SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
PENGENALAN
Setiap manusia mempunyai masalah yang perlu ditempuhi dalam kehidupan. Hal ini demikian
disebabkan setiap manusia mengharungi cara didikan dan dibesarkan dalam suasana yang
berbeza. Selain itu, ada segetintir masyarakat mengalami tekanan dan kemurungan kerana tidak
dapat menyelesaikan masalah sendiri dengan betul. Oleh sebab itu, mereka memerlukan
seseorang untuk mendengar dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Individu ini haruslah
seorang yang pakar dalam bidang kaunseling supaya dapat memberi nasihat dan cadangan
kepada klien yang mempunyai masalah. Dalam bidang kaunseling, Islam mempunyai seorang
tokoh yang begitu hebat dan terkenal di seluruh pelusuk dunia. Beliau ialah Imam Al-Ghazali.
Tambahan pula, perkara yang paling penting dalam sesi kaunseling model Imam Al-Ghazali
adalah memahami dan menghayati syariat islam. Teori Imam Al-Ghazali memberi penekanan
terhadap memahami jiwa klien daripada aspek kefahaman dan ajaran islam.
LATAR BELAKANG
Nama sebenar beliau ialah Abu Hamid, Muhammad bin Muhammad al-Ghazali. Beliau
dilahirkan dan dibesarkan di Tus iaitu di sebuah kampung di Khorasan, Iran yang bersempadan
di Turkiministan dan merupakan seorang ahli dalam bidang falsafah. Beliau dilahirkan pada
tahun 450H (1058M). Al-Ghazali mempunyai pengaruh besar dalam dunia Islam melalui
tulisan-tulisan beliau yang begitu tinggi nilai intelektual. Beliau berkesempatan memperoleh
ilmu melalui kurikulum di Nishapur dan Baghdad serta meningkat tinggi sebagai seorang
profesor di Universiti Nizamiyah di Baghdad. Universiti Nizamiyah mempunyai reputasi tinggi
di zaman Keemasan Islam (Golden Age). Menjadi murid kepada dua orang guru yang terkenal
iaitu Imam al-Haramyn al-Juwayni dan al-Abu al-Qasim al-Jurjani khususnya dalam bidang
Ilmu Kalam.
Selain itu, Al-Ghazali mengembara menuntut ilmu ke Syria, Makkah dan Madinah sebelum
kembali ke Baghdad dan Tus. Selepas beberapa tahun dalam bidang pengajaran, Al-Ghazali
kemudiannya memberi tumpuan kepada bidang Tasawuf dan melakukan proses transformasi
diri sehingga melalui tahap penghayatan dan amalan kerohanian yang cukup tinggi dan ini
boleh difahami melalui karya-karya beliau khususnya dalam kitab “Ihya’ Ulumuddin”. Oleh
kerana terdapat tendensi di kalangan sebahagian ahli falsafah yang mula mengagungkan karya-
karya ahli falsafah Greek dan meninggalkan sumber al-Quran dan al-Sunnah, al-Ghazali
melihat keperluan untuk membetulkan keadaan dan mengelakkan konflik di kalangan umat
Islam dari berterusan.
KONSEP KAUNSELING IMAM AL-GHAZALI TERHADAP MANUSIA
Imam al-Ghazali menggunakan pendekatan kaunseling berdasarkan sifat-sifat manusia
(humanistik).
Firman Allah yang bermaksud:
“Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat (nasihat-menasihati)
dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran”. (Al-Quran,Al Ashr.103:3)
Teori Kaunseling Imam Al-Ghazali muncul atas dasar sifat – sifat manusia. Kedatangan teori
Imam Al- Ghazali sekali lagi memberi impak yang positif kepada kaunseling menurut perpektif
Islam. Teori Kaunseling Imam Al-Ghazali tidak banyak menggunakan haiwan ataupun
manusia sebagai role-model dalam mengaplikasikan teori yang dicipta oleh beliau. Bagi teknik
kaunseling islam yang betul iaitu hikmah, nasihat yang baik, perbincangan yang baik, taqwa,
taubat, tafakur, mengerjakan solat dan berdoa. Buku ataupun hujah – hujah yang di keluarkan
oleh Imam al-Ghazali banyak terdapat dalam kitab ihya’ ululmuddin. Dalam masa yang sama
pendekatan Imam al- Ghazali banyak diguna pakai dalam bidang ilmu tasawwuf.
Sebagai satu contoh pendekatan yang diguna pakai oleh Imam al-Ghazali dapat dilihat melalui
ayat tersebut:
“Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu)dengan cara yang baik”.
Ayat ini juga menjelaskan bahawa salah satu pendekatan penggunaan teori yang digunakan
pakai oleh Imam al-Ghazali. Ayat ini jelas menunjukkan bahawa teori Imam al-Ghazali dapat
menerapkan nilai-nilai kesabaran yang tinggi.
Konsep manusia menurut Imam Ghazali dapat dikaji dari segi unsur kerohanian yang terdiri
daripada qalb, roh, nafs dan ‘aql. Imam Al Ghazali di dalam kitab Ihya’ telah mengutarakan
teori manusia berdasarkan ayat Al-Quran dalam surah Sad ayat 72 :
“Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya(manusia),serta Aku tiupkan padanya roh
dari (ciptaan-Ku)…”
BIMBINGAN IMAM AL-GHAZALI MENGIKUT PERPEKTIF ISLAM
Agama adalah hubungan manusia dengan pencipta. Ianya adalah Fitrah manusia sejak
daripada azali lagi.Allah taala berfirman,“Apabila siap sempurnnya ,maka Aku tiup kan roh
(ciptaan ku)”. Dalam Surah An Najam ayat 32.
Mengikut apa yang dicatatkan dalam teori kaunseling menurut Imam al Ghazali iaitu:
1. Peka dengan tahap pemikiran dan perasaan klien
2. Tidak memaksa
3. Menjaga maruah
4. Mengikut keperluan dan keutamaan
5. Bersopan santun tetapi tegas
6. Ikhlas semata-semata kerana Allah
Apa yang dinyatakan dalam karya imam al-Ghazali adalah iaitu terdapat dalam pernyataan
Allah yang berfirman yang bermaksud: “Seru manusia ke jalan tuhan mu dengan hikmah dan
pengajaran yang baik dan berdialoglah dengan mereka baik”. Dalam surah Al Nahli ayat 35.
FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBANGUNAN AKHLAK SESEORANG
Imam al-Ghazali pula meletakan lima faktor yang boleh mempengaruhi pembangunan akhlak
seseorang. Yang pertama ialah tazkiyyah al-Nafs atau pembersihan jiwa melibatkan proses
usaha dan kesungguhan seseorang insan dalam menyelesaikan konflik antara baik dan buruk
yang wujud dalam jiwanya atau nafs (Zarrina Sa’ari, 2007). Jiwa atau nafs dalam Bahasa arab,
dan dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai soul. Secara umumnya boleh difahami sebagai
suatu jirim halus yang bergerak memberi kekuatan kepada kehidupan dan perasaan serta
kehendakkehendak yang ada pada diri manusia (Al-Jurjani, 2000:239). Firman Allah SWT
bermaksud:
“Ketahuilah! Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terdapat di dalam jiwa kamu
(anfusikum), maka hendaklah kamu berhati-hati”. Surah al-Baqarah (2:235)
Yang kedua , mujahadah adalah melawan hawa nafsu semaksima mungkin sifat mazmumah
(buruk dan keji). Imam al-Ghazali memberi perhatian yang sangat mendalam untuk melakukan
mujahadah yang berterusan berteraskan kekuatan jiwa yang jitu untuk menghadapi sifat
mazmumah tersebut berdasarkan keluasan ilmu pengetahuan dan pengendalian yang
berhikmah serta tahap kesabaran yang tinggi (al-Ghazali, 2003:71).
Yang ketiga, Melakukan kebaikan secara berterusan agar ia membentuk suatu kebiasaan yang
