SlideShare a Scribd company logo
1 of 26
Download to read offline
1 
 
1.0 PENGENALAN
Dalam Bahasa Melayu, morfologi merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur,
bentuk, dan penggolongan kata. Struktur kata membawa maksud susunan bunyi ujaran atau
sebutan dan lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna manakala bentuk kata pula
merupakan rupa unit tatabahasa. Bentuk kata yang terdapat dalam morfologi dapat
dibahagikan kepada empat jenis iaitu bentuk tunggal atau pengakroniman, pemajmukan,
penggandaan dan pengimbuhan. Penggolongan kata pula ialah proses yang menjeniskan
perkataan mengikut persamaan bentuk dan fungsi dengan aspek lain dan dengan golongan
yang sama.
Kata tunggal atau pengakroniman ialah perkataan yang tidak menerima sebarang
imbuhan atau mengalami proses pembentukan kata lain seperti pengimbuhan, pemajmukan
dan penggandaan. Kata tunggal terdiri daripada satu suku kata, dua suku kata, tiga suku kata,
empat suku kata, lima suku kata dan enam suku kata. Contoh daripada kata tunggal yang
dapat dilihat ialah kasut, baju, tiang dan sebagainya. Kata akronim pula ialah singkatan yang
terbentuk dengan menggabungkan huruf awal, suku kata awal atau digabung mengikut
keselesaan sebutan lidah. Contoh kata akronim adalah seperti Mara, Perkeso,MABBIM dan
sebagainya.
Seterusnya proses pengimbuhan ialah proses yang merangkaikan bentuk imbuhan
kepada kata dasar. Perletakan imbuhan ini akan menerbitkan perkataan yang berlainan makna
dan fungsi nahunya. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata
dasar. Imbuhan juga dibahagikan kepada empat jenis iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Proses pengimbuhan dapat berlaku dalam semua golongan kata iaitu kata nama, kata kerja,
2 
 
kata adjektif dan kata adverba.
Proses pemajmukan pula merupakan proses yang merangkaikan dua kata dasar
menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Proses ini juga boleh berlaku
dalam banyak bahasa seperti bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan sebagainya.
Proses seterusnya yang berkaitan dengan bidang ini merupakan proses penggandaan
iaitu proses yang mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara
keseluruhan atau sebahagian dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Proses penggandaan
juga terbahagi kepada penggandaan penuh, penggandaan separa, dan penggandaan berentak.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa proses morfologi mempunyai empat proses yang dapat
digunakan untuk membentuk sesuatu kata. Walau bagaimanapun, proses yang dinyatakan ini,
tidak akan diperjelaskan secara keseluruhannya sebaliknya akan berfokus kepada proses
penggandaan sahaja.
2.0 Objektif
Kajian dibuat merujuk beberapa tujuan atau objektifnya. Antara objektif tersebut adalah
seperti berikut:
2.1 Mengumpul data daripada kata yang bermula dengan huruf A yang mengalami proses
penggandaan penuh.
2.2 Menganalisis proses penggandaan penuh berdasarkan data yang dikumpul.
2.3 Menghurai aspek makna yang terdapat dalam kata ganda penuh.
3 
 
3.0 Konsep Kajian
Secara umumnya, penggandaan kata dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan
kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau
penggandaaan separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara berentak, iaitu digandakan
mengikut rentak bunyi tertentu.
Dalam proses penggandaa ini, terdapat ramai sarjana yang mengemukakan pendapatnya
yang tersendiri. Anataranya ialah Harimurti Kridalaksana, Asmah Haji Omar, Arbak Othman,
Abdullah Hassan, dan Nik Safiah Karim. Menurut Harimurti (1989), penggandaan kata penuh
ini juga disebut sebagai pengulangan leksem, iaitu pengulangan suatu kata terkecil dalam
sesebuah bahasa. Menurut Asmah Haji Omar (1986) pula, kata ganda jenis ini merujuk
penggandaan secara seluruh kata dasar. Pendapat ini tidak jauh perbezaan dengan
pengetahuan secara umumnya. Arbak Othman (1981) juga berpendapat bahawa penngandaan
jenis ini merujuk kepada pengulangan seluruh kata dasar. Menurut Abdullah Hassan (1986)
pula kata ini dirujuk sebagai penggandaan penuh. Walau bagaimanapun, dalam analisis yang
dibuat hanya akan berfokus kepada satu teori atau pandapat sarjana, iaitu Nik Safiah Karim.
4.0 Teori Kajian
Kata ganda ialah perkataan yang mengalami pengulangan pada kata dasarnya sama ada
gandaan penuh, gandaan separa atau gandaan berentak. Menurut Nik Safiah Karim(2008),
kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata
dasar sama ada kata ganda tersebut diulangi secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian
tertentu dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Berdasarkan konsep penggandaan yang
4 
 
dipegang oleh sarjana bahasa ini, penggandaan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu
penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak.
Menurut Nik Safiah Karim lagi penggandaan penuh merupakan pengulangan kata
dasar sama ada dalam bentuk tunggal atau terbitan. Penggandaan ini juga boleh berlaku pada
golongan kata nama, kata kerja, dan kata sifat. Sebagai contohnya ialah penggandaan yang
melibatkan kata tunggal ialah gula-gula, murid-murid dan sebagainya manakala penggandaan
kata terbitan pula seperti pelajar-pelajar, pengadil-pengadil, dan sebagainya.
Seterusnya penggandaan separa pula merupakan proses yang menggandakan
sebahagian kata dasar. Kata dasar boleh meruapakan kata tunggal atau terbitan. Penggandaan
ini juga boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar. Contohnya adalah seperti jejari,
pepohon, berlari-lari dan besar-besaran.
Penggandaan seterusnya merupakan penggandaan berentak iaitu proses yang
menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam
penggandaan berentak seluruh kata dasar digandakan dengan bunyi-bunyi tertentu sama ada
diulang atau diubah. Penggandaan berentak ini dibahagikan kepada tiga jenis iaitu
penggandaan berentak pengulangan vokal, penggandaan berentak pengulangan konsonan dan
penggandaan berentak bebas.
Menurut Nik Safiah Karim juga terdapat lima makna dalam penggandaan kata iaitu
gandaan sebagai penanda jamak iaitu jumlah yang banyak. Contohnya seperti murid-murid.
Seterusnya gandaan sebagai penama haiwan, contohnya seperti anai-anai. Selain itu, gandaan
makna serupa dan contohnya seperti gula-gula. Makna penggandaan seterusnya ialah gandaan
sebagai penanda pelbagai jenis contohnya kuih-muih. Akhir sekali gandaan sebagai penanda
5 
 
tidak tentu, sebagai contoh mana-mana, bila-bila dan sebagainya.
5.0 Batasan Kajian
Batasan kajian yang ditetapkan iaitu menganalisis salah satu proses penggandaan dan kajian
ini lebih tertumpu kepada proses penggandaan penuh. Penggandaan penuh merupakan proses
yang menggandakan kata dasar tanpa melibatkan sebarang perubahan pada bentuk asal.
Penggandaan penuh boleh dilakukan dalam bentuk tunggal atau terbitan. Contohnya seperti
rakan-rakan dan pelajar-pelajar. Proses penggandaan boleh berlaku pada golongan kata nama,
kata kerja dan kata sifat. Kajian proses penggandaan penuh ini dikaji dibataskan hanya untuk
perkataan yang bermula dengan abjad A.
6.0 Bahan Kajian
Bahan kajian yang digunakan ialah kamus ekabahasa bahasa Melayu, iaitu Kamus Dewan
Edisi Keempat. Kamus ini merupakan keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2007..
Perkataan ini diambil dan dianalisis untuk menunjukkan proses pembentukkan kata ganda
khususnya kata ganda penuh yang bermula dengan abjab A. Kamus Dewan Bahasa Edisi
Keempat dipilih bagi membantu kajian ini kerana kamus ini mempunyai data entri kata ganda
yang terkini dan sesuai dengan keperluan kajian ini.
7.0 Analisis Kajian
Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar atau mengulangi
kata dasar. Terdapat dua jenis penggandaan penuh iaitu penggandaan penuh yang melibatkan
6 
 
kata dasar yang tidak mempunyai apa-apa imbuhan atau kata tunggal dan kata ganda yang
melibatkan kata terbitan. Berdasarkan bahan kajian yang diperoleh melalui pencarian data
dalam kamus ekabahasa iaitu Kamus Dewan Edisi Keempat dapat menjelaskan proses
penggandaan penuh secara terperinci.
7.1 Penggandaan Penuh Kata Nama
Penggandaan kategori ini dapat dibahagikan kepada kata nama tunggal, terbitan dan kata
nama majmuk.
7.1.1 Penggandaan Kata Nama Tunggal
Data tersebut merupakan kata nama tunggal yang menerima proses penggandaan penuh
kata tunggal. Data yang diambil sebagai contoh analisis merupakan perkataan yang
tergolong dalam kata nama. Apabila data ini digandakan, makna yang terhasil dan
golongan kata juga tidak berubah. Hal ini dapat diperjelaskan daripada contoh aci. Aci
merupakan kata yang tergolong dalam kata nama yang dimaksudkan sebagai batang
logam tempat roda berpusing. Apabila kata ini digandankan menjadi aci-aci golongan
katanya juga tidak berubah dan tetap tergolong dalam kata nama. Hal ini dapat dibuktikan
dengan maksud kata aci-aci yang merupakan kayu panjang utk menggulung layar.
Daripada proses penggandaan jenis ini, contoh lain juga dapat dilihat seperti kata abah
dan abuk yang masing-masing apabila digandakan menjadi abah-abah dan abuk-abuk.
7.1.2 Penggandaan Kata Nama Terbitan
Penggandaan penuh kata nama terbitan mempunyai tiga bahagian iaitu, awalan, akhiran
Aci aci-aci
Abah abah-abah
Abuk abuk-abuk
7 
 
dan apitan.
7.1.2.1 Imbuhan Awalan
Berdasarkan data yang dikumpul, perkataan adil membawa makna meletak
sesuatu pada tempat yang betul atau menyebelahi pihak yang benar. Perkataan ini
merupakan perkataan daripada golongan kata nama. Setelah itu perkataan adil menerima
proses pengimbuhan, iaitu daripada morfem peN- pada pangkal perkataan kata dasar,
perkataan tersebut sekaligus mengubah makna pada perkataan. Perkataan pengadil pula
membawa maksud orang yang mengadili sesuatu perkara dan perubahan makna ini tidak
sama sekali mengubah golongan kata tersebut. Seterusnya, perkataan ini menerima proses
penggandaan penuh kata nama terbitan, iaitu kata yang diimbuhkan sebelumnya telah
digandakan. Penggandaan ini juga tidak mengubah golongan katanya. Selain daripada
contoh yang diberi terdapat beberapa data kajian yang mempunyai proses yang sama.
Antaranya ialah pengajar-pengajar, pelajar-pelajar, pengadun-pengadun, dan
pengaduk-pengaduk.
7.1.2.2 Imbuhan Akhiran
Contoh di atas hampir serupa dengan proses sebelumnya. Namun begitu, data yang
diambil ini merupakan kata dasar yang menerima imbuhan pada akhir kata. Perkataan acu
membawa maksud membuat gerak laku untuk mengancam dan menakut-nakutkan.
(peN-)adil pengadil pengadil-pengadil
acu(-an) acuan acuan-acuan
8 
 
