BAB 2 – SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU



2.1 Penyelarasan dan Perlaksanaan Ejaan Rumi

Sistem ejaan bahasa Melayu telah bermula pada tahun 1904 dan
diisytiharkan penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972. Ini adalah
hasil kesepakatan bersama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia. Sistem ejaan
tersebut adalah seperti berikut:
    (i)   Huruf vokal: a, e, i, o, u
    (ii)  Huruf diftong: ai, au, oi
    (iii) Huruf konsonan: huruf selain huruf vokal
    (iv)  Huruf konsonan gabungan: gh, kh, ny, ng, sy


2.1.1 Huruf Vokal

Dalam bahasa Melayu ada enam fonem atau bunyi vokal standard. Huruf-
huruf yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o, u seperti
dalam rajah di bawah.

   Huruf          Fonem          di depan       di tengah     di belakang
     a              [a]             sapi           badi           lupa

      e             [ə]           emak            sena       imperialisme
                    [e]           enak            petak         tauge

      i             [i]             itu          simpan           sini

      o             [o]            oleh           kota           pidato

      u             [u]           usang           tunas           siku
2.1.2 Huruf Konsonan

Dalam bahasa Melayu ada 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26
huruf, seperti rajah di bawah:

   Bunyi         Huruf        di depan      di tengah    di belakang
    /b/            b           bahasa          sebut         adab

     /c/           c           cakap          kaca          Mac

    /d/            d            dua           ada           abad

     /f/           f            fakir         tafsir        maaf

    /g/            g            guna          tiga          beg

    /ğ/            gh          ghaib        maghrib       mubaligh

    /h/            h            hari         saham          tuah

     /j/           j            jalan        manja          kolej

    /k/            k            kami         paksa          katak

    /x/            kh          khusus         akhir        tarikh

     /l/           l            lekas         alas          kesal

    /m/            m           maka           kami          diam

    /n/            n           nama           anak          daun

    /ŋ/            ng           ngilu         angin        pening

    /ń/            ny          nyata         hanya            -

    /p/            p           pasang         apa           siap

    /q/            q           Qur’an        wuquf          buraq
/r/                 r               raih        bara          putar

     /s/                 s             sampai         asli        lemas

     /ś/              sy                syarat      isytihar     Quraisy

     /t/                 t               tali        mata          rapat

     /v/              v                vitamin     universiti        -

     /w/              w                wanita        hawa            -

     /y/              y                 yang        payung           -

     /z/          (i)             z     zaman        lazat         lafaz
                  (ii)            x     xenon          -             -



2.1.3 Huruf Diftong

Dalam bahasa Melayu ada tiga fonem diftong yang dilambangkan oleh
gabungan dua huruf seperti dalam rajah di bawah:

   Bunyi          Huruf               di depan     di tengah    di belakang
    /ai/           ai                  aising       ghairah        pandai
                                                     trailer

    /au/              au                 aurat      saudara      harimau
                                      auditorium

    /oi/                     oi        oidium       boikot        amboi



2.2 Sistem Keselarasan Huruf Vokal

Keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua vokal yang membentuk dua
suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan di antara huruf vokal pada suku
kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup.
2.2.1 Pola Keselarasan Huruf Vokal

   (i)     Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar.
   (ii)    Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup.
   (iii)   Bagi kata yang mengandungi suku kata lebih daripada dua, yang
           terlibat dengna sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku
           kata terakhir sahaja.

   Terdapat 18 pola keselarasan vokal mengikut sistem ejaan baru bahasa
   Melayu, iaitu:

  Bil.         Suku kata         Suku kata            Contoh Penggunaan
               praakhir        Akhir Tertutup
   1.                a                 a           asal     talak      halaman
   2.                a                 i           alih      tarik     parit
   3.                a                 u          asuh      datuk      baruh
   4.           e (pepet)              a          emas      kelam      selam
   5.           e (pepet)              i          betik      ketil    lebih
   6.           e (pepet)              u          belut      telur   perut
   7.           e (taling)             a          elak      dewan     perang
   8.           e (taling)        e (taling)      belek     gelek    leceh
   9.           e (taling)             o          elok      belok    telor
  10.                i                 a          bilah     kilang   selinap
  11.                i                 i          intip     pilih     sisih
  12.                i                 u          pikul     ribut     tidur
  13.                o                 a          otak      borang    sekolah
  14.                o            e (taling)      oleh      boleh     celoteh
  15.                o                 o          obor      borong    kelompok
  16.                u                 a          ulat      bulat      ketupat
  17.                u                 i          ulit      kulit      putih
  18.                u                 u         untuk      buluh      seluruh


