SlideShare a Scribd company logo
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013
Hamidon Mokmin Page 1
SINTAKSIS
Perkataan "sintaksis" berasal daripada perkataan Yunani "suntutein" yang bermaksud
menyusun atau susunan. Di dalam bidang linguistik, "sintaksis" bermaksud "kajian
pembentukan ayat". Menurut Kamus Linguistik (1997), sintaksis ialah „cabang ilmu linguistik
yang mengkaji proses pembentukan ayat, seperti penyusunan kata kepada ayat dan cara
hubungan antara kata di dalam ayat. Nik Safiah Karim . (1986) mendefinisikan sintaksis sebagai
"bidang linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat". Abdullah Hassan (1981) menyatakan
sintaksis ialah "istilah untuk mengkaji pembentukan ayat", iaitu bagaimana morfem dan kata
disusun menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa, atau menjadi klausa, dan ayat merupakan
inti terbesar. Asmah Hj. Omar (1968) turut mendefinisikan sintaksis sebagai "bahagian daripada
linguistik deskriptif atau sinkronis yang mempelajari kombinasi kata di dalam rangkai kata dan
ayat".
Sintaksis merupakan hubungan antar kelompok kata atau antara frasa dalam sintaksis.
Sintaksis ialah mempelajari hubungan gramatis di luar batas kata, tetapi di dalam satuan yang
disebut kalimat.
Gorys Keraf (1978:158)
Sintaksis adalah bahagian tatabahasa yang mempelajari dasar-dasar dan proses-proses
pembantukan kalimat dalam suatu bahasa.
Moeliono (1976:103)
Sintaksis merupakan suatu kaidah kombinasi kata menjadi gabungan yang lebih besar iaitu
frasa dan kalimat.
Berdasarkan pandangan tersebut, kita dapat merumuskan bahawa sintaksis sebagai bidang
ilmu bahasa yang mengkaji "bentuk, struktur dan binaan ayat". Ia sebenarnya mengkaji
konstruksi ayat, iaitu mengkaji bagaimana ayat dibentuk bermula dengan penyusunan
perkataan untuk membentuk frasa, klausa dan seterusnya ayat. Bidang kajian sintaksis pula
meliputi perkataan, frasa, klausa dan ayat. Kajian sintaksis melibatkan kajian tentang bentuk,
struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari cara
penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membina ayat.
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013
Hamidon Mokmin Page 2
FRASA NAMA
Dalam tatabahasa, frasa ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata atau rentetan
beberapa patah kata yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat, sama ada sebagai subjek,
predikat, objek atau keterangan. Frasa tiada subjek dan predikat. Frasa tidak membawa
maksud yang lengkap yang boleh dikatakan sebagai satu ayat.
Manakala menurut Asraf (2008), frasa ialah sepatah kata atau lebih daripada
sepatah kata yang dapat bertugas sebagai subjek atau predikat atau objek dalam sesuatu ayat.
JENIS FRASA
Dalam bahasa Melayu, terdapat empat frasa:
1. Frasa nama
2. Frasa kerja
3. Frasa adjektif
4. Frasa sendi nama
1.Frasa nama
Frasa nama ialah panggilan yang digunakan untuk manusia, haiwan, benda dan unsur abstrak,
baik dalam bilangan tunggal atau jamak, jantan atau betina. Ia mungkin terdiri daripada satu
patah perkataan sahaja ataupun sederetan perkataan. Ia adalah antara empat
kategori frasa yang terdapat dalam bahasa Melayu dan mempunyai fungsi yang banyak dalam
pembinaan frasa dan ayat. Oleh sebab itu pemahaman mengenai frasa ini penting bagi
seseorang pengguna bahasa untuk menjana frasa dan ayat yang gramatis.
Frasa nama (FN) boleh dikenal pasti melalui ciri khususnya iaitu:
1.FN didahului oleh kata bilangan dan penjodoh bilangan :
a. Seorang pelajar.
b. Tiga ekor kucing.
c. Sepuluh buah rumah.
“se”, “tiga” dan “sepuluh” ialah kata bilangan dan
“orang”, “ekor” dan “buah”. Ialah penjodoh bilangan
2.FN diikuti oleh kata tunjuk:
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013
Hamidon Mokmin Page 3
a. Pelajar itu.
b. Tiga ekor kucing ini.
c. Sepuluh buah rumah itu.
“itu” dan “ini” ialah kata tunjuk.
Kehadiran kata bilangan, penjodoh bilangan dan kata tunjuk ini, tiga perkara perlu diberi
perhatian.
Pertama, kata bilangan “se” (satu) mesti disertai penjodoh bilangan
Contoh 1:
a. Seorang pelajar/seekor kucing/sebuah rumah
Se…ialah kata bilangan
Orang/ekor/buah ialah penjodoh bilangan yang mesti disertakan sebagai pelengkap
b. Satu pelajar/satu kucing/satu rumah
Kata bilangan satu tidak perlu disertai penjodoh bilangan.
Contoh 2:
a. Dua orang pelajar/Tiga ekor kucing./Sepuluh buah rumah.Penjodoh bilangan yang
disertakan selepas kata bilangan adalah bersifat pilihan.Tidak menjadi kesalahan
sekiranya ditulis dua pelajar/Tiga kucing/sepuluh rumah.
Kedua, FN yang telah sedia menerima kehadiran kata bilangan “se” (satu) dan penjodoh
bilangan tidak boleh lagi menerima kehadiran kata tunjuk dalam satu ayat..
contoh:
a. *Seorang pelajar itu.
b. *Seekor kucing ini.
c. *Sebuah rumah itu.
Tetapi tidak demikian halnya dengan FN yang menerima kata bilangan selain “se”.
contoh:
a. Dua orang pelajar itu.
b. Tiga ekor kucing ini.
c. Sepuluh buah rumah itu.
Ketiga, FN yang dihitung dalam bentuk kumpulan, timbangan, ukuran dan sukatan tidak boleh
menerima kehadiran penjodoh bilangan.
Kumpulan.
 Sekumpulan pelajar.(betul)
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013
Hamidon Mokmin Page 4
 Sekumpulan orang pelajar.(salah)
Timbangan
 Sekilo daging lembu. (betul)
 Sekilo ketul daging lembu. (salah)
Ukuran
 Sepuluh meter kain. (betul)
 Sepuluh meter helai kain. (salah)
Sukatan
 Segantang beras. (betul)
 Segantang biji beras. (salah)
Fungsi dalam Ayat.
Frasa Nama (FN)mempunyai berbagai fungsi dalam binaan ayat. Tiga fungsi utamanya adalah
sebagai subjek, predikat dan objek kata kerja transitif.
1.Sebagai Subjek.
FN (berhuruf tebal) yang berfungsi sebagai subjek ayat.
contoh:
a. Abangnya juruterbang.
b. Osman penyanyi terkenal.
c. Pukulannya sungguh kuat.
d. Kami pelajar tingkatan enam.
e. Ini kawasan bangunan Parlimen.
Nota: Subjek ayat mesti terdiri daripada FN.
2.Sebagai Predikat
FN (berhuruf tebal) berfungsi sebagai predikat ayat.
contoh:
a. Beliau Pengarah Pendidikan Negeri.
b. Ahmad guru.
c. Budak itu murid saya.
3. Sebagai Objek Kata Kerja Transitif
Siti memandu kereta.
“Kereta” ialah objek kata kerja transitif “memandu”.
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013
Hamidon Mokmin Page 5
Nota: Objek kata kerja tak transitif mesti terdiri daripada FN atau klausa.
Fungsinya yang lain adalah sebagai pelengkap kata kerja tak transitif dan unsur keterangan.
1.Sebagai Pelengkap Kata Kerja Tak Transitif.
 Siti menjadi pensyarah USM sejak 10 tahun lalu.
“Pensyarah USM” ialah pelengkap kata kerja tak transitif “menjadi”.
 Hang tuah bersenjatakan keris Taming Sari.
“keris Taming Sari” ialah pelengkap kata kerja tak transitif “bersenjatakan”.
Nota: Hanya sebilangan kecil pelengkap kata kerja tak transitif yang terdiri daripada FN.
Pelengkap berbeza daripada objek kata kerja transitif kerana ia tidak boleh melalui proses
pemasifan.
2.Sebagai Unsur Keterangan.
 Mereka bermain bola di padang.
“Bola”ialah keterangan bagi kata kerja “bermain”. Sebagai unsur keterangan, Kehadiran FN
adalah tidak wajib. Dengan kata lain, tanpa kehadiran “bola”, ayat tetap gramatis.”Mereka
bermain di padang”.
Contoh lain FN (berhuruf tebal) yang berfungsi sebagai keterangan ayat.
a. Kanak-kanak itu berbaju Melayu.
b. Kegemarannya bermain bola.
c. Mereka belajar bahasa Jepun.
Perkara-perkara penting mengenai FN
FN yang berfungsi sebagai predikat ayat tidak boleh menerima kehadiran kata bilangan dan
penjodoh bilangan.
contoh:
a. *Beliau seorang Pengarah Pendidikan Negeri. ( Beliau Pengarah Pendidikan Negeri)
b. *Ahmad seorang guru.(Ahmad guru)
c. *Budak itu seorang murid saya.(Budak itu murid saya)
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013
Hamidon Mokmin Page 6
Satu lagi perkara penting yang perlu diketahui mengenai FN yang berfungsi sebagai predikat
ayat adalah berkenaan penggunaan kata pemeri “ialah”. Dalam ayat yang predikatnya ialah FN
(berhuruf tebal), “ialah” boleh disisipkan antara subjek dengan predikat.
contoh:
a. Beliau ialah pelajar universiti.
b. Kucing ialah haiwan kesayangan.
c. Itu ialah rumah tradisional Melayu.
Sebaliknya kata pemeri “adalah”, tidak boleh hadir dalam ayat berpredikat FN
contoh:
a’. *Beliau adalah pelajar universiti.
b’. *Kucing adalah haiwan kesayangan.
c’. *Itu adalah rumah tradisional Melayu.
Perkara seterusnya adalah mengenai penggunaan kata relatif “yang” dalam pembentukan
sesuatu FN. Ada kalanya kehadiran kata relatif itu adalah wajib untuk membentukkan FN yang
gramatis.
contoh:
a. Ikan mengandungi protein yang banyak.
b. Orang yang suka membaca luas pengetahuan.
Ada kalanya penggunaan “yang” tidak mempunyai kesan dari segi kegramatisan FN yang
dibentukkan.
Contoh:
a. Rumah besar itu tidak berpenghuni.
b. Rumah yang besar itu tidak berpenghuni.
Kedua-dua FN iaitu “rumah besar itu” dan “rumah yang besar itu” adalah gramatis.
Ada kalanya penggunaan “yang” akan menyebabkan FN yang dibentukkan tidak gramatis.
contoh:
a. Budaya suka membaca mesti dipupuk dalam masyarakat.
b. Budaya yang suka membaca mesti dipupuk dalam masyarakat.
Dalam ayat FN “budaya suka membaca” adalah gramatis,
Sebaliknya ayat “budaya yang suka membaca” tidak gramatis.
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013
Hamidon Mokmin Page 7
2. Frasa Kerja (FK)
Frasa kerja ialah perkataan atau sederetan perkataan yang digunakan untuk
menggambarkan perbuatan, sama ada melibatkan pergerakan atau tidak,
oleh manusia, haiwan, benda dan unsur abstrak. Ia adalah antara empat kategori frasa yang
terdapat dalambahasa Melayu. Ia mempunyai fungsi yang banyak dalam pembinaan frasa dan
ayat. Oleh sebab itu pemahaman mengenai frasa ini penting bagi seseorang pengguna bahasa
untuk menjana frasa dan ayat yang gramatis.
Ciri-ciri Frasa Kerja (FK)
Frasa kerja (FK) boleh dikenal pasti melalui ciri khususnya iaitu ia boleh didahului oleh kata
bantu (aspek dan ragam).
1. Contoh:
a. akan tidur
b. sedang menonton televisyen
c. hendak makan
d. suka membaca
Jenis
FK boleh dibahagikan kepada dua jenis utama, iaitu tak transitif dan transitif. Perbezaan antara
kedua-duanya ialah FK tak transitif tidak mempunyai objek sementara FK transitif sebaliknya.
1.FK tak transitif
Contoh:
a. Bayi itu menangis.
b. Dia sudah keluar.
c. Mereka sedang bermain.
2.FK transitif
Contoh
a. Ali membaca buku motivasi.
b. Siti menggulai ikan.
c. Mereka memasuki bangunan itu.
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013
Hamidon Mokmin Page 8
1. Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja sebagai
intinya.
2. Dalam ayat, frasa kerja wujud dalam predikat.
3. Frasa kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja transitif dan frasa kerja tak
transitif.
4. Binaan frasa kerja secara umumnya sama dengan kata kerja (lihat nota kata kerja)
Pembahagian jenis-jenis frasa kerja boleh diringkaskan seperti di bawah:
Frasa kerja
Frasa Kerja Transitif Frasa Kerja Tak Transitif
(i) (kata bantu) + kata kerja + objek +
(penerangan) + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang
boleh ada atau tiada.
(ii) (kata bantu) + kata kerja + objek tepat
+ objek sipi + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang
boleh ada atau tiada
Frasa kerja tak transitif
tanpa pelengkap
Frasa kerja tak
transitif berpelengap
(i) (kata bantu) + kata kerja +
(keterangan)
Tanda kurungan
menunjukkan unsur yang
boleh ada atau tiada
(ii) (kata bantu) + kata kerja
+ (penerang) + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan
unsur yang boleh ada atau
tiada.
(kata bantu) + kata
kerja + pelengkap +
(penerang) +
keterangan
tanda kurung
menunjukkan unrus
yang boleh ada atau
tiada.
contoh 1 - Binaan frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap
Subjek Predikat Nota
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013
Hamidon Mokmin Page 9
Frasa Nama
Frasa kerja
Kata bantu Kata kerja Keterangan
Lelaki itu sedang makan di atas meja.
maksud ayat
lengkap jika
keterangan
dibuang.
Cikgu masih menulis di papan hitam.
bayi itu sedang merangkak dengan laju.
Jamal akan datang esok
Khatib sedang berkhutbah di surau
contoh 2 - Binaan frasa kerja tak transitif berpelengkap
Subjek Predikat
Nota
Frasa nama
Frasa kerja
Kata bantu Kata kerja pelengkap Penerang keterangan
Mereka akan pulang ke rumah
secepat
mungkin
dalam
minggu ini
pelengkap
frasa sendi
nama
Ahmad ingin menjadi penyanyi
yang
terkenal
di negara ini
pelengkap
kata nama
Saya tinggal di Klang
Pelengkap
frasa sendi
nama
FRASA KERJATAK TRANSITIF
FK tak transitif ialah frasa kerja yang tidak mempunyai objek atau pihak kedua.Frasa kerja tak
transitif tidak boleh dipasifkan. Walau bagaimanapun sebahagiannya mempunyai pelengkap.
Oleh itu, FK tak transitif dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu tak berpelengkap dan
berpelengkap.
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013
Hamidon Mokmin Page 10
1.FK tak transitif tak berpelengkap.
FK tak transitif tak berpelengkap ialah FK yang tidak memerlukan sebarang unsur untuk
menyempurnakan maksudnya.
.Contoh:
a. Bayi itu menangis.
b. Dia sudah keluar.
c. Mereka sedang bermain.
“menangis”, “sudah keluar” dan “sedang bermain” sudah sempurna dan difahami walaupun
tiada sebarang unsur mengiringi FK berkenaan.
2.FK Tak Transitif Berpelengkap
FK tak transitif berpelengkap ialah FK yang memerlukan kehadiran unsur untuk
menyempurnakan maksudnya.
Contoh:
a. Siti menjadi guru.
b. Keadaannya beransur baik.
c. Dr Ali pergi ke Pulau Pinang.
“menjadi”, “beransur” dan “pergi” tidak akan sempurna tanpa unsur pelengkapnya, iaitu “guru”,
“baik” dan “ke Pulau Pinang”.
Nota: Tiga jenis frasa yang boleh menjadi pelengkap FK tak transitif berpelengkap ialah frasa
nama (guru), frasa adjektif (baik) dan frasa sendi nama (ke Pulau Pinang).
Panduan:Sebahagian besar pelengkap FK tak transitif berpelengkap terdiri daripada frasa
sendi nama.Pelengkap FK tak transitif berpelengkap berimbuhan ber+_+kan ialah frasa nama
“Hang Tuah bersenjatakan keris Taming Sari”.
FRASA KERJATRANSITIF
Frasa kerja transitif(FKT) melibatkan pihak kedua, iaitu objek ayat. Misalnya, dalam ayat “Ali
memukul ular itu”, FKT “memukul” melibatkan dua pihak, iaitu subjek ayat “Ali” dan pihak kedua,
iaitu objek ayat “ular itu. Oleh sebab FKT mempunyai objek, ia boleh dipasifkan.
“Ali memukul ular itu.”
“Ular itu dipukul oleh Ali.”
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013
Hamidon Mokmin Page 11
JENIS/KATEGORI
FKT dapat dikategorikan kepada dua jenis, iaitu:
1) Asal – frasa kerja yang sememangnya bersifat transitif.
Contoh: makan, minum, membaca, memukul (bentuk aktif); dimakan, diminum, dibaca, dipukul
(bentuk pasif)
2) Terbitan-diterbitkan daripada frasa yang lain;
a)daripada FN, misalnya
“raja” – merajai, merajakan (bentuk aktif);
dirajai, dirajakan (bentuk pasif)
b)daripada FK tak transitif, misalnya
“tidur” – meniduri, menidurkan (aktif);
ditiduri, ditidurkan (pasif),
“temu” – menemui, menemukan (aktif);
ditemui, ditemukan (pasif)
“bertemu” – mempertemukan (aktif);
dipertemukan (pasif)
“bersuami” – mempersuami, mempersuamikan;(aktif)
dipersuami, dipersuamikan(pasif)
c)daripada FA (adjektif), misalnya
“indah” – mengindahi, mengindahkan;
diindahi, diindahkan
d)daripada FSN
“ke tepi” dan “ke tengah” – mengetepikan, mengetengahkan;
diketepikan, diketengahkan
Makna imbuhan +i pada FKT asal
Hanya terdapat satu makna yang didokong oleh imbuhan +i pada FKT asal, iaitu menunjukkan
perbuatan dilakukan berulang kali/bersungguh-sungguh.
Siti membacai buku cerita itu.
Maknanya ialah perbuatan “membacai” dilakukan berulang kali/bersungguh-sungguh.
Makna imbuhan +kan pada FKT asal
Hanya terdapat satu makna yang didokong oleh imbuhan +kan pada FKT asal, iaitu makna
“benfaktif” (objek tepat ayat ialah pihak yang mendapat faedah daripada perbuatan).
“Siti membacakan adiknya buku cerita”.
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013
Hamidon Mokmin Page 12
Maknanya ialah objek tepat ayat (adiknya) ialah pihak yang mendapat faedah daripada
perbuatan (membacakan).
Makna imbuhan +i pada FKT terbitan (daripada FN)
Terdapat empat makna yang didokong oleh imbuhan +i pada FKT yang diterbitkan daripada
FN.
1) Menjadi
Parameswara merajai Melaka.
Maknanya ialah “Parameswara menjadi raja Melaka”.
Saya menggurui kelas ini.
Maknanya ialah “Saya menjadi guru kelas ini”.
2) Memberi
Dia menasihati saya supaya bersabar.
Maknanya ialah “Dia memberi saya nasihat supaya bersabar”.
Dia sudah memaafi saya.
Maknanya ialah “Dia sudah memberi saya maaf”.
3) Meletakkan/membubuh
Siti menggarami ikan.
Maknanya ialah “Siti membubuh garam pada ikan”.
Siti menggulai kopi.
Maknanya ialah“Siti membubuh gula ke dalam kopi”.
4) Membuang
Encik Ahmad merumputi halaman rumahnya.
Maknanya ialah “Encik Ahmad membuang (mencabut, menebas, mencangkul) rumput di
halaman rumahnya”.
Siti menyisiki ikan.
Maknanya ialah “Siti membuang sisik ikan”.
Makna imbuhan +kan pada FKT terbitan (daripada FN)
Terdapat dua makna yang didokong oleh imbuhan +kan pada FKT yang diterbitkan daripada
FN.
1) Menjadikan (“kausatif”)
Rakyat Melaka merajakan Parameswara.
Maknanya ialah “Rakyat Melaka menjadikan Parameswara raja”.
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013
Hamidon Mokmin Page 13
Dia menasihatkan supaya saya bersabar.
Maknanya ialah “Dia menjadikan “supaya saya bersabar” nasihat”.
2) Memasukkan
Hakim itu memenjarakan pesalah.
Maknanya ialah “Hakim itu memasukkan pesalah ke dalam penjara”.
Kerani itu memfailkan surat-surat tersebut.
Maknanya ialah “Kerani itu memasukkan surat-surat tersebut ke dalam fail”.
Makna imbuhan +i pada FKT yang diterbitkan daripada FK tak transitif.
Hanya terdapat satu makna yang didokong oleh imbuhan +i pada FKT jenis ini, iaitu pelaku
perbuatan yang disebut dalam FKT berkenaan ialah subjek ayat.
Ali menaiki bangunan itu.
Maknanya ialah pelaku perbuatan “naik” ialah subjek ayat (Ali).
Ali memperisteri Aminah.
Maknanya ialah pelaku perbuatan “beristeri” ialah subjek ayat (Ali).
Makna imbuhan +kan pada FKT yang diterbitkan daripada FK tak transitif.
Hanya terdapat satu makna yang didokong oleh imbuhan +i pada FKT jenis ini, iaitu pelaku
perbuatan yang disebut dalam FKT berkenaan ialah objek ayat.
Ali menaikkan bendera.
Maknanya ialah pelaku perbuatan “naik” ialah objek ayat (bendera).