Perkataan ini jelas daripada golongan kata kerja. Apabila menerima imbuhan, iaitu
imbuhan akhiran –an pada akhir kata dasar tersebut. Kata tersebut telah berubah menjadi
acuan yang bermaksud bekas yang mempunyai bentuk dan golongan katanya juga
berubah menjadi kata nama. Perkataan acuan yang terhasil daripada proses tersebut
kemudiannya digandakan sepenuhnya tanpa melibatkan sebarang perubahan bentuk
asal.walau bagaimanapun, golongan katanya tetap sama dan tidak berubah iaitu kata
nama juga. Yang berubah hanyalah daripada aspek makna kata ganda tersebut. Di dalam
data yang dikaji terdapat juga beberapa perkataan lain yang mempunyai proses yang
sama. Contohnya seperti ajaran-ajaran, adunan-adunan, dan agihan-agihan.
7.1.2.3 Imbuhan apitan
Perkataan ajaib membawa maksud sangat menghairankan, aneh, ganjil dan pelik.
Berdasarkan data, perkataan ini menerima proses pengimbuhan iaitu imbuhan apitan.
Imbuhan yang dimaksudkan ialah imbuhan ke-…-an. Imbuhan ke-..-an ialah imbuhan
yang ditambah pada pangkal dan akhir kata. Kata ajaib ini merupakan kata yang
tergolong dalam golongan kata adjektif. Apabila diimbuhkan dengan imbuhan apitan ini,
kata tersebut berubah menjadi keajaiban dan golongan katanya juga berubah menjadi
kata nama. Keajaiban pula membawa makna keganjilan dan keluarbiasaan. Kata terbitan
keajaiban digandakan dalam proses penggandaan penuh menjadi keajaiban-keajaiban
dan penggandaan kata ini tidak mengubah bentuk golongan katanya, iaitu kata nama.
Selain itu terdapat juga contoh lain menerima proses yang sama. Antaranya
(ke-)ajaib(-an) keajaiban keajaiban-keajaiban
9 
 
keanehan-keanehan, pengajaran-pengajaran, pengakuan-pengakuan, dan
perangkaan-perangkaan.
7.2 Penggandaan Penuh Kata Kerja
Penggandaan penuh bagi kata kerja hanya boleh dilakukan dalam bentuk tunggal kata dasar.
Hal ini demikian bermaksud, gandaan penuh kata kerja tidak boleh ditambah dengan sebarang
imbuhan pada sesuatu kata dasar tersebut. Berikut merupakan antara contoh yang terdapat
dalam data kajian yang melibatkan penggandaan penuh kata kerja.
Berdasarkan rajah diatas, angkat merupakan kata dasar daripada golongan kata
kerja yang membawa maksud meninggikan atau menaikkan sesuatu ke atas.. Apabila kata
dasar ini digandakan dengan gandaan secara penuh, perkataan tersebut akan berubah dan
menjadi angkat-angkat bermaksud sesuatu yang boleh atau dapat diangkat-angkat.
Penggandaan kata dasar ini jelas tidak mengubah golongan kata tersebut, iaitu kata kerja juga.
Contoh lain yang dapat dilihat dalam penggandaan penuh kata kerja ini adalah pada perkataan
agah bermaksud mengusik atau bergurau dan apabila digandakan menjadi agah-agah
golongan kata dasar tersebut masih sama seperti yang asal, iaitu kata kerja. Berdasarkan
kedua-dua contoh menunjukkan penggandaan penuh kategori kata kerja hanya boleh
dilakukan dalam bentuk tunggal atau kata yang tidak menerima sebarang bentuk imbuhan.
angkat angkat-angkat
agah agah-agah
10 
 
Daripada data entri yang dikaji, iaitu daripada abjab A, penggandaan penuh kata kerja hanya
dapat dilihat pada dua contoh yang dinyatakan di atas sahaja.
7.3 Penggandaan Penuh Kata Adjektif
Penggandaan penuh kata adjektif merupakan bentuk yang paling mudah, iaitu dengan
menggandakan kata adjektif tunggal untuk memberi makna sifat yang menyeluruh. Kata
adjektif juga sama seperti kata kerja kerana tidak menggandakan perkataan dalam bentuk kata
terbitan.
Berdasarkan rajah di atas, perkataan abu bermaksud kalah khasnya dalam permainan congkak.
Hal ini jelas menunjukkan abu merupakan kata adjektif. Apabila digandakan perkataan abu
tersebut akan berubah menjadi abu-abu. Perkataan ini membawa maksud warna kelabu yang
juga merupakan jenis kata adjektif. Penggandaan secara penuh ini tidak mengubah golongan
kata adjektif tersebut sekaligus bertepatan dengan konsep kata ganda yang apabila digandakan
tidak akan mengubahkan golongan katanya selain makna kata tersebut.
Rajah yang seterusnya kata dasar yang diambil merupakan kata daripada golongan adjektif.
Ampai bermaksud panjang dan ramping. Perkataan ampai merupakan golongan kata adjektif
bentuk iaitu jenis perkataan yang membawa pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan.
Setelah digandakan perkataan ampai menjadi ampai-ampai. Penggandaan kepada kata
ampai-ampai telah mengubah golongan kata kepada kata nama yang bermaksud sejenis
abu abu-abu
ampai ampai-ampai
11 
 
binatang laut. Walau bagaimanapun, kata ini tidak bertepatan dengan teori penggandaan
penuh yang sepatutnya tidak akan mengalami perubahan golongan katanya. Dalam data yang
diambil daripada abjab A, tidak terdapat contoh lain yang dapat mengambarkan proses ini
selain perkataan abu-abu.
7.4 Penggandaan Penuh Kata Adverba
Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan
frasa sendi nama dari segi cara, masa, tempat. Kata adverba juga boleh mengalami proses
penggandaan, dan bentuk kata adverba yang boleh digandakan ialah dalam bentuk tunggal
untuk proses penggandaan penuh.
Rajah berikut pula menunjukkan gandaan penuh bagi golongan kata adjektif. Kata adverba
dapat dibahagikan kepada empat kategori iaitu kata adverba jati, kata adverba yang asalnya
kata adjektif, kata adverba yang asalnya kata kerja dan kata adverba bentuk gandaan.
Berdasarkan data yang diperoleh, iaitu daripada kata dasar akhir. Kata tersebut
menunjukkan apabila perkataan akhir digandakan akan menjadi akhir-akhir. Hal ini akan
menunjukkan perkataan yang digandakan berfungsi sebagai penerang kepada golongan kata
yang terdiri daripada kata kerja dan frasa kerja, kata adjektif dan frasa adjektif atau frasa sendi
nama. Hal ini menunjukkan perkataan akhir-akhir merupakan kategori kata adverba jati
sekaligus tidak mengubah golongan kata tersebut.
akhir akhir-akhir
akan akan-akan
12 
 
Seterusnya rajah diatas pula menunjukkan perkataan akan apabila digandakan menjadi
akan-akan. Akan-akan membawa maksud hampir mirip atau serupa. Perkataan yang
digandakan ini merupakan golongan kata adverba yang digunakan sebagai penerang kepada
beberapa golongan kata. Terdapat juga beberapa data lain yang memiliki ciri yang sama
dengan kata gandaan yang tergolong dalam golongan kata adverba ini. Contohnya ialah
adang-adang, asyik-asyik, anggar-anggar, dan akal-akal.
7.5 Aspek Makna
7.5.1 Kata Nama
Daripada penghuraian proses kata ganda jenis kata nama ini, terdapat beberapa aspek
makna yang wujud. Antara aspek makna tersebut ialah:
7.5.1.1 Gandaan sebagai penanda jamak iaitu yang menandakan jumlah yang
banyak.
Pada jadual diatas menunjukkan beberapa data digunakan untuk menunjukkan perubahan
makna yang berlaku setelah perkataan tersebut digandakan. Pengadil bermaksud orang
yang mengadili sesuatu perkara. Apabila digandakan menunjukkan lebih dari seorang
yang menjalankan tugas mengadili sesuatu perkara, perkara yang sama turut berlaku
kepada perkataan anak-anak dan pengasuh-pengasuh.
7.2.1.2 Gandaan sebagai nama haiwan
pengadil pengadil-pengadil
anak anak-anak
pengasuh pengasuh-pengasuh
anai anai-anai
aji aji-aji
ambu ambu-ambu
13 
 
Perkataan-perkataan yang disenaraikan ini merupakan gandaan penuh kata nama yang
membawa makna sebagai nama haiwan. Contoh pertama iaitu anai, anai tiada ada
maksud di dalam kamus namun apabila digandakan perkataan ini membawa maksud
serangga kecil yang tinggal dalam tanah atau kayu. Perkataan aji pula bermaksud harga
atau nilai setelah digandakan makna perkataan tersebut berubah iaitu ikan laut. Begitu
juga dengan perkataan ambu yang tidak membawa apa-apa maksud namun setelah
digandakan membawa makna ikan laut atau ikan kurik.
7.2.1.3 Gandaan sebagai penanda tidak tentu
Apa bermaksud kata untuk menanyakan nama, manakala apa-apa bermaksud barang apa,
segala apa atau segala sesuatu, manakala ada bermaksud boleh didapati. Ada-ada pula
bermaksud selalu berlaku sesuatu dan timbul perkara baru.
7.5.2 Kata kerja
Perkataan-perkataan yang terbentuk melalui proses penggandaan mempunyai beberapa
makna tertentu, antaranya:
7.5.2.1 Perbuatan Berulang-ulang
apa apa-apa
ada ada-ada
acak acak-acak
angkat angkat-angkat
14 
 
Acak tidak membawa apa-apa makna namun setelah digandakan acak-acak membawa
maksud perbuatan yang terburu-buru. Angkat pula bermaksud menaikkan sesuatu ke atas
setelah penggandaan penuh berlaku angkat-angkat membawa maksud sesuatu yang boleh
diangkat-angkat. Berdasarkan maksud pada gandaan menunjukkan data-data tersebut
mempunyai aspek makna perbuatan yang berulang-ulang.
8.0 Kesimpulan
Proses morfologi dalam bahasa Melayu memang tidak dapat dinafikan mengandungi empat,
iaitu pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan, dan pengakroniman atau bentuk tunggal.
Walau bagaimanapun, kajian hanya berfokus kepada proses penggandaan.
Secara keseluruhannya, proses penggandaan dapat dikatogerikan kepada tiga jenis,
iaitu penggandaan secara penuh, penggandaan separa, dan penggandaan secara berentak.
Pengkhususan hanya diberikan kepada kategori penggandaan secara penuh. Sememangnya
penggandaan secara penuh ini mempunyai pelbagai teori dan pendapat yang tersendiri
daripada sarjana-sarjana tempatan, namun begitu kajian atau analisis yang dibuat akan
hanya mengikut teori sarjana Nik Safiah Karim. Penggandaan ini boleh terbentuk daripada
pelbagai golongan kata seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan juga kata adverba.
Walau bagaimanapun, hanya penggandaan daripada golongan kata nama yang dibahagikan
kepada penggandaan secara tunggal dan secara terbitan dan golongan kata yang lain hanya
melibatkan secara tunggal. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penggandaan penuh sangat
mempengaruhi proses pembentukkan kata dalam morfologi bahasa Melayu.
15 
 