akhirnya menjadi tabiat kehidupannya. Asas kepada aspek ini adalah melakukan ibadah khusus
seperti solat, puasa, zakat, dan haji. Sebagai contoh, solat membuatkan diri kita lebih tenang
dan dekat dengan Allah. Di samping melakukan kebaikan terhadap sesama manusia, alam, dan
haiwan (al-Ghazali, 2003:77). Dengan erti kata lain, keghairahan untuk melakukan kebaikan
adalah atas dorongan danrangsangan kerana ingin mendapatkan keredaan Allah SWT semata-
mata. Justeru, setiap insan akan sentiasa bermotivasi untuk melakukan kebaikan, sama ada
amalan zahir atau sembunyi.
Yang keempat ialah mengaplikasikan perbuatan yang baik dalam kehidupan dengan
membuat sesuatu yang bertentangan dengan akhlak yang buruk adalah seperti bersikap sabar
daripada sifat marah, amanah daripada khianat, syukur daripada sombong, pemurah daripada
kedekut, bodoh daripada pandai, rajin daripada malas, dan lain-lain lagi (al-Ghazali, 2003:77-
78).
Yang kelima ialah muraqabatullah adalah merasakan diri diawasi oleh zat yang menjaga
dirinya dan menumpukan perhatian yang bersungguh-sungguh kepada-Nya (al-Ghazali
2003:495). Muraqabatullah memberi kesan yang positif kepada pembangunan akhlak. Ini
kerana ia adalah salah satu cara yang efektif untuk seseorang individu sentiasa mengingati
Allah SWT dalam setiap perkara, sama ada bersifat fizikal, cara berfikir, perasaan, atau jiwa.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSONALITI SESEORANG
Menurut Imam al-Ghazali (2003), ada 3 faktor utama yang boleh mempengaruhi personaliti
seseorang, iaitu nafsu, hati, dan akal. Mengenai nafsu-nafsu (tabii keinginan) ini yang
membentuk personaliti berbeza.
1. Nafsu amarah: Individu yang melakukan sifat-sifat yang jahat dan rosak.
2. Nafsu mutmainnah: Dapat menahan keinginan nafsu syahwat dan mencapai
ketenangan.
3. Nafsu mardiah: Individu yang lemah-lembut dalam tuturkata, menerima kehendak dan
ketentuan Allah SWT dan bersyukur, serta merasa puas dengan apa yang ada.
4. Nafsu kamilah: Hanya diperoleh oleh para Rasul yang mempunyai sifat kesempurnaan.
Mengenai hati atau rohani manusia berpusat kepada naluri rasional. Sejauh mana hati
menghayati risalah Allah SWT akan dapat menentukan kualiti hati individu. Terdapat tiga jenis
hati yang membentuk personaliti yang berbeza.
1. Hati qalbun: Belum kukuh dengan tuntutan agama dan memerlukan akal untuk
memandu ia bertindak
2. Hati faadun: Hati individu yang sudah ada keyakinan terhadap risalah Allah SWT
3. Hati lubbun: Hati yang kukuh dapat melahirkan cetusan hati yang rasional dan ikhlas
untuk membimbing akal.
Manakala mengenai akal, ianya merupakan anugerah Allah SWT kepada manusia, kerana
keupayaan intelek yang membolehkan manusia berfikir secara rasional. Terdapat tiga jenis akal
yang membentuk personaliti berbeza:
1. Akal biasa: Percaya pada apa yang dilihat dan menolak perkara yang abstrak;
2. Akal taakul: Menganalisis berdasarkan sebab-musabab, jenis akal yang sederhana
3. Akal tadabbur: Berfikir secara ikhlas dan rasional berpandukan kekuatan iman dan akal.
MATLAMAT TEORI IMAM AL-GHAZALI
Antara matlamat teori kaunseling Imam Al-Ghazali ialah dapat mengenalpasti dan mengatasi
ketidakselarasan diantara pengalaman klien dan konsep kendiri supaya klien berasa terbuka
dan selamat mengkongsikan masalah yang dihadapinya. Selain itu, klien dapat menjadikan diri
mereka lebih berkeyakinan untuk menyelesaikan masalah mengikut kemampuan diri sendiri.
Seterusnya, mereka juga dapat menilai diri mereka secara positif dengan mendekatkan diri
dengan Allah. Disamping itu, klien akan lebih matang untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi dan juga menjadi seorang yang mampu bersosial walaupun banyak masalah yang
dihadapi dan bijak adaptif dalam tingkah laku. Akhir sekali, untuk mengurangkan penekankan
menafikan pengalaman diri mereka yang negatif supaya klien cenderung kearah yang positif
dalam membuat keputusan.
APLIKASI TEORI IMAM AL-GHAZALI DALAM KEHIDUPAN
Pada zaman globalisasi kini pelbagai masalah telah muncul dalam hidup pelajar dewasa
antaranya ialah masalah kemurungan yang sudah melanda para pelajar dewasa ini, maka para
kaunselor merasakan wujudkan keperluan kaunseling Islam dalam menangani masalah pelajar
yang mengalami kemurungan. Sebagai langkah pertama, para kaunselor perlulah mengunakan
konsep kaunseling sebagai langkah pertama iaitu mengetahui latar belakang klien yang
menghadapi masalah kemurungan inu. Seterusnya, kaunselor perlulah mencari tahu faktor-
faktor yang menyebabkan klien tersebut kemurungan. Kaunselor juga perlu mengambil tahu
salah laku apa yang dilakukan oleh klien yang menhadapi masalah ini. Dengan ini, kaunselor
bertanggungjawab untuk membantu pelajar menangani masalah dengan menggunakan
pendekatan kaunseling Islam agar masalah yang dihadapi sebenarnya yang berpunca dari
kosongan jiwa, atau dalam erti kata penyakit kejiwaan hanya boleh dirawat dengan pengisin
rohani
RUMUSAN
Kesimpulannya, Sumbangan beliau dalam perkembangan kaunseling Islam termasuklah
penerangan mengenai jiwa manusia, nafsu, akal, roh, bagaimana manusia menjadikan
hidupnya tenteram dan sebagainya. Jika dilihat kepada perbezaan pendekatan teori yang
dilaksanakan dalam kaunseling antara Imam al- Ghazali dengan tokoh-tokoh Barat, secara jelas
dapat ditentukan bahawa teori yang di bawa oleh Imam al-Ghazali merupakan teori yang
terbaik kerana berpandukan kepada dua sumber utama dalam Islam, al-Quran dan al-Hadith.
Interaksi antara hati, nafsu, dan akal amat penting dalam melakukan sesuatu perkara. Apabila
akal tadabbur bercampur dengan hati lubbun dan nafsu mardiah, maka akan dapat melahirkan
persoanaliti remaja unggul. Tetapi, jika manusia mempunyai akal taakul, hati faadun,dan nafsu
mutmainnah, maka ia akan mewujudkan personaliti seimbang. Manakala insan yang
mempunyai akal biasa, hati qalbun, dan nafsu amarah akan ditimpa personaliti yang bercelaru.
RUJUKAN
Ahmad Mohd. Salleh. 1997. Pendidikan Islam Falsafah, Pedagogi dan Metodologi
Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Lee Shok Mee. 1996. Psikologi Pendidikan 2 Teori dan Aplikasi Dalam Pengajaran dan
Pembelajaran. Shah Alam: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Yatimah sarmani & Mohd Tajudin Mingal. 2011. Teori kaunseling Al-Ghazali: Mengenal
Ilmu, sejarah dan kandungan Al Quran. Shah Alam: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
http://nurulizzahmohdizhar.blogspot.com/2012/09/perkembangan-kaunseling-islam-
menurut.html
https://prezi.com/ikzgptxvbqyg/teori-kaunseling-al-imam-al-ghazali/