Aminah memperisterikan Ali dengan Siti.
Maknanya ialah pelaku perbuatan “beristeri” ialah objek ayat (Ali).
Makna imbuhan +i pada FKT yang diterbitkan daripada FA (adjektif).
Hanya terdapat satu makna yang didokong oleh imbuhan +i pada FKT jenis ini, iaitu subjek ayat
ialah “pemangkin”, iaitu kerana sifat yang ada padanya menyebabkan pihak lain (objek ayat)
juga mendapat sifat tersebut.
Pohon-pohon bunga mengindahi taman itu.
Maknanya ialah subjek ayat (pohon-pohon bunga) ialah “pemangkin” yang mempunyai sifat
“indah”, dan kerana keindahannya objek ayat (taman itu) juga menjadi indah.
Bedak memutihi mukanya.
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013
Hamidon Mokmin Page 14
Makna imbuhan +kan pada FKT yang diterbitkan daripada FA (adjektif).
Hanya terdapat satu makna yang didokong oleh imbuhan +i pada FKT jenis ini, iaitu subjek ayat
ialah “agen”, iaitu kerana usaha/perbuatan/keupayaannya menyebabkan pihak lain (objek ayat)
mendapat sifat yang disebut pada FKT berkenaan.
Ali mengindahkan taman itu dengan pohon-pohon bunga.
Maknanya ialah subjek ayat (Ali) ialah “agen”, iaitu kerana usahanya menyebabkan objek ayat
(taman itu) menjadi indah.
Contoh lain ayat:
Krim pencerah memutihkan mukanya.
Imbuhan +per
Satu lagi imbuhan yang dapat menerbitkan FKT ialah +per. Mengenai penggunaan imbuhan ini,
dua perkara yang berikut perlu diperhatikan:
1) Imbuhan +per mempunyai fungsi dan mendokong maksud yang sama dengan imbuhan
+kan. Persamaan ini terlihat dalam contoh FKT yang berikut:
Perbesar = besarkan – maknanya ialah “jadikan besar”.
Perluas = luaskan – “jadikan luas”.
Perbetul = betulkan – “jadikan betul”.
Disebabkan persamaan ini, kedua-dua imbuhan tidak boleh digandingkan untuk menerbitkan
sesuatu FKT. Contoh penggandingan imbuhan +per dan +kan (tidak dibenarkan) adalah seperti
dalam ayat yang berikut:
Encik Ali memperbesarkan rumahnya.
Encik Salman Memperluaskan perniagaanya
Salleh Memperbetulkan tali lehernya.
2) Imbuhan +kan dan +i tidak boleh digandingkan dalam penerbitan sesuatu FKT. Oleh sebab
imbuhan +per = +kan, imbuhan +per juga tidak boleh digandingkan dengan imbuhan +i. Contoh
penggandingan imbuhan +per dan +i (tidak dibenarkan) adalah seperti dalam ayat yang berikut:
Mereka memperhalusi cadangan itu.
Mereka memperhalusi cadangan itu.
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013
Hamidon Mokmin Page 15
3.FRASA ADJEKTIF
Frasa adjektif ialah satu daripada empat kategori frasa bahasa Melayu. Frasa ini dapat
berfungsi sebagai predikat ayat. Fungsinya yang lain adalah sebagai penerang frasa kerja dan
penerang frasa nama.
Definisi dari segi binaan - Binaan/struktur yang mengandungi satu atau beberapa perkataan
dengan kata adjektif atau kata sifat sebagai intinya (perkataan utama).
Definisi dari segi fungsi - satu atau beberapa perkataan yang digunakan untuk menggambarkan
sifat/keadaan/warna manusia, haiwan, benda, peristiwa dan unsur abstrak.
Siti pandai.
Siti sangat pandai.
Ciri-ciri.
Boleh didahului / diikuti oleh kata / imbuhan penguat.
Sangat pandai
Paling pandai
Terpandai
Sungguh pandai
Pandai sungguh
Indah nian
Pandai sekali
Fungsi
1.Predikat ayat.
Siti pandai.
Siti sangat pandai.
Siti gemar membaca buku.
Siti sayang akan ibu bapanya.
Siti cinta akan negaranya.
Siti sayangkan ibu bapanya.
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013
Hamidon Mokmin Page 16
2.Penerang Frasa Nama
Budak kecil itu adik saya. – FA “kecil” ialah penerang bagi FN “budak”. Kereta baru itu miliknya.
- FA "baru" ialah penerang bagi FN "kereta".
Budak yang sangat pandai itu adik saya.
3.Penerang Frasa Kerja
Angin bertiup kencang. – FA “kencang” ialah penerang bagi FK “bertiup”.
Dia memandu laju keretanya. – FA “laju” ialah penerang bagi FK “memandu”.
Dia memandu di jalan raya keretanya.
Dia memandu keretanya dengan laju.
Dia memandu sangat laju keretanya.
Dia memandu keretanya dengan sangat laju.
Kata adjekjif (KA) boleh berfungsi sebagai subjek ayat
Hitam menawan. – KA “hitam” berfungsi sebagai subjek ayat.
Sebenarnya KA “hitam” ialah sebahagian daripada FN yang kata intinya, iaitu “warna” telah
digugurkan.Warna hitam menawan.
Kesalahan umum penggunaan FA.
a) Menggunakan penguat hadapan sebagai penguat belakang.
Sangat pandai
pandai sangat
b) Menggunakan dua kata/imbuhan penguat yang sama darjah
paling pandai sekali
terpandai sekali
amat cantik sungguh
amat cantik sekali
terutamanya
c) menggunakan kata penguat bukan pada FA
pertama sekali
akhir sekali
terakhir
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013
Hamidon Mokmin Page 17
Frasa Adjektif sebagai frasa endosentrik berintipati kata adjektif. Frasa adjektif boleh
menjadi predikat.
Sebagai unsur keterangan, FA hadir setelah kata kerja atau FK, manakala sebagai unsur
penerang FA hadir setelah kata nama atau FN.
Contoh:
Subjek
Predikat
NotaPenguat
hadapan
Kata Adjektif
Penguat
Belakang
Ahli Gusti itu sungguh handal
Ali sangat pandai
Awak hebat betul
4.FRASA SENDI NAMA
1.Kata sendi nama merupakan kata depan kepada kata nama.
2.Kata sendi bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau
frasa-frasa yang lain.
3.Kata sendi memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas
sebagai predikat ayat.
4.Antara kata sendi yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu ialah seperti : di, ke, dari,
daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, sejak, terhadap, akan,
oleh, hingga, sampai, antara, untuk, dengan, dalam, dan sebagainya.
PENGGUNAAN KATA SENDI
KATA SENDI PENGGUNAANNYA AYAT CONTOH
di Digunakan untuk tempat.
Dieja terpisah daripada kata
nama atau frasa nama yang
1. Pertandingan itu diadakan di Taiping.
2. Cikgu Nadia bekerja di sekolah itu.
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013
Hamidon Mokmin Page 18
mengikutinya.
ke Digunakan untuk tempat,
masa dan benda konkrit tidak
bernyawa.
Dieja terpisah daripada kata
nama atau frasa nama yang
mengikutinya.
Tidak boleh digunakan di
hadapan kata nama atau frasa nama
yang merujuk manusia atau
binatang.
1. Mereka akan ke Ipoh esok.
2. Din menunggu Siha dari pagi
hingga ke petang.
3. Pinggan itu dihempaskannya ke lantai.
4. Cik Bedah ke surau.
dari Digunakan untuk tempat,
arah atau masa.
1. Bola itu ditendang dari penjuru padang.
2. Kami menunggu dari pukul 8.00 pagi.
3. Ely datang dari Kelantan.
daripada Digunakan untuk orang,
perbandingan, asal kejadian, benda
abstrak, pertentangan, dan untuk
menunjukkan keanggotaan.
1. Surat itu saya terima daripada Yatie.
2. Pensel ini lebih panjang daripada pensel itu.
3. Ukiran itu diperbuat daripada perak.
4. Kami memperoleh manfaat daripada
5. Yang dikatakannya berbeza daripada yang
diamalkan.
6. Kumpulan perompak senjata api itu
terdiri daripada enam belas orang anggota.
Kepada/
akan/terhadap
Digunakan selepas kata adjektif
yang menyatakan perasaan atau
sikap.
1. Devi suka akan rambutan.
2. Hanim amat sayang akan/kepada ibunya.
3. Kita mesti hormat akan/kepada/terhadap ibu
bapa.
KATA SENDI PENGGUNAANNYA AYAT CONTOH
bagi/untuk Digunakan untuk
menentukan sesuatu yang
dibezakan daripada yang lain.
1. Derma untuk / bagi mangsa banjir
sedang dipungut.
2. Hadiah ini untukmu.
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013
Hamidon Mokmin Page 19
pada Digunakan untuk masa,
manusia, binatang, benda
abstrak, dan benda konkrit tertentu.
1. Peah tiba pada pukul lapan malam.
2. Tiket bas itu ada pada Hanim.
3. Pada pendapat saya, cerita itu benar.
demi Digunakan dihadapan jkata
nama atau frasa nama yang
membawa maksud tujuan
1.Rakyat Malaysia mesti
bersatu demi kesejahteraan negara.
2. Demi kepentingan bersama, marilah
kita berdamai.
tentang Digunakan untuk
menyatakan maknaberkenaan
dengan
1. Menteri-menteri itu
berbincang tentang masalah negara.
seperti/
umpama/
laksanabagai
Digunakan untuk membawa
maksudperbandingan atau
makna persamaan dengan yang
lain.
1.Pemuda itu berlagak seperti/
umpama/ laksana/bagai orang berada.
2. Suaranya
merdu seperti/umpama/ laksana/bagai buluh
perindu.
dengan Digunakan untuk
menyatakan maksudbersama-
sama atau serta, bandingan setara,
keterangan cara, dan penggunaan
sesuatu sebagai alat.
1. Izzat bermain dengan Hazwan.
2 Hasilnya tidak setimpal dengan usahanya.
3. Nani belajar dengan tekun.
4. Nora menulis dengan pensel.
sejak/semenjak Digunakan untuk membawa
maksud penanda waktu atau masa.
1. Milah sentiasa gembira sejak/semenjak
suaminya pulang dari perantauan.
oleh Digunakan selepas kata
kerja pasif yang berawalan di-
dan ter-
1. Kuih ini dibuat oleh Nadiah.
2. Anggota kumpulan itu terpengaruh oleh
kata-kata ketua mereka.
hingga/
sampai
Digunakan untuk
menyatakan had masa, waktu atau
tempat tertentu.
1. Anggota-anggota polis
berkawal hingga/ sampai larut malam.
2. Midah
belajar hingga/sampai peringkat universiti.
dalam/
antara
Digunakan untuk menyatakan
pengertian tempat yang tidak
mempunyai ruang atau jarak.
1. Dalam hal ini, kita semua setuju.
2. Mereka berbincang antara adik- beradik
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013
Hamidon Mokmin Page 20
FRASA
Dalam tatabahasa, frasa ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata atau rentetan
beberapa patah kata yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat, sama ada sebagai subjek,
predikat, objek atau keterangan. Frasa tiada subjek dan predikat. Frasa tidak membawa
maksud yang lengkap yang boleh dikatakan sebagai satu ayat.Dalam bahasa Melayu, terdapat
empat frasa, iaitu:
Frasa nama
Frasa kerja
Frasa adjektif
Frasa sendi nama
Frasa endosentrik mengandungi satu unsur inti yang dapat menjadi wakil bagi frasa
berkenaan:
frasa nama (mempunyai kata nama sebagai unsur intinya)
frasa kerja (mempunyai kata kerja sebagai unsur intinya)
frasa adjektif (mempunyai kata adjektif sebagai unsur intinya)
Frasa eksosentrik pula ialah frasa sendi nama sahaja, kerana frasa ini tidak mempunyai satu
unsur inti yang dapat mewakili keseluruhan frasanya.Inti frasa pula merujuk kepada kata yang
paling penting dalam sesuatu frasa.Sebagai contoh, kata terpenting (inti frasa) dalam
ayat Kakak saya menyanyi lagu keroncong ialahkakak menyanyi kerana kedua-duanya dapat
membentuk ayat yang mempunyai makna sedangkan kata-kata yang lain boleh digugurkan.
Frasa dapat diperkembang menjadi unit yang mengandungi dua perkataan atau
lebih.Sebagai contohnya, Kambing.Manakala menurut Asraf (2008), frasa ialah sepatah kata
atau lebih daripada sepatah kata yang dapat bertugas sebagai subjek atau predikat atau objek
dalam sesuatu ayat. Bagi Abdullah Hassan (2008), frasa didefinisikan sebagai satu unsur
yang menjadi sebahagian daripada ayat. Frasa dapat terdiri daripada satu perkataan atau pun
sekumpulan perkataan yang digabungkan menurut rumus tatabahasa Melayu bagi membawa
makna.Jika dahulu, Pendeta Z’aba memanggilnya rangkai kata, dan mesti terbina daripada dua
perkataan atau lebih. Tetapi, sebenarnya satu perkataan pun boleh menjadi frasa.
Contohnya:Rumah
Melalui definisi beberapa tokoh linguistik, dapat dirumuskan bahawa:
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013
Hamidon Mokmin Page 21
Frasa merupakan satu unit kata yang berpotensi dikembangkan atau
diperluas menjadi dua atau lebih perkataan yang bermakna.
KLAUSA
Klausa ialah satu lagi unit ayat yang agak berbeza daripada frasa.Frasa tidak mungkin menjadi
ayat yang lengkap tetapi klausa mungkin menjadi ayat yang lengkap kerana klausa mempunyai
subjek dan predikat, iaitu unsur utama yang wajib untuk status ayat.Sebagai unsur ayat, klausa
boleh dibahagikan kepada dua jenis,iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.
Klausa bebas.
Klausa bebas bersifat ayat yang lengkap (ada subjek dan predikat) dan denan itu boleh berdiri
sendiri sebagai ayat apabila diucapkan atau dituli. Perhatikan contoh berikut:
Klausa Ayat
Subjek Predikat Subjek Predikat
budak itu mendengar radio Budak itu mendengar radio
ujian tadi amat susah Ujian tadi amat susah
jambatan itu jambatan kayu Jambatan itu jambatan kayu
mereka ke pantai Mereka ke pantai
Perbezaan ayat dengan klausa bebas amat kecil sekali.Ayat dimulai dengan huruf besar dan
diakhiri dengan nokhta, manakala klausa tidak.
Klausa Tak Bebas
Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang
menjadi konstituen kepada ayat. Klausa merupakan ayat yang membentuk ayat majmuk.Klausa
ialah satu lagi unit ayat yang agak berbeza daripada frasa.Frasa tidak mungkin menjadi ayat
yang lengkap tetapi klausa mungkin menjadi ayat yang lengkap kerana klausa mempunyai
subjek dan predikat, iaitu unsur utama yang wajib untuk status ayat. Klausa merupakan ayat
yang membentuk ayat majmuk. Klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan
klausa tak bebas.
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013
Hamidon Mokmin Page 22
Klausa tak bebas hampir sama sifatnya dean klausa bebas, yakni ia terdiri daripada unsur
subjek dan predikat.Ciri utamanya ialah ia didahului oleh kata hubung seperti kerana,
sungguhpun, walaupun, apabila, tatkala dan sebagainya.
Klausa bebas
Klausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri dengan sendiri dan apabila diucapkan dengan
intonasi yang sempurna, klausa bebas ini akan menjadi ayat yang lengkap.Contoh:
Ahmad menari. (klausa bebas)
Klausa tak bebas.
Klausa tak bebas ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri dan dalam ayat majmuk, klausa
tak bebas ini dipancangkan ke dalam klausa bebas atau klausa utama. Contohnya:
Dia lulus dalam ujian kerana belajar bersungguh-sungguh.
Dia lulus dalam ujian (klausa utama/klausa bebas)
kerana belajar bersungguh-sungguh (klausa tak bebas)
Perhatikan contoh-contoh di bawah. Klausa tak bebas digaris di bawahnya dan klausa bebas
ditebalkan hurufnya. Dalam ayat seperti ini, klausa bebas juga dikenali sebagai klausa utama.
Ahmad gagal kerana dia tidak membaca soalan dengan teliti terlebih dahulu.
Sungguhpun dia sibuk, dia datang juga.
Ahmad akan menyertai perlawanan itu jika dibenarkan oleh ibunya.
Kalau hujan turun berlarutan, penoreh getah akan menghadapi masalah kewangan.
Pengetahuan mengenai klausa amat penting dalam membina dan menganalisis ayat majmuk
gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat campuran.Ayat-ayat ini mempunayi dua atau lebih
klausa; iaitu ada klausa bebas dan ada klausa tak bebas.Di samping itu, bilangan klausa serta
jenis klausa menentukan bentuk-bentu ayat dalam bahasa Melayu.
AYAT
AYAT DASAR
1. Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain
dalam sesuatu bahasa.
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013
Hamidon Mokmin Page 23
2. Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis ayat dari segi binaan dan susunannya, asas
binaannya terdiri daripada beberapa pola tertentu, yang disebut pola ayat dasar sesuatu
bahasa.
3. Daripada pola itulah terbit ayat yang lain , sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat
pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya.
4.Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain
dalam sesuatu bahasa.Dapat menjadi ayat dasar pada ayat-ayat lain.Daripada pola-pola ayat
dasar itu terbit ayat lain iaitu:
>AYAT TUNGGAL >AYAT PANJANG
>AYAT MAJMUK >AYAT AKTIF
>AYAT PENDEK >AYAT PASIF
5. Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenisdengan
berpandu kepada jenis-jenis binaan subjek dan predikatnya.
i. Frasa Nama + Frasa Nama
FN FN
Contoh: Encik Baihaqi (FN) seorang guru (FN)
ii. Frasa Nama + Frasa Kerja
FN FK
Contoh: Aniza(FN) membaca buku (FK)
iii. Frasa Nama + Frasa Adjektif
FN FK
Contoh: Rumah Intan (FN) besar (FA)
iv. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
FN FS
Contoh: Dia (FN) dari Jitra (FN)
Contoh pola ayat lain:
FN + FN; FN + FK; FN + FA; FN + FS
Pola Ayat
Subjek
Predikat
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013
Hamidon Mokmin Page 24
FN + FN
Abang
>Abang sulung saya
Doktor
>Doktor haiwan
FN + FK
Pelajar
>Pelajar-pelajar Tingkatan 5
Berhimpun
>Berhimpun di dewan besar
FN + FA
Anjing
>Anjing peliharaan jiran saya
Garang
>Sangat garang
FN + FS
Bapanya
>Bapanya yang baru bersara
di hospital
AYAT INTI
Dalam bahasa Melayu, terdapat empat pola ayat inti:
Frasa Nama + Frasa Nama
Frasa Nama + Frasa Kerja
Frasa Nama + Frasa Adjektif
Frasa Nama + Frasa Sendi
Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu
dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna. Umpamanya, jika
anda menyatakan "Emas ialah logam", tiada tafsiran makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat
inti amat berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain itu, sasterawan sering
menggunakan ayat inti untuk mempercepatkan jalan cerita, atau untuk menimbulkan perasaan
ingin tahu pembaca.
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013
Hamidon Mokmin Page 25
AYAT TUNGGAL
Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat tunggal terbina
dalam berbagai-bagai jenis ayat sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah , dan ayat
seruan. Pembentukan ayat tunggal boleh terbina daripada subjek dan predikat yang terdiri
daripada FN, FK, FA dan FS.
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh : Lelaki gemuk itu  sedang menembak burung.
Subjek = Lelaki gemuk itu
Predikat = sedang menembak burung.
Susunan Kontituen Ayat Tunggal
Ayat tunggal dibina oleh dua bahagian, iaitu subjek dan predikat. Subjek ialah bahagian ayat
yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek.
Contoh:
(Ali) (suka makan nasi goreng berlada).
(Kereta itu) (baru sahaja dibeli oleh ayah).
Ayat tunggal mempunyai dua bentuk susunan iaitu;
Susunan ayat tunggal ada dua;
1.Ayat Tunggal Susunan Biasa
2.Ayat Tunggal Susunan Songsang
1.Ayat Tunggal Susunan Biasa
Dalam susunan biasa ayat tunggal, kedudukan konstituen subjeknya adalah di hadapan
konstituen predikat, seperti dalam contoh-contoh berikut:
Seorang guru telah memenangi hadiah itu.
Beberapa buah bangunan musnah dalam kebakaran itu.
Semua pelajar kita berjaya dalam peperiksaan tahun lalu.
Setiap tuntutan akan mendapat layanan.
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013
Hamidon Mokmin Page 26
Mereka semua sudah lama menetap di Malaysia.
Setengah-setengah bangunan itu masih kukuh lagi.
Kebanyakan calon tidak memahami soalannya.
Hampir semua pekarja telah hadir dalam majlis tersebut.