9.0 Bibliografi
Abdullah Hassan, 1986. Penerbitan Kata Dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur :Fajar
Bakti.
Abdullah Hassan,2006. Morfologi Siri Pembelajaran dan Pengajaran. Penerbit : PTS
Professional Publishing Sdn Bhd.
Arbak Othman, 1981. Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Sarjana Enterprise.
Asmah Omar, 1986. Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Asmah Omar, 2009. Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Ibrahim Ahmad, 2012. Morfologi Bahasa Melayu Memahami Asas Dan Teori. Kuala Lumpur:
Akademi Bahasa dan Budaya Melayu.
Kamus Dewan Edisi Keempat,2010. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kridalaksana, Harimurti, 1989. Pembentukan Kata dalam Bahasa Indonesia. Jakarta : PT.
Gramedia.
Nik Safiah Karim et.al, 2008. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Sulaiman Masri, 2006. Tatabahasa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
16 
 
10.0 Lampiran
aba I = aba-aba Id kata(-kata) perintah dlm latihan tentera (senaman)
dll: .Satu ...,. ~ Wit dr kerusinya.
abah-abah Jw alat, perkakas, tali-temali;
~ kuda alat kuda (spt tali kekang, pelana, dsb); ~ perahu tali-temali
perahu; ~ tenun alat (perkakas) tenun. abah II ayah, bapa (biasanya sbg kata panggilan oleh
seorang anak kpd
bapanya).
abar; abar-abar 1. dinding; 2. penghalang, penyekat: ~ kemajuan
masyarakat;
abu I kalah
abu-abu Id warna kelabu;
abuk mengambil barang kepunyaan orang
abuk-abuk = ~ sagu sj penganan yg dibuat drpd biji-biji sagu (gula
melaka dll).
abun-abun angan-angan; gila di ~ prb mengangan-angankan sesuatu yg
tidak mungkin tercapai (terhasil).
acak I Mn; acak-acak terburu-buru, tergesa-gesa.
acang-acang Mn pesuruh, orang kepercayaan; ~ alat orang yg mengatur
peralatan; ~ (dlm) negeri orang yg dipercayai orang (penduduk)
sekampung atau senegeri.
acap I penuh dengan air= acap-acap kerap kali, sering kali
17 
 
aci II batang logam tempat roda berpusing, gandar roda;
~ engkol batang logam berputar yg menyambungkan engkol dgn
rod penyambung utk menukar gerakan turun naik kpd gerakan
berpusing pd enjin pembakaran dalaman; ~ pacu batang logam yg
memacu dan menghubungkan satu bahagian dgn bahagian yg lain
dlm kenderaan bermotor; ~ sesondol batang logam panjang yg
mempunyai sesondol utk menggerakkan rangkaian injap pd enjin
pembakaran dalaman;
aci-aci kayu panjang utk menggulung layar.
aci III (Tamil) kakak (biasanya sbg panggilan kpd perempuan India yg
lebih tua).
aci IV Pn; ~ lut main sembunyi (sj permainan budak-budak), cekup
puyuh.
aci V tepung (sagu, ubi kayu, dll).
aci-aci Id andai, misal, umpama
acu membuat gerak laku untuk mengancam atau menakut-nakutkan
acuan bekas yang mempunyai bentuk
ada 1. boleh didapati (ditemui, dilihat, dsb), bukan khayalan atau rekaan,
wujud
ada-ada; ~ saja a) selalu berlaku sesuatu atau timbul perkara baru
dll
adang I; adang-adang penyekat (yg memisahkan, mengasingkan, dsb)
18 
 
adang-adang kadang-kadang
adil 1. menyebelahi pihak yg benar (bkn sesuatu, seseorang, tindakan,
undang-undang, keputusan dsb)
pengadil 1. orang yg mengadili sesuatu perkara, hakim:
adun I; mengadun meramas (menguli) tepung dgn air (santan, susu, dl
adunan tepung yg telah diadun utk membuat kuih
agak I 1. kira, sangka, rasa: ~ saya dia sudah keluar tadi; ~ gerangan
jika kiranya; 2. boleh dikatakan, dapat dianggap (ditafsirkan):
menghadapi kesukaran yg ~ besar; ~ lama juga di sana;
agak-agak 1. barangkali, mungkin, rasanya, rasa-rasanya:
agih beri
agihan apa yang diberikan
aging-aging sj tumbuhan (pokok), ari(ng)-aring, daun dakelin, dawah,
keremak jantan (hutan), Eclipta alba.
agul; agul-agul Id angkuh, sombong
agut; mengagut-agut Mn kehabisan nafas
agut-agut = burung ~ burung butbut
ajar; tunjuk ~ petunjuk supaya diketahui (diikut dll) sbg bimbingan atau
panduan utk melakukan sesuatu
pengajar 1. ajaran: tidak mendapat petunjuk dan ~; 2. orang yg
mengajar
pelajar orang yg belajar
19 
 
ajar-ajar sl pertapa, pendeta
ajaib sangat menghairankan
keajaiban sifat (keadaan dsb) ajaib
aji I Jw sl raja, ratu: sang ~; kakang ~ panggilan permaisuri kpd raja; ~
mahkota raja yg merdeka.
aji II Jw harga, nilai.
aji III Jw hikmat, mantera (yg menyebabkan sakit dll).
aji IV Tr, Kl permainan dam: lepas main ~, kamu kena beli keropok
lekor.
aji-aji sj ikan laut, Seriolina nigrafasciata.
akal 1. budi, fikiran
akal-akal pura-pura
akan 1. bagi, buat, pada, untuk
akan-akan mirip benar, hampir ada persamaan
akhir 1. kemudian sekali, penghabisan
akhir-akhir kebelakangan
aki I datuk, nenek
aki-aki orang laki-laki yg sudah tua
akuk Mn penyakit ayam
akuk-akuk pemetik senapang, picu.
alan sj tumbuhan
alan-alan pelawak, badut.
20 
 
alang I 1. nama timang-timangan bagi anak yg ketiga
alang-alang, alang-alangan 1. setengah-setengah, tidak sungguhsungguh,
setengah hati
alap I Sl sopan, santun
alap-alap Jw 1. helang belalang, burung rajawali
ali I Ar tinggi
ali-ali humban tali, tali pelontar batu
alih pindah, tukar, ubah
alih-alih dgn tidak disangka-sangka
aling I; aling-aling, alingan, aling-alingan Id sesuatu yg dipakai utk
menutup (melindungi) supaya jangan kelihatan; main tedeng ~
melakukan sesuatu dgn diam-diam (dgn sembunyi-sembunyi);
tedeng ~ sesuatu yg dipakai utk menutup maksud (perbuatan) yg
kurang baik;
alon; alon-alon Jw lambat-lambat, perlahan-lahan.
alu II; mengalu-alukan 1. menyambut kedatangan tamu
alu-alu sj ikan laut tropika yg agak besar dan bergigi tajam yg dianggap
berbahaya kpd manusia, tenuk, Sphyraena barracuda.
alun ombak yg memanjang dan tidak memecah, ombak yg bergulunggulung
alun-alun Jw tanah lapang di muka keraton (istana) atau kabupaten
alur 1. lekuk memanjang (pd tanah, kayu, dll), lurah
alur-alur sj tumbuhan (pokok di pantai laut), Suaeda maritima.
21 
 
amal 1. apa sahaja yg dilakukan, perbuatan, pekerjaan:
amalan 1. sesuatu yg dilakukan
amang I tahi bijih timah, kotoran pd bijih timah
ambah IB pertukangan
ambah-ambah Jk penyakit sampar
ambai I sj tangguk penangkap ikan, belat langgai
ambai-ambai I sj tumbuhan (bendalu), Rafflesia hasseltii.
ambai-ambai II sj ketam.
ambu-ambu 1. sj ikan laut, air kurik, kayu, tongkol (
ambung I keranjang atau karung yg digunakan utk membawa barang di
atas belakang
ambung-ambung sj tumbuhan
amin Ar 1. perkenankanlah ya Allah doa kami (lazimnya disebut semasa
berdoa)
amin-amin sj tumbuhan (pokok), Sebastiana chamaelea; ~ buah sj
tumbuhan (pokok), dukung(-dukung) anak, rami buah, turi hutan,
ampai 1. panjang (tinggi) dan ramping, lampai
ampai-ampai 1. sj binatang laut yg badannya spt agar-agar (berjuraijurai
tepinya); ubur-ubur; 2. = pohon ~ sj tumbuhan (pokok).
amung-amung sj ikan laut, gerepoh
amung Jw; teramung satu-satunya, tunggal
anai-anai sj serangga spt semut, putih warnanya, membuat sarang dlm
22 
 
tanah atau kayu (makanan utamanya kayu), dan tergolong dlm
order Isoptera;
anak I 1. manusia atau binatang yg masih dlm kandungan atau yg baru
lahir:
anak-anak 1. banyak budak
ancak talam drpd anyaman tempat menyajikan barang-barang utk hantu;
membuang ~ Mn menyajikan barang-barang dlm ancak utk hantu.
138
ancak-ancak Mn 1. tidak mempedulikan buruk baik (untung ruginya
dsb), lalai; 2. olok-olok, main-main: ancamannya dianggap orang
sbg ~ sahaja;
ancang-ancang Jw langkah sebelum (melompat dll), persiapan utk
berbuat sesuatu), anju: nama dan pekerjaan hanya suatu ~ utk
mendapatkan berita yg lebih banyak;
ancer-ancer Jw tanda, alamat; tanggal (hari) ~ hari yg telah ditetapkan;
andai I = andai-andai misal, umpama;
andang suluh (drpd daun nyiur yg kering), jamung.
andang-andang I kayu pd tiang perahu (kapal) utk menggantungkan
layar: ~ atas; ~ bawah.
andang-andang II Jw tahi lalat.
angan 1. fikiran, ingatan, menungan;
angan-angan 1. ingatan, fikiran; jalan ~ jalan fikiran; sakit ~ tidak
23 
 
betul fikiran; 2. gambaran atau bayangan dlm fikiran
anggar I; anggar-anggar lebih kurang, kira-kira
angin-angin 1. desas-desus, khabar yg belum sah
angin 1. udara yg bergerak
angka I 1. tanda (lambang) yg menunjukkan bilangan atau jumlah
sesuatu, nombor;
angka-angka 1. = perangkaan; 2. Id bilangan, hitungan dgn
angka;
berangka-angka, berangka-angkaan termenung-menung
angkat 1. meninggikan, menaikkan ke atas
angkat-angkat yg boleh (dapat) diangkat-angkat: jambatan
angkit; angkit-angkit; belat ~ belat atau bidai di muka rumah yg boleh
digulung-gulung;
angkul-angkul pengikat tali temberang yg berlubang dua.
angkup I = sepit ~ penyepit utk memegang barang yg kecil-kecil;
angkup-angkup I. Id lidah-lidah penutup lubang pd pompa dsb
angkut I; berangkut mengangkat dan membawa (berkali-kali)
angkut-angkut sj lebah dlm famili Eumemidae.
ani; mengani memasang lungsin (pd alat tenun);
ani-ani Jw pisau pemotong padi, tuai
anjang II panggilan kpd saudara dlm sesuatu keluarga.
anjang-anjang I sj ikan laut, Pentapodus setosus.
24 
 