More Related Content

What's hot

EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)
EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)
EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)
Stephanie Unsil
 
Teori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William GlasserTeori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William Glasser
adeendra
 
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunselingEtika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Humyra Amer
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Fanera Jeffery
 
3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling
Herney Aqilah Kay
 

What's hot (20)

Bab 8 Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 8   Kemahiran Asas KaunselingBab 8   Kemahiran Asas Kaunseling
Bab 8 Kemahiran Asas Kaunseling
 
Kaunseling Islam Imam Al-Ghazali
Kaunseling Islam Imam Al-GhazaliKaunseling Islam Imam Al-Ghazali
Kaunseling Islam Imam Al-Ghazali
 
Kaunseling kelompok teori adler 2012
Kaunseling kelompok teori adler 2012Kaunseling kelompok teori adler 2012
Kaunseling kelompok teori adler 2012
 
TINGKAH LAKU AHLI KELOMPOK YANG MERANGSANG PERKEMBANGAN KELOMPOK
TINGKAH LAKU AHLI KELOMPOK YANG MERANGSANG PERKEMBANGAN KELOMPOKTINGKAH LAKU AHLI KELOMPOK YANG MERANGSANG PERKEMBANGAN KELOMPOK
TINGKAH LAKU AHLI KELOMPOK YANG MERANGSANG PERKEMBANGAN KELOMPOK
 
EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)
EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)
EDU3073 | Kaunseling Kelompok (Bimbingan & Kaunseling)
 
Teori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William GlasserTeori Realiti - William Glasser
Teori Realiti - William Glasser
 
Slide definisi personaliti
Slide definisi personalitiSlide definisi personaliti
Slide definisi personaliti
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
Teori Kaunseling
Teori KaunselingTeori Kaunseling
Teori Kaunseling
 
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
“PENULISAN LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU”
 
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
 
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunselingEtika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
Etika kaunselor-bimbingan dan kaunseling
 
Konsep perkembangan manusia
Konsep perkembangan manusiaKonsep perkembangan manusia
Konsep perkembangan manusia
 
kemahiran dalam sesi kaunseling
kemahiran dalam sesi kaunselingkemahiran dalam sesi kaunseling
kemahiran dalam sesi kaunseling
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
 
Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)
Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)
Pengantar Bimbingan & Kaunseling: Teori Psikoanalisis (Sigmund Frued)
 
3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling3 peringkat proses kaunseling
3 peringkat proses kaunseling
 
5.pengenalan teori kaunseling
5.pengenalan teori kaunseling5.pengenalan teori kaunseling
5.pengenalan teori kaunseling
 
Teori REBT
Teori REBTTeori REBT
Teori REBT
 
Teori Perkembangan Kerjaya Ginzberg
Teori Perkembangan Kerjaya GinzbergTeori Perkembangan Kerjaya Ginzberg
Teori Perkembangan Kerjaya Ginzberg
 

Similar to Bimbingan dan Kaunseling Islam Imam Al-Ghazali

Menjadi muslim, siapkah diri kita
Menjadi muslim, siapkah diri kitaMenjadi muslim, siapkah diri kita
Menjadi muslim, siapkah diri kita
Muhsin Hariyanto
 
Penghantar bimbingan dan kaunseling
Penghantar bimbingan dan kaunselingPenghantar bimbingan dan kaunseling
Penghantar bimbingan dan kaunseling
Amer Asyraf
 
BAB 13 Hidup Lebih Damai dengan Ikhlas, Sabar, dan Pemaaf
BAB 13 Hidup Lebih Damai dengan Ikhlas, Sabar, dan PemaafBAB 13 Hidup Lebih Damai dengan Ikhlas, Sabar, dan Pemaaf
BAB 13 Hidup Lebih Damai dengan Ikhlas, Sabar, dan Pemaaf
RizkyJuliana1
 
Islam akal, fikir, rasional, cerdas, intelek
Islam akal, fikir, rasional, cerdas, intelekIslam akal, fikir, rasional, cerdas, intelek
Islam akal, fikir, rasional, cerdas, intelek
Yuliana Seputra
 
Makalah Akhlakul Karimah
Makalah Akhlakul KarimahMakalah Akhlakul Karimah
Makalah Akhlakul Karimah
Yusuf Prasetyo
 
Pemikiran dan Perbandingan Para Filosof Muslim_Kelas A farmasi.pptx
Pemikiran dan Perbandingan Para Filosof Muslim_Kelas A farmasi.pptxPemikiran dan Perbandingan Para Filosof Muslim_Kelas A farmasi.pptx
Pemikiran dan Perbandingan Para Filosof Muslim_Kelas A farmasi.pptx
Niaepa
 

Similar to Bimbingan dan Kaunseling Islam Imam Al-Ghazali (20)

KEPRIBADIAN MUSLIM DAN CIRI-CIRINYA
KEPRIBADIAN MUSLIM DAN CIRI-CIRINYAKEPRIBADIAN MUSLIM DAN CIRI-CIRINYA
KEPRIBADIAN MUSLIM DAN CIRI-CIRINYA
 
Definisi akal
Definisi  akalDefinisi  akal
Definisi akal
 
Menjadi muslim, siapkah diri kita
Menjadi muslim, siapkah diri kitaMenjadi muslim, siapkah diri kita
Menjadi muslim, siapkah diri kita
 
Penghantar bimbingan dan kaunseling
Penghantar bimbingan dan kaunselingPenghantar bimbingan dan kaunseling
Penghantar bimbingan dan kaunseling
 
Modul 14 kb 1
Modul 14 kb 1Modul 14 kb 1
Modul 14 kb 1
 
Tauhid, Al-Qur’an&Hadits, Generasi Terbaik dan Salafussalih, Berbagi, Keadila...
Tauhid, Al-Qur’an&Hadits, Generasi Terbaik dan Salafussalih, Berbagi, Keadila...Tauhid, Al-Qur’an&Hadits, Generasi Terbaik dan Salafussalih, Berbagi, Keadila...
Tauhid, Al-Qur’an&Hadits, Generasi Terbaik dan Salafussalih, Berbagi, Keadila...
 