Negeri-negeri pantai timur masyhur dengan perusahaan kraftangan.
Penyalahgunaan dadah dapat melemahkan tenaga pekerja negara kita.
Lazimnya dalam percakapan dan penulisan biasa terdapat penegasan atau penekanan yang
dilakukan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Kata-kata penegas yang biasa
digunakan ialah –lah, -tah, -kah. Kontituen yang menerima kata penegas mengalami proses
pendepanan, seperti :
1. A) Bapa saya dia.
B) Dialah bapa saya.
2. A) Adik kami datang semalam.
B) Datangkah adik kami semalam?
Dalam ayat susunan biasa, kata penekan yang biasa digunakan ialah pun-, jua-, juga, sahaja
dan lagi.
Contoh;
Pengawai itu pun tidak melayan kita.
Saya ingin juga ke sana.
Kita meminta rahmat daripada Allah jua.
Sepanjang hari dia mengelamun sahaja.
Orang itu tidak akan datang lagi.
2.Ayat Tunggal Susunan Songsang
Ayat tunggal boleh juga wujud dalam susunan songsang melalui proses pendepanan atau
penjudulan. Dalam susunan songsang konstituen predikat akan dipindahkan ke hadapan subjek
ayat. Unsur yang dipindahkan ke hadapan itu mesti diberi penegasan iaitu melalui proses
pendepanan predikat iaitu;
a. Pendepanan seluruh predikat.
Seluruh konstituen predikat di bawa ke hadapan mendahului subjek.
Perangainya baik sungguh.(Baik sungguh perangainya.)
Pendaki itu berjaya juga akhirnya.(Berjaya juga akhirnya pendaki itu.)
Orang itu sangat rajin.(Sangat rajin orang itu.)
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013
Hamidon Mokmin Page 27
Rasa buah itu enak sekali.(Enak sekali Rasa buah itu.)
Penyesalannya tidak berguna lagi.(tidak berguna lagi penyesalannya.)
Ayam itu sudah mati agaknya.(Sudah mati agaknya ayam itu.)
Pegawai itu masih belum sampai.(Masih belum sampai pegawai itu.)
Ahmad sungguh bernasib baik.(Sungguh bernasib baik Ahmad)
Surat itu dari seberang laut agaknya.(Dari seberang laut agaknya surat itu.)
Bapanya petani.(Petani bapanya)
b. Pendepanan sebahagian daripada predikat.
i. Pendepanan frasa kerja.Dalam proses ini, bahagian-bahagian dalam frasa kerja, iaitu:
kata kerja sahaja
Kanak-kanak itu berkejaran-kejaran di padang.(Berkejar-kejaran kanak-kanak itu di
padang.)
Hati saya terkilan tadi.(Terkilan hati saya tadi.)
Mereka bekerja setiap hari.(Bekerja mereka setiap hari.)
Dia terduduk di situ.(Terduduk dia di situ.)
Bayi itu menangis setiap malam.(Menangis bayi itu setiap malam.)
kata kerja dengan objek
Dia membaca buku di perpustakaan.(Membaca buku dia di perpustakaan.)
Pak Abu menanam jagung tahun ini.(Menanam jagung Pak Abu tahun ini.)
Hatiku terpaut oleh kemesraannya.(Terpaut hatiku oleh kemesraannya.)
Sampah itu dibakarnya.(Dibakarnya sampah itu.)
Budak-budak itu kena pukul kelmarin.(Kena pukul budak-budak itu kelmarin.)
kata bantu dengan kata kerja
Budak-budak itu masih bermain.(Masih bermain budak-budak itu.)
Anaknya belum sampai ke sekolah.(Belum sampai anaknya ke sekolah.)
Mereka akan pergi ke Melaka pagi esok.(Akan pergi mereka ke Melaka pagi esok.)
Guru itu sedang mengajar.(Sedang mengajar guru itu.)
Keluarga itu pernah berkunjung ke ibu kota.(Pernah berkunjung keluarga itu ke ibu
negara.)
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013
Hamidon Mokmin Page 28
ii. Pendepanan frasa adjektif.Pendepanan Kata Adjektif Sahaja
Dia sakit pada masa itu.[Sakit dia pada masa itu.]
Badannya lesu sepanjang masa.[Lesu badannya sepanjang masa.]
Calon itu baik dalam semua pelajarannya.[Baik calon itu dalam semua pelajarannya.]
Pesakit itu lumpuh dengan tiba-tiba.[Lumpuh pesakit itu dengan tiba-tiba.]
Orang itu bijak.[Bijak orang itu.]
Pendepanan Kata Bantu dengan Adjektif
Barang itu belum tentu baik.(Belum tentu baik barang itu.)
Bangunan itu masih teguh lagi.(Masih teguh lagi bangunan itu.)
Pesakit itu sedang sakit tenat.(Sedang sakit tenat pesakit itu.)
Anak pendeta itu sudah tentu pandai.(Sudah tentu pandai anak pendeta itu.)
iii. Pendepanan frasa sendi nama.Frasa sendi nama sebagai predikat.
Barang-barang itu untuk ibu.[Untuk ibu barang-barang itu.]
Surat itu tentu daripada Ali.[Tentu daripada Ali surat itu.]
Arahan itu tetap kepada pekerjanya.[Tetap kepada pekerjanya arahan itu.]
Tiket basnya masih pada saya.[Masih pada saya tiket basnya.]
Dia di Kuala Lumpur dia sekarang.[Di Kuala Lumpur dia sekarang.]
Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.
Saya berpegang pada janji.[Pada janji saya berpegang.]
Kaum muslimin wajib bertawakal kepada Allah.[Kepada Allah kaum muslimin wajib
bertawakal kepada Allah.]
Perarakan itu menghala ke bandar.[Ke bandar perarakan itu menghala.]
Pejuang-pejuang itu merempuh ke dalam kota.[Ke dalam kota pejuang-pejuang itu
merempuh.]
Kami mengait buah itu dengan galah.[Dengan galah kami mengait buah itu.]
SUBJEK DALAM AYAT TUNGGAL.
(a) Frasa nama sebagai subjek.
 Tan Kong Joo pelajar sekolah.
 Buah itu masam.
 Ibunya sakit.
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013
Hamidon Mokmin Page 29
 Motosikalnya telah rosak.
 Balai raya ini untuk orang ramai.
(b) Kata ganti nama diri sebagai subjek.
 Dia anak bongsu.
 Beliau guru saya.
 Dia adik Ragunathan.
 Bank Rakyat.
 Ini stesen bas.
(*rujuk kepada Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 102)
Namun demikian, dalam penulisan karangan, murid tidak digalakkan memulakan ayat dengan
kata ganti nama tunjuk.
(c) Kata kerja sebagai subjek.
 Membaca buku ialah hobinya.
 Bersenam dapat menyihatkan badan.
 Menyanyi ialah kerjayanya.
 Mencuri perbuatan yang salah.
 Minum air boleh menghilangkan dahaga.
(d) Kata adjektif sebagai subjek.
 Cergas bermakna badan sihat.
 Hijau warna kesukaannya.
 Harum bau bunga melur itu.
 Tamak ialah amalan yang keji.
PREDIKAT DALAM AYAT TUNGGAL.
(a) Frasa nama sebagai predikat
 Encik Zulkifli pegawai polis.
 Kakaknya doktor mata.
 Bangunan itu kediamannya.
 Bilik itu stor barang.
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013
Hamidon Mokmin Page 30
(b) Frasa kerja sebagai predikat
 Dia makan mi goreng.
 Anjing itu menyalak musuh.
 Mereka tidur.
 Adiknya menangis.
(c) Frasa adjektif sebagai predikat
 Keropok ini sangat rangup.
 Rumah itu sangat besar.
 Abangnya sangat bijak.
 Budak itu baik sungguh.
(d) Frasa sendi nama sebagai predikat.
 Buku ini untuk adik.
 Ayah ke Kuala Lumpur.
 Beliau dari Universiti Sains Malaysia.
 Wajahnya seperti bintang terkenal itu.
Perbezaan Ayat dasar dengan Ayat Tunggal
Ayat Dasar Ayat Tunggal
1. Semua Ayat Dasar boleh menjadi Ayat
Tunggal.
2. Terdiri daripada Ayat Penyata dan/atau
Ayat Aktif.
Contoh:
Gajah itu mengamuk
3.Subjek mendahului predikat (tidak boleh
disongsangkan)
1.Tidak semua Ayat Tunggal boleh menjadi
Ayat Dasar.
2.Terdiri daripada Ayat Penyata dan ayat-
ayat jenis lain seperti Ayat Tanya, Ayat
Perintah atau Ayat Seruan.
Contoh:
Erwan amat rajin (A.Penyata)
Amboi, rajinya Erwan (A.Seruan)
Adakah Erwan rajin? (A. Tanya)
3. Boleh disongsangkan
Contoh:
Dia amat bijak
Amat bijak dia
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013
Hamidon Mokmin Page 31
AYAT MAJMUK
Ayat Majmuk
1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal
disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil,
seraya dan lain-lain.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.
Contoh :
A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal )
B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal )
C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat Majmuk )
PEMAJMUKAN
Kata Majmuk
1. Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu kata
baru yang padu atau sebati maknanya.
2.Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk.
3.Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri.
4.Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai
maknanya masing-masing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila
diperlukan.
5.Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi
maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur
lebur, dan sunyi sepi.
6.Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk
menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur
bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi.
Bentuknya
7.Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang
bersempang.
8.Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang
dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari, kekuda, dan
sebagainya.
9.Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera, daripada,
jurumudi, kadangkala, dan walaupun.
10.Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang,
campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta.
11. Dari segi bentuknya, kata majmuk terbahagi kepada beberapa kelas seperti yang
berikut:
(a) kata nama majmuk;
(b) kata bilangan majmuk;
(c) kata adjektif majmuk;
(d) kata kerja majmuk;
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013
Hamidon Mokmin Page 32
(e) kata sendi majmuk;
(f) kata keterangan majmuk;
(g) Kata hubung majmuk.
12 Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam kelas
kata nama.
Contoh kata nama majmuk, antara yang lain-lain, ialah air mata,buah mulut,cita rasa, daun
telinga, ganti rugi, dan hak cipta.
13. Kata bilangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah tiga puluh, dua pertiga, dan dua
ratus lima puluh.
14.Kata adjektif majmuk, antara yang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf, cantik
jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut.
15.Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan.
Contohnya: angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan gulung tikar.
16.Kata kerja majmuk ada juga yang terikat. Contohnya: mengadu domba, mengambil alih,
mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah, membalas budi, membanting
tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, menyalahgunakan, menembak mati, dan
bertungkus lumus.
17 Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada, dan
sedari.
18 Kata keterangan majmuk, antara yang lainlain, ialah acap kali, boleh jadi,
demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu, dan sekali sekala.
19 Kata hubung majmuk, antara yang lain-lain, ialah apabila, manakala, dan meskipun.
Tugasnya
20. Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut:
(a) menetapkan kelas kata dasar. Contohnya.
air (kata nama) + mata (kata nama) air mata (kata nama)
lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif) lemah lembut (kata adjektif)
mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja) mogok duduk (kata kerja)
dari (kata sendi) + pada (kata sendi) daripada (kata sendi)
(b) mengubah kelas kata dasar. Contohnya:
apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan
tanya)
apabila (kata nama)
alim (kata adjektif) + ulama (kata nama) alim utama (kata nama)
gulung (kata kerja) + tikar (kata nama) gulung tikar (kata kerja)
tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama) tumbuk rusuk (kata nama)
cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif) cerdik pandai (kata nama)
lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja) lalu lintas (kata nama)
banyak (kata adjektif) + mulut (kata nama) banyak mulut (kata adjektif)
lambat (kata adjektif) + laun (kata adjektif) lambat laun (kata keterangan)
Maknanya
21.Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagi kepada dua jenis seperti yang berikut:
(a) kata majmuk wajar;
(b) kata majmuk kiasan
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013
Hamidon Mokmin Page 33
22. Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanya dapat
diketahui daripada makna katakata yang menjadi komponennya.
Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah
yang bernama anggur.
23. Kata majmuk kiasan pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna yang
ada pada kata-kata yang menjadi komponennya.Misalnya buah hati ialah kata majmuk
kiasan kerana maknanya tidak kenamengena dengan buah ataupun hati.Makna buah hati
ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati.
24.Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk wajar.
adat istiadat
alih bahasa
bahasa pasar
bakul sampah
batang hidung
cakera padat
cantik jelita
daya cipta
dengki hati
emas putih
esok hari
gagah berani
galah canggah
rendah hati
sabun mandi
sihat akal
gunung api
hancurlebur
harga borong
hitam manis
ikan parang
inti sari
isi perut
juling air
kaca mata
kerak bumi
otak depan
olah raga
pagar duri
pindah tangan
rabun jauh
tahan lasak
kongsi gelap
lampu duduk
lipat ganda
lubang hidung
mabuk taut
merah jambu
minyak makan
naik takhta
nenek moyang
orang gaji
tuan rumah
udang galah
uji kaji
wang saku
warta berita
zat air
24. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk kiasan.
akal kancil
anak angkat
anak baju
anak emas
anak kunci
batu loncatan
banyak mulut
buah mulut
bulan madu
cahaya mata
cakap angin
campur tangan
cekak musang
dapur susu
mata hari
naik darah
nyawa ikan
otak udang
tangan besi
timbang rasa
darah daging
datang bulan
daun pintu
emas kahwin
embun jantan
filem bisu
gaji buta
gantung kemudi
gatal mulut
gunung payung
habis akal
lalat hijau
lebar mulut
lemah semangat
lepas tangan
main angin
malam buta
sampai hati
tali barut
tanah air
hajat besar
harga diri
ibu ayam
isi hati
jalan bahasa
jauh hati
kaki tangan
karat hati
kata dua
kecil hati
kereta api
papas hati
panjang tangan
pasar gelap
patah hati
rendah hati
sagu hati
sakit hati
tumbuk rusuk
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013
Hamidon Mokmin Page 34
SINTAKSIS : PROSES PENERBITAN AYAT
1. Struktur permukaan berpunca daripada suatu ayat yang lain kecuali menyerupai ayat
dasar.Wujud pada peringkat struktur dalaman dan wujud dalam bentuk yang serupa.
2. Proses gramatis melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah
struktur memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa.
3. Proses transformasi mengakibatkan pengguguran,penyusunan dan perluasan.
PROSES PENGGUGURAN
1. Pengguguran unsur-unsur daripada binaan ayat pada peringkat struktur permukaan unsur
yang digugurkan tidak lagi wajib.
Pengguguran FN sebagai subjek
1. Kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah.
Contoh: Awak semua pergi dari sini = Pergi dari sini.
2. Pengguguran subjek serupa dalam kata majmuk.
Contoh: Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar =Dia sangat pandai kerana rajin belajar.
Pengguguran frasa predikat
1. FK yang serupa.
Contoh: Adik Ali belajar di England dan sepupunya belajar di England. =Adik Ali dan sepupunya
belajar di England.
2. FN yang serupa.
Contoh: Bendera Malaysia lambang negara dan lagu kebangsaan lambang negara. =Bendera
Malaysia dan lagu kebangsaan lambang negara .
3. FA yang serupa.
Contoh: Adik saya sangat rajin, Adik Ali sangat rajin =Adik saya dan adik Ali sangat rajin.
4. Frasa Sendi Nama yang serupa.
Contoh: Dia masih di kampung dan isterinya masih di kampung =Dia dan isterinya masih di
kampung.
5. Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat.
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013
Hamidon Mokmin Page 35
(i) Pengguguran oleh FN dalam ayat pasif.
Contoh: Dia dipukul oleh bapanya =Dia dipukul .
(ii) Pengguguran kata bantu yang serupa.
Contoh: Dia boleh menyanyi dan dia boleh menari =Dia boleh menyanyi dan menari.
(iii) Penggunaan FN sebagai objek yang serupa .
Contoh: Daud memukul penjahat itu dan Daud menumbuk penjahat itu = Daud memukul dan
menumbuh penjahat itu.
(iv) Penggunaan FN sebagai objek selepas KK yang membawa makna adjektif.
Contoh: Kejadian itu sunguh menakjubkan kami =Kejadian itu sunguh menakjubkan.
(v) Pengguguran FN yang menduduki frasa relatif.
Contoh: Orang tua itu datuk Azmi .Orang tua itu memakai songkok.Orang tua itu memakai
serban =Orang tua yang memakai serban itu datuk Azmi.
vi) Pengguguran KN yang berfungsi sebagai inti dalam FN
FN penerangan bukan daripada kelas KN. KN boleh digugurkan.
Contoh : kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan =Bersenam boleh menyihatkan badan.
PROSES PENYUSUNAN SEMULA
1. Ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang
baharu.
2. Mengakibatkan perubahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan.
3. Tidak membawa perubahan pada makna ayat.
4. Penyusunan semula.
(i) Berlaku melalui proses transformasi pasif.
Contoh: Ali memendang bola itu =Bola itu di tendang oleh Ali .
(ii) Penyusunan semula FN sebagai objek
Contoh;Guru mengajar murid-muridnya matematik=Guru mengajar matematik kepada murid-
muridnya
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013
Hamidon Mokmin Page 36
iii) Mengandungi objek tepat dan objek sipi.
Contoh: Ali menghadiahi Ahmad sebuah buku =Ali menghadiahkan sebuah buku kepada
Ahmad .
(iv) Penyusunan semula melalui ayat songsang.
Contoh Ali tidak datang ke sekolah kerana dia sakit.=Kerana dia sakit, Ali tidak datang ke
sekolah
(v) Mengandungi keterangan tempat,masa, syarat dan musabab.
Contoh: Orang tua itu pergi ke sungai =Ke sungai orang tua itu pergi.
PROSES PELUASAN
1. Penambahan unsur-unsur dalam ayat yang baharu disebut peluasan ayat.
Peluasan FN sebagai subjek
Diluaskan melalui pemancangan ayat relatif.
Contoh: Budak itu adik saya. Budak itu membaca buku =Budak yang membaca buku itu adik
saya.
2. Peluasan frasa predikat
FN direlativisasikan berfungsi sebagai subjek.Ayat akan di pancangkan.
Contoh: Ali mengusik budak itu.Budak itu cantik =Ali mengusik budak yang comel itu.
3. Peluasan dengan kata hubung.
Proses pengabungan ayat melibatkan 2 konstituen yang sama.
Menggunakan kata hubung seperti dan,tetapi,kerana, jika dan walaupun, menghasilkan ayat
terbitan bersifat peluasan.
Contoh: Ali pergi ke sekolah. Osman pergi ke sekolah =Ali dan Osman pergi ke sekolah.
4. Peluasan melalui proses komplementasi.
Proses pengubahan ayat menjadi FN dan memancang pada ayat yang lain menghasilkan
peluasan kepada ayat.
Contoh: Dia melaporkan sesuatu.Ali sakit tenat =Dia melaporkan bahawa Ali sakit tenat.
SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013
Hamidon Mokmin Page 37
Rujukan
Nik Safiah Karim et.al. 2008. Tatabahasa Dewan (Edisi ketiga), Dewan Bahasa dan Pustaka:
Kuala Lumpur.
Abdullah Hassan. 2008. Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah, PTS Profesional:
Kuala Lumpur.
Nik Safiah Karim et.al.(1993). Tatabahasa Dewan; Jilid 1:Ayat.Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kuala Lumpur.