anjang-anjang II sj ketam.
anjang-anjang III; daun ~ sj tumbuhan (pokok), Elaeocarpus spp.
anjing 1. sj binatang yg menyalak
anjing-anjing I buah betis.
anjing-anjing II = ~ perahu alat utk menggulung layar pd perahu.
anjing-anjing III sj tumbuhan (pokok), Cynometra cauliflora.
anjing-anjing IV= burung ~ Pr burung pekaka, raja udang
anjung bahagian rumah yg ditinggikan (di sisi atau di tengah rumah); ~
peranginan anjung tempat mengambil angin;
anjung-anjung, anjungan panggung yg tinggi di buritan perahu;
antar-antar penumbuk yg panjang
anting; batu ~ a) batu (timah dll) yg tergantung pd tali sbg pemberat (pd
jangka dll); b) orang yg bergantung pd sisi perahu supaya jangan
terbalik; ~ neraca Id batu timbang yg ringan-ringan;
anting-anting 1. subang yg bergantung-gantung;
antung-antung sj bakul tergantung (tempat menaruh barang).
apa 1. kata utk menanyakan nama
apa-apa 1. barang apa, segala apa, segala sesuatu
api 1. nyalaan drpd sesuatu yg dibakar atau yg terbakar
api-api 1. = anak ~ = batang ~ mancis; 2. tali api;
api-api I sj serangga, kunang-kunang
apit 1. berada di antara dua benda
25 
 
apit-apit perangkap tikus
apung 1. terkatung, tidak tenggelam di air; batu ~ batu yg tidak
tenggelam (sangat ringan); 2. = apung-apung segala yg terkatungkatung
di air (mis kayu, pelampung, dll)
arah 1. hala, jurusan
arah-arah Mn serupa, hampir sama
ari I; kulit ~ kulit luar, kulit selaput
ari-ari bahagian bawah perut yg di bawah sekali
aring I kerawang di pangkal mata keris
aring-aring sj tumbuhan (pokok), urang-aring, rumput migus (kunang
asin I masin
asin-asin sj tumbuhan
asing 1. berlainan, terpisah, tersendiri
asing-asing terpisah-pisah, tersendiri-sendiri
asuh; mengasuh 1. memelihara dan memberi tunjuk ajar, menjaga dan
mendidik
pengasuh orang yg (kerjanya) mengasuh
asuh-asuh sj ikan, dalu-dalu, gertak lantai, landuk, Lethrinus
asyik 1. menaruh berahi atau perasaan cinta yg amat sangat
asyik-asyik balik-balik, sering kali
ati-ati sj tumbuhan
atur I; atur-atur; kayu ~ kayu mainan kanak-kanak yg disusun utk
26 
 
membentuk sesuatu (spt rumah dll);
awang I panggilan kpd orang muda (terutama kpd anak sulung); ~ dan
dayang hamba laki-laki dan hamba perempuan
awang II; ~-gemawang = awang-awang = awang-awangan sl ruang
antara langit dan bumi, udara, angkasa;
ayak alat utk menapis
ayak-ayak sj serangga yg panjang kakinya (biasanya hinggap di air) dlm
famili Tipulidae, katih-katih.
ayam-ayam sj burung yg menyerupai ayam, ayam I 1. sj unggas yg biasanya diternak
ayang-ayang sj tumbuhan (pokok renek yg dibuat ubat), Lasianthus
longifoliu

More Related Content

What's hot (20)

Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Imbuhan sisipan
Imbuhan sisipanImbuhan sisipan
Imbuhan sisipan
 
Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)
Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)
Topik 4 unit bahasa bentuk kata(2)
 
Konsep tatabahasa secara umum
Konsep tatabahasa secara umumKonsep tatabahasa secara umum
Konsep tatabahasa secara umum
 
tugasan morfologi
tugasan morfologi  tugasan morfologi
tugasan morfologi
 
Tatabahasa
TatabahasaTatabahasa
Tatabahasa
 
ppt Kata, Jenis Kata, dan Pembentukkan Kata
ppt Kata, Jenis Kata, dan Pembentukkan Katappt Kata, Jenis Kata, dan Pembentukkan Kata
ppt Kata, Jenis Kata, dan Pembentukkan Kata
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Proses morfologi 3
Proses morfologi 3Proses morfologi 3
Proses morfologi 3
 
Morfologi klp 8
Morfologi klp 8Morfologi klp 8
Morfologi klp 8
 
Tata bahasa indonesia dasar
Tata bahasa indonesia dasarTata bahasa indonesia dasar
Tata bahasa indonesia dasar
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Morfologi bahasa
Morfologi bahasaMorfologi bahasa
Morfologi bahasa
 
Beberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologiBeberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologi
 
Mofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYUMofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYU
 
Nota morfologi
Nota morfologiNota morfologi
Nota morfologi
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Assignement
AssignementAssignement
Assignement
 
Materi 2 morfem (rev)
Materi 2 morfem (rev)Materi 2 morfem (rev)
Materi 2 morfem (rev)
 

Viewers also liked

Tugasan al fiqh al islami 1 assignment pertama tajuk pilihan konsep ujrah-
Tugasan al fiqh al islami 1  assignment pertama tajuk pilihan  konsep ujrah-Tugasan al fiqh al islami 1  assignment pertama tajuk pilihan  konsep ujrah-
Tugasan al fiqh al islami 1 assignment pertama tajuk pilihan konsep ujrah-Norafsah Awang Kati
 
Selection of photoshoot images
Selection of photoshoot imagesSelection of photoshoot images
Selection of photoshoot imagesLukaMedia
 
Monasteri benedettini
Monasteri benedettiniMonasteri benedettini
Monasteri benedettinimarco anselmi
 
119222592 drept-penal
119222592 drept-penal119222592 drept-penal
119222592 drept-penalexodumuser
 
North American BioFortean Review - Yuri Kuchinsky
North American BioFortean Review - Yuri KuchinskyNorth American BioFortean Review - Yuri Kuchinsky
North American BioFortean Review - Yuri KuchinskyRuben LLumihucci
 
Etika bisnis harits
Etika bisnis haritsEtika bisnis harits
Etika bisnis haritsRietz Wiguna
 
Travel Night Presentation at San Diego Zoo Global
Travel Night Presentation at San Diego Zoo GlobalTravel Night Presentation at San Diego Zoo Global
Travel Night Presentation at San Diego Zoo GlobalJohn Gunter
 
Gay archipelago-bahasa-indonesia
Gay archipelago-bahasa-indonesiaGay archipelago-bahasa-indonesia
Gay archipelago-bahasa-indonesiaUmi Zainab
 
Spring scala - Sneaking Scala into your corporation
Spring scala  - Sneaking Scala into your corporationSpring scala  - Sneaking Scala into your corporation
Spring scala - Sneaking Scala into your corporationHenryk Konsek
 
Charlie how a film is made
Charlie how a film is madeCharlie how a film is made
Charlie how a film is madeangmediasdc
 
Sourajit Aiyer - Asian Management Review - Tracing Pakistan's economic impera...
Sourajit Aiyer - Asian Management Review - Tracing Pakistan's economic impera...Sourajit Aiyer - Asian Management Review - Tracing Pakistan's economic impera...
Sourajit Aiyer - Asian Management Review - Tracing Pakistan's economic impera...South Asia Fast Track
 
Ventum Presentación
Ventum PresentaciónVentum Presentación
Ventum Presentaciónventum01
 
The Morgan Legacy, Chapter VI: Misguided Notions
The Morgan Legacy, Chapter VI: Misguided NotionsThe Morgan Legacy, Chapter VI: Misguided Notions
The Morgan Legacy, Chapter VI: Misguided Notionsfireflowersims
 

Viewers also liked (20)

Tugasan al fiqh al islami 1 assignment pertama tajuk pilihan konsep ujrah-
Tugasan al fiqh al islami 1  assignment pertama tajuk pilihan  konsep ujrah-Tugasan al fiqh al islami 1  assignment pertama tajuk pilihan  konsep ujrah-
Tugasan al fiqh al islami 1 assignment pertama tajuk pilihan konsep ujrah-
 
Selection of photoshoot images
Selection of photoshoot imagesSelection of photoshoot images
Selection of photoshoot images
 
Dns
DnsDns
Dns
 
1b 1c 1st term
1b 1c 1st term1b 1c 1st term
1b 1c 1st term
 
Monasteri benedettini
Monasteri benedettiniMonasteri benedettini
Monasteri benedettini
 
Jawapan minggu 5
Jawapan minggu 5Jawapan minggu 5
Jawapan minggu 5
 
119222592 drept-penal
119222592 drept-penal119222592 drept-penal
119222592 drept-penal
 
North American BioFortean Review - Yuri Kuchinsky
North American BioFortean Review - Yuri KuchinskyNorth American BioFortean Review - Yuri Kuchinsky
North American BioFortean Review - Yuri Kuchinsky
 
Etika bisnis harits
Etika bisnis haritsEtika bisnis harits
Etika bisnis harits
 
Travel Night Presentation at San Diego Zoo Global
Travel Night Presentation at San Diego Zoo GlobalTravel Night Presentation at San Diego Zoo Global
Travel Night Presentation at San Diego Zoo Global
 
Gay archipelago-bahasa-indonesia
Gay archipelago-bahasa-indonesiaGay archipelago-bahasa-indonesia
Gay archipelago-bahasa-indonesia
 
Spring scala - Sneaking Scala into your corporation
Spring scala  - Sneaking Scala into your corporationSpring scala  - Sneaking Scala into your corporation
Spring scala - Sneaking Scala into your corporation
 
Charlie how a film is made
Charlie how a film is madeCharlie how a film is made
Charlie how a film is made
 
Το Λάθος, μαραγκουδάκης μικ.
Το Λάθος, μαραγκουδάκης μικ.Το Λάθος, μαραγκουδάκης μικ.
Το Λάθος, μαραγκουδάκης μικ.
 
Divergent
DivergentDivergent
Divergent
 
Sourajit Aiyer - Asian Management Review - Tracing Pakistan's economic impera...
Sourajit Aiyer - Asian Management Review - Tracing Pakistan's economic impera...Sourajit Aiyer - Asian Management Review - Tracing Pakistan's economic impera...
Sourajit Aiyer - Asian Management Review - Tracing Pakistan's economic impera...
 
το ψέμα, μπαμπαρούτση ιω.
το ψέμα, μπαμπαρούτση ιω.το ψέμα, μπαμπαρούτση ιω.
το ψέμα, μπαμπαρούτση ιω.
 
