drs. Zainuddin (1992) dalam buku Materi Pokok Bahasa dan Sastra Indonesia pula, kata tunggal ialah bentuk kata yang belum mendapatkan tambahan, belum diberi imbuhan atau belum
  • 45.
    mengalami perubahan bentuk.Beliau memberi contoh perkataan mandi, pergi, tulis dan baca yang tidak menerima sebarang perubahan atau tambahan unsur-unsur lain. 2.9.3 R.L Trask menyebut kata tunggal sebagai “singular word”, iaitu “In a language with the grammatical category of number, that form of a word (most often a noun) which is tipically used to talk about a single object such as dog, tree and idea”. Dapatlah disimpulkan di sini bahawa kata tunggal ialah kata yang tidak menerima sebarang bentuk imbuhan dan perubahan bentuk. Kata tunggal ini berpotensi mengalami perubahan bentuk melalui proses pengimbuhan (pelajar dan makanan), penggandaan (baik-baik dan gunung-ganang) dan pemajmukan (warganegara dan atur cara). Kata tunggal boleh dibahagikan kepada empat golongan kata, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata seperti tin, sen serta lap dan dua suku kata atau lebih seperti doa, suara serta masyarakat. 3.0 PENUTUP Tuntasnya, setiap konsep dalam ilmu morfologi haruslah difahami agar kita dapat menguasai bidang ini dengan sepenuhnya. Kefahaman terhadap konsep-konsep yang telah diketengahkan ini, iaitu morf, alomorf, arkifonem, morfofonem, morfem bebas, morfem terikat, kata akar, kata dasar dan kata tunggal amat penting untuk kita dalam mengkaji pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Walaupun terdapat sedikit perbezaan pandangan dan hujah daripada pihak yang berlainan, tetapi sebenarnya perbezaan pendapat ini amat membantu kita untuk lebih memahami dan menguasai bidang morfologi ini. Perbezaan pandangan yang diutarakan ini akan membantu kita supaya berfikiran lebih kritis dalam memahami setiap konsep tersebut dan bukannya hanya bergantung pada satu-satu hujah sahaja. Secara keseluruhannya, aspek penting dalam pengkajian tentang struktur pembinaan kata ini ialah morfem dan kata. Bidang morfologi ini amat penting kerana menjadi asas pada bidang sintaksis dalam ilmu linguistik. Setiap konsep yang terdapat dalam bidang ini seharusnya diteliti dan difahami oleh setiap orang, bukan hanya perlu dikuasai oleh ahli linguistik atau ahli bahasa sahaja. Setiap daripada kita mempunyai bahasa, justeru amatlah perlu bagi kita memahami setiap perkara yang melambangkan bahasa kita. Salah satunya ialah ilmu morfologi. Dicatat oleh shinahariah di 4:56 PG