More Related Content

What's hot

FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
Rafiza Diy
 
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasaKumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasapikaosman
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasaxiaomei1029
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASAfitri norlida
 
Penulisan Mekanis
Penulisan MekanisPenulisan Mekanis
Penulisan Mekanis
kuliahpismp09
 
Proses binaan frasa nama
Proses binaan frasa namaProses binaan frasa nama
Proses binaan frasa namafitri norlida
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Rafiza Diy
 
Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &
Muhammad Anuar
 
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuAliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuCaroline Nyandau
 
Tranformatif generatif
Tranformatif generatifTranformatif generatif
Tranformatif generatifNadwah Khalid
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologi
nelson fredoline
 
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved) Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
Kemeterian Pendidikan Malaysia
 
Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)
Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)
Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)
IIUM
 

What's hot (20)

FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
 
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasaKumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasa
 
LITERASI BAHASA - TOPIK 1
LITERASI BAHASA - TOPIK 1LITERASI BAHASA - TOPIK 1
LITERASI BAHASA - TOPIK 1
 
TUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASATUGASAN LITERASI BAHASA
TUGASAN LITERASI BAHASA
 
Penulisan Mekanis
Penulisan MekanisPenulisan Mekanis
Penulisan Mekanis
 
kemahiran menulis
kemahiran menuliskemahiran menulis
kemahiran menulis
 
Proses binaan frasa nama
Proses binaan frasa namaProses binaan frasa nama
Proses binaan frasa nama
 
Konsep 5p
Konsep 5pKonsep 5p
Konsep 5p
 
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
Morfologi Bahasa Melayu (Pembentukan Perkataan Baharu)
 
Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &Aspek seni bahasa &
Aspek seni bahasa &
 
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuAliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
 
Tajuk 1 prabacaan
Tajuk 1  prabacaanTajuk 1  prabacaan
Tajuk 1 prabacaan
 
Tranformatif generatif
Tranformatif generatifTranformatif generatif
Tranformatif generatif
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologi
 
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved) Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
Fonetik dan Fonologi bmm 3108 (autosaved)
 
Kesantunan Berbahasa
Kesantunan BerbahasaKesantunan Berbahasa
Kesantunan Berbahasa
 
Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)
Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)
Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
NOTA FONETIK
NOTA FONETIKNOTA FONETIK
NOTA FONETIK
 

Viewers also liked

Nota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksisNota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksisNoor Syazwanni
 
Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan
Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandinganBml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan
Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan
maee68
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
Devi Seftiana
 
Sintaksis bahasa indonesia
Sintaksis bahasa indonesiaSintaksis bahasa indonesia
Sintaksis bahasa indonesiaImam Suwandi
 
09 bahan-bacaan
09 bahan-bacaan09 bahan-bacaan
09 bahan-bacaanPark Long
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
Romza Baher
 
Penggolongan kata
Penggolongan kataPenggolongan kata
Penggolongan kataghazali76
 
Sintaksis bahasa melayu
Sintaksis bahasa melayuSintaksis bahasa melayu
Sintaksis bahasa melayu
KPM
 
Pola Pola Ayat Dasar
Pola Pola Ayat DasarPola Pola Ayat Dasar
Pola Pola Ayat Dasarshima_350z
 