Peranan Akidah-Usuluddin
Peranan Akidah-UsuluddinPeranan Akidah-Usuluddin
Peranan Akidah-Usuluddin
 
Kesihatan mental dari perspektif Islam
Kesihatan mental dari perspektif IslamKesihatan mental dari perspektif Islam
Kesihatan mental dari perspektif Islam
 
Makalah ilmu akhlak
Makalah ilmu akhlakMakalah ilmu akhlak
Makalah ilmu akhlak
 
Induk akhlak islami
Induk akhlak islamiInduk akhlak islami
Induk akhlak islami
 
Filsafat al ghazali dan ibnu rusyd
Filsafat al ghazali dan ibnu rusydFilsafat al ghazali dan ibnu rusyd
Filsafat al ghazali dan ibnu rusyd
 
Akhlak pribadi islami
Akhlak pribadi islamiAkhlak pribadi islami
Akhlak pribadi islami
 
BAB 13 Hidup Lebih Damai dengan Ikhlas, Sabar, dan Pemaaf
BAB 13 Hidup Lebih Damai dengan Ikhlas, Sabar, dan PemaafBAB 13 Hidup Lebih Damai dengan Ikhlas, Sabar, dan Pemaaf
BAB 13 Hidup Lebih Damai dengan Ikhlas, Sabar, dan Pemaaf
 
Islam akal, fikir, rasional, cerdas, intelek
Islam akal, fikir, rasional, cerdas, intelekIslam akal, fikir, rasional, cerdas, intelek
Islam akal, fikir, rasional, cerdas, intelek
 
Makalah Akhlakul Karimah
Makalah Akhlakul KarimahMakalah Akhlakul Karimah
Makalah Akhlakul Karimah
 
Pendidikan Agama ISlam "Mengenal Bagaimana Manusia Bertuhan "
Pendidikan Agama ISlam "Mengenal Bagaimana Manusia Bertuhan "Pendidikan Agama ISlam "Mengenal Bagaimana Manusia Bertuhan "
Pendidikan Agama ISlam "Mengenal Bagaimana Manusia Bertuhan "
 
Kuliah 1 akhlak, moral dan etika copy - copy
Kuliah 1 akhlak, moral dan etika   copy - copyKuliah 1 akhlak, moral dan etika   copy - copy
Kuliah 1 akhlak, moral dan etika copy - copy
 
PPT Terapi Al Ghazaly_BKI.pptx
PPT Terapi Al Ghazaly_BKI.pptxPPT Terapi Al Ghazaly_BKI.pptx
PPT Terapi Al Ghazaly_BKI.pptx
 
Pemikiran dan Perbandingan Para Filosof Muslim_Kelas A farmasi.pptx
Pemikiran dan Perbandingan Para Filosof Muslim_Kelas A farmasi.pptxPemikiran dan Perbandingan Para Filosof Muslim_Kelas A farmasi.pptx
Pemikiran dan Perbandingan Para Filosof Muslim_Kelas A farmasi.pptx
 
Pend. Agama Islam
Pend. Agama IslamPend. Agama Islam
Pend. Agama Islam
 

More from Najwa Norizam

More from Najwa Norizam (20)

Aplikasi Penghasilan Pelangi
Aplikasi Penghasilan PelangiAplikasi Penghasilan Pelangi
Aplikasi Penghasilan Pelangi
 
Tips Daily Routine sebagai Umat Islam
Tips Daily Routine sebagai Umat IslamTips Daily Routine sebagai Umat Islam
Tips Daily Routine sebagai Umat Islam
 
Pembangunan
Pembangunan Pembangunan
Pembangunan
 
Assarikah - Mencuri
Assarikah - MencuriAssarikah - Mencuri
Assarikah - Mencuri
 
Pembangunan
Pembangunan Pembangunan
Pembangunan
 
Tokoh mufassirin pada zaman sahabat
Tokoh mufassirin pada zaman sahabat Tokoh mufassirin pada zaman sahabat
Tokoh mufassirin pada zaman sahabat
 
Konspirasi yahudi dan kabilah kabilah islam
Konspirasi yahudi dan kabilah kabilah islamKonspirasi yahudi dan kabilah kabilah islam
Konspirasi yahudi dan kabilah kabilah islam
 
Konspirasi yahudi dan kabilah kabilah islam
Konspirasi yahudi dan kabilah kabilah islamKonspirasi yahudi dan kabilah kabilah islam
Konspirasi yahudi dan kabilah kabilah islam
 
Hukum Mandub
Hukum MandubHukum Mandub
Hukum Mandub
 
Hukum taklifi
Hukum taklifiHukum taklifi
Hukum taklifi
 
Cara Membuat Page Number
Cara Membuat Page Number Cara Membuat Page Number
Cara Membuat Page Number
 
Rancangan Pengajaran Mingguan (RPM)
Rancangan Pengajaran Mingguan (RPM)Rancangan Pengajaran Mingguan (RPM)
Rancangan Pengajaran Mingguan (RPM)
 
Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
 
Sukatan Pelajaran
Sukatan PelajaranSukatan Pelajaran
Sukatan Pelajaran
 
Sekolah Agama Negeri (SAN)
Sekolah Agama Negeri (SAN)Sekolah Agama Negeri (SAN)
Sekolah Agama Negeri (SAN)
 
Pemulihan
Pemulihan Pemulihan
Pemulihan
 
PRINSIP - PRINSIP KBSR
PRINSIP - PRINSIP KBSRPRINSIP - PRINSIP KBSR
PRINSIP - PRINSIP KBSR
 
KBSR
KBSRKBSR
KBSR
 
Tujuan pengukuran
Tujuan pengukuranTujuan pengukuran
Tujuan pengukuran
 
Pengukuhan, penilaian dan pentaksiran
Pengukuhan, penilaian dan pentaksiranPengukuhan, penilaian dan pentaksiran
Pengukuhan, penilaian dan pentaksiran
 

Recently uploaded

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
furqanridha
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
FitriaSarmida1
 
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdfSurat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
EirinELS
 
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdfAksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
subki124
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
DewiUmbar
 

Recently uploaded (20)

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Swamedikasi 3.pptx
 
PPT kerajaan islam Maluku Utara PPT sejarah kelas XI
PPT kerajaan islam Maluku Utara PPT sejarah kelas XIPPT kerajaan islam Maluku Utara PPT sejarah kelas XI
PPT kerajaan islam Maluku Utara PPT sejarah kelas XI
 