2.2.2 Kekecualian Keseluruhan Huruf Vokal

Kekecualian keselarasan vokal berlaku pada kata-kata asing, khususnya
bahasa-bahasa di Nusantara dan bahasa Inggeris. Prinsip kekecualian vokal
sama dengan prinsip keselarasan huruf vokal. Pola-pola kekecualian yang
dimaksudkan adalah seperti berikut:
Bil           Pola               Contoh Bahasa          Contoh Bahasa
               Vokal                Nusantara                 Inggeris
  1.    a-e taling           aneh     kaget pamer     kabaret      panel
  2.    a-o                  calon    lapor perabot   atom        faktor
  3.    e pepet – e taling   gembleng
  4.    e pepet – o          bendok jempol            gabenor     interkom
  5.    i-e taling           imlek                    simen        tiket
  6.    i-o                  ijon     pilon           diftong      transistor
  7.    u-e taling           tulen    ulet            subjek       dokumen
  8.    u-o                  bunglon lelucon          kupon       konduktor
  9.    a-e pepet            pakem                    teater
 10.    e taling                                      hipotesis   objektif
 11.    e taling-u                                    petroleum   spektrum
 12.    e pepet – e pepet    demdem pepet
 13.    i-e pepet            iseng                    artikel     filem
 14.    o-i                                           fosil       hipokrit
 15.    o-u                                           bonus       forum
 16.    u-e pepet            lumer                    skuter
 17.    e taling – e pepet                            meter
 18.    o-e pepet                                     Oktober



2.3 Penggunaan Huruf Besar dan Huruf Kecil


2.3.1 Nama Khas

Huruf pertama pada semua nama khas seperti nama pertubuhan, syarikat,
jabatan, jalan, taman perumahan dan cogan kata hendaklah ditulis dengan
huruf besar. Contohnya:
      Persatuan Linguistik Malaysia (PLM)
      Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
      Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
      Jalan Maharajalela
      Taman Tun Dr. Ismail
2.3.2 Kata Sendi dan Kata Hubung

Huruf pertama bagi kata sendi dan kata hubung tertentu seperti yang, di, ke,
dan, atas, dan lain-lain pada tajuk ditulis dengan huruf kecil. Contohnya:
      Dewan Bahasa dan Pustaka
      Sejarah Ekonomi dan Politik di Malaysia
      Diari dan Kalendar untuk Kakitangan Jabatan
      (tajuk surat / memo)



2.4 Penggunaan Tanda Baca


2.4.1 Tanda Titik atau Noktah

Singkatan bagi gelaran, jawatan pangkat dan sisipan ditulis menggunakan
titik. Contohnya:
        Dr. (Doktor)           Sdr. (Saudara)          En. (Encik)
        Y.A.B. (Yang Amat Berhormat)                   Tn. (Tuan)
              Y.M. (Yang Mulia)       Prof. (Profesor)       Kol.
(Kolonel)


2.4.2 Singkatan Umum

Singkatan yang sudah umum ditulis dengan menggunakan titik. Singkatan
tiga huruf atau lebih menggunakan satu titik sahaja. Contohnya:
       b.p. (bagi pihak)             s.k. (salinan kepada)
       u.p.(untuk perhatian)         m.s. (muka surat)
       dsb. (dan sebagainya)         dll. (dan lain-lain)
       hlm. (halaman)                spt. (seperti)



2.5 Ejaan Nama Tempat / Nama Khas

Pada asasnya, ejaan nama tempat dan negeri ditulis menurut arahan yang
ditetapkan oleh kerajaan negeri masing-masing.
2.5.1 Dalam Malaysia (Sebelum 1972)