Pola ayat-dasar-dan-frasa
Pola ayat-dasar-dan-frasaPola ayat-dasar-dan-frasa
Pola ayat-dasar-dan-frasa
Masniza Mustafa
 
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)
Maizurah Rosle
 

Viewers also liked (15)

Nota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksisNota ringkas sintaksis
Nota ringkas sintaksis
 
Perambahan Brunei
Perambahan BruneiPerambahan Brunei
Perambahan Brunei
 
Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan
Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandinganBml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan
Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 
Sintaksis bahasa indonesia
Sintaksis bahasa indonesiaSintaksis bahasa indonesia
Sintaksis bahasa indonesia
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
09 bahan-bacaan
09 bahan-bacaan09 bahan-bacaan
09 bahan-bacaan
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 
Penggolongan kata
Penggolongan kataPenggolongan kata
Penggolongan kata
 
Sintaksis bahasa melayu
Sintaksis bahasa melayuSintaksis bahasa melayu
Sintaksis bahasa melayu
 
Pola Pola Ayat Dasar
Pola Pola Ayat DasarPola Pola Ayat Dasar
Pola Pola Ayat Dasar
 
Pola ayat-dasar-dan-frasa
Pola ayat-dasar-dan-frasaPola ayat-dasar-dan-frasa
Pola ayat-dasar-dan-frasa
 
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)
Ayat (pola dasar fn+fn dan fn+fk)
 

Similar to Sintaksis

21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)Ujang Abu
 
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistikJelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistikNoryatimah Ismail
 
Assighment sintaksis
Assighment sintaksisAssighment sintaksis
Assighment sintaksisShila Daly
 
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptxWEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
Ewei Voon
 
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksisFonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksisfahmi_naka
 
Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik fitri norlida
 
Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1
FakhaiMD
 
Persoalan tentang ayat dasar
Persoalan tentang ayat dasarPersoalan tentang ayat dasar
Persoalan tentang ayat dasarAbdmumin Hassan
 
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGETHE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
eikarshdn
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataShizuka Jijie (SBP)
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 final
amryee
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 final
amryee
 
Assignment semantik
Assignment semantikAssignment semantik
Assignment semantikShila Daly
 

Similar to Sintaksis (20)

21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
21789311 sintaksis-bahasa-melayu-hbml-4703 (1)
 
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistikJelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
 
Pengenalan sintaksis
Pengenalan sintaksisPengenalan sintaksis
Pengenalan sintaksis
 
Assighment sintaksis
Assighment sintaksisAssighment sintaksis
Assighment sintaksis
 
K.k sintaksis
K.k sintaksisK.k sintaksis
K.k sintaksis
 
Frasa klausa ayat
Frasa klausa ayatFrasa klausa ayat
Frasa klausa ayat
 
Bahan assg bm sept 2012
Bahan assg bm sept 2012Bahan assg bm sept 2012
Bahan assg bm sept 2012
 
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptxWEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
WEEK_5_-_SINTAKSIS.pptx
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksisFonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
 
Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik
 
Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1Kerja lengkap - BM1
Kerja lengkap - BM1
 
Persoalan tentang ayat dasar
Persoalan tentang ayat dasarPersoalan tentang ayat dasar
Persoalan tentang ayat dasar
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGETHE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
 
Perbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kataPerbezaan antara morfem dan kata
Perbezaan antara morfem dan kata
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 final
 
720206125251 243616 final
720206125251 243616 final720206125251 243616 final
720206125251 243616 final
 
Assignment semantik
Assignment semantikAssignment semantik
Assignment semantik
 
Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Semantik soalan 1
Semantik soalan 1
 