Ventum Presentación
Ventum PresentaciónVentum Presentación
Ventum Presentación
 
The Morgan Legacy, Chapter VI: Misguided Notions
The Morgan Legacy, Chapter VI: Misguided NotionsThe Morgan Legacy, Chapter VI: Misguided Notions
The Morgan Legacy, Chapter VI: Misguided Notions
 
6 Ways Your Brain Transforms Sound into Emotion
6 Ways Your Brain Transforms Sound into Emotion6 Ways Your Brain Transforms Sound into Emotion
6 Ways Your Brain Transforms Sound into Emotion
 

Similar to Full asgment morfologi group

BAHASA INDONESIA
BAHASA INDONESIABAHASA INDONESIA
BAHASA INDONESIAZURYATI1
 
Morfologi Bahsa Indonesia
Morfologi Bahsa IndonesiaMorfologi Bahsa Indonesia
Morfologi Bahsa IndonesiaDarwis Maulana
 
Tugas Teknologi Informasi Dan Komunikasi
Tugas Teknologi Informasi Dan KomunikasiTugas Teknologi Informasi Dan Komunikasi
Tugas Teknologi Informasi Dan Komunikasisilviahamzari
 
Tugas tik 3 deli
Tugas tik 3 deliTugas tik 3 deli
Tugas tik 3 deliDelyAngely
 
Nota Pecutan (Morfologi).pdf
Nota Pecutan (Morfologi).pdfNota Pecutan (Morfologi).pdf
Nota Pecutan (Morfologi).pdfsavithakaur
 
Morfologi- Refleksi(Sem 5)
Morfologi- Refleksi(Sem 5)Morfologi- Refleksi(Sem 5)
Morfologi- Refleksi(Sem 5)riduan92
 
Tata EYD, dan Diksi
Tata EYD,  dan DiksiTata EYD,  dan Diksi
Tata EYD, dan Diksipjj_kemenkes
 
Makalah kajian berbahasa
Makalah kajian berbahasaMakalah kajian berbahasa
Makalah kajian berbahasatalitaalutfiyah
 
Morfologi Reduplikasi Kata
Morfologi Reduplikasi KataMorfologi Reduplikasi Kata
Morfologi Reduplikasi KataTifanny Ellies
 
Refleksi sintaksis
Refleksi sintaksisRefleksi sintaksis
Refleksi sintaksisriduan92
 
Bahasa indonesia kata frasa .pptx
Bahasa indonesia kata frasa .pptxBahasa indonesia kata frasa .pptx
Bahasa indonesia kata frasa .pptxCalsen
 
Proses Pembubuhan Afiks dalam Morfologi
Proses Pembubuhan Afiks dalam MorfologiProses Pembubuhan Afiks dalam Morfologi
Proses Pembubuhan Afiks dalam Morfologimaulidanabilar
 
Proposal linguistik
Proposal linguistikProposal linguistik
Proposal linguistikYeti Dwi
 

Similar to Full asgment morfologi group (20)

Powerpoint b.indo
Powerpoint b.indoPowerpoint b.indo
Powerpoint b.indo
 
BAHASA INDONESIA
BAHASA INDONESIABAHASA INDONESIA
BAHASA INDONESIA
 
Morfologi Bahsa Indonesia
Morfologi Bahsa IndonesiaMorfologi Bahsa Indonesia
Morfologi Bahsa Indonesia
 
Tugas Teknologi Informasi Dan Komunikasi
Tugas Teknologi Informasi Dan KomunikasiTugas Teknologi Informasi Dan Komunikasi
Tugas Teknologi Informasi Dan Komunikasi
 
MORFOLOGI
MORFOLOGIMORFOLOGI
MORFOLOGI
 
ppt indo.pptx
ppt indo.pptxppt indo.pptx
ppt indo.pptx
 
Tugas tik 3 deli
Tugas tik 3 deliTugas tik 3 deli
Tugas tik 3 deli
 
Nota Pecutan (Morfologi).pdf
Nota Pecutan (Morfologi).pdfNota Pecutan (Morfologi).pdf
Nota Pecutan (Morfologi).pdf
 
Morfologi- Refleksi(Sem 5)
Morfologi- Refleksi(Sem 5)Morfologi- Refleksi(Sem 5)
Morfologi- Refleksi(Sem 5)
 
Tata EYD, dan Diksi
Tata EYD,  dan DiksiTata EYD,  dan Diksi
Tata EYD, dan Diksi
 
Kb 2
Kb 2Kb 2
Kb 2
 
Tugas fitri
Tugas fitriTugas fitri
Tugas fitri
 
Makalah kajian berbahasa
Makalah kajian berbahasaMakalah kajian berbahasa
Makalah kajian berbahasa
 
Morfologi Reduplikasi Kata
Morfologi Reduplikasi KataMorfologi Reduplikasi Kata
Morfologi Reduplikasi Kata
 
Refleksi sintaksis
Refleksi sintaksisRefleksi sintaksis
Refleksi sintaksis
 
5 peristilahan
5 peristilahan5 peristilahan
5 peristilahan
 
Bahasa indonesia kata frasa .pptx
Bahasa indonesia kata frasa .pptxBahasa indonesia kata frasa .pptx
Bahasa indonesia kata frasa .pptx
 
Makalah definisi nominal dan operasional
Makalah definisi nominal dan operasionalMakalah definisi nominal dan operasional
Makalah definisi nominal dan operasional
 
Proses Pembubuhan Afiks dalam Morfologi
Proses Pembubuhan Afiks dalam MorfologiProses Pembubuhan Afiks dalam Morfologi
Proses Pembubuhan Afiks dalam Morfologi
 
Proposal linguistik
Proposal linguistikProposal linguistik
Proposal linguistik
 

More from Nur Khairani

Full assignment baru anali
Full assignment baru analiFull assignment baru anali
Full assignment baru analiNur Khairani
 
Rph pendidikan seni
Rph pendidikan seniRph pendidikan seni
Rph pendidikan seniNur Khairani
 
CARA MEMBUAT ANIMASI RINGKAS DGN FLASH
CARA MEMBUAT ANIMASI RINGKAS DGN FLASHCARA MEMBUAT ANIMASI RINGKAS DGN FLASH
CARA MEMBUAT ANIMASI RINGKAS DGN FLASHNur Khairani
 
cara membuat Kad undangan vintage
cara membuat Kad undangan vintagecara membuat Kad undangan vintage
cara membuat Kad undangan vintageNur Khairani
 
proses membuat cover buku
proses membuat cover bukuproses membuat cover buku
proses membuat cover bukuNur Khairani
 
cara menghasilkan Poster mh370 dgn adobe photoshop cs5
cara menghasilkan Poster mh370 dgn adobe photoshop cs5cara menghasilkan Poster mh370 dgn adobe photoshop cs5
cara menghasilkan Poster mh370 dgn adobe photoshop cs5Nur Khairani
 
Analisis wacana bahasa melayu
Analisis wacana bahasa melayuAnalisis wacana bahasa melayu
Analisis wacana bahasa melayuNur Khairani
 

More from Nur Khairani (9)

disleksia kanak2
 disleksia kanak2 disleksia kanak2
disleksia kanak2
 
Full assignment baru anali
Full assignment baru analiFull assignment baru anali
Full assignment baru anali
 
Full assignment
Full assignmentFull assignment
Full assignment
 
Rph pendidikan seni
Rph pendidikan seniRph pendidikan seni
Rph pendidikan seni
 
CARA MEMBUAT ANIMASI RINGKAS DGN FLASH
CARA MEMBUAT ANIMASI RINGKAS DGN FLASHCARA MEMBUAT ANIMASI RINGKAS DGN FLASH
CARA MEMBUAT ANIMASI RINGKAS DGN FLASH
 
cara membuat Kad undangan vintage
cara membuat Kad undangan vintagecara membuat Kad undangan vintage
cara membuat Kad undangan vintage
 
proses membuat cover buku
proses membuat cover bukuproses membuat cover buku
proses membuat cover buku
 
cara menghasilkan Poster mh370 dgn adobe photoshop cs5
cara menghasilkan Poster mh370 dgn adobe photoshop cs5cara menghasilkan Poster mh370 dgn adobe photoshop cs5
cara menghasilkan Poster mh370 dgn adobe photoshop cs5
 
Analisis wacana bahasa melayu
Analisis wacana bahasa melayuAnalisis wacana bahasa melayu
Analisis wacana bahasa melayu
 

Recently uploaded

Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptYanseBetnaArte
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptGirl38
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 

Recently uploaded (20)

Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 

Full asgment morfologi group

  • 1. 1    1.0 PENGENALAN Dalam Bahasa Melayu, morfologi merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk, dan penggolongan kata. Struktur kata membawa maksud susunan bunyi ujaran atau sebutan dan lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna manakala bentuk kata pula merupakan rupa unit tatabahasa. Bentuk kata yang terdapat dalam morfologi dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu bentuk tunggal atau pengakroniman, pemajmukan, penggandaan dan pengimbuhan. Penggolongan kata pula ialah proses yang menjeniskan perkataan mengikut persamaan bentuk dan fungsi dengan aspek lain dan dengan golongan yang sama. Kata tunggal atau pengakroniman ialah perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau mengalami proses pembentukan kata lain seperti pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Kata tunggal terdiri daripada satu suku kata, dua suku kata, tiga suku kata, empat suku kata, lima suku kata dan enam suku kata. Contoh daripada kata tunggal yang dapat dilihat ialah kasut, baju, tiang dan sebagainya. Kata akronim pula ialah singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal, suku kata awal atau digabung mengikut keselesaan sebutan lidah. Contoh kata akronim adalah seperti Mara, Perkeso,MABBIM dan sebagainya. Seterusnya proses pengimbuhan ialah proses yang merangkaikan bentuk imbuhan kepada kata dasar. Perletakan imbuhan ini akan menerbitkan perkataan yang berlainan makna dan fungsi nahunya. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar. Imbuhan juga dibahagikan kepada empat jenis iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Proses pengimbuhan dapat berlaku dalam semua golongan kata iaitu kata nama, kata kerja,
  • 2. 2    kata adjektif dan kata adverba. Proses pemajmukan pula merupakan proses yang merangkaikan dua kata dasar menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu. Proses ini juga boleh berlaku dalam banyak bahasa seperti bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan sebagainya. Proses seterusnya yang berkaitan dengan bidang ini merupakan proses penggandaan iaitu proses yang mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau sebahagian dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Proses penggandaan juga terbahagi kepada penggandaan penuh, penggandaan separa, dan penggandaan berentak. Hal ini jelas menunjukkan bahawa proses morfologi mempunyai empat proses yang dapat digunakan untuk membentuk sesuatu kata. Walau bagaimanapun, proses yang dinyatakan ini, tidak akan diperjelaskan secara keseluruhannya sebaliknya akan berfokus kepada proses penggandaan sahaja. 2.0 Objektif Kajian dibuat merujuk beberapa tujuan atau objektifnya. Antara objektif tersebut adalah seperti berikut: 2.1 Mengumpul data daripada kata yang bermula dengan huruf A yang mengalami proses penggandaan penuh. 2.2 Menganalisis proses penggandaan penuh berdasarkan data yang dikumpul. 2.3 Menghurai aspek makna yang terdapat dalam kata ganda penuh.
  • 3. 3    3.0 Konsep Kajian Secara umumnya, penggandaan kata dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaaan separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara berentak, iaitu digandakan mengikut rentak bunyi tertentu. Dalam proses penggandaa ini, terdapat ramai sarjana yang mengemukakan pendapatnya yang tersendiri. Anataranya ialah Harimurti Kridalaksana, Asmah Haji Omar, Arbak Othman, Abdullah Hassan, dan Nik Safiah Karim. Menurut Harimurti (1989), penggandaan kata penuh ini juga disebut sebagai pengulangan leksem, iaitu pengulangan suatu kata terkecil dalam sesebuah bahasa. Menurut Asmah Haji Omar (1986) pula, kata ganda jenis ini merujuk penggandaan secara seluruh kata dasar. Pendapat ini tidak jauh perbezaan dengan pengetahuan secara umumnya. Arbak Othman (1981) juga berpendapat bahawa penngandaan jenis ini merujuk kepada pengulangan seluruh kata dasar. Menurut Abdullah Hassan (1986) pula kata ini dirujuk sebagai penggandaan penuh. Walau bagaimanapun, dalam analisis yang dibuat hanya akan berfokus kepada satu teori atau pandapat sarjana, iaitu Nik Safiah Karim. 4.0 Teori Kajian Kata ganda ialah perkataan yang mengalami pengulangan pada kata dasarnya sama ada gandaan penuh, gandaan separa atau gandaan berentak. Menurut Nik Safiah Karim(2008), kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulangi secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Berdasarkan konsep penggandaan yang
  • 4. 4    dipegang oleh sarjana bahasa ini, penggandaan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak. Menurut Nik Safiah Karim lagi penggandaan penuh merupakan pengulangan kata dasar sama ada dalam bentuk tunggal atau terbitan. Penggandaan ini juga boleh berlaku pada golongan kata nama, kata kerja, dan kata sifat. Sebagai contohnya ialah penggandaan yang melibatkan kata tunggal ialah gula-gula, murid-murid dan sebagainya manakala penggandaan kata terbitan pula seperti pelajar-pelajar, pengadil-pengadil, dan sebagainya. Seterusnya penggandaan separa pula merupakan proses yang menggandakan sebahagian kata dasar. Kata dasar boleh meruapakan kata tunggal atau terbitan. Penggandaan ini juga boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar. Contohnya adalah seperti jejari, pepohon, berlari-lari dan besar-besaran. Penggandaan seterusnya merupakan penggandaan berentak iaitu proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak seluruh kata dasar digandakan dengan bunyi-bunyi tertentu sama ada diulang atau diubah. Penggandaan berentak ini dibahagikan kepada tiga jenis iaitu penggandaan berentak pengulangan vokal, penggandaan berentak pengulangan konsonan dan penggandaan berentak bebas. Menurut Nik Safiah Karim juga terdapat lima makna dalam penggandaan kata iaitu gandaan sebagai penanda jamak iaitu jumlah yang banyak. Contohnya seperti murid-murid. Seterusnya gandaan sebagai penama haiwan, contohnya seperti anai-anai. Selain itu, gandaan makna serupa dan contohnya seperti gula-gula. Makna penggandaan seterusnya ialah gandaan sebagai penanda pelbagai jenis contohnya kuih-muih. Akhir sekali gandaan sebagai penanda
  • 5. 5    tidak tentu, sebagai contoh mana-mana, bila-bila dan sebagainya. 5.0 Batasan Kajian Batasan kajian yang ditetapkan iaitu menganalisis salah satu proses penggandaan dan kajian ini lebih tertumpu kepada proses penggandaan penuh. Penggandaan penuh merupakan proses yang menggandakan kata dasar tanpa melibatkan sebarang perubahan pada bentuk asal. Penggandaan penuh boleh dilakukan dalam bentuk tunggal atau terbitan. Contohnya seperti rakan-rakan dan pelajar-pelajar. Proses penggandaan boleh berlaku pada golongan kata nama, kata kerja dan kata sifat. Kajian proses penggandaan penuh ini dikaji dibataskan hanya untuk perkataan yang bermula dengan abjad A. 6.0 Bahan Kajian Bahan kajian yang digunakan ialah kamus ekabahasa bahasa Melayu, iaitu Kamus Dewan Edisi Keempat. Kamus ini merupakan keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 2007.. Perkataan ini diambil dan dianalisis untuk menunjukkan proses pembentukkan kata ganda khususnya kata ganda penuh yang bermula dengan abjab A. Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat dipilih bagi membantu kajian ini kerana kamus ini mempunyai data entri kata ganda yang terkini dan sesuai dengan keperluan kajian ini. 7.0 Analisis Kajian Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar atau mengulangi kata dasar. Terdapat dua jenis penggandaan penuh iaitu penggandaan penuh yang melibatkan
  • 6. 6    kata dasar yang tidak mempunyai apa-apa imbuhan atau kata tunggal dan kata ganda yang melibatkan kata terbitan. Berdasarkan bahan kajian yang diperoleh melalui pencarian data dalam kamus ekabahasa iaitu Kamus Dewan Edisi Keempat dapat menjelaskan proses penggandaan penuh secara terperinci. 7.1 Penggandaan Penuh Kata Nama Penggandaan kategori ini dapat dibahagikan kepada kata nama tunggal, terbitan dan kata nama majmuk. 7.1.1 Penggandaan Kata Nama Tunggal Data tersebut merupakan kata nama tunggal yang menerima proses penggandaan penuh kata tunggal. Data yang diambil sebagai contoh analisis merupakan perkataan yang tergolong dalam kata nama. Apabila data ini digandakan, makna yang terhasil dan golongan kata juga tidak berubah. Hal ini dapat diperjelaskan daripada contoh aci. Aci merupakan kata yang tergolong dalam kata nama yang dimaksudkan sebagai batang logam tempat roda berpusing. Apabila kata ini digandankan menjadi aci-aci golongan katanya juga tidak berubah dan tetap tergolong dalam kata nama. Hal ini dapat dibuktikan dengan maksud kata aci-aci yang merupakan kayu panjang utk menggulung layar. Daripada proses penggandaan jenis ini, contoh lain juga dapat dilihat seperti kata abah dan abuk yang masing-masing apabila digandakan menjadi abah-abah dan abuk-abuk. 7.1.2 Penggandaan Kata Nama Terbitan Penggandaan penuh kata nama terbitan mempunyai tiga bahagian iaitu, awalan, akhiran Aci aci-aci Abah abah-abah Abuk abuk-abuk
  • 7. 7    dan apitan. 7.1.2.1 Imbuhan Awalan Berdasarkan data yang dikumpul, perkataan adil membawa makna meletak sesuatu pada tempat yang betul atau menyebelahi pihak yang benar. Perkataan ini merupakan perkataan daripada golongan kata nama. Setelah itu perkataan adil menerima proses pengimbuhan, iaitu daripada morfem peN- pada pangkal perkataan kata dasar, perkataan tersebut sekaligus mengubah makna pada perkataan. Perkataan pengadil pula membawa maksud orang yang mengadili sesuatu perkara dan perubahan makna ini tidak sama sekali mengubah golongan kata tersebut. Seterusnya, perkataan ini menerima proses penggandaan penuh kata nama terbitan, iaitu kata yang diimbuhkan sebelumnya telah digandakan. Penggandaan ini juga tidak mengubah golongan katanya. Selain daripada contoh yang diberi terdapat beberapa data kajian yang mempunyai proses yang sama. Antaranya ialah pengajar-pengajar, pelajar-pelajar, pengadun-pengadun, dan pengaduk-pengaduk. 7.1.2.2 Imbuhan Akhiran Contoh di atas hampir serupa dengan proses sebelumnya. Namun begitu, data yang diambil ini merupakan kata dasar yang menerima imbuhan pada akhir kata. Perkataan acu membawa maksud membuat gerak laku untuk mengancam dan menakut-nakutkan. (peN-)adil pengadil pengadil-pengadil acu(-an) acuan acuan-acuan