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas pptsistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
 
Kegiatan Komunitas Belajar dalam sekolah .pptx
Kegiatan Komunitas Belajar dalam sekolah .pptxKegiatan Komunitas Belajar dalam sekolah .pptx
Kegiatan Komunitas Belajar dalam sekolah .pptx
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
Materi Asuransi Kesehatan di Indonesia ppt
Materi Asuransi Kesehatan di Indonesia pptMateri Asuransi Kesehatan di Indonesia ppt
Materi Asuransi Kesehatan di Indonesia ppt
 
Pembahasan Soal Ujian Komprehensif Farmasi Perapotekan
Pembahasan Soal Ujian Komprehensif Farmasi PerapotekanPembahasan Soal Ujian Komprehensif Farmasi Perapotekan
Pembahasan Soal Ujian Komprehensif Farmasi Perapotekan
 
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdfUAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
SISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOM
SISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOMSISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOM
SISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOM
 
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdfSurat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
 
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdfWebinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
 
Modul 5 Simetri (simetri lipat, simetri putar)
Modul 5 Simetri (simetri lipat, simetri putar)Modul 5 Simetri (simetri lipat, simetri putar)
Modul 5 Simetri (simetri lipat, simetri putar)
 
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdfAksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
 
Bioteknologi Konvensional dan Modern kelas 9 SMP
Bioteknologi Konvensional dan Modern  kelas 9 SMPBioteknologi Konvensional dan Modern  kelas 9 SMP
Bioteknologi Konvensional dan Modern kelas 9 SMP
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
 