Sintaksis

  • 1. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013 Hamidon Mokmin Page 1 SINTAKSIS Perkataan "sintaksis" berasal daripada perkataan Yunani "suntutein" yang bermaksud menyusun atau susunan. Di dalam bidang linguistik, "sintaksis" bermaksud "kajian pembentukan ayat". Menurut Kamus Linguistik (1997), sintaksis ialah „cabang ilmu linguistik yang mengkaji proses pembentukan ayat, seperti penyusunan kata kepada ayat dan cara hubungan antara kata di dalam ayat. Nik Safiah Karim . (1986) mendefinisikan sintaksis sebagai "bidang linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat". Abdullah Hassan (1981) menyatakan sintaksis ialah "istilah untuk mengkaji pembentukan ayat", iaitu bagaimana morfem dan kata disusun menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa, atau menjadi klausa, dan ayat merupakan inti terbesar. Asmah Hj. Omar (1968) turut mendefinisikan sintaksis sebagai "bahagian daripada linguistik deskriptif atau sinkronis yang mempelajari kombinasi kata di dalam rangkai kata dan ayat". Sintaksis merupakan hubungan antar kelompok kata atau antara frasa dalam sintaksis. Sintaksis ialah mempelajari hubungan gramatis di luar batas kata, tetapi di dalam satuan yang disebut kalimat. Gorys Keraf (1978:158) Sintaksis adalah bahagian tatabahasa yang mempelajari dasar-dasar dan proses-proses pembantukan kalimat dalam suatu bahasa. Moeliono (1976:103) Sintaksis merupakan suatu kaidah kombinasi kata menjadi gabungan yang lebih besar iaitu frasa dan kalimat. Berdasarkan pandangan tersebut, kita dapat merumuskan bahawa sintaksis sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji "bentuk, struktur dan binaan ayat". Ia sebenarnya mengkaji konstruksi ayat, iaitu mengkaji bagaimana ayat dibentuk bermula dengan penyusunan perkataan untuk membentuk frasa, klausa dan seterusnya ayat. Bidang kajian sintaksis pula meliputi perkataan, frasa, klausa dan ayat. Kajian sintaksis melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari cara penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membina ayat.
  • 2. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013 Hamidon Mokmin Page 2 FRASA NAMA Dalam tatabahasa, frasa ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata atau rentetan beberapa patah kata yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat, sama ada sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan. Frasa tiada subjek dan predikat. Frasa tidak membawa maksud yang lengkap yang boleh dikatakan sebagai satu ayat. Manakala menurut Asraf (2008), frasa ialah sepatah kata atau lebih daripada sepatah kata yang dapat bertugas sebagai subjek atau predikat atau objek dalam sesuatu ayat. JENIS FRASA Dalam bahasa Melayu, terdapat empat frasa: 1. Frasa nama 2. Frasa kerja 3. Frasa adjektif 4. Frasa sendi nama 1.Frasa nama Frasa nama ialah panggilan yang digunakan untuk manusia, haiwan, benda dan unsur abstrak, baik dalam bilangan tunggal atau jamak, jantan atau betina. Ia mungkin terdiri daripada satu patah perkataan sahaja ataupun sederetan perkataan. Ia adalah antara empat kategori frasa yang terdapat dalam bahasa Melayu dan mempunyai fungsi yang banyak dalam pembinaan frasa dan ayat. Oleh sebab itu pemahaman mengenai frasa ini penting bagi seseorang pengguna bahasa untuk menjana frasa dan ayat yang gramatis. Frasa nama (FN) boleh dikenal pasti melalui ciri khususnya iaitu: 1.FN didahului oleh kata bilangan dan penjodoh bilangan : a. Seorang pelajar. b. Tiga ekor kucing. c. Sepuluh buah rumah. “se”, “tiga” dan “sepuluh” ialah kata bilangan dan “orang”, “ekor” dan “buah”. Ialah penjodoh bilangan 2.FN diikuti oleh kata tunjuk:
  • 3. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013 Hamidon Mokmin Page 3 a. Pelajar itu. b. Tiga ekor kucing ini. c. Sepuluh buah rumah itu. “itu” dan “ini” ialah kata tunjuk. Kehadiran kata bilangan, penjodoh bilangan dan kata tunjuk ini, tiga perkara perlu diberi perhatian. Pertama, kata bilangan “se” (satu) mesti disertai penjodoh bilangan Contoh 1: a. Seorang pelajar/seekor kucing/sebuah rumah Se…ialah kata bilangan Orang/ekor/buah ialah penjodoh bilangan yang mesti disertakan sebagai pelengkap b. Satu pelajar/satu kucing/satu rumah Kata bilangan satu tidak perlu disertai penjodoh bilangan. Contoh 2: a. Dua orang pelajar/Tiga ekor kucing./Sepuluh buah rumah.Penjodoh bilangan yang disertakan selepas kata bilangan adalah bersifat pilihan.Tidak menjadi kesalahan sekiranya ditulis dua pelajar/Tiga kucing/sepuluh rumah. Kedua, FN yang telah sedia menerima kehadiran kata bilangan “se” (satu) dan penjodoh bilangan tidak boleh lagi menerima kehadiran kata tunjuk dalam satu ayat.. contoh: a. *Seorang pelajar itu. b. *Seekor kucing ini. c. *Sebuah rumah itu. Tetapi tidak demikian halnya dengan FN yang menerima kata bilangan selain “se”. contoh: a. Dua orang pelajar itu. b. Tiga ekor kucing ini. c. Sepuluh buah rumah itu. Ketiga, FN yang dihitung dalam bentuk kumpulan, timbangan, ukuran dan sukatan tidak boleh menerima kehadiran penjodoh bilangan. Kumpulan.  Sekumpulan pelajar.(betul)
  • 4. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013 Hamidon Mokmin Page 4  Sekumpulan orang pelajar.(salah) Timbangan  Sekilo daging lembu. (betul)  Sekilo ketul daging lembu. (salah) Ukuran  Sepuluh meter kain. (betul)  Sepuluh meter helai kain. (salah) Sukatan  Segantang beras. (betul)  Segantang biji beras. (salah) Fungsi dalam Ayat. Frasa Nama (FN)mempunyai berbagai fungsi dalam binaan ayat. Tiga fungsi utamanya adalah sebagai subjek, predikat dan objek kata kerja transitif. 1.Sebagai Subjek. FN (berhuruf tebal) yang berfungsi sebagai subjek ayat. contoh: a. Abangnya juruterbang. b. Osman penyanyi terkenal. c. Pukulannya sungguh kuat. d. Kami pelajar tingkatan enam. e. Ini kawasan bangunan Parlimen. Nota: Subjek ayat mesti terdiri daripada FN. 2.Sebagai Predikat FN (berhuruf tebal) berfungsi sebagai predikat ayat. contoh: a. Beliau Pengarah Pendidikan Negeri. b. Ahmad guru. c. Budak itu murid saya. 3. Sebagai Objek Kata Kerja Transitif Siti memandu kereta. “Kereta” ialah objek kata kerja transitif “memandu”.
  • 5. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013 Hamidon Mokmin Page 5 Nota: Objek kata kerja tak transitif mesti terdiri daripada FN atau klausa. Fungsinya yang lain adalah sebagai pelengkap kata kerja tak transitif dan unsur keterangan. 1.Sebagai Pelengkap Kata Kerja Tak Transitif.  Siti menjadi pensyarah USM sejak 10 tahun lalu. “Pensyarah USM” ialah pelengkap kata kerja tak transitif “menjadi”.  Hang tuah bersenjatakan keris Taming Sari. “keris Taming Sari” ialah pelengkap kata kerja tak transitif “bersenjatakan”. Nota: Hanya sebilangan kecil pelengkap kata kerja tak transitif yang terdiri daripada FN. Pelengkap berbeza daripada objek kata kerja transitif kerana ia tidak boleh melalui proses pemasifan. 2.Sebagai Unsur Keterangan.  Mereka bermain bola di padang. “Bola”ialah keterangan bagi kata kerja “bermain”. Sebagai unsur keterangan, Kehadiran FN adalah tidak wajib. Dengan kata lain, tanpa kehadiran “bola”, ayat tetap gramatis.”Mereka bermain di padang”. Contoh lain FN (berhuruf tebal) yang berfungsi sebagai keterangan ayat. a. Kanak-kanak itu berbaju Melayu. b. Kegemarannya bermain bola. c. Mereka belajar bahasa Jepun. Perkara-perkara penting mengenai FN FN yang berfungsi sebagai predikat ayat tidak boleh menerima kehadiran kata bilangan dan penjodoh bilangan. contoh: a. *Beliau seorang Pengarah Pendidikan Negeri. ( Beliau Pengarah Pendidikan Negeri) b. *Ahmad seorang guru.(Ahmad guru) c. *Budak itu seorang murid saya.(Budak itu murid saya)
  • 6. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013 Hamidon Mokmin Page 6 Satu lagi perkara penting yang perlu diketahui mengenai FN yang berfungsi sebagai predikat ayat adalah berkenaan penggunaan kata pemeri “ialah”. Dalam ayat yang predikatnya ialah FN (berhuruf tebal), “ialah” boleh disisipkan antara subjek dengan predikat. contoh: a. Beliau ialah pelajar universiti. b. Kucing ialah haiwan kesayangan. c. Itu ialah rumah tradisional Melayu. Sebaliknya kata pemeri “adalah”, tidak boleh hadir dalam ayat berpredikat FN contoh: a’. *Beliau adalah pelajar universiti. b’. *Kucing adalah haiwan kesayangan. c’. *Itu adalah rumah tradisional Melayu. Perkara seterusnya adalah mengenai penggunaan kata relatif “yang” dalam pembentukan sesuatu FN. Ada kalanya kehadiran kata relatif itu adalah wajib untuk membentukkan FN yang gramatis. contoh: a. Ikan mengandungi protein yang banyak. b. Orang yang suka membaca luas pengetahuan. Ada kalanya penggunaan “yang” tidak mempunyai kesan dari segi kegramatisan FN yang dibentukkan. Contoh: a. Rumah besar itu tidak berpenghuni. b. Rumah yang besar itu tidak berpenghuni. Kedua-dua FN iaitu “rumah besar itu” dan “rumah yang besar itu” adalah gramatis. Ada kalanya penggunaan “yang” akan menyebabkan FN yang dibentukkan tidak gramatis. contoh: a. Budaya suka membaca mesti dipupuk dalam masyarakat. b. Budaya yang suka membaca mesti dipupuk dalam masyarakat. Dalam ayat FN “budaya suka membaca” adalah gramatis, Sebaliknya ayat “budaya yang suka membaca” tidak gramatis.
  • 7. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013 Hamidon Mokmin Page 7 2. Frasa Kerja (FK) Frasa kerja ialah perkataan atau sederetan perkataan yang digunakan untuk menggambarkan perbuatan, sama ada melibatkan pergerakan atau tidak, oleh manusia, haiwan, benda dan unsur abstrak. Ia adalah antara empat kategori frasa yang terdapat dalambahasa Melayu. Ia mempunyai fungsi yang banyak dalam pembinaan frasa dan ayat. Oleh sebab itu pemahaman mengenai frasa ini penting bagi seseorang pengguna bahasa untuk menjana frasa dan ayat yang gramatis. Ciri-ciri Frasa Kerja (FK) Frasa kerja (FK) boleh dikenal pasti melalui ciri khususnya iaitu ia boleh didahului oleh kata bantu (aspek dan ragam). 1. Contoh: a. akan tidur b. sedang menonton televisyen c. hendak makan d. suka membaca Jenis FK boleh dibahagikan kepada dua jenis utama, iaitu tak transitif dan transitif. Perbezaan antara kedua-duanya ialah FK tak transitif tidak mempunyai objek sementara FK transitif sebaliknya. 1.FK tak transitif Contoh: a. Bayi itu menangis. b. Dia sudah keluar. c. Mereka sedang bermain. 2.FK transitif Contoh a. Ali membaca buku motivasi. b. Siti menggulai ikan. c. Mereka memasuki bangunan itu.
  • 8. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013 Hamidon Mokmin Page 8 1. Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja sebagai intinya. 2. Dalam ayat, frasa kerja wujud dalam predikat. 3. Frasa kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja transitif dan frasa kerja tak transitif. 4. Binaan frasa kerja secara umumnya sama dengan kata kerja (lihat nota kata kerja) Pembahagian jenis-jenis frasa kerja boleh diringkaskan seperti di bawah: Frasa kerja Frasa Kerja Transitif Frasa Kerja Tak Transitif (i) (kata bantu) + kata kerja + objek + (penerangan) + (keterangan) Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada. (ii) (kata bantu) + kata kerja + objek tepat + objek sipi + (keterangan) Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada Frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap Frasa kerja tak transitif berpelengap (i) (kata bantu) + kata kerja + (keterangan) Tanda kurungan menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada (ii) (kata bantu) + kata kerja + (penerang) + (keterangan) Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada. (kata bantu) + kata kerja + pelengkap + (penerang) + keterangan tanda kurung menunjukkan unrus yang boleh ada atau tiada. contoh 1 - Binaan frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap Subjek Predikat Nota
  • 9. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013 Hamidon Mokmin Page 9 Frasa Nama Frasa kerja Kata bantu Kata kerja Keterangan Lelaki itu sedang makan di atas meja. maksud ayat lengkap jika keterangan dibuang. Cikgu masih menulis di papan hitam. bayi itu sedang merangkak dengan laju. Jamal akan datang esok Khatib sedang berkhutbah di surau contoh 2 - Binaan frasa kerja tak transitif berpelengkap Subjek Predikat Nota Frasa nama Frasa kerja Kata bantu Kata kerja pelengkap Penerang keterangan Mereka akan pulang ke rumah secepat mungkin dalam minggu ini pelengkap frasa sendi nama Ahmad ingin menjadi penyanyi yang terkenal di negara ini pelengkap kata nama Saya tinggal di Klang Pelengkap frasa sendi nama FRASA KERJATAK TRANSITIF FK tak transitif ialah frasa kerja yang tidak mempunyai objek atau pihak kedua.Frasa kerja tak transitif tidak boleh dipasifkan. Walau bagaimanapun sebahagiannya mempunyai pelengkap. Oleh itu, FK tak transitif dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu tak berpelengkap dan berpelengkap.
  • 10. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013 Hamidon Mokmin Page 10 1.FK tak transitif tak berpelengkap. FK tak transitif tak berpelengkap ialah FK yang tidak memerlukan sebarang unsur untuk menyempurnakan maksudnya. .Contoh: a. Bayi itu menangis. b. Dia sudah keluar. c. Mereka sedang bermain. “menangis”, “sudah keluar” dan “sedang bermain” sudah sempurna dan difahami walaupun tiada sebarang unsur mengiringi FK berkenaan. 2.FK Tak Transitif Berpelengkap FK tak transitif berpelengkap ialah FK yang memerlukan kehadiran unsur untuk menyempurnakan maksudnya. Contoh: a. Siti menjadi guru. b. Keadaannya beransur baik. c. Dr Ali pergi ke Pulau Pinang. “menjadi”, “beransur” dan “pergi” tidak akan sempurna tanpa unsur pelengkapnya, iaitu “guru”, “baik” dan “ke Pulau Pinang”. Nota: Tiga jenis frasa yang boleh menjadi pelengkap FK tak transitif berpelengkap ialah frasa nama (guru), frasa adjektif (baik) dan frasa sendi nama (ke Pulau Pinang). Panduan:Sebahagian besar pelengkap FK tak transitif berpelengkap terdiri daripada frasa sendi nama.Pelengkap FK tak transitif berpelengkap berimbuhan ber+_+kan ialah frasa nama “Hang Tuah bersenjatakan keris Taming Sari”. FRASA KERJATRANSITIF Frasa kerja transitif(FKT) melibatkan pihak kedua, iaitu objek ayat. Misalnya, dalam ayat “Ali memukul ular itu”, FKT “memukul” melibatkan dua pihak, iaitu subjek ayat “Ali” dan pihak kedua, iaitu objek ayat “ular itu. Oleh sebab FKT mempunyai objek, ia boleh dipasifkan. “Ali memukul ular itu.” “Ular itu dipukul oleh Ali.”
  • 11. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013 Hamidon Mokmin Page 11 JENIS/KATEGORI FKT dapat dikategorikan kepada dua jenis, iaitu: 1) Asal – frasa kerja yang sememangnya bersifat transitif. Contoh: makan, minum, membaca, memukul (bentuk aktif); dimakan, diminum, dibaca, dipukul (bentuk pasif) 2) Terbitan-diterbitkan daripada frasa yang lain; a)daripada FN, misalnya “raja” – merajai, merajakan (bentuk aktif); dirajai, dirajakan (bentuk pasif) b)daripada FK tak transitif, misalnya “tidur” – meniduri, menidurkan (aktif); ditiduri, ditidurkan (pasif), “temu” – menemui, menemukan (aktif); ditemui, ditemukan (pasif) “bertemu” – mempertemukan (aktif); dipertemukan (pasif) “bersuami” – mempersuami, mempersuamikan;(aktif) dipersuami, dipersuamikan(pasif) c)daripada FA (adjektif), misalnya “indah” – mengindahi, mengindahkan; diindahi, diindahkan d)daripada FSN “ke tepi” dan “ke tengah” – mengetepikan, mengetengahkan; diketepikan, diketengahkan Makna imbuhan +i pada FKT asal Hanya terdapat satu makna yang didokong oleh imbuhan +i pada FKT asal, iaitu menunjukkan perbuatan dilakukan berulang kali/bersungguh-sungguh. Siti membacai buku cerita itu. Maknanya ialah perbuatan “membacai” dilakukan berulang kali/bersungguh-sungguh. Makna imbuhan +kan pada FKT asal Hanya terdapat satu makna yang didokong oleh imbuhan +kan pada FKT asal, iaitu makna “benfaktif” (objek tepat ayat ialah pihak yang mendapat faedah daripada perbuatan). “Siti membacakan adiknya buku cerita”.
  • 12. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013 Hamidon Mokmin Page 12 Maknanya ialah objek tepat ayat (adiknya) ialah pihak yang mendapat faedah daripada perbuatan (membacakan). Makna imbuhan +i pada FKT terbitan (daripada FN) Terdapat empat makna yang didokong oleh imbuhan +i pada FKT yang diterbitkan daripada FN. 1) Menjadi Parameswara merajai Melaka. Maknanya ialah “Parameswara menjadi raja Melaka”. Saya menggurui kelas ini. Maknanya ialah “Saya menjadi guru kelas ini”. 2) Memberi Dia menasihati saya supaya bersabar. Maknanya ialah “Dia memberi saya nasihat supaya bersabar”. Dia sudah memaafi saya. Maknanya ialah “Dia sudah memberi saya maaf”. 3) Meletakkan/membubuh Siti menggarami ikan. Maknanya ialah “Siti membubuh garam pada ikan”. Siti menggulai kopi. Maknanya ialah“Siti membubuh gula ke dalam kopi”. 4) Membuang Encik Ahmad merumputi halaman rumahnya. Maknanya ialah “Encik Ahmad membuang (mencabut, menebas, mencangkul) rumput di halaman rumahnya”. Siti menyisiki ikan. Maknanya ialah “Siti membuang sisik ikan”. Makna imbuhan +kan pada FKT terbitan (daripada FN) Terdapat dua makna yang didokong oleh imbuhan +kan pada FKT yang diterbitkan daripada FN. 1) Menjadikan (“kausatif”) Rakyat Melaka merajakan Parameswara. Maknanya ialah “Rakyat Melaka menjadikan Parameswara raja”.
  • 13. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013 Hamidon Mokmin Page 13 Dia menasihatkan supaya saya bersabar. Maknanya ialah “Dia menjadikan “supaya saya bersabar” nasihat”. 2) Memasukkan Hakim itu memenjarakan pesalah. Maknanya ialah “Hakim itu memasukkan pesalah ke dalam penjara”. Kerani itu memfailkan surat-surat tersebut. Maknanya ialah “Kerani itu memasukkan surat-surat tersebut ke dalam fail”. Makna imbuhan +i pada FKT yang diterbitkan daripada FK tak transitif. Hanya terdapat satu makna yang didokong oleh imbuhan +i pada FKT jenis ini, iaitu pelaku perbuatan yang disebut dalam FKT berkenaan ialah subjek ayat. Ali menaiki bangunan itu. Maknanya ialah pelaku perbuatan “naik” ialah subjek ayat (Ali). Ali memperisteri Aminah. Maknanya ialah pelaku perbuatan “beristeri” ialah subjek ayat (Ali). Makna imbuhan +kan pada FKT yang diterbitkan daripada FK tak transitif. Hanya terdapat satu makna yang didokong oleh imbuhan +i pada FKT jenis ini, iaitu pelaku perbuatan yang disebut dalam FKT berkenaan ialah objek ayat. Ali menaikkan bendera. Maknanya ialah pelaku perbuatan “naik” ialah objek ayat (bendera). Aminah memperisterikan Ali dengan Siti. Maknanya ialah pelaku perbuatan “beristeri” ialah objek ayat (Ali). Makna imbuhan +i pada FKT yang diterbitkan daripada FA (adjektif). Hanya terdapat satu makna yang didokong oleh imbuhan +i pada FKT jenis ini, iaitu subjek ayat ialah “pemangkin”, iaitu kerana sifat yang ada padanya menyebabkan pihak lain (objek ayat) juga mendapat sifat tersebut. Pohon-pohon bunga mengindahi taman itu. Maknanya ialah subjek ayat (pohon-pohon bunga) ialah “pemangkin” yang mempunyai sifat “indah”, dan kerana keindahannya objek ayat (taman itu) juga menjadi indah. Bedak memutihi mukanya.