  • 8. 8    Perkataan ini jelas daripada golongan kata kerja. Apabila menerima imbuhan, iaitu imbuhan akhiran –an pada akhir kata dasar tersebut. Kata tersebut telah berubah menjadi acuan yang bermaksud bekas yang mempunyai bentuk dan golongan katanya juga berubah menjadi kata nama. Perkataan acuan yang terhasil daripada proses tersebut kemudiannya digandakan sepenuhnya tanpa melibatkan sebarang perubahan bentuk asal.walau bagaimanapun, golongan katanya tetap sama dan tidak berubah iaitu kata nama juga. Yang berubah hanyalah daripada aspek makna kata ganda tersebut. Di dalam data yang dikaji terdapat juga beberapa perkataan lain yang mempunyai proses yang sama. Contohnya seperti ajaran-ajaran, adunan-adunan, dan agihan-agihan. 7.1.2.3 Imbuhan apitan Perkataan ajaib membawa maksud sangat menghairankan, aneh, ganjil dan pelik. Berdasarkan data, perkataan ini menerima proses pengimbuhan iaitu imbuhan apitan. Imbuhan yang dimaksudkan ialah imbuhan ke-…-an. Imbuhan ke-..-an ialah imbuhan yang ditambah pada pangkal dan akhir kata. Kata ajaib ini merupakan kata yang tergolong dalam golongan kata adjektif. Apabila diimbuhkan dengan imbuhan apitan ini, kata tersebut berubah menjadi keajaiban dan golongan katanya juga berubah menjadi kata nama. Keajaiban pula membawa makna keganjilan dan keluarbiasaan. Kata terbitan keajaiban digandakan dalam proses penggandaan penuh menjadi keajaiban-keajaiban dan penggandaan kata ini tidak mengubah bentuk golongan katanya, iaitu kata nama. Selain itu terdapat juga contoh lain menerima proses yang sama. Antaranya (ke-)ajaib(-an) keajaiban keajaiban-keajaiban
  • 9. 9    keanehan-keanehan, pengajaran-pengajaran, pengakuan-pengakuan, dan perangkaan-perangkaan. 7.2 Penggandaan Penuh Kata Kerja Penggandaan penuh bagi kata kerja hanya boleh dilakukan dalam bentuk tunggal kata dasar. Hal ini demikian bermaksud, gandaan penuh kata kerja tidak boleh ditambah dengan sebarang imbuhan pada sesuatu kata dasar tersebut. Berikut merupakan antara contoh yang terdapat dalam data kajian yang melibatkan penggandaan penuh kata kerja. Berdasarkan rajah diatas, angkat merupakan kata dasar daripada golongan kata kerja yang membawa maksud meninggikan atau menaikkan sesuatu ke atas.. Apabila kata dasar ini digandakan dengan gandaan secara penuh, perkataan tersebut akan berubah dan menjadi angkat-angkat bermaksud sesuatu yang boleh atau dapat diangkat-angkat. Penggandaan kata dasar ini jelas tidak mengubah golongan kata tersebut, iaitu kata kerja juga. Contoh lain yang dapat dilihat dalam penggandaan penuh kata kerja ini adalah pada perkataan agah bermaksud mengusik atau bergurau dan apabila digandakan menjadi agah-agah golongan kata dasar tersebut masih sama seperti yang asal, iaitu kata kerja. Berdasarkan kedua-dua contoh menunjukkan penggandaan penuh kategori kata kerja hanya boleh dilakukan dalam bentuk tunggal atau kata yang tidak menerima sebarang bentuk imbuhan. angkat angkat-angkat agah agah-agah
  • 10. 10    Daripada data entri yang dikaji, iaitu daripada abjab A, penggandaan penuh kata kerja hanya dapat dilihat pada dua contoh yang dinyatakan di atas sahaja. 7.3 Penggandaan Penuh Kata Adjektif Penggandaan penuh kata adjektif merupakan bentuk yang paling mudah, iaitu dengan menggandakan kata adjektif tunggal untuk memberi makna sifat yang menyeluruh. Kata adjektif juga sama seperti kata kerja kerana tidak menggandakan perkataan dalam bentuk kata terbitan. Berdasarkan rajah di atas, perkataan abu bermaksud kalah khasnya dalam permainan congkak. Hal ini jelas menunjukkan abu merupakan kata adjektif. Apabila digandakan perkataan abu tersebut akan berubah menjadi abu-abu. Perkataan ini membawa maksud warna kelabu yang juga merupakan jenis kata adjektif. Penggandaan secara penuh ini tidak mengubah golongan kata adjektif tersebut sekaligus bertepatan dengan konsep kata ganda yang apabila digandakan tidak akan mengubahkan golongan katanya selain makna kata tersebut. Rajah yang seterusnya kata dasar yang diambil merupakan kata daripada golongan adjektif. Ampai bermaksud panjang dan ramping. Perkataan ampai merupakan golongan kata adjektif bentuk iaitu jenis perkataan yang membawa pengertian rupa bentuk sebagai unsur keterangan. Setelah digandakan perkataan ampai menjadi ampai-ampai. Penggandaan kepada kata ampai-ampai telah mengubah golongan kata kepada kata nama yang bermaksud sejenis abu abu-abu ampai ampai-ampai
  • 11. 11    binatang laut. Walau bagaimanapun, kata ini tidak bertepatan dengan teori penggandaan penuh yang sepatutnya tidak akan mengalami perubahan golongan katanya. Dalam data yang diambil daripada abjab A, tidak terdapat contoh lain yang dapat mengambarkan proses ini selain perkataan abu-abu. 7.4 Penggandaan Penuh Kata Adverba Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa, tempat. Kata adverba juga boleh mengalami proses penggandaan, dan bentuk kata adverba yang boleh digandakan ialah dalam bentuk tunggal untuk proses penggandaan penuh. Rajah berikut pula menunjukkan gandaan penuh bagi golongan kata adjektif. Kata adverba dapat dibahagikan kepada empat kategori iaitu kata adverba jati, kata adverba yang asalnya kata adjektif, kata adverba yang asalnya kata kerja dan kata adverba bentuk gandaan. Berdasarkan data yang diperoleh, iaitu daripada kata dasar akhir. Kata tersebut menunjukkan apabila perkataan akhir digandakan akan menjadi akhir-akhir. Hal ini akan menunjukkan perkataan yang digandakan berfungsi sebagai penerang kepada golongan kata yang terdiri daripada kata kerja dan frasa kerja, kata adjektif dan frasa adjektif atau frasa sendi nama. Hal ini menunjukkan perkataan akhir-akhir merupakan kategori kata adverba jati sekaligus tidak mengubah golongan kata tersebut. akhir akhir-akhir akan akan-akan
  • 12. 12    Seterusnya rajah diatas pula menunjukkan perkataan akan apabila digandakan menjadi akan-akan. Akan-akan membawa maksud hampir mirip atau serupa. Perkataan yang digandakan ini merupakan golongan kata adverba yang digunakan sebagai penerang kepada beberapa golongan kata. Terdapat juga beberapa data lain yang memiliki ciri yang sama dengan kata gandaan yang tergolong dalam golongan kata adverba ini. Contohnya ialah adang-adang, asyik-asyik, anggar-anggar, dan akal-akal. 7.5 Aspek Makna 7.5.1 Kata Nama Daripada penghuraian proses kata ganda jenis kata nama ini, terdapat beberapa aspek makna yang wujud. Antara aspek makna tersebut ialah: 7.5.1.1 Gandaan sebagai penanda jamak iaitu yang menandakan jumlah yang banyak. Pada jadual diatas menunjukkan beberapa data digunakan untuk menunjukkan perubahan makna yang berlaku setelah perkataan tersebut digandakan. Pengadil bermaksud orang yang mengadili sesuatu perkara. Apabila digandakan menunjukkan lebih dari seorang yang menjalankan tugas mengadili sesuatu perkara, perkara yang sama turut berlaku kepada perkataan anak-anak dan pengasuh-pengasuh. 7.2.1.2 Gandaan sebagai nama haiwan pengadil pengadil-pengadil anak anak-anak pengasuh pengasuh-pengasuh anai anai-anai aji aji-aji ambu ambu-ambu
  • 13. 13    Perkataan-perkataan yang disenaraikan ini merupakan gandaan penuh kata nama yang membawa makna sebagai nama haiwan. Contoh pertama iaitu anai, anai tiada ada maksud di dalam kamus namun apabila digandakan perkataan ini membawa maksud serangga kecil yang tinggal dalam tanah atau kayu. Perkataan aji pula bermaksud harga atau nilai setelah digandakan makna perkataan tersebut berubah iaitu ikan laut. Begitu juga dengan perkataan ambu yang tidak membawa apa-apa maksud namun setelah digandakan membawa makna ikan laut atau ikan kurik. 7.2.1.3 Gandaan sebagai penanda tidak tentu Apa bermaksud kata untuk menanyakan nama, manakala apa-apa bermaksud barang apa, segala apa atau segala sesuatu, manakala ada bermaksud boleh didapati. Ada-ada pula bermaksud selalu berlaku sesuatu dan timbul perkara baru. 7.5.2 Kata kerja Perkataan-perkataan yang terbentuk melalui proses penggandaan mempunyai beberapa makna tertentu, antaranya: 7.5.2.1 Perbuatan Berulang-ulang apa apa-apa ada ada-ada acak acak-acak angkat angkat-angkat
  • 14. 14    Acak tidak membawa apa-apa makna namun setelah digandakan acak-acak membawa maksud perbuatan yang terburu-buru. Angkat pula bermaksud menaikkan sesuatu ke atas setelah penggandaan penuh berlaku angkat-angkat membawa maksud sesuatu yang boleh diangkat-angkat. Berdasarkan maksud pada gandaan menunjukkan data-data tersebut mempunyai aspek makna perbuatan yang berulang-ulang. 8.0 Kesimpulan Proses morfologi dalam bahasa Melayu memang tidak dapat dinafikan mengandungi empat, iaitu pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan, dan pengakroniman atau bentuk tunggal. Walau bagaimanapun, kajian hanya berfokus kepada proses penggandaan. Secara keseluruhannya, proses penggandaan dapat dikatogerikan kepada tiga jenis, iaitu penggandaan secara penuh, penggandaan separa, dan penggandaan secara berentak. Pengkhususan hanya diberikan kepada kategori penggandaan secara penuh. Sememangnya penggandaan secara penuh ini mempunyai pelbagai teori dan pendapat yang tersendiri daripada sarjana-sarjana tempatan, namun begitu kajian atau analisis yang dibuat akan hanya mengikut teori sarjana Nik Safiah Karim. Penggandaan ini boleh terbentuk daripada pelbagai golongan kata seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan juga kata adverba. Walau bagaimanapun, hanya penggandaan daripada golongan kata nama yang dibahagikan kepada penggandaan secara tunggal dan secara terbitan dan golongan kata yang lain hanya melibatkan secara tunggal. Hal ini jelas menunjukkan bahawa penggandaan penuh sangat mempengaruhi proses pembentukkan kata dalam morfologi bahasa Melayu.
  • 15. 15    9.0 Bibliografi Abdullah Hassan, 1986. Penerbitan Kata Dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur :Fajar Bakti. Abdullah Hassan,2006. Morfologi Siri Pembelajaran dan Pengajaran. Penerbit : PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Arbak Othman, 1981. Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Sarjana Enterprise. Asmah Omar, 1986. Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Omar, 2009. Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Ibrahim Ahmad, 2012. Morfologi Bahasa Melayu Memahami Asas Dan Teori. Kuala Lumpur: Akademi Bahasa dan Budaya Melayu. Kamus Dewan Edisi Keempat,2010. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Kridalaksana, Harimurti, 1989. Pembentukan Kata dalam Bahasa Indonesia. Jakarta : PT. Gramedia. Nik Safiah Karim et.al, 2008. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Sulaiman Masri, 2006. Tatabahasa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