Bimbingan dan Kaunseling Islam Imam Al-Ghazali

  • 1. PENGENALAN Setiap manusia mempunyai masalah yang perlu ditempuhi dalam kehidupan. Hal ini demikian disebabkan setiap manusia mengharungi cara didikan dan dibesarkan dalam suasana yang berbeza. Selain itu, ada segetintir masyarakat mengalami tekanan dan kemurungan kerana tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri dengan betul. Oleh sebab itu, mereka memerlukan seseorang untuk mendengar dan menyelesaikan masalah yang dihadapi. Individu ini haruslah seorang yang pakar dalam bidang kaunseling supaya dapat memberi nasihat dan cadangan kepada klien yang mempunyai masalah. Dalam bidang kaunseling, Islam mempunyai seorang tokoh yang begitu hebat dan terkenal di seluruh pelusuk dunia. Beliau ialah Imam Al-Ghazali. Tambahan pula, perkara yang paling penting dalam sesi kaunseling model Imam Al-Ghazali adalah memahami dan menghayati syariat islam. Teori Imam Al-Ghazali memberi penekanan terhadap memahami jiwa klien daripada aspek kefahaman dan ajaran islam.
  • 2. LATAR BELAKANG Nama sebenar beliau ialah Abu Hamid, Muhammad bin Muhammad al-Ghazali. Beliau dilahirkan dan dibesarkan di Tus iaitu di sebuah kampung di Khorasan, Iran yang bersempadan di Turkiministan dan merupakan seorang ahli dalam bidang falsafah. Beliau dilahirkan pada tahun 450H (1058M). Al-Ghazali mempunyai pengaruh besar dalam dunia Islam melalui tulisan-tulisan beliau yang begitu tinggi nilai intelektual. Beliau berkesempatan memperoleh ilmu melalui kurikulum di Nishapur dan Baghdad serta meningkat tinggi sebagai seorang profesor di Universiti Nizamiyah di Baghdad. Universiti Nizamiyah mempunyai reputasi tinggi di zaman Keemasan Islam (Golden Age). Menjadi murid kepada dua orang guru yang terkenal iaitu Imam al-Haramyn al-Juwayni dan al-Abu al-Qasim al-Jurjani khususnya dalam bidang Ilmu Kalam. Selain itu, Al-Ghazali mengembara menuntut ilmu ke Syria, Makkah dan Madinah sebelum kembali ke Baghdad dan Tus. Selepas beberapa tahun dalam bidang pengajaran, Al-Ghazali kemudiannya memberi tumpuan kepada bidang Tasawuf dan melakukan proses transformasi diri sehingga melalui tahap penghayatan dan amalan kerohanian yang cukup tinggi dan ini boleh difahami melalui karya-karya beliau khususnya dalam kitab “Ihya’ Ulumuddin”. Oleh kerana terdapat tendensi di kalangan sebahagian ahli falsafah yang mula mengagungkan karya- karya ahli falsafah Greek dan meninggalkan sumber al-Quran dan al-Sunnah, al-Ghazali melihat keperluan untuk membetulkan keadaan dan mengelakkan konflik di kalangan umat Islam dari berterusan.
  • 3. KONSEP KAUNSELING IMAM AL-GHAZALI TERHADAP MANUSIA Imam al-Ghazali menggunakan pendekatan kaunseling berdasarkan sifat-sifat manusia (humanistik). Firman Allah yang bermaksud: “Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran”. (Al-Quran,Al Ashr.103:3) Teori Kaunseling Imam Al-Ghazali muncul atas dasar sifat – sifat manusia. Kedatangan teori Imam Al- Ghazali sekali lagi memberi impak yang positif kepada kaunseling menurut perpektif Islam. Teori Kaunseling Imam Al-Ghazali tidak banyak menggunakan haiwan ataupun manusia sebagai role-model dalam mengaplikasikan teori yang dicipta oleh beliau. Bagi teknik kaunseling islam yang betul iaitu hikmah, nasihat yang baik, perbincangan yang baik, taqwa, taubat, tafakur, mengerjakan solat dan berdoa. Buku ataupun hujah – hujah yang di keluarkan oleh Imam al-Ghazali banyak terdapat dalam kitab ihya’ ululmuddin. Dalam masa yang sama pendekatan Imam al- Ghazali banyak diguna pakai dalam bidang ilmu tasawwuf. Sebagai satu contoh pendekatan yang diguna pakai oleh Imam al-Ghazali dapat dilihat melalui ayat tersebut: “Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu)dengan cara yang baik”. Ayat ini juga menjelaskan bahawa salah satu pendekatan penggunaan teori yang digunakan pakai oleh Imam al-Ghazali. Ayat ini jelas menunjukkan bahawa teori Imam al-Ghazali dapat menerapkan nilai-nilai kesabaran yang tinggi. Konsep manusia menurut Imam Ghazali dapat dikaji dari segi unsur kerohanian yang terdiri daripada qalb, roh, nafs dan ‘aql. Imam Al Ghazali di dalam kitab Ihya’ telah mengutarakan teori manusia berdasarkan ayat Al-Quran dalam surah Sad ayat 72 : “Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya(manusia),serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan-Ku)…”
  • 4. BIMBINGAN IMAM AL-GHAZALI MENGIKUT PERPEKTIF ISLAM Agama adalah hubungan manusia dengan pencipta. Ianya adalah Fitrah manusia sejak daripada azali lagi.Allah taala berfirman,“Apabila siap sempurnnya ,maka Aku tiup kan roh (ciptaan ku)”. Dalam Surah An Najam ayat 32. Mengikut apa yang dicatatkan dalam teori kaunseling menurut Imam al Ghazali iaitu: 1. Peka dengan tahap pemikiran dan perasaan klien 2. Tidak memaksa 3. Menjaga maruah 4. Mengikut keperluan dan keutamaan 5. Bersopan santun tetapi tegas 6. Ikhlas semata-semata kerana Allah Apa yang dinyatakan dalam karya imam al-Ghazali adalah iaitu terdapat dalam pernyataan Allah yang berfirman yang bermaksud: “Seru manusia ke jalan tuhan mu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan berdialoglah dengan mereka baik”. Dalam surah Al Nahli ayat 35.
  • 5. FAKTOR MEMPENGARUHI PEMBANGUNAN AKHLAK SESEORANG Imam al-Ghazali pula meletakan lima faktor yang boleh mempengaruhi pembangunan akhlak seseorang. Yang pertama ialah tazkiyyah al-Nafs atau pembersihan jiwa melibatkan proses usaha dan kesungguhan seseorang insan dalam menyelesaikan konflik antara baik dan buruk yang wujud dalam jiwanya atau nafs (Zarrina Sa’ari, 2007). Jiwa atau nafs dalam Bahasa arab, dan dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai soul. Secara umumnya boleh difahami sebagai suatu jirim halus yang bergerak memberi kekuatan kepada kehidupan dan perasaan serta kehendakkehendak yang ada pada diri manusia (Al-Jurjani, 2000:239). Firman Allah SWT bermaksud: “Ketahuilah! Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang terdapat di dalam jiwa kamu (anfusikum), maka hendaklah kamu berhati-hati”. Surah al-Baqarah (2:235) Yang kedua , mujahadah adalah melawan hawa nafsu semaksima mungkin sifat mazmumah (buruk dan keji). Imam al-Ghazali memberi perhatian yang sangat mendalam untuk melakukan mujahadah yang berterusan berteraskan kekuatan jiwa yang jitu untuk menghadapi sifat mazmumah tersebut berdasarkan keluasan ilmu pengetahuan dan pengendalian yang berhikmah serta tahap kesabaran yang tinggi (al-Ghazali, 2003:71). Yang ketiga, Melakukan kebaikan secara berterusan agar ia membentuk suatu kebiasaan yang akhirnya menjadi tabiat kehidupannya. Asas kepada aspek ini adalah melakukan ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat, dan haji. Sebagai contoh, solat membuatkan diri kita lebih tenang dan dekat dengan Allah. Di samping melakukan kebaikan terhadap sesama manusia, alam, dan haiwan (al-Ghazali, 2003:77). Dengan erti kata lain, keghairahan untuk melakukan kebaikan adalah atas dorongan danrangsangan kerana ingin mendapatkan keredaan Allah SWT semata- mata. Justeru, setiap insan akan sentiasa bermotivasi untuk melakukan kebaikan, sama ada amalan zahir atau sembunyi. Yang keempat ialah mengaplikasikan perbuatan yang baik dalam kehidupan dengan membuat sesuatu yang bertentangan dengan akhlak yang buruk adalah seperti bersikap sabar daripada sifat marah, amanah daripada khianat, syukur daripada sombong, pemurah daripada kedekut, bodoh daripada pandai, rajin daripada malas, dan lain-lain lagi (al-Ghazali, 2003:77- 78).