  • 14. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013 Hamidon Mokmin Page 14 Makna imbuhan +kan pada FKT yang diterbitkan daripada FA (adjektif). Hanya terdapat satu makna yang didokong oleh imbuhan +i pada FKT jenis ini, iaitu subjek ayat ialah “agen”, iaitu kerana usaha/perbuatan/keupayaannya menyebabkan pihak lain (objek ayat) mendapat sifat yang disebut pada FKT berkenaan. Ali mengindahkan taman itu dengan pohon-pohon bunga. Maknanya ialah subjek ayat (Ali) ialah “agen”, iaitu kerana usahanya menyebabkan objek ayat (taman itu) menjadi indah. Contoh lain ayat: Krim pencerah memutihkan mukanya. Imbuhan +per Satu lagi imbuhan yang dapat menerbitkan FKT ialah +per. Mengenai penggunaan imbuhan ini, dua perkara yang berikut perlu diperhatikan: 1) Imbuhan +per mempunyai fungsi dan mendokong maksud yang sama dengan imbuhan +kan. Persamaan ini terlihat dalam contoh FKT yang berikut: Perbesar = besarkan – maknanya ialah “jadikan besar”. Perluas = luaskan – “jadikan luas”. Perbetul = betulkan – “jadikan betul”. Disebabkan persamaan ini, kedua-dua imbuhan tidak boleh digandingkan untuk menerbitkan sesuatu FKT. Contoh penggandingan imbuhan +per dan +kan (tidak dibenarkan) adalah seperti dalam ayat yang berikut: Encik Ali memperbesarkan rumahnya. Encik Salman Memperluaskan perniagaanya Salleh Memperbetulkan tali lehernya. 2) Imbuhan +kan dan +i tidak boleh digandingkan dalam penerbitan sesuatu FKT. Oleh sebab imbuhan +per = +kan, imbuhan +per juga tidak boleh digandingkan dengan imbuhan +i. Contoh penggandingan imbuhan +per dan +i (tidak dibenarkan) adalah seperti dalam ayat yang berikut: Mereka memperhalusi cadangan itu. Mereka memperhalusi cadangan itu.
  • 15. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013 Hamidon Mokmin Page 15 3.FRASA ADJEKTIF Frasa adjektif ialah satu daripada empat kategori frasa bahasa Melayu. Frasa ini dapat berfungsi sebagai predikat ayat. Fungsinya yang lain adalah sebagai penerang frasa kerja dan penerang frasa nama. Definisi dari segi binaan - Binaan/struktur yang mengandungi satu atau beberapa perkataan dengan kata adjektif atau kata sifat sebagai intinya (perkataan utama). Definisi dari segi fungsi - satu atau beberapa perkataan yang digunakan untuk menggambarkan sifat/keadaan/warna manusia, haiwan, benda, peristiwa dan unsur abstrak. Siti pandai. Siti sangat pandai. Ciri-ciri. Boleh didahului / diikuti oleh kata / imbuhan penguat. Sangat pandai Paling pandai Terpandai Sungguh pandai Pandai sungguh Indah nian Pandai sekali Fungsi 1.Predikat ayat. Siti pandai. Siti sangat pandai. Siti gemar membaca buku. Siti sayang akan ibu bapanya. Siti cinta akan negaranya. Siti sayangkan ibu bapanya.
  • 16. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013 Hamidon Mokmin Page 16 2.Penerang Frasa Nama Budak kecil itu adik saya. – FA “kecil” ialah penerang bagi FN “budak”. Kereta baru itu miliknya. - FA "baru" ialah penerang bagi FN "kereta". Budak yang sangat pandai itu adik saya. 3.Penerang Frasa Kerja Angin bertiup kencang. – FA “kencang” ialah penerang bagi FK “bertiup”. Dia memandu laju keretanya. – FA “laju” ialah penerang bagi FK “memandu”. Dia memandu di jalan raya keretanya. Dia memandu keretanya dengan laju. Dia memandu sangat laju keretanya. Dia memandu keretanya dengan sangat laju. Kata adjekjif (KA) boleh berfungsi sebagai subjek ayat Hitam menawan. – KA “hitam” berfungsi sebagai subjek ayat. Sebenarnya KA “hitam” ialah sebahagian daripada FN yang kata intinya, iaitu “warna” telah digugurkan.Warna hitam menawan. Kesalahan umum penggunaan FA. a) Menggunakan penguat hadapan sebagai penguat belakang. Sangat pandai pandai sangat b) Menggunakan dua kata/imbuhan penguat yang sama darjah paling pandai sekali terpandai sekali amat cantik sungguh amat cantik sekali terutamanya c) menggunakan kata penguat bukan pada FA pertama sekali akhir sekali terakhir
  • 17. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013 Hamidon Mokmin Page 17 Frasa Adjektif sebagai frasa endosentrik berintipati kata adjektif. Frasa adjektif boleh menjadi predikat. Sebagai unsur keterangan, FA hadir setelah kata kerja atau FK, manakala sebagai unsur penerang FA hadir setelah kata nama atau FN. Contoh: Subjek Predikat NotaPenguat hadapan Kata Adjektif Penguat Belakang Ahli Gusti itu sungguh handal Ali sangat pandai Awak hebat betul 4.FRASA SENDI NAMA 1.Kata sendi nama merupakan kata depan kepada kata nama. 2.Kata sendi bertugas sebagai kata yang merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain. 3.Kata sendi memerlukan frasa nama untuk membentuk frasa sendi supaya dapat bertugas sebagai predikat ayat. 4.Antara kata sendi yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu ialah seperti : di, ke, dari, daripada, kepada, pada, bagi, demi, tentang, seperti, bagai, umpama, sejak, terhadap, akan, oleh, hingga, sampai, antara, untuk, dengan, dalam, dan sebagainya. PENGGUNAAN KATA SENDI KATA SENDI PENGGUNAANNYA AYAT CONTOH di Digunakan untuk tempat. Dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang 1. Pertandingan itu diadakan di Taiping. 2. Cikgu Nadia bekerja di sekolah itu.
  • 18. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013 Hamidon Mokmin Page 18 mengikutinya. ke Digunakan untuk tempat, masa dan benda konkrit tidak bernyawa. Dieja terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia atau binatang. 1. Mereka akan ke Ipoh esok. 2. Din menunggu Siha dari pagi hingga ke petang. 3. Pinggan itu dihempaskannya ke lantai. 4. Cik Bedah ke surau. dari Digunakan untuk tempat, arah atau masa. 1. Bola itu ditendang dari penjuru padang. 2. Kami menunggu dari pukul 8.00 pagi. 3. Ely datang dari Kelantan. daripada Digunakan untuk orang, perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, pertentangan, dan untuk menunjukkan keanggotaan. 1. Surat itu saya terima daripada Yatie. 2. Pensel ini lebih panjang daripada pensel itu. 3. Ukiran itu diperbuat daripada perak. 4. Kami memperoleh manfaat daripada 5. Yang dikatakannya berbeza daripada yang diamalkan. 6. Kumpulan perompak senjata api itu terdiri daripada enam belas orang anggota. Kepada/ akan/terhadap Digunakan selepas kata adjektif yang menyatakan perasaan atau sikap. 1. Devi suka akan rambutan. 2. Hanim amat sayang akan/kepada ibunya. 3. Kita mesti hormat akan/kepada/terhadap ibu bapa. KATA SENDI PENGGUNAANNYA AYAT CONTOH bagi/untuk Digunakan untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain. 1. Derma untuk / bagi mangsa banjir sedang dipungut. 2. Hadiah ini untukmu.
  • 19. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013 Hamidon Mokmin Page 19 pada Digunakan untuk masa, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu. 1. Peah tiba pada pukul lapan malam. 2. Tiket bas itu ada pada Hanim. 3. Pada pendapat saya, cerita itu benar. demi Digunakan dihadapan jkata nama atau frasa nama yang membawa maksud tujuan 1.Rakyat Malaysia mesti bersatu demi kesejahteraan negara. 2. Demi kepentingan bersama, marilah kita berdamai. tentang Digunakan untuk menyatakan maknaberkenaan dengan 1. Menteri-menteri itu berbincang tentang masalah negara. seperti/ umpama/ laksanabagai Digunakan untuk membawa maksudperbandingan atau makna persamaan dengan yang lain. 1.Pemuda itu berlagak seperti/ umpama/ laksana/bagai orang berada. 2. Suaranya merdu seperti/umpama/ laksana/bagai buluh perindu. dengan Digunakan untuk menyatakan maksudbersama- sama atau serta, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat. 1. Izzat bermain dengan Hazwan. 2 Hasilnya tidak setimpal dengan usahanya. 3. Nani belajar dengan tekun. 4. Nora menulis dengan pensel. sejak/semenjak Digunakan untuk membawa maksud penanda waktu atau masa. 1. Milah sentiasa gembira sejak/semenjak suaminya pulang dari perantauan. oleh Digunakan selepas kata kerja pasif yang berawalan di- dan ter- 1. Kuih ini dibuat oleh Nadiah. 2. Anggota kumpulan itu terpengaruh oleh kata-kata ketua mereka. hingga/ sampai Digunakan untuk menyatakan had masa, waktu atau tempat tertentu. 1. Anggota-anggota polis berkawal hingga/ sampai larut malam. 2. Midah belajar hingga/sampai peringkat universiti. dalam/ antara Digunakan untuk menyatakan pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak. 1. Dalam hal ini, kita semua setuju. 2. Mereka berbincang antara adik- beradik
  • 20. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013 Hamidon Mokmin Page 20 FRASA Dalam tatabahasa, frasa ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata atau rentetan beberapa patah kata yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat, sama ada sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan. Frasa tiada subjek dan predikat. Frasa tidak membawa maksud yang lengkap yang boleh dikatakan sebagai satu ayat.Dalam bahasa Melayu, terdapat empat frasa, iaitu: Frasa nama Frasa kerja Frasa adjektif Frasa sendi nama Frasa endosentrik mengandungi satu unsur inti yang dapat menjadi wakil bagi frasa berkenaan: frasa nama (mempunyai kata nama sebagai unsur intinya) frasa kerja (mempunyai kata kerja sebagai unsur intinya) frasa adjektif (mempunyai kata adjektif sebagai unsur intinya) Frasa eksosentrik pula ialah frasa sendi nama sahaja, kerana frasa ini tidak mempunyai satu unsur inti yang dapat mewakili keseluruhan frasanya.Inti frasa pula merujuk kepada kata yang paling penting dalam sesuatu frasa.Sebagai contoh, kata terpenting (inti frasa) dalam ayat Kakak saya menyanyi lagu keroncong ialahkakak menyanyi kerana kedua-duanya dapat membentuk ayat yang mempunyai makna sedangkan kata-kata yang lain boleh digugurkan. Frasa dapat diperkembang menjadi unit yang mengandungi dua perkataan atau lebih.Sebagai contohnya, Kambing.Manakala menurut Asraf (2008), frasa ialah sepatah kata atau lebih daripada sepatah kata yang dapat bertugas sebagai subjek atau predikat atau objek dalam sesuatu ayat. Bagi Abdullah Hassan (2008), frasa didefinisikan sebagai satu unsur yang menjadi sebahagian daripada ayat. Frasa dapat terdiri daripada satu perkataan atau pun sekumpulan perkataan yang digabungkan menurut rumus tatabahasa Melayu bagi membawa makna.Jika dahulu, Pendeta Z’aba memanggilnya rangkai kata, dan mesti terbina daripada dua perkataan atau lebih. Tetapi, sebenarnya satu perkataan pun boleh menjadi frasa. Contohnya:Rumah Melalui definisi beberapa tokoh linguistik, dapat dirumuskan bahawa:
  • 21. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013 Hamidon Mokmin Page 21 Frasa merupakan satu unit kata yang berpotensi dikembangkan atau diperluas menjadi dua atau lebih perkataan yang bermakna. KLAUSA Klausa ialah satu lagi unit ayat yang agak berbeza daripada frasa.Frasa tidak mungkin menjadi ayat yang lengkap tetapi klausa mungkin menjadi ayat yang lengkap kerana klausa mempunyai subjek dan predikat, iaitu unsur utama yang wajib untuk status ayat.Sebagai unsur ayat, klausa boleh dibahagikan kepada dua jenis,iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas. Klausa bebas bersifat ayat yang lengkap (ada subjek dan predikat) dan denan itu boleh berdiri sendiri sebagai ayat apabila diucapkan atau dituli. Perhatikan contoh berikut: Klausa Ayat Subjek Predikat Subjek Predikat budak itu mendengar radio Budak itu mendengar radio ujian tadi amat susah Ujian tadi amat susah jambatan itu jambatan kayu Jambatan itu jambatan kayu mereka ke pantai Mereka ke pantai Perbezaan ayat dengan klausa bebas amat kecil sekali.Ayat dimulai dengan huruf besar dan diakhiri dengan nokhta, manakala klausa tidak. Klausa Tak Bebas Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa merupakan ayat yang membentuk ayat majmuk.Klausa ialah satu lagi unit ayat yang agak berbeza daripada frasa.Frasa tidak mungkin menjadi ayat yang lengkap tetapi klausa mungkin menjadi ayat yang lengkap kerana klausa mempunyai subjek dan predikat, iaitu unsur utama yang wajib untuk status ayat. Klausa merupakan ayat yang membentuk ayat majmuk. Klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.
  • 22. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013 Hamidon Mokmin Page 22 Klausa tak bebas hampir sama sifatnya dean klausa bebas, yakni ia terdiri daripada unsur subjek dan predikat.Ciri utamanya ialah ia didahului oleh kata hubung seperti kerana, sungguhpun, walaupun, apabila, tatkala dan sebagainya. Klausa bebas Klausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri dengan sendiri dan apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna, klausa bebas ini akan menjadi ayat yang lengkap.Contoh: Ahmad menari. (klausa bebas) Klausa tak bebas. Klausa tak bebas ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri dan dalam ayat majmuk, klausa tak bebas ini dipancangkan ke dalam klausa bebas atau klausa utama. Contohnya: Dia lulus dalam ujian kerana belajar bersungguh-sungguh. Dia lulus dalam ujian (klausa utama/klausa bebas) kerana belajar bersungguh-sungguh (klausa tak bebas) Perhatikan contoh-contoh di bawah. Klausa tak bebas digaris di bawahnya dan klausa bebas ditebalkan hurufnya. Dalam ayat seperti ini, klausa bebas juga dikenali sebagai klausa utama. Ahmad gagal kerana dia tidak membaca soalan dengan teliti terlebih dahulu. Sungguhpun dia sibuk, dia datang juga. Ahmad akan menyertai perlawanan itu jika dibenarkan oleh ibunya. Kalau hujan turun berlarutan, penoreh getah akan menghadapi masalah kewangan. Pengetahuan mengenai klausa amat penting dalam membina dan menganalisis ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat campuran.Ayat-ayat ini mempunayi dua atau lebih klausa; iaitu ada klausa bebas dan ada klausa tak bebas.Di samping itu, bilangan klausa serta jenis klausa menentukan bentuk-bentu ayat dalam bahasa Melayu. AYAT AYAT DASAR 1. Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.
  • 23. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013 Hamidon Mokmin Page 23 2. Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis ayat dari segi binaan dan susunannya, asas binaannya terdiri daripada beberapa pola tertentu, yang disebut pola ayat dasar sesuatu bahasa. 3. Daripada pola itulah terbit ayat yang lain , sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya. 4.Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.Dapat menjadi ayat dasar pada ayat-ayat lain.Daripada pola-pola ayat dasar itu terbit ayat lain iaitu: >AYAT TUNGGAL >AYAT PANJANG >AYAT MAJMUK >AYAT AKTIF >AYAT PENDEK >AYAT PASIF 5. Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenisdengan berpandu kepada jenis-jenis binaan subjek dan predikatnya. i. Frasa Nama + Frasa Nama FN FN Contoh: Encik Baihaqi (FN) seorang guru (FN) ii. Frasa Nama + Frasa Kerja FN FK Contoh: Aniza(FN) membaca buku (FK) iii. Frasa Nama + Frasa Adjektif FN FK Contoh: Rumah Intan (FN) besar (FA) iv. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama FN FS Contoh: Dia (FN) dari Jitra (FN) Contoh pola ayat lain: FN + FN; FN + FK; FN + FA; FN + FS Pola Ayat Subjek Predikat
  • 24. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013 Hamidon Mokmin Page 24 FN + FN Abang >Abang sulung saya Doktor >Doktor haiwan FN + FK Pelajar >Pelajar-pelajar Tingkatan 5 Berhimpun >Berhimpun di dewan besar FN + FA Anjing >Anjing peliharaan jiran saya Garang >Sangat garang FN + FS Bapanya >Bapanya yang baru bersara di hospital AYAT INTI Dalam bahasa Melayu, terdapat empat pola ayat inti: Frasa Nama + Frasa Nama Frasa Nama + Frasa Kerja Frasa Nama + Frasa Adjektif Frasa Nama + Frasa Sendi Ayat inti ialah ayat yang paling ringkas. Ayat ini boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu dengan ringkas dan tepat, tanpa menimbulkan sebarang kesamaran makna. Umpamanya, jika anda menyatakan "Emas ialah logam", tiada tafsiran makna lebih daripada satu. Oleh itu, ayat inti amat berguna untuk menjelaskan sesuatu dengan konkrit. Selain itu, sasterawan sering menggunakan ayat inti untuk mempercepatkan jalan cerita, atau untuk menimbulkan perasaan ingin tahu pembaca.
  • 25. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013 Hamidon Mokmin Page 25 AYAT TUNGGAL Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat tunggal terbina dalam berbagai-bagai jenis ayat sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah , dan ayat seruan. Pembentukan ayat tunggal boleh terbina daripada subjek dan predikat yang terdiri daripada FN, FK, FA dan FS. 1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. 2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis. Contoh : Lelaki gemuk itu sedang menembak burung. Subjek = Lelaki gemuk itu Predikat = sedang menembak burung. Susunan Kontituen Ayat Tunggal Ayat tunggal dibina oleh dua bahagian, iaitu subjek dan predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Contoh: (Ali) (suka makan nasi goreng berlada). (Kereta itu) (baru sahaja dibeli oleh ayah). Ayat tunggal mempunyai dua bentuk susunan iaitu; Susunan ayat tunggal ada dua; 1.Ayat Tunggal Susunan Biasa 2.Ayat Tunggal Susunan Songsang 1.Ayat Tunggal Susunan Biasa Dalam susunan biasa ayat tunggal, kedudukan konstituen subjeknya adalah di hadapan konstituen predikat, seperti dalam contoh-contoh berikut: Seorang guru telah memenangi hadiah itu. Beberapa buah bangunan musnah dalam kebakaran itu. Semua pelajar kita berjaya dalam peperiksaan tahun lalu. Setiap tuntutan akan mendapat layanan.