Nama tempat dalam Malaysia yang dibentuk sebelum tahun 1972
dikekalkan dengan ejaan cara lama. Contohnya:
      Cheras      Klang        Ayer Keroh     Kampong Nyior


2.5.2 Dalam Malaysia (Selepas 1972)

Bagi nama tempat dalam Malaysia yang dibentuk selepas tahun 1972
digalakkan menggunakan ejaan baru. Contohnya:
                 Teluk Intan             Taman Bukit Cahaya
                 Teluk Air Tawar         Kampung Baharu


2.5.3 Luar Negeri (Melayu)

Nama tempat di luar negeri yang sudah biasa dieja dengan cara Melayu
dikekalkan demikian. Contohnya:
      Perancis          Belanda        Kanada
      Japan             Filipina       Amerika Syarikat
      Republik Rakyat China             Mesir


2.5.4 Luar Negeri (Antarabangsa)

Nama tempat di luar negeri yang dieja dengan cara antarabangsa dikekalkan
demikian. Contohnya:
England          New York            Cuba        Bosnia-Herzegovina


2.6 Ejaan Nama Orang

Ejaan nama orang menurut kehendak individu itu sendiri. Nama-nama yang
telah wujud sebelum tahun 1972 dikekalkan dalam bentuk ejaan asal.
Selepas tahun 1972, kita digalakkan menggunakan ejaan baru. Walau
bagaimanapun, ejaan nama yang sah adalah seperti yang didaftarkan dalam
sijil kelahiran dan dalam kad pengenalan.
2.7 Penulisan Partikel

Ada empat partikel dalam bahasa Melayu iaitu lah, kah, tah dan pun. Dalam
ejaan baku bahasa Melayu, partikel ditulis serangkai dengan kata dasar yang
mendahuluinya tanpa tanda sempang, seperti contoh yang berikut:
            adalah            siapakah            bilatah
            tolonglah         itukah              apatah

Ada dua cara menulis partikel pun iaitu:


2.7.1 Ditulis Terpisah

Partikel pun yang bermaksud ‘juga’ ditulis terpisah daripada kata yang ada
disampingnya iaitu:
      Apa pun yang dilakukannya tetap mendapat perhatian.
      Rambutnya pun tidak bersikat.
      Akibat terlalu letih, dia pun tertidur.


2.7.2 Ditulis Serangkai

Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai
dengan partikel pun iaitu:
     adapun                andaipun       biarpun          kendatipun
     mahupun               sekalipun      walaupun         ataupun
     bagaimanapun          kalaupun       lagipun          meskipun
     sungguhpun


2.8 Penggunaan di dan ke


2.8.1 Sebagai Kata Sendi

Berfungsi sebagai kata sendi untuk menunjukkan tempat atau arah ditulis
terpisah daripada kata nama yang mengikutinya. Contohnya:
       Dari Ave Maria ke jalan lain ke Roma.
2.8.2 Sebagai Kata Imbuhan

Berfungsi sebagai imbuhan ditulis bercantum dengan kata selepasnya.
Contohnya:
           disimpan          kedua           diawasi
                 kelima-lima       disyorkan       kehendak
           dipercepat        kesemua         dikenal pasti
                                   kesudahan



2.9 Penulisan Tanda Sempang

Tanda sempang (-) di dalam bahasa Melayu digunakan untuk tujuan-tujuan
seperti di bawah:


2.9.1 Menulis Kata Ganda Penuh

Contohnya:
                  Anak-anak                  Pegawai-pegawai
                       Lambat-lambat              Kerusi-kerusi


2.9.2 Menyambung Suku Kata

Tanda sempang digunakan untuk menyambung suku kata yang dipisahkan
oleh penggantian baris seperti:
      ...mereka yang bertang-        ...mesti bersabar da-
      gungjawab sahaja...            lam banyak hal...