  • 6. Yang kelima ialah muraqabatullah adalah merasakan diri diawasi oleh zat yang menjaga dirinya dan menumpukan perhatian yang bersungguh-sungguh kepada-Nya (al-Ghazali 2003:495). Muraqabatullah memberi kesan yang positif kepada pembangunan akhlak. Ini kerana ia adalah salah satu cara yang efektif untuk seseorang individu sentiasa mengingati Allah SWT dalam setiap perkara, sama ada bersifat fizikal, cara berfikir, perasaan, atau jiwa.
  • 7. FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSONALITI SESEORANG Menurut Imam al-Ghazali (2003), ada 3 faktor utama yang boleh mempengaruhi personaliti seseorang, iaitu nafsu, hati, dan akal. Mengenai nafsu-nafsu (tabii keinginan) ini yang membentuk personaliti berbeza. 1. Nafsu amarah: Individu yang melakukan sifat-sifat yang jahat dan rosak. 2. Nafsu mutmainnah: Dapat menahan keinginan nafsu syahwat dan mencapai ketenangan. 3. Nafsu mardiah: Individu yang lemah-lembut dalam tuturkata, menerima kehendak dan ketentuan Allah SWT dan bersyukur, serta merasa puas dengan apa yang ada. 4. Nafsu kamilah: Hanya diperoleh oleh para Rasul yang mempunyai sifat kesempurnaan. Mengenai hati atau rohani manusia berpusat kepada naluri rasional. Sejauh mana hati menghayati risalah Allah SWT akan dapat menentukan kualiti hati individu. Terdapat tiga jenis hati yang membentuk personaliti yang berbeza. 1. Hati qalbun: Belum kukuh dengan tuntutan agama dan memerlukan akal untuk memandu ia bertindak 2. Hati faadun: Hati individu yang sudah ada keyakinan terhadap risalah Allah SWT 3. Hati lubbun: Hati yang kukuh dapat melahirkan cetusan hati yang rasional dan ikhlas untuk membimbing akal. Manakala mengenai akal, ianya merupakan anugerah Allah SWT kepada manusia, kerana keupayaan intelek yang membolehkan manusia berfikir secara rasional. Terdapat tiga jenis akal yang membentuk personaliti berbeza: 1. Akal biasa: Percaya pada apa yang dilihat dan menolak perkara yang abstrak; 2. Akal taakul: Menganalisis berdasarkan sebab-musabab, jenis akal yang sederhana 3. Akal tadabbur: Berfikir secara ikhlas dan rasional berpandukan kekuatan iman dan akal.
  • 8. MATLAMAT TEORI IMAM AL-GHAZALI Antara matlamat teori kaunseling Imam Al-Ghazali ialah dapat mengenalpasti dan mengatasi ketidakselarasan diantara pengalaman klien dan konsep kendiri supaya klien berasa terbuka dan selamat mengkongsikan masalah yang dihadapinya. Selain itu, klien dapat menjadikan diri mereka lebih berkeyakinan untuk menyelesaikan masalah mengikut kemampuan diri sendiri. Seterusnya, mereka juga dapat menilai diri mereka secara positif dengan mendekatkan diri dengan Allah. Disamping itu, klien akan lebih matang untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dan juga menjadi seorang yang mampu bersosial walaupun banyak masalah yang dihadapi dan bijak adaptif dalam tingkah laku. Akhir sekali, untuk mengurangkan penekankan menafikan pengalaman diri mereka yang negatif supaya klien cenderung kearah yang positif dalam membuat keputusan.
  • 9. APLIKASI TEORI IMAM AL-GHAZALI DALAM KEHIDUPAN Pada zaman globalisasi kini pelbagai masalah telah muncul dalam hidup pelajar dewasa antaranya ialah masalah kemurungan yang sudah melanda para pelajar dewasa ini, maka para kaunselor merasakan wujudkan keperluan kaunseling Islam dalam menangani masalah pelajar yang mengalami kemurungan. Sebagai langkah pertama, para kaunselor perlulah mengunakan konsep kaunseling sebagai langkah pertama iaitu mengetahui latar belakang klien yang menghadapi masalah kemurungan inu. Seterusnya, kaunselor perlulah mencari tahu faktor- faktor yang menyebabkan klien tersebut kemurungan. Kaunselor juga perlu mengambil tahu salah laku apa yang dilakukan oleh klien yang menhadapi masalah ini. Dengan ini, kaunselor bertanggungjawab untuk membantu pelajar menangani masalah dengan menggunakan pendekatan kaunseling Islam agar masalah yang dihadapi sebenarnya yang berpunca dari kosongan jiwa, atau dalam erti kata penyakit kejiwaan hanya boleh dirawat dengan pengisin rohani
  • 10. RUMUSAN Kesimpulannya, Sumbangan beliau dalam perkembangan kaunseling Islam termasuklah penerangan mengenai jiwa manusia, nafsu, akal, roh, bagaimana manusia menjadikan hidupnya tenteram dan sebagainya. Jika dilihat kepada perbezaan pendekatan teori yang dilaksanakan dalam kaunseling antara Imam al- Ghazali dengan tokoh-tokoh Barat, secara jelas dapat ditentukan bahawa teori yang di bawa oleh Imam al-Ghazali merupakan teori yang terbaik kerana berpandukan kepada dua sumber utama dalam Islam, al-Quran dan al-Hadith. Interaksi antara hati, nafsu, dan akal amat penting dalam melakukan sesuatu perkara. Apabila akal tadabbur bercampur dengan hati lubbun dan nafsu mardiah, maka akan dapat melahirkan persoanaliti remaja unggul. Tetapi, jika manusia mempunyai akal taakul, hati faadun,dan nafsu mutmainnah, maka ia akan mewujudkan personaliti seimbang. Manakala insan yang mempunyai akal biasa, hati qalbun, dan nafsu amarah akan ditimpa personaliti yang bercelaru.
  • 11. RUJUKAN Ahmad Mohd. Salleh. 1997. Pendidikan Islam Falsafah, Pedagogi dan Metodologi Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Lee Shok Mee. 1996. Psikologi Pendidikan 2 Teori dan Aplikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Yatimah sarmani & Mohd Tajudin Mingal. 2011. Teori kaunseling Al-Ghazali: Mengenal Ilmu, sejarah dan kandungan Al Quran. Shah Alam: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. http://nurulizzahmohdizhar.blogspot.com/2012/09/perkembangan-kaunseling-islam- menurut.html https://prezi.com/ikzgptxvbqyg/teori-kaunseling-al-imam-al-ghazali/