  • 16. 16    10.0 Lampiran aba I = aba-aba Id kata(-kata) perintah dlm latihan tentera (senaman) dll: .Satu ...,. ~ Wit dr kerusinya. abah-abah Jw alat, perkakas, tali-temali; ~ kuda alat kuda (spt tali kekang, pelana, dsb); ~ perahu tali-temali perahu; ~ tenun alat (perkakas) tenun. abah II ayah, bapa (biasanya sbg kata panggilan oleh seorang anak kpd bapanya). abar; abar-abar 1. dinding; 2. penghalang, penyekat: ~ kemajuan masyarakat; abu I kalah abu-abu Id warna kelabu; abuk mengambil barang kepunyaan orang abuk-abuk = ~ sagu sj penganan yg dibuat drpd biji-biji sagu (gula melaka dll). abun-abun angan-angan; gila di ~ prb mengangan-angankan sesuatu yg tidak mungkin tercapai (terhasil). acak I Mn; acak-acak terburu-buru, tergesa-gesa. acang-acang Mn pesuruh, orang kepercayaan; ~ alat orang yg mengatur peralatan; ~ (dlm) negeri orang yg dipercayai orang (penduduk) sekampung atau senegeri. acap I penuh dengan air= acap-acap kerap kali, sering kali
  • 17. 17    aci II batang logam tempat roda berpusing, gandar roda; ~ engkol batang logam berputar yg menyambungkan engkol dgn rod penyambung utk menukar gerakan turun naik kpd gerakan berpusing pd enjin pembakaran dalaman; ~ pacu batang logam yg memacu dan menghubungkan satu bahagian dgn bahagian yg lain dlm kenderaan bermotor; ~ sesondol batang logam panjang yg mempunyai sesondol utk menggerakkan rangkaian injap pd enjin pembakaran dalaman; aci-aci kayu panjang utk menggulung layar. aci III (Tamil) kakak (biasanya sbg panggilan kpd perempuan India yg lebih tua). aci IV Pn; ~ lut main sembunyi (sj permainan budak-budak), cekup puyuh. aci V tepung (sagu, ubi kayu, dll). aci-aci Id andai, misal, umpama acu membuat gerak laku untuk mengancam atau menakut-nakutkan acuan bekas yang mempunyai bentuk ada 1. boleh didapati (ditemui, dilihat, dsb), bukan khayalan atau rekaan, wujud ada-ada; ~ saja a) selalu berlaku sesuatu atau timbul perkara baru dll adang I; adang-adang penyekat (yg memisahkan, mengasingkan, dsb)
  • 18. 18    adang-adang kadang-kadang adil 1. menyebelahi pihak yg benar (bkn sesuatu, seseorang, tindakan, undang-undang, keputusan dsb) pengadil 1. orang yg mengadili sesuatu perkara, hakim: adun I; mengadun meramas (menguli) tepung dgn air (santan, susu, dl adunan tepung yg telah diadun utk membuat kuih agak I 1. kira, sangka, rasa: ~ saya dia sudah keluar tadi; ~ gerangan jika kiranya; 2. boleh dikatakan, dapat dianggap (ditafsirkan): menghadapi kesukaran yg ~ besar; ~ lama juga di sana; agak-agak 1. barangkali, mungkin, rasanya, rasa-rasanya: agih beri agihan apa yang diberikan aging-aging sj tumbuhan (pokok), ari(ng)-aring, daun dakelin, dawah, keremak jantan (hutan), Eclipta alba. agul; agul-agul Id angkuh, sombong agut; mengagut-agut Mn kehabisan nafas agut-agut = burung ~ burung butbut ajar; tunjuk ~ petunjuk supaya diketahui (diikut dll) sbg bimbingan atau panduan utk melakukan sesuatu pengajar 1. ajaran: tidak mendapat petunjuk dan ~; 2. orang yg mengajar pelajar orang yg belajar
  • 19. 19    ajar-ajar sl pertapa, pendeta ajaib sangat menghairankan keajaiban sifat (keadaan dsb) ajaib aji I Jw sl raja, ratu: sang ~; kakang ~ panggilan permaisuri kpd raja; ~ mahkota raja yg merdeka. aji II Jw harga, nilai. aji III Jw hikmat, mantera (yg menyebabkan sakit dll). aji IV Tr, Kl permainan dam: lepas main ~, kamu kena beli keropok lekor. aji-aji sj ikan laut, Seriolina nigrafasciata. akal 1. budi, fikiran akal-akal pura-pura akan 1. bagi, buat, pada, untuk akan-akan mirip benar, hampir ada persamaan akhir 1. kemudian sekali, penghabisan akhir-akhir kebelakangan aki I datuk, nenek aki-aki orang laki-laki yg sudah tua akuk Mn penyakit ayam akuk-akuk pemetik senapang, picu. alan sj tumbuhan alan-alan pelawak, badut.
  • 20. 20    alang I 1. nama timang-timangan bagi anak yg ketiga alang-alang, alang-alangan 1. setengah-setengah, tidak sungguhsungguh, setengah hati alap I Sl sopan, santun alap-alap Jw 1. helang belalang, burung rajawali ali I Ar tinggi ali-ali humban tali, tali pelontar batu alih pindah, tukar, ubah alih-alih dgn tidak disangka-sangka aling I; aling-aling, alingan, aling-alingan Id sesuatu yg dipakai utk menutup (melindungi) supaya jangan kelihatan; main tedeng ~ melakukan sesuatu dgn diam-diam (dgn sembunyi-sembunyi); tedeng ~ sesuatu yg dipakai utk menutup maksud (perbuatan) yg kurang baik; alon; alon-alon Jw lambat-lambat, perlahan-lahan. alu II; mengalu-alukan 1. menyambut kedatangan tamu alu-alu sj ikan laut tropika yg agak besar dan bergigi tajam yg dianggap berbahaya kpd manusia, tenuk, Sphyraena barracuda. alun ombak yg memanjang dan tidak memecah, ombak yg bergulunggulung alun-alun Jw tanah lapang di muka keraton (istana) atau kabupaten alur 1. lekuk memanjang (pd tanah, kayu, dll), lurah alur-alur sj tumbuhan (pokok di pantai laut), Suaeda maritima.
  • 21. 21    amal 1. apa sahaja yg dilakukan, perbuatan, pekerjaan: amalan 1. sesuatu yg dilakukan amang I tahi bijih timah, kotoran pd bijih timah ambah IB pertukangan ambah-ambah Jk penyakit sampar ambai I sj tangguk penangkap ikan, belat langgai ambai-ambai I sj tumbuhan (bendalu), Rafflesia hasseltii. ambai-ambai II sj ketam. ambu-ambu 1. sj ikan laut, air kurik, kayu, tongkol ( ambung I keranjang atau karung yg digunakan utk membawa barang di atas belakang ambung-ambung sj tumbuhan amin Ar 1. perkenankanlah ya Allah doa kami (lazimnya disebut semasa berdoa) amin-amin sj tumbuhan (pokok), Sebastiana chamaelea; ~ buah sj tumbuhan (pokok), dukung(-dukung) anak, rami buah, turi hutan, ampai 1. panjang (tinggi) dan ramping, lampai ampai-ampai 1. sj binatang laut yg badannya spt agar-agar (berjuraijurai tepinya); ubur-ubur; 2. = pohon ~ sj tumbuhan (pokok). amung-amung sj ikan laut, gerepoh amung Jw; teramung satu-satunya, tunggal anai-anai sj serangga spt semut, putih warnanya, membuat sarang dlm
  • 22. 22    tanah atau kayu (makanan utamanya kayu), dan tergolong dlm order Isoptera; anak I 1. manusia atau binatang yg masih dlm kandungan atau yg baru lahir: anak-anak 1. banyak budak ancak talam drpd anyaman tempat menyajikan barang-barang utk hantu; membuang ~ Mn menyajikan barang-barang dlm ancak utk hantu. 138 ancak-ancak Mn 1. tidak mempedulikan buruk baik (untung ruginya dsb), lalai; 2. olok-olok, main-main: ancamannya dianggap orang sbg ~ sahaja; ancang-ancang Jw langkah sebelum (melompat dll), persiapan utk berbuat sesuatu), anju: nama dan pekerjaan hanya suatu ~ utk mendapatkan berita yg lebih banyak; ancer-ancer Jw tanda, alamat; tanggal (hari) ~ hari yg telah ditetapkan; andai I = andai-andai misal, umpama; andang suluh (drpd daun nyiur yg kering), jamung. andang-andang I kayu pd tiang perahu (kapal) utk menggantungkan layar: ~ atas; ~ bawah. andang-andang II Jw tahi lalat. angan 1. fikiran, ingatan, menungan; angan-angan 1. ingatan, fikiran; jalan ~ jalan fikiran; sakit ~ tidak
  • 23. 23    betul fikiran; 2. gambaran atau bayangan dlm fikiran anggar I; anggar-anggar lebih kurang, kira-kira angin-angin 1. desas-desus, khabar yg belum sah angin 1. udara yg bergerak angka I 1. tanda (lambang) yg menunjukkan bilangan atau jumlah sesuatu, nombor; angka-angka 1. = perangkaan; 2. Id bilangan, hitungan dgn angka; berangka-angka, berangka-angkaan termenung-menung angkat 1. meninggikan, menaikkan ke atas angkat-angkat yg boleh (dapat) diangkat-angkat: jambatan angkit; angkit-angkit; belat ~ belat atau bidai di muka rumah yg boleh digulung-gulung; angkul-angkul pengikat tali temberang yg berlubang dua. angkup I = sepit ~ penyepit utk memegang barang yg kecil-kecil; angkup-angkup I. Id lidah-lidah penutup lubang pd pompa dsb angkut I; berangkut mengangkat dan membawa (berkali-kali) angkut-angkut sj lebah dlm famili Eumemidae. ani; mengani memasang lungsin (pd alat tenun); ani-ani Jw pisau pemotong padi, tuai anjang II panggilan kpd saudara dlm sesuatu keluarga. anjang-anjang I sj ikan laut, Pentapodus setosus.
  • 24. 24    anjang-anjang II sj ketam. anjang-anjang III; daun ~ sj tumbuhan (pokok), Elaeocarpus spp. anjing 1. sj binatang yg menyalak anjing-anjing I buah betis. anjing-anjing II = ~ perahu alat utk menggulung layar pd perahu. anjing-anjing III sj tumbuhan (pokok), Cynometra cauliflora. anjing-anjing IV= burung ~ Pr burung pekaka, raja udang anjung bahagian rumah yg ditinggikan (di sisi atau di tengah rumah); ~ peranginan anjung tempat mengambil angin; anjung-anjung, anjungan panggung yg tinggi di buritan perahu; antar-antar penumbuk yg panjang anting; batu ~ a) batu (timah dll) yg tergantung pd tali sbg pemberat (pd jangka dll); b) orang yg bergantung pd sisi perahu supaya jangan terbalik; ~ neraca Id batu timbang yg ringan-ringan; anting-anting 1. subang yg bergantung-gantung; antung-antung sj bakul tergantung (tempat menaruh barang). apa 1. kata utk menanyakan nama apa-apa 1. barang apa, segala apa, segala sesuatu api 1. nyalaan drpd sesuatu yg dibakar atau yg terbakar api-api 1. = anak ~ = batang ~ mancis; 2. tali api; api-api I sj serangga, kunang-kunang apit 1. berada di antara dua benda
  • 25. 25    apit-apit perangkap tikus apung 1. terkatung, tidak tenggelam di air; batu ~ batu yg tidak tenggelam (sangat ringan); 2. = apung-apung segala yg terkatungkatung di air (mis kayu, pelampung, dll) arah 1. hala, jurusan arah-arah Mn serupa, hampir sama ari I; kulit ~ kulit luar, kulit selaput ari-ari bahagian bawah perut yg di bawah sekali aring I kerawang di pangkal mata keris aring-aring sj tumbuhan (pokok), urang-aring, rumput migus (kunang asin I masin asin-asin sj tumbuhan asing 1. berlainan, terpisah, tersendiri asing-asing terpisah-pisah, tersendiri-sendiri asuh; mengasuh 1. memelihara dan memberi tunjuk ajar, menjaga dan mendidik pengasuh orang yg (kerjanya) mengasuh asuh-asuh sj ikan, dalu-dalu, gertak lantai, landuk, Lethrinus asyik 1. menaruh berahi atau perasaan cinta yg amat sangat asyik-asyik balik-balik, sering kali ati-ati sj tumbuhan atur I; atur-atur; kayu ~ kayu mainan kanak-kanak yg disusun utk
  • 26. 26    membentuk sesuatu (spt rumah dll); awang I panggilan kpd orang muda (terutama kpd anak sulung); ~ dan dayang hamba laki-laki dan hamba perempuan awang II; ~-gemawang = awang-awang = awang-awangan sl ruang antara langit dan bumi, udara, angkasa; ayak alat utk menapis ayak-ayak sj serangga yg panjang kakinya (biasanya hinggap di air) dlm famili Tipulidae, katih-katih. ayam-ayam sj burung yg menyerupai ayam, ayam I 1. sj unggas yg biasanya diternak ayang-ayang sj tumbuhan (pokok renek yg dibuat ubat), Lasianthus longifoliu