  • 26. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013 Hamidon Mokmin Page 26 Mereka semua sudah lama menetap di Malaysia. Setengah-setengah bangunan itu masih kukuh lagi. Kebanyakan calon tidak memahami soalannya. Hampir semua pekarja telah hadir dalam majlis tersebut. Negeri-negeri pantai timur masyhur dengan perusahaan kraftangan. Penyalahgunaan dadah dapat melemahkan tenaga pekerja negara kita. Lazimnya dalam percakapan dan penulisan biasa terdapat penegasan atau penekanan yang dilakukan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Kata-kata penegas yang biasa digunakan ialah –lah, -tah, -kah. Kontituen yang menerima kata penegas mengalami proses pendepanan, seperti : 1. A) Bapa saya dia. B) Dialah bapa saya. 2. A) Adik kami datang semalam. B) Datangkah adik kami semalam? Dalam ayat susunan biasa, kata penekan yang biasa digunakan ialah pun-, jua-, juga, sahaja dan lagi. Contoh; Pengawai itu pun tidak melayan kita. Saya ingin juga ke sana. Kita meminta rahmat daripada Allah jua. Sepanjang hari dia mengelamun sahaja. Orang itu tidak akan datang lagi. 2.Ayat Tunggal Susunan Songsang Ayat tunggal boleh juga wujud dalam susunan songsang melalui proses pendepanan atau penjudulan. Dalam susunan songsang konstituen predikat akan dipindahkan ke hadapan subjek ayat. Unsur yang dipindahkan ke hadapan itu mesti diberi penegasan iaitu melalui proses pendepanan predikat iaitu; a. Pendepanan seluruh predikat. Seluruh konstituen predikat di bawa ke hadapan mendahului subjek. Perangainya baik sungguh.(Baik sungguh perangainya.) Pendaki itu berjaya juga akhirnya.(Berjaya juga akhirnya pendaki itu.) Orang itu sangat rajin.(Sangat rajin orang itu.)
  • 27. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013 Hamidon Mokmin Page 27 Rasa buah itu enak sekali.(Enak sekali Rasa buah itu.) Penyesalannya tidak berguna lagi.(tidak berguna lagi penyesalannya.) Ayam itu sudah mati agaknya.(Sudah mati agaknya ayam itu.) Pegawai itu masih belum sampai.(Masih belum sampai pegawai itu.) Ahmad sungguh bernasib baik.(Sungguh bernasib baik Ahmad) Surat itu dari seberang laut agaknya.(Dari seberang laut agaknya surat itu.) Bapanya petani.(Petani bapanya) b. Pendepanan sebahagian daripada predikat. i. Pendepanan frasa kerja.Dalam proses ini, bahagian-bahagian dalam frasa kerja, iaitu: kata kerja sahaja Kanak-kanak itu berkejaran-kejaran di padang.(Berkejar-kejaran kanak-kanak itu di padang.) Hati saya terkilan tadi.(Terkilan hati saya tadi.) Mereka bekerja setiap hari.(Bekerja mereka setiap hari.) Dia terduduk di situ.(Terduduk dia di situ.) Bayi itu menangis setiap malam.(Menangis bayi itu setiap malam.) kata kerja dengan objek Dia membaca buku di perpustakaan.(Membaca buku dia di perpustakaan.) Pak Abu menanam jagung tahun ini.(Menanam jagung Pak Abu tahun ini.) Hatiku terpaut oleh kemesraannya.(Terpaut hatiku oleh kemesraannya.) Sampah itu dibakarnya.(Dibakarnya sampah itu.) Budak-budak itu kena pukul kelmarin.(Kena pukul budak-budak itu kelmarin.) kata bantu dengan kata kerja Budak-budak itu masih bermain.(Masih bermain budak-budak itu.) Anaknya belum sampai ke sekolah.(Belum sampai anaknya ke sekolah.) Mereka akan pergi ke Melaka pagi esok.(Akan pergi mereka ke Melaka pagi esok.) Guru itu sedang mengajar.(Sedang mengajar guru itu.) Keluarga itu pernah berkunjung ke ibu kota.(Pernah berkunjung keluarga itu ke ibu negara.)
  • 28. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013 Hamidon Mokmin Page 28 ii. Pendepanan frasa adjektif.Pendepanan Kata Adjektif Sahaja Dia sakit pada masa itu.[Sakit dia pada masa itu.] Badannya lesu sepanjang masa.[Lesu badannya sepanjang masa.] Calon itu baik dalam semua pelajarannya.[Baik calon itu dalam semua pelajarannya.] Pesakit itu lumpuh dengan tiba-tiba.[Lumpuh pesakit itu dengan tiba-tiba.] Orang itu bijak.[Bijak orang itu.] Pendepanan Kata Bantu dengan Adjektif Barang itu belum tentu baik.(Belum tentu baik barang itu.) Bangunan itu masih teguh lagi.(Masih teguh lagi bangunan itu.) Pesakit itu sedang sakit tenat.(Sedang sakit tenat pesakit itu.) Anak pendeta itu sudah tentu pandai.(Sudah tentu pandai anak pendeta itu.) iii. Pendepanan frasa sendi nama.Frasa sendi nama sebagai predikat. Barang-barang itu untuk ibu.[Untuk ibu barang-barang itu.] Surat itu tentu daripada Ali.[Tentu daripada Ali surat itu.] Arahan itu tetap kepada pekerjanya.[Tetap kepada pekerjanya arahan itu.] Tiket basnya masih pada saya.[Masih pada saya tiket basnya.] Dia di Kuala Lumpur dia sekarang.[Di Kuala Lumpur dia sekarang.] Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat. Saya berpegang pada janji.[Pada janji saya berpegang.] Kaum muslimin wajib bertawakal kepada Allah.[Kepada Allah kaum muslimin wajib bertawakal kepada Allah.] Perarakan itu menghala ke bandar.[Ke bandar perarakan itu menghala.] Pejuang-pejuang itu merempuh ke dalam kota.[Ke dalam kota pejuang-pejuang itu merempuh.] Kami mengait buah itu dengan galah.[Dengan galah kami mengait buah itu.] SUBJEK DALAM AYAT TUNGGAL. (a) Frasa nama sebagai subjek.  Tan Kong Joo pelajar sekolah.  Buah itu masam.  Ibunya sakit.
  • 29. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013 Hamidon Mokmin Page 29  Motosikalnya telah rosak.  Balai raya ini untuk orang ramai. (b) Kata ganti nama diri sebagai subjek.  Dia anak bongsu.  Beliau guru saya.  Dia adik Ragunathan.  Bank Rakyat.  Ini stesen bas. (*rujuk kepada Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 102) Namun demikian, dalam penulisan karangan, murid tidak digalakkan memulakan ayat dengan kata ganti nama tunjuk. (c) Kata kerja sebagai subjek.  Membaca buku ialah hobinya.  Bersenam dapat menyihatkan badan.  Menyanyi ialah kerjayanya.  Mencuri perbuatan yang salah.  Minum air boleh menghilangkan dahaga. (d) Kata adjektif sebagai subjek.  Cergas bermakna badan sihat.  Hijau warna kesukaannya.  Harum bau bunga melur itu.  Tamak ialah amalan yang keji. PREDIKAT DALAM AYAT TUNGGAL. (a) Frasa nama sebagai predikat  Encik Zulkifli pegawai polis.  Kakaknya doktor mata.  Bangunan itu kediamannya.  Bilik itu stor barang.
  • 30. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013 Hamidon Mokmin Page 30 (b) Frasa kerja sebagai predikat  Dia makan mi goreng.  Anjing itu menyalak musuh.  Mereka tidur.  Adiknya menangis. (c) Frasa adjektif sebagai predikat  Keropok ini sangat rangup.  Rumah itu sangat besar.  Abangnya sangat bijak.  Budak itu baik sungguh. (d) Frasa sendi nama sebagai predikat.  Buku ini untuk adik.  Ayah ke Kuala Lumpur.  Beliau dari Universiti Sains Malaysia.  Wajahnya seperti bintang terkenal itu. Perbezaan Ayat dasar dengan Ayat Tunggal Ayat Dasar Ayat Tunggal 1. Semua Ayat Dasar boleh menjadi Ayat Tunggal. 2. Terdiri daripada Ayat Penyata dan/atau Ayat Aktif. Contoh: Gajah itu mengamuk 3.Subjek mendahului predikat (tidak boleh disongsangkan) 1.Tidak semua Ayat Tunggal boleh menjadi Ayat Dasar. 2.Terdiri daripada Ayat Penyata dan ayat- ayat jenis lain seperti Ayat Tanya, Ayat Perintah atau Ayat Seruan. Contoh: Erwan amat rajin (A.Penyata) Amboi, rajinya Erwan (A.Seruan) Adakah Erwan rajin? (A. Tanya) 3. Boleh disongsangkan Contoh: Dia amat bijak Amat bijak dia
  • 31. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013 Hamidon Mokmin Page 31 AYAT MAJMUK Ayat Majmuk 1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat - ayat tunggal disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain. 2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis. Contoh : A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal ) B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal ) C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu. ( Ayat Majmuk ) PEMAJMUKAN Kata Majmuk 1. Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu kata baru yang padu atau sebati maknanya. 2.Kata paduan atau sebatian yang demikian dikenal sebagai kata majmuk. 3.Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai maknanya sendiri-sendiri. 4.Misalnya, wang dan saku yang menjadi komponen kata majmuk wang saku mempunyai maknanya masing-masing. Makna wang saku ialah wang dibawa untuk digunakan apabila diperlukan. 5.Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah kata yang berbeza tetapi maknanya sama atau hampir-hampir sama. Beberapa contohnya ialah cantik jelita, hancur lebur, dan sunyi sepi. 6.Dua patah kata yang sama atau hampir sama maknanya itu dimaksudkan untuk menyatakan makna kesangatan. Misalnya, cantik jelita bererti sangat cantik, hancur lebur bererti hancur sama sekali, dan sunyi sepi bererti sangat sunyi. Bentuknya 7.Kata majmuk ada yang dieja tercantum dan ada yang dieja terpisah tetapi tidak ada yang bersempang. 8.Dengan itu, dapatlah dibezakan bentuk kata majmuk daripada bentuk kata ganda yang dieja bersempang kecuali kata ganda separa seperti bebawang, jejari, kekuda, dan sebagainya. 9.Beberapa contoh kata majmuk yang dieja tercantum ialah apabila, bumiputera, daripada, jurumudi, kadangkala, dan walaupun. 10.Beberapa contoh kata majmuk yang dieja terpisah ialah air mata, buah pinggang, campur tangan, daun pintu, ganti rugi, dan hak cipta. 11. Dari segi bentuknya, kata majmuk terbahagi kepada beberapa kelas seperti yang berikut: (a) kata nama majmuk; (b) kata bilangan majmuk; (c) kata adjektif majmuk; (d) kata kerja majmuk;
  • 32. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013 Hamidon Mokmin Page 32 (e) kata sendi majmuk; (f) kata keterangan majmuk; (g) Kata hubung majmuk. 12 Sebahagian besar daripada kata majmuk dalam bahasa Melayu tergolong dalam kelas kata nama. Contoh kata nama majmuk, antara yang lain-lain, ialah air mata,buah mulut,cita rasa, daun telinga, ganti rugi, dan hak cipta. 13. Kata bilangan majmuk, antara yang lain-lain, ialah tiga puluh, dua pertiga, dan dua ratus lima puluh. 14.Kata adjektif majmuk, antara yang lain-lain, ialah aman damai, buta huruf, cantik jelita, gagah perkasa, merah jambu, iri hati, dan kelam kabut. 15.Kata kerja majmuk ada yang bebas, yakni tidak terikat pada sebarang imbuhan. Contohnya: angkat kaki, buang air, campur tangan, datang bulan, dan gulung tikar. 16.Kata kerja majmuk ada juga yang terikat. Contohnya: mengadu domba, mengambil alih, mengambil berat, menganggap sepi, mengangkat sembah, membalas budi, membanting tulang, mencari gali, bercerai susu, berdiam diri, menyalahgunakan, menembak mati, dan bertungkus lumus. 17 Kata sendi majmuk pula tidak seberapa jumlahnya, iaitu darihal, daripada, kepada, dan sedari. 18 Kata keterangan majmuk, antara yang lainlain, ialah acap kali, boleh jadi, demikian, kadangkala, lambat laun, pertama kali, sambil lalu, dan sekali sekala. 19 Kata hubung majmuk, antara yang lain-lain, ialah apabila, manakala, dan meskipun. Tugasnya 20. Kata majmuk mempunyai dua tugas seperti yang berikut: (a) menetapkan kelas kata dasar. Contohnya. air (kata nama) + mata (kata nama) air mata (kata nama) lemah (kata adjektif) + lembut (kata adjektif) lemah lembut (kata adjektif) mogok (kata kerja) + duduk (kata kerja) mogok duduk (kata kerja) dari (kata sendi) + pada (kata sendi) daripada (kata sendi) (b) mengubah kelas kata dasar. Contohnya: apa (kata ganti tanya) + bila (kata keterangan tanya) apabila (kata nama) alim (kata adjektif) + ulama (kata nama) alim utama (kata nama) gulung (kata kerja) + tikar (kata nama) gulung tikar (kata kerja) tumbuk (kata kerja) + rusuk (kata nama) tumbuk rusuk (kata nama) cerdik (kata adjektif) + pandai (kata adjektif) cerdik pandai (kata nama) lalu (kata kerja) + lintas (kata kerja) lalu lintas (kata nama) banyak (kata adjektif) + mulut (kata nama) banyak mulut (kata adjektif) lambat (kata adjektif) + laun (kata adjektif) lambat laun (kata keterangan) Maknanya 21.Dari segi maknanya, kata majmuk dapat dibahagi kepada dua jenis seperti yang berikut: (a) kata majmuk wajar; (b) kata majmuk kiasan
  • 33. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013 Hamidon Mokmin Page 33 22. Kata majmuk wajar ialah kata majmuk yang sebenarnya, yang maknanya dapat diketahui daripada makna katakata yang menjadi komponennya. Misalnya, buah anggur ialah kata majmuk wajar kerana maknanya tidak lain daripada buah yang bernama anggur. 23. Kata majmuk kiasan pula ialah kata majmuk yang maknanya lain daripada makna yang ada pada kata-kata yang menjadi komponennya.Misalnya buah hati ialah kata majmuk kiasan kerana maknanya tidak kenamengena dengan buah ataupun hati.Makna buah hati ialah kekasih yang dicintai, bukan buah yang bernama hati. 24.Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk wajar. adat istiadat alih bahasa bahasa pasar bakul sampah batang hidung cakera padat cantik jelita daya cipta dengki hati emas putih esok hari gagah berani galah canggah rendah hati sabun mandi sihat akal gunung api hancurlebur harga borong hitam manis ikan parang inti sari isi perut juling air kaca mata kerak bumi otak depan olah raga pagar duri pindah tangan rabun jauh tahan lasak kongsi gelap lampu duduk lipat ganda lubang hidung mabuk taut merah jambu minyak makan naik takhta nenek moyang orang gaji tuan rumah udang galah uji kaji wang saku warta berita zat air 24. Berikut ialah beberapa contoh kata majmuk kiasan. akal kancil anak angkat anak baju anak emas anak kunci batu loncatan banyak mulut buah mulut bulan madu cahaya mata cakap angin campur tangan cekak musang dapur susu mata hari naik darah nyawa ikan otak udang tangan besi timbang rasa darah daging datang bulan daun pintu emas kahwin embun jantan filem bisu gaji buta gantung kemudi gatal mulut gunung payung habis akal lalat hijau lebar mulut lemah semangat lepas tangan main angin malam buta sampai hati tali barut tanah air hajat besar harga diri ibu ayam isi hati jalan bahasa jauh hati kaki tangan karat hati kata dua kecil hati kereta api papas hati panjang tangan pasar gelap patah hati rendah hati sagu hati sakit hati tumbuk rusuk
  • 34. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013 Hamidon Mokmin Page 34 SINTAKSIS : PROSES PENERBITAN AYAT 1. Struktur permukaan berpunca daripada suatu ayat yang lain kecuali menyerupai ayat dasar.Wujud pada peringkat struktur dalaman dan wujud dalam bentuk yang serupa. 2. Proses gramatis melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah struktur memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa. 3. Proses transformasi mengakibatkan pengguguran,penyusunan dan perluasan. PROSES PENGGUGURAN 1. Pengguguran unsur-unsur daripada binaan ayat pada peringkat struktur permukaan unsur yang digugurkan tidak lagi wajib. Pengguguran FN sebagai subjek 1. Kata ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah. Contoh: Awak semua pergi dari sini = Pergi dari sini. 2. Pengguguran subjek serupa dalam kata majmuk. Contoh: Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar =Dia sangat pandai kerana rajin belajar. Pengguguran frasa predikat 1. FK yang serupa. Contoh: Adik Ali belajar di England dan sepupunya belajar di England. =Adik Ali dan sepupunya belajar di England. 2. FN yang serupa. Contoh: Bendera Malaysia lambang negara dan lagu kebangsaan lambang negara. =Bendera Malaysia dan lagu kebangsaan lambang negara . 3. FA yang serupa. Contoh: Adik saya sangat rajin, Adik Ali sangat rajin =Adik saya dan adik Ali sangat rajin. 4. Frasa Sendi Nama yang serupa. Contoh: Dia masih di kampung dan isterinya masih di kampung =Dia dan isterinya masih di kampung. 5. Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat.
  • 35. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013 Hamidon Mokmin Page 35 (i) Pengguguran oleh FN dalam ayat pasif. Contoh: Dia dipukul oleh bapanya =Dia dipukul . (ii) Pengguguran kata bantu yang serupa. Contoh: Dia boleh menyanyi dan dia boleh menari =Dia boleh menyanyi dan menari. (iii) Penggunaan FN sebagai objek yang serupa . Contoh: Daud memukul penjahat itu dan Daud menumbuk penjahat itu = Daud memukul dan menumbuh penjahat itu. (iv) Penggunaan FN sebagai objek selepas KK yang membawa makna adjektif. Contoh: Kejadian itu sunguh menakjubkan kami =Kejadian itu sunguh menakjubkan. (v) Pengguguran FN yang menduduki frasa relatif. Contoh: Orang tua itu datuk Azmi .Orang tua itu memakai songkok.Orang tua itu memakai serban =Orang tua yang memakai serban itu datuk Azmi. vi) Pengguguran KN yang berfungsi sebagai inti dalam FN FN penerangan bukan daripada kelas KN. KN boleh digugurkan. Contoh : kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan =Bersenam boleh menyihatkan badan. PROSES PENYUSUNAN SEMULA 1. Ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu. 2. Mengakibatkan perubahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan. 3. Tidak membawa perubahan pada makna ayat. 4. Penyusunan semula. (i) Berlaku melalui proses transformasi pasif. Contoh: Ali memendang bola itu =Bola itu di tendang oleh Ali . (ii) Penyusunan semula FN sebagai objek Contoh;Guru mengajar murid-muridnya matematik=Guru mengajar matematik kepada murid- muridnya
  • 36. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013 Hamidon Mokmin Page 36 iii) Mengandungi objek tepat dan objek sipi. Contoh: Ali menghadiahi Ahmad sebuah buku =Ali menghadiahkan sebuah buku kepada Ahmad . (iv) Penyusunan semula melalui ayat songsang. Contoh Ali tidak datang ke sekolah kerana dia sakit.=Kerana dia sakit, Ali tidak datang ke sekolah (v) Mengandungi keterangan tempat,masa, syarat dan musabab. Contoh: Orang tua itu pergi ke sungai =Ke sungai orang tua itu pergi. PROSES PELUASAN 1. Penambahan unsur-unsur dalam ayat yang baharu disebut peluasan ayat. Peluasan FN sebagai subjek Diluaskan melalui pemancangan ayat relatif. Contoh: Budak itu adik saya. Budak itu membaca buku =Budak yang membaca buku itu adik saya. 2. Peluasan frasa predikat FN direlativisasikan berfungsi sebagai subjek.Ayat akan di pancangkan. Contoh: Ali mengusik budak itu.Budak itu cantik =Ali mengusik budak yang comel itu. 3. Peluasan dengan kata hubung. Proses pengabungan ayat melibatkan 2 konstituen yang sama. Menggunakan kata hubung seperti dan,tetapi,kerana, jika dan walaupun, menghasilkan ayat terbitan bersifat peluasan. Contoh: Ali pergi ke sekolah. Osman pergi ke sekolah =Ali dan Osman pergi ke sekolah. 4. Peluasan melalui proses komplementasi. Proses pengubahan ayat menjadi FN dan memancang pada ayat yang lain menghasilkan peluasan kepada ayat. Contoh: Dia melaporkan sesuatu.Ali sakit tenat =Dia melaporkan bahawa Ali sakit tenat.
  • 37. SINTAKSIS BAHASA MELAYU BMM 3110 2013 Hamidon Mokmin Page 37 Rujukan Nik Safiah Karim et.al. 2008. Tatabahasa Dewan (Edisi ketiga), Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Abdullah Hassan. 2008. Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah, PTS Profesional: Kuala Lumpur. Nik Safiah Karim et.al.(1993). Tatabahasa Dewan; Jilid 1:Ayat.Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.