2.9.3 Perjelaskan Ungkapan

Contohnya: Ber-evolusi dengan ber-revolusi
2.9.4 Merangkaikan Huruf

Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan huruf besar dengan huruf
kecil pada kata yang sama seperti:
       Hamba-Mu                Rahmat-Nya             KDN-nya
                   Pro-Arab               Se-Malaysia


2.9.5 Mengaitkan Kata Sendi

Tanda sempang digunakan untuk mengaitkan kata sendi ke dengan angka,
seperti:
          Ke-20            Ke-100            Ke-3,000


2.9.6 Merangkaikan Angka

Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan angka yang menunjukkan
tahun dengan akhiran –an seperti:
      Tahun 50-an             Tahun 60-an        Tahun 70-an


2.9.7 Menyatakan Hubungan

Tanda sempang digunakan untuk menyatakan hubungan antara kata-kata
pada rangkai kata setara tertentu atau kata istilah seperti:
      Alat pandang-dengar
      Lebuh raya utara - selatan
Sistem ejaan bahasa melayu

Sistem ejaan bahasa melayu

  • 1.
    BAB 2 –SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU 2.1 Penyelarasan dan Perlaksanaan Ejaan Rumi Sistem ejaan bahasa Melayu telah bermula pada tahun 1904 dan diisytiharkan penggunaannya secara rasmi pada 16 Ogos 1972. Ini adalah hasil kesepakatan bersama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia. Sistem ejaan tersebut adalah seperti berikut: (i) Huruf vokal: a, e, i, o, u (ii) Huruf diftong: ai, au, oi (iii) Huruf konsonan: huruf selain huruf vokal (iv) Huruf konsonan gabungan: gh, kh, ny, ng, sy 2.1.1 Huruf Vokal Dalam bahasa Melayu ada enam fonem atau bunyi vokal standard. Huruf- huruf yang melambangkan fonem-fonem tersebut ialah a, e, i, o, u seperti dalam rajah di bawah. Huruf Fonem di depan di tengah di belakang a [a] sapi badi lupa e [ə] emak sena imperialisme [e] enak petak tauge i [i] itu simpan sini o [o] oleh kota pidato u [u] usang tunas siku
  • 2.
    2.1.2 Huruf Konsonan Dalambahasa Melayu ada 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf, seperti rajah di bawah: Bunyi Huruf di depan di tengah di belakang /b/ b bahasa sebut adab /c/ c cakap kaca Mac /d/ d dua ada abad /f/ f fakir tafsir maaf /g/ g guna tiga beg /ğ/ gh ghaib maghrib mubaligh /h/ h hari saham tuah /j/ j jalan manja kolej /k/ k kami paksa katak /x/ kh khusus akhir tarikh /l/ l lekas alas kesal /m/ m maka kami diam /n/ n nama anak daun /ŋ/ ng ngilu angin pening /ń/ ny nyata hanya - /p/ p pasang apa siap /q/ q Qur’an wuquf buraq
  • 3.
    /r/ r raih bara putar /s/ s sampai asli lemas /ś/ sy syarat isytihar Quraisy /t/ t tali mata rapat /v/ v vitamin universiti - /w/ w wanita hawa - /y/ y yang payung - /z/ (i) z zaman lazat lafaz (ii) x xenon - - 2.1.3 Huruf Diftong Dalam bahasa Melayu ada tiga fonem diftong yang dilambangkan oleh gabungan dua huruf seperti dalam rajah di bawah: Bunyi Huruf di depan di tengah di belakang /ai/ ai aising ghairah pandai trailer /au/ au aurat saudara harimau auditorium /oi/ oi oidium boikot amboi 2.2 Sistem Keselarasan Huruf Vokal Keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan di antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup.
  • 4.
    2.2.1 Pola KeselarasanHuruf Vokal (i) Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar. (ii) Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup. (iii) Bagi kata yang mengandungi suku kata lebih daripada dua, yang terlibat dengna sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata terakhir sahaja. Terdapat 18 pola keselarasan vokal mengikut sistem ejaan baru bahasa Melayu, iaitu: Bil. Suku kata Suku kata Contoh Penggunaan praakhir Akhir Tertutup 1. a a asal talak halaman 2. a i alih tarik parit 3. a u asuh datuk baruh 4. e (pepet) a emas kelam selam 5. e (pepet) i betik ketil lebih 6. e (pepet) u belut telur perut 7. e (taling) a elak dewan perang 8. e (taling) e (taling) belek gelek leceh 9. e (taling) o elok belok telor 10. i a bilah kilang selinap 11. i i intip pilih sisih 12. i u pikul ribut tidur 13. o a otak borang sekolah 14. o e (taling) oleh boleh celoteh 15. o o obor borong kelompok 16. u a ulat bulat ketupat 17. u i ulit kulit putih 18. u u untuk buluh seluruh 2.2.2 Kekecualian Keseluruhan Huruf Vokal Kekecualian keselarasan vokal berlaku pada kata-kata asing, khususnya bahasa-bahasa di Nusantara dan bahasa Inggeris. Prinsip kekecualian vokal sama dengan prinsip keselarasan huruf vokal. Pola-pola kekecualian yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
  • 5.
    Bil Pola Contoh Bahasa Contoh Bahasa Vokal Nusantara Inggeris 1. a-e taling aneh kaget pamer kabaret panel 2. a-o calon lapor perabot atom faktor 3. e pepet – e taling gembleng 4. e pepet – o bendok jempol gabenor interkom 5. i-e taling imlek simen tiket 6. i-o ijon pilon diftong transistor 7. u-e taling tulen ulet subjek dokumen 8. u-o bunglon lelucon kupon konduktor 9. a-e pepet pakem teater 10. e taling hipotesis objektif 11. e taling-u petroleum spektrum 12. e pepet – e pepet demdem pepet 13. i-e pepet iseng artikel filem 14. o-i fosil hipokrit 15. o-u bonus forum 16. u-e pepet lumer skuter 17. e taling – e pepet meter 18. o-e pepet Oktober 2.3 Penggunaan Huruf Besar dan Huruf Kecil 2.3.1 Nama Khas Huruf pertama pada semua nama khas seperti nama pertubuhan, syarikat, jabatan, jalan, taman perumahan dan cogan kata hendaklah ditulis dengan huruf besar. Contohnya: Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Akhlak Mulia Masyarakat Jaya Jalan Maharajalela Taman Tun Dr. Ismail
  • 6.
    2.3.2 Kata Sendidan Kata Hubung Huruf pertama bagi kata sendi dan kata hubung tertentu seperti yang, di, ke, dan, atas, dan lain-lain pada tajuk ditulis dengan huruf kecil. Contohnya: Dewan Bahasa dan Pustaka Sejarah Ekonomi dan Politik di Malaysia Diari dan Kalendar untuk Kakitangan Jabatan (tajuk surat / memo) 2.4 Penggunaan Tanda Baca 2.4.1 Tanda Titik atau Noktah Singkatan bagi gelaran, jawatan pangkat dan sisipan ditulis menggunakan titik. Contohnya: Dr. (Doktor) Sdr. (Saudara) En. (Encik) Y.A.B. (Yang Amat Berhormat) Tn. (Tuan) Y.M. (Yang Mulia) Prof. (Profesor) Kol. (Kolonel) 2.4.2 Singkatan Umum Singkatan yang sudah umum ditulis dengan menggunakan titik. Singkatan tiga huruf atau lebih menggunakan satu titik sahaja. Contohnya: b.p. (bagi pihak) s.k. (salinan kepada) u.p.(untuk perhatian) m.s. (muka surat) dsb. (dan sebagainya) dll. (dan lain-lain) hlm. (halaman) spt. (seperti) 2.5 Ejaan Nama Tempat / Nama Khas Pada asasnya, ejaan nama tempat dan negeri ditulis menurut arahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri masing-masing.
  • 7.
    2.5.1 Dalam Malaysia(Sebelum 1972) Nama tempat dalam Malaysia yang dibentuk sebelum tahun 1972 dikekalkan dengan ejaan cara lama. Contohnya: Cheras Klang Ayer Keroh Kampong Nyior 2.5.2 Dalam Malaysia (Selepas 1972) Bagi nama tempat dalam Malaysia yang dibentuk selepas tahun 1972 digalakkan menggunakan ejaan baru. Contohnya: Teluk Intan Taman Bukit Cahaya Teluk Air Tawar Kampung Baharu 2.5.3 Luar Negeri (Melayu) Nama tempat di luar negeri yang sudah biasa dieja dengan cara Melayu dikekalkan demikian. Contohnya: Perancis Belanda Kanada Japan Filipina Amerika Syarikat Republik Rakyat China Mesir 2.5.4 Luar Negeri (Antarabangsa) Nama tempat di luar negeri yang dieja dengan cara antarabangsa dikekalkan demikian. Contohnya: England New York Cuba Bosnia-Herzegovina 2.6 Ejaan Nama Orang Ejaan nama orang menurut kehendak individu itu sendiri. Nama-nama yang telah wujud sebelum tahun 1972 dikekalkan dalam bentuk ejaan asal. Selepas tahun 1972, kita digalakkan menggunakan ejaan baru. Walau bagaimanapun, ejaan nama yang sah adalah seperti yang didaftarkan dalam sijil kelahiran dan dalam kad pengenalan.
  • 8.
    2.7 Penulisan Partikel Adaempat partikel dalam bahasa Melayu iaitu lah, kah, tah dan pun. Dalam ejaan baku bahasa Melayu, partikel ditulis serangkai dengan kata dasar yang mendahuluinya tanpa tanda sempang, seperti contoh yang berikut: adalah siapakah bilatah tolonglah itukah apatah Ada dua cara menulis partikel pun iaitu: 2.7.1 Ditulis Terpisah Partikel pun yang bermaksud ‘juga’ ditulis terpisah daripada kata yang ada disampingnya iaitu: Apa pun yang dilakukannya tetap mendapat perhatian. Rambutnya pun tidak bersikat. Akibat terlalu letih, dia pun tertidur. 2.7.2 Ditulis Serangkai Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun iaitu: adapun andaipun biarpun kendatipun mahupun sekalipun walaupun ataupun bagaimanapun kalaupun lagipun meskipun sungguhpun 2.8 Penggunaan di dan ke 2.8.1 Sebagai Kata Sendi Berfungsi sebagai kata sendi untuk menunjukkan tempat atau arah ditulis terpisah daripada kata nama yang mengikutinya. Contohnya: Dari Ave Maria ke jalan lain ke Roma.
  • 9.
    2.8.2 Sebagai KataImbuhan Berfungsi sebagai imbuhan ditulis bercantum dengan kata selepasnya. Contohnya: disimpan kedua diawasi kelima-lima disyorkan kehendak dipercepat kesemua dikenal pasti kesudahan 2.9 Penulisan Tanda Sempang Tanda sempang (-) di dalam bahasa Melayu digunakan untuk tujuan-tujuan seperti di bawah: 2.9.1 Menulis Kata Ganda Penuh Contohnya: Anak-anak Pegawai-pegawai Lambat-lambat Kerusi-kerusi 2.9.2 Menyambung Suku Kata Tanda sempang digunakan untuk menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris seperti: ...mereka yang bertang- ...mesti bersabar da- gungjawab sahaja... lam banyak hal... 2.9.3 Perjelaskan Ungkapan Contohnya: Ber-evolusi dengan ber-revolusi
  • 10.
    2.9.4 Merangkaikan Huruf Tandasempang digunakan untuk merangkaikan huruf besar dengan huruf kecil pada kata yang sama seperti: Hamba-Mu Rahmat-Nya KDN-nya Pro-Arab Se-Malaysia 2.9.5 Mengaitkan Kata Sendi Tanda sempang digunakan untuk mengaitkan kata sendi ke dengan angka, seperti: Ke-20 Ke-100 Ke-3,000 2.9.6 Merangkaikan Angka Tanda sempang digunakan untuk merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran –an seperti: Tahun 50-an Tahun 60-an Tahun 70-an 2.9.7 Menyatakan Hubungan Tanda sempang digunakan untuk menyatakan hubungan antara kata-kata pada rangkai kata setara tertentu atau kata istilah seperti: Alat pandang-dengar Lebuh raya utara - selatan